PARMAN, demikian orang-orang memanggilnya. Dia hanyalah seorang pengayuh beca. Sudah boleh dijangkakan, berapa sangatlah pendapatannya? Apalah sangat kekayaannya? Dia hanya punya tempat tinggal, dan itu pun sebuah rumah bertaraf ‘pondok’ di tempat tanah setinggan, yang atapnya bocor sana sini apabila hujan. Meskipun begitu, Parman memiliki budi yang sangat mulia. Kemiskinan yang merenggut kehidupannya, tidak menutup mata batinnya untuk selalu ‘memberi’ kepada orang lain. Tapi, bukan harta yang boleh dia sumbangkan. Sebab, untuk makan sehari-hari saja sulit, apalagi berniat untuk memberi wang ringgit atau harta kepada orang lain. Maka, yang hanya boleh dilakukan Parman adalah “sedekah jasa”. Iaitu, setiap hari Jumaat dia tidak mengambil tambang kepada semua penumpang yang menaiki becanya. Ini adalah hal yang luar biasa. Tidak semua orang boleh melakukannya, apalagi orang miskin seperti dirinya. Maka, atas kebaikannya itulah, suatu “keberkatan hidup” kemudian menghampirinya. Suatu ketika, di satu hari Jumaat pertama bulan Ramadan, tiba-tiba, ada seorang hartawan yang keretanya tiba-tiba mogok. Kebetulan, keretanya yang rosak yang enjinnya tiba-tiba mati itu berlaku tidak jauh dari tempat stesyen para pengayuh beca. Hartawan itu pun bertanya kepada drivernya, “Cuba kamu tanya pengayuh beca itu berapa tambangnya untuk saya sampai ke rumah?” “Paling tidak hanya beberapa ringgit saja tuan,” jawab driver itu kepada majikannya. Hartawan tersebut pun memutuskan naik beca saja kerana sebenarnya jarak ke rumahnya tidaklah berapa jauh sangat. Alang-alang saja untuk mengambil sebuah teksi. Maka, dipanggillah seorang pengayuh beca yang ada di situ dan kebetulan Parman yang datang. Lalu, dikayuhlah beca itu oleh Parman menuju rumah orang kaya tersebut. Setelah sampai di rumahnya, Parman diberi wang Rp10 ribu (RM 3.50) dan tak perlu dipulangkan bakinya. Namun, oleh Parman wang itu ditolaknya.
“Kenapa kamu menolaknya?” tanya hartawan itu kehairanan. “Saya sudah meniatkan sejaka lama dulu, kalau setiap Jumaat saya khidmat secara percuma kepada semua penumpang yang naik becak saya sebagai cara saya ‘bersedekah’,” jawabnya jujur. Selepas itu Parman pun pergi meninggalkan hartawan tersebut. Rupanya, kejadian itu meninggalkan kesan di hati hartawan tersebut. Hartawan itu tiba-tiba terasa insaf sebab dirinya saja tidak pernah bersedekah, inikan orang miskin malah melakukannya dengan begitu tulus ikhlas sekali. Lalu, dikejarnya dan di panggil Parman sekali lagi. Parman menghentikan kayuhan becanya. Parman pun dihulur wang Rp1 juta (RM350.00) Dia fikir Parman akan menerimanya kerana jumlah wangnya besar. Tapi, Parman tetap menolaknya. Lalu, dinaikkan lagi menjadi Rp2 juta (RM700.00). Namun Parman tak teragak-agak menolaknya. Alasan Parman sama: dia tidak menerima wang satu sen pun di hari Jumaat untuk khidmat menaiki beca. Sebab, dia sudah meniatkannya untuk bersedekah. Subhanallah! Tapi, hal ini justeru membuat hartawan tersebut semakin ghairah untuk mengetahui hakikat pengayuh beca itu. Maka pada hari Jumaat berikutnya (di hari Ramadan juga), hartawan itu pun naik beca lagi. Dia sengaja meninggalkan pemandunya untuk pulang ke rumah sendiri dan dia lebih memilih berhenti di stesyen beca itu untuk boleh naik beca Parman. Maka dihantarlah hartawan tersebut ke rumahnya oleh Parman. Setelah sampai, Parman pun diberikan sejumlah wang yang lebih besar lagi, kali ini RP10 juta (RM3,500). Hartawan itu fikir Parman akan terliur oleh jumlah wang sebanyak itu. Tapi, lagi-lagi, perkiraannya meleset. Parman, sekali lagi, menolak wang yang bagi dia itu sebenarnya tersangat besar. Apalagi, tambahan tak beberapa hari lagi akan menyambut hari raya dan wang itu pasti akan berguna buat dirinya dan keluarganya. Tapi, Parman tetap menolaknya dengan halus dan beradab. Kejadian ini benar-benar membuat hartawan tersebut semakin tidak mengerti. Kenapa orang miskin seperti Parman tidak mahu menerima wang sebesar itu? Padahal, wang itu boleh dia gunakan selama berbulan-bulan. Namun, rasa ingin tahu hartawan itu rupanya tidak pernah berhenti di situ. Hari Jumaat berikutnya lagi, dia pun naik beca milik Parman lagi. Namun, kali ini dia minta dihantarkan ke tempat yang lain. “Bawakan saya ke rumah kamu tinggal,” pinta hartawan itu.
“Memangnya, ada apa-apa, tuan?” tanya Parman jujur. “Pokoknya, hantarkan saya saja,” tegas hartawan itu.
Akhirnya, Parman terpaksa membawa hartawan tersebut ke rumahnya. Mungkin hartawan itu hanya ingin menguji: apakah pengayuh beca itu benar-benar orang miskin ataukah tidak? Mereka pun akhirnya sampai di rumah Parman. Betapa terkejutnya hartawan itu, kerana rumah yang dimaksud hanyalah sebuah rumah pondok yang sangat jelek. Atap gentingnya bila-bila saja boleh roboh oleh terpaan angin dan air hujan. Oleh kerana tersangat ‘hibanya’ melihat kedaifan tempat tinggal Parman itu hartawan itu menyeluk sakunya dan menghulurkan wang sejumlah Rp.25 juta (RM8,750) “Ini ambillah wang sekadarnya dari saya. Mohon kamu menerimanya,” pinta hartawan kepada Pak Parman. Apa reaksi Parman?...
Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2011 di pasaran...
Monday, October 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment