PONDOK Misbahul Falah, Banggol Berangan yang terletak di Parit Panjang, Baling, memang dikenali ramai di Kedah dan luar Kedah. Inilah salah satu pondok tradisional yang terus kekal menongkah arus zaman. Pondok ini tidak dapat dipisahkan dengan nama Allahyarham Tuan Guru Haji Omar Zuhdi yang gigih menghidupkan pondok ini dengan menampung ribuan para penuntutnya sejak dibuka semula pada tahun 1957 hingga sekarang. Nama Tuan Guru ini menjadi lebih terkenal kerana beliaulah ulama di Kedah yang mengeluarkan fatwa Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan sejumlah para pengikutnya yang terkorban dalam peristiwa berdarah Memali sebagai mati syahid dan kesemuanya dikebumikan di Parit Panjang berdekatan dengan kawasan pondok yang terkenal ini. Baik diwaktu pemerintahan kerajaan negeri yang dikuasai oleh UMNO/BN dan kini diterajui oleh PAS/Pakatan Rakyat, Pondok Misbahul Falah Banggol Berangan terus berkembang dan berdikari tanpa bergantung kepada bantuan pihak kerajaan negeri dan mana-mana pihak. “Kami sebenarnya bergantung kepada sumbangan derma dan bantuan dari orang ramai baik rakyat Kedah atau luar Kedah. Inilah cara terbaik bagi sesiapa saja untuk menghulur amal jariah secara telus terus kepada pentadbiran pondok,” beritahu Ustaz Hamdan Dziauddin bin Wahab kepada penulis baru-baru ini. Beliau yang merupakan anak Tuan Guru Haji Abdul Wahab bin Hassan kini diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Pembangunan bagi pembinaan sepuluh pondok moden (lelaki) bagi menggantikan beberapa pondok lama yang telah uzur. “Sesetengah pondok ini telah uzur dan ada yang reput dimakan usia. Ada sejumlah remaja yang menghuni di pondok ini dalam keadaan tidak selesa. Walaupun diperbaiki beberapa kali tapi ianya tidak praktikal kerana pihak madrasah terpaksa mengeluarkan belanja yang besar serta berulang-ulang kali,” jelasnya. Tumpuan untuk membina pondok yang moden di kawasan ini memang bersesuaian. Tapaknya berdekatan dengan Madrasah, berdekatan dengan jalan raya dan kawasannya rata dan selamat untuk pembangunan. Keluasan tanahnya juga luas dan selesa. Menurut ustaz Hamdan pembinaan pondok baru ini dari batu bata disamping membina tandas dan bilik air sebagai tempat membasuh pakaian dan ampaian. “Kos pembinaan sepuluh buah pondok moden ini dianggar sebanyak RM222,000. Tiga buah tandas RM10,000 sementara dua bilik mandinya sebanyak RM5,000 menjadikan jumlah keseluruhannnya RM237,000. “Sumber kewangan kami bergantung kepada derma khairat orang ramai,” katanya. Beliau merayu mana-mana pihak yang mahu menghulurkan sumbangan derma bolehlah berbuat demikian terus ke Akaun Bank BIMB 02048020026783. Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut bolehlah menghubungi telefon 04-4767350 (R) atau H/P 019-4080444. Kawasan ini adalah satu kawasan khas Madrasah Tahzib An-Nufus yang dibina khas untuk menempatkan para penuntut pondok kalangan remaja ke atas. Madrasahnya bersebelahan jalan raya terletak berdekatan dengan kediaman Tuan Guru Haji Abdul Wahab bin Hassan. Di sebelah madrasah pula ditempatkan satu kawasan pondok yang menempatkan sebilangan pelajar pondok wanita kalangan remaja ke atas. “Mereka yang menghuni dan menuntut di sini datangnya dari Kedah dan ada juga dari luar Kedah,” beritahu Ustaz Hamdan. Sementara itu pekan Parit Panjang juga berkembang maju seiring dengan perubahan masa. Tinjauan sekilas menunjukkan pekan ini menjadi tumpuan dari perkampungan sekitar seperti Kampung Bukit Endoi, Kampung Carok Bakap, Kampung Baru Carok Bakap, Kampung Tandop Pisang, Kampung Banggol Berangan (kawasan Pondok Misbahul Falah), Kampung Seri Kelantan dan Kampung Lanai. Waktu berkunjung ke situ, penulis terpesona juga menyaksikan ‘bulatan’ di pekan kecil itu yang tak kalah dengan hiasan kain rentangnya dan antaranya termasuk mempromosikan Pondok Misbahul Falah.
Anda yang datang dari Kuala Lumpur boleh sampai ke sini melalui Bandar Sungai Petani, kemudian ke Kuala Ketil yang hanya berbelas km saja dan seterusnya ke Parit Panjang juga berbelas km. Sementara untuk pulang semula ke Kuala Lumpur anda boleh menggunakan jalan baru dari Baling ke Gerik dan terus ke Kuala Kangsar.
Di Kuala Ketil penulis bersama anak Muhammad Sholehan dan adik ipar Safuan Haji Mokhtar disambut oleh Ustaz Marzuki Mat Yusof, 27, di rumahnya. Selepas bersolat di surau berdekatan kami bertamu ke rumahnya. Dapatlah juga melihat susunan kitab-kitab agama yang terletak rapi di rak rumahnya. “Semua ini ana beli secara berdikit-dikit waktu belajar di Syria. Beribu ringgit juga harganya,” beritahu beliau.
Selanjutnya dapatkan Hidayah keluaran Mac 2010 di pasaran...
Wednesday, March 3, 2010
Jeddah Ke Makkah Naik Unta Tunai Haji
Apabila cerita mengenai cara orang dulu-dulu tunaikan Haji naik kapal laut, ada yang menghubungi Hidayah menceritakan pengalaman yang dilalui oleh orang-orang sebelum tahun 20an lebih dahsyat lagi. Pengalaman menunaikan Haji sebelum itu lebih mencabar lagi, kerana keadaan ketika itu serba serbinya dalam kekurangan. Bagaimana pun Hidayah akan menyiarkan pada waktu-waktu yang lain nanti. Sebagai menyambung kisah pelayaran ke Makkah dengan kapal kargo dalam tahun 20an dulu dimana kapal berlabuh disatu kawasan laut yang jauh dari pelabuhan Jeddah, kerana pantai di laut Jeddah tidak membolehkan kapal-kapal dagang berlabuh.
Oleh kerana para jemaah haji yang menumpang kapal membawa barang ini berlabuh di tengah-tengah laut yang jauh dari pantai, para jemaah juga terpaksa berlabuh sama. Ada sebuah kapal kecil atau pun bot yang membawa jemaah ini dari kapal tersebut ke pantai Pelabuhan di Jeddah. Para jemaah ini akan naik bot kecil ini bersama dengan barang-barang yang dibawa itu. Kelambu, tikar, bantal, bahan-bahan makanan lain iaitu makanan dalam botol dan bahan mentah dibawa sama dalam bot kecil itu naik ke darat. Keadaan di Jeddah tidaklah seperti sekarang dimana kini penuh dengan bangunan-bangunan pencakar langit. Dulu-dulu, kata pencerita ini lagi, bandar Jeddah hanya terdapat sebagai pondok tempat orang berteduh saja. Tidak ada kenderaan seperti bas, teksi dan kenderaan-kenderaan lain untuk kita naik dan membawa barang-barang yang kita bawa dari tanah air itu. Semua jemaah akan ditempatkan disatu kawasan lain, manakala barang-barang itu pula diletakkan disatu kawasan lain. Semuanya itu akan diuruskan sendiri oleh Syeikh-Syeikh yang mengendalikan jemaah Haji.
Orang lain tidak boleh masuk campur dalam urusan ini, kerana syeikh-syeikh haji itu sudah ada orang-orang atau pun pekerja-pekerjanya sendiri bagi menggendali jemaah mereka. Menurut ceritanya lagi, sebelum para jemaah Haji naik ke darat, mereka ini akan “dikurung” untuk beberapa waktu. Semua pakaian yang mereka pakai hendaklah dicuci lebih dulu dengan air panas sebelum mereka naik. Mereka juga kena mandi dengan “Air laut”, kerana air ini “masin”. Ini, barang kali untuk mengelakkan dari penyakit berjangkit atau pun wabak-wabak lain yang mungkin dibawa oleh para jemaah itu. Jadi, dengan mandi “air masin”, semuanya akan hilang, dan tidak boleh berjangkit lagi. Dulu-dulu, kata mereka, tidak ada kereta, tidak ada bas. Yang ada ialah unta sebagai kenderaan atau pun pengangkutan barang-barang jemaah haji dan juga barang-barang dagang. Jadi, semua para jemaah apabila tiba di pelabuhan Jeddah iaitu naik ke darat akan pergi ke Makkah. Dari Jeddah ke Makkah akan mengambil masa tiga empat hari perjalanan dengan berjalan kaki. Tetapi, syeikh-syeikh telah menyediakan unta-unta sebagai kenderaan untuk pergi ke Makkah. Semuanya naik unta. Bayangkanlah apabila unta berjalan meredah padang pasir. Menurut ceritanya lagi, semua jemaah haji itu akan menaiki unta dimana seekor unta dinaiki dua orang. Perjalanan itu akan memakan masa dua malam. Perjalanan itu hanya waktu malam saja. Waktu siang mereka tidak berjalan kerana terlalu panas untuk meredah padang pasir yang luas itu. Begitulah sukarnya, jemaah-jemaah haji zaman dulu untuk menunaikan fardu Haji. Tidak seperti sekarang, perjalanan dari Malaysia ke Arab Saudi dengan menaiki pesawat mengambil masa lapan jam sahaja. Dari Jeddah untuk ke Mekkah pula hanya memakan masa sejam lebih dengan menaiki bas dan kenderaan lain yang lebih cepat dan laju. Itu pun, kadang-kadang ada para jemaah yang “merungut” lambatlah...itulah...Inilah... dan macam-macam lagi.

Bangladesh, Islam Dan Cahaya Kemakmuran
BAGI kebanyakan rakyat Malaysia, Bangladesh bukan nama asing lagi. Kebanjiran pendatang dari negara itu untuk mencari rezeki di bumi Malaysia yang bertuah ini membuat kita tidak lupa nama Bangladesh. Di sini mereka mudah disebut ‘Bangla...’ saja. Menyebut nama Bangladesh sama seperti kita menyebut nama negara India atau Pakistan yang sudah sebati dalam kehidupan kita sejak sebelum merdeka lagi. Bangladesh sekalipun belum boleh lepas dari jerat kemiskinan yang membuat negeri ini digelar “simbol kemiskinan Asia”, secerah harapan kemakmuran telah terbit. Pandangan dunia yang sinis terhadap negara yang penduduknya hanya hidup kurang dari beberapa ringgit sehari ini beralih menjadi gembira setelah konsep ekonomi dari Muhammad Yunus berhasil membuat jutaan warga muslim di sana keluar dari kepompong kemiskinan. Di Dhaka, ibu kota Bangladesh bahkan sudah dibangun pusat perbelanjaan terbesar di kawasan Asia Selatan. Sumbangan Muhammad Yunus sudah mendunia. Tahun 2006 lalu Muhammad Yunus meraih Nobel Perdamaian atas jerih payahnya mendirikan Grameen Bank, sebuah bank yang banyak membantu kaum miskin di negerinya. Itulah untuk usaha pemberantasan kemiskinan mendapatkan penghargaan yang tinggi. Jawatankuasa Nobel pun dinilai makin berpihak kepada usaha pencegahan perang yang paling fundamental, yakni pemberantasan kemiskinan. Kemiskinan adalah biang keladi peperangan konflik di negara-negara miskin, termasuk Bangladesh. Kini, kisah Yunus dan harapan kemakmuran seperti tak habis diceritakan dan menjadi semacam identiti tersendiri bagi bangsa Bangladesh. Dimulai sejak tahun 1974, saat ia menjadi guru besar ekonomi di Universiti Chittagong, Yunus memimpin para mahasiswanya untuk berkunjung ke kampung-kampung miskin di Bangladesh. Dia begitu terkejut saat menyaksikan warga miskin di desa-desa berjuang mati-matian dari kelaparan yang melanda negeri itu, dimana telah menewaskan ratusan ribu orang. Sebagai ahli ekonomi, hatinya tersentuh melihat realiti itu. Dia merasa berdosa kerananya. “Ketika banyak orang sedang nazak di jalan-jalan kerana kelaparan, saya justeru sedang mengajarkan teori-teori ekonomi,” kata Yunus dengan nada menyesal. Dari perasaan bersalah itu Yunus mulai mengembangkan konsep meningkat daya usaha kaum miskin dan papa. Falsafah yang dia bangun adalah bagaimana membantu kaum miskin agar boleh mengangkat darjat mereka sendiri. Dia tidak ingin memberi ikan, melainkan memberi pancing kepada kaum papa itu untuk mencari ikan sendiri. Kailnya tak lain adalah wang pula sebagai modal usaha. “Anda tak boleh mendapat satu dollar tanpa satu dollar di tangan,” kata Yunus saat diundang oleh Oprah Winfrey di acara televisyen. Awalnya Yunus mengeluarkan wang dari sakunya sendiri sebesar 27 dollar untuk memberi pinjaman. Saat itu, dia begitu yakin bahawa jika orang miskin diberi kemudahan kredit seperti yang diberikan kepada orang kaya mereka pasti boleh mengelolanya dengan baik. Keyakinan yang kemudian terbukti kebenarannya. Dua tahun kemudian, Yunus mulai mengembangkan program kredit mikro tanpa cagaran untuk kaum papa kedana itu yang tidak dapat membuat pinjaman bank. Yunus kemudian menjadikan lembaga kreditnya menjadi sebuah bank formal dengan aturan khusus bernama Grameen Bank, atau Bank Desa dalam bahasa Bengali. Kini, Bank ini memiliki 2,226 cabang di 71,371 kampung. Ada hampir 7 juta penduduk Bangladesh yang menjadi ahli Bank ini. Sistem kerjasama menjadi inti aturan kredit. Seorang anggota sebuah kumpulan petani, misalnya, akan menjadi penjamin bagi temannya yang meminjam. Dana yang dikelola dan berhasil dikembalikan akan digunakan untuk anggota lainnya. Begitu seterusnya. Tak hanya petani miskin yang diberi, pengemis pun diberikan pinjaman. Pinjaman diberikan tanpa bunga dan waktu pembayarannya fleksibel. Syarat pinjaman dan pengembaliannya sangatlah unik dan menyentuh hati: wang pinjaman dan pengembaliannya harus melalui usaha, bukan melalui mengemis. Puluhan ribu pengemis sudah mengikuti program ini dan sebahagian besar berhasil mengembalikan pinjaman melalui usaha itu. Gerakan Yunus ini kini dicontohi lembaga-lembaga pemberdayaan masyarakat miskin di seluruh dunia. Bahkan, Bank Dunia yang sebelumnya memandang program ini secara sebelah mata kini meniru gagasan kredit mikro. Lebih dari 17 juta orang miskin di seluruh dunia telah terbantu dengan program kredit mikro ini. Apa yang dilakukan Yunus mengangkat darjat Bangladesh dan dengan sendirinya mengangkat nama Islam, kerana ia adalah muslim yang menolong saudara muslimnya yang lain. Harapan kemakmuran itu lebih bermakna kerana boleh menjadi senjata ampuh menangani isu murtad yang marak di Bangladesh yang masuk melalui jalur kemiskinan.
Selanjutnya dapatkan Hidayah keluaran Mac 2010 di pasaran...
Selanjutnya dapatkan Hidayah keluaran Mac 2010 di pasaran...
Pinangan Tak Terduga
Tak pernah terlintas dalam benak Abu Sufyan bin Harb akan ada orang Quraisy yang berani keluar dari genggaman kekuasaannya, terutama mengenai masalah yang sangat prinsip, mengingatkan dia adalah penguasa dan pemimpin terkenal Makkah ketika itu. Segala peraturan yang dia gariskan, pastilah akan dilaksanakan dengan patuh tanpa seorang pun berani menentangnya. Malangnya, kenyataan berkehendak lain. Puterinya sendiri, Ramlah, yang lebih di kenal dengan nama Ummu Habibah, telah menentang kekuasaannya secara terang-terangan. Ramlah keluar dari agama berhala yang dianut si ayah. Bersama suaminya, Ubaidillah bin Jahsy, ia beriman kepada Allah dan mengakui risalah kenabian Muhammad bin Abdullah. Merasa dicabar, Abu Sufyan berupaya sekuat tenaga untuk mengembalikan puterinya ke agama nenek moyang mereka. Namun ia tidak pernah berhasil kerana iman yang terhujam ke dalam kalbu Ramlah terlalu kukuh untuk dicabut dan digoyahkan oleh apapun. Tak peduli caci maki dan upaya Abu Sufyan yang begitu kuat menghalangnya. Sebagai seorang ayah, tentulah ia tak mahu kehilangan seorang anak perempuan yang sangat dicintainya. Kerana ia sedar, dengan berpindah kepada Islam, Ramlah pasti akan meninggalkannya juga. Abu Sufyan tidak hanya resah kerana kehilangan pendukung dari keluarganya, tapi juga malu. Ia juga bingung bagaimana caranya menghadapi kaum Quraisy kerana puterinya sendiri tidak boleh ia tundukkan. Kemurkaan dan kekecewaan Abu Sufyan terhadap puterinya membuat kaum Quraisy lainnya bersimpati terhadapnya sebagai bentuk dukungan, mereka pun ikut memusuhi Ramlah dan suminya. Mereka mengejek, menghina, bahkan tanpa segan menyeksa keduanya. Tentu saja ulah mereka membuat sepasang suami isteri itu menjadi tidak selesa menetap di Makkah berlama-lama.
Kerana itu, tatkala Rasulullah mengizinkan kaum muslimin hijrah ke Habsyah, Ramlah dan puterinya, Habibah, serta suaminya, termasuk rombongan pertama hijrah tersebut. Mereka pergi meninggalkan kampung halaman, membawa iman dan agama di bawah naungan Najasyi, Raja Habsyah. Abu Sufyan bin Harb dan para pemimpin Quraisy merasa mendapatkan ancaman berat dengan lulusnya kaum muslimin dari tangan mereka. Kerana di Habsyah, kaum muslimin dapat menikmati kebebasan dan ketenteraman melaksanakan ajaran agamanya tanpa ada gangguan. Setibanya di Habsyah, Ummu Habibah, optimis akan segera menikmati masa cerah, setelah sekian lama mengalami hari-hari nan suram. Perjalanan berat penuh kesulitan telah membawanya ke tempat yang aman. Namun dia tidak mengetahui apa yang akan terjadi di hadapannya. Namun untuk menuju jalan kebenaran, seseorang perlu memiliki sikap tabah, cekal dan sabar menghadapi cabaran penuh liku dan onak yang luar biasa beratnya. Akan ada banyak cubaan untuk menguji iman Ummu Habibah dengan ujian-ujian maha berat.
Ujian Menjanda
Pada suatu malam, Ummu Habibah bermimpi. Dia melihat suaminya mendapat kecelakaan di lautan yang gelap dan bergelombang besar. Keadaannya sangat mengkhuatirkan. Ummu Habibah terbangun dari tidurnya dengan rasa takut menyelimuti tubuhnya. Namun ia tidak menceritakan mimpinya itu kepada suaminya. Tanpa menunggu waktu lama, ternyata mimpi itu menjadi kenyataan. Takwil mimpi tersebut ternyata menghurai bahawa Ubaidillah bin Jahsy keluar dari agama Islam dan memeluk agama Nasrani. Sejak itu, ia terseret ke kedai-kedai minuman keras, sehingga menjadi pemabuk yang tak kenal puas. Tidak cuma itu tindakan buruknya. Ia bahkan langsung memberikan dua pilihan pahit kepada Ummu Habibah: bercerai jika Ummu Habibah masih berpegang kukuh memilih Islam atau keluar dari agama Islam jika masih ingin mempertahankan rumah tangganya. Sungguh keputusan sulit dan teramat menyakitkan bagi wanita manapun. Ummu Habibah bahkan dihadapkan kepada tiga persimpangan jalan yang terpaksa ia pilih. Pertama, menerima ajakan suaminya yang mendesaknya masuk agama Nasrani. Dengan demikian dia murtad dari agama Islam dan kembali kepada kehinaan dunia dan seksa akhirat.
Ummu Habibah bertekad untuk tidak melakukan hal itu, sekalipun dagingnya habis terkelupas dari tulang belulangnya. Kedua, kembali ke rumah bapanya di Makkah. Itu pun tidak mungkin ia lakukan kerana Makkah adalah kubu pertahanan kaum musyrikin. Kalau ia tetap bertahan dalam agamanya, pasti akan hidup tertindas dalam seksaan kaum Quraisy. Ketiga, tetap tinggal di Habsyah seorang diri sebagai pelarian, tanpa famili dan tidak ada seorang pun yang melindunginya. Dalam himpitan persoalan yang menderanya, Ummu Habibah tetap memilih jalan yang diredhoi Allah. Buktinya dia memutuskan untuk menetap di Habsyah sampai Allah memberikan jalan keluar baginya. Masa sulit itu berani ia tanggung seorang diri di tanah rantau tanpa seorang pun yang melindunginya.

Sunan Giri, Mubaligh Besar Dari Gresik
Sunan Giri dikenal sebagai mubaligh yang banyak mendidik sebilangan para da’i penyebar agama Islam, dari tanah Jawa hingga Maluku. Bukan hanya itu, dia juga masyhur sebagai negarawan. Tata pemerintahan Kerajaan Demak dirancang oleh Sunan Giri. Dia adalah penasihat Raden Patah, Sultan pertama Kerajaan Islam Demak.
Sunan Giri, yang nama kecilnya Raden Paku alias Muhammad Ainul Yaqin, pernah mengalami peristiwa besar saat ia baru saja lahir. Ayahnya adalah Syeikh Wali Lanang alias Maulana Salam, mubaligh keturunan Maulana Ishaq dari Samudera Pasai, Aceh. Wali Lanang diambil menantu oleh Prabu Blambangan. Kemudian beliau diusir dari istana kerana dianggap lancang kerana berani mengajak mertuanya yang masih beragama Hindu untuk memeluk Islam. Banyak kisah karamah yang hidup di tengah masyarakat mengenai Sunan Giri. Menjelang kelahirannya pada 1442 M, Kerajaan Blambangan di Banyuwangi dilanda malapetaka kelaparan dan wabak penyakit, sehingga ibunya, Roro Sabodim melahirkannya dalam kepedihan. Begitu dia dilahirkan, si bayi itu dikatakan sebagai biang keladi malapetaka. Apa boleh buat, beberapa petugas Kerajaan Blambangan pun segera mematuhi arahan menghanyutkan bayi itu di Selat Bali. Bayi mungil itu diletakkan dalam sebuah peti kecil, lalu dihanyutkan di laut lepas. Tapi, berkat pertolongan Allah, peti yang terombang-ambing itu sama sekali tidak terbalik atau tenggelam – sampai sebuah kapal dagangan yang tengah berlayar ke Bali melanggarnya. Anehnya, dikatakan bukan peti itu yang terpelanting, tapi kapal besar itulah yang menghadapi masalah. Kononnya peti berisi bayi itu terselamat berada di atas kapal. Ajaibnya, kapal itu tak boleh dikemudikan untuk melanjutkan perjalanan ke Bali, hingga akhirnya nakhoda memutuskan kembali ke Gresik. Justeru setelah haluan diputar ke arah Gresik, kapal itu berjalan lancar dan berlayar lebih cepat. Padahal perjalanan arah ke Gresik bererti melawan arus laut. Sampai di Gresik, si bayi diambil oleh Nyai Ageng Pinatih, saudagar kaya pemilik kapal yang kemudian mengasuhnya sebagai anak angkat, dan diberi nama Joko Samudro. Setelah dewasa, Joko Samudro berguru ke Ampel, kepada seorang kiai besar yang juga mubaligh, yang dikenal sebagai Sunan Ampel. Ketika itu, usianya baru 11 tahun. Setelah dewasa, Joko samudro mendapat nama baru: Sunan Giri. Ada seorang pemuda lain, yang ketika itu bersama Joko Samudro berguru di pondok pesantren Sunan Ampel, kemudiannya pemuda itu dikenali sebagai Sunan Bonang. Di pondok inilah darjat kewalian Sunan Giri nampak, disaksikan langsung oleh gurunya, Sunan Ampel. Suatu malam menjelang subuh, Sunan Ampel yang tengah mengambil air wuduk menyaksikan kilauan cahaya dari tempat tidur para pelajar pondok. Ternyata cahaya itu memancar dari wajah Sunan Giri. Diam-diam Sunan Ampel mengikat hujung kain Sunan Giri. Paginya dalam majlis pengajian, tahulah Sunan Ampel bahawa pelajar pondok yang bercahaya itu tiada lain adalah Joko Samudro.
Tokoh Besar dan Terhormat
Kebijaksanaan sebagai seorang yang alim juga sudah nampak ketika dia masih muda. Dalam pelayaran berniaga ke Kalimantan, barang dagangan ibunya yang seharusnya dijual malah dibagi-bagikan kepada penduduk. Nyai Pinatih, orang kepercayaan yang mendampingi Joko Samudro, tentu saja terkejut. “Raden, bukankah barang-barang ini seharusnya kita perniagakan?” tanyanya hairan. Joko Samudro menjawab mudah: “Ya. Tapi saya belum melihat ibu berzakat. Saya membahagikan barang ini sebagai zakat untuk membersihkan harta ibu.”
Sebaliknya Joko Samudro malah memerintahkan anak-anak kapal mengisi sejumlah karung dengan batu dan pasir agar kapal boleh seimbang dengan beratnya muatan. Sampai di Gresik tentu saja ibunya naik pitam. Tapi, anehnya, si ibu tak menemukan batu dan pasir. Karung-karung itu berubah menjadi barang dagangan yang ketika itu memang dicari di Kalimantan, seperti rotan dan rempah-rempah. Perjalanan hidup Joko Samudro sebagai seorang Wali Allah sarat dengan kisah-kisah karamah. Di belakang hari, nama besarnya sebagai Sunan Giri dan kedalaman ilmunya, mendorong Syeikh Siti Jenar berguru kepadanya. Tapi, permintaan itu ditolak kerana khuatir Jenar akan menyalahgunakannya. Jenar kononnya bahkan menyamar sebagai seekor gagak lalu masuk ke ruang pengajian Sunan Giri yang tengah mengajar murid-muridnya.

