BANYAK cerita yang sudah kita baca mengenai kisah di padang mashyar. Kita juga telah banyak membaca tentang “perhisaban” (timbangan amal) yang akan berlaku di padang yang luas tidak bertepi itu. Semuanya itu memperlihatkan tentang keadilan Allah s.w.t. dalam membuat pertimbangan. Dalam Quran dalam surah At-Tin Allah s.w.t. telah menjelaskan dalam ayat lapan yang maksudnya: “Bukankah Allah (yang demikian kekuasaannya) seadil-adil Hakim?’ Allah s.w.t. “Maha adil, paling adil dalam menghakimi makhluknya dihari pembalasan kelak. Pelbagai soal dan perkara dalam kehidupan manusia akan diadili oleh Allah. Amalan yang utama sekali dan paling penting yang akan dihisab ialah “Solat”. Setengah-setengah para ulama menjelaskan kalau masalah sembahyang beres dihisab, maka amalan-amalan lainnya mudah sahaja. Diakhirat nanti, semua amalan kita akan diwujudkan dalam bentuk manusia, atau pun dalam bentuk benda yang boleh dilihat oleh kita sendiri. Sekarang ini, semua amalan tidak dapat dilihat, tetapi Allah Maha Berkuasa boleh menjadikan apa saja amalan-amalan kita dalam bentuk apa saja yang Allah jadikan. Tidak ada orang yang dirugikan oleh Allah dalam penghakiman di padang mashyar kelak. Sebesar biji sawi sekali pun, perbuatan baik dan jahat akan di hitung dan akan dipertimbangkan. Dalam kitab-kitab agama yang menceritakan mengenai bab perhisaban dan bab padang mahsyar diceritakan secara lengkap terperinci mengenai perkara ini. Para ulama telah menghuraikan hadis-hadis Nabi s.a.w. berhubung masalah ini. Ahli-ahli Muffassirin pula telah menghuraikan ayat-ayat Quran dan menyimpulkan tentang hukum-hukum yang terkandung di dalamnya.
Para ulama berkata pertama-tama, catatan solat akan dihisab iaitu seperti: Berapa banyak solat yang dikerjakan seseorang pada masa hidupnya, dan berapa banyak yang dia tinggalkan? Berapa banyak hambatan fizik dan sebaliknya yang dia atasi? Berapa banyak solat sunah (solat-solat sunat) yang telah dia kerjakan? Jika dia tidak melakukan solat wajib, maka tujuh puluh solat sunat dapat mengganti satu kewajiban yang terabai. Solat akan muncul dalam bentuk manusia. Solat yang ditunaikan tanpa keikhlasan, akan muncul tanpa tangan dan kaki. Solat wajib yang ditunaikan dengan sempurna, akan muncul dalam bentuk penuh hiasan. Catatan ibadah fizik, seperti puasa, haji, zakat dan berperang di jalan Allah (jihad), dihisab secara sama. Juga, catatan tentang kesalahan, haus akan ilmu agama, pembunuhan, luka-luka, makan dan minum, jual beli barang yang tidak sah, dan memenuhi hak orang lain, akan diperiksa secara teliti.
Orang yang teraniaya akan menerima ganti rugi (balasan) dari orang yang zalim (penganiaya) menurut aturan iaitu: Jika ada kebaikan yang tersimpan dalam diri penganiaya, kebajikan itu akan dimasukkan ke dalam catatan korban- korban kezalimannya. Dan jika tidak, maka dosa-dosa orang yang menganiayanya. Para dermawan yang yakin akan rahmat Allah, akan memberikan kebajikan mereka kepada orang lain tanpa pertimbangan. Diberitakan dalam sebuah hadis bahawa dua orang akan berada di neraca keadilan. Salah satunya memiliki kebaikan sama dengan dosanya, sedang yang lainnya hanya memiliki satu kebajikan. Orang yang pertama berkata kepada orang yang kedua: “Jika kamu meminta satu kebajikan dari orang lain, maka timbangan kebaikanmu menjadi berat dan kamu akan diperkenankan masuk syurga.”
Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...
Monday, November 12, 2012
Kisah Dua Syeikh Yang Di Pujuk Syaitan
APAKAH orang salih dijamin selamat dari godaan syaitan? Jawapannya tentu tidak. Jangankan orang salih, ulama atau kiai, Nabi Adam a.s. saja sempat tergelincir dari syurga dan diturunkan ke bumi kerana godaan syaitan. Begitu juga Nabi Daud a.s. yang pernah tergelincir kerana dikatakan merebut dan mengahwini isteri panglimanya sendiri. Berikut ini, saya paparkan tentang seorang salih bernama Syeikh Saffan yang tergelincir ke dalam perbuatan dosa kerana berhasil digoda oleh syaitan. Juga kisah seorang salih lainnya, Syeikh Anshari dan muridnya, yang berhasil lulus dari perangkap syaitan kerana keimanannya yang benar-benar teguh. Tujuan tulisan ini semata-mata agar kita selalu berwaspada terhadap godaan syaitan. Ertinya, orang yang sudah tampak salih, misalnya rajin berpuasa dan solat, tidak dijamin boleh selamat dari godaan syaitan. Prinsipnya sederhana: pertama, kerana syaitan sentiasa menggoda manusia sampai bila-bilapun.
Kedua, semakin orang itu salih, godaan syaitan terhadapnya pun semakin kuat. Jadi, intinya, harus tetap berwaspada. Syeikh Shaffan adalah salah seorang ulama yang selama 50 tahun bekerja untuk agama. Akibat satu pandangan yang haram, dia jatuh ke perangkap syaitan dan kehilangan akal dan jatuh cinta pada gadis berbeda keyakinan. Dia pergi meminang dan ayah si gadis mengatakan, “Pergilah kamu! Kami tidak akan memberikan gadis kepada muslim, kerana agama kami tidak mengizinkan untuk itu.” Syeikh yang sudah dimabuk cinta, bertanya: “Apa yang harus aku lakukan sehingga perkahwinan ini boleh berlangsung?”
Ayah gadis itu berkata, “Hanya ada satu cara: engkau masuk agama kami.” Syeikh Shaffan yang berjanggut putih itu melempar serbannya dan selanjutnya masuk agama yang dianuti si gadis. Ayah gadis itu kemudian berkata, “Tidak semudah yang engkau bayangkan, masih ada persyaratan lain, yakni emas kahwin.”
“Berapa emas kahwinnya?” tanya Syeikh. Gadis itu berkata, “Emas kahwinku sama dengan emas kahwin Shafura, anak perempuan Nabi Syu’aib yang juga isteri Nabi Musa a.s., namun dengan satu perbedaan, iaitu engkau harus menggembala babi selama 8 tahun.” Syeikh Shaffan yang tidak melihat jalan lain kecuali itu, terpaksa menerimanya. Gadis itu mengatakan, bahawa babi itu najis. Syeikh berkata, “Hal itu sudah tidak menjadi masalah, kerana aku telah masuk agama kamu.” Setelah upacara perkahwinan, gadis itu berkata, “Aku ragu padamu apakah kamu benar-benar masuk agamaku atau tidak?”

Kisah Nabi Hud Dan Umatnya Yang Menentang
DI SEMENANJUNG Arab, terhampar gurun-gurun pasir yang luas di bahagian timur. Tetapi, daerah itu kosong. Tak ada tanda kehidupan. Tak ada tanaman dan air. Padahal, dulu, daerah yang dikenal bernama Al Ahqaaf ini subur dan hijau. Daerah tempat kaum Ad pertama - yang nasab mereka sampai kepada Nabi Nuh a.s. - pernah mengukir setitik kehidupan. Tatkala musim hujan tiba, hujan turun dengan pusingan yang rutin. Tanah pun jadi subur. Hijau dan makmur. Liuk-liuk sungai dipenuhi air yang mengalir dengan jernih. Bentangan kebun-kebun dan ladang-ladang terlihat indah, menyegarkan bahkan menyenangkan dipandang. Di kebun-kebun itulah, tumbuh pohon-pohon kurma, anggur dan berbagai tanaman yang lain. Ternak pun berkembang biak dengan baik. Di permukiman penduduk kaum Ad itu, rumah-rumah dibangun dengan megah. Istana, mahligai dan benteng berdiri dengan menawan dan anggun. Maklum, pada waktu itu, mereka sudah dikenal memiliki peradaban yang tinggi. Bahkan, Allah memberi anugerah kepada mereka dengan bentuk fizik yang berbeda dengan yang lain, lantaran mereka tinggi dan kuat. Tapi, setumpuk anugerah itu tidak membuat kaum Ad bersyukur. Mereka justeru menjalani kehidupan dengan dipenuhi kemewahan dan kesombongan. Hati mereka pun tertutup. Mereka tidak menyembah kepada Allah s.w.t., melainkan menyembah patung-patung berhala. Dan mereka itu disebut-sebut sebagai kaum pertama yang menyembah patung - setelah banjir besar pada zaman Nabi Nuh. Di kuil-kuil yang ada atas di bukit, mereka beribadah dan menganggap berhala-berhala itulah yang telah menjadikan tanah mereka subur. Di tengah-tengah kesombongan kaum Ad itulah, Allah mengutus Nabi Hud untuk berdakwah. Dengan risalah yang dibawa itu, Nabi Hud mengajak kaumnya menyembah Allah, dan meninggalkan berhala-berhala itu. “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Kamu hanyalah mengada-adakan saja.” (QS. Hud [11]: 50) Tapi, hati kaum Ad benar-benar telah tertutup. Seruan Nabi Hud tidak didengar dan dianggap hembusan angin yang keluar dari telinga kanan dan keluar telinga kiri. Mereka tidak mau membuka mata hati untuk menerima kebenaran yang dibawa Nabi Hud. Bahkan, dengan sombong, mereka mencemuh dan mengejek Nabi Hud. Hati mereka telah keras seperti batu, sehingga menuduh Nabi Hud itu sudah tolol dan gila. Bahkan, ejekan dan cemuhan yang diumbar oleh kaum Ad itu pun disertai dengan ancaman.
Tapi Nabi Hud tidak takut, dan tetap mengajak kaumnya berpikir dengan jeli dan rasional. Apalagi, dakwah Nabi Hud itu tidak meminta upah atau balas budi. “Hai kaumku, aku tidak meminta upah kepadamu bagi seruanku ini. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah yang telah menciptakanku. Maka tidakkah kamu memikirkan(nya)?” (QS. Hud [11]: 51)
Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...
Tapi Nabi Hud tidak takut, dan tetap mengajak kaumnya berpikir dengan jeli dan rasional. Apalagi, dakwah Nabi Hud itu tidak meminta upah atau balas budi. “Hai kaumku, aku tidak meminta upah kepadamu bagi seruanku ini. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah yang telah menciptakanku. Maka tidakkah kamu memikirkan(nya)?” (QS. Hud [11]: 51)
Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...
Penyanyi 'Rap' Terkenal Perancis Pilih Islam
SEBAHAGIAN kita tentu maklum bagaimana kisah para bintang ternama dunia yang akhirnya tewas dengan tragis. Mereka menyalahguna ubat penenang tidur hingga melebihi dos. Pelarian terhadap ubat-ubatan tentu bukan tanpa alasan. Bahkan, tak sedikit hingga ke dadah. Ubat-ubatan sejenis ini dianggap penawar atas kegelisahan dan ‘kepedihan’ jiwa. Menjadi bintang terkenal ternyata tidak selalu berbanding lurus dengan kebahagiaan dan ketenangan hidup. Sebut saja, bintang seksi Marilyn Monroe, yang meninggal tahun 1963. Kematiannya akibat terlebih menelan ubat tidur, yang biasa ia gunakan di saat masalah menghampirinya. Ia mengalami kekecewaan berat, kerana kekasihnya curang, hingga kemudian bunuh diri di bilik mandi dengan menelan ubat tidur hingga ‘over dose’. Nasib serupa juga dialami oleh Amy Whinehouse, Elvis Presley, Heath Ledger, Jimi Hendrix, Michael Jackson, dan sebilangan artis lainnya. Bahkan, beberapa tahun yang sudah, ratu muzik pop Amerika Syarikat, Whitney Houston, juga meninggal dunia akibat ubat-ubatan. Ia mencampur antara alkohol dan ubat-ubatan hingga ‘over dose’ dan ditemui mati di bilik hotel mewah Beverly Hilton. Ada lapuran mengatakan dia sengaja melakukan hal itu kerana kecewa atas masalah yang membelitnya. Kerana tidak kuat menghadapi masalah hidup, bunuh diri akhirnya jadi pilihannya. Tapi, tidak semua bintang dunia mengikuti jejak mereka. Ada juga bintang dunia yang menjadikan agama sebagai pelarian sebenar. Islam, sebagai agama pembawa kedamaian, hadir membawa sinar. Penyanyi ‘Rap’ terkenal Perancis, Diam’s, atau nama sebenarnya Melanie Georgiades salah satunya. Penyanyi rap ini justeru jatuh ke pangkuan Islam manakala segala jenis ubat-ubatan dirasa tak mampu mengubati jiwanya yang sedang gundah. Manakala dia menghadapi masalah yang begitu besar, Islam lalu hadir untuk mengubati jiwanya yang ‘sakit’. Sejumlah pakar jiwa dan psikologi tak mampu merawat sakit kejiwaannya. Di saat itulah ia mengenal Islam dan mencuba memahaminya secara perlahan. Lambat laun, perkenalannya dengan Islam ternyata dapat mengubati kemelut kejiwaannya. Islam, bagi wanita kelahiran Cyprus, 25 Julai 1980 ini, adalah jawapan kehidupan. “Saya belum menemukan caranya untuk penyelesaian masalah yang selama ini dihadapi, baik dari ahli psikologi mahupun doktor jiwa. Namun, hanya saya dapatkan dalam Islam,” jelas Diam’s, menjawab persoalan Paris Match Magazine, mengenai keislamannya. Sebelumnya, Diam’s memang mengaku mengalami masalah kejiwaan yang begitu dahsyat. Kepindahan agama Diam’s akibat mengalami depresi besar seiring dengan populariti dan kejayaan yang diraihnya. Dia biasa dipuja-puja para peminatnya. Keadaan tersebut, sebagaimana dipetik dari Paris Match, membuat Diam’s melakukan pencarian alternatif yang tepat untuk hidupnya. Majalah Perancis Gala juga menyampaikan khabar bahawa penggerak dirinya menjadi seorang ‘saudara baru’ adalah kerana tekanan batin. “Dia telah menemukan (jawapan kehidupannya) dalam Islam, sesuatu yang tidak dapat ditemukan di agama-agama lain, yang telah membantunya dalam menangani psikologi, emosional dan masalah dalam kehidupan sehari-hari,” kata salah seorang teman dekatnya, kepada Majalah Gala. Media ternama di Perancis ini juga mencatat bahawa dalam beberapa tahun terakhir sebelum dirinya menjadi seorang muslimah, Diam’s turun dengan tekanan psikologi yang kuat kerana jatuh pada kejayaan dan populariti. Hal ini menyebabkan pengasingan dan mencari pilihan hidup. Menurut saksi sebahagian temannya yang lain, masuk Islamnya Diam’s kerana dia banyak berteman dengan para artis keturunan imigran. Terutama teman rapat perempuannya, artis Perancis berdarah Morocco, Amel Bent, dan Jamal Dabouz, yang banyak mendukung kerjaya seninya selama ini. Media massa di Perancis menyebutkan bahawa perubahan secara drastis dalam hidup Diam’s terjadi setelah dua bulan artis terkenal itu melangsungkan perkahwinan dengan pemuda Muslim bernama Aziz. Paris Match juga menceritakan keadaan Diam’s ketika masih kecil. Dia pernah mengalami kecelaruan jiwa, khususnya, setelah kedua ibu bapanya yang beragama Katolik bercerai. Dia bahkan pernah melakukan cubaan bunuh diri pada usia remaja 15 tahun. Sebagaimana pengakuan Diam’s, “Kemasyhuran dan kekayaan tidak membuat saya tenteram sesuai yang diinginkan, dan saya hanya mendapatkan jawapan dari Allah s.w.t.’” Dia juga menceritakan bahawa selama ini dirinya sudah melakukan upaya yang sungguh-sungguh untuk ‘mengubati’ kejiwaannya, yang terkadang terguncang di tengah populariti yang dia perolehi. Perceraian yang menimpa ibu bapanya adalah keadaan yang sangat memukul kejiwaannya. Di saat dirinya masih remaja dan mengidealkan keutuhan rumahtangga, justeru ibu bapanya memilih jalan perceraian. Kerana masih meraba-raba dalam hidupnya kala itu, dia mencuba mengakhiri nasib hidupnya, seperti yang sudah dilakukan oleh Merilyn Monroe mahupun bintang dunia lainnya. Untung saja, niat untuk bunuh diri kala itu dapat dicegah.
Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...
Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...
Berkongsi Derita Dengan Muslim Rohingya
LEBIH beberapa bulan lalu kita seperti terkena ‘bom’ dengan berita mengenai muslim Rohingya yang menghuni di wilayah Rakhine (Arakan) di Myanmar. Bahkan beredar beberapa foto yang menggambarkan mereka dibunuh secara kejam baik oleh tentera Myanmar mahupun etnik Budha Arakan. Kekejaman atas muslim Rohingya tersebar melalui media sosial dan disebut sudah menyebabkan keheningan di dunia maya. Di Indonesia sudah berdiri PIARA (Pusat Informasi dan Advokasi Rohingya-Arakan) yang didirikan atas inisiatif aktivis hukum dari PAHAM (Pusat Advokasi Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia) yang berpejabat di Pasar Rebo, Jakarta Timur. PIARA berusaha mengumpul bantuan untuk warga muslim Rohingya. Laporan mengenai keadaan muslim Rohingya memang sangat memprihatinkan. Kekerasan yang terjadi mulai bulan Jun lalu itu telah merebak menjadi tindakan pemerintah Myanmar secara tersusun dan pelanggaran hak asasi manusia (HAM) yang berat. Diberitakan, polis dan tentera Myanmar memperkosa, merompak, menyeksa dan membunuh orang-orang Rohingya secara sewenang-wenangnya. Sebahagian besar lagi muslim Rohingya ditangkap dan disumbat di kem-kem penahanan tanpa makanan dan perubatan.
Warga muslim Rohingya yang tertumpu di wilayah Rakhine itu terbiar dan tak mendapatkan bantuan apa-apapun. Mereka disekat dari dunia luar. Kerajaan Myanmar menyekat bantuan dan melarang sesiapapun masuk wilayah Rakhine. Hanya ada jalan melalui laut, tapi itu juga dijaga. Situasi jadi mirip dengan Gaza di Palestin yang terasing dari dunia. Tidak berlebihan jika dengan keadaan itu kerajaan Myanmar sepertinya memang ingin muslim Rohingya musnah perlahan-lahan. Hal ini bukan berlebihan. Hasrat tertinggi negara yang diperintah junta tentera itu, Presiden Thein Sein, bahkan menyebut muslim Rohingya sebaiknya dipindahkan saja ke negara lain. “Pindahkan saja mereka ke negara lain,” ujar Sein. Pernyataan ini sungguh menyakitkan. Muslim Rohingya sudah hidup di Arakan beratus tahun lamanya.
Inilah yang membuat Amnesty International, pertubuhan Hak Asasi Manusia antara bangsa, menyebut keadaan muslim Rohingya sangat darurat. Bagaimana tidak. Kekerasan dan pembunuhan terjadi dimana-mana dan pemerintah seperti merestuinya. Kolumnis Amerika Syarikat berdarah Palestin, Ramzy Baroud, menyatakan Rohingya saat ini sedang melalui episod paling malang dalam sejarah mereka. Apa yang mereka alami merupakan yang paling pedih dibandingkan berbagai masalah lain di dunia. Namun kisah penderitaan mereka seperti tak menjadi keutamaan dunia untuk diselesaikan. Baroud menyebut ini sangat mencurigakan dan ini ada kaitan penguasaan alam yang dihuni muslim Rohingya yang berlimpah seperti; hidrokarbon, mineral, permata, dan kayu. Sudah lazim diketahui, Myanmar adalah negeri miskin yang kekayaan alamnya diangkut dan dikuasai para kapitalis dari Barat.
Insiden Bas
Tragedi ini sendiri bermula insiden pada 3 Jun 2012. Segerombolan kelompok ekstrim Rakhines yang sebahagian besar penganut Buddha, menyerang sebuah bas penumpang yang mengangkut muslim Rohingya. 10 warga maut dalam insiden ini. Setelah inilah kerusuhan merebak kerana ada tindakan balas dari komuniti muslim Rohingya. Baroud menyatakan dalam rencana di ruang peribadinya, sejak tarikh 10 hingga 28 Jun 2012, sudah 650 Muslim Rohingya terbunuh, 1,200 hilang, dan lebih dari 80,000 orang lainnya menjadi pelarian akibat kerusuhan dan pembakaran. Kengerian terakhir yang ia catat adalah tarikh 13 Julai lalu saat sebuah helikopter tentera Myanmar membakar 3 perahu yang membawa 50 orang Rohingya yang berusaha melarikan diri. Semua penumpang perahu terbunuh. Baroud mengecam kelompok-kelompok pro-demokrasi Myanmar, khususnya Liga Nasional untuk Demokrasi pimpinan Aung San Suu Kyi atas sikap berdiam diri mereka terhadap pembunuhan beramai-ramai terhadap warga muslim Rohingya. Baroud menilai kekerasan dan kezaliman yang dihadapi minoriti muslim Myanmar yang berjumlah 800 ribu orang itu terjadi ketika Amerika Syarikat dan Inggeris menghentikan kempen pro-demokrasi mereka melawan kerajaan junta tentera Myanmar. Ini diparahkan dengan tindakan membisu media antarabangsa yang seperti tak peduli dengan tragedi itu. Tak ada berita, tak ada khabar, hingga maklumat Rohingya sebahagian besar diperoleh melaui media-media bebas dan media sosial. “Media antarabangsa mematikan lampu, black out, hingga tak tampak apapun,” ujar Baroud.

Hikmah Dan Keutamaan Mengamalkan Selawat
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. dan dia berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Akan tersungkur hidung seseorang yang tidak membaca selawat kepadaku ketika disebutkan namaku di hadapannya.’” [HR. Termizi. Imam Termizi menerangkan bahawa hadis ini adalah hadis [kategori] hasan] Diriwayatkan dari Anas r.a., dia berkata, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda, ‘Barangsiapa yang mendengar namaku disebutkan, hendaklah dia membaca selawat kepadaku, apabila dia membaca selawat satu kali maka Allah Azza wa Jalla akan memberikannya sepuluh kali lipat.” [HR. Ibnu Sinni] Sementara hadis lain disebutkan, diriwayatkan dari Ali r.a. dan dia berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Orang yang bakhil [kedekut] adalah orang yang tidak mahu membaca selawat kepadaku ketika namaku disebutkan...’” [HR. Termizi. Menurut Imam Termizi hadis ini adalah hadis yang darjatnya shahih. Dan Imam Nasa’i pun meriwayatkan hadis ini.] Imam Muslim sendiri, sebagai salah satu perawi yang namanya erat dengan hadis shahih, meriwayatkan hadis soal selawat. Ia berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Barangsiapa membaca selawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan sepuluh rahmat kepadanya.” [HR. Muslim dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash r.a.]
Lalu Imam Abu Hurairah menuturkan bahawa ia pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabda, “Janganlah kalian menjadikan kuburku sebagai persidangan Hari Raya. Berselawatlah kepadaku, kerana selawat kalian sampai kepadaku dimana saja kalian berada.” [HR. Nasa’i] Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda: “Setiap kali seseorang mengucapkan salam kepadaku, maka Allah mengembalikan rohku sehingga aku dapat menjawab salamnya.” [HR. Abu Daud] Dalam hadis lain juga disebutkan, “Setiap mukmin yang berselawat satu kali kepada Nabi, nescaya malaikat Jibril memohonkan rahmat untuknya sepuluh kali.” [HR. Ibnu Majah]
Bila sejumlah hadis di atas tidak memuaskan anda, simaklah juga hadis berikut, sebagaimana ditulis Abdullah Hajjaj dalam buku ‘Agar Doa Terkabul’. Dari Abdullah r.a., ia berkata bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang ditugasi khusus di muka bumi untuk menyampaikan salam yang diucapkan umatku kepadaku.” [HR. Nasa’i] Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda dalam hadis lain yang tidak kalah pentingnya untuk kita cermati. Beliau bersabda, “Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisiku kelak di Hari Kiamat adalah mereka yang paling banyak membaca selawat kepadaku.” [HR. Termizi]
Demikianlah sejumlah dalil naqli [Quran dan hadis] untuk memotivasi kita mendawamkan berzikir dan berdoa dengan selawat. Sejumlah redaksi di atas menyiratkan betapa selawat bukan hanya sebuah perintah yang mendatangkan pahala dari Allah, tetapi juga menggairahkan seseorang agar sentiasa mencintai RasulNya. Berdasarkan dalil di atas pula, tak aneh, bila selawat kepada Nabi menjadi salah satu poin penting dalam ibadah solat. Bacaan tasyahud awal dan akhir saat solat, misalnya, tidak akan sah tanpa membaca selawat Nabi. Sebab ia merupakan salah satu rukun solat yang tidak boleh ditinggalkan.
Dan boleh dimaklumi pula, sebagai doa, zikir dan wirid, selawat sangat diperhitungkan dalam kehidupan seorang muslim. Tengok saja pelbagai ritual spiritual dan budaya yang banyak menggunakan selawat sebagai wasilah untuk bermunajat. Bila meminjam bahasa KH.Jalaludin Rakhmat, “Berbahagialah orang-orang yang menandai peristiwa-peristiwa penting dalam kehidupan—lahir, menikah, mendapat rezeki, lulus ujian dan sebagainya - dengan selawat. Lebih berbahagia lagi, orang-orang yang selalu menggetarkan selawat dimana pun ia berada.”

Kematian Nasihat Paling Agung
KEMATIAN adalah guru. Kematian adalah nasihat. Kematian mengajarkan bahawa hidup mesti dijalani dengan yang terbaik. Nafas yang Allah berikan kepada kita adalah alat untuk melakukan ketaatan, tak ada maksud lain. Kematian adalah suatu hal yang selalu diperdengarkan. Ia selalu ada untuk direnungkan oleh sesiapapun juga. Ia memberi pelajaran bagi siapa saja yang ingin memperoleh pelajaran. Maka akan sangat menghairankan jika manusia lalai atasnya, melupakan, bahkan tak memikirkannya. Allah s.w.t. berfirman: “Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggung jawaban)? Bukankah dulu dia setitis mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim), kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya, dan menyempurnakannya, lalu Allah menjadikan daripadanya sepasang: lelaki dan perempuan. Bukankah (Allah yang berbuat) demikian berkuasa (pula) menghidupkan orang mati?” (QS. Al Qiyamah: 36-40) Abu Darda pernah berkata. “Aku dibuat tertawa oleh orang-orang yang mengharapkan dunia padahal maut mengejarnya. Dan aku juga dibuat tertawa oleh orang yang tertawa dengan mulut lebar, sedang dia tidak mengetahui apakah Allah redho padanya ataukah murka?” Abu Darda yang merupakan sahabat Nabi s.a.w. ini awalnya diriwayatkan menangis sebelum menyebutkan kalimat di atas. Tangisnya pecah mengingat masa-masa bersama Nabi dan golongannya yang kini telah pergi meninggalkan dunia. Tapi tiba-tiba ia tertawa demi melihat bagaimana banyak sekali orang yang sama sekali tak hirau akan kematian yang pasti datang. Demikianlah sebuah mata yang jernih yang bias melihat hakikat memandang kelalaian manusia dalam mengingat kematian. Abu Darda tertawa kerana merasa hairan melihat gambaran kehidupan manusia. Tampak sekali olehnya di celah-celah kehidupan yang berjalan banyak sekali model dan macam kelalaian yang dilakukan manusia. Sebahagian besar kelalaian itu lahir dari parahnya ketamakan akan dunia. Ketamakan ini terus menjadi-jadi, membuat orang saling membunuh dan saling membenci. Orang tega membunuh untuk merebut kekayaan, menguasai harta orang lain, atau menguasai tanah yang bukan miliknya. Manusia dikekang nafsunya hingga ia lupa hakikat hidupnya, lupa bahawa ia hanyalah seorang hamba, lupa bahawa manusia tak akan hidup selamanya. Kerananya, tawa Abu Darda itu adalah tawa yang menyentuh kesedaran kita akan perkara ini. Ia sesungguhnya ingin mencolek bahu orang-orang yang lalai itu dengan tawanya itu. Kelupaan dan kealpaan mengingat mati sendiri adalah milik siapa pun, baik kalangan agamawan mahupun orang biasa kerana syaitan sentiasa melenakan siapa pun dengan berbagai cara - sesuai kadarnya - dalam mengingat kematian. Syaitan melupakan kita bahawa kematian adalah guru dan nasihat yang agung.
Padahal siapa yang mengejar dunia sama ertinya dengan meminum air laut, semakin banyak meminum semakin bertambah pula rasa hausnya. Nabi kita, Muhammad s.a.w., juga telah bersabda dalam hadis riwayat Imam Bukhari bahawa seandainya anak Adam memiliki dua lembah maka dia akan mencari lembah yang ketiga. Manusia melupakan kematian sebagai guru dan nasihat hingga tergamak mengorbankannya waktu ibadahnya, lupa renungi kehambaan dirinya. Tak jarang manusia bias tertawa lepas sedang ia sama sekali tak mengetahui apakah Allah yang Rahman dan Rahim itu meredhoi hidupnya atau malahan murka terhadapnya? Astagfirullah...Sedang kematian selamanya selalu mengintai dalam waktu dan ketetapan yang mutlak. Allah telah berfirman dalam surat Al-A’raf ayat 34 yang telah membuat banyak orang salih menangis bahawa: “Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu. Maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tak dapat pula memajukannya.”

Lelaki Masyhur Penghuni Langit
DAN dialah lelaki masyhur di kalangan penghuni langit: miskin, muda, yatim. Dialah ‘selebriti’ yang dialu-alukan penduduk langit; bukan Nabi, bukan sahabat, tapi — syahdan — dua khalifah, Umar r.a. dan Ali k.w., bersusah payah mencari jati dirinya, tergerak ingin mereguk berkat doa darinya sebagaimana dianjurkan Rasulullah s.a.w. “Ia bukan penghuni bumi. Ia penghuni langit. Mintalah [berkah] doa dan istigfar darinya..” kata-kata Nabi s.a.w. itu, agaknya, terakam berat dalam memorinya. Dia lelaki Yaman. Kerjayanya pengembala kambing dan unta. Dari upah mengembala inilah, ia menyara dirinya serta ibunya yang tua dan lumpuh untuk bertahan hidup. Bila upah itu lebih, ia sedekahkan untuk tetangganya yang senasib dengannya. Pakaian yang menempel di tubuhnya hanya dua lembar: satu untuk penutup badan, dan satunya lagi untuk selendang. Konon, zaman itu, banyak orang yang mengolok-olok kemiskinannya, menghina-hina dan mentertawakan dirinya. Tak aneh, dalam sebuah riwayat sufisme, kerana miskinnya, lelaki ini mencari makan dari tong-tong sampah yang ada. Dalam satu kisah, ketika tengah mengais-ngais sampah, di sebelahnya ada seekor anjing yang juga sedang mengais-ngais makanan. Ia lalu berkata: “Wahai anjing, jika sebagai manusia berakal aku kelak tak selamat, maka sungguh engkau lebih baik dariku.” Kenapa Nabi s.a.w. boleh memuji lelaki miskin ini? Kenapa kemudian Umar dan Ali berteguh janji mencarinya? Dalam sebuah riwayat hadis dikisahkan: pemuda ini ingin sekali bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w. yang tinggal di Madinah. Ia merindukan Nabi s.a.w. serupa pecinta yang sekian lama tak bersua. Terlebih, banyak tetangganya yang ia dengar telah berjumpa dengan Kekasih Allah itu. Tapi, ia masyghul. Bagaimana biaya menuju Madinah? Bagaimana dengan ibunya? Siapa yang akan merawatnya? Apalagi, saat ia dengar Nabi s.a.w. terluka dalam Peperangan Uhud dimana giginya tanggal akibat lemparan batu musuh-musuhnya, ia kian gelisah. Ia ingin segera menziarahi Nabi. Gelora cintanya kepada Nabi yang belum pernah ia jumpai itu, ia tanggalkan juga giginya dengan batu. Kian hari, rindu benar-benar melandanya. Ia tak tahan. Ia lalu mencurahkan perasaan itu kepada ibunya. Si ibu kelu. Ia mengerti betul iman anaknya terhadap Baginda Nabi. Ia memahami sekali gejolak rindu anaknya yang kuyu dan miskin ini. Ia pun meredhoinya. “Pergilah, Nak. Temuilah Rasulullah di rumahnya. Tapi, setelah bertemu, lekas pulanglah.” Mendapat restu ibunya yang uzur, Uwais begitu teruja. Ia berkemas-kemas untuk segera berangkat. Namun, tidak lupa, ia siapkan keperluan ibunya dan ia titipkan kepada tetanga bila terjadi apa-apa dengan ibunya. Pemuda itu pun pergi, menempuh perjalanan jauh, melewati jalan-jalan berdebu, menaklukkan gurun-gurun pasir yang tandus, mengakrabi panas yang terik dan malam yang teramat dingin. Allah Maha Kuasa, akhirnya, perjalanan dari Yaman ke Madinah yang jaraknya kira-kira 400 km itu lulus ia tempuh. Tapi, sayang, Allah juga punya kehendak lain. Setibanya di rumah Nabi, ia tidak mendapati manusia agung itu. Yang ada hanya isterinya, ‘Aisyah r.a. “Rasulullah sedang di medan perang..”ujar ‘Aisyah. Betapa sedihnya si pemuda mendapati kenyataan ini. Ia bingung, antara menunggu Nabi yang tak pasti kembalinya atau mengikuti pesanan ibunya untuk segera pulang.
Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...
Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...
Menjejak Sejarah Islam Di Kampung Mlangi
APABILA anda tengah berada di Kota Gudeg, sudi-sudikanlah berkunjung ke Kampung Mlangi. Kampung ini sungguh berbeda dibanding kampung-kampung lainnya di Yogyakarta. Mlangi adalah sebuah kampung yang memiliki jejak sejarah Islam yang panjang. Di kampung ini tumbuh dan berkembangnya puluhan pondok pesantren. Pondok pesantren tertua yang masih berdiri hingga sekarang adalah “Pondok Pesantren Al-Miftah” (lahir sejak tahun 1920-an). Kemudian berturut-turut disusul “Pondok Pesantren As-Salafiyyah, Al-Falakhiyyah” (pondok pesantren puteri pertama di Mlangi), “Al-Huda”, “As-Salamiyyah”, “An-Nasyath”, “Hujjatul Islam”, “Ar-Risalah”, “Al-Ikhsan” dan pondok-pondok pesantren lainnya.
Dibandingkan pondok pesantren lain, pondok pesantren di Mlangi ini agak unik. Kerana pondok pesantren di Mlangi dilahirkan oleh masyarakat hingga antara pondok pesantren dan masyarakat merupakan suatu komuniti sosial yang sama. Sementara pondok-pondok pesantren lain rata-rata dilahirkan oleh tokoh atau kiai. Sambil belajar belajar di lembaga pendidikan formal, masyarakat setempat menjadi ”pelajar-pelajar” yang menuntut ilmu di pondok-pondok pesantren yang ada di Mlangi. Kerana itu, jangan hairan apabila cara berpakaian penduduk sekitar pun terlihat Islami. Yang lelaki sehari-harinya biasa berkain pelikat, baju jubah dan berkopiah. Sedangkan yang perempuan biasa terlihat mengenakan kebaya dan bertudung. Kendati majoriti pondok pesantren di Mlangi ini mengikuti tradisi salaf, namun pondok-pondok pesantren tetap bersikap terbuka. Sebab kebanyakan lembaga pendidikan formal tempat para pelajar (santri) belajar, baik di lingkungan Mlangi mahupun di luar Mlangi, sudah mengikuti kurikulum yang berlaku pada umumnya. Sehingga pelajar-pelajar yang kental dengan pendidikan tradisional, sedikit sebanyak juga sudah berfikiran lebih terbuka. Clifford Geertz, pengkaji masyarakat berasal dari Amerika Syarikat, yang meneliti budaya Jawa, pernah menyatakan bahawa Kampung Mlangi ini termasuk memiliki tingkat keagamaan tinggi, di dalamnya terdapat pelajar-pelajar pondok tradisional yang berbaur dengan pelajar-pelajar pondok yang moden.
LAHIR DARI MULANGI
Tempat bersejarah di Mlangi yang masih dapat kita saksikan sekarang ini adalah bangunan Masjid Jami’ Pathok Negoro Mlangi. Masjid ini dikelilingi oleh kompleks perkuburan. Dan yang paling tersohor adalah perkuburan embah Kiai Nur Iman. Siapa Kiai Nur Iman? Beliau adalah tokoh yang pertama membuka kampung ini hingga menjadi kampung untuk pelajar-pelajar pondok seperti sekarang ini. Nama Mlangi tak lepas dari nama Kiai Nur Iman yang sebenarnya adalah kerabat Hamengku Buwono I, bernama asli Pangeran Hangabehi Sandiyo. Bila ditelusuri, Sandiyo (Nur Iman) dulunya pernah belajar di pondok Pesantren Gedangan Pasuruan Jawa Timur di bawah asuhan Kiai Abdullah Muhsin. Kiai memberikan julukan Nur Iman lantaran tindak tanduk muridnya yang seorang ini sangat arif dan bijak. Kiai juga berpesan agar Nur Iman sentiasa menyampaikan amar makruf nahi munkar, bila-bila pun dan dimana pun. Ia juga berpesan agar terus berjuang menegakkan Islam serta mendirikan pondok-pondok pesantren dimana ia tinggal nantinya. Sepulangnya dari memondok, ia diberikan hadiah berupa tanah oleh Hamengku Buwono I, yang tak lain adalah adiknya sendiri. Kebetulan saat itu Keraton (istana) Yogyakarta sudah berdiri usai penandatanganan Perjanjian Gianti (1755). Tanah hadiah inilah yang kemudian dinamakan ‘mlangi’, dari kata bahasa Jawa ‘mulangi’ yang bererti mengajar. Dinamai demikian sebab daerah itu kemudian digunakan oleh Kiai Nur Iman untuk mengajar agama Islam. Beliaulah yang akhirnya membuka kawasan yang dulunya berupa hutan belantara ini menjadi perkampungan Islam.

Tuesday, October 16, 2012
Variasari Keluaran Oktober 2012
Sudahkah anda memiliki Variasari edisi Oktober 2012? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan...Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai.
Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan. Dapatkan segera majalah Variasari keluaran Oktober 2012 sebelum terlambat.
Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.Harga cuma RM3.00 saja
Siri Bercakap Dengan Jin
Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...
Hidayah Oktober 2012
Hidayah keluaran Oktober 2012 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!
Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Salam Kami
ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Berlalunya Syawal, menjenguklah Zulkaedah dan bakal dikunjungi bulan Zulhijjah. Itulah pusingan setiap tahun yang akan kita lalui selagi hayat dikandung badan. Bulan ini juga merupakan bulan sibuk bagi bakal-bakal haji untuk persiapan bertolak ke tanah suci. Alangkah bertuahnya hidup ini apabila terpilih menjadi ‘tetamu Allah’. Kepada bakal-bakal haji, pergunakanlah kesempatan sebaik mungkin apabila berada di sana untuk melengkapkan erti hidup dan menjadi muslim yang sejati. Mudah-mudahan kembalinya anda ke tanahair menjadi ‘manusia baru’ lahir dan batin. Dan sentiasalah menjadi ‘tetamu-tetamu’ di masjid-masjid dan surau-surau yang berhampiran dengan kediaman anda, InsyaAllah. Hidayah sebagaimana biasa terus menemui anda. Sudah berbelas tahun dan kini kami temui anda dengan angka bilangan 170. Bererti sudah seratus tujuh puluh kali kita sentiasa berhubungan. Tanpa jemu, tanpa bosan dengan sokongan berterusan dari anda semua, Alhamdulillah. Kisah-kisah iktibar yang kami paparkan kali ini tetap menarik dengan pelbagai ragam dan karenah hidup manusia. Melalui iktibar 1 kita bentangkan nasib seorang anak yang menderhakai ibu bagaimana aibnya jenazah apabila dihurungi oleh lalat-lalat. Dan bagaimana murninya kasih sayang seorang ibu walaupun pernah dihalau dari rumah kerana menyebelahi isteri melebihi ibu kandung. Keluaran ini juga banyak rencana-rencana lain yang perlu anda hayati dan ambil manfaatnya seperti ‘Rahmat Allah teramat besar di syurga’, ‘Kisah penciptaan Nur Muhammad’, ‘Zikir penggugur dosa’ dan lain-lain lagi. Kita berjumpa lagi dalam keluaran akan datang. Semoga anda tidak jemu-jemu memberi sokongan kepada kami.
Wassalam
Pengarang,
Shahimisaifulislam&yahoo.com.my

Dajal Keluar Dari Kalangan Umat Muhammad
DALAM kitab agama dan dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. ada dijelaskan bahawa manusia akan menghadapi “fitnah” yang paling besar sekali ialah pada “akhir zaman”. Fitnah yang paling besar dan paling menakutkan ialah “fitnah” yang dibawa oleh “Dajal”. Dajal adalah manusia yang akan muncul diakhir zaman, di mana dunia hampir nak kiamat. Dia akan muncul di tengah masyarakat manusia dengan mengaku dirinya sebagai “Tuhan”. Dialah manusia yang jahat yang akan “menyesatkan” umat Islam ketika itu. Dalam cerita-cerita agama memang ada dijelaskan tentang manusia dajal ini. Dia diberi oleh Tuhan dengan kuasa ‘ajaib’ yang tujuan Allah semata-mata mahu menguji keimanan umat Islam diakhir zaman kelak. Itulah sebabnya dajal ini mengaku dirinya sebagai tuhan. Dia akan mempengaruhi orang ramai dengan berbagai perbuatan yang ajaib.
Sebelum Nabi Isa a.s. turun membunuhnya ketika dajal ini bermaharajalela ditengah-tengah masyarakat, maka dengan izin Allah dan sudah menjadi “Sunatullah” Nabi Isa akan turun ke bumi membawa syariat Nabi Muhammad s.a.w. dan menghidupkan semula akhirnya akan membunuh dajal yang dilaknat itu. Dajal tugasnya membawa fitnah. Semua orang difitnahkannya dengan berbagai-bagai perkara, termasuk mengistiharkan dirinya sebagai “tuhan”. Allah s.w.t. akan menguji iman umat Islam ketika itu, siapa yang terpedaya, dan siapa yang tidak. Nabi Isa a.s. akan turun untuk membunuh dajal yang ketika itu melakukan fitnah dalam masyarakat. Dari pelbagai hadis yang dihimpunkan para ulama mengenai persoalan turunnya Nabi Isa a.s. diakhir zaman kelak dapat diambil kesimpulan bahawa Nabi Isa a.s. akan menyebarkan syariat Nabi Muhammad s.a.w. Disamping untuk membunuh Dajal, Nabi Isa a.s. akan juga membetulkan keadaan masyarakat Islam yang kucar kacir akibat perbuatan dan fitnah Dajal. Menurut keterangan ulama, Dajal akan wujud bila dunia hampir kiamat dengan membawa fitnah besar terhadap manusia. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Urwah bin Mas’ud Ats-Tsaaqfi r.a. katanya: “Saya mendengar Abdullah bin Amar berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Dajal itu akan keluar dikalangan umatku, kemudian dia tinggal selama empat puluh.” Yang meriwayatkan hadis ini berkata: “Saya tidak mengerti apakah yang dimaksudkan itu empat puluh hari atau empat puluh bulan atau empat puluh tahun.”
Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2012 di pasaran...

Jasad Anak Derhaka Dihurungi Lalat
TERNYATA, tetamu istimewa itu bukanlah presiden, bukan juga seorang raja, apalagi manusia berpangkat dan bergelar dengan darjah kehormatan. Tamu istimewa itu sangat dekat sekali di dalam hidup kita dimana Allah sangat memuliakannya. Dialah ibu bapa kita. Sabda Nabi s.a.w., “Kerelaan Allah ada pada kerelaan kedua ibu bapa. Kebencian Allah ada pada kebencian kedua ibu bapa.” (HR. Bukhari). Apa pesanan penting dari hadis ini? Tak lain adalah bila anda menginginkan kerelaan Tuhanmu atas apa yang kamu kerjakan di muka bumi ini, maka temukan itu pada kedua ibu bapamu. Jika kedua ibu bapa kita redho, maka insyaAllah, Tuhan pun redho. Dan kisah berikut itu adalah peringatan bahawa manusia istimewa itu bukan sekadar tamu istimewa, tapi juga ubat yang paling utama. Sungguh, ubat-ubatan kimia yang masyhur sangat mujarab secara ilmiah dan telah dibuktikan di makmal pun tetap saja tidak sehebat doa seorang ibu. Doa ibu tidak mengeluarkan zat kimia, tapi ia mengeluarkan rahmat Ilahi. Berikut ini kisahnya.
Bersih dan Wangi
Rahman, namanya. Usianya sekitar 42 tahun. Lelaki yang berjaya dalam dunia perniagaan ini dan tergolong ‘orang kaya’ di tempat tinggalnya. Awal pagi hari sebelum subuh, rohnya dicabut Allah s.w.t.. Pagi harinya, jasad Allahyarham dimandikan. Para jiran tetangga berdatangan menziarahi jenazahnya. Selesai dimandikan, jasad Rahman kemudian dibaringkan di lantai beralaskan karpet sederhana. Tubuhnya berselimutkan kain batik saja. Kain kafan pun sudah dipersiapkan oleh pihak keluarga, untuk kemudian rencananya dikenakan pada tubuh Rahman. Kerana tubuh Rahman tergolong tinggi, sekitar 170 cm, maka kain kafan yang disiapkan panjangnya mencapai 230 cm. Hal ini mengingat ukuran kain kafan untuk jenazah ditambahkan 60 cm, hingga dapat disesuaikan agar dapat mengikat hujung kepala dan hujung kaki jenazah. Meski proses mengkafani masih berlangsung, keranda jenazah sudah dipersiapkan terlebih dahulu oleh pihak keluarga. Kain kafan yang sudah diletakkan di lantai, sebelum dikenakan pada jenazah, terlebih dulu ditaburi wewangian dan kapur barus. Kemudian mayat diletakkan di atasnya dengan hati-hati dan tetap menjaga auratnya. Seorang petugas jenazah meletakkan kepala jenazah pada bahagian kain yang telah dilebihkan tersebut. Petugas jenazah kemudan mengoleskan minyak wangi pada tubuh mayat. Bahkan, dia mengoleskan minyak wangi pada tujuh titik anggota sujud, yakni kening, lutut, telapak kaki, telapak tangan, hidung, dan di sela-sela persendian. Setelah itu, hujung kain yang pertama, yakni bahagian yang paling bawah di arah bahagian kanan dilipat ke sebelah kiri secara bersamaan, mulai dari kaki hingga kepala. Setelah itu hujungnya dipegang dengan kuat dan dilipat atau diputar. Lalu lipatan hujung kain dipegang dengan tangan kiri, lalu diambilah kain yang kedua. Begitu seterusnya. Proses tiga lipatan kain dengan mudah dan tanpa hambatan pun selesai dikenakan. Dipendekkan cerita, jasad Rahman sudah rapi dikafani dan tampak bersih serta wangi. Kerana jam menunjukkan pukul 10.00 pagi, jasad Rahman tidak langsung diangkat ke keranda jenazah. Mengingat, rencananya, pihak keluarga bakal menyembahyangkan jenazah selesai solat zuhur. Kerana itu, sekitar 2 jam, jasad Rahman sudah rapi dibaringkan di biliknya, untuk kemudian nantinya tinggal diangkat ke surau terdekat. Beberapa tetamu yang berziarah secara bergiliran berdatangan. Dua atau tiga orang bertugas membaca al-Quran di bilik Rahman, dimana jasadnya dibaringkan. Sementara yang lainnya hanya duduk-duduk di ruang utama rumahnya.

Kisah Jenazah Yang Diperebutkan
HAMPIR satu bulan ini, Yuanita merasakan kelegaan di dadanya. Betapa tidak? Selama bertahun-tahun hidup dalam kesamaran, dalam batin yang mengembara mencari arah kebenaran yang sebenar-benarnya, dia akhirnya menemukan jawapan. Secara zahir, Yuanita bahagia hidup di tengah-tengah keluarga yang sangat menyayanginya, namun secara batin, dia tak dapat menerima ajaran mahupun arahan yang berlaku dalam keluarga besarnya. Yuanita gelisah hidup dengan ajaran agama yang tidak diyakini kebenarannya. Yuanita selalu mempertanyakan kebenaran Tuhan dalam agamanya. Benarkah ia adalah Tuhan yang sebenar-benarnya, yang memberikan kehidupan dan penghidupannya di alam dunia? Keresahan seperti itu, satu bulan terakhir ini tak lagi menekan hidupnya. Dada Yuanita sudah terasa lapang, sebab Islam telah memberinya kelapangan dalam segala hal. Islam itu “rahmat bagi seluruh alam”, begitu menurut Yuanita. Seterusnya, bertahun-tahun Yuanita hidup dalam keimanan dan akidah yang terjaga, meskipun dia tetap berada di tengah keluarga dengan agama yang berbeda. Dan selama bertahun itu pula Yuanita mampu menyembunyikan identitinya sebagai muslimah, semua itu dilakukannya semata menjaga keharmonian dirinya dengan anggota keluarga yang lain. Namun, waktu terus berjalan, dan manusia harus siap saat dipanggil kehadiratNya. Begitu pula dengan Yuanita. Rupanya, batas kehidupan yang ditentukan Allah untuk Yuanita telah sampai. Episod kehidupan Yuanita berakhir bahagia.
PENGHORMATAN TERAKHIR
Bagi sebuah keluarga yang ditinggal mati anaknya, dukacita yang mendalam adalah satu hal yang tak terelakkan. Mereka merasa kehilangan dan pastinya akan melepas kepergiaan anggota keluarga itu dengan penghormatan terakhir yang terbaik. Mereka melakukan acara yang disusun dengan terperinci, menurut budaya agama kepercayaan mereka. Tak ubahnya Yuanita. Kedua ibu bapa dan saudara-saudaranya telah melakukan persiapan untuk persemadiannya. Lokasi pusaranya sudah ditentukan. Peti mati indah berukir disiapkan menjadi singgahsana terakhir dan Yuanita menjadi penghuni di dalamnya dengan hiasan bagai puteri yang hendak bertemu putera pengantinnya. Seorang perempuan muda (Farah) nampak termangu menyaksikan kemeriahan yang terjadi di rumah Yuanita. Farah nyaris tak percaya dengan apa yang dilihatnya. “Bukankah Yuanita itu muslimah? Mengapa proses pengkebumiannya dilakukan dengan cara seperti itu?” Tiba-tiba Farah ingat, pada suatu waktu dia pernah melihat piagam yang diterbitkan oleh sebuah Yayasan Muslim. Farah masih ingat nama dan alamat yayasan yang sebagai perantara masuknya hidayah Allah ke dalam dada Yuanita, sebuah cahaya Islam yang telah memberikan ketenangan dalam hidupnya. Mengingat itu semua, Farah tak membuang waktu. Dia segera mungkin mendatangi yayasan yang telah menerbitkan piagam pengesahan sebagai muslimah untuk Yuanita.

Makanan Disangka Najis
SEMUA orang mengenal nama Risman. Ini latar belakang kerjanya sehari-hari. Dia hidup mewah dengan melakukan ‘pekerjaan haram’ meminjamkan wang kepada orang lain, tetapi dengan bunga yang sangat tinggi, hingga 100 peratus. Jadi, kalau orang pinjam RM 10,000, maka dalam sepuluh bulan dia harus mengembalikannya sebesar RM20,000. Semakin lama tempoh pembayarannya hutang, semakin tinggilah bunganya. Meski begitu, tetap saja orang ramai yang terpaksa meminjam kepadanya kerana tuntutan hidup. Dengan cara begitu, Risman sendiri boleh hidup kaya raya. Dia dibenci, tapi dia juga dihormati. Begitulah Risman di kampungnya. Dibenci kerana suka meminjamkan wang dengan bunga tinggi, tapi dihormati kerana kekayaannya itu. Kerana cukup terkenal namanya, ada juga orang jauh dari kampung tetangga yang pinjam wang kepadanya. Dan seperti biasa, dengan bunga yang mencekik leher, Risman pun selalu meminjamkannya. Kalau saja dalam sepuluh bulan dia berhasil menggeluarkan wangnya sebesar RM 100,000 (seratus ribu ringgit) saja dengan bunga 100%, maka boleh diteka berapa penghasilan Risman dari perniagaan haram dan kotornya ini. Dalam sebulan, dia mampu mengaut keuntungan sebesar puluhan ribu ringgit. Ya, hanya dengan menggunakan beberapa orang ‘samseng’ di rumah dan menyewa bodyguard sebagai “penagih hutang”, Risman sudah cukup menjadi orang yang berjaya. Tetapi, kejayaan begitu sebenarnya didorong oleh syaitan dan hawa nafsu. Sebab, dalam agama ditegaskan bahawa hidup dari pekerjaan kotor seperti ‘ceti haram’, hukumnya tetap haram. Maka, apa yang dimakan dan diminum oleh Risman semuanya adalah haram. Kerana yang menikmati wang haram itu tidak saja dirinya, tetapi juga isteri dan anak-anaknya, maka mereka semua terkena dosanya.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2012 di pasaran...
Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2012 di pasaran...
Subscribe to:
Posts (Atom)

IklankanApaSaja.jpg)