Thursday, February 6, 2014

Solat Meningkatkan Sistem Kelenjar Tubuh

DALAM tubuh manusia, ada banyak kelenjar yang sangat diperlukan bagi kelangsungan hidup. Ada kelenjar yang berfungsi untuk menghasilkan enzim, hormon, hingga kelenjar yang memproduksi zat-zat lainnya.
Dari setiap kelenjar itu - tidak disangkal lagi - tubuh manusia perlukan kadar tertentu dari asupan enzim, hormon dan zat-zat lain sebagaimana yang diperlukan oleh tubuh. Jika kelenjar itu tidak mampu menghasilkan kadar enzim, hormon atau zat-zat lain yang sesuai dengan keperluan tubuh, boleh dipastikan tubuh akan mengalami ketidakseimbangan. Di sinilah, solat memiliki peranan penting dalam meningkatkan sistem kerja setiap kelenjar tersebut. Sebab, rukuk dan sujud - yang merupakan dua aktiviti penting dalam solat - menurut kajian medis, ternyata dapat menjaga dan meningkatkan fungsi kelenjar-kelenjar dalam tubuh tersebut. Kelenjar-kelenjar dalam tubuh manusia itu, antara lain adalah kelenjar yang terletak pada tulang belakang. Kelenjar ini berfungsi atau berperanan penting bagi pengendalian tubuh dari sisi fizik. Tulang inilah yang disebutkan mengandung rahsia kebangkitan manusia di Hari Kiamat nanti. Kelenjar kedua adalah kelenjar yang terdapat pada limpa – dan kelenjar ini menentukan kecenderungan seksual manusia. Kelenjar ketiga, kelenjar pada pusat (memiliki fungsi pada sistem pencernaan). Kelenjar keempat, kelenjar yang terdapat pada jantung (berperanan pada fungsi pernafasan). Kelenjar kelima, terdapat di leher (berkaitan fungsi wicara). Kelenjar keenam, kelenjar yang terdapat di dahi (mengendalikan sistem saraf parasimpatetik). Kelenjar ketujuh, kelenjar yang terdapat di tengah-tengah di dalam otak (memiliki peranan mengatur seluruh kelenjar dalam tubuh). Solat yang dilakukan minima lima kali dalam sehari itu rupanya memiliki faedah besar untuk menjaga dan meningkatkan fungsi kelenjar-kelenjar itu bekerja. Sebab solat, terutama lewat gerakan rukuk, menurut Dr Jamal El-Zaky, penulis buku Induk Mukjizat Kesihatan Ibadah boleh meningkatkan fungsi tiga kelenjar yang berdekatan, kelenjar tulang belakang, kelenjar seksual dan kelenjar pencernaan. Ketiga kelenjar itulah yang bertanggung jawab atas fungsi tubuh dari bahagian atas ke bahagian bawah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2014 di pasaran...

No comments: