Wednesday, June 12, 2013

Variasari Keluaran Jun 2013

 









Sudahkah anda memiliki Variasari edisi Jun 2013? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan... Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai. Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan. Dapatkan segera majalah Variasari keluaran Jun 2013 sebelum terlambat. 

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin

 


Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Di Dalam Variasari Jun 2013













Monday, June 10, 2013

Hidayah Jun 2013

Hidayah keluaran Jun 2013 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja...


Langganlah Segera Melalui Pos


Salam Kami

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sememangnya setiap diri kita mahu mencari yang terbaik, memperbaiki diri dari masa ke semasa dan melengkapkan diri menjadi orang mukmin dalam erti kata yang sebenarnya. Hasrat itu memang suci dan mulia, memang dialu-alukan dan itulah yang sepatutnya diisi dalam perjalanan saki baki hidup kita menuju ‘liang kubur’ masing-masing’. Apabila sudah berada dalam kubur, sudah tidak ada peluang lagi untuk kita memperbaiki diri, untuk mengerjakan amal-amal salih kerana dunia alam barzakh adalah dunia ghaib yang tidak sama dengan dunia kita ini. Oleh itu wajarlah dalam merangkak ke penghujung usia, yang kanak-kanaknya menjadi remaja, remaja ke dewasa dan melangkah menjadi ‘orang tua’ hendaklah kita rebut setiap kesempatan untuk menjadi yang terbaik – baik amal ibadatnya berbanding semalam – meningkatkan ilmu pengetahuan agamanya dan sebagainya. Saudara pembaca, rasanya tidak perlu meletakkan diri kita sebagai ‘ahli sufi’ atau ‘tokoh agamawan’. Memadailah kita berbuat dan beramal menurut keupayaan diri sendiri. Yang memberi ‘kefahaman ilmu’ dan ‘hidayah’ itu ialah Allah s.w.t. Kita adalah menurut apa yang dikehendaki dan ditakdirkan oleh Allah. Dalam pada itu beristiqamahlah untuk menjadi muslim yang sejati. Seorang mukmin hendaklah bersangka baik dengan Allah. Allah menyayangi kita, jika kita sayang Allah. Tapi kalau anda benci Allah, Allah juga akan benci anda. Pembaca budiman, bacalah Hidayah setiap keluaran dan hayatilah rencana yang dipersembahkan. Dalam keluaran ini anda jangan lupa baca rencana bertajuk ‘Beda mukmin dan bukan mukmin, ‘Fadhilah dan hikmah berselawat’, ‘Yang Bersyukur, Yang Beruntung’ dan lain-lainnya. Mahunya Hidayah menjadi media yang dapat membantu pembaca memperolehi ‘hidayah Allah’ dan menjadi ‘orang disayangi oleh Allah’, InsyaAllah.
Selamat membaca.
Wassalam! 

Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Kisah "Raja" Tinggalkan Kemewahan Hidup

INI adalah satu kisah yang paling menarik. Kisahnya ialah seorang raja yang berkuasa dan mempunyai pengaruh yang besar. Kuasa Allah tidak siapa pun yang tahu. Hidayah yang diberikan Allah kepada seseorang itu juga tidak ada orang mengetahuinya. Begitulah dengan kisah seorang Raja yang mahu diceritakan dalam rencana ini. Abu Abdullah Muhamad al-Marzubani dari Muhamad bin Husin Al-Azdi meriwayatkan, bahawa “Umrul Qais” adalah seorang raja yang pendusta. Hidup raja ini sentiasa bergelumang dengan maksiat, dan hidup bermewah-mewahan dan bersenang-senang. Maklumlah sebagai seorang raja, apa sahaja yang dikehendakinya, hanya diperintahkan sahaja.  Apa yang dihajatinya juga sentiasa  ada di depan matanya. Itulah raja Umrul yang hidupnya sentiasa dikelilingi dengan kemaksiatan sahaja. Pada suatu hari raja ini keluar dari istananya untuk melihat keadaan di luar. Raja ini keluar dengan menunggang kudanya. Tujuannya sambil berburu dan berjalan-jalan untuk melihat keadaan rakyatnya. Oleh kerana kudanya terlalu pantas dan kuat berlari, maka kudanya begitu jauh meninggalkan rombongannya itu.
Oleh kerana terpisahnya terlalu jauh, maka raja ini berhenti pada suatu tempat untuk menanti rombongannya untuk sampai ketempat itu. Tetapi tunggu punya tunggu, rombongan itu tidak juga tiba. Rupa-rupanya rombongan berkuda bersama raja itu juga telah menyimpang ke arah lain. Rombongan itu menyangka rajanya melalui jalan itu, rupa-rupanya raja masuk ke simpang lain, dan mereka sama-sama sesat jalan dan terpisah antara satu dengan yang lain. Ketika raja itu berhenti seorang diri, tidak jauh dari tempat dia berhenti itu, dia melihat ada seorang tua sedang duduk mencangkung. Raja ini pun pergi ke tempat orang tua itu. Apa yang dilihatnya, seorang tua itu sedang duduk sambil mengumpul-ngumpulkan tulang-tulang manusia.
Setelah tulang-tulang itu dikumpulkan diletakkan di depannya sambil membalik-balikkan tulang-tulang tersebut. Melihat keadaan orang tua yang agak luar biasa itu, lalu Raja Umrul Qais bertanya dari atas kudanya kepada orang tua itu: “Apa yang kamu buat ini? Kenapa keadaan engkau jadi begini? Selama ini aku belum pernah melihat seorang yang seperti engkau ini. “Sudahlah kurus, dan aku tidak pernah melihat orang yang membuat kerja seperti yang kau buat sekarang. Aku lihat engkau terlalu pucat, dan duduk pula di padang pasir yang panas macam ini,” kata Raja Umrul Qais dengan suara yang agak tinggi dan garang.
Maklumlah, yang bertanya itu seorang raja. Yang kena tanya pula seorang tua yang lemah dan kusut masai dan kotor pula.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2013 di pasaran...

Dulu Tauke, Kini Jadi Pengemis

LELAKI yang baik hati, ramah dan salih itu bernama Awang Abdullah. Keramahan dan kebaikannya berbuah penghormatan dari orang lain untuk dirinya. Semua lapisan masyarakat menghormatinya, itu juga kerana dia tahu bagaimana cara menghormati dirinya sendiri. Bagi masyarakat, Awang Abdullah bagaikan ‘oase’ iaitu lembah menghijau di tengah padang pasir. Sudut pandang  sangat baik yang didapatkan Awang Abdullah, nyatanya berbeza dengan lelaki yang sedarah dan sedaging dengannya, Amang. Keberadaannya, jika dibandingkan dengan Awang Abdullah seumpama positif dan negatif yang tidak pernah dapat bertemu.
Dari berbagai segi kehidupan, kedua saudara kandung ini terlihat sangat berbeda. Hitam putihnya perbedaan itu sangat jelas, utamanya dalam segi kehidupan sosial dan agamanya. Kalau Awang lelaki yang hidup dengan segala kesederhanaannya, dengan jiwa sosial yang tinggi dan kehidupan keagamaan yang terpelihara, hingga ia mendapat penghormatan dari banyak kalangan. Berbeda dengan Amang yang glamor, suka bermewah-mewah, rendah kepekaan sosialnya dan membelakangi kehidupan agama, hingga banyak kalangan yang menghormatinya, tapi itu hanya sekadar basa basi. Mereka menghormati pakaian kemewahan Amang hanya di depan saja, namun di belakang, mereka menelanjangi pakaian kemewahannya itu. Ianya sama dengan petua yang dituliskan Abu Utsman Ad-Dimasyqi: “Jeleknya aib pada seseorang yang terhormat, serupa jeleknya perca kain yang koyak pada baju yang megah.”

‘BOS’ ANGKUH DAN SOMBONG
Rezeki berlimpah yang diterima Amang membuatnya ingin terus menambah kekayaan yang dia miliki. Hal itu pula yang membuatnya terus bercita-cita ingin mendapatkan hidup yang makmur dengan harta berlimpah dan dihormati orang-orang di sekitarnya. Cita-cita Amang ini membuatnya terus mengembangkan usahanya. Selain usaha  yang sudah berkembang, Amang ingin mengembangkan perniagaannya dengan usaha lain pula.
Salah satunya dia merancang memiliki usaha ojek (Motosikal yang membawa penumpang). Bermula dari lima motosikal yang dibelinya secara kredit, Amang memulai usahanya. Para tukang ojeknya pun dikumpulkan dan ditemuduga secara teliti. Amang ingin mempunyai “tukang ojek” yang memiliki pengalaman dan tahu teknik penjagaan motosikal, hal ini dilakukan Amang agar dapat mengurangkan kos kerosakan kenderaan. Kalau dia menerima pekerja yang tidak menguasai teknik penjagaan motosikal, sudah dapat diduga, dia akan sering berurusan dengan bengkel motosikal dan hal ini mendatangkan kerugian tersendiri.
Dalam usaha keduanya ini, Amang betul-betul teliti. Sebab, jika sedikit saja dia lalai, motosikalnya boleh rosak atau bahkan hilang. Kerana rasa khuatir yang terlalu berlebihan, jam kerja dan laporan berkala pun dijadualkan Amang dengan begitu ketat.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2013 di pasaran...

Lubang Kubur Penuh Ular

SETIAP manusia di dunia ini ingin hidup berkecukupan. Hal itu sah saja. Yang menjadi masalahnya adalah bagaimana dia mendapatkan harta yang berkecukupan itu. Kalau harta itu didapatkan melalui cara-cara yang halal, tentu tidak menjadi masalah. Allah s.w.t. sendiri melalui ajaran Islam telah menunjukkan kepada manusia usaha-usaha halal yang boleh dilakukan oleh manusia. Meskipun demikian, banyak manusia yang sengaja memilih jalan yang dilarang Allah dalam memenuhi keperluan hidupnya, seperti dengan meminta bantuan syaitan, jin atau memuja makhluk halus yang boleh mendatangkan kekayaan baginya. Inilah yang terjadi pada sebuah keluarga di Magelang. Untuk menjaga nama baiknya, penulis sengaja menyamarkan namanya. Semoga cerita di bawah ini dapat menjadi pengajaran bagi kita semua. Selama hidupnya, Maryoto dan isterinya, Karni, selalu hidup serba kekurangan. Kemiskinan sudah menjadi sebahagian dari hidup mereka. Menurut salah seorang tetangganya, hal ini kerana Maryoto tidak pernah bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang maksima. Sebagai petani, penghasilan keluarga ini jauh dari mencukupi. Karni sering mengeluh kerana suaminya tidak mendapatkan hasil sebagaimana yang diharapkan. Sayangnya, kehidupan yang serba kekurangan ini tidak diimbangi dengan hidup berhemat. Sebagai isteri, Karni terkenal boros. Kalau suaminya mendapat hasil saat menuai tiba, Karni langsung menghabiskan wangnya untuk berbelanja ke pasar. Jika beras yang diterima Maryoto sebagai upah kerja, Karni langsung saja menggadaikannya dengan menukar dengan perabutan rumah tangga. Makanya mereka selalu saja tampak kekurangan, padahal hampir sebahagian besar tetangga Karni memiliki pekerjaan yang sama. Kebanyakan orang kampung kerjanya ialah bertani. Tapi, memang, dibandingkan yang lain, keluarga Maryoto tampak lebih kekurangan dibandingkan dengan yang lain. Entah fikiran apa yang terlintas di hati Karni, tiba–tiba saja dia berhasrat menjadi orang kaya dengan cara pintas, yakni mencari ‘pesugihan’. Mulanya suaminya mengingatkan Karni akan bahayanya bila mencari kekayaan dengan cara itu, tapi Karni bertegas, akan pergi ke gunung Kawi, sebuah wilayah yang dikenal sebagai tempat pesugihan. Maryoto akhirnya memilih diam, dan membiarkan isterinya melakukan niat itu sendiri. Para tetangga yang sangat mengenal keluarga itu, tak tahu persis keluarga Maryoto hingga suatu hari Karni mendapat sedikit warisan dari ayahnya. Warisan itu berupa wang yang kemudian  dibelikan ayam untuk diternakkan. Tak disangka-sangka, ternakan ayam Karni membuahkan hasil. Ayam–ayam yang dibuatkan kandang di dekat dapur  rumahnya itu bertelur sepanjang hari. Lebih dari dua kilo telur dihasilkannya.  Sementara usaha ternakan Karni semakin maju. Kini, jumlahnya mencapai ratusan ekor ayam. Karni pun tidak lagi menjajakan telurnya di pasar. Dia mulai menjualnya sendiri di rumah. Bahkan para tetangga yang melihat kejayaan Karni, ikut berternak ayam dan menjual hasilnya ke warung Karni. Anehnya, banyak tetangga Karni yang tidak berjaya seperti dirinya. Di saat Karni terus mendulang kekayaan, tetangganya banyak yang gulung tikar. Ternyata menternak ayam tidak semudah yang mereka bayangkan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2013 di pasaran...

Gila Setelah Mengumpat Ibu Mertua

TIDAK ada yang tahu kenapa Jumilah (62 tahun, bukan nama sebenarnya) seperti hilang akal, hilang ingatan. Dia sering berjalan bersendirian dan bercakap ikut sedap mulut saja. Bahkan, dia kerap berjalan kaki cukup jauh ke rumah anak bongsunya di kampung sebelah dengan berpakaian seadanya saja. Wajar, orang kampung Waru (sebut saja demikian) menganggap Jumilah sudah tak waras lagi. Dulu, Jumilah tak seperti itu. Konon, dia berkelakuan seperti itu setelah suaminya meninggal dunia. Lebih kurang empat atau tiga tahun yang lalu. Sejak itu, dia hidup seorang diri. Poniran, 36, anak bongsunya, tinggal di kampung sebelah. Sedang anak ketiga, dan kedua sudah lama merantau ke luar pulau. Adapun anak sulungnya jauh lebih dulu pergi merantau sebelum saudara yang lain meninggalkan kampung Waru. Dulu, sebelum Jumilah dianggap gila oleh penduduk kampung, dia sudah biasa berjualan barang-barangan keperluan rumah tangga dan dapur, seperti bakul-bakul pengisi barangan, songkok dan tudung-tudung, garam, bawang dan barangan runcit lainnya.  Anehnya, meski orang-orang menganggap Jumilah tidak waras, dia masih mengenali nama-nama orang kampung Waru. Dia juga tahu harga barang-barang keperluan dapur dan rumah tangga yang dia jual. Bahkan jika ada yang masih berhutang, dia ingat sangat. Dia pun tak henti-henti menagih jika orang yang berhutang itu lama tak membayar hingga melepasi tempoh dijanjikan.

***

Suatu hari, anak bongsunya Poniran menghadapi kesulitan wang. Tanpa kebenaran Jumilah, dia menggadaikan sawah milik ibunya itu. Padahal, sawah itu peninggalan Allahyarham suaminya (bapa Poniran) yang dijadikan sumber keperluan hidup. Sawah itu diusahakan oleh orang lain secara sewa pajak, dan Jumilah dapat bahagian jika musim tuaian tiba. Dari sawah itu, Jumilah memiliki simpanan beras dari masa tuaian hingga musim tuaian berikutnya. Tapi, setelah dapat wang dari menyewakan sawah, dia menggunakan wang itu untuk keperluan dirinya sendiri. Dia tidak memberikan kepada ibunya satu sen pun. Mujurlah ada orang yang mengadukan kelakuaan Poniran kepada saudara-saudara yang lain. Seketika itu, saudara-saudara Poniran marah. Akhirnya, mereka berkongsi menebus sawah itu, mengembalikan semula kepada ibu mereka. Rupanya, akibat ulah itu dia kena peringatan dan teguran dari Allah. Setidaknya, itu anggapan orang-orang kampung Waru dan juga saudara-saudara Poniran. Suatu hari, saat musim buah rambutan tiba, ia memanjat ke atas pohon tersebut dan berniat memetik buah rambutan. Tapi, nahas tak dapat dihindari. Poniran yang waktu itu asyik memanjat, dan bertengger di salah satu dahan, seraya mengambil setangkai rambutan ternyata bernasib malang. Dahan yang dia injak tanpa dia sedari rapuh, dan akhirnya patah. Dia pun jatuh terjungkal dari atas pohon itu. Dia mengalami cedera. Walaupun nyawanya masih panjang, dia harus menerima kenyataan pahit. Salah satu tulang kakinya patah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2013 di pasaran...

Duduk Di Tangga Masjid Merenung Kaabah

DUDUK di tangga dalam masjidil haram memang menjadi kesukaan ramai. Penuh sesak anak tangga diduduki orang, dari atas sampai ke bawah, masing-masing begitu asyik merenung Kaabah dan membaca al-Quran di situ. Bila mendengar orang kita (Melayu) membaca al-Quran, ‘mak-mak Arab’ itu semacam hairan juga, kepalanya mengangguk-angguk, tanda bacaan kita betul, makhrajnya tepat.  “Yang hairannya mengapa kamu tidak boleh bertutur bahasa Arab? Sedangkan bacaan al-Quran kamu lancar dan tepat,” begitulah kira-kira pertanyaannya, yang dijawab dengan senyum. Begitulah suasana di dalam Masjidil Haram menjelang Subuh. Mungkin tiap orang hanya dapat melelapkan mata, tidur hanya tiga empat jam sahaja selama di Makkah, tapi kita semua tidak terasa letih ataupun mengantuk, bahkan segar dan ceria, lantaran hati dan jiwa sudah melekat di masjid. Berkumandangnya azan solat subuh, serentak semua orang bangun menunaikan solat sunat fajar dua rakaat. Masing-masing datang berbekalkan ilmu. Sudah terpahat dihati tentang kelebihan dan keutamaan ibadah di Masjidil haram. “Sesungguhnya dua rakaat solat sunat fajar itu lebih baik daripada dunia dan seisinya. Janganlah engkau meninggalkan dua rakaat sunat fajar, meskipun engkau di kejar oleh tentera berkuda,” demikian sabda Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya Masjidil Haram tidak pernah sunyi sepi. Dari siang sampai ke malam, hingga ketengah malam, hinggalah menjelang fajar, sampailah ke pagi hari, siang bertukar malam dan malam bertukar siang, suasana dalam Masjidil Haram sentiasa meriah, terang benderang bermandikan sinaran lampu bergemerlapan. Hamba-hamba Allah tak henti-henti beribadah, datang dan pergi, silih berganti. Yang bertawaf mengelilingi Kaabah, yang bersa’i, yang membaca al-Quran, yang bersolat tak henti-henti dan terdapat juga beberapa kumpulan sedang berkuliah. Masjidil Haram tak pernah tidur. Hijir Ismail sentiasa penuh orang bersolat. Begitu juga makam Ibrahim. Firman Allah s.w.t.: “Jadikanlah Makam Ibrahim sebagai tempat solat.” Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, bekas dua tapak kaki Nabi Ibrahim a.s. “Tidak ada sesuatupun di bumi yang berasal dari Syurga, kecuali Rukun (Hajar Aswad) dan Makam Ibrahim.” Hajar Aswad, tiap detik dan tiap saat sentiasa penuh sesak, sentiasa menjadi rebutan hamba-hamba Allah yang ingin menyentuh dan mengucupnya, biarpun terpaksa berasak-asak, berhimpit-himpit...terdetik dan terjerit kelemasan terhimpit dan dihimpit. Beruntunglah mereka yang dapat mengucupnya. Firman Allah s.w.t.: “Engkau menjadi saksi bagi orang-orang yang mendatangimu pada hari Kiamat nanti.” Pada Hari Kiamat kelak, batu (Hajar Aswad) akan datang dengan sepasang mata yang dapat melihat, dan sebuah lisan yang dapat berbicara, untuk memberikan kesaksian bagi orang yang pernah menyentuhnya. Di Telaga zam-zam (bahagian wanita) lain pula halnya. Mereka yang masuk ke situ bukan setakat nak mengambil wuduk dengan air zam-zam, dan minum air zam-zam, bahkan begitu seronok bermandi-mandi dan bersiram dengan air zam-zam. Siap bawa botol air mineral, puas dapat berjirus satu badan dengan air zam-zam. Dari kepala hingga ke kaki.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2013 di pasaran...

Jin Dicipta Lebih Awal Dari Manusia

DI DALAM Al-Quran Allah s.w.t. telah menyebut makhluk halus bernama Jin ini di dalam dua belas surah. Di antaranya ada suatu surah yang khusus yang dinamakan surah ‘Al-Jin’ dan sebutan yang khusus mengenai Jin itu diterangkan di dalam tiga puluh tiga ayat. Jin adalah suatu alam yang berdiri sendiri. Selain berita tentang adanya makhluk yang bernama Jin ini di dalam Al-Quran, juga bilangannya termasuk Mutawatir yang dapat diterima dari para Nabi dan Para Rasul malah ia adalah suatu berita yang dapat diterima dari para Nabi dan Para Rasul malah ia adalah sutu berita yang dapat diketahui oleh orang banyak dari mulut ke mulut, dari buku ke buku, dari dongeng, juga di dalam surat-surat khabar dan pada kenyataan-kenyataan yang dapat disaksikan bekas-bekas dan pengaruhnya. Juga dimaklumi bahawa makhluk ini adalah suatu makhluk hidup yang berakal, makhluk yang aktif dengan iradah kehendaknya dan yang mukalaf dibebani dengan hukum, dapat memerintah dan diperintah, disamping dapat melarang dan dilarang. Jin adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah jauh sebelum menciptakan makhluk yang disebut ‘MANUSIA’. Hal itu bersama-sama dengan asal usul kejadian Jin, diceritakan oleh Allah dalam ayat: “Dan sesungguhnya Kami jadikan manusia itu dari tanah liat yang kering, dan dari lumpur hitam, sampai terbentuk. Dan Jin Kami jadikan sebelumya (jadi, kejadian Jin terlebih dahulu, sebelum kejadian manusia), terdiri dari api yang sangat panas.” (QS AL-Hijr: 26-27) Yang dimaksudkan dengan manusia di dalam ayat di atas ialah: Bapa manusia, iaitu Adam a.s. sedang yang dimaksudkan Jin ialah: Bapa Jin, iaitu menurut pendapat yang paling masyhur ialah IBLIS yang akan merasai mati setelah hidup hingga hari Kiamat. Juga asal kejadiannya ada disebutkan di dalam sebuah hadis Aisyah r.a. riwayat Muslim: “Dijadikan malaikat dari cahaya dan Jin api dan Adam dijadikan daripada yang telah disifatkan kepada kamu (yakni dijadikan dari tanah liat yang kering).” Perkataan Jin menurut pengertian bahasa  ertinya ‘tertutup’ (tidak kelihatan), kerana mereka tidak dapat dilihat dan tidak kelihatan, seperti yang diterangkan oleh Allah dalam ayat: Ertinya: “Sesungguhnya dia (syaitan iaitu segolongan bangsa jin) dan kaumnya dapat melihat kamu ditempat mana kamu tidak dapat melihat mereka.” (Al-A’raf: 27)

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2013 di pasaran...

Mengapa Anjing Najis?

EMPAT BELAS abad yang lalu, Nabi s.a.w. telah mengingatkan umatnya untuk tidak mendekati anjing. Sebab, jilatan anjing itu najis dan membasuhnya harus tujuh kali, di mana salah satunya harus menggunakan tanah. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sucinya wadah/bekas seseorang saat dijilat anjing adalah dengan membasuhnya 7 kali, salah satunya dengan menggunakan tanah.”  Diriwayatkan pula dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila anjing menjilat wadah/bekas seseorang, maka cucilah (bekasnya) lalu basuhlah wadah/bekas itu 7 kali,” (HR. Muslim). Pertanyaannya: Mengapa air liur anjing itu najis dan mencucinya, selain menggunakan air, harus menggunakan tanah? Apa dasar yang dipakai oleh Rasulullah ketika mengatakan demikian? Sebabnya, saat itu belum ada teknologi canggih yang mampu membasmi kuman atau bakteria yang terkandung di dalam liur anjing. Memang betul. Meski tanpa alat-alat  teknologi canggih, Rasulullah sungguh jauh lebih canggih dibandingkan teknologi apapun yang pernah ada di muka bumi ini. Sebab, ia langsung dibimbing Allah. Jadi, perkataan Nabi s.a.w. soal najisnya air liur anjing dan mencucinya harus pakai tanah salah satunya murni kerana wahyu Allah s.w.t.
Ternyata, perkataan Rasulullah tersebut akhirnya terbukti. Dalam sebuah forum tentang kesihatan umum, para doktor mengemukakan rahsia kenapa harus tanah untuk mencuci bekas jilatan anjing, tidak bahan lainnya. Dalam forum tersebut dijelaskan sebagai berikut:  “Hikmah tujuh kali basuhan yang salah satunya dengan tanah dalam menghilangkan najis jilatan anjing adalah bahawa virus anjing yang berbentuk pita cair itu sangat lembut dan kecil. Sebagaimana diketahui, semakin kecil ukuran mikroba, ia akan semakin efektif untuk menempel dan melekat pada dinding sebuah wadah. Dalam hal ini, tanah berperanan/berkesan sebagai penyerap mikroba berikut virus-virusnya yang menempel dengan lembut pada wadah.” Secara ilmiah, tanah mengandung dua bahan yang dapat membunuh kuman-kuman. Menurut para doktor, ilmu kedoktoran moden telah menetapkan bahawa tanah mengandung dua bahan: tetracycline dan tetarolite. Dua unsur ini digunakan untuk proses pembasmian (sterilisasi) beberapa kuman. Beberapa doktor peneliti dahulu memperkirakan bahawa tanah kuburan mengandung kuman-kuman tertentu yang berasal dari mayat-mayat yang dikubur. Namun sekarang, ekperimen-eksperimen dan beberapa hipotesa menjelaskan bahawa tanah merupakan unsur yang berkesan dalam membunuh kuman. Demikianlah yang diputuskan oleh himpunan doktor ahli ini. Mereka berpendapat sebagai berikut: “Pada masa moden sekarang ini, para ilmuan telah melakukan kajian terhadap tanah kuburan untuk mengetahui kuman-kuman yang terkandung di dalamnya. Mereka berkeyakinan dapat menemukan kuman-kuman yang membahayakan dalam jumlah yang banyak. Pendapat ini berdasarkan fakta bahawa banyak manusia yang matinya kerana penyakit yang ditularkan melalui kuman.” Namun, setelah diadakan penelitian, ternyata mereka tidak menemukan bekas apapun dari kuman penyakit tersebut di dalam tanah. Akhirnya, mereka menarik sebuah kesimpulan bahawa tanah memiliki keunggulan dalam membunuh kuman yang membahayakan. Jika tidak, tentu kuman akan banyak dan menyebar ke mana-mana. Padahal, jauh sebelum mereka menemukan kesimpulan tersebut, Nabi s.a.w. telah mengukuhkan hal itu dalam hadis-hadisnya, seperti yang tercantum di atas. Menurut Muhammad Kamil ‘Abd Al-Shamad, mukjizat ilmiah dengan jelas sangat mendukung penggunaan tanah pada salah satu dari tujuh kali basuhan dalam menghilangkan najis jilatan anjing. Ia mendedahkan bahawa tanah mengandungi unsur yang cukup kuat untuk menghilangkan bibit-bibit penyakit dan kuman-kuman. Hal ini berdasarkan fakta bahawa molekul-molekul yang terkandung di dalam tanah menyatu dengan kuman-kuman tersebut, sehingga mempermudah dalam proses sterilisasi kuman secara keseluruhan. Ini sebagaimana tanah juga mengandung bahan-bahan yang dapat mensterilkan bibit-bibit kuman tersebut.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2013 di pasaran...

Ehwal Mukjizat Nabi Sulaiman

SALAH satu kelebihan Nabi Sulaiman a.s. adalah diberikan kurnia oleh Allah untuk boleh bercakap dengan makhluk lainnya seperti binatang, tetumbuhan dan sebagainya. Bahkan, baginda juga diberikan kerajaan yang sangat agung, yang merupakan warisan dari ayahnya, Nabi Daud a.s. Allah berfirman tentang hal ini dalam QS An-Naml ayat 15-16 seperti dijelaskan di atas. Qatadah menafsirkan kata ilmu dalam ayat tersebut dengan pemahaman. Ada yang menafsirkannya dengan ilmu agama, ilmu hukum dan ilmu kimia. Menurut Imam Al-Qurthubi, ayat ini menjelaskan mulianya ilmu, tingginya kedudukan ilmu dan keutamaan orang-orang yang berilmu. “Nikmat ilmu merupakan sebesar-besar nikmat dan pemberian, siapa yang dianugerahi ilmu telah dianugerahi kelebihan dari seluruh hamba-hamba-Nya yang beriman,” tulis al-Qurthubi dalam tafsirnya. Dan salah satu ilmu yang dimiliki oleh Nabi Sulaiman a.s. adalah boleh berkata-kata dengan makhluk lainnya selain manusia. Menurut Alkalbi, di antara anak-anak Nabi Daud yang berjumlah 19 orang, hanya Nabi Sulaiman a.s. yang mewarisi kenabian (nubuwwah) bapanya, iaitu Nabi Daud. Sementara warisan berupa harta, tentu setiap anak akan menerimanya secara merata. Demikian juga yang dikatakan oleh Ibnu Al-Arabi. Menurutnya, “Apabila warisan berupa harta, maka akan dibahagi secara jumlah hitungan. Allah s.w.t. memberikan kekhusyusan kepada Sulaiman a.s. berupa kenabian dan hikmah yang dimiliki Daus a.s., dan Allah s.w.t. menambahkan kerajaan baginya yang tidak ada kerajaan semisal itu setelahnya.” Ibnu Athiyah seperti dikisahkan Imam Ahmad dalam Al-Musnadnya berkata, “Daud a.s. terlahir sebagai bangsa Israel dan seorang raja. Sulaiman a.s. mewarisi kerajaan dan darjat kenabian ayahnya. Ertinya, kenabian dan kerajaan ayahnya beralih kepadanya sepeninggal ayahnya, Daud a.s., dan disebut hadiah warisan. Ini seperti sabda Nabi, ‘Para ulama itu adalah pewaris para Nabi.’”  Meskipun begitu, kerajaan Nabi Sulaiman a.s. melebihi apa yang pernah dicapai oleh ayahnya, Nabi Daud. Hal ini diakui oleh Muqatil. Ia berkata, “Kerajaan Sulaiman a.s.lebih besar dari kerajaan Daud a.s. dan Sulaiman a.s. lebih tepat dalam memberi keputusan daripada bapanya. Dan, Daud a.s. lebih kuat dalam beribadah dari Sulaiman a.s.” Ulama lainnya berkata, “Tidak ada kerajaan seorang Nabi pun yang melebihi besarnya kerajaan Sulaiman a.s. Allah s.w.t. menundukkan manusia, jin, burung-burung dan binatang-binatang liar bagi Sulaiman a.s., dan Allah s.w.t. memberikan Sulaiman a.s. apa yang tidak pernah diberikanNya kepada manusia yang ada di permukaan bumi ini. Sulaiman a.s. mewarisi dari bapanya kerajaan dan kenabian. Setelah kewafatan bapanya, Sulaiman menjadi Nabi dengan menegakkan syariat yang dibawanya.” Kemampuan Sulaiman a.s. berkata-kata dengan binatang ini diceritakan oleh Muqatil. Menurutnya, saat itu Sulaiman sedang duduk, dan seekor burung terbang berputar-putar. Maka, Sulaiman berkata kepada orang-orang yang duduk di dekatnya: Tahukah kalian apa yang dikatakan burung ini? Dia berkata kepada saya, “Assalamualaikum wahai raja yang berkuasa dan Nabi bangsa Israel. Allah s.w.t. telah menganugerahimu kemuliaan. Allah s.w.t. memenangkanmu dari musuh-musuhmu. Aku akan pulang menemui anak-anakku setelah itu akan datang kembali. Burung itu pun kemudian datang lagi menemui Nabi Sulaiman dan siap menerima perintah baginda.
Fatqad As-Sabakhi berkata, “Saat itu Sulaiman sedang berjalan dan di atas sebuah pohon seekor Bulbul bertengger menggerak-gerakkan kepala dan ekornya. Sulaiman a.s. berkata kepada sahabat-sahabatnya, ‘Tahukah kalian apa yang dikatakan Bulbul ini?’ Mereka berkata, ‘Tidak, ya Nabi Allah.’ Sulaiman berkata: Dia berkata, ‘(jika) Saya memakan separuh dari buah-buahan maka dunia akan binasa.’ Kemudian Sulaiman a.s. berjalan melintasi burung Hud-hud (sejenis burung pelatuk) yang bertenggek di atas sebuah pohon, dan seorang anak kecil dengan jeratnya mencuba memancing Hud-hud. Sulaiman a.s. berkata, ‘Hati-hati wahai Hud-hud.’ Hud-hud berkata, ‘Anak kecil itu tidak berakal, saya akan menundukkannya.’

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2013 di pasaran...

Orang Takwa Akan Dapat Dua Syurga

DALAM kuliah agama, dalam syarahan di mana-mana pun, para tuan guru, para ustaz kadang-kadang ada menyentuh masalah syurga dan neraka. Tujuan mereka menimbulkan soal syurga ini semata-mata untuk menarik perhatian kita umat Islam bahawa Allah ada menyediakan satu “balasan” yang paling hebat di akhirat nanti. Apabila kita tahu bahawa ada balasan dari Allah kepada orang yang beriman dan taat kepada perintah Allah, tentulah kita akan beramal dengan lebih kuat. Iman kita akan bertambah mantap apabila kita diberitahu bahawa di akhirat iaitu akhir matlamat semua insan ialah syurga, maka sudah tentulah kita akan berusaha lebih gigih untuk mengumpul amal salih dan kebajikan apabila kita mengadap Allah di akhirat kelak.
Itulah tujuan hidup dan matlamat setiap orang mukmin yang hidup di muka bumi ini. Di dalam syurga ada pelbagai nikmat disediakan oleh Allah kepada kita yang dimasukan ke Syurga Allah itu. Kemudian dalam kisah syurga inilah para ulama kita menerangkan syurga ada berbagai tingkat yang didiami oleh penghuninya kelak. Apakah syurga itu bertingkat-tingkat? Ini pertanyaan kadang-kadang timbul dalam kepala kita apabila para tuan guru memberikan kuliahnya. Allah s.w.t. menjelaskan tentang perkara ini dalam firmannya dalam surah Ar-Rahman ayat 46 yang mafhumnya: “Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya, ada dua syurga.” Kemudian, kedua syurga itu dijelaskan pada ayat berikutnya. Sesudah itu dilanjutkan dengan firmanNya tentang tingkatan syurga yang lain: “Dan selain dari kedua syurga itu ada dua syurga lagi.” (Ar-Rahman: 62) Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a., tentang takwil firman Allah Taala di atas: “Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya, ada dua syurga.” (Ar-Rahman: 46) Bahawa maksudnya, bagi orang yang merasa takut, setelah menunaikan kewajipan-kewajipannya, ada dua syurga. Menurut satu pendapat, bahawa masing-masing orang yang merasa takut itu mendapat dua syurga sendiri-sendiri. Dan, ada pula yang mengatakan, dua syurga itu untuk semua orang yang merasa takut. Tapi, pendapat yang pertama agaknya lebih nyata kebenarannya. Adapun menurut Muhammad bin Ali At-Tarmidzi, satu syurga untuk rasa takutnya kepada Tuhannya, dan satu lagi untuk kesediaannya meninggalkan syahwat. Makam (tingkatan) pada ayat di atas, ertinya: tempat. Jadi, maksud ayat, bahawa orang itu mengkhuatirkan kesanggupannya berdiri di tempatnya saat menghadap Tuhannya untuk dihisab. Dan oleh kerananya dia meninggalkan maksiat.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2013 di pasaran...

Filosofi Nabi s.a.w. Dalam Berdagang Dan Hutang-Piutang

RASULULLAH S.A.W. adalah teladan terbaik bukan dalam urusan ibadah semata, tapi juga perkara “menjalin hubungan baik” dengan orang lain. Dalam hal jual-beli, misalnya, Rasulullah adalah contoh pedagang yang tidak pernah membuat orang lain rugi. Selain jujur, dan tidak pernah memperdaya orang lain, Nabi disebutkan tidak pernah mendebat. Keteladanan Rasulullah itu tidak saja membuat As-Saib bin Abdurrahman kagum, tapi juga memuji langsung di hadapan Nabi. “Engkau pernah menjadi temanku di zaman Jahiliyah dan engkau menjadi teman paling baik. Engkau tidak memperdayaku dan tidak pula mendebatku.” (HR. Ibnu Majah). Dalam berdagang (jual-beli), Nabi memang selalu memudahkan dan meringankan orang lain. Bahkan, Rasul tidak mengambil untung banyak. Kerana itu, Rasulullah pun menganjurkan kepada sahabat untuk tidak mempersulit orang lain. Dengan kata lain, meminta untuk selalu memudahkan - jika perlu meringankan orang lain. Bahkan, Nabi memohon rahmat kepada Allah bagi orang seperti itu. “Allah merahmati orang yang memudahkan ketika menjual, ketika membeli dan ketika meminta haknya (dalam jual-beli)”. (HR. Bukhari). Selain dalam jual-beli, Nabi juga mengajarkan para sahabat untuk memudahkan dan meringankan orang lain dalam hal hutang-piutang. Itu boleh dengan cara menangguhkan waktu pembayaran bagi orang yang kesulitan, memutihkan sebahagian atau seluruh hutang. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda, “Ada seorang pedagang yang memberi pinjaman kepada seseorang sehingga jika dia melihat mereka dalam kesulitan, dia berkata kepada para pembantunya, “Berilah dia tempoh hingga mendapatkan kemudahan semoga Allah memudahkan urusan kita. Maka Allah pun akan memudahkan urusannya (di akhirat).” (HR. Bukhari dan Muslim). Sebab dengan memberi kemudahan urusan orang lain, orang itu pun akan dimudahkan Allah. Bentuk kemudahan itu, seperti memutihkan hutang.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2013 di pasaran...

Singa Yang Masuk Ke Kebun Pelayannya

SEPERTI biasa, Raja Parsi itu gemar sekali melihat-lihat pemandangan alam sekitar dari istananya yang tinggi. Dari situ, dia dapat menikmati udara segar, panorama alam yang indah serta boleh melihat-lihat berbagai aktiviti rakyatnya. Di tengah asyiknya bersantai tersebut, tiba-tiba, mata sang raja tertuju pada seorang perempuan cantik di seberang istana. Sang raja terpesona hingga senyum mengembang dari bibirnya. Sementara perempuan itu tak tahu dirinya sedang diperhatikan. Sang raja benar-benar seperti dirasuk oleh kecantikan perempuan di seberang itu. Kerana itu, untuk mengungkap rasa penasarannya, dia pun bertanya kepada pengawalnya. “Siapa perempuan itu?” tanya raja kepada pengawalnya. “Maaf, tuanku. Perempuan itu adalah isteri salah seorang pelayan tuanku.” “Siapa nama pelayanku itu?” “Fairuz, tuanku.”
Mendengar perempuan tersebut tidak lain adalah isteri pelayannya sendiri, raja segera turun dari tempatnya yang tinggi. Otaknya masih diselimuti bayangan isteri pelayannya yang cantik rupawan itu. Timbul rencana di benaknya untuk memanggil Fairuz dan segera memberi perintah padanya. Tak lama kemudian Fairuz dihadapkan pada sang raja. “Fairuz, ambillah surat ini dan sampaikanlah surat ini (di surat itu tertera sebuah negeri dan nama tujuan surat)!” Dengan penuh kepatuhan, pelayan itu lantas mengambil surat itu dan segera akan dia hantarkan. Fairuz tak tahu isi dan tujuan surat itu. Dia juga sama sekali tidak mengetahui rencana sang raja di balik itu. Sebelum berangkat, surat itu diletakkan di bawah bantal di bilik tempat tidurnya. Ketika pagi tiba, dia memaklumkan kepada isterinya sambil mengucapkan selamat tinggal dan segera berangkat menunaikan perintah sang raja.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2013 di pasaran...

Imam Bukhari Belajar Agama Umur 11 Tahun

NAMA Imam Bukhari terkenal dalam dunia Islam. Beliau seorang imam besar, seorang ulama besar yang merupakan seorang “perawi” hadis Nabi s.a.w. Para ulama Islam, para penulis Islam, serta ahli-ahli sejarah ulama-ulama Islam banyak menulis tentang diri Bukhari dalam buku-buku tulisan mereka. Ada diantaranya yang mencatatkan bahawa Imam Bukhari telah belajar atau pun menuntut ilmu agama dengan lebih dari satu ribu orang guru (1,000 orang). Selain dari seorang perawi yang tersohor, beliau banyak menulis buku hadis Nabi s.a.w. yang sahih belaka. Usaha gigih beliau dalam mengumpulkan hadis-hadis Nabi s.a.w. yang sahih mendapat sanjungan dari para ulama seluruh dunia. Namun beliau sebenarnya ialah ialah Abi Adbullah Muhamad bin Islam Al-Bukhari. Beliau seorang “budak” yang paling cerdik sejak kecil lagi. Usianya baru meningkat sebelas tahun (11 tahun), beliau sudah mula belajar ilmu agama di tempat di Bukhara. Bukhari sejak mula lagi memang mempunyai cita-cita besar mahu pergi ke Makkah. Sejak beliau belajar di tempatnya, hatinya begitu melonjak-lonjak mahu ke Makkah. Akhirnya, beliau datang ke Makkah untuk mengerjakan fardu haji. Bukan setakat mengerjakan haji, bahkan beliau belajar ilmu hadis daripada para ulama Makkah. Beliau juga ke Makkah dengan menemui ramai para ulama di sana dan belajar ilmu hadis Nabi s.a.w. Beliau bukan saja belajar ilmu agama dan ilmu hadis dari dua buah bandar Islam itu, bahkan beliau merantau ke Iraq dengan menemui para ulama besar di sana dengan menimba ilmu agama, dan ilmu hadis. Lebih dari 16 tahun beliau merantau ke seluruh dunia Islam dan pusat-pusat besar Islam untuk mencari ilmu, dan begitu gigih bersungguh-sungguh beliau mencari ilmu. Memang Bukhari begitu hebat dan begitu besar karyanya dalam bidang ilmu hadis. Beliau merantau ke seluruh kota-kota besar Islam seluruh dunia semata-mata untuk mendengarkan hadis-hadis yang sebenarnya yang sahih. Dengan usaha yang paling berani dan gigih itu, beliau akhirnya terkenal sebagai seorang imam yang telah menghafaz berpuluh-puluh ribu hadis dengan cukup teliti dan cermat. Kesempurnaan hadis-hadis yang dipelajari dan yang didengarnya itu menyebabkan beliau diuji dengan kekuatan ingatannya itu. Dalam buku-buku yang menceritakan mengenai diri Imam Bukhari ini, ada disebutkan tentang beliau diuji oleh ulama-ulama semasa beliau berada di Iraq.
Ada diceritakan bahawa sewaktu beliau datang ke Baghdad, maka ulama-ulama hadis yang terkemuka di Kota itu telah berusaha menguji kekuatan ilmunya. Caranya ialah dengan mencampur adukan antara hadis sahih dengan hadis yang tidak sahih, dan dicelarukan semua hadis itu untuk menguji apakah Bukhari dapat memilihnya yang mana sahih dan yang mana tidak. Ulama-ulama Baghdad ini telah kemukakan kepada beliau sebanyak 100 hadis yang dicampur adukkan dan dikacaukan sanad dan matan (lafaz) hadis.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2013 di pasaran...

Islam Di Amsterdam: Berkembang Seiring Isu Anti Islam

KITA tentu pernah mendengar nama Geert Wilders, seorang ahli politik Belanda, yang terus berkempen anti Islam. Wilders lantang bersuara agar setiap otoriti di negara Barat, tidak memberikan kelonggaran dan izin terhadap aktiviti kalangan muslim, termasuk pembangunan masjid. Sebab, menurut Wilders, Islam adalah ancaman terhadap Eropah. Tidak cukup di situ, Wilders juga mengecam pemerintah Belanda yang masih menghormati toleransi beragama sehingga muslim di negeri Belanda dijamin kebebasannya dalam menjalankan ajaran-ajarannya. Namun upaya Geert dengan dakyah anti Islamnya, menuai kegagalan menyusul ditolaknya usulan-usulannya ke Parlimen Belanda yang menghendaki penyekatan terhaap Islam (voa-islam.com, 9/7/12). Kempen anti Islam oleh Wilders, bukan saja melalui buku yang ditulisnya, bicara dalam berbagai forum-forum, namun juga melalui penerbitan filem. Fitna yang diedarkan pada tahun 2008, sempat menggegerkan alam raya. Bagaimana tidak, dalam filem tersebut, ia berpandangan bahawa Islam telah mengurangi semangat kebebasan di Belanda dan ajaran Nabi s.a.w. tidak sesuai dengan prinsip dan amalan Barat. Walau kempen anti Islam yang dianjurkan pemimpin parti sayap kanan Belanda tersebut demikian hangat, kenyataannya tidak menyurutkan sinar Islam di Amsterdam. Bahkan perkembangan Islam di ibu kota negeri ‘kincir angin’ tersebut semakin menggembirakan. Alhamdulillah... Di sana Islam bukan saja diterima dengan baik oleh masyarakatnya, tetapi dari waktu ke waktu Islam tumbuh secara berkesan. Ini terbukti dari tertubuhnya organisasi keislaman, masjid yang terus berdiri, di samping makin banyak orang yang tertarik pada Islam. Menurut catatan Euromoslim, pertubuhan Islam yang berpejabat di Amsterdam, rata-rata sebulan sekali ada saja orang atau warga Belanda atau bukan muslim yang memeluk Islam.
Fenomena ini terjadi lantaran masyarakat di negeri kincir angin tersebut terbuka menerima Islam. Selain itu, ada beberapa elemen yang mendorong perkembangan Islam di sana. Pertama, di kalangan elit warga ibu kota Belanda ternyata banyak yang tidak meyakini agama apa pun. Kedua, aktiviti kegerejaan mengalami kemunduran, khususnya di Amsterdam, malahan banyak gereja dan aset-asetnya dijual, lantaran semakin merosotnya jumlah jemaahnya (id.wikipedia.org). Di sisi lain, kalangan muslim lebih respek terhadap ajaran-ajaran Islam dibandingkan dengan para pemeluk agama lainnya. Faktor lainnya, dakwah Islam giat merekrut pemeluk-pemeluk baru, khususnya mereka yang berasal dari etnik minoriti Afrika atau yang berasal dari kelompok atheis.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2013 di pasaran...

Membuang Hasrat Korupsi

SELAIN menjadi tugas negara dengan segala peringkatnya untuk membanteras korupsi/rasuah, kita semua sebenarnya memikul tugas yang sama sesuai tanggungjawab dan kemampuan kita. Membanteras rasuah merupakan sebahagian dari tanggungjawab kita bersama, secara moral, sosial mahupun agama. Betapa hinanya perbuatan rasuah seperti ‘menumbuk rusuk’ untuk menyogok dan menyuap ‘wang’ bagi mendapatkan sesuatu projek bagi kepentingan syarikat atau diri sendiri atau kroni Tidak kurang banyaknya pesan-pesan Rasulullah s.a.w. kepada kita untuk menjauhi rasuah. Misalnya, baginda pernah mengatakan, “Siapa saja yang tubuhnya tumbuh dari barang haram, maka neraka lebih pantas baginya.” (HR. Al-Hakim dari Abu Bakar)  Maka, beban kita adalah menjaga diri kita dari barang-barang haram. Ini penjagaan secara fizik. Selain itu, ada penjagaan secara mental dan fikiran. Kita jauhkan diri kita dari fikiran-fikiran untuk mendekati sesuatu yang haram seperti rasuah. Rasuah jelas merupakan perbuatan yang haram dilakukan. Nabi s.a.w. mengatakan, “Yang halal itu jelas, yang haram itu juga jelas. Di antara keduanya ada yang syubhat. Tidak banyak yang tahu hal ini. Siapa yang menjaga diri dari yang syubhat, bererti ia telah menjaga agama dan dirinya.” (HR. Bukhari dan Nu’man bin Basyir)  Kita layak belajar dari wanita salihah berikut ini perihal menjaga diri dari rasuah dan membuang hasrat atau mental korup dalam fikirannya. Suatu ketika, wanita ini datang mengadu kepada Imam Ahmad bin Hanbal. Ia berfikir bahawa wanita tersebut akan meminta sedekah darinya, sebagaimana kebanyakan orang. Namun, sebelumnya, ia mendengarkan pengaduan wanita tersebut dengan seksama, “Tuan, saya adalah ibu rumah tangga yang telah ditinggal mati suami. Setiap hari saya bekerja siang hingga malam. Siang hari saya bekerja mengurus anak-anak dan rumah tangga, sedangkan malam hari saya merajut benang untuk dijual sebagai penghasilan kami. Namun, saya tidak memiliki wang untuk membeli lampu, sehingga saya biasa mengerjakannya di bawah cahaya bulan.”
Mendengar cerita wanita tersebut, hati Imam Ahmad tergerak untuk menolong. Apalagi, jika yang ia perlukan hanya sebuah lampu. Namun, ternyata, cerita itu belum selesai. Imam Ahmad mengurungkan niatnya untuk memberi sedekah demi mendengarkan kelanjutan cerita wanita tersebut. Sambil menarik nafas, wanita itu mengadu kembali dengan wajah penuh kesedihan, “Hingga pada suatu ketika, kafilah milik pemerintah berkhemah di depan rumah saya. Lampu-lampunya terang benderang kerana jumlahnya banyak. Saya pun segera memanfaatkan cahaya tersebut untuk merajut. Akan tetapi, setelah pekerjaan saya selesai, saya bimbang, apakah rajutan itu jika dijual, hasilnya halal dimakan oleh saya dan anak-anak? Sebab, saya menggunakan lampu yang minyaknya dibeli dari wang negara yang tentu saja adalah wang rakyat juga.”
Imam Ahmad terkesan dengan kegundahan wanita tersebut yang khuatir dirinya telah mencuri wang rakyat. Sudah pasti ia bukan wanita sembarangan hingga memiliki ketajaman nurani seperti itu. Imam Ahmad pun bertanya, “Siapakah anda sebenarnya?” Dengan nada tertekan kerana kegundahannya, wanita itu menjawab, “Saya adalah adik perempuan Basyar Al-Hafi.”  Alangkah terkejutnya Imam Ahmad mendengar jawapan dari bibir wanita tersebut. Ternyata, sosok wanita yang berada di hadapannya itu adalah wanita terhormat, adik seorang gabenor yang adil dan dimuliakan semasa hidupnya, Basyar Al-Hafi.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2013 di pasaran...

Solat Khusyuk Meringankan Rasa Sakit

DALAM sebuah peperangan, Ali bin Abi Thalib dikisahkan terkena anak panah. Orang-orang terdekat Ali berusaha sekuat tenaga mencabut anak panah itu, tapi tak sanggup mencabutnya kerana setiap kali anak panah itu dicabut, Ali tidak kuat menanggung rasa sakit. Mereka tangguh mencabut anak panah itu, dan menunggu Ali bersolat. Keajaiban pun terjadi. Saat Ali solat, salah seorang dari mereka mencabut anak panah yang mengenai Ali, dan Ali ternyata tidak merasakan sakit –lantaran sedang dibuai kekhusyukan dan ketenangan dalam solat. Apa itu sebuah mukjizat? Itulah rahsia kekhusyukan solat. Ali bin Abi Thalib – dalam literatur Islam — memang dikenal sebagai salah satu sahabat yang khusyuk dalam menjalankan solat. Ketika khusyuk solat, dan segala urusan dunia dikesampingkan dan seluruh potensi dari energi dipusatkan pada satu titik hanya ke hadirat Allah, rasa sakit menjadi tidak lagi dirasakan. Sebab, jiwa sudah terpaut kepada Allah dan rasa sakit pun boleh diabaikan. Tak salah, jika dalam penelitian moden disimpulkan bahawa solat itu merupakan terapi atau meditasi tingkat tinggi yang tidak saja boleh meringankan rasa sakit, tapi juga boleh menjadi penyembuh luka. Dalam sebuah penelitian, pernah diujicubakan: responden diminta merendam tangan mereka dalam air panas dan kemudian aktiviti gelombang otak mereka dikesan.
Apa yang terjadi? Aktiviti gelombang otak ternyata menunjukkan perubahan mengikuti rasa sakit yang mereka rasakan. Kemudian, ujian yang sama dilakukan pada orang yang biasa meditasi, dan ternyata otak mereka tidak merespon rasa sakit. Pendek kata, meditasi yang rutin dilakukan ternyata boleh meningkatkan kekebalan tubuh sehingga rasa sakit tidak memengaruhi otak dan tidak menyebabkan nyeri pada si penderita.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2013 di pasaran...

Muazin Pertama: Ketabahan Bilal Tidak Ada Tolok Bandingnya

DALAM menegakkan agama Islam, nama Bilal bin Rabbah tetap ada dalam senarai ini. Peranannya begitu besar, dari seorang hamba abdi, Bilal seorang bangsa Habsyi telah dikurniakan oleh Allah dengan ‘iman’ yang tidak goyah. Walaupun ia menerima seksaan yang amat berat dari kaum Quraisy kerana dia seorang Islam dan beriman kepada Allah, namun Bilal tetap cekal dan tabah. Allah memberinya hidayah sehingga Bilal menjadi seorang “tukang azan” yang di zaman Nabi s.a.w. sehinggalah akhir hayatnya. Kisah atau riwayat hidupnya sebelum dia memeluk agama Islam, sangat sedih dan memilukan. Selepas memeluk Islam beliau merupakan sahabat Rasulullah s.a.w. yang paling rapat sekali. Ke mana sahaja Rasulullah pergi, Bilal tetap bersamanya. Bilal adalah seorang ‘hamba’ kepada seorang sahabat Abu Jahal bernama Umaiyah bin Khalaf. Apabila Umaiyah mengetahui bahawa Bilal telah memeluk agama Islam, Umaiyah telah menyeksanya paling kejam dan mengerikan. Pada satu ketika Umaiyah menyeksa Bilal dengan mengheretnya di tengah-tengah padang pasir dalam keadaan bertelanjang di panah sinar matahari panas terik. Bilal diikat, kemudian diseret di atas pasir yang panas itu. Kemudian ada beberapa orang yang menjadi tukang pukul, memukul Bilal semasa dia ditarik dengan kejam tanpa perikemanusiaan. Tujuan kaum Quraisy berbuat demikian, supaya Bilal meninggalkan agama yang baru dianutinya itu, iaitu agama Islam. Tetapi oleh kerana iman Bilal begitu mantap dan tebal, maka amat sukar sekali bagi kaum Quraisy terutama Umaiyah untuk mengubah akidah Bilal bin Rabah itu. Sebaliknya semakin kuat diseksa maka makin menebal dan semakin banyak Bilal menyebut nama Allah s.w.t. Semasa diseksa Bilal tidak henti-henti menyebut perktaan: “Ahad..Ahad..A..iaitu Allah Maha Besar” Semakin kuat Umaiyah menyeksa Bilal, semakin galak Bilal menyebut ayat tersebut. Melihat kedegilan Bilal dengan penderitaan yang mantap itu Umaiyah lalu menampar pipi Bilal sekuat-kuatnya, lalu berkata: “Hei budak jahat, engkau ini memang degil, engkau memang celaka. Aku mahu engkau menyebut Latta dan Uzza, tetapi lain yang engkau sebut...”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2013 di pasaran...

Malaikat Gunung Di Thaif

SESUDAH kehilangan dua orang pembelanya, Abu Thalib dan Khadijah r.a., Nabi s.a.w. makin menderita. Pernah suatu ketika Nabi disiram lumpur di kepalanya hingga berlumuran kotoran. Baginda pulang dengan kepala dan wajah yang kotor. Fatimah r.a. menangis melihat itu dan segera mengambil kain untuk membersihkannya. Kesedihan Fatimah membuat hati Nabi terpukul. “Jangan menangis anakku, Tuhan akan melindungi ayahmu,” ujar Nabi. Lalu Baginda bergumam, “Saat Abu Thalib masih ada, orang-orang Quraisy itu tidak seberapa menggangguku.” Tekanan baru itu membuat Nabi ingin pergi ke tempat lain. Di akhir Syawal tahun ke-10 kenabian, Baginda berkunjung ke Thaif, kota ternama setelah Makkah dan Madinah. Thaif bukan tempat asing bagi Nabi sebab di Thaif bermukim Bani Sa’d, tempat tinggal Halimah as-Sa’diyah, ibu susu Nabi. Di Thaif Nabi ingin mencari perlindungan, juga berdakwah agar mereka mahu menerima Islam. Thaif adalah daerah sejuk dan tempat bagi tumbuh suburnya tanaman dan buah-buahan. Tak mudah mencapai Thaif dari Makkah waktu itu, sebab harus meredah jalan menanjak berliku sepanjang 140 kilometer. Nabi berjalan kaki. Ada riwayat yang menyebut baginda pergi sendiri tapi ada juga yang menyebut Baginda pergi ditemani Zaid bin Haritsah. Perjalanan berat itulah yang baginda lalui ke negeri tempat kuil Latta berada. Perjalanan  berat yang belum tentu berhujung manisnya. Baginda tak tahu seperti apa nanti tanggapan orang Thaif yang disebut orang Tsaqif itu. Setibanya di Thaif, Nabi langsung menemui pemuka kaum Tsaqif: Abd Ya Lail, Mas’ud dan Habib. Nabi menyampaikan risalah dengan lembut, tapi pemuka Tsaqif itu mencebek dan mengejek. “Jika Tuhan mengutusmu, aku akan meruntuhkan Kaabah!” ujar seorang dari mereka mengejek. “Apakah Tuhan tidak mendapatkan orang selain dirimu untuk menjadi rasulNya?” sergah yang lain. “Kami tak ingin berbicara denganmu! Kerana, seandainya engkau utusan Tuhan seperti yang engkau katakan, engkau terlalu mulia bagiku dan seandainya engkau berbohong, tidaklah layak aku berbicara denganmu,” ujar yang lain. Nabi mafhum. Orang-orang itu telah menyatakan sikap dengan ejekan itu. Mereka menolak risalahnya. Nabi pun beranjak hendak pergi ke tempat lain. Tapi para pemuka itu ternyata memanggil sebilangan kanak-kanak mereka, memanggil warga dan mem‘provokasi’ untuk mengolok-olok Nabi lebih parah lagi. Mereka memaki, menghina dan kemudian semakin liar dengan melempari Nabi dengan batu. Nabi yang lembut itu mesti terluka. Zaid tak sampai hati, ia menghadang badannya sebagai perisai Nabi. Zaid berusaha melindungi lelaki mulia itu semampunya walau dia juga mesti terkena lemparan dan terluka.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2013 di pasaran...

Beda Mukmin Dan Bukan Mukmin

ALKISAH, suatu hari, Ibrahim bin Adham melintas di pasar Bashrah. Orang-orang berkumpul dan mengerumuninya seraya berkata, “Wahai Abu Ishaq, apa sebab kami selalu berdoa, namun doa kami tidak pernah dikabulkan?” Ia menjawab, “Kerana hati kalian telah mati oleh 10 hal: “1. Kalian mengenal Allah, tetapi tidak menunaikan hakNya; 2. Kalian mengaku cinta Rasulullah, tetapi meninggalkan sunnahnya; 3. Kalian membaca al-Quran tetapi tidak mengamalkannya; 4. Kalian memakan nikmat-nikmat Allah s.w.t., tetapi tidak pernah pandai mensyukurinya; 5. Kalian mengatakan bahawa syaitan itu musuh kalian, tetapi kalian senang mendengar dan mengikuti bisikannya; 6. Kalian katakan bahawa syurga itu hak adanya, tetapi kalian tidak pernah beramal untuk menggapainya; 7. Kalian katakan bahawa neraka itu hak adanya, tetapi kalian tidak mahu lari darinya; 8. Kalian katakan bahawa kematian itu adalah hak (benar adanya), tetapi kalian tidak pernah menyiapkan diri untuknya; 9. Kalian bangun dari tidur, lantas kalian sibuk memperbincangkan aib orang lain tetapi lupa dengan aib sendiri; 10. Kalian kubur orang-orang yang meninggal dunia di kalangan kalian, tetapi kalian tidak pernah mengambil pelajaran dari mereka.” (Dinukil dari kitab Mi’ah Qishshah wa Qishshah Fii Aniis ash-Shaalihiin Wa Samiir al-Muttaqiin, karya Muhammad Amin al-Jundi, Juz.II, hal.94). Sahabatku, demikianlah, semoga kita semua dibimbing Allah agar semakin taat dan doa kita diijabah bila kita mengikuti nasihat sufi Ibrahim bin Adham di atas. Amin. Sahabatku, tentu saja untuk proses dikabulnya doa kita memerlukan ikhtiar keras. Salah satunya dengan membiasakan solat subuh berjemaah di masjid. Sebab, syahdan, sejak waktu subuh, orang-orang beriman itu sudah dibahagiakan Allah, saat ia bersama sama berjalan dengan anak-anaknya untuk solat berjemaah ke masjid. Sekali-kali, ia gandeng tangan anaknya, sekali-kali ia cium pipi anaknya, sekali-kali ia usap kepala dan ia peluk anaknya, dengan udara sejuk menyegarkan dan menyihatkan yang padat oksigen.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2013 di pasaran...