Sunday, February 7, 2010

Variasari Keluaran Februari 2010


SEMAKIN ASYIK...Segeralah mendapatkan majalah Variasari edisi Februari 2010 sebelum terlambat. Kami sajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin degup jantung anda bertambah kencang sewaktu membaca kisah-kisah yang dipaparkan.


Amaran keras: Anda dinasihatkan membaca Variasari berseorangan dan pada waktu malam sahaja.

Dapatkan segera...harga murah cuma RM3.00

Siri Bercakap Dengan Jin


Siri Bercakap Dengan Jin...Pastikan anda terus mengikuti cerita ini...makin panas... makin gawat...makin ngeri...makin asyik!

Antara Yang Menarik Dalam Variasari Februari 2010







Hidayah Februari 2010


Semestinya anda memiliki Hidayah keluaran Februari 2010.

Terdapat banyak bahan-bahan menarik buat santapan minda pembaca. Kandungannya lebih padat sesuai dibaca semua golongan...Dapatkan segera di kedai-kedai buku
berhampiran!
Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Langganlah Segera Melalui Pos

Kandungan Hidayah Februari 2010

Najis dan cacing keluar dari mulut jenazah 10
Sumpah palsu 16
Misteri kain kafan 22
Ajal menyedihkan 28
Tinjauan misteri jenazah utuh 38
Bahaya orang meninggalkan sembahyang 44
Antara batas dua lautan 52
Maha Penghitung dan Maha Mencukupi 58
Membaca kekhuatiran malaikat 62
Kematian tragis ahli ibadat 70
Meniti harap pada air zamzam 74
Sunan Ampel 80
Gigihnya warga Aceh 88
Tumor hilang ketika tunai haji 102
Adam, Nabi dan Rasul 110
Zamrud Islam di daerah Latin 132
Bagaimana tunai haji pada tahun-tahun20an 140
Mengkafirkan orang bukan hak manusia 144
Zaid AlKhair 148
Tugas manusia menyembah Allah 155

Salam Kami Februari 2010

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur kita ke hadapan Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Pembaca budiman, dalam waktu terdekat ini nanti, kebanyakan ibu bapa akan menunggu-nunggu keputusan peperiksaan SPM (dan juga STPM). Semuanya mengharapkan anak masing-masing mendapat keputusan yang cemerlang. Kejayaan akan disambut dengan kegembiraan. Yang kurang berjaya atau gagal disambut dengan rasa duka. Itulah gambaran biasa setiap tahun. Kejayaan dalam peperiksaan akademik dijadikan kayu ukur masa depan anak-anak. Tidak salah mengharapkan impian seumpama itu. Itu adalah sikap yang ideal bagi ibu bapa. Anak-anak seolah pelaburan masa depan keluarga. Namun harus diingat, bahawa kejayaan akademik semata-mata tanpa ditunjang dengan pendidikan asas agama dan ketinggian moral bukan jaminan asas kebahagiaan anak-anak. Dalam kehidupan sekular yang berpandu kepada materialistik kejayaan duniawi akan disanjung. Sedangkan pendidikan agama menjadi pilihan kedua atau diremehkan malah diabaikan kecuali apabila perlu saja. Malanglah kita sebagai ibu bapa yang menjadikan anak-anak sebagai pelaburan masa depan keluarga. Sedangkan memberi ilmu dunia dan akhirat adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa. Untuk mendapatkan anak-anak yang salih, ibu bapa perlu membentuk dirinya menjadi orang yang salih. Dengarlah pesanan ulama terkenal Abullaits Assamarqandi dalam kitab ‘Tanbihul Ghafilin’ yang menyebut: Ada sahabat yang menyebut: “Tidak suka mendoakan kedua ibu bapa itu mungkin menyebabkan kesulitan penghidupan anak. Dan apakah yang memungkin dapat memuaskan ibu bapa yang telah mati? Jawapannya tiga macam: (1) Dia sendiri menjadi orang yang salih. (2) Menghubungi keluarga dan sahabat-sahabat ibu bapanya. (3) Membacakan istighfar dan mendoakan serta bersedekah untuk kedua ibu bapanya. Maka mulailah dengan diri kita sendiri menjadi ‘anak yang salih’ dan semoga dengan itu anak-anak juga akan mengikut jejak kita, InsyaAllah. Apakah lagi yang lebih bahagia dalam hidup ini sekiranya anak-anak kita berjaya gemilang di dunia dan cemerlang di akhirat. Alhamdulilah sebagaimana biasa Hidayah terus menemui anda. Tahun 1431 Hijrah bersamaan tahun 2010 ini diharap akan terus mengeratkan hubungan kita dengan para pembaca. Semoga. Terima kasih dengan sokongan anda yang berterusan. Wassalam!

Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Surat Pembaca

Sumbangan Hidayah Semarakkan Syiar Agama
Saudara Pengarang,
Saya adalah seorang pelajar sebuah sekolah pondok di Baling, Kedah. Selain membaca dan mengkaji kitab-kitab pengajian, membaca adalah menjadi hobi saya. Salah sebuah majalah kegemaran saya ialah Hidayah.
Bagi saya Hidayah adalah sebuah majalah bercorak dakwah yang paling saya minati. Bidangnya sederhana, mudah dibawa kemana-mana. Kisah-kisah iktibar dan bahan-bahan rencananya membawa manfaat kepada pembaca terutama pelajar pondok seperti saya ini. Saya juga meyokong pendekatan Hidayah yang memaparkan kisah-kisah iktibar dan rencana-rencananya dari Indonesia. Seingat saya tidak ada mana-mana majalah tempatan yang berbuat seperti Hidayah ini. Saya juga bersyukur mendapat makluman bahawa Hidayah edisi Indonesia merupakan salah satu majalah terkemuka di Indonesia . Difahamkan edisinya juga dibaca oleh ribuan pembaca para pekerjanya yang bekerja di Hong Kong dan luar Indonesia. Ini merupakan satu kejayaan gemilang bagi penerbit majalah Hidayah. Saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan tahniah kepada karyawan Hidayah yang tidak jemu-jemu menyumbang bakti dalam bidang penulisan ini demi meninggikan syiar agama di negara kita. Syabas Hidayah!

Marzuki Ismail,
Baling, Kedah.

• Terima kasih dengan tahniah anda. Setiap pujian atau kritikan dari pembaca akan terus menyemarakkan lagi semangat kami untuk terus berkarya. – Pengarang

Contohilah orang-orang yang beriman
Saudara Pengarang,
Saya merasa kagum dengan kulit depan dan kisah iktibar 1 Hidayah keluaran Januari 2010 lalu yang memaparkan jenazah utuh seorang kiai yang telah dikebumikan 26 tahun. Kisah yang dipaparkan itu lengkap dengan bukti gambar jenazahnya yang dipindahkan ke perkuburan baru. Berita mengenai jenazah utuh ini bukanlah berita baru, namun apabila kisahnya dipaparkan dengan bukti-bukti bergambar seperti ini menguatkan lagi keyakinan dan kesahihan beritanya. Namun demikian, ianya bukanlah menidakkan berita mengenai jenazah-jenazah utuh lain yang pernah dipaparkan oleh Hidayah selama ini. Cuma untuk mendapatkan ‘bukti bergambar’ itu memang agak sukar berbeza dengan kisah yang disampaikan melalui mulut ke mulut. Sememangnya kisah-kisah kematian seperti ini mengkagumkan kita dengan kebesaran Tuhan. Membaca Hidayah membuat kita terasa dekat dengan kematian. Sebenarnya pun kita tidak boleh lari dari kematian. Dan kita pun tidak tahu bilakah kita akan mati. Mahunya biarlah kita mati dalam kebaikan. Mungkin tidak semua orang boleh menjadi ‘kiai’, Tuan Guru atau ustaz, namun untuk mencontohi kebaikan-kebaikan mereka bukanlah perkara yang mustahil asalkan kita ada keazaman untuk termasuk dalam golongan orang-orang yang salih dan salihah, InsyaAllah.

Zaitun Abdful Kadir,
Kuala Sungai Baru, Melaka.

• Keazaman untuk melakukan kebaikan dan mencontohi orang-orang yang beriman itu juga termasuk dalam perbuatan terpuji. Allah hu akbar! – Pengarang.

Hinanya Perasuah
Saudara Pengarang,
Saya tertarik dengan rencana yang ditulis oleh Ahmad Idris bertajuk ‘Rezeki Rasuah Beri Anak Isteri Makan’ (Hidayah keluaran Januari 2010 muka 116-119) Sesungguhnya memang ramai yang tahu dosa melakukan rasuah ini. Mereka yang terlibat, baik yang memberi, baik yang menerima, baik yang jadi orang tengahnya atau sesiapa saja yang terlibat dalam urusan rasuah itu akan menerima akibatnya. Mereka yang benasib baik di dunia ini mungkin terlepas dengan hukuman dipenjara. Namun di akhirat, mereka tidak akan terlepas dari hukuman Allah s.w.t. Yang peliknya, mereka yang terlibat dengan rasuah ini menyedari ‘betapa hina dan busuknya’ rasuah itu, namun terpaksa pejam mata atau buat-buat ‘pejam mata’ untuk mendapatkan projek buat syarikatnya.
“Kalau tak hulur, tak merasalah...”. “Mana ada perniagaan sekarang yang tidak ada rasuah?” dan berbagai-bagai cakap lain lagi untuk menghalalkan mereka berbuat demikian. Begitulah pahitnya dunia perasuah. Penguatkuasaan, undang-undang, peraturan dan sebagainya menjadi topeng semata-mata. Malah hebatnya rasuah sehingga mereka yang tidak rasuah pun dipandang serong. Seorang Polis yang jujur umpamanya, apabila menahan seorang penunggang motorsikal akan dipandang serong oleh orang ramai kononnya si Polis itu boleh lepaskan kesalahan dengan menghulurkan sedikit ‘habuan’ Aduh..! Alangkah pedihnya tanggapan itu. Sedangkan Polis itu mungkin seorang imam di kawasan Taman Perumahannya. Mungkin seorang bapa teladan dan seorang suami yang penyayang. Apakah orang berkedudukan demikian tergamak melakukan hal yang menjijikkan itu untuk memberi anak isterinya makan hasil wang rasuah? Itu baru Polis, bagaimana pula dengan mereka yang terlibat bekerja sebagai Kastam, SPRM, tentera dan sebagainya? Namun Allah Maha Adil. Mereka yang jujur, ikhlas dan berwawasan akhirat akan tetap mendapat balasan pahalanya di akhirat. Itulah yang diharap-harapkan, InsyaAllah.

Haji Abdullah Zulkifli,
Kepala Batas, Kedah.

• Itulah yang dikatakan persepsi. Seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit. Namun yang terpalit, boleh mencucinya di telaga iman... Pengarang.

Najis Dan Cacing Keluar Dari Mulut Jenazah

PAGI itu baru saja lepas subuh, pintu rumah Ahmad, 45, diketuk orang seraya mengucapkan salam. Ahmad yang baru tadinya balik dari masjid langsung membalas salam dan membukakan pintu. Dia mendapati tetamunya itu berdiri dengan muka sedih; ada mendung duka menggelayut di wajahnya. Ahmad dikenali di Kampung Durian itu merupakan seorang pengurus jenazah, segera mempersilakan masuk tetamunya itu. “Maaflah bang. Saya sedang kesusahan. Ayah saya meninggal. Kami minta tolong abang uruskan jenazah ayah saya itu,” ujar tetamu itu.
Ahmad menenangkan perasaan tetamunya. Dari bibirnya terucap ‘Inna lillahi wa inna ilahai raji’un.’ “Baiklah, saya segera datang...” Ahmad langsung setuju dan pergi menuju rumah si mati. Dia berjalan kaki saja, rumah Allahyarham tidak jauh dari rumah Ahmad. Tapi, betapa terkejutnya Ahmad ketika sampai di situ, ia tercium bau busuk yang membuat perutnya terasa mual. Namun, dia berusaha menahannya, dia mendekati jenazah yang terbujur kaku, lalu membuka kain yang menutupi wajah Allahyarham. Saat membuka kain penutup, dia melihat wajah jenazah yang seperti punya masalah besar di kala hidupnya dan belum terselesaikan. Ahmad selanjutnya meminta kain kafan yang dibeli pihak keluarga untuk membalut jenazah sesuai mengikut peraturan. Di rumah si mati, sudah ada dua orang yang pernah mengikuti kursus jenazah yang dibimbingnya dulu. Dua orang itulah yang membantu Ahmad menguruskan jenazah.

Kotoran dan Cacing Keluar dari Mulut Allahyarham
Setelah bermusyawarat dengan keluarga si mati, Ahmad membahagi tugas dengan kedua orang pembantunya itu. Saat proses pemandian jenazah itu, Ahmad mengangkat badan mayat dengan kedudukan kepala lebih tinggi, perut ditekan pelan-pelan untuk mengeluarkan najis yang tersisa. Tapi di luar dugaan, najis itu terkeluar dari mulut si mati. Padahal, sewajarnya najis itu sudah keluar melalui dubur. Kotoran najis itu keluar dua kali dengan dua kali tekan. Namun, saat ditekan untuk ketiga kalinya dan diharapkan menjadi tekanan (urutan) terakhir, kejadian serupa kembali terjadi. Bahkan yang lebih parah, kotoran itu lebih busuk diiringi ulat-ulat yang masih hidup. Padahal, si mati baru saja meninggal dipercayai akibat serangan jantung. Mengapa isi perut dan bau itu seperti telah lama membusuk? Beberapa orang anak-anak Allahyarham panik. Dua orang yang membantu pun kehairanan dan panik. Ahmad kemudian berpesan kepada dua orang yang membantunya, “Inilah ujian Allah yang ditimpakan kepada kita sebagai pelajaran dan peringatan.” Setelah melihat apa yang terjadi, Ahmad meminta beberapa anak Allahyarham berkumpul. Ketika semuanya sudah ada, Ahmad memperingatkan, “Sebenarnya yang berkewajiban merawat jenazah adalah ahli warisnya, sedangkan kami ini hanyalah membantu sekadarnya. Jadi, membersihkan jenazah dan menguruskannya bukan menjadi tanggungjawab kami sepenuhnya.” Proses memandikan jenazah belum selesai. Di hadapan semua anaknya, jenazah pun ditiarapkan agar segala keanehan yang memalukan itu segera berakhir. Tapi, hal lain tak diduga kembali terjadi. Waktu jenazah itu ditiarapkan, tiba-tiba cacing-cacing dan ulat-ulat keluar dari mulut jenazah. Binatang-binatang jijik itu seolah-olah sudah lama bersarang dalam tubuh si mati. Suasana ini membuat anak-anak Allahyarham panik. Kerana itu, proses memandikan segera dipercepatkan.

Kain Kafan Tidak Menutup
Selesai proses mandi, jenazah dibungkus dengan kain kafan. Tapi, peristiwa aneh di luar dugaan kembali terjadi. Setelah dililitkan di tubuh jenazah, ternyata kain kafan yang telah diukur itu tak boleh menutupi badan mayat. Ahli waris cemas seraya mengurut dada. Jika kain kafan ditarik ke hujung kepala, kaki pula nampak. Demikian sebaliknya. Kain kafan seperti tak mahu membalut badan si mati. Dengan kerendahan hati, Ahmad lalu bertanya, “Apa tadi ada kekeliruan dalam memotong kain kafan?” Orang yang memotong kain kafan pun menggeleng, pertanda tak ada kekeliruan ketika memotong kain. Akhirnya, kain kafan lain ditambahkan agar sebahagian badan mayat tak terdedah, hingga kafan itu nampak sambung menyambung. Selesai proses mengkafani, Ahmad memanjatkan doa dengar suara yang perlahan: “Ya Allah, janganlah Engkau hinakan jenazah yang satu ini, cukuplah hal ini sebagai peringatan bagi hambaMu yang satu ini.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari di pasaran...

Bibir Merah Paling Digemari Oleh Iblis

UMUM mengetahui bahawa iblis musuh utama manusia. Dalam Quran banyak ayat dijelaskan tentang soal ini. Ia menjadi musuh paling ketat bagi anak cucu Adam. Dalam keadaan apa pun, dalam masa mana pun, iblis bersama gengnya tidak pernah melepaskan peluang untuk menyesatkan anak cucu Adam. Sama ada orang mahu nak sembahyang, sedang bersembahyang sesudah sembahyang dalam apa juga bentuk kebaikan yang akan dilakukan tetap akan dikacau oleh syaitan untuk menggagalkan usaha yang baik itu. Sebenarnya, iblis telah berjanji dengan sendiri, dan juga didepan Allah s.w.t. bahawa ia akan terus meneruskan akan menyesatkan anak cucu Adam sehingga hari kiamat, setelah iblis dihalau dari syurga. Berhubung dengan masalah ini, ada satu cerita atau pun kisah tentang iblis ini. Seorang sahabat Nabi s.a.w. bernama Anas bin Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w. yang menceritakan tentang iblis bertanya kepada Allah s.w.t. mengenai kedudukannya. Dalam pertanyaan itu iblis telah bertanya kepada Allah s.w.t. banyak perkara tentang dirinya, diantaranya ialah: “Ya Allah! Engkau telah memberikan kepada Anak Adam itu tempat kediaman iaitu rumah untuk berzikir kepadaMU. Tunjukanlah kepadaku tempat kediamanku. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai iblis tempat kediamanmu ialah didalam bilik air (tandas). Iblis berkata lagi: “Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat mereka berkumpul (Masjid) dimanakah tempat aku berkumpul?” Firman Allah s.w.t.: “Wahai iblis! Tempat kamu berkumpul ialah di pasar-pasar, pusat-pusat membeli belah, kelab-kelab malam, pesta-pesta, majlis-majlis maksiat tempat, tempat hiburan dan sebagainya.” Iblis bertanya lagi: “Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam kitab untuk mereka membaca, tunjukanlah apakah aku apakah bahan bacaanku? Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai iblis! Bahan bacaanmu ialah syair (sajak atau puisi yang melalaikan manusia dari mengingat Tuhan). Iblis: “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah cerita-cerita yang Engkau berikan kepadaku? Allah s.w.t. berfirman: “Cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta dan bohong yang berkait dengannya.” Iblis: “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak-anak Adam untuk mereka berkumpul bagi melakukan sembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpulkan orang? Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya: “Wahai iblis! Azan untuk mu ialah Seruling”. Iblis: “Wahai Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanMu (para Nabi dan Rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi Utusan bagiku? Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai iblis! Para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib) atau pun yang lebih kurang dengannya. Iblis: “Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat al-Quran) kepada anak Adam, apakah tulisan bagiku? Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai iblis! Tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan (seperti tulisan-tulisan dilengan) tahi lalat yang diada-adakan yang lebih kurang sama dengannya.” Iblis: “Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan perangkap-perangkap kepada anak Adam, apakah perangkap-perangkap bagiku?

Selanjutrnya dapatkan Hidayah Februari di pasaran...

Sejadah Berdiri: Jangan Rosakkan Akidah

WAKTU mutakhir ini umat Islam negara ini banyak didedahkan dengan kisah tahyul, khurafat, aneh dan berbagai lagi yang lain. Bukan sahaja perkara itu didedahkan kepada manusia, tetapi dalam filem-filem drama pun ada cerita-cerita tahyul khurafat ditonjolkan. Peristiwa terakhir yang didedahkan kepada umat Islam ialah kisah “Sejadah berdiri”. Kisah ini buat pertama kali terjadi di Perak dan kedua terjadi di negeri Kelantan. Nanti, entah dimana lagi akan berlaku. Ia akan berjela-jela ke lain-lain tempat. Sebenarnya, ada “kaki” yang cuba melakukan semuanya ini. Perkara ini tidaklah boleh dianggap sebagai pelik atau pun ganjil. Peristiwa luar biasa pun, tidak boleh kita anggap, kerana ia dilakukan oleh orang-orang tertentu dan orang-orang “nakal”. Mereka sengaja nak buat gempar dalam masyarakat itu. Kita sebagai orang Islam yang beriman jangan lekas percaya dan percaya dengan kejadian-kejadian serupa ini. Kita jangan membuat sebarang andaian. Kadang-kadang ada orang-orang kita suka membuat andaian yang bukan-bukan, dan mengaitkan dengan agama. Kalau kita kaitkan dengan agama, ia akan melibatkan akidah. Kita sebagai orang Islam mestilah ingat bahawa akidah Islam merupakan satu perkara tunjang dalam kehidupan seseorang yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t. Akidah menjadi pengukur dan penentu kepada kepercayaan seseorang yang perlu berada pada tahap yakin sebagai seorang muslim dalam kehidupannya. Cerita sejadah berdiri ini tidak terlepas dari lingkungan atau pun lingkaran akidah. Apa juga bentuk dan corak umat Islam terhadap perkara-perkara serupa ini adalah berkait rapat dengan akidah seorang muslim. Kita orang-orang Melayu memangnya cepat percaya dengan perkara konon ganjil.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari di pasaran...

Berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa

APAKAH anda masih memiliki ke dua ibu bapa? Apakah ibu bapa anda itu sihat walafiat atau sedang keuzuran yang memerlukan perhatian dan layanan mesra dari anak-anak. Bersyukurlah anda masih berpeluang untuk berbakti kepada ibu bapa kandung. Tidak ada amalan lain lebih tinggi daripada memelihara dan menyayangi ibu bapa kandung sendiri. Sebaik mana layanan mesra dan sanjungan anda terhadap ibu bapa mertua, tidak akan sama pahalanya dengan berbakti kepada ibu bapa sendiri semasa hayat mereka. Ikutilah hadis-hadis berikut ini:

1. Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata: Saya bertanya pada Rasulullah s.a.w. : Apakah Amal perbuatan yang lebih disukai oleh Allah? Jawab Nabi s.a.w.: Berbakti pada kedua ayah ibu. Saya bertanya, kemudian apalagi? Jawabnya: Jihad (berjuang dalam jalan Allah/untuk agama Allah). (HR. Bukhari, Muslim)
2. Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak dapat seorang anak membalas budi kebaikan ayahnya, kecuali jika mendapatkan ayahnya tertawan menjadi budak hamba sahaya, kemudian dibeli/ditebusnya dan dimerdekakannya. (HR. Muslim)
3. Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang percaya pada Allah dan hari kemudian hendaknya menghormati tamu. Dan siapa yang percaya pada Allah dan hari kemudian harus menghubungi sanak saudara (menjaga hubungan persaudaraan). Dan siapa yang percaya pada Allah dan hari kemudian harus berkata baik atau diam. (HR. Bukhari, Muslim)
4. Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah telah menjadikan makhluk, dan ketika telah selesai bangkitlah rahim (tali persaudaraan) dan berkata: Di sinilah tempat berlindung kepadaMu dari pemboikotan (putus hubungan)? Jawab Allah: Ya. Apakah kau belum puas bahawa Aku akan menghubungi orang yang menghubungi kau, dan memutus orang yang memutus hubungan kau?

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari di pasaran...

Membaca Kekhuatiran Para Malaikat

DALAM al-Quran, terjadi sebuah dialog antara para malaikat dan Allah s.w.t. Dialog itu bermula ketika Allah menyampaikan sesuatu di hadapan para malaikat dan iblis perihal akan diciptakannya Adam a.s. di muka bumi. Kelompok malaikat dan iblis sangat keberatan tentang hal tersebut. Secara jelas dan tegas kaum iblis menolak hal itu. Sementara itu, malaikat memohon pertimbangan Allah terlebih dulu. Sebab, menurut malaikat, anak cucu Adam hanya akan membuat kerosakan saja di muka bumi. “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata, ‘Apakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan menyucikanMu.’ Tuhan berfirman, ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (al-Baqarah [2]: 30) Ayat ini menjelaskan bahawa malaikat begitu khuatir tentang nasib bumi bila anak cucu Adam yang akan menghuninya. Sebab, kata mereka, bumi hanya akan dijadikan sebagai objek kerosakan semata. Alam yang telah disediakan Allah akan menjadi ‘gelanggang’ atas keserakahan nafsu manusia. Di samping itu, manusia juga akan saling menumpahkan darah di antara mereka. Kerana itu, malaikat meminta kepada Allah untuk mempertimbangkannya. Kata pakar tafsir Quraish Shihab, Allah menyampaikan pesan penting ini ke hadapan para malaikat kerana mereka akan dibebani banyak tugas yang menyangkut urusan manusia. Ada yang akan bertugas mencatat amal-amal manusia, ada yang bertugas memeliharanya, ada pula yang membimbingnya, bahkan ada pula yang menghantarkan rezeki kepada umat manusia. Mengenai rencana itu, para malaikat tetap saja belum boleh menerima. Mereka menduga bahawa manusia tidak akan boleh menjaga alam dan isinya. Dugaan ini mungkin berdasarkan pengalaman mereka sebelum diciptakannya manusia, iaitu kelompok makhluk yang juga telah melakukan kerosakan di muka bumi sebelum manusia yang menghuni, atau boleh juga berdasarkan bahawa kerana yang akan bertugas menjadi khalifah di muka bumi ternyata bukan malaikat. Seperti ia diketahui, kata malaikat, selama ini mereka selalu memuji dan bertasbih kepada Allah. Mereka tidak pernah melakukan kesalahan sedikitpun kepada Allah. Selayaknya, yang layak untuk menjadi khalifah di muka bumi adalah mereka, dan bukan manusia yang telah diberi hawa nafsu dan akal. Meski begitu, menurut para ahli tafsir, pernyataan malaikat itu bukanlah sebagai bentuk keberatan atas penciptaan Adam di muka bumi sebagai khalifah. Mereka hanya menyatakan pertimbangan sebagai bentuk pertanyaan. Ini berbeza dengan para iblis yang jelas-jelas menolak kehadiran manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi. Ibnu Jarir berpendapat bahawa pertanyaan para malaikat itu merupakan ungkapan untuk mencari maklumat. Mereka bermaksud meminta pengesahan dari Allah s.w.t. perihal rencana menjadikan anak Adam sebagai khalifah di muka bumi. Allah kemudian mengizinkan para malaikat itu untuk menanyakan hal tersebut. Para malaikat hakikatnya bermaksud mengatakan bahawa diantara keturunan Adam itu ada yang melakukan kerosakan. Malaikat, dalam hal ini, hanya merasa khuatir. Mereka khuatir bahawa alam bumi yang begitu indah dan nyaman itu kemudian tidak sanggup dijaga oleh anak cucu Adam kelak. Namun begitu, kekhuatiran para malaikat itu dijawab oleh Allah dengan kalimat yang sangat singat. Kata Allah, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” Dengan jawaban ini, malaikat hanya diam dan menerima.

Bencana Alam
Kalau ditilik lebih jauh, kekhuatiran para malaikat itu memang ada benarnya. Kini, kita menyaksikan terjadinya berbagai kerosakan alam di muka bumi. Semua itu akibat ulah tangan manusia. Bencana alam yang disebabkan oleh kelalaian manusia telah memakan banyak korban jiwa dan harta benda. Dalam setahun terakhir ini kita telah menyaksikan berbagai bencana alam. Sebut saja, misalnya; bencana banjir, tanah runtuh, semburan lumpur panas, hingga gempa bumi belum lama ini. Semua itu, kalau dikaji secara ilmiah, merupakan akibat dari ulah tangan manusia. Terjadinya banjir tak lain kerana kurangnya resapan air. Tanah yang seharusnya berfungsi sebagai tadahan resapan kini dibangun berbagai bangunan bertingkat dan megah. Tanah-tanah sawah ‘ditukar’ jadi kawasan perumahan. Akibatnya, sungai tak mampu lagi membendung air hujan yang begitu banyak. Maka, terjadilah banjir. Begitu juga dengan terjadinya tanah runtuh. Pohon-pohon di hutan yang seharusnya dijaga keseimbangannya malah ‘digunduli’. Ekosistem kian rosak. Hal ini mengakibatkan kerosakan pada tanah di sekitarnya, yang apabila terjadi curahan hujan tinggi, maka air hujan akan tertumpu di bahagian dasar lereng, sehingga menimbulkan gerakan menghakis atau longsoran tanah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari di pasaran...

Sunan Ampel Menembang Dakwah Di Surabaya

RADEN Rahmat atau Raden Ahmad Ali Rahmatullah yang di tanah Jawa lebih dikenal dengan sebutan Sunan Ampel adalah sosok ulama terkemuka dalam jajaran wali sembilan. Dikatakan, dia disebut-sebut sebagai penggerak islamisasi di tanah Jawa – setelah usaha islamisasi yang diukir Sayyid Hussein Jamadil Kubra dan Maulana Malik Ibrahim. Tetapi, populariti dakwah Sunan Ampel dan dakwah Wali Songo (Wali Sembilan) yang dikenal luas di tanah Jawa itu ternyata tak diikuti dengan goresan atau catatan sejarah yang seragam. Ahli sejarah berbeza pendapat ehwal asal usul Sunan Ampel – yang dalam banyak catatan ditulis lahir di Champa (Kemboja).

Asal Usul
Sunan Ampel dicatatkan lahir pada tahun 1401 di Champa. Tapi, asal usulnya itu ada yang berbeza pendapat dikalangan ahli sejarah. Encyclopedia Van Nederlandesh Indie mengatakan, Champa itu suatu negeri kecil yang terletak di Kamboja. Tak salah, bila Sunan Ampel dikata berasal dari China atau keturunan Tionghoa. Menurut beberapa riwayat, ibu bapa Sunan Ampel adalah Ibrahim Asmarakandi - tak lain adalah Syeikh Maulana Malik Ibrahim. Ibrahim Asmarakandi dan adiknya yang bernama Maulana Ishaq merupakan anak Syeikh Jumadil Qubro, yang menetap di Samarkand. Dikisahkan, Syeikh Jumadil Qubro, Maulana Malik Ibrahim dan Maulana Ishaq bersama-sama datang ke pulau Jawa. Setelah itu berpisah. Syeikh Jumadil Qubro tetap di Jawa, sedang Maulana Malik Ibrahim ke Champa, dan si adik tercinta mengislamkan Samudra Pasai. Dalam menjalankan tugas dakwah di Champa, Maulana Malik Ibrahim berhasil mengislamkan Raja Champa dan mengubah Kerajaan Champa menjadi Kerajaan Islam. Bahkan ia dikahwinkan dengan puteri Champa sehingga lahir Raden Rahmat (dan Sayyid Ali Murthadha). Dari Champa, Maulana Malik Ibrahim berhijrah ke pulau Jawa tanpa diikuti keluarga. Beberapa tahun kemudian, Sunan Ampel menyusul ke pulau Jawa pada 1443, untuk menemui ibu saudaranya, Dwarawati, kerana dalam satu riwayat, Sunan Ampel ke Jawa diundang Dwarawati – seorang puteri Champa yang berkahwin dengan Raja Majapahit – untuk mendidik dan memperbaiki moral bangsawan dan rakyat Majapahit. Tapi, dalam versi lain, Sunan Ampel dikatakan lahir tahun 1420, kerana ketika berada di Palembang pada 1440, sebuah sumber sejarah menyebut dia berusia 20 tahun. Hal itu dikeranakan ahli sejarah sering membahaskan tahun kedatangan Sunan Ampel ke Jawa daripada bicara tahun kelahirannya. Tapi Hikayat Hasanuddin memperkirakan kedatangan Sunan Ampel ke Jawa sebelum 1446 – tahun kejatuhan Champa ke tangan Vietnam. De Hollander menulis, sebelum ke Jawa Raden Rahmat memperkenalkan Islam pada Raja Palembang, Arya Damar, pada 1440. Dalam lawatan ke Jawa, Raden Rahmat mendarat di kota bandar Tuban, tempat mereka berdakwah beberapa lama. Kemudian, rombongan Raden Rahmat melanjutkan perjalanan ke istana Majapahit menghadap raja. Di sana, Sunan Ampel menyanggupi permintaan raja mendidik moral bangsawan dan rakyat. Sebagai hadiah, Sunan Ampel diberi tanah di Ampeldenta Surabaya. Meski raja menolak masuk Islam, Raden Rahmat diberi kebebasan mengajarkan Islam. Tapi, Buya Hamka dalam Sejarah Umat Islam menegaskan Sunan Ampel bukan dari Champa, Indo Cina, tapi dari Cempa atau “Jeumpa” di Aceh. Pendapat Hamka itu sama dengan pendapat Rafless dan Saifuddin. Bahkan menurut Hilmy Bakar (dalam Sunan Ampel: Mendirikan Demak Meruntuhkan Majapahit, Modus Aceh Minggu IV Des 08), Sunan Ampel lahir bukan di Champa (Kamboja) tapi di lingkungan istana Kerajaan Pasai dari pasangan Sayyid Ibrahim bin Sayyid Jamaluddin dengan puteri bangsawan Jeumpa di kerajaan Pasai yang bernama Chandra Wulan. Kerana itu, dalam pandangan Hilmy, pendapat bahawa Sunan Ampel dari Champa Kamboja perlu diluruskan. Kerana, menurutnya, ada beberapa fakta; keadaan Champa Kamboja ketika zaman Raden Rahmat (awal abad ke-15 M) sedang dilanda huru hara dan terjadi pembunuhan terhadap kaum Muslim yang dilakukan Dinasti Ho sebagai tindakan balas dendam atas kekalahannya pada pasukan Khublai Khan, Raja Mongol yang Muslim.
Maulana Rahmatullah atau Raden Rahmat mendapatkan pendidikan di Kerajaan Pasai. Awal abad ke 15 M, Pasai berkembang menjadi pusat pengajian tinggi Islam yang berhubungan dengan pusat peradaban Islam di Makkah, Mesir, Parsi, India, Andalusia dan bangsa lain. Di bawah asuhan para ulama dan cendekiawan, Maulana Rahmat jadi ulama dan ditugaskan menyebarkan Islam, khususnya ke Jawa.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari di pasaran...

Gigihnya Warga Aceh Selepas Tsunami

SAMBUTAN Hari Raya Aidiladha atau hari raya korban pada bulan November 2009 lalu begitu besar ertinya dalam hidup saya. Itulah pertama kali saya berpeluang menunaikan solat Hari Raya Aidiladha di Masjid Baitul Rahman di Banda Aceh yang terkenal itu. Memang sebenarnya kami merancang sejak beberapa bulan lalu untuk ‘mengembara’ ke negeri serambi Makkah itu bertepatan jatuh pada hari raya haji. Saya bersama-sama dua rakan pengembara iaitu Yusof Ahmad dari Batu Kikir, Negeri Sembilan dan Muhammad Sharif bin Sulaiman dari Ampang, Selangor bertolak dari Lapangan Terbang KLIA dan selamat mendarat di bumi Aceh melalui penerbangan pesawat AK305 jam 6.30 petang pada hari Isnin 23 November. Ini merupakan kali kedua saya menjijak bumi Aceh. Tahun sebelumnya (2008) saya turut ‘menjadi pengembara’ di bumi bersejarah ini.
Entah mengapa hati saya begitu terasa dekat dengan bumi yang banyak melahirkan para pejuang kemerdekaan Indonesia ini. Antaranya yang terkenal ialah Tengku Daud Burueh. Apatah lagi sebagaimana kebanyakan perasaan rakyat Malaysia lainnya, hati saya turut diragut simpati yang membuak-buak apabila Aceh teruji dengan mala petaka dahsyat bencana Tsunami yang telah meragut nyawa lebih 200,000 nyawa di Aceh sahaja pada tarikh 26 Disember 2004. Alangkah hebatnya dugaan yang kau terima wahai para warga Aceh...! Alangkah hebatnya pula kesabaran yang kau tanggung selama ini wahai warga Aceh...! Bila mengenang azab derita dan sengsaranya mangsa korban tsunami itu, terasa kecil dan amat kecil segala ujian dan pancaroba yang pernah saya tempoh sepanjang hidup ini. Kali ini saya dan kawan-kawan datang lagi ke bumi Aceh ini. Saya tidak menganggap diri saya sebagai ‘pelancong’, tapi sebenarnya adalah ‘pengembara di bumi Allah’ yang malang tapi bertuah ini. Kerana Tsunami yang melandamu, dalam bala menimpa ada hikmah rupanya. Setelah berpuluh tahun bersengketa menuntut kemerdekaan, setelah ribuan nyawa terkorban dalam peperangan, Aceh kini menikmati status autonominya. Kami mendaftar dan masuk hotel. Malam itu selepas solat Maghrib dan Isyak di Masjid Baitu Rahman kami menikmati pemandangan Banda Aceh waktu malam dan menjamu selera. Esoknya Selasa 24 November bermulalah pengembaraan kami yang sebenarnya. Selepas bersolat subuh dan bersarapan di hotel kami bertolak menuju ke Meulaboh sebuah bandar pelabuhan. Kami menaiki kenderaan pacuan 4 roda jenis Mitsubishi yang cukup selesa untuk empat orang termasuk pemandu kenderaan. Sepanjang perjalanan kami melalui tepi pantai dan menempuh beberapa pekan dan Bandar. Dari kenderaan itulah kami mengintai denyut nadi kehidupan masyarakat sekitar. Pemandangannya samalah seperti perjalanan dari Medan ke tempat pelancongan Danau Toba di Sumatera utara. Melihat kecantikan alam semula jadi di sini, bagaikan terlupa sejenak bahawa beberapa tahun lalu kawasan-kawasan ini musnah teruk dihentam Tsunami yang mengerikan. Dalam perjalanan kami sempat berhenti sebentar di sebuah tempat bernama Calang. Di sini sempat juga melurus-luruskan pinggang dan memetik kamera masing-masing merakam pemandangan sekitar sementara menunggu feri. Kami sampai di Meulaboh beberapa jam kemudian. Di sini sempat saya menyaksikan di satu kawasan yang luas dimana terdapat sebatang pokok kelapa masih tegak gagah berdiri. Dikatakan semua pokok dan tanaman sekitarnya hancur musnah dalam tragedi Tsunami lalu. Namun sebatang pokok kelapa itu dibiarkan menjulang sebagai saksi bisu. Saya melihatnya dan memikir betapa hebat dan dahsyatnya kekuasaan Allah s.w.t. Allahuakbar...! Saya juga dapat menyaksikan satu kawasan atau kem tentera yang terletak di tepi laut musnah dilanda tsunami bagaikan padang jarak padang tekukur. Kawasan itu dibiarkan begitu tanpa sebaran pembangunan. Agaknya pihak berkuasa sengaja berbuat demikian. Dulu engkau hebat sangat. Buru pemberontak, buru anggota Gerakan Aceh Merdeka (GAM), bunuh sana, bunuh sini dan kini dengan sekali libasan tsunami kamu berkubur tanpa batu nisan.
Allahuakbar..! Di sini juga ribuan mangsa tsunami terkorban. Namun apabila menyaksikan pembangunan yang sedang hebat di Bandar ini, bagaikan tak terasa bahawa beberapa tahun lalu sebilangan bangunan dan warganya telah terkubur ditelan tragedi dahsyat itu. Malam itu kami berlabuh di kota pelabuhan itu. Keesokannya Rabu 25 November kami meneruskan ‘pengembaraan’ balik ke banda Aceh melalui Bandar Sigli. Perjalanannya panjang bermula jam 8.30 pagi hingga 8.00 malam. Sebelum sampai ke Sigli, kami menempuh beberapa Bandar seperti Geumpang, Tangse dan Lameulo. Di Banda Aceh kami menginap di Hotel GrandNanggroe yang terletak di Jalan Tengku Imum Lueng Bata. Hari Khamis 26 November kami melalui acara bebas. Kami sepakat menunaikan puasa sunat pada hari itu sempena 9 Zulhijjah dan puasa sunat Khamis. Menariknya pihak hotel sendiri menyediakan makan sahur kepada mereka yang mahu berbuat demikian. Kami menikmati berbuka puasa di Masjid Baitul Rahman. Menunya tiga biji kurma dan segelas air. Selepas bersolat maghrib dan isyak kami berpakat menikmati makanan ‘orang Aceh’ di sebuah restoran berdekatan masjid. Malam itu kami terasa bertuah kerana dapat menikmati sambutan perayaan sempena Aidladha oleh warga Banda Aceh. Pestanya memang hebat termasuk perarakan kereta berhias. Difahamkan satu daerah menghantar satu kereta berhias masing-masing. Perarakannya ialah mengelilingi Banda Aceh yang acaranya berakhir sampai jam 11.30 malam.
Suasananya macam kita menyambut perayaan dengan pelbagai kereta berhias yang berlokasi di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur itulah... Banda Aceh berlimpah dengan lampu hiasnya. Bersemarak dengan kereta berhiasnya. Wajah para warganya ceria dalam kegembiraan menyambut kedatangan Aidiladha. Di Banda Aceh kenderaan awamnya berupa bas dipanggil ‘Labi-Labi’. Mengapa dipanggil begitu ye...? Selain itu, beca yang bermotorsikal juga merupakan kenderaan awam yang popular di sana. Sekali naik tambangnya lebih kurang RM1.00 sahaja. Sementara kenderaan persendirian paling popular di sini ialah motorsikal.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari di pasaran...

Venezuela: Zamrud Islam Di Daerah Latin

Venezuela adalah penghujung utaranya tanah Latin, bersempadan dengan laut Carribean dan lautan Atlantik. Negara ini juga bersempadan dengan Guyana di Timur, Brazil di Selatan dan Colombia di Barat. Tanah Amerika merupakan tanah minoriti bagi kelompok muslim. Dari sekitar ribuan juta muslim dunia, hanya ada 4,5 juta muslim yang tinggal di benua yang ditemukan oleh Columbus itu. Mereka hidup bersama majoriti Nasrani yang demikian dominan. Tiga negara berpenduduk Nasrani terbesar di dunia ada di benua ini yakni Amerika Syarikat, Brazil, dan Mexico. Di tiga negara ini saja ada lebih dari jutaan manusia memeluk Nasrani, jumlah akan lebih besar jika ditambah dengan umat Nasrani di negara Amerika Syarikat. Jumlah penduduk Venezuela sendiri sekitar 33 juta jiwa. Di antara keramaian itulah hidup sekitar 100 ribu muslim yang sebahagian besar menetap di kota Caracas, ibu kota Venezuela. Penganut Katolik diperkirakan berjumlah 25 juta orang, 500 ribu Protestan, dan bakinya adalah Hindu, Budha dan Yahudi. Muslim Venezuela umumnya berasal dari keturunan Arab, seperti Lebanon, Palestin, Syria, dan Turki. Awalnya data mengenai jejak Islam di Amerika Latin menimbulkan banyak kontroversi kerana pengaruh penjajahan Sepanyol dan Portugis yang panjang di sana. Namun, perlahan fakta mulai terkuak seiring dengan penelitian yang dilakukan oleh sebilangan peneliti Islam mahupun bukan muslim. Bukti arkeologis utama kehadiran Islam di benua Latin adalah sebuah batu peringatan bertuliskan kalimah “ALLAH” di Brazil, selain ditemukannya nama-nama berbau Arab pada beberapa orang penduduk asli. Menurut para ahli sejarah, Islam dibawa oleh para hamba sahaya dari Afrika yang tersebar di Brazil, Venezuela, Colombia, dan Kepulauan Carribean. Pada abad ke 16, setelah pembebasan para hamba, terbentuklah komuniti-komuniti Islam yang bergabung dengan para pendatang dari negara-negara Islam lain seperti India dan Pakistan. Menurut data pada tahun 1850 – 1860, terdapat pendatang Muslim Arab secara besar-besaran ke tanah Amerika Latin. Sebahagian besar mereka berasal dari Syria dan Lebanon yang kemudian menetap di Argentina, Brazil, Venezuela, Colombia, Paraguay dan wilayah lainnya. Para penghijrah yang membentuk kelompok masyarakat tersebut mampu berbaur dengan masyarakat setempat dan sering mengikuti kegiatan-kegiatan nasional sehingga mereka dapat diterima baik. Selain itu mereka juga dikenal pekerja gigih dan mencintai negara yang menaunginya. Sambutan Kebudayaan Islam setiap tahunnya semakin pesat di Amerika Latin dan ini membuktikan bahawa Islam sangat penting dalam segi kehidupan Amerika Latin. Menurut American Muslim Council, ada puluhan ribu Latin-Amerika yang memeluk Islam. Diperkirakan ada sekitar 20 ribu hingga 60 ribu muslim keturunan Latin di Amerika Syarikat yang kini menyebar di New York City, Chicago, Miami, California dan Texas.

Masjid Terbesar
Di ibu kota Caracas terdapat salah sebuah masjid terbesar di Amerika Latin. Namanya Masjid Syeikh Ibrahim. Masjid ini didirikan oleh Syeikh Ibrahim, seorang yang masih ada hubungan keluarga kerajaan Arab Saudi. Walaupun tidak berada di pusat kota, masjid ini memberikan pengaruh berkesan bagi kemajuan Islam di seluruh wilayah Venezuela, terutama di Caracas. Terletak di wilayah Recreo El Caracas, masjid ini disebut-sebut hanya sedikit kalah besarnya dari Cultura Centro Rey Fahd Islamico, masjid di Buenos Aires, Argentina. Pembangunan masjid dimulai pada tahun 1989 dan selesai pada tahun 1993. Masjid ini menempati kawasan seluas 5,000 meter persegi dengan menara setinggi113 meter (tertinggi di Amerika Latin). Kubah masjid sendiri tingginya mencapai 23 meter dan dapat menampung sekitar 3,500 jemaah. Adanya masjid Caracas serupa zamrud berharga di tanah Latin, sebuah noktah berkilau di antara bebatuan. Sejak 1498, ketika pelaut Sepanyol menancapkan salib di Pantai Venezuela, Katolik Roma menjadi agama berpengaruh di sana. Kerananya wajar melihat menara dengan bulan sabit menghiasi puncak sebuah bangunan menjadi satu pemandangan unik tersendiri. Bangunan unik ini dapat dilihat dari puncak pegunungan Andes, menjadi satu bangunan kukuh diantara gereja-gereja yang berserakan di Caracas yang menandakan sebuah perhubungan antara manusia yang berlainan keyakinan.
“Ini seperti mimpi yang menjadi kenyataan bagi kami,” ujar Hassan Majzoub, Presiden Venezuela’s Islamic Center saat masjid ini rasmi dibangunkan. Menurut Hassan warga keturunan Lebanon yang berhijrah ke Venezuela pada 1968, jumlah muslim Venezuela memang tidaklah banyak, tak lebih banyak daripada yang ada di Brazil atau Argentina. Namun, kewujudan Masjid Shaikh Ibrahim menjadi satu kebanggaan tersendiri.
Banyak yang menyebut bahawa terbinanya masjid ini terkait dengan keanggotaan Venezuela sebagai anggota OPEC (organisasi pengeluar-pengeluar minyak dunia). Menggantungkan sepenuhnya pembiayaan negara dari minyak (80 peratus) membuat Venezuela mesti memiliki hubungan baik dengan Arab Saudi, anggota OPEC paling berpengaruh. Maka tatkala sebuah yayasan di Arab Saudi yang masih ada hubungan keluarga dengan Raja Saudi menawarkan bantuan sekitar 8,5 juta dollar untuk membangun masjid, Venezuela langsung menyambut baik. Masjid ini sendiri bukan yang pertama yang dibangun keluarga Raja Saudi, beberapa masjid lain juga dibangun di Dusseldorf, Gibraltar, Milan dan Moscow. Dengan biaya sebesar itu masjid Caracas diutamakan sebagai salah satu bangunan penting di kota Caracas, terletak berdampingan dengan Teater Nasional, Muzium Seni, perusahaan telefon dan kebun raya. Arkitek masjid yang dirancang Oscar Bracho merupakan cabaran tersendiri bagi masjid ini kerana letaknya bertumpu dengan jalur kereta bawah tanah serta berdampingan dengan sebatang jalan bebas hambatan. Untuk mengurang kebisingan dan getaran dari kereta bawah tanah, lantai dasar masjid tak digunakan untuk ruang solat, tapi bagi aktiviti kemudahan umum untuk melangsungkan perkahwinan, juga perpustakaan dan sekolah Al-Quran. Sementara itu untuk mengurangi kebisingan jalan raya, bangunan masjid dibungkus dengan lapisan tertentu dari beton (simen yang dikuatkan dengan besi di dalamnya) dan marmar. Uniknya, kerana sebahagian besar penduduk Venezuela kurang mengenali Islam, Masjid Shaikh Ibrahim sering disebut sebagai “Gereja Islam” atau “Sinagog Muslim” oleh masyarakat di sana.

Ahmadinejad dan Hugo Chavez
Satu segi yang tak boleh dipisahkan dalam pembicaraan tentang Venezuela adalah Hugo Chavez. Pemimpin Venezuela ini namanya semakin berkibar akhir-akhir ini terkait dengan perjuangannya mengikis pengaruh Amerika Syarikat di tanah Latin dan dunia. Chavez dikenal sebagai salah seorang pemimpin dunia yang berani mengecam tindakan Amerika Syarikat dan Israel. Begitu juga dengan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad. Keduanya seringkali melawan tindakan Amerika Syarikat dan Israel. Inilah yang membuat dua orang ini kini bersahabat dan saling bekerja sama demi mewujudkan cita-cita mereka bagi keadilan dunia. Pada awalnya Chavez berfikir melakukan hubungan dengan Iran adalah bodoh dan tak berguna. Ahmadinejad pun melihat Chavez adalah orang bukan Islam yang tidak bertuhan. Namun seiring berjalannya waktu, kedua negara tersebut sepakat untuk melakukan hubungan diplomatik. Chavez pernah melakukan kunjungan beberapa kali ke Iran, begitu juga sebaliknya. Selain itu, kedua negara ini menjalin hubungan yang erat dalam hal menentang keras keganasan serta pencerobohan Amerika Syarikat dan Yahudi. Iran dan Venezuela menjalin hubungan dalam beberapa hal, diantaranya saranan untuk hubungan perniagaan yang mereka sepakati dan menyediakan berbagai perlengkapan, traktor, simen, dan perusahaan lain sebagai tempat menjalankan perniagaan tersebut.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari di pasaran...

Cerita Bagaimana Tahun 20an Orang Islam Tunaikan "Haji"

BEBERAPA keluaran yang lalu HIDAYAH telah menyiarkan mengenai kisah bagaimana jemaah Haji kita yang menunaikan fardu Haji dengan perjalanan menaiki kapal laut. Sebelum pesawat (kapal terbang) bermula dengan membawa jemaah haji ke Makkah, orang-orang zaman dulu menunaikan fardu naik kapal. Bahkan ada cerita zaman dulu-dulu, jemaah haji kita pergi ke Makkah, “naik kapal layar”. Kata orang-orang bercerita, sehingga empat lima bulan baru sampai. Cerita ini sukar untuk dipastikan apakah benar ada orang naik kapal layar dari Tanah Melayu ke Arab Saudi kerana mahu tunaikan rukun Islam kelima. Bagaimana pun kemungkinannya ada, kerana tunaikan haji menjadi salah satu rukun Islam. Mungkin mereka yang mempunyai wang, dan cukup pula “rukun dan syaratnya” tentulah mereka akan tunaikan rukun Islam kelima itu. Tetapi sehingga ini belum ada kisah yang tertulis atau dirakamkan “jemaah naik kapal layar” ke Makkah. Yang ada cerita dan gambar ialah “kapal biasa” memang membawa penumpang, dan barang-barang dagang oleh tuan-tuan punya kapal itu sendiri. Bagaimanapun, kita tinggalkan cerita orang naik kapal layar. Tetapi apa yang saya mahu ceritakan disini ialah orang-orang kita tunaikan haji dengan naik kapal sejak zaman tahun 20an lagi. Rupa-rupanya zaman tahun 20an dulu lagi, ada orang kita sudah menunaikan fardu haji naik kapal. Tetapi tidaklah sama dengan kapal yang kita naik sebelum bermula dengan kapal terbang dalam tahun 70an dulu. Orang-orang zaman itu kalau mahu buat Haji, terpaksa membuat persiapan tiga bulan sebelum berangkat. Ertinya, seseorang yang mahu tunai haji, akan mula bersiap dari bulan Rejab lagi. Menurut cerita mulut ke mulut dari keluarga dimana datuk nenek yang pergi dulu-dulu sangatlah menarik dan kadang-kadang melucukan juga. Cubalah kita bayangkan zaman dulu orang pergi ke Madinah dari Makkah menaiki unta. Cuba kita bayangkan, berapa lamakah baru sampai ke Madinah.
Cerita-cerita yang disampaikan bahawa, jemaah haji dulu hanya naik unta sahaja. Tidak ada kenderaan lain, sama ada kereta atau pun keretapi. Bermula dari pelabuhan Singapura, para jemaah akan menaiki kapal yang akan memakan masa selama lima belas hari atau pun lebih dari itu. Ada dua pelabuhan di tanah Melayu ketika itu. Satu lagi ialah di Pulau Pinang. Dari kedua-dua pelabuhan ini, para jemaah akan belayar hingga ke Jeddah.
Ada seorang tua menceritakan tentang hal ini dimana “Datuknya” menunaikan haji dalam tahun 20an dulu. Katanya: “Datuknya bercerita bahawa ada juga masalah-masalah yang dihadapi semasa naik kapal ketika itu.
Bagaimana pun, katanya, kapten kapal amat cekap dan sentiasa memantau para penumpang. Para pegawai dan anak-anak kapal juga ditugaskan untuk menjaga keselamatan para penumpang, terutama para jemaah haji.
Apa juga masalah yang dihadapi akan diadukan kepada pegawai-pegawai dan anak-anak kapal yang bertugas. Tindakan segera terus diambil bagi mengatasinya. Zaman dulu, orang pergi Haji mesti menggunakan khidmat syeikh-syeikh haji. Melalui ejen-ejennya yang ada di Malaya, maka para jemaah akan berurus melalui ejen-ejen yang ada di Malaya. Kebanyakan Syeikh-Syeikh Haji yang ada di Makkah yang menggelolakan para jemaah adalah orang-orang dari Pantai Timur iaitu dari Kelantan. Mereka tinggal lama di sana. Ada yang belajar agama, ada pula yang berniaga. Tetapi mereka semuanya fasih berbahasa Arab. Syeikh-syeikh Haji inilah yang mempengaruhi para jemaah dibawah kelolaannya supaya “memakai serban” setelah mengerjakan ibadah haji.
Ini, kata mereka, sebagai menandakan anda semua sudah selamat menunaikan fardu haji dan sudah pun mendapat “title” Haji. Jadi, untuk menandakan bahawa kamu semua sudah “haji” oleh orang-orang kampung anda, maka anda semua eloklah pakai serban” Dengan itu nama pun ditambah dengan title “Haji Fulan bin Fulan”. Kemudian ada diantara para jemaah kita apabila pulang ke kampung dengan memakai serban sama ada yang lelaki dan perempuannya melilit kepala mereka sebagaimana sekarang. Kemudian ada pula yang memberitahu kepada jemaah yang sudah “tunaikan haji” itu, bahawa pakai serban hukumnya Sunat. Para Syeikh itu pun mencari hadis untuk menguatkan seranannya pakai serban itu. Hinggalah sekarang, orang-orang kampung yang sudah tunai haji dan pulang kampung mesti pakai serban, kalau tidak pun sekadar pakai “ketayap putih”.
Sebenarnya, kalau dikaji pakai serban itu adalah budaya orang Arab. Kain yang dililit dikepalanya itu mempunyai pelbagai guna untuk mereka. Kalau mereka berjalan di padang pasir ditiup angin kencang yang kadang-kadang mengandungi pasir, maka kain lilit serban itulah digunakan untuk menutup muka dan sebahagian dari matanya.
Kalau musim panas, mereka akan gunakan serban itu untuk menutup kepalanya bagi mengurangkan dari terikan panas di padang pasir itu. Kalau mereka mahu bersolat, maka kain serban itulah akan digunakan sebagai alas untuk bersembahyang. Memang banyak gunanya kain serban yang dipakai itu oleh orang-orang Arab.
Bagi orang-orang kita memakainya tidaklah salah, tetapi mengatakan memakainya sebagai “sunat” itulah yang dipertikaikan. Kalau tidak pakai serban pun, Allah Maha Tahu bahawa kita sudah sempurnakan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan fardu dengan rukun syaratnya sempurna dan semoga Allah menerima ibadah haji kita itu, Amin. Kalau kita tidak lilit serban pun, tak apa, dan tidak berdosa. Kalau orang tidak panggil kita haji pun tak apa. Allah s.w.t. Maha Tahu segala-galanya. Kita janganlah marah-marah kalau ada orang panggil kita tanpa menyebutkan title haji itu. Tak sebut pun, tak apalah... Kadang-kadang ada orang marah-marah kerana tidak panggil dia “Haji fulan”. Katanya: “Aku keluar belanja ribu-ribu ringgit tunaikan haji, kamu tidak panggil aku “haji”. Ini, tidak boleh.” Elakkanlah perangai macam ni. Islam tidak suruh kita buat macam itu. Seolah-olah kita tunai haji mahukan “title” haji itu, bukan kerana Allah, bukan kerana mahu tunaikan perintah Allah. Zaman dulu-dulu, itulah pendekatan yang dipakai oleh para Syeikh-Syeikh Haji, sebelum adanya “Tabung Haji” dan peraturan-peraturan lain sebagaimana yang ada sekarang.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari di pasaran...

Mengkafirkan Orang Bukan Hak Manusia

PERSELISIHAN fahaman, dan berbeza pendapat dalam bidang agama memang sudah wujud sejak dulu lagi. Bagaimana pun, perselisihan dan pertentangan yang timbul atau pun ditimbulkan itu tidak menyentuh soal pokok iaitu akidah. Selalunya timbul soal perselisihan ini kerana soal-soal politik. Sebenarnya ada tiga bentuk perselisihan, pertentangan iaitu bidang politik, bidang akidah atau kepercayaan (Ahli Sunah Wal-Jamaah), dan bidang syariat atau hukum ibadah. Kadang-kadang timbul juga perbezaan pendapat tentang masalah hukum dan lain-lain sehingga timbul pertengkaran antara kalangan para ulama itu sendiri. Apabila timbul perselisihan ini, maka masing-masing akan bertindak dengan cara sendiri. ada yang memberikan hujah menurut Quran dan sunah.
Ada pula yang memberikan hujah berdasarkan qiyas, ijtihad. Bila bertentangan wujud, dimana masing-masing mahu pertahankan pendapatnya, maka emosi akan memainkan peranan dan masing-masing “saling mengkafirkan” antara satu dengan yang lain. Kadang-kadang yang dipertengkarkan bukanlah soal pokok, tetapi semata-mata soal “furu’” (cabang atau ranting sahaja). Oleh kerana puak dan golongan yang terlalu “fanatik” kepada guru masing-masing, aliran masing-masing, maka wujudlah puak-puak dalam Islam itu sendiri. Sedangkan Islam tidak suruh kita berbuat demikian. Apa yang disuruh oleh agama, ialah sentiasa “bersatu”, bukan sahaja dalam pendaoat, tetapi juga dalam soal ibadah. Agama melarang kita sama sekali untuk “mengkafirkan” dan menuduh orang lain sesat, sedangkan orang itu tidak kafir dan tidak sesat. Allah tidak memberi “hak” kepada sesiapa pun untuk mengkafirkan orang lain, dan untuk mengatakan orang itu sesat. Kita sendiri sebagai orang muslim tidak diberi ilmu untuk mengetahui isi hati akidah seseorang itu, lebih-lebih lagi untuk mengatakan dan menghukumkan orang itu “Sesat”. Masalah yang wujud dikalangan agamawan kita ialah apabila seseorang itu, maksudnya “ilmuan Islam” yang bercakap mengenai agama yang seolah-olah macam “menongkah arus”, maka orang itu akan dianggap “kurang beradab”. Apa yang kurang beradabnya? Sedangkan dia bercakap hal agama yang tidak terkeluar dari usul fiqh, yang tidak terkeluar dari soal tauhid dan tidak menyeleweng dari ajaran agama Allah?
Itulah susah kita yang hanya membaca kitab yang ditulis oleh satu kumpulan Mazhab saja, sedangkan karya-karya besar, dan karya-karya agung imam-imam mazhab lain kita tidak mahu baca. Sedangkan karya imam-imam mazhab lainnya ulama besar juga, yang mengambil sumber hukumnya dari Al-Quran dan Sunnah?
Misalnya kalau ada pelajar-pelajar kita atau pun ilmuan Islam kita belajar di Makkah, Madinah, Jordan pulang ke tanah air dengan membawa pulang ilmu yang mereka pelajari dari pelbagai Imam Mazhab, apakah ilmu mereka itu tidak betul, dan apakah mereka “tidak beradab”? Sebenarnya, itu adalah “ilmu Allah s.w.t.”, yang mempunyai hikmah yang besar disebaliknya. Ini, memperlihatkan diri kita sendiri yang lemah, dan memperlihatkan kelemahan diri seseorang, kerana tidak “mampu” untuk mengetahui hakikat “ilmu itu sendiri”, sedangkan keberadaan ilmu sudah pasti. Apabila ada pertelingkahan pandangan dan pendapat, kita akan tuduh orang itu tidak beradab, sedangkan ia di lihat dengan jelas ketidak kemampuan kita untuk berdepan ilmu itu, dan hujah yang tidak dapat kita berikan. Ini disebabkan keterbatasan ilmu kita terhadap masalah yang wujud itu, kerana kita hanya membaca kitab yang ditulis oleh satu mazhab sahaja, sedangkan kitab ilmuan Islam, para ulama yang lain yang ilmunya luas dan besar kita tidak baca, sedangkan pelajar lain membacanya semata-mata ingin ambil tahu dan mahu tambah ilmu. Apabila kita tidak mampu dan tidak berjaya memberikan hujah kerana kurangnya ilmu kita, maka kita akan membuat tuduhan “Budak semalam tidak beradab.” Para tokoh agama kita (orang lama) membantah sikap dan pandangan dari pelajar-pelajar kita dari luar negara itu bukan kerana “ilmunya”, tetapi kerana pelajar itu masih muda yang dianggap sebagai “budak semalam” yang cuba nak ajar mereka. Ini samalah dengan kisah saat Allah s.w.t. menciptakan Adam, dan kemudian Allah memerintahkan para Malaikat termasuk iblis supaya sujud (memberi hormat) kepada Adam, tetapi iblis enggan menerima arahan itu. Iblis berpendapat ia (iblis) lebih berhak menjadi “Khalifah” di bumi daripada Adam itu sendiri. Iblis berpendapat ia tidak perlu sujud kepada Adam dan enggan menerima perintah Allah s.w.t. itu. Iblis berpendapat “Adam budak semalam”, “sedangkan aku budak kelmarin”.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari di pasaran...

Insan Yang Membuat Rasulullah Kagum

TIDAK semua sifat, perilaku dan kebiasaan buruk yang ditunjukan kaum kafir Quraisy menunjukkan hal-hal tercela. Sebab ada juga beberapa orang yang walaupun mereka memeluk setia keyakinan nenek moyangnya, namun mereka memerhati seluas samudera, peka dan peduli pada segala yang menimpa Rasulullah s.a.w. dan kaum muslimin. Dalam hal ini, tentu kita ingat bapa saudara Rasulullah s.a.w., Abu Thalib. Dia secara nyata membela anak saudaranya, Muhammad s.a.w., dalam menyiarkan agama ‘baru’ yang menolak adat jahiliah ketika itu. Dia juga rela membantu dan mendermakan hidupnya demi perjuangan Rasulullah, meskipun harus menanggung kesan pahit, yakni dimusuhi kalangannya sendiri, kaum kafir Quraisy. Namun, selain Abu Thalib, rupanya masih ada juga yang menunjukkan perilaku baik meskipun dia masih tergolong kafir dan mengingkari kepercayaan yang dibawa Rasulullah. Dialah sahabat yang memiliki perilaku terpuji dan terbaik pada masa Jahiliah. Kerana itu, tak hairan bila di kemudian hari ketika dirinya menyatakan memeluk Islam, sifat dan watak peribadi yang baik masih tetap terjaga. Sehingga dia dikenal sebagai orang yang terbaik akhlaknya, baik sebelum mahupun sesudah menjadi seorang muslim. Bahkan kerananya Rasulullah pernah menyarankan para sahabatnya untuk mencontohi dan memiliki dua watak tersebut. Pada masa Jahiliah, Sahabat tersebut dipanggil Zaid Al-Khail, sedang pada masa Islam dipanggil oleh Rasulullah s.a.w. sebagai Zaid Al-Khair. Peri laku yang patut diteladani semasa dia masih Jahiliah diceritakan dalam berbagai catatan sejarah Islam.

Penawanan yang Baik
Suatu ketika, pada masa Jahiliah, Zaid Al-Khail menggembalakan unta-unta milik saudara perempuannya. Jumlahnya kira-kira seratus ekor. Menjelang Maghrib, Zaid Al-Khail yang dibantu dua orang hamba sahayanya menambatkan unta-untanya dekat sebuah khemah yang terbuat dari kulit. Di dalam khemah, tinggal seorang tua bernama Muhalhil, ayah Zaid Al-Khail. Zaid mahupun kedua pembantunya tak menyedari kehadiran seorang tetamu tak diundang yang sejak tadi mengintai dari balik semak. Malam kian larut, dingin, dan pekat. Zaid Al-Khail dan kedua pembantunya tertidur kepenatan setelah seharian menggembalakan unta. Begitupun dengan ayah Zaid, Muhalhil. Dalam kegelapan malam, tiba-tiba satu bentuk bayangan berkelebat mendekati tempat unta jantan ditambatkan. Lalu bentuk bayangan itu melepaskan ikatan tali unta tersebut. Tanpa menunggu waktu, ia lantas menungganginya dan meninggalkan khemah. Namun rupanya unta-unta yang lainnya mengikuti unta jantan itu. Zaid Al-Khail sendiri tidak menyedari kejadian tersebut. Beberapa saat kemudian dia baru menyedari bahawa unta-untanya ghaib, tepatnya ketika dia bangun tidur di pagi hari. Tanpa fikir panjang, dia raih tali kekang kuda dan memacunya untuk mengejar si pencuri. Hatinya berharap, siapa tahu si pencuri masih boleh terkejar.
Mungkin memang sudah rezekinya, usaha Zaid Al-Khail akhirnya membuahkan hasil, walaupun memakan waktu dan usaha yang cukup melelahkan. Menjelang tengah hari, Zaid Al-Khail baru menemukan jejak si pencuri. Sebuah pertanda baik. Maka dia pun makin mempercepat menunggang kudanya. Benar saja, akhirnya Zaid Al-Khail berhasil menemukan si pencuri itu. Merasa dirinya terkejar, si pencuri segera turun dari unta jantan yang ditungganginya dan menambatkannya pada sebatang pohon kering. Dia ingin mencabar dengan mencelakai Zaid Al-Khail. Si pencuri pun dengan serta merta mengeluarkan anak panah dari tempatnya dan langsung membidikkannya tepat ke arah Zaid Al-Khail. Sementara Zaid Al-Khail pun segera memberi amaran dengan berteriak menahan si pencuri. “Hei! Lepaskan unta jantan itu!” perintah Zaid dari atas belakang kudanya.
“Tidak! Tidak boleh!” jawab si pencuri. “Patut kau tahu, aku telah meninggalkan keluargaku di Hirah (Iraq) dalam keadaan lapar. Dan aku telah bersumpah tidak akan kembali kepada mereka sebelum berhasil membawakan mereka makanan atau aku mati kerananya!” ujar si pencuri itu tanpa ragu. Merasa amarannya tidak dihiraukan, Zaid Al-Khail kembali mengherdik. “Hei! Cepat kau lepaskan unta jantan itu!” Bentak Zaid mengulangi perintahnya. “Jika tidak kamu lepaskan, akan kubunuh kau!” “Tidak! Aku tidak akan melepaskan unta itu, apa pun yang terjadi!” cabar si pencuri sambil tetap membidikkan anak panahnya ke arah Zaid Al-Khail.
“Baiklah kalau begitu, rentangkan tali unta jantan itu. Di situ terdapat tiga simpul. Tunjukkan kepadaku simpul mana yang harus aku panah!” kata Zaid Al-Khail. Si pencuri rupanya memenuhi permintaan Zaid Al-Khail dan memintanya untuk memanah simpul yang tengah. Zaid Al-Khail membidikkan anak panah dan melepaskannya tepat mengenai sasaran. Saat itu, si pencuri menggelabah dan menunjuk dua simpul lainnya untuk dipanah. Zaid Al-Khail pun segera melepaskan anak panah dan lagi-lagi tepat mengenai sasran. Melihat kenyataan itu, si pencuri segera memasukkan anak panahnya dan menyerah kepada Zaid Al-Khail. Masih di atas kudanya, Zaid Al-Khail menghampiri si pencuri dan melucuti pedang dan panahnya. Si pencuri tertegun melihat itu. Namun sedikitpun ia tak melihat tanda-tanda atau siasat buruk dari Zaid Al-Khail. “Naiklah kau di belakangku!” perintah Zaid pada si pencuri. Dia pun menuruti perintahnya. Setelah membonceng di belakangnya, Zaid Al-Khail bertanya, “Hukuman apa yang aku jatuhkan kepadamu?” “Tentunya hukuman berat,” jawab si pencuri itu pasrah.
“Mengapa demikian?” tanya Zaid lagi. “Kerana perbuatanku telah menyusahkan dirimu. Allah memenangkan engkau dan mengalahkan aku,” jawab si pencuri. Setelah berdialog cukup panjang, si pencuri akhirnya menyedari bahawa yang saat itu memboncenginya adalah Zaid Al-Khail bin Muhalhil yang dikenal sebagai penawan yang baik. Dalam perjalanan ke perkhemahan, Zaid Al-Khail berkata kepada si pencuri, “Demi Allah, seandainya unta-unta ini milikku sendiri, sungguh akan kuberikan semuanya kepadamu. Tapi aku mohon kepadamu, tinggallah di khemahku sejenak barang dua atau tiga hari. Tak lama lagi akan terjadi peperangan dimana aku nanti akan memperoleh harta rampasan.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari di pasaran...

Petunjuk Nabi Cara Melakukan Solat Jenazah

APA juga perbuatan kita atau pun pekerjaan kita terutama dalam soal ibadah, kita mestilah ikut petunjuk Rasulullah s.a.w. Sama ada ia ibadah sembahyang atau pun sembahyang jenazah sekali pun, kita mesti ikut Nabi Muhammad s.a.w. Dalam masalah ibadah, kita tidak boleh nak buat pandai-pandai sendiri tak tentu pasal. Kita ada NABI yang diutus oleh Allah s.w.t. untuk kita menjalankan tugas lebih-lebih lagi mengenai Ibadah.
Dalam soal Fardu Ain, kita mesti ikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah. Dalam soal “Fardu Kifayah” juga, kita tidak boleh buat pandai-pandai sendiri. Ada tata caranya yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. dalam soal-soal sembahyang jenazah ini. Apabila ada jenazah yang datang dan akan disolatkan, Rasulullah menanyakan apakah jenazah tersebut mempunyai hutang yang menjadi tanggunggannya ataukah tidak. Apabila tidak, maka baginda akan menyolatinya. Apabila mempunyai hutang maka baginda tidak menyolatinya, dan mengizinkan kepada para sahabat si mayat untuk menyolatinya. Kerana solat jenazah adalah pertolongan bagi si mayat. Pertolongan tersebut adalah kewajipan, dan seorang hamba (yang meninggal dunia) akan terkatung-katung nasibnya kerana hutangnya, ia tidak akan masuk syurga hingga hutang-hutangnya terbayarkan. Ketika Allah membukakan pintu untuknya kerana hutangnya telah dibayar, maka baginda menyolati jenazah yang mempunyai tanggungan hutang itu, dan membiarkan harta yang tersisa untuk ahli warisnya. Rasulullah memulai solat jenazah dengan bertakbir dan membaca surah al-Fatihah. Ibnu Abbas r.a. pernah melakukan solat jenazah, setelah takbir pertama, baginda membaca surah al-Fatihah dengan suara keras, kemudian ia mengatakan, “Ketahuilah bahawa hal itu (membaca surah al-Fatihah) adalah sunah.” (Hadis Sahih) Abu Umamah bin Sahl juga mengatakan pendapat yang sama, bahawa membaca surah al-Fatihah bagi jenazah setelah takbir pertama adalah sunah. Ia menyebutkan sebuah hadis Nabi s.a.w., yang mengatakan, “Rasulullah memerintahkan untuk membaca surah al-Fatihah bagi jenazah.” Akan tetapi sanadnya tidak shahih. Guru kami mengatakan: “Membaca surah al-Fatihah setelah takbir pertama tidaklah wajib, akan tetapi sunah. Abu Umamah bin Sahl menyebutkan sebuah riwayat dari beberapa sahabat yang menyatakan bahawa selawat kepada Rasulullah adalah bahagian dari solat jenazah.” (HR. Hakim – Baihaqi) Yahya bin Said al-Anshari meriwayatkan dari Said al-Maqburi dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa ia bertanya kepada Ubbadah bin ash-Shamit tentang solat jenazah, kemudian ia menjawab, “Demi Allah, aku beritahukan kepadamu bahawa mulailah dengan bertakbir, kemudian membaca selawat kepada Rasulullah s.a.w., dan ucapkanlah, ‘Ya Allah, sesungguhnya hambaMu si fulan tidaklah menyekutukanMu dan Engkau lebih tahu tentangnya, apabila ia orang yang baik, maka tambahkanlah kebaikan kepadanya, dan apabila ia adalah orang yang jahat, maka Engkau pun Maha kaya untuk tidak menyeksanya. Ya Allah, janganlah Engkau haramkan pahalanya untuk kami dan jangan pula Engkau sesatkan kami setelah kepergiannya.”’ Tujuan solat jenazah adalah untuk mendoakan si mayat. Tak hairan kalau kita mendapatkan lebih banyak riwayat tentang doa ini dari Rasulullah s.a.w. dibanding riwayat tentang membaca al-Fatihah dan selawat. Di antara doa yang bersumber dari baginda adalah: “Ya Allah, ampunilah ia, kasihanilah ia, sejahterakanlah ia, maafkanlah kesalahannya, hormatilah kedatangannya, lapangkanlah tempat masuk kuburnya, dan bersihkanlah ia dengan air, ais dan embun serta sucikanlah ia dari dosa sebagaimana Engkau sucikan kain putih dari kotoran dan najisnya. Gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik; gantilah keluarganya dengan keluarga yang lebih baik, gantilah isteri atau suaminya dengan isteri atau suami yang lebih baik. Masukkanlah ia ke dalam syurga dan lindungilah ia dari seksa kubur serta seksa api neraka.” Di antara doa baginda yang lain adalah: “Ya Allah, ampunilah kami baik yang masih hidup dan yang sudah meninggal dunia, baik yang hadir ataupun yang tidak hadir, yang kecil ataupun yang besar, lelaki ataupun perempuan. Ya Allah, siapa saja yang telah Engkau hidupkan di antara kami, maka hidupkanlah ia dengan menetapi agama Islam, dan barang siapa yang Engkau matikan di antara kami, maka matikanlah ia dalam keadaan membawa iman. Ya Allah, janganlah engkau menghalangi kami untuk mendapatkan pahala (kebaikan)nya dan janganlah Engkau timpakan fitnah kepada kami setelah kepergiannya.” Di antara doa baginda yang lain adalah: “Ya Allah, sesungguhnya si fulan bin fulan adalah dalam tanggunganMu dan berada di sisiMu, jagalah ia dari fitnah kubur dan dari seksa api neraka. Engkau adalah Zat yang menepati janji dan kebenaran, maka ampunilah ia dan kasihanilah. Sesungguhnya Engkau adalah Zat yang Maha pengampun lagi Maha penyayang.” Di antara doa beliau lainnya adalah: “Ya Allah, Engkau adalah Tuhannya, Engkau telah menciptakannya, Engkau telah memberikan rezekinya, Engkau telah menunjukkan kepada Islam, Engkau pun telah mengambil ruhnya, dan Engkau telah mengetahui dirinya baik yang tidak terlihat mahupun yang terlihat, kami datang memohon pertolongan-Mu maka ampunilah ia.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari di pasaran...