Monday, July 8, 2013

Kesan Kesihatan Apabila Berjaga Malam

Tuntutan pekerjaan tidak jarang membuat orang lupa pada waktu; lupa kesihatan fiziknya. Malam yang seharusnya menjadi waktu istirahat, justeru masih digunakan untuk berjaga malam. Tubuh yang seharusnya rileks dan terlepas dari aktiviti, ternyata masih “dipaksa” untuk bekerja. Tak salah, jika waktu tidur pun menjadi berkurangan. Hujung-hujungnya, kesihatan pun menjadi pertaruhan kerana tubuh lemah terserang penyakit. Tidur malam hari sebenarnya hal yang alamiah dan merupakan tuntutan tubuh. Sebab, malam hari itu, ketika tidur itu orang melewati proses perbaikan. Pada saat orang tidur, seluruh bahagian tubuhnya – secara tak langsung — melakukan perbaikan atau regenerasi sel dalam tubuh. Saat tidur itu, tubuh aktif memproduksi hormon kortisol, dan hormon itulah yang membuat tubuh akan segar dan terlepas dari kepenatan pada saat bangun dari tidur. Wajarlah, ketika orang kurang tidur lantaran berjaga pada malam hari, tubuh akan menjadi lemah dan layu. Bahkan, jika sering berjaga malam, hal itu akan memberi kesan bagi kesihatan tubuh; tubuh menjadi gemuk, daya tahan tubuh menurun, mudah emosi bahkan dapat menjadi punca stroke. Akibat buruk dari berjaga malam itulah, yang membuat Rasulullah “melarang” umat Islam berbuat demikian. Hal itu ditegaskan Nabi s.a.w. dalam sebuah hadis bermaksud: “Janganlah berjaga malam setelah isyak. Kalian tidak  mengetahui apa yang telah ditetapkan oleh Allah pada makhlukNya.” (HR. Al-Hakim). Rasulullah melarang umat Islam berjaga malam, bukan hanya boleh memberi kesan buruk bagi kesihatan, tapi juga kerana berjaga malam boleh membuat orang melewatkan solat subuh dan solat Tahajud.
Tapi, dalam beberapa hal, berjaga malam itu boleh dibenarkan, dimaklumi, atau diperbolehkan. Sebahagian besar ulama membolehkan berjaga malam untuk urusan darurat atau urusan yang benar-benar penting. Adapun urusan yang penting itu, di antaranya adalah menemani orang yang sakit, atau lanjut usia. Selain itu, berjaga malam juga diperbolehkan ketika seseorang menuntut ilmu, bermusyawarah untuk urusan umat.  Sebab, ada sebuah hadis yang diriwayatkan dari Umar bin Khattab r.a. bahawa Nabi s.a.w. pernah berjaga malam bersama Abu Bakar membicarakan suatu urusan kaum muslim. “Dan aku menemani mereka.” (HR. Termizi).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2013 di pasaran...

No comments: