Friday, July 20, 2012

Bolehkah Kita Buat Puasa Nabi Daud?

ADA beberapa orang lain telah mengemukakan pertanyaan mengenai soal puasa. Ada yang bertanyakan kafiat “puasa Nabi Allah Daud.” Puasa Nabi Daud a.s. ialah puasa yang berselang-selang. Sehari puasa dan sehari tidak. Puasa ini pernah disebut oleh Nabi s.a.w. puasa Sunat Nabi Daud. Orang itu bertanya apakah kita boleh mengerjakan puasa Nabi Daud? Dan puasa apa yang dilarang atau dibolehkan dalam Islam?
Jawapan yang diberikan bahawa secara umum, puasa menjadi dua: “wajib dan tidak wajib.” Secara umum puasa dapat dibahagi kepada dua. Wajib dan tidak wajib.
Puasa wajib ada tiga kategori:
(a) wajib kerana waktu, yakni puasa bulan Ramadan
(b) wajib kerana sebab tertentu, seperti akibat pelanggaran yang nazarnya berupa puasa - misalnya, nazar membatalkan sumpah adalah puasa selama tiga hari (QS. Al-Ma’idah [5]: 89 dan
(c) wajib kerana seseorang mewajibkannya atas dirinya sendiri, iaitu puasa nazar.
Puasa yang tidak wajib dapat dibahagi menjadi tiga:
(a) dianjurkan pada hari-hari tertentu,
(b) dilarang untuk hari-hari tertentu dan
(c) tidak dianjurkan dan tidak pula dilarang.
Secara umum, dapat kita katakan bahawa puasa yang dianjurkan adalah puasa seperti puasa Nabi Daud (yakni, puasa selang sehari dengan sehari berpuasa dan sehari berbuka), puasa Isnin dan Khamis, dan puasa enam hari di bulan Syawal. Hanya Imam Malik saja memakruhkan puasa kategori ini. Kemungkinan besar hadis tentang puasa ini tidak beliau ketahui atau beliau menilainya lemah. Majoriti ulama juga memasukkan dalam kategori ini puasa ‘Asyura, yakni puasa pada tarikh 9 dan - ada juga yang mengatakan -10 bulan Muharram, serta puasa Arafah, yakni tarikh 9 Zulhijjah. Akan tetapi, menurut Imam Syafi’i, puasa Arafah ini hanya dianjurkan bagi mereka yang tidak melaksanakan ibadah haji. Akan halnya puasa pada hari-hari terlarang (dalam pengertian haram atau makruh hukumnya), para ulama sepakat menyatakan bahawa haram hukumnya berpuasa pada Hari Raya aidilfitri dan aidiladha. Ehwal puasa pada hari-hari Tasyriq, yakni tiga hari sesudah hari raya haji. Puasa hari raya haji, banyak ulama mengharamkan juga. Sebahagian lain membolehkannya tetapi makruh hukumnya. Adapun puasa pada hari Jumaat dan Sabtu dalam keadaan tertentu, pada separuh terakhir bulan Syaaban, ada ulama  yang melarangnya dalam pengertian makruh hukumnya, tetapi ada juga yang membolehkannya. Semua ini disebabkan hadis-hadis itu amat beragam dan para ulama berbeza-beza dalam menilai dan menafsirkannya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2012 di pasaran...

No comments: