ANDA kini sudah terbaring di liang lahad. Anda sudah ‘lemas’ (padahal anda sudah mati) apabila wajah anda ditempel ke tanah (menciumi kepalan tanah). Beberapa orang di dalam kubur sibuk mengiringkan jasad anda agar menghadap kiblat. Sementara di atas kubur seorang dua sibuk mengarah mereka buat itu dan ini untuk menyempurnakan pengkebumian anda. Semasa itu dimanakah roh anda? Dari Ka’ab bin Malik, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya jiwa seorang Mukmin (akan berwujud seekor) burung yang sedang makan di pepohonan syurga, hingga dikembalikan ke jasadnya pada hari kiamat.” (HR. An-Nasa’i, Malik dan As-Syafi’i juga meriwayatkannya). Hadis ini menjelaskan bahawa roh merasakan hikmat bersama-sama dengan badan di dalam kubur, jika Allah s.w.t. menghendaki. Bahawa roh itu merasakan nikmat sendirian mahupun bersama dengan badan di syurga, adalah sebuah kepastian. Ibnu Abi Ad-Dunya meriwayatkan dalam kitab “Dzikrul Maut”, dari Malik bin Anas r.a. Ia berkata, “Dikhabarkan kepadaku bahawa roh akan dibebaskan pergi ke mana saja.” Ini sesuai dengan yang diriwayatkan, “Sesungguhnya roh kadang-kadang berada dalam kubur yang fana.” Mujahid berkata, “Roh berada dalam kubur selama tujuh hari sejak dikuburnya mayat tidak terpisah (dari badannya). Kadang-kadang roh dikembalikan ke badan dalam waktu yang belum ditentukan.” Sebagaimana dalam hadis yang disahihkan oleh Ibnu Abdi Al-Barr, dari Nabi s.a.w. bahawa baginda berkata, “Tak ada seorang yang melewati kubur orang yang dikenalnya di dunia, kemudian ia mengucapkan salam kepadanya, kecuali Allah akan mengembalikan roh itu ke jasadnya sehingga mampu menjawab salam tadi.” Dalam Sunan Abi Dawud, dari Aus Ats-Tsaqafi dari Nabi s.a.w., baginda bersabda: “Sesungguhnya hari terbaik bagi kalian adalah hari Jumaat. Maka perbanyaklah selawat kepadaku pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Sesungguhnya selawatmu akan sampai kepadaku.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana akan sampai kepadamu, sedangkan jasadmu telah hancur?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Allah melarang bumi untuk memakan jasad para Nabi.” Dalam bab ini terdapat beberapa hadis dan atsar yang menunjukkan bahawa badan si mayat dalam kubur dapat merasakan nikmat dan azab, kalau dikehendaki Allah. Juga bahawa roh itu tetap kekal dan dapat merasakan azab dan nikmat kubur, meskipun telah berpisah dari badannya.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2010 di pasaran...
Wednesday, August 4, 2010
Wanita Salah Sangka Masalah Pakai Tudung
ADA sebuah sebuah akhbar Arab telah menyiarkan satu “temubual” seorang wartawan wanita Inggeris dengan seorang tokoh agama mengenai dengan “hijab” atau tudung yang dipakai oleh wanita-wanita Islam. Di antara temubual itu ada satu pertanyaan yang jawapannya agak menarik untuk kita baca dan berkongsi bersama terutama kaum wanita yang tidak suka “bertudung”. Wartawan itu bertanya: “Mengapa agama Islam melarang wanita mengenakan pakaian apa pun yang mereka suka? Mengapa Islam menyekat atau pun menghadkan kebebasan mereka untuk memilih dan mengenakan pakaian atas kemahuan hati mereka? Bukankah itu merupakan satu pelanggaran kebebasan?” Tokoh agama itu kelihatan begitu bijak dalam berdepan dengan pertanyaan serupa itu. Dia tidak menjawabnya pertanyaan secara terus, tetapi dia mahu wartawan wanita dan dia bersedia untuk bersetuju dulu denga satu point. Katanya: “Manusia yang hidup dalam sebuah masyarakat tidak mungkin dapat menikmati kebebasan yang mutlak. Kebebasan yang dimiliki itu adalah kebebasan yang relative.
“Bolehkah kita melakukan segala hal sesuka hati kita? Bolehkah kita berjalan di khalayak umum tanpa menggunakan pakaian dengan alasan kita orang yang merdeka? “Bolehkah kita menyuruh tukang rumah membina atau pun membaiki rumah kita di tengah malam ketika orang sedang tidur. Sekiranya kita pergi ke sebuah bank mahu mengambil wang dan melihat orang ramai beratur panjang, apakah kita boleh terus ke depan juruwang?
“Bolehkah kita meletakkan kereta (parking) di tengah jalan dengan alasan tidak boleh ada aturan yang mengganggu kemerdekaan kita? Soal pokoknya, tidak ada di namakan kebebasan individu yang mutlak.”
Katanya lagi: “Kita bebas melakukan apa saja yang kita sukai selama mana perkara itu tidak mengganggu orang lain. “Satu-satunya cara untuk mendapatkan kebebasan itu ialah kita kena hidup sendiri di satu tempat yang tidak ada orang tinggal di situ, dan di tempat itu kita boleh buat apa saja tanpa orang lain melihatnya apa yang kita lakukan atau pun buat. Bagaimana pun hal ini tentulah bertentangan dengan lojik agama dan kita mengundur kebelakang dengan sistem Tuhan. Sudah tentu tidak mungkin Allah s.w.t. menginginkan terbentuknya sebuah masyarakat serupa itu tanpa aturan dan tujuan. Sesiapa pun yang memilih Islam sebagai agamanya, dia mesti mematuhi aturan-aturan yang ditetapkan oleh Islam, tanpa peduli apakah aturan-aturan itu menyekat kebebasan ataupun tidak. Demikian jawapan tohahahakoh agama itu sebagai menjelaskan pertanyaan wartawan wanita Inggeris itu yang penuh dengan sentimen anti Islam. Sebenarnya, ramai di kalangan kita terutama kaum wanita yang salah sangka dan salah mengerti tentang “hijab” ini. Mereka merasakan itu sebagai satu “penyekatan” kebebasan mereka. Pada hakikatnya, apa yang dilihat sebagai penyekatan kebebasan itu sebenarnya merupakan satu kebaikan kepada manusia itu sendiri. Kita mestilah faham bahawa Allah s.w.t. lebih mengetahu tentang diri kita daripada kita sendiri. Sebenarnya, aturan-aturan yang menyekat kebebasan itu adalah untuk memberi kebaikan dan mencegah keburukan. Tidak ada agama yang ditegakkan tanpa aturan. Wanita-wanita yang menolak atau pun tidak suka pakai tudung (jilbab hijab) kerana khuatir kebebasan mereka terganggu, mestilah faham bahawa sikap itu boleh mengundang lelaki lain berkeinginan kepadanya. Wanita juga tentulah tidak boleh marah jika ada wanita-wanita lain yang tidak memakai tudung merebut perhatian suaminya pula. “Jika kita boleh menggoda suami orang, mengapa wanita lain tidak boleh melakukan hal yang sama kepada suami kita?”
Kaum wanita haruslah memahami bahawa tujuan “hijab” adalah untuk menjaga masyarakat dari fitnah memberikan rasa aman bagi wanita. Percayalah! Para isteri tidak perlu khuatir suaminya keluar rumah, kerana dia akan pulang semula tanpa tergoda dengan wanita lain. Bagitu juga Islam melarang wanita untuk menampakkan perhiasan mereka dengan cara apa pun, termasuk dengan menghentakkan kaki. Masa puncak kecantikan seorang wanita sangatlah singkat, tidak lebih dari 15 tahun. Bayangkan saat-saat seorang isteri mulai “memudar kecantikkannya”, sementara suaminya masih segar dan sihat, apa yang terjadi jika suami ini keluar dan menemukan wanita-wanita muda di jalanan yang mendedahkan aurat?

Suami Wajib Berkhidmat Kepada Isteri?
ADA yang tak biasa dengan kehidupan rumahtangga Rudi. Ayah dua orang anak perempuan itu sangat tekun merawat anak-anaknya sepanjang dia berada di rumah. Hampir setiap hari terlihat dia sibuk menyapu, kadang-kadang juga menjemur pakaian, bahkan tanpa segan silu menidurkan anak keduanya yang baru berusia 8 bulan itu. Pemandangan ini, tentu saja, menjadi perbincangan hangat di mata tetangga-tetangga dekat. “Mengapa Rudi mengerjakan semuanya itu?” “Isteri Rudi tak tahu apa, tergamak sekali suruh suami buat begitu!” Kira-kira begitulah cakap-cakap sekitar menilai peranan Rudi dan isterinya. Tanggapan demikian memang sangat berdasar, mengingat dalam kaca mata umum, urusan rumahtangga adalah mutlak kewajipan isteri. Suami sebagai ketua rumahtangga dan pencari nafkah, tak perlu masuk ke dalam ruang khusus milik para isteri. Maka bila sampai suami ‘melakoni’ salah satu saja dari rutin kerumahtanggaan, yang akan segera disalahkan adalah isterinya.
Padahal boleh jadi yang dilakukan suami berdasarkan pada kerelaannya, rasa mahu menolong isterinya, atau kerana sudah terbiasa dari dulu hidup berdikari, serta apa-apa alasan lain yang membuatnya ringan tangan membantu isterinya. Bila kita menoleh kisah kehidupan rumahtangga Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya, justeru yang sering tersurat adalah mirip yang dilakukan oleh Rudi. Kisah Saad bin Amir, salah satunya. Lelaki yang diangkat oleh Umar bin Khattab menjadi gabenor di kota Himsh itu sering dikritik penduduk Himsh gara-gara sering lambat ke pejabat. Alasannya, dia selalu kesibukan kerana tidak mempunyai pembantu. Tidak ada orang yang biasa disuruh memasak untuk isterinya, atau mencuci baju isterinya. Ali bin Abi Thalib, si menantu Rasulullah s.a.w., pun demikian. Kerana cintanya yang melimpah ruah kepada Fatimah, ia memberanikan diri menghadap Rasulullah, meminta seorang pelayan untuk membantu isterinya. Namun Rasulullah tidak mengkabulkannya. Sebab itulah Ali langsung turun tangan membantu pekerjaan rumah. Dan bukankah Rasulullah s.a.w. sendiri tanpa segan pergi ke pasar, berbelanja, menjahit bajunya yang terkoyak, memperbaiki kasutnya yang rosak tanpa menunggu isterinya melakukan untuk dirinya?
Teropong Pendapat Mazhab
Dalam penelusuran Ahmad Sarwat yang disampaikannya dalam sesi tanya jawab, ternyata empat mazhab besar serta Mazhab Zahiri, semua sepakat mengatakan bahawa para isteri hakikatnya tidak punya kewajipan untuk berkhidmat kepada suaminya. Al-Imam Al-Kasani, dari kalangan Hanafiyah dalam kitab Al-Badai menyebutkan, seandainya suami pulang membawa bahan makanan yang masih harus dimasak dan diolah, lalu isterinya enggan untuk memasak dan mengolahnya, maka si isteri tidak boleh dipaksa. Suaminya diperintahkan untuk pulang membawa makanan yang siap untuk dimakan. Sementara dalam Al-Fatawa Al-Hidayah fi Fiqhil Hanafiyah disebutkan, seandainya seorang isteri berkata, “Saya tidak mahu masak dan membuat roti”, maka isteri tidak boleh dipaksa untuk melakukannya. Suami pun harus memberinya makanan siap makan, atau menyediakan pembantu untuk memasak makanan. Adapun Mazhab Maliki yang dikumandangkan dalam kitab asy-Syarhul Kabir karangan Ad-Dardir, disebutkan bahawa suami wajib berkhidmat (melayani) isterinya. Meski suami memiliki keluasan rezeki sementara isterinya punya kemampuan untuk berkhidmat, namun tetap kewajipan isteri bukan berkhidmat. Suami adalah pihak yang wajib berkhidmat. Maka wajib bagi suami menyediakan pembantu untuk isterinya. Sementara Abu Ishaq as-Syirazi dari kalangan Syafi’iyah dalam kitab Al-Majmu Syarah Al-Muhadzdzab disebutkan bahawa tidak wajib seorang isteri berkhidmat untuk membuat roti, memasak, mencuci dan bentuk khidmat lainnya, kerana yang ditetapkan (dalam pernikahan) adalah kewajipan untuk memberi pelayanan seksual (istimta), sedangkan pelayanan lainnya tidak termasuk kewajipan. Mazhab Hanabilah berpendapat bahawa seorang isteri tidak diwajibkan berkhidmat kepada suaminya, baik berupa menyedia bahan makanan, membuat roti, memasak, dan yang sejenisnya, termasuk menyapu rumah, menimba air di telaga.
Ulama kalangan Mazhab Zhahiri menyatakan bahawa tidak ada kewajiban bagi isteri untuk menyelanggara rumahtangga, membuat roti, memasak dan khidmat lain yang sejenisnya, walau pun suaminya anak khalifah/anak raja. Suaminya itu tetap wajib menyediakan orang yang boleh menyiapkan bagi isterinya makanan dan minuman yang siap makan, baik untuk makan pagi mahupun makan malam, serta wajib menyediakan pelayan (pembantu rumah) yang bekerja menyapu dan menyiapkan tempat tidur.

Niat Haji Yang Menyimpang
SEBENARNYA, berhaji itu untuk mendapatkan keredhoan Allah. Kerana itu, hindarilah tujuan yang macam-macam saat kita pergi ke sana. Sebab, apapun niat hati kita selama berada di sana, biasanya langsung dikabulkan oleh Allah. Ini pula yang terjadi pada insan yang bernama Haji Saman. Kerana niat hajinya mencari tangkal pelaris buat usaha niaganya, dia malah terperosok ke dalam lembah yang kelam. Kakinya terhantuk batu saat berjalan hingga membuat ibu jarinya terluka. Ironinya sakit itu masih dia rasakan hingga sekarang – beberapa tahun setelah gelar haji berjaya disandangnya.
Tradisi kenduri
Malam itu, di rumah Saman terlihat agak ramai orang. Sebahagian ada yang memakai baju putih dan berkopiah hitam. Sebahagian lagi ada yang tidak mengenakannya, hanya berpakaian baju Melayu warna hitam. Sedang bagi kaum perempuannya, rata-rata mereka berkerudung dan nampak sekali-kali terlihat bersenda gurau. Rupanya, mereka berkumpul untuk mengikuti pengajian atau kenduri yang diadakan oleh Saman yang akan berangkat menunaikan ibadah haji. Memang, di kampung X, selalu ada tradisi menyelenggarakan pengajian beberapa malam sebelum keberangkatan seseorang beribadah haji ke tanah suci. Dalam tradisi Islam, tradisi ini merupakan salah satu rangkaian acara walimah al-shafar. Malam tu, shahibul hajat memanggil da’i dari Karawang, yang suaranya begitu lantang. Kerana kalau sudah bercakap di atas membar, suaranya keras dan tidak boleh berhenti, sehingga banyak pendengar dibuat terpingkal-pingkal kerana geli hati. Saman sendiri kelihatan gagah dengan kopiah warna hijau dan berbaju Melayu. Selain pegajian sebagai malam puncak walimah al-shafar, beberapa hari sebelumnya, di rumah Saman diadakan bacaan tahlil. Dan inilah tradisi yang kerapkali diselenggarakan di Kampung X, Bogor. Apalagi, bagi seorang peniaga jaya seperti Saman.
Peniaga Berjaya
Pergi ke tanah suci adalah puncak kejayaan seorang yang bernama Saman ini. Dengan biaya mahal, orang kerapkali menilai mereka yang sudah berhaji adalah simbol kejayaan. Sebab, orang yang tidak berjaya/belum berjaya, belum tentu akan boleh pergi ke tanah suci – meski untuk berhaji itu boleh saja dari wang warisan harta pesaka atau menang hadiah. Tapi, itulah kemuncak hasil usaha yang dirintis oleh Saman selama beberapa tahun. Dia boleh memiliki rumah mewah, kereta yang mahal dan kini akan menyandang gelar haji di depan namanya. Ya, siapapun orangnya pasti akan bangga dengan status semua ini – meski haji sebenarnya bukan untuk mencari kedudukan dalam masyarakat, tapi kedudukan agama dimata Allah. Usaha Saman dimulai dari membuka kedai runcit di pinggir jalan. Selama beberapa tahun mengembangkan usahanya itu, dia berhasil membangun usaha baru sebagai kontraktor. Dia memang hebat. Atas kejayaan ini, banyak orang yang dibuat terkejut dan takjub kepadanya. Bagaimana dia boleh mengembangkan usahanya hingga seberhasil begitu? Apa saja tipsnya.
Ternyata Saman tak punya tips khusus. Dia hanya berusaha mengembangkan usahanya itu secara biasa saja, katanya. Ramah dan sopan kepada pelanggan, serta harga yang terjangkau, hanya itu yang boleh dia berikan kepada orang yang mengharapkan khidmatnya. Kerana itulah, usahanya boleh berkembang dengan pesat.
Ilmu Pelaris
Namun, di tengah keberhasilannya itu terhembus isu yang tidak baik tentang dirinya. Konon, sebelum dia meraih kejayaan itu, sebenarnya selama beberapa tahun Saman pernah jatuh bangun dalam membangun usaha berniaga kedai runcitnya. Tak pernah berjaya dan sulit sekali bersaing dengan usaha-usaha serupa itu yang banyak berkembang di daerah sekitarnya. Setelah dia pergi menemui “orang pintar” dan katanya mencari ilmu pelaris, sekonyong-konyong usahanya cepat berkembang. Usahanya tiba-tiba seperti dinaungi aura positif, sementara usaha-usaha orang lain nampak dinaungi aura negatif. Saman sendiri tidak pernah mengakui kalau dirinya memakai azimat pelaris. Namun, dia hanya mengaku bahawa dia pernah menemui orang pintar untuk mendapatkan “khidmat nasihat” berurusan perniagaannya. Tidak lebih dari itu. Baginya, itu adalah hak siapa saja untuk boleh melakukannya. Dikatakan, “orang pintar” yang ditemui oleh Saman itu jauh berada di luar Jawa. Saat menemui orang itu, Saman tidak pulang ke rumah beberapa hari. Hingga para pelanggannya sempat menanyakan ehwal keberadaannya. Oleh isterinya selalu dijawab, ia sedang silaturahim beberapa orang sahabatnya di luar Jawa.
Berangkat Haji
Akhirnya, Saman pun pergi ke tanah suci. Banyak orang yang mengiringi keberangkatannya. Semua orang berharap ia akan mendapat haji yang mabrur. Namun, dari semua kisah yang membahagiakan ini, ada satu yang tersisa, iaitu Saman tidak mengajak isterinya untuk pergi haji bersama-sama. Khabar yang terhembus menyebutkan bahawa mentalnya belum siap untuk menyandang gelar “hajah”. Sebab, selama ini dia jarang sekali mengikuti pengajian majlis ilmu. Orang yang berhaji dari kampung X, selain Saman ada beberapa orang lagi, termasuk saksi yang bercerita kepada Hidayah ini. Namun, dia tidak mahu dibukakan identitinya kerana tidak berkenan akan menyakiti hati sahabatnya tersebut. Nah, dari si saksi inilah kita tahu apa yang dilakukan oleh Saman selama berhaji. Menurutnya, selama berhaji, Saman selalu tidak kelihatan di maktab. Entahlah, apa yang ia lakukan? Awalnya, dia menduga kalau Saman akan melakukan solat di Masjidil Haram atau melakukan kebaikan-kebaikan lainnya. Namun, ketika ditanya oleh si saksi ini, Saman selalu menjawabnya hanya jalan-jalan keliling kota Makkah.

Melayu Dulu Lebih Percayakan Kubur Yang Dianggap Keramat
BARANG KALI ramai orang tidak tahu apa sebenarnya terjadi dan apa yang dilakukan oleh orang-orang Melayu yang menghayati ilmu agama tahun-tahun sebelum awal tahun 40an-50an dan 60an dulu. Apabila diimbau kembali perkembangan Islam pada tahun-tahun yang disebutkan itu, kita merasa amat sedih dan amat mendukacitakan. Generasi sekarang barang kali tidak tahu. Kalau pun tahu cuma sikit-sikit saja, kerana mereka ketika itu masih anak-anak atau pun ada di antaranya belum lahir. Zaman-zaman tersebut kita masih dijajah oleh British. Tidak ramai orang Melayu yang berpendidikan tinggi. Cuma bersekolah Melayu semuanya. Paling tinggi darjah tujuh. Kelulusan darjah tujuh zaman itu diiktiraf sebagai lulus SPM sahaja. Zaman itu tidak ada ilmuan Islam seperti sekarang. Di kampung-kampung tidak ada guru-guru agama yang bijak dan berilmu dalam erti kata sebenarnya. Cuma ada ilmu tahu angkat air sembahyang (berwuduk), Sembahyang, bacaan-bacaan dalam sembahyang. Sedikit-sedikit tentang fardu dalam mengelolakan memandi, mengkhafan, menyembahyang dan mengkebumikan jenazah. Masalah akidah lintang pukang. Cuma sedikit sahaja orang yang tahu. Di kampung-kampung orang dulukan keramat. Apapun mereka lakukan untuk masyarakat kampung pergi ke keramat dulu.
Sesudah tanam padi, dan musim menuai ambil padi akan ke keramat dulu untuk minta izin. Semuanya ini melibatkan akidah yang berlawanan dengan kemahuan agama. Islam tidak suruh kita buat macam itu. Islam suruh kita mohon kepada Allah, bukan minta pada kubur. Tahun-tahun berkenaan hukum-hukum agama “main langgar” saja. Kalau ada perbuatan-perbuatan yang menyalahi hukum agama, tidak ada orang menegur. Kalau berlaku “perzinaan” misalnya dan kita tahu “ibu tunggal” itu hamil, kerana dia dihamili oleh orang yang tidak bertanggungjawab, dan orang-orang kampung tahu dan kenal pasti orang yang melakukannya, tetapi tindakan tidak diambil. Zaman-zaman itu tidak ada undang-undang yang ketat, terutama undang-undang agama. Ketika itu tidak ada pejabat kadi. Tidak ada pejabat agama Islam. Tidak ada Pusat Islam dan lain-lain tempat untuk orang mengadu dan bertanyakan sesuatu. Orang-orang zaman itu lebih mengutamakan “Adat” resam bagi sesebuah masyarakat itu. Mereka boleh ketepikan hukum agama, dan perkara-perkara yang dituntut oleh agama, tetapi mereka akan lebih mengutamakan adat dulu. Anak yang dilahirkan hasil dari perbuatan “zina” itu hanya dianggap sebagai perkara biasa saja. Ornag ramai tidak mahu ambil tahu hal orang lain. “Lu-lu, gua-gua” itulah konsep hidup zaman-zaman tersebut. Dalam kampung-kampung tersebut apa yang disebut ada “pegawai syarak”. Ada imam, ada bilal, ada guru agama, ada guru mengajar al-Quran, tetapi tindakan-tindakan drastik sebagaimana zaman ini tidak dilakukan. Dibiarkan saja peristiwa dan kejadian itu berlalu. Penjajahan British dan Jepun yang pernah menjajah negara kita, barang kali tidak mahu ambil tahu tentang masalah agama. Kalau ada pun orang-orang Melayu yang berpendidikan Inggeris. Mereka tidak tahu dan “buta kayu” dalam soal agama. Mereka pun sama dengan pemerintah Inggeris ketika itu. Dalam masyarakat Islam apa yang disebut “kahwin cina buta” popular pada zaman-zaman tersebut. Maksud “cina buta” itu ialah seorang suami yang menceraikan isterinya dengan “talak tiga”. Menurut hukum agama, apabila ada kejadian seperti itu, si suami tidak boleh “rujuk” semula kepada isterinya. Menurut hukum dan peraturan agama, si isteri itu mestilah berkahwin dengan orang lain, dan perkahwinan itu tidak boleh diatur dengan perjanjian-perjanjian dan syarat tertentu oleh bekas suami. Islam tidak membenarkan cara begini. Tetapi apa yang berlaku dimana ada pasangan berkahwin tetapi berlaku penceraian dengan “talak tiga”. Bekas suami mahu rujuk semula, tetapi hukum tidak membolehkan. Bekas suami aturkan supaya bekas isterinya berkahwin dengan orang lain kemudian menceraikan semula pada hari itu juga, bagi membolehkan bekas suami itu bernikah semula dengan bekas isterinya itu. Bernikah dan bercerai semula cara begini “tidak sah” dari segi hukum agama. Sebabnya: Pertama: Si suami baru mestilah “mendohol” dulu isterinya sebelum diceraikan. Kedua: Pernikahan dan perceraian tidak boleh “diaturkan” (nikah, kemudian cerai). Ia mesti berlaku mengikut prosesnya. Bukan dijanji-janjikan. Bukankah ertinya pasangan hidup dalam “berzina”.
Malangnya zaman-zaman “semi jahiliyah”, orang tidak faham kepada hukum hakam agama, maka hal itu dibiarkan berlalu begitu saja. Kadang-kadang kita melihat di bandar-bandar besar atau pun kecil dimana orang-orang yang beragama Islam minum arak dengan bebas dan dimana-mana saja termasuk dalam kedai-kedai kopi.

Ali r.a. Tidak Meneruskan Niat Berpoligami
PADA saat Ali bin Abi Thalib hendak melamar puteri Abu Jahal, Jamilah yang mana saat itu Ali sudah beristerikan Fatimah binti Nabi Muhammad, Nabi s.a.w. menyampaikan khutbah di depan para sahabat: “Fatimah adalah sebahagian dariku. Dan aku takut ia akan mendapatkan fitnah pada agamanya jika ia sampai dimadu.” Kemudian baginda s.a.w. menuturkan hubungan perbesanan baginda dengan Bani Abd as Syams dan memuji menantunya dengan berkata: “Ia berkata kepadaku dan ia menepatinya.” Menantu yang diceritakan baginda adalah Abu al-Asy bin Rabi’ bin Abdul Uzza yang mengahwini Zainab, puteri sulung Nabi s.a.w. sebelum kenabian, ia adalah anak saudara dari Khadijah. Setelah melewati masa kenabian, orang-orang kafir bersepakat menyakiti Nabi s.a.w. dengan berbagai cara, di antaranya bahawa puteri Nabi haruslah dikembalikan kepada Nabi dengan tujuan menghina Nabi dan sebagai bukti orang kafir tidak ingin mengadakan hubungan keluarga dengan baginda s.a.w. Dua puteri Nabi s.a.w., Ruqayyah dan Ummi Kultsum, telah dikembalikan kepada baginda oleh pihak suami masing-masing. Nabi s.a.w. justeru merasa senang dengan hal itu, kerana baginda dapat mencarikan suami yang seagama untuk kedua puterinya yang beragama Islam. Akan tetapi, berbeza halnya dengan Abu al-Asy, ia berkeras mempertahankan Zainab meskipun ia terus didesak orang-orang kafir, dan Nabi s.a.w. pun dalam hati sangat berharap Zainab dapat dikembalikan padanya. Abu al-Asy justeru berkata kepada orang-orang kafir: “Sungguh tidak akan kulepas Zainab binti Muhammad, meskipun aku ditawari wanita-wanita tercantik negeri ini dan kedudukan tinggi.” Tidak lama kemudian, pecahlah peperangan Badar antara orang kafir Quraisy dengan umat Islam. Abu al-Asy yang berada dalam kedudukan sulit itu, dengan perasaan kacau, mengikuti peperangan itu di barisan kafir Quraisy. Di satu segi, ia tidak ingin memerangi dan mencelakai ayah mentuanya, namun di segi lain ia tetap ingin setia dengan kaumnya. Orang-orang kafir Quraisy mengalami kekalahan pada peperangan ini. Tujuh puluh mati di medan perang, tujuh puluh orang ditawan tentera Muslim, dan yang lainnya melarikan diri dari peperangan. Abu al-Asy termasuk orang yang ditawan. Nabi s.a.w. mengumumkan bahawa para tawanan itu dapat ditebus. Zainab termasuk pihak keluarga tawanan yang akan menebus tawanan. Ia mengutus utusan dengan membawa kalung untuk menebus suaminya. Saat Nabi s.a.w. melihat kalung itu tak lain pemberian Khadijah saat perkahwinan Zainab. Nabi s.a.w. bertanya kepada para sahabat, sekiranya mereka redho, biarlah Zainab menebus suaminya dengan tetap memiliki kalung tersebut.
Dengan penuh hormat dan sepakat, para sahabat menyetujui hal itu. Kemudian Nabi s.a.w. berpesan kepada Abu al-Asy untuk segera menyerahkan Zainab ke Madinah setelah kebebasannya. Abu al-Asy kembali ke Makkah dan meminta saudaranya, Amr bin Rabi’ mengantarkan Zainab sampai ke sempadannya Makkah-Madinah sebagaimana perintah Nabi s.a.w. atas balasan kebebasannya kembali. Pada tengah hari berikutnya, Amr mengadakan perjalanan pengembalian Zainab. Namun, di tengah perjalanan, rombongannya di hadang orang-orang Quraisy, Abu Sufyan berkata kepada Amr bin Rabi’: “Kita sedang ditimpa kekalahan dan masa berkabung, maka janganlah menambah aib dan kekalahan dengan menyerahkan Zainab kepada Muhammad saat ini, terlebih di tengah hari. Tunggulah hingga suasana mereda, dan hendaklah kau pergi pada malam hari demi kehormatan kaum kita.” Amr bin Rabi’ pun kembali, dan menunda perjalanannya. Abu al-Asy yang telah memasrahkan urusan pengembalian Zainab kepada saudaranya kembali melakukan aktiviti perdagangannya. Ia mengadakan perjalanan berdagang dengan membawa banyak ternakan dan unta hingga kurang lebih seratus lima puluh sampai dua ratus ekor. Dalam perjalanannya, ia dihadang tentera Muslimin. Barang dagangan miliknya dirampas dengan dalih ia tidak menepati janjinya untuk mengembalikan Zainab. Beruntung Abu al-Asy masih dapat melarikan diri. Saat barang-barang rampasan Abu al-Asy itu sampai ke Madinah, ternyata Zainab telah sampai dengan selamat di rumah bapanya. Tengah malam, Abu al-Asy dapat menyelinap ke rumah Zainab di Madinah dan meminta jaminan perlindungan darinya. Tepat saat Nabi s.a.w. dan para sahabat berkumpul akan melakukan solat subuh, Zainab berteriak memaklumkan permintaan suaminya yang meminta perlindungannya.
Seusai berjemaah subuh, Nabi s.a.w. mendatangi Zainab dan Abu al-Asy. Nabi s.a.w. berkata: “Zainab, jamulah dan layani Abu al-Asy dengan hormat. Engkau, Abu al-Asy, kau tidak berhak lagi atas Zainab kerana kalian sudah berbeda akidah.” Nabi s.a.w. kemudian mengusulkan kepada para sahabat untuk membebaskan Abu al-Asy dan dapat kembali dengan barang-barang dagangannya. Para sahabat yang mendekati Abu al-Asy yang pada dasarnya terkenal sebagai orang yang berakhlak baik, menyarankannnya untuk masuk Islam. Ia dapat menjadikan harta dagangan itu sebagai modal hidupnya di Madinah kelak (dimana secara hukumnya, harta rampasan tersebut dapat dimanfaatkan oleh orang Islam). Abu al-Asy berakata: “Sungguh, aku berbuat khianat pada kaumku jika aku masih menanggung harta dan hak (titipan) orang kafir kaumku. Aku tidak ingin memasuki agama Muhammad dengan awal seperti ini dengan pengkhianatan.” Abu al-Asy kembali ke Makkah dengan barang dagangannya, mengembalikan dan membahagikan kepada pemiliknya yang berhak. Setelah urusannya selesai, tidak ada lagi yang kurang suatupun, ia mengumumkan: “Wahai orang-orang Quraisy, persaksikanlah bahawa aku bersyahadat kepada Muhammmad, dan telah aku selesaikan hak-hakku kepada kalian sebelum keislamamanku ini.” Abu al-Asy benar-benar menepati kata-katanya kepada Nabi s.a.w. sebelum kembali ke Makkah dengan barang dagangannya. Setelah itu, dia pun kembali mendatangi Nabi s.a.w. di Madinah dan kembali hidup bersama-sama isterinya Zainab yang dikasihinya secara sah. Kemudian Nabi s.a.w. meneruskan khutbahnya bahawa baginda tidak pernah berniat mengharamkan yang halal (dalam hal ini niat berpoligami Ali bin Abi Thalib) ataupun menghalalkan yang haram. Akan tetapi baginda tidak redho (dan menghindarkan fitnah) jika sampai puterinya dimadukan dengan puteri musuh Nabi s.a.w. dan musuh Allah.

Tuhan Tidak Melihat Keturunanmu
Darah biru... Sejak memondok di sebuah pondok pesantren, istilah ini masih menyelimuti benak saya; ‘Darah Biru’ sebuah istilah yang ketika itu sempat menerbitkan kekaguman dan rasa terpesona saya bila seorang teman disebut-disebut masih ber-‘darah biru’. “Wah, Ahmad, anak pak kiai!” atau “Hei, si Syarif, anak pegawai anu tu...!” Seloroh-seloroh demikian kerap menjadi bahan perbualan di saat-saat senggang kami, para pelajar pondok. Dan, biasanya, bila orang yang dimaksud cerdas dan salih, saya dan teman-teman hanya boleh berkata: “Oh... Patutlah..!” Tapi, seiring waktu berjalan, saya mendapati seorang yang disebut berdarah biru itu tidak selamanya cerdas dan salih, tidak selamanya “figure” yang layak diikuti dan ditiru. Terlebih sejak saya mengenal peribahasa Arab yang seingat saya bunyinya begini: ‘Laisal fata man yaqulu kaana abi, walakinnal fata man yaqulu ha ana dza’ –bermaksud: [bukanlah [disebut] seorang pemuda yang berkata itulah bapa saya, akan tetapi dialah si pemuda yang berkata inilah saya]. Sejak itulah satu azam mengekal di palung kalbu saya: seorang ber-‘darah biru’ bukan jaminan menjadi peribadi hebat. Dan, memang, di kemudian hari saya acapkali mendapati seseorang yang disematkan memiliki ‘darah biru’ itu banyak tak sesuai dengan statusnya. Kelakuannya dan cakap-cakapnya jauh dari ke-darah biruannya itu. Bukankah banyak anak kiai, anak tok guru, anak ustaz yang tidak seperti bapanya yang kiai itu? Bukankah anak seorang raja banyak yang tidak seperti ayahnya yang raja?
Sayang, setelah saya mengenal bangku mahasiswa dan kemudian bekerja, istilah ini masih saja menghantui saya. Darah biru. Sebuah frase yang bila merujuk Kamus Besar Bahasa Indonesia bermakna keturunan bangsawan satu istilah yang kini begitu mudah didakwa di mulut saudara-saudara semuslim saya. Baik secara langsung atau tidak langsung, entah bercengkerama langsung atau tidak langsung, saya biasa menjumpai orang dengan begitu Bertentangan, bukan? Entahlah. Saya hanya boleh mengelus dada dan mengumam di hati: Astaghfirullah... Kerana itu, pertanyaannya kemudian: Bagaimanakah memaknai seseorang dengan label “darah biru” di namanya? Bagaimanakah mentafsir seberapa “biru”-kah darah seseorang? Hmmm... Saya jadi teringat almarhumah wanita Jepara yang namanya dicatat sebagai hari besar nasional, yang peribadi yang menjadi simbol bersejarah wanita Indonesia, yang pada setiap 21 April, segenap anak-anak sekolah mengenangnya serta menyambutnya secara rasmi. Dialah Raden Ajeng Kartini. Dalam sebuah risalahnya kepada Stella, sahabat penanya, ia pernah berkata: Bagi saya hanya ada macam keningratan: keningratan fikiran dan keningratan budi.”[Surat Kartini kepada Stella, 18 Ogos 1899]. Kata-kata Kartini itu begitu menggugah dan menyentuh batin saya. Ya, betapa keningratan (kebangsawanan), kedarah biruan itu sebenarnya ada di dalam fikiran, di dalam ‘state of mind’, cara berfikir seseorang. Betapa keningratan, kedarah biruan itu sesungguhnya ada pada budi seseorang, pada akhlak seseorang. Kerananya, semakin baik akhlak seseorang, semakin darah birulah seseorang. Atau semakin seseorang mengaku berdarah biru, maka seyogyanya semakin berbudilah ia. Perkataannya akan santun dan penuh hikmah, perbuatannya akan sarat kebajikan yang membahagiakan orang di sekelilingnya. Dialah bangsawan sejati, manusia berdarah biru sesungguhnya. Dan Islam membenarkan pendapat ini. Bukankah Allah s.w.t., dalam beberapa firmanNya, mengatakan: “Dialah yang telah menciptakan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya...” [Al-Mulk: 2].

Sunan Kalijaga Dan Dakwah Islam Melalui Seni Dan Budaya
MUNGKIN anda sering mendengar lagu “Gundul-Gundul Pacul” atau “lir-lir” (ada yang menduga ini karya Sunan Bonang) yang dulu sering dinyanyikan oleh anak-anak dalam suatu acara daerah di tv. lagu itu merupakan salah satu warisan berharga dari Sunan Kalijaga. Menurut Babad Tanah Jawi, Sunan kalijaga adalah anak Wilwatikta, Adipati Tuban. Nama asalnya, Raden Said, atau Raden Sahid. Menurut sejarah, Sunan Kalijaga juga disebut Lokajaya, Syeikh Malaya Raden Abdurrahman dan Pangeran Tuban. Gelaran “Kalijaga” sendiri ada beberapa tafsir. Ada yang menyatakan asalnya dari kata jaga (menjaga) dan kali (sungai) - maksudnya ‘Penjaga Sungai’. Versi ini didasarkan pada penantian Lokajaya akan kedatangan Sunan Bonang selama tiga tahun di tepi sungai. Ada juga yang menulis kata itu berasal dari nama sebuah kampung di Cirebon, tempat Sunan Kalijaga pernah berdakwah. Kelahiran Sunan Kalijaga pun menyimpan misteri. Ia dikatakan lahir pada 1430 an, dikira dari tahun pernikahan Kalijaga dengan puteri Sunan Ampel. Ketika itu Sunan Kalijaga diperkirakan berusia 20an tahun. Sunan Ampel yang diyakini lahir pada 1401, ketika mengahwinkan puterinya dengan Sunan Kalijaga, berusia 50an tahun. Sunan Kalijaga dilukiskan hidup dalam beberapa era pemerintahan, yakni masa akhir kekuasaan Majapahit (berakhir 1478), Kesultanan Demak (1481-1546), Kesultanan Cirebon dan Banten, Kerajaan Pajang (1546-1568), dan awal pemerintahan Mataram (1580an) di bawah pimpinan Panembahan Senopati. Tidak lama setelah itu, Sunan Kalijaga meninggal dunia dalam usia yang agak panjang, dikatakan sekitar usianya 150an tahun. Ia dimakamkan di kampung Kadilangu, dekat kota Demak (Bintara). Makam ini hingga sekarang masih ramai di ziarahi orang baik dari dalam atau luar negeri. Selama hidupnya, Sunan Kalijaga dikenal dengan pendekatan dakwah budayanya. Ia sangat toleran pada seni dan budaya tempatan. Ia berpendapat bahawa masyarakat akan menjauh jika diserang pendiriannya. Maka mereka harus didekati secara bertahap, mengikuti sambil mempengaruhi. Sunan Kalijaga berkeyakinan bahawa jika Islam sudah difahami, dengan sendirinya kebiasaan lama hilang. Tidak menghairankan ajaran Sunan Kalijaga terkesan dalam mengenalkan Islam. Ia menggunakan seni ukir, wayang, gamelan, serta seni suara suluk sebagai sarana atau cara dakwah. Ternyata dakwah seperti ini terbukti efektif. Sebagian besar Adipati (Ketua Daerah) di Jawa memeluk Islam melalui Sunan Kalijaga; di antaranya adalah Adipati Pandaran, Kartasura, Kebumen, Banyumas dan Panjang. Sejarah mencatat Sunan Kalijaga sebagai penggubah beberapa syair, di antaranya Dandanggula Semarangan - paduan irama atau melodi Arab dan Jawa. Peninggalan Sunan Kalijaga lainnya adalah gamelan, yang di beri nama Kanjeng Kyai Nagawilaga dan Kanjeng Kyai Guntur Madu. Gamelan itu kini di simpan di Keraton Yogyakarta dan Keraton Sukarta, seiring dengan berpindahnya kekuasaan Islam ke Mataram. Pasangan gamelan itu kini dikenal sebagai gamelan Sekatan. Karya Sunan kalijaga yang juga menonjol adalah wayang kulit. Ahli sejarah mencatat, wayang yang digemari masyarakat sebelum kehadiran Sunan Kalijaga adalah ‘wayang beber’. Wayang jenis ini berupa kertas yang bergambar kisah pewayangan Sunan Kalijaga diyakini sebagai penggubah wayang kulit. Tiap tokoh wayang dibuat gambarnya dan diabadikan di atas kulit lembu. Bentuknya berkembang dan disempurnakan pada era kejayaan Kerajaan Demak, 1480an. Cerita dari mulut ke mulut menyebutkan bahawa Sunan Kalijaga juga mahir sebagai ‘dalang’ wayang kulit. Di wilayah Pajajaran, Sunan Kalijaga lebih dikenal sebagai Ki Dalang Sida Brangti. Bila sedang mendalang di kawasan Tegal, Sunan Kalijaga berganti nama menjadi Ki Dalang Bengkok. Ketika mendalang itulah Sunan Kalijaga menyisipkan dakwahnya. Lakon yang dimainkan tak lagi bersumber dari kisah Ramayana dan Mahabarata. Sunan Kalijaga mengangkat kisah-kisah karangan. Beberapa di antara yang terkenal adalah lakon Dewa Ruci, Jimat Kalimasada, dan Petruk Dadi Ratu. Dewa Ruci di tafsirkan sebagai kisah Nabi Khidir. Sedangkan Jimat Kalimasada tak lain perlambang dari kalimat syahadat. Bahkan kebiasaan mengadakan majlis kenduri pun jadi sarana syiarnya.
Sunan Kalijaga mengganti puji-puji dalam persembahan itu dengan doa-doa dan bacaan dari kitab suci al-Quran. Diawal syiarnya, Sunan Kalijaga selalu mengembara ke pelosok kampung-kampung. Menurut catatan Profesor Husein Jayadiningarat, Sunan Kalijaga berdakwah hingga ke Palembang, Sumatera Selatan, setelah di baiah sebagai murid Sunan Bonang. Di Palembang, ia sempat berguru pada Syeikh Sutabaris.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2010 di pasaran...
Sunan Kalijaga mengganti puji-puji dalam persembahan itu dengan doa-doa dan bacaan dari kitab suci al-Quran. Diawal syiarnya, Sunan Kalijaga selalu mengembara ke pelosok kampung-kampung. Menurut catatan Profesor Husein Jayadiningarat, Sunan Kalijaga berdakwah hingga ke Palembang, Sumatera Selatan, setelah di baiah sebagai murid Sunan Bonang. Di Palembang, ia sempat berguru pada Syeikh Sutabaris.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2010 di pasaran...
Yahudi-Nasrani Selewengkan Kisah Para Nabi
PARA malaikat adalah hamba dan tentera Allah. Mereka adalah makhluk Allah yang paling mulia dan paling utama. Mereka memiliki darjat masing-masing. Sementara para nabi pula adalah orang yang diperintahkan oleh Allah untuk menetapkan syarak. Mereka adalah utusan Allah kepada manusia. Mereka adalah manusia yang paling suci. Seandainya Allah tidak mengutus para nabi kepada umat manusia, Allah tetap juga akan memberikan hujah (bukti) kepada manusia atas eksistensiNya. Semuanya ini sudah menjadi keadilan Allah, kerana sebelum mengutus para nabi, Allah telah mengilhamkan “kalimatnya” kedalam akal manusia dan menunjukkan bukti akan keberadaanNya. Bahkan manusia itu sendiri adalah salah satu bukti kewujudan Allah s.w.t. Manusia termasuk salah satu kalimat Allah yang boleh dijadikan hujah akan keberadaanNya. Jika kita sebagai manusia mahu merenungkan apa yang ada pada diri kita, atau mahu berfikir tentang apa yang ada di alam semesta ini, nescaya kita akan menemukan kalimat Allah dan tanda-tanda keberadaanNya. Apabila manusia menghimpun kesucian suara hati nuraninya dan membangkitkan daya ingatan, maka mereka akan melihat kalimat-kalimat Allah di saat manusia dan keturunannya mengikrarkan janji. Allah berfirman dalam surah al-‘Araf ayat 172 yang mafhumnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah megambil kesaksian terhadap jiwa mreka seraya berfirman: ‘Bukankah Aku ini tuhanmu? Mereka menjawab: ‘Betul (engkau Tuhan kami) kami menjadi saksi.” Jadi dalam diri manusia sudah ada bukti keberadaan Allah. Namun kalau dalam diri manusia sudah ada bukti wujud Allah, mengapa Allah perlu mengutus para nabi kepada manusia? Jawabnya: Sesungguhnya para nabi adalah bentuk rahmat atau kasih sayang Allah. Allah tidak berinteraksi dengan manusia dengan keadilan saja, kerana Allah Maha Besar, namun Allah juga berinteraksi dengan hambaNya dengan rahmat. Jadi para nabi adalah rahmat. Setiap nabi yang diturunkan pasti menjadi rahmat bagi kaumnya atau bagi zamannya. Hingga ketika nabi yang terakhir datang maka dia datang sebagai rahmat bagi seluruh alam. Allah s.w.t. berfirman yang mafhumnya: “Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” (al-Anbiya’: 107) Jika bukan kerana Muhammad bin Abdullah, kita tidak akan boleh mengetahui kisah para nabi sesuai dengan realiti yang benar, kerana kisah para nabi telah banyak diseleweng sebelum diutusnya Muhammad s.a.w. Orang-orang membuat kisah para nabi menjadi tidak masuk akal, yang tidak selayaknya kisah itu dilakukan oleh seorang nabi. Penyelewengan dan pemutarbelitan fakta dalam kehidupan para nabi telah mereka buat sedemikian rupa tanpa menjaga kewibawaan dan kesuciaan para nabi tersebut. Dalam kitab suci Yahudi dikisahkan bahawa seorang nabi meminum arak dan berzina dengan anak gadisnya sendiri. Ada pula seorang nabi yang dengan sengaja mengorbankan panglima perangnya untuk berperang di garis depan supaya dia dapat melakukan kecurangan dengan isteri panglima itu. Konon ada pula nabi yang menyembah berhala usia menikah dengan gadis cantik jelita penyembah berhala. Demi menuruti kepuasan nafsunya, nabi ini lebih memilih menyembah berhala daripada menyembah Allah si pencipta. Jika anda membaca lembaran kitab suci yang sudah diselewengkan ini, maka sepanjang waktu anda akan merasa bahawa anda berada di hadapan akal manusia yang terbius dan sudah tercemar. Akal-akal itu sudah disuap, sehingga mereka sengaja berbohong tentang kesucian Allah dan para nabiNya, dengan tujuan agar kita sekarang ini terkelabui. Sudah pasti, orang-orang Yahudi memiliki kepentingan tertentu yang tampak jelas dari apa yang mereka lakukan itu. Jika anda beralih dan kitab suci Yahudi menuju kitab suci Nasrani, maka anda akan menemukan kisah-kisah yang bertolak belakang (bertentangan) dengan apa yang ada dalam kitab Yahudi. Hal ini dimaksudkan sebagai bantahan atas apa yang dikisahkan oleh orang-orang Yahudi. Orang-orang Nasrani sangat mengagungkan nabinya, iaitu Nabi Isa a.s. Begitu mengagungkannya, sehingga salah satu dari golongan mereka berkeyakinan bahawa Isa adalah anak Tuhan. Sungguh, kemuliaan Allah sangat tinggi dan Maha Besar. Maha Suci Allah dari apa yang dianggap orang-orang Nasrani itu, mereka telah mengenyahkan keagungan para nabi dengan meremehkan nabi yang satu dan mendewa-dewakan nabi yang lain. Jika tidak ada al-Quran, tentu kita tidak akan mengetahui hakikat para nabi a.s. Hakikatnya para nabi adalah manusia yang paling baik. Mereka masih sebagai seorang manusia: pergi ke pasar, makan, hidup di dunia, dan meninggal dunia. Mereka tidak memilih dirinya sendiri untuk memikul tanggungjawab amanat risalah langit. Sebab menjadi nabi bukanlah hasil dari sebuah usaha, cita-cita, kerja keras, atau pilihan mereka sendiri, melainkan Allah telah memilih mereka.
Dan Allah memilih mereka kerana tahu bahawa mereka adalah insan-insan paling suci dan paling mulia di dunia ini, baik akal ataupun hati mereka. Terlebih setelah mereka menerima mandat dari Allah untuk menyebar risalahNya, Allah memberikan tambahan kemuliaan dan keagungan ke dalam diri mereka, sehingga mereka di sebut dengan “Rasul Allah” atau “utusan-utusan Allah”. Allah tidak mungkin keliru memilih orang untuk menjadi utusanNya. Mereka adalah orang-orang yang memiliki kesucian khusus, juga mukjizat yang beraneka ragam. Yang dimaksud dengan kesucian para nabi adalah mereka tidak pernah melakukan dosa besar ataupun dosa kecil, baik sebelum diangkat sebagai nabi atau sesudahnya. Mereka selalu berada dalam darjat kehidupan yang sempurna, dan tidak pernah turun dari darjat itu. Jika sampai mereka meniti jalan ke darjat yang rendah dengan melakukan satu kesalahan yang tidak disengaja, maka mereka akan segera naik ke darjat yang sempurna kembali. Dengan memberikan cubaan kepada para nabiNya, sesungguhnya Allah bermaksud mengangkat mereka ke tingkatan yang lebih tinggi dari darjat kesempurnaan, darjat yang kita tidak dapat mengetahuinya dan tidak dapat mengandaikannya.

Sunday, July 11, 2010
Variasari Keluaran Julai 2010
CoverVs-BkJulai'102.jpg)
Setiap keluaran yang kami edarkan permintaan makin bertambah. Kami ucapkan ribuan terimakasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Tindakbalas yang cukup baik dari para pembaca amat kami hargai.
Kami sajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.
Dapatkan segera majalah Variasari keluaran Julai 2010 sebelum kehabisan.
Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.
Harga cuma RM3.00 saja
Siri Bercakap Dengan Jin
Hidayah Julai 2010
CovHidJulai2010.jpg)
Hidayah keluaran Julai 2010 sudah ada di pasaran. Dapatkan segera sebelum kehabisan. Pastikan anda memilikinya...
Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan puluhan kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda. Isi kandungannya tambah padat, cukup menawan sesuai dibaca semua golongan...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!
Senaskhah cuma RM3.90 sahaja
Salam Kami Julai 2010
ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.SEGALA puji dan syukur kita ke hadapan Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kami mengalu-alukan anda untuk terus menyelak setiap halaman keluaran kali ini dan menghayati paparan kisah iktibarnya dan pelbagai rencana yang ada manfaatnya. Memanglah sesuatu yang aneh apabila menyaksikan jenazah yang telah disemadikan dalam kubur menyemburkan api melalui perut mayat. Mungkin itu hanya sedikit balasan dosa kepada si mati yang ditunjukkan di dunia ini. Pembalasan yang akan diterima di alam barzakh dan di akhirat kelak entah berganda lebih dari itu. Sementara itu kita selama ini cuma mendengar saja bagaimana sukarnya seseorang menghadapi sakaratul maut hinggakan ikhtiar dilakukan dengan di buka atap rumah orang berkenaan untuk memudahkan rohnya dikeluarkan dari jasad. Apa sebabnya berlaku sedemikian? Bacalah kisah luar biasa itu. Dalam keluaran ini juga, Hidayah memaparkan rangkaian doa buat pasangan suami isteri yang bakal menyambut cahaya mata agar dikurniakan anak yang salih dan salihah. Bacalah rencana bertajuk ‘Mengharap Permata hati yang salih’. Rasanya anda tidak perlu menjadi ‘Wali Allah’ untuk mendapatkan zuriat semurni itu. Memadai keazaman dan tekad untuk dikurniakan keturunan yang salih dan salihah dengan pembentukan peribadi mulia diri anda sendiri. Begitu juga bagi anda dalam menghadapi kerjaya sehari-hari, wajibkanlah membaca rencana bertajuk: “Memilih jalan yang lurus”. Hayatilah mesejnya, rasakanlah kemuliaan hati seorang pekerja ‘pencuci bilik air/tandas’ yang mendapat keberkahan hasil ketulusan dan keikhlasannya bekerja. Dan banyaklah lagi rencana-rencana lain yang perlu anda tatapi dan menikmatinya melalui Hidayah keluaran ini. Untuk kesekian kalinya kami paparkan madah Abu Bakar Alwaasithi yang berkata: “Keuntungan yang besar itu dalam tiga: Hidup, mati dan kiamat. Adapun untuk keuntungan hidup itu bila digunakan dalam taat kepada Allah Taala. Dan keuntungan mati bila ia mati dalam mengucap kalimah “Laailaha illallah”, dan keuntungan hari kiamat pula bila bangkit dari kubur disambut dengan berita bahawa syurga tersedia untuknya.” Allah hu akbar! Terima kasih kepada anda kerana berterusan menyokong Hidayah dan menjadi pembaca setianya. Kita berjumpa lagi dalam keluaran akan datang. Wassalam!
Pengarang,
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my
Surat Pembaca
SIMPATI NASIB ORANG MELAYU
Saudara Pengarang,
Saya adalah peminat ruangan ‘Al-Kisah – Pak Syeikh’. Dalam keluaran bulan Jun 2010 lalu beliau ada menyentuh mengenai ‘NASIB ORANG MELAYU’ dimana beliau ada menyentuh nasib peniaga-peniaga kecil seperti penjual nasi lemak, penjual roti canai dan sebagainya yang nasib mereka tidak terbela walaupun telah berniaga lebih 10 tahun. Katanya, mereka bukan tidak mahu maju, tapi apabila nak minta tolong buat pinjaman ada saja halangannya. Yang menjual di bawah pokok 20 tahun lalu, hingga sekarang masih bercokol di situ.
Yang menumpang di kaki lima kedai bukan orang Islam, di situlah dia sampai ke usia tuanya. Saya sokong pandangan Pak Syeikh yang begitu pedas dan sinis terhadap ‘pemimpin Melayu’ yang cakap tak serupa bikin. Telah berpuluh tahun memerintah, tapi ‘orang Melayu’ tak tertolong juga. Yang senang kroni dan anak-anak buahnya saja. Saya menyeru Pak Syeikh jangan jemu-jemu atau rasa muak untuk terus menulis kepincangan-kepincangan masyarakat seperti ini. Anda mempunyai kuasa menulis, gunakan kekuasaan anda untuk menyelak dan membongkar pekong-pekong yang ada dalam masyarakat kita demi untuk kebaikan semua.
Semoga ruangan ‘Al-Kisah – Pak Syeikh’ akan terus menyengat di masa-masa akan datang.
Peniaga Kecil,
Kamunting, Taiping, Perak.
• Betul kata anda itu. Kesilapan mesti ditegur, bukan didiamkan saja. Pemimpin yang membetulkan kesilapannya apabila ditegur adalah pemimpin yang berjiwa besar dan beroleh pahala di akhirat kelak. – Pengarang.
JANGAN ANGGAP REMEH PERKARA AKIDAH
Saudara Pengarang,
Saya terharu apabila membaca rencana Iktibar 1 bertajuk ‘Nasib Jenazah Murtad Kain Kafannya Terbakar’ yang tersiar dalam Hidayah keluaran Jun 2010 lalu. Apa yang menyentuh hati kecil saya, ialah betapa rapuhnya iman seorang pemuda yang mudah terpesong akidahnya semata-mata kerana terpikat dengan seorang wanita bukan Islam. Tanggapannya terhadap murtad begitu mudah sekali, seolah-olah ianya bukan perkara besar dalam hidupnya dan boleh dipermain-mainkan. Dia mengakhiri hidupnya dengan kematian tragis. Malah lebih menginsafkan betapa kain kafannya turut mengalami kebakaran tanpa sebab munasabah. Ini memberi petanda tidak baik buat si mati. Bagi kita yang masih hidup, ini sudah sewajarnya menjadi iktibar bahawa jangan sekali-kali meremehkan persoalan akidah. Bagi anak-anak muda hendaklah kuatkan hati dan semangat untuk mengikuti kuliah-kuliah agama yang ada di masjid-masjid dan surau-surau agar ilmu anda terhadap agama akan bertambah. Ilmu agama tidak akan didapati di tepi-tepi jalan, atau dalam kelas-kelas muzik, atau di padang bola dan sebagainya. Biarlah anda bersusah payah belajar agama diusia muda agar tidak menyesal apabila usia tua kelak. Semoga anda termasuk dalam golongan orang-orang yang salih, InsyaAllah!
Haji Mahmud Bakar,
Batu Kurau, Perak.
• Semoga nasihat anda itu dapat dijadikan renungan buat anak-anak muda yang membaca Hidayah ini. Semoga. – Pengarang.
NASIB MENANTU DERHAKA
Saudara pengarang,
Membaca Hidayah bukan saja menghiburkan, malah memberi ilmu pengetahuan. Apa yang paling saya gemari ialah membaca ruangan-ruangan iktibarnya setiap keluaran. Kisah-kisah dalam iktibar mampu memaparkan pelbagai karenah kehidupan dalam hidup dan matinya manusia ini. Dalam iktibar keluaran lalu (Jun 2010) ada dipaparkan nasib malang seorang menantu yang menderhakai ibu mentuanya. Tajuk iktibar tersebut ‘Darah Keluar Dari Dubur Sampai Ajal Menjemput’. Si menantu itu tergamak ‘menghalau’ dan ‘mencemoh’ ibu mentuanya yang sekadar memetik cili di kebun anaknya itupun selepas mendapat keizinan anaknya sendiri.
Satu lagi kelakuannya yang menjijikkan ialah tergamaknya dia mencampurkan darah haidnya dalam minuman untuk suaminya agar suaminya tidak mengahwini wanita lain kerana dia sendiri didapati tidak boleh mengandung dan memberi zuriat kepada suaminya. Yang lebih tragis, walaupun menghadapi penderitaan hingga membawa maut, dia tetap tidak mahu memohon keampunan terhadap ibu mentuanya. Ini menunjukkan betapa sombong dan egonya wanita ini yang tidak mahu insaf salah silapnya sendiri. Mungkin di luar sana, ramai kalangan wanita-wanita yang berperangai seperti menantu derhaka ini. Namun mereka mungkin tidak menerima pembalasan segera di dunia ini. Tapi jangan lupa. Walaupun anda terlepas dari hukuman di dunia, tapi hukuman di kubur, di akhirat tidak akan terlepas. Oleh itu yang bersalah haruslah insaf dan bertaubat sebelum terlambat. Jangan jadi seperti Suminah yang membawa penderitaannya hingga ke liang kubur.
Zaharah Haji Yahya,
Kuala Ketil, Kedah.

Perut Jenazah Menyemburkan Api
Beberapa orang yang mengiringi jenazah itu melangkah perlahan meninggalkan tanah kubur selepas pengurusan pengkebumian jenazah itu selesai. Mereka semacam mahu memastikan hanya tapak kakinya yang tertinggal di sana. Namun, Satrio yang baru saja melangkahkan kakinya dari kawasan tanah kubur itu mendadak teringat sesuatu. Dia meraba-raba kocek baju dan kocek seluarnya berkali-kali. Ternyata pemetik api bersalut air emas koleksi kesayangannya tertinggal di dalam lubang kubur Jariah. “Alamak! Pemetik api aku tertinggal dalam kubur!” bisik Satrio kepada kawannya Mabrur. “Hah..!!” “Jadi bagaimana?” tanya Kardi. “Harus diambil!?” mencelah Solihin bertanya untuk kepastian. “Jadi kita kena gali lagi tanahnya? Tak usahlah! Cuma pemetik api saja.” Tutur Kardi agak keengganan. “Tak boleh. Harus diambil. Itu pemetik api kesayanganku. Banyak kenangan dan susah aku mencarinya.” Balas Satrio, semacam mendesak. Keempat pemuda itu dan beberapa orang lainnya memutuskan menggali semula tanah kuburan Jariah. Satrio agak cemas. Ayunan demi ayunan cangkul membongkar semula tanah kuburan Jariah. Prosesnya mudah saja. Sementara beberapa orang lainnya menyaksikan dari pinggir lubang kubur. Peluh membasahi tubuh kedua penggali. Dan akhirnya, tanah yang tadinya telah menutup jasad Jariah telah berhasil dibongkarkan. Satrio cuba meraba-raba kemungkinan jatuhnya pemetik api dalam kubur itu. Akan tetapi, tiba-tiba, ketika tangannya hendak memegang jasad jenazah, semburan api menjulur dari arah perut jenazah. Lidah api itu seakan mahu menjilat dua orang penggali kubur itu. “Ha...! Api...! Api...!” jerit Satrio ketakutan. Spontan saja, mereka terkejut dan langsung melompat keluar dari liang lahad. Sementara jenazah yang menyemburkan api itu digeletakkan begitu saja di dalamnya. Kedua penggali itu lari menjauhkan diri dari kuburan. Keduanya sungguh tak menyangka mendapati pemandangan yang aneh ini.
Rasanya semacam tak masuk akal, api keluar dari jenazah tersebut dan hampir mengenai tubuh mereka.
“MasyaAllah...!” ujar Kardi menyaksikan kejadian aneh itu dari pinggir liang lahad. “Mari lekas tutup lubang kubur ini!” perintah Solihin kepada teman-temannya seraya bertindak mengaut semula tanah untuk menutup lubang kubur yang masih mengeluarkan semburan api bersumber dari perut jenazah tersebut. “Cepat! Cepat!”
Mereka bekerja pantas dan mengubur kembali liang lahad itu secepat mungkin. Rasanya kaki-kaki mereka sudah tak tahan berlama-lama di tempat itu dan mahu segera meninggalkan tempat tersebut. Jika mereka tak punya tanggungjawab mengubur lagi, tempat aneh tadi tentunya akan segera ditinggalkan begitu saja. Namun kerana berkewajipan menguburnya kembali, mereka memaksakan diri untuk menyelesaikan pekerjaan yang belum selesai. Sepanjang perjalanan pulang, rasa takut dan panik masih menyergap mereka. Peristiwa singkat itu terasa mengerikan. Bayang-bayang semburan api dari arah jenazah itu masih menghantui benak Satrio dan kawan-kawannya.
Ceti Yang Menjadi Hamba Nafsu Syahwat
Jariah memang menjalani berbagai usaha. Demi wang apa saja dilakukannya. Hanya, dari sekian banyak pekerjaan yang diusahanya, yang bertahan adalah usaha mengkreditkan barang. Biasanya barang-barang yang dikreditkan berupa barangan elektronik (seperti tv, peti ais), alat perabotan dapur dan sebagainya. Atau dia membeli barangan orang yang memerlukan wang segera dengan harga murah dan nantinya dijual kembali dengan kredit. Bila tiba waktunya orang yang belum boleh membayar, maka setiap kali keterlambatan itu akan dikenakan bunga yang tidak kecil. Katanya, itulah risiko bagi orang yang tidak tepat membayar cicilannya. Tak jarang dari bunga kreditnya itu boleh mencapai lebih dari 100% dari harga pokok barangnya. Dia telah menjadi seorang ceti atau istilah modennya ‘ah long’ (orang yang meminjamkan wang dengan mengenakan bunga) Hairannya, ada saja orang yang datang kepadanya untuk berbagai keperluan. Ada yang berniat kreditkan barang, tidak sedikit pula yang berhutang kepadanya. Jariah pun tidak menolak untuk mengajukan syarat yang ketat, seperti harus menyanggupi pembayarannya tepat waktu beserta bunganya. Jika terlewat sehari saja, maka ia akan menetapkan bunga tambahan kerana keterlambatan tersebut. Semakin lambat pembayarannya, maka semakin besar pula bunga yang harus dibayar oleh si penghutang. Jika ditanya, kenapa memberlakukan bunga yang demikian besar, wanita berwajah cantik itu berhelah kerana wang tadi seharusnya untuk pusingan modal usaha lain yang boleh menghasilkan keuntungan. Banyak orang sebenarnya tahu implikasi meminjam atau mengkreditkan kepada perempuan itu. Namun, kerana terpaksa untuk keperluan mendesak, mereka tetap mendatangi Jariah sebagai jalan keluar. Pasalnya jika meminjam wang di bank, mereka tidak mahu dipeningkan dengan sejumlah syarat itu dan syarat ini. Sementara melalui Jariah sangat mudah dan tak berbelit-belit.
Pagi-pagi sekali, Jariah biasanya sudah berkemas-kemas. Buku catatan hutang dan pen selalu dibawanya. Tak lupa, beg tangan selalu menemaninya. Selesai menghadapi sarapan, segelas teh tarik, ia pun memulai aktiviti hariannya. Lagipun ia sudah tak bersuami lagi dan hanya menanggung seorang anak yang sudah beranjak remaja. Dari pintu ke pintu, dari satu tempat ke tempat lain, Jariah tekun menemui para pelanggannya. Bila tidak menagih, ia pasti menawarkan barang-barang kreditannya. Tutur katanya yang lincah dan parasnya yang cantik menjadi kelebihan tersendiri hingga banyak orang seakan terpesona oleh pujuk rayunya. Kerana itu pula tak sedikit orang yang tertarik kepadanya. Ada yang ingin menjadikan dirinya sebagai isteri (jadi isteri kedua pun tak apa...). Dan ada pula yang cuma suka-suka saja mahu menggodanya. Sengaja menggatal. Sememangnya Jariah tak berganjak, tetapi kadang-kadang ia juga merasa terseksa dan kesepian jika sedang sendirian di rumah setelah lama berpisah dari suaminya. Tapi dia juga tahu memilih. Bukan sembarang lelaki mahu dicekupnya. Dia bebas untuk memilih “pak we” mengikut seleranya. Perasaan ini rupanya dipelihara oleh Jariah. Dari segi kewangan, keperluan sehari-harinya mungkin telah terpenuhi, akan tetapi batinnya terasa kering kontang apalagi jika sedang sendirian di rumah. Hatinya gundah gulana.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2010 di pasaran...

Mengharap Permata Hati Yang Salih
MENATAP bayi adalah mengharapkan masa depannya. Makhluk comel inilah lambang optimis dunia: bahawa Tuhan sentiasa menaburkan rahmatnya atas kehidupan umat manusia di muka bumi - yang acapkali merosak diri mereka sendiri dan mengkhianati cintaNya; bahawa dunia masih boleh dijadikan tempat untuk manusia menabung harapannya, pencerahan, dan segugus kebaikan. Maka tidakkah hati menjadi perih dan pedih apabila melihat seorang ibu yang dengan sengaja membunuh anak kandungnya? Sedemikian jelekkah budi pekerti manusia.
Sebuah media, pernah menulis sebagai berikut: Tati (25 tahun), seorang amah berasal dari Banten, menghabisi nyawa bayi yang dilahirkannya dengan memasukkan si bayi ke dalam kotak. Dia mengaku tidak tahu apakah bayi yang dilahirkannya itu masih hidup atau sudah mati. Sebabnya, begitu keluar dari rahimnya, bayi malang itu lansung dibungkus dan dimasukkan ke dalam kotak untuk disimpan di dalam gudang. (lihat www.liputan6.com/29/01/06). Sementara di lain media diberitakan begini: Seorang ibu di daerah Surabaya menekup mulut dan hidung bayinya yang baru lahir dengan sehelai kain begitu sadisnya. (lihat www.indosiar.com/27/06/07) Bukan hanya seorang ibu yang sadis, si ayah pun terkadang lebih kejam. Bapa yang seharusnya menjadi contoh teladan seringkali menjadi ‘syaitan’ untuk anaknya. Perkaranya beragam: mulai dari ayah memperkosa anak dara suntinya, ayah menjual anak perempuannya, hingga ayah memaksa anak perempuannya menjadi pelacur di usia belia. Namun, untuk lebih menyakinkan, mari saya petikkan satu laporan di sebuah media: Muslim [43 tahun], seorang guru mengaji di daerah Batam, telah menggauli anak perempuannya sejak kanak-kanak itu bersekolah Tingkatan satu. Hasil, ketika anak perempuannya hamil enam bulan, peristiwa biadab itu terbongkar. Para tetangga curiga, anak perempuan berterus terang berkisah, dan si ayah tak mampu lagi berselindung. Muslim pun menerima hukuman sewajarnya. Demikianlah, anak-anak, lilin-lilin kehidupan itu, tiba-tiba redup cahayanya sebelum sempat menjadi obor masa depan. Yang memadamkan itu bukan alam, bukan juga segerombolan penjenayah, melainkan keluarga sendiri atas motif dan dalih yang bermacam-macam; kemiskinan, gejolak berahi, dan lain-lainnya. Ironisnya, tidak hanya masa bawah lima tahun si anak yang direnggut, namun juga peringkat remajanya. Kaum bapa seringkali menorehkan kekerasan fizik dan psikologi ke dalam memori anak atas nama bahawa; ‘kamilah, orang tua yang lebih berpengalaman, yang lebih mengerti persoalan, yang lebih dulu hidup dan makan asam garam kehidupan.’ Tidak hairan, sejumlah kisah muda mudi yang terjerat dengan dadah, yang bergelumang hidup di dunia malam, yang memilih lingkungan durjana acap kali kita dengar. Melihat anak adalah menggarami mimpi-mimpi indah di suatu zaman, di masa depan kelak. Maka membunuh, memperkosa, menyakiti dan melukainya bererti memusnahkan mimpi-mimpi itu, memusnahkan harapan dan mengoyak masa depan itu. Yang paling merugi, tentu saja, bukan hanya si anak, tapi juga si orang tua itu sendiri. Bukankah tak sedikit kita dengar cerita anak yang mulanya dianggap penghambat ekonomi keluarga, kelak membawa berkah tiada tara bagi keluargnya? Tak jarang pula kita dengar khabar tentang anak yang diduga membawa musibah justeru menjadi anugerah. Kerana itu, untuk pasangan suami isteri yang memiliki anak-anak kecil dan kemudian melempiaskan emosinya kepada si anak, haruslah berhati-hati. Ia boleh menjadi ‘bom’ untuk anda. Belajarlah memahami dan mengerti dunia anak dengan pola pemikiran dan perasaan si anak, bukan sebaliknya. Janganlah menempatkan cakrawala dan dunia dewasa anda di benak mereka yang masih muda dan berbeda. Mereka punya horizon tersendiri, bahasa benak sendiri dan daya khayalan sendiri yang anda, sebagai orang tua, bertugas sebagai sahabat sebenarnya untuk memperkaya dan mengembangkannya. Pada titik ini, sungguh tepat bila Kahlil Gibran, penyair tersohor dari Lebanon berpuisi: “Anakmu bukanlah milikmu. Mereka putera-puteri sang Hidup yang rindu pada diri sendiri...” Anak menjadi orang hebat atau jahat itu berawal dari ibu bapa. Ia menjadi impian atau kutukan berawal dari keluarga. Bahkan, sejak di dalam kandungan atau berupa janin, bakal anak ‘anugerah’ atau anak ‘musibah’, anak salih atau tidak salih itu boleh ditilik dari cara ibu bapa mendidiknya. Dapat dilihat dari model si ibu atau si bapa yang mengasuhnya, yang memperlakukannya. Sebagi contoh, saya sendiri pernah menemukan kes seorang ibu bernama Siti [35 tahun], peniaga nasi dimana saya sering berlanggan, bersama ketiga anak perempuannya yang masih kecil-kecil begitu larut dan asyik menyaksikan drama yang tidak mendidik yang ditayangkan sebuah tv swasta. Saya kira, ibu Siti tidak sendiri. Banyak ibu-ibu lainnya di negeri ini yang memang melakukan ‘ritual’ seperti itu. Lalu, apakah laku dan model asuhan ibu-ibu demikian yang mampu melahirkan putera puteri zaman yang salih dan salihah? Seribu doa yang dipanjatkan orang tua - agar anak-anaknya salih dan berjaya - itu akan berpengaruh bila model ‘ritual’ menonton drama bersama di atas menjadi amalan bersama keluarga. Maka itulah, doa di atas atau barangkali doa serupa itu dipohonkan kepada Allah, sebagai ibu bapa, terlebih dulu hendaklah menilik diri sendiri: apakah sudah tepat cara anda memperlakukan si anak sejak ia masih bersemayam di dalam kandungan? Riwayat doa di atas sendiri hakikatnya mengajarkan hal ehwal demikian. Inilah doa yang sentiasa dipanjatkan isteri ‘Imran demi mengharapkan anak yang salih, anak yang bertakwa. Ia bernazar kepada Allah dengan hati yang teguh dan niat yang penuh untuk memberi pendidikan terbaik dan asuhan terbagus bila kelak mendapatkan keturunan. Ia bahkan berjanji akan mendidiknya waktunya untuk beribadah demi si anak yang dikandungnya.

Quran Jelaskan Wanita Mesti Bertudung
Diwaktu mutakhir ini, ada setengah wanita cuba mempertikaikan mengenai “Jilbab” atau pun tudung. Oleh kerana sebahagian dari para wanita tidak memakainya, kita cuba mencari dalil-dalil yang kuat tentang pentingnya wanita memakai Jilbab. Sebuah kitab agama yang menjelaskan tentang masalah ini ada menghuraikan panjang lebar. Ada satu pertanyaan dilontarkan kepada tokoh agama iaitu penulis buku tersebut, dan menjawabnya secara jelas. Oleh kerana jawapan yang diberikan penting bagi wanita-wanita yang menolak dari menggunakan “Jilbab”, maka kita siarkan pertanyaan dan jawapannya untuk renungan kita bersama terutama setengah-setengah wanita yang tidak memakai tudung. Pertanyaan itu berbunyi begini:
• Apa dasarnya atau mana dalil yang mewajibkan wanita mukminat untuk memakai jilbab atau bertudung?
Jawapannya: Dasarnya adalah Kitabullah dan Sunnaturrasul. Mengenai kewajiban berjilbab dan bertudung bagi wanita Mukminat itu Allah s.w.t telah berfirman dalam Al-Quran surah Al-ahzab: 59 dan surah An-Nur: 31, sebagai berikut mahfumnya: “Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan para wanita yang beriman, supaya mereka lebih patut dikenal (Jilbab itu ciri khas wanita Mukminat), maka mereka pun tidak diganggu. Dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Allah s.w.t. berfirman lagi: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Supaya mereka menahan penglihatannya, dan memelihara kehormatannya, dan tidak memperlihatkan perhiasannya (kecantikkannya) kecuali yang nyata kelihatan (muka dan kedua telapak tangan hingga pergelangannya). Maka julurkanlah kerudung-kerudung mereka hingga ke dadanya. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya/kecantikannya; kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, sahaya kepunyaan mereka, atau laki-laki yang menjalankan kewajipannya (umpama pelayan) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mempunyai pengertian tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan (melangkahkan) kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” Jelaslah kedua ayat ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t. telah mewajibkan kepada wanita beriman supaya mereka menggunakan Jilbab atau tudungnya. Sehubungan dengan turunnya surah An-Nur ayat 31 yang memerintahkan wanita Mukminat supaya menggunakan kerudungnya, maka berikut ini terdapat beberapa Hadis yang menjelaskan perihal turunnya ayat tersebut, yang antara lain ialah maksudnya: “Berkata Aisyah: Mudah-mudahan Allah mengasihani (merahmati) para wanita Muhajiraat, ketika Allah turunkan ayat: Dan hulurkanlah kerudung-kerudung mereka itu hingga ke dadanya. Mereka sama merobek kain-kainnya yang belum berjahit, lalu mereka gunakan buat kerudung.”
Diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Shafiyah binti Syaibah, katanya: Wanita Muhajiraat iaitu para wanita Muslimat uang berhijrah dari kota Makkah ke Kota Madinah. Ketika itu mereka belum memakai Jilbabnya/kerudungnya kerana ayat yang mewajibkan wanita Muslimat untuk memakai Jilbab atau kerudungnya belum turun. Sebaliknya adalah wanita Anshar; iaitu wanita penduduk kota Madinah yang membantu wanita Muhajiraat (Muhajirin). “Berkata Syafiyah binti Syaibah: Ketika kami bersama-sama Aisyah, mereka sebut-sebut wanita-wanita Quraisy dan kelebihannya. Maka Aisyah berkata: Sesungguhnya bagi wanita-wanita Quraisy ada kelebihannya. Tetapi sesungguhnya aku, demi Allah, aku tidak melihat yang lebih mulia selain dari para wanita Anshar, mereka sangat kuat imannya kepada wahyu yang diturunkan. Sungguh ketika diturunkan surat An-Nur - dan hulurkanlah kerudung-kerudung mereka hingga ke dadanya - para lelaki mereka pun pulang, lalu membacakan ayat yang baru turun itu kepada para wanitanya. Maka mereka pun mengambil kain yang kemudian dengan kain itu mereka jadikan kerudung. Itu kerana sangat membenarkan dan beriman kepada apa yang telah diturunkan Allah dalam KitabNya (Al-Quran).” Jelaslah bahawa kerudung itu hukumnya wajib bagi wanita yang mengaku dirinya beriman atau mengaku pemeluk Dienul-Islam.

Benarkah Syaitan Boleh Terpasung?
APAKAH anda pernah melihat berbagai tayangan misteri dokumentari tentang bagaimana seorang kiai atau ustaz yang berhasil menaklukkan syaitan atau jin lalu dimasukkan ke dalam botol? Sepintas lalu, kita melihatnya sebagai hal yang aneh. Sebahagian orang mungkin tidak mempercayainya, meski banyak juga orang yang membenarkannya. Bagi yang tidak percaya berpendapat bahawa tidak mungkin seorang manusia dapat menaklukkan jin. Sebab, alam antara manusia dan jin berbeza, jangankan untuk menaklukkan mereka, melihat wujudnya saja tidak boleh. Namun, bagi yang percaya, mereka yakin bahawa manusia yang memiliki kemampuan khusus mampu melakukannya. Orang-orang yang punya ilmu spiritual atau kebatinan mampu melakukannya dengan mudah. Bahkan, tidak saja boleh memasukkan jin atau syaitan tersebut ke dalam botol, memasukkan mereka ke dalam tubuh manusia lalu di ajak berdialog pun boleh dilakukan. Ini memang persoalan penafsiran kerana hal yang kita hadapi adalah masalah ghaib yang hakikatnya hanya Allah yang tahu. Namun, jika anda melihat kisah tentang para Nabi khususnya Nabi Sulaiman a.s., maka kita boleh melihat bagaimana syaitan-syaitan itu boleh diperintahkan dan disuruh sesuai kehendak Nabi. Mereka itu, para Nabi berbeza dengan kita sebagai manusia biasa. Betul, tetapi kita juga tidak boleh menafikan bahawa Tuhan Nabi dan Tuhan kita juga sama, iaitu Allah s.w.t. Ertinya, ketika Allah sudah memberikan kemampuan khusus (ilmu khasyaf) kepada manusia maka, kemampuan dia pun boleh mendekati kemampuan Nabi. Lihat saja bagaimana, dalam beberapa riwayat, kemampuan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani yang boleh melihat kedatangan jin. Tentu, dia pun boleh menakjubkannya. Namun, jelas tulisan ini bukan untuk mengungkap sisi perbedaan-perbedaan itu. Di sini hanya dijelaskan bahawa syaitan ternyata boleh dipasung oleh manusia. Bukti sejarah ini diungkap oleh salah seorang panglima perang bernama Musa bin Nashir. Dikisahkan Sufyan bin Abdullah, ketika masa pemerintahan Umar bin Abdul Aziz - yakni salah seorang khalifah dari Dinasti Umaiyyah diutuslah seorang panglima perang bernama Musa bin Nashir untuk mengawasi wilayah kekuasaannya di bahagian Barat. Sepulangannya Musa dari pemantauan tersebut. Ia kemudian melapor pada khalifah tentang kejadian aneh yang pernah ia alami bersama pasukannya. Menurutnya, ketika tiba di sebuah pulau, mereka melihat ada sebuah rumah yang cukup besar. Ketika diselidiki, ternyata rumah itu tidak berpenghuni. Tapi, ungkapnya, di dalam rumah besar tersebut terdapat tujuh belas tong besar. Semuanya masih dalam keadaan tertutup rapat. Pada bahagian atasnya, masing-masing terdapat tanda cop rasmi. Setelah diteliti secara rapi, ternyata cop rasmi tersebut dipastikan sebagai cop milik kerajaan Nabi Sulaiman a.s. Musa kemudian memerintahkan pasukannya untuk membawa keluar dari rumah itu sebanyak empat buah tong guna diteliti apakah isinya. Maka dibuatlah lubang pada tong tersebut pada ukuran yang cukup untuk melihat dan mengetahui isinya. Setelah salah satu tong itu berhasil dilubangi dan dilihat isi yang terdapat di dalamnya, Musa pun jadi terkejut. Sebab, ternyata di dalam tong itu terdapat sesusuk makhluk yang kemudiannya diketahui bahawa itu adalah syaitan. Makhluk itu kelihatan meringkuk ketakutan. Musa baru memastikan bahawa makhluk yang ada di dalam tong itu berkata, “Demi zat yang memuliakan Sulaiman dengan darjat kenabian. Sungguh aku tak akan mengulangi perbuatan itu lagi selamanya. Akulah yang pernah berbuat kerosakan di bumi ini.” Musa dan pasukannya sempat terpaku oleh pemandangan yang mereka lihat saat itu. Kesempatan tersebut dimanfaatkan syaitan untuk melompat keluar dari tong tersebut. Syaitan itu kemudian lari tunggang langgang dan menghilang. Melihat kejadian yang berlalu sangat cepat itu, Musa berkesimpulan bahawa semua tong yang mereka temukan itu berisi syaitan yang telah dihukum pada zaman Nabi Sulaiman a.s. kerana membangkangnya. Musa kemudian memerintahkan pasukannya untuk mengembalikan ketiga tong yang masih tertutup rapat dan satu tong yang sudah terbuka tersebut ke tempatnya semula, disatukan lagi dengan ketiga belas tong lainnya yang masih teronggok di dalam rumah besar itu. Dalam riwayat lain, yakni dari Abbas bin Walid, juga dikisahkan tentang pengalaman Musa bin Nashir menemukan syaitan sedang terpasung di dalam tong. Menurut Abbas pada waktu pasukan di bawah pimpinan Musa bin Nashir ditugaskan ke wilayah Andalusia (Sepanyol), Musa dan pasukannya mengalami sebuah kes yang cukup aneh. Saat itu, ujarnya, Musa dan pasukannya tengah mengharungi lautan di malam hari untuk memantau keadaan sekitar. Tiba-tiba Musa mendengar ada suara benturan kecil berkali-kali menghentam kapal mereka.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2010 di pasaran...
Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2010 di pasaran...
Subscribe to:
Posts (Atom)
+VSJulai30-6501.jpg)
VSJulai+2-2901.jpg)
VSJulai+2-2902+copy.jpg)
VSJulai+2-2903+copy.jpg)
VSJulai+2-2907.jpg)
VSJulai+2-2911.jpg)
VSJulai+2-2915+copy.jpg)
VSJulai+2-2917+copy.jpg)
VSJulai+2-2923.jpg)