Sunday, February 7, 2010
Variasari Keluaran Februari 2010
SEMAKIN ASYIK...Segeralah mendapatkan majalah Variasari edisi Februari 2010 sebelum terlambat. Kami sajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin degup jantung anda bertambah kencang sewaktu membaca kisah-kisah yang dipaparkan.
Amaran keras:
An
da dinasihatkan membaca Variasari berseorangan dan pada waktu malam sahaja.Dapatkan segera...harga murah cuma RM3.00
Siri Bercakap Dengan Jin
Hidayah Februari 2010
Kandungan Hidayah Februari 2010
Najis dan cacing keluar dari mulut jenazah 10
Sumpah palsu 16
Misteri kain kafan 22
Ajal menyedihkan 28
Tinjauan misteri jenazah utuh 38
Bahaya orang meninggalkan sembahyang 44
Antara batas dua lautan 52
Maha Penghitung dan Maha Mencukupi 58
Membaca kekhuatiran malaikat 62
Kematian tragis ahli ibadat 70
Meniti harap pada air zamzam 74
Sunan Ampel 80
Gigihnya warga Aceh 88
Tumor hilang ketika tunai haji 102
Adam, Nabi dan Rasul 110
Zamrud Islam di daerah Latin 132
Bagaimana tunai haji pada tahun-tahun20an 140
Mengkafirkan orang bukan hak manusia 144
Zaid AlKhair 148
Tugas manusia menyembah Allah 155

Salam Kami Februari 2010
ASSALA
MUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur kita ke hadapan Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Pembaca budiman, dalam waktu terdekat ini nanti, kebanyakan ibu bapa akan menunggu-nunggu keputusan peperiksaan SPM (dan juga STPM). Semuanya mengharapkan anak masing-masing mendapat keputusan yang cemerlang. Kejayaan akan disambut dengan kegembiraan. Yang kurang berjaya atau gagal disambut dengan rasa duka. Itulah gambaran biasa setiap tahun. Kejayaan dalam peperiksaan akademik dijadikan kayu ukur masa depan anak-anak. Tidak salah mengharapkan impian seumpama itu. Itu adalah sikap yang ideal bagi ibu bapa. Anak-anak seolah pelaburan masa depan keluarga. Namun harus diingat, bahawa kejayaan akademik semata-mata tanpa ditunjang dengan pendidikan asas agama dan ketinggian moral bukan jaminan asas kebahagiaan anak-anak. Dalam kehidupan sekular yang berpandu kepada materialistik kejayaan duniawi akan disanjung. Sedangkan pendidikan agama menjadi pilihan kedua atau diremehkan malah diabaikan kecuali apabila perlu saja. Malanglah kita sebagai ibu bapa yang menjadikan anak-anak sebagai pelaburan masa depan keluarga. Sedangkan memberi ilmu dunia dan akhirat adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa. Untuk mendapatkan anak-anak yang salih, ibu bapa perlu membentuk dirinya menjadi orang yang salih. Dengarlah pesanan ulama terkenal Abullaits Assamarqandi dalam kitab ‘Tanbihul Ghafilin’ yang menyebut: Ada sahabat yang menyebut: “Tidak suka mendoakan kedua ibu bapa itu mungkin menyebabkan kesulitan penghidupan anak. Dan apakah yang memungkin dapat memuaskan ibu bapa yang telah mati? Jawapannya tiga macam: (1) Dia sendiri menjadi orang yang salih. (2) Menghubungi keluarga dan sahabat-sahabat ibu bapanya. (3) Membacakan istighfar dan mendoakan serta bersedekah untuk kedua ibu bapanya. Maka mulailah dengan diri kita sendiri menjadi ‘anak yang salih’ dan semoga dengan itu anak-anak juga akan mengikut jejak kita, InsyaAllah. Apakah lagi yang lebih bahagia dalam hidup ini sekiranya anak-anak kita berjaya gemilang di dunia dan cemerlang di akhirat. Alhamdulilah sebagaimana biasa Hidayah terus menemui anda. Tahun 1431 Hijrah bersamaan tahun 2010 ini diharap akan terus mengeratkan hubungan kita dengan para pembaca. Semoga. Terima kasih dengan sokongan anda yang berterusan. Wassalam!
Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my
MUALAIKUM WR.WBT.SEGALA puji dan syukur kita ke hadapan Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Pembaca budiman, dalam waktu terdekat ini nanti, kebanyakan ibu bapa akan menunggu-nunggu keputusan peperiksaan SPM (dan juga STPM). Semuanya mengharapkan anak masing-masing mendapat keputusan yang cemerlang. Kejayaan akan disambut dengan kegembiraan. Yang kurang berjaya atau gagal disambut dengan rasa duka. Itulah gambaran biasa setiap tahun. Kejayaan dalam peperiksaan akademik dijadikan kayu ukur masa depan anak-anak. Tidak salah mengharapkan impian seumpama itu. Itu adalah sikap yang ideal bagi ibu bapa. Anak-anak seolah pelaburan masa depan keluarga. Namun harus diingat, bahawa kejayaan akademik semata-mata tanpa ditunjang dengan pendidikan asas agama dan ketinggian moral bukan jaminan asas kebahagiaan anak-anak. Dalam kehidupan sekular yang berpandu kepada materialistik kejayaan duniawi akan disanjung. Sedangkan pendidikan agama menjadi pilihan kedua atau diremehkan malah diabaikan kecuali apabila perlu saja. Malanglah kita sebagai ibu bapa yang menjadikan anak-anak sebagai pelaburan masa depan keluarga. Sedangkan memberi ilmu dunia dan akhirat adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa. Untuk mendapatkan anak-anak yang salih, ibu bapa perlu membentuk dirinya menjadi orang yang salih. Dengarlah pesanan ulama terkenal Abullaits Assamarqandi dalam kitab ‘Tanbihul Ghafilin’ yang menyebut: Ada sahabat yang menyebut: “Tidak suka mendoakan kedua ibu bapa itu mungkin menyebabkan kesulitan penghidupan anak. Dan apakah yang memungkin dapat memuaskan ibu bapa yang telah mati? Jawapannya tiga macam: (1) Dia sendiri menjadi orang yang salih. (2) Menghubungi keluarga dan sahabat-sahabat ibu bapanya. (3) Membacakan istighfar dan mendoakan serta bersedekah untuk kedua ibu bapanya. Maka mulailah dengan diri kita sendiri menjadi ‘anak yang salih’ dan semoga dengan itu anak-anak juga akan mengikut jejak kita, InsyaAllah. Apakah lagi yang lebih bahagia dalam hidup ini sekiranya anak-anak kita berjaya gemilang di dunia dan cemerlang di akhirat. Alhamdulilah sebagaimana biasa Hidayah terus menemui anda. Tahun 1431 Hijrah bersamaan tahun 2010 ini diharap akan terus mengeratkan hubungan kita dengan para pembaca. Semoga. Terima kasih dengan sokongan anda yang berterusan. Wassalam!
Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my
Surat Pembaca
Sumbangan Hidayah Semarakkan Syiar Agama
Saudara Pengarang,
Saya adalah seorang pelajar sebuah sekolah pondok di Baling, Kedah. Selain membaca dan mengkaji kitab-kitab pengajian, membaca adalah menjadi hobi saya. Salah sebuah majalah kegemaran saya ialah Hidayah.
Bagi saya Hidayah adalah sebuah majalah bercorak dakwah yang paling saya minati. Bidangnya sederhana, mudah dibawa kemana-mana. Kisah-kisah iktibar dan bahan-bahan rencananya membawa manfaat kepada pembaca terutama pelajar pondok seperti saya ini. Saya juga meyokong pendekatan Hidayah yang memaparkan kisah-kisah iktibar dan rencana-rencananya dari Indonesia. Seingat saya tidak ada mana-mana majalah tempatan yang berbuat seperti Hidayah ini. Saya juga bersyukur mendapat makluman bahawa Hidayah edisi Indonesia merupakan salah satu majalah terkemuka di Indonesia . Difahamkan edisinya juga dibaca oleh ribuan pembaca para pekerjanya yang bekerja di Hong Kong dan luar Indonesia. Ini merupakan satu kejayaan gemilang bagi penerbit majalah Hidayah. Saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan tahniah kepada karyawan Hidayah yang tidak jemu-jemu menyumbang bakti dalam bidang penulisan ini demi meninggikan syiar agama di negara kita. Syabas Hidayah!
Marzuki Ismail,
Baling, Kedah.
• Terima kasih dengan tahniah anda. Setiap pujian atau kritikan dari pembaca akan terus menyemarakkan lagi semangat kami untuk terus berkarya. – Pengarang
Contohilah orang-orang yang beriman
Saudara Pengarang,
Saya merasa kagum dengan kulit depan dan kisah iktibar 1 Hidayah keluaran Januari 2010 lalu yang memaparkan jenazah utuh seorang kiai yang telah dikebumikan 26 tahun. Kisah yang dipaparkan itu lengkap dengan bukti gambar jenazahnya yang dipindahkan ke perkuburan baru. Berita mengenai jenazah utuh ini bukanlah berita baru, namun apabila kisahnya dipaparkan dengan bukti-bukti bergambar seperti ini menguatkan lagi keyakinan dan kesahihan beritanya. Namun demikian, ianya bukanlah menidakkan berita mengenai jenazah-jenazah utuh lain yang pernah dipaparkan oleh Hidayah selama ini. Cuma untuk mendapatkan ‘bukti bergambar’ itu memang agak sukar berbeza dengan kisah yang disampaikan melalui mulut ke mulut. Sememangnya kisah-kisah kematian seperti ini mengkagumkan kita dengan kebesaran Tuhan. Membaca Hidayah membuat kita terasa dekat dengan kematian. Sebenarnya pun kita tidak boleh lari dari kematian. Dan kita pun tidak tahu bilakah kita akan mati. Mahunya biarlah kita mati dalam kebaikan. Mungkin tidak semua orang boleh menjadi ‘kiai’, Tuan Guru atau ustaz, namun untuk mencontohi kebaikan-kebaikan mereka bukanlah perkara yang mustahil asalkan kita ada keazaman untuk termasuk dalam golongan orang-orang yang salih dan salihah, InsyaAllah.
Zaitun Abdful Kadir,
Kuala Sungai Baru, Melaka.
• Keazaman untuk melakukan kebaikan dan mencontohi orang-orang yang beriman itu juga termasuk dalam perbuatan terpuji. Allah hu akbar! – Pengarang.
Hinanya Perasuah
Saudara Pengarang,
Saya tertarik dengan rencana yang ditulis oleh Ahmad Idris bertajuk ‘Rezeki Rasuah Beri Anak Isteri Makan’ (Hidayah keluaran Januari 2010 muka 116-119) Sesungguhnya memang ramai yang tahu dosa melakukan rasuah ini. Mereka yang terlibat, baik yang memberi, baik yang menerima, baik yang jadi orang tengahnya atau sesiapa saja yang terlibat dalam urusan rasuah itu akan menerima akibatnya. Mereka yang benasib baik di dunia ini mungkin terlepas dengan hukuman dipenjara. Namun di akhirat, mereka tidak akan terlepas dari hukuman Allah s.w.t. Yang peliknya, mereka yang terlibat dengan rasuah ini menyedari ‘betapa hina dan busuknya’ rasuah itu, namun terpaksa pejam mata atau buat-buat ‘pejam mata’ untuk mendapatkan projek buat syarikatnya.
“Kalau tak hulur, tak merasalah...”. “Mana ada perniagaan sekarang yang tidak ada rasuah?” dan berbagai-bagai cakap lain lagi untuk menghalalkan mereka berbuat demikian. Begitulah pahitnya dunia perasuah. Penguatkuasaan, undang-undang, peraturan dan sebagainya menjadi topeng semata-mata. Malah hebatnya rasuah sehingga mereka yang tidak rasuah pun dipandang serong. Seorang Polis yang jujur umpamanya, apabila menahan seorang penunggang motorsikal akan dipandang serong oleh orang ramai kononnya si Polis itu boleh lepaskan kesalahan dengan menghulurkan sedikit ‘habuan’ Aduh..! Alangkah pedihnya tanggapan itu. Sedangkan Polis itu mungkin seorang imam di kawasan Taman Perumahannya. Mungkin seorang bapa teladan dan seorang suami yang penyayang. Apakah orang berkedudukan demikian tergamak melakukan hal yang menjijikkan itu untuk memberi anak isterinya makan hasil wang rasuah? Itu baru Polis, bagaimana pula dengan mereka yang terlibat bekerja sebagai Kastam, SPRM, tentera dan sebagainya? Namun Allah Maha Adil. Mereka yang jujur, ikhlas dan berwawasan akhirat akan tetap mendapat balasan pahalanya di akhirat. Itulah yang diharap-harapkan, InsyaAllah.
Haji Abdullah Zulkifli,
Kepala Batas, Kedah.
• Itulah yang dikatakan persepsi. Seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit. Namun yang terpalit, boleh mencucinya di telaga iman... Pengarang.

Najis Dan Cacing Keluar Dari Mulut Jenazah
PAGI itu baru saja lepas subuh, pintu rumah Ahmad, 45, diketuk orang seraya mengucapkan salam. Ahmad yang baru tadinya balik dari masjid langsung membalas salam dan membukakan pintu. Dia mendapati tetamunya itu berdiri dengan muka sedih; ada mendung duka menggelayut di wajahnya. Ahmad dikenali di Kampung Durian itu merupakan seorang pengurus jenazah, segera mempersilakan masuk tetamunya itu. “Maaflah bang. Saya sedang kesusahan. Ayah saya meninggal. Kami minta tolong abang uruskan jenazah ayah saya itu,” ujar tetamu itu.
Ahmad menenangkan perasaan tetamunya. Dari bibirnya terucap ‘Inna lillahi wa inna ilahai raji’un.’ “Baiklah, saya segera datang...” Ahmad langsung setuju dan pergi menuju rumah si mati. Dia berjalan kaki saja, rumah Allahyarham tidak jauh dari rumah Ahmad. Tapi, betapa terkejutnya Ahmad ketika sampai di situ, ia tercium bau busuk yang membuat perutnya terasa mual. Namun, dia berusaha menahannya, dia mendekati jenazah yang terbujur kaku, lalu membuka kain yang menutupi wajah Allahyarham. Saat membuka kain penutup, dia melihat wajah jenazah yang seperti punya masalah besar di kala hidupnya dan belum terselesaikan. Ahmad selanjutnya meminta kain kafan yang dibeli pihak keluarga untuk membalut jenazah sesuai mengikut peraturan. Di rumah si mati, sudah ada dua orang yang pernah mengikuti kursus jenazah yang dibimbingnya dulu. Dua orang itulah yang membantu Ahmad menguruskan jenazah.
Kotoran dan Cacing Keluar dari Mulut Allahyarham
Setelah bermusyawarat dengan keluarga si mati, Ahmad membahagi tugas dengan kedua orang pembantunya itu. Saat proses pemandian jenazah itu, Ahmad mengangkat badan mayat dengan kedudukan kepala lebih tinggi, perut ditekan pelan-pelan untuk mengeluarkan najis yang tersisa. Tapi di luar dugaan, najis itu terkeluar dari mulut si mati. Padahal, sewajarnya najis itu sudah keluar melalui dubur. Kotoran najis itu keluar dua kali dengan dua kali tekan. Namun, saat ditekan untuk ketiga kalinya dan diharapkan menjadi tekanan (urutan) terakhir, kejadian serupa kembali terjadi. Bahkan yang lebih parah, kotoran itu lebih busuk diiringi ulat-ulat yang masih hidup. Padahal, si mati baru saja meninggal dipercayai akibat serangan jantung. Mengapa isi perut dan bau itu seperti telah lama membusuk? Beberapa orang anak-anak Allahyarham panik. Dua orang yang membantu pun kehairanan dan panik. Ahmad kemudian berpesan kepada dua orang yang membantunya, “Inilah ujian Allah yang ditimpakan kepada kita sebagai pelajaran dan peringatan.” Setelah melihat apa yang terjadi, Ahmad meminta beberapa anak Allahyarham berkumpul. Ketika semuanya sudah ada, Ahmad memperingatkan, “Sebenarnya yang berkewajiban merawat jenazah adalah ahli warisnya, sedangkan kami ini hanyalah membantu sekadarnya. Jadi, membersihkan jenazah dan menguruskannya bukan menjadi tanggungjawab kami sepenuhnya.” Proses memandikan jenazah belum selesai. Di hadapan semua anaknya, jenazah pun ditiarapkan agar segala keanehan yang memalukan itu segera berakhir. Tapi, hal lain tak diduga kembali terjadi. Waktu jenazah itu ditiarapkan, tiba-tiba cacing-cacing dan ulat-ulat keluar dari mulut jenazah. Binatang-binatang jijik itu seolah-olah sudah lama bersarang dalam tubuh si mati. Suasana ini membuat anak-anak Allahyarham panik. Kerana itu, proses memandikan segera dipercepatkan.
Kain Kafan Tidak Menutup
Selesai proses mandi, jenazah dibungkus dengan kain kafan. Tapi, peristiwa aneh di luar dugaan kembali terjadi. Setelah dililitkan di tubuh jenazah, ternyata kain kafan yang telah diukur itu tak boleh menutupi badan mayat. Ahli waris cemas seraya mengurut dada. Jika kain kafan ditarik ke hujung kepala, kaki pula nampak. Demikian sebaliknya. Kain kafan seperti tak mahu membalut badan si mati. Dengan kerendahan hati, Ahmad lalu bertanya, “Apa tadi ada kekeliruan dalam memotong kain kafan?” Orang yang memotong kain kafan pun menggeleng, pertanda tak ada kekeliruan ketika memotong kain. Akhirnya, kain kafan lain ditambahkan agar sebahagian badan mayat tak terdedah, hingga kafan itu nampak sambung menyambung. Selesai proses mengkafani, Ahmad memanjatkan doa dengar suara yang perlahan: “Ya Allah, janganlah Engkau hinakan jenazah yang satu ini, cukuplah hal ini sebagai peringatan bagi hambaMu yang satu ini.”
Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari di pasaran...

Bibir Merah Paling Digemari Oleh Iblis
UMUM mengetahui bahawa iblis musuh utama manusia. Dalam Quran banyak ayat dijelaskan tentang soal ini. Ia menjadi musuh paling ketat bagi anak cucu Adam. Dalam keadaan apa pun, dalam masa mana pun, iblis bersama gengnya tidak pernah melepaskan peluang untuk menyesatkan anak cucu Adam. Sama ada orang mahu nak sembahyang, sedang bersembahyang sesudah sembahyang dalam apa juga bentuk kebaikan yang akan dilakukan tetap akan dikacau oleh syaitan untuk menggagalkan usaha yang baik itu. Sebenarnya, iblis telah berjanji dengan sendiri, dan juga didepan Allah s.w.t. bahawa ia akan terus meneruskan akan menyesatkan anak cucu Adam sehingga hari kiamat, setelah iblis dihalau dari syurga. Berhubung dengan masalah ini, ada satu cerita atau pun kisah tentang iblis ini. Seorang sahabat Nabi s.a.w. bernama Anas bin Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w. yang menceritakan tentang iblis bertanya kepada Allah s.w.t. mengenai kedudukannya. Dalam pertanyaan itu iblis telah bertanya kepada Allah s.w.t. banyak perkara tentang dirinya, diantaranya ialah: “Ya Allah! Engkau telah memberikan kepada Anak Adam itu tempat kediaman iaitu rumah untuk berzikir kepadaMU. Tunjukanlah kepadaku tempat kediamanku. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai iblis tempat kediamanmu ialah didalam bilik air (tandas). Iblis berkata lagi: “Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat mereka berkumpul (Masjid) dimanakah tempat aku berkumpul?” Firman Allah s.w.t.: “Wahai iblis! Tempat kamu berkumpul ialah di pasar-pasar, pusat-pusat membeli belah, kelab-kelab malam, pesta-pesta, majlis-majlis maksiat tempat, tempat hiburan dan sebagainya.” Iblis bertanya lagi: “Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam kitab untuk mereka membaca, tunjukanlah apakah aku apakah bahan bacaanku? Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai iblis! Bahan bacaanmu ialah syair (sajak atau puisi yang melalaikan manusia dari mengingat Tuhan). Iblis: “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah cerita-cerita yang Engkau berikan kepadaku? Allah s.w.t. berfirman: “Cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta dan bohong yang berkait dengannya.” Iblis: “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak-anak Adam untuk mereka berkumpul bagi melakukan sembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpulkan orang? Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya: “Wahai iblis! Azan untuk mu ialah Seruling”. Iblis: “Wahai Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanMu (para Nabi dan Rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi Utusan bagiku? Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai iblis! Para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib) atau pun yang lebih kurang dengannya. Iblis: “Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat al-Quran) kepada anak Adam, apakah tulisan bagiku? Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai iblis! Tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan (seperti tulisan-tulisan dilengan) tahi lalat yang diada-adakan yang lebih kurang sama dengannya.” Iblis: “Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan perangkap-perangkap kepada anak Adam, apakah perangkap-perangkap bagiku?
Selanjutrnya dapatkan Hidayah Februari di pasaran...

Sejadah Berdiri: Jangan Rosakkan Akidah
WAKTU mutakhir ini umat Islam negara ini banyak didedahkan dengan kisah tahyul, khurafat, aneh dan berbagai lagi yang lain. Bukan sahaja perkara itu didedahkan kepada manusia, tetapi dalam filem-filem drama pun ada cerita-cerita tahyul khurafat ditonjolkan. Peristiwa terakhir yang didedahkan kepada umat Islam ialah kisah “Sejadah berdiri”. Kisah ini buat pertama kali terjadi di Perak dan kedua terjadi di negeri Kelantan. Nanti, entah dimana lagi akan berlaku. Ia akan berjela-jela ke lain-lain tempat. Sebenarnya, ada “kaki” yang cuba melakukan semuanya ini. Perkara ini tidaklah boleh dianggap sebagai pelik atau pun ganjil. Peristiwa luar biasa pun, tidak boleh kita anggap, kerana ia dilakukan oleh orang-orang tertentu dan orang-orang “nakal”. Mereka sengaja nak buat gempar dalam masyarakat itu. Kita sebagai orang Islam yang beriman jangan lekas percaya dan percaya dengan kejadian-kejadian serupa ini. Kita jangan membuat sebarang andaian. Kadang-kadang ada orang-orang kita suka membuat andaian yang bukan-bukan, dan mengaitkan dengan agama. Kalau kita kaitkan dengan agama, ia akan melibatkan akidah. Kita sebagai orang Islam mestilah ingat bahawa akidah Islam merupakan satu perkara tunjang dalam kehidupan seseorang yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t. Akidah menjadi pengukur dan penentu kepada kepercayaan seseorang yang perlu berada pada tahap yakin sebagai seorang muslim dalam kehidupannya. Cerita sejadah berdiri ini tidak terlepas dari lingkungan atau pun lingkaran akidah. Apa juga bentuk dan corak umat Islam terhadap perkara-perkara serupa ini adalah berkait rapat dengan akidah seorang muslim. Kita orang-orang Melayu memangnya cepat percaya dengan perkara konon ganjil.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari di pasaran...
Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari di pasaran...
Berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa
APAKAH anda masih memiliki ke dua ibu bapa? Apakah ibu bapa anda itu sihat walafiat atau sedang keuzuran yang memerlukan perhatian dan layanan mesra dari anak-anak. Bersyukurlah anda masih berpeluang untuk berbakti kepada ibu bapa kandung. Tidak ada amalan lain lebih tinggi daripada memelihara dan menyayangi ibu bapa kandung sendiri. Sebaik mana layanan mesra dan sanjungan anda terhadap ibu bapa mertua, tidak akan sama pahalanya dengan berbakti kepada ibu bapa sendiri semasa hayat mereka. Ikutilah hadis-hadis berikut ini:
1. Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata: Saya bertanya pada Rasulullah s.a.w. : Apakah Amal perbuatan yang lebih disukai oleh Allah? Jawab Nabi s.a.w.: Berbakti pada kedua ayah ibu. Saya bertanya, kemudian apalagi? Jawabnya: Jihad (berjuang dalam jalan Allah/untuk agama Allah). (HR. Bukhari, Muslim)
2. Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak dapat seorang anak membalas budi kebaikan ayahnya, kecuali jika mendapatkan ayahnya tertawan menjadi budak hamba sahaya, kemudian dibeli/ditebusnya dan dimerdekakannya. (HR. Muslim)
3. Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang percaya pada Allah dan hari kemudian hendaknya menghormati tamu. Dan siapa yang percaya pada Allah dan hari kemudian harus menghubungi sanak saudara (menjaga hubungan persaudaraan). Dan siapa yang percaya pada Allah dan hari kemudian harus berkata baik atau diam. (HR. Bukhari, Muslim)
4. Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah telah menjadikan makhluk, dan ketika telah selesai bangkitlah rahim (tali persaudaraan) dan berkata: Di sinilah tempat berlindung kepadaMu dari pemboikotan (putus hubungan)? Jawab Allah: Ya. Apakah kau belum puas bahawa Aku akan menghubungi orang yang menghubungi kau, dan memutus orang yang memutus hubungan kau?

Membaca Kekhuatiran Para Malaikat
DALAM al-Quran, terjadi sebuah dialog antara para malaikat dan Allah s.w.t. Dialog itu bermula ketika Allah menyampaikan sesuatu di hadapan para malaikat dan iblis perihal akan diciptakannya Adam a.s. di muka bumi. Kelompok malaikat dan iblis sangat keberatan tentang hal tersebut. Secara jelas dan tegas kaum iblis menolak hal itu. Sementara itu, malaikat memohon pertimbangan Allah terlebih dulu. Sebab, menurut malaikat, anak cucu Adam hanya akan membuat kerosakan saja di muka bumi. “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata, ‘Apakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan menyucikanMu.’ Tuhan berfirman, ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (al-Baqarah [2]: 30) Ayat ini menjelaskan bahawa malaikat begitu khuatir tentang nasib bumi bila anak cucu Adam yang akan menghuninya. Sebab, kata mereka, bumi hanya akan dijadikan sebagai objek kerosakan semata. Alam yang telah disediakan Allah akan menjadi ‘gelanggang’ atas keserakahan nafsu manusia. Di samping itu, manusia juga akan saling menumpahkan darah di antara mereka. Kerana itu, malaikat meminta kepada Allah untuk mempertimbangkannya. Kata pakar tafsir Quraish Shihab, Allah menyampaikan pesan penting ini ke hadapan para malaikat kerana mereka akan dibebani banyak tugas yang menyangkut urusan manusia. Ada yang akan bertugas mencatat amal-amal manusia, ada yang bertugas memeliharanya, ada pula yang membimbingnya, bahkan ada pula yang menghantarkan rezeki kepada umat manusia. Mengenai rencana itu, para malaikat tetap saja belum boleh menerima. Mereka menduga bahawa manusia tidak akan boleh menjaga alam dan isinya. Dugaan ini mungkin berdasarkan pengalaman mereka sebelum diciptakannya manusia, iaitu kelompok makhluk yang juga telah melakukan kerosakan di muka bumi sebelum manusia yang menghuni, atau boleh juga berdasarkan bahawa kerana yang akan bertugas menjadi khalifah di muka bumi ternyata bukan malaikat. Seperti ia diketahui, kata malaikat, selama ini mereka selalu memuji dan bertasbih kepada Allah. Mereka tidak pernah melakukan kesalahan sedikitpun kepada Allah. Selayaknya, yang layak untuk menjadi khalifah di muka bumi adalah mereka, dan bukan manusia yang telah diberi hawa nafsu dan akal. Meski begitu, menurut para ahli tafsir, pernyataan malaikat itu bukanlah sebagai bentuk keberatan atas penciptaan Adam di muka bumi sebagai khalifah. Mereka hanya menyatakan pertimbangan sebagai bentuk pertanyaan. Ini berbeza dengan para iblis yang jelas-jelas menolak kehadiran manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi. Ibnu Jarir berpendapat bahawa pertanyaan para malaikat itu merupakan ungkapan untuk mencari maklumat. Mereka bermaksud meminta pengesahan dari Allah s.w.t. perihal rencana menjadikan anak Adam sebagai khalifah di muka bumi. Allah kemudian mengizinkan para malaikat itu untuk menanyakan hal tersebut. Para malaikat hakikatnya bermaksud mengatakan bahawa diantara keturunan Adam itu ada yang melakukan kerosakan. Malaikat, dalam hal ini, hanya merasa khuatir. Mereka khuatir bahawa alam bumi yang begitu indah dan nyaman itu kemudian tidak sanggup dijaga oleh anak cucu Adam kelak. Namun begitu, kekhuatiran para malaikat itu dijawab oleh Allah dengan kalimat yang sangat singat. Kata Allah, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” Dengan jawaban ini, malaikat hanya diam dan menerima.
Bencana Alam
Kalau ditilik lebih jauh, kekhuatiran para malaikat itu memang ada benarnya. Kini, kita menyaksikan terjadinya berbagai kerosakan alam di muka bumi. Semua itu akibat ulah tangan manusia. Bencana alam yang disebabkan oleh kelalaian manusia telah memakan banyak korban jiwa dan harta benda. Dalam setahun terakhir ini kita telah menyaksikan berbagai bencana alam. Sebut saja, misalnya; bencana banjir, tanah runtuh, semburan lumpur panas, hingga gempa bumi belum lama ini. Semua itu, kalau dikaji secara ilmiah, merupakan akibat dari ulah tangan manusia. Terjadinya banjir tak lain kerana kurangnya resapan air. Tanah yang seharusnya berfungsi sebagai tadahan resapan kini dibangun berbagai bangunan bertingkat dan megah. Tanah-tanah sawah ‘ditukar’ jadi kawasan perumahan. Akibatnya, sungai tak mampu lagi membendung air hujan yang begitu banyak. Maka, terjadilah banjir. Begitu juga dengan terjadinya tanah runtuh. Pohon-pohon di hutan yang seharusnya dijaga keseimbangannya malah ‘digunduli’. Ekosistem kian rosak. Hal ini mengakibatkan kerosakan pada tanah di sekitarnya, yang apabila terjadi curahan hujan tinggi, maka air hujan akan tertumpu di bahagian dasar lereng, sehingga menimbulkan gerakan menghakis atau longsoran tanah.

Sunan Ampel Menembang Dakwah Di Surabaya
RADEN Rahmat atau Raden Ahmad Ali Rahmatullah yang di tanah Jawa lebih dikenal dengan sebutan Sunan Ampel adalah sosok ulama terkemuka dalam jajaran wali sembilan. Dikatakan, dia disebut-sebut sebagai penggerak islamisasi di tanah Jawa – setelah usaha islamisasi yang diukir Sayyid Hussein Jamadil Kubra dan Maulana Malik Ibrahim. Tetapi, populariti dakwah Sunan Ampel dan dakwah Wali Songo (Wali Sembilan) yang dikenal luas di tanah Jawa itu ternyata tak diikuti dengan goresan atau catatan sejarah yang seragam. Ahli sejarah berbeza pendapat ehwal asal usul Sunan Ampel – yang dalam banyak catatan ditulis lahir di Champa (Kemboja).
Asal Usul
Sunan Ampel dicatatkan lahir pada tahun 1401 di Champa. Tapi, asal usulnya itu ada yang berbeza pendapat dikalangan ahli sejarah. Encyclopedia Van Nederlandesh Indie mengatakan, Champa itu suatu negeri kecil yang terletak di Kamboja. Tak salah, bila Sunan Ampel dikata berasal dari China atau keturunan Tionghoa. Menurut beberapa riwayat, ibu bapa Sunan Ampel adalah Ibrahim Asmarakandi - tak lain adalah Syeikh Maulana Malik Ibrahim. Ibrahim Asmarakandi dan adiknya yang bernama Maulana Ishaq merupakan anak Syeikh Jumadil Qubro, yang menetap di Samarkand. Dikisahkan, Syeikh Jumadil Qubro, Maulana Malik Ibrahim dan Maulana Ishaq bersama-sama datang ke pulau Jawa. Setelah itu berpisah. Syeikh Jumadil Qubro tetap di Jawa, sedang Maulana Malik Ibrahim ke Champa, dan si adik tercinta mengislamkan Samudra Pasai. Dalam menjalankan tugas dakwah di Champa, Maulana Malik Ibrahim berhasil mengislamkan Raja Champa dan mengubah Kerajaan Champa menjadi Kerajaan Islam. Bahkan ia dikahwinkan dengan puteri Champa sehingga lahir Raden Rahmat (dan Sayyid Ali Murthadha). Dari Champa, Maulana Malik Ibrahim berhijrah ke pulau Jawa tanpa diikuti keluarga. Beberapa tahun kemudian, Sunan Ampel menyusul ke pulau Jawa pada 1443, untuk menemui ibu saudaranya, Dwarawati, kerana dalam satu riwayat, Sunan Ampel ke Jawa diundang Dwarawati – seorang puteri Champa yang berkahwin dengan Raja Majapahit – untuk mendidik dan memperbaiki moral bangsawan dan rakyat Majapahit. Tapi, dalam versi lain, Sunan Ampel dikatakan lahir tahun 1420, kerana ketika berada di Palembang pada 1440, sebuah sumber sejarah menyebut dia berusia 20 tahun. Hal itu dikeranakan ahli sejarah sering membahaskan tahun kedatangan Sunan Ampel ke Jawa daripada bicara tahun kelahirannya. Tapi Hikayat Hasanuddin memperkirakan kedatangan Sunan Ampel ke Jawa sebelum 1446 – tahun kejatuhan Champa ke tangan Vietnam. De Hollander menulis, sebelum ke Jawa Raden Rahmat memperkenalkan Islam pada Raja Palembang, Arya Damar, pada 1440. Dalam lawatan ke Jawa, Raden Rahmat mendarat di kota bandar Tuban, tempat mereka berdakwah beberapa lama. Kemudian, rombongan Raden Rahmat melanjutkan perjalanan ke istana Majapahit menghadap raja. Di sana, Sunan Ampel menyanggupi permintaan raja mendidik moral bangsawan dan rakyat. Sebagai hadiah, Sunan Ampel diberi tanah di Ampeldenta Surabaya. Meski raja menolak masuk Islam, Raden Rahmat diberi kebebasan mengajarkan Islam. Tapi, Buya Hamka dalam Sejarah Umat Islam menegaskan Sunan Ampel bukan dari Champa, Indo Cina, tapi dari Cempa atau “Jeumpa” di Aceh. Pendapat Hamka itu sama dengan pendapat Rafless dan Saifuddin. Bahkan menurut Hilmy Bakar (dalam Sunan Ampel: Mendirikan Demak Meruntuhkan Majapahit, Modus Aceh Minggu IV Des 08), Sunan Ampel lahir bukan di Champa (Kamboja) tapi di lingkungan istana Kerajaan Pasai dari pasangan Sayyid Ibrahim bin Sayyid Jamaluddin dengan puteri bangsawan Jeumpa di kerajaan Pasai yang bernama Chandra Wulan. Kerana itu, dalam pandangan Hilmy, pendapat bahawa Sunan Ampel dari Champa Kamboja perlu diluruskan. Kerana, menurutnya, ada beberapa fakta; keadaan Champa Kamboja ketika zaman Raden Rahmat (awal abad ke-15 M) sedang dilanda huru hara dan terjadi pembunuhan terhadap kaum Muslim yang dilakukan Dinasti Ho sebagai tindakan balas dendam atas kekalahannya pada pasukan Khublai Khan, Raja Mongol yang Muslim.
Maulana Rahmatullah atau Raden Rahmat mendapatkan pendidikan di Kerajaan Pasai. Awal abad ke 15 M, Pasai berkembang menjadi pusat pengajian tinggi Islam yang berhubungan dengan pusat peradaban Islam di Makkah, Mesir, Parsi, India, Andalusia dan bangsa lain. Di bawah asuhan para ulama dan cendekiawan, Maulana Rahmat jadi ulama dan ditugaskan menyebarkan Islam, khususnya ke Jawa.

Gigihnya Warga Aceh Selepas Tsunami
SAMBUTAN Hari Raya Aidiladha atau hari raya korban pada bulan November 2009 lalu begitu besar ertinya dalam hidup saya. Itulah pertama kali saya berpeluang menunaikan solat Hari Raya Aidiladha di Masjid Baitul Rahman di Banda Aceh yang terkenal itu. Memang sebenarnya kami merancang sejak beberapa bulan lalu untuk ‘mengembara’ ke negeri serambi Makkah itu bertepatan jatuh pada hari raya haji. Saya bersama-sama dua rakan pengembara iaitu Yusof Ahmad dari Batu Kikir, Negeri Sembilan dan Muhammad Sharif bin Sulaiman dari Ampang, Selangor bertolak dari Lapangan Terbang KLIA dan selamat mendarat di bumi Aceh melalui penerbangan pesawat AK305 jam 6.30 petang pada hari Isnin 23 November. Ini merupakan kali kedua saya menjijak bumi Aceh. Tahun sebelumnya (2008) saya turut ‘menjadi pengembara’ di bumi bersejarah ini.
Entah mengapa hati saya begitu terasa dekat dengan bumi yang banyak melahirkan para pejuang kemerdekaan Indonesia ini. Antaranya yang terkenal ialah Tengku Daud Burueh. Apatah lagi sebagaimana kebanyakan perasaan rakyat Malaysia lainnya, hati saya turut diragut simpati yang membuak-buak apabila Aceh teruji dengan mala petaka dahsyat bencana Tsunami yang telah meragut nyawa lebih 200,000 nyawa di Aceh sahaja pada tarikh 26 Disember 2004. Alangkah hebatnya dugaan yang kau terima wahai para warga Aceh...! Alangkah hebatnya pula kesabaran yang kau tanggung selama ini wahai warga Aceh...! Bila mengenang azab derita dan sengsaranya mangsa korban tsunami itu, terasa kecil dan amat kecil segala ujian dan pancaroba yang pernah saya tempoh sepanjang hidup ini. Kali ini saya dan kawan-kawan datang lagi ke bumi Aceh ini. Saya tidak menganggap diri saya sebagai ‘pelancong’, tapi sebenarnya adalah ‘pengembara di bumi Allah’ yang malang tapi bertuah ini. Kerana Tsunami yang melandamu, dalam bala menimpa ada hikmah rupanya. Setelah berpuluh tahun bersengketa menuntut kemerdekaan, setelah ribuan nyawa terkorban dalam peperangan, Aceh kini menikmati status autonominya. Kami mendaftar dan masuk hotel. Malam itu selepas solat Maghrib dan Isyak di Masjid Baitu Rahman kami menikmati pemandangan Banda Aceh waktu malam dan menjamu selera. Esoknya Selasa 24 November bermulalah pengembaraan kami yang sebenarnya. Selepas bersolat subuh dan bersarapan di hotel kami bertolak menuju ke Meulaboh sebuah bandar pelabuhan. Kami menaiki kenderaan pacuan 4 roda jenis Mitsubishi yang cukup selesa untuk empat orang termasuk pemandu kenderaan. Sepanjang perjalanan kami melalui tepi pantai dan menempuh beberapa pekan dan Bandar. Dari kenderaan itulah kami mengintai denyut nadi kehidupan masyarakat sekitar. Pemandangannya samalah seperti perjalanan dari Medan ke tempat pelancongan Danau Toba di Sumatera utara. Melihat kecantikan alam semula jadi di sini, bagaikan terlupa sejenak bahawa beberapa tahun lalu kawasan-kawasan ini musnah teruk dihentam Tsunami yang mengerikan. Dalam perjalanan kami sempat berhenti sebentar di sebuah tempat bernama Calang. Di sini sempat juga melurus-luruskan pinggang dan memetik kamera masing-masing merakam pemandangan sekitar sementara menunggu feri. Kami sampai di Meulaboh beberapa jam kemudian. Di sini sempat saya menyaksikan di satu kawasan yang luas dimana terdapat sebatang pokok kelapa masih tegak gagah berdiri. Dikatakan semua pokok dan tanaman sekitarnya hancur musnah dalam tragedi Tsunami lalu. Namun sebatang pokok kelapa itu dibiarkan menjulang sebagai saksi bisu. Saya melihatnya dan memikir betapa hebat dan dahsyatnya kekuasaan Allah s.w.t. Allahuakbar...! Saya juga dapat menyaksikan satu kawasan atau kem tentera yang terletak di tepi laut musnah dilanda tsunami bagaikan padang jarak padang tekukur. Kawasan itu dibiarkan begitu tanpa sebaran pembangunan. Agaknya pihak berkuasa sengaja berbuat demikian. Dulu engkau hebat sangat. Buru pemberontak, buru anggota Gerakan Aceh Merdeka (GAM), bunuh sana, bunuh sini dan kini dengan sekali libasan tsunami kamu berkubur tanpa batu nisan.
Allahuakbar..! Di sini juga ribuan mangsa tsunami terkorban. Namun apabila menyaksikan pembangunan yang sedang hebat di Bandar ini, bagaikan tak terasa bahawa beberapa tahun lalu sebilangan bangunan dan warganya telah terkubur ditelan tragedi dahsyat itu. Malam itu kami berlabuh di kota pelabuhan itu. Keesokannya Rabu 25 November kami meneruskan ‘pengembaraan’ balik ke banda Aceh melalui Bandar Sigli. Perjalanannya panjang bermula jam 8.30 pagi hingga 8.00 malam. Sebelum sampai ke Sigli, kami menempuh beberapa Bandar seperti Geumpang, Tangse dan Lameulo. Di Banda Aceh kami menginap di Hotel GrandNanggroe yang terletak di Jalan Tengku Imum Lueng Bata. Hari Khamis 26 November kami melalui acara bebas. Kami sepakat menunaikan puasa sunat pada hari itu sempena 9 Zulhijjah dan puasa sunat Khamis. Menariknya pihak hotel sendiri menyediakan makan sahur kepada mereka yang mahu berbuat demikian. Kami menikmati berbuka puasa di Masjid Baitul Rahman. Menunya tiga biji kurma dan segelas air. Selepas bersolat maghrib dan isyak kami berpakat menikmati makanan ‘orang Aceh’ di sebuah restoran berdekatan masjid. Malam itu kami terasa bertuah kerana dapat menikmati sambutan perayaan sempena Aidladha oleh warga Banda Aceh. Pestanya memang hebat termasuk perarakan kereta berhias. Difahamkan satu daerah menghantar satu kereta berhias masing-masing. Perarakannya ialah mengelilingi Banda Aceh yang acaranya berakhir sampai jam 11.30 malam.
Suasananya macam kita menyambut perayaan dengan pelbagai kereta berhias yang berlokasi di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur itulah... Banda Aceh berlimpah dengan lampu hiasnya. Bersemarak dengan kereta berhiasnya. Wajah para warganya ceria dalam kegembiraan menyambut kedatangan Aidiladha. Di Banda Aceh kenderaan awamnya berupa bas dipanggil ‘Labi-Labi’. Mengapa dipanggil begitu ye...? Selain itu, beca yang bermotorsikal juga merupakan kenderaan awam yang popular di sana. Sekali naik tambangnya lebih kurang RM1.00 sahaja. Sementara kenderaan persendirian paling popular di sini ialah motorsikal.

Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)

.jpg)