DIA tenang dan lembut. Tapi dia juga tegas. Setidaknya, demikianlah kesan para pengikutnya saat mengiringi Allahyarham ke tanah perkuburan yang terakhir di Kompleks Pemakaman UIN di Ciputat. Guru besar Psikologi Islam Universiti Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta ini meninggal dunia di usia 83 tahun. Kepergiannya cukup memberi rasa kehilangan bagi kalangan ahli akademik UIN Jakarta. “Profesor Zakiyah Darajat merupakan salah satu dari sedikit orang hebat, akademik, dan sumbangan hebat yang mendedikasikan dirinya untuk anak-anak Indonesia. Memiliki perhatian yang sangat besar dalam pendidikan, psikologi anak, perkembangan kejiwaan Islam. KPAI dan segenap pemerhati anak Indonesia sangat kehilangan dengan kematiannya.” ungkap Wakil Ketua KPAI yang juga pengajar di UIN, Dr. Asrorun Niam.
Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI), KH. Amidhan, juga menuturkan bahawa Profesor Zakiyah Darajat adalah tokoh besar dan wanita yang sangat mengambil berat di bidang pendidikan. “Indonesia kehilangan tokoh besar wanita.” Pada hemat KH. Amidhan, Allahyarham adalah tokoh pendidik sekaligus pula psikologi agama. Allahyarham juga pernah duduk sebagai pengurus MUI pusat. “Dengan segala kelembutan yang dimilikinya, Allahyarham berhasil memberi solusi bagi setiap pesakit,” katanya, mengenang. Allahyarham adalah orang yang paling kental di bidang pendidikan. Kerana itu pula ia kerap dimintai pendapat tentang hukum Islam dan berbagai upaya memulihkan mengembalikan mental seseorang yang tengah tertekan. MUI, katanya, pernah meminta pendapatnya tentang musibah yang dialami warga Aceh tatkala terjadi tsunami. MUI bersama Allahyarham, menyusun buku dan kemudian dijadikan panduan untuk memulihkan mental warga yang terlibat. Pendek kata, Allahyarham adalah sosok intelektual muslimah yang banyak memberi sumbangan besar pada umat Islam dan khususnya untuk MUI. Dia juga pernah menjadi pengurus teras MUI Pusat. Sepulang pengajiannya dari luar negeri, ia mengabdikan diri pada Departemen Agama. Menteri Agama ketika itu, KH Saifuddin Zuhri, menyarankan ia membuka klinik konsultan di Depag. Sejak itu pekerjaan menasihati orang menjadi sebahagian hidupnya yang tak pernah lepas hingga kini. Terakhir, ia menjabat Pengarah Pembinaan Agama Islam hingga bersara pada 1984. Setelah bersara, dia malah dilantik menjadi anggota DPA hingga 1988. Bersamaan dengan keanggotaannya di DPA, ia mendirikan Yayasan Pendidikan Ruhama, lembaga pendidikan sejak TK hingga SMA yang berlokasi di Legoso, Cirendeu, Ciputat. Dalam dunia dakwahnya, sepertinya ia tak kenal lelah. Pada tahun 60-an dia mampu berceramah lima sampai enam kali sehari. Sering pula ia tampil di RRI, TVRI, dan kini di beberapa stesyen tv swasta. Pernah ia berceramah secara berantai di 10 tempat tanpa henti. Anehnya, dalam setiap ceramah ia menemui orang-orang yang sama. Ternyata, mereka - kebanyakan kaum ibu - adalah penggemar atau peminat setianya. Pendapatnya tentang wanita: “‘Saya senang mereka bekerja, tapi jangan sampai lupa pada kedudukannya sebagai ibu. Kasihan anak-anak mereka,’’ katanya, dalam satu komentarnya.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2013 di pasaran...
Tuesday, May 14, 2013
Muslim Malmo: Komuniti Terbesar Di Scandinavia
MEMPERKATAKAN Islam di kawasan Scandinavia, tidak dapat lepas dari kota ini. Ya, kota Malmo adalah kota khas berkaitan isu keislaman di kawasan itu. Scandinavia sendiri adalah kawasan di Utara Eropah iaitu Norway, Sweden, Finland dan Denmark di dalamnya. Kota Malmo terletak di Sweden dan peratus muslim di Malmo adalah yang terbesar di Scandinavia, 25 peratus dari 300 ribu penduduknya. Peratus itu membuat Malmo menjadi cukup terkenal sebagai kota muslim di Sweden. Malmo adalah kota terbesar ketiga di Sweden setelah Stockholm dan Gothenburg. Kota ini sangat unik budayanya. Banyak etnik dan bangsa tinggal di kota ini. Malmo sejak dahulu memang merupakan kota industri dan pelabuhan hingga banyak bangsa singgah dan kemudian menetap. Tercatat ada 170 suku bangsa di Malmo. Dari Iraq sampai Hungari, dari Bosnia sampai Rumania. Isu Islam di kota ini ternyata tidak boleh dipermainkan. Jika di Eropah Barat, Paris adalah pusat pemberitaan terkait Islam, Moscow di Eropah Timur, maka di Scandinavia Malmo merupakan pusat pemberitaannya. Muslim Malmo mesti menerima tentangan negatif anti Islam.
Mereka dituduh akan melakukan pengambilalihan Malmo menjadi daerah Muslim. Tentu ini membuat ketegangan tersendiri hingga tercatat beberapa insiden negatif yang merugikan muslim terjadi di sana.
Masjid Malmo, salah satu masjid terbesar di Scandinavia, pernah tiga kali mengalami peristiwa buruk. Masjid ini pernah diserang aksi pembakaran pada 28 April 2003 hingga rosak cukup teruk. Serangan kedua terjadi pada 18 September 2005 yang kemudian berlanjut 21 Oktober 2005. Ini semua ada kaitan berkebangnya isu anti Islam di sana. Tidak hanya itu, muslim Malmo juga menerima serangan politik. Parti Demokrat Sweden adalah yang paling kerap menyerang muslim Malmo dan Sweden secara umum. Salah seorang pemimpin parti ini, Par Norling, tahun lalu, bahkan secara terbuka menyebut umat Islam tidak sesuai hidup di Sweden dan harus dipindahkan. Umat Islam boleh tinggal kalau mereka meninggalkan ajarannya.
“Larang Islam di Sweden. Jika mereka tidak mahu (meninggalkan agama), satu-satunya pilihan adalah pindahkan mereka,” ujar Norling sebagaimana diberitakan thelocal.se, sebuah portal berita ternama di Sweden. Kenyataan Norling tentu saja menuai kecaman. Ini adalah pernyataan negatif kedua terhadap umat Islam yang dilontarkan kepada masyarakat di sana. Sebelumnya, Sven-Erik Karlsson, juga dari Parti Demokrat Sweden, menyebut bahawa harus ada kelompok khusus di beberapa wilayah Sweden untuk mengganggu golongan pendatang agar mereka tidak selesa berada di Sweden. Pernyataan ini terkait berita penghinaan atas seorang pendatang Somalia. Bukannya mengecam, Karlsson malah mendukung. Seperti Norling, pernyataan Karlsson juga membuat heboh yang berhujung dengan berundurnya Karlsson dari jawatannya.

Abu Hanafiah: Pengasas Mazhab Hanafi
DIANTARA empat mazhab imam yang terkenal di dunia Sunnah (sunni) waljamaah, hanya Imam Hanafi yang bukan keturunan Arab. Namun melalui tangan dan tindakannya, beliau merupakan perintis pertama hukum Islam sebelum tiga imam mazhab lainnya. Hukum Islam menjadi lebih berwarna dalam sentuhan tangannya. Cermin bening-cerah nampak pekat saat kita membuka lembaran seorang fukaha (pakar hukum Islam) yang mulanya bernama Imam Hanafi atau Abu Hanafiah. Nama sebenarnya ialah Nu’man bin Tsabit.
Beliau dilahirkan pada tahun 80H atau 699M. Kufah, bandar tempat beliau dilahirkan, adalah kawasan yang menjadi mata rantai penyebaran Islam pada suatu masa. Masjid, para ulama, dan juga benih cendekiawan Islam tumbuh di kota yang pernah didiami oleh Ali bin Abu Thalib r.a., yang mempunyai salasilah dengan Rasulullah s.a.w. Permulaan hidup Nu’man bin Tsabit tidak lepas dari berkah Imam Ali tatkala beliau mendoakan ayah Nu’man agar keturunannya menjadi insan yang berbudi luhur. Rupanya berkah ini mengawali kehidupan Nu’man, keturunan Tsabit. Nu’man bin Tsabit menjadi seorang kembara ilmu yang gigih. Perlahan-lahan, nama dirinya mengabur. Beliau yang sering dipanggil sebagai Abu Hanifa, kerana salah seorang puteranya bernama Hanifah, yang lain menisbahkannya kerana perbuatan suci dan lurusnya.
ALIM DAN ZUHUD
Kecintaan pada ilmu merupakan ciri yang menonjol pada diri Abu Hanifah. Dia rela berkelana guna mengadu untung, mencari ketenangan, kebahagian yang mulia adalah segenap perkataan, perbuatan perilaku Rasulullah s.a.w., junjungan utama orang muslim. Kerana itulah, Abu Hanifah sedia mendatangi setiap orang mahupun madrasah yang mengajarkan butir mulia kehidupan itu. Begitulah ketika Anas bin Malik r.a. datang ke Kufah, Abu Hanifah belajar daripadanya. Belajar meriwayatkan hadis pun dilakukannya pada ulama besar seperti Atha’ bin Abi Rabbah, Asy-Sya’bi, Adi bin Tsabit, Abdurrahman bin Hurmuj Al-A’raj, Amru bin Dinar, Thalhah bin Nafi dan masih ramai lagi. Ada pula yang meriwayatkan beliau sempat bertemu dengan 7 sahabat r.a. Keinginan hendak menuntut ilmu membuat dia rela mendampingi guru fikahnya, Syeikh Hamad bin Abi Sulaiman, yang ditinggalkannya setelah gurunya meninggal. “Aku putuskan untuk tidak berpisah dengan beliau tatkala ada yang bertanya kepadaku tentang suatu masalah lantas aku tidak mempunyai jawapannya,” Itulah nazar mengikuti alim bernama Syeikh Hamad selama 10 tahun. Selain sibuk dengan hukum Islam (fikah) yang menjadi “primadona” ilmu Islam pada masa itu, Abu Hanifah pun membekali diri dengan ilmu pendukung lainnya, iaitu ilmu kalam, ilmu sastera dan ilmu hikmah. Samudera yang ada dalam dirinya mengalirkan percikan hikmah dan cahaya pada dirinya mahupun orang yang berada dalam jangkauan wibawa ilmunya. Beliau mengetuai satu lembaga yang terdiri dari ahli fikah. Dari lembaga itulah keluar hukum Islam berjumlah 83 ribu buah: 38 ribu berkait dengan urusan agama dan 45 ribu yang lainnya mengenai urusan dunia. Dengan segudang ilmunya, sebenarnya tiada pintu tertutup untuk promosi jawatan, limpahan kekayaan, pergaulan bersama golongan elit dan kemasyhuran lainnya. namun seorang ilmuan sekaligus seorang guru sejati menemukan kebahagiaan hakikinya pada penyebaran kebenaran itu sendiri. Bahkan, apa pun risiko yang mendatang. Bukankah dengan kemudahan yang disediakan pemerintah, penyebaran kebenaran dapat berjalan lancar? Tetapi, ada hal yang kurang menyenangkan. Kerana itulah, Abu Hanifah memilih “tidak”! sebaliknya dia memilih jalan berliku dalam sikap tegar dan zuhud. Yakin pada janji nilai luar biasa yang abadi, walaupun kesannya adalah derita dunia berupa seksa penjara dari para pemimpin yang zalim. Begitulah ketika Gabenor Iraq, Yazid bin Amr menawarkan jawatan kadi kepada Abu Hanifah. Bila tawaran itu ditolak, bayangan hukum cambuk sudah membayang dimatanya. Namun Abu Hanifah menolak kedudukan dari pemerintah yang abai terhadap sunnah Rasulullah dan suara kebenaran. “Demi Allah, aku tidak akan menduduki jawatan itu, sekalipun aku dibunuh kerananya,” begitulah jawapan yang dari fukaha ini. Tak hairan, beliau dipenjara selama dua minggu dan didera sebatan 10 cemeti pada setiap harinya.
Sikap menolak jawatan pemerintah juga diulangi ketika khalifah Abu Ja’far al Manshur dari zaman Abbasiyah, yang menggantikan kekuasaan Umayyah, berada dalam tampuk kekuasaan. “Kamu berdusta, kamu patut dan sesuai memegang jawatan itu,” ujar Khalifah.

Suami Kaki Judi, Isteri Minta Cerai
ADA tiga perkara yang sangat dilarang oleh agama bagi seseorang itu melakukannya. Tiga perkara itu adalah berjudi, minum arak dan kaki perempuan (kaki betina). Kata setengah orang, yang paling teruk sekali ialah “kaki judi”. Bagi seseorang yang kaki judi, segala-galanya tidak akan terurus. Makan minum tidak akan terurus dengan betul. Pakaian compang camping, dan segala-galanya dalam hidupnya tidak akan mencapat matlamat yang baik dan betul. Kisah dari pejabat kadi ini ingin menceritakan tentang bagaimana seorang suami yang kaki judi. Isteri yang mendapat suami kaki judi ini, makan hati berulam jantung dibuatnya...
Apa tidaknya, siang malam, hanya memikirkan “judi”. Duit gaji habis dimeja judi. Makan minum tak tentu hala. Belanja dalam rumah tangga jadi tidak tentu arah dan tidak terurus. Anak-anak yang bersekolah pun, terlibat dengan sikap ayahnya yang kaki judi itu. Dalam masalah ini, agama awal-awal lagi sudah memberikan garis panduan bagaimana mahu mencari seorang suami yang baik, dan bagaimana pula mahu mencari seorang isteri yang salihah. Agama telah memberikan “petunjuk” dimana kalau kita ikut garis panduan yang diberikan oleh agama, maka hidup kita suami isteri akan selamat selama-lamanya. Halimah binti Aziz (bukan nama sebenar) datang menemui kadi mengadu hal yang suaminya suka berjudi dan tidak ingat pulang ke rumah. Cukup bulan dia lebih gemar menghabiskan masa dan wangnya tanpa rasa kesal dan menyesal.
Yang menderita anak-anak dan isterinya dan isterinya yang menunggu kepulangan suami yang tidak langsung berhati perut dengan pengorbanan isteri dan anak-anak di rumah. Menurut Halimah, selama ini dialah yang menjadi ketua keluarga, menyara anak-anak, sekolah dan mengaji. Bukan itu saja perbelanjaan rumah juga dia yang uruskan, daripada dapur hinggalah kepada bil api dan bil air. Bayangkanlah apa gunanya ada suami kalau tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga tidak ada. Menurut Halimah, bukan itu saja suaminya sanggup mengambil semula barang-barang kemas yang dibelinya termasuk yang pernah dihadiahkan kepadanya untuk berjudi. Halimah menjelaskan, semasa mula-mula kahwin dulu hubungan mereka mesra dan tidak pernah dimarahi jauh sekali untuk ditengking dan dibenci. Segala kehendak hati dituruti dan kasih sayang ternyata menjadi. Namun demikian keadaan kini berubah, Halimah tidak lagi dimanja. Malah selalu kena marah dan ditengking macam hamba abdi. Salah sedikit, tangan hinggap dipipi.

Kenali Siapa Jin Siapa Syaitan
1. Kehidupan Jin
SECARA sederhana, jin dapat didefinisikan sesuatu yang tersembunyi atau tidak nampak mata pada pandangan zahir. Manusia tidak dapat melihat mereka, tetapi mereka boleh melihat manusia. “Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka” (QS. al-A’raf: 27). Ada titik persamaan antara jin dengan manusia, kerana jin juga makhluk Tuhan. Ada yang kuat, ada yang lemah, ada yang beriman dan taat, ada pula yang ingkar dan derhaka, jin juga sama-sama memiliki kemampuan memahami serta kemampuan memilih jalan yang baik dan buruk. Begitu pula jenis kelaminnya, ada yang laki-laki dan ada yang perempuan, jin juga beragama, makan minum, punya tempat tinggal, berkahwin dan punya keturunan. Akan tetapi, dalam sejumlah hal, jin berbeda dengan manusia, terutama dalam hal asal penciptaan. “Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas” (QS. ar-Rahman: 15). “Dan Dia menciptakan jin dari nyala api” (QS. ar-Rahman: 15). Sedangkan manusia tercipta dari tanah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, dari Aisyah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api, dan Adam a.s. diciptakan dari tanah, sebagaimana telah dijelaskan kepada kalian.” Demikian pula, penciptaan jin jauh lebih dulu berbanding manusia. “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas” (QS. al-Hijr: 26-27). Kerana sifatnya seperti manusia, maka banyak pula jin yang punya perangai buruk dan suka mengganggu. Jika kita kadang-kadang melihat fenomena kerasukan itu mungkin saja disebabkan oleh masuknya jin ke dalam tubuh manusia. Boleh jadi kerana jin kerja sama dengan tukang sihir/dukun atau kerana menyusup sendiri ke dalam tubuh manusia kerana benci atau cinta padanya.
“Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (QS.Fushshilat: 36). “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila.” (QS. al-Baqarah: 275). Al-Qurthubi dalam tafsirnya mengatakan ayat ini menjawab atas persepsi keliru orang yang mengingkari adanya fenomena kerasukan (kesurupan) jin atau syaitan tidak dapat masuk pada diri manusia dan tidak dapat mengganggunya menjadi gila. Adapun kejadian yang disebabkan gangguan jin, seperti dikatakan Ustaz Jajang Aisyul Muzakki, Lc. M.Pd.I, adalah sebagai berikut:
1. Rasa takut
2. Penyakit psikis-jiwa (gila, stress, depresi, kerasukan, was-was)
3. Penyakit fizik (semua penyakit fizik yang tidak boleh ditangani medis dan semua penyakit yang tidak ada sebab medisnya)
4. Gangguan mata dan banyak mengkhayal
5. Saling membenci dan bermusuhan antara dua orang yang memiliki ikatan (suami-isteri, rakan perniagaan, teman, keluarga)
6. Penyakit-penyakit wanita (mandul, sakit belakang, haid tidak teratur, pendarahan, sakit di rahim dan lain-lain)
7. Penyakit seksual (impoten dan sebagainya)
8. Mengalami keanehan di dalam rumah, seperti tv menyala sendiri, dapur menyala sendiri dan sebagainya)
Tetapi, ada beberapa cara mengatasi rasa takut terhadap jin:

Pengkhianat: Makan Gaji Ambil Rasuah
RASUAH, suatu perbuatan yang keji, kotor, buruk dan busuk. Islam melarang dan mengutuk perbuatan tersebut sehingga bila-bila pun. Mengumpul harta tidak dilarang. Bagi seorang muslim, tidak ada larangan untuk menghimpun harta sebanyak-banyaknya, selama harta itu dikumpulkan secara halal, dan dikembangkan juga dengan cara yang syar’i. Jika ada sebahagian agama dikatakan: “Orang kaya tidak akan masuk singgahsana langit hingga ada seekor unta masuk kelubang harum.” maka untuk jawapan itu, Islam mengatakan begini: “Sebaik-baik harta ialah harta yang dimiliki orang salih.” (HR. Ahmad) Islam tetap melindungi harta seseorang itu secara sah dan dilindungi juga oleh undang-undang supaya harta hak miliki individu itu secara halal dan sah tidak dirampas oleh pencuri, penyamun atau pun penipu. Rasulullah s.a.w. menghimpun antara kehormatan harta, darah, dan harga diri dalam satu konteks kalimat, dan menjadikan pencurian sebagai kontra atas tuntutan iman. keadaan beriman.” Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seorang pencuri itu mencuri sedang ia dalam keadaan beriman.” Kemudian Allah s.w.t. pula berfirman dalam surah al-Maidah ayat 38 yang ertinya: “Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan atas apa yang mereka kerjakan dan seksaan dari Allah. Dan adalah Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.” Nabi Muhammad s.a.w. dalam satu sabdanya yang lain pula yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam sahihnya yang ertinya: “Tidaklah dihalalkan bagi seorang muslim untuk mengambil tongkat saudaranya tanpa kerelaan perasaan dirinya.” Dalam soal memakan harta orang lain, dalam Kitab Suci Al-Quran Allah s.w.t. telah mengingatkan dalam surah An-Nisa’ ayat 29 yang maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah saling memakan harta sesama kamu dengan cara batil (tak betul), kecuali dengan cara perdagangan (berniaga) yang berlaku suka sesama suka di antara kamu.”
Kita tidak dilarang mengumpul harta, tetapi dengan cara yang halal dan betul harta yang kita perolehi itu. Kita juga tidak dilarang mengumpulkan apa juga harta asalkan harta itu kita agihkan pula kepada mereka yang memerlukannya apabila sudah cukup nisabnya. Setelah kita disuruh mencari harta secara halal, maka Islam menyediakan pula peraturan tertentu dengan melarang kita dari memakan harta dari sumber yang haram.
Zaman sekarang, sumber haram ialah “Rasuah”. Inilah yang paling terkenal dengan “sumber haram”. Orang dapat duit dan dapat harta cara mudah iaitu dengan cara makan “Rasuah”.

Bertaubat Sebelum Terlambat
HAMBA yang diberkahi itu adalah hamba yang Allah beri kesempatan bertaubat, lalu Allah senangkan hamba itu dengan ibadah. Allah hiasi dirinya dengan kemuliaan akhlak. Tahukah kalian orang yang paling beruntung di akhirat kelak? Iaitu orang yang mestinya diazab kerana banyak dosa dan maksiat di dunia, tetapi tidak dibalas, orang yang banyak aibnya di dunia, tetapi di akhirat tidak ditampakkan aibnya. Ya, itulah hamba Allah yang sebelum ia mati, ia bertaubat sungguh-sungguh. Subhanallah, sudah meraih ampunan seluruh dosa, mendapat doa dari para malaikat dan di akhirat sama sekali tidak diazab lantaran dosa maksiatnya. Mari baca firman Allah yang satu ini: “Malaikat-malaikat) yang memikul ‘Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepadaNya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): “Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksaan neraka yang menyala-nyala. Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang salih di antara bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS. Ghaafir: 7-8). Subhanallah, bahagianya mereka yang bertaubat. Ayuhlah sahabat-sahabat Facebook-ku, jangan tunda-tunda lagi, kematian mengejarmu setiap saat! Sahabat salihku, Allah pun pernah bertanya atas kenekatan manusia berani berbuat maksiat kepadaNya, “Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat derhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu. Bukan hanya derhaka saja, bahkan kamu mendustakan Hari Pembalasan.” (QS. Al-Infithor: 6-9). Astagfirullahal Azhim. Tiada Tuhan yang berhak diibadati selain Engkau. Subhanallah, Maha Suci Engkau, sesungguhnya hamba termasuk diantara orang orang yang berbuat zalim. Ampunilah seluruh dosa hamba, ya Allah, dari mulai akil-baligh hingga akhir hayat hamba kelak, dosa besar dan kecil, sengaja dan tidak sengaja, terang-terangan dan sembunyi-sembunyi selama ini, dosa bercanda dan sungguh sungguh. Ampunilah semuanya, ya Allah! Cabut keinginan maksiat pada diri hamba, bimbing hamba agar taubat hamba taubatan nasuha, berkahi sisa-sisa umur hamba dengan kesenangan ibadah, amal salih & kemuliaan akhlak. Amin. Sebarkan ini, Sahabatku. Semoga semakin banyak sahabat FB kita yang hijrah. Amin. Sahabatku, tahukah anda siapa hamba Allah yang diberkahi? Subhanallah. Abdun mabruk. Hamba yang diberkahi itu adalah hamba yang Allah beri kesempatan bertaubat, lalu Allah senangkan hamba itu dengan ibadah. Allah hiasi dirinya dengan kemuliaan akhlak. Dia berikan hamba itu semangat beramal salih. FirmanNya: “Orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Furqon: 70).
Selanjutnya daparkan Hidayah Mei 2013 di pasaran...
Selanjutnya daparkan Hidayah Mei 2013 di pasaran...
Harga Segelas Susu
SUATU hari seorang budak miskin berjualan dari rumah ke rumah untuk membiayai sekolahnya. Ketika berjaja itu ia merasa begitu lapar dan haus, tapi ia mempunyai wang sedikit. Budak itu memutuskan untuk meminta makanan dari rumah terdekat. Tetapi, ketika seorang gadis muda membukakan pintu, ia cemas dan takut. Akhirnya ia hanya meminta segelas air putih untuk menghilangkan dahaga. Gadis muda itu terfikir pastilah budak itu merasa lapar, maka dibawalah segelas susu untuk budak tersebut. Budak itu meminumnya dengan perlahan, kemudian ia bertanya, “Berapa saya berhutang dengan anda?” “Kamu tak berhutang apa-apapun kepada saya,” jawab si gadis, “Ibuku mengajar aku untuk tidak menerima apa-apa bagi perbuatan baik yang kami lakukan.” “Kalau begitu, saya hanya boleh mengucapkan terima kasih dari lubuk hati saya yang terdalam,” jawab budak miskin itu. Saat Howard Kelly – budak kecil yang miskin itu – meninggalkan rumah tersebut, dia bukan hanya merasa badannya lebih segar, tetapi keyakinannya pada Tuhan dan sesama manusia menjadi lebih kuat. Sebelumnya dia sudah merasa putus asa dan hampir menyerah kalah. Tahun demi tahun berlalu. Suatu hari wanita tersebut mengalami sakit parah. Doktor yang menanganinya merasa bingung dan akhirnya mengirim wanita itu ke kota besar untuk mendapatkan pertolongan pakar. Dr. Howard Kelly dipanggil untuk memberi pendapat tentang penyakit yang dideritai wanita malang itu. Ketika ia mendengar nama bandar asal si pesakit, ia segera pergi ke wad tempat wanita tersebut dirawat. Ia terus mengenali wanita itu dan memutuskan untuk melakukan hal yang terbaik yang boleh ia usahakan untuk menolongnya. Sejak hari itu, ia memberikan perhatian khusus pada kes ini. Setelah melalui perjuangan panjang, perang melawan penyakit itu pun berhasil. Dr. Kelly diminta oleh pihak pentadbiran hospital untuk menandatangi biaya yang harus dibayarkan oleh si wanita kepadanya. Ia melihat laporan tersebut, dan kemudian menuliskan sesuatu pada laporan lalu dikirim ke Wad rawatan si wanita.
Wanita tersebut merasa takut untuk membukanya, kerana ia merasa yakin bahawa ia tidak mampu membayarnya. Akhirnya dengan menguatkan hati...
Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2013 di pasaran...
Wanita tersebut merasa takut untuk membukanya, kerana ia merasa yakin bahawa ia tidak mampu membayarnya. Akhirnya dengan menguatkan hati...
Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2013 di pasaran...
Thursday, April 11, 2013
Variasari Keluaran April 2013

Sudahkah anda memiliki Variasari edisi April 2013? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan... Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai. Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan. Dapatkan segera majalah Variasari keluaran April 2013 sebelum terlambat.
Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.Harga cuma RM3.00 saja
Siri Bercakap Dengan Jin
Wednesday, April 10, 2013
Hidayah April 2013
Hidayah keluaran April 2013 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!
Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Salam Kami
ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.SEGALA puji syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah, kita bertemu lagi dalam keluaran bulan April ini. Sebagaimana biasa, kami terus membawa anda mengikuti pelbagai kisah kehidupan suka duka manusia di atas muka bumi Allah.
Istimewanya dalam ruangan IKTIBAR, antara yang menariknya ialah mengenai kisah jemaah haji ‘berseluar pendek’ sepanjang berada di Makkah. Ini bukan kisah lucu, namun menggambarkan betapa ‘jemaah haji’ berkenaan menyirat latar belakang kehidupannya yang gelap dan kemudian terdedah apabila menjijak Tanah Suci. IKTIBAR 3 dipaparkan mengenai seorang lelaki yang akhirnya menjadi ‘gila’ kerana tewas dalam pertandingan merebut jawatan ‘lurah’. Dia sanggup berhabisan wang ringgit bagi mendapatkan ‘kuasa’, namun takdir tidak membenarkan seorang ‘perasuah’ sepertinya menjadi pemimpin di kalangan masyarakat. Renung-renungkan kisah tersebut dengan bakal-bakal calun PRU13 kita tak lama lagi ini. Jangan bagi muka dengan mereka yang tak jujur untuk dijadikan pemimpin di negara tercinta kita ini. IKTIBAR berikutnya pula ialah mengenai ‘Keranda Terbang’ seorang pendakwah bebas yang tegas dalam menghadapi “Amar ma’ruf nahi mungkar”. Walaupun tokoh ini dirahsiakan identitinya, namun dia wujud dalam dunia yang serba mencabar ini bagi membuktikan bahawa tokoh-tokoh mulia seperti ini akan terus ada hingga akhir zaman.
Pembaca budiman, anda juga dialu-alukan untuk membaca rencana ‘Mukmin Istimewa Dalam Kubur’. Semoga ada hikmahnya selepas membaca rencana berkenaan dan sama-samalah kita berdoa akan termasuk dalam golongan orang-orang mukmin yang istimewa ini. Dalam pada itu anda perlu membaca ‘Hikmah menziarahi orang mati dan melawat tanah kubur’, kerana walaupun kita saban waktu berziarah rakan-rakan kita yang mati, dan tidak kurang juga yang melawat ke tanah perkuburan, namun kita masih kabur dengan pelbagai hikmat berbuat demikian.
Wassalam.
Terima kasih kerana terus membaca Hidayah. Sementara pembaca baru dialu-alukan untuk terus kekal membaca majalah ini semoga ianya dapat membentuk kita menjadi mukmin yang sejati, InsyaAallah.
Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my
Menyelami Maksud 'Al-Fattah'
HANYA sekali Allah menggelari diriNya dengan al-Fattah dalam al-Quran, yakni dalam surat Saba (24) ayat 26. Namun, maksud kata ini banyak ditemukan dalam al-Quran. Misalnya, “Sesungguhnya Kami telah memenangkan engkau dengan kemenangan yang jelas,” (QS. Al-Fat-h (48): 1); “Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci pembuka ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri,” (QS. Al-An’am (6): 59); “Pengetahuan Tuhan kami meliputi segala sesuatu. Kepada Allah sajalah kami bertawakal. Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan adil dan Engkaulah pemberi keputusan yang sebaik-baiknya.” (QS. Al-A’raf (7): 89). Juga ayat, “Apa-apa yang dianugerahkan Allah kepada manusia dari rahmat Allah maka tidak ada yang dapat menahannya.” (QS. Faathir (35): 2) Dari ayat-ayat di atas dapat difahami bahawa Allah adalah pembuka kemenangan, pembuka segala yang ghaib, pemberi keputusan yang terbaik, dan pembuka anugerah dan rahmat bagi manusia. Termasuk pembuka pintu rezeki, seperti Allah kemukakan, “Katakanlah (wahai Muhammad) ‘Siapakah yang memberi kamu rezeki dari langit dan dari bumi?’ Katakanlah, ‘Allah”, dan sesungguhnya kami atau kamu yang berada di atas petunjuk atau dalam kesesatan yang nyata. Katakanlah ‘kamu tidak akan ditanya tentang dosa-dosa yang kami perbuat; kami (juga) tidak akan ditanya tentang apa-apa yang kamu perbuat’. Katakanlah. ‘Tuhan kita, akan mengumpulkan antara kita, kemudian memberi keputusan antara kita dengan benar, dan Dialah Maha pemberi Putusan, lagi Maha Mengetahui”. (QS. Saba (34): 24-26) Saudaraku, semestinya kita kian mengerti bahawa kita tidak sendiri di dunia ini. Kita selalu dilindungi oleh Sang Maha Pembuka. Bila saja kita menambatkan semua harapan, cita, dan masalah hanya kepadaNya, nescaya tidak ada kesulitan atau kekurangan apapun yang menimpa kita, Sang Maha Pembuka pasti akan memberi jalan bagi masalah keluarga kita yang mengalami perbalahan, menuntun kita menemukan teman hidup sejati, membimbing kita untuk selalu taat, berlaku adil, mudah memaafkan dan meminta maaf. Kalau saat ini kita sedang gusar ehwal cita-cita kita yang belum tercapai, dengan memohonkan dan menzikirkan al-Fattah, pastilah Allah akan menganugerahkan rahmatNya tanpa ada orang yang mampu menahannya. Tetapi selama ini, mengapa kita lebih suka termenung dan bingung, padahal di sisi kita ada al-Fattah?
Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...
Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...
Maut Tragis Dukun Sihir
RUMAH dekat kawasan persawahan itu terlihat sepi dan menyeramkan. Apalagi, dinding-dinding kayu di depan rumah itu catnya sudah mengelupas dan merekah di sana-sini. Di depan rumah, ada juga pokok ru tua dan pohon kelapa yang tumbuh menjulang tinggi. Dari pepohonan itulah, setiap hari jatuh dedaunan yang menguning dan kering, berserakan di halaman rumah dan terlihat dibiarkan tak terurus. Kesan itulah yang membuat rumah itu terlihat suram dan menyeramkan. Padahal, rumah itu bukan rumah kosong. Di dalamnya, ada lima orang yang tinggal. Sepasang suami isteri, dua anak perempuannya dan seorang nenek tua yang sudah menjangkau usia emas. Tetapi, sekali pun berpenghuni, pintu rumah itu kelihatan jarang-jarang dibuka. Hampir setiap hari pintu rumah itu selalu ditutup, kecuali hanya yang terbuka dua tingkap bilik. Sebenarnya jaranbg seorang pun penduduk yang bertandang ke rumah itu. Orang-orang Kampung Durian seakan memulaukan penghuni rumah itu. Orang-orang itu seakan menghukum penghuni rumah itu. Tapi, siapa pun yang melintas atau berjalan tak jauh dari rumah itu pasti mendengar rintihan kesakitan dari dalam rumah tersebut; jeritan kesakitan dari mulut nenek tua yang sudah lanjut usia tersebut. Itulah yang tragisnya.
Hampir setiap hari, nenek itu mengerang kesakitan. Jeritannya terdengar parau, menyayat ulu hati. Teriakannya bahkan membuat orang kampung merasa meremang bulu roma dan takut. Wajar, kalau orang kampung melintas di dekat rumah itu tidak hanya merasa berdiri bulu tengkoknya, tapi sekaligus terganggu dan terusik. Tidak jarang, mereka yang mendengar jeritan nenak itu berlalu dengan cepat dan sengaja menutup telinga rapat-rapat atau pura-pura tak mendengarnya. Semua itu, bermula sejak nenek tua itu jatuh sakit enam bulan lalu dan dikhabarkan menderita penyakit aneh. Dari situ, orang-orang kampung memperkatakan hal tersebut. Kemudian, sebagian besar orang berkesimpulan bahawa penyakit aneh yang diderita oleh nenek tua itu sebagai kutukan, atau balasan dari perbuatan yang dulu pernah dilakukannya di masa lalu.

Keranda Terbang Lelaki Salih
KESALIHAN seseorang tak hanya diukur dari ibadah individual semata-mata, antara dirinya kepada Allah s.w.t. [hablum minallah], tapi juga boleh diukur dari kesalihan sosialnya [hablum minannas], yang berhubungan langsung antara manusia dalam keseharian hidupnya. Ustaz Masykur adalah salah seorang lelaki salih yang sangat memegang teguh keduanya. Hablum minallah dan hablum minannas diusungnya secara berkesinambungan. Sebab, keinginan Ustaz Masykur adalah tidak hanya bermanfaat bagi dirinya sendiri, tetapi juga bagi orang lain. Kerana itu, amal ma’ruf nahi munkar selalu berkobar di dalam dadanya.
Ustaz Masykur merupakan sosok manusia yang perlu diteladani. Apa pun risiko yang akan menimpanya, dia tetap akan menjalani kewajibannya. Dia tak segan-segan memberi tahu seseorang (tentunya dengan cara yang sangat sopan dan bijaksana) apabila di depan matanya orang tersebut melakukan kesalahan.
Berikut kisah kehidupan lelaki salih ini satu yang kiranya boleh dijadikan iktibar untuk kita semua.
MENCARI KELUARGA
Sudah lama sekali Ustaz Masykur tidak bersilaturahim dengan sepupunya yang bernama Royyan. Entah sudah berbilang tahun ke berapa, mungkin sepuluh atau belasan tahun. Yang jelas, saat itu, Ustaz Masykur merindukan saudaranya itu. Terakhir, Ustaz Masykur bertemu dengan Royyan ketika sepupunya itu masih menetap di Kampung Setu. Pada hari itu, Ustaz masykur bermaksud menemui Royyan di Kampung Setu yang letaknya masih melekat di benaknya, sehingga tanpa ragu-ragu lagi Ustaz Masykur langsung menuju kampung tersebut. Namun, saat Ustaz Masykur tiba dan menanyakan dimana rumah kediaman Royyan kepada penduduk setempat, ternyata Royyan sudah tidak tinggal di situ lagi. “Apakah mak cik mengetahui ke mana pindahnya Royyan itu?” tanya Ustaz Masykur. Seorang penduduk yang mengenali Royyan memberitahu tempat Royyan berpindah. ”Royyan pindah ke Kampung Sindang,” ujarnya. Ustaz Masykur mengucapkan terima kasih dan meminta diri menuju Kampung Sindang. Hampir tiga jam lamanya Ustaz Masykur menempuh perjalanan dengan berjalan kaki ke Kampung Sindang. Sebuah kampung yang cukup besar, namun terasa sangat lain dengan Kampung Setu. Ustaz Masykur merasakan Kampung Sindang lebih gersang dengan udara yang terasa sangat panas dan menyengat.

Umar Beriman, Nabi s.a.w. Bertakbir, Abu Jahal Membanting Pintu
UMAR bin al-Khattab adalah pemuda gagah perkasa. Usianya 26 tahun. Dia layaknya seumpama lautan, beriak dan bergelora di permukaan tapi lembut di dalamnya. Tubuhnya kuat dan tegap, penuh emosi, cepat panas, tapi memiliki hati penuh hiba. Banyak bukti mengenai kelembutan hati Umar. Saat dia melihat Ummu Abdillah binti Abi Khatmah, isteri sahabat Nabi s.a.w., Amir bin Rabiah, akan berangkat hijrah ke Ethiopia ia menatap dengan sedih. “Semoga keselamatan menyertai kalian,” ujarnya. Ummu Abdillah berkomentar melihat sikap Umar itu. “Aku melihat kelemah-lembutan pada air mukanya. Itu tak pernah kulihat sebelumnya. Dia bersedih kerana kita harus berhijrah,” ujar Ummu Abdillah. “Apakah kau mengharapkan keislaman Umar? Dia tidak akan memeluk Islam sebelum al-Khattab (ayah Umar) memeluk agama Islam,” ujar suaminya seperti tak melihat ada kemungkinan Umar memeluk Islam kerana begitu terkenalnya dia dengan sikap kedegilan dan ketaatannya mengikuti agama nenek moyangnya. Ya, Umar amat memegang prinsip, apalagi berkaitan agama nenek moyangnya. Ini sebab dia tegas menolak Nabi Muhammad dan ajaran yang dibawanya. Ayahnya, Khattab, telah membawanya menghormati Kaabah dan menghormati segala yang berhubungan dengan berhala. Baginya, semua itu saling berkaitan dan menjadi satu kesatuan yang suci serta tidak patut dipertanyakan dan diubah. Kaum Quraisy dulunya bersatu. Namun, sekarang Makkah menjadi sebuah kota dengan dua agama dan dua komunitinya. Dia melihat dengan jelas bahawa penyebab pertelingkahan ini hanya satu: Nabi Muhammad! Maka suatu hari dia menghunus pedang. Niatnya bulat: membunuh Nabi! Itulah satu-satunya jalan menyatukan lagi Quraisy, membuat tenang masyarakat, dan membuatnya tak perlu lagi melihat ada keluarga dan sahabat yang berselisih kerana perbedaan keyakinan. Niatnya utuh dan langkahnya mantap. Dia seperti bukan manusia dengan daging dan darah, dia lebih layak disebut tombak tajam terhunus yang siap menemui sasarannya. Nu’aim bin Abdullah melihat Umar di tengah jalan. “Kemana kau hendak pergi hai Umar?” tanya Nu’aim. “Aku akan membunuh Muhammad,” ujar Umar.
Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...
Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...
Hati Mati Ada Sepuluh Perkara
KALAU kita rajin membaca kitab-kitab agama, maka kita akan temui banyak ilmu yang sangat berguna untuk kita. Kadang-kadang kita akan terbaca tentang amalan-amalan yang sangat baik untuk kita amalkan sekeluarga. Kitab-Kitab agama yang tinggi nilai ilmunya biasanya ditulis oleh para ulama besar. Ulama-ulama Salafus Salih, zaman yang setaraf dengan para imam-imam Mazhab. Ilmu agama dan Islam yang ditulis oleh mereka dalam kitab-kitab karya mereka ini suci dan murni. Ia tidak dicemari dengan sebarang khurafat, dan juga bidaah. Ilmu yang ditulis didalamnya di ambilnya secara langsung dari al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Kemudian mereka huraikan ayat-ayat Quran itu berdasarkan kepada ilmu yang diperolehi. Ulama-ulama besar ini, biasanya merujuk kepada kitab-kitab yang ditulis oleh ulama-ulama sebelum mereka. Ada juga kitab-kitab agama merujuk terus dari para sahabat Nabi s.a.w. Kerana para sahabat Nabi ini dekat dengan Nabi. Mereka tahu apa yang Nabi buat. Mereka nampak apa yang Nabi kerjakan dan sebagainya.
Jadi, ilmu agama yang ada pada ini amatlah suci, amatlah benar kerana dari Nabi s.a.w., dan tidak melalui sesiapa pun. Itulah sebabnya, ada sebahagian ulama Salaf menulis kitab-kitab agama berdasarkan apa yang di bacanya dari ulama-ulama yang terlalu dekat dengan Rasulullah s.a.w. Kadang-kadang terdapat perkara-perkara yang bercanggah dengan pandangan ulama-ulama masa kini. Sebenarnya perkara atau pun isu tidak bercanggah, cuma ulama-ulama masa kini tidak menemui isu tersebut dalam kitab-kitab yang dibacanya.
Itulah sebabnya, kadang-kadang timbul isu tuduh menuduh semata-mata kerana perbezaan pandangan dan pendapat. Berbalik kepada kalau kita rajin membaca dan menyelak kitab-kitab agama, maka kita akan temui dan bertemu dengan ilmu-ilmu agama yang dapat menjadi panduan dalam hidup kita seharian, dan sentiasa melakukan amalan-amalan baik untuk bekal di alam baqa kelak. Ada sebuah kitab yang menukilkan tentang masalah kematian. Dalam kitab ringkasan “Manhajul-Qasyiddin” menyebut, ada ulama pernah menyebut: “Kami semua mempercayai mati. Tetapi kami tidak nampak ada orang yang menyiapkan diri ke arah itu. kami semua mempercayai syurga, tetapi kami tidak melihat orang yang beramal ke arah untuk masuk syurga. “Kerana itu bagaimana kamu boleh bergembira dan apa yang kamu semua nanti-nantikan? Kematianlah yang pertama-tama akan datang kepada kamu dengan perintah Allah dalam keadaan baik atau jahat. “Yang demikian marilah kita berjalan menuju kepada Tuhan dengan cara yang baik. Ahli sufi terkenal Ibrahim Adham ketika dia ditanya orang mengenai pengertian firman Allah: “Berdoalah kepadaku semoga aku akan perkenankan doamu.

Subscribe to:
Posts (Atom)