Monday, June 10, 2013

Muazin Pertama: Ketabahan Bilal Tidak Ada Tolok Bandingnya

DALAM menegakkan agama Islam, nama Bilal bin Rabbah tetap ada dalam senarai ini. Peranannya begitu besar, dari seorang hamba abdi, Bilal seorang bangsa Habsyi telah dikurniakan oleh Allah dengan ‘iman’ yang tidak goyah. Walaupun ia menerima seksaan yang amat berat dari kaum Quraisy kerana dia seorang Islam dan beriman kepada Allah, namun Bilal tetap cekal dan tabah. Allah memberinya hidayah sehingga Bilal menjadi seorang “tukang azan” yang di zaman Nabi s.a.w. sehinggalah akhir hayatnya. Kisah atau riwayat hidupnya sebelum dia memeluk agama Islam, sangat sedih dan memilukan. Selepas memeluk Islam beliau merupakan sahabat Rasulullah s.a.w. yang paling rapat sekali. Ke mana sahaja Rasulullah pergi, Bilal tetap bersamanya. Bilal adalah seorang ‘hamba’ kepada seorang sahabat Abu Jahal bernama Umaiyah bin Khalaf. Apabila Umaiyah mengetahui bahawa Bilal telah memeluk agama Islam, Umaiyah telah menyeksanya paling kejam dan mengerikan. Pada satu ketika Umaiyah menyeksa Bilal dengan mengheretnya di tengah-tengah padang pasir dalam keadaan bertelanjang di panah sinar matahari panas terik. Bilal diikat, kemudian diseret di atas pasir yang panas itu. Kemudian ada beberapa orang yang menjadi tukang pukul, memukul Bilal semasa dia ditarik dengan kejam tanpa perikemanusiaan. Tujuan kaum Quraisy berbuat demikian, supaya Bilal meninggalkan agama yang baru dianutinya itu, iaitu agama Islam. Tetapi oleh kerana iman Bilal begitu mantap dan tebal, maka amat sukar sekali bagi kaum Quraisy terutama Umaiyah untuk mengubah akidah Bilal bin Rabah itu. Sebaliknya semakin kuat diseksa maka makin menebal dan semakin banyak Bilal menyebut nama Allah s.w.t. Semasa diseksa Bilal tidak henti-henti menyebut perktaan: “Ahad..Ahad..A..iaitu Allah Maha Besar” Semakin kuat Umaiyah menyeksa Bilal, semakin galak Bilal menyebut ayat tersebut. Melihat kedegilan Bilal dengan penderitaan yang mantap itu Umaiyah lalu menampar pipi Bilal sekuat-kuatnya, lalu berkata: “Hei budak jahat, engkau ini memang degil, engkau memang celaka. Aku mahu engkau menyebut Latta dan Uzza, tetapi lain yang engkau sebut...”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2013 di pasaran...

No comments: