DALAM satu majlis kuliah seorang pelajar telah bertanya kepada seorang ilmuan Islam, “Bagaimana nasib generasi akan datang tentang ilmu keislaman yang kebanyakannya hanya terbatas kepada soal pokok saja iaitu rukun Islam yang lima itu?” Pelajar itu lalu melontarkan kebimbangannya tidakkah nanti generasi akan datang akan makin jauh dengan Islam. Pelajar itu membawakan Islam mereka sekadar kewajipan rukun Islam, tidak lebih dari itu. Ilmuan Islam tersebut yang memegang ijazah Phd telah menjawab secara rinci pertanyaan pelajar tersebut dalam majlis tersebut yang kemudian disambung di luar kuliah. Katanya: “Kita harus memandang kepada persoalan ini dengan cara yang lebih teliti. Jika kita periksa betul-betul secara rasional dan fikiran yang tenang, kita akan temui ada kekhilafan kecil orang-orang tua kita dulu dalam memberi pelajaran kepada anak-anak.
“Mereka dulu mencampur adukkan antara tujuan mendidik anak menjadi orang yang beragama dan orang yang berpengetahuan agama. Untuk menjadi orang beragama tidak perlu orang itu ditentukan mempunyai ilmu agama terlalu dalam dan luas. “Sebaliknya orang yang berpengetahuan agama tidak semesti menjadi orang yang beragama dengan baik. Sering kita temui bahawa orang yang tidak berpengetahuan agama dengan luas dan dalam, beragama lebih sempurna daripada orang yang berpengetahuan agama dalam erti kata yang luas dan mendalam. “Begitu juga kita sering temui orang benar-benar mengerti ilmu agama dengan sedalam-dalamnya, perbuatannya tidak memberikan nama baik sebagai seorang yang beragama.” Pada zaman Rasulullah s.a.w. dulu jumlah sahabat (yakni orang-orang Islam yang telah berjumpa dengan baginda, walaupun sebentar; atau dengan bahasa sekarang, orang telah didaftarkan) di waktu baginda berpulang kerahmatullah berjumlah kira-kira 125,000 orang. Dari jumlah sekian itu juka dihitung yang merupakan ahli-ahli ilmu agama, tidaklah banyak bilangannya, menurut pengiraan tidak lebih 2,000 orang, ertinya tidak lebih dari 2%. Walaupun begitu masyarakat cukup memuaskan dan boleh dibanggakan; dan sekalian rakyat atau umat Islam diwaktu itu seluruhnya dengan khidmat dan ikhlas, menaati perintah-perintah dan kewajipan-kewajipan agama Islam. “Pada umumnya orang yang belajar agama, menghabiskan waktu dan umurnya didalam pelajaran ilmu fikih. Dan ilmu fikih itu hingga pada saat ini dituliskan orang didalam bahasa Arab; maka disamping mempelajari fikih sebagai ilmu dari buku-buku yang tertulis dalam bahasa Arab tadi, orang juga mempelajari bahasa itu sendiri dengan segala serba-serbinya, nahwunya, sharafnya, balaghahnya: bahkan mempelajari nahwunya itu pun dengan cara yang dalam.
Orang lupa bahawa bahasa (lughah) dan ilmu yang dikandung bahasa tadi bukanlah merupakan suatu hal, tetapi dua yang dapat dipisahkan. Sebenarnya ilmu fikih yang dikandung bahasa Arab itu, dapat juga dikandung (ditulis) didalam bahasa lain, bahasa Inggeris atau lain-lainnya. Dari huraian diatas, terdapat kesimpulan, bahawa pada masa yang lalu, orang telah salah memahamkan dua hal: Pertama: Salah memahamkan antara orang yang taat beragama dan orang yang berpengetahuan agama; sebagaimana orang yang bersikap taat pada undang-undang negeri, tidak usah ia menjadi “ahli” hukum juga orang yang bersikap taat pada agama, tidak usah ia menjadi “ahli” agama. Orang yang bersikap taat pada undang-undang negeri cukuplah mendengar, bahawa sesuatu hal adalah larangan undang-undang, dan dengan demikian ia lalu menjauhi larangan tadi. Demikian juga yang bersikap taat pada agama, cukuplah mendengar, bahawa (Allah) mewajibkan ini dan melarang itu, dan dengan demikian ia lalu menaati kewajipan tadi (menjalankannya) dan menghentikan cegahan tersebut (meninggalkannya). Kedua: Salah memahami antara ilmu agama yang merupakan isi dan bahasa yang mengandung(memuat) ilmu tadi; dan oleh kerana kesalahan faham demikian, ia lalu mendahulukan belajar bahasa asing yang memuatnya, tidak mendahulukan isinya; dan setelah waktu (usia) yang dipakai untuk mempelajari bahasa itu habis, serta dorongan untuk lekas terjun kedalam hidup berumahtangga dan bekerja mencari nafkah telah tiba, maka terhentilah kesempatannya belajar ditengah jalan; akhirnya ia lalu menjadi orang terapung-apung setengah matang.
Kerana salah memahami soal yang pertama tadi, maka orang tua-tua masa lalu mengambil sikap, bahawa pendidikan anak-anaknya harus ditujukan pada maksud untuk menjadikan mereka itu “ahli-ahli agama”, dan akibatnya ialah kurangnya kesediaan anak-anak itu setelah menjadi dewasa, untuk ikut berlumba-lumba dalam perjuangan hidup yang bersifat moden ini. Lain daripada itu, seandainya maksud orang-orang tua pada masa yang lalu untuk menjadikan anak-anaknya “ahli-ahli agama” semuanya itu berhasil, akibatnya pun belum tentu memuaskan. Sebab jikalau seandainya seluruh isi negeri penuh dengan ahli-ahli agama, siapakah yang akan mengisi cabang-cabang penghidupan lain yang beraneka warna dan yang luas itu?
Selanjutnya dapatkann Hidayah Julai 2011 di pasaran...
Monday, July 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment