pixbangmieeditor.jpg)
Liputan berkenaan dirasakan boleh memberi
manfaat kepada para pembaca yang bercadang untuk ke tanah suci sebelum atau selepas
Hari Raya Aidlfitri akan datang. Alhamdulilah, kita juga memaparkan beberapa
kisah iktibar yang boleh dijadikan
pengajaran bersama. Menariknya ialah kisah-kisah mengenai menunaikan haji dan
karenahnya berdasarkan kisah yang benar-benar terjadi.
Anda juga sewajarnya mengikuti rencana “Sedikit Pedoman dalam Mengerjakan “Haji”
dan Umrah” sebagai bekalan pengetahuan sebelum melangkah ke tanah suci
Makkah dan Madinah.
Disamping itu pembaca juga harus membaca
mengenai Tokoh KH. Zaenal Mustofa yang
mati syahid kerana menentang tentera Jepun di Indonesia. Semangat dan
inspirasinya dalam menentang kezaliman Jepun itu dapat kita kongsi bersama terutama
bagi generasi yang dilahirkan selepas Perang Dunia ke-2 itu. Juga jangan lupa membaca rencana “Menimba Rezeki Tuhan” dan lain-lainnya.
Terima kasih kerana terus memberi sokongan
kepada Hidayah yang telah berbelas tahun berada dalam tatapan pembacanya di
nusantara ini.
Kita berjumpa lagi dalam keluaran akan
datang, InsyaAllah.
Wassalam!
Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my
No comments:
Post a Comment