Sudahkah anda memiliki Variasari edisi Disember 2012? Kalau belum
dapatkan segera sebelum kehabisan...
Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap
majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat
kami hargai.
Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas
membaca kisah-kisah yang dipaparkan. Dapatkan segera majalah Variasari
keluaran Disember 2012 sebelum terlambat.
Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.Harga cuma RM3.00 saja
Wednesday, December 12, 2012
Siri Bercakap Dengan Jin
Anda
sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan
pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak
berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan
oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan
anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...
Tuesday, December 11, 2012
Hidayah Disember 2012
Hidayah keluaran Disember 2012 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!
Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Salam Kami
ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kita kini berada di penghujung tahun 2012. Dalam waktu yang sama kita juga turut menyambut kehadiran awal Muharram 1434. Bertambah lagilah usia kita dan bertambah dekatlah kita menuju ‘lubang kubur’. Tak kiralah usia kita berapa, 20an atau 60an apatah lagi yang lebih dari itu, setiap hari liang-liang lahad yang akan kita tempati kelak akan memangil-manggil nama kita. Mungkin ada antara kita yang kurang selesa membicarakan soal-soal kematian. Namun baik selesa atau rasa tidak selesa kematian tetap akan menjemput kita. Dalam keluaran ini juga kita paparkan rencana khas mengenai kematian bertajuk ‘Mengenal Allah melalui hidup dan mati’ di muka 134. Disamping itu Hidayah turut memaparkan fadilat-fadilat berselawat sebagai satu motivasi buat kita tekun mengamalkan bacaan selawat kepada Nabi s.a.w. Sementara rencana yang harus anda baca ialah mengenai seorang pembaca majalah Hidayah yang diberi oleh Allah kesedaran dan hidayah memeluk Islam setelah beliau membaca majalah ini. Alangkah mahal ‘hidayah’ yang diterimanya secara susah payah untuk mendapat restu dari bonda tercinta. Sedangkan kita yang sudah sedia Islam dari sejak lahir ini melupakan anugerah termahal Allah s.w.t. yang ‘mengislam’ kita dari azali lagi mengabaikan pula ‘nikmat terbesar’ itu. Disamping itu melalui ruangan ‘Jendela Islam’ , kita dapat mengikuti bagaimana sebuah negara bernama Latvia yang terletak di Eropah itu dikurniakan seorang muslim yang telah menterjemahkan Al-Quran dalam bahasa Latvia dan ianya menjadi syiar dan petunjuk bagi golongan Islam yang minoriti di sana untuk mendapat hidayah Allah s.w.t. Bersama-samalah kita bersyukur hidup di bumi Malaysia yang aman makmur ini dan stabil politiknya. Jangan lupa kita juga bakal bertanggungjawab menentukan pemerintahan negara dalam pilihan raya umum ke-13 kelak yang semakin dekat. Tunaikan amanah anda sebagai pengundi sebaik mungkin dan pilihlah pemimpin yang dapat menegakkan syiar agama di bumi bertuah ini. Ingatlah, siapa yang anda pilih akan dipersoalkan di akhirat kelak. Terima kasih atas sokongan berterusan anda terhadap Hidayah. Semoga tahun baru hijrah ini akan membawa makna yang lebih bererti dalam hidup kita.
Wassalam.
Pengarang.
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my
Marah Ibarat 'Harimau' Yang Bersembunyi
MARAH, diertikan sebagai sangat tidak senang (kerana dihina, diperlakukan tidak selayaknya, dan lain-lain lagi), berang, gusar. Marah yang sering kita temukan adalah marah sebagai tindak balas atau sesuatu yang mengecewakan yang bersangkutan. Merasa diperlakukan tidak adil, diremehkan, diherdik secara tidak wajar, adalah sebahagian dari munculnya rasa marah itu. Namun marah tanpa alasan rasional dan logik pun tidak jarang terjadi. Biasanya, rasa iri menjadi penyumbang faktor marah tersebut. Misalnya, seorang ibu di sebuah taman perumahan, ibu tersebut sedang dalam keterbatasan rezeki. Alih-alih berbesar hati atas keadaan, diri yang sedang menerpanya, dia meluapkan rasa marah atas ketidakberdayaan ini pada anak, suami, atau tetangganya. Dengan alasan yang pasti akan mudah dicari. Sebagai salah satu sifat yang diberi kepada manusia, rasa marah adalah semulajadi. Kehadirannya semacam pusingan, yang ketika datang, ia bagaikan pelepasan ketegangan jiwa. Pelepasan atas sifat ini merupakan pelepasan ketegangan emosional. Memang, tanpa rasa marah, hidup manusia ibarat kehilangan egonya. Padahal, ego (kesedaran tentang diri) itu diperlukan guna menopang hidupnya. Kerana egolah, ia membentuk dan memaknai kehidupan dirinya. Kerana egolah, suatu ketika ia pantas gembira kerana ada rangsangan gembira, dia boleh sedih, kerana ada rangsangan sedih dalam egonya. Pun, ia akan melempiaskan rasa marah kerana memang pusingan yang diberikan pada egonya adalah “kewajaran” marah kerana diperlakukan tidak patut. Pendeknya, gembira, sedih, kecewa, juga marah, merupakan pusingan yang selalu berulang. Memelihara marah ibarat menjaga kegarangan harimau di dalam dirinya. Harimau di dalam kandang akan selalu hilir-mudik dalam keadaan jaga sepenuhnya dan siap menerkam, merobek atas objek-objek yang tertangkap dalam inderanya. Rasa marah pun boleh disamakan dengan api yang siap berkobar besar bila ada sarana yang memperbesar diri sang api.
Sebuah titik api kecil pada mulanya, akan mampu membakar ribuan hektar hutan kerana adanya angin dan sifat kering pada kawasan tersebut. Bahkan dalam kisah alam ghaib, iblis yang disamakan dengan api adalah lambang kemurkaan dan keangkuhan kerana ketidaksudiannya ditempatkan di bawah pengaruh manusia, pun ketika Allah azza wa jalla yang memerintahkannya.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...

Tanda-Tanda Kebesaran Allah s.w.t.
Assalamualaikum wr wbt, Alhamdulillah puji syukur terhadap Allah di atas kenikmatan dan rahmatnya yang tercurah pada sekian hambanya dan masih lagi diberikan kesihatan sehingga kita dapat menyambut Awal Muharram 1434 dalam keadaan aman sejahtera. Selawat dan salam tercurah kepada nabi yang paling afdal iaitu Nabi Muhammad s.a.w., keluarganya, para sahabatnya serta para pengikutnya dari dahulu sampai sekarang. Harus kita sedari bahawa segala yang wujud di alam dunia yang fana ini adalah ciptaan Allah yang diperlukan oleh manusia, cuma tinggal manusia itu sendiri yang mengatur serta mengurus segala keperluan itu mengikut syariat yang ditentukan oleh Allah. Kita harus ingat bahawa segala yang wujud itu tidaklah sama dengan yang mewujudkannya. Firman Tuhan dalam surah Asy-Syura ayat 7, yang bermaksud: “Tidaklah ada sesuatu apa pun yang serupa dengan Dia (Allah) dan Dialah Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.”
Dalam hal ini Ibnu Ataillah dalam kitab Tanwir dan menurut ahli makrifat bahawa sesuatu selain Allah itu tidaklah dikatakan ada, kerana adanya Allah itu sejak azali, tidak terawal dan tidak juga berakhir, lagi pula Dia tidak beranak dan juga tidak diperanakkan, wujud Allah itu selamanya. Oleh sebab itu barang siapa yang melihat sesuatu yang ada tapi tidak melihat kepada yang mengadakan, maka di sini, bererti ada penghalang yang menyebabkan manusia tidak dapat melihat wujudnya Allah. justeru itu manusia harus berusaha serta mencari bagaimana caranya untuk kita mengenalkan Allah dan kita harus ingat bahawa manusia dapat mengenal Allah bukan dengan usaha semata, akan tetapi manusia dapat mengenal Allah adalah berkat kurnia dan kekuasaan Allah jua. Kerana Allah Maha Kuasa di atas segala sesuatu. Dia berkuasa untuk menghalangi manusia melihat kepadaNya. Melihat Allah di sini bukannya melihat dengan mata kepala yang ada ini, melihat Allah itu dengan mata hati, firman Tuhan dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan Dia tidak dapat dicapai dengan penglihatan mata, sedangkan Dia dapat melihat segala yang kelihatan dan Dialah yang Maha Halus lagi Maha mengetahui.” (Al-An’am: 103)
Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran,,,

Jenazah Bangun Setelah Dibalut Kain Kafan?
KEJADIAN ini terjadi di Tanjung Karang, Lampung. Di kota tersebut, tinggallah sepasang suami isteri di sebuah rumah yang sederhana. Kita sebut saja keluarga ini keluarga Marhali, yang dikurniai empat orang anak: tiga lelaki dan seorang perempuan. Tetapi, anak lelaki sulung mereka sejak umur 8 tahun tinggal di Jawa dengan adik ibunya (ibu saudaranya). Di sana si Sulung bersekolah sambil bekerja. Tiga anaknya yang lain masih duduk di bangku sekolah rendah dengan jarak umur yang tidak jauh berbeda, dan tinggal bersama kedua ibu bapanya. Selama 18 tahun kehidupan, keluarga ini selalu cukup makan saja dan tidak pernah lebih. Marhali dan isterinya berkahwin kerana dijodohkan oleh ibu bapanya, hingga mereka tidak dapat mengenal terlebih dahulu watak dan sifat masing-masing. Setelah bahtera perkahwinan mereka berjalan selama lapan tahun, mereka selalu bertengkar. Biasanya, pertengkarannya berpunca oleh masalah ekonomi.
Pertengkaran mereka selalu didengar saudara-saudaranya yang berada di luar kota. Biasanya, kalau keluarga saudara-saudara mereka mendengar pertengkaran itu, mereka dengan cepat ikut mengatasinya, baik dengan mendamaikan langsung, atau menasihatinya melelui telefon. Pada suatu hari, suami isteri ini kembali berbalah lagi. Ternyata, pertengkaran kali ini meninggalkan kesan besar. Keesokan paginya, Marhali pergi meninggalkan rumah. Tidak ada seorang pun anggota keluarganya yang tahu, kemana lelaki itu pergi selama seharian itu. Marhali baru pulang ke rumah pada waktu tengah malam dengan keadaan berserabut.
Setibanya di rumah, isterinya tercium bau arak dan menanyakan kemana saja suaminya itu selama seharian itu. Lelaki yang sudah mabuk itu tidak mempedulikan pertanyaan isterinya. Ia malah menolak isterinya hingga terjatuh mengenai tempat tidur. Isterinya tidak mampu melawan lagi. Ia hanya mampu menangis saja.
Selama beberapa hari, Marhali tidak lagi bekerja untuk mencari nafkah, melainkan kerjanya hanya berjudi dan mabuk-mabuk dan tidak pernah melaksanakan solat lima waktu sekali pun. Isterinya kebingungan untuk mendapatkan wang perbelanjaan untuk makan dan biaya sekolah anaknya, lalu dia berusaha menjalani usaha menjahit untuk menutupi hutangnya dan memenuhi keperluan keluarganya. Tapi itu semua tidak cukup untuk mengatasi beban hidup mereka yang semakin besar. Maka, isteri Marhali mengirim surat kepada anaknya yang berada di Jawa untuk mengirimkan sedikit wang belanja harian. Wanita itu tidak mahu menceritakan bagaimana sesungguhnya keadaan keluarganya kepada anaknya. Dia khuatir, kalau anaknya tahu tentang kelakuan ayahnya, anaknya boleh terganggu fikiran. Ia juga khuatir kalau anaknya menceritakannya kepada mak ciknya. Keadaan itu terus berlangsung selama tiga tahun. Hal ini mengakibatkan tiga orang anaknya yang tinggal dengannya terpaksa berhenti sekolah. Isteri Marhali sudah tidak peduli lagi dengan suaminya yang tiap hari hanya berjudi dan mabuk-mabuk saja itu. Bukannya wanita itu tidak mahu menyedarkan suaminya supaya insaf diri, tetapi ia sudah patah arang, kerana setiap kali dinasihati suaminya malah melenting marah. Bahkan tidak jarang dia dipukul dengan kasar oleh suaminya. Dua tahun kemudian, tepatnya tahun 1997 suaminya mengalami sakit parah, badannya panas dengan suhu yang agak membimbangkan. Anehnya, demam panas tersebut berlangsung selama sebulan, dan hanya panas tinggi saja, tetapi tidak dapat diubati. Yang memilukan isterinya, meskipun badannya dalam keadaan panas tinggi itu, lelaki itu tak tinggal perbuatan kotornya: berjudi dan mabuk-mabuk.

Naik Ke Jabal Qubis Gunakan Tangga Batu
Wan Osman (Allahyarham) mempunyai abang yang menetap di Makkah. Abangnya ialah seorang “Sheikh Haji”. Semua jemaah haji dari Kelantan atas kelolaan abangnya. Oleh kerana Wan Osman seorang pegawai kedutaan, dan abangnya pula seorang “Syeikh Haji” memudahkan saya untuk berurusan membuat ibadah haji, walau pun ketika itu saya belum dipastikan lagi menjadi “Tetamu Kementerian Penerangan Arab Saudi”
Apabila urusan paspot saya sudah beres di airport, dan Wan Osman memberitahu saya: “Anta jangan susah hati, anta akan dapat buat haji, walaupun anta tidak jadi tetamu kementerian...” Semasa di Jeddah, Wan Osman telah menguruskan mengenai “pass” untuk saya semasa berada di Makkah juga di Madinah. Saya telah dibawa ke Kementerian Haji bagi menguruskan “pass istimewa” itu. Akhirnya, saya diberi satu pass. Dengan pass itu, saya boleh pergi ke mana saja dengan menunjukkan pass itu, yang di dalamnya ada tertera nama dan gambar saya serta pekerjaan saya. Nama “journalist” merupakan satu “lesen besar” bagi saya untuk ke mana saja. Sebenarnya, saya ada seorang “sepupu” yang tinggal di Makkah. Namanya Haji Abdullah bin Haji Mohd Yatim. Beliau adalah abang kepada bekas Mufti Melaka, Dato’ Haji Mohd Yunus Haji Mohd Yatim. Haji Abdullah ialah seorang guru yang mengajar di sebuah Madrasah bernama “Madrasah Al-Falah” di Bandar suci Makkah. Wan Osman sudah pun memaklumkan kepada sepupu saya tentang kedatangan saya ke Makkah nak buat haji. Dua hari lagi nak wukuf, Haji Abdullah datang ke Jeddah menjemput saya untuk tinggal bersamanya di “Jabbal Qubbis”. Petang itu saya berangkat ke Makkah.
Pada jam kira-kira 2 pagi saya bersama dengan “Abang Dolah” buat Umrah haji tamato’. Mula-mula saya tawaf dulu, yang ketika itu saya bertemu dengan Pak Kiyai Fathullah Haron yang sedang tawaf. Selepas tawaf saya sa’i dan terus bercukur. Selesailah saya buat umrah haji Tamato’. Oleh kerana buat pertama kali saya menjejakkan kaki ke tanah suci, dan usia pun masih 28 tahun, saya tidak banyak dapat menggunakan peluang, beribadat di Masjidil Haram ketika itu.

8 Hal Yang Disukai Isteri Dari Suami
TERKADANG kita ingin tahu, apa yang membuat isteri kita senang dalam kehidupan berumahtangga. Berikut ini adalah rangkaian sikap dan sifat yang disukai seorang isteri dari suaminya.
• Penuh Pengertian
Seorang isteri suka diperhatikan dan didengarkan. Dia suka suaminya memahami dan mengerti akan dirinya. Dalam suka dan dukanya. Dalam ceria dan sedihnya. Dia suka suami mengetahui perasaannya. Dia misalnya, suka diberitahu pakaiannya yang mana yang paling disukai suaminya. Atau masakannya yang mana yang paling lazat bagi suaminya. Kerana kata-kata ringan dan lembut amat dinanti-nanti seorang isteri. Setiap kata yang keluar dari lidah dan bibirnya adalah pesan cinta yang ingin dia sampaikan. Dan dia ingin tahu bagaimana suaminya menanggapi pesan cintanya itu. Tangisan seorang isteri itu memiliki sekian banyak makna, boleh jadi kerana sedih, kerana marah, kerana terharu dan bahagia. Dia suka jika suaminya bersabar untuk mengenal setiap jenis air mata yang menitis dari matanya. Pengertian ini menjadi inti dan landasan segala sikap menyenangkan yang mungkin dilakukan seorang suami terhadap isterinya.
• Setia
Kesetiaan adalah syarat utama cinta sejati. Seorang isteri ingin cinta suami itu hanya untuknya. Kerana kecemburuan adalah sebahagian dari cinta. Sapaan sayang di tengah kesibukan, walaupun hanya satu dua minit kata-kata yang disampaikan menerusi telefon, walaupun hanya satu dua kalimat SMS, akan menjadi pengukuh kepercayaannya. Hadiah yang diberikan: murtabak kesukaannya, seikat bunga, atau sebuah jam tangan yang ringkas akan menguatkan cinta. dan mengingati hari ulang tahun serta hari pernikahan akan menjadi bukti kesetiaan suami yang disukai seorang isteri. Tapi seorang isteri yang baik akan mengatakan, “Jangan kerana takut kepada saya, abang bersikap setia. Kerana Allah maha melihat. Itu yang mesti menjadi landasan kesetiaan.”
