ZABIDAH, begitu orang-orang memanggilnya. Dia adalah janda manis dengan memiliki seorang anak. Di usianya yang belum lagi tua, 40 tahun, Zabidah berharap akan mendapatkan suami lagi setelah menjadi janda 3 tahun yang lalu. Si suaminya dulu meninggal kerana kemalangan tragis di jalan raya. Motorsikal yang ditunggangnya tergesel kereta dan akhirnya terjatuh. Tragisnya, dari arah yang lain datang lori menggilis tubuhnya; dan dia pun meninggal di tempat kejadian. Tapi, adakah lelaki yang mahu mengahwininya kerana dia memiliki seorang anak lelaki? Waktu berjalan, masapun berlalu. Zabidah pun terus menyara kehidupannya sebagai peniaga pakaian secara langsung dari rumah ke rumah. Rupanya, keinginan Zabidah untuk berkahwin lagi tidak bertepuk sebelah tangan. Ramli, tiba-tiba, datang ingin melamarnya. Lelaki kaya raya ini tidak segan-segan datang langsung ke rumah janda itu dan menyatakan hasrat meminangnya. Zabidah tidak langsung mengiyakannya kerana “masalah status”, iaitu Ramli telah mempunyai isteri. Jelas, hatinya menolak jika dimadu. Sebab, tradisi keluarganya menolak poligami. Namun, kesungguhan Ramli untuk menjadikannya sebagai isteri rupanya tidak pernah surut. Berbagai cara dilakukannya, mulai dari sering bertandang ke rumah hingga menghadiahnya barang-barang yang berharga. Hal ini membuat perempuan itu semakin lama kian berfikir dua kali. Apalagi, kenyataannya, Ramli adalah lelaki kaya raya dan berkemampuan. Ertinya, kalaupun ia kelak berkahwin dengan lelaki itu, pasti dirinya tidak akan disengsarakan. Apalah ertinya isteri kedua? Ianya hanya sebuah status. Begitu yang difikirkan Zabidah di kemudian hari. Setelah meyakinkan diri, akhirnya, pinangan Ramli pun diterima Zabidah. Tidak lama kemudian, mereka pun berkahwin. Perkahwinan Ramli dengan Zabidah ini, anehnya, justeru tidak terlalu dipermasalahkan sangat oleh Sariyah, isteri pertama Ramli. Mungkin Sariyah sendiri merasa ketakutan jika menghalangi niat suaminya, dirinya akan diceraikan. Sebab, Ramli yang memiliki sikap tegas dan kadang-kadang kasar itu, tidak segan-segan mengancam Sariyah, jika niatnya dihalang-halangi.
Sumpah Palsu
Mulanya, kehidupan Ramli, Sariyah dan Zabidah memanglah bahagia. Meski Sariyah dan Zabidah tinggal di tempat terpisah, tetapi mereka merasakan kebahagiaan sebagai isteri Ramli. Apalagi, lelaki itu memang tidak segan-segan memberikan perhatian yang lebih kepada mereka. Namun, suasana demikian berubah ketika masa perkahwinan Ramli dengan Zabidah memasuki tahun ketiga. Tampaknya, Sariyah merasakan harta kekayaan suaminya lambat laun habis, mulai dari simpanan bank, tabungan, dan wang hasil jualan tanah. Sariyah menuduh Zabidah telah mengikis harta suaminya. Perempuan itu menilai kalau suaminya telah bertindak tidak adil dengan memberikan harta yang lebih kepada madunya itu. Tetapi, Ramli sendiri sering mengelak, begitu juga dengan Zabidah. Zabidah mengaku bahawa hartanya diperolehi dari usaha niaganya, yang dikumpulkannya bertahun-tahun. Puncaknya, Zabidah bersumpah di depan Sariyah yang disaksikan oleh para tetangganya bahawa ia rela tangannya ‘bengkok’ (tangan seperti orang kena serangan ‘stroke’) jika memakan harta suaminya. Orang-orang pun percaya dengan sumpah Zabidah. Fikir mereka, Zabidah tidak mungkin berbohong jika berani bersumpah demikian. Namun, dalam hatinya Sariyah tetap tidak mempercayainya, “Rasakan saja akibatnya jika kamu berbohong!”
Selanjunya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...
Monday, July 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment