Monday, October 10, 2011

Variasari Keluaran Oktober 2011

Sudahkah anda memiliki Variasari edisi Oktober 2011? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan...

Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai.

Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.

Dapatkan segera majalah Variasari keluaran Oktober 2011 sebelum terlambat.

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.

Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin


Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Dalam Variasari Oktober 2011










Hidayah Oktober 2011

Hidayah keluaran Oktober 2011 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja Dalam Hidayah...

Langganlah Segera Melalui Pos






















Kepada pembaca yang melanggan secara online e-mailkan kepada kami salinan resit bayaran bersama maklumat peribadi serta tarikh mula majalah yang anda ingin kami hantarkan...ke alamat: majalahhidayah@yahoo.com

Salam Kami Oktober 2011

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur kita ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kita telahpun melalui detik-detik Syawal. Setiap kita kembali menjalani kehidupan biasa. Baik pekerja di pejabat, baik pekerja-pekerja di kilang, baik yang bekerja sendiri dan sebagainya. Bagi pelajar-pelajar pula inilah masanya saat penting yang dihadapi untuk mengambil peperiksaan PMR, SRP, SPM dan STPM. Peperiksaan yang sebenar bukanlah hanya pada hari peperiksaan saja, tapi ialah hari-hari sebelumnya dan pelbagai persediaan mental dan kejiwaan. Setiap kita mungkin mempunyai anak yang akan menempoh musim peperiksaan ini. Tugas dan tanggungjawab kita ialah mendoakan agar semua anak-anak kita beroleh kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang akademik. Namun dalam menentukan kejayaan sebenarnya ialah para pelajar itu sendiri dan qadha qadar dari Allah s.w.t. jua. Bagi masyarakat Islam pula, sehabis Syawal ini kita disibukkan dengan persediaan para jemaah yang akan menjadi tetamu Allah di tanah suci. Alangkah beruntungnya mereka yang diizinkan menyahut panggilan Illahi pada tahun ini. Semoga mereka memperolehi ‘haji mabrur’. Begitulah indahnya Islam ini yang melalui fasa-fasanya pada setiap tahun. Dengan sambutan hari raya puasa, hari raya haji, kemudian di susuli pula dengan sambutan awal Muharramnya dan lain-lain lagi menyemarakkan syiar Islam di bumi tercinta ini. Dalam melalui detik-detik ini Hidayah tetap muncul dihadapan anda. Membawa pelbagai kisah dan rencana-rencana yang bermanfaat untuk dibaca dan dihayati. Kisah-kisah iktibar yang dipaparkan kali ini membawa mesej yang positif. Bermula dengan kisah pengayuh beca yang ‘bersedekah’ tenaganya setiap Jumaat, kisah keajaiban lailatur qadar, lelaki yang sembuh penyakitnya berkat puasa Ramadan dan lelaki yang menemui ajalnya ketika bersolat di subuh Ramadan. Benarlah setiap kita mahu meninggal dunia dalam keadaan yang baik (Husnul Khatimah). Maka wajarlah kita mengetahui bahawa orang yang sedang sakit, hendaklah mengamalkan ‘doa Nabi Yunus a.s.’ sebagaimana terdapat dalam firman Allah dalam surah Al-Anbiyaa’: 87 apabila kita sedang sakit. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Siapa saja dari muslim yang berdoa dengan doa ini diwaktu sakitnya sebanyak empat puluh kali, lalu ia mati dalam sakitnya itu, maka ia diberi pahala syahid. Namun jika ia sembuh, maka ia sembuh dalam keadaan semua dosanya telah diampuni.” (HR. Al-Hakim) Terima kasih dengan sokongan pembaca yang berterusan. Selamat berjumpa lagi dalam keluaran akan datang, InsyaAllah.
Wassalam.

Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Sebuah Perkahwinan Yang Mengundang "Dosa" Satu Rumah

SEMASA bersekolah dulu umur baru meningkat antara 10 dan 12 tahun dan banyak peristiwa yang dapat dilihat dalam masa itu. Apabila sudah besar panjang macam ini, sudah tahu, dan sudah membaca sedikit sebanyak hal ehwal agama dan adat istiadatnya, maka kita “geleng kepala” apabila mengenang semula peristiwa yang dilakukan oleh masyarakat Islam kita ketika itu. Ambil contoh dalam membuat persiapan “kerja kahwin”. Banyak kerja yang terbuang dan membazir dibuat. Ada perkara yang tidak disuruh oleh agama, kita lakukan. Ia lebih merupakan ‘adat’ istiadat saja. Kalau pun buat sebenarnya mengundang “dosa”, dan kalau tak buat tak jadi apa-apa pun. Kalau ada satu keluarga dalam kampung itu mahu mengahwinkan anak perempuannya, maka hampir dua bulan persiapan sudah diatur. Yang baiknya ialah adanya kerjasama, tolong menolong, bergotong-royong semua orang kampung terhadap keluarga yang mahu mengkahwinkan anaknya itu. Yang tak baiknya, adanya hal-hal yang tidak disuruh oleh agama, tetapi dilakukannya. Hal tersebut lebih menjurus kepada perbuatan-perbuatan “dosa” kecil dan dosa besar. Rupa-rupanya dalam kita menyediakan untuk membuat kenduri kerja kahwin anak, kita tak sedar kita ada buat dosa. Kita langgar perintah agama. Agama tidak suruh kita buat macam tu, kita buat. Apabila agama tak suruh, tetapi kita lakukannya, tentulah kita mengundang dosa, sama ada ia dosa kecil atau pun dosa besar. Dosa besar yang sering kita undang dalam menyediakan untuk membuat kenduri kahwin ini ialah dengan melalaikan “waktu solat”. Inilah pokok utama yang mengundang dosa.
Meninggalkan sembahyang dengan sengaja, hukumnya berdosa. Ini tidak ada tolak ansur lagi. Oleh kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang tidak perlu apa lagi pada waktu-waktu asar dan maghrib, maka solat tertinggal.
Misalnya dizaman dulu dalam tahun 50an, orang-orang di sebuah kampung di Melaka apabila membuat kerja kahwin akan mengadakan satu majlis “mandi berhias”. Majlis ini betul-betul bermula hampir maghrib dan waktu maghrib itulah penggantin datang apa disebut “mandi berhias”. Semua orang yang terlibat tidak “solat”. Biasanya “satu rumah terlibat sama” dengan upacara “mandi berhias” ini, dan satu rumahlah tak solat. Cubalah kita bayangkan betapa kita “mengundang dosa” pada waktu-waktu yang sangat penting itu untuk menyembah Allah. Pada waktulah, tuan rumah menyediakan makanan untuk para tetamu yang menghantar pengantin “mandi berhias” dengan jamuan yang istimewa itu. Betul-betul pada waktu menjamu selera oleh para tetamu itu ialah tepat pada waktu orang sembahyang Maghrib. Orang-orang yang taat sedang bersolat, manakala orang-orang yang mengelolakan “pengantin” mandi berhias sedang makan dengan seenak-enaknya. Sedangkan rezeki yang kita makan itu Allah yang anugerahkan. Sedangkan suruhan Allah yang memberi kita rezeki itu tidak kita lakukan. Di manakah letaknya “kesyukuran” kita kepada “Khalik” pencipta kita itu? Inilah yang disebutkan tadi, kita sedang “mengundang dosa” dalam satu majlis yang sepatutnya tidak berlaku kejadian tersebut. Itulah barang kali “Zaman semi jahiliah” dimana manusia (Islam) masih tidak tahu, masih tidak faham tentang agama. Satu lagi perkara atau pun perbuatan yang boleh “mengundang dosa” ialah pada waktu apa yang disebut “Hari Langsung”, atau pun hari “Bersanding”. Biasanya upacara ini akan berlaku pada waktu hampir-hampir waktu maghrib. Upacara “bersanding” ini ialah hari akhir pada majlis sesebuah perkahwinan itu. Pengantin lelaki akan diarak dari rumahnya di sebuah tempat lain ke rumah pengantin perempuan. Biasanya, ia bermula pada sebelah petang.
Pasukan kompang akan mengarak pengantin melalui jalan-jalan tertentu ke rumah pengantin perempuan. Kalau rumah pengantin lelaki itu disebelah kampung saja, maka pasukan rebana atau pun kompang akan mengaraknya berjalan kaki melalui rumah-rumah dan halaman-halaman jiran-jiran lainnya sehinggalah tiba ke rumah pengantin perempuan. Dalam perarakan tersebut akan dibawa bunga-bunga manggar. Ada juga bintang-bintang, bulan yang dibuat dari kertas. Semua bunga manggar dan lain-lainnya akan dibawa oleh budak-budak sekolah. Sebelum tiba ke rumah pengantin perempuan, bunga manggar dan perhiasan-perhiasan lain seperti “bulan”, “bintang-bintang”, akan direbut oleh mereka yang ikut perarakan pengantin itu. Kadang-kadang budak-budak sekolah ada membawa lari semua alat-alat perhiasan itu. Itu memang sudah menjadi adat budaya bagi mereka yang “mengarak pengantin lelaki”. Biasanya, pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan waktu petang hampir waktu solat maqrib. Apabila semuanya sudah selesai berkompang dan sebagainya, pengantin lelaki akan di pimpin naik tangga terus duduk diatas pelamin untuk upacara berinai.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2011 di pasaran...

Berkat Sedekah: Pengayuh Beca Tunai Haji Secara Percuma

PARMAN, demikian orang-orang memanggilnya. Dia hanyalah seorang pengayuh beca. Sudah boleh dijangkakan, berapa sangatlah pendapatannya? Apalah sangat kekayaannya? Dia hanya punya tempat tinggal, dan itu pun sebuah rumah bertaraf ‘pondok’ di tempat tanah setinggan, yang atapnya bocor sana sini apabila hujan. Meskipun begitu, Parman memiliki budi yang sangat mulia. Kemiskinan yang merenggut kehidupannya, tidak menutup mata batinnya untuk selalu ‘memberi’ kepada orang lain. Tapi, bukan harta yang boleh dia sumbangkan. Sebab, untuk makan sehari-hari saja sulit, apalagi berniat untuk memberi wang ringgit atau harta kepada orang lain. Maka, yang hanya boleh dilakukan Parman adalah “sedekah jasa”. Iaitu, setiap hari Jumaat dia tidak mengambil tambang kepada semua penumpang yang menaiki becanya. Ini adalah hal yang luar biasa. Tidak semua orang boleh melakukannya, apalagi orang miskin seperti dirinya. Maka, atas kebaikannya itulah, suatu “keberkatan hidup” kemudian menghampirinya. Suatu ketika, di satu hari Jumaat pertama bulan Ramadan, tiba-tiba, ada seorang hartawan yang keretanya tiba-tiba mogok. Kebetulan, keretanya yang rosak yang enjinnya tiba-tiba mati itu berlaku tidak jauh dari tempat stesyen para pengayuh beca. Hartawan itu pun bertanya kepada drivernya, “Cuba kamu tanya pengayuh beca itu berapa tambangnya untuk saya sampai ke rumah?” “Paling tidak hanya beberapa ringgit saja tuan,” jawab driver itu kepada majikannya. Hartawan tersebut pun memutuskan naik beca saja kerana sebenarnya jarak ke rumahnya tidaklah berapa jauh sangat. Alang-alang saja untuk mengambil sebuah teksi. Maka, dipanggillah seorang pengayuh beca yang ada di situ dan kebetulan Parman yang datang. Lalu, dikayuhlah beca itu oleh Parman menuju rumah orang kaya tersebut. Setelah sampai di rumahnya, Parman diberi wang Rp10 ribu (RM 3.50) dan tak perlu dipulangkan bakinya. Namun, oleh Parman wang itu ditolaknya.
“Kenapa kamu menolaknya?” tanya hartawan itu kehairanan. “Saya sudah meniatkan sejaka lama dulu, kalau setiap Jumaat saya khidmat secara percuma kepada semua penumpang yang naik becak saya sebagai cara saya ‘bersedekah’,” jawabnya jujur. Selepas itu Parman pun pergi meninggalkan hartawan tersebut. Rupanya, kejadian itu meninggalkan kesan di hati hartawan tersebut. Hartawan itu tiba-tiba terasa insaf sebab dirinya saja tidak pernah bersedekah, inikan orang miskin malah melakukannya dengan begitu tulus ikhlas sekali. Lalu, dikejarnya dan di panggil Parman sekali lagi. Parman menghentikan kayuhan becanya. Parman pun dihulur wang Rp1 juta (RM350.00) Dia fikir Parman akan menerimanya kerana jumlah wangnya besar. Tapi, Parman tetap menolaknya. Lalu, dinaikkan lagi menjadi Rp2 juta (RM700.00). Namun Parman tak teragak-agak menolaknya. Alasan Parman sama: dia tidak menerima wang satu sen pun di hari Jumaat untuk khidmat menaiki beca. Sebab, dia sudah meniatkannya untuk bersedekah. Subhanallah! Tapi, hal ini justeru membuat hartawan tersebut semakin ghairah untuk mengetahui hakikat pengayuh beca itu. Maka pada hari Jumaat berikutnya (di hari Ramadan juga), hartawan itu pun naik beca lagi. Dia sengaja meninggalkan pemandunya untuk pulang ke rumah sendiri dan dia lebih memilih berhenti di stesyen beca itu untuk boleh naik beca Parman. Maka dihantarlah hartawan tersebut ke rumahnya oleh Parman. Setelah sampai, Parman pun diberikan sejumlah wang yang lebih besar lagi, kali ini RP10 juta (RM3,500). Hartawan itu fikir Parman akan terliur oleh jumlah wang sebanyak itu. Tapi, lagi-lagi, perkiraannya meleset. Parman, sekali lagi, menolak wang yang bagi dia itu sebenarnya tersangat besar. Apalagi, tambahan tak beberapa hari lagi akan menyambut hari raya dan wang itu pasti akan berguna buat dirinya dan keluarganya. Tapi, Parman tetap menolaknya dengan halus dan beradab. Kejadian ini benar-benar membuat hartawan tersebut semakin tidak mengerti. Kenapa orang miskin seperti Parman tidak mahu menerima wang sebesar itu? Padahal, wang itu boleh dia gunakan selama berbulan-bulan. Namun, rasa ingin tahu hartawan itu rupanya tidak pernah berhenti di situ. Hari Jumaat berikutnya lagi, dia pun naik beca milik Parman lagi. Namun, kali ini dia minta dihantarkan ke tempat yang lain. “Bawakan saya ke rumah kamu tinggal,” pinta hartawan itu.
“Memangnya, ada apa-apa, tuan?” tanya Parman jujur. “Pokoknya, hantarkan saya saja,” tegas hartawan itu.
Akhirnya, Parman terpaksa membawa hartawan tersebut ke rumahnya. Mungkin hartawan itu hanya ingin menguji: apakah pengayuh beca itu benar-benar orang miskin ataukah tidak? Mereka pun akhirnya sampai di rumah Parman. Betapa terkejutnya hartawan itu, kerana rumah yang dimaksud hanyalah sebuah rumah pondok yang sangat jelek. Atap gentingnya bila-bila saja boleh roboh oleh terpaan angin dan air hujan. Oleh kerana tersangat ‘hibanya’ melihat kedaifan tempat tinggal Parman itu hartawan itu menyeluk sakunya dan menghulurkan wang sejumlah Rp.25 juta (RM8,750) “Ini ambillah wang sekadarnya dari saya. Mohon kamu menerimanya,” pinta hartawan kepada Pak Parman. Apa reaksi Parman?...

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2011 di pasaran...

Mengungkap Hasil Bumi Palestin Dalam Al-Quran

DALAM al-Quran, Allah menyuruh Bani Israil (Israel) agar makan dari hasil bumi yang ada di Baitul Maqdis. Apa keistimewaan hasil bumi yang dimiliki wilayah itu? Sangat terang dan jelas dalam al-Quran Allah berfirman, “Dan (ingatlah), ketika Kami berfirman: “Masuklah kamu ke negeri ini (Baitul Maqdis), dan makanlah dari hasil buminya, yang banyak lagi enak di mana saja yang kamu sukai, dan masukilah pintu gerbangnya dengan rendah hati, dan katakanlah: ‘Bebaskanlah kami dari dosa’, nescaya Kami ampuni kesalahan-kesalahanmu. Dan kelak Kami akan menambah (pemberian Kami) kepada orang-orang yang berbuat baik.” (QS. Al-Baqarah: 58)
Kata ‘negeri ini’ dalam ayat di atas difahami oleh para ulama tafsir sebagai Baitul Maqdis. Menurut Quraish Shihab dalam Tafsir Al-Misbah, Baitul Maqdis adalah wilayah yang disebut orang Yahudi dengan nama Yerusalem Lama, atau Hebron dalam keadaan menang. Buya Hamka dalam Tafsir Al-Azhar menyebutnya sebagai bumi ‘Kanaan’, atau tanah yang meliputi wilayah Mesopotamia, yang sekarang Palestin, yang dikelilingi Sungai Jordan. Dalam sejarah disebutkan bahawa bangsa Israel terusir dari wilayah yang kini disebut Mesir dan masuk ke tanah Palestin (Baitul Maqdis). Di sinilah mereka disuruh oleh Allah untuk makan yang banyak dengan sepuas-puasnya. Allah menyebut dengan kalimat: “Makanlah dari hasil buminya, yang banyak lagi enak di mana saja yang kamu sukai”. Ertinya, ada pesan bahawa di Baitul Maqdis, atau yang sekarang Palestin itu, menyimpan kekayaan bumi yang istimewa. Boleh pula difahami bahawa Palestin merupakan tanah yang disediakan oleh Allah dengan tanaman yang berlimpah. Jika Palestin memiliki tanaman yang berlimpah kala itu, maka boleh jadi, saat itu, Palestin adalah daerah yang subur. Jika tidak subur, maka tidak mungkin tanah itu ditumbuhi dengan tanaman atau ladang-ladang yang berlimpah. Nah, pertanyaannya sekarang adalah, benarkah bahawa saat ini Palestin masih menyimpan kekayaan hasil bumi yang berlimpah? Dan, benarkah bahawa Palestin memiliki tanah yang subur? Ayat di atas akan menjadi asas untuk menjawab pertanyaan tersebut.

Hasil Bumi
Saat ini Palestin dapat dibagi menjadi dua wilayah geografi, iaitu Tebing Barat (termasuk Jerusalem Timur) dan Jalur Gaza. Pertanian merupakan sektor terbesar dari perekonomian Palestin yang menghasilkan lebih dari 22 peratus dari produk tempatan Tebing Barat dan Gaza dan memberikan lapangan pekerjaan lebih dari 15 peratus dari jumlah penduduk. Dari sini terjawab sudah bahawa Palestin memang memiliki keunggulan di bidang pertanian. Kerana, pertanian merupakan sektor utama pergerakan ekonomi rakyatnya. Pertanian sudah menjadi sektor dominan perekonomian bangsa Palestin. Dengan kata lain, pertanian merupakan komponen utama dari perekonomian, dan memberi peluang pekerjaan kepada sebahagian besar penduduknya. Sektor pertanian juga merupakan penghasil utama dan persediaan keperluan dasar majoriti penduduk setempat. Pada saat kesulitan, sektor pertanian telah bertindak sebagai ‘penyangga’ yang menyerap sejumlah besar orang pengangguran yang kehilangan pekerjaan atau sektor ekonomi tempatan lainnya. Sumber dari jabatan Pertanian Palestin menyebutkan bahawa pohon buah-buahan adalah sektor utama penghasilan tanaman di Palestin. Hampir 97,3 peratus dari pohon-pohon buah ditanam di bawah keadaan tadahan hujan. Penghasilan tanaman itu majoriti mengharapkan hujan sebagai sumber hidup dan matinya tanaman. Dengan kata lain, Palestin atau Baitul Maqdis secara khusus mengharapkan air hujan sebagai sumber kehidupan pertanian. Ini berbeda sekali dengan kawasan di Asia pada umumnya yang bergantung proses penggunaan tali air sebagai penopang kehidupan pertanian dan perkebunan. Adapun hasil pertanian yang menjadi pengeluaran utama Palestin diantaranya adalah pohon zaitun, anggur, buah ara dan jeruk. Buah-buahan itu produk utama dari pohon buah-buahan yang ditanam di Palestin. Masyarakat Palestin menempati 90 peratus dari luas keseluruhan pohon buah-buahan dan menghasilkan 79 peratus dari jumlah produk buah-buahan. Pohon zaitun adalah pohon buah-buahan yang sangat terkemuka di seluruh Palestin, meliputi sekitar 72 peratus dari daerah yang ditujukan untuk pohon buah-buahan dan memberikan sumbangan sekitar 30 peratus dari keseluruhan produksi buah. Pohon zaitun disebut dalam al-Quran: “Demi pohon Tiin dan Zaitun”. (QS. at-Tin: 1-2). Dalam firmanNya yang lain dalam QS. an-Nuur: 35 , Allah berfirman: “Dinyalakan (dengan minyak) dari sebuah pohon yang diberkahi, (iaitu) zaitun yang tidak tumbuh di sebelah timurnya dan tidak pula di sebelah baratnya, hampir-hampir minyaknya saja menerangi walaupun tidak disentuh api.” Dalam ayat ini, Allah mengungkapkan beberapa keistimewaan dari pohon zaitun, pertama, untuk minyak. Hal ini juga terungkap dalam firmanNya pada QS. Al-Mukminun: 20, “Dan (Kami juga menumbuhkan untuk kamu) pokok yang asal tumbuhnya di kawasan Gunung Tursina, yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang-orang yang makan.” Pokok-pokok zaitun ini bukan sahaja buahnya boleh dimakan tetapi juga dari buahnya terdapat minyak (minyak zaitun) untuk dimakan dan banyak lagi gunanya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2011 di pasaran...

Sudah Berapa Lamakah Usia Dunia Ini

SEBAGAIMANA yang diberitahu rencana pertama dulu, sehingga ini belum ada ulama yang bercerita tentang usia dunia ini. Kalau pun mereka bercakap tentang ‘alam ghaib’, tetapi tidak pula bercakap dengan menjelaskan tentang kejadian alam dan usia dunia ini. Dalam sebuah kitab agama yang diterangkan sebelum ini ada menyebutkan dan menjelaskan tentang usia dunia. Kitab tersebut bercerita: “Adalah diceritakan bahawa ketika Nabi Musa a.s. bermunajat kepada Allah Rabbul ‘alamin di Bukit Thursina, pada saat itu Nabi Musa telah bertanya kepada Allah dengan mengemukakan beberapa pertanyaan.” Dalam kitab terebut tidak pula ditulis tentang bentuk pertanyaan tersebut. Cuma apa yang dijelaskan ialah jawapan dari Allah s.w.t. terhadap pertanyaan Nabi Musa itu. Kitab itu menyebut, bahawa Allah menjawab atas pertanyaan Nabi Musa itu: “Pertama-tama Aku jadikan ialah Nur Muhammad. Kemudian Kujadikan “Durratul-Baidhoo” dari Nur Muhammad. “Dari Durratul-Baidhoo” Aku jadikan 70,000 negeri di Cakrawala. Jika gunakan istilah sekarang ialah 70,000 planet di Cakrawala. Maka satu planet itu luasnya tujuh puluh (70 kali) bumi. “Tiap-tiap planet itu dijadikan penghuninya 70,000 orang bukan bangsa jin, dan bukan bangsa manusia dan juga bukan bangsa Malaikat. Kesemuanya dijadikan dengan kalimat “Kun Fayakuun”, Mereka beribadat kepadaKU hingga 70,000 tahun. “Maka akhirnya mereka jadi derhaka kepadaKu, lalu aku binasakan mereka itu semuanya. “Kemudian sesudah itu, aku jadikan 80,000 buah negeri (planet). Cuma besarnya 10 kali bumi dunia. Semuanya berada di Cakrawala yang bertingkat-tingkat. “Di planet itu Aku ciptakan unggas-unggas yang memakan tumbuh-tumbuhan, bijian-bijian. Lama kelamaan unggas-unggas itu pun musnah. Kemudian baru aku jadikan 20,000 sebangsa manusia dari cahaya secara beransur-ansur akhirnya musnah. “Kemudian berselang 70,000 tahun setelah itu, baru aku jadikan Qalam, Lauhil-Mahfuz, “Arsy dan Kursi serta Malaikat. “Kemudian setelah 70,000 tahun barulah aku jadikan syurga dan neraka. Kemudian barulah Aku jadikan makhluk manusia yang namanya Adam, bukan bapamu Adam yang sekarang ini, Hai Musa. “Aku jadikan dia dari awal Adam sampai keturunannya yang terakhir 10,000 tahun lamanya. Setelah itu Aku jadikan pula Adam lain dengan keturunannya terakhir dalam masa 10,000 tahun. “Demikianlah seterusnya AKU jadikan Adam dan keturunan dalam masa 10,000 tahun, berganti-ganti sehingga mencapai 10,000 Adam. Maka Adam yang sekarang inilah yang ke sepuluh ribu kalinya.” Demikian yang yang dijelaskan dalam kitab tersebut yang menurut PENGARANGNYA dikutip keterangan ini dari kitab “Permulaan dijadikan langit dan bumi”, yang dikarang oleh “Al-Allamah Syeikh Nuruddin Ali.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2011 di pasaran...

Ibnu Taimiyah: Para Ulama Terpikat Kecerdasannya

Nama lengkapnya adalah Abul Abbas Taqiuddin Ahmad bin Abdus Salam bin Abdullah bin Al-Khidhir bin Muhammad bin Taimiyah An-Numairy al Harrany Ad-Dimasyqi. Ia lahir di Harran, Turki, salah satu kota induk di Jazirah Arab yang terletak antara sungai Dajalah (Tigris) dengan Efrat, pada hari Senin, 10 Rabiulawwal tahun 661H [22 Januari 1263 M]. Ia berhijrah ke Damaskus pada tahun 1268 bersama ibu bapa dan keluarganya ketika umurnya masih kecil (enam tahun) disebabkan serbuan tentara Tartar atas negerinya. Mereka menempuh perjalanan pada malam hari dengan menyeret sebuah gerobak besar yang dipenuhi dengan kitab-kitab ilmu, bukan barang-barang perhiasan atau harta benda, tanpa ada seekor binatang tunggangan pun pada mereka.
Suatu saat, gerobak mereka mengalami kerosakan di tengah jalan, hingga hampir saja pasukan musuh mengesannya. Dalam keadaan seperti ini, mereka ber-istighatsah (mengadukan permasalahan) kepada Allah s.w.t. Akhirnya, mereka bersama kitab-kitabnya dapat selamat. Ibnu Taimiyah berasal dari keluarga agamawan. Ayahnya, Syihabuddin bin Taimiyah, adalah seorang syeikh, hakim, dan khatib. Datuknya, Majduddin Abul Birkan Abdussalam bin Abdullah bin Taimiyah al Harrani, adalah seorang ulama yang menguasai ilmu fiqih, hadis, tafsir, ilmu ushul dan penghafal al-Quran (hafiz). Sejak kecil, sudah terlihat tanda-tanda kecerdasannya. Begitu tiba di Damaskus, ia segera menghafalkan al-Quran dan mencari berbagai cabang ilmu kepada para ulama, hafiz dan ahli hadis negeri itu. Kecerdasan serta kekuatan otaknya membuat para ulama tersebut mengkaguminya. Ketika umurnya belum mencapai belasan tahun, ia sudah menguasai ilmu Ushuluddin [Dasar-dasar Agama] dan mendalami bidang-bidang tafsir, hadis, dan bahasa Arab. Ia telah mengkaji Musnad Imam Ahmad sampai beberapa kali, kemudian Kutubus Sittah dan Mu’jam At-Thabarani Al-Kabir. Suatu kali ketika ia masih kanak-kanak, ada seorang ulama besar dari Aleppo, Syria, yang sengaja khusus datang ke Damaskus untuk melihat Ibnu Taimiyah yang kecerdasannya menjadi buah bibir. Setelah bertemu, ia memberikan ujian dengan cara menyampaikan belasan matan hadis sekaligus. Ternyata, Ibnu Taimiyah mampu menghafalkannya secara cepat dan tepat. Begitu pula ketika disampaikan kepadanya beberapa sanad, ia pun dengan tepat pula mampu mengucapkan ulang dan menghafalnya, sehingga ulama tersebut berkata: “Jika budak ini hidup, nescaya ia kelak mempunyai kedudukan besar, sebab belum pernah ada seorang kanak-kanak sepertinya”. Memang, sejak kecil Ibnu Taimiyah hidup dan dibesarkan di tengah-tengah para ulama sehingga mempunyai kesempatan untuk membaca sepuas-puasnya kitab-kitab yang bermanfaat. Ia menggunakan seluruh waktunya untuk belajar dan menggali ilmu, di antaranya ilmu hitung (matematik), khat (ilmu tulis-menulis Arab), nahwu, ushul fiqih, al-Quran dan Hadis Nabi. Sehingga pada usia 19 tahun, ia sudah boleh memberi fatwa dalam masalah-masalah keagamaan. Ibnu Taimiyah amat menguasai Ilmu Rijalul Hadis (perawi hadis) dan Fununul hadis (macam-macam hadis) baik yang lemah, cacat atau shahih. Ia memahami semua hadis yang termuat dalam Kutubus Sittah dan Al-Musnad. Dalam mengemukakan ayat-ayat sebagai hujah atau dalil, ia memiliki kehebatan yang luar biasa, sehingga mampu mengemukakan kesalahan dan kelemahan para mufassir [ahli tafsir]. Tiap malam ia menulis tafsir, fikih, ilmu ushul sambil membahas dan berkomentar para ahli filsafat. Dalam sehari semalam, ia mampu menulis empat buah kurrasah (buku kecil) yang memuat berbagai pendapatnya dalam bidang syariah. Ibnul Wardi menuturkan dalam Tarikh Ibnul Wardi bahawa karangan Ibnu Taimiyah mencapai lima ratus judul. Karya karyanya yang terkenal adalah Majmu’ Fatawa yang berisi masalah fatwa-fatwa dalam agama Islam. Karya lainnya yang ditulis Ibnu Taimiyah adalah Minhajus Sunnah. Keilmuan Ibnu Taimiyah hampir tak tertandingi pada masanya, sehingga banyak ulama yang memujinya. Al-Hafizh Al-Mizzy mengatakan: “Aku belum pernah melihat orang seperti Ibnu Taimiyah... dan belum pernah kulihat ada orang yang lebih berilmu terhadap Kitabullah dan sunnah Rasulullah s.a.w. serta lebih ittiba’ dibandingkannya.” Sedang Al-Qadhi Abu Al-Fath bin Daqiq Al-Ied mengatakan: “Setelah aku berkumpul dengannya, kulihat ia adalah seseorang yang semua ilmu ada di depan matanya, bila-bila saja ia menginginkannya, ia tinggal mengambilnya, terserah padanya. Dan aku pernah berkata kepadanya: “Aku tidak pernah menyangka akan tercipta manusia seperti anda.” Al-Qadli Ibnu Al-Hariry mengatakan: “Kalau Ibnu Taimiyah bukan Syeikhul Islam, lalu siapa ia ini? Syeikh Ahli Nahwu, Abu Hayyan An-Nahwi, setelah ia berkumpul dengan Ibnu Taimiyah berkata: “Belum pernah sepasang mataku melihat orang sepertinya...” Kemudian melalui bait-bait syairnya, ia banyak memberikan pujian kepada Ibnu Taimiyah.”
Penguasaan Ibnu Taimiyah dalam beberapa ilmu sangat sempurna, yakni dalam tafsir, akidah, hadis, fikih, bahasa Arab dan berbagai cabang ilmu pengetahuan Islam lainnya, hingga ia melampaui kemampuan para ulama zamannya. Al-‘Allamah Kamaluddin bin Az-Zamlakany (meninggal th. 727 H) pernah berkata: “Apakah ia ditanya tentang suatu bidang ilmu, maka siapa pun yang mendengar atau melihat (jawapannya) akan menyangka bahawa ia seolah-olah hanya membidangi ilmu itu, orang pun akan yakin bahawa tidak ada seorang pun yang boleh menandinginya”.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2011 di pasaran...

Sunday, October 9, 2011

Hikayat Pejuan Tabuk Di Bulan Kemenangan

SEBAHAGIAN peristiwa pada ekspedisi Tabuk terjadi pada bulan Ramadan. Persiapannya sendiri dilakukan sejak bulan Rejab, tahun ke-9 Hijriyah, untuk menghadapi Rom. Waktu itu adalah masa-masa sulit bagi kaum muslimin di Madinah, kerana mereka sedang dilanda masa kekurangan makanan. Kala itu, cuaca panas sangat menyengat, sehingga ada beberapa orang yang merasa berat hati untuk ikut serta dalam ekspedisi tersebut. Bagaimanapun, pada akhirnya, kaum muslimin pun berangkat ke Tabuk dengan kekuatan cukup besar, iaitu sekitar 30,000 tentera. Sebabnya, kaum muslimin mendapat berita dari para pedagang yang kembali dari negeri Syam bahawa orang-orang Rom telah menghimpun kekuatan besar dengan sokongan orang-orang Arab Nasrani dari suku Lakham, Judzam dan lainnya yang berada di bawah kekuasaan Rom. Berikut ini sekilas kisah seorang sahabat yang turut mengambil bahagian dalam ekspedisi Tabuk.

Nuraninya Terpanggil
Siang itu panas terasa seperti menyala-nyala di kepala. Sengat matahari hampir membakar tubuh. Gurun sahara berubah menjadi gundukan api yang berkobar-kobar. Dari kejauhan, tampak seorang lelaki membawa sebilah tongkat kecil. Wajahnya murung, pandangannya kabur dengan gerakan lemah. Ia berjalan tertatih-tatih tanpa mempedulikan panas yang mematikan. Lelaki itu bernama Abu Khaitsamah. Saat itu, perasaannya bingung dan bimbang; ingin menyusul para pejuang muslim ataukah tidak. Batinnya betul-betul terguncang. Sesungguhnya untuk sampai ke sana perlu waktu lama; harus melintasi gurun sahara, naik turun gunung yang teramat berat. Tapi di satu sisi, ia membayangkan begitu banyak temannya yang tetap berkobar semangatnya. Malam kian larut. Rasa mengantuk mulai menyergap pelupuk mata Abu Khaitsamah. Fikirannya masih bercelaru dan belum dapat berfikir jernih. Sampai pagi tiba, belum terdengar berita apa pun di telinganya kecuali pasukan yang siap melakukan perjalanan. Orang-orang yang melalui di jalan mahupun lorong-lorong Madinah menyaksikan kesibukan kaum muslimin menghadapi perang yang bakal terjadi. Di salah satu sudut Madinah, sekelompok pemuda melakukan latihan. Mereka merayap di pasir, berlawan pedang dan ketangkasan melempar tombak. Di samping mereka, salah seorang yang sudah berpengalaman di medan perang melangkah bergaya dengan tombak di tangannya memberikan arahan kepada anak-anak buahnya. Di beberapa batang jalan, anak-anak bersorak-sorai menyanyikan lagu kepahlawanan dengan semangat luar biasa. Sementara itu, di balik tembok sejumlah rumah terlihat para perawat sedang memberikan pengarahan tentang tata-cara membalut luka dan menolong orang di medan perang. Yang jelas, Masjid Agung di Madinah penuh dengan lautan kaum muslimin yang tak henti-hentinya bersolat dan memanjatkan doa. Detik-detik pemergian ekspedisi pun tiba. Pasukan mulai bergerak. Abu Khaitsamah tak ikut serta. Malahan ia memutuskan pulang dengan perasaan sedih dan menderita. Mendapati suaminya tampak murung, isteri pertamanya berusaha menghiburnya namun tak sanggup menghibur. Begitu pula isteri keduanya, senyumnya tak mampu mengubati kesedihannya. Lelaki itu cuba meninjau kebun buah-buahannya yang ditingkahi angin sepoi-sepoi, namun tetap tak kuasa mengghairahkan hidupnya.
Dalam kepala Abu Khaitsamah berkecamuk. Ada dorongan sangat besar yang terus membebani fikirannya. Bayangan teman-temannya yang berjihad makin membuat nafasnya terasa sesak. Tak terasa, air matanya mengalir deras. Esoknya, ia menghadapkan wajahnya ke arah gunung. Langkahnya terburu-buru ingin cepat sampai. Barangkali di sanalah ia akan menemukan setitik ketenangan. Namun di tengah perjalanan, ia bertemu dengan sahabat karibnya yang bekerja sebagai pedagang. Keduanya terlibat dialog. “Kau sudah tahu khabar pasukan muslim yang berangkat kemarin?” tanya temannya kepada Abu Khaitsamah. “Belum. Apa yang kau ketahui?” tanya Abu Khaitsamah. “Khabarnya mereka mengalami kesulitan.” “Kesulitan? Kesulitan apa? Jumlah mereka 30 ribu orang, lagi pula mereka kuat-kuat.” “Iya, tapi kenyataannya mereka lemah di perjalanan. Mereka kehabisan persediaan air. Sebahagian ternak mereka mati. Dan yang belum mati mereka sembelih, hingga tiap tunggangan diisi oleh 3 orang.” “Oh...Apa yang terjadi dengan mereka!” teriak Abu Khaitsamah emosi, membuat saudagar Arab itu terdiam seketika. Mendengar perkhabaran sahabatnya, tanpa basa-basi, Abu Khaitsamah langsung bergegas ke rumah dengan air mata yang berderai. Kini nuraninya terpanggil untuk segera bergabung dengan pasukan yang mengalami kesulitan itu. Ia tidak boleh berpangku tangan membiarkan teman-teman seperjuangannya yang bersusah-payah dalam misi yang mencabar ini. Tak ada senyum tersisa di raut mukanya, yang tampak hanyalah sorot mata yang tajam dan membara. Tiba di rumah, kedua-dua isterinya menyambut dengan wajah berbinar-binar dan kerinduan yang mendalam. Keduanya menghidangkan makanan lazat yang mampu membangkitkan selera dan segelas minuman segar.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2011 di pasaran...

Kita Harus Pelajari Ilmu Semua Mazhab

OLEH kerana umat Islam Malaysia akan menunaikan fardu Haji tidak lama lagi, maka disiarkan sedikit “panduan haji dan umrah” bagi memudahkan umat Islam dalam menjalankan ibadat ini. Bahan-bahan ini dinukilkan dari sebuah kitab “yang berjudul Fiqih Lima Mazhab” yang ditulis oleh seorang ulama yang tersohor Muhammad Jawad Mughniyah. Selain dari “empat mazhab” yang terkenal satu lagi mazhab yang disebut dalam kitab ini ialah Mazhab Imamiyah. Ia adalah IMAM JA’FAR Ash-Syadiq, atau Ja’far bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Husein bin Ali bin Abi Thalib, suami kepada Fatimah binti Az-Zaharah binti Rasulullah Muhammad s.a.w. Beliau dilahirkan pada tahun 80 Hijriah (699 M). Ibunya bernama Ummu Farwah binti Al-Qassim bin Muhammad bin Abu Bakar As-Shidiq. Pada beliaulah terdapat perpaduan darah Nabi s.a.w. dengan Abu Bakar As-Shidiq r.a. Beliau berguru dengan ayahnya Muhammad Al-Baqir disekolah ayahnya yang banyak melahirkan tokoh ulama besar Islam. Ja’far Ash-Shadiq adalah ulama besar dalam banyak bidang ilmu, seperti ilmu filsafat, tasawuf, Fiqh, kimia dan ilmu kedoktoran. Beliau adalah imam yang ke enam dari dua belas imam dalam mazhab Syi’ah Imamiyah. Di kalangan kaum Sufi, beliau ada guru dan syeikh yang besar di dalam ahli kimia beliau dianggap sebagai pelopor ilmu kimia. Ahlusunnah berpendapat bahawa Ja’afar Ash-Shadiq adalah seorang “Mujtahid” dalam ilmu fiqih. Di kalangan para Syeikh terkemuka Ahlusunnah, beliau juga dianggap sebagai seorang Sufi, kerana di dalam dirinya terdapat puncak pengetahuan dan darah Nabi s.a.w. yang suci. Sementara itu, Imam “Empat Mazhab” itu kita sebagai umat Islam sudah tentu mengenalinya. Dalam hukum Fiqih ini, ke empat-empat imam ini ada diantaranya beberapa pendapat. Walau pun begitu, ia tetap sama pendirian, cuma yang diperselisihkan ialah soal-soal “cabang” atau pun “ranting” saja, manakala soal pokok, mereka tetap sepakat. Begitu juga dengan Imamiyah Ja’far Ash-Shadiq, ada beberapa perkara cabang mereka berselisih, tetapi pada soal pokoknya mereka sepakat. Marilah kita sama-sama mempelajari pendapat-pendapat “ilmu fiqih” oleh kelima-lima mazhab ini. Mari kita sama-sama menggunakan akal rasional. Ini berdasarkan kepada suatu riwayat yang menyebut begini: “Sesungguhnya Malaikat Jibril a.s. turun menemui Adam, dan berkata kepadanya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. menyuruhkan untuk menawarkan satu pilihan dari “tiga pilihan” yang ditawarkannya, iaitu: “Akal, “agama” dan “rasa malu”. Adam menjawab: “...

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2011 di pasaran...

Mencuri Dalam Lubang Kubur

DULU, bila disebut kubur, semua orang takut. Malah nak lalu kawasan tanah perkuburan itu pun, orang takut. Konon, ‘hantu kubur’ akan bangkit mencekik mereka. Itulah kepercayaan karut setengah orang dulu-dulu. Apa perlunya kita takut kepada orang mati? Kerana dia sudah mati? Yang kita takut ialah orang yang hidup, kerana dia boleh buat apa saja kepada kita, kerana dia masih hidup? Tetapi kalau orang sudah mati, nak takut apa lagi? Lebih-lebih lagi dia sudah pun dikebumikan dalam tanah? Ini, pandangan dan sikap orang-orang sekarang. Mereka tidak takut lagi kepada kubur dan juga tanah perkuburan. Bahkan orang mati pun mereka tidak takut lagi. Satu kejadian dimana terjadi segolongan remaja menggali kubur kerana mahu mengambil harta yang ada dalam kubur itu. Kita yang yang membaca berita itu pun, tersenyum-senyum dibuatnya kerana mereka sanggup gali tanah kubur semata-mata dia tahu ada wang ditanam sama dengan orang yang sudah mati dalam kubur itu.
Biasanya kepercayaan menanam harta berupa wang, emas, perak dan juga barang-barang yang berharga lainnya dilakukan oleh orang-orang bukan Islam. Fahaman atau kepercayaan mereka, orang sudah mati dalam kubur itu pergi ke satu alam lain. Alam yang mereka pindah itu memerlukan perbelanjaan. Itulah sebabnya, si mati dibekalkan dengan “wang tunai”. Kadang-kadang ada dibekalkan dengan emas, dan barang-barang bernilai yang boleh si mati itu membuat perbelanjaan. Itu kepercayaan orang-orang bukan Islam. Kadang-kadang kita lihat ada setengah orang bukan Islam apabila keluarga mereka mati, dalam masa 10 atau pun sebulan, keluarga yang hidup akan buat kereta dari kertas. Rumah dari kertas kemudian benda-benda itu dibakar. Saya pernah bertanya dengan seorang sahabat baik seorang bukan Islam mengenai perkara ini. Katanya: “Benda-benda dibakar, dan akan sampai di negeri tempat mereka tinggal sekarang. “Mereka boleh gunakan rumah dan kereta itu dalam alam yang mereka tinggal sekarang,” kata sahabat itu dengan serius. Dia yakin sungguh dengan kepercayaannya itu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2011 di pasaran...

Bukan Islam Masuk Makkah Di Kejar Anjing

SEBENARNYA banyak cerita yang menarik yang boleh dijadikan “teladan” bagi kita pergi ke Makkah dan Madinah sama ada yang mengerjakan “Haji” atau pun “Umrah”. Cerita-cerita “aneh” dan tidak aneh akan kita dengar sama ada kita sedang berada di sana atau pun apabila kita sudah pulang semula ke tanahair. Ada cerita yang kita yang pergi ini tak tahu, tetapi ada orang yang tahu dan dapat cerita itu, lalu pulang ke kampung bercerita. Kadang-kadang ada orang jumpa benda-benda yang “pelik”. Ada juga jemaah haji atau pun umrah tidak jumpa jalan pulang ke tempat penginapannya. Ada sebahagian “tersesat” jalan begitu jauh sekali. Ada sampai di kaki bukit, tetapi jalan untuk ke hotel masih belum ditemuinya. Tetapi yang banyak menyimpan kisah dan cerita aneh dan pelik ini para Mutawif itu sendiri. Mereka ini (Mutawif) sentiasa berdamping dengan para jemaah. Mereka juga sentiasa berada di Makkah dan Madinah kerana bertugas. Mereka banyak bergaul dengan para jemaah dari serata negeri. Ada pelbagai kisah dan cerita yang mereka dengar, ada cerita yang diceritakan kepadanya. Ada cerita yang dia siasat dan macam-macam sumber lainnya. Tidak lama dulu, kami satu rombongan ke Makkah kerana mengerjakan Umrah dengan anak syarikat Tabung Haji yang mengendalikan pakej Umrah. Mutawif kami, bernama FATHOR RAZI SAYUTI, seorang rakyat Indonesia yang bekerja dengan/syarikat Tabung Haji ini. Sebagai seorang Mutawif, ustaz ini memang banyak menyimpan cerita. Beliau juga seorang yang berpengetahuan agama. Banyak kisah Makkah dan Madinah yang dicakapkannya dalam masa perjalanan dari Jeddah ke Madinah memberi maklumat kepada para jemaah, terutama bagi mereka yang pertama kali ke Makkah bandar suci Makkah dan Madinah. Kedua-dua bandar ini dianggap “suci”. Orang bukan Islam memang tidak boleh memasukinya. Walau pun apa cara mereka buat masuk kedua-dua bandar ini, orang-orang ini akan ditimpa musibah. Kalau ada yang masuk secara “sembunyi-sembunyi”, secara “curi-curi”, dan cara “mengaku-ngaku aku orang Islam,” maka mereka akan mengalami hal-hal yang aneh. Ada satu peristiwa seorang pemuda yang bukan Islam masuk ke Makkah. Walau pun dia sudah diberitahu bahawa bukan Islam dilarang masuk, tetapi dia masuk secara “diam-diam”. Sebaik-baik saja dia berada di bandar suci Makkah ini, dia merasa gelisah. Tidak lama kemudian secara tiba-tiba dia lari sekuat hatinya. Lariannya itu telah menimbulkan keghairahan bagi orang ramai yang melihatnya, kerana dia lari tanpa dikejar oleh sesiapa pun. Sebaik-baik saja, pemuda itu melintasi “tanah halal” ertinya di luar kawasan Makkah, dia pun berhenti berlari. Dia berhenti dengan keadaan yang termengah-mengah dan penat kerana berlari. Orang bertanya kepadanya, kenapa dia tiba-tiba saja melarikan diri tak tentu pasal, sedangkan tidak ada sesiapa yang mengejarnya? Pemuda itu menjelaskan kedudukan sebenarnya, kenapa dia berlari tidak berhenti-henti itu. Dia lari kerana terlalu takut digigit oleh binatang liar yang mengerjanya. “Ketika saya berada di Bandar Makkah, tiba-tiba saya melihat ada sekumpulan anjing liar tiba-tiba mengejar saya. “Pada mulanya anjing-anjing itu menyalak, kemudian saya melarikan diri. Sebaik-baik saja saya lari, anjing-anjing itu menghambat saya dari belakang sambil menyalak. “Anjing itu memang kelihatan garang. Anjing-anjing itu memang anjing liar menggigit orang. Melihat keadaan yang sangat membahayakan diri saya itu, saya pun lari untuk menyelamatkan diri. “Sebaik-baik saja saya tiba di kawasan ini, anjing-anjing itu pun menghilangkan diri dari pandangan mata saya,” cerita pemuda itu dengan wajah yang begitu takut sekali. Orang ramai pun barang kali tidak tahu pemuda itu bukan seorang Islam, jadi, ceritanya itu tidak diambil pusing sangat. Tentu barang kali dalam ramai orang yang melihat kejadian itu, ada orang yang mengerti bahawa pemuda itu bukan Islam lalu menyoalnya tentang agamanya, lelaki itu “mendiamkan diri”. Ini bererti dia bukan Islam, dan sebab itulah dia “berperasaan” ada anjing-anjing mengejar untuk menggigitnya. Tentulah barang kali memang “tidak ada seekor anjing” pun yang mengejarnya pada saat itu. Tetapi dia “menyangka” ada anjing-anjing menghambatnya. Mutawif yang menceritakan kisah ini, tidak pula memberitahu apakah lelaki itu telah diberitahu “jangan masuk lagi ke bandar Makkah selepas ini.” Sebelum ini ada seorang mutawif dari Indonesia ada bercerita tentang kisah bagaimana seorang pemuda Indonesia yang beragama Kristian, tetapi mengaku beragama islam, masuk ke tanah suci Makkah. Sebaik-baik saja dia berada di bandar suci, dia memberitahu kawannya bahawa dia tidak pernah melihat Masjidil Haram, dan juga Baitullah. Dia juga tidak mendengar apa-apa, sama ada orang azan atau pun bersembahyang. Akhirnya, sahabatnya ini bertanya kepadanya tentang agama yang dianutinya, apakah agama Islam atau pun yang lain? Pemuda itu terpaksa berterus terang bahawa dia telah “menipu” kawannya mengaku dia beragama Islam, tetapi sebenarnya dia beragama kristian. Dengan segera, kawannya menyuruh dia keluar dari kawasan tanah suci. Kawannya tanpa lengah lagi menyuruh pemuda itu itu keluar segera dari bandar suci Makkah sebelum terjadi apa-apa terhadap dirinya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2011 di pasaran...

Seksaan Berganda Para Ahli Neraka

TAHUKAH anda apa yang dimaksudkan dengan seksaan yang berganda ditimpakan kepada para ahli neraka?
Ianya tidak sama dengan peribahasa di dunia ini yang sering kita dengar iaitu, ‘Sudah jatuh ditimpa tangga’. Tangga yang terjatuh menimpa kita mungkin hanya membuat tubuh kita itu sakit sebentar saja. Berlarutnya masa, hilanglah sakit atau bengkak tempat yang ditimpa tangga itu. Namun di neraka, ianya tidak berkesudahan. Mahu tahu betapa azabnya, ikuti catatan berikut ini. Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr r.a. berkata: “Orang-orang neraka memanggil Malaikat Malik, tetapi tidak dijawab selama empat puluh tahun, kemudian dijawab: Bahawa kamu tetap tinggal dalam neraka. Kemudian mereka berdoa (memanggil) Tuhan: “Ya Tuhan keluarkanlah kami dari neraka ini, maka bila kami mengulangi perbuatan-perbuatan kami yang lalu itu bererti kami zalim, maka tidak dijawab selama umur dunia ini dua kali, kemudian dijawab: Hina dinalah kamu di dalam neraka, dan jangan berkata-kata. Demi Allah setelah itu tidak ada yang dapat berkata-kata walau satu kalimat, sedang yang terdengar hanya nafas keluhan dan tangis rintihan yang suara mereka hampir menyamai suara himar (keledai). Qatadah berkata: “Hai kaumku, apakah kamu merasa bahawa itu pasti akan terkena pada dirimu, ataukah kamu merasa akan kuat menghadapinya, hai kaumku taat kepada Allah itu jauh lebih ringan bagi kamu, kerana itulah taatilah. Sebab orang ahli neraka itu kelak akan mengeluh selama seribu tahun, tetapi tidak berguna bagi mereka, lalu mereka berkata: Dahulu ketika kami di dunia bila kami sabar lambat laun mendapat keringanan dan kelapangan, maka mereka lalu sabar seribu tahun, dan tetap seksa mereka tidak diringankan, sehingga mereka berkata: Apakah kami mengeluh atau sabar, tidak dapat mengelakkan seksa ini.” Lalu mereka minta hujan selama seribu tahun kerana sangat haus dan panas neraka maka mereka berdoa selama seribu tahun, maka Allah berkata kepada Jibril: ‘Apakah yang mereka minta?’

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2011 di pasaran...

Kisah-Kisah Mukjizat Selawat

RAMAI orang dari pelbagai lapisan dan kalangan yang merasakan indahnya berselawat, baik mereka yang sudah dipanggil Ilahi, mahupun yang masih hidup di zaman ini. Seperti ‘oase’ yang tak akan pernah habis, tidak akan lekang dimakan zaman, demikianlah faedah berselawat. Membacanya bukan hanya menenangkan kalbu, tapi juga mendatangkan hikmah-hikmah tersendiri yang tidak dapat dijangkau pemikiran. Berikut ini, kami sajikan beberapa contoh mereka yang merasakan nikmatnya berselawat yang kami nukil dari pelbagai sumber.

Mahar Selawat Nabi Adam A.S. Kepada Hawa A.S.
Syahdan dikisahkan, sebagai makhluk manusia pertama, Nabi Adam a.s. telah menikmati semua kemudahan dan kelebihan yang disediakan Allah, kecuali pohon Khuldi. Ia harus menjauhinya. Tetapi ternyata ia merasa kesepian, kerana hidup sendiri tanpa kawan bermain, teman bergurau senda, dan teman bergaul. Maka Allah s.w.t. pun menciptakan makhluk lain yang terbuat dari tulang rusuk Adam sendiri, yang kemudian diberi nama Hawa a.s. yang berkelamin perempuan. Rasa sepi dan sedih membuatnya letih, sehingga ia tertidur lena di bawah pohon yang teduh. Allah Maha Tahu, Ia mengetahui apa yang tergerak dalam hati Adam, iaitu ingin mempunyai teman. Maka sewaktu Adam tidur, Allah menciptakan manusia lagi yang diambil dari tulang rusuk Adam sendiri. Manusia itu lain jenisnya dengan Adam, ia adalah seorang wanita, yang diberi nama Hawa. Ketika Adam bangun dari tidurnya, ia sangat terkejut. Ia melihat seorang duduk di sampingnya. Wanita itu begitu indah, cantik dan mengagumkan. “Siapakah engkau? Mengapa berada di sini?” Tanya Adam. Dengan tersenyum manis, Hawa menjawab, “Aku adalah Hawa yang diciptakan untuk menjadi teman hidupmu.” Betapa gembiranya hati Adam mendengar jawapan itu. Ia memuji dan bersyukur kepada Allah yang telah mengabulkan keinginannya sehingga ia tidak merasa kesepian lagi. Begitu Adam bertemu dengan Hawa, maka tumbuh di hatinya rasa ingin memuaskan nafsu biologinya. Ketika itulah malaikat berkata: “Jangan dulu, hai Adam, sampai engkau membayar mahar (mas kahwin) kepada Hawa.” Adam pun bertanya, “Apakah maharnya?” Malaikat menjawab, “Maharnya adalah engkau harus membaca selawat untuk Nabi Muhammad s.a.w.” Setelah Adam memenuhi mahar yang dimaksudkan, dan Malaikat Jibril a.s. membacakan khutbah nikah, lalu Allah menikahkan Adam dan Hawa, disaksikan oleh Malaikat Israfil, Malaikat Mikail, dan beberapa Malaikat Muqarrabin. Lengkaplah sepasang manusia penghuni syurga. Keduanya lantas dikahwinkan oleh Allah. “Hai Adam, tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga, dan nikmati segala yang ada, kecuali pohon ini. (Jika melanggar larangan itu) Nanti kamu akan jadi orang durjana,” firman Allah. Maka Adam dan Hawa pun hidup, berpasangan, bercengkerama dan berbahagia di syurga yang sangat indah. [Sumber: www.sufiz.com] Demikianlah, kisah itu dituturkan. Ternyata, sebelum Nabi Muhammad s.a.w. lahir saja, namanya [selawat] sudah mengandung manfaat. Bayangkan, Nabi Adam, mahluk pertama Allah, yang hidup sekian ratus tahun dari Nabi Muhammad yang belum lahir di dunia sudah harus menggunakan nama Nabi dalam pernikahannya dengan Siti Hawa. Subhanallah, betapa mulianya Nabi kita.

• Saat Nabi Adam Merasa Berdosa
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ketika Adam membuat dosa yang dilakukannya itu, ia mengangkat kepalanya ke langit dan berkata, “Aku bermohon demi hak Muhammad, ampunilah dosaku.” Maka Allah kemudian mewahyukan kepadanya: “Siapa Muhammad itu?” Adam menjawab: “Maha Mulia asma-Mu. Dan di situ tertulis: La ilaha illallah Muhammad Rasulullah. Maka tahulah aku bahawa tidak seorang pun lebih besar kedudukannya di hadapanMu selain orang yang namanya bersama namaMu. Kemudian Allah mewahyukan kepadanya: “Hai Adam, sesungguhnya ia adalah Nabi yang terakhir dari keturunanmu. Kalau tidak ada dia, Aku tidak menciptakan kamu.”

• Nabi Yusuf dan Keajaiban Shalawat
Al-Tsa’labi dalam kitab Fadhail Al-Khamsah ketika mengisahkan Nabi Yusuf a.s. yang sedang berada di dalam telaga, menyatakan kejadian ini. Pada hari keempat datanglah malaikat Jibril a.s. dan berkata: “Hai anak, siapa yang melemparkan kamu ke sini ke dalam telaga?” Yusuf menjawab: “Saudara-saudara seayahku.” Jibril bertanya kembali: “Mengapa?” Yusuf menjawab: “Mereka dengki kepadaku kerana kedudukanku di depan ayahku. Jibril berkata: “Mahukah engkau keluar dari sini?” Ia menjawab: “Tentu.” Lalu Jibril berkata: “Ucapkanlah: “Wahai Pencipta segala yang tercipta,
Wahai Penyembuh segala yang terluka,
Wahai Yang Menyertai segala kumpulan,
Wahai Yang Menyaksikan segala bisikan,
Wahai Yang Dekat dan tidak berjauhan,
Wahai Yang Menemani semua yang sendirian,
Wahai Penakluk yang tak tertaklukan,
Wahai Yang Mengetahui segala yang ghaib,
Wahai Yang Hidup dan Tak Pernah Mati,
Wahai Yang Menghidupkan yang mati,
Tiada Tuhan kecuali Engkau, Maha Suci Engkau,
Aku bermohon kepadaMu Yang Empunya Pujian,
Wahai Pencipta langit dan bumi,
Wahai Pemilik Kerajaan,
Wahai Pemilik Keagungan dan Kemuliaan.
Aku bermohon agar Engkau sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad,
Berilah jalan keluar dan penyelesaian dalam segala urusan dan dari segala kesempitan,
Berilah rezeki dari tempat yang aku duga dan dari tempat yang tak aku duga.”
Lalu Nabi Yusuf a.s. mengucapkan doa itu. Allah mengeluarkan Yusuf a.s. dari dalam telaga, menyelamatkannya dari penganiayaan saudara-saudaranya. Kerajaan Mesir didatangkan kepadanya dari tempat yang tidak diduganya”. [Kisah ini dinukil dari buku Membuka Tirai Keghaiban, Jalaluddin Rakhmat, Penerbit Mizan, Bandung, 2008]

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2011 di pasaran..

Mukjizat Selawat Dan Kisah Lahirnya Kitab DaLa'ilul Khairat

Syeikh Muhammad bin Sulaiman Al-Jazuli adalah seorang wali besar pada zamannya. Suatu hari, dia yang biasa mengadakan perjalanan, berada di tengah padang pasir yang tandus. Ketika itu, beliau hendak melaksanakan ibadah, dan mahu mengambil wuduk, akan tetapi beliau tidak menemukan setitis pun air yang keluar dari telaga yang biasa diambil airnya untuk minum dan berwuduk oleh para gembala kambing di padang pasir tersebut. Alhamdulillah, ternyata beliau menemukan sebuah telaga, tetapi ketika itu, beliau sempat kebingungan, kerana telaga tersebut airnya tidak dapat diambil lantaran tidak ada timbanya. Kemudian ada seorang perempuan (menurut riwayat perempuan tersebut adalah Rabi’ah Al-Adawiyah yang terkenal dengan ajaran sufinya tentang mahabbah) yang melihatnya dari bukit yang tinggi dan mengatakan :“Wahai Fulan, siapakah engkau...?” “Aku Al-Jazuli...” jawab beliau dan perempuan itu mengatakan: “Engkau adalah seorang yang sangat terkenal dan dipuji di kalangan orang-orang salih, kenapa harus bingung tidak ada air?” Perempuan tersebut kemudian membacakan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w. di depan telaga tersebut, lalu datanglah air dari dalam telaga tersebut naik hingga melimpah, dan al-Jazuli pun sangat bersyukur dapat berwuduk untuk menunaikan ibadahnya. Setelah berwuduk, Syeikh Sulaiman Al-Jazuli bertanya kepada perempuan tersebut: “Wahai hamba Allah yang salihah, apa yang menyebabkan engkau mendapat ‘karamah’ (anugerah luar biasa) sehebat itu?” Perempuan itu menjawab: “Kerana setiap hari dan malam lisanku tidak pernah berhenti membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Penuh dengan cinta dan rinduku kepadanya.“ Mendengar jawapan seperti itu, kemudian Al-Jazuli kembali pulang, dan bersumpah kepada dirinya untuk tidak melanjutkan perjalanannya, kemudian beliau pulang dan menyepi di bilik khususnya selama hampir 15 tahun untuk mengarang kitab tentang selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Setelah kitab tersebut selesai dikarangnya, kitab itu ia namakan Dala’ilul Khairat. Kemudian kitab tersebut di ajar-ajarkan kepada murid-muridnya. Lalu, setelah kitab tersebut diajarkan kepada murid-muridnya, Syeikh Sulaiman Al-Jazuli meninggal dunia, pada tarikh 16 Rabiulawwal 870 H pada usia 63 tahun. Beliau dikebumikan di pinggir sungai. Ketika terjadi banjir besar, dikatakan, orang-orang kampung di sekitar tanah perkuburan Syeikh Sulaiman Al-Jazuli merasa khuatir, bahawa di pinggir sungai tersebut ada sebuah makam, akhirnya, mereka bermusyawarah untuk memindahkan jasad yang tertanam di dalam makam tersebut untuk kemudian dipindahkan di belakang masjid desa Jazulah Maghribi (Morocco).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2011 di pasaran...

Bersiaplah Hadapi Hari Kiamat

UMAR AL-KHATTAB R.A. ketika masuk ke masjid bertemu dengan Ka’bul Ahbar sedang memberi nasihat pada orang-orang yang berada di situ, maka Umar berkata kepadanya: “Berilah kami nasihat dan cerita-cerita yang dapat menambah takut kepada Allah.” Maka Ka’bul Ahbar berkata: “Sesungguhnya ada Malaikat Malaikat yang dijadikan oleh Allah berdiri tegak tidak pernah membongkokkan belakang mereka, dan yang lain tetap sujud tidak pernah mengangkat kepalanya sehingga ditiupkan sangkakala, dan mereka bertasbih (bermaksud): Maha suci Engkau ya Allah dan segala puji bagiMu. Kami tidak dapat beribadat kepadaMu sepenuh ibadat yang layak kepadaMu, yang layak bagiMu untuk disembah.” Demi Allah yang jiwaku ada di tangannya, neraka jahanam akan diperdekat pada hari kiamat lalu bergemuruh dan bila telah dekat ia bergemuruh dengan satu suara, dan di saat itu tidak ada seorang nabi atau orang yang mati syahid melainkan ia bertekuk lutut jatuh, maka tiap nabi, para syahid atau siddiq hanya berdoa: “Ya Allah saya tidak minta kecuali keselamatan diriku sehingga Nabi Ibrahim lupa pada Ismail dan Ishak sambil berkata: Ya Tuhan aku khalilullah Ibrahim. Dan pada saat itu andaikan engkau hai putera Khattab mempunyai seperti amal tujuh nabi, nescaya kau mengira bahawa dirimu tidak akan selamat.” Maka menangislah semua yang hadir. Ketika Umar melihat keadaan itu, lalu Umar berkata: “Hai Ka’ab berikan kepada kami khabar yang menggembirakan.” Maka berkatalah Ka’ab: “Sesungguhnya bagi Allah ada 313 syariah tidak seorang yang menghadap kepada Allah dengan salah satu syariat itu asal disertai dengan kalimat ‘laa ilaha illallah...’ melainkan pasti dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga, demi Allah andaikan kamu tahu besarnya rahmat Allah nescaya kamu malas beramal.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2011 di pasaran...