Friday, January 11, 2013

Amalan-Amalan Baik Akan Hapuskan Seksa Kubur

BOLEH dikatakan saban malam, di masjid-masjid atau pun di surau-surau dimerata tempat dalam negara kita ini ada kuliah agama. Tujuan mengadakan kuliah-kuliah itu semata-mata untuk mengajar kita tentang agama dan Islam itu sendiri. Bagi orang-orang yang belum tahu tentang selok-belok sembahyang, maka menerusi kelas kuliah agama itu kita dapat maklumat dan ilmu cara-cara sembahyang. Para guru agama juga akan menerangkan hal-hal yang berkait dengannya. Tujuan lain kelas agama ini untuk kita pelajari dan mesti kita mengetahuinya, walau pun tidak banyak. Hukum hakam tentang yang boleh dan yang tidak boleh, tentang yang haram-haram dan tentang yang haram di makan mesti juga kita tahu. Dalam kuliah-kuliah agama ini para guru agama akan menjelaskan dan akan mengajar kita perkara-perkara tersebut. Menuntut ilmu adalah wajib. Dalam hidup ini, kita mesti ada ilmu. Mahu beribadat kepada Allah pun mesti ada ilmu. Kalau kita nak makan pun mesti ada ilmu. Apa jenis makanan yang boleh kita makan, pun mesti ada ilmu.
Belajar ini merupakan amalan-amalan baik yang akan menghapuskan seseorang itu dari seksa, terutama seksa kubur.

• Solat Ba’da Maghrib Pada Malam Jumaat
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa mengerjakan solat dua rakaat setelah solat maghrib pada malam Jumaat, lalu pada setiap rakaatnya membaca al-Fatihah sekali dan Idza zulzilat (al-Zalzalah) lima belas kali, nescaya Allah akan memudahkan sakaratul maut baginya, melindunginya dari azab kubur, dan memudahkan penyeberangan shirath pada hari kiamat kelak.” (Al-Ashbahani - At-Targhib).

• Meninggal Dunia pada Hari Jumaat
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa meninggal dunia pada hari Jumaat, dia akan dilindungi dari azab kubur.” (Abu Ya’la). Dari Ikrimah bin Khalid Al-Makhzumi r.a. disebutkan bahawa “barangsiapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat, dia akan ditandai dengan tanda iman dan dipelihara dari azab kubur.” (Baihaqi) Al-Hakim berkata: “Barangsiapa meninggal dunia pada hari Jumaat, akan tersingkap tabir yang menutupi apa yang menjadi miliknya di sisi Allah. sebab, pada hari Jumaat ini neraka Jahanam tidak dinyalakan, semua pintu ditutup dan para penguasa di neraka tidak bekerja sebagaimana pada hari-hari lainnya. Jika nyawa seorang hamba yang taat mengabdi kepadaNya pada hari Jumaat, yang demikian itu merupakan tanda kebahagian dan kebaikan tempat kembalinya. Dia tidak mencabut nyawa pada hari Jumaat melainkan telah ditetapkan bagi mereka yang dicabut nyawanya itu kebahagiaan di sisiNya. Oleh kerana itu, Dia akan selalu melindunginya dari fitnah kubur.” asulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat, dia akan diselamatkan dari azab kubur, dan akan datang pada hari kiamat kelak dengan pengenalan syahid menempel pada dirinya.” (Abu Nu’aim: Al-Hilyah)
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidaklah seorang muslim, lelaki mahu pun perempuan, meninggal dunia pada malam Jumaat atau hari Jumaat, melainkan akan dilindungi dari azab dan fitnah kubur, akan bertemu dengan Allah, tidak menjalani hisab, dan pada hari kiamat kelak dia akan datang bersama orang-orang yang memberikan kesaksian bahawa syurga telah dipersiapkan untuknya.”

• Berjuang Fi Sabilillah Di Luar Kampung Halamannya
Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa ada seseorang yang meninggal di Madinah. Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat untuknya, kemudian bersabda, “Seandainya saja dia meninggal bukan di tempatnya kelahirannya.” Ada seseorang yang bertanya, “Mengapa demikian, ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Sesungguhnya jika seseorang meninggal bukan di tempat kelahirannya, akan diukurkan baginya tempat di syurga dari tempat kelahirannya sampai akhir hayatnya.” (Ahmad, An-Nasa’i, Ibnu Majah).
Dari Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bagi orang asing  (yang meninggal tidak di tempat kelahirannya) akan diluaskan kuburnya sejauh keberadaannya dari keluarganya.” (Abu Al-Qasim bin Mundah).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2013 di pasaran...

No comments: