OLEH kerana umat Islam Malaysia akan menunaikan fardu Haji tidak lama lagi, maka disiarkan sedikit “panduan haji dan umrah” bagi memudahkan umat Islam dalam menjalankan ibadat ini. Bahan-bahan ini dinukilkan dari sebuah kitab “yang berjudul Fiqih Lima Mazhab” yang ditulis oleh seorang ulama yang tersohor Muhammad Jawad Mughniyah. Selain dari “empat mazhab” yang terkenal satu lagi mazhab yang disebut dalam kitab ini ialah Mazhab Imamiyah. Ia adalah IMAM JA’FAR Ash-Syadiq, atau Ja’far bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Husein bin Ali bin Abi Thalib, suami kepada Fatimah binti Az-Zaharah binti Rasulullah Muhammad s.a.w. Beliau dilahirkan pada tahun 80 Hijriah (699 M). Ibunya bernama Ummu Farwah binti Al-Qassim bin Muhammad bin Abu Bakar As-Shidiq. Pada beliaulah terdapat perpaduan darah Nabi s.a.w. dengan Abu Bakar As-Shidiq r.a. Beliau berguru dengan ayahnya Muhammad Al-Baqir disekolah ayahnya yang banyak melahirkan tokoh ulama besar Islam. Ja’far Ash-Shadiq adalah ulama besar dalam banyak bidang ilmu, seperti ilmu filsafat, tasawuf, Fiqh, kimia dan ilmu kedoktoran. Beliau adalah imam yang ke enam dari dua belas imam dalam mazhab Syi’ah Imamiyah. Di kalangan kaum Sufi, beliau ada guru dan syeikh yang besar di dalam ahli kimia beliau dianggap sebagai pelopor ilmu kimia. Ahlusunnah berpendapat bahawa Ja’afar Ash-Shadiq adalah seorang “Mujtahid” dalam ilmu fiqih. Di kalangan para Syeikh terkemuka Ahlusunnah, beliau juga dianggap sebagai seorang Sufi, kerana di dalam dirinya terdapat puncak pengetahuan dan darah Nabi s.a.w. yang suci. Sementara itu, Imam “Empat Mazhab” itu kita sebagai umat Islam sudah tentu mengenalinya. Dalam hukum Fiqih ini, ke empat-empat imam ini ada diantaranya beberapa pendapat. Walau pun begitu, ia tetap sama pendirian, cuma yang diperselisihkan ialah soal-soal “cabang” atau pun “ranting” saja, manakala soal pokok, mereka tetap sepakat. Begitu juga dengan Imamiyah Ja’far Ash-Shadiq, ada beberapa perkara cabang mereka berselisih, tetapi pada soal pokoknya mereka sepakat. Marilah kita sama-sama mempelajari pendapat-pendapat “ilmu fiqih” oleh kelima-lima mazhab ini. Mari kita sama-sama menggunakan akal rasional. Ini berdasarkan kepada suatu riwayat yang menyebut begini: “Sesungguhnya Malaikat Jibril a.s. turun menemui Adam, dan berkata kepadanya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. menyuruhkan untuk menawarkan satu pilihan dari “tiga pilihan” yang ditawarkannya, iaitu: “Akal, “agama” dan “rasa malu”. Adam menjawab: “...
Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2011 di pasaran...
Sunday, October 9, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment