Tuesday, August 9, 2011

Variasari Keluaran Ogos 2011


Sudahkah anda memiliki Variasari edisi Ogos 2011? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan...

Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai.

Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.

Dapatkan segera majalah Variasari keluaran Ogos 2011 sebelum terlambat.

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.

Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin


Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Dalam Variasari Ogos 2011











Hidayah Ogos 2011

Hidayah keluaran Ogos 2011 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja Dalam Hidayah...



Langganlah Segera Melalui Pos



Monday, August 8, 2011

Salam Kami Ogos 2011


ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur kika ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kita kini berada di ambang Ramadan 1432. Dalam suasana yang syahdu dan harmoni ini, tentunya kita telah bersiap sedia melaksanakan ibadat puasa Ramadan yang difardukan kepada setiap umat Islam. Hidayah seperti biasa terus menemui anda. Sememangnya dalam melalui Ramadan yang mulia ini, sewajarnya kita banyak membaca kitab-kitab agama, majalah-majalah agama dan bermuzakarah dalam mendalami ilmu agama. Ruangan kisah iktibar kali ini terus memaparkan pelbagai ragam kehidupan masyarakat sekitar kita. Kisah ‘Tragedi perampas harta pusaka’ mengajar kita agar tidak kemaruk dengan harta tanah sekadar sejengkal dua jengkal yang hanya membawa beban dosa di akhirat kelak. Begitu juga dengan kisah ‘Akhir hayat Pegawai Yang rasuah’ mengenai sifat tamak haloba pegawai kerajaan yang tidak amanah terhadap tanggungawab mereka akibat terjerak perbuatan rasuah yang menjijikkan. Sementara ‘Banjir musnahkan rumah mewah’ membawa mesej betapa hasil perbuatan curang demi untuk mengatasi masalah kemiskinan akan tetap mendapat bala daripada Allah s.w.t. Dalam bab agama, tidak ada istilah matlamat menghalalkan cara. Yang haram tetap haram. Kisah ‘Nasib pilu isteri derhaka’ merupakan sekelumit dari sekian banyak kisah penderhakaan isteri terhadap suami yang dilakukan akibat kejahilan dan menurut hawa nafsu. Sesuai dengan keluaran yang bertepatan bulan puasa ini, Hidayah turut menyiarkan rencana-rencana berkaitan ibadat puasa dan sebuah rencana khas bertajuk ‘Ramadan bulan ‘Al-Quran’ Anda perlu membaca rencana bertajuk ‘Lingkaran Islam di Kutub Utara’ bagi mengikuti bagaimana sekelompok masyarakat Islam di sana menghidupkan syiar di negara yang bersalji sepanjang tahun itu. Semoga semangat dan kegigihan mereka menguatkan lagi tekad kita dalam menghidupkan syiar di negara kita yang tercinta ini tanpa sebarang permasalahan berbanding kehidupan di pulau berais itu.
Catatan ruangan ini saya akhiri dengan memetik sebuah hadis popular bermaksud: “Allah s.w.t. berfirman, ‘Semua amal anak Adam dilipatgandakan dari sepuluh sampai tujuh ratus lipat ganda, kecuali puasa. Maka puasa itu mellulu untukKu dan Aku yang akan membalasnya, ia meninggalkan syahwat, makan dan minum keranaKu, dan puasa itu sebagai perisai. Dan orang yang puasa terdapat dua kegembiraan; kegembiraan ketika menghadapi saat berbuka puasa, dan gembira kelak bila bertemu kepada Tuhan pada hari kiamat.”
“Selamat berpuasa” dan kita berjumpa lagi dalam keluaran akan datang.
Wassalam!

Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Siapakah Penghuni Di Langit?

MANUSIA jangan menyangka bahawa hanya makhluk Allah di muka bumi ini saja yang menyembah Allah. Ketahuilah, setiap makhluk di langit dengan seisi alamnya juga turut patuh menyembah Allah s.w.t. Di bumi, bukan saja makhluk manusia (yang beriman) saja berzikir kepada Allah, malah turut berzikir sama makhluk-makhluk lain seperti ikan, binatang-binatang, pokok-pokok kayu, gunung-gunung dan sebagainya. Maka apabila anda melihat langit dan alam yang luas ini ingatlah ayat Al-Quran berikut ini. Allah s.w.t. berfirman: “Apakah mereka tidak memperhatikan, bahawa Allah yang telah menciptakan langit dan bumi akan sanggup menciptakan yang serupa mereka?” (Q.S. Al Isra’: 99) Dengarlah lagi firmanNya: “Tidaklah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi sanggup menciptakan seumpama mereka? Memang, Dia Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Q.S. Yasin: 81) Al-Quran telah menjelaskan tentang hakikat penduduk Alam Langit...Di antara ayat-ayat Allah, iaitu menciptakan makhluk yang merangkak-rangkak di langit seperti makhluk yang merangkak-rangkak di bumi:
“Di antara ayat-ayat Allah, iaitu pencipta langit dan bumi dan makhluk-makhluk melata yang disebarkannya, dan Dia sanggup mengumpulkan mereka apabila dikehendakinya.” (Q.S. Asy Syura: 29). Adapun tentang jenis, macam, bentuk dan bilangan mereka, maka hanya Allah sendiri saja yang mengetahuinya seperti pengetahuannya tentang penduduk bumi: FirmanNya: “Tuhan engkau lebih mengetahui tentang penghuni langit dan penghuni bumi.” (Q.S. Al Isra’: 55). Sedarilah bahawa semua makhluk yang berakal yang mendiami langit dan bumi, adalah milik Allah: “Semua penghuni langit dan bumi adalah miliknya Allah.” (Q.S. Al Anbiya’: 19). Sesungguhnya mereka semua menyerahkan diri kepada Allah, seperti yang ditegaskan ayat berikut: “Apakah mereka mencari agama yang bukan agama Allah? Penghuni langit dan penghuni bumi telah menyerah kepadaNya dengan suka atau kerana terpaksa, dan kepadaNya mereka akan kembali.” (Q.S. Ali Imran: 83). Mereka semua beriman dengan Allah dan menyembahNya; mereka sujud kepadaNya sebagaimana sujud Malaikat...dan ayat menguatkan bahawa makhluk-makhluk yang hidup di langit adalah mereka selain dari Malaikat: “Kepada Allah sujud penghuni langit dan penghuni bumi, dan Malaikat dan mereka tidak congkak.” (Q.S. An Nahl: 49). Malah Allah menguatkan apa yang dimaksudkan Al Quran bahawa sujud ini hanya dilakukan oleh makhluk-makhluk yang hidup di langit dan penghuninya, maka sesungguhnya telah diketengahkan oleh Al-Quran bahawa penghuni langit sujud kepada Allah seperti halnya sujud kepadaNya penghuni segala langit, yang terdiri dari planet-planet dan binatang-binatang, dan sebagaimana sujud kepadaNya penduduk bumi dan segala isi bumi yang terdiri dari gunung-gunung, kayu-kayuan, ternak-ternakan dan sebagainya. Allah s.w.t. mengingatkan: “Apakah tidak engkau perhatikan, bahawa kepada Allah bersujud apa sahaja penghuni langit, penghuni bumi, matahari, bulan, bintang-bintang, gunung-ganang, kayu-kayuan, binatang ternak dan sebahagian besar manusia. Tetapi sejumlah besar yang lain telah dipastikan azab atasnya. Siapa saja yang telah dihinakan Allah, tidak ada siapapun yang memuliakannya, sesungguhnya Allah berbuat apa yang dikehendakinya.” (Q.S. Al Hajj: 18). Sesungguhnya penduduk langit mengucapkan tasbih mensucikan Allah dengan cara yang khusus bagi mereka. “Mengucap tasbih kepada-Nya langit tujuh dan bumi dan segala penghuninya; tidak ada sesuatu melainkan bertasbih memujiNya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka.” (Q. S. Al Isra’: 44). Pujian dari penduduk langit kepada Allah terus menerus, seperti terus menerus pujian penduduk bumi: “Segala puji untuk Allah di langit dan bumi, baik waktu petang atau pun waktu zuhur.” (Q.S. Ar Rum: 18). Semua mereka tunduk kepada kehendaknya dan patuh kepada keinginannya: “Segala penghuni langit dan bumi adalah hambanya, semua mereka tunduk patuh kepadaNya.” (Q.S. Ar Rum: 26). Al-Quran menjelaskan, bahawa penghuni langit berkata-kata dan berbicara:
Allah berfirman: “Berkata Muhammad: Tuhanku mengetahui perkataan penghuni langit dan penghuni bumi; Dia Maha mendengar dan Maha mengetahui.” (Q.S. Al Anbiya’: 4). Sesungguhnya mereka percaya, bahawa Allah kuasa menyampaikan cita-cita mereka dan memperkenankan permintaan mereka. Kerana itu tiap-tiap hari mereka meminta kepada Allah berbagai-bagai keperluan: “Meminta kepadaNya penghuni langit dan penghuni bumi. Setiap hari Dia dalam kesibukan.” (Q.S. Ar Rahman: 29). Sesungguhnya penghuni langit akan dikumpul pada hari kiamat, sebagaimana dikumpul penghuni bumi, sehingga bangkitlah mereka dengan ditiup sangkala, kemudian berbondong-bondong untuk diperiksa pada tiupan terakhir: “Dan ditiupnya sangkakala, lantas bangkitlah penghuni langit dan penghuni bumi, kecuali siapa-siapa yang dikehendaki Allah; kemudian ditiup sangkakala terakhir, maka sekonyong-konyong mereka berdiri menunggu...” (Q.S. Az Zumar: 68).
Apabila sekarang ilmu mengatakan bahawa tidak mungkin diciptakan langit dan isinya tanpa ada tujuan, dan kerananya pasti ada tujuan yang kuat, ada hikmah yang tinggi dan ada pentadbiran yang bijaksana, maka Al Quranul Karim telah lebih dahulu mengakui hakikat ini, yang menguatkan tegaknya langit dan isinya...bumi dan apa yang ada di atasnya, kerana ada hikmah dan tujuan: “Tidaklah kami ciptakan langit dan bumi serta apa yang ada antara keduanya, sebagai main-main.” (Q.S. Al-Anbiya’: 16).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2011 di pasaran...

Tragedi Perampas Harta Pusaka

KEJADIAN ini terjadi di sebuah kampung di wilayah Tegal, Jawa Tengah, beberapa tahun lalu. Dialami oleh seorang lelaki berusia setengah abad bernama Kaming (bukan nama sebenarnya). Dulu, Kaming adalah anak dari seorang petani yang cukup berada; memiliki tanah dan sawah yang berlimpah. Saat bapa dan emaknya meninggal, harta itu turun kepada Kaming dan 2 orang adiknya. Kedudukan Kaming sebagai anak sulung membuatnya cukup berleluasa mengelola harta pusaka yang diwarisinya itu. Tapi, Kaming terlalai. Dia tak membahagi harta tersebut kepada kedua adiknya secara adil. Jika si adik meminta dia memberi wang ala kadarnya. Si adik, kerana tak ingin berbalah dengan abang sendiri, memilih mengalah dan diam. “Ringkasnya jika adiknya meminta haknya, Kaming hanya memberi tempias-tempiasnya saja,” ujar AM, kepada Hidayah.
Wang hasil warisan dikembangkan Kaming dengan jalan meminjamkan kepada tetangganya. Jika meminjam 10, maka mesti dibayar 12. Macam sistem ‘ah long’. Kaming cukup berwaspada, kerana dia selalu meminta jaminan jika ada tetangga atau orang kampungnya yang meminjam wang. Jaminan itu berupa tanah atau sawah. Jika si peminjam tak dapat membayarnya, Kaming menyita jaminan itu. Ertinya, jikalau pun si peminjam gagal membayar hutang, Kaming tetap untung besar. Di luar kegiatannya itu Kaming juga memiliki usaha barangan mainan anak-anak yang dia kelola di luar kota. Tak aneh, bila dia kerap berada di luar kota untuk mengurus syarikat sederhana kecil tersebut. Suatu ketika, Kaming membeli sebuah motosikal baru. Malangnya, suatu hari, motosikal yang dia tunggangi terbabas menghentam pagar rumahnya sendiri. Kaming sakit beberapa hari. Setelah sembuh, dia kembali ditimpa musibah ketika mengecat tembok rumahnya. Kaming terjatuh dan kembali sakit. Setelah dua musibah tersebut, Kaming sebenarnya boleh kembali sihat. Keadaan yang tidak memungkinkan membuatnya tak dapat memerhatikan usahanya di luar kota sebagaimana yang biasa dia lakukan. Kendati demikian, jiwa Kaming adalah jiwa pekerja. Dia tak dapat berpangku tangan. Untuk mengisi waktu, saat tenaganya mulai pulih, dia kerap membersihkan kebun kecil di samping rumahnya. Sayangnya, sifat tamaknya masih menguasai jiwa Kaming, sekalipun keadaannya tidak seratus peratus sihat. Melihat ada peluang kecil untuk melebarkan tanah halamannya, Kaming mencabut pagar sempadan tanahnya dengan tanah jirannya. Jika ada pohon yang agak besar dia sirami dengan racun agar pokok itu cepat mati. Kejahilan Kaming berkesan kerana pagar pembatas sempadan itu boleh dia musnahkan dan dia mendakwa memiliki tanah lebih lebar dari sepatutnya. Tentu saja tetangganya tak dapat terima. Tapi Kaming berkeras, bahawa batas sempadan yang ada adalah batas yang sebenarnya. Perbalahan ini bahkan hingga menjadi perbincangan hangat warga sekitar. Bahkan sempat terjadi perbantahan antara Kaming dan tetangganya itu saat sama-sama menunaikan solat di surau kampung mereka. Ternyata apa yang terjadi di kampungnya juga terjadi di kampung lain dimana ada harta pusaka peninggalan ibu bapa Kaming. Dia kerap berselisih masalah batas sempadan tanah. Setiap ada yang membuat aduan, Kaming selalu bertahan dan berkeras dia berada di pihak yang benar. Hal ini kemudian masyhur disebut-sebut orang berkaitan Kaming. “Anehnya dia itu selalu beritahu kepada orang-orang yang berbalah dengannya bahawa masalah tanah saja tak perlu diperbesar-besarkan. Katanya tanah dan harta tak dibawa mati ini. Tapi dia terus saja sibuk melebarkan tanah-tanahnya,” ujar AM lagi. Perlawanan kepada Kaming juga dilakukan oleh beberapa orang anak saudaranya yang beranjak besar. Mereka sedar bahawa bapa mereka juga berhak atas tanah-tanah yang sekarang dimiliki Kaming. Mereka sempat mengurus surat, memeriksa geran ke pejabat tanah, ke pejabat penghulu dan sebagainya. Tapi kedudukan Kaming sudah terlanjur kuat hingga usaha beberapa anak saudaranya tak membuahkan hasil. Hanya perang mulut saja yang tercipta. Di luar kisah itu, sakit Kaming semakin parah. Perutnya membengkak semacam ‘busung’ dan berisi cairan. Bomoh kampung yang merawat Kaming sempat mengurut perut Kaming kerana kemungkinan ada salah urat atau permasalahan lainnya.
Namun bengkak itu tak hilang bahkan nampak seperti mahu pecah saat cuba diurut-urut. Kulit di sekujur tubuh Kaming juga seperti terkena alah, gatal-gatal dan pecah-pecah. Tentu saja ini membuatnya rasa tidak nyaman luar biasa. Tidak hanya itu, dia juga kerap merasakan tubuhnya panas dan kalau digaru-garu kulit Kaming akan mengelupas. Kerana panasnya, Kaming hanya mampu berkain pelekat saja sehari-hari. Apabila panasnya memuncak, Kaming tak mampu pakai kain pelekat lagi dan terpaksa duduk di bahagian dapur rumahnya. Kerana pedih sakit yang dirasakannya, tetangganya sering mendengar Kaming menangis tak cuma di waktu malam tapi juga waktu siang dan petang hari.

Cacing Putih
Berbagai usaha dan ikhtiar dilakukan Kaming agar dia boleh sembuh; tapi kesembuhan belum juga menghampirinya. Ada yang menyarankan dia pergi ke kolam air panas tak jauh dari kota tempat tinggalnya. “Air belerang” yang terkandung dalam air panas pergunungan itu dikatakan dapat mengurangi bahkan menyembuhkan penyakit kulit yang dia hidapi. Entah mengapa, tak ada pula ahli keluarga Kaming yang sanggup membawanya. Mahu tak mahu dia pergi sendiri dalam kedaan sakit seperti itu. Isteri dan anak-anaknya tak sanggup menghantarnya. Namun, entah apa yang terjadi, Kaming hanya pergi seorang diri padahal jarak antara rumah dan kolam air panas itu memang jauh. Kaming memang sampai ke tempat pemandian itu dan sempat berendam hingga setengah hari. Tapi orang sakit tentu haruslah ada yang mengawal dan mengurus. Terlalu lama berendam, Kaming jatuh pengsan dalam air panas, mungkin kerana belum makan dan lemas. Petugas di kolam air panas itu kelam kabut menghadapi situasi itu, apalagi tak ada orang yang mengenal Kaming. Untunglah Kaming kemudian sedar dan dapat memberitahu dimana alamat rumahnya. Kaming pun dihantar dan dapat kembali ke rumahnya.
Sehabis kejadian itu, keadaan Kaming semakin parah. Para tetangga yang melihat Kaming sangat prihatin dan bersimpati. Namun, yang mengharukan adalah perlakuan keluarga Kaming sendiri. Mereka seperti tak mahu dekat. Isterinya bahkan enggan menyuapi makanan kepada Kaming atau melayaninya. Saat Kaming merengek-rengek minta dibelikan buah tembikai, isterinya keluar dan hanya membelikan satu potong tembikai berukuran kecil. Tetangga bertanya-tanya, apa yang sebenarnya terjadi hingga keadaan memprihatinkan ini boleh terjadi.
“Padahal, dia nampak rajin bekerja dan anak-anaknya sihat-sihat. Tapi entah mengapa anak-anak dan isterinya seperti enggan mengurus ehwal diri Kaming,” ujar AM.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2011 di pasaran...

Peristiwa Besar Dalam Bulan Ramadan

RAMADAN 1432 datang lagi. Dalam bulan ini disyariatkan kita berpuasa. Bulan Ramadan adalah bulan Hijrah yang paling utama, dan satu bulan yang barakah. Dalam bulan Ramadan kita diwajibkan berpuasa. Syariat atau pun perintah diberikan kepada Rasul Muhammad s.a.w. tentang puasa ini menerusi Firman Allah dalam kitab suci Al-Quran. Dalam bulan Ramadan jugalah perintah mewajibkan kita mengeluarkan zakat fitrah. Zakat fitrah mempunyai hikmah yang paling besar dalam usaha untuk membersihkan ibadah puasa kita yang barang kali ada tercalar. Maka dengan mengeluarkan zakat fitrah itulah menghilangkan calar-calar yang kita lakukan dalam menjalani ibadah puasa tadi. Di bulan Ramadan juga diturunkan al-Quran. Semuanya ini ada dirakamkan oleh Allah dalam kitab suci Al-Quran. Al-Quran merupakan satu kitab yang di dalamnya penuh dan lengkap dengan panduan hidup manusia, terutama mereka yang beriman kepada Allah. Cubalah kita bayangkan, sekiranya kita-kita ini tidak ada Al-Quran. Apalah nak jadi dengan hidup kita ini? Tentulah akan jadi “kelam kabut” dan tentulah akan jadi “huru hara” dalam masyarakat kita. Ini, kerana kita atau pun manusia tidak ada “panduan hidup”. Jadi, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha segala-galanya, maka Dia tidak akan membiarkan manusia hidup begitu saja, tanpa diberiNYA sebarang panduan dalam hidup manusia. Maka Allah turunkan Al-Quran dimana didalamnya mengandungi undang-undang, peraturan hidup, mana yang boleh, yang mana tidak boleh, mana-mana yang dilarang, semuanya terkandung dalam kitab suci yang mulia itu. Maka kitab suci Al-Quran itu pula diturunkan Allah dalam bulan Ramadan, dimana bulan inilah menjadi bulan yang penuh barakah dan mulia sekali. Maka dalam bulan Ramadan ini, Allah jadikan “satu malam” dimana malam itu dinamakan “malam Al-Qadr”. Pada malam tersebut seorang Islam yang beramal, amalannya lebih dari 1,000 bulan. Semuanya itu adalah anugerah kepada Allah kita umat Islam. Kita hendaklah bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah mengurniakan dan menganugerahkan semuanya ini kepada kita. Dalam bulan Ramadan juga disyariatkan “Qiam Ramadan” iaitu “Solat tarawih”. Semuanya jelas sekali diterangkan oleh Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. Tidak ada “khilaf” diantara para ulama mengenai perkara-perkara yang telah disebutkan diatas, kerana dalil-dalilnya cukup terang dan jelas. Mengenai syariat puasa, Allah memberikan penjelasan dalam Quran yang mafhumnya: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa (Ramadan) sebagaimana juga puasa diwajibkan diatas orang-orang sebelum kamu supaya kamu bertakwa.” (surah Al-Baqarah ayat 185). Mengenai al-Qadr, Allah berfirman yang mafhumnya: “Sesungguhnya kami turunkan Al-Quran itu pada malam Al-Qadr.” (Surah al-Qadr ayat 1). Hadis-hadis Nabi s.a.w. pula menyebutkan yang ertinya: “Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan dirantai.” (hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Hurairah). Hadis lain yang mafhumnya: “Apabila datang bulan Ramadan dibukalah pintu rahmat, ditutup pintu neraka jahanam dan segala syaitan dibelenggu-dibelenggu.” (Hadis Muslim dan at Turmizi). Dan banyak lagi hadis-hadis lain yang ditulis oleh para ulama dalam kitab-kitab hadis dan juga kitab-kitab agama berhubung dengan puasa Ramadan dan hal-hal yang berkaitan dengannya.
Mengenai sembahyang “Lailatul-Qadri” pula, para ulama ada menjelaskan bahawa amalan malam Qadr lebih baik dari seribu bulan yang lain, demikian dinyata oleh al-Quran. Tiada siapa pun yang meragukan kebenaran ini. Rasulullah s.a.w. pun ada bersabda: “Barang siapa yang mengadakan “qiyamullail” pada malam al-Qadri dengan keimanan dan kerana mengharapkan pahala, keredhoan Allah, maka dia diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari-Muslim). Rasulullah s.a.w. menggalakkan umatnya supaya mendapatkannya dan menghayati malam al-Qadri dan baginda sendiri telah berbuat demikian. Banyak hadis-hadis sahih mengenai ini yang telah diketahui oleh umum. Dalam sebuah kitab agama mengenai “malam al-Qadar” ini ada menyebutkan begini: “Menghidupkan malam al-qadr ialah dengan amalan-amalan biasa. Tidak ada satu amalan yang dikhaskan pada malam ini. “Ada pun solat Lailatul Qadar yang dikatakan dan yang diamalkan oleh sebahgian orang adalah “amalan bidaah” yang tidak disyariatkan oleh Allah dan Rasulnya. “Solat ini didasarkan kepada hadis yang ertinya: “Barang siapa yang bersembahyang pada malam al-Qadri sebanyak dua rakaat, pada tiap-tiap rakaatnya membaca fatihah sekali dan surah al-ikhlas tujuh kali dan apabila selesai dolat dia membaca “Astqhafirullah watubu ilaihi” sebanyak tujuh kali, maka belum pun dia bangun dari solatnya Allah telah pun mengampuninya dan mengampuni kedua ibu bapanya, dan Allah mengutuskan para Malaikatnya ke syurga-syurga untuk menanam pokok-pokok, membina mahligai dan mengalirkan sungai-sungai untuknya dan dia tidak akan keluar dari dunia (meninggal dunia) sebelum dia melihat semua itu.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2011 di pasaran...

Hukum Haid Nifas Dalam Bulan Ramadan

DALAM kuliah-kuliah agama jarang ada kaum ibu yang mengemukakan pertanyaan kepada tuan guru mengenai masalah yang dihadapi oleh kaum wanita. Kalau pun ada yang merasa musykil, kaum ibu biasanya “mendiamkan diri” saja. Kadang-kadang dia bertanya sesame sendiri saja. Tetapi majlis kuliah itu disampaikan seorang ustazah, tentu ada pertanyaan yang di musykilkan oleh kaum ibu. Tetapi kalau yang memberi kuliah itu, seorang Ustaz, biasanya jarang dikemukakan pertanyaan. Baru-baru ini ada satu kuliah agama yang disampaikan oleh seorang ustaz. Guru agama ini telah bercakap tentang masalah puasa, kerana menjelang puasa. Setelah memberikan kuliahnya mengenai bab puasa, Ustaz itu pada kebiasaannya akan memberi atau pun membuka peluang kepada para jemaah untuk mengemukakan pertanyaan. Ada seorang jemaah wanita telah mengemukakan pertanyaan maksudnya, sekiranya seorang wanita melahirkan anak sebelum masuknya bulan Ramadan, apakah dia boleh berpuasa pada bulan yang mulia itu? Bagi ustaz pertanyaan adalah masalah “Fiqh” dan ustaz itu memanglah seorang yang mahir dalam bidang ilmu fikih dan beliau menjawabnya dengan mudah saja. Katanya: Para imam muslimin sepakat bahawa wanita yang sedang “Haid” atau “nifas” tidak boleh berpuasa. “Nifas adalah darah yang keluar setelah melahirkan anak. Bahkan haram hukumnya bagi wanita yang sedang haid atau nifas berpuasa. Mereka wajib berbuka. “Dan jika mereka tetap juga berpuasa dalam kadaan haid atau nifas, maka puasanya batal dan mereka wajib qadak.” Para ulama juga sepakat jika haid atau pun nifas mendatangi wanita yang sedang mengerjakan puasa, maka puasanya batal, jika datangnya haid atau nifas tersebut terjadi sebelum terbenamnya matahari walau pun beberapa saat. Seorang wanita yang mendapati nifas di bulan Ramadan, atau sebelumnya dan nifas itu berlangsung hingga masuk bulan Ramadan, maka ia wajib mengqadak hari-hari puasa Ramadan yang ditinggalkannya setelah nifasnya berakhir. Kata “nifas”, menurut bahasa bererti melahirkan. Namun di dalam istilah syariat, nifas bererti ‘darah yang keluar dari kemaluan’ seorang wanita setelah melahirkan. Paling singkatnya waktu nifas adalah sesaat, sebagaimana yang dikatakan oleh sebahagian imam mazhab. Adapun paling lamanya adalah enam puluh hari. Sedangkan biasanya, waktu nifas berlagsung selama empat puluh hari. Mungkin inilah yang dimaksud dari hadis yang diriwayatkan dari Aisyah r.a. yang berbunyi: “Pada zaman Rasulullah para wanita yang nifas tinggal duduk saja (tidak beribadah) selama empat puluh hari.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2011 di pasaran...

Nostalgia Membajak Sawah

ZAMAN dulu orang mengerjakan sawah padi atau bendang, tidak sama dengan cara sekarang. Kita tidak perlu bicarakan zaman ini, kerana semua orang sudah tahu cara-cara mengerjakan sawah padi. Dari mula menanam, menjaga, merawat, menuai sehinggalah ianya menjadi beras sebagaimana yang dibuat oleh orang-orang sekarang sudah pun kita tahu. Peralatan moden dan canggih yang datang dari barat atau pun luar negeri, sudah pun kita gunakan, dan dipakai oleh para pesawah kita sekarang. Apa yang kita nak tahu sekarang ialah cara bagaimana orang dulu-dulu iaitu zaman 40an dan 50an pesawah-pesawah mengerjakan bendang mereka untuk menanam padi, hinggalah musim menuai dan jadi beras. Dulu-dulu orang kampung mengerjakan sawah untuk menanam padi dengan menggunakan kerbau. Di Melaka misalnya, ada orang kampung yang mempunyai sawah 10 atau pun 15 petak. Ada yang kurang daripada itu. Mereka yang miskin, ada dua tiga petak saja. Mereka yang hidup sederhana ada 10 atau pun 12 petak. Yang agak kaya sikit, ada memiliki 15 hingga 20 petak sawah. Sawah-sawah ini dikerjakan untuk tanam padi setahun sekali. Mula-mula sekarang sawah itu mestilah ada airnya. Kalau sawah kering tidak boleh dikerjakan. Biasanya, orang kampung yang memiliki sawah akan menanti musim hujan. Kalau hujan turun dengan lebat atau pun setiap hari, atau pun dalam satu minggu 3 atau pun sekali, maka sawah-sawah akan digenangi air, dan ini adalah masa untuk mengerjakan sawah-sawah mereka. Alat-alat yang dipergunakan untuk mengerjakan sawah ini adalah “Bajak”. Alat ini diperbuat dari kayu. Di bahagian bawahnya ada alat besi yang tajam dimana bila bajak itu ditarik oleh kerbau, maka tanah itu akan terbongkar dan berbolak balik. Di leher kerbau itu akan dipasang apa yang disebut sebagai “Kok”. Benda ini dipasang di atas tengkok dan di bawah leher kerbau itu, dan ada tali dipasang dari kok itu hingga ke bajak. Bajak ini dikendalikan oleh seorang yang tahu yang ada ilmu membajak sawah. Apabila dipasang tali, kok dan disambung ke badan bajak tadi, maka kerbau itu akan menariknya. Kerbau yang menarik bajak tadi tahu arahan dari yang mengendalikan bajak itu.
Penggendalinya akan beri arahan begini: “Jalan”, maka kerbau pun berjalan menarik bajak itu. Orang yang memegang bajak itu tahu bagaiman bajak itu ditarik. Kalau bajak itu memasukan matanya ke dalam tanah maka, sukar bagi kerbau itu menariknya. Kalau silap-silap kendali, bajak itu boleh patah, kerana mata bajak itu masuk terlalu dalam. Kemudian kerbau itu diberitahu: “Berhenti”, maka kerbau itu akan berhenti. Kita akan betulkan semula kedudukan bajak itu, dan kemudian kita suruh kerbau “jalan” semula. Kalau kita sedang membajak itu, tiba-tiba kerbau menghala jalan ke dalam, ertinya berat kesebelah kiri, maka kita akan beritahu kerbau itu: “Luak...(maksudnya luar). Kalau kita sebut perkataan luar, kerbau itu tidak faham, tetapi kalau sebut perkataan “luak”, kerbau itu akan faham. Dia akan berjalan ke kanan sedikit. Jadi, dengan kata-kata lain, kerbau yang tugasnya membajak sawah faham perkataan orang utara iaitu “luak” dari perkataan orang selatan yang menyebutnya “Luar...” Kalau sawah itu besar dan panjang, maka mungkin tidak habis dibajak pada hari itu. Biasanya, setiap petak sawah yang dibawa itu cuma mengambil masa dalam “lima jam” atau enam jam saja.
Sebelum waktu zuhur, pesawah itu akan pulang. Kerbau dan bajak itu dicuci dengan air sawah. Setelah bersih, bajak itu akan dipikul dibawa naik ke darat dan diletakkan di tempat yang redup, seperti di bawah pokok, atau pun di bawah rumah, kalau rumah itu dekat dengan sawah. Kerja-kerja membajak saja akan mengambil masa hampir sebulan. Setelah selesai membajak, masuk pula pada tahap kedua iaitu disebut sebagai “menyikat”.
Maksud menyikat di sini, alat bajak tidak lagi digunakan, tetapi kita gunakan satu alat lain iaitu alat itu yang boleh menghancurkan tanah yang sudah dibajak tadi yang berketul-ketul itu. Setelah disikat maka tanah yang berketul itu, akan menjadi hancur. Kemudian semua rumput rampai, tunggul-tunggul kayu dan apa juga sampah sarap yang besar yang kecil akan dibersihkan dan dibuang dari dalam sawah itu. Yang paling menyukarkan ialah apabila sawah-sawah itu ditumbuhi dengan pokok-pokok benderong. Pokok ini sejenis pokok yang hidupnya cukup subur dan lebat dalam sawah. Tunggulnya agak besar dan besar, dan sukar pula mahu dihancurkan dengan sikat, kerana akarnya keras dan berketul-ketul. Sawah-sawah yang mempunyai pokok benderung ini akan mengambil masa yang lama mengerjakannya. Istilah orang-orang kampung ialah “mengerjakan Sawah”. Pada tahap pertama membajak dan menyikat akan mengambil masa hampir dua tiga bulan. Kemudian, pada tahap kedua pula akan dibajak lagi. Tahap ini tanahnya agak sudah lembut. Rumput rampai, pokok-pokok benderong sudah tidak ada lagi. Dalam tahap kedua membajak ini, pesawah-pesawah mula menyemai padi. Menyemai padi ini ialah dengan kaedah bahawa padi itu hendaklah direndam terlebih dahulu dalam masa tiga atau empat hari. Sesudah direndam, padi itu hendaklah ditoskan, iaitu dikeringkan airnya. Dalam peringkat ini, padi yang hendak disemai itu hendaklah ditutup dengan tikar dalam masa seminggu sehinggalah padi itu mula tumbuh. Apabila sudah dilihat padi tumbuh itu hendaklah disemai. Tapak semaian padi ini dibuat agak istimewa. Tempatnya dalam sawah juga, tetapi sawah itu hendaklah dikeringkan. Sawahnya (tempat semaian) itu hanyalah tinggal lumpur saja. Tidak ada rumput rampai di atasnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2011 di pasaran...

Apa Itu 'Manna' Dan 'Salwa'?

DARI sekian banyak bangsa di dunia ini, mungkin hanya Israel yang dirasa mendapat banyak limpahan nikmat dari Allah s.w.t. di muka bumi ini. Hal ini acapkali diutarakan dan disindir Allah melalui firmanNya dalam al-Quran al-Karim. Allah menyebut bahawa mereka adalah anak keturunan dari orang-orang mulia. Nenek moyang mereka adalah para nabi dan rasul di dunia ini. Ditilik dari sejarah, misalnya, bangsa Israel memang tergolong bangsa yang dalam perjalanan sejarahnya mendapat banyak kemudahan dan kenikmatan. Sejarah Bani Israel tidak dapat dipisahkan dari sejarah perjuangan para nabi dan rasul di muka bumi ini. Pun, mengenai kisah pembangkangan mereka atas apa yang diperintahkan oleh para nabi dan rasul itu. Disebutkan oleh Abu Ja’far Ibnu Jarir at-Thabari dari Ibnu Ishaq bahawa ketika Firaun berkuasa, para penduduk Bani Israel mendapat seksaan dari sang penguasa. Firaun menyeksa bangsanya dengan menjadikan mereka budak (hamba) pekerja. Firaun memberi mereka pekerjaan yang rendah, bahkan sebahagian dari mereka menjadi buruh bangunan, dan sebahagian lagi menjadi buruh tani. Mereka diwajibkan membayar ufti kepada Firaun. Yang tidak bekerja pun dipaksa untuk membayar ufti. Allah kemudian mengutus seorang manusia pilihan bernama Musa. Nabi inilah yang kemudian membebaskan mereka dari kezaliman raja tersebut. Apa yang dilakukan Nabi Musa a.s. tak lain bertujuan agar mereka menjadi orang yang beriman. Kerana itu, Nabi Musa sentiasa membela mereka. Nabi Musa sentiasa bermunajat kepada Allah agar memberi kemudahan, kenikmatan dan keistimewaan kepada Bani Israel. Allah pun, sesekali, mengabulkan permintaan Nabi Musa itu. Kerana istimewanya Bani Israel, ketika mereka kehausan, Allah mewahyukan kepada Nabi Musa untuk memukul batuan dan terpancarlah dua belas mata air untuk dimanfaatkan Bani Israel. Air itulah yang menjadikan Bani Israel terbebas dari kehausan akibat alam yang tandus dan gersang. Ketika mereka lapar, mereka meminta kepada Nabi Musa agar Allah menganugerahkan makanan. Maka, Allah pun mengirimkan makanan bernama ‘Manna’ dan ‘Salwa’. Dua hal ini merupakan simbol kenikmatan jasmani, kerana ‘Manna’ dan ‘Salwa’ adalah sesuatu yang sangat berharga. Hal ini digambarkan Allah dalam al-Quran, ketika Bani Israel berada dalam kejaran dan kepungan raja Firaun hingga puluhan tahun. Allah berfirman dalam QS. Al-Baqarah: 57, “Dan Kami naungi kalian dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu (makanan yang bernama) ‘Manna’ dan ‘Salwa’. Makanlah makanan yang suci itu yang telah Kami anugerahkan kepadamu. Dan tiadalah mereka menganiaya Kami, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” Dalam ayat ini, Allah menyebutkan bahawa Bani Israel bersama Nabi Musa telah ditolong Allah ketika sedang dikejar tentara Firaun. Mereka dinaungi dengan awan ketika mereka tersesat di padang pasir. Dalam QS. Al-Maidah: 26 disebutkan bahawa mereka tersesat di padang pasir yang terik selama 40 tahun. Bayangkan saja, apa rasanya jika selama waktu 40 tahun kita berada di suatu tempat yang tandus, panas dan terik? Bolehkah kita hidup nyaman? Kerana itu, melalui permohonan Nabi Musa, Allah lalu memberi kemudahan kepada Bani Israel dengan memberikan awan sebagai pelindung bagi mereka ketika mereka berada di sebuah tempat yang panas. Sejumlah ulama tafsir menyebut bahawa lokasi yang dimaksudkan adalah padang pasir antara Mesir dan Syam, iaitu sekarang wilayah Palestin, Syria dan Lebanon. Awan yang menaungi mereka di tengah terik panas matahari itu merupakan kenikmatan Allah yang luar biasa. Tak cukup sampai di situ. Kerana iklim dan cuacanya panas, maka tanaman dan pepohonan akhirnya tidak tumbuh sebagaimana mestinya. Haiwan ternakan pun tak dapat hidup. Maka, yang terjadi adalah kelaparan dan kehausan. Nabi Musa tidak diam begitu saja. Ia ingin menunjukkan kepada Bani Israel bahawa Allah peduli kepada mereka. Nabi Musa bermunajat kepada Allah untuk menganugerahkan makanan bagi mereka. Allah akhirnya menurunkan makanan bernama ‘Manna’ dan ‘Salwa’.

Makanan Lazat
Mengenai makanan bernama ‘Manna’ dan ‘Salwa’ ini, para ulama ahli tafsir berbeda pendapat. Pandangan dari para pakar berbeda-beda mengenai dua hal itu. Ali bin Thalhah, dari Ibnu Abbas r.a., menjelaskan bahawa al-manna atau Manna yang disebutkan dalam ayat di atas jatuh tepat di atas pohon, kemudian Bani Israel mengambilnya pada pagi hari dan memakannya sesuai dengan yang mereka sukai. Menurut riwayat lbnul Mundzir dan Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas, beliau berkata bahawa ‘Manna’ adalah suatu makanan manis, berwarna putih yang biasanya melekat pada batu-batu dan daun-daun kayu. Rasanya manis dan enak; semanis madu, sehingga ada penafsir yang memberinya erti madu. Apabila makanan itu di makan, maka yang memakannya akan merasa kenyang. Mereka boleh membawa keranjang setiap pagi untuk mengambilnya. Mengenai maksud ‘Manna’ ini, Perjanjian Lama Keluaran XI juga mengungkapkan bahawa yang disebut ‘Manna’ adalah sesuatu yang datang bersama embun pagi sekeliling perkhemahan. Makanan tersebut membeku dan halus seperti sisik. Sedangkan dalam Bilangan XI ayat 7 dijelaskan bahawa al-manna adalah makanan berbentuk seperti ketumbar (rempah). Bani Israel, jelas dalam kitab umat Nasrani itu, memungut dan menggilingnya dengan batu gilingan atau menumbuknya dalam lesung. Mereka memasaknya dalam periuk dan membuatnya menjadi roti bulat. Rasanya seperti rasa masakan yang digoreng. Sementara itu, menurut Syeikh Mutawalli Sya’rawi, ulama ahli tafsir dari Mesir, menyebutkan bahawa ‘Manna’ adalah sejenis makanan berbiji-biji berwarna merah yang terhimpun pada dedaunan, yang biasanya turun saat fajar menjelang terbitnya matahari. Sampai saat ini, kata dia, ‘Manna’ masih dapat ditemukan di sebahagian daerah di Iraq. Banyak orang yang keluar di pagi hari membawa kain-kain putih yang lebar dan meletakkannya di bawah pohon-pohon yang dedaunannya dihinggapi butir-butir merah itu, kemudian menggerakkannya sehingga butir-butir atau bijian tersebut berjatuhan di atas kain putih tadi. Asy-Sya’rawi, melalui Kitab Tafsirnya, menterjemahkan kata “al-manna” sebagai makanan yang sangat lazat bagaikan manisan dari madu. Thahir bin Asyur, ulama tafsir juga, menyebutkan bahawa “al-manna” atau “Manna” adalah satu bahan semacam jem dari udara yang hinggap di dedaunan, mirip dengan gandum yang basah. Rasanya manis bercampur asam dan berwarna kekuning-kuningan. Banyak ditemukan di Turkistan dan sedikit di tempat lain. Makanan tersebut baru ditemukan di Sinai sejak masa Bani Israel tersesat di sana. Pendapat ini diperkuat oleh pendapat yang lain yang menyebutkan bahawa “al-manna” adalah sejenis getah yang dapat dimakan. Al-manna kadang pula diertikan semacam embun yang menyerupai sari buah yang turun pada pagi hari, namun ia enak untuk dimakan. Ada juga yang berpendapat bahawa “al-manna” adalah jenis minuman.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2011 di pasaran...

Bacaan Talqin Di Kubur Untuk Orang Hidup

MASALAH membaca talqin diatas kubur timbul dalam satu majlis kuliah agama. Seorang guru agama, Pendakwah bebas yang terkenal Ustaz Dr. Shahrul Akbar telah memberikan ceramah agama di sebuah madrasah di pinggir ibu kota baru-baru ini. Kitab yang menjadi panduan untuk memberikan kuliahnya ialah sebuah kitab yang ditulis oleh “Al-Qurtubi”, seorang ulama tersohor dan terkenal dikalangan ulama negara Islam dunia.
Beliau telah membaca tentang bab mengenai alam Barzakh. Ustaz Shahrul telah membaca sebuah hadis yang agak panjang dan menterjemahkannya sekali berhubung dengan bagaimana “roh orang mukmin dan bukan mukmin keluar dari jasad.” Perbezaannya amat ketara sekali. Roh orang-orang mukmin keluar dengan cara yang baik, manakala roh orang bukan mukmin dikeluarkan secara kasar. Para jemaah yang mendengar ceramah tersebut kelihatan “diam” dan mendengarnya dengan perhatian penuh, dan para jemaah itu kelihatan tidak mahu melepaskan peluang itu yang diajarkan oleh Ustaz Shahrul hanya “dua minggu sekali saja.” Selepas membaca hadis yang panjang itu dan menterjemahkannya maka ustaz Shahrul menghuraikannya secara ringkas. “Ini dari lisan Nabi sendiri,” kata Ustaz Shahrul. “Ini bukan dari mulut saya sendiri,” sambungnya lagi. Sebagaimana biasa, beliau akan membuka peluang kepada jemaah untuk mengemukakan apa juga pertanyaan yang dimusykilkan. Seorang jemaah kemudian bertanya: “Tadi, ustaz ada menjelaskan tentang orang yang sudah mati, roh akan berada di alam Barzakh. Alam Barzakh, satu alam yang lain dari alam dunia. “Serba serbinya lain, bahasanya lain, suasananya lain, dunia lain dan semuanya tidak sama. Orang mati ini terpisah terus dengan orang hidup di atas muka bumi ini...” “Ya, betul?” Sampuk ustaz Shahrul sambil bertanya: “Sekarang pertanyaannya apa?” “Pertanyaan saya ialah, semasa jenazah dikebumikan, ia berada di dalam alam Barzakh. Kebiasannya akan dibacakan talqin, iaitu mengajar mayat dalam alam barzakh ini, sedangkan keadaannya sudah berbeza antara kita di bumi dengannya yang di dalam kubur. Bahasanya lain. Suasana lain, semuanya lain. “Antara dialog yang biasa dibaca oleh pembaca talqin begini: “Sebentar lagi akan datang dua malaikat. Janganlah kamu takut dan gentar dan malaikat itu adalah makhluk Allah sama seperti kita. “Bolehkah orang mati itu mendengar dan menerima ajaran dari orang di atas bumi ini? Sedangkan dia berada di alam lain?” Ustaz Dr. Shahrul dengan wajah yang tersenyum sambil merenung wajah jemaah yang bertanya dengan tepat dan menjawab: “Kalau saya tak silap perkara talqin sudah saya jelaskan sejak lama dulu. Sebenarnya, katanya, masalah baca talqin diatas kubur itu bukanlah untuk simati yang ada di dalam kubur itu. “Tetapi talqin yang dibaca itu ialah untuk orang hidup yang ada di atas kubur yang menghantar jenazah tadi. Ia tidak ada kena mengena dengan si mati. Apabila seseorang itu meninggal dunia dan dikebumi, maka terputuslah halnya dengan perkara dunia. Ketika itu sistem pendidikan pun sudah tidak wujud. “Orang yang mengajar simati itu didalam kubur sudah tidak berfungsi, kerana rohnya sudah tidak ada, otaknya sudah tidak berfungsi, jadi bagaimana sistem pendidikan itu boleh berjalan? “Jadi, bacaan talqin itu sebaik-baiknya biarlah dalam bahasa yang kita fahami. Bukannya dibaca dalam bahasa Arab, kerana bukan saja yang hadir diatas kubur tak faham, bahkan yang membacakannya pun tak faham apa yang dibacanya.
“Kerana talqin itu nasihat untuk orang hidup, bukan untuk yang mati yang dikebumikan itu. Si mati sudah berada disatu alam lain iaitu alam Barzakh. Ia tidak akan mendengar apa-apa pun dari orang di atas, kerana alamnya sudah berbeza,” jelas Dr. Shahrul Akbar dengan panjang lebar. Jemaah itu bertanya lagi mengenai dialog dalam talqin tersebut yang diantara lain menyebut iaitu memberitahu kepada jenazah dalam kubur itu: “Sebentar lagi akan datang dua malaikat dengan wajah yang garang. Janganlah engkau takut dan gentar. Kedua-duanya itu adalah makhluk Tuhan seperti kita juga. Dan pertanyaan itu hendaklah kamu menjawabnya dengan tenang. Bagaimana dengan dialog ini dalam bentuk mengajar? “Sebagaimana dijelaskan bahawa ketika itu tidak wujud lagi sistem pendidikan. Apa juga yang diajar oleh orang di atas, orang di bawah tidak akan tahu,” kata Ustaz Shahrul dengan tegas.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2011 di pasaran...

Menukar Perniagaan Demi Agama Allah

HANYA orang-orang yang memiliki keteguhan iman, ketabahan pendirian dan cinta yang luar biasa kepada Allah dan Rasulullah yang berani menempuh jalan penuh bahaya dengan pilihan meninggalkan Makkah lalu pergi ke Madinah untuk hijrah. Tak peduli harta, rumah, bahkan tanah yang mereka miliki, nyawa pun rela dipertaruhkan. Semua itu demi kecintaan kepada Allah dan RasulNya. Salah seorang dari sahabat Nabi s.a.w. yang masuk dalam senarai orang-orang tabah itu adalah Shuhaib bin Sinan. Saat Rasulullah mengumumkan perintah berhijrah, dia pun rela meninggalkan Makkah dan meninggalkan kenangan keberkahan bagi kejayaannya. Dia segera berkemas, mempersiapkan barang-barang yang hendak dia bawa dan bertekad untuk hijrah. Tetapi, belum sempat langkah kakinya meninggalkan Makkah, orang-orang kafir Quraisy memerangkap Shuhaib. “Dulu engkau datang kepada kami dalam keadaan fakir dan hina. Lalu, hartamu berkembang bersama kami hingga engkau mencapai apa yang telah engkau capai saat ini. Sekarang, engkau ingin pergi begitu saja sambil membawa hartamu? Sungguh hal itu tak akan kami biarkan terjadi.” Shuhaib tak dapat melanjutkan hasratnya. Dia tak dapat melangkahkan kakinya meninggalkan Makkah. Dia terpaksa kembali menetap di Makkah dan tidak dapat ikut berhijrah. Ucapan orang-orang kafir Quraisy itu mengingatkan masa lalunya saat dia datang ke Makkah. Dia seperti dibebani masa lalu itu dan tidak kuasa meninggalkan Makkah secara bebas.

Biodata Shuhaib
Shuhaib mempunyai nama lengkap Shuhail bin Sinan bin Malik. Dia juga disebut Khalid bin Amr bin Uqail bin Amir dari kabilah Arab. Nasabnya dikatakan tersambung sampai Rabiah bin Nizar. Sebenarnya, ayahnya adalah penguasa kota Abilah di Iraq. Tapi nasib pilu harus dia alami. Mulanya, dia ditahan di negeri Iraq, lalu dijual di pasar budak (hamba). Sejak itu, dia mengalami hidup penuh derita. Sebagai hamba, dia berpindah-pindah tangan, bagaikan barangan yang diperjualbelikan. Dia bahkan pernah hidup di istana-istana Rom bersama budak-budak (hamba-hamba) lainnya. Tetapi “nasib baik” berpihak kepadanya. Berkat pertolongan Allah, dia berhasil melarikan diri dan kemudian pergi ke Makkah. Kota itu sengaja dia pilih kerana dia pernah mendengar khabar dari paderi Nasrani bahawa seorang Nabi akan muncul di negeri Arab. Dia lalu memutuskan tinggal di Makkah, seraya menunggu kehadiran Nabi Muhammad. Di kota Makkah, dia dipanggil ‘ar-Rumi’ kerana gaya percakapannya yang tergagap-gagap dan rambutnya yang berwarna merah. Tapi dalam riwayat lain, dia disebut ar-Rumi kerana pernah tinggal di Rom. Rupanya nasib baik kembali berpihak. Di kota Makkah, dia bertemu Abdullah bin Jud‘an, seorang pedagang yang terpandang. Shuhaib kemudian bekerja untuk Abdullah bin Jud‘an. Setelah lama bekerja, dia berdagang sendiri dan perlahan perniagaan yang dia rintis itu berkembang bahkan menjadikan dia seorang ahli perniagaan yang berjaya dan kaya. Saat Nabi s.a.w. berdakwah secara terang-terangan, Shuhaib tidak ragu-ragu lagi dengan apa yang pernah didengar dari paderi Nasrani akan kenabian Muhammad. Maka, dia pun menyambut kehadiran Rasulullah dan berniat untuk merengkuh cahaya Islam.
Tak perlu berfikir panjang, saat dia mendengar Rasulullah menyampaikan risalah kenabian di rumah al-Arqam, Shuhaib melangkahkan kakinya dengan bulat, meskipun dia harus berjalan sembunyi-sembunyi supaya tidak diketahui oleh orang lain. Maklum ia tinggal di Makkah seorang diri, tak punya saudara. Walaupun dia memiliki harta melimpah, tapi tak ada orang yang akan menjamin keselamatan dirinya jika ada orang yang dengki lalu berbuat jahat kepadanya. Itu yang membuat dia bagaikan orang asing dan hidup sendiri. Saat dia pergi ke rumah al-Arqam, secara kebetulan, dia datang bersamaan dengan kedatangan Amar bin Yasir. Jadi keduanya kemudian bersama-sama menyatakan Islam. Tapi, ujian berat datang setelah itu. Sebab, ketika orang-orang kafir Quraisy mengetahui dia masuk Islam, mereka menimpakan gangguan dan penderitaan yang tidak terperikan baik kepada Shuhaib mahupun orang-orang lemah, terlebih bekas-bekas hamba muslim. Sejak itu, Shuhaib didera ujian berat. Dia merasakan penderitaan berat kerana dia lebih memilih Islam. Tapi, semua penderitaan dan seksaan itu dia hadapi dengan sabar. Hingga kemudian, datang perintah hijrah. Kecintaannya kepada Rasulullah pun mengantarkan dia untuk berhijrah. Tapi, orang-orang Quraisy rupanya tidak merelakan kepergian Shuhaib begitu saja. Mereka dengan penuh kewaspadaan kemudian menghadang langkah Shuhaib saat hendak meninggalkan kota Makkah. Berkali-kali Shuhaib berusaha pergi meninggalkan Makkah bahkan kepergian itu dilaksanakan dengan diam-diam, mereka pun seperti dapat mencium langkah kaki Shuhaib. Hadangan dari orang-orang kafir Quraisy pun tak kuasa membuat Shuhaib dapat berhijrah. Berkali-kali itu pula, Shuhaib harus menelan ludah kerana tak berhasil pergi dari kota Makkah. Setiap kali Shuhaib mencuba berhijrah, dia merasa seakan-akan terhalang batu karang besar yang menghadang di depannya. Shuhaib pun tidak kuasa berbuat apa-apa. Dia seperti dihadang badai besar dan kencang yang menerjangnya untuk kemudian dia terpelanting jatuh. Sebab orang-orang kafir Quraisy itu selalu dapat mencium aroma dan jejak langkah kepergian Shuhaib kemudian menggagalkan langkah kaki Shuhaib tatkala hendak berhijrah.

Hasrat Berhijrahnya Tercapai
Tetapi, niat Shuhaib untuk hijrah tak pernah padam. Dia kemudian membulatkan tekad hijrah kembali. Maka, pada suatu hari, ia menyelinap keluar dan berhasil terlepas dari intaian orang-orang kafir Quraisy. Bahkan dia dapat lulus keluar rumah hingga mendekati sempadan kota Makkah. Tapi, lagi-lagi orang-orang kafir Quraisy berhasil mencium jejak langkah Shuhaib dan kemudian mengejarnya. Saat Shuhaib menempuh setengah perjalanan, orang-orang Quraisy berhasil menghadang. Shuhaib tak hairan dengan upaya orang-orang kafir yang dapat mengejarnya. Sebab dari awal, dia sudah menduga bahawa keinginannya untuk hijrah kali ini akan dihadang kembali, meskipun dia sudah meloloskan diri setengah perjalanan. Tapi, kali ini tekad Shuhaib untuk hijrah sudah bulat. Ibarat sebuah besi, niat hijrahnya kali ini tidak dapat dipatahkan. Apalagi, dia sudah bertekad tidak akan kembali lagi ke Makkah. Niat hijrah kali ini sudah tertanam kuat di lubuk hatinya dan itu tak akan dapat digoyahkan. Walau bagaimanapun, dia harus meninggalkan Makkah dan dapat melangkah sampai ke Madinah. Tak disangsikan lagi, tekad itu pun membuat dia tak mundur selangkah pun ketika orang-orang Quraisy semakin mendekat. Dengan cekatan Shuhaib pun kemudian berlari kencang dan naik ke tempat lebih tinggi, lalu ia mempersiapkan busur dan anak panah. Saat para pengejarnya itu mendekat, dia mengarahkan anak panahnya dan siap membidik mereka dengan cermat sambil berteriak lantang. “Wahai kaum Qurasiy, kalian pasti tahu bahawa aku adalah orang yang mahir memanah. Anak panahku tidak pernah meleset. Demi Allah, jika kalian terus memaksa mendekat ke arahku, kalian tidak akan pernah mendapatkan apa-apa kecuali hujan anak panahku. Jika anak panahku habis, aku akan menghancurkan kalian dengan pedangku. Aku tidak akan pernah menyerah selama di tanganku masih tergenggam senjata.” Entah apa yang ada di hati orang-orang Quraisy itu. Sebab ancaman Shuhaib itu tidak membuat mereka gentar. Mereka pun maju meradang dan siap melawan ancaman Shuhaib. Akhirnya, Shuhaib pula justeru yang dibuat bingung. Tetapi, beberapa saat kemudian Shuhaib menemukan idea gemilang untuk menundukkan hati mereka. “Bagaimana kalau aku serahkan hartaku kepada kalian?” pujuk Shuhaib dengan cepat. “Apakah kalian akan membiarkanku pergi?”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2011 di pasaran...

Sedekahnya 'Berbuah' Umrah, Kereta Dan Rumah

BEGITULAH yang terjadi dengan Abdoel Rochimi. Setelah bergabung dengan “Daarul Quran” dan kemudian ikut mengasaskan ‘Program Pembibitan Penghafal Al-Quran’ bersama Ustaz Yusuf Manshur, dia semakin menyedari pentingnya amalan bersedekah. Maka, sejak 2007, setiap bulannya, dia pun mulai membiasakan diri bersedekah dengan membahagikan paling sedikit 40 nasi bungkus kepada para tetangganya. “Makanan itu dimasak sendiri oleh isteri saya,” ujar lelaki kelahiran Indramayu, 4 April 1976 ini. Kebiasaan bersedekah itu kemudian diteruskan di rumah barunya dengan mengundang teman-temannya ketika kuliah dulu, terutama yang berasal dari Persatuan Permai Ayu (Persatuan Mahasiswa Indramayu). Maka, dari sinilah lahir istilah mesranya “Ngopi Yu!” (Marilah minum kopi) yang diisi dengan aktiviti ringan seperti berbual-bual, mengulang kaji pengajian, bermuzakarah dan sebagainya. Rochimi mengundang orang-orang yang tergabung dalam majlis “Ngopi Yu!” ini setiap bulannya. Mereka mengulang kaji dan mengaji al-Quran 30 juz. Selesai majlis, Rochimi pun menyediakan nasi bungkus dan beberapa aneka makanan lainnya kepada mereka. Begitu yang dilakukan Rochimi setiap bulannya. Tentu, tidak itu saja kebiasaan bersedekah Rochimi. Keajaiban hidup pun kerapkali dia alami. Rumah bertingkat bertaraf ‘banglo’ kini menjadi tempat tinggalnya pun tidak terlepas dari konsep bersedekah yang selama ini dia amalkan. Diceritakan, isterinya yang saat itu mengandung anak keduanya, tiba-tiba mengidamkan ingin tinggal di sebuah rumah yang cukup megah dan mewah. Oleh Rochimi, keinginan isterinya ini disambut dengan bergurau, “Ya tinggal masuk saja ke rumah orang kaya. Bukankah senang begitu!”
Tapi, lama-kelamaan, hal itu menjadi pemikiran Rochimi juga. Hingga, suatu saat, dia pun benar-benar membina sebuah banglo untuk isteri tercintanya. Maka, siang dan malam, dia dan isteri sengaja mencari rumah yang bagus dan murah yang mampu dibelinya secara bayaran ansuran. Tapi, yang dicarinya ternyata tidak mudah. Hingga suatu saat dia bertemu dengan salah seorang ahli usrahnya dan dia pun menyatakan maksudnya ini. Ibarat gayung bersambut, ahli usrahnya itu itu ternyata ingin membantu Rochimi. “Ustaz hanya perlu cari tanah bergeran saja, nanti saya bangunkan rumah di sana,” tegas jemaah tersebut yang merupakan seorang kontraktor kepada Rochimi, yang memang sehari-hari dipanggil “Ustaz” ini. Tapi, Rochimi menyangka hal itu hanya gurauan semata-mata. Yang ada dalam fikirannya, kalaupun nanti dibangunkan rumah, dia pasti akan berhutang juga kepada orang itu. Tetapi, dia pun tetap meniatkan mencari tanah dan akhirnya menemukannya. Tanah itu milik orang keturunan Tionghua yang harganya diperkirakan Rp200 juta. Namun, wang tunai yang ada di tangan Rochomi hanya Rp10 juta saja. Bagaimana boleh jadi ke...? Di sinilah keajaiban berlaku. Ternyata, orang Cina itu tidak mengharuskan Rochimi mesti membayar tunai atau secara dikredit. Dan yang lebih menyenangkan lagi, bayarnya bila-bila masa saja atau ketika ada wang saja, tidak harus dibayar setiap bulan. Setelah tanah itu secara rasmi dibeli dan surat-suratnya telah diurus, maka Rochimi pun menemui kembali orang yang hendak membantunya untuk membangunkan rumahnya itu. Tidak memerlukan waktu lama, kontraktor tersebut segera membangunkan banglo tiga tingkat. Namun, yang ada dalam bayangan Rochimi, rumah itu pasti tidak akan diberikan kepadanya begitu saja, tapi akan dihutangkannya. Di benaknya bergelayut tanda tanya: berapa pula jumlah wangnya yang harus dia ansurkan setiap bulannya?Belum saja rumah itu hampir siap dibangun, tiba-tiba, Rochimi mendapatkan hadiah menunaikan umrah dari salah seorang jemaah lainnya. Maka, takut dianggap mempunyai wang yang banyak oleh orang yang membangunkan rumah tersebut, Rochimi pun bercakap terus terang, “InsyaAllah esok saya akan berangkat umrah. Alhamdulillah ada jemaah yang menaja perbelanjaan saya.”
Mendengar perkataan Rochimi, orang itu malah ikut berbahagia dan minta didoakan agar hidupnya menjadi berkat. Maka, berangkatlah Rochimi ke Tanah Suci. Di sana, dia mengalami berbagai keajaiban, seperti boleh mencium Hajar Aswad dengan mudah, banyak orang yang memberi kurma dan air zam zam saat dia sedang berzikir di masjid dan sebagainya. Setelah itu Rochimi pulang ke Tanah Air. Ternyata keajaiban tersebut tidak berhenti sampai di situ saja. Ketika sampai di rumah yang akhirnya selesai dibangunkan, tiba-tiba ada kereta baru jenama terkenal terletak di garaj rumahnya. Ternyata, kenderaan itu merupakan pemberian orang dan surat-suratnya sudah dibuat atas namanya. Kebahagiaan Rochimi kian bertambah setelah banglo yang kini ditempatinya itu, memang benar-benar ‘khusus’ dibangunkan untuk dirinya secara percuma. Jadi, dia tidak perlu berhutang kepada pemaju perumahan tersebut. Orang itu hanya minta kepadanya agar “didoakan kesejahteraan” saja.
Demikian berbagai keajaiban yang dialami Rochimi. Dalam satu waktu (sebulan), dia mendapatkan tiga keberkatan sekaligus: dibangunkan rumah mewah bertaraf banglo, diberi kereta mewah dan diumrahkan secara percuma. “Jika dibandingkan dengan gaji saya sebulan, mungkin seumur hidup saya tidak akan mampu mendapatkan semuanya itu, meski dibayar secara beransur-ansur sekalipun,” ujarnya. Bagi Rochimi, inilah yang disebut dengan rezeki tak terduga (min haitsu laa yahtasib). Menurutnya, rezeki itu ada tiga. Pertama, rezeki itu memang dari Allah. Ertinya, rezeki itu diberikan kepada siapa saja, baik orang Islam, bukan Islam, binatang, tumbuhan dan sebagainya. Kedua, rezeki kerana kerja keras (kasab). Ketiga, rezeki kerana tidak terduga datangnya. Dan apa yang dia alami selama ini, tidak lain merupakan rezeki yang tidak terduga yang dikurniai Allah atas segala kebaikan yang dilakukannya, iaitu bersedekah. Rochimi pun kemudian berkisah bagaimana saat kelahiran anak keduanya. “Anak kedua saya ini lahir ketika usia kandungan masih lapan bulan,” ujarnya. Ketuban isterinya tiba-tiba pecah ketika usia kandungan belum sembilan bulan. Oleh Rochimi, isterinya pun segera dibawa ke hospital terdekat di Pasar Rebo. Ternyata oleh doktor, isterinya harus dibedah caesar. Namun, dia menolaknya kerana berbagai risiko yang ditanggungnya kemudian. Tapi, doktor tetap menyarankannya untuk dibedah juga dan Rochimi tetap menolaknya. Akhirnya, ikhtiar lain dilakukan, iaitu dengan cara disedut, tentu dengan segala risikonya juga. Ketegangan mewarnai Rochimi ketika isterinya melahirkan. “Seumur hidup saya, baru kali itu saya dapat khatam Yaasiin sampai sepuluh kali dalam sehari,” ujarnya...

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2011 di pasaran...

Dibimbing Lelaki Misteri Ketika Tawaf

LELAKI ini dikenali dengan nama Zulbahri. Dia lahir di Padang, 16 Oktober 1952. Selesai menamatkan pendidikan sekolah menengah, dia berhijrah ke Surabaya dengan hasrat untuk memohon berkhidmat dalam tentera laut. Tapi, saat itu tahun 1971, angkatan laut tidak membuat pengambilan anggota baru. Maka, dia pun pindah haluan ke Yogjakarta untuk melanjut pengajian di Akademi Maritim. Memasuki tahun ke-2 di Akademi Maritim, Zulbahri mendapatkan tugas praktikal, yakni harus mencari kapal laut untuk latihan berlayar atau menjadi nakhoda. Maka dia pun berangkat ke Jakarta. Mungkin dia fikir akan mudah mendapatkannya kerana berada di kota besar. Kenyataannya tidaklah demikian, selama beberapa bulan tak ada satu kapal laut pun yang boleh dia pohon untuk tugas praktikalnya. Agak kecewa atas kegagalannya, akhirnya dia pun berpatah balik ke Yogjakarta dan memilih tidak melanjutkan kuliah. Akhirnya, dia memilih bekerja di Cilegon, Banten, di sebuah perusahaan kontraktor (PT. Saputra). Selama 5 tahun ia bekerja di sana antara tahun 1974-1980. Tidak puas pada satu tempat kerja, dia pun pindah bekerja ke syarikat kilang kain di Bekasi (1980-1982). Ketika bekerja di sinilah, dia sempat dipelawa oleh orang yang menyaranya ketika di Jakarta dulu untuk ke Tanjung Karang, Lampung, untuk menziarahi saudaranya. Ditakdirkan di sinilah dia bertemu calon isteri, Yalis Satri, yang tidak lain merupakan anak dari bapa saudaranya yang lain. Mereka akhirnya berkahwin. Zulbahri lalu membawa isterinya ke Bekasi kerana dia masih terikat kerja di perusahaan tekstil berkenaan. Namun, hanya bertahan setahun kerana isteri sedang dalam kedaan hamil dan keluarga besar di Lampung memintanya untuk pulang kampung. Maka, Zulbahri dan isteri pun pulang kampung dan meniti hidup baru di sana. Kerana belum mempunyai pekerjaan, Zulbahri pun, untuk sementara, membantu pekerjaan mertuanya, yang tidak lain merupakan pengusaha kopi dan cengkeh yang cukup berjaya ketika itu. Namun, di sini pun tidak lama kerana seorang teman kemudian mengajaknya bekerja di Pekerjaan Umum (PU). Di sini pun hanya bertahan 2 tahun. Pada saat yang tepat, LIPI Bandung membuka cawangannya di Lampung. Maka dia pun mendaftar ke sana dan langsung diterima (1984) di bahagian penelitian. Namun, pada tahun 1996 (sekitar 12 tahun kemudian), dia dipindahkan ke bahagian gudang. Tapi, setahun kemudian (1997) dipindahkan lagi ke bahagian pemasaran. Di sinilah keberuntungan memihak padanya. Rupanya, tugasnya di bahagian pemasaran mendatangkan rezeki yang lebih kepadanya. Sehingga dia pun dapat melaksanakan ibadah haji ke Tanah Suci bersama isteri. Kepada Hidayah, dia pun mengisahkan pengalaman kerohaniannya saat berada di Makkah dan Madinah untuk berhaji.

Akibat Gurauan Di Madinah
Pada bulan Februari 2003, Zulbahri mendaftar haji dengan membuat simpanan pendahuluan sebanyak Rp.5 juta (RM1,750). Namun, pada bulan Jun tahun itu juga, biaya haji sebesar Rp.40 juta (RM14,000) (campur isteri) sudah boleh dilunasinya sehingga dia pun langsung mendapatkan giliran berangkat pada tahun 2004. Saat tiba waktunya, dia dan isteri berangkat ke Madinah. Selama di Madinah mereka tinggal di hotel, di mana jarak dari tempat penginapan ini ke Masjid Nabawi ditempuh sejauh 2 km. Meski agak jauh, dia menggunakan jalan kaki untuk sampai ke Masjid Nabawi. Zulbahri bersama 11 orang lainnya dalam satu rombongan. Agar tidak terpisah satu sama lain, mereka pun saling memegang baju belakang teman atau keluarga yang ada di depannya, sehingga mereka berjalan seperti berurutan saat berada di Masjid Nabawi. “Kerana terlalu banyaknya orang, jutaan, jadi takut terpisah,” ujar Zulbahri mengisahkan kelakuannya dan teman-temannya saat itu. Tapi, entahlah, hal apa yang kemudian merasuk ke dalam fikiran Zulbahri. Kerana tiba-tiba saja dari mulutnya keluar kata-kata sindiran kepada salah seorang temannya yang sedang memegang kain bahagian belakang temannya yang ada di depan, “Oh..., takut terpisah ya!” Mungkin kerana bernada gurauan, si teman pun tidak mengambil hati teguran Zulbahri. Dia hanya tersenyum saja. Saat itu memasuki hari kedua berada di Madinah dan sehabis Maghrib. Selesai solat isyak di Masjid Nabawi, Zulbahri pun pulang bersama rombongan. Namun, ‘gurauan’ Zulbahri sebelum isyak rupanya berbuah petaka. Kerana dia bersama isteri dan seorang teman serta isterinya tersesat saat pulang. “Ketika keluar dari pintu 17 Masjid Nabawi, mestinya saya belok ke kiri, eh malah belok kanan pula,” ujarnya.
Isterinya sebenarnya sudah mengingatkan bahawa jalannya salah, tapi Zulbahri tetap merasa yakin bahawa dia telah melakukan hal yang benar. Begitu juga dengan temannya, sebenarnya dia juga merasa jalan pulangnya salah, tapi dia tidak memberitahu kerana difikirnya Zulbahri mungkin sedang mengajaknya jalan-jalan. Setelah berjalan berpuluh-puluh meter, Zulbahri pun menyedari bahawa jalannya salah. Mereka pun akhirnya kembali lewat arah yang sama dan kemudian mengulangi lagi dari awal. Mereka akhirnya dapat juga pulang dan sampai di hotel dengan selamat.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2011 di pasaran...

Lingkaran Islam Di Kutub tara

AMIR SULIMA, tokoh muslim di Inuvic, daerah Kutub yang masuk wilayah Kanada, tak dapat menyembunyikan kebahagiaannya pada November tahun lalu. Sebabnya, pada saat itulah dia dan saudara muslimnya mendapatkan sesuatu yang dihajatkan dan bersejarah bagi kehidupan mereka. Sebuah masjid telah berdiri atau tepatnya di‘rakit’kan di daerahnya. Ya, itulah masjid pertama yang ada di Kutub Utara. “Ini adalah bangunan yang indah. Semua orang senang memiliki bangunan mungil untuk bersilaturahim dan sembahyang Begitu pun anak-anak, mereka dapat bermain di dalamnya,” kata Amir Sulima, sebagaimana dipetik CBC News. Masjid ini memang luar biasa unik. Ia dibawa dengan kapal tongkang dan menempuh perjalanan cukup panjang, 4,000 kilometer, dari Manitoba yang juga termasuk wilayah Kanada. Jadi, saat datang ia sudah berupa bangunan yang tinggal diletakkan dengan sedikit pekerjaan pemasangan. Masjid ini melalui dua wilayah dan menyusur aliran sungai Mackenzie sebelum sampai kepada masyarakat di utara Lingkaran Kutub Utara. Bangunan berwarna ‘krem’ ini memiliki luas 1,554 meter persegi dan akan memiliki peranan penting sebagai pusat komuniti muslim di Kutub Utara. Mereka selama ini sudah sangat merindukan adanya masjid, hingga kedatangan masjid yang belum diberi nama ini sangat membuat mereka terharu. Sebagaimana diberitakan CBC News setidaknya ada 40 muslim yang menyambut kedatangan masjid ini. Mereka langsung berpelukan dan bertepuk tangan saat kendaraan yang membawa masjid ini sampai di Inuvic. Adalah The Zubaidah Tallab Foundation, sebuah lembaga amal Islam di Manitoba, yang membiayai pembangunan masjid ini. Lembaga ini mengumpulkan wang untuk pembangunan masjid ini yang didedikasikan untuk membantu muslim Inuvic menjalankan dan mengembangkan Islam mereka. Kerananya, pihak yayasan dan juga warga muslim lain di daerah Kutub sangat berbangga dengan keberhasilan pembangunan masjid ini. Pengumpulan dana tidaklah mudah dan memerlukan waktu dua tahun. Belum lagi halangan membawa masjid ini sampai ke tujuan, membuat beberapa pengurus sempat mengalami ‘stres’. Biaya yang dihabiskan lebih kurang 300,000 Dollar, dimana hampir sepertiganya digunakan untuk biaya pengangkutan membawa masjid ini sampai ke tujuannya. Dimulai dengan perjalanan darat dengan kendaraan khusus, masjid ini mesti mencari jalan yang tepat, sebab banyak jalan raya yang tak memperbolehkan kendaraan yang ada di atasnya membawa bangunan separuh siap. Belum lagi jika harus melewati jembatan sempit dan menghadapi tiupan angin kencang. Berhasil dari jalan darat, separuh perjalanan kemudian dilakukan melalui air. Jadilah masjid ini dinaikkan ke atas tongkang dan menempuh 1,800 km, menyusuri Sungai Mackenzie sebelum sampai ke Inuvic. Sungguh sebuah perjuangan yang tak mudah. Wajar jika sebahagian muslim di Inuvic sampai menitiskan air mata. Mamdouh El-Haradi, seorang pemandu teksi yang berasal dari Sudan, mengaku sangat bahagia. Masjid adalah simbol terkuat bagi umat Islam dimana kaum muslim dapat datang untuk sembahyang dan beribadah. “Kami berencana untuk menggunakannya juga sebagai sebuah pusat komuniti, “ ujar El-Haradi, terharu. Ketiadaan tempat ibadah selama ini telah membuat puluhan keluarga muslim di Inuvic harus mengirim anak-anak mereka ke tempat lain di Kanada kerana belum ada pusat pendidikan Islam di kota itu. Sebelumnya, mereka sudah mencuba membangun namun gagal. Untuk kegiatan keagamaan, termasuk perayaan Ramadan dan Aidilfitri mereka menggunakan sebuah kontainer kecil yang tentu saja jauh dari memadai menampung jemaah. Kerananya, masjid ini tak hanya menjadi tonggak baru dalam sejarah namun juga menunjukkan betapa Kanada terbukti telah menjadi tempat bagi toleransi dan perkembangan bagi keragaman.

Lingkaran Kutub
Kisah Inuvic telah membuka mata kita bahawa ada komuniti muslim di Kutub Utara yang tetap setia dengan Islam mereka. Selama ini, kita hanya mengenal Kutub Utara sebagai daerah berbalut ais luas yang kini sering dikait-kaitkan dengan isu pemanasan global kerana banyaknya ais mencair di sana. Tak dinafikan, ternyata, di Kutub kita juga dapat mendengar tentang Islam. Kutub Utara sendiri termasuk dalam wilayah beberapa negara, yakni Kanada, Russia, Denmark, Amerika Syarikat, Norway, Sweden, Finland, dan Iceland. Umumnya daerah Kutub adalah lautan yang membeku dan tanpa pepohonan. Masyarakat dan haiwan yang hidup di sana adalah mereka yang sudah terbiasa mengatasi suhu dingin yang ekstrim. Suhu terendah boleh mencapai 68 darjah celcius. Beruang Kutub yang terkenal hidup di wilayah ini, juga beberapa kawanan burung, walrus dan ikan paus. Namun wilayah ini memiliki kandungan minyak, gas dan mineral yang melimpah. Beberapa negara memanfaatkannya untuk tujuan pelancongan selain tentu saja sebagai tempat penelitian. Ratusan ilmuan meneliti di wilayah ini setiap waktunya. Selain Inuvic di Kanada, kita juga dapat menjengah kehidupan komuniti muslim di Kota Norilsk yang berada di negara bahagian Krasnoyarsk Krai, Russia. Norilsk adalah kota paling utara di Siberia dan kota terbesar kedua di dunia setelah Murmansk Russia untuk wilayah di pesisir lingkaran Kutub Utara. Di kota ini terdapat sebuah masjid bernama Nurd Kamal yang dibangun pertama kali oleh Mukhtad Mekmeyev pada tahun 1998. Di kota ini juga terdapat komuniti muslim yang menamakan diri mereka Muslim Eskimos Community Center. Robin Paxton, wartawan Reuters, yang menulis mengenai komuniti ini dalam sebuah tulisannya menyebut kota Norilsk dihuni 50 ribu muslim, atau seperempat penduduk wilayah itu yang berjumlah 210 ribu jiwa. Maklumat ini berdasarkan pengakuan Sidikov, pengurus Masjid Nurd Kamal. Kalangan muslim di Norilsk umumnya berasal dari Azerbaijan dan Republik Dagestan, juga Rusia, dan bekerja sebagai pedagang atau pekerja bangunan. Namun kadar upah yang rendah, ditambah terbatasnya sumber rezeki bagi orang asing ke kota ini, menyebabkan pertumbuhan penduduk terus berkurangan yang juga berkesan pada kelompok muslim. Di Russia sendiri terdapat 20 juta warga muslim, sekitar 14 peratus dari jumlah 140 juta penduduk negeri itu. Warga muslim Asia Tengah dan Dagastan umumnya penganut Sunni, sementara lainnya yang dari Azerbaijan umumnya Syiah. Menurut Sidikov, warga muslim Norilsk telah berbaur secara baik dengan komuniti luas dan tidak mengalami banyak diskriminasi. Masjid Nurd Kamal yang beliau jaga, ianya dibuka hingga larut malam guna memberi kesempatan orang untuk datang atau sekadar membaca dan belajar al-Quran. Saat solat Jumaat dilangsungkan, jemaah ternyata cukup banyak kerana boleh mencapai 500 orang walau ini tentu hanya peratus kecil dari jumlah muslim keselurahan di Norilsk.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2011 di pasaran...

Bacaan Rasulullah Dalam Solat Zuhur

ADA beberapa surat (dan ayat) di dalam al-Quran yang dibaca Rasulullah s.a.w. tatkala sedang mengerjakan sOlat fardu atau solat sunnah. Surat atau ayat yang dipilih Rasulullah itu ternyata berbeda-beda, tergantung solat yang sedang dikerjakannya. Kadang surat panjang dan kadang pula surat pendek. Lantas, surat apa yang biasa dibaca Rasulullah (setelah membaca surat al-Fatihah) ketika menunaikan solat zuhur? Ada beberapa hadis yang menjelaskan tentang bacaan Nabi s.a.w. ketika melaksanakan solat zuhur. Dalam sebuah hadis, dijelaskan: “Pada rakaat pertama dan kedua baginda membaca al-Fatihah dan dua surat (masing-masing rakaat satu surat). Baginda lebih memanjangkan bacaan pada rakaat pertama, tidak sebagaimana bacaan rakaat kedua.” (HR. Bukhari dan Muslim). Tetapi, dalam hadis tersebut, tidak dijelaskan surat apa yang dibaca Rasulullah, hanya dijelaskan bahawa surat dalam rakaat pertama lebih panjang. Dalam hadis yang lain pun dijelaskan bahawa “Baginda membaca sekitar tiga puluh ayat dalam setiap rakaat, sepanjang surat as-Sajdah (QS. 32: 30 ayat), yang di dalamnya sudah termasuk surat al-Fatihah.” (HR. Ahmad dan Muslim). Dengan demikian, kedua hadis di atas semata-mata menjelaskan panjang surat yang dibaca. Sedang pada hadis lain, diterangkan bahawa “Kadang Rasulullah membaca Was samaa-i wath thaariq (ath-Thariq), Was samaa-i dzaatil buruuj (al-Buruj) Wal laili idzaa yaghsyaa (al-Lail) dan surat-surat yang seumpama.” (HR Abu Daud dan Termizi). Ada pula hadis yang mengungkapkan bahawa “Kadang Rasulullah membaca Idzas samaa un syaqqat (al-Insyiqaaq) dan surat-surat seumpama.” (HR. Ibnu Khuzaimah). Bacaan surat dalam solat zuhur memang tak dibaca keras, tapi “Para sahabat mengetahui bacaan Rasulullah s.a.w. dari gerakkan janggut baginda.” (HR. Bukhari dan Abu Daud).
Sementara untuk dua rakaat terakhir, ada satu hadis yang menerangkan bahawa “Baginda menyingkat dua rakaat terakhir menjadi lebih pendek dari dua rakaat pertama sekitar setengahnya, kurang lebih selama membaca lima belas ayat” (HR. Ahmad dan Muslim). “Kadang baginda memperpendek kedua rakaat itu hanya dengan membaca surat al-Fatihah.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2011 di pasaran...

Menahan Diri Dari Berlebih-Lebihan

DIANTARA cara bagi orang yang beriman untuk menjauhkan dari jatuhnya ke dalam jerat syaitan adalah hendaklah ia menahan diri dari berlebih-lebihan (semuanya) dalam melihat, berkata-kata, makan dan bergaul dengan sesama manusia. Kerana, syaitan itu sesungguhnya akan menguasai manusia dan memperoleh kesempatan mencapai tujuannya melalui celah-celah empat hal tersebut. Adapun yang berkenaan dengan melihat, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Janganlah kamu mengikutkan pandangan ke pandangan berikutnya, kerana sesungguhnya untukmu adalah pandangan yang pertama, sedang pandangan yang berikutnya itu bukan untukmu. “(HR. Ahmad)
Adapun yang berkenaan dengan berlebih-lebihan dalam berkata-kata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Di antara tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bererti baginya.” (HR. Ahmad).
Adapun yang berkenaan dengan makanan, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Tidak ada kantong keturunan Adam yang terpenuhi dengan keburukan kecuali dari perutnya.” Luqman Al-Hakim berkata kepada anaknya: “Hai anakku! Apabila perutmu itu penuh, maka tidurlah fikiran, bisulah akan hikmah, dan malaslah anggota badan untuk melakukan ibadah.” Adapun berlebihan dalam pergaulan merupakan penyakit gawat yang boleh mendatangkan segala kejahatan. Sering kali pergaulan itu boleh mendatangkan rasa dendam, menumbuhkan rasa permusuhan, dan sering kali juga boleh menanamkan berbagai perasaan sakit hati lantaran dendam yang membara seakan meluluhkan gunung yang kukuh lagi tegap. Sementara perasaan semacam itu bersarang di dalam hati tiada pernah henti. Maka dari itu terlalu berlebihan dalam pergaulan itu merugikan dunia dan akhirat. Sesungguhnya idealnya seorang hamba hendaklah menjadikan pergaulan sebatas keperluannya saja.

Benteng Ilmu (pengetahuan)
Diantara benteng yang sangat kuat yang dijadikan ‘perisai’ untuk menghadapi syaitan adalah ilmu. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seorang yang pandai itu lebih berat bagi syaitan untuk menggodanya - daripada seribu orang yang tekun beribadat.” (HR. At-Termizi). Betapa pentingnya ilmu itu untuk dimiliki oleh orang yang beriman dalam menghadapi syaitan. Kami telah memperoleh banyak dari penggalan kisah berikut ini yang telah diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a. kepada kita: Ia berkata: “Bahawa sekawanan syaitan berkata kepada iblis: “Wahai tuanku! Sesungguhnya kami merasa gembira kerana kematian seorang alim sedang kami tidak gembira kerana kematian orang yang tekun beribadah. Orang alim mempunyai peranan, sedang orang yang abid (ahli ibadah) tidak mempunyai (peranan). Iblis berkata: “Pergilah kalian! (untuk menggoda manusia) Kemudian sekawan syaitan itu pergi menuju seorang yang tekun beribadah dan mendatanginya ketika ia sedang beribadah seraya berkata: “Kami ingin bertanya kepadamu.” Lalu bertanyalah Iblis: “Apakah Tuhanmu mampu menciptakan dunia di lubang (kolong) telur?” Kemudian orang yang tekun beribadah (abid) menjawab: “Aku tidak tahu!” Maka berkatalah iblis kepada sekawan syaitan: “Tahukah kalian, bahawa ia telah kufur gara-gara jawapannya (yang salah).”
Selanjutnya iblis mendatangi seorang yang alim pada tenggorokannya, sementara kawan-kawannya (sekawan syaitan) mentertawainya. Iblis itu berkata: “Kami ingin bertanya kepadamu.” Seorang yang alim itu berkata: “Silakan.” Tanya Iblis: “Apakah Tuhanmu mampu menciptakan dunia di dalam kolong telur?” Seorang alim itu menjawab: “Tentu boleh!” Iblis bertanya: “Bagaimana mungkin?”. Maka berkatalah seorang alim itu:
“Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.” (Yasin: 82). Kemudian berkatalah iblis kepada sekawanan syaitan: “Tahukah kalian yang demikian tadi, tidak mahu melawan (menjerumuskan) dirinya – kepada kesesatan seperti orang ahli ibadah yang jahil tadi - Malahan orang alim ini merosak diriku kerana ilmunya yang banyak.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2011 di pasaran...

Ramadan Bulan "Al-Quran"

KITA sebagai umat Islam sangat beruntung kerana Allah s.w.t. telah memberikan kita satu “anugerah” yang paling istimewa dibandingkan dengan umat lainnya. PUASA, adalah satu anugerah Allah yang didalamnya mempunyai banyak ganjaran yang besar yang diberikan oleh Allah kepada umat Islam. Bukan saja ibadahnya sebagai perintah bahkan bulannya RAMADAN merupakan bulan yang paling mulia. Apa juga ibadah dan amalan yang kita lakukan dalam bulan Ramadan ini, Allah s.w.t. akan melipat gandakan pahala dan ganjarannya kepada kita.
Bulan-bulan lain tidaklah sama dengan bulan Ramadan ini, kerana bulan-bulan selain Ramadan ganjaran pahala ibadah yang kita lakukan adalah sama saja, tetapi Ramadan berlipat kali ganda. Kita selaku umat Islam patutlah merebut peluang yang besar ini yang diberikan oleh Allah dengan membanyakkan amalan. Kalau selama ini, kita jarang “Solat malam”, maka sepanjang Ramadan ini hendaklah kita lakukan. Perbanyakkanlah bekalan semasa di dunia untuk dibawa menghadap Allah di akhirat kelak. Jangan nanti kita pulang ke negara kekal, dengan “tangan dan dada kosong”. Kita akan dimurkai Allah, dan akhirnya kita akan dilontarkan ke dalam jahanam. Harta benda yang kita kumpul semasa di dunia yang kita cari siang malam tidak ikut sama. Semuanya tinggal “Dikitai” (dibolot) oleh waris-waris yang berhak menerimanya. Sesungguhnya saat-saat yang paling agung untuk mengerjakan kebaikan adalah bulan Ramadan, bulan yang dimuliakan Allah dengan turunnya Al-Quran, kalam Allah yang tiada kebatilan di dalamnya saat turunnya dan sesudahnya, undang-undang yang abadi untuk menonton manusia dan hukum langit untuk mengarahkan bumi ini. Firman Allah yang maksudnya: “Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan batil).” (Al-Baqarah: 185). Sesungguhnya Allah menganugerahkan bulan ini setiap tahunnya kepada umat Islam, mendatangi mereka sebagai tamu agung. Di antara manusia ada yang menyambutnya dengan sambutan yang baik dan menghormatinya, dan sebahagian lain ada yang keluar dari bulan Ramadan dalam keadaan yang lebih buruk lagi. Maka sungguh beruntunglah bagi siapa yang dimintakan syafaat oleh bulan Ramadan dan Al-Quran. Nabi s.a.w. bersabda yang ertinya: “Puasa dan Al-Quran itu, memintakan syafaat bagi hamba pada hari kiamat. Puasa berkata, ‘Wahai Rabbku, aku mencegahnya makan dan syahwat, maka berilah dia syafaat kerananya’. Al-Quran berkata, ‘Aku mencegahnya tidur pada malam hari, maka berilah dia syafaat kerananya’. Beliau bersabda, “Lalu keduanya memintakan syafaat.” (Diriwayatkan Ahmad, Ath-Thabrani dan Al-Hakim). Ramadan adalah hari-hari besar untuk mengerjakan berbagai macam kebaikan, yang memang diberikan Allah kepada manusia. Ramadan adalah ‘minggu-minggu raya’ bagi orang-orang yang bertakwa dan saat-saat yang laris bagi orang-orang yang salih untuk ‘berdagang’. Setiap barang dagangan mempunyai saat-saat yang laris untuk diperdagangkan, yang pasti diketahui pedagangnya. Sehingga dengan begitu dia semakin bersemangat, agar keuntungannya semakin melimpah.
Dia semakin bersemangat dalam berdagang, mewaspadai kesialan, terus berdagang siang dan malam, untuk meraih keuntungan yang belum tentu didapat. Dunia mempunyai para pedagang dan akhirat juga mempunyai para pedagang. Pedagang dunia menunggu hari-hari besar untuk memperoleh keuntungan. Pedagang akhirat juga menunggu hari-hari besar untuk memperoleh keuntungan. Tetapi keuntungan kedua pedagang ini berbeza. Keuntungan pedagang akhirat adalah ampunan dari Allah dan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, sebagaimana firmanNya yang maksudnya: “Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan solat, dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.” (An-Nur: 37). Setiap tahun Ramadan tiba sebagai kesempatan emas bagi orang muslim, untuk menambah kebaikan dan mengurangi sebab-sebab timbulnya keburukan. Pintu-pintu kebaikan dan pintu-pintu syurga terbentang lebar. Sementara pintu-pintu neraka tertutup rapat dan syaitan-syaitan terbelenggu. Hal ini menunjukkan bahawa sebab-sebab kebaikan amat banyak dan sebab-sebab keburukan sedikit serta terbatas. Sungguh berbahagia orang yang dapat mempergunakan kesempatan ini. Disebutkan di dalam Ash-Shahihain, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang ertinya: “Jika tiba Ramadan, maka pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup serta syaitan-syaitan dibelenggu.” (Diriwayatkan Al-Bukhari dan Muslim). Puasa yang paling baik ialah jika puasamu bukan sekadar puasa perut dan kemaluan. Tetapi lidah, mata, telinga dan semua anggota badanmu harus suci. Kedua matamu harus suci dari memandang hal-hal yang haram. Lidah harus suci dari dusta, ghibah, adu domba, caci maki dan perkataan yang tidak bermanfaat. Kedua telinga harus suci dan mendengar lagu-lagu dan perkataan yang buruk. Jangan hanya perut dam kemaluanmu saja yang berpuasa, tapi semua yang ada pada dirimu harus suci. Engkau berpuasa dengan menahan diri dari apa yang dihalalkan Allah, berupa makanan dan minuman. Namun engkau melahap apa-apa diharamkan Allah, berupa maksiat. Rasulullah s.a.w. bersabda yang ertinya: “Barang siapa tidak meninggalkan perkataan dusta dan pengamalannya, maka tidak ada keperluan bagi Allah untuk meninggalkan makanan dan minumannya.” (Diriwayatkan Al-Bukhari, Abu Daud, At-Termizi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah).
Puasa adalah perisai untuk menghadang kederhakaan dan dosa di dunia serta dari neraka di akhirat. Puasa adalah perisai seperti yang dipergunakan salah seorang di antara kalian tatkala berperang. Tatkala engkau berpuasa, maka janganlah berkata kasar. Jika ada orang mencacimu atau mengajakmu berkelahi, maka katakanlah, “Sesungguhnya aku sedang berpuasa.” Keburukan tidak perlu dibalas dengan keburukan, tapi keburukan harus dibalas dengan kebaikan. Engkau harus ingat bahawa engkau berada dalam ibadah yang tidak perlu dinodai. Dengan sepenuh hati engkau mampu memberitahu, “Aku sedang berpuasa.” Jadi masalah ini tidak seperti yang biasa dilakukan orang-orang bodoh, yang berkata ke sana ke mari di hadapan orang lain, lalu berkata: “Sebenarnya aku ini terlalu berat untuk melakukan puasa.” Seakan-akan Allah mensyariatkan puasa untuk merosak akhlak manusia. Orang yang berpuasa harus mampu menguasai diri, mendidik diri sendiri, menjaga lidah, telinga, mata dan seluruh anggota badannya. Nabi s.a.w. bersabda: “Berapa banyak orang yang berpuasa yang tidak mendapatkan dari puasanya selain rasa lapar.” (Diriwayatkan Ibnu Majah, An-Nasa’i dan Al-Hakim). Seseorang tidak berpuasa secara benar, sehingga hanya membuat jiwa dan badannya menjadi lemah, membuat perutnya menjadi lapar dan dahaga. Aisyah r.a., Al-Auza’i, Azh-Zhahiri dan sejumlah fuqaha dari kalangan salaf berpendapat bahawa ghibah, adu domba, dusta dan kederhakaan membatalkan puasa. Menurut mereka, barang siapa melakukan hal-hal itu, maka dia harus menqadhak puasanya sehari. Sedangkan seluruh sahabat yang lain dan Jumhur fuqaha mengangap hal-hal itu tidak membatalkan puasa. Hanya saja pahalanya di sisi Allah menjadi hilang. Apakah hal ini dianggap remeh? Engkau lapar dan dahaga, tenggorokanmu kering sepanjang hari, kemudian setelah itu engkau tidak memperoleh apa-apa di sisi Allah. Engkau keluar dalam keadaan hampa tangan, tidak memperoleh hasil apa pun.” Jagalah diri, lidah, telinga, mata, tangan, kaki dan seluruh anggota badan. Jangan sampai menyentuh atau melakukan yang haram. Berusahalah untuk mensucikan diri pada bulan yang mulia ini, bulan untuk bersuci. Allah sudah memberikan banyak kesempatan kepada kita untuk mensucikan diri. Allah mengetahui bahawa di dalam diri kita banyak terdapat kelemahan. Dia menciptakan kita dengan penciptaan yang bercampur. Di dalam diri kita ada tanah dan roh. Terkadang manusia lebih dikuasai unsur tanahnya, sehingga dia turun ke bumi dan merasa kekal di sana. Terkadang manusia lebih dikuasai unsur roh, sehingga dia naik ke atas menyerupai kedudukan malaikat. Puasa disyariatkan Allah, agar kita boleh naik ke darjat para malaikat, agar unsur Rabbani dan langit lebih tinggi kedudukannya daripada unsur tanah. Manusia bukan sekadar jasad, tapi jasad dan roh. Bahkan rohlah yang hakiki, sedangkan jasad hanya sekadar bungkus. Oleh kerana itu dia tidak boleh hidup hanya untuk kepentingan jasad dan badannya, lalu melupakan jiwa dan rohnya. Berangkat dari sinilah Allah mensyariatkan puasa untuk meninggikan diri manusia, meninggikan jiwa dan rohnya, hingga dia menjadi sosok manusia sebenarnya. Sekali waktu manusia hidup lebih menyerupai sosok haiwan, dan bahkan lebih dekat dengan sosok syaitan. Maka Ramadan merupakan kesempatan untuk mensucikan diri dan naik ke darjat yang tinggi. Inilah kesempatan wahai insan Muslim untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2011 di pasaran...

Solat Jamak Dan Qasar

A. Pengertian Jamak
Solat jamak, ertinya, mengumpulkan dua solat dalam satu waktu; misalnya, menumpulkan solat zuhur kepada asar dan sebaliknya, serta fardu maghrib dengan isyak dan sebaliknya. Solat jamak terbahagi dua, iaitu jamak taqdim dan jamak takhir. Bila solat zuhur dijamakan pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, dinamakan solat jamak taqdim. Jamak takkhir iaitu melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak.

1. Syarat Jamak Taqdim
a. Hendaklah dimulai solat yang punya waktu, ertinya, lakukan zuhur dari asar dan maghrib dari isyak.
b. Niat jamak pada solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram atau di tengah-tengah solat selama mana ia belum memberi salam.
c. Mualat (berturut-turut) di antara solat yang pertama dan yang kedua. Jadi, antara keduanya tidaklah boleh diselangi oleh pekerjaan atau perbuatan lain. Sekiranya diselangi oleh pekerjaan-pekerjaan lain yang memakan masa selama dua rakaat solat, maka hendaklah ia solat pada waktunya nanti. Sekiranya diselangi oleh iqamah dan mengambil wuduk, maka jamaknya tidak batal.
d. Berkekalan musafirnya sehingga takbir solat yang kedua, tapi tidaklah disyaratkan sehingga selesai solat.

2. Syarat Jamak Takkhir
a. Berniat hendak mentakkhirkan solat yang pertama pada waktu yang kedua.
b. Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua-da solat.
Peringatan
Apabila masuk sahaja waktu zuhur atau maghrib, hendaklah kita memasang niat, iaitu, hendak mengerjakan solat maghrib pada waktu isyak. Solat jamak takkhir ini tidak disyaratkan tertib (yang mana dahulu dan yang mana kemudian). Oleh itu, apabila tiba masanya untuk mengerjakan solat jamak takkhir, maka bolehlah didahulukan solat zuhur atau asar. Jika kita mendahulukan fardu zuhur, maka kemudian kita langsung mengerjakan fardu asar, atau mengerjakan solat asar terlebih dahulu kemudian baru mengerjakan solat zuhur. Begitu jugalah halnya dengan jamak takkhir solat maghrib dan isyak.

B. PENGERTIAN QASAR
Solat qasar, ertinya memendekkan solat dari empat rakaat menjadi dua rakaat. Solat yang dipendekkan menjadi dua rakaat ialah solat isyak, zuhur dan asar. Solat jamak dan qasar ini hanya boleh dilakukan apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah.
Syarat-syarat Qasar
a. Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat.
b. Perjalanannya hendaklah tidak bertujuan maksiat.
c. Solat yang diqasarkan itu hendaklah solat zuhur, asar, dan isyak sahaja yang dilaksanakan secara tunai. Sebab itu tidak dibolehkan qasar solat qasar dalam musafir bagi solat yang ditinggalkan semasa di dalam kawasan tempat kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan di dalam musafir.
d. Hendaklah iniatkan qasar di dalam masa takbiratul ihram.
Niatnya:
“Sahaja aku solat fardu zuhur dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala”
e. Tidak boleh berimankan orang yang bersolat tamam (sempurna).
f. Hendaklah tempat yang ditujukan itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
g. Berbekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.
h. Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.
C. Hal-hal yang berkenaan dengan jamak dan qasar
Apabila seseorang itu bermusafr lebih dari dua marhalah, maka ia harus melakukan solat qasar dan jamak sekali. Ertinya, ia boleh menjamakkan di antara dua solat serta mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut:
i) Menjamakkan dua solat fardu tanpa qasar.
ii) Menjamakkan dua solat fardu dan qasar.
iii) Menqasarkan solat tanpa jamak, iaitu mengerjakan solat zuhur, asar, isyak dengan 2 rakaat yang berasingan.
Solat jamak dan qasar ini adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah kepada hambaNya dalam segenap masa bagi orang musafir, senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah.
Permulaan musafir ini dikira setelah kita keluar kawasan, sama ada melalui sungai, parit, kota sempadan atau kawasan yang sudah tidak ada bangunan lagi.
Akhir musafir ialah apabila kita memasuki kawasan permulaan musafir tadi.
Solat jamak dan qasar boleh dilakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang dari 60 batu atau 100 km walaupun ada khilaf ulama dalam penentuan jarak jauhnya. Jadi, untuk berhati-hati, eloklah dikira dari 60 batu.
i) Jamak dengan qasar sekali
ii) Jamak sahaja tanpa qasar
iii)Qasar sahaja tanpa jamak.
Di antara 2 solat jamak tidak boleh dipisahkan dengan jarak yang sangat lama. Oleh itu, selepas sahaja salam, teruskan sahaja solat yang kedua dengan hanya diselangi oleh iqamat sahaja. Solat jamak dengan satu kali azan dan dua kali iqamat. Orang yang melakukan solat qasar tidak boleh berimamkan orang yang solat sempurna.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2011 di pasaran...