Wednesday, June 2, 2010

Sahabat Yang 'Bertangan Emas'

Sahabat Abdurrahman bin Auf termasuk kelompok lapan yang mula-mula masuk Islam. Ia juga tergolong sepuluh sahabat yang diberi khabar gembira oleh Rasulullah s.a.w. masuk syurga dan termasuk enam orang sahabat yang bermusyawarah dalam pemilihan khalifah setelah Umar bin Khathab r.a. Di samping itu, ia adalah seorang mufti yang dipercaya Rasulullah untuk berfatwa di Madinah selama dia masih hidup. Pada masa Jahiliyah, ia dikenal dengan nama Abd Amr. Setelah masuk Islam, Rasulullah memanggilnya Abdurrahman bin Auf. Abdurrahman memeluk Islam sebelum Rasulullah menjadikan rumah Al-Arqam sebagai dakwah. Ia mendapatkan hidayah dari Allah dua hari sesudah Abu Bakar Shiddiq r.a. masuk Islam. Seperti kaum muslimin lainnya yang pertama-tama masuk Islam, Abdurrahman pun tidak luput dari penyeksaan dan tekanan kaum kafir Quraisy. Tetapi ia sabar. Pendiriannya sentiasa teguh. Dia menghindar dari kekejaman kaum Quraisy dan tetap setia serta patuh membenarkan risalah Muhammad. Abdurrahman turut hijrah ke Habsyah bersama kawan-kawan seiman untuk menyelamatkan diri dan agama dari tekanan kaum Quraisy yang sentiasa mengganggu mereka. Tatkala Rasulullah s.a.w. dan para sahabat diizinkan Allah berhijrah ke Madinah, Abdurrahman menjadi pelopor kaum muslimin. Di kota Madinah yang dulunya bernama Yatsrib, Rasulullah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan orang-orang Anshar. Pada suatu hari Sa’ad berkata kepada saudaranya, Abdurrahman, “Wahai saudaraku, Abdurrahman, saya termasuk orang kaya di antara penduduk Madinah. Hartaku banyak. Saya mempunyai dua bidang kebun yang luas dan dua orang pembantu. Pilihlah salah satu diantara dua bidang kebunku itu. Kuberikan kepadamu mana yang kau sukai. Begitu juga dengan salah seorang di antara kedua pembantuku, akan kuserahkan mana yang kamu senangi, lalu aku kahwinkan kau dengannya.” “Semoga Allah melimpahkan berkahNya kepada saudara, kepada keluarga saudara, dan kepada harta saudara. Saya hanya minta tolong untuk menunjukkan dimana letaknya pasar di Madinah ini?” jawab Abdurrahman bin Auf. Lalu Sa’ad menunjukkan pasar kepadanya. Mulailah Abdurrahman berniaga di sana. Belum berapa lama dia berdagang, wangnya terkumpul, dan cukup untuk sekadar mahar nikah. Lalu dia pun datang kepada Rasulullah memakai harum-haruman. Rasulullah menyambut kedatangan Abdurrahman seraya berkata, “Alangkah harumnya dirimu, wahai Abdurrahman.” “Saya ingin berkahwin, ya Rasulullah,” ujar Abdurrahman. “Apa mahar yang akan kamu berikan kepada isterimu?” “Emas seberat biji kurma.” “Laksanakanlah walimah (kenduri), walau hanya dengan menyembelih seekor kambing. Semoga Allah memberkahi perkahwinan dan hartamu!” Sejak saat itu, kehidupan Abdurrahman bin Auf pun makmur. Begitu besar berkah yang diberikan Allah kepadanya, sampai ia dijuluki ‘Sahabat Bertangan Emas’.

Dermawan
Pernah, suatu ketika Rasulullah berpidato membangkitkan semangat jihad dan pengorbanan kaum muslimin. Baginda berdiri di tengah-tengah para sahabat seraya bersabda, “Jika kalian ada yang mahu bersedekah, maka bersedekahlah. Saya ingin mengirim satu pasukan ke medan perang!” Mendengar ucapan Rasulullah itu, Abdurrahman bergegas pulang ke rumahnya. Beberapa saat kemudian ia kembali ke hadapan Rasulullah. ‘Wahai Rasulullah, saya mempunyai wang empat ribu dinar. Dua ribu saya sedekahkan kerana Allah, dan dua ribu saya tinggalkan untuk keluarga saya.” “Semoga Allah melimpahkan berkahNya kepadamu, terhadap harta yang kau berikan, dan semoga Allah memberkahi juga harta yang kau tinggalkan untuk keluargamu.” Kedermawanan Abdurrahman bin Auf dapat juga dilihat ketika berlangsung perang Tabuk, iaitu perang yang terakhir kalinya diikuti Nabi s.a.w. Tatkala Rasulullah bersiap-siap menghadapi pasukan Rom dalam perang ini, baginda memerlukan dana dan tentera yang tidak sedikit. Sedang saat itu Madinah tengah dilanda musim panas. Ditambah lagi perjalanan ke Tabuk sangat jauh dan sulit. Sementara dana yang tersedia hanya sedikit. Banyak di antara kaum muslimin yang kecewa dan sedih, kerana ditolak Rasulullah menjadi tentera lantaran kenderaannya tidak mencukupi. Sebagai ‘gantinya’, Rasulullah memerintahkan kaum muslimin mengorbankan harta benda mereka untuk jihad fisabilillah. Dengan patuh dan setia, mereka pun memenuhi seruan Nabi s.a.w. yang mulia itu. Abdurrahman bin Auf turut mempeloporinya dengan menyerahkan dua ratus uqiyah emas. Melihat itu, Umar bin Khathab r.a. terkejut dan segera membisiki Rasulullah, “Sepertinya Abdurrahman berdosa kerana tidak meninggali wang belanja sedikit pun untuk keluarganya.” “Apakah kau meninggalkan wang belanja untuk isterimu, wahai Abdurrahman?” “Ya. Mereka saya tinggali lebih banyak dan lebih baik dari yang saya sumbangkan.” “Berapa?”


Seterusnya dapatkan Hidayah keluaran Jun 2010 di pasaran...

Kelebihan Umat Muhammad Diabadikan Dalam Kitab Taurat

DALAM sebuah kitab agama ada menerangkan mengenai dialog antara Nabi Musa a.s. dengan Allah s.w.t. Dialog tersebut dimana Nabi Musa a.s. membaca kitab Taurat yang didapatinya mengenai kelebihan kepada suatu umat. Dalam “loh-loh” kitab “Taurat”, Nabi Musa a.s. telah dapat membaca tentang kelebihan-kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada umat itu. Lalu Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t. siapakah umat itu? Adakah ia umatku? Lantas Allah s.w.t. memberitahu Nabi Musa bahawa umat itu ialah “Umat Muhammad”.
Berkata Wahab bin Munabbih rahimullah: “Apabila Musa a.s. membaca pada loh-loh terlihat olehnya akan sifat-sifat kenabian umat Muhammad, lalu baginda berkata: “Ya Tuhanku, siapakah umat yang dibelas kasihani yang aku dapati tersebut dalam loh-loh ini?” Berfirman Allah: “Itulah umat Muhammad. Mereka redho dengan rezeki yang sedikit yang Aku berikan kepadanya. Maka Aku pun redho dengan amalan yang sedikit dari mereka. Akan AKU masukan mereka dalam syurga dengan hanya mengucapkan “Laillah haillallah” saja. Berkata Musa a.s. lagi: “Aku dapati dalam loh ini suatu umat yang akan dibangkitkan di Hari Kiamat, sedang wajah-wajah mereka bersinar cahaya laksana bulan purnama, jadikanlah mereka itu umatku! Berfirman Tuhan: “Mereka itu umat Muhammad.”Aku bangkitkan mereka itu di Hari Kiamat, sedang wajah-wajah mereka bersinar dan bercahaya disebabkan bekas-bekas dari wuduk dan sujud.
• Berkata Musa a.s.: Aku dapati di dalam loh-loh ini suatu umat yang berkain selendang di belakang masing-masing, dan bersenjatakan pedang di bahu masing-masing. Mereka itu orang-orang yang sentiasa bertawakkal dan dadanya penuh keyakinan. Mereka melaung-laungkan nama Allah di hadapan tiap-tiap rumah Tuhan untuk berjihad di atas kebenaran, sehingga akhirnya mereka pun membunuh Dajjal, jadikanlah mereka itu umatku! Berfirman Tuhan: Tidak! Mereka itu umat Muhammad.
• Berkata Musa a.s.: Aku dapati di dalam loh-loh ini suatu umat yang menyembahMu pada sehari semalam lima kali sembahyang pada lima waktu, sehingga terbukalah pintu-pintu langit untuk mereka, dan turunlah rahmat ke atas mereka, jadikanlah mereka itu umatku! Berfirman Tuhan: Mereka itu adalah umat Muhammad.
• Berkata Musa a.s.: Aku dapati di dalam loh-loh ini suatu umat yang berpuasa sebulan ramadan untukMu, lalu Engkau mengampuni mereka terhadap segala kesalahan mereka yang sebelum itu, jadikanlah mereka itu umatku! Berfirman Tuhan: Mereka itu umat Muhammad.
• Berkata Musa a.s.: Aku dapati di dalam loh-loh ini suatu umat yang mengunjungi Baitulharam (Kaabah) untukMu. Mereka tiada keperluan lain untuk ditunaikan. Mereka hanya meratap menangisi diri mereka, serta mengangkat suara dengana takbir membesarkan Tuhan, jadikanlah mereka itu umatku! Berfirman Tuhan: Mereka itu umat Muhammad. Musa menambah kata: Apakah ganjaran mereka atas perbuatan itu? Jawab Tuhan: Aku akan menambah mereka maghfirah (keampunan) dan Aku akan benarkan mereka untuk memberi syafaat (jaminan) kepada sesiapa yang datang sesudah mereka.
• Berkata Musa a.s.: Aku dapati di dalam loh-loh ini suatu umat yang memohon keampunan dari dosa-dosanya. Mereka menyuap suatu suapan ke dalam mulutnya, dan belum sempat makanan itu sampai ke perutnya, melainkan dosa-dosa itu telah diampunkan Tuhan. Mereka memulakan menyuap makanan itu dengan menyebut namaMu serta mengakhirinya dengan mengucap syukur Alhamdulillah, jadikanlah mereka itu umatku. Berfirman Tuhan: “Mereka itu adalah umat Muhammad.”
• Berkata Musa a.s.: Aku dapati di dalam loh-loh ini suatu umat, mereka itulah orang-orang yang terdahulu dibangkitkan menuju ke Mahsyar pada Hari Kiamat, dan mereka jugalah orang-orang yang terakhir dari makhluk-makhluk yang lain, ya Tuhanku, jadikanlah mereka itu umatku! Berfirman Tuhan: Mereka itu adalah umat Muhammad.
• Berkata Musa a.s.: Aku dapati di dalam loh-loh ini suatu umat yang menyimpan kitab-kitab sucinya di dalam dadanya, mereka membacanya di mana mereka suka, jadikanlah mereka itu umatku! Berfirman Tuhan: Mereka itu adalah umat Muhammad.
• Berkata Musa a.s.: Ya Tuhanku! Aku dapati di dalam loh-loh ini suatu umat yang kiranya mereka bercita-cita untuk mengerjakan suatu kebajikan, malah tiada dikerjakannya, maka akan dicatatkan baginya suatu kebajikan. Akan tetapi jika diteruskan cita-citanya itu dengan mengerjakan kebaikan itu, maka akan dicatatkan baginya sepuluh kali ganda sepertinya, sehingga menjadi tujuh ratus kali ganda, jadikanlah mereka itu umatku! Berfirman Tuhan: Mereka itu adalah umat Muhammad.
• Berkata Musa a.s.: Ya Tuhanku! Aku dapati di dalam loh-loh ini suatu umat yang kiranya mereka bercita-cita untuk mengerjakan suatu kejahatan, kemudian tiada dilakukannya, tiadalah dicatatkan di atasnya dosa. Akan tetapi jika diteruskan cita-cita itu dengan mengerjakan kejahatan itu, barulah dikira atasnya suatu dosa, jadikanlah mereka itu umatku! Berfirman Tuhan: Mereka itu adalah umat Muhammad.
• Berkata Musa a.s.: Ya Tuhanku! Aku dapati di dalam loh-loh ini suatu umat, mereka itu adalah sebaik-baik manusia. Mereka menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat jahat, jadikanlah mereka itu umatku! Berfirman Tuhan: Mereka itu adalah umat Muhammad.
• Berkata Musa a.s.: Ya Tuhanku! Aku dapati di dalam loh-loh ini suatu umat yang dibangkitkan pada Hari Kiamat dalam tiga golongan. Segolongan akan memasuki syurga tanpa hisab. Segolongan lagi akan dihisab dengan perhisaban yang ringan saja. Dan segolongan terakhir diampunkan Tuhan segala dosanya, lalu mereka pun memasuki syurga, jadikanlah mereka itu umatku! Berfirman Tuhan: Mereka itu adalah umat Muhammad.
• Berkata Musa a.s.: Ya Tuhanku! Engkau telah anugerahkan segala kebaikan untuk Ahmad (Muhammad) dan umatnya, maka jadikanlah aku dari umatnya! Berfirman Allah Taala, sebagaimana yang tersebut di dalam al-Quran:
“Wahai Musa! Sesungguhnya Aku telah memilih engkau dari antara manusia untuk menyampaikan perutusanKu dan percakapanKu, maka terimalah apa yang Aku berikan kepadamu, dan hendaklah engkau menjadi orang-orang yang bersyukur.” (al-A’raf: 144)

Seterusnya dapatkan Hidayah keluaran Jun 2010 di pasaran...

Wanita Tidak Mahu Tua Hingga Mati

Zaman mutakhir ini, manusia sedang dihambat oleh kecantikan. Terutama kaum wanitanya, mereka sanggup membelanjakan wang beribu-ribu ringgit semata-mata kerana mahukan “penampilannya kelihatan cantik”. Sementara itu, banyak orang yang menubuhkan syarikat dengan mengeluarkan pelbagai produk kecantikan khas untuk kaum wanita. Produk-produk itu berkisar kepada mencantikkan mata, dagu, rambut, hidung, kuku dan pelbagai yang difikirkan perlu. Selain dari bahan-bahan luaran untuk dipakai, ditempel, disapu dan digosok, ada juga mengunakan pembedahan untuk mengubah wajah asal mereka. Sebenarnya, pembedahan-pembedahan apa yang disebut sebagai “plastic sugery” ini bermula dan berkembang di barat, kemudian diheret ke negara-negara sebelah sini termasuk negara kita sendiri. Kalangan artis dan kalangan orang kenamaan rasanya banyak terlibat dengan hambatan kecantikan ini. Ada sebahagiannya membedah hidung kerana mahu memancungkannya. Ada pula yang membedah bahagian kelopak mata kerana mahu “memundarkan” matanya. Ada pula yang terpaksa buang kedutan-kedutan di bahagian pipi, bahagian-bahagian lain kerana mahukan “ketegangannya”. Semuanya dihambat oleh kecantikan, dan mahu penampilan mereka lebih hebat, dan tidak mahu tua hingga bila-bila pun. Tetapi mereka yang merombak wajah-wajah ini tidak menyedari bahawa ada “Dua perkara” yang mesti datang pada diri setiap makhluk, termasuk manusia. Pertama: Maut iaitu mati. Dimana pun kita pergi, dimana pun kita menyembunyikan diri, dimana pun kita melarikan diri, mati atau pun “maut” mesti menemui kita. Kedua: Tua, apa pun kita buat keatas wajah kita, namun tua pasti mengunjungi kita. Apa pun ubat yang kita makan, apa juga suntikan yang kita lakukan sama ada “Botox” dan sebagainya, tua pasti datang. Sama ada kita bedah hidung, bedah dahi, bedah pipi mahu hilangkan kedut-kedut dimuka, lambat laun “tua” datang juga. Sekarang cuba kita lihat dari sudut pandangan agama mengenai persoalan ini. dalam kitab suci Al-Quran ada satu surah yang diturunkan oleh Allah kepada junjungan kita Muhammad s.a.w. Dalam surah ini ada satu ayat iaitu surah “At-Tin” ayat 4 yang maksudnya: “Sesungguhnya Aku jadikan manusia sebaik-baik bentuk”. Maksudnya disini ialah Allah ciptakan manusia adalah sebaik-baik kejadian dibandingkan dengan makhluk-makhluk lain yang Allah ciptakan. Para ulama mentafsirkan ayat tersebut bahawa Allah telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian, diberikan anggota badan yang lengkap dan sempurna dengan tangannya, mempunyai keistimewaan dengan ilmu, pemikiran, tutur bicara dan pengurusan penghidupan. Apa lagi yang perlu kita pertikaikan ciptaan Allah ini yang sudah sempurna? Kenapa pula kita perlu mengubah wajah-wajah asal ciptaan itu dengan melakukan pembedahan itu dan ini. Apakah ciptaan Allah itu tidak sempurna ke? Apakah dengan mengubah wajah kita dengan penampilan agar kelihatan cantik untuk memikat orang lain? Bahawa tidak ada satu agama pun yang dibawa oleh para nabi memerintahkan mencintai seseorang kerana kecantikannya. Sekiranya kecantikan merupakan salah satu sebab darjatnya diangkat oleh Allah dan menambah pahalanya, tentulah “Nabi Yusuf” lebih utama dari nabi-nabi yang lainnya kerana ketampanannya. Contohnya: Ada dua orang yang sama atau pun seimbang dalam hal mengerjakan amal salih, jika salah satu dari keduanya memiliki wajah yang cantik, mereka disisi Allah sama darjatnya, sebab manusia yang paling mulia disisi Allah adalah yang paling bertakwa. Seseorang yang memiliki paras yang cantik, jika dia menjaga kecantikannya itu dari perkara-perkara yang diharamkan Allah dan tetap menjaga kesuciannya, maka dia lebih utama daripada selainnya. Kedudukannya sama dengan orang yang memiliki harta dan kekuasaan, jika dia mengendalikan diri dari kekuasannya itu, tentu lebih utama daripada orang lemah yang mengendalikan dirinya. Sebahagian dari orang-orang yang dihambat kecantikan ini telah menghabiskan wang dengan membelanjakannya kearah itu tanpa memikirkan bahawa perubatan itu dilarang oleh agama. Mereka sanggup membelanjakan atas perbuatan keji itu semata-mata dorongan hawa nafsunya. Allah s.w.t. telah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah itu bukanlah untuk menjurus kearah kemaksiatan, tetapi untuk mendapatkan keredhoan Allah. Apa yang mahu kita kejar dalam dunia yang singkat ini, ialah kalau tidak kita mengejar pahala untuk dibawa menghadap Allah di akhirat kelak? Bukanlah kita memperbelanjakan rezeki yang dianugerahkan Allah itu kearah perkara-perkara kemaksiatan, dengan mengejar kecantikan yang usianya sebentar sahaja, kemudian kita semua akan tua atau pun maut akan memanggil. Para ulama membuat penegasan bahawa barang siapa memiliki kecantikan dan ketampanan, dan kemudian menjaga dirinya dari perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah dan melawan kehendak hawa nafsunya lebih baik dari orang yang tidak dianugerahkan kecantikan tetapi tidak diuji dengan kecantikan. Kalau seseorang itu tidak memiliki wajah yang cantik dan paras ayu, tetapi dia menghiasi dengan kecantikan batin, berupa ketaatan, maka semakin bertambah usianya, semakin cantik dan indah pula wajahnya. Kalau kecantikan lahiriah seperti kecantikan wajah, jika tidak dirawat kecantikan dan keindahan, maka semakin bertambah usianya, maka bertambah buruk dan kelam.

Seterusnya dapatkan Hidayah keluaran Jun 2010 di pasaran...

Tuesday, May 4, 2010

Variasari Keluaran Mei 2010

Ramai yang menghubungi kami mengatakan sukar untuk mendapatkan majalah ini di kedai-kedai buku kerana sudah kehabisan...yang demikian dapatkan segera majalah Variasari keluaran Mei 2010 sebelum terlambat. Kami sajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.

Dapatkan segera...harga murah cuma RM3.00

Siri Bercakap Dengan Jin


Siri Bercakap Dengan Jin makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...makin menusuk...makin menikam...makin merengek...makin mengilai......hiiiiiiiiiiii!

Antara Yang Menarik Dalam Variasari Mei 2010









Hidayah Mei 2010

Hidayah keluaran Mei 2010 sudah beredar. Pastikan anda memilikinya...











Kami himpunkan pelbagai artikel menarik khas buat tatapan pembaca. Isi kandungannya tetap menawan, lebih padat sesuai dibaca semua golongan...Dapatkan segera di kedai-kedai buku
berhampiran!
Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Langganlah Segera Melalui Pos

Salam Kami Mei 2010

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur kita ke hadapan Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Hidayah yang anda tatap kali ini telah memasuki bilangan 141. Ibarat kehidupan kanak-kanak, Hidayah kini sedang melangkah usia remajanya. Kalau murid sekolah, dah mula bersiap ke tingkatan 1. Bagi karyawan Hidayah, angka bilangan ini memberi erti yang besar dalam kerjaya kami. Ianya begitu sentimental. Betapa tidak...ianya melambangkan hubungan erat dengan sokongan pembaca yang kian meningkat terhadap majalah bercorak dakwah ini. Tanpa sokongan pembaca, Hidayah tidak akan sampai ke tahap ini. Terbukti konsep yang dibawa oleh Hidayah dapat diterima ramai. Malah kami berbangga dan bersyukur apabila ada kalangan anak-anak muda yang tidak segan silu menatap Hidayah. Majalah ini tidak menjadi artis dan dunia hiburannya sebagai bahan pelaris. Apa yang dikemukakan ialah kisah-kisah kehidupan masyarakat dahulu dan sekarang, rencana-rencana keagamaan dan perbagai rencah lain sebagai santapan kerohanian buat para pembaca setianya. Begitu juga dalam persembahan kali ini, Hidayah tetap muncul dengan pelbagai kisah iktibarnya. Ikutilah bagaimana Allah mahu menunjukkan kemuliaan kepada seorang Walinya melalui kisah: ‘Kubur Ulama Yang Bercahaya”. Bacalah juga kisah iktibar ‘Meninggal dengan kaki mengangkang’ yang memaparkan perlakuan buruk seorang wanita yang terjebak dalam perbuatan tidak bermoral. Alasan kemiskinan dan tekanan hidup tidak boleh dijadikan matlamat menghalalkan cara. Juga jangan lupa mengikuti iktibar ‘Anugerah selepas meninggalkan maksiat’. Kisah benar ini membuktikan bahawa apabila seseorang itu telah mendapat hidayah, Allah s.w.t. akan memberi jalan keluar dalam mengatasi masalah kehidupan para hamba pilihanNya di dunia ini. Fahamilah maksud hadis Qudsi ini: “Wahai anak cucu Adam, Aku yang menciptakanmu dengan tangan kekuasaanKu, Aku yang merawatmu dengan memberi nikmatKu kepadamu, sementara engkau berpaling dan menderhakaiKu. Jika engkau mahu kembali padaKu, pasti Aku akan mengampunimu. Dimana engkau akan mendapatkan Tuhan selainKu, Aku Maha Pengampun Dan Maha Pengasih.” Begitulah hebatnya hidayah Allah. Terima kasih dengan sokongan berterusan anda. Kita berjumpa lagi dalam keluaran akan datang, InsyaAllah. Wassalam!

Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Surat Pembaca

SETIAP KEMATIAN ADA IKTIBARNYA
Saudara pengarang,
Kisah iktibar 1 yang dipaparkan oleh Hidayah dalam keluaran April 2010 lalu menginsafkan saya. Tajuknya: ‘Mata dan Hidung Berdarah Saat Sakaratul Maut.’ Memanglah setiap kematian itu ada pengajarannya. Apa yang sebenarnya berlaku kepada pemuda itu yang matanya dan hidungnya mengeluarkan darah ketika hadapi sakaratul maut itu memang mengerikan. Dari segi perubatan, ada kemungkinannya juga darah yang keluar itu disebabkan bahana minuman keras yang berlebihan yang diambil oleh si mati. Ada kemungkinan juga disebabkan keterlaluan merokok atau pengambilan dadah yang berlebihan. Tak boleh dinafikan bahawa perbuatan maksiat yang dilakukan di akhir hayat seperti menonton vcd porno dan pergaulan bebas lelaki perempuan memberi kesan ‘bala’ kepada si mati. Rasanya andaian-andaian seumpama ini saja sudah memberi kesan menakutkan kepada kita. Saya membayangkan perbuatan menonton vcd lucah ini merupakan gejala yang banyak melibatkan generasi muda yang tanpa kawalan ibu bapa atau keluarga. Alangkah rendahnya moral anak-anak muda yang terjebak dalam perbuatan melempiaskan nafsu serakah mereka. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memantau segala aktiviti anak-anak muda kita agar mereka tidak mudah terjebak dalam kegiatan yang bergelomang dosa ini. Harap Hidayah dapat terus memaparkan kisah-kisah masyarakat seperti ini untuk dijadikan iktibar kita bersama.

Sahlan Abdul Razak,
Arau, Perlis.

• Semoga keinsafan yang anda rasakan itu turut dirasai oleh para pembaca lainnya. Bersama-samalah kita memetik manfaatnya. - Pengarang

WASPADALAH DALAM KEHIDUPAN DUNIA ARTIS
Saudara pengarang,
Dunia artis memanglah penuh dengan warna warninya. Penuh dengan keseronokan dan keindahan. Semasa nama sedang popular, dirinya disanjung dan dimuliakan. Kemerduan suaranya menjadi hiburan ribuan dan jutaan peminat. Dan si artis juga tenggelam dalam pujian dan sanjungan para peminatnya. Malah ada kalangan artis yang namanya turut disanjung-sanjung walaupun telah sekian lama disemadikan ke alam barzakh. Malangnya ada kalangan artis ini (penghibur yang berjuang atas nama seni ini) lupa diri dengan kemasyhuran diri. Terpesona dengan kecantikan diri dan sanjungan para peminat. Ada antaranya yang lupa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam. Lupa bersolat, berpuasa dan sebagainya. Lebih malang lagi ada yang berazam untuk meneruskan kerjaya mereka hingga ke akhir hayat. Gambaran kehidupan artis ini yang lupa diri kerana mengejar populariti dapat diikuti melalui Iktibar 3 bertajuk ‘Kisah Pilu Penyanyi Ronggeng’ yang tersiar dalam Hidayah April 2010 lalu (halaman 22). Andainya ada kalangan artis-artis tempatan kita yang berkesempatan membaca kisah tersebut semoga dapatlah mengambil iktibar apa yang berlaku terhadap penyanyi ronggeng itu. Semoga.

Anisah Haji Ramli,
Alor Gajah, Melaka.

• Mahunya begitulah. Kehidupan kita bukan berakhir di dunia ini semata-mata. Kehidupan lebih panjang dan berkekalan bermula di alam barzakh nanti. – Pengarang.

HIDAYAH ‘MENGHIBUR’ JIWA
Saudara Pengarang,
Sebagai pekerja pembantu rumah di Singapura, saya juga berkesempatan membaca majalah Hidayah. Bagi saya Hidayah yang saya beli setiap bulan menjadi ‘penghibur’ kepada jiwa saya dalam menjalani kehidupan di negara orang. Untuk makluman tuan, saya bekerja dengan sebuah keluarga dan khusus menjaga ibu kepada majikan saya. Pekerjaan saya ini memerlukan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kerenah ahli keluarga majikan. Namun saya bersyukur kerana dapat mencari rezeki di sini. Hidayah disamping menghibur hati, juga memberi kekuatan dalaman kepada saya dalam menghadapi cabaran hidup. Banyak rencananya yang bermanfaat boleh dijadikan panduan dan iktibar. Saya suka membaca rencana-rencana yang berkaitan dengan akhirat kerana ianya disampaikan secara sederhana dan mudah difahami. Suka juga saya mengesyorkan agar ruangan ‘jenaka’ ditambah halamannya menjadi empat halaman. Walaupun ruangan ini pendek, tapi bagi saya ada kesegaran jiwa apabila mengikutinya. Kalau boleh sertakanlah dengan kartun-kartun jenaka.

Gadis pembantu rumah,
Singapura.

• Pembaca terbaik ialah yang dapat mengambil manfaat dan renungan dari apa yang dibacanya. Anda adalah seorang daripadanya. – Pengarang.

KENAL HIDAYAH KERANA KAWAN
Saudara pengarang,
Saya mula mengenal Hidayah hanya beberapa keluaran kebelakangan ini. Itupun secara kebetulan, seorang teman saya memperkenalkan majalah Hidayah ini kepada saya ketika kami sedang makan tengah hari di sebuah restoran. Saya tanya dia apakah isi majalah yang dia selalu bawa ketika makan. Dia jawab ini majalah bercorak agama. Cerita pasal mati, pasal kubur, pasal sembahyang dan bab-bab agama lain lagi. “Kau jangan ingat dunia saja. Pasal akhirat pun kau kena ambil tahu dan ambil berat,” nasihatnya sambil merokemenkan Hidayah kepada saya. Dia meminjamkan Hidayah tersebut buat beberapa hari. Apabila saya membelek dan meneliti dari halaman ke halaman, memang benarlah sebagaimana yang dikatakannya. Dulu saya lihat juga majalah ini. Melihat kaitan kulit depannya selalu cerita pasal orang mati saya fikir majalah ini macam majalah misteri saja. Tapi rupanya isinya lain. Sekarang saya berlanggan Hidayah setiap bulan. Tak puas-puas saya membacanya. Saya berharap Hidayah dapat tambah halaman lagi menjadi 200 muka ke agar banyak lagi rencana-rencana bermanfaat dapat disiarkan setiap keluarannya.

Rahayu Effendi,
Seremban, Negeri Sembilan.

• Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta. Harapnya anda juga turut dapat memperkenalkan majalah Hidayah ini kepada kawan-kawan yang lain pula. Boleh tambah pahala tu... – Pengarang.

Kubur Ulama Yang Bercahaya

Petang itu, seorang lelaki salih, guru agama, meninggal dunia di rumah anaknya. Dugo Datuk Penghulu Basa namanya. Dia masyhur dengan sebutan Buya Talawi. Ketika itu, rumah anaknya di Balai Panjang (sekitar 140 km dari Kota Padang) dipenuhi ramai yang menziarahi, bukan saja kalangan kaum keluarga, tapi juga orang-orang kampung dan murid-muridnya. Menjelang ajal datang menjemput, almarhum sempat mengutarakan keinginannya dikebumikan di Surau Manggih yang dibangunnya sendiri. Kerana itulah, usai dimandikan, diberi kain kafan serta disolatkan, jenazah langsung ditandu ke Surau Manggih. Diiringi masyarakat yang menghantarkan ke peristirahatan terakhirnya, yang letaknya beberapa kilometer dari tempat tinggalnya. Namun, oleh mereka yang memikul, keranda mayat terasa beransur-ansur ringan seolah tidak membawa apapun di atasnya. Setibanya di kubur yang sudah digali, jenazah Dugo masih utuh dan diturunkan ke liang lahat. Lalu lubang itu ditutupi dengan papan. Tiba-tiba terdengar seorang yang mengiringi jenazah bertanya, “Apakah tali pengikat kain kafan sudah dibuka?” “Astaghfirullah! Lupa...” sahut mereka yang berada dalam lubang kubur. Kerana tali pengikatnya belum dilepas, maka papan lahat kembali dibuka. Ketika berturut-turut tiga tali pengikat di kepala, di badan dan di kaki mayat selesai dilepaskan, tiba-tiba, kain kafan langsung mengecut dan jenazah Dugo menghilang. Kejadian yang luar biasa ini membuat para penziarah kecoh dan gelisah. Kemana perginya jenazah tuan guru yang mereka segani itu? Kenapa di depan mata, mendadak saja, kain kafannya mengecut dan jenazahnya menghilang begitu saja? Apa rahsia di balik peristiwa aneh ini? Kerana hari kian senja serta demi menghindari berlanjutnya rasa resah di perkuburan, maka antara ahli waris, beberapa orang tua kampung dan pemimpin masyarakat bersepakat bahawa kain kafan tetap dikuburkan, walau tanpa mayat. Dengan alasan tetap memenuhi permintaan terakhir almarhum, dikebumikan di lokasi sesuai wasiat yang pernah diutarakannya. Setelah ditimbuni tanah, di atasnya dipacakkan batu nisan sebagai tanda. Berita kematian Dugo disebar kepada rakan-rakan, kaum keluarga, handai taulan, juga anak-anak muridnya di berbagai daerah. Tapi yang paling terkejut adalah murid-muridnya dari Lintau (Tanah Datar). Kerana setelah dikatakan hari beliau meninggal dunia serta waktu jenazahnya menghilang, ternyata disaat yang sama justeru mereka yang di Lintau mengaku belajar agama dengannya. Bahkan sempat pula solat berjemaah. Namun, dakwaan orang-orang Lintau pada hari itu tuan guru berperilaku lain dari biasanya. Beliau tidak mahu makan dan minum hidangan yang sudah disajikan. Selesai menyampaikan pengajian, dia terus berlalu pergi begitu saja. Dari bukti-bukti dan saksi-saksi, pihak keluarga Dugo membuat kesimpulan bahawa almarhum menghilang di liang lahad kemungkinan demi menunaikan kewajipan mengajar yang dijanjikannya bagi murid-murid di Lintau. Hal ini diperkuat oleh penolakannya terhadap jamuan di sana. Suatu hal yang tidak lazim, beliau menolak makan dan minum. Tentu saja kerana orang yang sudah mati tidak perlu makanan lagi. Lagi pula, bukankah janji memberi ilmu merupakan hutang yang harus ditunaikan oleh seorang yang alim? Barangkali, Dugo Datuk Penghulu Basa atas kehendak dan kebesaran Allah terlebih dahulu melunasi kewajipan dakwah Islamnya, sebelum benar-benar kembali kepada Pemiliknya yang sebenar. Sebagai tanda cinta dan kehilangan yang mendalam, murid-muridnya dari Lintau menghantarkan nisan baru dari batu alam asli dengan cara dipikul. Sampai saat ini masyarakat masih menyakini tokoh ulama mereka ini bersemadi di Surau Manggih. Sebab di sanalah terakhir beliau dikebumikan, terkecuali Allah yang Maha Kuasa menghendaki tempat yang lebih baik bagi hambaNya yang taat itu.

Makam Bercahaya
Kini, masih ada orang mendakwa kerapkali masih menyaksikan keistimewaan kubur Dugo. Berdasarkan maklumat dari ramai saksi, pada malam-malam tertentu ada semacam sinar putih yang memancar dari pusaranya. Semakin jauh jarak kita memandang akan semakin jelas cahaya istimewa tersebut tegak lurus ke langit, seperti lampu sorot. Dan terdengar pula suara ramai orang-orang bertadarus al-Quran di Surau Manggih, di samping kuburnya. Kejadian luar biasa yang masih berlangsung hingga saat ini bukan saja disaksikan pihak keluarga almarhum, juga orang-orang lain yang kerap membuktikannya dengan mata kepala sendiri. Cuma ketika dilihat langsung ke kubur dan surau, sinar putih serta suara bacaan al-Quran lenyap seketika. Malangnya, pernah juga beberapa orang kaki judi menganggap kubur itu sebagai keramat. Mereka datang pada malam hari, berziarah untuk mendapatkan nombor ekor. Tapi, setibanya di sana langsung disambut gemuruh petir yang menggelegar dan mereka pun lari bercempera. Itu adalah kehendak Allah s.w.t. jua.

Seterusnya dapatkan Hidayah Mei 2010 di pasaran...

Adakah Roh Berkeliaran?

Warga Bogor sekonyong-konyong terkejut dengan berita ‘hantu pocong’ yang berkeliaran ke rumah-rumah penduduk. Berita itu berhasil dirakamkan oleh seseorang. Dalam rakaman tersebut digambarkan kononnya makhluk halus itu minta tolong. Benarkah kejadian itu? Apakah itu tidak ada kaitan teknologi dan bukan roh berkeliaran? Sebelum menjawab pertanyaan itu, alangkah baiknya kita menimbang hal berikut ini. Pertama, tentang alam. Alam itu terbahgi menjadi tiga, iaitu alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat. Ketiga jenis alam itu memiliki status dan aturan sendiri. Alam dunia adalah refleksi dari jasad, sedangkan roh sebagai sebahagiannya. Sebaliknya, alam barzakh adalah refleksi dari roh, sedangkan jasad sebagai sebahagiannya. Terakhir, alam akhirat atau Daru al-Qarar adalah alam setelah kebangkitan manusia dari kuburnya. Kedua, kematian atau maut adalah berpisahnya roh dengan jasad, dan ketika pemisahan tersebut terjadi, roh berada di alam barzakh atau alam kubur. Ibarat perjalanan waktu, manusia yang sudah pindah ke alam lain itu tidak akan kembali ke alam semula. Roh manusia yang sudah pindah ke alam barzakh juga tidak akan kembali ke alam dunia dan tidak akan pernah kembali ke alam dunia. Ketiga, barzakh secara bahasa bererti pembatas antara dua hal, dan di sini maksudnya pembatas antara alam dunia dengan alam akhirat. Dengan demikian, ketika seseorang meninggal (mati, berpisah jasad dari rohnya), maka ia tidak akan kembali ke alam dunia. Pada hari Kiamat nanti, orang-orang kafir akan memohon kepada Allah agar dikembalikan lagi ke dunia untuk beramal salih, tetapi permintaan itu tidak dikabulkan Allah. Oleh kerana itu, sebenarnya tidak ada roh yang berkeliaran. Apa yang terjadi di dunia hanyalah permainan syaitan. Syaitan itu mengubah wujud dirinya seperti seseorang yang kemudian diduga sebagai roh berkeliaran. Roh itu seperti belon yang terisi udara. Jika belon itu pecah, maka udara itu pun akan keluar dan tidak akan boleh kembali lagi ke tempatnya. Begitulah roh, ia tidak akan kembali lagi ke dunia (material), jika seseorang itu telah meninggal. Ini sebuah pengandaian sederhana, tapi setidaknya boleh dijadikan analogi bagi keadaan roh setelah seseorang meninggal dunia. Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah menyebutkan dalam bukunya, al-Roh bahawa ada beberapa pendapat tentang keberadaan roh setelah meninggal hingga hari Kiamat. Dari sekian banyak pendapat yang ada, tidak satu pun yang menerangkan bahawa ada roh yang berkeliaran. Roh orang-orang beriman berada di alam barzakh yang luas, yang di dalamnya ada ketenteraman dan rezeki serta kenikmatan, sedangkan roh orang-orang kafir berada di barzakh yang sempit, yang didalamnya hanya ada kesusahan dan seksa. Allah berfirman, “Dan di hadapan mereka ada barzakh sampai hari mereka dibangkitkan.” (QS. al-Mukminun: 100). Atas dasar itulah, Salman Al-Farisi pernah berkata bahawa roh orang-orang mukmin ada di barzakh, yang dapat pergi ke mana pun yang dikehendakinya, sedangkan roh orang-orang kafir ada di Sijjin, di bumi ketujuh. Maksud perkataan ini adalah bahawa kerana luasnya keadaan alam barzakh bagi orang mukmin, maka mereka boleh sekehendaknya pergi ke mana saja. Inilah keistimewaan yang dirasakan orang mukmin di alam barzakh. Kenikmatan ini akan ia dapatkan hingga datangnya hari penghisaban. Kelak, di syurga mereka akan mendapatkannya jauh lebih nikmat. Ucapan Salman di atas dipertegas Imam Malik yang pernah berkata, “Aku pernah mendengar bahawa roh itu dilepaskan sehingga dapat pergi ke mana pun yang dikehendakinya.” Begitu juga dengan perkataan Ibnu Abdul-Barr bahawa roh itu berada di serambi kubur, tapi bukan bererti ia tidak boleh meninggalkan serambi kubur. Dua perkataan terakhir sekaligus menegaskan tentang kebebasan roh untuk pergi ke mana pun yang ia suka setelah lepas dari jasadnya. Hanya saja, itu terjadi pada orang mukmin di alam barzakh yang berubah menjadi lapang dan luas. Sebaliknya, bagi orang kafir, hal itu tidak akan pernah terjadi kerana alam barzakh menjadi sempit dan menyeksa bagi mereka. Allah s.w.t. berfirman, “Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati: bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.” (QS. Ali Imran: 169) Demikian juga Hadis Nabi yang diriwayatkan Imam al-Baihaqi dalam kitabnya, Hayat al-Anbiya di Quburihim, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “para Nabi itu hidup di dalam kubur, mereka sentiasa dalam keadaan solat.”

Seterusnya dapatkan Hidayah Mei 2010 di pasaran...

Menyingkap Rahsia Mumia Firaun

KISAH tentang tingkah laku Firaun yang sombong dan kejam bukanlah sebuah cerita fantasi. Ia dikisahkan dalam al-Quran. Namanya diabadikan dalam sejarah sebagai raja besar. Tapi, ia menyombong kerana tidak mahu menerima ajaran yang dibawa Nabi Musa a.s., ia pula justeru mengaku dirinya sebagai tuhan. Kekuasaan telah membutakan mata dan hatinya. Ia lebih mencintai takhta dan tidak mahu takhtanya itu jatuh. Lalu, ia bertindak kejam, menyeksa dan menghancurkan Bani Israil. Sejumlah tentera yang berada dibawah kekuasaannya, diperintahkan membunuh bayi-bayi lelaki tidak berdosa dan menyeret kaum lelaki untuk dijadikan para hambanya guna membangun kota-kota baru.

Mati Tenggelam
Allah s.w.t. mendengar jerit kesakitan Bani Israil dan mewahyukan pada Musa memimpin Bani Israil keluar dari Mesir. “Dan Kami wahyukan (perintahkan) kepada Musa: “Pergilah di malam hari dengan membawa hamba-hambaKu (Bani Israil) kerana sesungguhnya kamu sekalian akan disusuli.” (As-Syu’ara [26]: 52). Nabi Musa tidak ragu-ragu akan janji Allah. Maka baginda berani menanggung beban berat itu – membawa kaumnya pergi dari Mesir. Setelah Firaun tahu Bani Israil meninggalkan Mesir, ia segera memerintahkan tenteranya untuk mengejar. Ia juga berencana hendak membunuh Musa dan Harun, lalu membawa kembali Bani Israil untuk dijadikan hamba-hambanya. Firaun mengenderai sendiri kereta kudanya yang perkasa dan memimpin langsung angkatan tentera yang berjumlah besar. Rombongan Bani Israil terus berjalan meninggalkan Mesir. Tapi Firaun segera mengejar Bani Israil. Rombongan Bani Israil dilanda rasa takut, apalagi ketika kereta kuda yang dipimpin Firaun itu semakin dekat. Rombongan Bani Israil tak boleh berbuat apa-apa. Rombongan Bani Israil dalam ancaman besar, dihimpit rasa takut dan merasa tidak boleh lepas. Tetapi Nabi Musa yakin dengan pertolongan Allah sebagai Maha Penolong. Di saat genting itu, pertolongan Allah akhirnya datang. Allah menyampaikan wahyu, “Pukullah laut itu dengan tongkatmu!” (As-Syu’ara [26]: 63). Nabi Musa a.s. mengikuti perintah Allah, berjalan ke laut. Lalu, di atas sebuah batu, baginda memukulkan tongkatnya. Di luar dugaan, sesuatu yang mengejutkan terjadi: laut terbelah menjadi dua – setiap bahagiannya seperti sebuah gunung tinggi dan ada sebuah lembah yang panjang di antaranya. Dalam al-Quran, Allah berfirman, “Maka terbelahlah lautan itu tiap-tiap belahan adalah seperti gunung yang besar.” (As-Syu’ara [26]: 63) Nabi Musa dan Bani Israil lalu melewati lembah yang membelah lautan jadi dua bahagian itu. Ketika Firaun dan bala tenteranya tiba di tepi laut, mereka bersegera mengejar Bani Israil yang berjalan di tengah-tengah jalan yang menakjubkan itu. Saat pengikut Musa tiba di pantai sisi Timur (Teluk al-Siways), pengikut Musa melihat tentera Firaun di tengah jalan – dari belahan laut. Kaum Bani Israil dicengkam ketakutan, menduga kali ini tak boleh selamat. Lagi-lagi pertolongan Allah datang. Kejadian tak terduga kembali terjadi. Kedua sisi air laut kembali menyatu. Gulungan ombak menggulung Firaun dan bala tenteranya. Firaun tak berdaya. “Aku percaya bahawa tidak ada Tuhan selain Tuhan yang dipercaya Bani Israil dan aku adalah termasuk orang yang berserah diri (kepada Allah).” (Yunus [10]: 90). Saat itu, Firaun dekat pada kematian dan ia mendengar suara, “Apakah sekarang (baru kamu percaya) padahal sesungguhnya kamu telah derhaka sejak dahulu dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Yunus [10]: 91). Dibayangi kematian, Firaun tahu akan menghadapi akhir hidup yang mengerikan dan dia mendengar suara, “Maka hari ini Kami selamatkan tubuhmu supaya kamu menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus [10]: 92)

Seterusnya dapatkan Hidayah Mei 2010 di pasaran...

Alam Ghaib Lebih Canggih Dan Luas

Barang kali ramai yang belum tahu bahawa alam yang kita diami sekarang ini terlalu kecil. Alam ini yang dinamakan alam dunia cuma sebesar apa saja, iaitu satu alam yang paling kecil. Sebenarnya, ada alam yang lebih besar dari alam bumi ini. Semuanya itu dinamai alam ghaib. Sebagai manusia alam ghaib kita tidak mengetahui keadaannya. Kita tidak diberi ilmu tentangnya. Dan kita juga tidak boleh dan tidak dapat melihat alam ghaib ini.
Alam-alam seperti alam malaikat misalnya ia luas, besar, canggih dan tidak sampai ilmu manusia sampai disana memikirkan. Cuma kita diberitahu tentang perkara ini sebagai gambaran saja melalui kitab suci al-Quran, dan juga hadis Nabi s.a.w. Fikiran manusia tidak berjaya menjangkau alam itu. Allah s.w.t. telah menciptakan manusia adalah sebaik-baik makhluk, mulia dan utama. Ini sesuai dengan firmanNYA dalam surah “At-Tin” ayat 4 yang maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya.” Kenapa makhluk insan sebaik-baik makhluk diciptakan oleh Allah? Jawapannya ialah kerana Allah mengurniakan manusia dengan akal. Kerana dengan akal manusia percaya kepada Allah s.w.t. dan dapat membezakan antara baik dengan yang buruk. Lalu manusia memilih yang baik dan manusia menjadi makhluk yang beradaban dan berkebudayaan, dan semakin lama semakin maju. Sungguh mengkagumkan kemajuan yang telah dicapai oleh manusia dengan pancaindera dan akalnya itu. Bagaimanapun, yang dapat dicapai oleh manusia dengan akal atau ilmunya itu, hanyalah yang berhubung kait dengan alam benda sahaja. Alam benda ini adalah alam yang paling kecil. Ada alam yang lebih besar, lebih luas, lebih indah, lebih canggih iaitu alam ghaib, baik alam malakut (alam malaikat) atau alam akhirat. Alam-alam inilah yang banyak persoalannya yang perlu diketahui oleh setiap manusia, kerana setiap manusia akan terlibat dengannya. Untuk mengetahuinya, Allah s.w.t. telah mengutus sebanyak 124,000 Nabi, 313 daripadanya diangkat oleh Allah menjadi Rasul. Sebahagian darinya pula dibekalkan dengan kitab-kitab. Ada suhub Ibrahim, Zabur untuk Daud dan Sulaiman. Taurat untuk Musa dan Harun. Injil Isa al-masih dan dikunci dengan kitab al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul penutup di tanah Arab dalam abad ke 6 masehi. Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan rasul penutup, dan al-Quran mengakui semua Nabi-nabi dan Rasul terdahulu, mengaku kitab-kitab suci terdahulu itu, semuanya mengajarkan agama yang sama iaitu Islam. Islam adalah agama yang diajarkan oleh semua Nabi dan Rasul dari kitab suci, menjadi sempurna dan lengkap dengan turunnya Nabi Muhammad s.a.w. dan turunnya al-Quran. Dalam surah Al-Maidah ayat 3 Allah s.w.t. telah berfirman yang maksudnya: “Hari ini AKU (ALLAH) sudah sempurnakan bagimu akan agamamu, dan AKU telah lengkapkan bagimu NikmatKU dari AKU redho Islam menjadi agamamu.” Dalam surah Al-Baqarah ayat 136 Allah s.w.t. telah berfirman lagi yang maksudnya: “Sesungguhnya agama yang diredhoi Allah ialah Islam.” Muhammad s.a.w. diutus dan al-Quran diturunkan adalah untuk menghidupkan dan memperkembangkan ajaran semua Nabi, Rasul, dan kitab-kitab terdahulu itu menyempurnakan dan melengkapkannya.

Seterusnya dapatkan Hidayah Mei 2010 di pasaran...

Kena Penampar Polis Arab Tiga Kali

PENGALAMAN menunaikan ibadah haji adalah pengalaman yang memberi kesan mendalam secara spiritual. Ada yang menyenangkan, ada pula yang kurang menyenangkan. Hal menyenangkan biasanya dirasa ketika ia mengalami perjalanan haji dengan kesan positif. Tapi, untuk yang kurang menyenangkan, biasanya berupa hal-hal yang ‘mengganggu’ fikiran. Meski begitu, pengalaman kurang menyenangkan kadang-kadang justeru menyedarkan hidup seseorang. Hal itu dapat menjadi bahan menilai diri dan ‘teguran’ kecil yang membuat seseorang ingin meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Nah, salah satu pengalaman nyata yang dapat dijadikan bahan muhasabah adalah apa yang dialami Hujaimi Dahlan. Lelaki yang menetap di daerah Jakarta Barat ini merasakan pengalaman yang membuatnya kian sedar bahawa Allah akan menegur hambaNya di manapun, termasuk saat seseorang berada di RumahNya. Ya, 14 tahun silam, saat dia dan isterinya menunaikan ibadah haji, ia merasakan pengalaman yang unik dan aneh. “Saya tidak menyangka kalau saya akan mengalami pengalaman aneh. Saya ditampar oleh Polis Arab Saudi tanpa sebab yang jelas. Padahal, waktu itu saya tidak melakukan hal tak terpuji atau bersifat jenayah,” katanya menghimbau kisah lalu.

Titik Pertaubatan
Haji Hujaimi Dahlan, yang biasa dipanggil Haji Emi, adalah orang yang pernah menjalani masa pertaubatan. Dia menceritakan kala ia masih muda, ia terbilang anak muda yang nakal, derhaka kepada ibu bapa, dan sering melakukan tindakan jenayah. Sebab, katanya, tinggal di Jakarta dikelilingi lingkungan yang ‘kurang sihat’ dalam hal pergaulan. Saat itu, yang namanya minum-minuman keras merupakan hal biasa. Apalagi, untuk barang haram bernama dadah. “Saya mengenal minuman keras waktu masih duduk di bangku sekolah menengah. Kemudian saya mengenal dadah waktu di bangku sekolah menengah atas,” ujarnya berterus terang. Saat masih muda, lanjutnya, ia juga sering melakukan aksi cabar mencabar antara sekolah. Cabar mencabar sudah menjadi ‘trend’ dalam pergaulan anak muda kala itu. Dengan hiruk-pikuk kehidupan di Jakarta yang serba ‘gemerlap’, ia tampil dengan wajah anak muda yang haus dengan keberanian. Pergaduahan antara pelajar sudah bukan lagi barang aneh bagi dia. Padahal, kalau difikir-fikir, pergaduhan yang pernah ia lakukan hanya kerana persoalan remeh temeh. Umpamanya, merebut gadis sesam teman sekolah, kerana saling menghina, ejek mengejek, tunjuk jaguh, dan sebagainya. Semua dilakukan oleh anak remaha kala itu sebagai bentuk ke ‘brutalan’. Salah satu faktornya kerana mereka tidak boleh mengawal emosi dan tidak berfikir jangka panjang. “Saya waktu itu tergolong anak muda yang ‘brutal’. Samsenglah kononnya. Sekolah hanya sebagai alasan untuk menutupi kenakalan di hadapan ibu bapa, jadi, pergi ke sekolah dengan baju seragam, tapi di tengah jalan melepak dengan teman-teman,” kata lelaki yang memiliki perusahaan dari rumah (home industry) tersebut di wilayah Jakarta Barat itu. Suatu hari, dia dimarahi ibunya lantaran mendapat teguran dari guru disiplin sekolah. Pihak sekolah melaporkan kepada ibunya bahawa dirinya jarang masuk ke sekolah. Disamping itu, pihak sekolah juga melaporkan bahawa dirinya tidak membayar yuran. “Setiap dapat wang untuk bayar yuran dari ibu, saya tidak membayarkannya. Saya malah membelanjakannya, baik untuk jalan-jalan, belanja kekasih, beli minuman, dan seterusnya,” ceritanya. Kerana itulah, si ibu kemudian marah besar. Sebagai ibu tunggal, ibunya memang tergolong wanita gigih. Ia membiayai semua keperluan hidup dan sekolahnya. Namun, kerana kenakalannya, si ibu kemudian jadi melenting. “Kamu kemanakan wang yuran yang setiap bulan ibu berikan?” tanya ibunya, seperti yang dicerita Haji Emi. Kerana, waktu itu, dia sedang masih dalam keadaan mabuk, dia kemudian naik angin dan menampar ibunya. “Plak...!”
Tamparan itu begitu keras di pipi wanita yang melahirkannya itu. Ibunya kemudian hanya terdiam. Dia tak menyangka bila anak yang ia lahirkan dan asuh itu tergamak menampar dirinya. Setelah kejadian itu, Emi kemudian langsung keluar rumah dan pergi. Kejadian seperti itu terjadi berulang kali. Setidaknya tiga kali. Dia juga menampar ibunya hanya kerana berperang mulut dengan ibunya. Pendek kata, kalau ibunya marah, ia akan melawan. Tidak diam begitu saja. Kenakalan ini berlanjut hingga dewasa. Namun, Emi ketika muda kemudian mengalami titik balik di usia ke-26. Kala itu, ia merasa sangat bersalah. Ia segera bertaubat. Atas bimbingan seorang ustaz di Jakarta, ia kemudian meninggalkan perilaku buruk yang dulu pernah ia kerjakan. Hingga akhirnya ia membuka usaha kecil-kecilan di bidang perbengkelan. Usaha tersebut ia kelola dari modal kecil. Hingga beberapa tahun kemudian berkembang dengan baik. Dan, di usia ke-30, ia berumahtangga dengan seorang gadis Jawa. Setelah dirinya berkahwin, ia mencuba bersikap bijak terhadap segala hal dalam hidup ini.
Beberapa tahun setelah berkahwin, ibunya meninggal dunia, ia memang sudah bertaubat dan berlaku baik kepada ibu. Di usia ke-26 ia sudah tidak berani lagi bertindak kasar kepada ibu. Bahkan, ia sudah tidak berani lagi berkata kasar di hadapan ibunya.

Seterusnya dapatkan Hidayah Mei 2010 di pasaran...

Penjudi Memikul Dosa Besar

DALAM kehidupan masyarakat, judi tidak dapat dihapus atau dipisahkan. Di negara kita sendiri judi sudah lama bersarang dalam berbagai bentuk, kecil dan besar. Dari penjualan 4 nombor ekor, Magnum, toto, tiket loteri kebajikan masyarakat (yang terkenal tahun-tahun 60-an), laga ayam, laga lembu hinggalah ke perjudian yang besar dan kemuncaknya ialah pusat judi di Genting Highland, Pahang yang terkenal itu. Dikalangan ‘orang-orang kecil’ judi berkembang melalui permainan poker (daun terup), main mahjung (permainan judi orang Cina) yang turut ditumpang oleh orang-orang Melayu dan permainan judi lainnya. Bagaimana dengan Islam? Tentu saja melarang dan mengharamkannya. Pelarangan ini disebutkan dalam al-Quran yang ertinya, “Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.” (Al-Baqarah: 219) Sedang Nabi s.a.w. bersabda, “Barang siapa berkata kepada rakannya: mari bermain judi, maka hendaklah ia bersedekah.” (HR. Bukhari dan Muslim) Judi dilarang kerana dalam persepsi Islam dapat mendatangkan dua kesan buruk. Pertama, efek dalam dimensi sosial berupa permusuhan dan kebencian. Kedua, efek dalam dimensi agama berupa menghalang-halangi upaya seseorang untuk mengingat Tuhannya dan menegakkan solat. Sedangkan Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam bukunya, Halal dan Haram dalam Islam, menulis bahawa larangan judi tersebut kerana mengandung beberapa hikmah yang dikandungnya, iaitu: Pertama, seorang muslim hendaknya mengikuti sunnatullah dalam bekerja mencari wang, dan mencarinya dimulai dari pendahuluan-pendahuluannya. Masukilah rumah dan tunggulah hasil (musabbab) dari sebab-sebabnya. Sedang judi dapat menjadikan manusia hanya bergantung kepada pembahagian, sedekah dan angan-angan kosong; bukan bergantung kepada usaha, aktiviti dan menghargai cara-cara yang telah ditentukan Allah, serta perintah-perintahNya yang harus diturut.
Kedua, Islam menjadikan harta manusia sebagai barang berharga yang dilindungi. Oleh kerana itu, tidak boleh diambil begitu saja, kecuali dengan cara tukar-menukar sebagai yang telah disyariatkanNya, atau dengan jalan hibah dan sedekah. Ketiga, perjudian itu dapat menimbulkan permusuhan dan pertentangan antara pemain-pemain itu sendiri, kendati nampak dari mulutnya bahawa mereka telah saling merelakan. Sebab bagaimana pun akan selalu ada pihak yang menang dan yang kalah, yang dirampas dan yang merampas. Keempat, kerugiannya mendorong pihak yang kalah untuk mengulangi lagi, barangkali dengan ulangan yang kedua itu dapat menutup kerugiannya yang pertama. Sedang yang menang, kerana didorong oleh lazat menang, maka ia tertarik untuk mengulangi lagi. Kelima, hobi ini merupakan bahaya yang mengancam masyarakat dan peribadi.

Seterusnya dapatkan Hidayah Mei 2010 di pasaran...

Trinidad Tobago: Pusat Islam Di Carribean

WAJAH ceria Shahanaz Warrenville nampak tersenyum saat menerima penghargaan yang diberikan oleh wakil kementerian Perencanaan Perumahan dan Lingkungan Hidup Trinidad Tobago. Shahanaz yang memakai tudung itu adalah pemenang pertama pertandingan menulis dengan tema “Mengelola Pemukiman liar di Trinidad Menuju Pembangunan Berkelanjutan” peringkat sekolah menengah yang diadakan oleh kerajaan pada bulan Disember 2009. Berita kemenangan Shahanaz ini disiarkan oleh sebuah media masyarakat Islam Caribbean. Potret Shahanaz adalah potret betapa kini kemajuan masyarakat Islam minoriti Trinidad Tobago sudah patut dibanggakan. Tentu itu hanyalah gambaran kecil saja. Banyak kemajuan lain yang sudah dipetik umat Islam di Trinidad Tobago dan kawasan Caribbean secara umumnya. Di Caribbean, kepulauan berisi 24 negara kecil yang terkenal indah itu, boleh dikatakan Islam bukanlah isu utama. Hanya ada sekitar 400 ribu orang pemeluk Islam di 24 negara di kawasan tersebut. Jumlah tersebut memang kecil jika dibandingkan populasi 40 juta orang penduduk Caribbean. Di Trinidad Tobago sendiri hanya ada 6 – 8 peratus muslim di antara penduduk yang berjumlah 1.3 juta penduduk. Ahmad Khan, ketua Islamic Missionaries Guild International, sebuah lembaga keagamaan yang berkedudukan di Guyana, menjelaskan, jumlah umat Islam di kepulauan Karibian tersebar di sejumlah negara di kawasan ini, iaitu Barbados, Grenada, Dominika, Puerto Rico, Kepulauan Virgin, dan Jamaika. Tumpuan tersebarnya umat Islam berada di Guyana dengan populasinya mencapai 120 ribu orang. Adapun di Trinidad dan Tobago terdapat sekitar 100 ribu orang. Meski bukan yang terbesar, Trinidad lah pusat keislaman kawasan ini. Kegiatan peringkat antara bangsa mengenai Islam sering dilangsungkan di sana. Raja Arab Saudi, Muhammad ibn Faisal, umpamanya, pernah datang ke Trinidad untuk menghadiri sebuah persidangan dakwah. Trinidad Tobago terletak di bahagian selatan Caribbean. Negara ini memiliki aneka ragam budaya dari masyarakat yang berbagai budaya yang dilingkupi sikap bertimbang rasa, pembauran agama dan kebudayaan sebagai bahagian yang tak terpisahkan dari masyarakat. Selain Islam, dua agama terbesar lainnya adalah Kristian dan Hindu. Negara kepulauan yang pada awalnya diduduki bangsa Sepanyol, Inggeris, dan Perancis ini amat kuat dipengaruhi sejarah perhambaan dan buruh kasar (kuli kontrak). Keduanya memberi sumbangan terbesar bagi keragaman budaya di Trinidad. Adalah dua orang tokoh agama, iaitu Nizam Mohammed yang merupakan mantan ahli politik serta Noor Mohammed Hassanali yang giat meningkatkan syiar dan menyebarkan Islam. Sumbangan mereka dalam berdakwah di masjid-masjid telah membangkitkan ghairah (semangat) keislaman di kalangan kelompok Islam. Tahun lalu, kedua tokoh ini diamanah memberikan khutbah raya Aidilfitri. Ribuan umat Islam (dikatakan mencapai 4 ribu orang) memenuhi lapangan besar di Jean Pierre Cultural Complex di Port-of-Spain, ibu kota Trinidad Tobago. Secara umumnya ada dua generasi Islam di Trinidad sekarang. Pertama, yang masih memegang teguh tradisi yang dipandang sulit menerima Islam yang dinamik. Sedangkan, kelompok kedua adalah generasi muda yang lebih moden.

Awal Islam
Islam pertama kali datang ke Trinidad Tobago saat pemerintah penjajahan Inggeris membawa para hamba dari Afrika Barat untuk bekerja di ladang-ladang tebu. Hingga tahun 1802, jumlah mereka telah mencapai 20 ribu orang. Tahun 1830-an, orang Islam asal Afrika ini menetap di Port of Spain. Kebanyakan tidak boleh membaca dan menulis, namun mereka terorganisasi berkat peranan Muhammad Beth, yang telah membeli kebebasannya dari perhambaan. Mereka tetap mempertahankan agamanya, bergiat di banyak bidang, dan secara berpeluang kembali ke kampung halaman di Senegal. Inggeris kemudian membawa para buruh dari India pada tahun 1845 sebagai tenaga murah setelah sistem perhambaan dihapuskan. Orang dari Indialah yang dinilai paling berjasa dalam meletakkan dasar-dasar institusi Islam di Trinidad.Kegigihan orang-orang Islam India ini mereka tetap mempertahankan agama Islam yang mereka peluk di India menjadi tenaga yang menumbuhkan Islam di Trinidad. Meskipun miskin, mesti menjalani waktu-waktu kerja yang panjang, dan perlakuan tidak manusiawi daripada majikan, mereka tetap dapat mendirikan sejumlah masjid dari waktu ke waktu di berbagai daerah. Pada tahun 1893 umat Islam di sini membentuk diri menjadi organisasi Islam pertama bernama ‘Asosiasi Guardian Islam’. Kemudian pada tahun 1904, organisasi ini mendirikan Masjid pertama di Trinidad Victoria terletak di kampung dekat San Fernando. Kelompok Islam kemudian terus meningkat, demikian pula jumlah masjid dan organisasi Islam lainnya. Selain Afrika dan India pendatang dari Timur Tengah termasuk Indonesia, Pakistan, juga turut berjasa membawa Islam ke sana. Para pendatang ini turut membangun bidang pertanian dan perdagangan yang kesannya membangun ekonomi Trinidad. Sejarah mencatat, sebelum Trinidad menemukan sumber minyak pertamanya, ekonomi di wilayah itu telah pesat berkat pendatang Islam inilah. Sumbangan itu tetap berjalan sampai sekarang. Sebuah akhbar harian Trinidad menyatakan alasan mengapa banyak warga memilih Islam antara lain kerana tertarik dengan keseimbangan antara bekerja dan ibadat yang diajarkan Islam. Mereka yang tadinya tidak mempunyai pekerjaan, setelah masuk Islam, menjadi giat bekerja dan tidak lagi bermalas-malasan. Sebab, agama Islam mengajarkan bahawa orang-orang yang rajin bekerja akan mendapatkan balasan pahala yang besar. Hal ini terkesan pada makin meningkatnya kualiti kehidupan di kalangan masyarakat kepulauan Karibian.

Seterusnya dapatkan Hidayah Mei 2010 di pasaran...

Berprasangka Baik Kepada Allah

Kehidupan di dunia ini membentangkan dua kutub; atas dan bawah. Manusia tak dapat mengelak jika ada di dua kutub tersebut. Kadang ada di atas, tapi dilain kesempatan ada di bawah. Sesekali, dilimpahi kesenangan. Lain kali, dihimpit kesusahan. Pusingan hidup itu dialami oleh Sobri. Waktu Sobri kecil, orang tuanya dilimpahi harta. Orang tua Sobri boleh naik haji, dan bahkan setiap tahun berkemampuan membayar zakat atas keuntungan perdagangan yang dijalankannya. Tapi, hal itu berbalik haluan setelah Sobri dan adiknya lulus dan berjaya melanjutkan pengajian ke universiti. Biaya kuliah yang tak sedikit, ternyata mengoyak sudut kewangan keluarganya. Apalagi, tidak lama setelah ke menara gading, ayahnya jatuh sakit. Keadaan itu ternyata memukul masalah kewangan keluarga Sobri. Untungnya, ibu Sobri tergolong wanita yang tabah. Ia mengganti peranan ayah Sobri, menjalankan bisnes yang sempat terbengkalai. Tapi, dalam pada itu masalah kewangan tak boleh diatasi si ibu sepenuhnya. Keluarga Sobri “menggali lubang” belitan hutang. Sobri tak boleh berbuat apa-apa. Meski sudah berusaha semampunya, ia tak boleh mengubah keadaan. Memang, ia sudah berusaha. Tetapi, usaha Sobri itu hanya mampu membantu keluarganya untuk meringankan biaya pengajian.

Seterusnya dapatkan Hidayah Mei 2010 di pasaran...

Sunan Muria, Berdakwah Dikalangan Rakyat Miskin

SUNAN MURIA adalah tokoh agama yang amat bersahaja. Dia tidak berkaitan dengan hal-hal berkaitan politik atau populariti yang memungkinkan kisahnya lebih banyak tercatat dalam sejarah. Sebagai wali, Sunan Muria lebih banyak membenamkan dirinya dalam kehidupan rakyat kecil, yang miskin dan golongan marhaein. Para pelajarnya (para pengikutnya) kebanyakan ialah para petani dan nelayan kecil. Dia berbaur dan menyelami setiap sisi terdalam kehidupan rakyat jelata. Sunan Muria “Membaurkan diri” dengan sebenar-sebenarnya dalam kehidupan masyarakat. Langkahnya yang sederhana ini telah membawanya menciptakan tembang Sinom dan Kinanti. Satu tindakan lain yang membuktikan Sunan Muria menyusup dalam ke lubuk hati rakyat adalah tidak dilarangnya tradisi mengadakan kenduri setelah kematian seseorang yang kenal dengan tradisi Hindu-Jawa. Namun begitu, menurut catatan sejarah, ia tetap melarang tradisi-tradisi yang mutlak sebagai amalan syirik. Contohnya seperti membakar kemenyan dan menaruh sajian di tempat-tempat yang dianggap keramat.
Metode yang merupakan lanjutan dari kerja dakwah ayahnya ini menyebabkan Sunan Muria lebih mengenal tradisi rakyat Jawa. Dia juga dikenal sebagai seorang seniman yang melestarikan gamelan dan tradisi kesenian lainnya. Melalui media ini sedikit demi sedikit Sunan Muria memasukkan ajaran serta kebajikan Islam.
Inilah pintu masuknya memperkenalkan Islam. Dengan begitu, rakyat tidak merasa adanya kejutan. Pembenaran tentang ajaran Islam diterima rakyat secara rasional, sebab berjalan di wilayah yang akrab dengan mereka. Syair-syair Jawa diubah liriknya dengan kebajikan-kebajikan Islam. Rakyat boleh lebih mengenal Islam sebagai sesuatu yang lembut. Metode ini sebenarnya masih berlangsung hingga kini di Jawa. Setidaknya banyak kiai dan ulama, terutama yang berasal dari Nahdhatul Ulama (UN), menggunakan metode ini untuk boleh lebih memasukkan kebaikan Islam dan membetulkan pemahaman-pemahaman rakyat yang salah. Begitu dekatnya Sunan Muria dengan rakyat hingga keluasan dakwahnya merambah daerah dan pemukiman terpencil. Seperti daerah Gunung Muria sendiri yang sebenarnya amat terpencil sebab harus melalui jalan menanjak lebih kurang 700 anak tangga – yang bukan saja terjal tapi perlu waktu lebih kurang 30 minit mencapainya. Dakwahnya juga meluas ke Pati, Pesisir Jawa, selain tentunya juga Kudus.

Hadir di Hati Rakyat
Sunan Muria nama asalnya Raden Umar Said. Beberapa ahli sejarah berpendapat dia putera kandung Sunan Kalijaga, hasil perkahwinan dengan Dewi Saroh. Dua ahli sejarah, A. M. Noertjahjo dan solihin Salam, setuju dengan pendapat ini. Melalui perkahwinan ini lahir tiga anak: Sunan Muria, Dewi Rukyah dan Dewi Sofiah. Pendapat ini diperkuat dua catatan lain: Runtuhnya Kerajaan Hindu-Jawa dan Lahirnya negara-negara Islam di Nusantara (1968) karya Profesor Dr. Slamet Muljana, dan Sunan Muria: antara Fakta dan Legenda (1983), karya Umar Hasyim. Sementara itu Pustoko darah agung, buku karya R. Darmowasito yang menelaah salasilah raja-raja dan wali tanah Jawa menyebut Sunan Muria sebagai putera Sunan Ngudung. Tapi versi ini lemah.
Di Desa Colo, Kecamatan Dawe, Kudus di Puncak Gunung Muria terletak pemakaman Sunan Muria. Makam ini terletak di bangunan kuno yang tepat berada di belakang mihrab masjid peninggalan Sunan Muria. Sampai saat ini makamnya terus diziarahi. Kebersahajaannya mendatangi daerah-daerah terpencil membuat kisah Sunan Muria tak terlalu heboh, bahkan boleh dikatakan sepi. Itu kerana ia sangat fokus berdakwah dan tak terlibat dalam kegiatan politik di pulau Jawa pada masa itu. Wajarlah catatan mengenai dirinya sangat sedikit. Tak banyak pula ahli sejarah dan peneliti yang mahu fokus menyusuri jejaknya. Tak ada catatan pasti bila dia dilahirkan dan bila pula dia meninggal dunia. Sekalipun begitu, dia juga tak dilupakan kerana rakyat Kudus memang mengenalnya dan pernah merasakan jejak dakwahnya di sana. Sebagaimana kisah wali lain di tanah Jawa, banyak kisah rakyat turun temurun mengenai Sunan Muria. Kisah ini memang sudah menjadi legenda kerana hanya berasal dari cerita lisan masyarakat. Salah satunya adalah kisah Sunan Muria dan Adipati Thapak Warak. Suatu hari Sunan Muria menghadiri majlis kenduri yang diadakan oleh Ki Ageng Ngerang, salah seorang gurunya yang juga ulama terpandang. Maksud hajat itu ditujukan bagi keselamatan puteri Ki Ageng Ngerang yang genap berusia dua puluh tahun. Ki Ageng Ngerang mengharapkan puterinya menjadi wanita salihah dan dapat bertemu jodoh dengan lelaki salih. Di antara yang hadir adalah Sunan Kudus dan Adipati Thapak Warak.
Puteri Ki Ageng Ngerang, Dewi Roroyono, dan adiknya, Dewi Pujiwati, direncanakan akan bertindak sebagai penjamu yang menghidangkan makanan. Setelah waktunya tiba, mereka berdua masuk ke ruang yang dipenuhi undangan. Ternyata Dewi Roroyono memiliki kecantikan yang luar biasa.

Seterusnya dapatkan Hidayah Mei 2010 di pasaran...

Siapakah Penghuni Syurga Dan Neraka?

Kisah kebangkitan dihari kiamat mempunyai pelbagai cerita. Dalam kitab-kitab agama, dalam kitab suci Al-Quran, dalam hadis Nabi s.a.w. ada dijelaskan semua masalah ini. Setelah dibangkitkan, manusia akan dikumpulkan dalam satu padang, apa yang disebutkan “Padang Mahsyar” yang luasnya hanya Allah s.w.t. sahaja yang Maha Mengetahuinya. Disini semua makhluk akan diperhitungkan tentang amalan kebajikan semasa hidup di dunia. Allah s.w.t. sudah memberitahu menerusi Nabi dan RasulNYA mengenai hari kiamat ini. Nasib orang-orang yang tidak percaya terhadap adanya hari kiamat terutama orang-orang kafir, maka waktu itulah mereka akan tahu bahawa kejadian kiamat itu benar-benar berlaku dan terjadi. Mereka menyesal. Apa yang mahu disesalkan, kerana semuanya sudah terlambat. Mahu pulang semula ke dunia kerana mahu buat amal, sudah terlambat, kerana “dunia” sudah tidak ada lagi. Dunia sudah musnah sama sekali. Yang ada ialah dunia baru yang Allah s.w.t. ciptakan. Maka di Mahsyar ini makhluk akan dihisab dan ditimbang amal mereka. Mereka yang amalannya berat, akan dimasukkan Allah ke dalam syurga dengan nikmat. Mereka yang timbangan amalannya ringan, maka akan dimasukkan ke neraka. Bagi orang-orang mukmin, akan menjalani hukuman dalam neraka selama mana dosa-dosa yang dibuatnya di dunia dulu. Bagi orang-orang yang derhaka, dan yang ingkar terhadap perintah Allah terutama orang-orang kafir akan terus dimasukkan ke dalam neraka bagi menjalani hukuman atas kemaksiatan yang dibuatnya dulu. Pada hari kebangkitan (yaumul ba’ats) seluruh manusia akan digiring ke Padang Mahsyar untuk menjalani proses perhitungan (hisab). Di sana akan diputuskan siapa yang berhak masuk syurga dan siapa yang berhak masuk neraka, sesuai dengan berat-ringan (timbangan) amal perbuatannya. Kenikmatan syurga dan seksaan neraka adalah hasil akhir dari proses Hari Kiamat. Para penghuni syurga akan kekal dengan kenikmatan syurga, begitu pula para penghuni neraka akan kekal dengan seksaan neraka kecuali sebahagian penghuni neraka yang mempunyai kadar keimanan – meskipun sedikit – kerana mereka akan diangkat ke syurga. Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya: “Adapun orang-orang yang celaka, maka (tempatnya) di dalam neraka, di dalamnya mereka mengeluarkan dan menarik nafas (dengan merintih). Mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki. Adapun orang-orang yang berbahagia, maka tempatnya di dalam syurga mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhamu menghendaki (yang lain); sebagai kurnia yang tiada putus-putusnya.” (Huud: 106-108). Di depan telah disinggung bahawa masa di syurga dan neraka adalah masa yang kekal. Logiknya bererti nikmat yang diterima penghuni syurga tidak akan terputus (berhenti), begitu juga seksaan yang diderita penghuni neraka (tidak akan terputus juga). Tapi jika kita menelaah kembali ayat di atas, ayat tersebut menyatakan bahawa kekekalan masa, baik di syurga mahupun di neraka dinafikan oleh potongan ayat. “Mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain).” Bagaimana bertentangan antara dua persepsi ini?
Jawapannya adalah bahawa penghuni neraka tidak hanya diseksa dengan api neraka saja, tetapi dengan beragam seksaan – selain seksa api neraka – seperti kedinginan yang mencekam dan berbagai seksaan lainnya yang lebih pedih dan kejam. Seksaan itulah (selain seksaan api neraka) yang dimaksud dengan ayat di atas. Maksudnya, mereka (penghuni neraka) diseksa dengan api neraka untuk selamanya, tapi tidak selalu diseksa dengan seksaan selain api neraka. Demikian halnya dengan penghuni syurga, selain mendapat syurga yang kekal, mereka juga mendapatkan berbagai kenikmatan syurga – di mana hanya Allah s.w.t. yang tahu akan hakikatnya.

Seterusnya dapatkan Hidayah Mei 2010 di pasaran...