Monday, May 12, 2014

Hidayah Mei 2014

Hidayah keluaran Mei 2014 sudah beredar di pasaran.  Pastikan anda  tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera  sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk  anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja...


Salam Kami

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Hanya sekadar mengingatkan, kita tidak lama lagi akan menyambut Ramadan 1435. Bulan yang mulia ini akan tetap datang setiap tahun. Namun yang belum pasti dapat menyambutnya ialah kita-kita inilah.
Tempoh yang dekat ini macam-macam boleh berlaku. Orang yang sihat walafiat, tiba-tiba jatuh sakit terkena ‘stroke’ dan terlantar untuk jangka waktu lama. Ada sahabat yang hari ini kita bergurau senda, berbual mesra esoknya kita dengar dia telah pergi mendahului kita. Dan lebih tragisnya, kita sendiri yang pergi terlebih dulu. Sedar-sedar diri kita diusung masuk dalam keranda dan dibawa ke kereta jenazah dan kemudian ke tanah perkuburan. Masa itu tidak ada kawan, tak ada sahabat, sanak saudara yang dapat menemani kita. Yang bersama-sama kita ialah amal ibadat kita, amal bakti kita, sedekah jariah kita atau amalan anak-anak kita yang salih. Adakah kita memiliki anak-anak yang salih dan salihah? Untuk mendapatkan anak yang salih dan salihah, kita perlu menjadikan diri kita juga anak-anak yang berbakti kepada ibu bapa kita. Kalau kita tidak lagi mempunyai kedua ibu bapa, doakanlah mereka setiap kali lepas solat lima waktu. Pohonlah keampunan dosa-dosa mereka dan pintalah mereka semoga termasuk dalam golongan orang-orang beriman dan bakal ahli syurga. Tak kiralah berapa umur kita sekarang, 30, 40, 50, 60. Atau kalau lebih dari itu kenalah lebih berwaspada terhadap amal ibadat. Kenalah lipat gandakan amalan kebajikan. Usia emas ini jangan fikir lagi hal-hal duniawi. Jangan fikir nak cari harta berlipat ganda. Jangan fikir nak tambah harta untuk senang anak cucu kita. Dunia di alam barzakh adalah dunia yang serba canggih. Belum sesiapa yang pergi ke sana kembali semula ke dunia ini untuk memberitahu kita betapa keadaan alam barzakh itu. Yang kita tahu ialah melalui Al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. (Sila baca “perbuatan Kita Di Dunia Akan Didedahkan di Padang mahsyar”) Kerana itu dalam menanti-nanti untuk ke alam barzakah itu, doakan semoga kita di beri kesempatan sekali lagi menyambut Ramadan akan datang ini. Semoga Ramadan ini akan memberi kesempatan kepada kita sekali lagi menyucikan dosa-dosa kita yang lalu. Ulama berkata: “Dari Ramadan hingga Ramadan yang akan datang, dan haji ke haji, dan Jumaat ke Jumaat dan sembahyang ke sembahyang yang lainnya menjadi penebus dosa-dosa yang terjadi diantaranya selama ditinggalkan dosa-dosa yang besar-besar.” Sebenarnya kita hendaklah bersangka baik dengan Allah s.w.t. Mungkin sebilangan kita merasa rendah hati untuk menjadi seorang ‘sufi’, namun apalah salahnya kita berusaha meletakkan diri menjadi orang-orang yang bertakwa, iaitu maqam yang boleh dicapai oleh orang-orang biasa macam kita-kita ini. Seperti biasa, Hidayah keluaran ini terus menghidangkan pelbagai rencana yang bermanfaat untuk dihayati. Semoga anda dapat memberi tahu saudara mara dan sahabat handai mengenai “Hidayah’ ini agar mereka dapat bersama-sama menjadi pembacanya.
Wasalam!

Pengarang
Suhaimi Hamid

Hajar, Kegigihan Iman Seorang Ibu

BUKAN pada seorang bangsawan, manusia suci ataupun seorang lelaki perkasa, melainkan Allah jatuhkan kurniaan ini kepada seorang hamba sahaya perempuan, miskin, dan berkulit hitam. Dialah Hajar, ibu perintis pembangunan tanah suci. Itulah syair indah dari Dr. Ali Syariati. Begitu mempesona, menghentak kembali primordialisme jatidiri manusia, bahawa manusia hanyalah kumpulan tulang – temulang yang di bungkus daging dan dialiri darah merah bagi menggerakkan kehidupan. Namun manusia sentiasa kreatif menciptakan “daya-daya ketidaksetaraan” untuk membezakan status sosial, ekonomi, keturunan, pada sesamanya demi memupuk kesombongan dan keangkuhannya. Dan melalui Hajar-lah, Allah memerintahkan manusia untuk mengejar semula erti dan hakikat kebenaran siapa sebenarnya manusia itu. Sebagai seorang isteri yang setia dan percaya kepada pertolongan Allah, dipadu dengan naluri seorang ibu yang cuba menyelamatkan buah hati yang dicintainya, perjuangan dan pengorbanan beliau layak dijadikan teladan serta diambil hikmahnya.
Rukun haji yang tegak hingga saat ini, salah satunya adalah ukiran perjuangannya, ribuan tahun lalu. Perjalanan dari bukit Shafa hingga Marwa adalah bentuk penghormatan umat Islam mengenang ibunda Nabi Ismail a.s. ini.

Kurnia Allah kepada Hajar
Nabi Ibrahim, bapa kaum beriman, sudah sekian lama menikahi dan berdampingan dengan Sarah. Namun hingga Sarah berusia melebihi separuh abad, tiada ada tanda-tanda bagi keluarga orang beriman ini untuk mendapatkan keturunan. Walau pun begitu, mereka sentiasa bermunajat kepada Allah. hingga memasuki usia senja, Allah masih belum mengurniakan mereka seorang anak. Melihat kesedihan si suami, Sarah tak sampai hati, kemudian ditawarkannya Siti Hajar, hamba mereka untuk dinikahi oleh Nabi Ibrahim. Hajar adalah hamba sahaya berkulit hitam dari negeri Ethiopia. Sarah melihat, akhlak Hajar cukup terpuji. Mereka berdualah yang memperkenalkan Hajar untuk mengenal Allah dan memujiNya secara betul. Dengan harapan akan memperolehi seorang putera bagi Nabi Ibrahim a.s., Sarah rela dimadu dengan Hajar. Allah Taala memberikan kurniaNya, akhirnya Hajar mengandung. Tak lama berikutnya Hajar melahirkan bayi lelaki yang cantik, sehingga bertambah rasa sayang Ibrahim a.s. kepadanya. Rasa cemburu yang telah menjadi fitrah wanita, pun menyelimuti Sarah. Rasa sayang dan perhatian kepada Hajar semakin mengigit rasa gundah Sarah, cemas jika Ibrahim akan melupakan dirinya. Suatu hari Sarah berkata, “Suamiku Ibrahim, aku takut engkau melupakan diriku setelah Hajar menjadi isterimu, ia wanita yang beruntung dapat memberikan keturunan kepadamu.” Melihat kedukaan yang dalam di mata isterinya, Ibrahim menjadi hiba sedih, dan berusaha menghiburnya, “Sarah, Hajar adalah hambamu. Engkau dapat melakukan apa saja kepadanya, engkau dapat berbuat sesuka hatimu.”

Hajar Diasingkan
Semenjak Ismail lahir, perhatian dan kasih sayang Ibrahim tertumpah kepada Hajar dan puteranya. Melihat kebahagiaan mereka, kepedihan Sarah semakin tak terbendung lagi. Sarah pun menemui Ibrahim, “Demi Allah, aku tidak tahan lagi hidup sebumbung bersama Hajar.” Setiap hari Sarah terus mendesak Ibrahim untuk membawa Hajar pergi jauh dari dirinya. Hingga pada suatu hari Ibrahim mendapat perintah Allah untuk membawa Hajar dan bayinya pergi ke arah selatan. Akhirnya Ibrahim membawa Hajar dan Ismail, puteranya ke daerah tandus dan kering, daerah yang kosong tanpa penduduk. Namun daerah tersebut aman bagi Ismail dan ibunya. Baitil ‘Atiq, adalah rumah tempat beribadah pertama di muka bumi, Baitil ‘Atiq merupakan rumah Allah untuk orang-orang beribadah, dengan tawaf, iktikaf, serta bersujud kepadaNya. Di situlah Hajar dan Ismail hidup di bawah lindungan Allah s.w.t. Di sebuah bukit, dengan hati yang tegar Nabi Ibrahim meninggalkan isteri dan anaknya, demi memenuhi perintah Allah. Didirikannya sebuah pondok sederhana, sekadar untuk dapat berteduh. Sekarung kurma dan sekantung air, adalah harta yang ditinggalkan Nabi Ibrahim untuk isteri dan anaknya. Namun tiada lupa Nabi Ibrahim berdoa, yang diabadikan dalam QS. Ibrahim: 7, “Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau(Baitullah) yang dihormati, Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2014 di pasaran...

Kematian Tragis: Azab Diseksa Orang Utan

SAAT Allah menguji hidupnya dengan kemiskinan, Rina (bukan nama sebenarnya) tergoda mencari rezeki di jalan maksiat. Maka terjunlah ia ke dalam kancah ‘lorong-lorong hitam’ Lalu, saat hartanya sudah menumpuk, dia tak juga mahu bertaubat. Rina justeru tergiur meneruskan hidup yang bergelumang dengan noda. Hadis yang bermaksud: “Bahawasannya Allah selalu menerima taubat seorang hamba, selama roh belum melewati tenggorokannya,” (HR. Termizi), dijadikan alasan oleh Rina untuk tidak mengetuk pintu taubatnya. Meski umur manusia sudah ditetapkan oleh Allah, namun Rina yakin kalau suatu saat nanti, sebelum ajalnya memanggil, ia sempat bertaubat. Akan tetapi, takdir hidup Rina berkata lain. Pintu taubat untuknya, telah Allah tutup rapat-rapat. Menoleh sekilas kisah hidupnya yang berliku itu, Rina waktu kecilnya membesar dalam lingkungan ajaran Islam secara sederhana. Islam kampung-kampungan. Islam pada luar-luarannya saja. Tidak menyerap ke batin. Disebut demikian lantaran penduduknya sangat fanatik dalam menjalankan ibadah – bahkan pengetahuan ke-Islamannya agak terbatas – namun belum sepenuhnya meresapi dan menerapkan pengetahuan tersebut ke dalam kehidupan sehari-harinya. Adat dan warisan budaya mistik “tahyul”, seperti khasiat besi “berani”(magnet), melekat pada keperibadian kepada sebilangan mereka (penduduk setempat). Keadaan itu disebabkan kurangnya semangat juang penduduk kampung dalam mengejar ilmu agama yang sebenarnya. Belum adanya ustaz atau kiai yang mampu membimbing mereka mengenalkan Islam ke jalan tauhid. Sekitar era 70an itulah, ketika Rina baru bersekolah darjah lima, dia sudah berhenti sekolah. Kemiskinan hidup mendesak kebanyakan ibu bapa tidak dapat meneruskan pengajian atau persekolahan anak-anak mereka. Seperti kebanyakan gadis-gadis sebayanya, Rina hanya menumpukan pengajian untuk mengkhatamkan bacaan Al-Quran dan membantu pekerjaan ibu bapanya; menoreh getah, mengerjakan sawah orang lain (mengambil upah), menangkap ikan untuk lauk pauk keluarga dan sebagainya. Gaya hidup penduduk kampung di kawasan pedalaman itu mulai berubah ketika pada tahun 1973, pihak kerajaan melaksanakan program  penyelidik Keluarga Berencana (KB) yang melibatkan doktor umum, Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI), Pegawai Perhutanan serta dibantu oleh hadirnya sebilangan mahasiswa kota untuk Kuliah Kerja Nyata (KKN). Mereka yang tinggal menetap beberapa hari dengan penduduk kampung, mengenalkan kepada mereka dunia kemajuan waktu itu dengan membawa tape recorder, peti televisyen hitam putih, radio, pakaian dan maklumat mengenai motosikal, kereta dan lain-lainnya. Impian penduduk kampung pun berubah, termasuk Rina. Gadis ayu itu baru menyedari erti kemiskinan yang dialaminya, ketika penduduk-penduduk yang mampu berlumba-lumba memiliki radio dan peti tv. Rina tidak habis fikir mengapa keluarganya sering diremehkan lantaran tidak memiliki peti tv hitam putih dan tidak mampu memiliki sebuah motosikalpun. Pada malam hari, Rina kerap mengintip-ngintip menonton program hiburan tv di rumah tetangganya, dengan cara memanjat pohon duku. Waktu itu, pejabat penghulu memang belum dilengkapi dengan tv, sehingga penduduk yang ingin melihat program tv, harus pandai-pandai mengambil hati tetangga yang ada peti tv di rumah. “Kamu banyak kutu, Rina! Baliklah, nanti anak aku pula berjangkit kutu kamu!” herdik tetangganya yang juga merupakan makciknya juga. Kata-kata sinis itu membekas dalam ingatan Rina yang masih remaja itu. Rina yang sangat jujur itu, jadi terperanjat dengan sikap Makcik Ramlah, yang dalam sekejap berubah watak setelah mampu beli tv hitam putih. Mengapa orang kaya tidak mahu tvnya dikongsi tonton oleh anak-anak jiran? Apakah kerana harga tv itu mahal? Pertanyaan-pertanyaan itu sering menjadi igauan dalam tidur Rina.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2014 di pasaran...

Jenazah Dibelit Rantai Besi

Ayat-ayat di atas merupakan salah satu dari ayat-ayat dalam Al-Quran yang melarang umat Islam melakukan amalan ekonomi yang mengandung riba. Oleh kerana itu, riba diharamkan dalam hukum Islam. Bahkan riba dianggap sebagai salah satu dari dosa-dosa besar. Diharamkannya riba tentu sangat beralasan, kerana pada hakikatnya orang-orang yang memakan riba itu seperti orang yang berbuat zalim kepada saudaranya atau orang lain, ibarat mencekik atau membelenggu saudaranya sendiri. Cerita berikut ini merupakan kisah nyata yang terjadi di sebuah kota di Jawa Tengah. Saya mendapat cerita ini dari seorang  da’i di Yogyakarta, iaitu Ustaz Drs. H. Muhammad Fathul Hilal. Untuk menjaga nama baik (muru’ah) keluarga tokoh dalam cerita tersebut, penulis terpaksa mengganti namanya dan tidak menyebutkan nama daerahnya. Sejak lama Suripto dikenal sebagai seorang usahawan kilang batik di kotanya di propinsi Jawa Tengah. Perusahaan batiknya tergolong sebagai perusahaan yang berjaya. Buktinya, kain batik yang dihasilkan oleh perusahaan miliknya itu tidak hanya dijualnya di kotanya saja, tetapi juga dijualnya ke kota-kota lain, seperti Yogyakarta, Surabaya, Bandung dan Jakarta. Hampir setiap minggu ia menerima banyak pesanan (tempahan) dari kota-kota besar itu yang memintanya mengirimkan kain batik hasil perusahaannya. Sebagai seorang taukeh batik, ia memiliki banyak pekerja. Para pekerjanya itu diberikan gaji setiap bulannya dengan gaji yang hanya ‘cukup-cukup makan saja’. Malah ada yang kekurangan, belum cukup bulan sudah habis wang belanja. Apalagi untuk buruh yang memiliki banyak anak. Setiap bulannya, ada saja yang kekurangan, kerana memiliki banyak keperluan lain di luar keperluan pokok mereka seperti biaya kesihatan atau berubat anak-anaknya.  
Suripto sendiri tahu kalau banyak buruhnya yang hidup kekurangan dari gajinya. Oleh kerana itu, ia sendiri menyediakan anggaran khusus yang dapat dipinjam oleh para pekerjanya. Tetapi sayangnya, kebaikan Suripto untuk meminjamkan wang kepada para buruhnya itu, bukanlah sekadar untuk membantu mereka yang memerlukan pinjaman wang, tetapi justeru ia manfaatkan untuk mencari keuntungan dengan cara mem‘bunga’kan wang pinjaman itu. Kepada setiap pekerja yang meminjam wangnya, ia meminta bunga sebesar 10 peratus  Ketentuan adanya bunga sebesar itu tidak boleh ditolak jika buruhnya hendak mendapatkan wang pinjaman. Sebenarnya, bunga wang sebesar itu tergolong besar bagi para buruh. Oleh kerana itu, banyak para pekerja yang tidak berani meminjam wang dari majikannya melainkan kerana benar-benar terpaksa. Mereka lebih memilih mencari pinjaman dari teman-temannya atau saudaranya sendiri yang boleh memberikan pinjaman kepada mereka. Akan tetapi banyak pula buruh yang dengan terpaksa meminjam wang dari Suripto setelah tidak memperoleh pinjaman dari teman-teman atau saudaranya.
Para buruh yang terpaksa meminjam wang dari Suripto ini memang merasa keberatan dengan bunga yang dibebankan oleh Suripto. Gaji mereka yang hanya cukup-cukup makan itu tentu membuat mereka kesulitan dalam mengembalikan hutang mereka beserta bunganya yang sebesar itu. Akan tetapi, kerana semua itu sudah keputusan dari Suripto, sementara mereka benar-benar terdesak untuk mendapatkan wang pinjaman itu, maka mahu atau tidak, para buruh itu terpaksa menyetujuinya. Sebagai seorang taukeh atau saudagar batik, sesungguhnya penghasilan Suripto cukup besar. Ia termasuk orang kaya di kotanya. Rumahnya yang besar juga tergolong rumah yang mewah. Anak-anaknya dapat bersekolah dengan layak. Akan tetapi, kekayaannya itu ternyata tidak membuat Suripto bersyukur. Ia malah semakin bernafsu kepada gelimangnya harta benda. Para pekerja yang selama ini sudah bekerja untuk kemajuan perusahaannya bukannya diberikan kesejahteraan yang layak, malah dibebani dengan bunga, jika mereka berhutang atau meminjam wang. Tampaknya, Suripto memang sudah gila kepada harta. Harta telah menutup mata hatinya, sehingga dimana pun ia melihat peluang untuk mengambil keuntungan, maka ia akan mengambil kesempatan itu tanpa memandang apakah hal tersebut merugikan orang lain atau tidak. Ia juga seolah tidak peduli halal atau haram, sepanjang mendatangkan keuntungan dan menambah banyak harta kekayaan yang dimilikinya.
Harta kekayaan yang dikumpulkan manusia memang pada akhirnya tidak dapat memberikan kebahagiaan yang abadi, kerana pada akhirnya semua manusia akan meninggalkan dunia yang fana ini. Pada saat itu, tidak ada lagi yang dibanggakan manusia dari hartanya. Semuanya tidak ada nilainya di mata Allah s.w.t. Demikian pula yang terjadi pada Suripto. Lelaki ini akhirnya meninggal dunia setelah beberapa hari menderita sakit. Harta yang dikumpulkannya ternyata tidak dapat memperpanjang usianya atau menunda kematiannya. Sebab, usia semua manusia memang sudah ditentukan oleh Allah s.w.t. Ketika Suripto meninggal dunia, semua keluarganya, mulai dari anak-anaknya, adik dan kakaknya serta bapa saudara dan makciknya, berkumpul di rumahnya. Tidak ketinggalan pula seorang ayah saudaranya yang kaya raya, iaitu Santoso. Demikian pula dengan para tetangganya. Mereka berkumpul hendak membantu keluarga Suripto untuk mengurusi jasad Suripto dan menghantarkan ke tanah perkuburan. Setelah selesai dimandikan, dikafani dan disolatkan, jenafah Suripto dibawa ke tanah kubur yang cukup jauh dari rumahnya. Jenazah Suripto dibawa dengan iringan kenderaan jenazah. Para penghantarnya pun menggunakan dua buah kereta menuju ke kuburan. Setelah sampai di tanah perkuburan, jenazah Suripto pun dikeluarkan van jenazah. Santoso, Ayah saudaranya yang kaya itu ikut menggotong jenazah bersama dua orang anggota keluarga yang lain. Mereka membawa jasad Suripto ke lubang kubur yang sudah disiapkan oleh para penggali kubur.
Tiga orang penggali kubur sudah berada di dalam lubang kubur. Mereka menyambut jenazah Suripto yang diberikan oleh tiga orang yang membawanya di atas lubang. Orang-orang yang ada di atas kubur memberikan jasad itu kepada para penggali kubur.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2014 di pasaran...

Jenazah Berasap Ketika Dimandikan

Aku tak kuasa menahan tangis kesedihan saat iring-iringan kenderaan ambulan yang mengantar jenazah suamiku sampai di rumah. Suamiku meninggal ditembak akibat mencuba melarikan diri dari salah satu hotel yang ada di Jakarta saat diserbu pihak polis. Yang menyedihkan, suamiku ternyata sedang bersama wanita simpanannya saat itu. Rupanya kesetiaanku selama ini dibalas dengan pengkhianatan cinta oleh suamiku.
Suamiku, Anto, memang telah menjadi buruan polis sekitar dua bulan yang lalu kerana disyaki sebagai pengedar dadah dan memasarkan barangan haram tersebut kepada mahasiswa dan pelajar di Jakarta.
Aku sempat mendengar beritanya di tv mahupun membacanya di media cetak. Rasanya tak kuasa menahan malu di tengah cubaan yang datang kepadaku. Hingga suatu ketika datang beberapa orang polis berpakaian seragam dan menyiasat keberadaan suamiku. Mereka juga sempat menggeledah rumah kami namun tak ditemukan suami ataupun apa-apa barangan bukti. Pada saat itu mereka juga sempat meminta keterangan dariku mengenai Anto. “Puan, apakah puan isteri dari Anto?” tanya salah seorang polis tersebut.
“Ya, saya isterinya. Memangnya ada apa, tuan? Apa yang terjadi pada suami saya?” jawabku.
“Begini, puan! Suami puan terlibat kes pengedaran dadah dan saat ini kami sedang mencari tempat persembunyiannya. Apakah puan mengetahuinya?” jelas mereka. “Saya tidak tahu apa-apa tuan. Suami saya sejak 7 bulan lalu pergi dengan alasan merantau. Dia meninggalkan kami. Setelah itu memang tidak ada khabar di mana suamiku,” ujarku penuh kejujuran. Kemudian polis tersebut mengangguk, mengerti penjelasanku, dan memberitahu rakannya agar pergi. Sebelum pergi mereka sempat meninggalkan nombor handphone dan berharap dapat memberitahu jika suatu saat aku mendapat khabar tentang keberadaan suamiku. Sejak kedatangan polis itu hidupku jadi gelisah. Suamiku di perantauan ternyata melakukan pekerjaan jenayah. Aku pun tetap menjalani hari seperti biasanya. Meski kadang kudengar tetangga membicarakan tentang apa yang terjadi pada suamiku, aku hanya menanggapinya dengan diam. Jika mereka bertanya padaku paling kujawab tidak tahu sambil menggelengkan kepala. Bagiku ini adalah cubaan dan ujian dari Allah untuk keluarga kami. Tak lupa dalam setiap saat aku berdoa agar masalah ini cepat selesai. Aku selalu menutupi masalah ini dengan anak-anakku kerana mereka masih kecil. Aku khuatir masalah ini boleh mengganggu  sekolah mereka. Sejak kepergian suamiku 7 bulan yang lalu, ia baru sekali mengirimkan wang dalam jumlah sangat banyak. Aku sempat berfikir dari mana suamiku mendapatkan wang begitu banyak. Suatu saat suamiku menelefon, lalu aku bertanya keberadaannya. Tapi pertanyaanku sepertinya tidak dipedulikan sama sekali. Ia hanya berkata: “Aku baik-baik saja. Kamu jangan susah hati. Yang penting jaga anak-anak kita dengan baik,” ujar suamiku. Kemudian telefon pun terputus. Selama suami merantau, aku bekerja menjadi tukang cuci beberapa rumah tetangga sekitar rumahku. Saat aku menggosok baju cucian sambil menonton tv ada berita bahawa suamiku ditembak polis ketika cuba melarikan diri dari buruan polis. Ia terbunuh di tempat kejadian, akibat peluru yang menembus belakangnya dan mengenai jantung. Waktu diserbu dia sedang bersama seorang wanita yang akhirnya kuketahui bahawa wanita itu adalah perempuan simpanannya di salah sebuah hotel di Jakarta. Aku pun menangis setelah tahu suamiku telah mengkhianati cintaku. Ternyata selama ini suamiku telah menyeleweng. Hatiku begitu sedih dan pedih kerana aku harus menjadi janda setelah suamiku tiada. Yang membuatku makin sedih adalah kedua anak kami yang masih kecil dan belum mengerti apa-apa. Tatkala aku tengah menangis seorang diri, tiba-tiba pintu rumah diketuk dari luar. Aku pun segera membukanya sambil mengusap air mataku. Setelah pintu kubuka ternyata yang datang adalah kakak iparku Shinta. Sambil menangis aku pun menceritakan semua yang terjadi. Rupanya Shinta sudah mengetahuinya, itulah sebabnya dia datang ke rumahku.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2014 di pasaran...

Memilih Calon Suami Idaman

A. Salih
“Apabila datang kepada kalian orang yang kalian sukai agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia, jika tidak kalian lakukan, akan ada fitnah (petaka) dan kerosakan yang besar.” Sebahagian ulama salaf berkata, “Jangan nikahkan anak perempuan anda kecuali dengan orang yang bertakwa. Jika mencintainya, tentu ia akan memuliakannya dan jika membencinya tentu ia tidak akan menzaliminya.” Sesungguhnya agama menghalangi lelaki berbuat zalim (sewenang-wenang), kerana dalam hubungan dengan wanita ia beranjak dari firman Allah: “...Dan bergaullah dengan mereka secara patut...” (An-Nisa’: 19). Dan sabda Rasulullah s.a.w.: “Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluargaku.” Sungguh tidak dibenarkan akal dan agama, ketika seseorang hanya menikahkan anak perempuannya dengan orang yang membayar mahar tertinggi untuk anaknya. Atau, hanya akan menikahkannya dengan orang yang paling tinggi pangkatnya di antara para pelamar, atau yan paling banyak hartanya, tanpa memperhatikan aspek agama dan akhlak. Ini merupakan pemahaman keliru sebahagian orang tentang hakikat sesuatu dan nilai kehidupan. Anak perempuan bukanlah barang dagangan dan akad nikah bukanlah perjanjian jual beli. Akad nikah bertemunya beberapa sifat dengan sifat-sifat lainnya. Itulah pandangan Islam tentang hakikat atau substansi masalah. Iaitu memandang kemapanan seseorang tergantung pada kesempurnaan akhlak dan agamanya, bukan harta, kecantikan dan pangkatnya. Mengutamakan hal-hal semacam ini di atas akhlak dan agama merupakan kerosakan dan musibah yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah. perlakuan yang baik bukanlah sebuah pilihan, tetapi merupakan kewajipan suami terhadap isterinya ialah:
1. Kerana ia berinteraksi dengan anda sesuai dengan keredhoan Allah. Ia berkomitmen terhadap anda mengenai perintah Allah dan RasulNya. Jika tidak demikian, ia adalah orang yang memiliki pengakuan palsu. Allah berfirman: “Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain...” (Al-Baqarah: 81)
2. Kerana ia berkomitmen terhadap petunjuk Allah sehingga akan menghalanginya terjerumus pada dosa-dosa besar, perbuatan-perbuatan maksiat, dan segala hal yang diharamkan.
3. Kerana ketika berinteraksi dengan anda ia berpijak dari rasa takut kepada Allah, sehingga tidak akan ada penganiayaan, penghinaan, pelecehan mertabat, cacian, dan makian.
4. Kerana ia mengetahui bahawa kelembutan bahasa yang ia ucapkan, perbuatan baik yang ia lakukan, hingga sesuap makanan yang ia taruh di mulut anda akan dihitung pahala.
5. Kerana ia berpegang  pada pesan Rasul yang mulia:
“Nasihatkanlah kebaikan kepada wanita, sebab mereka adalah tawanan kalian.”
6. Ia menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai contoh dan teladannya dalam semua hal, sebab beliau adalah orang yang indah perlakuannya, selalu berseri-seri wajahnya, bersenda gurau dengan keluarganya, bersikap lembut terhadap mereka dan mencukupi nafkah mereka.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2014 di pasaran...

Solat Jumaat Pertama Di Dalam Islam

1. Imam Ghazali berkata: “Ketahuilah bahawa hari Jumaat adalah hari yang agung. Inilah hari yang Allah agungkan Islam di dalamnya, dan dikhususkan bagi kaum Muslim.” Terdapat hadis yang menyebut, “Sebaik-baiknya hari, adalah hari Jumaat. Pada hari Jumaatlah Nabi Adam diciptakan; pada hari Jumaatlah Nabi Adam diturunkan ke muka bumi; pada hari Jumaatlah Nabi Adam bertaubat atas kesalahannya; pada hari Jumaatlah Nabi Adam meninggal dunia; pada hari Jumaatlah terjadi kiamat.” Di sisi Allah, hari Jumaat adalah hari anugerah. Demikian para malaikat menamakannya di langit. Dan, hari Jumaat jugalah hari di mana makhluk dapat melihat Allah s.w.t. di syurga.
2. Adapun solat Jumaat yang pertama kali dilakukan Nabi s.a.w. bersama para sahabatnya adalah yang baginda lakukan di tempat Salim bin ‘Auf pada disebuah parit besar. Mereka menjadikan tempat itu sebagai masjid. Rasulullah s.a.w. berkhutbah di hadapan mereka dan mengerjakan solat bersama-sama mereka.
3. Di dalam sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w. disebutkan tatkala Rasulullah s.a.w. hijrah dari kota Makkah ke kota Madinah, baginda berhenti di Kuba, suatu desa yang dinamai sesuai dengan nama kolam yang terdapat di desa itu, iaitu Kolam Kuba. Desa itu jaraknya agak jauh dari kota Madinah. Di desa tersebut terdapat sebuah masjid yang bernama Masjid at-Taqwa, yang merupakan kediaman ‘Amar bin ‘Auf, salah seorang dari kalangan Anshar. Rasulullah s.a.w. tinggal di rumah tersebut selama empat hari, di mana hari terakhirnya adalah hari khamis. Keesokkannya, hari Jumaat, Rasulullah s.a.w. bermaksud berangkat menuju Madinah, namun baginda terhalang oleh datangnya waktu zuhur. Ketika itu, baginda hendak keluar dari rumah Salim bin ‘Amar bin ‘Auf. Maka Rasulullah s.a.w. bersama orang-orang yang menyertainya pun mengerjakan solat Jumaat. Itulah solat Jumaat pertama di dalam Islam. Solat tersebut dilakukan di sebuah parit yang bernama Parit Ranuna.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2014 di pasaran...

Keajaiban Hujan Dalam Dunia Sains

BERCAKAP soal hujan, ada sisi menarik yang  perlu kita kaji soal yang satu ini. Ternyata, bila kita fahami, banyak keajaiban dari hujan yang baru terungkap belakangan, salah satunya soal kadar hujan. Di dalam ayat 11, surat Az-Zukhruf, hujan dinyatakan sebagai air yang diturunkan dalam “ukuran tertentu”. Sebagaimana ayat di bawah ini, “Dan yang menurunkan air dari langit menurut kadar (yang diperlukan) lalu kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati, seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari dalam kubur).” (QS. Az-Zukhruf: 11) “Kadar” yang disebutkan dalam ayat ini merupakan salah satu watak atau sifat hujan. Secara umum, jumlah hujan yang turun ke bumi selalu sama. Diperkirakan sebanyak 16 ton air di bumi menguap setiap detiknya. Jumlah ini sama dengan jumlah air yang turun ke bumi setiap detiknya. Hal ini menunjukkan bahawa hujan secara terus menerus berpusingan dalam sebuah pusingan yang seimbang menurut “ukuran” tertentu. Pengukuran lain yang berkaitan dengan hujan adalah mengenai kecepatan turunnya hujan. Ketinggian minimum awan adalah sekitar 12,000 meter. Ketika turun dari ketinggian ini, sebuah benda yang yang memiliki berat dan ukuran sebesar titisan hujan akan terus melaju dan jatuh menimpa tanah dengan kecepatan 558km/jam. Tentunya, objek apapun yang jatuh dengan kecepatan tersebut akan mengakibatkan kerosakan. Dan apabila hujan turun dengan cara demikian, maka seluruh bahan tanaman akan hancur, tempat tinggal, perumahan, kenderaan akan mengalami kerosakan, dan orang-orang pun tidak dapat pergi keluar tanpa mengenakan alat perlindungan tambahan. Terlebih lagi, perhitungan ini dibuat untuk ketinggian 12,000 meter, faktanya terdapat awan yang memiliki ketinggian hanya sekitar 10,000 meter. Sebuah titisan hujan yang jatuh pada ketinggian ini tentu saja akan jatuh pada kecepatan yang mampu merosak apa saja.
Namun tidak demikian terjadinya, dari ketinggian berapapun hujan itu turun, kecepatan rata-ratanya hanya sekitar 8-10 km/jam ketika mencapai tanah. Hal ini disebabkan kerana bentuk titisan hujan yang sangat istimewa. Keistimewaan bentuk titisan hujan ini meningkatkan kesan gesekan atmosfera dan mempertahankan kelajuan titisan-titisan hujan ketika mencapai “batas” kecepatan tertentu. (Saat ini, paying terjun dirancang dengan menggunakan teknik ini). Tak sebatas itu saja “pengukuran” tentang hujan. Contoh lain, misalnya, pada lapisan atmosfera tempat terjadinya hujan, suhu boleh saja turun hingga 400oC di bawah kosong. Meskipun demikian, titisan-titisan hujan tidak berubah menjadi partikel ais. (Hal ini tentunya merupakan ancaman mematikan bagi semua makhluk hidup di muka bumi.) Alasan tidak membekunya titisan-titisan hujan tersebut adalah kerana air yang terkandung dalam atmosfera merupakan air murni. Sebagaimana kita ketahui, bahawa air murni hampir tidak membeku pada suhu yang sangat rendah sekalipun.

Pembentukan Hujan
Bagaimana hujan terbentuk tetap menjadi misteri bagi manusia dalam kurun waktu yang lama. Hanya, setelah ditemukannya radar cuaca, barulah dapat difahami tahapan-tahapan pembentukan hujan. Pembentukan hujan terjadi dalam tiga tahap. Awalnya, “bahan mentah” hujan naik ke udara. Kemudian terkumpul menjadi awan. Akhirnya, titisan-titisan hujan pun muncul. Tahapan-tahapan ini secara terperinci telah tertulis dalam al-Quran berabad-abad tahun lalu sebelum informasi mengenai pembentukan hujan disampaikan, “Allah, Dialah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang di kehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira.” (QS. Ar-Rum: 48)

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2014 di pasaran...

Belajar Sedekah Akhlaki

KEPEDULIAN sering digambarkan dalam bentuk memberikan sesuatu kepada orang lain baik yang sifatnya benda atau bukan benda. Sedekah tidak lain adalah kemahuan yang didasarkan atas kemampuan untuk memberikan ‘sesuatu’ yang baik kepada orang lain. Kemahuan dan kemampuan inilah yang menentukan sejatinya watak seseorang. Tidakkah sedekah (shadaqah) itu berimpitan (serumpun) dengan kata shiddiq yang bermakna jujur atau yang sebenarnya? Kita seringkali terjebak kalau kita ingin bersedekah selalu dikaitkan dengan pemberian yang sifatnya benda, pada hal tidak harus selamanya demikian. Pemberian yang sifatnya bukan benda pun boleh dikategorikan sedekah. Misalnya dengan menampilkan kemuliaan diri, keramahan, sehingga orang lain merasa bahagia, nyaman dan aman juga termasuk sedekah. Inilah yang dimaksudkan sebagai sedekah akhlaki, iaitu bersedekah melalui kemuliaan keperibadian dan kesempurnaan akhlak. Sedekah akhlaki ini sedekah yang tidak pernah putus, bila-bilapun, dalam keadaan bagaimanapun dan dimanapun, selama kita mahu dan mampu mengekspresikan kemuliaan akhlak kita, kita boleh bersedekah akhlaki ini.

Kemuliaan Akhlak Sebuah kenescayaan
Ada beberapa landasan teologis yang mendasari sedekah akhlaki ini. Cuba kita renungkan firman Allah s.w.t. ini: “Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) kecuali sebagai rahmat bagi alam semesta.” (QS: Al Anbiya’: 107), juga renungkan hadis ini: “Aku diutus semata-mata untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.” (HR. Ahmad); “Dan Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” (HR. Abu Daud dan Termizi). Dengan menggunakan logika berfikir berbalik (mafhum mukhallafah), apakah ada rahmat di masyarakat bila di masyarakat itu tumbuh subur kecurangan, pengkhianatan, kebohongan dan sifat tidak terpuji (madzmumah) lainnya? Demikian juga, apakah ada kerahmatan dan kesakinahan dalam rumah tangga bila diliputi rasa benci, dengki dan dendam? Kita pasti menjawabnya tidak! Itu maknanya, tidak ada rahmat bagi alam semesta kecuali dengan kemuliaan akhlak dan itu menjadi sebuah kenescayaan.

Akhlak: Ekspresi Operatif-Fungsional
Kualiti keimanan dan kemuliaan akhlak tidak boleh dipisahkan alias satu kesatuan utuh. Sungguh, banyak sekali hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang mengungkapkan hal ini. Oleh kerana itu, cakupan wilayah akhlak seluas cakupan kehidupan: mulai dari privasi-personal, publik-sosial sampai dengan transendental. Penyempurnaan dari kemuliaan akhlak harus meliputi kesemua cakupan wilayah tadi, tidak boleh mementingkan satu wilayah dengan mengabaikan yang lain. Kemuliaan akhlak bukan sekadar kemuliaan pada idea atau gagasan, tetapi justeru pada operasionalisasinya yang bermuara pada kemanfaatan dan kemaslahatan bagi masyarakat. Cuba renungkan hadis ini: “Senyummu di hadapan saudaramu adalah sedekah, amar makruf dan nahi mungkar yang kau lakukan adalah sedekah, menunjukkan jalan untuk seseorang yang sedang tersesat adalah sedekah, menuangkan air dari timbamu ke timba saudaramu adalah sedekah, menyingkirkan gangguan dari jalan adalah sedekah, menuntun orang buta adalah sedekah, dan sedekah yang paling utama adalah sesuap makanan yang kau berikan kepada isterimu.” (HR. Muslim dan Ibnu Majah). Hadis di atas adalah sebahagian contoh dari kemuliaan akhlak, semuanya bersifat operasional fungsional dan semuanya memiliki makna sebagai sedekah. Betapa banyaknya peluang bagi kita untuk boleh bersedekah kalau kita memiliki kemuliaan akhlak. Persoalannya bagaimana kita tersenyum di hadapan saudara kita, kalau kita sendiri masih mengidap kebencian dan kedengkian? Bagaimana kita boleh memberikan sesuap makanan kepada isteri kita kalau kita sendiri pemalas dan tidak mahu bekerja?  Itulah sebagian permasalahan akhlak yang kita hadapi. Jadi akhlak bukanlah sekadar kemuliaan pada dataran angan-angan dan idea, melainkan perilaku harian yang sifatnya operatif dan memberikan makna dan kemanfaatan bagi orang lain. Dan tentu sejalan dengan hadis Rasulullah s.a.w., “Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberikan kemanfaatan bagi manusia.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2014 di pasaran...

Kiamat Sudah Di Depan Mata

KIAMAT berdasarkan keterangan Rasulullah s.a.w. dalam salah satu hadisnya akan jatuh pada hari Jumaat. Tentang bila masanya? Hanya Allah yang mengetahuinya. Tetapi tanda-tanda kiamat sudah dekat, sudah banyak terlihat. Bahkan, kiamat menurut Kiai Haji Ainul Yakin sudah masuk dalam hitungan angka 9 dari 10. “Ertinya, tinggal satu angka lagi menuju akhir zaman. Paling lama akan kiamat akan terjadi 100 tahun lagi. Tapi boleh juga lebih cepat dari itu,” sambung Kiai Ainul Yakin yang mengendalikan kuliah subuh di sebuah surau di Selangor. Menurutnya, tidak ada syurga dan neraka bila kiamat tidak berlaku. “Maka itu kiamat kubro, kiamat besar pasti akan terjadi, di mana bumi langit dan alam semesta akan hancur. Semua mahluk hidup akan musnah, termasuk jin, iblis dan para malaikat.  “Setelah Isrofil, malaikat peniup sangkala meniupkan terompetnya, Isrofil pun akan mati. Setelah mencabut nyawa manusia, Izroil akan mencabut nyawanya sendiri. Pada saat saat itu, semua yang hidup akan musnah. “Hanya satu, yang hidup iaitu Allah yang Maha Esa, Maha Kuasa, Maha Agung, yang menciptakan seluruh kehidupan di bumi langit dan jagat raya!” Papar ustaz muda dari Terengganu. “Kiamat kubro ialah pecahnya langit, pecahnya bumi, bertembung antara planet lain dengan dengan bumi, berlanggarnya antara bulan dengan matahari, bulan dengan bumi yang membuat gunung-gunung berterbangan seperti bulu kambing ditiup angin, yang membuat makhluk hidup binasa dalam hitungan detik,” ungkap kiai tersebut. Sekarang ini kiamat kubro itu sudah dekat. Erti kata, kita sekarang ini sedang menunggu detik-detik akan datangnya hari kiamat. Dari sekian puluh tanda-tanda kiamat, sekarang sudah dapat kita lihat secara jelas. “Ramainya wanita menjadi lelaki,  banyaknya lelaki menjadi wanita, banyaknya kegiatan maksiat yang bermaharajalela, munculnya rakyat yang tidak mahu mematuhi kata pemimpin dan macam-macam. Serta banyak lagi tanda-tanda kiamat yang dapat terlihat sekarang ini,” lanjut ustaz itu bersemangat. Sebelum kiamat tiba, katanya akan muncul Imam Mahadi yang secara bahu membahu dengan Nabi Isa untuk mententeramkan dunia. Manusia akan merasakan hidup aman, bahagia dan sentosa saat Iman Mahadi turun ke bumi. “Tapi Imam Mahadi dan Nabi Isa akan berhadapan dengan bangsa Dajjal yang menghuni sebuah benua. Saya perkirakan bangsa Dajjal itu adalah Amerika Syarikat. Kerana sudah diduga hidupnya Imam Mahadi hanya 8 sampai 10 tahun, maka saat perang antara Imam Mahadi dan Dajjal, Imam Mahadi kalah dan terbunuh. “Ketika Imam Mahdi terbunuh dunia kacau balau. Matahari padam dan bumi gelap gulita selama tiga hari. Manusia semuanya panik, manusia semuanya berada dalam ketakutan dan cemas. Setelah tiga hari gelap gelita, matahari terbit dari barat lalu tenggelam di timur,” terangnya. “Kerana bumi terlepas dari porosnya dan matahari berjalan tidak terkendali, maka pelanggaran pun tak dapat terhindarkan. Saat itulah bumi pecah dan mengeluarkan api di di mana-mana lalu meledak menghancurkan bumi.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2014 di pasaran...

Firaun Tenggelam Di Laut Merah

SETELAH Nabi Musa a.s. mengalahkan tukang sihir Firaun, mata penduduk Mesir terbuka lebar. Kebenaran yang diperlihatkan Allah terbentang di pelupuk mata. Sementara itu, bagi orang-orang Bani Israil, kehadiran Nabi Musa ke Mesir itu seperti membawa angin segar. Apalagi, mereka itu sudah lama ditindas oleh Firaun. Tak salah, jika kehadiran Nabi Musa itu membuat mereka memiliki harapan baru. Lalu, mereka berbondong-bondong menemui Nabi Musa. “Sudah lama Firaun menindas dan bahkan menghukum kami. Kini engkau sudah datang...” Nabi Musa sedih mendengar cerita orang-orang Bani Israil, tapi Nabi Musa meminta mereka tetap bersabar.

Tak Juga Sedar
Tetapi, bagaimana dengan Firaun? Firaun merasa tertampar. Setelah melihat tukang sihir yang didatangkan kalah, seharusnya dia sedar. Tapi hati Firaun sudah tertutup kabut. Dia raja yang angkuh. Tak salah jika hal itu membuat dia semakin tidak dapat mengendalikan diri. Apalagi, setelah melihat kedatangan Nabi Musa itu memberikan “harapan” bagi orang-orang Bani Israil itu, Firaun kian ditikam cemas. Sebab, dia tahu kekuasaan yang ada di tangannya boleh hancur. Firaun pun menghalangi penduduk Mesir agar tak mengikuti ajaran tauhid yang dibawa oleh Nabi Musa. Maka, Firaun berencana membuat pentas di tepi sungai Nil untuk menunjukkan kebesaran kekuasaannya agar rakyat Mesir tetap mengakui dirinya dan tidak mengikuti ajakan Nabi Musa. Hari yang sudah direncanakan itu pun tiba. Para perajurit dan pengawal berbaris di dua sisi sepanjang jalan. Orang-orang berdatangan, berdiri di depan pentas dan menatap singgasana kekuasaan Firaun dengan takjub. Lalu arak-arakan Firaun pun tiba. Orang-orang melihat raja yang dikenal congkak itu berdiri di atas tandu. Dia menunjukkan pakaian kebesaran - dengan manik-manik, permata dan emas yang berkilau untuk menunjukkan bahawa dia raja besar yang menguasai bumi Mesir. Tak lama kemudian, arak-arakan Firaun sampai di depan pentas dan dia naik ke pentas, lalu duduk di atas singgahsana.
Rakyat Mesir pun sangat kagum dan terpesona melihat semua itu dengan takjub. Kemudian, Firaun berpidato, “Aku adalah Tuhan tertinggi di Mesir. Aku adalah pemilik Mesir. Sungai-sungai mengalir di bawahku. Aku memimpin negeri ini dan rakyatku menuju kemuliaan. Aku menghancurkan musuh-musuhku dan membangun bendungan-bendungan di daerah barat sehingga rakyat hidup dengan aman. Aku akan menghancurkan Bani Israil yang berjumlah sedikit kerana mereka ingin mengusir kalian dari Mesir. Oleh kerana itu, biarkan aku membunuh Musa dan biarkan ia memohon pada Tuhannya...” Rakyat seakan tersihir oleh kebesaran Firaun dan mendukung rencana itu. Maklumat itu pun ditunaikan. Esok harinya para perajurit menunaikan perintah Firaun; menghancurkan Bani Israil. Mereka merampas bayi-bayi dari pangkuan ibu-ibu mereka, lantas membuangnya ke sungai Nil. Sementara itu, kaum lelaki diseret; dijadikan budak untuk tujuan membangun kota-kota baru. Jerit kesakitan ibu-ibu membahana. Malam hari, Allah mewahyukan kepada Nabi Musa untuk membawa Bani Israil  keluar dari Mesir. Nabi Musa diberi mandat memimpin kaumnya keluar Mesir untuk menyelamatkan mereka dari penindasan Firaun. “Dan Kami wahyukan (perintahkan) kepada Musa: “Pergilah di malam hari dengan membawa hamba-hambaKu (Bani Israil), kerana sesungguhnya kamu sekalian akan disusuli.” (QS. As-Syu`ara [26]: 52) Nabi Musa tak ragu akan janji Allah yang akan menyelamatkan orang-orang beriman. Maka, dia berani menanggung beban berat tersebut, membawa pergi kaumnya meninggalkan Mesir ke arah Timur. Bani Israil menyeberangi sungai Nil, dan kemudian memulai perjalanan yang cukup berbahaya. Saat penduduk Mesir bangun, mereka seperti dikejutkan jejak rombongan Bani Israil yang meninggalkan Mesir. Tapi, Firaun tak tinggal diam. Dia memerintahkan para perajurit untuk mengejar. Dalam misi pengejaran itu, Firaun merencanakan untuk mengepung Bani Israil di gurun. Ia berencana hendak membunuh Musa, dan Harun lalu membawa kembali Bani Israil untuk dijadikan hamba di kerajaan. Puluhan kereta-kereta kuda dikerahkan Firaun untuk mengejar Bani Israil. Firaun mengendarai sendiri kereta kuda yang gagah perkasa dan memimpin langsung perajurit yang berjumlah besar dan kuat itu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2014 di pasaran...

Lahirnya Seorang Ahli Sufi

PANGERAN masuk ke biliknya. Badannya letih. Pikirannya melayang, terngiang jawapan para darwis itu. Dipandanginya hadiah mereka. Jujur, ia sendiri tak sampai hati memberikan hadiah seperti itu pada pembantunya, tapi hadiah itu dari para darwis.  Ia kemudian ingat perkataan darwis tentang taubat dan kewajipan menebus kezaliman yang pernah ia lakukan. Pangeran tinggal di tempat itu beberapa bulan. Ia biarkan janggutnya memanjang. Ia kemudian dijuluki dengan “pangeran tanpa alas kaki”.  Di ruang perpustakaan, ia membaca al-Matsnawi al-Ma’nawi karya Jalaluddin Rumi. Ia begitu tenggelam dalam pemikiran Rumi. “Ada satu persamaan antara kehidupanmu dengan kehidupan Rumi,” kata Syeikh dari para darwis itu, “Sebelumnya ia seorang guru fikih. Mengajar murid-muridnya hingga usia 40 tahun. Suatu ketika ada seorang darwis penjual manisan ke dalam masjid. Ia berhenti di depan Rumi dan bercakap-cakap. Setelah itu Rumi mengikuti penjual manisan itu dan meninggalkan pengajaran fikihnya. Ia berubah dari faqih menjadi ‘asyiq’, seorang pecinta Allah. Kemudian ia mulai menulis, di antaranya adalah buku yang telah tuan baca. Keadaan tuan hampir sama dengan keadaannya.” Hari-hari berlalu, pangeran tenggelam dalam kehidupan barunya. Ia mengharungi kehidupan dari fase ‘takut’ (khauf) ke pengharapan (raja’), dari taubat menuju mertabat takwa, warak dan zuhud. Untuk mencukupi keperluan sehari-harinya, ia bekerja dengan membersihkan meja-meja pedagang di pasar. Pakaian yang dikenakannya pun sederhana, jauh dari kebiasaan para pangeran. Bila robek, ditambalnya sendiri. Di mata pangeran, dunia sudah bukan apa-apa lagi. Samudera seperti kolam kecil, angkasa dan bintang-bintang tak lebih dari selembar daun kering yang gugur dari pohon. Alam semesta bak sebutir pasir yang tak bernilai.

***

Di istana, pangeran muda tampak menimang sepucuk surat kiriman dari ayahnya melalui tangan panglima. Wajahnya pucat. Sebab, isinya perintah tentang penebusan kezaliman. Ia bingung, kezaliman apa yang dimaksud? Kemudian perintah untuk memberikan lahan-lahan garapan yang selama ini dikerjakan oleh para petani milik pangeran, juga tentang pengurangan pungutan cukai secara besar-besaran. “Dari mana anggaran kerajaan diperolehi jika permintaan ini dituruti?” fikir pangeran muda. “Ayah sudah pergi lebih dari setahun. Kenapa tidak ada khabar? Bagaimana kehidupannya? Mungkinkah ayahku sudah gila?” pangeran muda agak panik membaca isi surat itu. “Mungkin ia telah ditundukkan oleh para darwis. Kami menemukan pedang ayah tuan pada seorang pedagang senjata. Kata pedagang itu ada seorang darwis telah menjual pedang itu padanya. Itu bererti ayah tuan telah ditawan oleh para darwis,” jawab panglima.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2014 di pasaran...

Nicole Queen: 'Islam Mengubah Gaya Hidupku'

NAMAKU Nicole Queen. Aku anak jati Dallas, Texas, Amerika Syarikat. Seperti umumnya masyarakat USA, aku diasuh, dididik, dan dibesarkan di tengah keluarga dan lingkungan agama Kristian. Aku termasuk penganut agama yang taat. Aku rajin beribadah di gereja dan selalu mengikuti tuntunan agama.
Meskipun rajin beribadah, aku juga tidak terlepas dari pergaulan anak muda-mudi Amerika pada umumnya. Aku suka minum minuman keras, pergi ke disko-disko, dan itu merupakan kebiasan masyarakat Amerika lazimnya. Boleh dikatakan aku termasuk ‘gadis pesta’. Aku gemar sekali ke disko dan menghabiskan masa berhibur dalam dunia malam. Apalagi, menginjak usia 20an aku berkerjaya sebagai jurufoto di sebuah kelab malam yang menuntut untuk sentiasa berada di sana. Aku dekat dengan para pemilik kelab malam, para pengunjung, para DJ, dan semua yang berhubungan dengan dunia kelab malam. Pada suatu malam, aku bertemu dengan seorang lelaki keturunan Arab di sebuah kelab malam. Aku lalu berkenalan dan saling tukar nombor handphone. Saat berkenalan dan berbincang, aku memperhatikan apa yang dipesan lelaki itu di kelab tersebut. Lelaki itu ternyata tidak minum minuman keras seperti para pengunjung kelab malam umumnya. Lelaki itu hanya memesan jus biasa. Hal ini membuatku musykil dan ingin tahu lebih banyak tentang lelaki itu. Dipendekkan cerita, aku menjalin hubungan dengan lelaki itu. Aku mulai belajar tentang Islam tanpa sepengetahuan dia. Aku lalu mulai banyak bertanya kepada temanku yang berasal dari Bangladesh tentang Islam. Ini aku lakukan agar aku tetap jernih dalam memahami Islam. Aku tidak mahu mempelajari Islam hanya kerana kekasihku adalah seorang muslim. Jadi, secara diam-diam aku belajar tentang Islam tanpa ia ketahui. Temanku itu menunjukkanku tayangan tentang Islam di Youtube. Aku lalu melihat dan mencari tahu segala hal tentang Islam. Dari situ, aku justeru ketagihan untuk terus menonton, aku terus berada di depan komputer menontonnya hingga pukul lima pagi. Namun, aku tak menyangka bahawa beberapa tayangan yang sederhana di Youtube itu membawaku pada pemahaman tentang Islam. Aku sedikit demi sedikit mulai tertarik dengan Islam. Keyakinan itu kian menguat hingga aku mulai mempertanyakan hal-hal yang fundamental. Aku yang rajin beribadah mulai mempertanyakan hakikat ibadah. Aku mulai mempertanyakan tujuan hidup dan kehidupan mendatang. Apakah syurga itu benar-benar ada? Apakah neraka memang benar adanya? Jika benar lalu apa yang akan terjadi? Apa yang akan dikatakan kepada Tuhan saat bertemu denganNya? Beberapa pertanyaan ini lalu aku tanyakan kepada kawanku itu. Temanku itu hanya menjawabnya dengan video-video sederhana di Youtube. Di samping itu aku juga menonton tayangan tentang kisah para mualaf (saudara baru) di Amerika Syarikat. Perjalanan para warga Amerika hingga mendapatkan hidayah untuk memeluk agama Islam. Nicole merasa apa yang mereka rasakan dan alami amat mirip dengan kehidupanku. Tampaknya semua orang mengatakan hal yang sama bahawa aku akan melaluinya. Semua orang merasakan hal yang sama seperti yang aku rasakan. Jadi, aku merasa seperti berhubungan dengan mereka. Mereka menghadapi cabaran dan menemukan jawapan atas apa yang mereka cari. Dan itulah yang aku inginkan. Aku ingin jawapan. Hingga akhirnya aku memiliki keyakinan kuat tentang Islam dan aku pun matang untuk memutuskan menjadi seorang muslimah. Aku memutuskan pergi ke masjid untuk mendapatkan apa yang aku cari. Beberapa buku dan maklumat pun aku dapatkan dari masjid tersebut. aku tekun mempelajarinya hingga tibalah saat keputusan untuk bersyahadat. Tak banyak keraguan, aku pun mantap untuk memeluk Islam. Aku bersyahadat di masjid tersebut.

Mengenakan Jilbab
Setelah menjadi muslimah, aku sepenuhnya menjadi seorang Islam. Aku benar-benar ingin mengubah total hidupku agar menjadi lebih baik. Aku meninggalkan segala kegiatanku dengan teman-teman. Aku pun meninggalkan pekerjaanku sebagai jurugambar di kelab malam. Segala pakaian lama kuganti menjadi pakaian muslimah. Setelah mengucapkan syahadat, aku tak pernah melihat lagi kebelakang. Aku mengubah segala hal dalam hidupku, baik teman, pakaian, pekerjaan Semuanya. Aku segera berubah dan itu tidak sulit kerana aku tahu itu semua adalah hal benar untuk dilakukan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2014 di pasaran...

Pertemuan Imam Syafi'i Dengan Imam Malik

Sejarah telah mencatatkan, ada dua kejadian penting sekitar kelahiran Imam Syafi’i, iaitu: Pertama, sewaktu Imam Syafi’i berada dalam kandungan, ibunya bermimpi sebutir bintang telah keluar dari perutnya, dan terus naik membumbung tinggi, kemudian pecah bercerai-berai, menerangi daerah sekelilingnya. Para ahli tafsir mimpi mentakwilkan bahawa ia akan melahirkan seorang anak lelaki yang ilmunya kelak menerangi seluruh dunia. Sekarang menjadi kenyataan, bahawa ilmu Imam Syafi’i memang memenuhi dunia. Bukan saja di Tanah Arab, Timur Tengah dan Afrika, tetapi juga sampai ke Timur Jauh, ke Indonesia, Malaysia, Thailand, Philipina dan lain-lain. Kedua, menurut catatan sejarah, pada hari Imam Syafi’i dilahirkan, dua orang ulama besar meninggal dunia. Seorang di Baghdad, iaitu Imam Abu Hanifah Nu’man bin Tsabit (Imam Hanafi), dan yang seorang lagi di Makkah, iaitu Imam Ibnu Jurey Al-Makky, Mufti Hijaz ketika itu. Kata orang dalam ilmu firasat hal ini adalah satu petanda bahawa anak yang lahir akan menggantikan yang meninggal dunia dalam ilmu dan kepintarannya. Memang firasat itu akhirnya terbukti dalam kenyataan.  Ketika Imam Syafi’i berusia dua tahun, ia dibawa ibunya kembali ke Makkah Al-Mukarromah, iaitu kampung halaman beliau, dan tinggal di sana sampai usia 20 tahun. Selama tinggal di Makkah, dia berkecimpung dalam menuntut ilmu, khususnya yang bertalian dengan agama Islam. Sebagaimana kita ketahui dalam sejarah, pada abad satu dan dua Hijriyah, umat Islam berada dalam masa keemasan. Ketika itu agama Islam tersebar luas, ke barat sampai Morocco (Maghribi) dan Sepanyol, sedangkan ke Timur sudah sampai ke Iran, Afghanistan, India Selatan Malaysia, Indonesia dan China. Sedangkan di Afrika, sudah tersebar hampir di seluruh daerah.
Pada abad-abad itu yang berkuasa adalah khalifah-khalifah Ar-Rasyidin, para khalifah Bani Umayyah, dan para khalifah Bani Abbas, yang terkenal bukan hanya dalam hal keberanian, tetapi juga dalam perkembangan ilmu pengetahuan. Beberapa daerah yang merupakan markas ilmu ketika itu adalah Makkah, Madinah, Kufah (Iraq), Syam, dan Mesir. Kerana kesungguhannya dalam belajar, pada usia 9 tahun Imam Syafi’i telah boleh menghafal seluruh ayat Al-Quran, sebanyak 30 juz. Ya, dalam usia 9 tahun!. Dan dalam usia 10 tahun, sudah pula hafal di luar kepala sebuah kitab fikih karangan Imam Malik yang berjudul Al-Muwatha’. Sebagaimana telah kita maklumi bersama, ketika Imam Syafi’i masih sangat kecil, ayahnya sudah meninggal dunia sehingga ia menjadi anak yatim. Tak menghairankan jika dia dan ibunya hidup dalam keadaan serba kekurangan, tak memiliki banyak harta termasuk untuk biaya belajar. Tetapi Imam Syafi’i memiliki keyakinan bahawa menuntut ilmu tidak tergantung kepada kekayaan, melainkan kepada kemahuan yang kuat. Anak-anak miskin yang berkemahuan tinggi, lebih banyak yang berhasil berbanding anak orang kaya yang biasanya malas. Untuk menulis ilmu dari para gurunya, dia mengumpulkan tulang-tulang kambing atau unta, yang biasanya banyak berserakan terutama setelah orang-orang mengerjakan haji di Mina. Selain itu, dia pun mengumpulkan pelepah tamar kering, tembikar, batu-batu yang dapat ditulis, serta kertas bekas yang masih dapat digunakan. Pada suatu ketika, penuh sesaklah biliknya dengan benda-benda tadi, sehingga dia tak dapat lagi meluruskan kakinya ketika melepaskan penat atau waktu tidur. Akhirnya Imam Syafi’i memutuskan untuk menghafal bermacam ilmu yang telah ditulisnya, agar biliknya menjadi agak lapang. Walhasil, sejak kecil dia sudah terlatih dalam urusan hafal-menghafal.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2014 di pasaran...

Taubatnya Seorang Pencuri Kain Kafan

DEMI menghidupi keluarganya dia jalani pekerjaan sebagai pencuri kain kafan. Sampai kemudian berlaku sebuah kejadian yang membuatnya insaf. Ikuti kisah selanjutnya...? Berkembangnya tempat amalan perdukunan/bomoh membuka peluang pekerjaan baru bagi sejumlah orang, terutama orang-orang nekad dan bernafsu besar. Untuk tujuan tertentu, para dukun ini memerlukan sarana yang sulit didapati.  Diantaranya adalah kain kafan dari jenazah yang meninggal malam “Jumaat Kliwon”. Kain kafan pembungkus mayat malam Jumaat Kliwon punya harga yang sangat tinggi, bahkan boleh mencapai jutaan rupiah. Dengan alasan harga yang menggiurkan itulah, beberapa orang nekad menjadi pencuri untuk melakukan pencurian kain kafan mayat malam “Jumaat Kliwon” meski harus berhadapan dengan pihak berwajib dan hal-hal berbau mistik/khurafat. Sebab, melakukan pencurian kain kafan, tidak akan diterima pihak keluarga simati yang jadi korban pencurian, dan risikonya bakal di hadapkan sebagai ‘penjenayah’ di mahkamah. Bagi Sarkim, 45 tahun, penduduk di Kecamatan Kerangkeng, Kabupaten Indramayu, Jawa Barat, risiko semacam itu sudah diperhitungkannya dengan secara masak-masak. Apapun risikonya, lelaki yang mempunyai tiga orang anak itu sudah siap menghadapinya. Dan hasilnya, beberapa kali perlakuannya berhasil secara sempurna.
Dari tiga lembar kain kafan yang berhasil dicuri, Sarkim menerima pembayaran sedikitnya Rp3juta (RM900). Kain milik jenazah yang meninggal dunia malam ‘Jumaat Kliwon’ itu dia jual kepada salah seorang pembantu dukun/bomoh di daerah Majalengka. Tapi dia tidak pernah tahu kegunaan kain yang sekilas tidak berharga itu. Sejak berhasil menerima wang lumayan besar menurut ukuran tukang beca itu, membuat Sarkim jadi ketagihan. Sehingga setiap malam ‘Jumaat Kliwon’, sambil mengayuh becanya, dia keliling kampung untuk mendapatkan maklumat orang yang meninggal dunia pada hari keramat itu. Pada 17 April 2009 bertepatan dengan 21 Kliwon 1430 H, di salah satu kampung di Kecamatan Sliyeg gempar atas meninggalnya seorang pembekal beras H. Romli. Lelaki umur 50 tahunan itu termasuk orang terkaya di kampungnya yang meninggal akibat penyakit komplikasi yang dideritanya selama berhari-hari. Mendapatkan maklumat yang sangat berharga itu, bagi Sarkim, dia ibarat menang ‘loteri’. Girangnya bukan kepalang!
Keesokan paginya, dia meluncur ke Majalengka, menanyakan apakah pembantu dukun kenalannya itu masih mahu membeli kain kafan yang dimaksud. Ternyata, pembantu dukun bernama Jajang itu membenarkan ada pesanan dari “bos”nya. Bahkan, dia menjanjikan harga tinggi, untuk kain kafan yang akan dicuri Sarkim.
Sarkim bergegas menyusun strategi, pasalnya, kain kafan tersebut akan tak berguna manakala dicuri setelah lewat tujuh hari sejak jenazah dikebumikan. Itu merupakan syarat yang mesti dipatuhi. Tentunya tidak semudah membalik telapak tangan, sebab, sanak keluarga si mati tidak akan lengah. Selama seminggu, mereka akan terus menjaga kuburan tersebut sepanjang malam. Hal itu sudah menjadi tradisi turun temurun.
Keberadaan sanak keluarga di sekitar kuburan adalah merupakan sebahagian cabaran bagi Sarkim. Terlepas dari penjagaan sanak famili, ada cabaran lain yang jauh lebih mencekam yang kerap muncul selama menjalankan aksinya. Tantangan tersebut bukan berasal dari manusia, melainkan datang dari alam lain; alam ghaib yang sangat mengerikan. Ternyata kali ini dugaan Sarkim meleset jauh. Selepas tengah malam, dia mengendap-endap di sekitar tembok setinggi 50 cm yang merupakan benteng yang melingkari kompleks perkuburan umum itu. Dalam suasana hening, dia tidak mendengar riuh cengkerama penjaga kuburan. Begitu pula saat jarak dengan kuburan H. Romli tinggal satu baris lagi, suasana tetap senyap. Tetapi Sarkim tidak gegabah, dipungutnya bata merah lalu dilemparkannya ke arah semak-semak sejarak sejengkal dari kubur H. Romli. Jika ada penjaga, tentu langsung menyambar lokasi jatuhnya bata merah dengan cahaya lampu suluh. Ditunggu beberapa minit, tidak ada reaksi, bererti kuburan tersebut tanpa penjagaan sama sekali.
Laksana mendapat “durian runtuh”, Sarkim langsung menjalankan aksinya. Dia menggali timbunan tanah yang sebelumnya dengan bersusah payah dibangun warga. Berkat kepintarannya, meski syaratnya hanya menggali menggunakan tangan kosong, tidak sampai dua jam, sudah nampak bilahan kayu randu sebagai penyangga tanah agar tidak menimpa ke tubuh mayat. Untung dalam suasana menghampiri musim kemarau, langit pun sangat jernih sehingga cukup memantulkan cahaya ke dasar lubang kuburan itu. Bilahan kayu randu seluruhnya sudah berserakan di atas sekeliling lubang kuburan. Kini di hujung kaki Sarkim terbujur sosok mayat berbalut kafan putih. Makin diperhatikan, ada yang aneh di mata Sarkim. Mayat itu persis wanita hamil sembilan bulan, padahal yang meninggal seorang lelaki separuh umur yang konon kurus kering akibat penyakit yang dideritainya selama berhari-hari. Teruru-buru dia buang jauh-jauh rasa terkesimanya, satu demi satu, tali kafan dilepas, lalu kain kafan ditarik perlahan-lahan dan langsung dilipat. Melihat mayat dalam keadaan berbugil begitu, Sarkim pun menjerit terkejut. Sesaat sesuatu yang hendak keluar dari kerongkongnya. Sarkim akhirnya termuntah menyaksikan ulat-ulat yang keluar dari lubang pusat di jasad mayat. Makin lama, jumlah ulat-ulat yang keluar dari dalam perut yang membuncit itu makin banyak. Bahkan banyak di antaranya yang merayap pada sepasang betis Sarkim. Sambil tetap menahan hasrat muntahnya yang menjolok di kerongkongnya, bergegas Sarkim keluar dari dalam lubang kuburan. Tanpa berselera menutupnya kembali, Sarkim pun lari pontang-panting meninggalkan kuburan aneh tersebut.
Setibanya di rumah, kain kafan diletakkan di kolong ranjang, lantas dia lari ke bilik mandi untuk membersihkan kotoran pada tubuhnya. Tak berapa lama kemudian, terdengar kumandang azan Subuh dari corong pengeras suara masjid.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2014 di pasaran...

Bersolek Mengikat Kasih Suami

Seorang mahasiswi bertanya kedudukan dan maksud sebuah hadis yang menyebut bahawa apabila wanita memakai harum-haruman, statusnya sama dengan ber‘zina’. Bagaimana sebenarnya kedudukan hadis tersebut, dan apa maksud berzina di situ. Bagaimana pula dengan wanita-wanita masa kini yang hampir tidak lepas dari berhias dan bersolek? Hadis yang dipertanyakan itu selengkapnya sebagai berikut (bermaksud): Wanita mana pun yang memakai wangi-wangian, kemudian keluar dari rumahnya dan menghampiri kaum lelaki agar mereka menyedut bau harumannya, maka ia berzina. Dan setiap mata pun berzina. Hadis tersebut diriwayatkan sekurang-kurangnya oleh tiga orang ahli hadis, masing-masing Imam Ahmad bin Hanbal dalam kitabnya al Musnad, Imam al-Nasa’i dalam al Sunan, dan Imam al-Hakim al Naisaburi dalam al Mustadrak, semuanya berasal dari sahabat Abu Musa al-Asy’ari. Menurut Imam al-Suyuti (meninggal tahun 911 H), kualiti hadis ini shahih. Bahkan jauh sebelum Imam al-Suyuti, Imam al-Hakim al-Naisaburi (meninggal 405 H) juga menilainya sahih. Begitu pula Iam al-Dzahabi (Meninggal 748 H) menetapkan hadis ini sahih.
Sementara al-‘Allamah Muhammad ‘Abd al-Ra’uf-Minawi dalam Faidh al-Qadir menuturkan bahawa dalam sanad hadis ini terdapat rawi yang bernama Tsabit bin Ammarah yang dicantumkan oleh Imam al-Dzahabi dalam Dzail al-Dzu’afa. Pencantuman nama Tsabit bin Ammarah dalam kitab tentang rawi-rawi yang lemah hadisnya itu mengisyaratkan bahawa Tsabit bin Ammarah adalah lemah hadisnya. Imam Ibn Hatim al-Razi (meninggal 327 H) dalam al-Jarh wa al-Ta’dil menuturkan pendapat ayahnya, Imam Abu Hatim, bahawa Tsabit bin Ammarah lemah hadisnya. Sementara kritikus hadis terkemuka, Imam Yahya bin Ma’in, berpendapat bahawa Tsabit bin Ammarah adalah tsiqah (dapat diandalkan hadisnya). Jadi hadis wanita bersolek itu masih kontroversi kualitinya, kerana faktor rawi yang bernama Tsabit bin Ammarah. Namun demikian, apabila kita kembali kepada kaedah al-jarh wa al-ta’dil, di mana bila terdapat perbezaan ulama tentang seorang rawi (yang satu menilainya lemah, yang lain menilainya kuat) maka pendapat yang diunggulkan yang menilainya lemah, dengan syarat penilaian ini disertai penjelasan tentang alasan kelemahannya. Tetapi apabila al-jarh (penilaian lemah) tadi tidak disertai penjelasan kenapa rawi tadi lemah, pendapat yang diunggulkan adalah yang menilai bahawa rawi tadi kuat hadisnya (al-ta’dil). Dalam kaitan dengan rawi Tsabit bin Ammarah ini, ternyata ulama yang menyatakan (menilai lemah) atas rawi ini, seperti Imam Abu Ahtim al-Razi dan Imam Ahmad bin Hanbal, tidak menyebutkan sama sekali alasan lemahnya. Oleh kerana itu, berdasarkan kaedah tersebut, maka hadis wanita bersolek ini kualitinya sahih, kerana Tsabit bin Ammarah tetap dinilai tasiqah (dapat diandalkan hadisnya).

Penjelasan Hadis
Yang dimaksud dengan wanita mana pun dalam hadis ini ialah semua wanita, baik remaja, dewasa, gadis, janda, bersuami, bujangan dan sebagainya. Sebab dalam riwayat lain disebutkan idza’ista’tarat al-mar’atu (apabila wanita memakai wangi-wangian). Kata al dalam al-mar’atu adalah al-li al-istighraq (al yang memberikan pengertian mencakup semua wanita). Kemudian yang disebut wangi-wangian di sini adalah segala sesuatu yang dapat dipakai untuk mengharumkan tubuh wanita, baik berupa parfum, deodoran, kemenyan wangi, jamu wangi, minyak wangi dan lain-lain. Dalam hadis ini tidak ada kejelasan tentang ‘make up’ yang lazim dikenakan wanita masa kini, yang dalam bahasa Arab disebut mashuq dan mikyad.
Namun tampaknya, pengertian memakai wangi-wangian ini sudah mencakup penggunaan ‘make up’ yang dikenal wanita moden. Masalahnya kerana memakai wangi-wangian itu merupakan hal yang paling dominan dalam bersolek sehingga ia disebutkan dalam hadis itu. Dalam hadis itu juga disebutkan, “Kemudian wanita itu keluar dari rumahnya dan menghampiri kaum lelaki.” Ada dua hal yang perlu diperhatikan di sini, iaitu menghampiri dan kaum lelaki. Menghampiri di sini mengisyaratkan adanya unsur kesengajaan. Ia memang sengaja dekat, singgah atau lalu di kalangan kaum lelaki. Sementara yang dimaksud dengan kaum lelaki ialah lelaki yang bukan mahramnya. Dari sini dapat difahami bahawa apabila wanita itu menghampiri kaumnya sendiri yang sama-sama wanita, maka hal itu bukan yang dimaksudkan dalam hadis ini. Wanita itu menghampiri kaum lelaki dengan maksud agar mereka menghirup keharuman tubuhnya. Maka hal itu juga faktor lain yang dapat menentukan keharaman perbuatan bersolek tersebut. Sebab dari “menikmati keharuman tubuh wanita itu” kaum lelaki dapat tertarik untuk “menikmati tubuh wanita itu.” Kerana yang akhir ini dengan tegas diharamkan, maka segala sesuatu yang menyebabkan hal itu juga termasuk dalam kategori “yang dilarang”. Kemudian hadis menegaskan bahawa wanita itu berzina. Menurut al-Minawi, maksudnya ialah seperti wanita yang berzina dalam hal masing-masing mendapatkan dosa, meskipun dosa mereka itu berbeza.  Menurut al-Tibbi, hadis ini memberikan peringatan keras kepada para wanita yang bersolek dengan maksud seperti itu: wanita seperti itu (yang bersolek untuk mengundang berahi kaum lelaki) disamakan dengan wanita perayu zina. Sementara yang dimaksud dengan “setiap mata adalah berzina” ialah setiap mata yang melihat sesuatu yang diharamkan, baik mata wanita mahu pun mata lelaki, maka ia akan mendapatkan dosa, sebagaimana orang berzina. Demikian pendapat al-Minawi dalam kitabnya Faidh al-Qadir. Sebagai catatan akhir, ada yang perlu dijelaskan bahawa kata ista’tarat dalam hadis itu ertinya menggunakan ‘itr. ‘Itr adalah wewangian yang semerbak baunya. Apabila wewangian itu tidak semerbak, melainkan hanya untuk menghilangkan bau badan atau bau keringat yang tidak sedap, hal itu tidak termasuk ‘itr. Tak hairan, hadis ini dijadikan dalil oleh para ulama tentang diharamkannya bersolek bagi wanita dengan maksud-maksud seperti yang diungkapkan tadi.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2014 di pasaran...

Mati Ketika Mengintip Alam Kubur

DARI sebuah kitab kuno diperolehi mantera dan tatacara ritual melihat alam kubur. Ilmu ini ternyata sangat ampuh, sekaligus mencabar dan mengasyikkan. Namun, siapa sangka kalau pelakunya kemudian mati dalam keadaan telanjang...Hanya orang-orang tertentu saja yang dikurniai kemampuan oleh Allah s.w.t. boleh melihat alam manusia yang telah mati. Mereka boleh menyaksikan ada komuniti di komplek perkuburan yang terlihat sunyi dan sepi itu.  Dan hanya sedikit orang yang tidak memiliki ilmu khusus, namun memiliki keberuntungan melihat alam ghaib itu. Beberapa orang juga mencuba membaca mantera-mantera (jampi serapah) tradisional untuk membuktikannya. Sebuah kisah nyata dialami oleh Sumantri, yang ketika itu tengah memasuki masa remaja. Ia memiliki dua sahabat karib sepermainan dan sekampung halaman. Di desa tempatnya tinggal kehidupan masyarakatnya masih bercorak tradisi begitu pekat, penuh larangan, pantangan dan hal-hal berbau mistik. Cerita mulut ke mulut yang klasik, pepatah-pepatih, adat istiadat dan norma menjadi semacam dogma. Semua mesti dipatuhi. Tidak boleh dilanggar atau ditawar. Namun kenakalan anak-anak remaja tentu saja tetap ada. Peristiwa dimulai ketika Nordin menemukan sebuah buku kuno di almari datuknya, beberapa hari setelah si datuk meninggal dan dikebumikan. Buku itu langsung diperlihatkan pada sahabatnya, Sumantri dan Mamat. Buku lusuh kumal itu berisi catatan mentera-mentera tulisan tangan. Kertasnya telah menguning, tinta biru atau hitam berubah jadi kecoklatan, dan sisi sampulnya dari kulit binatang yang retak-retak telah termakan usia. Mungkin sebuah buku yang sangat ‘istimewa’ di masa jayanya. Sebahagian besar isinya tidak bererti apa-apa bagi Nurdin, Sumantri dan Mamat. Bahasa yang dipakai teramat kuno dam sulit mereka fahami. Hanya beberapa kalimat yang menggunakan bahasa daerah setempat. Semua mantera menggunakan bahasa Jawa Kuno yang sulit dimengerti maknanya.
Nordin menunjuk halaman dimana tercantum petunjuk ritual yang terbilang aneh, iaitu untuk menengok orang mati. Pemuda ini begitu teruja dan terlihat ingin mencubanya. “Aku ingin sekali melihat almarhum datukku. Aku rindu sangat,” ucap Nurdin. Mendengar hal itu Sumantri tidak percaya begitu saja. Ia merasa petunjuk dan mantera dibuku itu terlalu sederhana. “Apa mungkin semudah itu menemui orang yang sudah meninggal,” kata Sumantri ragu-ragu. Namun Nurdin tetap berkeras mengatakan bahawa petunjuk di buku kuno itu benar adanya. Ia begitu sangat ingin mencubanya. Mamat mengusulkan agar mereka melakukan ujian dan cuba dulu. Persyaratan yang harus dilakukan tidak begitu rumit. Cuma terasa aneh dan ganjil. Mereka harus merangkak di tanah kuburan dengan tubuh telanjang pada tengah malam, dan harus menggunakan punggung terlebih dulu. Mereka juga tidak boleh bersuara sepatah katapun, dan cara melihatnya pun harus melalui bawah, di antara kedua kaki, atau menungging. Saat kembali pun harus tetap merangkak membelakangi arah yang tadi dituju. Akhirnya, pada tengah malam yang dingin itu ketiganya keluar rumah secara diam-diam berjalan kaki menyusuri jalan kecil menuju kawasan perkuburan di luar kampung. Seisi kampung telah terlelap dalam pelukan dinginnya malam.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2014 di pasaran...

Rahsia Kekuatan Doa

Tujuan kami menulis jauh dari maksud mengajar hanya ingin berkongsi pengalaman. Dengan kata lain, barangkali dapat memberi sedikit manfaat untuk para pembaca yang budiman.. Dengan menggunakan akal budi dan hati nurani (nur/cahaya dalam hati) yang penuh keterbatasan kami berusaha mencermati, mengevaluasi dan kemudian menarik benang merah, berupa nilai-nilai (hikmah) dari setiap kejadian dan pengalaman dalam doa-doa kami. Berkaitan dengan waktu dan tempat yang dianggap mustajab untuk berdoa, kiranya setiap orang memiliki kepercayaan dan keyakinan yang berbeza-beza. Kedua faktor itu berpengaruh pula terhadap kemantapan hati dan tekad dalam mengajukan permohonan kepada Allah.
Namun bagi penulis secara peribadi semua tempat dan waktu baik untuk melakukan doa. Tidak dinafikan ramai juga orang menyakini bahawa doanya akan dikabulkan Tuhan, walaupun doanya bersifat verbal atau sebatas ucapan lisan saja. Hal ini sebagai konsekuensi, bahawa dalam berdoa hendaklah kita selalu berfikir positif (prasangka baik) pada Tuhan. Kami tetap menghargai pendapat demikian.

Sulitnya menilai keberhasilan doa
Ramai orang merasa doanya tidak/ belum terkabulkan. Tetapi ramai pula yang merasa bahawa Tuhan telah mengabulkan doa-doa tetapi dalam kadar yang masih kecil, masih jauh dari matlamat yang diharapkan. Itu hanya kata perasaan, belum tentu tepat melihat kenyataan sesungguhnya. Memang sulit sekali mengukur peratus antara doa yang dikabulkan dengan yang tidak dikabulkan. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor berikut.
1. Kita sering tidak mencermati, bahkan lupa, bahawa anugerah yang kita rasakan hari ini, minggu ini, bulan ini, adalah merupakan “jawapan” Tuhan atas doa yang kita panjatkan sepuluh atau dua puluh tahun yang lalu. Apabila sempat terlintas fikiran atau kesedaran seperti itu, pun kita masih meragukan kebenarannya. Kerana keragu-raguan  yang ada di hati kita, akan memunculah tanggapan bahawa hanya sedikit doaku yang dikabulkan Tuhan.
2. Doa yang kita pinta pada Tuhan tentu menurut ukuran kita adalah baik dan ideal, akan tetapi apa yang baik dan ideal menurut kita, belum tentu baik dalam perspektif Tuhan.
Tanpa kita sedari boleh saja Tuhan mengganti permohonan dan harapan kita dalam bentuk yang lainnya, tentu saja yang paling baik untuk kita. Tuhan penentu “Waktu”, mungkin akan mengabulkan doa kita pada waktu yang tepat pula. Ketidaktahuan dan ketidak sandaran kita akan bahasa dan kehendak Tuhan (rumus/kudrat alam), membuat kita menyimpulkan bahawa doaku tidak dikabulkan Tuhan.
3. Prinsip kebaikan meliputi dua sifat atau dimensi, universal dan spesifik. Kebaikan universal, akan berlaku untuk semua orang atau makhluk. Kebaikan  misalnya keselamatan, kesihatan, kebahagiaan, dan ketenteraman hidup.
Sebaliknya, kebaikan yang bersifat spesifik ertinya, baik bagi orang lain, belum tentu baik untuk diri kita sendiri. Atau, baik untuk diri kita belum tentu baik untuk orang lain. Kebaikan spesifik meliputi pula dimensi waktu, misalnya tidak baik untuk saat ini, tetapi baik untuk masa yang akan datang.
Memang sulit sekali untuk memastikan semua itu. tetapi paling tidak dalam berdoa, kemungkinan-kemungkinan yang besifat positif tersebut perlu kita sedari  dan terapkan dalam benak. Kita perlu kearifan sikap, kecermatan batin, kesabaran dan ketabahan dalam berdoa.
Jika tidak kita sedari kemungkinan-kemungkinan itu, pada gilirannya akan memunculkan karakter buruk dalam berdoa, yakni: Mengejar Apa Yang Dimahukan. Misalnya berdoa mohon berjodoh dengan si polan, mohon diberi rezeki banyak, berdoa supaya rumah yang dinilai dapat jatuh ke tangannya.
Jujur saja, kita belum tentu benar dalam memilih doa dan berharap-harap akan sesuatu. Kebaikan spesifik yang kita harapkan belum tentu menjadi berkah buat kita.
Maka kehendak Tuhan untuk melindungi dan menyelamatkan kita, justeru dengan cara tidak mengabulkan doa kita. Akan tetapi, kita sering  tidak mengerti bahasa Tuhan, lantas berburuk sangka, dan tergesa menyimpulkan bahawa doaku tidak dikabulkan Tuhan.
Tidak mudah memahami apa “kehendak” Tuhan. Diperlukan kearifan sikap dan ketajaman batin, ia akan memahami apa dan bagaimana “bahasa” Tuhan.

Hakikat Di balik kekuatan Doa
Agar doa menjadi mustajab (tijab/makbul/kuat) dapat kita lakukan suatu cara tertentu. Penting untuk memahami bahawa doa sesungguhnya bukan saja sekadar permohonan.
Permohonan kepada Tuhan dapat ditempuh dengan lisan. Tetapi paling penting adalah doa perlu penggabungan antara dimensi batiniah dan lahiriah, metafizik dan fizik. Doa akan menjadi mustajab dan kuat bila mana doa kita berada pada aras hukum atau kudrat Tuhan:
1. Dalam berdoa sebaiknya menggabungkan 4 unsur dalam diri kita, meliputi hati, fikiran, ucapan, tindakan. Dikatakan bahawa Tuhan berjanji akan mengabulkan setiap doa makhluknya? Tetapi mengapa orang sering merasa ada saja doa yang tidak terkabul? Kita tidak perlu berprasangka buruk kepada Tuhan.
Bila terjadi kegagalan dalam mewujudkan harapan, bererti ada yang salah dengan diri kita sendiri. Misalnya kita berdoa mohon kesihatan. Hati kita berniat agar jasmani-rohani selalu sihat. Doa juga diikrarkan terucap melalui lisan kita. Fikiran kita juga sudah memikirkan bagaimana caranya hidup yang sihat. Tetapi tindakan kita tidak selari, justeru makan sebarangan, makanan berkolestrol, dan makan secara berlebihan. Hal ini merupakan contoh doa yang tidak tepat dan tidak konsisten. Doa yang kuat dan mustajab harus konsisten dan tepat melibatkan empat unsur di atas. Yakni antara hati (niat), ucapan (statement), fikiran (planning), dan tindakan (action) jangan sampai terjadi kontradiktori. Sebab kekuatan doa yang paling ideal adalah doa yang diikuti dengan perbuatan (usaha) secara konkrit.
2. Untuk hasil akhir, pasrahkan semuanya kepada “kehendak” Tuhan, tetapi ingat usaha mewujudkan doa merupakan tugas manusia. Berdoa harus dilakukan dengan kesedaran yang penuh, bahawa manusia bertugas mengoptimalkan prosedur dan usaha, soal hasil atau targetnya sesuai harapan atau tidak, biarkan itu menjadi kebijaksanaan Tuhan.
Dengan kata lain, tugas kita adalah berusaha maksima, keputusan terakhir tetap ada di tangan (takdir) Tuhan. Saat ini orang sering keliru mengkonsep doa. Asal sudah berdoa, lalu semuanya dipasrahkan kepada Tuhan. Bahkan cenderung berdoa hanya sebatas lisan (lidah) saja.
Selanjutnya doa dan harapan secara mutlak dipasrahkan pada Tuhan. Hal ini merupakan kesalahan besar dalam memahami doa kerana terjebak oleh sikap nasib. Sikap nasib menyebabkan kemalasan, perilaku tidak masuk akal dan mudah putus asa. Akhirnya, Tuhan akan di ‘kambinghitam’kan, dengan menganggap bahawa kegagalan doanya memang sudah menjadi nasib yang digariskan Tuhan.
Lebih salah teruk, bilamana dengan terburu-buru menganggap kegagalannya sebagai bentuk cubaan dari Tuhan (bagi orang yang beriman). Sebab kepasrahan itu ertinya pasrah akan penentuan kualiti dan kuantiti hasil akhir. Yang namanya ikhtiar atau usaha tetap menjadi tugas dan tanggungjawab manusia.
3. Berdoa jangan menuruti harapan dan keinginan diri sendiri, sebaiknya berdoa itu pada dasarnya menetapkan perilaku dan perbuatan kita ke dalam rumus (kudrat) Tuhan. Kesulitannya adalah  mengetahui apakah doa atau harapan kita itu baik atau tidak untuk kita. Misalnya walaupun kita menganggap doa yang kita pintakan adalah baik. Namun kenyataannya kita juga tidak tahu persis, apakah kelak permintaan kita jika terlaksana akan membawa kebaikan atau sebaliknya membuat kita celaka.
4. Berdoa secara spesifik dan detail dapat mengandung risiko. Misalnya doa agar supaya tendar projek jatuh ke tangan kita, atau berdoa agar kita terpilih menjadi Ketua Kampung (KK). Padahal jika kita benar-benar menjadi KK tahun ini, di dalam struktur pemerintahan terdapat orang-orang berbahaya yang akan “menjerat” kita melakukan rasuah.
Apa jadinya jika permohonan kita terwujud. Maka dalam berdoa sebaiknya menurut kehendak Tuhan. Caranya, di dalam doa hanya memohon yang terbaik untuk diri kita. Sebagai contoh, ya Tuhan, andai saja projek itu memberi kebaikan kepada diriku, keluargaku, dan orang-orang disekitarku, maka perkenankan projek itu kepadaku, namun apabila tidak membawa berkah untukku, jauhkanlah.
Dengan berdoa seperti itu, kita serahkan jalan cerita kehidupan ini kepada Ketentuan Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana.
5. Doa yang ideal, doa yang tidak menuruti kemahuan diri sendiri, doa yang pasrah kepada Yang Maha Pengatur. Nescaya Tuhan akan meletakkan diri kita pada rumus dan kudrat yang terbaik...untuk masing-masing orang! Sayangnya, kita sering lupa bahawa doa kita adalah doa syok sendiri. Dengan pola berdoa seperti ini, doa hanya akan menjadi nafsu belaka.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2014 di pasaran...

10 Sifat Calon Sufi

Syeikh Abdul Qodir Al-Jilani menulis dalam kitabnya Futuhul Ghaib (Menyingkap rahsia hati), menurutnya terdapat 10 sifat yang harus dimiliki oleh seseorang yang mahu memasuki dunia kerohanian (Tasawuf). Seseorang yang sedang berada dalam perjuangan kerohanian dan berusaha keras mencapai tujuan kerohanian tersebut serta mengizinkan mereka untuk tetap berada dalam keadaan itu. Apabila Allah s.w.t. telah mengizinkan mereka untuk tetap berada dalam keadaan itu dan berdiri teguh di dalamnya, maka mereka akan mendapatkan kedudukan yang tinggi. Sepuluh sifat tersebut adalah sebagai berikut”
Sifat pertama: Hendaklah seorang hamba (calon sufi) tidak bersumpah dengan  menggunakan nama Allah, baik di dalam perkara yang benar mahupun di dalam perkara yang salah. Baik secara disengaja mahupun tidak. Jika ia telah menyedari, yakni ia tidak bersumpah dengah menggunakan nama Allah, maka Allah akan membukakan pintu cahayaNya baginya. Dia akan menyedari faedahnya dalam hatinya, pangkatnya di sisi Allah akan ditinggikan, sanak saudaranya akan memujinya dan tetangganya akan memuliakannya. Kemudian, orang yang kenal padanya akan menghormatinya dan orang yang melihatnya akan merasa gentar memandangnya. Sifat kedua: Hendaknya tidak berbuat bohong, baik berbohong yang sesungguhnya mahupun hanya sekadar bergurau saja. Jika ia tidak dapat membuang perbuatan yang tidak diinginkan itu dan telah menjadi satu dengan dirinya, maka Allah akan membukakan hatinya dan membersihkan ilmunya. Sehingga seakan-akan ia tidak pernah berbohong. Apabila ia mendengar orang lain berbohong, maka hatinya akan merasa benci dan malu. Jika ia berdoa kepada Allah supaya dia menghilangkan perbuatan bohong itu dari dalam dirinya, maka Allah pun akan memperkenankan doanya itu. Sifat ketiga: Apabila berjanji, hendaklah tidak mengingkarinya janji itu, atau jangan berjanji sama sekali. Dengan tidak mengingkari janji atau tidak berjanji sama sekali, ia akan mendapatkan sumber kekuatan dirinya. Inilah tindakan yang seimbang untuk diikuti. Sebab, pengingkaran janji itu termasuk ke dalam perbuatan bohong.
Jika ia berbuat demikian, maka pintu kemuliaan akan dibukakan baginya, darjat akhlak yang tinggi akan diberikan kepadanya. Orang-orang yang benar akan cinta kepadanya dan pangkatnya di sisi Allah akan ditinggikan. Sifat keempat: Janganlah mengutuk makhluk atau menyakiti mereka, walau ia sendiri disakiti. Kerana sifat ini termasuk salah satu sifat yang baik dan termasuk kebajikan. Ini suatu sifat yang benar. Jika seorang hamba bertindak berlandaskan pada sifat ini, maka ia akan berakhir dengan kehidupan yang baik di bawah lindungan Ilahi. Allah akan menyediakan pangkat kerohanian yang tinggi untuknya. Ia akan dipelihara dari jatuh ke lembah kebinasaan dari kejahatan manusia, dan Allah akan mengurniakan rahmat dan kedekatan kepadanya. Sifat kelima: Hendaknya tidak berdoa agar orang lain mendapatkan bahaya, walaupun orang itu memperlakukan dirinya dengan cara yang tidak baik. Janganlah membalas, baik dengan lisan mahupun dengan perbuatan. Bersabarlah dan serahkanlah kepada Allah. Janganlah menuntut bela, baik dengan perbuatan mahupun lisan. Orang yang dapat melakukan semua ini akan diberi kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Orang yang terlatih dengan cara yang seperti ini dan tetap menjalankan sifat ini akan mendapatkan kemuliaan di dunia ini dan di akhirat kelak. Dan ia akan dicintai oleh orang-orang yang benar, baik yang dekat mahupun yang jauh. Permohonannya akan diterima dan ia akan mendapatkan kemuliaan di hati orang yang beriman. Sifat keenam: Janganlah seorang hamba itu mengatakan bahawa orang yang mengikuti kiblat yang sama, iaitu orang yang beragama Islam itu adalah musyrik, munafik atau kafir. Jika kamu tidak mengkafirkan, memunafikkan atau memusyrikkan seseorang, maka itu menunjukkan bahawa kamu mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w., menjauhkan diri kamu dari berbuat kekacauan dalam perkara yang hanya diketahui oleh Allah saja dan menjauhkan diri dari seksaNya. Serta Allah akan mendekatkan kamu kepada rahmat dari keridhoanNya. Oleh kerana itu, ini adalah pintu yang mulia untuk menuju Allah s.w.t. yang mengurniakan sifat ini kepada hamba-hambaNya yang beriman sebagai balasan atas kasih sayangnya kepada semua orang. Sifat ketujuh: Hendaklah seorang hamba itu menghindarkan dirinya dari perkara dosa, baik secara lahir maupun secara batin. Juga menjauhkan anggota badannya dari melakukan perbuatan dosa. Dengan demikian, hatinya dan juga seluruh anggota tubuhnya akan mendapatkan kurnia Allah di dalam dunia ini dan kurnia yang disediakan untuknya di akhirat kelak. Kita berharap semoga Allah memberikan sifat ini kepada kita dan membuang segala hawa nafsu keduniaan dari hati kita.
Sifat kelapan: Hendaklah seorang hamba itu tidak membebani seseorang, baik beban itu berat mahupun ringan. Sebaliknya, hendaklah ia membuang beban yang ditanggung oleh seseorang, baik orang itu meminta mahupun tidak. Sebenarnya, sifat ini adalah suatu kemuliaan yang diberikan Allah kepada hamba itu dan sifat ini juga memberikan kekuatan kepadanya untuk menasihati orang lain supaya melakukan perbuatan baik dan meninggalkan perbuatan jahat. Ini adalah suatu kemuliaan bagi seorang hamba Allah. Hamba yang berada dalam peringkat ini akan memandang seluruh makhluk itu sama. Hati hamba yang berada dalam peringkat ini akan dijadikan oleh Allah tidak memerlukan apa-apa lagi. Hamba ini akan berpegang teguh dan menyerah kepada Allah saja. Allah tidak akan menaikkan darjat seseorang di sisiNya, jika ia masih terikat erat kepada kehendak hawa nafsunya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2014 di pasaran...