Tuesday, December 11, 2012

Marah Ibarat 'Harimau' Yang Bersembunyi

MARAH, diertikan sebagai sangat tidak senang (kerana dihina, diperlakukan tidak selayaknya, dan lain-lain lagi), berang, gusar. Marah yang sering kita temukan adalah marah sebagai tindak balas atau sesuatu yang mengecewakan yang bersangkutan. Merasa diperlakukan tidak adil, diremehkan, diherdik secara tidak wajar, adalah sebahagian dari munculnya rasa marah itu. Namun marah tanpa alasan rasional dan logik pun tidak jarang terjadi. Biasanya, rasa iri menjadi penyumbang faktor marah tersebut. Misalnya, seorang ibu di sebuah taman perumahan, ibu tersebut sedang dalam keterbatasan rezeki. Alih-alih berbesar hati atas keadaan, diri yang sedang menerpanya, dia meluapkan rasa marah atas ketidakberdayaan ini pada anak, suami, atau tetangganya. Dengan alasan yang pasti akan mudah dicari. Sebagai salah satu sifat yang diberi kepada manusia, rasa marah adalah semulajadi. Kehadirannya semacam pusingan, yang ketika datang, ia bagaikan pelepasan ketegangan jiwa. Pelepasan atas sifat ini merupakan pelepasan ketegangan emosional. Memang, tanpa rasa marah, hidup manusia ibarat kehilangan egonya. Padahal, ego (kesedaran tentang diri) itu diperlukan guna menopang hidupnya. Kerana egolah, ia membentuk dan memaknai kehidupan dirinya. Kerana egolah, suatu ketika ia pantas gembira kerana ada rangsangan gembira, dia boleh sedih, kerana ada rangsangan sedih dalam egonya. Pun, ia akan melempiaskan rasa marah kerana memang pusingan yang diberikan pada egonya adalah “kewajaran” marah kerana diperlakukan tidak patut. Pendeknya, gembira, sedih, kecewa, juga marah, merupakan pusingan yang selalu berulang. Memelihara marah ibarat menjaga kegarangan harimau di dalam dirinya. Harimau di dalam kandang akan selalu hilir-mudik dalam keadaan jaga sepenuhnya dan siap menerkam, merobek atas objek-objek yang tertangkap dalam inderanya. Rasa marah pun boleh disamakan dengan api yang siap berkobar besar bila ada sarana yang memperbesar diri sang api.
Sebuah titik api kecil pada mulanya, akan mampu membakar ribuan hektar hutan kerana adanya angin dan sifat kering pada kawasan tersebut. Bahkan dalam kisah alam ghaib, iblis yang disamakan dengan api adalah lambang kemurkaan dan keangkuhan kerana ketidaksudiannya ditempatkan di bawah pengaruh manusia, pun ketika Allah azza wa jalla yang memerintahkannya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...

No comments: