Monday, December 12, 2011

Uthman Bin Affan: Pemilik Dua Cahaya

UTHMAN BIN AFFAN adalah salah seorang dari empat sahabat Nabi Muhammad s.a.w. (Khulafaur Rasyidin) yang dipercayai meneruskan kepemimpinan pasca diri Rasulullah wafat. Uthman terlahir dari keluarga kaya dan berpengaruh dari suku Quraisy. Usianya lebih muda lima tahun dari Rasulullah. Dia mendapat pendidikan yang baik mengingatkan sejak usia masih kecil dia telah belajar membaca dan menulis. Di masa mudanya, dia pun telah dikenali sebagai ahli perniagaan yang kaya. Dari sisi keperibadiannya, Uthman dikenal jujur dan memiliki wibawa, jauh sebelum dirinya masuk Islam. Sosoknya dermawan, tak peduli kepada kawan mahupun lawan. Dalam sebuah riwayat disebutkan, tatkala bencana kemarau melanda kota Madinah, kaum muslimin terpaksa menggunakan telaga Rum, sebuah telaga yang dijadikan warga sebagai sumber mata air satu-satunya. Sayangnya telaga tersebut adalah milik Yusuf, seorang Yahudi tua yang bernafsu besar. Untuk mengambil air telaga itu, kaum muslimin harus membayar mahal dengan harga yang ditetapkan si Yahudi tersebut. Namun Uthman berani membayar mahal, sekalipun si Yahudi hanya mengizinkan setengah saja dari telaganya untuk dibeli. Bahkan sejak itu tak seorang penduduk pun membeli airnya. Kerana itu, akhirnya Yusuf pun merelakan kembali setengah telaganya untuk dibeli Uthman. Cerita tak hanya itu. Saat perang Tabuk meletus, Uthman dengan ikhlas menanggung 1/3 biayanya. Seluruh hartanya dia sumbang mencapai 900 ekor unta dan 100 ekor kuda. Semua itu, belum termasuk wang yang jumlahnya ribuan dinar yang dia sumbangkan untuk kepentingan jihad. Selain dermawan, Uthman juga dikenal sebagai sosok pemalu. Sifat yang dimilikinya ini membuat Rasulullah pun pernah merasa begitu malu kepadanya dibandingkan kepada sahabatnya yang lain. Diceritakan dalam sebuah riwayat Muslim, bahawa suatu ketika Abu Bakar mendatangi Rasulullah sementara kala itu ia sedang bersama Aisyah. Sikap Rasulullah tidak canggung dengan kedatangan Abu Bakar hingga Abu Bakar menyelesaikan keperluannya. Mungkin saja, kerana Abu Bakar adalah ayah mertuanya. Tapi tak lama, Umar pun datang untuk suatu keperluan sementara keadaan Rasulullah masih seperti sebelumnya. Tak lama berselang, Uthman datang lantaran ada keperluan juga. Namun begitu mengetahui yang datang Uthman, Rasulullah pun segera membetulkan keadaannya.
Hal ini tentu saja mengundang tanya Aisyah, “Abu Bakar masuk tapi engkau biasa saja, wahai Rasulullah, dan tidak memberi perhatian khusus, lalu Umar masuk dan engkau pun biasa saja, tidak memberi perhatian khusus. Akan tetapi, saat Uthman datang, engkau terus duduk dan membetulkan pakaianmu, ada apa sebenarnya?” Rasullullah menjawab, “Apakah aku tidak malu terhadap orang yang malaikat saja malu kepadanya?”
Untuk keperibadian yang berwibawa itulah Rasulullah ikhlas merelakan kedua puterinya untuk dinikahi oleh Uthman. Pertama kali, Uthman menikahi Ruqayyah. Namun tak lama si isteri meninggal dunia. Uthman terpukul dan sedih luar biasa. Prihatin akan keadaan sahabatnya itu Rasulullah tersentuh dan menasihati agar Uthman menikahi seorang lagi anak perempuannya, yakni Ummu Kultsum. Kerana kehormatan yang besar dapat menikahi dua anak perempuan Rasulullah inilah akhirnya Utsman terkenal dengan sebutan “Dzun Nurain”; si pemilik dua cahaya. Walau ia dikenal sebagai sosok yang lembut, namun Uthman pun tak pernah ragu jika panggilan tugas dari Rasulullah datang kepadanya. Pada peristiwa Hudaibiyah, dia dikirim oleh Rasulullah untuk menemui Abu Sufyan di Makkah. Uthman diperintah Nabi s.a.w. untuk menegaskan bahawa rombongan dari Madinah hanya akan beribadah di Kaabah dan akan segera kembali ke Madinah, bukan untuk memerangi penduduk Makkah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2011 di pasaran...

Fahami Hikmah Dan Keutamaan Solat-Solat Sunat

SOLAT dhuha ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu matahari sedang naik. Dhuha secara bahasa adalah ‘terbit’ atau ‘naik’. Disunahkan melaksanakan pada waktu matahari naik agak tinggi dan panas agak terik atau seperempat siang. Sekurang-kurangnya solat ini dua rakaat, boleh empat rakaat, enam rakaat, dan maksimanya lapan rakaat. Namun ada juga yang menyebut boleh dilakukan 12 rakaat. Ulama Hanafiah memberi batas bahawa solat ini boleh dilaksanakan sampai 16 rakaat. Sementara ulama Syafiiah menyebut jika solat ini dilakukan lebih 8 rakaat maka rakaat lebih itu terhitung solat Mutlaq. Abu Said r.a.berkata: “Rasulullah s.a.w. selalu melaksanakan solat dhuha sampai-sampai kita mengira bahawa baginda tidak pernah meninggalkannya, tetapi jika telah meninggalkan sampai-sampai kita mengira bahawa baginda tidak pernah mengerjakannya.” (HR. Termizi) Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi s.a.w. keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan solat dhuha. Baginda lalu bersabda:‘inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, yakni di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu dhuha’.” (HR. Ahmad, Muslim dan Termizi)
Dalil yang menyebut bilangan rakaatnya dua adalah hadis sebagai berikut: Abu Hurairah r.a. berkata: “Kekasihku Rasulullah s.a.w. berpesan kepada saya supaya berpuasa tiga hari setiap bulan, solat dhuha dua rakaat, dan solat witir sebelum tidur.” (HR. Bukhari dan Muslim) Dalil empat rakaat adalah hadis berikut: “Aisyah r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. biasa melaksanakan solat dhuha empat rakaat, dan kadang-kadang melebihi dari itu sekehendak Allah.” (HR. Muslim) Dalil lapan rakaat: “Bahawa Nabi s.a.w. mengerjakan solat dhuha sebanyak lapan rakaat dan tiap-tiap dua rakaat bersalam.” (HR. Abu Daud) Dalil dua belas rakaat: “Dari Anas r.a. ia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Barang siapa yang solat dhuha dua belas rakaat, nescaya Allah akan mendirikan rumah baginya di syurga.” (H.R. Termizi)

Fadhilat
Slat dhuha memiliki banyak fadhilatnya. Hingga membiasakan mengamalkannya adalah amal yang baik. Dhuha boleh dipandang sebagai rasa terima kasih hamba kepada Allah s.w.t. atas demikian banyak berkat hidup yang Dia berikan. Solat ini bahkan dalam salah satu hadis Nabi s.a.w. boleh mengganti sedekah kita. Fadhilat yang termasyhur adalah boleh membuka pintu rezeki. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang berasal dari Abu Hurairah r.a.: “Siapa saja yang dapat mengerjakan solat dhuha secara rutin (istiqamah) maka akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.” (HR. Termizi) Nabi s.a.w. juga bersabda dalam hadis lain dari Nuwas bin Sam’an: “Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangan sekali-sekali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (yakni solat dhuha), nanti pasti akan Kucukupkan keperluanmu sampai petang harinya.” (HR. Hakim dan Tabrani) Abu Zar r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hendaklah masing-masing kita setiap pagi bersedekah untuk persendian atau ruas tulang badan. Maka tiap kali bacaan tasbih, tahmid, tahlil, serta setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan adalah sedekah dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan solat dhuha dua rakaat.” (HR. Ahmad, Muslim dan Abu Daud) Abu Hurairah berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha”. Maka jika kelak hari kiamat datang, berserulah malaikat: ’Manakah orang-orang yang telah melaksanakan solat dhuha?’ Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah.” (HR. Thabrani)

Pelaksanaan Solat Dhuha
Rasulullah s.a.w. melakukan solat Dhuha dengan memperpanjang bacaan surah pada tiap rakaatnya. Sebagai solat sunnah boleh dilakukan dua rakaat atau empat rakaat dengan sekali salam. Namun Imam Syafi’i menyebut solat sunnah di malam dan pagi hari lebih baik dua rakaat dengan sekali salam. Ini berdasarkan sebuah hadis riwayat Thabrani. Shalat Dhuha dapat dilaksanakan dengan berjemaah. Ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari-Muslim. Dikisahkan suatu ketika Nabi s.a.w. pergi ke rumah Itban. Itban sendiri telah memohon kepada Nabi s.a.w. agar baginda bersedia solat di rumahnya. Ketika Nabi s.a.w. solat para sahabat membentuk shaf dan solat berjemaah bersama baginda. Surat-surat yang dibaca pada tiap-tiap rakaat boleh mana saja yang kita anggap mudah. Ada ulama yang menyarankan membaca surat adh-Dhuha, asy-Syams, al-Kafirun, al-ikhlas, Ayat Kursi dan lain-lain lagi.

Niat Solat
Niat solat Dhuha adalah: “Aku niat solat sunat dhuha dua rakaat, kerana Allah taala.”

Doa Shalat Dhuha
Doa yang dibaca setelah selesai solat dhuha adalah sebagai berikut: “Ya Allah, waktu dhuha ini adalah waktu dhuhaMu, kemegahan ini adalah kemegahanMu, keindahan ini adalah keindahanMu, kekuatan ini kekuatanMu, kekuasaan adalah kekuasaanMu, dan perlindungan ini adalah perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit turunkanlah, jika ada di bumi keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami seperti yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang salih.” Doa lain: “Ya Allah, penuhilah hajatku, berilah aku seperti yang telah Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang salih-salih.” “Ya Allah, berilah kami kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat dan jauhkanlah kami dari api neraka.” “Ya Allah, limpahkanlah rahmat atas junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan pemelihara alam semesta.”

SOLAT TAHAJUD
Solat Tahajud sangat disunnahkan sebab waktu malam memang sangat ditekankan untuk melaksanakan solat. Nilainya demikian tinggi. Nabi s.a.w. dalam sebuah hadis riwayat Muslim menyebut setelah solat fardu maka solat yang utama adalah solat malam. Dalilnya ada dalam al-Quran dan hadis. Solat ini dikupas dalam Az-Zariyat: 17-18, QS. As-Sajdah: 16-17, dan QS. Az-Zumar: 9 dan masih banyak lagi lainnya. Masih banyak lagi ayat al-Quran yang menjelaskan tentang solat Tahajud. Banyaknya solat Tahajud yang dikupas dalam ayat suci ini tidak diragukan lagi menunjukkan kualitinya bagi diri kita, baik secara fizik mahupun bukan-fizik. Menurut Yazid bin Abban Ar-Raqasi, solat Tahajud itu dapat menyihatkan mata. “Tumpuan pelaksanaan untuk Tahajud menyejukkan mata ahli ibadah sementara tumpuan pelaksanaan puasa menyenangkan hati mereka ketika bertemu Allah,” ujarnya. Bahkan, menurut Yahya bin Muadz Ar-Razi, solat Tahajud (malam) merupakan salah satu ubat dari sekian ubat penyakit yang ada. Menurutnya, “Ubat penyakit ada lima perkara, iaitu membaca al-Quran dengan difikirkan maknanya, mengosongkan perut, solat malam, merendahkan diri kepada Allah di waktu fajar, dan bergaul dengan orang-orang salih.” Allah s.w.t.berfirman: “Hendaknya engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk solat tahajjud, sebagai ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhan mengangkatmu ke tempat yang terpuji.” (QS. Al-Isra’: 79) Selanjutnya firman Allah s.w.t.: “Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan menaruh harapan dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan.” (QS. As-Sajdah: 16) Mereka yang tersungkur dalam sujud saat malam gelita adalah orang-orang yang terpuji di sisi Allah. Kerana hanya mereka yang diberi petunjuk, keikhlasan serta ketundukan yang penuh yang menjaga solat malam. Adapun hadis-hadis yang dijadikan dasar amalan ini cukup banyak. Antaranya: “Kerjakan solat malam, sebab itu adalah kebiasaan orang-orang salih sebelummu dahulu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, juga sebagai penebus kejahatan-kejahatan (dosa), pencegah dosa serta dapat menghindarkan dari penyakit.” (HR. Termizi dan Ahmad)

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2011 di pasaran...

Sunday, November 13, 2011

Variasari Keluaran November 2011


Sudahkah anda memiliki Variasari edisi November 2011? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan...

Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai.

Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.

Dapatkan segera majalah Variasari keluaran November 2011 sebelum terlambat.

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.

Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin


Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Dalam Variasari November 2011











Hidayah November 2011





Hidayah keluaran November 201
1 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja Dalam Hidayah...

Langganlah Segera Melalui Pos





















Kepada pembaca yang melanggan secara online e-mailkan kepada kami salinan resit bayaran bersama maklumat peribadi serta tarikh mula majalah yang anda ingin kami hantarkan...ke alamat: majalahhidayah@yahoo.com

Salam Kami November 2011

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur kita ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Diam tak diam, masa terus merangkak pantas. Ketika ini sudah jutaan umat Islam seluruh dunia yang berkumpul di tanah suci Makkah dan Madinah bagi menyahut panggilan haji. Alhamdulilah, ribuan rakyat Malaysia turut bersama-sama dalam lautan manusia yang menjadi ‘tetamu Allah’ pada tahun ini. Walaupun dikatakan kouta jemaah haji dari Malaysia telah bertambah, namun difahamkan ratusan ribu bakal-bakal haji yang berdaftar dengan Tabung Haji masih menunggu-nunggu giliran mereka untuk ke tanah suci. Bagaimanapun kita mengalu-alukan keutamaan yang diberikan kepada mereka yang berusia lebih 70 tahun untuk menunaikan fardu haji buat pertamakali. Ini adalah wajar kerana mereka yang berusia lanjut begini harus diutamakan. Ini bukan bermakna bakal haji di bawah usia berkenaan boleh diketepikan, tapi peluang mereka akan tiba juga apabila sampai ke usia 70 jika dipanjangkan umur. Andai sementara menunggu ‘giliran’ tiba-tiba dipanggil kembali ke rahmatullah, niat mereka menunaikan haji itu rasanya sudah memadai. Allah saja Yang Maha Tahu... Hidayah seperti biasa keluaran ini menyajikan kisah-kisah iktibar yang menarik untuk direnungi. Salah satu kisahnya ialah mengenai seorang penjual petrol bermotosikal yang begitu gigih menabung wangnya sedikit demi sedikit akhirnya mampu menunaikan haji hasil ketekunannya itu. Disiplinnya wajar dicontohi. Kisah iktibar utama pula memaparkan kematian seorang lelaki yang meninggal dunia selepas memimpin majlis bacaan yasin di rumahnya. Dia hanya seorang rakyat biasa dengan segala kesederhanaannya dimuliakan dengan kematian ‘husnul khatimah’. Sementara iktibar lainnya pula mengisahkan bagaimana seorang ‘tokoh ulama’ tempatan yang dipanggil ‘kiai’ yang dihormati mengalami permasalah ketika upacara pengkebumiannya. Ianya boleh dijadikan renungan bersama. Itulah sebabnya kita digalakkan membaca doa berikut ini sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Wahai Tuhan kami, berikanlah kebaikan bagi kami di dunia dan di akhirat, serta hindarkanlah kami dari seksa neraka.”(Al-Baqarah: 201) Kami alu-alukan anda terus menghayati majalah ini. Jadikan ianya sebagai kunci untuk anda berjinak-jinak dengan kitab-kitab agama yang akan memberi anda ilmu dan pengisian fikrah sementara menunggu waktu ‘tutup usia’. Terima kasih kerana terus menyokong Hidayah dan menjadi pembaca setia majalah ini.
Wassalam!

Pengarang

Shahimisaifulislam@Yahoo.com.my.

Perbuatan Sihir Syirik

SEKARANG ramai yang terkena “sihir”. Ada orang apa yang disebutkan orang sebagai “bomoh” melakukan kerja-kerja haram ini. Mereka yang melakukan kerja-kerja ini pada hakikatnya tidak mengerti tentang “ilmu agama”. Mereka “buta kayu”. Asalkan mereka dapat duit, apa kerja pun akan mereka buat. Mereka (bomoh) yang melakukan perbuatan sihir ini sebenarnya meminta pertolongan dari makhluk lain. Mereka bukan meminta pertolongan kepada Allah s.w.t. Mereka meminta pertolongan dari makhluk “jin” dan syaitan. Sebenarnya, perbuatan ini merupakan satu dosa besar. Dan perbuatan ini juga termasuk dalam kategori dosa-dosa yang disenaraikan oleh para ulama. Dalam drama-drama, cerita-cerita orang kena sihir dijadikan drama, kita lihat mereka “terpekik, terlolong” bila ada golongan “agamawan” mengubati orang yang terkena sihir itu. Konon yang “terjerit dan terlolong”, bukanlah orang yang “sakit” itu, tetapi makhluk halus yang meresap dalam diri orang tersebut. Apa yang disebut orang itu terkena “sihir”. Ia dilakukan oleh mereka yang ada menyimpan atau konon “memelihara” makhluk halus seperti jin dan lain-lainnya dalam usaha untuk meminta pertolongan jenis-jenis ini melakukannya. “Hukumnya adalah salah” sama sekali. Agama tidak membenarkan kita berbuat demikian. Kita menganiaya orang lain untuk kepentingan kita. Bomoh yang melakukan kerja-kerja mungkar ini dikira “subahat” akan menerima dosa sama yang diterima oleh pelakunya itu. Sebenarnya, syaitan dan jin tidak akan melayan tukang-tukang sihir ini sehingga tukang-tukang sihir ini jadi “kafir” sama ada dari segi ucapannya atau pun perbuatannya. Semakin kerap tukang sihir membuat maksiat terhadap Allah s.w.t., maka syaitan dan jin semakin dekat dan taat kepadanya. Pernah dilaporkan mengenai satu kisah dimana seorang tukang sihir yang terkenal dimana tidak boleh mensihir dan syaitan tidak mahu datang kepadanya, sehingga tukang sihir itu menjadi Al-Quran sebagai ‘alas kaki’. Ini adalah merupakan satu kekafiran yang nyata malah disedari oleh tukang sihir itu sendiri, tetapi yang paling menyedihkan ada tukang sihir yang kafir kepada Allah dimana dia sendiri tidak menyedarinya. ‘Jampi mentera’ yang mereka baca dan ‘azimat’ yang mereka tulis sebahagian besarnya adalah kerja-kerja syirik dan kekafiran secara nyata, malah ditulis dengan huruf yang tidak difahami. Kadang-kadang mereka memasukan ayat-ayat Quran supaya orang-orang bodoh mengira bahawa mereka tidak memakai azimat (tangkal) dan mentera selain Quran. Ada diantara tukang-tukang sihir ini tidak menyedari tentang dirinya sendiri. Mereka juga bersembahyang, berpuasa, tetapi perbuatan-perbuatan syirik masih dilakukan. Orang-orang seperti inilah orang yang rugi dunia dan akhirat. Kerugian ini merupakan kerugian yang amat jelas dan nyata sekali. Kadang-kadang timbul juga dalam masyarakat kita orang bercakap apakah jin juga ada tinggal di rumah-rumah manusia? Soal itu boleh jadi benar dan boleh jadi tidak, tetapi, kisah-kisah dizaman Rasulullah s.a.w. mengenai jin ini ada diceritakan. Kisah-kisah serupa ini banyak terjadi, dan sebahagiannya ada diceritakan dalam buku-buku agama yang memperkatakan tentang makhluk jin ini. Bagaimana pun, setengah darinya ada yang tidak benar, kerana kadang-kadang ada sebahagian orang membuat cerita-cerita dusta untuk tujuan peribadi dan kepentingan duniawi. Sebenarnya, dalam masyarakat sekarang memang kita tidak dapat mengelakkan diri daripada perbuatan-perbuatan yang melibatkan syaitan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

Hilangnya Akhlaqul Karimah

Allah s.w.t. berfirman: “DAN kalau kami kehendaki, sesungguhnya kami tinggikan darjatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaukannya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkanya dia akan menjulurkan lidahnya juga. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kepada mereka kisah-kisah ini agar mereka berfikir.” (Al-A’raf: 176). Fahamilah firman Allah Taala berikut ini pula: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja dengan mengharap keredaanNya dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan dunia ini, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menurut hawa nafsunya dan adalah keadaanya itu melewati batas”. (Al-Kahfi: 28) Dewasa ini kita sebenarnya berada dijurang keparahan akhlak, dimana ianya amat sulit untuk kita menemukan akhlak mulia di sekitar kita, keramahtamahan menjadi curiga diantara kita, amanah kekuasaan berubah menjadi perlumbaan memupuk kekayaan, kekuasaan menjadi alat menjual beli. Kesucian diri dinodai dengan hancurnya sikap ramah tamah dalam pergaulan dan berkasih sayang diantara kita. Masjid dan surau menjadi sepi sedangkan pusat-pusat hiburan dipenuhi manusia-manusia yang tidak pernah puas menemui keperluan duniawi. Alangkah betulnya perkataan seorang pujangga, “Bahawa perut manusia tidak akan pernah kenyang, kecuali dengan segumpal tanah dari dalam kuburnya.” Akhlakul karimah adalah ciri-ciri orang beriman, para nabi dan pengikutnya adalah sekelompok manusia yang selalu mengajak manusia untuk kembali kepada jati diri agar menjadi hamba Allah yang sejati. Dalam mereka membentuk peribadi manusia yang cinta damai dan menyebarkan kesejahteraan bagi umat sejagat, mereka selalu berzikir kepada Allah siang dan malam, jiwa mereka tunduk kepada kebesaran ilahi dan dunia ini ditempatkan dibawah telapak kaki mereka. Setelah itu generasi mereka diganti dengan orang-orang yang memperuntukkan hawa nafsu. “Maka datanglah sesudah mereka sebagai penganti yang jelek yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.” (Maryam: 59).
Dewasa ini banyak kita lihat kaum muslimin yang meninggalkan solat, ingatlah bahawa meninggalkan solat itu adalah seburuk-buruk keadaan, kerana solat itu adalah tiang agama dan benteng diri dari godaan hawa nafsu. Inilah yang menyebabkan kegagalan manusia menuju puncak jaya. Ulama diperlekehkan sedangkan dukun dan bomoh dipuja, tokoh-tokoh agama dikecam hebat kerana menjalankan syariat Allah, sedangkan seorang penzina dipuja-puji. Ingatlah bahawa Allah Maha Pengatur dan Dia maha Tahu akan keperluan hamba-hambanya.
Firman Tuhan yang bermaksud: “Dan tidak satu pun makhluk yang bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat menyimpannya, semuanya tertulis dalam kitab yang nyata(Loh Mahfuz).” (Hud: 6).

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

Ajal Setelah Membaca Yasin

CERITA yang terjadi di sebuah kampung di tepi jalan raya pantura, Jawa Tengah ini, tentu boleh menjadi nasihat bagi kita semua bahawa kematian bukan hanya datang secara tiba-tiba, tapi juga ehwal bagaimana husnul khatimah kematian yang menjemputnya. Tiga tahun lalu, bertepatan pada malam Jumaat, bulan kelihatan terang purnama. Langit penuh bintang gemintang bertaburan. Cahaya lembut bulan dan bintang yang mempesona di malam Jumaat itu memancarkan cahayanya di sebuah rumah sederhana bercat putih milik Awang, 50. Di ruang tengah rumah itu, dua lampu neon dipasang hingga tampak terang dibandingkan dengan rumah yang lainnya.
Malam itu, suasana rumah Awang memang berbeda dari hari biasanya. Maklum, pada malam itu dia mendapat giliran menjadi tuan rumah untuk menganjurkan acara membaca ‘Yasin’. Memang menjadi tradisi pengajian berkumpulan membaca yasin itu sudah lama berlangsung, bahkan hingga kini masih dipelihara terus. Acaranya dilangsungkan setiap malam Jumaat, dan diadakan secara bergiliran dari satu rumah ke rumah lainnya. Kerana sudah menjadi acara rutin, dan anggotanya adalah orang-orang kampung dalam kawasan Rukun Tetangga (RT), maka Awang tak perlu mengundang orang-orang itu untuk datang. Setiap warga akan berusaha datang sendiri, kecuali jika sedang berhalangan. Dalam acara itu, tidak jarang, dijadikan pula sebagai majlis silaturahmi dan pertemuan peringkat RT secara tak rasminya. Bahkan dalam acara Yasin itu, kerap dijadikan tempat pengumpulan dana atau yuran bulanan jika ada salah satu anggota yang sedang dalam kesusahan, seperti sakit atau ditimpa musibah lain. Malam merangkak perlahan. Azan waktu isyak sudah lama berlalu, bahkan solat isyak berjemaah di surau pun sudah usai 20 minit yang lalu, tapi warga tak langsung datang ke rumah Awang. Memang, ada sebahagian yang langsung datang setelah selesai dari surau, tetapi sebahagian ada yang singgah ke rumah mereka terlebih dulu. Di depan rumahnya, Awang berdiri menunggu para tetamunya dan menyambut dengan ramah. Satu per satu orang-orang berdatangan. Tak lama kemudian, hampir sebahagian warga sudah berkumpul dan duduk bersila di dalam rumah Awang. Tapi Awang, orang yang dituakan dan menjadi pemimpin dalam setiap acara pengajian Yasin, belum ada dalam majlis. Warga yang sudah datang, berbual antara satu sama lainnya. Selang sepuluh minit kemudian, Awang yang ditunggu-tunggu akhirnya datang. Tak perlu berbasa basi, Awang sebagai tuan rumah lalu membuka acara. Pengajian Yasin itu pun dimulai. Alunan zikir dialunkan dan pembacaan surat Yasin pun dimulai dengan tertibnya. Hingga tidak terasa, waktu sudah berlalu dan acara tinggal ditutup dengan membaca doa. Dengan suaranya yang serak, Awang membacakan doa. Warga yang berkumpul di rumah Awang pun mengaminkannya. Entah apa yang ada di hati Awang. Ia terlihat khusyuk memimpin doa, dengan tangan menengadah ke atas. Tapi, kepalanya terlihat tampak terantuk-antuk. Namun demikian, dia masih mampu menegakkan kepalanya, tetap terlihat khusyuk. Hingga akhirnya doa pun selesai. Orang-orang menangkupkan kedua tangan dan berharap doa yang baru dipanjatkan oleh Awang itu terkabulkan. Tetapi, beberapa saat kemudian, seusai memimpin doa itu, Awang yang kebetulan menjadi tuan rumah hendak mengungkapkan rasa terima kasih dan bercakap sepatah dua kata, tiba-tiba, ia terkulai lemah dan rebah ke lantai. Warga yang ikut pengajian Yasin itu masing-masing terperanjat. Seketika, orang-orang panik, tak tahu apa terjadi dengan Awang. Sukri, yang kebetulan tepat berada di sebelah Awang terkulai itu, segera bertindak cekap. Dia berusaha memeriksa keadaan Awang. Sementara itu, orang-orang merebahkan lelaki itu yang baru habis memimpin doa tersebut. Beberapa saat kemudian, orang-orang tahu bahawa Awang ternyata telah tutup usianya. Setelah diperiksa, tak ada denyut nadi lagi di tangan Awang, tak ada tanda-tanda kehidupan. Jantung Awang pun berhenti berdegup. Para hadirin terkejut menghadapi peristiwa itu. Mereka digelayuti perasaan sedih. Baru sekitar sepuluh minit yang lalu, mereka berdoa bersama-sama Awang. Kini lelaki yang belum lagi memasuki usia emas itu sudah pulang kembali ke rahmatullah. Akhirnya, tubuh lelaki itu diusung ke ruang tengah rumahnya. Berita duka pun segera diumumkan melalui pembesar suara surau. Maimunah, 50, isteri Awang yang waktu itu sedang dalam keadaan uzur, tak dapat berbuat apa-apa, kecuali bersimpuh dan sesekali menatap jenazah si suami yang sudah tak bernyawa lagi. Ia ditikam rasa sedih dan terkejut. Kini, dia harus sendiri, kerana selama berpuluh tahun berkahwin dengan Awang, Allah belum memberi kurnia cahaya mata mereka. Itulah yang membuat dia kian dilanda sedih. Si suami yang selama keuzurannya selama ini merawat dan mengambil berat terhadap dirinya, kini ternyata meninggalkannya lebih dulu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

Liang Lahad Jenazah Kiai Menyempit

KETIKA menyebut nama KH. Dahlan (nama samaran), semua orang di Kampung Jeruk di daerah S, mengenalinya sebagai sosok ulama yang cukup disegani. Tidak saja kerana dia ‘orang tua’, tetapi juga kerana kepintarannya dalam bidang ilmu agama. Kerana itu, banyak orang yang bertanya soal agama kepadanya.
Hanya saja, sayangnya, dia memiliki perangai yang kurang baik, terutama kepada tetangganya. Bukan kerana dia melakukan kejahatan jenayah atau seksual, tetapi kerana dia telah menipu tetangganya sendiri soal ukuran tanah. Hal ini diketahui setelah si tetangga itu mengukur balik tanah miliknya. Setelah diukur, ternyata dia kehilangan 30 meter. Si tetangga merasa tanahnya telah dicuri oleh Kiai. Kerana itu, dia pun melakukan protes. Berbagai bukti diajukannya, baik secara lisan mahupun tertulis, yang menunjukkan bahawa ukuran tanahnya telah dikurangi oleh Kiai. Namun, kiai tetap mengelak. Dia merasa telah melakukan suatu tindakan yang benar. Bukti tertulis yang diajukan oleh tetangganya itu hanyalah sebuah bukti bohong. Bukti yang benar adalah apa yang terjadi saat itu. Intinya, kiai tidak mahu dirinya dituduh telah menambahkan jumlah ukuran tanahnya dengan mengurangi sempadan tanah milik tetangganya. Si tetangga pun tidak ikhlas atas apa yang dilakukan Kiai. Sebab, baginya, 30 meter bukanlah jumlah yang sedikit. Jika harga per meter tanah saja sebesar Rp500 ribu (RM10), maka boleh dikirakan berapakah jumlah kerugiannya, sekitar Rp15 juta (RM5,400). Ini adalah jumlah yang tidak sedikit bagi orang kampung seperti dirinya. Apalagi jika harganya Rp.1juta (RM20)/meter. Maka, dia pun kehilangan Rp.30 juta (10,950). Jika hilang kerana disumbangkan ke taman bimbingan asuhan fakir miskin dan anak yatim, mungkin tidak akan menjadi masalah. Tapi, ini hilangnya kerana dicuri orang. Malangnya, yang mencuri itu adalah seorang yang disegani di kampungnya! Namun, si tetangga yang kemudian diketahui bernama Amri itu tidak berani menuntut lebih jauh kerana yang dihadapinya adalah seorang kiai yang disegani. Kerana itu, yang boleh dia lakukan hanyalah memendam rasa kesal dalam hati dan mendoakan semoga kiai mahu bertaubat dan kemudian mengembalikan haknya.

Sebut Tanah Saat Sakit
Entahlah, kenapa kiai berani mengambil tanah tetangganya. Padahal, disedarinya, dia adalah seorang kiai yang disegani. Dia tidak sedar bahawa perbuatannya itu akan merugikan umat. Sebab, orang yang diteladani saja berbuat curang pada orang, apalagi umatnya. Namun, hal itu rupanya tidak pernah disedarinya. Gelapnya mata pada dunia, rupanya membuat hatinya ikut redup. Nyala batinnya sudah tidak benderang kerana gilanya pada harta dunia, yang sebenarnya tidak layak dilakukan seorang kiai yang sangat mengerti tentang agama. Tapi, itulah yang terjadi pada KH. Dahlan. Hingga sakit keras merenggutnya, persoalan tanah yang dirampasnya itu belum selesai juga. Parahnya, di tengah sakitnya yang tenat, dia justeru masih menyebut: “Tanah...tanah..!” Rupanya, dalam otaknya masih mempunyai rasa takut jika sewaktu-waktu tanahnya itu akan diambil kembali oleh tetangganya. Kerana itu, spontan saja yang keluar dari mulutnya saat sakaratul maut adalah tanah dan tanah.
Pemandangan ini tentu saja menjadi perhatian khusus para tetangganya, tak terkecuali keluarganya sendiri. Sebab, sekelas kiai di saat ajal hendak menjemputnya pun justeru dia menyebut hal-hal yang sifatnya duniawi, bukan zikir seperti yang sering dia ajarkan kepada umat. Inilah yang disebut dengan “logik amal”. Tubuh kita pada akhirnya dikendalikan oleh amal dan Allah kadang-kadang menampakkannya saat sakaratul maut. Ertinya, meski otak kita sebenarnya waras, tapi amal buruk akan menuntun seseorang untuk melakukan sesuatu yang sesuai dengan perbuatannya tersebut. Dalam kes KH. Dahlan seperti itu adanya. Meski otaknya masih dalam keadaan sedar, tapi amal buruk telah menuntunnya untuk mengatakan sesuatu yang tidak patut diucapkan oleh seorang kiai di akhir hayatnya. Inilah yang disebut dengan “logik amal”. Maka, setelah berjuang keras untuk lepas dari rasa sakitnya, akhirnya, kiai meregang nyawa dalam keadaan yang kurang baik, sebab dia menyisakan “perasaan sakit” tetangganya. Hingga kematiannya, kiai belum meminta maaf kepada Amri dan sebaliknya, Amri pun belum dapat memaafkan kiai yang tidak lain adalah tetangganya itu. Kematian kiai membuat tanda tanya banyak orang, terutama para tetangganya. Apalagi, setelah itu, warga dikejutkan dengan sebuah khabar tentang anehnya proses penguburan jenazah kiai.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

Alam Kubur Yang Paling Mendebarkan

KITA sekarang berada di “tahap kedua” dalam kehidupan. Sebelum itu kita berada di alam “rahim” ibu kita. Dan manusia semuanya akan masuk alam “tahap kedua” ini tempat kita tinggal sekarang. Kecualilah sudah ditakdirkan kadang-kadang meninggal bersama ibunya di dalam rahimnya, tidak sempat melihat alam “tahap kedua” ini. Dalam Quran dalam surah An-Nahl ayat 78 Allah s.w.t. berfirman yang mafhumnya: “Demi Allah keluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, Dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur.” Semuanya ini mempunyai hikmah yang paling tinggi nilainya bagi manusia. Dan ini juga memperlihatkan betapa “Adilnya” Allah s.w.t. apabila dijadikan manusia disediakan atau pun dijadikan sekali dengan pendengaran, penglihatan dan hati nurani. Apabila semuanya ini berjalan mengikut proses yang sudah ditentukan oleh Allah, maka manusia itu akan tiba saatnya untuk meninggalkan dunia yang fana ini. Dalam kesempatan menempuh kehidupan pada tahap kedua ini, kita jangan terpedaya dengan kemewahan, kemegahan dan kesenangan dan kenikmatan dunia saja, sehingga kita melupakan Allah, dan tertipu rayuan dan pujukan syaitan. Gunakanlah tahap ini sebagai kesempatan untuk mengejar dan bersegera dalam memperbanyak amal salih sebagai bakal menghadap Allah. Dalam firman Allah dalam surah Luqman ayat 33 yang mafhumnya: “Sesungguhnya janji Allah itu benar, dan janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah.” Dalam surah an-Naazi’aat ayat 37-41 berfirman yang mafhumnya: “Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya). Dan, adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya).” Setelah manusia mati, lalu dikuburkan, maka saat itu ia mengalami perpindahan alam, iaitu menempuh kehidupan di alam kubur (barzakh). Adapun sifat dan keadaan alam yang ketiga ini lebih luas lagi dari keadaan alam dunia sekarang. Sebagai perumpamaan, dapatlah dikatakan bahawa perbandingan antara alam barzakh dengan alam dunia adalah sebagaimana perbandingan antara alam dunia dengan awal sewaktu masih dalam kandungan ibu. Kehidupan di alam barzakh ini sifatnya juga sementara, sampai datangnya hari kiamat. Sebab, setelah datangnya hari kiamat nanti, tidak ada kehidupan lagi, kecuali kehidupan tahap terakhir, yakni kehidupan di alam akhirat. Alam akhirat ini adalah perjalanan terakhir yang ditempuh manusia. Alam akhirat adalah kehidupan kekal abadi untuk selama-lamanya. Manusia dibalas sesuai dengan amal perbuatannya, mendapat syurga atau neraka. Allah s.w.t. berfirman mafhumnya: “...Dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.” (QS. al-Mu’min (40):39 Firman-firman Allah seterusnya: “Sedangkan kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.” (QS. al-A’laa (87): 17). “Negeri akhirat itu kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. al-Qashash (28): 83). “Apabila terjadi hari kiamat, tidak seorang pun dapat berdusta tentang kejadiannya. (kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggalkan (golongan yang lain). Apabila bumi diguncang sedahsyat-dahsyatnya dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya, maka jadilah ia debu yang berterbangan.” (QS. al-Waaqi’ah (56): 1-6). “Maka pada hari itu seseorang tidak akan dirugikan sedikit pun dan kamu tidak dibalas kecuali dengan apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. Yasin (36):54). Dari empat tahapan kehidupan manusia, alam kubur adalah tahapan yang paling mendebarkan. Kerana, alam kubur adalah alam pertama manusia mempertanggungjawabkan amal perbuatannya, sendirian dalam ruangan gelap tak berteman. Seksa dan nikmat adalah dua hal yang mengiringi manusia di alam kubur. Manusia tidak lepas dari salah satu dari dua hal tersebut. Oleh sebab itu, manusia harus selalu mengingat kematiannya yang tidak boleh diteka bila datangnya. Mengingat kematian dalam erti mempersiapkan diri secara maksima dengan memperbanyak amal salih. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang ertinya: “Perbanyaklah mengingat sesuatu yang menghancurkan kenikmatan, iaitu kematian.” (HR. Termizi dan Nasa’i, yang dikatakan salih oleh Ibnu Hibban).

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

Haji Ada Tiga Macam

SEBENARNYA “Haji” ini ada macam-macam. Para ulama Mazhab sepakat menyatakan bahawa haji ada “tiga macam”, iaitu “haji Tamathu’”, “haji Qiran” dan “haji Ifrad.” Mereka juga sepakat berpendapat bahawa Erti tamathu’ adalah melakukan amalan-amalan umrah terlebih dahulu pada bulan-bulan haji, dan setelah selesai baru melaksanakan amalan-amalan haji. Ulama-ulama Mazhab juga sepakat bahawa erti ifrad adalah melaksanakan haji terlebih dahulu, dan setelah dari amalan-amalan haji ia melakukan ihram untuk umrah, dan (kemudian) melakukan amalan-amalan umrah. Mereka juga sepakat bahawa erti qiran adalah berihram untuk haji dan Umrah secara bersamaan dengan mengatakan: “Labbaika Allahumma bihajjin wa umratin”. Ertinya: “Ya Allah aku bertalbiyah (memenuhi panggilanmu) dengan melakukan haji dan umrah.” Bagi Imamiyah pula, qiran dan ifrad adalah satu, tidak ada bezanya kecuali satu, iaitu orang-orang yang melakukan qiran memberikan korban atau hadyun ketika berihram. Dia harus memberikan hadyun atas apa yang dilakukannya. Sedangkan orang-orang yang haji ifrad tidak perlu bayar korban atau hadyun pada dasarnya. Dengan ungkapan ini bahawa Imamiyah tidak membolehkan campur aduk antara dua ihram, dan juga tidak dibolehkan melaksanakan haji dan umrah dengan satu niat pada satu waktu. Tetapi yang lain membolehkan bercampuk-aduk antara ihram dengan haji qiran. Yang lain berpendapat: Di namakan haji qiran kerana mengumpulkan (mengabungkan) antara haji dan umrah. Imamiyah: Bahkan dinamakan haji qiran kerana berdasarkan pemberian hadyan untuk ihram.* Empat mazhab: Boleh bagi siapa saja, baik orang Makkah mahupun bukan Makkah, untuk memilih salah satu dari ketiga bentuk haji, iaitu tamattu’, qiran dan ifrad, tidak ada yang dimakruhkan. Hanya Abu Hanifah yang berpendapat: Bagi orang Makkah dimakruhkan melakukan haji tamattu’ dan qiran secara bersamaan. Tetapi empat mazhab berbeza pendapat tentang mana yang paling utama dari ketiga bentuk haji tersebut.
• Syafi’i: ifrad’ dan tamattu’ lebih utama dari qiran.
• Hanafi: Qiran lebih utama dari keduanya.
• Maliki: ifrad lebih utama.
• Hambali dan Imamiyah: tamattu’ lebih utama.
(Al-Fiqhu ‘ala Al-Madzahib Al-Arba’ah, Al-Mughni, Mizan Al-Sya’rani, dan Fiqhus Sunnah, jild 5) Imamiyah: Haji tamattu’ difardukan bagi orang yang jaraknya dari Makkah sebanyak 48 batu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

Ada Orang Islam Makan Nasi Kedai Hindu

ERA tahun 60an masih lagi belum mantap iman orang-orang Islam. Dalam era ini orang-orang Melayu/Islam masih lagi makan di kedai-kedai yang diusahakan orang-orang bukan Islam. Di daerah Pudu, kawasan Sungai Besi dan kawasan-kawasan di sekitarnya memang banyak anak-anak Melayu bekerja di kilang-kilang, pejabat-pejabat dan jabatan-jabatan kerajaan tertentu. Di kawasan tersebut tidak ada orang-orang Melayu/Islam berniaga makan. Sama ada nasi lemak, roti canai, kedai kopi atau apa saja jenis makanan yang patut dimakan oleh orang Melayu/Islam tidak ada dijual dikawasan tersebut dan kawasan sekitarnya. Di Jalan Chan Sow Lin misalnya, sama lorong yang ada di kawasan tersebut ada kedai, ada warong menjual berjenis-jenis makanan yang diusahakan oleh orang-orang bukan Islam. Seorang dua saja mamak Islam yang membuka kedai nasi. Tetapi apa yang berlaku, semua kakitangan Melayu yang beragama Islam yang bekerja di kawasan itu dan kawasan sekitarnya akan menjamu selera sama ada waktu pagi, tengah hari dan petang di kedai-kedai bukan Islam.
Ada seorang bukan Islam yang mengusahakan “nasi daun pisang” di kawasan tersebut. Kita tak tahu apakah ayam yang dimasak itu disembelih cara Islam atau pun tidak. Daging yang dimasak kurma yang dijual itu sama ada daging tersebut “halal” atau pun “haram”? Tetapi yang berlaku saban hari, kedainya penuh dengan orang-orang Melayu/Islam makan tengah hari dan “sarapan roti canai” di kedai yang diusahakan oleh seorang bukan Islam yang beragama “Hindu”. Oleh kerana era zaman itu, masalah makanan yang dimakan sama ada disembelih cara Islam tidak dipersoalkan sangat, janji, masakannya sedap dan sesuai dengan selera mereka.
Begitu juga dengan masakan “nasi ayam”. Era zaman itu nasi ayam dimasak oleh orang-orang bukan Islam. Ayam tentulah tidak disembelih. Tetapi orang-orang Melayulah yang paling ramai memenuhi kedai yang menyediakan nasi ayam. Ada sebuah kedai yang menyediakan nasi ayam di Brickfield paling ramai dikunjungi oleh orang-orang Melayu/Islam. Boleh dikatakan setiap malam kedai itu penuh dengan pengunjung orang-orang Islam. Ketika itu tidak ada pusat Islam, tidak ada majlis agama itu dan majlis agama ini. Tidak ada Jakim, tidak ada persatuan pengguna Islam dan lain-lain lagi. Jadi, apa yang ada di kedai makan itu dikira “halal” dan orang-orang Melayu “sebat” sama. Seorang sahabat saya yang bekerja satu pejabat di Jalan Sungai Besi belanja saya makan tengah hari. Pada suatu hari dalam tahun 60an, sahabat ini seorang bukan Islam dan nak belanja saya makan tengah hari. Ketika itu siapa pun ajak makan, lebih-lebih lagi “makan free” atau pun kata orang pulau pinang “patuk buta”, tidak pernah ditolak. Kami keluar dari pejabat jam 12.30 tengah hari dan kami singgah di sebuah warong yang menjual “capati”. Pengusaha warong itu ialah seorang “Punjabi” yang pakai serban. Sahabat saya ini juga seorang bangsa “Punjabi”, tetapi dia tidak pakai serban. Mukanya macam orang Melayu juga tak pakai apa-apa pun.
Dia tanya saya you nak makan apa? “Apa-apa saja,” jawab saya ringkas. Dia order capati dan kari kurma bersama dengan ayam kari. Apabila capati ada di depan saya, saya tak toleh kiri dan kanan lagi, terus “tekan” dengan berselera sekali. Ketika itu dalam fikiran saya tidak pernah terlintas apakah ayam yang dihidangkan itu disembelih? Halal ke? Saya main ‘balon’ saja. Entah macamana Allah berikan ilham, terfikir semula saya apakah daging yang “aku tekan tadi daging halal ke atau pun haram? Ayam itu sembelih ke? Untuk memastikannya, saya berjumpa semula dengan sahabat bangsa Punjabi itu yang belanja saya makan. Saya tanya dia: “Ayam di warong itu sembelih ke?

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

Unta Yang Menangis Dan Kesaksian Kambing Panggang

Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang Nabi yang paling sempurna dalam hal ilmu dibandingkan ilmu-ilmu Nabi lainnya. Kadangkala, keahlian yang dimiliki oleh Nabi yang lain, Nabi s.a.w. sendiri boleh melakukannya atas izin Allah. Salah satunya adalah kemampuan Nabi Muhammad s.a.w. yang boleh menangkap isyarat binatang saat berkata-kata. Satu kelebihan yang pernah dimiliki oleh pendahulunya, Nabi Sulaiman a.s. Suatu hari, Rasulullah keluar rumah dengan menunggangi untanya. Abdullah bin Ja’far ikut membonceng di belakang baginda. Ketika mereka sampai di pagar salah seorang kalangan Anshar, tiba-tiba, terdengar lenguhan seekor unta. Unta itu menjulurkan lehernya ke arah Rasulullah s.a.w. Ia merintih. Air matanya jatuh berderai. Rasulullah s.a.w. mendatanginya. Baginda mengusap perutnya sampai ke punuknya dan belakang telinga unta itu. Unta itu pun tenang. Diam. Kemudian dengan wajah penuh kemarahan, Rasulullah s.a.w. bertanya, “Siapakah pemilik unta ini, siapakah pemilik unta ini?” Pemiliknya pun bergegas datang. Ternyata, ia seorang pemuda Anshar. “Itu adalah milikku, ya Rasulullah,” katanya. “Tidakkah engkau takut kepada Allah kerana unta yang Allah peruntukkan kepadamu ini? Ketahuilah, ia telah mengadukan nasibnya kepadaku bahawa kau membuatnya kelaparan dan kelelahan.” Demikian sebuah kisah yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud tentang bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. boleh memahami bahasa binatang dan apa yang sedang terjadi padanya. Dari kisah di atas pula nampak bagi kita bahawa sebenarnya kita juga harus menjaga dan memperhatikan binatang yang kita miliki; kita berikan makanan dan minuman untuknya, kita mandikan dia, dan tidak membuatnya terlalu letih untuk urusan pekerjaan kita, sehingga dia sakit. Seorang sahabat Nabi, Abu Hurairah, yang dalam bahasa Arab bererti bapanya kucing, memiliki kisah menarik soal binatang. Julukan yang dialamatkan kepadanya itu sebenarnya kerana ia adalah penyayang binatang. Ia sangat menyayangi kucingnya. Lalu, ada kisah tentang seorang perempuan baik-baik yang masuk neraka gara-gara mengurung kucing dalam kandangnya sampai mati tanpa diberi makan dan minum.
Abdullah bin Umar r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Seorang wanita diseksa kerana menahan seekor kucing sehingga membuatnya mati kelaparan, wanita itu pun masuk neraka.” Kemudian Allah berfirman kepadanya, “Kamu tidak memberinya makan, tidak juga memberinya minum saat ia kamu pelihara; juga engkau tidak membiarkannya pergi agar ia dapat mencari makanan sendiri dari bumi ini.” (HR. Bukhari). Sebaliknya, ada seorang wanita pelacur yang masuk syurga kerana memberikan minum seekor anjing. Suatu ketika, sepulang dari melacur, perempuan itu melihat anjing sedang kehausan di tepi sebuah telaga, mahu minum tetapi anjing itu tidak dapat menjangkau air dalam telaga. Tiba-tiba perempuan pelacur itu menghampiri dan menimba air untuk minum anjing tersebut. Dipendekkan cerita, perempuan pelacur itu meninggal dunia.
Sahabat yang mengetahui hal itu datang kepada Nabi Muhammad, menyampaikan perihal kejadian itu. Setelah mendengar kisahnya, Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya perempuan itu penghuni syurga. Sahabatnya hairan dan bertanya: Ya Rasulullah, kenapa perempuan yang hidupnya berbuat maksiat itu boleh masuk syurga? Kerana dia mengakhiri hayatnya dengan kebaikan (khusnul Khatimah),” jawab Rasulullah. Jadi, sebenarnya kita harus punya rasa belas kasihan terhadap binatang. Ada kisah lain datang dari Amir Ar-Raam. Ia dan beberapa sahabat sedang bersama Rasulullah s.a.w. “Tiba-tiba seorang lelaki mendatangi kami,” kata Amir Ar-Raam. Lelaki itu dengan kain di atas kepalanya dan di tangannya terdapat sesuatu yang ia genggam. Lelaki itu berkata, “Ya Rasulullah, saya segera mendatangimu saat melihatmu. Ketika berjalan di bawah pepohonan yang rimbun, saya mendengar kicauan anak burung, saya segera mengambilnya dan meletakkannya di dalam pakaianku. Tiba-tiba, induknya datang dan segera terbang berputar di atas kepalaku. Aku lalu menyingkap kain yang menutupi anak-anak burung itu, induknya segera mendatangi anak-anaknya di dalam pakaianku, sehingga mereka sekarang ada bersamaku.” “Letakkan mereka,” kata Rasulullah. Kemudian anak-anak burung itu diletakkan. Namun, induknya enggan meninggalkan anak-anaknya dan tetap menemani mereka. “Apa kalian hairan menyaksikan kasih sayang induk burung itu terhadap anak-anaknya?” “Benar, ya Rasulullah.” “Ketahuilah. Demi Zat yang mengutusku dengan kebenaran, sesungguhnya Allah lebih penyayang terhadap hamba-hambaNya melebihi induk burung itu kepada anak-anaknya.” “Kembalikanlah burung-burung itu ke tempat dimana engkau menemukannya, bersama dengan induknya,” perintah Rasulullah. Lelaki yang menemukan burung itu pun segera mengembalikan burung-burung itu ke tempatnya semula.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

Ketika Kebenaran Diputarbalikkan

DI ZAMAN persaingan yang serba ketat ini, kita acapkali menyaksikan banyak ‘keganjilan’ di sekitar kita. Sesuatu yang sulit diterima oleh akal sihat, apalagi dengan hati nurani. Berita tentang kebenaran selalu diputarbalikan sesuai dengan kehendak hati. Khabar ‘A’ boleh berubah menjadi khabar ‘B’. Khabar yang berisi ‘B’ akan diganti menjadi khabar ‘C’, dan seterusnya. Tapi, tahukan anda, bahawa perilaku semacam ini sudah lama dilakukan oleh makhluk Allah bernama manusia di muka bumi ini. Ratusan abad silam, umat Nabi Musa a.s., yang kini lokasinya ialah negara Mesir dan sekitarnya itu, telah terjadi budaya memutarbalikkan sebuah kebenaran. Ketika Nabi Musa mengatakan ‘A’, maka umatnya yang senang membangkang itu mengubahnya menjadi ‘B’. Ya, mereka adalah Bani Israil: sebuah komuniti manusia yang, hakikinya, mereka adalah keturunan para nabi terdahulu. Sebenarnya, mereka memiliki perilaku dan sifat mulia seperti nenek moyang mereka. Hal ini terakam dan tercatat dalam al-Quran. Allah berfirman: “Lalu orang-orang yang zalim mengganti perintah dengan (mengerjakan) yang tidak diperintahkan kepada mereka. Sebab itu Kami timpakan atas orang-orang yang zalim itu azab dari langit, kerana mereka berbuat fasik.” (QS. Al-Baqarah: 59) Ayat ini terkait erat dengan ayat sebelumnya. Huruf fa, yang diterjemahkan dengan kata ‘lalu’, merupakan huruf ‘athaf atau huruf penyambung dalam bahasa Arab. Dalam konteks ini, huruf ‘athaf pada ayat ini merupakan bentuk kata sambung yang menghubungkan keterkaitan ayat ini dengan ayat sebelumnya. Dalam ayat sebelumnya, yakni QS. Al-Baqarah: 58, Allah menyuruh Bani Israil agar memasuki Baitul Maqdis dengan tidak sombong, penuh rendah hati, seraya sambil memohon ampun kepada Allah (hithhah). Dalam ayat sebelumnya, Allah menyebut kata hitthah, yang berarti ‘memohon ampun kepada Allah’. Hithhah, menurut Quraish Shihab dan sejumlah ulama tafsir lainnya, adalah upaya memohon ampun dan diampuni sambil disertai dengan beramal baik. Sayangnya, sekelompok Bani Israel mengejek dan menghina dengan mengganti kata-kata hitthah, yang artinya “Ya Allah, ampunilah kami”, dengan kata-kata yang mirip dengannya, iaitu hintah yang ertinya ‘gandum’. Antara kata hithhah dengan hintah tentu berbeda jauh maknanya, meskipun secara bunyi hampir mirip. Hithhah adalah bentuk doa seorang hamba yang terimplikasikan dengan perbuatan merasa berdosa, sedangkan hintah adalah jenis makanan. Hithhah adalah keperluan spiritual dari setiap relung hamba-hamba yang mengharapkan kebaikan di hadapan Allah, sedangkan hintah adalah benda yang merupakan keperluan jasmani manusia. Pertanyaannya adalah, kenapa Bani Israil mengubah kata hithhah menjadi hintah. Ibnu Katsir menyebut kerana mereka merupakan umat pembangkang, dan senang mengolok-olok apa yang disampaikan para nabi mereka. Tujuannya satu, yakni tidak mahu mempercayai dan meyakini setiap kebenaran yang dibawa oleh para nabi mereka, termasuk apa yang diajarkan Nabi Musa kepada mereka. Maksud ayat ini sudah tegas, iaitu ada dalam kalangan mereka yang tidak setia menjalankan apa yang diperintahkan. Tidak patuh sebagaimana yang diarahkan oleh Nabi Musa. Disuruh tunduk, mereka menyombong. Disuruh memakai kata-kata yang berisi mohon ampun (hithhah), mereka malah minta gandum (hintah). Disuruh makan baik-baik, mereka justeru makan dengan rakus. Akibatnya apa? Allah menurunkan balasan berupa azab kepada mereka berupa penyakit berjangkit yang menyebar dan menular secara cepat. Dalam ayat lain disebutkan bahawa azab yang diberikan kepada kaum Bani Israil ini berupa seksaan yang sangat pedih dalam bentuk aneh seperti ribut taufan, belalang, kutu, katak, dan darah. Pada ayat di atas Allah menyebut kata ‘azab’ yang diberikan kepada Bani Israil dengan istilah kata rijzun (azab). Dalam al-Quran, untuk menyebut azab, Allah adakalanya menggunakan dengan beberapa istilah, diantaranya azab mahupun rijzun. Secara jelas, rijzun lebih menjurus pada makna ‘kutukan’, yakni azab yang sangat keras yang disebabkan oleh sesuatu perbuatan menentang petunjuk atau ayat-ayat Allah. Hal ini juga ditegaskan Allah dalam QS. Al-A’raf: 162. Sesungguhnya sebagaimana yang dikatakan pada ayat di atas, balasan ini hanya menimpa orang-orang zalim dan tidak semua kaum tertimpa wabak ini. Ayat ini menunjukkan bahawa bila-bila saja, sikap suka menyimpang, mempermainkan kebenaran, keras kepala dan khianat sudah menguasai suatu masyarakat, maka pintu untuk turunnya azab Allah ke bumi akan terbuka.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

Menggapai Ar-Rauf, Menggapai Puncak Kasih Allah

SEMAKIN dalam menyelami asma-asma Allah, kita akan sedar bahawa kita berada dalam samudera kecintaan. Tengoklah, sekian asmanya menunjukkan hal itu. Dia mencurahkan kasih sayang kepada siapa pun (Rahman-Rahim) dan juga berbelas kasih dalam kelembutan, keramahan dan kesejukan lewat asmaNya, Ar-Rauf. Kita boleh memahami kedahsyatan asma ini dari makna kata-katanya. Kata Ar-Rauf, menurut Quraish Shibab, terambil dari akar kata yang terdiri dari huruf-huruf ra, hamzah dan fa’. Maknanya berkisar pada kelemahlembutan dan kasih sayang. Kata ini juga dipakai untuk menunjukkan rasa kasihan atau berbelas kasihan dan keramahan. Menurut pakar bahasa Az-Zajjaj, dalam buku Tafsir Asma ul Husna, kata ini sama dengan rahmat. Hanya saja, menurutnya, apabila rahmat sedemikian besar, maka ia dinamai ra’fat dan pelakunya ra’uf. Inilah yang menyebabkan ada yang memaknai ar-Rauf sebagai titik puncak dari rahmat Allah. Khatabi berkata bahawa ar-Rauf adalah perasaan kasih yang paling dalam dan menurut Ibnu Atsir adalah satu perasaan kasih yang khusus. Mufassir al-Biqaiy, menurut Quraish lagi, ketika menafsirkan ayat 143 surat al-Baqarah, yang menerangkan bahawa umat Islam adalah umat pilihan dan menyebut ar-Rauf bersanding dengan ar-Rahim di akhir ayat, menjelaskan bahawa ra’fat adalah rahmat yang dianugerahkan kepada yang menghubungkan diri dengan Allah melalui amal salih. Jadi, hubungan kehambaan kita dengan Allah-lah yang boleh membuat kita menemukan dan merasakan makna dari asma ini. Kesan dari memahami ra’fat (kasih Allah) dalam pengertian di atas adalah kita akan sentiasa menjaga diri dari melakukan apa yang dilarang Allah. Juga agar kita adil dalam memberi hukuman berdasarkan aturan-aturan Allah. Dalam konteks ini, jika seorang pezina telah terbukti dan dijatuhi dengan hukuman, janganlah kita mengurangi hukuman itu. Atau janganlah kita berbelas kasihan melihat orang terus-menerus lalai dalam menjalankan agama Allah. Kita berbelas kasih dengan memperingatinya, menunjukkan hal yang benar dan bukannya membiarkan orang tersebut dalam kelalaian semisal malas solat, malas berpuasa atau enggan menjalankan ibadah haji sekalipun ia mampu. Hubungan hamba-Tuhan, mukmin-Allah s.w.t. ini yang menjadikan asma ar-Rauf berbeda dengan ar-Rahman atau ar-Rahim. Jika rahmat Allah melimpah ruah dan mengalir ke setiap sudut kehidupan di jagad ini tanpa terkecuali, maka ar-Rauf adalah belas kasih dalam hubungan kehambaan. Semua makhluk memang terkait dengan Allah s.w.t. tapi seorang mukmin sungguh begitu istimewa kerana setiap mukmin terkait dengan Allah dalam lingkup ibadah, amal salih dan ketundukan. Maka asma ini tampak istimewa bagi orang-orang yang beriman kepadaNya.

Ar-Rauf untuk Al-‘Ibad
Di sisi lain, ra’fat menggambarkan sekaligus menekankan melimpah ruahnya anugerah Allah. Asma ar-Rauf lebih menekankan kepada Allah s.w.t. sebagai pelaku yang amat kasih, sehingga melimpah ruah kasihnya. Sedangkan yang ditekankan pada ar-Rahim adalah penerima dari rahmat itu, yakni semua makhluk di segala tempat dan zaman. Jadi, ar-Rauf memenuhi keperluan melebihi apa yang diperlukan, sedang ar-Rahim memenuhi keperluan sesuai keperluan manusia yang jumlahnya sangat melimpah pula. Ulama lain menambahkan bahawa ra’fat hampir tidak dicurahkan kepada objek yang tidak disenangi. Berbeda dengan rahmat yang dicurahkan kepada yang disenangi dan boleh juga kepada yang tidak disenangi kerana adanya hikmah dan kemaslahatan, yang tertuju kepada yang kafir dan yang mukmin, yang derhaka dan tidak derhaka, maka ra’fatnya tidak demikian. Al-Qurthubi mengemukakan bahawa “ra’fat” digunakan untuk menggambarkan anugerah yang sepenuhnya menyenangkan, sedang rahmat, boleh jadi pada awalnya menyakitkan, tetapi beberapa waktu kemudian akan menyenangkan. Dari sini dapat dimengerti penggabungan sifat ar-Rauf dan ar-Rahim pada ayat-ayat tertentu. Jika ar-Rahim boleh tertuju pada siapa saja termasuk yang derhaka, maka ar-Rauf tertuju pada mereka yang taat.
“Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia.” (QS. Al-Baqarah: 143).
Ayat ke-143, surat al-Baqarah ini merupakan jawapan Allah atas pertanyaan para sahabat yang menanyakan: apakah kawan-kawan mereka yang semasa hidup solat menghadap Baitul Maqdis dan kemudian meninggal dunia tetap mendapat pahala di sisi Allah? Dan Allah menjawab bahawa mereka tetap mendapat pahala kerana Dia adalah ar-Rauf. Inilah bukti ra’fat Allah kepada hambaNya yang telah sungguh-sungguh menyembahNya.
Poin penting mengenai kehambaan ini dapat kita lihat buktinya pada beberapa ayat al-Quran. Kata ar-Rauf tersanding dengan al-‘Ibad yakni hamba-hamba yang taat. Sedangkan asma ar-Rahim tidak digandingkan dengan al-‘lbad.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

Wahsyi Bin Harb: Si Pembunuh Yang Mendapat Ampunan

Wahsyi bin Harb merasakan dadanya berdebar kencang. Dia cemas dan sesak nafas. Bahkan tanah yang dia pijak umpama selembar tikar, terasa tak lagi mampu membuat langkah kakinya boleh melangkah jauh. Apalagi sejak Makkah sudah ditaklukkan dan pengikut muslim kian bertambah. Wahsyi yang melarikan diri ke Thaif, untuk mencari perlindungan, tak mampu menepis rasa cemasnya. Setiap detik berlalu, jantungnya berdebar bagai jarum jam. Tapi, detik itu mencemaskan kerana nyawanya seperti di hujung tanduk. Dia merasa maut tidak lama lagi akan menjemputnya, kerana namanya telah disebut-sebut dalam daftar orang yang harus dibunuh, lantaran dia telah membunuh Hamzah, bapa saudara Nabi s.a.w., dalam perang Uhud. Meskipun dia sudah bersembunyi di Thaif, gelisah di hati membuatnya tak tenang. Bayangan kematian itu terasa mengikuti terus ke mana pun dia mencari tempat berlindung. Dia benar-benar tak dapat menepis ancaman kematian. Apalagi lambat laun, penduduk Thaif mulai sedar, tersentuh sinar Islam dan mengirim utusan menemui Rasulullah untuk berikrar masuk Islam. Wahsyi mulai diliputi rasa sesal. Hal itu kian membuat dia dicekam kebingungan. Wahsyi berfikir untuk menyusun pelarian ke tempat lain. Dia lantas terfikir untuk meninggalkan Thaif, melarikan diri ke Syam, Yaman atau wilayah lain yang jauh lagi agar dia dapat selamat meski tetap memanggul rasa resah yang mengoyak jiwanya. Tetapi, sebelum ia benar-benar berangkat, seseorang menasihatinya, “Celakalah kamu, Wahsyi! Sampai bila kamu akan membangkang dan melawan? Pergi dan temuilah Muhammad s.a.w. kerana sesungguhnya dia tidak akan menyakiti orang yang mahu datang menemuinya.” Nasihat orang itu, ternyata, mampu menyedarkan Wahsyi. Si pembunuh Hamzah itu kemudian berfikir, ke mana lagi dia akan melarikan diri, pastilah rasa sesal dan gelisah tak akan dapat dia tepis. Kerana itu, di tengah rasa putus asa itu, Wahsyi menangguh hasrat melarikan diri.
Setelah mempertimbangkan nasihat itu, dia kemudian memutuskan pergi ke Madinah, menemui Rasulullah. Apalagi, ia telah mendengar keagungan Muhammad. Utusan Allah yang dikenal pemaaf, bahkan kepada orang-orang Quraisy yang dulu memusuhi Nabi dengan penuh kekerasan. Wahsyi mendengar banyak khabar, bahawa Nabi s.a.w. tak menghunuskan pedang kepada mereka yang memang meminta ampunan. Nabi s.a.w. selalu menerima setiap orang yang datang untuk berbai’at dan masuk Islam. Itulah yang membulatkan tekad Wahsyi berangkat ke Madinah: menemui Nabi s.a.w. Tetapi, sesampai di Madinah, rasa takut di dada Wahsyi kembali melonjak, membuat kerisauannya menguasai diri. Dia sedar, dia telah berlumuran dengan dosa. Kerana itu, dia merasa wajar jika dia mendapat hukuman setimpal berupa kematian lantaran telah membunuh manusia yang sangat dicintai Rasulullah. Itu sangat mudah dilakukan oleh Nabi s.a.w. Hanya tinggal memberikan isyarat kepada sahabat yang ada di dekatnya, nyawa Wahsyi pun boleh segera melayang. Bayangan jasad Hamzah yang dia bunuh dan terbujur kaku kena tikaman tombaknya seperti tak dapat pergi dari ingatannya. Bahkan waktu itu, tanah Uhud memerah kerana darah Hamzah. Lebih menyedihkan lagi, perut Hamzah terburai. Ususnya keluar. Dia sempat menginjak-injak jasad itu hanya demi mendapat janji kebebasan dirinya. Ingatan itu menyusutkan keberaniannya. Dia pun berfikir, apakah Nabi s.a.w. akan memaafkan dirinya yang telah bergelimang dosa itu?
Tapi, dia tahu, dia tak lagi boleh melarikan diri lagi. Seandainya tidak menemui Nabi s.a.w., dia pun akan dikejar-kejar orang-orang muslim. Dia boleh saja mati saat terlena, tertidur atau saat sedang melakukan apa pun. Sampai hari itu, dia memang masih selamat, tetapi siapa yang mampu menjamin dia selamat di lain waktu. Sampai bila pun, hatinya pasti akan selalu diselubungi gelisah. Kerana itu, dia merasa lebih baik menyerahkan diri. Atas perkiraan itu dia tetap bertekad menemui Nabi s.a.w. Kematian Hamzah memang telah membuat Nabi s.a.w. terluka. Kerana itu, Rasulullah tak mungkin lupa orang yang membunuh Hamzah, bapa saudaranya itu. Luka itu menganga cukup dalam, bahkan saat melihat jasad Hamzah rosak dikoyak dendam kaum musyrik, Nabi s.a.w. sempat bersumpah akan memperlakukan orang yang membunuh Hamzah dengan perlakuan yang lebih buruk. Bahkan akan membunuh tujuh puluh orang Quraisy, lantas memperlakukan seperti mereka berbuat keji terhadap Hamzah. Tapi Allah menurunkan firmanNya, “Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi, jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.” (QS. Al-Nahl [16]: 126-128) Kerana firman Allah itulah, Nabi s.a.w. mencabut sumpahnya. Tetapi kini, Wahsyi pembunuh Hamzah itu justeru datang menemuinya. Rasulullah bahkan menyapa lebih dulu dan bertanya, “Engkau Wahsyi?” Dada Wahsyi bergemuruh, rasa takut pun melanda dan dia menjawab, “Ya.” Dengan sedih, Nabi s.a.w. kemudian bertanya, “Kau membunuh Hamzah?” Wahsyi tahu, dia tak akan mampu berbohong. Rasulullah tahu sepenuhnya. Kerana itu, dia hanya mampu menundukkan kepala. Dia tak dapat berkata apa-apa kecuali menjawab dengan suara perlahan, “Memang benar, seperti yang telah engkau ketahui.” Tapi, Rasulullah sememangnya manusia agung. Maka, tak tampak rasa kebencian sedikit pun. “Duduklah dan ceritakan bagaimana engkau membunuh Hamzah.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...