• Sabar dan Pemaaf
Seorang isteri akan amat bersyukur jika suaminya mahu menerima dirinya apa adanya. Suaminya mampu memaafkan dan bersabar atas kekurangan yang ada pada dirinya. Dia memerlukan waktu untuk membina dirinya. Dia bahkan perlu waktu untuk memahami dirinya sendiri, ketika satu saat dia tidak menjadi dirinya sendiri. Seorang isteri perlu mendapatkan nasihat, akan tetapi itu dilakukan dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. “Kemudian keadaan orang beriman itu adalah saling menasihati dalam kesabaran dan dalam kasih sayang.” (QS Al-Balad) “...dan jika kalian memaafkan, tidak memarahi, dan mengampuni mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” (QS At-Taghabun).
• Teguh Hati dan Bersemangat
Seorang isteri suka melihat suaminya sentiasa berteguh hati dan bersemangat dalam menyelesaikan berbagai tugas dan amanah. Dia suka jika suaminya sentiasa bertanggungjawab menunaikan tugas-tugas di luar rumah dan sekaligus membantu menyelesaikan permasalahan di rumah. Seorang isteri suka melihat suaminya akrab bercengkerama, bermain dengan anak-anak. Dan saat suami sesekali memasak untuk keluarga, ada sentuhan hangat menyentuh relung jiwa seorang isteri. Bagaimana jika suaminya berada dalam putus harapan atau kehilangan semangat? Seorang isteri akan menerima suaminya berusaha keras untuk melepaskan diri dari keadaan lemah ini. Dia bahkan akan memberikan bantuan dan doa terbaik bagi suaminya.

Ajaibnya Haiwan Unta
MENGAPA unta boleh bertahan hidup lama di gurun yang sangat panas dan tandus? Ada unsur apa di balik tubuh binatang ini hingga ia mampu berjalan ratusan kilometer tanpa makan dan minum? Kalau kita berbicara mengenai padang pasir, Timur Tengah, atau negara-negara Arab, pandangan kita pun tidak akan pernah lepas dari haiwan satu ini: unta. Sebabnya, ialah satu-satunya binatang yang boleh bertahan hidup di tengah teriknya matahari hingga 55 darjah celcius. Praktisnya, binatang ini menjadi “kendaraan terbaik” bagi orang yang ingin melewati Padang Pasir. Soal kehebatan unta ini, Islam ternyata jauh-jauh hari telah menggambarkannya dengan sangat baik. Melalui ayat suci al-Quran, kita pun diminta berfikir tentang binatang ini, “Maka apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana unta diciptakan?” (QS. Al-Ghaasyiyyah [88]: 17) Menurut Profesor Dr. Harun Yahya, kendaraan apa pun yang berjalan dalam cuaca yang panas menyengat seperti di gurun pasir, harus dicipta mampu menahan panas dan terpaan badai (ribut) pasir. Selain itu, dia harus mampu berjalan jauh, dengan sedikit bahan bakar dan sedikit air. Mesin yang paling mampu menahan keadaan sulit ini bukanlah kenderaan bermotor, melainkan seekor binatang, yakni unta. Dengan kata lain, mesin saja boleh mogok bila berhari-hari tidak diisi bahan bakar, tetapi unta boleh melakukannya. Ini luar biasa. Bererti, untuk kes padang pasir, unta hampir boleh mengalahkan semua jenis kenderaan bermesin. “Unta telah membantu manusia yang hidup di gurun pasir sepanjang sejarah, dan telah menjadi simbol bagi kehidupan di gurun pasir. Panas gurun pasir sungguh mematikan bagi makhluk lain. Selain sejumlah kecil serangga, reptilia dan beberapa binatang kecil lainnya, tak ada binatang yang mampu hidup di sana. Unta adalah satu-satunya binatang besar yang dapat hidup di sana. Allah telah menciptakannya secara khusus untuk hidup di padang pasir, dan untuk melayani kehidupan manusia,” tulis Harun Yahya.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...
Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...
Tiga Hari Bersama Penghuni Syurga
PARA sahabat Nabi s.a.w. terkenal dengan kesalihannya. Mereka pun, sebahagian besar, dijamin masuk syurga oleh Rasulullah s.a.w. Meski begitu, ada saja di antara sahabat yang iri dan teruja ketika Rasulullah menyebut orang lain akan dijanjikan masuk syurga. Salah satunya adalah Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a.
Dalam sebuah hadis diriwayatkan Ahmad dan An-Nasa’i, Anas bin Malik bercerita tentang kejadian bersama Rasulullah s.a.w. “Pada suatu hari kami duduk bersama Rasulullah s.a.w., kemudian baginda bersabda, ‘Sebentar lagi akan muncul di hadapan kalian seorang lelaki penghuni syurga.’ Tiba-tiba muncullah lelaki Ansar yang janggutnya basah dengan air wuduknya. Dia memegang kasutnya pada tangan sebelah kiri.” Esok harinya, Rasulullah s.a.w. berkata begitu juga, “Akan datang seorang lelaki penghuni syurga.” Dan muncullah lelaki Ansar yang sama. Begitulah, Nabi s.a.w. mengulang sampai tiga kali. Ketika majlis Rasulullah selesai, Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a. mencuba mengikuti lelaki yang disebut Nabi sebagai penghuni syurga ini. Kemudian dia berkata kepadanya, “Saya ini bertengkar dengan ayah saya, dan saya berjanji kepada ayah bahawa selama tiga hari saya tidak akan pulang ke rumah menemuinya. Mauhkah kamu memberi tempat tinggalan buat saya selama hari-hari itu?” Abdullah mengikuti orang itu ke rumahnya, dan tidurlah ia di rumah orang itu selama tiga malam. Selama itu, Abdullah ingin menyaksikan ibadah apa gerangan yang dilakukan orang yang disebut Rasulullah sebagai penghuni syurga. Tetapi selama tiga hari itu dia tidak menyaksikan sesuatu yang istimewa di dalam ibadahnya. Kata Abdullah, “Setelah tiga hari aku tidak melihat amalannya sampai-sampai aku meremehkan amalannya, lalu aku berkata, “Hai Hamba Allah, sebenarnya aku tidak sedang bertengkar dengan ayahku, dan tidak juga aku menjauhinya. Tetapi aku mendengar Rasulullah berkata tentang dirimu sampai tiga kali. “Akan datang seorang darimu sebagai penghuni syurga.” Aku ingin memperhatikan amalanmu supaya aku dapat menirunya. Mudah-mudahan dengan amal yang sama aku mencapai kedudukanmu.”

Nabi s.a.w. Memilih Yang Mudah
ISLAM itu, sebenarnya memudahkan umatnya, bukan menyulitkannya. Jadi, kalau ada yang berpendapat bahawa Islam terlalu “membebani” pemeluknya, hal itu tidaklah benar. Sebab dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. memberi nasihat untuk memilih yang mudah, “Mudahkanlah dan jangan kalian mempersulit. Sampaikan khabar gembira dan jangan membuat mereka lari.” (Muttafaq ‘Alaih) Dari hadis di atas disimpulkan bawah Nabi tidak menghendaki umat Islam ditimpa kesulitan. Makanya, kalau umat Islam dihadapkan pada dua pilihan antara yang sulit dan yang mudah, Nabi menganjurkan memilih yang mudah. Dengan catatan, selama yang mudah itu tidak melanggar aturan Islam [syar’i]. Hal ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a., “Apabila Rasulullah s.a.w. disuruh memilih di antara dua perkara, nescaya baginda memilih yang lebih mudah di antara keduanya, selama itu tidak dosa. Adapun jika itu adalah dosa, maka baginda adalah orang yang paling jauh dari dosa.” (HR. Bukhari dan Muslim) Dalam hadis tersebut begitu jelas bahawa Nabi s.a.w. tidak menghendaki yang serba sulit dalam menjalankan ajaran agama Islam. Merupakan kebiasaan Rasulullah ketika dihadapkan pada dua pilihan; Rasulullah tidak memilih sesuatu yang sulit, melainkan memilih yang mudah. Hal itu tak lain pengajaran Nabi s.a.w. kepada umatnya agar tidak merasa berat dalam menjalani segala ajaran Islam, termasuk dalam melaksanakan ibadah atau ritual Islam.
Dengan cara seperti itu, selain umat Islam menerima ajaran Islam dengan gembira, Nabi s.a.w. juga berharap umat Islam tidak lari. Sebab ajaran Islam itu bukan ajaran yang menakutkan, apalagi membuat meremang bulu tengkuk.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...
Dengan cara seperti itu, selain umat Islam menerima ajaran Islam dengan gembira, Nabi s.a.w. juga berharap umat Islam tidak lari. Sebab ajaran Islam itu bukan ajaran yang menakutkan, apalagi membuat meremang bulu tengkuk.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...
Nabi Shaleh Dan Unta Yang Ajaib
DULU di sebelah utara semenanjung Arab, di antara Hijaz dan Tabuk, terbentang sebuah lembah yang luas. Wadi al Qura, namanya. Daerah itu tergolong daerah berbatuan atau pergunungan. Tetapi, tanah di lembah itu tidak kering kerontang dan tandus. Ada galian-galian telaga yang boleh dialirkan ke ladang dan kebun hingga tanah-tanah pertanian di daerah itu mampu menghasilkan buah-buahan sebagai sumber kehidupan. Di daerah itulah, kaum Tsamud – suatu kaum yang muncul setelah kaum ‘Ad musnah di lembah Al Ahqaf - pernah tinggal. Kaum Tsamud bermukim di rumah-rumah yang dibangun di sekitar gunung dan mereka hidup sebagai petani dan penternak. Dengan sumber air dari telaga-telaga yang ada di lembah-lembah itulah, mereka hidup makmur dengan aneka hasil pertanian dan penternakan. Tapi, limpahan anugerah kemakmuran itu tidak membuat kaum Tsamud bersyukur dan ingat Allah yang telah menganugerahi kehidupan mereka. Kaum Tsamud tak menyembah Allah, melainkan menyembah berhala. Ajaran “tauhid dan kebajikan” yang dibawa para nabi-nabi terdahulu, tidak lagi memberikan pelajaran berharga bagi mereka dalam menjalani hidup sehari-hari. Karena itulah, Allah mengutus Nabi Shaleh untuk menunjukkan jalan terang bagi mereka.
Tugas menyebar risalah tauhid itu, memang, tidak ringan bagi Nabi Shaleh. Apalagi, pertama-tama yang harus dilakukan adalah mengajak kaumnya tidak lagi menyembah berhala. Maka, dalam hati, Nabi Shaleh sedih tatkala melihat apa yang dilakukan oleh kaum Tsamud. Pada satu hari, Nabi Shaleh melihat mereka pergi berbondong-bondong ke suatu tempat dan kemudian di tempat itu mereka menyembah berhala. Padahal, berhala itu tidak memberikan manfaat apa pun. Maka, dengan santun Nabi Shaleh pun mengajak mereka sedar, “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selainNya.” (QS. Al-A`raaf [7]: 73). Ajakan itu adalah kata-kata yang sama sebagaimana ditegaskan Nabi sebelumnya, Hud, Nuh dan seluruh nabi dan rasul-rasul Allah. Tetapi, ajaran tauhid itu membuat kaum Tsamud seperti diguncang badai. Apalagi mereka sudah lama menyembah berhala. Meski mereka tidak meragukan kebaikan dan juga kebijaksanaan yang dimiliki Nabi Shaleh, bahkan sebahagian dari mereka menganggap Nabi Shaleh kelak akan menjadi orang yang memiliki kedudukan penting di tengah-tengah mereka dan akan jadi pemimpin yang kuat bagi kaum Tsamud, tetapi mereka merasa ajakan Nabi Shaleh itu telah menampar muka mereka, terlebih di wajah para pemuka kaum Tsamud. Setelah Nabi Shaleh diangkat jadi nabi, dan mengajak kaum Tsamud ke jalan keimanan, simpati mereka yang dulu sempat disandarkan kepada Nabi Shaleh langsung pupus. Kaum Tsamud seperti malu jika harus meninggalkan ajaran nenek moyang yang diwarisi secara turun temurun. “Sesungguhnya kamu sebelum ini adalah seorang di antara kami yang kami harapkan, apakah kamu melarang kami untuk menyembah apa yang disembah oleh bapak-bapak kami? dan sesungguhnya kami betul-betul dalam keraguan yang menggelisahkan terhadap agama yang kamu serukan kepada kami.” (QS. Huud [11]: 62)

Kiai Hamid, Ulama Sufi Dari Pasuruan
BAGI masyarakat Jawa Timur, nama Kiai Hamid, dari Pasuruan, barangkali sudah tidak asing lagi. Namanya sangat popular, baik bagi kalangan para pelajar pondok pesantren mahupun masyarakat umum.
Dia dikenali sebagai tokoh ulama pesantren yang sangat disegani dan dikagumi. Sejumlah kalangan juga menilai bahawa ia adalah salah seorang ulama sufi yang sangat santun, tawadhu dan mumpuni dalam bidang ilmu agama. Makamnya sendiri tak pernah sepi dari pengunjung. Hal ini dibuktikan oleh wartawan Hidayah ketika beberapa kali mengunjungi makamnya yang terletak di belakang Masjid Agung Al-Anwar, Pasuruan. Tidak hanya para santri (para pelajar pondok), tapi juga masyarakat umum dari berbagai daerah berdatangan, meski sekadar berziarah ke makamnya. Pondok Pesantren Salafiyah, yang merupakan peninggalannya, hingga kini tetap aktif dan disegani oleh banyak kalangan. Setiap perayaan agama, sejumlah ulama, habib, para pegawai pemerintah, hadir sebagai bukti bahawa Kiai Hamid masih memiliki ‘daya tarikan’ tersendiri, meski beliau sudah meningal dunia 30 tahun silam. Ada banyak kisah yang membuktikan bahawa Kiai Hamid adalah ulama Sufi. Said Amdad, dari Pasuruan, misalnya, pernah membuktikan hal ini. Dia tidak percaya pada keistimewaan seorang ulama sufi. Dia tidak percaya pada apa yang namanya ‘wali’. Dia adalah seorang rasionalis, yang tidak percaya pada hal-hal yang di luar kebenaran akal. Satu ketika, Said Amdad mendengar bahawa Kiai Hamid diakui sebagai seorang sufi oleh beberapa ulama. Dia kemudian ingin sekali membuktikannya. Dia ingin menguji kebenaran tersebut. “Saya ingin diberi makan Kiai Hamid. Cuba dia tahu apa tidak,” katanya dalam hati ketika pulang dari Surabaya. Setiba di Pasuruan dia langsung ke Pondok Pesantren Salafiyah, pimpinan Kiai Hamid. Dia lalu solat isyak di pesantren tersebut dengan tujuan bertemu dengan Kiai Hamid. Selesai bersolat dia tidak langsung keluar, dia membaca wirid dulu. Sekitar pukul 10.30, jemaah sudah pulang semua. Lampu rumah Kiai Hamid pun sudah dipadamkan.
Dia melangkah keluar masjid. Dia melihat orang melambaikan tangan dari arah rumah Kiai Hamid. Dia pun menghampiri. Ternyata yang melambaikan tangan adalah kiai Hamid. “Makan di sini ya,” kata Kiai Hamid.
Mendengar tawaran ini Said Amdad merasa terkejut. Dia lalu menuju ruang makan rumah Kiai Hamid. Di ruang tengah hidangan ternyata sudah tersedia. “Maaf ya, lauknya seadanya saja. Sampainya tidak diberitahu dulu,” kata Kiai Hamid dengan ramahnya. Said Amdad merasa disindir, sebab, sebelum datang ke pondok pesantren tersebut dia memang ingin diberi makan oleh Kiai Hamid sebagai bukti bahawa dia adalah seorang wali. Sejak itu dia percaya Kiai Hamid adalah seorang wali.

Memeluk Islam Setelah Baca Majalah Hidayah
PERTAMA kali aku mengenali Majalah Hidayah dari seorang teman. Waktu itu, aku hendak pergi ke gereja untuk belajar Injil, seorang teman menghubungiku melalui telefon dan mengajak bertemu. Kami berdua memang sudah cukup lama tak bersua. Kerana itulah, aku kemudian membatalkan diri pergi ke gereja. Padahal, pergi ke gereja merupakan ‘kewajipan’ yang selalu kulakukan pada setiap hari Ahad. Ibuku bakal melenting marah bila ketahuan aku tidak pergi ke gereja. Nah, temanku itu ternyata suka membaca Majalah Hidayah. Aku perhatikan bacaan majalahnya tampak aneh. Sekilas aku perhatikan majalah berukuran kecil itu. Dari covernya aku mulai terasa ingin tahu apakah isinya. Seingatku, kala itu judul di cover majalah Hidayah itu memuat kisah orang melewati masa-masa sakaratul maut dengan cara mengerikan. Dia mengalami rasa sakit dan terseksa sekali. Aku baru faham bahawa dalam Islam sakaratul maut yang dilewati seseorang sebelum tiba ajalnya terkait erat dengan amal perbuatan dalam hidupnya. Jika ia orang baik, pasti dimudahkan sakaratul mautnya. Tapi, bila ia buruk amal perbuatannya, ia akan merasakan sakitnya sakaratul maut itu. Dalam Islam, perbuatan seseorang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Kerana rasa ingin tahu itulah aku ingin sekali membaca isi majalah itu. Aku lalu beritahunya, “Aku pinjam dulu, ya, majalahnya.”
“Ambil saja,” jawabnya kala itu. Aku lalu membaca majalah itu di rumah. Aku cuba baca berkali-kali. Ada perasaan menyeruak dalam fikiranku. Hingga kemudian aku mulai mengerti dengan apa yang ditulis di majalah ini. Salah satu kolom yang aku sukai di majalah ini adalah Setitis Hidayah, yang memuat kisah-kisah individu bukan Islam yang akhirnya mendapatkan hidayah dan menjadi saudara baru (mualaf). Kisah-kisahnya sangat menarik dan menyentuh hatiku. Bagiku, Hidayah adalah majalah yang berwibawa dan sangat bermanfaat. Aku sangat menyukainya, bahkan aku kini sangat mencintainya. Kisah-kisahnya sangat menyentuh hati. Majalah Hidayah tampil dengan dakwah yang sangat mengena di hati pembacanya. Tidak ketara seperti mahu mengajar, tapi sangat menyentuh hati. “Sepanjang hidupku baru kali ini aku menemukan majalah yang membuat aku berubah pantas. Maha Suci Tuhan, dari Majalah Hidayah itulah aku mendapatkan hidayah dari Allah, dan akhirnya aku memeluk Islam.” Melalui Majalah Hidayah inilah, aku pertama kali mengenal ajaran agama Islam. Boleh dikatakan bahawa Majalah Hidayah adalah perantara aku mengenal dan memahami apa itu Islam.
Didikan Keras
Aku dilahirkan di Pati, Tayu, Jawa Tengah, dan hari lahirku setiap tarikh 27 Jun. Nama kecilku Widi Setio Rini. Aku anak bongsu dari tiga bersaudara. Kesemuanya wanita. Aku terlahir dari keluarga yang sangat sederhana sekali. Apa adanya. Ibuku beragama Kristian sementara ayahku pula beragama Islam. Kedua kakakku juga beragama Islam. Sejak kecil aku dididik keras oleh ibuku tentang ajaran Kristian. Setiap hari Ahad aku diharuskan ibuku pergi ke gereja. Sebagai anak, aku selalu mematuhi apa kata ibu. Sebenarnya sejak umur antara 8 atau 9 tahun aku mulai tertarik dengan Islam. Tapi, kerana pengawasan ibu begitu ketat dan keras, aku selalu dimarahi bila berhubungan dengan sesuatu yang berbau Islam. Pernah satu ketika aku dimarahi ibu lantaran mengintip anak-anak seusiaku mengaji di surau. Kalau ibu sudah marah, marahnya tidak terbatas. Aku pernah dipukul, dilempar dan bahkan dipaksa tidur di lantai. Kerana aku masih kecil, aku hanya mampu menangis dan merintih. Aku bahkan menangis meronta-ronta, kedua tanganku diikat di kayu, lalu diberi semut merah, sambil disebat dengan kayu. Pendek kata, ibuku memang sangat ‘kejam’ kepadaku mengenai agama. Dia menginginkan aku menjadi penganut Kristian yang taat. Tapi, sejak kecil aku sudah tidak suka. Masa-masa itu adalah masa-masa keras yang aku terima dari ibuku. Masa itu adalah masa perjuanganku menghadapi seksaan keras ibuku. Dari kecil, aku juga sudah terbiasa kerja keras. Setelah lulus Sekolah Dasar (SD) aku tidak melanjutkan sekolah lagi. Padahal, dari pihak gereja telah menawarku masuk sekolah SMP secara percuma. Aku tolak dan tidak mahu bersekolah.
Selanjutnya dapat Hidayah Disember 2012 di pasaran...

Saat Al-Quran Hadir Di Latvia
Latvia hanyalah sebuah negara kecil di Eropah. Tapi, siapa sangka negeri yang kecil ini memiliki seorang muslim berpengaruh. Ya, negara ini tercatat dalam buku “500 Most Influential Muslims” (500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia) yang diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre, lembaga kajian bebas mengenai Islam yang berkedudukan di Amman, Jordan. Buku itu sendiri dikarang oleh ahli Islam terkemuka, John L. Esposito. Nama Uldis Berzins dan Latvia disebut disela-sela nama besar tokoh muslim dunia seperti Recep Tayyib Erdogan (Turki), Yusuf Al-Qaradhawi, Sayyed Husein Nasr (Pemikir Islam) dan sebilangan yang lain lagi. Siapakah Uldis Berzins? Dia seorang penyair, pensyarah dan penterjemah. Sejak tahun 2002 Uldis mengajar bahasa Turki di Fakulti Bahasa, Universiti Latvia. Namanya menjadi terkenal setelah ia berhasil menterjemah al-Quran ke dalam bahasa Latvia. Uldis adalah orang pertama yang melakukan itu dan ia menghabiskan 15 tahun untuk menyelesaikan projek perdana tersebut. Al-Quran terjemahan bahasa Latvia sudah diterbitkan tahun 2009 dan menjadi satu tonggak penting perkembangan Islam di Latvia. Uldis lahir di Riga, ibukota Latvia. Kesusasteraan dan bahasa adalah minatnya sejak muda. Ia sempat belajar di beberapa universiti berkaitan bidang itu antaranya adalah Univerisiti Negeri Moscow (Rusia), Universiti Negeri Tashkent (Uzbekistan), dan Universiti Reykjavik (Island). Uldis cukup terkenal sebagai penyair. Puisi-puisinya diterjemahkan dalam beberapa bahasa seperti Jerman, Sweden, Estonia dan lainnya. Tapi karya terjemahan al-Qurannya boleh dianggap karya terbesar dalam kerjayanya. Waktu 15 tahun yang ia habiskan untuk menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Latvia membuktikan ia sangat serius pada projek itu. Karyanya itu kini menyebar ke seluruh pelosok negeri dan menjadi rujukan bagi masyarakat dan individu muslim Latvia atau bukan muslim Latvia yang ingin tahu dasar-dasar ajaran Islam.
“Saat menterjemahkannya kadang-kadang saya tak dapat pergi kemana-mana, bahkan saya terkadang melewatkan waktu makan. Saya bekerja bersama beberapa orang ahli Islam yang saya ajak diskusi mengenai bagaimana baiknya tata-bahasa dan penafsiran atas al-Quran ke bahasa Latvia,” ujar Uldis. sebagaimana dipetik dari voa-islam.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...
“Saat menterjemahkannya kadang-kadang saya tak dapat pergi kemana-mana, bahkan saya terkadang melewatkan waktu makan. Saya bekerja bersama beberapa orang ahli Islam yang saya ajak diskusi mengenai bagaimana baiknya tata-bahasa dan penafsiran atas al-Quran ke bahasa Latvia,” ujar Uldis. sebagaimana dipetik dari voa-islam.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...
Islam Angkat Darjat Wanita Hingga Ke Syurga
I. Wanita Sebelum Islam Dalam Pandangan Masyarakat Arab Jahiliyyah
Keadaan wanita dalam pandangan bangsa Arab sebelum Islam sangatlah hina dan rendah. Bahkan terlalu rendah dan hinanya, wanita pada masa itu diletakkan pada darjat yang tidak selayaknya bagi manusia. Semua hak mereka dihapus, termasuk hak mengemukakan pendapat yang berhubungan dengan kepentingan hidup mereka sekalipun. Mereka tidak boleh menerima harta warisan, kerana dalam tradisi mereka, orang yang berhak mendapatkan harta warisan hanyalah mereka yang sanggup berperang dan mampu melindungi anak-anaknya. Wanita tidak mempunyai hak untuk menolak atau sekadar memberi saran dalam urusan pernikahannya. Segala urusannya diserahkan kepada walinya, bahkan seorang anak laki-laki berhak melarang bekas isteri ayahnya untuk menikah lagi, kecuali jika sang janda memberikan semua harta yang diterima dari suaminya kepada anak laki-lakinya itu. Seorang anak laki-laki juga berhak berkata: “Akulah yang mewarisi bekas isteri ayahku sebagaimana aku mewarisi harta warisan lainnya dari ayahku.” Ertinya, anak laki-laki tersebut berhak menikahi bekas isteri ayahnya tanpa mahar atau menikahkannya dengan laki-laki lain dengan syarat maharnya diserahkan kepada anak laki-laki tersebut. Dalam sebuah riwayat dari Ibnu Abbas disebutkan: “Jika seorang laki-laki ditinggal mati ayah kandung atau ayah mertuanya, dialah yang lebih berhak atas isteri mereka. Dia berhak menjadikannya sebagai isteri (tanpa mahar) atau menahannya (melarang nikah dengan laki-laki lain), kecuali setelah menebus dirinya dengan mahar (yang didapat dari suaminya) atau menahannya sampai wanita itu mati, lalu anak laki-laki itulah yang berhak atas semua harta bendanya. Di samping itu, seorang laki-laki Arab pada masa jahiliyyah bila diberitahu isterinya telah melahirkan anak perempuan, seketika itu merah padamlah wajahnya kerana menahan marah, sedih dan malu seakan sebuah malapetaka besar telah menimpanya. Allah s.w.t. berfirman yang ertinya: “Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, menjadi merah padamlah mukanya dan dia sangat menahan (marah, sedih dan malu). Ia lalu menyembunyikan diri dari orang banyak lantaran buruknya berita yang disampaikan kepadanya. (Tiada pilihan lain baginya selain) tetap memeliharanya dengan menanggung kehinaan atau menguburkannya hidup-hidup. Ketahuilah, betapa buruknya keputusan yang mereka ambil itu.” (QS. An-Nahl: 58-59) Itulah tradisi masyarakat Arab jahiliyyah yang sangat sadis iaitu mengubur anak perempuan hidup-hidup. Perilaku ini pantas disebut sebagai puncak kekerasan hati, kasarnya perangai dan puncak kekejaman. Mereka mempunyai alasan dan motivasi yang berbeda-beda dalam soal penguburan anak perempuan hidup-hidup. Ada yang melakukannya lantaran ingin menjaga kehormatan dan khuatir bila sampai tertimpa aib, kerana mereka adalah kaum yang gemar berperang dan melakukan penyerangan. Jika mereka tetap memelihara anak perempuan, hal itu sangat memungkinkan nantinya anak perempuan mereka akan menjadi tawanan musuh. Jika hal itu sampai terjadi, bererti ayahnya telah tertimpa aib yang sangat memalukan. Ada juga yang melakukan penguburan anak perempuan hidup-hidup kerana kesulitan mencari rezeki atau kerana miskin. Kabilah lain ada juga yang melakukannya bukan kerana alasan cemburu atau takut tertimpa aib, melainkan hanya kerana anaknya cacat, seperti warna kulitnya hitam, pincang, lumpuh atau sebab yang lain. Adat tersebut baru hilang setelah Islam datang, kerana Islam memang mengharamkan dan mengecam perbuatan tersebut.

Subscribe to:
Posts (Atom)

IklankanApaSaja.jpg)