Tuesday, July 12, 2011

Variasari Keluaran Julai 2011


Sudahkah anda memiliki Variasari edisi Julai 2011? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan...

Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai.

Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.

Dapatkan segera majalah Variasari keluaran Julai 2011 sebelum terlambat.

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.

Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin


Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Monday, July 11, 2011

Antara Yang Menarik Dalam Variasari Julai 2011










Hidayah Julai 2011

Hidayah keluaran Julai 2011 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja Dalam Hidayah...

Langganlah Segera Melalui Pos

Salam Kami Julai 2011

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur kita ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Detik-detik yang berlalu dan akan datang kali ini memang unik. Jarang berlaku kalendar Hijrah dan Masehi hampir beriringan. Tapi kali ini begitulah hakikatnya. Bulan Syaaban selisih dua hari saja dengan Julai. Begitu juga dengan bulan Ramadan bersamaan dengan 1 Ogos. Sementara sambutan Hari Kebangsaan pula jatuh pada 1 dan 2 Syawal yang akan menambah meriahkan warga Malaysia menyambutnya nanti. Namun kita kini masih dalam bulan Rejab. Waktu-waktu begini memberi isyarat kepada umat Islam bersiap sedia untuk menantikan kedatangan Ramadan apatahlagi apabila sampainya bulan Syaaban. Begitulah kita mengira hari demi hari, minggu dan bulan bertukar ganti. Sebenarnya kita mengira hari-hari tua kita. Sebagaimana kanak-kanak menunggu waktu balighnya. Yang remaja menanti dewasanya. Sementara yang dewasa bakal menjenguk usia emasnya. Ada kalangan kita yang tak sempatpun menikmati usia begitu. Sedar-tak sedar mereka pergi dahulu mendahului kita.
Jadi sebelum kita pula mendahului orang lain, dalam kesempatan masih berpeluang menghirup udara di muka bumi ini, hendaklah kita koreksi diri masing-masing. Tokoh sufi Malik bin Dinar berkata: “Aku mendengar Hujaj berceramah. Dia berkata, ‘Allah mengasihi orang yang suka memeriksa dirinya sendiri sebelum dia memeriksa diri orang lain. Allah mengasihi orang yang memandang timbangannya.” Dia (Hujaj) selalu berkata demikian, sehinggalah membuatku menangis.” Dan sebagaimana biasa, Hidayah keluaran ini juga tetap menyiarkan kisah-kisah iktibar yang berkaitan dengan ‘kematian’. Antara kisah yang menarik ialah mengenai kematian seorang imam yang menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang mengimamkan solat maghrib. Mahunya kita juga dapat mengikut jejaknya untuk mati ketika sedang beramal ibadat. Sebaiknya minta dijauhkan mati dalam keadaan hina sebagaimana berlaku kepada seorang pemuda yang mati di atas timbunan sampah akibat penyalahgunaan dadah. Terima kasih kepada anda yang berterusan membaca Hidayah. Ada kalangan pembaca yang menghubungi Hidayah memberi pandangan, kritikan dan sebagainya demi kebaikan Hidayah. Setiap pandangan anda kami terima baik. Pandangan anda juga boleh di e-melkan seperti yang tertera di ruangan ini.
Adanya para pembaca yang prihatin seperti inilah yang membuat Hidayah antara bahan bacaan yang digemari ramai. Alhamduillah.
Wassalam!

Pengarang

Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Kenapa Sembahyang Tarawih Dilakukan Tergesa-gesa?

DIMANA-MANA pun masjid dan surau yang mengadakan solat tarawih, kita akan lihat semuanya mahu cepat. Semuanya mahu cepat selesai. Cepat selesai, lagi baik. Ada yang buat 21 rakaat termasuk witir, ada yang buat sebelas sahaja. Bergantung kepada jawatankuasa pengelola masjid atau surau yang menetapkan sembahyang tarawih itu. Solat tarawih sunat saja. Tetapi kalau kita menyertai sama solat-solat tersebut di semua masjid dan surau, ada diantara para imam yang meringan-ringankan saja. Kadang-kadang kita melihat ada para imam tidak begitu ambil perhatian terhadap solat tarawih ini. Sehingga boleh merosakkan rukun-rukun dan sunat-sunat solat itu. Kita pun kadang-kadang tidak faham, kenapa tiba kepada solat tarawih para imam mesti membaca cepat dan pantas. Ada setengah darinya, membaca fatihah satu nafas (sekali nafas) saja. Tetapi sembahyang-sembahyang sunat lain tidak pula sepantas begitu. Para imamnya membaca dengan tenang, sebagaimana mereka mengimamkan solat fardu setiap hari. Kadang-kadang kita melihat ada yang meninggalkan “thuma‘ninah” semasa sujud dan rukuk, atau pun membaca dengan cepat ayat-ayat Quran sehingga ada huruf yang tidak jelas “Makhrajnya”. Semuanya itu dilakukan kerana terlalu tergesa-gesa dan inginkan supaya cepat habis atau pun selesai. Sebenarnya, perbuatan tergesa-gesa ini adalah “tipu daya syaitan” semata-mata, yang mengusik hati orang-orang beriman supaya bersikap demikian. Sebab menurut pandangan agama, perbuatan tergesa-gesa itu akan menggugurkan pahala amal baik orang yang beriman. Kadang-kadang kebanyakan orang yang taat kepada syaitan, solatnya selalu tergesa-gesa dan terkesan selalu dalam bentuk bermain-main saja. Yang demikian orang yang mengerjakan sembahyang sama ada sembahyang fardu atau pun sunat hendaklah melaksanakannya sesuai dengan ajaran yang telah disampaikan. Seperti boleh menjejaskan bacaan al-Quran, berdiri, rukuk dan sujud thu’maninah, khusyuk, ikhlas, menghayati dan memahami makna-makna al-Quran, tasbih dan segala sesuatu yang dibaca. Sebab gerakan zahir sembahyang memang harus ditunjukkan melalui organ tubuh yang tenang dan thuma’ninah. Sedangkan perbuatan batinnya adalah dengan hati yang khusyuk. Ada ulama menyebutkan bahawa hal ini termasuk pengaruh terbesar yang menyebabkan orang-orang yang meremehkan bacaan al-Quran dalam solat tarawih dan tidak mengerjakan rukun-rukannya secara sempurna adalah kerana rakaat yang dikerjakannya harus selalu 20 rakaat. Ada ulama berpendapat bahawa ada setengah orang berpendapat bahawa Umar Ibnu Khattab telah merintahkan perkara tersebut. Padahal itu, cuma satu sangkaan yang sangat keliru. Sebenarnya, kata ulama, yang terdapat dalam sanad hadis sahih bahawa beliau telah memerintahkan solat sebanyak “SEPULUH” (10) dan ditambah satu rakaat witir. Hal ini juga, kata ulama diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam kitab sahih “Al-Bukhari” dan sahih “Muslim” serta pada kitab-kitab hadis lainnya. Sekiranya, mereka menjalankan ajaran sunah, pasti sembahyang mereka lebih tenang dan khusyuk. Cubalah cari kitab yang berjudul “SHALAATUTTARAAWIIH”, bacalah perbahasannya mengenai masalah ini, dan kita akan mendapat kesimpulannya, dan umat Islam dan para ulama kita tidaklah bertengkar sehingga bertahun-tahun lamanya semata-mata soal kecil macam ini. Al-Ghazali telah memberikan contoh orang yang sembahyang yang mementingkan “lahiriah” tanpa menghadirkan batinnya, sama seperti seorang yang menghadiah seorang “dayang” yang sudah mati kepada seorang raja. Sedangkan beliau mengibaratkan orang sembahyang dengan gerakan lahir yang tidak sempurna seperti orang yang memberikan hadiah kepada raja seorang dayang yang tangannya putus dan kedua-dua belah matanya terkucil.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...

Hilang Bayi Dalam Kandungan

CINTA, ibu bapa dan Allah s.w.t. adalah tiga hal yang tidak dapat dipisahkan bila kita bercakap masalah asmara. Kerana itu, sebenarnya, ketika seseorang sedang dilanda asmara hendaklah meminta restu kepada kedua ibu bapanya untuk mendapatkan redho Allah. Namun, kisah berikut ini justeru sebaliknya. Demi cintanya pada seorang lelaki, dia rela meninggalkan kedua ibu bapa dan meninggalkan Allah. “Tinggal ibu, tinggal saudara, tinggallah agama, demi cinta aku turutkan.” Begitulah nekadnya. Ia merupakan satu tindakan membuta tuli, yang pastinya akan mendapatkan murka Allah jika tidak sempat bertaubat. Sebut saja namanya Ida. Mulanya dia sebenarnya wanita yang baik. Kerana kedua ibu bapanya mendidiknya dengan penuh perhatian sejak kecil. Bahkan, dia berjaya melanjutkan pengajian ke universiti, walaupun pencapaiannya tidaklah cemerlang. Namun, satu hal yang dilupakan kedua ibu bapanya ketika mendidik Ida adalah soal pendidikan agama. Akibatnya, Ida pun membesar menjadi peribadi yang tidak terlalu taat beribadah. Solatnya kadang-kadang ditinggalkan, apalagi mengikuti pengajian agama di kampung atau di tempat tinggalnya. Hal itu tampak ketika Ida berkenalan dengan lelaki bernama Kusuma. Semua orang sudah tahu bahawa lelaki itu bukan muslim. Namun, Ida tetap saja menerima cintanya. Di samping kerana wajah Kusuma yang tampan, juga kerana lelaki itu berasal dari keluarga yang kaya raya. Terlebih lagi, Kusuma memiliki perniagaan sendiri, iaitu pencucian kenderaan. Dengan kata lain, Kusuma adalah seorang pengusaha yang berjaya. Mulanya, kedua ibu bapa Ida masih berharap bahawa anaknya akan dapat membawa Kusuma pada agama Islam dan mengajaknya menjadi mualaf suatu saat kelak jika mereka jadi berkahwin. Kerana itu, ibu bapa Ida tidak terlalu menentang hubungan mereka, meski di awal-awal sempat melarang. Tapi, kemarahan mereka meledak apabila Ida memutuskan pernikahannya di gereja, yang otomatik akan meninggalkan Islam. Meski tidak terlalu taat dalam agama Islam, ibu bapa Ida sangat menyedari bahawa menjadi ‘murtad’ sama saja dengan menghinakan Islam, dirinya sebagai ibu bapa, dan warga di sekitar tempat tinggalnya yang majoriti beragama Islam. Kerana itu, ibu bapa Ida pun melarang anaknya untuk berkahwin. Dengan kata lain, mereka tidak redho atas apa yang dilakukan oleh Ida. Namun Ida tetap berdegil pada pendiriannya. Ia tetap mengahwini Kusuma di sebuah gereja dengan acara yang sangat megah. Ibu bapa Ida tidak datang pada upacara perkahwinan itu, begitu juga saudara-saudaranya yang lain. Bahkan, mereka membantah dan mengusir Ida dari rumahnya. Satu bulan lebih setelah berkahwin, Ida pun pulang ke rumah ibu bapanya. Ia bermaksud minta restu atas pernikahannya. Namun, ibarat air dan minyak yang sulit disatukan, Ida justeru dicaci maki dan diusir dari rumahnya. Ida menangis, tetapi ibu bapanya tidak peduli. Kerana sikap anaknya sudah demikian melampaui batas, dengan berani melawan Tuhan. Menjadi murtad sama saja dengan melawan Tuhan. Sejak itu, Ida pun tidak pernah bertemu kembali dengan keluarganya. Tidak terasa, usia perkahwinan Ida memasuki dua tahun. Namun, mereka belum dikurniai anak. Akhirnya, mereka membuat keputusan mengambil anak angkat kononnya sebagai “pancingan”. Atas izin Tuhan, tiga bulan kemudian Ida pun disahkan hamil oleh doktor. Ida merasakan mual-mual yang luar biasa, seperti kebanyakan orang hamil lainnya.
Ida merasakan kesenangan yang luar biasa atas kehamilannya, tak terkecuali dengan Kusuma. Setiap saat mereka memeriksakan kandungannya agar baik-baik saja. Keadaan fizik Ida betul-betul diperhatikan oleh Kusuma agar tidak jatuh sakit atau penat sehingga tidak mengganggu ‘janin’ yang dikandungnya. Begitu juga dalam pola makannya, Ida benar-benar menjaganya untuk tidak makan sembarangan. Pada usia tujuh bulan kandungan, Ida pun kembali memeriksakan kandungannya ke doktor ditemani si suami. Setelah diuji kandungannya (USG), doktor pun kembali menjamin bahwa kedudukan janin baik-baik saja. Ida dan Kusuma pun sangat berbahagia, tanda merasakan kesenangan yang tak terkira. Sebab, tidak lama lagi mereka akan memiliki anak setelah tiga tahun lamanya menunggu.

Janin Hilang
Tak terasa usia kandungan Ida sudah sembilan bulan dan menunggu hari saja untuk melahirkan. Kerana itu, jauh-jauh hari, sebagai suami Kusuma telah mempersiapkan semuanya. Semua peralatan bayi, mulai dari pakaian hingga yang lainnya telah disediakan dengan baik. Sebab, ini adalah anak pertama kerana itu benar-benar harus diperhatikan segala keperluan anak sulung mereka. Waktu terus berjalan. Pada suatu malam, Ida pun merasakan memulas-mulas perutnya. Tampaknya, Ida bila-bila masa saja akan melahirkan. Akhirnya, oleh Kusuma Ida pun segera dibawa ke hospital bersalin untuk diperiksakan keadaannya. Sampai di hospital bersalin, Ida segera dibaringkan untuk persiapan melahirkan bayi sulungnya. Doktor segera mengambil peralatannya dengan segera. Lalu, dia memeriksa Ida, barangkali saatnya untuk melahirkan. Ida pun kembali di-USG untuk kesekian kalinya.
Namun, betapa terkejutnya doktor itu ketika hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa di dalam tubuh Ida tidak ditemukan ‘janin’. Yang ada, hanyalah ‘cairan-cairan’ seperti lelehan bayi yang telah hancur. Kalau begitu, di manakah janin yang dua bulan yang lalu didapati ada di dalam perut Ida?

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...

Ada Tiga Tahap Manusia Pada Hari Kiamat

PADA hari kiamat, manusia akan terbahagi kepada atau berada dalam tiga golongan. Setiap golongan, manusia itu mempunyai tingkatan-tingkatan yang banyak. Antara tingkatan-tingkatan itu, manusia itu juga ada perbezaan antara mereka. Golongan pertama: Mereka adalah dari orang-orang yang beriman “As-Saabiqun Al-Awaal” iaitu yang pertama sekali masuk ke dalam Syurga, dan orang-orang mukmin yang tergolong “Ashaabul Yamiin” iaitu golongan kanan. Mereka akan masuk syurga, dan sebelumya akan menyeberangai jambatan terlebih dahulu. Mereka ini bermacam-macam keadaannya. Diantara mereka ada yang menyeberangi jambatan (Sirath) secepat halilintar, ada yang secepat angin, ada secepat kuda, dan ada yang secepat orang berjalan kaki. Bahkan ada yang menyeberangi dengan cara merayap melalui perutnya, tetapi pada akhirnya mereka semuanya selamat masuk ke dalam syurga Allah s.w.t. Golongan kedua: Mereka adalah orang-orang kafir dan musyrik dengan segala perbezaan dalam keyakinan, agama dan kepercayaan mereka. Mereka ini tidak perlu menyeberangi jambatan, tetapi terus diseret ke neraka Jahanam secara berkelompok-kelompok. Berada di depan mereka, orang-orang yang dahulu mereka sembah dan mereka agungkan di dunia. Ketika mereka mendekati neraka, mereka berjatuhan kedalamnya secara kelompok-kelompok. Setiap datang kelompok atau umat, ia terus melaknat kelompok sebelumnya hingga mereka semua bergabung didalamnya. Mereka ini kekal di dalam Neraka selama-lamanya. Mereka tidak akan keluar darinya dan tidak akan mendapatkan seorang pun pemberi syafaat. Sedangkan keadaan ketiga: Mereka adalah orang-orang munafik, para pelaku kemaksiatan, dan para pelaku dosa besar dari umat Muhammad iaitu umat Islam. Mereka tidak masuk ke dalam Neraka bersama orang-orang kafir dan musyrik. Mereka ikut serta menyeberangi jambatan bersama orang-orang yang beriman. Tetapi mereka tidak termasuk golongan selamat, yang berhasil menyeberangi jambatan seperti sudah disebutkan, yang menyeberangi seperti halilintar, angin, mahupun kuda-kuda terbaik. Mereka diculik atau direnggut oleh duri-duri dan pohon-pohon besi bercabang yang diletakkan Allah s.w.t. pada kedua sisi jambatan. Duri-duri dari besi itulah yang bertugas merenggut dan mencabuti mereka dari jambatan kerana kemunafikan dan dosa-dosa mereka. Kemudian melemparkan mereka ke dalam Neraka atas perintah Allah. Orang-orang munafik kekal dalam Neraka pada bahagian paling dasar. Sedangkan para pelaku maksiat dan dosa besar dari umat ini tidak berada pada satu keadaan, tetapi dalam keadaan yang bermacam-macam. Masa menetap mereka dalam Neraka juga berbeza-beza. Masing-masing sesuai mengikut amal, dosa, dan kemaksiatan yang telah diperbuatnya. Dan sebagaimana Syurga bertingkat-tingkat, sebahagiannya di atas sebahagian yang lain maka seperti itulah Jahannam. Ia bertingkat-tingkat, sebahagiannya di bawah sebahagian yang lain. Demikian halnya para pelaku maksiat, mereka juga bertingkat-tingkat. Masing-masing sesuai dengan apa yang diperbuat kedua tangannya dari kemaksiatan, dosa, kenistaan, kekejian, dan dosa besar. Kemudian dia meninggal di atas kenistaan dan dosa besar tersebut tanpa bertaubat darinya. Sehingga mereka patut mendapatkan Neraka akibat perbuatan mereka dan akibat mereka terus-menerus dalam perbuatan itu. Tetapi mereka bukanlah orang-orang musyrik, kafir, atau pun munafik. Mereka hanyalah orang-orang yang diseret oleh syaitan dan hawa nafsunya yang jahat untuk mengerjakan kemaksiatan, meninggalkan kewajipan, dan mengikuti nafsu syahwat. Mereka tidak mengingkari tauhid, tidak pula mengingkari syahadat “laa ilaaha illallah”, tidak mengingkari syahadat Muhammadur Rasulullah, tidak menyembunyikan kekufuran dan menampakkan keimanan, tidak memerangi Allah dan RasulNya, juga tidak memerangi orang-orang Islam dan tidak pula menjadi musuh mereka. Seandainya para pelaku maksiat bertaubat di dunia dan memanfaatkan rahmat Allah, tentu mereka tidak masuk Neraka dan tidak pula terjatuh dari atas jembatan. Para pelaku maksiat berada dalam keadaan yang sangat berbeza-beza dalam hal mengerjakan kemaksiatan dan dosa besar. Di antara mereka ada yang hanya melakukan satu dosa besar. Di antara mereka ada yang melakukan dua dosa besar. Di antara mereka ada yang melakukan tiga, empat, lima, dan enam dosa besar. Ada yang melakukan tujuh dosa besar yang sangat membinasakan (As-Sab’u Al-Muubizaat) seperti disebutkan Rasulullah dalam hadis. Perbuatan-perbuatan itu pasti membinasakan itu antara lain sihir, membunuh jiwa tidak bersalah, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang, serta menuduh wanita-wanita yang baik yang menjaga diri, dan tidak pernah terlintas untuk melakukan keburukan dengan perbuatan zina. Di antara mereka ada yang menzalimi manusia, memakan hak-hak mereka, melampaui batas, sombong, dan tidak adil dalam memberikan keputusan. Ada yang berdusta atas nama Rasulullah s.a.w., membuat patung-patung, cenderung membela orang zalim, serta banyak dosa lainnya yang membuat Allah murka. Mereka semua akan menetap dalam Neraka. Masing-masing sesuai dosa yang dibawanya dan sesuai catatan yang sudah ditulis oleh dua Malaikat yang ditugasi Allah untuk mencatat amal perbuatan hamba Allah sama sekali tidak menzalimi meski sebesar biji sawi atau sebesar atom. Barang siapa mempersembahkan kebaikan sebesar atom, nescaya akan melihat balasan kebaikan itu pada Hari Kiamat di hadapannya. Dan barang siapa mempersembahkan keburukan sebesar atom, nescaya juga kan melihat balasan keburukan itu di hadapanNya pada Hari Kiamat.
Umat Muhammad yang berjatuhan ke dalam Neraka saat menyeberangi jembatan tadi adalah orang-orang yang keburukannya lebih banyak daripada kebaikannya. Adapun penduduk A’raaf, selanjutnya akan diliputi oleh rahmat Allah. Sedangkan orang-orang yang kebaikannya berlebih, meski lebihnya hanya satu kebaikan atas keburukannya, nescaya ia masuk Syurga dengan izin Allah.

Selanjunya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...

Nabi s.a.w. Turut Mengerjakan Urusan Rumahtangga

DALAM al-Quran, Allah s.w.t. secara terangan menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. adalah teladan yang baik (QS.Al-Ahzab [33]:21). Itu ertinya bahawa apa yang disabdakan dan dilakukan Rasulullah boleh dijadikan contoh bagi umat Islam dalam menapaki hidup sehari-hari. Rasulullah itu seorang Nabi, tapi baginda juga seorang manusia biasa. Dalam kehidupan rumahtangga, Nabi s.a.w. berperanan sebagai seorang lelaki, ayah dan suami. Lalu bagaimana kehidupan Nabi s.a.w. dalam menjalani kehidupan rumahtangganya, di antara isteri dan anak-anaknya? Rasulullah adalah seorang lelaki, suami dan ayah teladan bagi seluruh umat manusia. Di luar rumah, baginda berperanan sebagai seorang panglima perang dan tokoh agama. Tetapi di rumah, baginda mampu berperanan sebagai suami dan ayah terbaik. Sungguh sempurna! Nabi s.a.w. tak menutup mata dengan apa yang dapat dikerjakan. Rasulullah mahu mengerjakan urusan rumahtangga dengan ikhlas. Rasulullah ringan tangan, turut serta mengerjakan dan menyelesaikan pekerjaan isteri-isterinya. Hebatnya lagi, meski baginda seorang Rasul, pemimpin umat Islam terkemuka dan panglima perang, tapi baginda tak pernah merasa canggung, malu atau pun malas mengerjakan pekerjaan rumahtangga. Dari deretan pekerjaan rumah yang dikerjakan Rasulullah, antara lain ia menjahit pakaian yang robek, juga membantu memerah susu dan baginda pun kerap melayani diri sendiri. Aisyah r.a. pernah ditanya: “Apakah yang dilakukan Rasulullah s.a.w. di dalam rumah?” Aisyah menjawab: “Baginda adalah seorang manusia biasa. Baginda menambal pakaian sendiri, memerah susu dan melayani dirinya sendiri.” (HR. Ahmad dan Termizi) Dalam sebuah hadis lain, diriwayatkan dari Al-Aswad bin Yazid, ia berkata: “Aku pernah bertanya pada ‘Aisyah r.a.: ‘Apakah yang biasa dilakukan Rasulullah s.a.w. di dalam rumah?’ ‘Aisyah r.a. menjawab: “Baginda biasa membantu keluarga, apabila mendengar seruan azan, baginda segera keluar (untuk menunaikan solat).” (HR. Muslim) Jika menyangka bahawa Rasulullah adalah seorang Rasul yang lepas tangan dan tidak mau tahu urusan rumah, itu sepenuhnya salah besar. Sebab, sebagaimana dari teks hadits di atas, Aisyah dengan jelas menceritakan jika Rasul menaruh perhatian terhadap pekerjaan rumah, bahkan ikut serta menunaikan pekerjaan rumah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...

Bencana Di Jepun Dan Gempa Bumi Di Zaman Nabi Musa

JEPUN, salah sebuah negara yang menjadi kiblat teknologi dunia, telah ditimpa gempa bumi dan Tsunami. Sangat dahsyat sekali peristiwanya! Kita dapat menyaksikan kejadian bencana alam itu di kaca tv, yang sering ditayangkan dalam program berita. Hingga kini tercatat ribuan nyawa melayang. Ratusan bangunan rata dengan tanah. Padahal, kita semua maklum bahawa Jepun memiliki kecanggihan sistem amaran apabila terjadi bencana Tsunami. Namanya Tsunami Early Warning System. Bahkan, alat untuk mengesan Tsunami yang diterapkan di Aceh dan beberapa daerah Tsunami di Indonesia adalah hasil ciptaan Jepun. Nama Tsunami sendiri diambil dari bahasa Jepun. Lantas, kenapa Jepun juga akhirnya tidak dapat ‘mengelak’ dari bencana tersebut? Semua orang beragama, apa pun agamanya, yang percaya dengan adanya Tuhan, pasti memiliki jawapan sama: “Itu adalah kehendak Tuhan, dan tidak ada sesuatu yang dapat melawan kehebatan Tuhan, termasuk kecanggihan teknologi sekalipun.” Sebab, hakikatnya, manusia itu kecil di hadapan Tuhan. Dalam al-Quran sebenarnya banyak ayat yang menjelaskan dan menceritakan tentang Maha Besarnya Allah dalam mengatur alam raya ini. Kehebatan alam fikir manusia tidak akan mampu menandingi Maha Besar Allah. Tentu kita masih ingat betul siapa itu Firaun laknatullah: seorang raja Mesir, penguasa di zamannya, bahkan mengisyhtiharkan dirinya sebagai Tuhan; pun musnah bersama dengan pengikutnya. Ia tenggelam di Laut Merah; sebagai bukti bahawa ia tidak mampu melawan alam, yang merupakan ciptaan Allah. Firaun tidak dapat melawan Tuhan yang hakiki, iaitu Allah s.w.t.
Yang ironis adalah sikap ingkar dan sombong yang dilakukan Bani Israel diselamatkan Allah dari kejaran raja Firaun di Laut Merah. Seyogianya, mereka kian sedar bahawa ajaran Nabi Musa adalah agama hakiki. Tapi, apa yang terjadi? Justeru mereka dan keturunannya melakukan pembangkangan terhadap ajaran Allah dan Rasulnya. Ini digambarkan jelas dalam QS. Al-Baqarah: 51-56.

Kesombongan
“Dan (ingatlah) tatkala Kami janjikan kepada Musa empat puluh malam, kemudian kamu ambil anak lembu sepeninggalnya; dan adalah kamu orang­-orang yang aniaya. Kemudian telah Kami beri maaf kamu sesudah itu, supaya kamu bersyukur.” (QS. Al-Baqarah: 51-52). Kita tentu masih ingat bagaimana bangsa Israel diselamatkan Nabi Musa dari penindasan Firaun. Mereka diseberangkan dari Laut Merah, kemudian dilepaskan dari penindasan dan kehinaan; tapi ternyata itu tidak cukup membuat mereka beriman kepada Allah. Padahal, sebelumnya, untuk memperoleh pertolongan dari Allah, Nabi Musa melakukan munajat hingga 40 malam di lembah Thuwa di pegunungan Thur. Tetapi, apa yang diperbuat Bani Israel setelah Nabi Musa pergi ke lembah itu? Mereka melakukan perbuatan jahat; mereka ambil perhiasan emas kaum perempuan, lalu meleburnya menjadi patung anak lembu, kemudian patung itu disembah. Tapi tetap saja Allah mengampuni mereka, meski apa yang mereka perbuat sungguh keterlaluan. Allah mengampuni mereka, tak lain, agar mereka bersyukur. Kemudian Allah berfirman: “Dan (ingatlah) seketika Kami (Allah) datangkan kepada Musa akan Kitab itu dan Pemisahan; supaya kamu memperoleh petunjuk.” (QS. Al-Baqarah: 53). Kenikmatan berikutnya, yang diberikan Allah kepada Bani Israel adalah diturunkannya Kitab Taurat. Setelah Nabi Musa menghadap Allah selama 40 hari, baginda pulang dengan membawa Kitab Taurat, iaitu sebagai pembeda antara yang hak dan yang batil. Gunanya sebagai pedoman hidup dan petunjuk yang wajib. Dalam konteks umat Islam, al-Furqan merujuk pada Kitab al-Quran. Kita, sebagai bangsa yang selalu diberi kenikmatan dalam hidup ini, seyogianya menjadikan al-Quran sebagai pedoman hidup. Kita tidak sepatutnya menuhankan sesuatu dalam hidup ini. Kita tidak boleh menuhankan kekayaan kita, kehebatan ekonomi kita, kehebatan ketenteraan kita, kehebatan teknologi kita, bahkan kepintaran akal kita sekalipun. Sebab, apa yang kita peroleh sebenarnya tidak sebanding dengan upaya kita untuk tunduk di hadapan Allah. Semua orang mungkin tidak menyangka bahawa Jepun yang begitu akrab dengan teknologi akhirnya tidak mampu mengesan awal terjadinya Tsunami. Padahal, belum lama ini, bangsa itu mempromosikan produk teknologinya ke sejumlah negara, termasuk Asia Tneggara ini yang akhirnya menerapkan produk teknologi mereka. Satu jam setelah dihentam Tsunami, Jepun memaklumkan kepada Indonesia bahawa Tsunami juga akan membantai bahagian Timur Indonesia. Hal ini berdasarkan alat pengesanan awal yang mereka miliki. Tapi, apa yang terjadi? Ramalan itu justeru meleset. Indonesia bahagian Timur tenang saja. Hal ini ditegaskan Allah dalam firmannya: “Dan (ingatlah) seketika berkata Musa kepada kaumnya: Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu (sendiri) dengan kamu mengambil anak lembu itu. Maka taubatlah kamu kepada Maha Penciptamu, dan bunuhlah diri kamu. Itulah yang lebih baik buat kamu pada sisi Maha Penciptamu, nescaya akan diberiNya taubat atas kamu. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, lagi Penyayang.” (QS. Al-Baqarah: 54). Nabi Musa menegaskan kepada kaumnya bahawa apa yang mereka lakukan dengan menyembah patung lembu yang terbuat dari emas itu adalah perbuatan yang zalim. Sebab, emas adalah ciptaan Allah. Sementara mereka menjadikan emas itu sebagai bahan untuk sesembahan mereka. Teknologi juga ciptaan Allah. Maka, menjadikan teknologi sebagai sarana untuk melindungi diri dari marabahaya merupakan kekeliruan besar. Selama ini bangsa Jepun merasa nyaman dan aman dengan hasil karya mereka. Mereka memiliki sistem pembuatan bangunan anti gempa. Hasilnya, bangunan yang konon ‘anti gempa’ itu roboh juga. Tsunami yang datangnya dapat dikesan, pun datang tanpa ‘memohon izin’ lagi. Orang Israel di zaman Nabi Musa juga awalnya demikian. Mereka menganggap bahawa dengan membuat patung dari emas, sebagai karya seni hebat mereka, itu dapat memberi pertolongan pada hidup mereka. Tapi, apa yang terjadi, patung itu tak dapat menolong mereka dari penindasan Firaun. Bahkan, ketika mereka dikepung dan dikejar hingga terperangkap ke pantai Laut Merah, mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Nabi Musa lalu bermunajat kepada Allah agar dapat menyelamatkan Bani Israel kala itu. Allah lalu mengabulkan doanya dengan cara membelah Laut Merah, sehingga mereka dapat melintasi lautan itu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...

Bijak Menghadapi Orang-Orang Bodoh

ROMBONGAN orang berbaju hitam itu seperti muncul dari balik kegelapan. Tidak disangka oleh seorang pun dari penduduk Makkah jika rombongan itu tiba-tiba memasuki kota Makkah dengan gagah berani. Tak sedikit pun raut cemas di wajah mereka. Pun saat mereka memasuki kota itu, tak ada rasa takut sedikit pun yang mencekam mereka. Wajah mereka berbinar, tak menyiratkan bimbang. Rombongan yang datang ke Makkah dengan gagah dan memakai baju hitam itu berjumlah sepuluh orang. Mereka semua lelaki. Mereka datang seakan dituntun oleh langkah kaki yang tangguh, dan tegap untuk mencari kebenaran. Dan dari sorot mata mereka, terlihat tak mengenal lelah, tak takut bahaya. Tentu, kedatangan mereka langsung membuat warga kota Makkah terkejut. Kegusaran terjadi. Bisik-bisik di antara orang-orang Makkah pun seketika mengundang rasa ingin tahu. Sebabnya, penduduk kota Makkah tahu bahawa orang-orang itu, setelah dilihat dari pakaian yang dikenakan, adalah penganut Nasrani. Sebab, pada waktu itu, pakaian hitam yang dikenakan tersebut adalah simbol dari pakaian orang-orang Nasrani. Tak mustahil, jika di hati orang-orang Makkah dalam sekejap digelayuti tanda tanya besar dan segumpal pertanyaan yang mengundang hairan. Rasa curiga menyeruak: ada apa rombongan itu datang ke kota Makkah? Pasalnya, orang-orang itu tidak pernah mendatangi Makkah sebelumnya. Jadi, dapat dipastikan bahawa kedatangan mereka itu dilatarbelakangi masalah yang penting. Penduduk Makkah bertanya-tanya. Jawapan melegakan pun tak kunjung didapatkan. Hingga akhirnya, orang-orang Quraisy itu tahu jika rombongan itu datang dari Najran. Orang-orang Quraisy tahu setelah salah satu dari rombongan bertanya kepada mereka untuk memberitahukan keberadaan Rasulullah s.a.w. Jadi, kedatangan orang-orang Najran ke Makkah itu kerana mereka hendak menemui Rasulullah s.a.w. setelah mendengar khabar tentang kenabiannya dari para sahabat yang berhijrah ke Habasyah. Setelah dikhabari bahawa Rasulullah s.a.w. ada di sekitar Kaabah, orang-orang Najran pun menemui Rasulullah yang saat itu sedang di sekitar Kaabah. Kehadiran rombongan dari Najran itu disambut baik Rasulullah. Bahkan, Rasulullah menerima kedatangan mereka dengan tangan terbuka, senyum mengembang dan penuh persahabatan. Tapi pada sisi lain, di hati orang-orang Quraisy justeru berkecamuk kecurigaan. Dari kejauhan, beberapa orang Quraisy mengamati tempat dimana terjadi pertemuan antara Rasulullah dan orang-orang Najran. Orang-orang Quraisy merasa tersinggung, sebab mengetahui kedatangan orang-orang Najran bukan untuk bertemu mereka, tapi bertemu Rasulullah s.a.w. Dalam hati, orang-orang Quraisy merasa iri. Lalu bergelayut pertanyaan: apa Rasulullah sudah begitu terkenal? Orang Quraisy terus mengamati pertemuan Nabi s.a.w. dan rombongan dari Najran itu. Dengan segala cara, mereka berusaha mencuri tahu apa yang diperbincangkan Rasulullah dengan orang-orang Najran itu. Tetapi, kedatangan orang-orang dari Najran ke Makkah - dengan tujuan menemui Rasulullah dan bukan menemui orang-orang Quraisy - itu membuat dada mereka merasa seketika dicekam kedengkian. Dada mereka membuncah hebat kerana ditikam perasaan iri, dengki dan sakit hati akibat peristiwa tersebut. Perasaan dengki itu pun kemudian melahirkan kemarahan kerana mereka benar-benar telah dibuat naik darah. Apalagi, orang-orang Quraisy yang mengintai dari jauh itu melihat dengan jelas kalau Rasulullah kemudian membacakan al-Quran kepada orang-orang dari Najran tersebut. Sementara itu, rombongan Najran mendengarkannya dengan seksama, takzim dan penuh perhatian. Tapi saat kecamuk hairan itu belum usai sepenuhnya, dalam sekejap kemudian tiba-tiba disusul kehairanan yang lain. Orang-orang musyrik terhairan-hairan saat melihat dengan jelas, orang-orang Najran itu menangis setelah mendengar bacaan al-Quran yang dibacakan Rasulullah. Bahkan, tidak lama kemudian, kehairanan orang-orang musyrik Makkah itu pun semakin menggumpal kerana mereka melihat orang-orang Najran kemudian berdiri dan berbai’at kepada Rasulullah, mempercayai bahawa Muhammad bin Abdullah sebagai utusan Allah. Sebab, orang-orang Najran tidak dapat menyangkal bahawa mereka mengetahui ciri-ciri kenabian itu dari Injil. Pertemuan antara orang-orang Najran dengan Rasulullah itu pun segera menjadi perbincangan hangat di antara orang-orang Quraisy Makkah. Orang-orang Quraisy pun kemudian menyusun rencana dan ingin menyerang mereka. Dengan kebencian dan rasa dengki itu, orang-orang musyrik Makkah pun sudah beritikad akan membuat perhitungan dengan orang-orang Najran tersebut. Tapi, niat jahat itu akhirnya diurungkan setelah beberapa orang dari orang-orang musyrik Makkah mempertimbangkan akan akibat-akibat yang tidak diinginkan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...

Hajah 'Tangan Bengkok' Kerana Sumpah Palsu

ZABIDAH, begitu orang-orang memanggilnya. Dia adalah janda manis dengan memiliki seorang anak. Di usianya yang belum lagi tua, 40 tahun, Zabidah berharap akan mendapatkan suami lagi setelah menjadi janda 3 tahun yang lalu. Si suaminya dulu meninggal kerana kemalangan tragis di jalan raya. Motorsikal yang ditunggangnya tergesel kereta dan akhirnya terjatuh. Tragisnya, dari arah yang lain datang lori menggilis tubuhnya; dan dia pun meninggal di tempat kejadian. Tapi, adakah lelaki yang mahu mengahwininya kerana dia memiliki seorang anak lelaki? Waktu berjalan, masapun berlalu. Zabidah pun terus menyara kehidupannya sebagai peniaga pakaian secara langsung dari rumah ke rumah. Rupanya, keinginan Zabidah untuk berkahwin lagi tidak bertepuk sebelah tangan. Ramli, tiba-tiba, datang ingin melamarnya. Lelaki kaya raya ini tidak segan-segan datang langsung ke rumah janda itu dan menyatakan hasrat meminangnya. Zabidah tidak langsung mengiyakannya kerana “masalah status”, iaitu Ramli telah mempunyai isteri. Jelas, hatinya menolak jika dimadu. Sebab, tradisi keluarganya menolak poligami. Namun, kesungguhan Ramli untuk menjadikannya sebagai isteri rupanya tidak pernah surut. Berbagai cara dilakukannya, mulai dari sering bertandang ke rumah hingga menghadiahnya barang-barang yang berharga. Hal ini membuat perempuan itu semakin lama kian berfikir dua kali. Apalagi, kenyataannya, Ramli adalah lelaki kaya raya dan berkemampuan. Ertinya, kalaupun ia kelak berkahwin dengan lelaki itu, pasti dirinya tidak akan disengsarakan. Apalah ertinya isteri kedua? Ianya hanya sebuah status. Begitu yang difikirkan Zabidah di kemudian hari. Setelah meyakinkan diri, akhirnya, pinangan Ramli pun diterima Zabidah. Tidak lama kemudian, mereka pun berkahwin. Perkahwinan Ramli dengan Zabidah ini, anehnya, justeru tidak terlalu dipermasalahkan sangat oleh Sariyah, isteri pertama Ramli. Mungkin Sariyah sendiri merasa ketakutan jika menghalangi niat suaminya, dirinya akan diceraikan. Sebab, Ramli yang memiliki sikap tegas dan kadang-kadang kasar itu, tidak segan-segan mengancam Sariyah, jika niatnya dihalang-halangi.

Sumpah Palsu
Mulanya, kehidupan Ramli, Sariyah dan Zabidah memanglah bahagia. Meski Sariyah dan Zabidah tinggal di tempat terpisah, tetapi mereka merasakan kebahagiaan sebagai isteri Ramli. Apalagi, lelaki itu memang tidak segan-segan memberikan perhatian yang lebih kepada mereka. Namun, suasana demikian berubah ketika masa perkahwinan Ramli dengan Zabidah memasuki tahun ketiga. Tampaknya, Sariyah merasakan harta kekayaan suaminya lambat laun habis, mulai dari simpanan bank, tabungan, dan wang hasil jualan tanah. Sariyah menuduh Zabidah telah mengikis harta suaminya. Perempuan itu menilai kalau suaminya telah bertindak tidak adil dengan memberikan harta yang lebih kepada madunya itu. Tetapi, Ramli sendiri sering mengelak, begitu juga dengan Zabidah. Zabidah mengaku bahawa hartanya diperolehi dari usaha niaganya, yang dikumpulkannya bertahun-tahun. Puncaknya, Zabidah bersumpah di depan Sariyah yang disaksikan oleh para tetangganya bahawa ia rela tangannya ‘bengkok’ (tangan seperti orang kena serangan ‘stroke’) jika memakan harta suaminya. Orang-orang pun percaya dengan sumpah Zabidah. Fikir mereka, Zabidah tidak mungkin berbohong jika berani bersumpah demikian. Namun, dalam hatinya Sariyah tetap tidak mempercayainya, “Rasakan saja akibatnya jika kamu berbohong!”

Selanjunya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...

Sedekah RM7 Dapat Rezeki RM10,000

KETIKA itu, pagi kelihatan begitu cerah. Seorang mahasiswa sedang memasak air dengan cerek lektriknya; suatu tugas harian yang biasa dilakukan pemuda berusia 23 tahun itu. Sementara menunggu air mendidih, dia pun keluar dari biliknya untuk membeli akhbar. Sebagai mahasiswa, Andika memang termasuk orang yang gemar membaca. Jarak dari biliknya dengan tempat menjual akhbar agak jauh dan dia tidak menyedari bahawa keadaan berbahaya sewaktu-waktu akan mengintainya. Selesai 300 meter berjalan, Andika sudah sampai di tempat menjual akhbar. Lalu dia meraih senaskhah akhbar terkenal dan membayarnya. Saat itu, dia masih menyedari bahawa dia sedang memasak air. Namun, di tengah jalan, dia bertemu seorang sahabat dan mengajaknya berbual sebentar. Kerana mengingatkan dia sedang memasak air, dia pun segera menutup bualannya dengan sahabat tersebut. Perjalanan pun dilanjutkan dan melewati sebuah bilik komputer, yang selama ini memang menjadi sumber penghasilan tambahannya. Dia meninjau sebentar untuk melihat-lihat keadaan di dalam. Tidak lama di sana, ia bergegas kembali mahu balik ke biliknya. Namun, hendak saja pulang, tiba-tiba dia bertemu dengan sahabat lainnya lagi dan kembali mengajaknya berbual-bual sebentar. Kerana asyiknya berbual-bual itu, dia lupa bahawa air yang dimasaknya sudah mendidih. Tidak sedar, dia telah berbual-bual selama beberapa minit.
Di tengah asyiknya berbual, tiba-tiba, seorang wanita berlari tergesa-gesa menghampirinya. Dia terkejut ketika si ibu itu berkata, “Bilik kamu keluar asap hitam. Macam ada yang terbakar di dalam.” Saat itulah Andika baru tersedar bahawa dia sedang memasak air dan boleh jadi asap hitam yang keluar dari biliknya itu berasal dari cerek lektrik yang terbakar. Andika segera berlari menuju biliknya. Ternyata, sampai di tempat, sudah ada beberapa orang yang menunggu di depan biliknya untuk melihat kejadian. Dengan memberanikan diri, Andika membuka pintu dan menerobos masuk ke dalam. Ternyata, pemandangan di dalam ruangan sudah gelap kerana asap hitam. Dengan keberaniannya, dia berusaha menyelamatkan barang-barang yang tersisa yang dapat diselamatkan. Sementara cerek lektriknya telah meleleh habis. Rupanya, kerana kelamaan memasak, air di dalam cerek tersebut habis. Sementara cerek tersebut masih menyala, sehingga menyebabkan alat tersebut memuai dan makin lama akhirnya habis. Lelehan cerek tersebut lalu menimpa radio kesayangannya, yang baru dibelinya beberapa bulan yang lalu, yang kebetulan menjadi tempat letak cerek tersebut. Dari sinilah, akhirnya merebak ke mana-mana dan membakar hampir seluruh barang yang ada di dalam biliknya. Mujurlah, kebakaran itu tidak merebak ke bilik sebelahnya. Hanya bilik Andika saja yang kena. Meski begitu, Andika mengalami kerugian yang cukup besar, jutaan rupiah. Yang mengharukan lagi, tulisan-tulisan Andika di berbagai media massa, baik akhbar tempatan mahupun nasional, ikut habis terbakar. Begitu juga turut musnah buku-buku yang bertahun-tahun dikumpulkannya dari titik peluhnya sendiri. Namun, Andika tampak tak memperlihatkan raut wajah kesalnya. Seolah tak pernah terjadi apa-apa padanya. Padahal, kerugian yang dialaminya tidaklah sedikit. Setelah menyelamatkan barang-barangnya yang tersisa, Andika pergi ke sebuah warung kopi yang tidak jauh dari biliknya, untuk sekedar melepas rasa dahaga dan ketegangan yang beberapa minit telah menyergapnya. Namun, di tengah rasa duka yang belum hilang dari ingatannya, seorang isteri dari sahabatnya datang menghampirinya. Tanpa perempuan itu tahu apa yang baru terjadi pada Andika, dia meminta tolong kepadanya. “Andika, boleh pinjamkan aku sedikit wang? Masalahnya, suami aku belum mendapatkan kerjanya?” Andika terkejut dengan permintaan “minta tolong” isteri sahabatnya tersebut. Di satu sisi, ia sedang dilanda nestapa, namun di sisi lain sahabatnya sedang memerlukan pertolongannya. Akhirnya, tanpa memberitahu kepada isteri sahabatnya tersebut tentang kejadian yang baru saja menimpanya, dia pun menyelok poket seluarnya dan memberikan perempuan itu wang Rp20ribu (Lebih kurang RM 7.00). Itu saja jumlah yang ada dalam poketnya. “Kamu tak usah fikir-fikirkan bayarnya. Yang penting, pakai saja dulu,” kata Andika kepada isteri sahabat karibnya tersebut. Andika sudah meniatkan dalam hati, kalau pun tidak dibayar pemberiannya itu, dia sudah mengikhlaskannya. Sebab, dia menyedari betul bahawa sahabatnya sedang menganggur, sementara ada isteri dan anak yang harus ditanggungnya. Ternyata, dugaannya memang betul. Bertahun-tahun, sahabatnya lupa membayar hutangnya itu. Dan Andika sendiri sudah melupakan, kerana jumlahnya tidaklah besar.

Dapat Projek Besar
Tujuh tahun kemudian. Andika masih tinggal di Jakarta, sementara sahabat yang dipinjamkan wangnya tersebut telah pindah ke luar kota dan menjadi orang berjaya di sana. Dia telah menjadi seorang penganalisa politik yang handal dan berkali-kali muncul di tv tempatan untuk sesi wawancara atau diskusi ilmiah. Tiba-tiba, si sahabat lama itu menghubungi Andika dari jauh. “Hai Kawan, bagaimana khabarmu?” tanya si sahabat melalui gagang telefonnya. Andika masih menyimpan nombor sahabatnya, sehingga meski lama tidak bertemu dan berhubungan, dia langsung menyedari bahawa yang menelefon adalah sahabat lamanya. “Khabar saya baik-baik saja,” jawab Andika. Mereka pun berbual-bual apa saja termasuk perbincangan tentang projek yang akan digarap sahabatnya tersebut. “Aku punya peluang kerja. Kamu boleh bantu saya tak?” Andika diminta oleh sahabat lamanya tersebut untuk membantu projek penerbitan buku, yang sedang dirintisnya. Namun, kerana kesibukan yang sedang dihadapi Andika, akhirnya, dia menolak projek tersebut. Kebetulan, Andika sedang ada tugas luar daerah. Jadi, dia punya alasan untuk menolak projek sahabatnya tersebut. Beberapa minggu kemudian sahabatnya menelefon kembali dan menawarinya lagi. “Andika, soalnya kamu harus terima projek ini. Hanya kamu yang dapat saya percayai,” ujarnya meminta.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...

Iceland: Hangatnya Islam Di Pulau Ais

DUA tahun lalu, di sebuah akhir minggu di bulan April, menjadi titik penting bagi masyarakat Islam di Iceland. Untuk pertama kalinya pasangan muslim asal Iceland melangsungkan perkahwinan. Hjalti Bjorn Valthorsson dan Gunnhildur Aevarsdottir yang bersepakat melakukan istiadat pernikahan mengikut syariat Islam. Pernikahan mereka dilaksanakan di ruangan sederhana masjid milik pertubuhan muslim di Iceland. “Tentu saja, sebelumnya sudah ada warga Iceland yang menjadi mualaf dan menikah dengan anggota pertubuhan kami. Tapi ini adalah pasangan asal Iceland pertama yang menikah di sini,” ujar Salman Tamimi ketua pertubuhan muslim Iceland.
Perkahwinan ini disambut gembira seiring dengan makin dikenalnya Islam di Iceland. Menurut Tamimi, dua atau tiga tahun yang lalu jumlah muslim asli Iceland mungkin boleh dihitung dengan jari, tapi seiring waktu jumlah muslim makin meningkat. Di Iceland ada sekitar 300 muslim keturunan tempatan dari jumlah keseluruhannya 1200 muslim di sana. Rata-rata muslim adalah imigran dari negara-negara Islam. Kelompok muslim terbanyak ada di Reykjavik, ibu kota Iceland. Di kota itu ada sebuah masjid tempatan di daerah Armuli yang digunakan untuk solat Jumaat dan bersolat Tarawih ketika bulan Ramadan. Masjid itu adalah Masjid An-Nuur yang juga dibuka untuk solat Subuh dan melayani pertanyaan mengenai permasalahan Islam. Masjid ini dibuka pada tahun 2002 oleh pertubuhan muslim Iceland setelah meminta pihak penguasa kota untuk membangun sebuah masjid pada tahun 2000 dan dibiyai sendiri oleh pertubuhan. Salman Tamimi yang menjadi Presiden Pertubuhan Muslim di Iceland menjadi imam masjid bersama seorang imam dari Algeria. Iceland memang bukan negara besar. Negara yang dalam bahasa Inggeris bernama Iceland (pulau ais) ini adalah sebuah pulau berpenduduk jarang di Utara Atlantik dan termasuk di lingkaran kutub utara. Iceland adalah kawasan gunung berapi yang terkenal dengan air panas dan yang aktif. Bidang lava menutupi sebahagian besar dari tanah negeri ini dan air panas dipam dari bawah untuk memasuki sebahagian besar tenaga panas negara. Iceland menjadi republik yang merdeka pada tahun 1944 dan kemudian menjadi salah satu negeri paling makmur di dunia. Pendapatan perkapita penduduk mencapai 40 ribu dollar. Ini didapat dari industri perikanan dan logam. Penduduk Iceland hanya 329 ribu dan luas wilayahnya hanya 103 ribu kilometer persegi atau hanya satu perenam luas Jakarta. Sebahagian besar penduduk Iceland adalah Nasrani. Kecilnya negara ini membuat isu Islam tak begitu bergaung dan jumlah muslimnya relatif sangat sedikit. Namun Iceland tetap memiliki kelompok muslim yang diakui negara.

Semangat Baru
Baru-baru ini masyarakat muslim Iceland juga mendengar khabar gembira, yakni dibukanya ruang solat di Universiti Iceland. Dibukanya ruang itu setelah seorang mahasiswa jurusan bahasa membuat permintaan rasmi kepada Dewan Mahasiswa untuk disediakan ruang solat bagi mahasiswa muslim. Permintaan ini diteruskan kepada pihak universiti dan disetujui. Kini, sebuah al-Quran dan sajadah yang tersedia di ruang itu membuat tanda yang nyata bahawa proses Islam di Iceland akan terus berlanjutan dalam sejarah. Tamimi menyambut hangat pembukaan surau di kampus ini. “Kami sangat senang mahasiswa muslim kini memiliki sebuah surau di Universiti Iceland. Ini memberikan kesempatan bagi siswa muslim yang harus bersolat lima kali sehari untuk boleh melakukan itu pada saat yang tepat. Ini juga membantu mereka yang bukan Islam lainnya, siswa dan guru, memiliki pemahaman yang lebih baik tentang Islam,” ujar Tamimi yang juga bekas pelajar Universiti Iceland.
Tidak hanya surau, Iceland sekarang ini juga melakukan penyembelihan haiwan cara Islam. Walaupun ini terkait dengan urusan perniagaan, khabar ini sangat menggembirakan. Para pengusaha dan pekerja rumah penyembelihan jadi tahu bahawa sebenarnya tak ada hal yang berbeda dalam pemotongan haiwan tradisi Islam. Yang berbeda hanyalah masalah menyebut ‘asma Allah’, menghadap kiblat dan memotong leher haiwan dengan cepat. Pengurus rumah penyembelihan di Hvammstangi menyebut selama ini telah terjadi salah faham umum di masyarakat bahawa metode halal itu tidak berperikemanusiaan. Malah sebaliknya, metode itu memenuhi semua standard yang mengindahkan perlakuan manusiawi pada haiwan. Musim gugur ini, pemotongan kambing di Sláturfélag Sudurlands di Selfoss akan dilakukan sesuai dengan metode halal. Selama proses tersebut, seorang muslim akan hadir, membacakan doa dengan keras atau pelan. Setelah itu, semua daging akan diberikan sijil halal. Apa yang dilakukan Iceland terilham dari Sweden yang menikmati pertumbuhan dengan menyediakan pengeluaran daging halal. Salah satu perusahaan itu adalah ‘Qibla Halal’, yang sejak tahun 1995 menghasilkan beragam produk halal beku, termasuk burger lembu, burger ayam, nugget ayam, dan potongan kebab. Mulanya, produk-produk itu hanya dijual di kedai-kedai makanan etnik di Sweden, tapi kemudian produk itu dapat ditemukan di toko-toko makanan utama di negara tersebut. Perkembangan ini tentu saja positif bagi Islam. Roh Islam kini makin dikenal dunia. Tamimi menyebut ekonomi Eropah kini juga makin giat belajar mengenai perbankan Islam. Saat wabak selsema babi merebak, perhatian masyarakat juga muncul terhadap komuniti muslim yang tak makan babi. Hal-hal ini terus menumbuhkan dan mengenalkan Islam. Waktu ini semangat ingin tahu tentang Islam merebak di kalangan generasi muda dan Tamimi berharap trend ini terus dipertahankan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...

Hukum Tentang Wanita Yang Bersolek

SEORANG mahasiswi bertanya kedudukan dan maksud sebuah hadis yang menyebut bahawa apabila wanita memakai harum-haruman, statusnya sama dengan berzina. Bagaimana sebenarnya kedudukan hadis tersebut, dan apa maksud berzina di situ. Bagaimana pula dengan wanita-wanita masa kini yang hampir tidak lepas dari berhias dan bersolek? Hadis yang dipertanyakan itu selengkapnya sebagai berikut: Wanita mana pun yang memakai wangi-wangian, kemudian keluar dari rumahnya dan menghampiri kaum lelaki agar mereka menyedut bau harumannya, maka ia berzina. Dan setiap mata pun berzina. Hadis tersebut diriwayatkan sekurang-kurangnya oleh tiga orang ahli hadis, masing-masing Imam Ahmad bin Hanbal dalam kitabnya al Musnad, Imam al-Nasai dalam al Sunan, dan Imam al-Hakim al Naisaburi dalam al Mustadrak, semuanya berasal dari sahabat Abu Musa al-Asy’ari. Menurut Imam al-Suyuti (meninggal tahun 911 hijrah), kualiti hadis ini shahih. Bahkan jauh sebelum Imam al-Suyuti, Imam al-Hakim al-Naisaburi (Meninggal 405 H) juga menilainya sahih. Begitu pula Iam al-Dzahabi (Meninggal 748 H) menetapkan hadis ini sahih. Sementara al-‘Allamah Muhammad ‘Abd al-Ra’uf-Minawi dalam Faidh al-Qadir menuturkan bahawa dalam sanad hadis ini terdapat rawi yang bernama Tsabit bin Ammarah yang dicantumkan oleh Imam al-Dzahabi dalam Dzail al-Dzu’afa. Pencantuman nama Tsabit bin Ammarah dalam kitab tentang rawi-rawi yang lemah hadisnya itu mengisyaratkan bahawa Tsabit bin Ammarah adalah lemah hadisnya. Imam Ibn Hatim al-Razi (meninggal 327 H) dalam al-Jarh wa al-Ta’dil menuturkan pendapat ayahnya, Imam Abu Hatim, bahawa Tsabit bin Ammarah lemah hadisnya. Sementara pengkritik hadis terkemuka, Imam Yahya bin Ma’in, berpendapat bahawa Tsabit bin Ammarah adalah tsiqah (dapat diandalkan hadisnya). Jadi hadis wanita bersolek itu masih kontroversi kualitinya, kerana faktor rawi yang bernama Tsabit bin Ammarah. Namun demikian, apabila kita kembali kepada kaedah al-jarh wa al-ta’dil, di mana bila terdapat perbezaan ulama tentang seorang rawi (yang satu menilainya lemah, yang lain menilainya kuat) maka pendapat yang diunggulkan yang menilainya lemah, dengan syarat penilaian ini disertai penjelasan tentang alasan kelemahannya. Tetapi apabila al-jarh (penilaian lemah) tadi tidak disertai penjelasan kenapa rawi tadi lemah, pendapat yang diunggulkan adalah yang menilai bahawa rawi tadi kuat hadisnya (al-ta’dil). Dalam kaitan dengan rawi Tsabit bin Ammarah ini, ternyata ulama yang menilai lemah atas rawi ini, seperti Imam Abu Ahtim al-Razi dan Imam Ahmad bin Hanbal, tidak menyebutkan sama sekali alasan lemahnya. Oleh kerana itu, berdasarkan kaedah tersebut, maka hadis wanita bersolek ini kualitinya sahih, kerana Tsabit bin Ammarah tetap dinilai tasiqah (dapat diandalkan hadisnya).

Penjelasan Hadis
Yang dimaksud dengan wanita mana pun dalam hadis ini ialah semua wanita, baik remaja, dewasa, gadis, janda, bersuami, bujangan dan sebagainya. Sebab dalam riwayat lain disebutkan idza’ista’tarat al-mar’atu (apabila wanita memakai wangi-wangian). Kata al dalam al-mar’atu adalah al-li al-istighraq (al yang memberikan pengertian mencakup semua wanita). Kemudian yang disebut wangi-wangian di sini adalah segala sesuatu yang dapat dipakai untuk mengharumkan tubuh wanita, baik berupa parfum, deodorant, kemenyan wangi, jamu wangi dan lain-lain. Dalam hadis ini tidak ada kejelasan tentang make-up yang lazim dikenakan wanita masa kini, yang dalam bahasa Arab disebut mashuq dan mikyad. Namun tampaknya, pengertian memakai wangi-wangian ini sudah mencakup penggunaan make-up yang dikenal wanita moden. Masalahnya kerana memakai wangi-wangian itu merupakan hal yang paling dominan dalam bersolek sehingga ia disebutkan dalam hadis itu. Dalam hadis itu juga disebutkan, “Kemudian wanita itu keluar dari rumahnya dan menghampiri kaum lelaki.” Ada dua hal yang perlu diperhatikan di sini, iaitu menghampiri dan kaum lelaki. Menghampiri di sini mengisyaratkan adanya unsur kesengajaan. Ia memang sengaja dekat, singgah atau lalu di kalangan kaum lelaki. Sementara yang dimaksud dengan kaum lelaki ialah lelaki yang bukan mahramnya. Dari sini dapat difahami bahawa apabila wanita itu menghampiri kaumnya sendiri yang sama-sama wanita, maka hal itu bukan yang dimaksudkan dalam hadis ini.
Wanita itu menghampiri kaum lelaki dengan maksud agar mereka menghirup keharuman tubuhnya. Maka hal itu juga faktor lain yang dapat menentukan keharaman perbuatan bersolek tersebut. Sebab dari “menikmati keharuman tubuh wanita itu” kaum lelaki dapat tertarik untuk “menikmati tubuh wanita itu.” Kerana yang akhir ini dengan tegas diharamkan, maka segala sesuatu yang menyebabkan hal itu juga termasuk dalam kategori “yang dilarang”.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...

Mukjizat Surah Ringkas

Al-Ikhlas. Siapa yang tidak hafal surah pendek yang satu ini? Sebuah surah yang kerap kali dibaca dalam berbagai kesempatan; solat, tahlil, zikir dan lain-lainnya. Bahkan, di kalangan pelajar pondok, surah ini adalah salah satu surat popular untuk solat berjemaah. Tapi, siapa sangka, di balik ringkasnya surah ini, yang memang terdiri hanya empat ayat, terkandung banyak keutamaan. Kerananya, tak aneh, bila surah ini menjadi hafalan dalam berzikir dan bermunajat. Tentu saja ada landasannya. Rasulullah s.a.w. sendiri yang menyampaikan dan menegaskannya dalam beberapa hadisnya. Antara lain: Nabi Muhammad pernah bersabda bahawa pahala membaca sekali surat al-Ikhlas sama dengan membaca sepertiga al-Quran, sehingga apabila seseorang membaca 3 kali surah ini sama dengan mengkhatamkan Quran. Ehwal hadis tersebut pun terakam dalam beberapa kisah. Seperti kisah ketika Nabi s.a.w. bertanya kepada sahabatnya untuk mengkhatamkan Quran dalam semalam. Khalifah Umar r.a. menganggap mustahil hal itu. Namun begitu, Khalifah Ali r.a. yang kala itu masih remaja menyanggupinya. Umar sendiri menganggap Ali belum mengerti maksud Nabi s.a.w. kerana masih muda. Ali kemudian membaca surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali dan Rasulullah membetulkan hal tersebut. Dalam hadis lain, Nabi s.a.w. juga bersabda: “Barang siapa membaca “Qul Huwallahu Ahad” [surat al-Ikhlash] seratus kali, maka Allah s.w.t. akan mengampuni lima puluh kesalahan yang dilakukan olehnya selama dia menjauhi empat hal: darah, harta, zina, dan minuman.” [HR. Ibn Adi dalam Al-Kamil, dan Baihaqi dari Anas]. Selain itu, Nabi s.a.w. juga pernah bersabda: “Barang siapa membaca “Qul Huwallahu Ahad” [surat al-Ikhlash] ketika memasuki rumahnya, maka Allah s.w.t. akan menyingkirkan kemiskinan dari penghuni rumah itu dan juga para tetangganya.” [HR. Thabrani dari Jarir r.a.] Sedangkan, dalam satu hadis lain, Nabi s.a.w. juga berkata: “Barang siapa membaca “Qul Huwallahu Ahad” [Surat Al-Ikhlash] dan al-Mu’awwidzatain [Surat al-Falaq dan Surat An-Nas] ketika petang dan pagi hari sebanyak tiga kali, maka dia akan mendapatkan perlindungan dari segala sesuatu.” [HR. Ahmad dan Termizi] Sementara itu ada juga hadis lainnya, yakni sebagaimana diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa membaca surat Qulhuwallahu ahad sampai akhir sebanyak sepuluh kali selepas solat Subuh, maka pada hari itu, ia tidak akan terkena dosa, meski syaitan berupaya mendekatkannya.” Ternyata, meski berada dalam urutan ke 112 dari 114 surat di dalam Quran tidak kemudian menjadikan surat ini kehilangan keistimewaanya. Sebabnya, dalam sebuah riwayat dikisahkan saat Nabi Muhammad melakukan Israk ke langit, melihat Arasy di atas 360,000 sendi dimana jarak antara sendi 300,000 tahun perjalanan, dan pada tiap sendi terdapat padang sahara sebanyak 12,000 yang luas tiap satu padang sahara itu adalah dari timur ke barat, baginda melihat pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang masing-masing malaikatnya membaca surat al-Ikhlas. Tidak hanya itu, setelah membaca surah itu, mereka berdoa agar pahala mereka diberikan kepada orang yang membaca al-Ikhlas; lelaki mahupun perempuan.
Subhanallah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...

Ibu Yang Tabah Dan Manisnya Tawakal

TIDAK ada yang tahu apa yang akan terjadi terhadap diri kita. Umur, rezeki dan masa depan serupa misteri. Tetapi, tak ada yang misteri selama kita yakin, bekerja keras dan berserah diri kepada Allah (tawakal) dalam menghadapi hidup. Seperti peristiwa yang menimpa seorang wanita dalam cerita berikut ini. Sebuah kisah nyata seorang ibu dengan tiga belas anak yang masih kecil-kecil. Sebut saja ibu itu dengan panggilan Ulya. Seorang perempuan yang ditinggal kematian suaminya ketika anak-anaknya masih perlu nafkah besar, empat orang anak bersekolah menengah, sedang lapan lainnya menduduki sekolah rendah hingga usia bawah lima tahun. Sungguh, dia tidak pernah membayangkan harus menjadi ‘ibu tunggal’ dan mencari nafkah untuk anak-anaknya itu setelah suaminya meninggal. Keahlian sebagai ibu, yang hanya pandai memasak kueh, adalah satu-satunya cara agar ia tetap bertahan. Disamping dengan bekalan pendidikan yang sangat terbatas, kerana sekolah rendah pun dia tak tamat. Dia sendiri pun tak tahu bagaimana menghadapi hari-hari selanjutnya setelah itu. Waktu berlalu. Lebih dari 20 tahun kejadian itu berlalu, tetapi si ibu masih sihat. Usianya memang bertambah, namun parasnya kini lebih memancarkan raut kebahagiaan dibanding kejadian 20 tahun lalu. Pancaran kebahagiaan begitu ketara sebab dia boleh mendidik anak-anaknya kini menjadi orang-orang berjaya. Salah seorang dari mereka menjadi doktor, ada yang diplomat, juga pengusaha; bahkan yang bongsu akan melanjutkan pengajian ke luar negeri dengan tanggungan biasiswa penuh. Keajaiban-keajaiban, menurutnya, sering terjadi selama 20 tahun menempuh perjalanan seorang diri membesarkan anak-anaknya, walaupun dia tidak memiliki resepi khusus dalam memperolehnya. Kunci dari semua itu adalah kepercayaan penuh atau lebih tepat tawakal kepada Allah. Sedikitpun dia tak pernah takut menghadapi hari-harinya yang berat, walau dia tak tahu setiap detiknya dia akan menghadapi persoalan besar mahupun kecil; rugi ataukah untung yang dia dapat; boleh makan ataukah tidak dia dan anak-anaknya setiap hari. “Saya percaya Allah sudah mengatur segala rezeki dan hidup anak saya meski ayahnya tidak ada. Bukankah yang memiliki anak-anak adalah Allah? Ayahnya dan saya hanya yang dititipkan saja,” tutur Ulya yang kini hampir berusia 80 tahun dan menikmati usia lanjutnya dengan dikelilingi 36 cucu.
Keyakinan yang luar biasa nyatanya telah mengalahkan badai kesulitannya selama dia membesarkan anak-anaknya. Dia yakin bahawa Allah akan menolongnya, yakin dia tidak akan pernah sendiri, dan ikhlas akan segala kesulitan yang dilewatinya. Ibarat seorang bayi yang selalu yakin bahawa dia tidak akan mati kelaparan dan kehausan kerana dia tahu kemana dia akan meminta. Ada ibu yang akan selalu mendekapnya dan menyusuinya kala dia haus dan lapar. Ada ayah yang akan memberinya nafkah untuk pakaian dan segala keperluannya. “Kalau bayi saja yakin akan rezeki yang akan diterima, kenapa saya ragu-ragu!” demikian prinsipnya. Potret kegigihan Ulya telah menunjukkan kepada kita bagaimana tawakkal direfleksikan dengan baik dan semestinya. Dia tidak pernah surut berikhtiar walaupun hasil yang didapat hanya beberapa ringgit perhari dari hasil dagangannya, tetapi dia tetap mampu menafkahi anak-anaknya. Ada saja jalan keluar yang Allah buktikan ketika kesulitan menghimpitnya, baik dengan cara berhutang kanan kiri, berjualan barang terpakai sebagai sampingan yang dia ikhtiarkan, atau pun usaha lainnya. Yang pasti dia tak pernah merasa buntu. Dan nyatanya kehidupan ini bak bergantian peranan. Ada saat kita mengalami kesusahan, tetapi yakin bahawa di balik kesusahan dan kesulitan pasti akan ada kemudahan. Dengan keyakinan itu, maka kita akan dapat terus kuat menjalani hidup ini sekeras dan sesulit apa pun. “Barang siapa bertakwa, maka Allah akan memberikannya jalan keluar.” Satu keajaiban secara langsung pernah juga dia rasakan. Suatu pagi, anaknya lulus untuk melanjutkan pengajian ke universiti. Saat itu, dia harus melapor kepada pihak pendaftar universiti ibunya tak memiliki wang. Pagi itu, si anak melapor dengan bekal wang ala kadarnya seraya menyerahkan titipan surat Ulya kepada pendaftar universiti agar anaknya diberikan tempoh waktu. Petangnya, tak diduga pelanggan Ulya datang dan menyerahkan satu set bangku sofa lamanya yang cuma cacat sarungnya kerana ia membeli yang baru. Dengan modal menjahit sedikit sarung, set sofa dijual lagi dan wang hasil penjualannya dia gunakan untuk membayar wang kuliah anaknya. Dalam masalah hutang akibat keterbatasannya, dia biasanya meminjam wang ke warung dekat rumah dengan jaminan kueh yang akan dibekalkannya di warung tersebut. Saat membekalkan, tak pernah terlintas dalam benaknya bahawa kueh jualannya tidak laku. Sebaliknya, dia selalu bergumam dalam hati, “Semoga laku terjual habis”. Allah s.w.t. seakan menyambut keyakinan dan doanya, sebab meski pernah suatu petang menjelang maghrib kueh titipannya masih banyak dan hendak diambil kembali oleh anaknya, tiba-tiba, ada seorang yang lalu dan langsung memborongnya tanpa berbaki. Dia benar-benar “husnuzzhan” bahawa Allah tak akan mengecewakannya. Kuatnya sangkaan baik kepada Allah menjadikan peribadinya santun dalam berfikir, bertindak dan bercakap. Ketiga tingkah ini menjadi manifestasi yang didapatnya tatkala ketakutan, kegagalan, kekecewaan atau hal buruk lainnya seringkali menyergapnya, seraya justeru berhasil menghalaunya. Yang demikian dia tunjukkan tatkala suatu ketika anaknya yang ke-5 yang kala itu duduk kelas 3 sekolah menengah mengeluh bahawa dia tidak sanggup lagi berjalan kaki ke sekolah dan minta wang untuk tambang kenderaan. Sambil sedikit menahan sedih dan bingung, Ulya pun memberikan belanja yang sedianya untuk membeli lauk makan sambil bergumam, “Biarlah kau nanti jadi orang kaya yang dermawan!”. Padahal, saat itu, sesungguhnya rasa gundah tengah menyelinap tetapi dia memberikan “sumpah” kepada anaknya dengan sumpah yang baik.
Wallahualam. Anaknya itu kini menjadi diplomat dan kaya. Ulya sedar betul bahawa apa pun yang keluar dari mulutnya akan menjadi doa untuk anak-anaknya. Hingga meski didera kesulitan dan kemiskinan, dia tidak pernah menyumpahi anak-anaknya dengan perkataan negatif atau jelek. “Mulut ibu adalah keramat!” tegasnya lagi.
Rasanya tidak pernah ada keluhan dari mulutnya, bahkan dengan tegas, meski dengan suara yang sudah agak melemah, dia berpesan kepada penulis, “Jangan pernah berkata susah atau sulit kepada apa pun yang ada di hadapan kita! Kamu tahu, Allah mengikuti perasaan HambaNya!” Pengalaman telah membawa Ulya kepada jalan bahawa memang takdir ditentukan Allah, namun kemana arah takdir adalah ada di tangan kita. Seorang diri Ulya bekerja keras pantang menyerah, tidak pernah menolak permintaan orang lain dan pantang mengatakan susah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...

Bila Suami Mafqud

TIADA khabar dan berita dari suami yang pergi dalam waktu lama, pastinya, membuat isteri terumbang ambing. Bukan hanya resah kerana alasan keberadaan dan motifnya, tetapi seiring waktu juga membingungkan statusnya sebagai isteri. Semestinya, jika ia masih isteri sah dari suaminya, nafkah lahir-batin wajib ia dapatkan. Akan tetapi, akibat ketidakjelasan keberadaan si suami, semua itu tak lagi didapatkan. Spekulasi pun tak terelak bermunculan akibat ketidakpastian dan ketidakjelasan posisi suami yang menghilang itu. Di satu sisi, isteri mahu bertahan meskipun suaminya tak lagi memberi nafkah lahir-batin. Ia rela menunggu sampai bilapun suaminya datang. Tetapi di lain segi, ada juga yang tak boleh menahannya kerana berbagai alasan hingga memutuskan untuk berkahwin lagi. Misalnya lantaran anak-anak yang perlu kasih ayah, rindu akan sosok pendamping yang siap melindungi, tak kuat memainkan peranan ‘ibu tunggal’ mahupun berbagai alasan lain. Untuk merintis jalan menikah lagi, sayangnya, para isteri dari suami mafqud kerap kebingungan menentukan langkah. Mereka tidak tahu bagaimana cara mengajukan cerai, mengingat tidak tahu dimana suaminya berada. Mereka pun tidak yakin apakah suaminya mahu menceraikannya ataukah tidak. Kebingungan yang demikian lambat laun bukan tidak mungkin menjemukan. Alih-alih sabar menunggu mereka, malah menarik kesimpulan sendiri menyikapi statusnya yang samar. Merasa tidak dinafkahi dalam waktu lama, mereka pun menganggap dirinya telah menjanda. Dengan status ‘dugaan’ itu para isteri dari suami mafqud akhirnya membuka lembaran baru dengan lelaki lain, baik yang tujuannya hanya sekadar ‘berkenal-kenalan’ mahupun sampai berkahwin lagi. Tindakan yang bermula dari ‘dugaan’ itu tentunya menimbulkan risiko serius; bagaimana bila tak lama kemudian suaminya kembali pulang dan menggugat perkahwinan tersebut? Bagaimana status perkahwinan yang kedua? Apalagi bila ternyata dari hasil perkawinan kedua itu dikurniai anak.

Lapor Ke Mahkamah Syariah
Suami, dalam fikih Islam, adalah pemegang keputusan dalam menceraikan. Sepanjang suami tidak menjatuhkan talak kepada isterinya, maka perkahwinan tetap dinyatakan sah atau tidak cerai. Namun bila terjadi perselisihan yang sulit didamaikan antara suami isteri sehingga menyebabkan isteri menginginkan “berpisah” dari suaminya, Islam membenarkan bahawa isteri berhak mengajukan cerai. Kes-kes seperti ini sering terjadi dalam khulu’ atau fasakh. Dalam hal suami mafqud, isteri pun sebenarnya boleh melakukan hal yang sama. Bila ia menghendaki berpisah dari suaminya, ia pun berhak mengajukan tuntutan cerai. Namun terlebih dulu hendaknya ia melapor ke Mahkamah Syariah. Sebab di sinilah pihak yang bertanggungjawab memutuskan untuk menceraikan si isteri dari suaminya yang mafqud tersebut. Pihak kadi pula yang akan menetapkan apakah isteri masuk dalam kategori khulu’ ataupun faaskh. Alasan tidak dapatnya nafkah lahir-batin dari suami mafqud boleh menjadi pintu masuk bagi pihak pengadilan membenarkan isteri bercerai dari suaminya. Dalam bab undang-undang perkahwinan ada catatan yang menyebut: “Perkahwinan dapat dibatalkan bila perempuan yang dikahwini ternyata kemudian diketahui masih menjadi isteri lelaki lain yang mafqud (hilang tak ketahuan rimbanya).” Cara ini sekaligus menjawab fenomena yang kerap salah tanggapan yang dilakukan para isteri dari suami mafqud. Seringkali mereka memutuskan untuk langsung berkahwin dengan lelaki lain sementara di atas kertas dirinya masih isteri sah dari suami pertamanya. Selain itu, juga mempersempit ruang ‘berlakunya kecurangan’ akibat kesalahan anggapan bahawa dia menjadi janda secara otomatik akibat suaminya mafqud (hilang).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...

Mana Lebih Utama "Ilmu Agama" Atau "Bahasa Agama"?

DALAM satu majlis kuliah seorang pelajar telah bertanya kepada seorang ilmuan Islam, “Bagaimana nasib generasi akan datang tentang ilmu keislaman yang kebanyakannya hanya terbatas kepada soal pokok saja iaitu rukun Islam yang lima itu?” Pelajar itu lalu melontarkan kebimbangannya tidakkah nanti generasi akan datang akan makin jauh dengan Islam. Pelajar itu membawakan Islam mereka sekadar kewajipan rukun Islam, tidak lebih dari itu. Ilmuan Islam tersebut yang memegang ijazah Phd telah menjawab secara rinci pertanyaan pelajar tersebut dalam majlis tersebut yang kemudian disambung di luar kuliah. Katanya: “Kita harus memandang kepada persoalan ini dengan cara yang lebih teliti. Jika kita periksa betul-betul secara rasional dan fikiran yang tenang, kita akan temui ada kekhilafan kecil orang-orang tua kita dulu dalam memberi pelajaran kepada anak-anak.
“Mereka dulu mencampur adukkan antara tujuan mendidik anak menjadi orang yang beragama dan orang yang berpengetahuan agama. Untuk menjadi orang beragama tidak perlu orang itu ditentukan mempunyai ilmu agama terlalu dalam dan luas. “Sebaliknya orang yang berpengetahuan agama tidak semesti menjadi orang yang beragama dengan baik. Sering kita temui bahawa orang yang tidak berpengetahuan agama dengan luas dan dalam, beragama lebih sempurna daripada orang yang berpengetahuan agama dalam erti kata yang luas dan mendalam. “Begitu juga kita sering temui orang benar-benar mengerti ilmu agama dengan sedalam-dalamnya, perbuatannya tidak memberikan nama baik sebagai seorang yang beragama.” Pada zaman Rasulullah s.a.w. dulu jumlah sahabat (yakni orang-orang Islam yang telah berjumpa dengan baginda, walaupun sebentar; atau dengan bahasa sekarang, orang telah didaftarkan) di waktu baginda berpulang kerahmatullah berjumlah kira-kira 125,000 orang. Dari jumlah sekian itu juka dihitung yang merupakan ahli-ahli ilmu agama, tidaklah banyak bilangannya, menurut pengiraan tidak lebih 2,000 orang, ertinya tidak lebih dari 2%. Walaupun begitu masyarakat cukup memuaskan dan boleh dibanggakan; dan sekalian rakyat atau umat Islam diwaktu itu seluruhnya dengan khidmat dan ikhlas, menaati perintah-perintah dan kewajipan-kewajipan agama Islam. “Pada umumnya orang yang belajar agama, menghabiskan waktu dan umurnya didalam pelajaran ilmu fikih. Dan ilmu fikih itu hingga pada saat ini dituliskan orang didalam bahasa Arab; maka disamping mempelajari fikih sebagai ilmu dari buku-buku yang tertulis dalam bahasa Arab tadi, orang juga mempelajari bahasa itu sendiri dengan segala serba-serbinya, nahwunya, sharafnya, balaghahnya: bahkan mempelajari nahwunya itu pun dengan cara yang dalam.
Orang lupa bahawa bahasa (lughah) dan ilmu yang dikandung bahasa tadi bukanlah merupakan suatu hal, tetapi dua yang dapat dipisahkan. Sebenarnya ilmu fikih yang dikandung bahasa Arab itu, dapat juga dikandung (ditulis) didalam bahasa lain, bahasa Inggeris atau lain-lainnya. Dari huraian diatas, terdapat kesimpulan, bahawa pada masa yang lalu, orang telah salah memahamkan dua hal: Pertama: Salah memahamkan antara orang yang taat beragama dan orang yang berpengetahuan agama; sebagaimana orang yang bersikap taat pada undang-undang negeri, tidak usah ia menjadi “ahli” hukum juga orang yang bersikap taat pada agama, tidak usah ia menjadi “ahli” agama. Orang yang bersikap taat pada undang-undang negeri cukuplah mendengar, bahawa sesuatu hal adalah larangan undang-undang, dan dengan demikian ia lalu menjauhi larangan tadi. Demikian juga yang bersikap taat pada agama, cukuplah mendengar, bahawa (Allah) mewajibkan ini dan melarang itu, dan dengan demikian ia lalu menaati kewajipan tadi (menjalankannya) dan menghentikan cegahan tersebut (meninggalkannya). Kedua: Salah memahami antara ilmu agama yang merupakan isi dan bahasa yang mengandung(memuat) ilmu tadi; dan oleh kerana kesalahan faham demikian, ia lalu mendahulukan belajar bahasa asing yang memuatnya, tidak mendahulukan isinya; dan setelah waktu (usia) yang dipakai untuk mempelajari bahasa itu habis, serta dorongan untuk lekas terjun kedalam hidup berumahtangga dan bekerja mencari nafkah telah tiba, maka terhentilah kesempatannya belajar ditengah jalan; akhirnya ia lalu menjadi orang terapung-apung setengah matang.
Kerana salah memahami soal yang pertama tadi, maka orang tua-tua masa lalu mengambil sikap, bahawa pendidikan anak-anaknya harus ditujukan pada maksud untuk menjadikan mereka itu “ahli-ahli agama”, dan akibatnya ialah kurangnya kesediaan anak-anak itu setelah menjadi dewasa, untuk ikut berlumba-lumba dalam perjuangan hidup yang bersifat moden ini. Lain daripada itu, seandainya maksud orang-orang tua pada masa yang lalu untuk menjadikan anak-anaknya “ahli-ahli agama” semuanya itu berhasil, akibatnya pun belum tentu memuaskan. Sebab jikalau seandainya seluruh isi negeri penuh dengan ahli-ahli agama, siapakah yang akan mengisi cabang-cabang penghidupan lain yang beraneka warna dan yang luas itu?

Selanjutnya dapatkann Hidayah Julai 2011 di pasaran...

Si Penjamin Tawanan Islam

BAGAIMANAPUN, mendapat kepercayaan begitu besar dari Rasulullah s.a.w., meski mengandung risiko, membuat siapa pun merasa bangga. Dan demikianlah Abdullah bin Hudzafah As Sahmy. Dia terpilih dari enam orang yang diutus Rasulullah untuk menyampaikan risalah kepada para raja Arab dan bukan Arab. Tugas pertama Abdullah, ketika itu, menyampaikan surat Rasulullah kepada Raja Abrawiz, pemimpin Parsi, agar masuk Islam. Walau tak ada pengalaman sama sekali sebagai seorang ‘diplomat’, namun dia mempunyai tekad sekuat waja. Maka, begitu sampai di istana raja, dia langsung menyatakan keinginannya menemui raja. Dengan pakaian sederhana, seraya tetap menunjukkan kesahajaannya sebagai sosok muslim sejati, dia datang dengan kepala tegak penuh wibawa tanpa merasa rendah diri di hadapan raja. Tahu bahawa Abdullah hendak menyampaikan surat untuknya, raja langsung memberi isyarat kepada para pengawal agar menerima surat yang dibawa Abdullah. Namun tanpa diduga Abdullah menolak memberikannya. “Rasulullah memerintahkan kepada aku agar memberikan surat ini langsung ke tangan raja tanpa melalui perantara. Dan aku tidak mahu menyalahi perintah beliau,” ujar Abdullah tanpa segan silu. Sebaliknya, raja tersinggung atas sikap Abdullah yang dianggapnya tidak sopan. “Biarkan dia mendekat padaku!” Raja menyahut dengan hati marah. Dia lantas menerima surat tersebut dan memerintahkan setiausahanya untuk membacakan isinya: “Dari Muhammad Rasulullah, kepada Raja Parsi.
Berbahagialah siapa yang mengikuti petunjuk...” Baru sampai di situ setiausaha raja membaca surat, wajah raja memerah. Amarahnya makin terbakar dan tak dapat lagi dibendung. “Kurang ajar, beraninya dia menulis namanya lebih dulu dari namaku. Padahal dia berada dibawahku!” umpat raja dengan peraan geram. Surat yang sedang dibaca setiausahanya itu dia sambar dan dirobek-robek, lalu diperintahkan pengawalnya untuk mengusir Abdullah dari dalam ruang pertemuan saat itu juga. Abdullah pasrah dengan segenap keteguhan hati. Dia tak peduli dengan kemarahan raja yang sangat mungkin akan memberi kesan buruk bagi nyawanya. “Demi Allah, aku tidak peduli apa pun yang akan terjadi. Yang penting, tugas yang dibebankan oleh Rasulullah kepadaku telah kulaksanakan dengan baik. Surat Rasulullah telah kusampaikan ke tangan yang berkenaan.”

Doa Rasulullah s.a.w.
Sementara itu, setelah kemarahan Raja Abrawiz mereda, dia perintahkan para pengawalnya supaya memanggil kembali Abdullah bin Hudzafah. Sayangnya, Abdullah sudah tidak ada. Para pengawal mencarinya kemana-mana. Mereka bahkan sampai menjejaknya ke Jazirah Arab, namun rupanya Abdullah sudah jauh sehingga tidak mungkin terkejar lagi. Abdullah bin Hudzafah sendiri bergegas kembali kepada Rasulullah. Setibanya dia di hadapan Rasulullah, dia melaporkan segala kejadian yang dilihat dan dialaminya termasuk sikap Raja tersebut menyobek-nyobek suratnya. “Semoga Allah menyobek-nyobek pula kerajaannya!” ujar Rasulullah.
Sementara itu, kegagalan pengawalnya menangkap Abdullah semakin meletupkan rasa marah raja Parsi itu. Dia segera menulis surat kepada Badzan, seorang wakilnya yang berada di negara Yaman, untuk menangkap Rasulullah dan membawanya kehadapannya. Badzan siap. Dia langsung menitahkan dua orang utusan untuk menemui Rasulullah dan menyampaikan sepucuk surat yang isinya agar Rasulullah berangkat menghadap Raja Abrawiz bersama mereka saat itu juga. Dalam waktu singkat, mereka tiba di Thaif dan bertemu dengan para pedagang suku Quraisy. Dari para pedagang itulah keduanya mengetahui bahawa Rasulullah tengah berada di Madinah. Tanpa menunggu waktu, mereka meneruskan perjalanan ke Madinah dan menghadap Rasulullah s.a.w.
“Badzan mendapat perintah dari raja untuk mengutus kami menemui anda. Raja menginginkan kami membawa anda menghadapnya. Jika anda berkenan pergi bersama kami, tentu itu pilihan yang terbaik kerana raja berjanji tidak akan menghukum anda. Tetapi jika anda mengabaikan perintahkannya, anda tentu sudah tahu, ia sangat berkuasa untuk membinasakan anda,” kata salah seorang utusan tersebut dengan nada mengancam. Rasulullah tersenyum mendengar ucapan utusan Badzan. “Sebaiknya, tuan-tuan beristirahat dulu. Besok pagi, tuan-tuan boleh kembali ke sini!” Saranan Rasulullah itu tak ditolak. Keesokan paginya kedua utusan itu datang kembali menemui Rasulullah sesuai dengan janji. “Sudah siapkah anda berangkat bersama kami menemui Raja kami?” salah seorang dari mereka bertanya memastikan. “Sayangnya tuan-tuan tidak dapat lagi bertemu dengan Raja setelah hari ini. Raja Abrawiz telah dibunuh anaknya sendiri Syirwan, pada pukul sekian, detik sekian, hari dan bulan sekian,” jawab Rasulullah. Mendengar kata-kata Rasulullah itu kedua utusan Badzan terbelalak kehairanan. “Bagaimana mungkin terjadi? Sedarkah dengan apa yang anda ucapkan? Dan kami akan menulis ucapan anda ini pada Badzan!” “Silakan, bahkan tuan-tuan boleh menambahkan bahawa agamaku akan menguasai seluruh kawasan kerajaan Parsi. Jika Badzan masuk Islam, maka wilayah yang berada di bawah kekuasaannya akan aku serahkan kepadanya. Kemudian Badzan sendiri aku lantik menjadi raja bagi rakyatnya,” tegas Rasulullah. Tanpa banyak komentar seraya digelayuti perasaan bingung, kedua utusan itu meninggalkan Rasulullah. Mereka kembali menghadap Badzan dan melaporkan hasil pertemuannya dengan Rasulullah. Keduanya juga tidak lupa menyampaikan pesanan Rasulullah. “Jika apa yang dikatakan Muhammad itu benar, sesungguhnya dia seorang Nabi. Jika tidak, ucapannya itu hanya mimpi belaka,” ujar Badzan. Dan tak lama berselang, Badzan menerima surat Syirwan, anak raja Parsi itu. “Raja telah kubunuh. Aku terpaksa melakukannya kerana dia telah menindas rakyat. Para bangsawannya kami musnahkan. Wanita-wanita mereka kami tawan. Dan harta benda mereka kami rampas. Bila suratku ini telah dibaca, kau dan rakyatmu hendaklah tunduk kepadaku!” Selesai membaca surat itu, Badzan mengumumkan kepada seluruh rakyatnya, mulai saat ini dia masuk Islam. Mendengar pengumumannya ini, berbondong-bondonglah semua pembesar dan orang orang keturunan Parsi yang berada di Yaman memeluk Islam.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...

Insan Salih Mendapat Nikmat Kubur

ALLAH S.W.T. itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Mengasihani terhadap hamba-hambaNya yang taat perintahNya. Selain dari azab yang dikenakan di alam kubur, seksa kubur, pertanyaan-pertanyaan yang ditanyai oleh para Malaikat dalam kubur, Allah menyediakan juga “nikmat kubur”. Mereka yang melanggar perintah Allah s.w.t., Allah sediakan azab dan seksanya. Mereka yang taat atas perintahNya dengan mengerjakan apa yang disuruh dan ditinggalkan apa yang dilarang menerima ‘nikmat Kubur.” Tetapi dalam kitab-kitab agama yang menjelaskan tentang alam kubur, sebahagian besar pengarangnya menulis tentang azab dan nikmat. Ini bukan bererti tidak ada nikmat kubur, tetapi kadang-kadang sama banyak cerita yang kita jumpai atau pun temui.
Tetapi apabila dibandingkan antara seksa dan nikmat kubur memang lebih banyak jenis seksa kubur daripada nikmat kubur. Tentang macam-macam seksa kubur, ada yang mengatakan orang kafir atau pun orang-orang yang derhaka (maksiat) akan dihimpit oleh kubur. Begitu juga yang mengatakan menyala api didalam kubur, ada ular ada binatang buas, dilihatkan neraka dan macam-macam lagi. Sedangkan yang menerangkan nikmat kubur tidak banyak dijumpai. Orang-orang Mukmin yang berada di alam barzakh cuma sekadar istirahat menunggu hari bangkit. Setelah bangkit dan berhisab nanti mereka akan dimasukan ke dalam syurga. Jadi alam kubur mereka cuma sekadar disuruh ‘istirahat’. Setelah Malaikat Munkar dan Nakir mengajukan beberapa soalan dan mereka pun dapat menjawabnya dengan baik maka malaikat itu menyuruh mereka tidur. Mereka disuruh tidur seperti menyuruh pengantin baru. Tidak ada yang mengganggu mereka dan tidak ada nanti yang membangunkannya kecuali orang yang paling sayang kepadanya. Kubur mereka diluaskan dan dijadikan seperti ‘taman syurga’. Setiap pagi dan petang petang diperlihatkan kepada mereka syurga yang akan mereka tempati nanti. Sedikit pun mereka tidak merasa bosan di alam barzakh. Walaupun mereka bertahun-tahun di dalam kubur, menunggu hari kiamat, sedikit pun mereka tidak merasa jemu kerana perasaan mereka hanya sebentar di alam barzakh itu.
Riwayat daripada Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba apabila sudah meninggal, datanglah kepadanya dua malaikat berpakaian hijau. Salah satunya bernama Munkar, sedangkan yang satu lagi bernama Nakir. Mereka bertanya kepada mayat: “Apa yang anda tahu tentang Nabi ini?” Orang beriman akan menjawab: “Dia adalah hamba Allah dan rasulNya. Saya mengakui bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah.” Kemudian malaikat itu berkata: “Sekarang kami sudah tahu jawapan anda.” Setelah itu dilebarkanlah kuburnya sampai tujuh puluh hasta dan diterangi serta dia pun disuruh tidur. Mayat itu berkata: “Izinkanlah aku pulang menemui keluargaku, supaya aku dapat bercerita kepada mereka.” Malaikat itu berkata lagi: “Tidurlah baik-baik!” Tertidurlah si mayat seperti tidurnya pengantin baru, dan tidak ada yang membangunkannya kecuali keluarganya yang paling sayang kepadanya. Tidurlah ia sehingga dibangkitkan Allah nanti, yakni pada hari berbangkit. Walaupun orang-orang salih itu istilahnya, disuruh tidur ataupun istilah rehat menunggu hari berbangkit, tetapi tempat roh mereka tidak sama. Itu tergantung kepada darjat ataupun amalan mereka. Tempat roh-roh itu seperti yang diterangkan oleh Ibnu Qayyim dalam kitabnya “al-Roh” adalah sebagai berikut: “Menurut kata orang, kediaman roh-roh itu di alam barzakh, bertingkat-tingkat yang satu sama lainnya jauh berbeza. Di antaranya ada roh yang ditempatkan di tempat yang tertinggi di alam arwah, iaitu roh para nabi. Dan roh-roh ini berbeza pula tinggi rendahnya seperti yang telah disaksikan Nabi s.a.w. dalam Israk Mikrajnya. Dan ada pula roh yang berupa burung yang hijau, dilepaskan di dalam syurga sesuka hatinya, iaitu roh sebahagian syuhada, bukan semuanya. Bahkan di antara mereka itu ada yang terhalang masuk syurga disebabkan berhutang atau sebab-sebab lainnya. Sebagaimana tercantum dalam musnad, diterima dari Muhammad bin Abdullah bin Jahsay bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. dan bertanya:
Ada ulama yang terpenjara di pintu syurga, seperti tersebut dalam hadis lain: Ada juga yang terpenjara di kuburnya, seperti hadis mengenai pencuri kain rampasan perang yang diambilnya secara diam-diam sebelum pembahagian. Kemudian ia mati syahid. Semua orang saling mengatakan: “Alangkah senangnya dia, kerana dia bakal masuk syurga.” Tetapi Nabi s.a.w. bersabda: “Demi Tuhan yang nyawaku berada dalam genggamanNya, kain rampasan yang dicurinya itu akan menjadi api yang menyala di dalam kuburnya.” Ada juga di antara para syuhada itu yang bertempat tinggal di gedung syurga, sebagaimana tersebut dalam hadis Ibnu Abbas r.a. yang ertinya: Lain halnya dengan Jaafar bin Abi Talib, kerana kedua belah tangannya akan diganti oleh Allah dengan dua buah sayap. Sehingga ia dapat terbang di dalam syurga sesuka hatinya. Patutlah Rasulullah s.a.w. menggelarkan Jaafar “al-Tayyar” (terbang).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...

Tolong Wanita Arab Cari Jodoh

ADA beberapa buah negara Arab sekarang heboh dengan satu ‘trend’ baru dimana ada setengah-setengah para dukun membuat kerja-kerja sihir secara terang-terangan. Para dukun ini sebahagian besarnya banyak memberikan perkhidmatan mereka kepada kaum wanita. Satu berita yang disiarkan baru-baru ini menyebut bahawa Arab Saudi juga terlibat dalam hal ini. Para ulamanya, menurut berita-berita yang sampai disini begitu prihatin atas maraknya amalan perdukunan, tukang ramal. Sihir dan sejenisnya yang beroperasi diluar aturan negara. Khidmat dan layanan yang diberikan oleh para dukun ini terhadap wanita yang sulit jodohnya, atau pun yang ingin segera mempunyai anak, dan memberikan layanan pengubatan kepada masyarakat yang mengalami berbagai penyakit kronik. Kebanyakan mereka yang menjadi dukun tukang sihir dari pendatang asing terutama dari negara-negara Afrika yang masuk ke Arab Saudi. Jumlah mereka yang masuk ini terlalu ramai. Tujuan mereka nak cari rezeki. Tahun ini pemerintah Saudi telah menangkap seorang tukang sihir. Dalam tangkapan tersebut didapati dinding-dinding rumahnya disalut dengan jampi mantera, termasuk rajah-rajah dari darah.
Soal jodoh, Allah s.w.t. yang menentukan. Begitu juga dengan anak, Allah juga yang punya kuasa mutlak untuk menentukan semuanya ini. Kita tentulah tidak boleh gunakan dukun-dukun dan tukang-tukang sihir untuk dapat jodoh segera dan juga anak. Tidak lama dulu, saya pernah melakukan ibadah Umrah. Dalam ziarah ke kebun Kurma, kelihatan ramai warga Indonesia yang berjualan disekeliling tembok, dan kawasan-kawasan sekitarnya.
Ada yang menjual ubat-ubatan tentang ibu yang “mandul”. Penjualnya berkata: “Ini ada ubat, Kalau ada ibu-ibu yang mandul ingin dapat zuriat sila makan ubat ini. InsyaAllah akan dikurniakan cahaya mata.” Ada yang membelinya, dan ada yang melihat-lihat saja. Dan ada berbagai cerita dan jualan lain dijalankan ditempat-tempat serupa ini. Pendeknya, tempat-tempat atau pun kawasan ziarah dikawasan sekitar Madinah memang ada orang menjual ubat-ubat yang pelik-pelik aneh macam itu. Kita pun tak tahu, dari mana mereka memperolehinya. Biasanya, ubat-ubat serupa dari negara-negara Afrika. “Pak hitam” dan “Mak Hitam” disana memang ramai.
Mereka berjualan berbagai macam barang dan ubat. Sementara itu, rumah-rumah merupakan pondok yang dibina oleh tukang sihir dan dukun ini ada di sana. Pihak-pihak tertentu meminta kerajaan Arab Saudi supaya bertindak merobohkan semua pondok-pondok yang bertujuan untuk melakukan sihir.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...