Tuesday, January 11, 2011

Variasari Keluaran Januari 2011


Sudahkah anda memiliki Variasari edisi Januari 2011? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan...

Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai.

Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.

Dapatkan segera majalah Variasari keluaran Januari 2011 sebelum terlambat.

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.

Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin


Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Dalam Variasari Januari 2011








Thursday, January 6, 2011

Hidayah Januari 2011


Hidayah keluaran Januari 2011 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja Dalam Hidayah...

Langganlah Segera Melalui Pos

Wednesday, January 5, 2011

Salam Kami Januari 2011

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur kita ke hadapan Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhamamad s.a.w. Sememangnya perubahan dari semasa ke semasa begitu cepat terasa. Apatah lagi dengan munculnya tahun baru Muharam 1432 hampir bersamaan dengan tahun baru Masihi 2011. Rasanya kita agak letih dikejar-kejar dengan masa. Baru saja selesai bulan Zulhijjah, kita didatangi tahun baru pula. Azam tahun lepas tak sempat tertunai, kini bercita-cita pula dengan azam baru yang lain. Walau apapun azam kita, hendaknya kita sedari bahawa usia kita semakin lanjut. Kita semakin ‘tua’. Kubur telah dekat memanggil. Ambillah tahap usia Rasulullah s.a.w. yang berumur 63 tahun. Bandingkan dengan usia kita sekarang. Kalau anda berusia 60 tahun, maknanya anda masih ada tiga tahun saja lagi berada di atas muka bumi ini. Andai usia anda melebihi angka tersebut, bererti anda diberi ‘subsidi’. Gunakanlah pemberian itu untuk menambah amal ibadat. Memang ada yang tidak suka mengingat-ingat pasal mati ini. Tapi hendaklah ingat bagaimana Aisyah r.a. berkata, “Ya Rasulullah, adakah seseorang yang dihimpunkan bersama para syuhada?” Maka menjawab Rasulullah s.a.w., “Iaitu orang yang mengingati mati sehari semalam dua puluh kali.” Jadi hari ini saja berapa kali anda mengingat akan kematian anda? Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata: “Banyakkanlah mengingati mati. Jika engkau lapang rezeki, ia akan menyempitkannya dan jika rezekimu itu sempit, ia akan melapangkannya.” Hidayah juga kian meningkat usianya. Kini Hidayah memasuki tahun ke-13. ‘Panjangnya umur Hidayah’ ini adalah berkat sokongan para pembaca. Sudah tentu kami amat bersyukur dan berterima kasih dengan sokongan berterusan anda itu.
Wassalam!

Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Memahami Kemulian Bulan Muharam

MUHARAM adalah bulan pertama dalam sistem kalender Islam (Hijriyah). Kata ‘Muharam’ sendiri bermakna ‘dilarang’, ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’. Kerana pada bulan ini segala bentuk permusuhan dan peperangan dilarang atau diharamkan. Muharam merupakan bulan yang mulia kerana di dalamnya kita dianjurkan untuk berpuasa setiap tarikh 9 (Tasu’ah) atau 10 (‘Asyura). Pendapat ini dikemukakan Imam Syafi’i, Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, Ibnul Qayyim dan lain-lainnya. Ada juga pendapat yang menganjurkan berpuasa pada tarikh 11. Pada masa pra-Islam, ‘Asyura selalu diperingati sebagai hari raya rasmi bangsa Arab. Pada masa itu orang-orang berpuasa dan merayakannya penuh sukacita sebagaimana hari Nawruz yang dijadikan hari raya di Iran. Mereka, terutama kelompok Yazidi, mengadakan perayaan dengan mengenakan pakaian baru dan menghias kota-kota mereka. Sementara kaum Yahudi berpuasa ‘Asyura dalam rangka menghormati kemenangan Nabi Musa a.s. atas Raja Firaun. Saat Nabi s.a.w. hijrah ke Madinah, dia melihat tradisi kaum Yahudi ini. Kerana itu, dia menganjurkan kepada pengikutnya untuk ikut berpuasa juga. Justeru, Nabi Muhammad s.a.w. menilai bahawa dia dan pengikutnyalah yang sebenarnya lebih berhak berpuasa untuk menghormati dan memuliakan Nabi Musa dibandingkan kaum Yahudi. Sementara di Indonesia khususnya di Jawa, tradisi puasa 10 Muharram ini dikenal dengan istilah Sura atau Suro. Sura sendiri merupakan salah satu nama bulan dari tahun Caka. Nama ini berasal dari mitologi Hindu-Jawa, Aji Caka. Dalam kitab Tanah Jawi disebutkan bahawa kedatangan orang-orang Hindu di Jawa menandai dimulainya zaman baru, iaitu zaman Aji Caka yang menurut perhitungan mereka zaman itu bersamaan dengan tahun 78 Masihi. Oleh sebab itu, tahun Caka dan tahun Masihi berselisih 78 tahun. Puluhan tahun berikutnya, ketika Mataram ada di bawah pemerintahan Sultan Agung Hanyokrokusumo, tarikh Caka mulai diperbaiki. Maka kemudian tarikh 1 Muharam 1043 H (8 Julai 1633 M) ditetapkan sebagai tarikh 1 Suro tahun Alip (1555 Caka baru atau Caka-Jawa). Bagi kalangan pengikut Syi’ah pula dan sebahagian sufi, hari ‘Asyura merupakan hari berkabungnya atas kesyahidan Husain bin Ali r.a., cucu Nabi Muhammad s.a.w. pada Pertempuran Karbala tahun 61 H (680). Kerana itu, di Bengkulu, Indonesia ada tradisi tabot untuk mengenang tentang kisah kepahlawanan dan kematian cucu Nabi s.a.w. tersebut. Sementara di Pariaman, Sumatera Barat ada tabot. Terlepas dari semuanya itu, kemuliaan bulan Muharam juga dicatat dalam al-Quran yang ertinya, “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah menganiaya diri dalam bulan yang empat itu, dan perangilah musyrikin semuanya, dan ketahuilah bahawa Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS. At-Taubah: 36) Empat bulan haram yang dimaksudkan ayat di atas adalah Muharam, Zulhijjah, Dzulkaedah, dan Rejab. Demikian mulianya bulan Muharam, sehingga Allah menciptakan Nabi Adam a.s. pada bulan ini. Selain itu, bulan Muharram juga sebagai masanya Nabi Idris a.s. diangkat Allah ke langit, Nabi Nuh a.s. selamat dari banjir bah dengan kapal, Nabi Ibrahim a.s. lahir dan menerima taubatnya, Nabi Yusuf selamat saat dicampakkan ke telaga oleh saudara-saudaranya dan baginda dibebaskan dari penjara, Nabi Ya’kub dapat melihat kembali, Nabi Ayub a.s. sembuh dari penyakit kulit, Nabi Yunus keluar dari perut ikan, hari pertama alam diciptakan Allah, rahmat dan hujan diturunkan, Allah menjadikan ‘Arasy, Luh Mahfuz, Jibril a.s. dan Nabi Isa a.s. diangkat ke langit dan sebagainya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2011 di pasaran...

Terbunuh Selepas Hina Ustaz

WAKTU beransur-ansur pudar setelah sebahagian penduduk Kampung Kandang [bukan nama sebenarnya] menunaikan solat maghrib. Tak lama kemudian, beberapa orang kanak-kanak berlarian dari madrasah ke pondok Ustaz Hamzah, untuk memulakan pengajian membaca Al-Quran. Ruang kecil di sebelah rumah Ustaz Hamzah, yang dijadikan tempat mengajar anak-anak itu, mendadak ramai. Gemuruh suara mereka membaca dan melancarkan ayat-ayat Al-Qran yang mereka pelajari.

Salah faham kecil
Selesai berzikir dan menunaikan solat sunat ba‘diyah maghrib itu, Ustaz Hamzah pun beranjak dari madrasah. Dia siap untuk mengajar anak-anak berusia 10 tahun ke atas itu untuk mengaji al-Quran. Tugas mengajar tersebut, memang menuntut curahan tenaga, fikiran dan disiplin yang banyak. Apa lagi tak sedikit anak-anak kecil di Kampung Kandang yang berminat dan tertarik untuk belajar mengaji agama. Maka, Ustaz Hamzah mengatur jadual mengajarnya. Bagi anak-anak usia 7-10 tahun mendapatkan jadual selepas solat zuhur, sementara anak usia 10 tahun ke atas mendapat jadual selepas solat maghrib. Sesampainya di pondoknya, Ustaz Hamzah tampak begitu terkejut. Dia mendapati pondok tempat kanak-kanak belajar Quran itu, murid-muridnya sedang bergaduh. Lebih menghairankan lagi, dia mendapati Lukman, 10, anak lelaki kesayangannya, sedang menangis dan meronta-ronta di lantai. Kecintaan Ustaz Hamzah kepada si Lukman, seketika membuatnya kebingungan. Matanya meneliti setiap budak-budak yang ada di pondok itu. Semua budak-budak itu serta merta diam, tak bergerak. Suasana pondok yang tadi heboh, bising seperti pasar malam, tiba-tiba berubah. Hanya tangisan Lukman yang membahana memenuhi ruang tersebut. Menyedari bapanya telah datang, Lukman semakin meninggikan suara tangisannya. Ustaz Hamzah mendekati Lukman. Suara tangisan Lukman seperti sayatan pisau. Hatinya yang semula sejuk itu, tiba-tiba, terasa menyirap, membakar setiap aliran darah dan merambat cepat menutupi sel-sel otak, dan dia pun seketika ditikam rasa amarah. “Apa yang terjadi ni..!” jerkahnya. Semua budak-budak di situ tak ada yang berani menjawab. Diam seribu bahasa. Tangis Lukman perlahan-lahan mereda, mendapati ada insan yang siap untuk melindunginya. “Kenapa kamu menangis?” tanya Ustaz Hamzah kepada Lukman. Lukman tersedu-sedu. Dia tidak menjawab sepatah kata pun. Tak lama kemudian, sambil terisak-isak, dia menudingkan jari telunjuk ke arah Karmin, 12, yang ada di tengah kerumunan kanak-kanak di situ. “Ada apa dengan Karmin?” kembali Ustaz Hamzah melontarkan pertanyaan. Lukman tak segera menjawab, justeru esak tangisnya kembali membahana. Hal itulah yang membuat Ustaz Hamzah semakin bingung. Tapi, sesaat kemudian, ia memandang ke arah kerumunan kanak-kanak itu dengan sorot mata tajam. “Apa yang terjadi?” Anak-anak di ruangan itu tidak berani menjawab. Diam. Semua tutup mulut, menundukkan kepala. Tapi, sorot mata tajam Ustaz Hamzah menyelidik ke arah kerumunan anak-anak dan kembali melontarkan pertanyaan, “Apa yang terjadi..?” Anak-anak itu ketakutan. Dan salah seorang dari mereka pun berkata, “Tadi Lukman dan Karmin berkelahi. Lukman kalah dan menangis.” Ubun-ubun Ustaz Hamzah seperti terkena lektrik. Dia semacam ‘naik angin’. Dia menuju sudut pondok, meraih belahan rotan yang biasa dia gunakan mengajar mengaji murid-muridnya. Tanpa berkata, dia kemudian mendekati Karmin dan menyebat dengan belahan rotan itu. Karmin menjerit histeria dan menangis. Karmin kemudian keluar, pulang ke rumahnya. Ustaz Hamzah membiarkan begitu saja dan kemudian mengajar murid-muridnya yang lain mengaji.

Api Dendam
Sesampai di rumah, Karmin mengadu kepada ayahya, Parmin, 40. Mendengar pengaduan anaknya, Parmin pun naik pitam. Dia yang memang ada darah ‘samseng’nya langsung merasa tercabar kejantanannya. Darah mengalir ke ubun-ubun, kepalan tangannya tidak dapat dilerai. Lengan yang penuh bertato seperti sedang mengembang, serupa belon yang ditiup kencang. Sorotan matanya menyala merah, serupa orang yang mabuk berat. Apalagi, kali ini, dia mendapati anaknya pulang berderaikan airmata dan bercerita habis disebat dengan belahan rotan oleh seseorang yang ia percaya sebagai ustaz. Tanpa banyak cakap, dia langsung melangkah dengan tergesa-gesa, meninggalkan anaknya di rumah. Sampai di depan pondok Ustaz Hamzah mengajar, Parmin berteriak lantang.
“Hai, Ustaz Hamzah! Keluar kamu!” cabarnya kencang. “Hai, Ustaz Hamzah! Keluar kau!” Ustaz Hamzah mendengar pekikan Parmin. Begitu pula tetangga di sekitar rumah Ustaz Hamzah. Maka, Ustaz Hamzah keluar dari pondok dan tidak lama kemudian, tetangga pun sama berdatangan. Dengan tenang, Ustaz Hamzah berkata, “Ada apa kau sampai terjerit-jerit seperti orang hilang akal saja?” “Kau buat apa dengan anakku?” tanya Parmin lantang. “Aku bayar kamu untuk mengajar anak aku. Tapi apa yang kau lakukan hingga anakku pulang menangis? Rupanya, kau telah memukulnya dan tidak mengajarnya dengan baik...” Parmin pun melangkahkan kaki, mendekati Ustaz Hamzah, ingin menghayunkan kepalan tangan untuk memukul guru agama itu. Tapi, sebahagian jiran yang berdatangan segera melerainya, memegang tangannya untuk mencegahnya dari memukul Ustaz Hamzah. Parmin sudah dikuasai syaitan. Dia pun tetap meronta-ronta hendak memukul Ustaz Hamzah. Si ustaz sendiri hanya diam saja, dia pun merasa bersalah juga. Saat itu dia pasrah. Untung, beberapa jiran menghalang-halangi Parmin.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2011 di pasaran...

Mencontohi Cara Nabi s.a.w. Berjalan

SUATU hari, secara kebetulan, Khalifah Umar bin Khattab r.a. melihat seorang pemuda yang sedang berjalan seperti orang yang sedang sakit. Umar kemudian mendekati pemuda itu, dan bertanya, “Apakah engkau sedang sakit?” “Tidak,” jawab anak muda itu. Setelah mendengar jawapan itu, Umar mengambil cemeti dan memukul pemuda itu. Lantas, Umar memerintahkan anak muda itu untuk berjalan dengan tegap. Kisah di atas menandakan dengan jelas, bahawa Umar dilanda marah saat melihat pemuda berjalan dengan lemah gemulai atau tidak bermaya. Lalu, bagaimanakah cara berjalan yang diajarkan Rasulullah s.a.w.?

Berjalan dengan Tegap
Dalam sebuah hadis dari Anas bin Malik dikisahkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberi sebuah teladan tentang cara berjalan yang baik, “Sesungguhnya Rasulullah saw berjalan dengan tegap.” (HR. Muslim). Dari teks hadis di atas dapat diketahui bahawa Rasulullah berjalan dengan tegap, tidak lemah lembut dan tak bermaya. Juga, tidak seperti berjalannya perempuan atau orang yang sedang sakit. Tatkala berjalan, Rasulullah s.a.w. mengangkat kedua kakinya tinggi-tinggi kerana Rasulullah berjalan secara tegap. Dengan keadaan itu, Rasulullah seakan-akan berjalan dengan bertumpu pada pangkal telapak kakinya. Meski berjalan dengan tegap, tapi cara berjalan Rasulullah tidak angkuh atau sombong. Saat berjalan, Nabi s.a.w. tetap bersikap tawaduk. Itu kerana telah ditegaskan di dalam al-Quran, “Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” (QS. al-Isra’: 37) Dalam ayat yang lain juga disebutkan, “Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS Lukman: 18) Jadi ketika berjalan, Rasulullah tidak menyombongkan diri. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Shufyan bin Waki’ diceritakan, “Bila Nabi s.a.w. berjalan, maka ia berjalan dengan merunduk seakan-akan jalanan menurun.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2011 di pasaran...

Berbagai Amalan Bidaah Sambut Hari Asyura

BULAN Muharam ini, ada pelbagai peristiwa terjadi di dalamnya, yang oleh kita dikaitkan pula dengan pelbagai yang lain. Kadang-kadang peristiwa-peristiwa yang dikaitkan itu tidak ada kena mengena dengan bulan Muharam. Kadang-kadang perkara itu dikaitkan dengan “sunah Nabi”, sedangkan ia tidak ada, dan tidak ada kena mengena pun. Apabila dikaitkan dengan itu dan dengan ini, maka banyaklah wujud hal-hal bidaah yang dilakukan oleh masyarakat Islam sepanjang bulan Muharam ini. Diantaranya, termasuklah “Hari asyura” dan “bubur asyura”. Soalnya, penegak-penegak bidaah ini akan mencari-cari hadis-hadis yang tidak sahih yang bukan dari Nabi s.a.w. sendiri dikaitkan dengan perkara itu. Perbuatan-perbuatan itu kononnya didasarkan kepada sunah Rasulullah s.a.w., dan terus dijadikan ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. bagi mencapai keredhoanNya. Diantara perkara yang dikaitkan dengan sunah itu “bercelak” pada hari asyurah. Dengan memakainya, orang itu tidak akan menderita sakit mata pada tahun itu. Disebutkan juga tentang mereka yang mandi pada hari asyura, maka dia tidak akan dihinggapi penyakit pada tahun itu, dan macam-macam lagi hal-hal yang khurafat dikaitkan dengan bulan Muharam itu. Ada setengah tokoh-tokoh agama cuba mengaitkan beberapa buah hadis lain mengenai keutamaan yang terdapat ada hari asyura itu. Disebutkan juga keutamaan solat pada hari asyura, Allah s.w.t. menerima taubat Nabi Adam a.s, kapal (bahtera) Nabi Nuh a.s. berlabuh di atas bukit Judi. Nabi Yusuf a.s. dikembalikan kepada ayahnya Nabi Yakub a.s., Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan dari api Raja Namrud. Allah s.w.t. menebus Nabi Ismail a.s. dengan kibas dan seumpamanya. Mereka ini meriwayatkan hadis-hadis yang maudhu’. Imam-imam Mazhab dalam kitab-kitab mereka menyebutkan lebih kurang begini: “Kerja-kerja yang dilakukan pada hari Asyura seperti mengambil makanan yang lebih daripada hari kebiasaan, baik bijian dan bukan bijian, membaharui pakaian, melapangkan belanja, memberi keperluan tahunan pada hari asyura itu, atau pun melakukan ibadah khas, menyembelih binatang, menyimpan daging-daging korban, memakai celak, memakai inai, menziarahi perkuburan dan lain-lainnya adalah perbuatan “bidaah dan mungkar”. “Hal ini tidak disunahkan oleh Rasulullah s.a.w. tidak pula oleh Khulafah ur Rasyiddin, tidak pula disunatkan oleh Imam-imam kaum muslimin, tidak pula oleh Imam Malik, Abu Hanifah, As-Syafi’i, Ahmad bin Hanbal dan ramai lagi yang lain. “Walau pun sebahagian dari orang-orang mutakhirin ini dari pengikut-pengikut imam berbuat demikian dengan meriwayatkan hadis-hadis, atsar-atsar yang dikatakan sebahagiannya sahih, sebenarya mereka tersilap. “Perkara ini telah diperjelaskan dalam kitab “majmu’ah fatwa Ibnu Taimiyyah”. Sila rujuk dan baca kitab tersebut ada dihuraikan dengan panjang lebar mengenai bidaah ini. “Sebenarnya, banyak lagi amalan yang dilakukan oleh umat Islam pada hari asyura itu, selain hari puasa khas pada hari asyura itu adalah bidaah. “Ia tidak disyariatkan oleh Allah dan rasulnya, tidak diamalkan dan digalakkan oleh para sahabat, dan para ulama muktabar dalam semua mazhab. “Hadis-hadis yang dibentangkan adalah hadis maudhu dan dhaif belaka. Ia bukan hadis tetapi dikarang oleh manusia sendiri. “Para ulama Salaf telah menjelaskan satu persatu mengenai hadis-hadis yang dikemukakan itu sebagai hujah mereka, tetapi sebenarnya adalah hadis Dhaif.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2011 di pasaran...

Allah Tunda Kematian Iblis Untuk Goda Manusia

Allah s.w.t. amatlah marah terhadap Iblis, kerana itu, Allah terus mengutuk iblis. Allah memutuskannya dari segala kebaikan di dunia ini. Saat ini pula Allah menyematkan nama “Syaitan yang terkutuk” kepadanya sebagai hukuman atas kederhakannya itu. Bagi iblis sendiri, setidak-tidaknya ada beberapa alasan yang sesungguhnya membuat dirinya tidak mahu bersujud kepada Adam a.s., sombong kepadanya dan sengaja melawan perintah Tuhan Yang Maha Kuasa. Satu diantaranya adalah adanya kesombongan dalam dirinya. Adanya semacam perasaan bahawa dirinyalah yang sesungguhnya patut disembah. Hal ini kerana ia telah berhasil mengalahkan jin-jin, memporak-porandakan dan membuang mereka ke sudut-sudut samudera dan puncak-puncak gunung.
Selain itu, iblis sengaja mengejek Adam sebagai makhluk yang hanya tercipta dari segumpal tanah. Ia meremehkan seseorang yang dianggapnya lawan itu. Ia congkak kerana sedar bahawa dirinya sesungguhnya diciptakan dari api. Ia mempunyai anggapan bahawa api sesungguhnya lebih mulia daripada tanah. Alasan yang terakhir adalah telah bersimpulnya rasa dengki dalam diri iblis. Ia memang iri hati terhadap Adam. Bukankah Adam diciptakan oleh Allah dengan kedua tanganNya sendiri? Bukankah Allah mewujudkan Adam dalam bentuk yang amat indah, yang tidak diberikanNya kepada makhluk yang lain? Saat itu pulalah Allah segera melempar iblis dari syurga. Iblis kehilangan seluruh kekuasaannya. Ia tidak lagi mempunyai pengaruh apa pun terhadap langit, terhadap bumi, terhadap semuanya. Ia hanya berhak memikul kutukan dan kerugian sampai hari kiamat datang. Ia hanya dapat menuai seksaan-seksaan yang ada di sela-sela kutukan itu. Seksa-seksa yang lebih pedih dan lebih mengharukan. Seksa-seksa yang juga menghukum seluruh orang yang mengikuti kesesatan dan kekufurannya. Orang-orang yang terfitnah tipu daya dan siasat buruknya. “Allah berfirman: Maka keluarlah kamu dari syurga; sesungguhnya kamu adalah makhluk yang terkutuk,” (QS. Ash-Shad: 77). Iblis selanjutnya memendam kebencian terhadap Adam. Di benaknya bersarang dendam kesumat kepada Adam. Ia berjanji akan membalas Adam bila saja ada kesempatan. “Adamlah yang menyebabkanku terbuang dari syurga,” begitu hasadnya. “Adamlah yang merampas seluruh kekuasaanku. Adamlah yang merugikanku.” Iblis juga ingin membuktikan kepada Allah, sesungguhnya dirinyalah yang lebih mulia daripada makhluk yang ia muliakan. Makhluk yang Ia ciptakan dengan dua tanganNya sendiri. Seorang manusia, dimana Iblis diperintah untuk bersimpuh dan tersungkur di depannya. Kerana itulah, iblis segera meminta kepada Allah atas dirinya dan keturunannya hingga dapat menjumpai hari kiamat. Dengan permintaannya itu, ia ingin mengatakan bahawa makhluk yang dimuliakanNya itu pasti akan menderhakai banyak hal terhadapNya. Dalam banyak tempat, makhluk itu pasti melupakanNya. Makhluk itu pasti menurut dan larut dalam hangat tipu daya dan kesesatannya. Makhluk itu pasti menyeret dirinya sendiri ke dalam kesesatan iblis. Apalagi keturunannya. Begitulah kata Iblis. Banyak anak cucu Adam yang hampir dipastikan menuruti segala apa yang dikatakannya, segala apa yang diperintahnya. Banyak diantara mereka berubah layaknya lembu yang dicucuk lubang hidung. Allah kemudian menunda kematian iblis hingga datangnya hari kiamat. Saat itu Allah juga menyampaikan bahawa diri iblis sama sekali tidak mempunyai kemampuan merayu atau mengelabui hamba-hambaNya yang salih, hamba-hambaNya yang ikhlas, yang dipercayai. Orang-orang yang akan ikut dalam barisan panjang iblis tak lain adalah orang-orang yang sesat. Orang-orang yang roboh di hadapan rayuan fitnahnya. Orang-orang yang imannya amatlah lemah.
Merekalah yang akan menghadapi seksa paling menakutkan di hari akhirat kelak. Allah benar-benar mengancam iblis dan seluruh pengikutnya dengan hukuman yang amat pedih di neraka Jahanam

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2011 di pasaran...

Si Fasiq Yang Menyayangi Anak-Anak Yatim

HIDUP Lukman benar-benar bergelumang dengan dosa. Tiap hari, perbuatan mungkar selalu dilakukannya. Mulai dari tabiatnya suka minum minuman keras hingga mabuk, membuat kejahatan hingga mencuri sesuka hatinya. Kerana banyak keburukkannya dan besarnya dosa yang diperbuatnya, ia sedar dan pernah berkata sebelum kematian menjemputnya: “Wahai Tuhan, kiranya, neraka Jahanam manakah yang akan Engkau janjikan kepadaku sebagai orang yang sangat hina ini?” Sewaktu hidupnya, kelakuan Lukman memang buruk sehingga membuat penduduk kampung enggan bergaul dengan dirinya. Mereka memilih menjauhinya sejauh mungkin. Jangan sampai berdampingan dengannya bila tidak ingin mendapat celaka. Pokoknya kalau pun terpaksa bersua dengannya mesti berhati-hati. Salah-salah barang milik mereka akan disapunya. Seluruh penduduk kampung di kota Bashrah mengenalnya sebagai orang yang memiliki moral yang tidak baik. Sehingga, setiap kali ia melewati suatu kawasan tertentu, pasti masyarakat daerah itu langsung menjauhinya dan menyembunyikan barang-barang miliknya agar tidak hilang dikebasnya. Akan tetapi, perbuatan tak terpuji Lukman suatu ketika terhenti kerana penyakit yang dideritainya. Lelaki itu menghidap penyakit parah dan sulit sekali disembuhkan. Segala usaha telah ditempuh, namun garis kematian rupanya telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Mendengar khabar berita bahawa Lukman telah meninggal dunia, para penduduk pun menyambut dengan rasa lega dan gembira. Ketakutan yang selama ini menghantui mereka terasa telah hilang. Hati mereka seolah lapang. Wajah-wajah tampak ceria. Sebab orang yang membuat kejahatan dan keresahan masyarakat, sekarang sudah tidak ada lagi. Kenakalannya telah tamat. Harapan hidup tenang pun mungkin segera datang tanpa rasa khuatir dan was-was. Penduduk kampung riang gembira menyambut kematian Lukman, namun nasib Lukman justeru sebaliknya. Jasadnya terlantar di rumahnya sendirian. Hanya isterinya yang setia menunggunya dengan penuh kesedihan. Satu jam dua jam hingga berjam-jam, tak seorang yang mahu menziarahi dan mendekati rumahnya. Tampaknya, penduduk masih kesal dan belum dapat melupakan keburukan-keburukan Lukman. Maka kerana itu tidak ada yang mahu mengurus jenazahnya, entah memandikan, mengkafani, menyembahyang dan menguburkan. Jenazah lelaki tukang maksiat tersebut dibiarkan terlantar sendirian di rumahnya. Di rumah itu, isteri Lukman tak tahu harus berbuat apa-apa melihat masyarakat tidak ambil peduli kepada suaminya. Seorang diri, ia meratapi nasib suaminya yang betul-betul terbuang di hadapan masyarakat. Air matanya membasahi pipi. Di sampingnya, ia hanya dapat memandangi jenazah suaminya yang masih terbujur kaku tanpa ada seseorang yang mahu melihatnya, apalagi mengurusnya. Namun dalam kebingungannya, ia tetap berharap akan ada orang baik yang datang ke rumahnya untuk membantu menguruskan jenazah suaminya.

Upah orang untuk menguburkan jenazah suami
Sekian lama menunggu tak juga seorang pun yang peduli. Kerana keadaan terpaksa, akhirnya, isteri Lukman memberanikan diri untuk keluar rumah. Sejahat-jahatnya suaminya, ia tetap manusia biasa, ia juga masih seorang Islam, maka ketika nyawa sudah lepas dari raga tetap ada kewajipan baginya untuk mengurus proses dikebumikan sebagaimana layaknya jenazah seorang muslim. Perlahan kakinya melangkah. Ia mencari orang-orang yang mahu diberi upah untuk mengurusi jenazah suaminya, menggali dan menguburkannya. Perempuan itu berniat menyusuri ke luar kampungnya. “Seluruh orang di kampung itu pasti sudah mengetahui sikap dan perangai suamiku. Kerana itu mereka pasti tidak akan mahu kusewakan,” fikir isteri Lukman, “Jalan satu-satunya, aku harus keluar dari kampung ini untuk menyewa orang luar guna mengurusi jenazah suamiku.”
Setelah lama mencari, perempuan itu mendapatkan dua orang yang mahu diberi upah dengan bayaran yang mahal. Maka diuruslah jenazah lelaki malang tersebut dan kemudian diusung ke surau terdekat. Untuk berapa waktu, ternyata tidak ada sesiapa yang mahu menyembahyangkan jenazahnya. Orang yang mengambil upah itu mengusung jenazah Lukman ke arah padang tandus untuk dikebumikan di dekat kaki sebuah bukit. Tidak jauh dari tempat perkuburan itu ternyata ada seorang ahli zuhud (zahid) yang menetap di situ. Tanpa disedari oleh dua orang pengusung jenazah itu, diam-diam orang zuhud itu menuruni bukit melangkah ke arah mereka, lalu meminta agar jenazah itu diturunkan sebentar. Tanpa bertangguh lagi si zuhud itu langsung menyembahyang jenazah lelaki fasiq itu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2011 di pasaran...

Islam Di Cyprus Dan Tarian Jalaluddin Rumi

CYPRUS hanyalah sebuah pulau kecil di laut Mediteranian. Tapi, pulau ini memiliki kisah keislaman yang cukup kuat. Tanah pulau ini menyimpan jasad Ummu Haram binti Milhan, salah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Wanita Ansar itu ketika berada di Madinah tinggal di dekat Masjid Quba. Nabi menghormatinya dengan mengunjunginya dan terkadang menunaikan solat di rumahnya. Di zaman Uthman bin Affan, Ummu Haram turut serta dalam jihad ke Cyprus. Namun ia jatuh dari kuda dan mati syahid di sana. Ketokohan Ummu Haram yang menjadi penyebab tidak lama dulu umat Islam Cyprus melakukan protes sewaktu sebuah ‘bar’ dirancang pembinaannya di Hala Sulthan Tekke, sebuah kompleks bangunan bersejarah Islam peninggalan Daulah Uthmaniah di Larnaca, Cyprus Selatan. Hala Sultan Tekke adalah tempat suci Islam yang sangat menonjol. Ummu Haram (Hala Sultan adalah namanya dalam bahasa Turki) adalah penjaga Nabi Muhammad dan isteri kepada Ubadah bin Al-Samid. Selain terkait dengan Ummu Haram, ianya adalah bukti dari kedatangan Islam di Cyprus antara tahun 647 M dan 649 M, yang kemudian diikuti seluruh era pemerintahan Umayyah dan Abbasiyah. Yusuf Siycmez, Pengarah Urusan Agama Republik Turki Cyprus Utara bahkan telah memohon kepada pihak berkuasa negara Cyprus dalam bahasa Yunani untuk menghentikan pembangunan ‘bar’ tersebut, seraya mengingatkan pentingnya menghargai nilai-nilai agama. Apalagi masjid tersebut dibaik pulih dengan bantuan PBB dan diakui sebagai tempat bersejarah penting bagi umat Islam. Protes juga datang dari pihak-pihak lain yang mengingatkan tentang ancaman bakal tercetus jika ‘bar’ yang dimaksudkan untuk kepentingan para pelancong itu tetap dibangun. Pada masa Daulah Uthmani, kompleks masjid dibangun dalam beberapa tahap. Dimulai oleh Syeikh Hassan pada 1760 M. Bentuknya yang sekarang diyakini berdasarkan pembangunan berikutnya pada 1816 M. Tekke dalam bahasa Turki adalah ‘biara’ atau ‘kuil’, hal yang merujuk pada tempat peribadatan. Dahulu persaudaraan tarekat sering melaksanakan pertemuan di sana. Profesor George E. Bowen, dari University of Tennessee, yang ahli dalam budaya Cyprus juga mengakui Hala Sultan sebagai tempat bersejarah yang penting bagi Islam. Bahkan umat Nasrani juga disebut-sebut menghormati tempat bersejarah ini. Dahulu dikatakan, tentera Daulah Uthmani memasang bendera setengah tiang jika berada di perairan Larnaca untuk menghormati kompleks bangunan bersejarah itu.

Dua Wajah
Cyprus terkenal sebagai pulau yang indah. Terletak di Asia Tengah, pulau ini berjarak 65 km dari Selatan Turki, 100 km Barat Syria dan 770 km Tenggara Yunani. Puncak tertinggi adalah Gunung Olympus pada 6,406 kaki (1,953 m). Cyprus adalah pulau ketiga terbesar di Mediteranian setelah Sicilly dan Sardinia. Luasnya kecil sedikit dari Kota Jakarta. Cyprus adalah tempat jajahan Fenisia dan Yunani awal. Selama berabad-abad kekuasaannya melewati banyak tangan. Ia jatuh ke Turki pada 1571 dan sebuah pemerintahan Turki menetap di pulau itu.
Dalam Perang Dunia I, setelah pecahnya permusuhan dengan Turki, Inggeris merampas pulau itu dan dirasmikan sebagai jajahan Inggeris tahun 1925. Cyprus menjadi negara merdeka pada 16 Ogos 1960. Makarius dilantik menjadi Presiden pertama negara tersebut. Tahun 1963, orang-orang Turki dipinggirkan dari kerajaan, dan orang-orang Greece memulai melakukan pembersihan etnik hingga pertempuran meletus. Pasukan penjaga keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) dikirim ke pulau itu pada tahun 1965. Pada 1974 pecah lagi perang antara Turki dan Greece (Yunani). Turki menguasai 30 peratus dari Cpyrus di bahagian Utara dan Greece di Selatan. Satu tahun kemudian, PBB campur tangan kembali, dan membahagikan Cyprus menjadi dua bahagian iaitu Greece ke Selatan dan Turki ke Utara. Inilah yang membuat wajah Cyprus terbahagi dua. Cyprus Utara disebut Turki Cyprus dan Cyprus Selatan disebut Greece Cyprus. Pembahagian ini tak hanya berkaitan dengan wilayah tapi juga bangsa, agama, dan budaya. Pengaruh Islam terbesar ada di Cyprus Utara yang memiliki pertumbuhan muslim lebih kurang 200 ribu jiwa yang hidup di antara 1 juta warga Cyprus. Turki Cyprus mengisytiharkan negara terpisah di bawah Rauf Denktash pada 15 November 1983. Republik Turki Cyprus Utara secara de facto merdeka, tapi tak ada negara yang mengakuinya selain Turki. Republik Turki Cyprus Utara yang majoriti umat Islamnya mengalami sekatan antara bangsa hinggakan tak ada ‘burger’ atau ‘pizza’ sampai ke sana. Keadaannya semacam situasi di Gaza, Palestin, yang terpinggir dari kehidupan dunia.
Perselisihan antara Turki dan Greece (Yunani) juga terjadi saat Cyprus diusulkan sebagai sebahagian negara Eropah. Ditaja oleh PBB, pemimpin Greece dan Turki, Kleridas dan Denktash, berunding secara intensif pada tahun 2002. Pada Disember 2002, Kesatuan Eropah mengundang Cyprus untuk bergabung pada tahun 2004. Hal ini terwujud, namun hanya Greece Syprus yang diakui Kesatuan Eropah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2011 di pasaran...

Meneladani Rumahtangga Rasulullah s.a.w.

MENGHARUNGI kehidupan berumahtangga sebenarnya melakukan pengembaraan di belantara kehidupan yang tak bertepi. Pelbagai masalah yang melingkupinya begitu dinamis sehingga setiap pasangan, sebagai pasangan suami isteri, siap ataupun tidak, akan terus dihadapkan pada permasalahan yang datang silih berganti. Tentu dengan wajah persoalan yang boleh mudah diatasi ataupun sebaliknya. Permasalahan yang datang boleh membawa setiap pasangan diambang kebahagiaan, akan menyeret mereka dalam lubang luka yang mendalam.
Selayaknya sebagai ‘pengembaraan hidup’, maka yang diperlukan bagi setiap ‘pengembara’ adalah bekal, agar pengembaraan yang dilakukan dapat sampai pada tujuan. Jangan sekali-kali berharap cepat sampai, beroleh sesuatu yang menyenangkan saat pengembaraan berlangsung, atau mengharapkan dapat menikmati hasil saat pengembaraan selesai. Sama sekali tidak. Perkahwinan adalah proses pengembaraan sepanjang waktu. Ianya berjalan seiring pasangan masih saling melengkapi hingga maut atau perceraian memisahkan. Maka jika kita berfikir akan memperoleh hasil, sebenarnya proses pengembaraan itulah hasil yang sesungguhnya. Setiap saat, setiap kita dapat merasakan sakinah, mawaddah warahmah tanpa harus menunggu usia perkahwinan memasuki usia belasan bahkan puluhan tahun. Rumahtangga Rasulullah s.a.w. adalah cermin terbaik yang patut dicontohi bagi setiap pasangan. Rumahtangga dibangun dengan segenap kasih sayang tanpa sedikitpun tindakan yang menyakiti pasangan. Aroma ‘romantisme’ tanpa segan disebarkan di dalamnya agar pasangannya merasa nyaman sehingga perasaan cinta pun semakin erat. Dalam sebuah hadis diriwayatkan Muslim, Aisyah r.a. mengisahkan, “Suatu saat ketika aku minum, dan aku sedang haid, lantas aku memberikan gelasku kepada Rasulullah s.a.w. dan baginda meminumnya dari mulut gelas tempat aku minum. Dalam kesempatan lain aku memakan sepotong daging, lantas baginda mengambil potongan daging itu dan memakannya tepat di tempat aku memakannya.” (HR. Muslim). Dalam riwayat lain juga diceritakan bahawa pernah suatu malam Rasulullah terlambat pulang kerana dakwah yang ia lakukan sedikit mengalami kesulitan. Sesampainya di rumah, baginda tidak menemukan pintu kerana telah ditutup Aisyah. Marahkah Rasul? Tidak sama sekali. Rasulullah justeru merasa hiba (keberatan) jika sampai membangunkan isteri terkasihnya itu, sebab baginda yakin selama ini Aisyah sudah lelah menunggu kepulangannya. Akhirnya, baginda pun lebih memilih tidur di depan pintu sampai pagi. Sebaliknya, Aisyah pula merasa bersalah atas kejadian itu. Rasulullah s.a.w. tidak melewatkan kesempatan sedikit pun kecuali ia manfaatkan untuk membahagiakan dan menyenangkan isterinya. Dalam hal ini, Aisyah kembali mengisahkan: “Pada suatu ketika, aku ikut bersama Rasulullah s.a.w. dalam sebuah lawatan. Pada waktu itu aku masih seorang gadis yang ramping. Baginda memerintahkan rombongan agar bergerak terlebih dulu. Mereka pun berangkat mendahului kami. Kemudian baginda berkata padaku, “Kemarilah! Sekarang kita berlumba lari.” Aku pun melayaninya dan akhirnya aku dapat mengunggulinya. Ia hanya diam atas keunggulanku tadi. Hingga pada kesempatan lain, ketika bentuk tubuhku sudah agak gemuk, aku ikut bersamanya dalam sebuah lawatan. Rasulullah memerintahkan rombongan agar bergerak terlebih dulu. Kemudian baginda mencabarku berlumba kembali. Dan akhirnya, baginda dapat mengungguliku. Rasulullah tertawa seraya berkata, “Inilah penebus kekalahan yang lalu!” (HR. Ahmad). Dari sini tergambar jelas sebuah perhatian yang sangat besar. Dalam setiap kesempatan Rasulullah tak melupakan kehadiran isterinya sampai-sampai ia pun ‘membuat waktu khusus’ walaupun di tengah lawatannya. Baginda pun tak melupakan detik-detik penting seperti yang tergambar dalam kisah Aisyah di atas dimana semula Rasulullah pernah kalah dari Aisyah lalu pada kesempatan lain boleh memenangkannya. Sikap mesra dan perhatian Rasulullah sebagai suami ditunjukan juga dalam hal membantu pekerjaan rumahtangga, menjahit pakaiannya sendiri, tiada pernah mencela masakan, apalagi mengherdik. Isteri selalu dilibatkan dalam setiap peristiwa terpenting dalam hidupnya. Baginda tidak pernah abai terlebih lagi melupakan. Di saat wahyu Allah datang kepadanya dan ia tidak merasa kuat, si isteri menyelimuti dirinya, menghangatkan diri Muhammad s.a.w. dengan segenap kasih dalam perhatiannya.

Kehidupan Poligami Rasulullah
Tinta sejarah mencatatkan bahawa rumahtangga Rasulullah diwarnai kehidupan poligami. Sebuah corak kehidupan rumahtangga yang sampai kini kerap menyulut permasalahan bagi kebanyakan orang. Namun amalan poligami ini tentu saja jauh dari yang dibayangkan, namun seringkali hal ini dipertikaikan oleh kalangan yang membenci Islam. Amalan poligami Rasulullah justeru sebuah langkah maju dari amalan jahiliah dimana sebelumnya perempuan boleh dinikahi tanpa batasan jumlah. Rasulullah s.a.w. pun berusaha membahagi perhatian kepada para isterinya sehingga satu sama lain merasa senang. Prinsip adil sebagai pembatas perasaan tidak diabaikan isteri-isterinya sentiasa diupayakan, malahan Saudah r.a., seorang janda perang yang tak lagi muda ikhlas memberikan gilirannya pada isteri-isterinya yang lain. Namun sejarah pun tak menafikan bahawa Aisyah dan Hafshah pernah berada di puncak cemburu sehingga keduanya menyedari bahawa perbuatan tersebut semata-mata dilandasi nafsu belaka dan murni bukan kerana Rasulullah tak mampu berbuat adil. Fakta sejarah lain yang patut diketahui dari kehidupan rumahtangga Rasulullah adalah sebenarnya ia melakukan perkahwinan ‘monogami’ yang cukup lama, yakni saat Rasulullah berkahwin dengan Khadijah r.a. sampai maut memisahkan mereka. Demikian pula dengan rumahtangga Ali dan Fatimah, puteri Rasulullah. Rasulullah berkahwin dengan Aisyah di saat usianya remaja, namun baginda menggaulinya ketika Aisyah telah memasuki usia matang. Rasulullah mengahwini isteri-isterinya yang lain yang kebanyakan janda perang oleh kerana tak ada yang melindungi mereka selepas ditinggal mati suami-suami mereka.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2011 di pasaran...

'Al-Mukmin': Kisah Jumpa Batu Permata

“AL-MUKMIN”, Allah Yang Maha Terpercaya dan Maha Memberi Keamanan. Hanya Allahlah yang mampu menunjukkan jalan yang benar, menjamin rezeki dan menjaga manusia dari bahaya. Hanya kepadaNYA manusia bersandar kerana DIA, Al Mukmin Zat Yang Maha Memberi Keamanan. Rumah itu nampak macam tidak dikemaskan. Sebahagian dindingnya terbuat dari papan. Catnya kelihatan dah macam pudar (kusam), dan kelihatan di sana sini cat di dinding itu sudah mengelupas. Di dalam rumah yang sederhana itu tinggal seorag lelaki dengan isteri yang sakit-sakit beserta dengan tujuh anaknya. Namun semuanya itu tidak membuat bapa tersebut gelap hatinya. Dia tahu yang mana satu menjadi haknya, dan yang mana satu pula menjadi kewajipannya.
Pada suatu malam si bapa mencari angin didepan rumahnya. Tiba-tiba matanya menangkap sinar gemerlapan dari pinggir jalan. Sinar itu berasal dari benda kecil yang tertimpa lampu kereta. Dia pun mengambil benda itu dibawanya ke rumah, yang kemudian dibawanya kepada saudagar emas. Setelah diteliti dan diuji ternyata benda itu ialah berlian asli. “Harga mencapai RM50,000 ringgit. Wah lumayan,” katanya. Tetapi dia tidak mahu menjualnya. Kerana dia tahu bahawa berlian tersebut bukan haknya atau pun miliknya. Dia yakin berlian itu tentu ada pemiliknya. Dia pun membawa pulang barang “Super istimewa” itu ke rumahnya lalu diletakkannya begitu saja dalam almari baju sambil menunggu pemiliknya datang, entah siapa! Anehnya lagi, anak dan isterinya tidak menyedari bahawa didalam rumah mereka ada tersimpan barang yang sangat berharga. Harganya setinggi langit. Padahal benda itu boleh mengubah kehidupannya dan ekonomi keluarganya dengan sekelip mata saja. “Sengaja tidak saya beri tahu,” ujarnya. Mereka, juga para tetangganya, baru mengetahuinya setelah ada seseorang yang datang ke rumahnya dan mengambil berlian tersebut. Tanpa banyak cerita berlian itu pun diserahkan. Setelah itu, berita pun tersebar ke seluruh penjuru kota. Berbagai komentar bermunculan. Ada yang menganggap dirinya bodoh. “Dapat rezeki tiba-tiba, malah dibuang percuma,” begitu kata mereka. Sebahagian lagi kagum, “Zaman sekarang rupanya masih ada orang yang terlalu jujur seperti ini,” kata mereka. Si bapa ini tidak ambil kisah dengan semua komentar yang ada. “Silakan orang mahu berkomentar apa pun, yang penting saya ikhlas dan sudah mengembalikannya kepada yang punya,” ujarnya lagi. Memang, oleh pemilik berlian itu, ia diberi imbalan, tetapi nilainya sangat jauh dibandingkan nilai berliannya. “Saya diberi sepuluh ribu,” ujarnya. “Lima ribu saya infakkan ke sebuah pondok pesantren, satu ribu dipakai untuk menjamu teman-teman, nah, baru bakinya saya pakai untuk memperbaiki dapur.” Bagi tetangga kanan kirinya, bapa ini dikenal dermawan walaupun hidupnya sendiri tak kaya. Ia pernah mewakafkan sebidang tanahnya untuk pembinaan sebuah surau berukuran 6 x 10 meter. Surau itu kini berdiri di depan rumahnya. “Ya, semua itu untuk bekal akhirat.”

Makna Al Mukmin
Kejujuran adalah mata wang yang berlaku di mana saja. Ia akan sentiasa dicari banyak orang. Sebenarnya, kejujuran adalah sifat Allah yang terkandung dalam nama ‘Al Mukmin’. Manusia pun memilikinya kerana Allah s.w.t. telah “meniupkannya” walaupun dalam kadar yang sangat terbatas. Apa yang dilakukan seorang bapa dalam kisah di atas sesungguhnya menggambarkan proses peneladanan sifat Allah sebagai ‘Al Mukmin’. Kejujuran manusia saja sudah membuat kita merasa kagum, apalagi “kejujuran” Zat Pemilik Mutlak sifat kejujuran tersebut. Secara bahasa, Al Mukmin memiliki erti ‘yang terpecaya’, yang memberi rasa aman,’, dan ‘yang membenarkan’. Dari ketiga makna tersebut, para ulama memberikan perhatian pada dua makna terakhir.
Pertama: yang memberi rasa aman. “Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Mahasuci, Yang Mahasejahtera, Yang Mengurniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Mahaperkasa, Yang Mahakuasa dan Yang Memiliki segala keagungan, Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan.” (QS Al Hasyr, 59: 23) Ayat tersebut mengungkapkan bahawa Allah adalah Zat Yang Mengurniakan keamanan. Dialah yang memberi rasa aman kepada manusia. Benar pula jika Allah menganugerahkan potensi takut ke dalam dada manusia. Tidak hanya takut terhadap sesuatu yang menyeramkan, tetapi meliputi pula semua rasa takut, seperti takut kelaparan, takut tidak mendapatkan pasangan hidup, takut sakit, takut mati, dan aneka ketakutan lainnya. Namun, dengan kasih sayangNya, Allah Azza wa Jalla tidak membiarkan manusia berada dalam ketakutan tersebut. Dia menukar rasa takut itu dengan rasa aman, dengan syarat mereka beriman dan beramal salih. Ini jaminan dari Allah Al Mukmin. Kedua: yang membenarkan. Ada tiga bentuk pembenaran, iaitu (1) pembenaran terhadap keesanNya; (2) pembenaran terhadap para rasul, nabi, dan pengikutnya: (3) pembenaran terhadap keimanan hambaNya pada hari Kiamat. Saat itu, Allah s.w.t. akan bertanya kepada seluruh umat manusia tentang segala sesuatu yang telah diperbuatnya di dunia kemudian membenarkan mukmin dan mendustakan orang kafir. Demikian yang diungkapkan Umar Sulaiman Al Asyqar.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2011 di pasaran...

Kisah Menarik 'Mujtahid Palsu Dalam Masyarakat Islam

ZAMAN mutakhir ini, ramai orang mahu jadi tokoh agama. Mahu jadi sebagai ulama, ramai mahu jadi ilmuan Islam (cendekiawan) dan macam-macam lagi. Tetapi mereka tidak mempunyai ilmu agama yang mendalam untuk mencapai tahap ulama yang diangan-angankan itu. Begitu juga dalam dunia sekarang ramai orang mahu jadi seorang “mujtahid” yang boleh menyimpulkan hukum, dan menghukum orang dan mengeluarkan hukum.
Oleh kerana mereka tidak punyai ilmu yang dalam, tidak pernah mahu pelajari ilmu Fikih, tidak pernah mahu mempelajari ilmu tafsir, tidak pernah mahu pelajari bahasa Arab, tidak pernah memasuki sekolah agama, akhirnya mereka jadi “Mujtahid palsu”. Tetapi sikap mereka, ada setengah-setengahnya “berlagak sebagai ulama” besar, menghukum orang itu sesat, kafir, tak Islamik dan macam-macam lagi. Ada sebuab kitab agama yang menghuraikan tentang wujudnya orang-orang yang macam ini berlagak sebagai ulama didalam masyarakat Islam. Akhirnya berlaku kejadian-kejadian seperti dijelaskan dalam kitab itu: Ada seseorang yang mengatakan bahawa isteri-isteri orang yang mati syahid, akan terus masuk ke syurga bersama suami-suaminya. Jelas bahawa orang itu tidak mengetahui bahawa masuk syurga itu adalah tergantung kepada amal masing-masing yang tidak dapat disandarkan kepada suami. Sedangkan isteri Nabi Nuh a.s. tidak dapat masuk syurga bersama suaminya. (Al-Quran surah At-Tahrim: 10) dan isteri Nabi Luth a.s. juga tidak boleh masuk syurga langsung bersama suaminya (Al-Quran surah An Naml: 57). Ada lagi yang mengatakan bahawa kalau Nabi Muhammad s.a.w. masih hidup pada zaman ini, tentu baginda akan menghalalkan riba kerana riba itu perlu dalam pembangunan negara. Negara tak akan hidup tanpa Bank yang pakai riba. Jelas juga bahawa orang itu tidak tahu bahawa syari’at Islam yang melarang riba bukanlah ciptaan fikiran Nabi Muhammad s.a.w., tetapi adalah perintah Tuhan. Tuhan yang hidup dari dulu sampai sekarang dan selanjutnya. Nabi Muhammad s.a.w. hanya Rasul Allah yang menyampaikan perintah itu. Ada “Ulama” yang mengatakan bahawa memakai pakaian ihram ketika mengerjakan Haji adalah rukun Haji. Terang juga bahawa “ulama” ini tidak pernah mempelajari bahawa memakai pakaian haji itu bukanlah rukun, tetapi hanya “wajib” haji. Kalau tidak dipakai tidaklah membatalkan haji seperti meninggalkan rukun. Yang rukun ialah ihram, bukan memakai pakaian ihram. Ada seorang mengatakan bahawa kita tidak nengikuti Mazhab Syafi’i. Kerana Mazhab itu dibuat di Mesir. Lebih baik kita buat Mazhab sendiri yang kita namai “Mazhab Nasional”. Orang ini betul-betul tak mengerti persoalan dihadapinya.

Ada cerita lucu
Pada zaman dulu, iaitu zama Khalifah al Mutawakil (822 – 861 M) seorang wanita mendakwa bahawa ia menjadi Nabi. Nabi palsu itu dipanggil oleh Khalifah dan ditanyai, “Engkau Nabi?”, Tanya al Mutawakil. “Ya Tuanku,” jawab si wanita. “Engkau tak percaya kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang mengatakan bahawa tidak ada lagi Nabi sesudah Nabi Muhammad?” Wanita itu menjawab: “Percaya Tuanku. Tetapi yang tidak ada itu adalah Nabi lelaki, sedang perkataan “nabiya” itu adalah lelaki. “Saya ini Nabi wanita.” Akhirnya Khalifah al Mutawakil ketawa dan membebaskan saja wanita itu kerana dianggap kepalanya tak betul. Ada lagi pada zaman Khalifah Mutawakil juga, seorang lelaki mendakwakan pula bahawa ia Nabi. Khalifah memanggil dan bertanya: “Engkau betul Nabi?” tanya Mutawakil. “Ya,” katanya. “Apa buktinya dalam Al-Quran bahawa engkau Nabi?” tanya Mutawakil. “Ayat Tuhan dalam surah An Nasr,” katanya: Ertinya: “Apabila datang Nashrullah dan kemenangan.” “Nama saya Nashrullah.” Mutawakil dan Menteri jadi bingung menghadapi Nabi palsu yang berdalil dengan Al-Quran itu. Ada lagi yang boleh dianggap sebagai Mujtahid palsu juga, iaitu memfatwakan bahawa Nabi Isa a.s. sudah mati, sesuai dengan firman Tuhan dalam Al-Quran: Ertinya: (menurut mereka),” dan setelah Engkau matikan aku, maka engkaulah lagi pengawas mereka dan Engkaulah yang menyaksikan segala sesuatu.” (Al Maidah: 117). Hal ini berlainan sekali dengan iktikad dan keyakinan umat Islam sedari dulu, iaitu bahawa Nabi Isa a.s. tidak mati kerana beliau tidak dapat dibunuh oleh orang-orang kafir, kerana Nabi Isa A.s diangkat oleh Tuhan Allah ke hadirat-Nya. Oleh Mujathid palsu ini, kalimat “tawaffa” yang tersebut dalam surah Al Maidah: 117 diertikan dengan “mati”. Nampaknya “Mujtahid” ini hanya memahami satu ayat itu saja tanpa menghiraukan ayat-ayat yang lain dalam Al-Quran, iaitu: Tuhan berfirman: Ertinya: “Dan mereka tidak membunuh dan tidak pula mensalibnya, tetapi yang mereka bunuh adalah yang serupa dengan Isa.” (An-Nisa’: 157). Kalimat “tawaffa” dalam Al-Quran tidak semuanya bererti “mati” sebagai tersebut dalam surah Ali Imran ayat 185, surah Al An’am ayat 60 dan lain-lain. Mujtahid palsu ini terlalu berani menggali hukum dari isi Al-Quran dengan hanya mengetahui satu atau dua ayat saja. Ada seseorang yang sudah boleh dianggap pandai dalam Islam. Pada suatu hari ia kedapatan makan siang dalam bulan Ramadan oleh penulis buku ini. Dengan takjub kami bertanya: “Tidak puasa?” “Ya,” jawabnya. Puasa itu sama dengan sembahyang, sama-sama rukun Islam. Kita tidak boleh sembahyang kalau kita mabuk, sesuai dengan firman Tuhan: Ertinya: “Janganlah mendekati sembahyang kalau kamu sedang mabuk.” (An Nisa’: 43). “Oleh kerana sekarang saya sedang mabuk, maka saya tidak berpuasa, dikiaskan kepada orang mabuk tidak boleh sembahyang,” demikian katanya.


Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2011 di pasaran...

'Kampus Hijau' Penegak Syiar Di Indramayu

Dinamakan “Kampus Hijau” kerana hampir 100 peratus, corak bangunan di persekitaran ini berwarna hijau seperti warna khas Nahdatul Ulama (NU). Memang, pesantren ini merupakan lembaga pendidikan NU. Yang mendirikan adalah orang yang aktif di organisasi PBNU Pusat, H. Dedi Wahidi. Di PBNU Pusat, beliau bertanggungjawab menguruskan pesantren dan madrasah. Jika anda memasuki pesantren ini, setelah pintu gerbang yang berdiri gagah dan megah, anda akan disuguhkan pemandangan foto-foto para pengasas dan penggerak NU dipamerkan di pagar sebelah kiri seperti foto KH. Hasyim Asy’ari, KH. Abdul Wahab Hasbullah, KH. Bisri Syansuri, KH. Ali Ma’sum, KH. Ahmad Shidiq, KH. Ilyas Ruhiyat, KH. A. Sahal Mahfudz, KH. Idam Khalid, KH. Abdurrahman Wahid dan KH. Hasyim Muzadi. “Model pesantren semacam ini di kalangan pesantren NU, mungkin baru di sini satu-satunya,” ujar Abu Ya – panggilan mesra KH. Mukromin Thohir. Apa makna di balik pemasangan foto-foto tersebut? Menurut Abu Ya, pengasuh Pesantren Darul Ma’arif yang juga mahir berbahasa Arab ‘amiyah (pasaran) ini, semata-mata agar kita tidak lupa pada masa lalu. Agar kita selalu ingat pada para pengasas organisasi NU. “Kampus Hijau” ini semacam anugerah dari sebuah pesantren elit NU yang terurus, gagah dan memang moden yang ada di Indramayu. Kenapa demikian? Jika anda memasuki kawasan pesantren, anda akan mendapati sebuah bangunan sekolah yang gagah dan indah, mulai dari TK, SD, SMP, SMA, dan SMK. Kelihatannya, untuk membangun semuanya itu diperlukan peruntukkan jutaan ringgit Malaysia. Kerana itu, Muktamar NU yang akan datang diadakan di Kampus Hijau ini. Sistem pendidikan di Pesantren Darul Ma’arif menggabungkan antara sistem salafi dan moden. Sistem salafinya terletak pada berbagai kitab klasik yang masih diajarkan sebagaimana lazimnya di pesantren-pesantren tradisional, seperti Bulughul Maram, Al-Jurumiyah, Alfiyah, dan sebagainya. Sementara modennya, salah satunya, pesantren ini menerapkan sistem membentuk diri menjadi pengusaha dan menggunakan bahasa Arab dan Inggeris setiap hari. Salah satu usaha yang baru diterapkan di sini adalah ternak lembu, yang sekarang jumlahnya sekitar 36 ekor.
Untuk menyediakan pemakanan lembu-lembu itu sendiri, iaitu rumput gajah, dihasilkan dari kebun pesantren, yang dikelola oleh para pelajarnya. Selain pemeliharaan lembu, pesantren juga menyediakan pemeliharaan ikan ternak. Yang jelas, Pesantren Darul Ma’arif merupakan salah satu projek besar organisasi NU dalam menyelenggarakan sistem pendidikan moden. Diharapkan kewujudan pesantren ini, tidak saja membuat organisasi NU terlihat semakin moden dalam sistem pendidikannya, tapi juga memberikan kesan positif bagi warga Indramayu khususnya. Diharapkan taraf hidup warga Indramayu semakin membaik, tidak saja ilmu umumnya, tapi juga ilmu agamanya. Kini, sudah sekitar 19 hektar tanah yang dipakai untuk kegunaan pesan-tren dari jangkaan sekitar 50 hektar. “Semuanya kerana keperluan zaman,” ujar Abu Ya, yang berasal dari Kaplongan. Keperluan zaman di sini maksudnya adalah bahawa sudah saatnya pesantren membangun dengan sistem pendidikan moden. Sebab, beberapa pesantren klasik yang ada sekarang sudah mulai ditinggalkan oleh para pelajarnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2011 di pasaran...

Perempuanmu, Adalah Kawanmu!

BERTERIMA KASIHLAH kepada perempuan. Berterimakasihlah kepada isteri-isteri anda. Atas kekuatan hatinya dan ketabahan jiwanya menghadapi anda, si suami, kaum Adam. Kesediaannya mengandung seorang bayi, pewaris anda. Rasa sakit fizikal, termasuk ujian kejiwaan yang dijalaninya selama hamil. Terlebih, saat buah hati itu menghirup dunia untuk pertama kalinya; dialah, si hawamu, yang akan menenangkan dan menyediakan setumpuk kasih sayangnya. Apalagi, saat si kecil itu menangis tak keruan meminta disusui ibunya, dialah makhluknya. Bahkan, saat si bayi menangis di malam yang begitu tua dan anda tertidur lena lantaran lelah seharian bekerja; dialah, pasangan hidupmu, yang bersetia menggendongnya, mententeramkannya, padahal ia sudah seharian menjagai bayimu dan berbagai kerenah rumahtangga seharian penuh. Dan, bayangkanlah bila perempuanmu itu juga merangkap “pasangan” bisnesmu , ia ikut membantu perekonomian bahtera rumahtanggamu, maka bergandalah tanggungjawabnya: menjadi isteri sekaligus pembantu pencari nafkah.
Sengaja saya buka tulisan ini dengan ayat sedemikian. Bukan tanpa sebab musabab, apalagi ianya teori semata-mata. Saya memiliki isteri dan saya belajar banyak hal tentangnya, tentang karenah kejiwaan yang melingkupi dirinya, hatinya. Terlebih, pelajaran berharga itu saat ia mengandung dan merawat baik-baik calon ahli waris saya. Segenap ujian yang dilaluinya begitu hebat: fizik dan psikologi. Rasa sakit yang dialaminya; hidup dan mati memperjuangkan buah hati kami. Itu, boleh jadi, sebab pertama. Sebagai bukti bahawa saya tidak mengada-ada. Kedua, pada saat bersamaan, khabar luka yang saya dapatkan dari derita perempuan-perempuan, baik yang saya kenal secara karib, mahupun yang tidak. Izinkan saya mewartakannya barang sekilas.
Susi, sebut saja begitu namanya. Barangkali, usianya baru 36 tahunan. Perempuan yang mungil, berkulit gelap, dengan bertudung hitam dan beg galas lusuh di bahunya. Di suatu hari, ia datang ke pejabat kami, membawa setumpuk naskhah yang memohon dimuat majalah kami. Rupanya, ia peminat setia Hidayah. Betapa tidak, sejak sekolah hingga sekarang ia masih setia membaca majalah ini. Dia bawa dua gadis kecilnya yang masih kecil; anak usia 2 tahun dan 4 tahun. Katanya, sejak tiga bulan yang lalu, suami tampan yang dipuja-pujanya telah meninggalkannya, seraya menunjukkan foto suaminya. Tanpa khabar, tanpa nafkah lahir dan batin yang menjadi tanggungjawabnya. Maka jadilah ia berjuang mengais rezeki dengan segenap kemampuan dan tenaga yang dimilikinya. Siti, mari kita panggil saja demikian. Angka umurnya belum genap 30 tahun. Anaknya baru seorang, seorang gadis kecil yang nyatanya sedang berghairah atas segala sesuatu. Muslimah yang berkerjaya dengan pendapatan bulanan melebihi pendapatan suaminya ini telah berjuang ‘mati-matian’ mempertahankan rumahtangganya. Betapa tidak, saat suaminya terperuk dan menganggor, dialah yang tampil memenuhi keperluan ekonominya. Pun saat si suami tergolek lemah selepas kemalangan hebat di satu tragedi yang memilukan.
Seorang anak yang tengah aktifnya dan seorang suami yang menuntut dilayani. Sebuah pengorbanan lahir dan batin yang begitu besar. Dia ‘pahlawan’ rumahtangga. Tapi, apakah yang didapatkanya setelah sekian tahun perkahwinannya? Perempuan kedua hadir. Si suami memiliki wanita impian lain, tanpa mempertimbangkan hatinya, tanpa menimbang-nimbang gejolak batinnya yang bergemuruh setiap saat.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2011 di pasaran...