ALLAH S.W.T. itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Mengasihani terhadap hamba-hambaNya yang taat perintahNya. Selain dari azab yang dikenakan di alam kubur, seksa kubur, pertanyaan-pertanyaan yang ditanyai oleh para Malaikat dalam kubur, Allah menyediakan juga “nikmat kubur”. Mereka yang melanggar perintah Allah s.w.t., Allah sediakan azab dan seksanya. Mereka yang taat atas perintahNya dengan mengerjakan apa yang disuruh dan ditinggalkan apa yang dilarang menerima ‘nikmat Kubur.” Tetapi dalam kitab-kitab agama yang menjelaskan tentang alam kubur, sebahagian besar pengarangnya menulis tentang azab dan nikmat. Ini bukan bererti tidak ada nikmat kubur, tetapi kadang-kadang sama banyak cerita yang kita jumpai atau pun temui.
Tetapi apabila dibandingkan antara seksa dan nikmat kubur memang lebih banyak jenis seksa kubur daripada nikmat kubur. Tentang macam-macam seksa kubur, ada yang mengatakan orang kafir atau pun orang-orang yang derhaka (maksiat) akan dihimpit oleh kubur. Begitu juga yang mengatakan menyala api didalam kubur, ada ular ada binatang buas, dilihatkan neraka dan macam-macam lagi. Sedangkan yang menerangkan nikmat kubur tidak banyak dijumpai. Orang-orang Mukmin yang berada di alam barzakh cuma sekadar istirahat menunggu hari bangkit. Setelah bangkit dan berhisab nanti mereka akan dimasukan ke dalam syurga. Jadi alam kubur mereka cuma sekadar disuruh ‘istirahat’. Setelah Malaikat Munkar dan Nakir mengajukan beberapa soalan dan mereka pun dapat menjawabnya dengan baik maka malaikat itu menyuruh mereka tidur. Mereka disuruh tidur seperti menyuruh pengantin baru. Tidak ada yang mengganggu mereka dan tidak ada nanti yang membangunkannya kecuali orang yang paling sayang kepadanya. Kubur mereka diluaskan dan dijadikan seperti ‘taman syurga’. Setiap pagi dan petang petang diperlihatkan kepada mereka syurga yang akan mereka tempati nanti. Sedikit pun mereka tidak merasa bosan di alam barzakh. Walaupun mereka bertahun-tahun di dalam kubur, menunggu hari kiamat, sedikit pun mereka tidak merasa jemu kerana perasaan mereka hanya sebentar di alam barzakh itu.
Riwayat daripada Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba apabila sudah meninggal, datanglah kepadanya dua malaikat berpakaian hijau. Salah satunya bernama Munkar, sedangkan yang satu lagi bernama Nakir. Mereka bertanya kepada mayat: “Apa yang anda tahu tentang Nabi ini?” Orang beriman akan menjawab: “Dia adalah hamba Allah dan rasulNya. Saya mengakui bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah.” Kemudian malaikat itu berkata: “Sekarang kami sudah tahu jawapan anda.” Setelah itu dilebarkanlah kuburnya sampai tujuh puluh hasta dan diterangi serta dia pun disuruh tidur. Mayat itu berkata: “Izinkanlah aku pulang menemui keluargaku, supaya aku dapat bercerita kepada mereka.” Malaikat itu berkata lagi: “Tidurlah baik-baik!” Tertidurlah si mayat seperti tidurnya pengantin baru, dan tidak ada yang membangunkannya kecuali keluarganya yang paling sayang kepadanya. Tidurlah ia sehingga dibangkitkan Allah nanti, yakni pada hari berbangkit. Walaupun orang-orang salih itu istilahnya, disuruh tidur ataupun istilah rehat menunggu hari berbangkit, tetapi tempat roh mereka tidak sama. Itu tergantung kepada darjat ataupun amalan mereka. Tempat roh-roh itu seperti yang diterangkan oleh Ibnu Qayyim dalam kitabnya “al-Roh” adalah sebagai berikut: “Menurut kata orang, kediaman roh-roh itu di alam barzakh, bertingkat-tingkat yang satu sama lainnya jauh berbeza. Di antaranya ada roh yang ditempatkan di tempat yang tertinggi di alam arwah, iaitu roh para nabi. Dan roh-roh ini berbeza pula tinggi rendahnya seperti yang telah disaksikan Nabi s.a.w. dalam Israk Mikrajnya. Dan ada pula roh yang berupa burung yang hijau, dilepaskan di dalam syurga sesuka hatinya, iaitu roh sebahagian syuhada, bukan semuanya. Bahkan di antara mereka itu ada yang terhalang masuk syurga disebabkan berhutang atau sebab-sebab lainnya. Sebagaimana tercantum dalam musnad, diterima dari Muhammad bin Abdullah bin Jahsay bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. dan bertanya:
Ada ulama yang terpenjara di pintu syurga, seperti tersebut dalam hadis lain: Ada juga yang terpenjara di kuburnya, seperti hadis mengenai pencuri kain rampasan perang yang diambilnya secara diam-diam sebelum pembahagian. Kemudian ia mati syahid. Semua orang saling mengatakan: “Alangkah senangnya dia, kerana dia bakal masuk syurga.” Tetapi Nabi s.a.w. bersabda: “Demi Tuhan yang nyawaku berada dalam genggamanNya, kain rampasan yang dicurinya itu akan menjadi api yang menyala di dalam kuburnya.” Ada juga di antara para syuhada itu yang bertempat tinggal di gedung syurga, sebagaimana tersebut dalam hadis Ibnu Abbas r.a. yang ertinya: Lain halnya dengan Jaafar bin Abi Talib, kerana kedua belah tangannya akan diganti oleh Allah dengan dua buah sayap. Sehingga ia dapat terbang di dalam syurga sesuka hatinya. Patutlah Rasulullah s.a.w. menggelarkan Jaafar “al-Tayyar” (terbang).
Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2011 di pasaran...
Monday, July 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment