Wednesday, September 17, 2014

Hidayah September 2014

Hidayah keluaran September 2014 sudah beredar di pasaran.  Pastikan anda  tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera  sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk  anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja...


ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA pujian dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Tragedi nahas pesawat MH17 ditembak yang terhempas dan mengorbankan semua penumpang di Ukraine merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah penerbangan Malaysia. Ianya berlaku selepas hilangnya pesawat MH370 yang sehingga kini belum terhurai misteri yang menyelubunginya. Kita mengucapkan takziah kepada setiap keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi berkenaan. Namun jangan lupa, dalam waktu bersamaan tentera zionis Israel terus mengganas di Gaza dan mengorbankan sejumlah besar rakyat Palestin terutama wanita dan kanak-kanak. Tragedi itu menggerhanakan sambutan Aidilfitri umat Islam tahun ini.
Peliknya negara-negara Islam terutama negara-negara Arab jiran Palestin hilang kejantanan untuk bertindak membantu saudara-saudara Arabnya (selain saudara sesama Islam) kecuali sekadar kutukan terhadap tindakan kejam Israel laknat itu. Tragisnya dalam waktu sama sekatan terhadap Gaza terus dilakukan oleh Israel bersama-sama Mesir yang berlarutan tujuh tahun. Sesungguhnya kutukan juga untuk pemerintah Mesir yang bersekutu dengan musuh Allah itu. Bagaimanapun tragedi dan tragisnya peristiwa yang berlaku itu, adalah takdir dan kehendak Allah jua. Bagi Malaysia apa yang dihadapi perlu dilalui dengan tabah dan ianya akan mematangkan negara dalam menghadapi apa jua peristiwa di masa akan datang. Sebenarnya dalam persekitaran hidup kita juga berlaku kematian dan musibah di sana sini. Ada yang meninggal dunia itu Tuan Guru, Ustaz-Ustaz, kaum kerabat, sahabat handai dan lain-lain. Ianya mengingatkan kita bahawa hidup ini memang rapuh. Dalam negara-negara yang bergolak dan bergelora kematian itu satu hal yang semestinyalah. Sedangkan dalam negara kita yang aman damai ini pun kematian itu terus menjengah malah bertambah tragis dalam musim-musim sebelum dan selepas menyambut hari raya dengan korban mangsa-mangsa kemalangan jalan raya. Namun hidup perlu diteruskan. Yang hidup ini juga pasti akan mati juga. Entah esok atau lusa. Cuma persoalannya, sejauh manakah persiapan bekalan amal kita nanti di alam mahsyar? Pembaca budiman...Hidayah juga terus ‘hidup’ menemui para pembaca setianya. Apa yang kami persembahkan itulah hati nurani majalah ini. Kami bersyukur dalam keadaan yang amat sederhana ini, Hidayah terus dibaca oleh peminatnya dan ini menambah azam kami akan terus berdakwah melalui pembacaan selagi dizinkan oleh Allah Taala.Terima kasih dengan sokongan berterusan anda dan kita berjumpa lagi dalam keluaran akan datang.
Wassalam!

Pengarang
Suhaimi Hamid

Marah Itu Ada Baik Dan Buruknya

TIDAK sulit melihat roman muka orang yang sedang marah. Mukanya keruh dan ditekuk, bibirnya terlihat mangetap, dan yang bersangkutan akan enggan bersapa dengan orang, apalagi kepada subjek yang mendatangkan ‘angin’ kepadanya. Marah yang sering kita temukan adalah marah sebagai respons atau sesuatu yang mengecewakan yang bersangkutan. Merasa diperlakukan tidak adil, diremehkan, diherdik secara tidak layak, adalah sebahagian dari munculnya rasa marah itu.  Sebagai salah satu sifat yang diberi kepada manusia, rasa marah adalah semulajadi. Kehadirannya semacam pusingan, yang ketika datang, ia bagaikan pelepasan energi potensi dari ketegangan jiwa. Pelepasan atas sifat ini merupakan pelepasan ketegangan emosional. Memang, tanpa rasa marah, hidup manusia ibarat kehilangan egonya. Padahal, ego (kesedaran tentang diri) itu diperlukan guna menopang hidupnya. Kerana ego-lah, ia membentuk dan memaknai kehidupan dirinya. Kerana egolah, suatu ketika ia kelhatan gembira kerana ada rasa gembira, ia boleh sedih, kerana ada rangsangan sedih dalam egonya.  Pendeknya, gembira, sedih, kecewa, juga marah, merupakan ragam hidup yang selalu berulang. Kematangan itu berkait dengan, ujar At-Termizi bagaimana seseorang membuang kebakhilan, ketergesaan, keterburu-buruan, rasa dengki, untuk digantikan dengan kebeningan jiwa yang memunculkan sifat kedermawanan, tolerasi, keluasan, ketenangan, kehati-hatian, dan ketertataan. Sebuah kisah klasik memaparkan bahawa Si Pedang Allah, Ali bin Abi Thalib, yang siap menghunuskan pedang ke dada musuhnya yang sudah jatuh, membatalkan niat tersebut tatkala musuh itu meludahi mukanya. Alasan Ali, ia ragu-ragu bahawa pembunuhan itu lebih berdasarkan “nafsu amarah” dan bukannya hak seorang lawan dalam situasi perang. Memang, bila tidak hati-hati, memelihara marah ibarat menjaga kegarangan harimau di dalam dirinya. Harimau di dalam kandang akan selalu hilir-mudik dalam keadaan jaga sepenuhnya dan siap merespons-menerkam-merobek atas objek-objek yang tertangkap dalam inderanya. Rasa marah pun boleh diidentikkan dengan api yang siap berkobar besar bila ada sarana yang memperbesar diri sang api. Sebuah titik api kecil pada mulanya, akan mampu membakar ribuan hektar hutan kerana adanya angin dan sifat kering pada lahan tersebut. Si iblis yang disamakan dengan api adalah lambang kemurkaan dan keangkuhan kerana ketidaksudiannya ditempatkan di bawah manusia.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2014 di pasaran...

Pengaruh Cinta Kepada Allah s.w.t.

BERKAT cinta kepada Allah s.w.t. sangatlah banyak. Jika ini muncul di hati seseorang, ia akan mencerahkannya dari kepala hingga hujung kaki. Berikut beberapa contoh dan keterangan secara ringkas mengenai hal tersebut. Wajah seseorang yang mencintai Allah s.w.t. memancarkan cahaya spiritual. Hati orang-orang biasa yang kusut menjadi pudar, ketika melihat sekilas wajah seperti ini. Suatu ketika, sekelompok orang Hindu masuk agama Islam. Saat ditanya mengapa berpindah agama? Mereka menunjuk wajah ‘Allamah Anwar Syah Kasymiri. Salah seorang dari mereka lalu berkata, “Wajah ini, tidak mungkin wajah seorang pembohong. Kerana dia seorang muslim, maka kami pun mengikuti menjadi muslim.”
Syeikh Ghulem Habib, yang kemudian dikenal sebagai “Mursyid Al-‘Alam”, suatu ketika di halaman Kaabah yang suci menatap ke wajah Maulana Qari Muhammad Thayyib. Beliau kemudian menyalaminya dan berkata, “Bagaimana anda memperoleh wajah demikian bersinar?” Maulana Qari tersenyum dan menjawab, “Aku tidak menghasilkannya sendiri, guru spiritualku (Syeikh) yang menghasilkannya.” Suatu hari ‘Abdullah Ibnu Salam, seorang rahib Yahudi terkenal, mendatangi Nabi Muhammad untuk menanyakan tiga persoalan. Tetapi setelah dia melihat wajah Nabi s.a.w., sang rahib masuk Islam. Seseorang lalu bertanya kepada rahib tersebut, apa yang menyebabkannya mengalihkan diri dari tujuan semula. Ia menunjuk wajah Nabi s.a.w. yang bersinar dan mengatakan, “Demi Allah, wajah ini bukanlah wajah seorang pembohong.” Ketika sebahagian penguasa dari golongan tabi’in mengutus delegasi untuk mengumpulkan jizyah dari orang-orang kafir, ternyata mereka menolak untuk membayar. Salah seorang utusan lalu bertanya, “Mengapa anda menolak membayar kepada kami? Padahal anda membayar jizyah kepada pendahulu kami?” Seorang kafir menjawab, “Ketika para pendahulu anda datang, pakaian mereka kuno dan sobek, rambut mereka terurai, dan mata mereka dilintasi cahaya kerana ibadah sepanjang malam. Wajah mereka begitu membangkitkan rasa hormat sehingga mata kami tak sanggup memandangnya. “Adapun sifat-sifat anda tidak seperti mereka, juga tidak adil. Pergilah, kami tidak akan memberi apa-apa.”

PENGARUH TERHADAP PANDANGAN
Pandangan pecinta yang tulus memiliki pengaruh yang kuat, sehingga ke mana pun menatap, ia meninggalkan daya tarik. Seorang penyair berkata, “Pengaruh yang kuat sungguh dimiliki pandangan kekasih Allah. Aku melihat, ia boleh merubah nasib ribuan orang.” Khwajah Ghulam Hasan Suwag, seorang syeikh dari Tarekat Naqshabandi, setiap menatap orang kafir dengan penuh perhatian, maka si kafir itu akan menjadi seorang Muslim. Banyak pemuda Hindu menjadi muslim dengan cara demikian. Sejumlah orang Hindu lalu mengajukan perkara dengan tuduhan bahawa syeikh telah melakukan pemaksaan terhadap pemuda mereka untuk menjadi muslim. Beliau lalu dipanggil ke pengadilan. Ketika bertanya mengapa dirinya dipanggil? Hakim mengatakan bahawa ia dituduh telah memaksa para pemuda Hindu agar menjadi Muslim, syeikh kehairanan mendengar inti tuduhan yang dikenakan kepadanya itu, dan kemudian mengalihkan pandangannya kepada para penuntutnya. “Apakah aku telah membuatmu menjadi seorang muslim?” tanya syeikh kepada salah seorang di antara mereka. Sungguh menghairankan, kerana orang yang ditanya malah langsung mengucapkan dua kalimah syahadat. Begitu seterusnya, setiap syeikh menatap dan bertanya, maka orang tersebut mengucapkan syahadat. Kerana takut kemungkinan syeikh menatapnya, seorang hakim Hindu lalu bertanya, “Cukup, sekarang saya sudah memahami persoalannya.” Ia pun menghapus semua tuduhan dan syeikh terbebas dengan mulia serta terhormat.  Syeikh Syah Abdul Qadir suatu ketika menghabiskan waktu hingga lapan belas tahun di masjid Delhi, India. Di tempat itu beliau beriktikaf dan menterjemahkan Al-Quran. Waktu beliau keluar dari masjid, pandangannya tertuju kepada seekor anjing. Demikian hebat pengaruh dari nur pandangan syeikh sehingga anjing itu mengikutinya. Dan waktu syeikh menatap anjing-anjing lainnya, hal yang sama juga terjadi. Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. menyatakan bahawa pengaruh mata yang jahat dan iri hati adalah kenyataan. Ketika sebahagian sahabat dipengaruhi oleh mata jahat, beliau mengajari mereka, bagaimana cara menghilangkan pengaruh dari mata yang semayam itu. Nah, jika pandangan orang yang dengki, iri hati dan membenci memiliki pengaruh, demikian pula dengan pandangan pecinta yang tulus, penuh dengan keikhlasan dan rahmat. Namun tentu saja, pengaruh yang ditimbulkan oleh mata jahat dan mata baik sangatlah berbeza.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2014 di pasaran...

Beli Kelengkapan Jenazah Menjelang Ajal

ORANG-ORANG yang menyedari bahawa ajalnya sudah dekat biasanya mempersiapkan segala sesuatu yang berhubungan dengan orang-orang yang akan ditinggalkan. Ada yang mempersiapkan surat wasiat, ada yang meninggalkan pesan dan peninggalan-peninggalan lain yang dipandang membuat kematian mereka tidak meninggalkan masalah bagi orang yang ditinggalkannya. Tetapi ada juga orang yang menyedari bahawa dirinya sebentar lagi akan mati, tetapi dia tidak peduli dengan orang-orang yang akan ditinggalkannya, yang difi­kirkannya adalah menghadapi maut itu dan mempersiapkannya. Biasanya mereka adalah orang-orang salih yang tidak mahu terlalu disibukkan dengan urusan dunia. Berikut ini kisah nyata tentang orang salih di Yogyakarta yang sudah mempersiapkan berbagai pelengkapan mayat satu hari sebelum dia meninggal dunia.
Hari itu, Raden Mas (RM) Suryowinoto memberitahu kepada isterinya untuk pergi mengambil wang pencen di sebuah bank. Selain mengambil wang, datuk berusia 70 tahun itu meminta izin kepada isterinya untuk berjalan-jalan dulu sebelum pulang, ia berniat membeli makanan ringan atau ‘jajan’ kegemarannya di jalan Malioboro setelah mengambil wang pencen. Isterinya yang bernama Wasinah, tentu mengizinkannya
Sesuai seperti dirancang, selepas mengambil wang pencen, lelaki yang biasa dipanggil Suryo itu berjalan-jalan di jalan Malioboro untuk mencari makanan ringan guna berbuka puasa. Kebetulan hari itu adalah bulan Ramadan. Tetapi cukup lama Surya menyusuri jalan yang penuh para penjaja itu, ia belum juga menemukan makanan yang menurutnya enak. Bahkan ia sampai menyusuri dua sisi jalan secara bergantian (bolak-balik), namun tetap saja tidak menemukan makanan yang akan dibelinya. Anehnya, sepulang dari jalan Malioboro, ia malah masuk di sebuah kios yang menjual berbagai perlengkapan untuk orang mati dan membelinya. Ia membeli kain kafan, kapur barus, minyak wangi dan kapas. Semua barang itu dimasukkannya ke dalam karung plastik berwarna hitam. Setelah membeli barang-barang tersebut Suryo pulang dengan gembira seolah telah mendapatkan apa yang memang hendak dibeli sejak dari rumah.
Di rumahnya, Wasinah menunggu kepulangan suaminya dengan hati yang tertanya-tanya, kerana Suryo pergi sudah cukup lama belum juga kembali. Sekitar pukul dua petang Suryo baru pulang, ia pulang dengan menaiki beca. Wajah lelaki itu tampak gembira dan penuh senyum. Wasinah yang sejak tadi menunggu langsung menyambutnya. “Bagus, Bagus!” ujar Suryo sambil masuk ke dalam rumahnya dan duduk di kerusi ruang tamu. “Apanya yang bagus, bang haji?” tanya Warsinah yang ikut duduk di samping suaminya.
“Saya jalan-jalan di Malioboro, maksudnya ingin mencari kuih yang enak untuk berbuka puasa. Saya berjalan dari hujung utara sampai ke selatan, kemudian balik lagi dari selatan ke utara, tetapi anehnya tidak ada makanan yang enak. Memang agaknya sudah tidak ada makanan yang enak di Yogya,” kata Suryo.
“Kalau tidak ada makanan yang enak, lalu yang abang bawa itu apa?” tanya isterinya kehairanan sambil menunjuk karung plastik berwarna hitam yang dibawa Suryo. “Ya, adanya hanya ini,” jawab Suryo sambil menyerahkan karung plastik hitam pada isterinya. Perempuan itu mengambil karung plastik yang diberikan suaminya dengan rasa kehairanan dan hati dipenuhi tanda tanya. Kehairanannya semakin menjadi saat menyaksikan isi karung plastik itu bukanlah kuih-kuih yang enak, tetapi perlengkapan jenazah seperti kain kafan, kapor barus, minyak wangi dan kapas. “Kenapa bang Haji membeli barang-barang seperti ini?” tanya isterinya. “Sudahlah, simpan saja,” jawab Suryo. Biasanya kalau Suryo sudah berkata demikian isterinya tidak lagi berani bertanya. Ia mengikuti saja perintah suaminya meskipun hatinya terus bertanya-tanya.
Petang harinya Suryo merasa badannya demam. Anaknya, Siti Rahayu mengajaknya buat pemeriksaan kesihatan ke klinik terdekat. Tetapi Suryo tidak mahu. Malam ini rumah Suryo yang juga menjadi Taman Asuhan Anak-Anak, sangat ramai oleh anak-anak asuh dan juga cucu-cucu Suryo yang malam itu sedang menginap di rumah datuknya. Kerana sampai pukul sebelas malam anak-anak itu masih belum tidur, Suryo keluar dari bilik tidurnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2014 di pasaran...

Hangus Terbakar Selepas Bersumpah Bohong

SUATU pagi, seorang lelaki keluar dari rumahnya yang sederhana. Ia bergegas menunggang motosikal. Lajunya cukup deras. Nampak terburu-buru memecut motosikalnya. Tujuannya ke arah pasar, sebuah tempat yang biasa ia kunjungi. Di sanalah ia biasa berniaga. Ia memiliki sebuah gerai atau petak yang menjajakan barang-barang plastik, seperti gayung, timba, dan jenis peralatan rumah tangga yang terbuat dari bahan-bahan plastik. Pagi itu, lelaki yang biasa disapa Ucok, sudah berdagang agak lama di pasar itu. Hampir semua penghuni pasar kenal namanya. Ia begitu masyhur. Ia dikenal seorang lelaki yang mudah bergaul. Kerana mudah bergaulnya itu, Si Ucok mudah mendapatkan kepercayaan dari kawan-kawan sesama peniaga kecil sepertinya.  Suatu ketika, menurut keterangan, Ucok pernah berhutang kepada sesama peniaga. Kala itu ia sangat memerlukan tambahan modal untuk gerai yang ia kelolakan. Ia memerlukan modal tambahan yang bukan sedikit. Akhirnya ia meminjam kepada sesama peniaga di situ. Jumlahnya kala itu sekitar Rp.100 juta (RM30,000)  “Wan, tolonglah aku sikit,” ungkapnya kepada Irwan, sesama rakan peniaga. “Ada apa, Cok?” tanya Irwan.
“Aku perlu duit...”
“Ya, semua orang juga perlu duit. Apa ada orang yang tak perlu duit ke,” balas Irwan, sambil bergurau.
“Bukan itu maksudnya, Wan.”
“Lalu apa?”
“Pinjamkan aku duit Wan,” pinta Ucok.
“Wah, buat apa-apa, Cok?”
“Buat tambahan modallah.”
“Bukannya gerai kamu sudah banyak (barang-barangnya lengkap)?”
“Aku mahu membeli gerai sebelah. Mahu memperluas tempat berniaga.”
“Wah, hebat benar kau ini?”
“Bukan soal hebat atau tidak mantapnya. Persoalannya kamu mahukah beri aku pinjam atau tidak?”
“Memangnya kamu perlu berapa, Cok?”
“Ya, Rp.100 jutalah (RM30,000)”
“Wah, banyak tu...”
“Tolonglah aku, Wan,” pinta Ucok sambil merayu.
“Tapi nanti kamu mahu bayar balik bila?”
“Tidak lama, Wan. Tempoh dua bulan sudah aku kembalikan. Aku lagi menawarkan rumahku untuk dijual. Aku mahu pindah ke rumah yang lama saja, dan rumah yang baru mahu kujual.”
“Okeylah kalau begitu. Tapi nanti kamu betul ya, bayar hutangnya dua bulan?”
“Iya, Wan. Tidak usah khuatir. Demi Allah aku akan bayar.”   

SELALU BERBELIT
Ucok akhirnya dapat membeli gerai di samping gerainya. Ia dapat juga memperluaskan gerai miliknya. Dengan wang hasil pinjaman dari Irwan itu, ia boleh memiliki gerai yang sebelumnya ia cuma impikan. Ucok pun kian menambah barang-barang dagangannya. Dengan begitu,  ia lebih mudah menarik minat dan perhatian pembeli. Memang mulanya Ucok berniat menjual rumahnya. Hasil wangnya digunakan untuk membeli gerai itu. Namun, setelah ia memperoleh pinjaman wang dari Irwan, niat itu dibatalkan. Ia begitu sayang dengan rumahnya itu. Ia akhirnya membatalkan saja niatnya untuk menjual rumahnya.
Lalu, kenapa Ucok berubah fikiran? Ia berfikir sayang menjual rumahnya. Ia mencongak untuk mengembalikan wang pinjamannya itu dari hasil dagangannya. Dari sinilah dia mulai tidak menepati janjinya. Hingga dua bulan ia menempati gerai barunya itu, ia belum dapat menepati janjinya.
“Cok, sudah dua bulan. Mana wangnya? Kata Irwan, menagih janji Ucok.
“Waduh, Wan, rumahnya belum laku.”
“Mengapa masih belum laku juga. Memangnya kamu jual berapa?”
“Saya jual Rp.150 juta (RM45,000).”
“Mahal sangat tu... Rumah kamu kan di perkampungan. Jadi terlalu kalau dijual segitu.”
“Sabar saja, Wan, pasti aku kembalikan wang kamu.”
“Bila?”
“Tunggu dua minggu lagi. Mudah-mudahan rumahku laku.”
“Okey. Aku tunggu ya.”
Itulah percakapan Ucok dan Irwan perihal hutang piutang diantara mereka. Namun, di sini, Ucok ternyata mulai berbohong. Ia sebenarnya membatalkan niatnya untuk menjual rumahnya. Ia tidak akan menjual rumahnya. Ia akan mungkir dari tagihan hutang yang ia miliki. Ia akan melunasi hutangnya kepada Irwan dari hasil keuntungan dagangnnya. Entah bila...
Dua minggu kemudian, Irwan menghampiri Ucok. Kali ini untuk menagih hutangnya. Lagi-lagi, Ucok mengelak. Kata dia, rumahnya belum terjual. Ia masih menunggu orang yang membeli rumahnya. Irwan pun mulai kecewa. Ia mulai curiga pada Ucok tentang keseriusannya melunasi hutangnya. Namun, kekecewaan Irwan tidak ia perlihatkan.
“Lalu bila mahu dibayar, Cok?”
“Beberapa minggu inilah.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2014 di pasaran...

Akibat Cemburu Janda Pikul Derita

BILA cemburu menguasai diri seseorang, ia boleh berlaku kejam terhadap orang yang di cintainya. Inilah yang di alami Faridah (bukan nama sebenar) seorang janda, hidupnya separuh hancur kerana tindakan bekas suaminya yang tidak rela dia (Faridah) berkahwin dengan lelaki lain. “Cinta seorang kekasih tidak setulus cinta seorang ibu kepada anaknya. Kesetiaan seorang kekasih tidak seperti kesetiaan mentari menyinari bumi. Memang, saya mungkin terlalu naïf dalam mengukur erti cinta dan kesetiaan. Sebagai seorang wanita, juga lagi sebagai seorang isteri saya memiliki kekurangan dan kekurangan itu di pergunakan oleh suami untuk tujuan tertentu”. Demikian Faridah (bukan nama sebenar) seperti berfalsafah dalam pertemuan singkat dengannya. “Dan dengan dalih kekurangan yang ada pada diri saya itulah, Azhar sampai hati menyakiti perasaan saya. Dia beritahu saya, dia mahu menikah lagi. Katanya: sudah, tiga tahun kita menikah, tapi kau belum dapat memberikan anak untukku. Kamu mandul, dan aku tidak ingin hidup berdua tanpa ada anak-anak di sekeliling kita,” itu yang terkeluar dari mulut Azhar semasa kami bertengkar hebat.
“Masa itu saya juga mempersoalkan hubungannya dengan Aziah teman sepejabatnya,” Faridah membuka kisah dirinya. Tuduhan Azhar membuat hatinya hancur luluh. Kenyataannya, selama tiga tahun menikah, Faridah belum boleh melahirkan anak untuk suaminya. Tetapi dia tak mahu dituduh sebagai perempuan mandul. Buktinya, setelah 4 bulan menikah dengan Azhar ia boleh hamil. Sayangnya, kandungan itu keguguran ketika memasuki usia 3 bulan. Dan Azhar tahu masalah ini. Kerana itulah, dia tidak berhak menjatuhkan hukuman Faridah perempuan mandul. “Kerana Azhar telah membuat keputusan yang tidak adil terhadap saya, akhirnya saya putuskan untuk bercerai dengannya. Disamping itu saya juga tida ingin hidup dimadu. Kerana itulah akhirnya kami sepakat ambil keputusan, yakni bercerai,” ujar wanita awal 40-an itu yang harus merelakan Azhar pergi dari sisinya, dan membiarkannya hidup bahagia dengan Aziah, isteri barunya. Pada titik ini, Faridah mencuba bersikap bijak, bahawa cinta memang tidak selamanya kekal atau harus memiliki. Memang, sakit sekali kenyataan ini. Tetapi Faridah harus mengalah. Memang ramai pihak, khususnya keluarga dan sahabat, yang menyesalkan perceraian terjadi. Sebab selama ini mereka menganggap pasangan Azhar-Faridah sangat harmonis. Sebulan setelah perceraian. Azhar menikah dengan Aziah. Faridah tetap tabah menerima kenyataan itu, sebab dia yakin bahawa semua ini adalah ketentuan Allah yang harus kujalani. Ketika memilih bercerai dengan Azhar, karier Faridah di pejabat memang sedang memuncak dengan pesat. Bahkan, setelah 3 bulan bercerai, Faridah dinaikkan pangkat lebih tinggi di perusahaan tempatnya bekerja. Dengan kedudukan seperti ini, sudah tentu Faridah merasa berada di puncak jaya. Di samping itu Faridah merasa masih memiliki kecantikan yang boleh dikatakan diatas kepala tiga.
Faridah memang mewarisi kecantikan dari ibunya yang pernah menjadi juara Ratu Cantik era 80-an. Terlebih lagi, tubuhnya masih ramping dan wajahnya juga masih kencang seperti gadis-gadis remaja. Dengan kelebihan ini Faridah merasa yakin, cepat atau lambat, pasti ia akan mendapatkan calon suami baru yang lebih kacak dari Azhar, lelaki yang telah mengkhianati cintanya. Keyakinan itu menjadi nyata. Buktinya, setelah lepas ‘idah’ dengan Azhar, calon penggantinya sudah ditemui iaitu Effendi, teman semasa kuliah dulu. Lelaki ini memang sudah lama bersaing dengan Azhar untuk mendapatkan cinta Faridah meski akhirnya Faridah memilih Azhar. “Sudah lama berpisah, tak pernah terlintas dalam fikiran akan bertemu dengan Effendi. Tetapi Tuhan telah mengatur semuanya. Tanpa sengaja saya terserempak dengan Effendi semasa kami sama-sama mengunjungi pesta buku di PWTC. Tanpa sengaja pula Effendi yang sudah berumur hampir 37 itu masih hidup menyendiri.” Kenang Faridah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2014 di pasaran...

Jumlah Malaikat Yang Menyertai Setiap Orang

Malaikat yang mula menemani Bani Adam sejak awal penciptaan mereka pada perut ibu mereka sampai roh mereka dicabut dari jasad mereka ketika ajalnya tiba. Malaikat juga akan menemani mereka pada alam kubur dan negeri akhirat. Adapun kebersamaan mereka di dunia adalah sebagai berikut: Pertama, mereka berdiri di sisi anak Adam pada awal penciptaannya. Dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Allah mengutus pada setiap rahim seorang malaikat, seraya berkata: Ya Allah, nutfah (air mani)? Ya Allah ‘Alaqah (segumpal darah)? Ya Allah, Mudhghah (sekerat daging)? Dan jika Allah ingin menyempurnakan penciptaan-Nya, malaikat tadi berkata: Ya Allah laki-laki atau perempuan? Sengsara atau bahagia? Berapa rezekinya? Bila ajalnya? Maka ia menulis hal tersebut di dalam perut ibunya.” (HR. Bukhari 6595 dan Muslim 2646, redaksi hadis di atas milik Bukhari) Kedua, menjaga anak cucu Adam. Allah berfirman, “Sama saja (bagi Tuhan), siapa di antaramu yang merahsiakan ucapannya, dan siapa yang berterus-terang dengan ucapan itu, dan siapa yang bersembunyi di malam hari dan yang berjalan (menampakkan diri) di siang hari. Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah.” (QS. Ar Ra’du: 10-11) Ibnu Abbas r.a. telah menjelaskan bahawa yang selalu mengikuti anak Adam secara bergiliran adalah malaikat-malaikat, untuk menjaga manusia dari depan dan belakang. Apabila bertepatan dengan takdir Allah yang telah ditetapkan kepadanya dari kejadian, musibah dan lain-lain, maka malaikat tersebut berlepas diri. Mujahid berkata, “Tidaklah setiap orang kecuali ada satu malaikat yang diutus untuk menjaganya dari gangguan jin, manusia atau binatang, baik ketika tidur mahupun terjaga. Tidaklah ada sesuatu yang mendatanginya kecuali malaikat penjaga akan berkata, “Di belakangmu?” Kecuali memang Allah izinkan, maka bahaya itu akan menimpanya. Seseorang pernah berkata kepada Ali bin Abi Thalib r.a., “Sungguh ada sekelompok orang dari Murad ingin membunuhmu!” Beliau menjawab, “Sungguh setiap orang selalu bersamanya dua malaikat yang akan menjaganya selama belum ditakdirkan, namun jika bersamaan dengan takdir maka keduanya berlepas diri, sesungguhnya ajal itu perisai yang tangguh.” Malaikat yang mengikuti anak Adam secara bergiliran yang disebutkan dalam surat ar Ra’du itulah yang dimaksud pada ayat yang lain yang berbunyi, “Dan Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hamba-Nya, dan diutus-Nya kepadamu malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia dimatikan oleh malaikat-malaikat Kami, dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajipannya.” (QS. Al An’am: 61) Para malaikat penjaga yang Allah utus untuk menjaga hamba-Nya itu tugasnya sampai ajal yang dijaga tersebut tiba. Ketiga, para malaikat penulis kebaikan dan keburukan. Tidak seorang pun dari anak Adam kecuali bersamanya dua malaikat yang bertugas menulis kebaikan atau keburukan dari masa kecil sampai dewasa, Allah s.w.t. berfirman, “Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu), yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu), mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al Infithar: 10-12) Allah taala juga berfirman pada ayat yang lain, “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya, (iaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir”. (QS. Qaff: 16-18)

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2014 di pasaran...

Benarkah Syaitan Dibelenggu Pada Bulan Ramadan?

DALAM sebuah hadis sangat masyhur, Nabi s.a.w. bersabda: “Bila bulan Ramadan tiba, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu”. (HR. Bukhari No. 1899 dan HR. Muslim No. 1079) Pertanyaannya: benarkah syaitan dibelenggu pada bulan Ramadan seperti dibelenggunya tangan manusia dengan rantai? Banyak ulama berbeda pendapat memahami makna syaitan dibelenggu pada hadis di atas di antaranya: Pertama, tidak  boleh berleluasa mengganggu. Menurut pendapat ini, maksud syaitan dibelenggu pada bulan Ramadan adalah syaitan tidak boleh leluasa untuk mengganggu dan mencelakakan manusia tidak seperti biasanya. Mengapa?  Menurut Ahmad Sarwat Lc, kerana di bulan Ramadan umumnya orang-orang sibuk dengan shaum (puasa), membaca al-Quran dan berzikir. Dan kegiatan mereka ini membuat syaitan menjadi terbelenggu untuk leluasa menggoda dan mencelakakan manusia. Ruang gerak mereka menjadi lebih terbatas dibandingkan hari-hari di luar bulan Ramadan. Al-Hulaimy berkata, “Kemungkinan maksudnya adalah para syaitan tidak bersungguh-sungguh menggoda kaum muslimin, sebagaimana yang mereka lakukan di bulan lainnya, kerana kesibukan (manusia beribadah).” Menurut Iyadh, maksud syaitan dibelenggu adalah sebuah simbol banyaknya pahala dan pengampunan serta berkurangnya gangguan syaitan, sehingga seakan-akan mereka dibelenggu. “Dibelenggunya syaitan adalah simbol dilemahkannya (syaitan) dalam menggoda dan menghias syahwat,” ujarnya. Kedua, yang dibelenggu hanya syaitan yang membangkang. Pendapat ini mengatakan bahawa yang dibelenggu bukan semua syaitan, melainkan hanya sebahagiannya saja. Mereka adalah syaitan-syaitan yang membangkang, sebagaimana dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Nasa’i, Termizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Pada malam pertama bulan Ramadan syaitan-syaitan dibelenggu, iaitu syaitan-syaitan yang membangkang.” Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi‘i rahimahullahu berkata bahawa yang dibelenggu adalah syaitan dari kalangan jin yang sangat jahat. Sedangkan syaitan-syaitan yang kecil dan syaitan-syaitan dari kalangan manusia tetap berkeliaran tidak dibelenggu. Demikian pula dengan jiwa yang memerintahkan kepada kejelekan, teman-teman duduk yang jelek, dan tabiat yang memang senang dengan fitnah dan pertikaian. Semua ini tetap ada di tengah manusia, tidak terbelenggu kecuali jin-jin yang sangat jahat. (Ijabatus Sa‘il ‘ala Ahammil Masa‘il, hal. 163) Ibnu Khuzaimah berkata dalam Shahih-nya (3/188) mengatakan bahawa yang dimaksud dalam hadis tersebut adalah hanyalah jin-jin yang jahat, bukan semua syaitan. Kerana nama syaitan terkadang diberikan kepada sebahagian mereka (tidak seluruhnya).”
Ketiga,  syaitan tidak mampu menggoda dan menyesatkan. Yang dimaksud dengan “dibelenggu” merupakan suatu ungkapan akan ketidakmampuan syaitan untuk menggoda dan menyesatkan manusia. Jika ada pertanyaan, mengapa masih banyak terjadi kemaksiatan pada bulan Ramadan? Bukankah syaitan-syaitan yang biasa menggoda manusia telah dibelenggu?

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2014 di pasaran...

Keringanan Bagi Wanita Pergi Ke Masjid

KAUM wanita juga dibolehkan pergi ke masjid untuk menunaikan solat. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kalian melarang kaum wanita pergi ke masjid. Namun (solat mereka) di rumah lebih baik bagi mereka.” Jadi, Rasulullah telah mengizinkan mereka pergi ke masjid untuk menunaikan solat. Namun baginda juga memberitahu bahawa tinggal di rumah lebih utama bagi mereka. Alasannya, kerana keluarnya wanita ke jalan itu menimbulkan fitnah. Boleh jadi ia diperhatikan oleh orang yang dalam hatinya terdapat niat buruk, atau mungkin saja ia diintai oleh kaum lelaki. Hadis di atas – yakni pembolehan wanita pergi ke masjid – ditaqyid (dikaitkan) oleh waktu malam yang gelap. Dari Ibnu Umar r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda:
“Jika para isteri kalian meminta izin ke masjid di malam hari, maka izinkanlah mereka.” Imam Al-Bukhari menempatkan hadis ini dalam kitab shahihnya dalam bab: “Kaum wanita pergi ke masjid di malam hari dan gelap.” Sebab: Adab menurut syariat Islam yang wajib diterapkan kaum wanita ketika pergi ke masjid.
Kaum wanita wajib memegang teguh adab yang sesuai dengan syariat Islam, terutama ketika dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat. Perginya kaum wanita ke masjid merupakan ibadah dan termasuk salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. oleh kerananya, janganlah kaum wanita mendekatkan diri kepada Allah dengan perbuatan sunnah, namun dalam waktu yang sama, mereka mengabaikan kewajipan atau bahkan melakukan perbuatan haram.
Diantara adab yang diperintahkan oleh syariat adalah:
1. Hendaknya kaum wanita meminta izin pada suami untuk pergi ke masjid. jika suami mengizinkan, maka dia boleh pergi. Jika suami tidak mengizinkan, maka hendaknya dia tinggal di rumah. kerana mentaati suami adalah wajib sedangkan hukum seorang wanita pergi ke masjid adalah boleh (ja’iz). Oleh kerananya, ketaatan kepada suami lebih diutamakan daripada pergi ke masjid.
2. Hendaknya kaum wanita berpegang teguh pada ketentuan hijab/jilbab yang diajarkan oleh Islam. Oleh kerananya, rambut mereka tidak boleh terbuka terurai. Leher dan semua bahagian tubuh harus ditutup, tidak boleh terbuka. Mereka juga tidak boleh genit dan berlenggak-lenggok dalam berjalan. Mereka tidak boleh menampakkan perhiasan mereka. Allah berfirman: “Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu.”(QS. Al-Ahzab: 33) Qatadah berkata, “Kaum wanita berjalan, berlenggak-lenggok dan genit. Maka Allah taala melarang ini semua.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2014 di pasaran...

Nabi Harun Mendampingi Dakwah Nabi Musa

SELAMA bertahun-tahun, Firaun dihantui sebuah ramalan yang membuat dia tidak dapat hidup tenang. Ramalan tentang kelahiran seorang anak lelaki dari kaum Bani Israil yang kelak akan menjadi penyebab keruntuhan Mesir. Bahkan, dari tangan anak itu pula kelak diramalkan bahawa kerajaan Mesir akan runtuh. Firaun tak ingin ramalan itu menjadi kenyataan. Dia pun mengumpulkan pengawal, dan memanggil para dukun, tukang ramal dan penyihir kerajaan Mesir. Jawapan dari para dukun, tukang ramal dan penyihir kerajaan Mesir memberikan satu pandangan kuat bahawa Firaun harus melakukan tindakan untuk menghalangi kelahiran anak laki-laki dari kaum Bani Israil. Jadi, satu-satunya jalan yang ditempuh adalah membunuh setiap anak laki-laki yang lahir dari kaum Bani Israil, dan membiarkan anak perempuan mereka tetap hidup. Sejak titah itu dimaklumatkan, Mesir seperti dilanda suasana mencekam, terutama bagi orang-orang Bani Israil. Setiap hari, pasukan kerajaan berkeliling kampung dan bidan-bidan dituntut untuk memeriksa setiap kandungan para wanita Bani Israil yang hamil. Sebab Firaun tidak ingin membiarkan anak laki-laki yang lahir dari keluarga Bani Israil hidup. Maka, jika pengawal kerajaan menjumpai anak laki-laki keluarga Bani Israil lahir, seketika itu langsung dibunuh. Tetapi, ulah Firaun itu melahirkan masalah memakan diri mereka. Sejak itu, tak ada lagi anak laki-laki dari Bani Israil yang hidup atau tumbuh dewasa. Padahal, orang-orang tua Bani Israil sedikit demi sedikit mulai menua dan dan tidak lagi boleh dipekerjakan (diperhambakan). Akhirnya, orang-orang Bani Israil tinggal sedikit saja yang boleh dipekerjakan. Keadaan itu membuat rakyat Mesir dilanda ketakutan – kerana mereka tidak ingin kelak mengerjakan apa yang selama itu dikerjakan oleh orang-orang Bani Israil. Ketakutan itulah yang membuat orang Mesir kemudian meminta Firaun membiarkan sebahagian anak lelaki Bani Israil hidup. Akhirnya, Firaun memutuskan untuk memberi selang satu tahun; anak laki-laki yang lahir pada tahun itu dibunuh semua, dan anak yang terlahir pada tahun berikutnya dibiarkan hidup. Harun – saudara Nabi Musa — lahir pada tahun kelonggaran. Tahun itu Firaun membiarkan anak laki-laki yang lahir pada tahun itu selamat. Maka, Harun selamat, tumbuh membesar tanpa dicekam ketakutan.  Tapi, hal itu berbeda dengan Musa. Saat ibu Musa mengandung, dia dicekam ketakutan kerana ia tahu Musa nantinya akan lahir pada tahun pembunuhan anak laki-laki. Ia berfikir keras, bagaimana caranya agar Musa dapat selamat dari pembunuhan dan tetap hidup.
Ibu Musa pun berusaha menyembunyikan kehamilannya dan Allah memberi keajaiban. Semakin tua usia kandungan Musa, ternyata perut ibu Musa tidak semakin membesar dan tak menunjukkan tanda-tanda hamil. Akhirnya, saat Musa lahir, pasukan Firaun tidak ada yang tahu. Musa selamat, bahkan akhirnya terjadi hal yang tak dapat dibayangkan. Ia boleh tinggal di istana Firaun, tetapi ia kemudian meninggalkan Mesir dan menetap di Madyan. Bahkan, di Madyan itu Musa kemudian berkahwin dan membina kehidupan rumah tangga. Tetapi, setelah sempurna memenuhi janji, Musa kembali ke Mesir. Dalam perjalanan ke Mesir itulah terjadi kisah lembu, tongkat dan cahaya. Musa diperintahkan untuk berdakwah kepada Firaun. Ia lalu mengadu kepada Allah tentang ketakutannya terhadap Firaun dan juga bala tentara Firaun yang dulu mengejarnya kerana telah membunuh orang Mesir. Selain itu, Musa mengadu pula tentang ketidakfasihan lidahnya, kerana bercakap gagap yang dideritanya dan hal itu dikhuatirkan akan menghalangi jalan dakwah yang akan ditempuh.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2014 di pasaran...

Untuk Apa Dan Mengapa Puasa?

DALAM sumber-sumber literatur Islam, baik dalam al-Quran mahupun Hadis, sering disebutkan tentang keagungan suatu amal tertentu, namun tidak disebutkan alasan-alasannya  secara rasional. Kita sering mendengar, misalnya, bagaimana solat subuh berjemaah disebut lebih mulia dari bumi seisinya, atau misalnya sedekah itu seperti memerdekakan seorang hamba, hingga misalnya solat Tahajjud adalah solat yang akan membuahkan kemuliaan di dunia dan akhirat. Semua maklumat itu tidak dijelaskan mengapa dan kenapa? Apakah memang laku beragama itu tidak perlukan alasan? Memang, al-Quran atau Hadis bukanlah sumber agama yang menjelaskan semua hal secara detil. Dalam prinsip-prinsip hukum tertentu atau hubungan antara manusia pun cukup dijelaskan secara global. Lalu ada rahsia apa di balik perintah-perintah yang tidak selalu berpijak pada alasan itu? Sebenarnya sederhana, jika landasan yang melambari semua aktiviti kita adalah percaya (iman) kepada Allah. Semua selesai. Seakan jika diungkapkan dalam bahasa lain, “Kalau memang kita beriman kepada Allah, maka laksanakan saja semua perintahNya, dan jauhi segala laranganNya. Titik!” Jika muncul pertanyaan kenapa dan mengapa, maka jawapannya adalah kerana kita percaya. Apakah benar demikian? Mari kita renungkan bersama. Islam, selain sebagai pengetahuan (ilmu), sumber-sumber hukum, adalah bukan semata konsep atau panduan, tapi lebih dari itu Islam adalah perilaku atau sikap hidup. Ertinya, siapa pun yang insaf untuk masuk ke dalam Islam secara menyeluruh (kaaffah), maka laku atau aksi hidupnya adalah ber-Islam. Bahawa, segala pengetahuan atau hikmah tidak akan diperoleh semata-mata ketika seseorang dapat menguasai seluruh ilmu-ilmu tentang Islam.  Sehingga, siapa pun orangnya, secerdas apa pun dirinya, jika menguasai ke-Islaman hanya sebatas pengetahuan dan keilmuan, dirinya hanya mengetahui Islam dari sisi kulitnya belaka. Itu pun kulit yang masih sangat luar. Kerana Islam adalah agama aksi, maka siapa pun yang memeluknya secara otomatik mesti melakoni jalan Islam itu. Seperti halnya puasa. Maklumat dan konsep apapun tentang puasa, tanpa kita pernah melakoninya, maka puasa hanya sebatas maklumat dan konsep belaka. Pada tataran itu, seorang akan sangat mustahil untuk dapat menemukan “rasa”, apalagi hikmah atau pun hakikat puasa. Namun demikian, pelaksanaan puasa yang tidak didasari oleh ilmu-ilmu Islam pun tidak akan membuahkan hakikat sebagaimana yang disebut al-Quran sebagai pembentuk peribadi yang bertakwa. Dengan demikian, dalam menghayati dan merasakan perintah agama, keberadaan ilmu dan amal adalah padu dan utuh. Keduanya bagaikan dua sisi mata wang yang tak dapat dipisahkan satu sama lain. Sampai di sini, masih relevankah pertanyaan, “Untuk (si)apa puasa?” Tentu saja masih. Namun untuk menjawab pertanyaan tersebut tidak mungkin sepadan ketika kita menjawab pertanyaan, “Untuk apa kita makan?”, “Untuk apa kita tidur?”, “Untuk apa kita berolah raga?” semua pertanyaan di atas sangat mudah dijawab kerana masih menyangkut wilayah fizik atau lahiriah kita. Dengan mudah kita akan menjawab, “Kerana jika tidak makan, kita akan lapar, dan sakit.” Jawapan sama juga dapat kita ajukan untuk menjawab dua pertanyaan berikutnya. Lalu bagaimana dengan puasa? Untuk apa kita berlapar-lapar di siang hari, dengan menahan untuk tidak makan dan tidak minum? Apakah kita juga akan menjawab agar sihat dan bugar, agar cantik dan langsing? Meskipun sejumlah kajian menyatakan demikian, tapi apakah puasa hanya untuk urusan itu? Seperti halnya solat, jika alasan utamanya adalah kebugaran, tentu jika dibandingkan dengan senam, fitness, atau olah raga, posisi solat menjadi tidak diuntungkan. Bahawa solat atau puasa mempunyai dampak kesihatan bagi tubuh memang benar, tapi bukan itu alasan utama kita mendapat perintah itu. Kerana jika tujuan perintah syariat (maqashid as-syar’iyyah) adalah semata pada kesihatan, maka orang-orang akan mencari-cari jenis olah raga lain demi menjaga kesihatan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2014 di pasaran...

Mengenal Alam Ghaib, Mengukuh Keimanan

KATA alam ghaib ertinya seluruh makhluk atau segala sesuatu selain Allah. Dalam bahasa Arab, jenis makhluk disebut ‘alam. Ada alam al-nabat (dunia tumbuhan), alam al-hayawan (dunia haiwan), alam al-falak (angkasa raya), dan alam al-bihar (dunia lautan). Kata ghaib berasal dari kata ghaba-yaghibu-ghaybubatan-ghibatan. Kata ini merupakan antonim dari kata syahida dan hadhara (nyata dan hadir). Disebutkan, ghaba fullanun an biladihi. Ertinya, fulan pergi meninggalkan kampung halamannya. Ghabat al-syams, ertinya matahari tenggelam di barat dan menghilang dari pandangan mata. Ghaba al-syai’ fi al-syai’, ertinya sesuatu itu hilang di balik benda yang lain. Ghaba anhu al-amr, ertinya perkara itu menjadi terselubung baginya. Ghaba wa’yu fulan, ertinya fulan kehilangan kesedarannya. Dengan demikian, hal ghaib adalah sesuatu yang terselubung dan terhalang dari indera dan akal. Pada hakikatnya, sesuatu yang terhalang dari indera itu ada, tapi tidak dapat dilihat oleh mata terbuka. Sesuatu yang terselubung dari akal boleh jadi sesuatu yang mustahil ada atau sesuatu yang mungkin ada. Di dalam surat Al-Baqarah ditegaskan bahawa al-Quran adalah kitab yang benar dan tidak ada keraguan. Al-Quran adalah sebuah petunjuk yang tidak mengandung kesesatan. Bagi mereka yang percaya dan menjalankan petunjuk al-Quran adalah orang yang bertakwa (muttaqin). Ciri pertama orang bertakwa pada ayat ini iaitu orang yang beriman pada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang telah kami anugerahkan kepada mereka. (QS. al-Baqarah: 3) Menurut Imam al-Razi, ada tiga penafsiran atas kata “ghaib” ini. Pertama, sebahagian ahli tafsir (mufassir) mengatakan bahawa “ghaib” bererti sesuatu yang tersembunyi dan tak dapat dilihat oleh indera.  Kedua, beriman kepada yang ghaib merupakan sifat kaum mukmin. Maknanya, orang mukmin beriman kepada Allah dalam keadaan ghaib (tersembunyi) dan dalam keadaan hudhur (terang-terangan). Pengertian ini membedakan antara kaum mukmin dari kaum munafik yang selalu berpura-pura: jika bertemu orang beriman mereka menampakkan keimanannya, jika mereka kembali kepada kelompoknya, mereka mengolo-olok (mempersenda-sendakan) kaum mukmin.  Ketiga maksud dari kata ghaib dalam ayat di atas adalah Al-Mahdi sang imam yang Allah janjikan akan datang di akhir zaman (untuk masalah ini tidak masuk dalam pembahasan).  Komentar kami terhadap ketiga pendapat ini bahawa seorang mukmin meyakini apa yang dinyatakan oleh dalil sam’i (berdasarkan khabar dari kitab suci atau sunnah) yang dapat dicerna oleh akalnya. Hal ini mencakup berbagai masalah, di antaranya:
1. Makhluk-makhluk ghaib yang berakal seperti malaikat dan jin
2. Kematian: sebelum dan sesudahnya
3. Tanda-tanda kecil dan tanda besar hari kiamat
4. Kiamat dan perkaranya.
5. Hisab dan pembalasan
6. Syurga dan neraka.
Semua merupakan hal yang ja’iz secara logika (rasional), tidak kontradiktif, dan tidak mengandung sesuatu yang mustahil. Banyak khabar dan hadis shahih dari Rasulullah tentang semua perkara di atas. Kerana itu, wajib dipercayai (diimani). Menurut Imam Qotadah dan Abul Aliyah, ghaib adalah Allah, para Malaikat, Kitab-kitabnya, Rasul-rasulnya, hari akhir, syurga, neraka, pertemuan dengan Allah, hidup setelah kematian. Itu semua adalah ghaib, hal yang tidak dapat kita ketahui. Sedangkan yang lain mengatakan takdir juga termasuk hal ghaib. Mempercayai hal yang ghaib bukanlah hal yang berkaitan dengan syirik kerana pendapat semacam ini tidak berdasar.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2014 di pasaran...

Dari Syria Ke Madinah Melalui Jalan Darat

PERJALANAN murah melalui darat kami mulai dari bumi Syria melintasi Tanah Jordan menuju Madinah, Arab Saudi. Di setiap sempadan negara terbabit pihak berkuasa memberi kerjasama yang baik kerana niat kami mahu menunaikan Umrah. Setiap negara yang di lalui, kami sempatkan pula mengunjungi objek pelancongan. Di Syria, kami ziarah ke makam Habil, putera Nabi Adam a.s. manusia pertama yang dibunuh dalam sejarah hidup manusia. Di puncak Gunung Zabadani, sekitar 30 km sebelah barat kota Damsyik Habil dimakamkan setelah dibunuh oleh saudaranya Qabil. Pada bahagian tepi samping makam Habil yang panjangnya sekitar lima meter, terdapat sebuah pokok yang diyakini sebagai pokok tertua yang tumbuh di bumi. Pohon itu kini dilindungi oleh tembok yang mengelilingi sehingga pengujung makam hanya dapat melihatnya dari balik jendela kaca. Menurut suatu keterangan, pokok itu tidak boleh didekati oleh pengunjung untuk menghindari kerosakan. Penziarah makam di antaranya adalah orang-orang Iran. Sementara orang Druze dengan kumis tebal sebagai ciri khasnya, banyak menjajakan cenderamata di sekitar makam. Penggunaan kamera juga sangat terhad sehingga kami tidak dapat mengabdikan keindahan alam di sekitar makam itu. Masjid Umayyah satu tanda kejayaan Islam masa lalu. Pada masa kekuasaan Islam, umat Islam dan Kristian bersepakat untuk membahagi tempat Ibadah tersebut menjadi dua bahagian, di sebelah timar dijadikan masjid dan di sebelah barat dijadikan gereja. Pada masa Khalifah Al Walid bin Abdul Malik, Masjid Bani Umayyah dibesarkan. Berdasarkan hasil musyawarah antara kedua belah pihak (Islam dan Kristian) gereja yang berada di samping mesjid dipindah, sebagai gantinya Khalifah mengizinkan di dirikan gereja di daerah Bab Touma dan sekitarnya. Dalam kurun waktu sekitar 10 tahun, Masjid Umayyah berdiri megah, berukuran panjang 150 meter dan lebar 100 meter. Masjid ini termasuk masjid terbesar di dunia pada zamannya. Menara masjid ini tinggi, pintu gerbangnya nampak indah dengan ukiran bergaya Timur Tengah. Bangunan masjid sangat bagus dengan menempatkan ruang terbuka di dalam masjid. Kelihatan di ruang terbuka itu tempat mengambil air sembahyang yang dibuat melingkar, beratapkan genting dengan ornamen khas Arab. Di sisi masjid, ada bangunan tinggi seperti pondok dengan kubah yang ternyata pada saat itu digunakan sebagai baitulmal, sumber dana umat yang di perolehi dari zakat. Di sisi tembok halaman terbuka masjid, tepat di pintu masuk ada sebuah kereta pengangkut barang berdoa empat dan besar bentuknya yang telah dilapisi besi, sedangkan bahan pembuatan kereta itu dari kayu yang tidak reput walau pun telah berusia ratusan tahun. Sementara di bahagian dalam masjid, terpamir keindahan masa lalu. Mihrab dan mimbar masjid berukir warna kuning emas, ditopang dengan tiang-tiang tinggi menembus lelangit, dan dinding dalam masjid dibuat dari keramik berornamen apik, yang semakin berkarisma dalam usia tuanya. Di bahagian timur di dalam mesjid itu, terdapat makam Nabi Zakaria yang diyakini hanya kepalanya saja yang dimakamkan di tempat itu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2014 di pasaran...

Cerdaskan Batin Lewat Zikir

HATI setiap manusia pada dasarnya jernih, bening, dan bercahaya. Di dalamnya ada seberkas cahaya yang bersumber dari Sumber Cahaya Kehidupan ini: Allah. Al-Ghazali menggambarkan hati manusia sebagai sebuah kaca yang bening. Jika kita rajin membersihkannya, kaca itu akan menjadi bening dan jernih sehingga mampu menangkap kotor-kotor  yang tersembunyi. Tapi jika dibiarkan kotor, maka kebeningan kaca itu akan tercemar oleh noda-noda hitam dan lama-kelamaan berkarat dan akan menutupi beningnya hati manusia sehingga cahaya ilahi tidak lagi tertangkap oleh nurani manusia. Berzikir adalah satu cara untuk melancarkan kecerdasan kesedaran batin kita. Sebabnya, zikir merupakan salah satu terikat, jalan, metode atau cara yang dilakukan para sufi untuk menyucikan jiwa, mendekatkan diri, meningkatkan kesedaran dan merasakan kehadiran-Nya. Tapi zikir bukannya melafazkan nama Tuhan berulang kali seperti jampi, apalagi tanpa mengetahui makna yang dibaca. Selama ini ketika kita bercakap tentang zikir, sering kali hanya dikaitkan sengan caranya: sikap duduk, mata terpejam, mulut tertutup atau terkumat-kamit membaca doa. Padahal, dalam bahasa Al-Quran, zikir dilakukan dengan duduk, berdiri dan berbaring. Dengan kata lain, zikir dilakukan dalam segala keadaan. Dan, hanya berzikir hati menjadi tenang. Untuk itu, jika kita berzikir, haruslah zikir kita dapat membawa kesedaran, pengetahuan dan kesatuan dengan Tuhan. Zikir harus ditempatkan di dalam hati, seperti halnya, ketika sedang jatuh cinta. Kita harus membuktikannya tidak hanya dengan mengatakan “aku cinta kamu” berulang kali. Tetapi juga diiringi dengan berbagai tindakan, perasaan dan ungkapan-ungkapan rasa kasih sayang. Jadi, bagaimana agar zikir kita tidak terjebak pada sesuatu kelaziman sehingga tidak membeningkan kebeningan kesedaran kita? Menurut Ahmad Chojim, penulis buku, bestseller Meraih Hidup Bermakna, kita harus membezakan antara zikir dan cara berzikir. umumnya perhatian kita itu tertumpu pada caranya, bukan pada zikirnya. Rasulullah memang pernah mengajarkan tatacara dalam berzikir kepada Ali bin Abi Talib yang tercatat dalam hadis Qudsi, firman Tuhan yang dilafazkan oleh Nabi Muhammad. Ali bin Abi Thalib bertanya, “Wahai Nabi Allah! Bimbinglah aku dengan jalan yang paling singkat dan cepat menuju Tuhan, dan dengan jalan termudah bagi hamba-hamba Tuhan, serta bagi hamba-hamba pilihan.” Nabi s.a.w. menjawab, “Wahai Ali, jalan itu adalah zikir yang berterusan dan menyendiri kepada Allah.” Kemudian Ali bertanya, “Wahai Nabi Allah, kalau begitu tunjukkan kepadaku bagaimana caranya berzikir.” Nabi menjawab, “Pejamkan matamu, dan dengarlah.” Kemudian Nabi membacakan dengan kalimah tauhid “Tiada Tuhan Melainkan Allah” sebanyak tiga kali. Ali mendengarnya dan menyemaknya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2014 di pasaran...

Mohonlah Doa Perlindungan Dari Allah

Salah satu doa perlindungan yang pernah diucapkan Rasulullah dan layak kita semak, hayati serta amalkan adalah sebagai berikut: Ertinya: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung padaMu dari kemalasan dan tua-renta dan sumber hutang dan sumber dosa. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung padaMu dari seksa api neraka dan fitnah kubur dan azab kubur dan kejahatan fitnah kaya dan kejahatan fitnah miskin dan dari kejahatan fitnah Al-Masih Dajjal.” Teks doa ini tercantum sebagai matan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam kitab Shahih-nya masing-masing serta perawi Sunan yang empat. memperhatikan kandungan doa tersebut, kita dianjurkan memohonkan perlindungan Allah dari sepuluh keadaan, iaitu:
1. Tabiat atau sifat (kasal). Sifat ini jelas merugikan, sebab jika orang yang sudah dihinggapi penyakit malas, akan banyak tugas atau pekerjaannya menjadi terbengkalai, boleh menyebabkan segala urusannya gagal. Maka doa ini merupakan salah satu motivasi untuk meningkatkan kerajinan dan etika kerja.
2. Tua-renta (haram). Orang tua-renta biasanya cenderung nyanyuk, kemampuan tenaga dan pemikiran berkurang seakan kembali seperti anak kecil. Ini juga tentu akan menghalang pelaksanaan tugas kewajipannya, terutama beribadah kepada Tuhan. Tua yang diinginkan adalah tua yang tetap sihat dan tidak nyanyuk sehingga dapat tetap aktif melaksanakan ibadah.
3. Sumber hutang (maghram). Banyak hutang, sulit membayarnya pasti menimbulkan persoalan besar. Salah satu penyebab krisis kewangan dan rumah tangga. Berhutang pada awalnya mungkin kerana terpaksa, tapi mungkin juga kerana kurang perhitungan bahkan kerana dorongan nafsu yang kurang terkendalikan.
4. Sumber dosa. Apakah terlanjur atau sengaja melakukan dosa? Penyebabnya adalah dorongan nafsu, terlebih lagi kerana kurangnya iman. Maka doa di sini mengingatkan kita untuk mempertebalkan iman.
5. Seksa api neraka. Orang beriman harus menyakininya sebagai hukuman keadilan dari Tuhan terhadap manusia yang ingkar dan bergelimang dalam dosa-dosa besar. Doa di sini merupakan perlindungan agar kita berwawasan ke masa depan yang jauh sampai ke alam akhirat.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2014 di pasaran...