Friday, November 5, 2010

Variasari Keluaran November 2010


Sudahkah anda memiliki Variasari edisi November 2010? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan...

Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai.

Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.

Dapatkan segera majalah Variasari keluaran November 2010 sebelum terlambat.

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.

Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin


Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Dalam Variasari November 2010









Hidayah November 2010



Hidayah keluaran November 2010 sudah beredar di pasaran.
Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Langganlah Segera Melalui Pos

Salam Kami November 2010

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT
SEGALA puji dan syukur kita ke hadapan Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhamammad s.a.w. Masa terus berjalan, silih berganti. Minggu ke minggu, bulan ke bulan. Yang pergi menemui Illahi terus pergi, sementara yang tinggal meneruskan hidup di bumi Allah ini. Dan tingkatkanlah amal ibadat dalam baki usia tak seberapa lagi ini. Rasanya baru saja Syawal ditinggalkan, kita kini telah menghampiri pula bulan Zulhijjah. Begitulah gelombang hidup yang meliputi umat Islam. Setiap masa ada saja anugerah dari Allah Taala. Oktober ini kita menyaksikan gelombang para bakal haji dari Malaysia dan seluruh pelusuk dunia ini untuk menyahut panggilan Allah ke tanah suci. Sebenarnya kedatangan Zulhijjah ini lebih terasa dan lebih lama di‘rai’kan bermula proses persiapan mengerjakan haji dan kembali semula ke tanah air yang mengambil masa hampir sepurnama. Bertuahlah para bakal haji dapat menjijak bumi Rasulullah s.a.w. Namun kita di sini juga tidak ketinggalan meraikan Zulhijjah ini. Malah kita juga turut bersiap sedia dengan urusan para peserta korban di kariah masing-masing. Dan ingat, proses ini juga memberi peluang kalangan masyarakat untuk saling mengeratkan kemesraan dan kenal mengenal dalam menyambut perayaan agama. Benarlah, kedatangan bulan haji ini sungguh bermakna sekali. Ibnu Umar r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada hari yang lebih besar di sisi Allah dan lebih disukai untuk orang beramal di dalamnya melebihi dari hari sepuluh (1 – 10 Zulhijjah), kerana itu perbanyakkanlah olehmu bertakbir, bertahmid dan tahlil (Allahu akbar, Alhamdulillah, Laa ilaha illallah).” Para pembaca budiman, Hidayah terus menemui anda. Kita terus dengan tradisi saling mengingatkan. Dan ingatan yang terus menusuk ke hati kita ialah ‘kematian’. Anda hayatilah iktibar yang kami paparkan terutama kisah dalam iktibar 1. Berdoalah semoga kematian yang akan menjemput kita nanti juga hendaknya dalam keadaan yang baik. Alangkah indahnya mati dalam keadaan begitu... Buanglah sifat-sifat yang tidak baik dan busuk hati. Janganlah jadi seperti watak ‘menantu’ celaka yang berniat mahu membunuh bapa mentuanya seperti yang terdapat dalam kisah iktibar 2.
Terimalah salam kami dan kita berjumpa lagi dalam keluaran akan datang, InsyaAllah.
Wassalam!

Pengarang

Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Lelaki Misteri Mengelilingi Kaabah

SUBUH itu begitu biru. Syahdu menyusup lambat-lambat ke kalbu saya. Damai dan menyejukkan. Di depan saya, Kaabah begitu dekat, begitu mempesona. Saya terpegun mengenang mimpi saya tentang Baitullah semasa belajar di pondok dulu. Akhirnya, Kau panggil juga hamba menjadi tamuMu, ya Rabb. Mata saya berair menatap Kaabah suci itu. Kiblat solat sejagad umat itu menghempaskan batin saya ke dalam sehabis-habis kerinduan; rindu Rabb, rindu keluarga. “Ilahi, terimalah rinduku, rindu hamba pendosa ini.” Saya merasa di ambang keberantaraan; antara alam mimpi dan realiti melebur menjadi satu, antara imaginasi dan kenyataan berpadu. “Ya Allah, seandainya di sini ada keluargaku...” Saya pandangi lagi RumahNya yang tengah dikelilingi penziarah dari berbagai ras dan bangsa. Kiswahnya yang hitam, kaligrafi emas yang menghiasinya, dan Hajar Aswad yang menempel di dindingnya memanggil-manggil saya, “Kemari, Az, percepat langkahmu ke dekatku. Kebetulan tak terlalu ramai...” Maka, saya pancangkan niat di kalbu untuk tawaf kedua kalinya. Saya tak mahu kalah dengan burung-burung kecil yang juga terbang memutar-mutar di atas Kaabah. Syukur-syukur dapat juga mencium Hajar Aswad yang diingini ramai para penziarah. Langit berwarna biru tua. Matahari masih malu-malu menerbitkan sinarnya. Dan kaki saya pun sudah berdiri, menghadap Hajar Aswad, berbaur dengan jemaah lainnya. “Bismillahi wallahu akbar...” . Tubuh saya yang kecil dalam seketika sudah bergabung dengan saudara-saudara semuslim lainnya. Menzikir-zikir namaNya, menghiba-hiba cintaNya. Masing-masing bermunajat dengan doa-doa khusus. Begitu pula saya. Tak terasa, tubuh saya sudah merapat ke dinding Kaabah, terbawa arus manusia. Saya sudah berada di pusingan kedua dan bersiap memasuki tawaf pusingan ke tiga. Ketika itu, saya sudah berada antara Rukun Yamani dan Hajar Aswad, sebuah ruang yang juga masyhur tempat mustajab untuk berdoa. Mata saya terpejam dan hati saya sempat memohon, “Ya Allah, izinkan saya mencium Hajar Aswad-Mu.” Tiba-tiba, saat saya membuka mata, seorang lelaki Indonesia menegur-negur saya: “Haji, sudah cium Hajar Aswad?” Tentu saja, saya terkejut. Secepat itukah Allah mengkabulkan doa saya? Dalam keadaan setengah tak percaya, lelaki itu sudah membimbing saya memasuki desakan manusia yang berusaha keras ingin mencium Batu Hitam itu. Begitu cepat dan sigapnya, lelaki itu menghantarkan tubuh saya ke depan Hajar Aswad. Saya cium dalam-dalam lubang batu cadas yang katanya dari syurga itu. Lama sekali. Harum sekali. Lalu, setelah puas mengusapkan tangan kanan, saya putuskan keluar dari himpitan manusia. Lega. Batin saya lapang. Dan saya pun melanjutkan rangkaian tawaf saya. Namun, tiba-tiba, lelaki tadi memanggil-manggil saya. Ia merapat dekat ke tubuh saya. “Haji, tolong sedekahnya untuk bertahan hidup di Makkah, barang 100-200 riyal...” Saya terhenyak. Terkejut. Saya beristighfar. “Astaghfirullah. Bagaimana ini, ya Allah? Kenapa orang ini tidak tulus membantuku? Hikmah apa yang tengah kau ajarkan kepadaku?” Hati saya benar-benar ‘masyghul’. Saya pun akhirnya memberikannya wang 50 riyal sebagai sedekah yang saya mampu. Tapi ia tidak terima, ia merajuk meminta lebih. Saya tak dapat memenuhinya seraya berkata: “Tolong, jangan rosakkan ibadah saya. Bukankah ini rumah Allah?” Ia pun pergi dan air mata saya berderai-derai. “Apakah saya salah, Rabb? Ampuni saya, ya Rabb, bila peristiwa tadi mencederai ibadah saya? Beri saya kesempatan menebusnya, ya Allah.” Dilanda perasaan bersalah itu, saya lanjutkan pusingan tawaf. Tapi, hati saya masih sangat berkecamuk, terganggu dengan peristiwa di Hajar Aswad itu - yang kemudiannya saya tahu bahawa saya tidak sendirian, banyak jemaah lain yang juga terperdaya olehnya dan teman-temannya. Sejurus kemudian, saat saya di pusingan ke lima, saya sempatkan memejamkan mata untuk berdoa antara Rukun Yamani dan Hajar Aswad kembali. “Ya, Allah beri saya kesempatan menebusnya...” Ajaib! Allah memang Maha Pengampun. Tak tersangka, di dekat saya, sudah ada seorang tua yang agak kelihatan uzur, tengah mengah-mengah, seperti meminta bantuan untuk dibimbing tangannya. Detik itu pula, saya tersedar. Barangkali inilah kiriman Allah itu. Barangkali inilah kesempatan saya untuk menebusnya, seorang lelaki tua yang dikirim Ilahi. Bentuk tubuhnya sedikit lebih kecil dari saya. Dari tanda pengenalan yang menggantung di lehernya, saya tahu ia berbangsa Iran. Tangannya yang lemah tiba-tiba sudah menggelayut di lengan saya. Saya lihat air mukanya, senyum simpul menghiasi bibirnya. Ada rasa bahagia memancar di wajahnya. Saya merasa kekuatan syahdu menjalar diam-diam ke seluruh tubuh saya. Dan kami pun tawaf bersama. Namun, saat saya hendak ke pusingan keenam, lelaki tua itu menghentikan langkah saya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2010 di pasaran...

Meninggal Saat Solat Sunat Qabliyah

Rabu, 19 Mei 2010
Sebentar lagi waktu Maghrib tiba. Ahmad Matin, yang mesra dipanggil Aceng, sudah berpakaian rapi. Petang itu, ia mengenakan baju untuk bersolat warna abu-abu dengan songkok di kepala dan berkain sarung. Seperti hari-hari biasa, menjelang Maghrib, lelaki ini tengah mempersiapkan diri untuk mengerjakan solat Maghrib berjemaah di Surau al-Huda yang berjarak 150 m dari rumahnya. Selagi sihat dan nyawa masih di kandung badan, tak ingin sekali pun ia meninggalkan solat berjemaah. Rasanya, rugi sekali jika tidak mengikuti solat berjemaah. Kerana fadhilat solat berjemaah jauh lebih utama berbanding solat bersendirian. Hari itu, langit di atas kota Bekasi terlihat cerah. Lalu lalang kenderaan yang melintas di jalan raya jauh-jauh terdengar dari rumah Aceng. Setelah segelas air suam diminumnya, Aceng segera melangkahkan kakinya menuju surau. Sejenak ia menatap langit. Senja itu, kelelawar sudah mulai berkeliaran, burung-burung berterbangan hendak kembali ke sarangnya seolah menghias langit yang memancarkan warna merah petanda malam sebentar lagi tiba. “Bismillahirrahmanirrahim,” ucap Aceng seraya melangkahkan kakinya dengan mantap. Seulas senyum kerap menghiasi bibirnya setiap ia bertemu orang-orang yang menyapanya di sepanjang jalanan. Tak berselang lama, azan Maghrib pun berkumandang. Aceng sudah berada di surau dan segera menunaikan solat maghrib berjemaah. Selepas menunaikan solat sunat Maghrib, Aceng berzikir sejenak seperti biasanya. Lantas di sela-sela waktu menunggu waktu isyak itu, Aceng sempat berbual-bual sebentar dengan jemaah lain di surau. “Sehabis solat maghrib dan zikir, kita berbual-bual, bertanya khabar sesama jemaah,” kata H. Husaidi, Pengerusi Surau al-Huda, ketika diwawancara wartawan Majalah Hidayah. Waktu solat isyak menjelang. H. Jamhari memukul beduk, petanda masuk waktu isyak. Aceng yang kebetulan masih memiliki wuduk bersiap-siap untuk mengumandangkan azan. Kebetulan, saat itu, ia bertindak sebagai muazin di Surau al-Huda. Semua kalimat azan telah selesai dikumandangkan. Tanpa ada arahan, para jemaah langsung melakukan solat qabliyah dua rakaat, tak terkecuali Aceng. Para jemaah di surau tersebut sungguh tak melihat gejala apapun dalam diri Aceng. Semuanya biasa-biasa saja. Mulai takbir hingga menjelang tahiyat. Akan tetapi, begitu sujud kedua di rakaat kedua yang semestinya dilanjutkan dengan tahiyat, lelaki berusia setengah abad itu tak dapat menguasai tubuhnya lagi. Perlahan-lahan tubuh Aceng mendadak melayah ke kiri seperti hendak salam terakhir. Tubuhnya tersungkur dan langsung tak sedarkan diri. Tentu saja, pemandangan ini mengejutkan seisi jemaah di surau tersebut. H. Nashim yang kedudukannya di sebelah kanan Aceng dan sudah selesai mengerjakan solat qabliyah sempat berkata, “Ahh... ahh.. ahh...” begitu mengetahui tubuh Aceng melayah sebelum menyelesaikan solat qabliyahnya.
Ia segera menghampiri Aceng yang tertelungkup. H. Husaidi yang baru saja menyelesaikan qabliyahnya ikut membantu. Tubuh Aceng diangkat kemudian cuba diberikan segelas air mineral, namun rupanya Aceng sudah tak bergerak lagi. Mulutnya diam seribu bahasa dan sudah tak dapat meminum air yang diberikan kedua temannya tersebut. Kedua matanya sudah merapat. Sedar bahawa tak ada respon lagi dari Aceng, para jemaah kemudian membaringkannya. Tentu saja keadaan ini membuat para jemaah lain yang bermaksud menunaikan solat isyak berjemaah agak panik. Lima minit berlalu, tanda-tanda kehidupan Aceng sepertinya sudah tidak ada harapan lagi. Sampai akhirnya kepastian itu datang setelah dilakukan pemeriksaan oleh doktor yang dipanggil datang ke surau.
Doktor itu pun menggeleng-gelengkan kepala sebagai isyarat bahawa tidak ada lagi tanda kehidupan dalam tubuh Aceng. Ya, Aceng sudah meninggal dunia. “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun,” serentak beberapa jemaah yang berada di keliling tubuh Aceng berucap. Berita kematian Aceng terdengar di sekitar surau. Tak lama kemudian berdatangan orang ramai yang memang mengenali Aceng datang ke surau. Ada rasa terngiang-ngiang mengingat senandung azan isyak yang dikumandangkan Aceng masih mereka dengar, namun tak berselang lama mereka mendengar pula khabar kematiannya. Mereka terharu sekaligus kagum mendengar kematian Aceng yang mati di surau ketika sedang bersolat sunat qabliyah. “Kita segera usung jenazahnya kembali ke rumahnya. Ternyata ketika sampai, pintu rumahnya terkunci. Isteri dan anak-anaknya rupanya tidak berada di rumah. Namun tak lama kemudian, mereka pulang.” Ada kesedihan menyelimuti raut seisi keluarga kerana orang terbaik di sisi mereka, kini telah meninggalkan mereka. Apalagi isteri dan anak-anaknya. Akan tetapi, mereka mengerti tak boleh berbuat apa-apa kecuali akhirnya menerima dengan lapang dada. Meski pun sedih, ada sekilas kebahagiaan di wajah si isteri. Sebabnya diketahui dari penuturan para jemaah di Surau al-Huda bahawa suaminya meninggal dunia saat mengerjakan solat sunnah qabliyah isyak.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2010 di pasaran...

Jenazah Orang Beriman Merintih Ketika Diusung Ke Kubur

DALAM masa jenazah diusung oleh orang ramai untuk dikebumikan di tanah perkuburan, jenazah itu merintih.
Rintihan jenazah itu dapat didengar oleh makhluk yang ada di atas muka bumi ini, kecuali yang tidak dapat mendengarnya ialah Jin dan manusia. Kalaulah rintihan jenazah itu dapat didengar oleh manusia, terutama mereka yang sedang mengusungnya, tentulah tidak sesiapa pun yang berani mengusungnya. Kalau jenazah itu termasuk dalam golongan insan yang beramal salih dan beriman, maka dia akan memohon supaya disegerakan pengkebumiannya. Kerana dia sudah tahu tempatnya di alam barzakh, dan sebab itulah dia mahu dikebumikan segera. Jenazah itu juga tahu bahawa nikmat kubur sudah menantinya, dan sentiasa menunggu kehadirannya.
Seorang ustaz ketika menyampaikan kuliah agamanya di sebuah madrasah di ibu kota tidak lama dulu telah menceritakan kisah dari kitab berhubung dengan perkara ini. Apa yang diceritakan oleh ustaz ini memang ada disebutkan dalam kitab-kitab agama. Kalau kita rajin membacanya kita akan temuinya. Kelihatan para jemaah yang mendengar ceramahnya itu ternganga mulut mereka. Cerita yang dibawa oleh ustaz ini ketika beliau menerangkan mengenai bagaimana manusia sudah sampai ajalnya, dan dicabut rohnya oleh “Malaikat Maut”.
Dalam kaitan ini, ustaz tersebut telah menarik perhatian para jemaah dimana kalau ada mayat yang baru meninggal dunia, hendaklah disegerakan pengkebumiannya, jangan dilambat-lambatkan dengan membaca itu dan ini lagi. Kemudian pada malam berikutnya, seorang lagi ustaz memberikan ceramahnya. Ceramah atau kuliah ustaz ini agak menarik. Beliau ialah Ustaz Dr. Haji Shahrul Akhbar. Beliau merupakan ustaz yang paling kanan mengajar di Madrasah di tempat kami, MADRASAH AL-HUDA. Saya rasa terpanggil untuk menulis tentang isi kuliahnya, yang saya kira ia perlu diketahui oleh umum kerana masalah yang dibentangkannya berbentuk umum.
Dalam kuliah itu ustaz Shahrul telah membacakan sebuah hadis Nabi s.a.w. yang agak panjang. Hadis tersebut menjelaskan mengenai satu mimpi Nabi s.a.w. Hadis tersebut diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Madini. Katanya Nabi s.a.w. telah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya aku telah bermimpi akan satu mimpi yang ajaib malam tadi. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut untuk mengambil nyawanya, maka menjelmalah ketaatannya kepada ibu bapanya, lalu menghalang Malaikat Maut itu daripadanya.
“Aku juga melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka muncullah zikrullahnya, lalu menghalau syaitan-syaitan daripadanya. “Aku melihat seorang dari umatku telah diseret oleh Malaikat azab, maka segera datang solatnya serta melepaskannya dari tangan mereka. “Aku melihat seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga. Setiap dia mendatangi satu perigi, ia dihalangi untuk meminum air perigi tersebut, lalu datang puasanya serta memberinya minuman hingga ia merasa puas. “Aku melihat seorang dari umatku sedang diliputi jerebu yang sangat gelap, dihadapannya gelap, di kanannya gelap di kirinya gelap dan di bawahnya juga gelap sedangkan dia dalam keadaan bingung. Maka menjelmalah amalan Haji dan Umrahnya dan mengeluarkannya dari suasana kegelapan, lalu memasukkannya dalam suasana terang benderang. “Aku melihat seorang dari umatku mengunjungi kumpulan para nabi yang ketika itu sedang duduk bersama-sama. Setiap dia cuba mendekati, ia dihalau dari tempat itu, maka datanglah amalan mandi junubnya memimpinnya ke kumpulan para nabi itu serta menunjukkan supaya duduk di sampingnya. “Aku melihat seorang dari umatku berbicara kepada kaum mukmin, tetapi tidak seorang pun dari mereka yang mahu membalas bicaranya, maka datanglah amalan silaturahimnya serta menyeru orang itu, katanya: “Wahai kaum mukmin sesungguhnya orang ini sangat suka membantu kerabatnya, maka sambutlah bicaranya lalu mereka pun berbicara dengannya dan bersalaman dengannya. “Aku melihat seorang dari umatku sedang menepis-nepis bahang dan percikan api di mukanya. Lalu datanglah amalan sedekahnya menghalangi muka dan kepalanya dari bahaya api itu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2010 di pasaran...

Mensyukuri 'Yang Tersisa' Dari Granada

Sari, wanita yang berasal dari Indonesia yang tinggal di Granada, Sepanyol itu hanya mampu mengelus dada. Dia mengaku sampai menangis kerana demikian rindu akan suasana Ramadan di tanah airnya. Dia merindu solat terawih, tadarus, waktu berbuka, sahur, acara tv sepanjang Ramadan dan banyak hal lain yang tak dapat dia dapati di Granada. Dia hanya terhibur dapat menyaksikan siaran tv Islam Sepanyol dengan menggnakan antena khasnya. Saat waktu sembahyang sunat Aidilfitri yang dilaksanakan di lapangan yang berhadapan dengan Al-Hambra dan pegunungan Sierra Nevada, ia juga merasa aneh karena hanya dia satu-satunya jemaah wanita yang memakai telekung sementara yang lain memakai jaket, gaun panjang, berkemeja dan bertudung, sekadar menutup aurat. “Kalau di Indonesia pasti semuanya memakai telekung putih,” ujar ibu kepada dua anak bernama lengkap Widasari Saraswati ini. Sari sudah empat tahun tinggal di Granada. Mulanya dia dan suaminya, Scott, saudara baru berasal dari Scotland, tinggal di Barcelona. Namun terdorong oleh keindahan dan sejarah besar Granada mereka memutuskan menetap di kota itu. Jauhnya jarak dengan tanah air membuat Sari mesti menyambut Aidilfitri tanpa ketupat dan rendangnya. Baru tahun lalu dia dapat sedikit melepas kerinduan setelah dapat merayakan Aidilfitri bersama warga Indonesia di Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI), Madrid, Sepanyol. Tapi, sebagai muslimah, Sari yang mengisahkan pengalamannya ini di blog peribadinya tak dapat menyembunyikan keharuan dan ketakjubannya melihat Istana Al-Hambra, istana indah milik Kesultanan Nasrid, pemerintah Islam terakhir di Granada. Dia melihat bagaimana istana itu memang asal milik orang Islam kerana semua rekabentuknya menunjukkan hal itu. Apalagi di depan al-Hambra kini sudah ada sebuah masjid yang merupakan masjid terbesar di Granada (Mezquita de Granada) yang dirasmikan pada 10 Julai 2003 lalu yang dibina berkat bantuan kerajaan Libya, UEA, Malaysia, Morocco dan beberapa negara muslim lain. Tanah untuk masjid itu sudah dimiliki orang Islam sejak ratusan tahun. Mereka tutup mulut dan menjadikannya ladang bercucuk tanam. Jika pihak berkuasa mengetahui tanah itu untuk membina masjid, pasti sudah diambil alih. Pembangunannya pun berlangsung 21 tahun kerana izin yang sulit. Kematian penyumbang awalnya, Raja Hassan dari Morocco, juga turut memperpanjang masa pembangunannya. Sempat pula ditemukan peninggalan arkeologis disamping penolakan dari sebilangan warga Sepanyol yang tak menginginkan masjid itu didirikan. “Di bawah atap menara tertera tulisan kufi tentang ayat syahadah umat Islam iaitu ‘Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasulullah’. Alhamdulillah, akhirnya azan dapat kembali berkumandang di bumi Andalus ini,” ujar Sari bersyukur. Masjid yang menelan belanja 4 juta dollar itu seperti pelepas dahaga panjang kerana sejak dikuasai pemerintah Kristian sejak lima abad lalu tak ada sebuah masjid pun yang boleh berdiri di Granada. Masjid-masjid besar dan bersejarah sudah menjadi gereja termasuk yang berada di dekat Istana Al-Hambra. Taman Masjid Granada bertema Mediteranian dan ubinnya bergaya Andalus. Warna marmar masjid mengikuti warna Masjid al-Aqsha dan mihrabnya merupakan reka bentuk dari mihrab masjid bersejarah lain di Sepanyol, Masjid Cordoba. Kini azan terdengar di sana lima hari sekali seperti suara yang bangkit dari kubur. Mendendangkan kejayaan Islam masa lampau walau dengan suara perlahan.

Nostalgia dan Keharuan
Wajar saja Granada menerima “tempias” Islam paling besar. Daerah ini memang yang paling dekat dengan selat Gilbratar yang terkait dengan Thariq bin Ziyad, mujahid Islam dari abad ke-7. Dekat dengan Gilbratar sudah tentu dekat dengan Morocco. Negara Maghribi di Afrika Utara ini adalah negara Islam dari zaman para sahabat r.a. sampai sekarang. Thariq adalah awal sejarahnya dan Sultan Muhammad XII, Abu Abdullah, yang dicatat dengan nama Boabdil oleh ahli sejarah Eropah adalah yang akhir. Thariq datang pada tahun 711 dengan drama pembakaran kapal pertanda puncak jihad dan Boabdil alias Abu Abdullah berlinang air matanya saat menyerahkan kunci Istana Al-Hambra sebagai penyataaan takluk kepada Raja Ferdinand dan Ratu Isabella pada 1492. Thariq mengawali kisah bumi Andalus sampai tahun 1031. Waktu itu, wilayah Islam sangat luas di Sepanyol, menyentuh Malaga, Valencia bahkan Madrid yang kini menjadi ibu kota Sepanyol. Di luar nama Toledo, Sevilla dan Cordoba yang berwarna Islam pekat dalam sejarah. Dua abad kemudian Cordoba (1236 M) dan Sevilla (1248 M) jatuh ke kekuatan Katolik menyusul Toledo yang takluk terlebih dahulu pada 1085. Terjadilah penghijrahan muslim besar-besaran ke Granada yang saat itu dipimpin Mohamad bin Yusuf bin Nasr, pemimpin Kesultanan Nasrid. Granada tak tersentuh tangan musuh dan terus berjaya selama 250 tahun, menjadi salah satu kota indah dan terkaya di Eropah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2010 di pasaran...

Al Quddus Allah Yang Maha Suci

ALQUDDUS: “Allah Yang Maha Suci”. Manusia memiliki standard kesempurnaan. Akan tetapu sesempurna apa pun dalam pandangan manusia, pasti tida menjangkau kesempurnaan ALLAH. Allah adalah zat yang Mahakuasa, penggenggam alam semesta. Betapa pun Allah mmiliki kesempurnaan dalam kekuasaan, tetapi DIA Mahasuci dari sifat kezaliman, kelemahan, dan ketidak kesempurnaan. MAHA SUCI ALLAH yang tidak tersentuh dari sifat kekurangan apa pun. AL QUDDUS, adalah salah satu Asma Allah Azza wa Jalla yang sudah sangat dikenal. Dalam al-Quran, kata Al-Kuddus atau Allah Yang Maha Suci sering didampingkan dengan kata Al Malik (Maharaja atau zat Yang Maha Berkuasa). Dalam Quran surah Al Hasyr ayat 23, dan Quran surah al-Jumu’ah ayat 1. “Sentiasa bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Dalam bahasa Arab, Al-Quddus adalah yang Maha Suci Murni atau pun yang penuh keberkahan. Dari sini muncul pelbagai penafsiran dari kata “Al Quddus” diantaranya terpuji dari segala macam kebajikan. Imam Ghazali mengatakan bahawa Allah sebagai Al-Quddus adalah DIA yang tidak dijangkau oleh indera, tidak dapat dikhyalkan oleh imiginasi, dan tidak dapat diduga oleh lintasan nurani. Demikian kesempurnaan Allah s.w.t. Dia tidak terkejar dengan bentuk dan zatnya oleh kekuatan indera. Indera manusia terlampau lemah untuk menjangkau keagungan Allah menggenggam Alam semesta ini.
Maha Suci Allah, Dia tiada beranak dan diperanakan (Surah al-Ikhlas). Allah tidak diserupai dan menyerupai apa pun. Jadi kalau ada yang menganggap Allah itu menyerupai sesuatu, pendapat itu tidak boleh diterima. Sesuatu itu pastilah makhluk dan setiap makhluk pasti memiliki kelemahan. Mahasuci Allah secara Zat dan perbuatanNya. Tidak ada satu pun perbuatan Allah yang cacat atau gagal. Mengatakan cacat dan gagal pada perbuatan Allah pun tidak layak. Allah tidak mungkin berbuat sesuatu yang gagal. Maha Suci Allah dari makhluk yang dianggap sempurna oleh makhluk. Manusia memiliki standard kesempurnaan. Namun, sesempurna apa pun dalam pandangan manusia, kesempurnaan Allah yang sesungguhnya apa pun dalam pandangan manusia, kesempurnaan Allah yang sesungguhnya tidak akan terjangkau. Akal manusia sangat terbatas. Manusia hanya mengenal 26 abjad dan sepuluh angka. Bagaimana mungkin makhluk yang sebatas ini boleh menilai kesempurnaan Allah, Zat Penggenggam langit dan bumi?

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2010 di pasaran...

Manusia Berwajah 'Babi' Kerana Makan Rasuah

CERITA orang terima rasuah tidak menjadi rahsia lagi. Menerima rasuah pula ada pelbagai cara, ada cara terang-terangan, cara gelap, cara sembunyi-sembunyi dan pelbagai lagi. Rasuah sekarang ini makin menjadi-jadi dan berlaku di sana sini serta di mana sahaja, dalam rumah, dalam kedai, dalam hotel, atas jalan raya, atas jambatan, dalam padang, coffee house dan lain-lain tempat. Mereka yang “makan rasuah” ini tidak tahu akibatnya. Bukan sahaja makan harta secara haram, bahkan hidup mereka hilang barakahnya. Balasan Allah s.w.t. kepada mereka yang makan rasuah terlalu berat. Balasannya, kadang-kadang Allah tunjukkan di atas dunia lagi. Ada rumahnya terbakar. Ada yang menerima musibah kerana keluarga dan diri sendiri menerima kemalangan dan bermacam-macam hal yang lain. Ada kalanya pula, Allah menangguhkan balasannya itu hingga hari akhirat kelak. Balasan di dunia dan akhirat tentang mereka yang makan benda-benda haram seperti rasuah ini telah diberitahu oleh Allah melalui lisan NabiNya Muhammad s.a.w. Oleh kerana mereka ini tidak tahu apa-apa mengenai kesalahan ini dari segi hukum agama, maka mereka terima rasuah dengan memberi makan kepada anak, isteri, ibu bapa, bapa mertua, ibu mertua dan sesiapa yang didalam tanggungannya. Seolah-olah rasuah itu tidak ada apa-apa bagi mereka. Dari rasuah mereka beli rumah baru, kereta baru, tanah baru, ‘bini’ baru dan barang-barang rumah baru dari wang rasuah yang dirampas dari hak orang. Oleh kerana mereka “jahil” dalam ilmu agama, tidak pernah mengaji agama, mendengar ceramah agama, tidak pernah menghadiri kuliah agama dan tidak pernah membaca buku agama, maka mereka terima rasuah itu “macam makan cendul” sahaja.
Ada kes rasuah dibawa ke Mahkamah. Apabila mereka diheret dan dibicarakan ke Mahkamah atas tuduhan rasuah, maka mereka akan pakai “ketayap putih”.Selah-olah ketayap putih itu mencerminkan pemakainya sebagai “orang baik-baik” belaka, kerana orang yang memakai ketayap putih lambang “lebai”, orang yang sudah naik “haji”. Dalam pembicaraan, mereka mendapatkan seorang peguam yang bijak dan pintar. Oleh kerana atas kebijaksanaan peguam itu, dia dibebaskan kerana tidak cukup bukti. Tetapi di hadapan Allah mereka tidak akan terlepas. Mereka cuma terlepas di dunia sahaja, tetapi di akhirat mereka tetap akan menerima hukuman dari Allah. Ada sebuah hadis Nabi s.a.w. yang panjang yang diriwayatkan oleh seorang sahabat Nabi yang paling rapat, iaitu Muaz bin Jabal tentang bagaimana Rasulullah s.a.w. memberitahu, manusia yang akan dibangkitkan dari kubur di akhirat nanti, dengan pelbagai bentuk dan rupa yang memalukan. Rupa dan bentuk ini bergantung kepada dosa yang dibuat oleh manusia di atas dunia, diantaranya termasuk makan benda-benda haram iaitu rasuah. Rasulullah s.a.w. menjelaskan ada yang dibangkitkan kelak berwajah “babi”, kerana memakan yang haram, dan merampas hak orang. Yang jelas kepada kita ialah apa yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. itu ialah mereka yang rasuah, kerana rasuah itu memakan yang haram dan mengambil hak orang lain secara haram. Sebagaimana yang kita maklum bahawa “rasuah” ialah memakan harta yang tidak halal, mengambil hak orang lain, merampas harta orang secara paksa, memakan titik peluh orang secara haram.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2010 di pasaran...

Thursday, November 4, 2010

Uzair Hidup Selepas 100 Tahun Ditidurkan

PADA suatu hari ketika ‘Uzair memasuki kebunnya yang menghijau dengan pokok-pokok tamar dan tiba-tiba hatinya telah terpesona serta tertarik untuk memikirkan rahsia keindahan dan keajaiban alam ini. Sesudah memetik buah-buahan dia pulang dengan keldainya sambil menikmati keindahan-keindahan alam sekitarnya sehingga keldai yang ditungganginya tersesat jalan. Setelah sekian lama barulah dia sedar bahawa dia telah berada di suatu daerah yang tidak dikenali oleh beliau serta sudah jauh dari negerinya sendiri. Sebaik saja dia sampai ke daerah itu dilihatnya kampung itu baru saja diserbu oleh musuh-musuh sehingga menjadi rosak binasa sama sekali. Di tapak atau bekas runtuhan terdapat mayat-mayat manusia yang bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur. Melihatkan pemandangan yang mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan membawa dua keranjang buah-buahan. Manakala keldainya itu ditambat di situ, kemudian dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah rumah yang sudah runtuh bagi melepaskan penatnya. Dalam pada itu, fikirannya mula memikirkan mayat manusia yang sudah busuk itu. “Bagaimana orang-orang yang sudah mati dan hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan kembali di negeri akhirat?” Begitulah pertanyaan yang datang bertalu-talu dan tidak terjawab olehnya sehingga dia menjadi lemah longlai dan kemudian terus tertidur. Dalam tidur itu, dia seakan-akan bertemu dengan semua arwah (roh-roh) orang-orang yang sudah meninggal itu. Tidurnya amat luar biasa sekali, bukan hanya sejam atau semalam, tetapi dia telah tidur terus-menerus tanpa bangun-bangun selama seratus tahun lamanya. Dalam masa dia tertidur itu, keadaan di sekitarnya sudah ramai generasi baru, rumah serta bangunan-bangunan banyak yang telah didirikan. Dalam masa seratus tahun itu, segala-galanya sudah berubah, manakala ‘Uzair tetap terus tidur tersandar di dinding buruk itu menjadi jasad (tubuh) yang tidak bernyawa lagi.
Dagingnya sudah hancur dan tulang belulangnya sudah hancur lebur berderai. Kemudian jasad ‘Uzair yang telah mati, daging dan tulangnya yang sudah hancur itu disusun kembali oleh Allah s.w.t. pada bahagiannya masing-masing lalu ditiupkan rohnya. Dan ketika itu juga ‘Uzair hidup kembali seperti dahulu. ‘Uzair terus berdiri seperti orang yang bangun dari tidur lantas dia mencari keldai dan buah-buahannya di dalam keranjang dahulu. Tidak berapa lama kemudian, turunlah beberapa malaikat seraya bertanya, “Tahukah engkau ya ‘Uzair berapa lama engkau tidur?” Tanpa berfikir panjang ‘Uzair menjawab, “Saya tertidur sehari dua ataupun setengah hari.” Lalu malaikat pun berkata kepadanya, “Bahawa engkau terdampar di sini genap seratus tahun lamanya. Disinilah engkau berbaring, berhujan dan berpanas matahari, kadang-kadang ditiup badai dan berhawa sejuk dan juga panas terik. Dalam masa yang begitu panjang, makanan engkau tetap baik keadaannya. Tetapi cuba lihat keadaan keldai itu, dia sendiri pun sudah hancur dan dagingnya sudah busuk.” Berkata malaikat lagi, “Lihatlah dan perhatikanlah sungguh-sungguh. Demikianlah kekuasaan Allah. Allah dapat menghidupkan kembali orang yang sudah mati dan mengembalikan jasad-jasad yang sudah hancur lebur dan dengan semudah itu pulalah Tuhan akan membangkitkan semua manusia yang sudah mati itu nanti di akhirat untuk diperiksa dan diadili segala perbuatannya. Hal ini diperlihatkan oleh Tuhan kepada engkau supaya iman engkau tetap dan engkau sendiri dapat menjadi bukti kepada manusia-manusia lain supaya engkau dan manusia-manusia lain tiada syak dan ragu-ragu lagi tentang apa yang diterangkan Tuhan tentang akhirat itu.” Setelah ‘Uzair melihat makanan dan keldainya yang sudah hancur itu, maka ‘Uzair pun berkata, “Sekarang tahulah saya bahawa Allah itu adalah berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.” Tiba-tiba keldai yang sudah hancur berderai itu dilihatnya mulai dikumpulkan daging dan tulangnya. Dan akhirnya menjadi seperti sediakala iaitu hidup kembali bergerak-gerak dan berdiri sebagaimana sebelum mati. Maka ‘Uzair pun berkata, “Sekarang tahulah saya bahawa Allah berkuasa di atas segala-galanya.” Lalu dia pun terus mengambil keldainya dahulu dan terus menunggangnya pulang ke rumahnya dahulu dengan mencari-cari jalan yang sukar untuk dikenali. Dilihatnya segala-gala telah berubah. Dia cuba mengingati apa yang pernah dilihatnya seratus tahun dahulu. Setelah menempuhi berbagai kesukaran, akhirnya dia pun sampai ke rumahnya. Sebaik saja dia sampai di situ, dia mendapati rumahnya sudah pun buruk di mana segala dinding rumahnya telah habis runtuh. Semasa dia memandang keadaan sekeliling rumahnya, dia ternampak seorang perempuan tua, lantas dia pun bertanya, “Inikah rumah tuan ‘Uzair?” “Ya,” jawab perempuan itu. “Inilah rumah ‘Uzair dahulu, tetapi ‘Uzair telah lama pergi dan tiada didengar berita tentangnya lagi sehingga semua orang pun lupa padanya dan saya sendiri tidak pernah menyebut namanya selain kali ini saja,” kata perempuan itu sambil menitiskan air mata. ”Sayalah ‘Uzair,” jawab ‘Uzair dengan pantas. “Saya telah dimatikan oleh Tuhan seratus tahun dahulu dan sekarang saya sudah dihidupkan oleh Allah kembali.” Perempuan tua itu terkejut seakan-akan tidak percaya...

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2010 di pasaran...

Jelmaan Unta Selamatkan Nabi s.a.w.

Setelah pelbagai usaha oleh kaum Quraisy untuk menyekat dan menghapuskan penyebaran agama Islam menemui kegagalan, maka Abu Jahal semakin benci terhadap Rasulullah s.a.w. Kebencian Abu Jahal ini tidak ada tolok bandingnya, malah melebihi kebencian Abu Lahab terhadap Rasulullah s.a.w. Melihatkan agama Islam semakin tersebar, Abu Jahal pun berkata kepada kaum Quraisy di dalam suatu perhimpunan, “Hai kaumku! Janganlah sekali-kali membiarkan Muhammad menyebarkan ajaran barunya dengan sesuka hatinya. Ini adalah kerana dia telah menghina agama nenek moyang kita, dia mencela tuhan yang kita sembah. Demi Tuhan, aku berjanji kepada kamu sekalian, bahawa esok aku akan membawa batu ke Masjidil Haram untuk dibalingkan ke kepala Muhammad ketika dia sujud. Selepas itu, terserahlah kepada kamu semua sama ada mahu menyerahkan aku kepada keluarganya atau kamu membela aku dari ancaman kaum kerabatnya. Biarlah orang-orang Bani Hasyim bertindak apa yang mereka sukai.” Tatkala mendengar jaminan daripada Abu Jahal, maka orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu berkata secara serentak kepadanya, “Demi Tuhan, kami tidak akan sekali-kali menyerahkan engkau kepada keluarga Muhammad. Teruskan niatmu.” Orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu merasa bangga mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Abu Jahal bahawa dia akan menghapuskan Muhammad kerana jika Abu Jahal berjaya menghapuskan Nabi Muhammad s.a.w. bererti akan terhapuslah segala keresahan dan kesusahan mereka selama ini yang disebabkan oleh kegiatan baginda menyebarkan agama Islam di kalangan mereka. Dalam pada itu, terdapat juga para hadirin di situ telah mengira-ngira perbelanjaan untuk mengadakan pesta sekiranya Nabi Muhammad s.a.w. berjaya dihapuskan. Pada pandangan mereka adalah mudah untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w. yang dikasihi oleh Tuhan Yang Maha Esa serta sekalian penghuni langit. Padahal Allah tidak akan sekali-kali membiarkan kekasihNya diancam dan diperlakukan seperti binatang. Dengan perasaan bangga, keesokan harinya di sebelah pagi, Abu Jahal pun terus pergi ke Kaabah iaitu tempat biasa Nabi Muhammad s.a.w. bersembahyang. Dengan langkahnya seperti seorang ‘pahlawan’, dia berjalan dengan membawa seketul batu besar di tangan sambil diiringi oleh beberapa orang Quraisy yang rapat dengannya. Tujuan dia mengajak kawan-kawannya ialah untuk menyaksikan bagaimana nanti dia akan menghempapkan batu itu di atas kepala Nabi Muhammad. Sepanjang perjalanan itu dia membayangkan bagaimana keadaan Nabi Muhammad nanti setelah kepalanya dihentak oleh batu itu. Dia tersenyum sendirian apabila membayangkan kepala Nabi Muhammad s.a.w. berkecai dan tidak bergerak lagi. Dan juga membayangkan bagaimana kaum Quraisy akan menyambutnya sebagai pahlawan yang telah berjaya membunuh musuh nombor satu mereka. Sebaik saja Abu Jahal tiba di perkarangan Masjidil Haram, dilihatnya Rasulullah s.a.w. baru saja sampai dan hendak mengerjakan sembahyang. Dalam pada itu, Nabi Muhammad tidak menyedari akan kehadiran Abu Jahal dan kawan-kawannya di situ. Baginda tidak pernah terfikir apa yang hendak dilakukan oleh Abu Jahal terhadap dirinya pada hari itu. Sebaik-baik saja Abu Jahal melihat Rasulullah telah mula bersembahyang, dia berjalan perlahan-lahan dari arah belakang menuju ke arah Nabi Muhammad. Abu Jahal melangkah dengan berhati-hati, setiap pergerakannya dijaga, takut disedari oleh baginda. Dari jauh kawan-kawan Abu Jahal memerhatikan dengan perasaan cemas bercampur gembira. Dalam hati mereka berkata, “Kali ini akan musnahlah engkau hai Muhammad.” Sebaik saja Abu Jahal hendak menghampiri Nabi Muhammad dan menghayun batu yang dipegangnya itu, tiba-tiba secepat kilat dia berundur ke belakang. Batu yang dipegangnya juga jatuh ke tanah. Mukanya yang tadi merah kini menjadi pucat lesi seolah-olah tiada berdarah lagi. Rakan-rakannya yang amat ghairah untuk melihat Nabi Muhammad terbunuh, tercengang dan saling berpandangan. Kaki Abu Jahal seolah-olah terpaku ke bumi. Dia tidak dapat melangkahkan kaki walaupun setapak. Melihatkan keadaan itu, rakan-rakannya segera menarik Abu Jahal dari situ sebelum disedari oleh baginda. Abu Jahal masih terpinga-pinga dengan kejadian yang dialaminya. Sebaik saja dia sedar dari kejutan peristiwa tadi, rakan-rakannya tidak sabar untuk mengetahui apakah sebenarnya yang telah berlaku. Kawannya bertanya, “Apakah sebenarnya yang terjadi kepada engkau, Abu Jahal? Mengapa engkau tidak menghempapkan batu itu ke kepala Muhammad ketika dia sedang sujud tadi?” Akan tetapi Abu Jahal tetap membisu, rakan-rakannya semakin kehairanan. Abu Jahal yang mereka kenali selama ini seorang yang lantang ketika berucap dan menyumpah seranah Nabi s.a.w., tiba-tiba saja diam membisu. Dalam pada itu, Abu Jahal masih terbayang-bayang akan kejadian yang baru menimpanya tadi. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, malah dia sendiri tidak menyangka perkara yang sama akan berulang menimpa dirinya. Perkara yang sama pernah menimpa Abu Jahal sewaktu Rasulullah pergi ke rumah Abu Jahal apabila seorang Nasrani mengadu kepada baginda bahawa Abu Jahal telah merampas hartanya. Pada masa itu Abu Jahal tidak berani berkata apa-apa pada baginda apabila dia terpandang dua ekor harimau menjadi pengawal peribadi Rasulullah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2010 di pasaran...

Siang Malam Orang Berjudi

SEBAGAIMANA yang dijanjikan, kali ini saya menulis hal-hal di Singapura pula dalam era 50an dan 60an, apa orang Melayu/Islam buat. Keadaannya dalam era itu sama saja dengan apa yang terjadi di Malaysia. Tetapi di Singapura keadaannya lebih teruk lagi. Era itu masih lagi dijajah oleh British iaitu tahun 50an. Saya nak cerita pasal makan dan makanan. Semua restoran di Singapura dikendalikan sebahagian besarnya oleh orang-orang Cina. Orang-orang India muslim ada juga yang berniaga tetapi tak ramai. Orang-orang Melayu/Islam yang berniaga lebih baik dan ramai jika dibandingkan di Malaysia. Makanan Melayu diusahakan oleh orang Jawa. Kebanyakan masakan mereka memang sedap. Sate juga diusahakan oleh orang-orang Jawa ramai di Singapura zaman itu. Kedai maka jual roti canai diusahakan oleh mamak, termasuk kedai-kedai provision store, pasar, jualan barang-barang runcit. Tetapi orang-orang Melayu/Islam di Singapura lebih suka makan di restoran yang dikelolakan oleh orang-orang Cina. Di Singapura ketika itu terkenal dengan masakan Mi Hong Kong, Mi Hailam, nasi ayam dan segala macam mi. Biasanya yang pedas-pedas diusahakan oleh mamak-mamak. Jenis mi yang disebutkan itu biasanya orang-orang Melayu tak tahu buat. Yang tahu hanya orang-orang Cina saja. Begitu juga dengan nasi ayam, hanya orang-orang Cina saja yang tahu. Nasi ayam di Singapura, ayamnya tidak pasti lagi di sembelih atau pun tidak. Yang biasanya tidak sembelih, kerana era itu hukum hakam agama tidak begitu ketat sangat. Era itu tidak ada Majlis agama Islam. Ketua-ketua agama yang mengendalikan hal ehwal agama memang ada. Para ustaz, ilmuan Islam ramai. Tetapi kebanyakan tokoh-tokoh agama yang memberi syarahan agama datangnya dari Indonesia. Di Singapura nama yang terkenal dalam bidang agama ialah ustaz Haji Daud Ali.
Tokoh-tokoh agama dan ulama-ulama dari Indonesia yang sering berkunjung ke Singapura ialah Pak Hamka, Kiai Annuar Musadad, Habib itu dan Habib ini. Para ulama ini memberikan syarahan agama. Dalam syarahan itu ramai orang Islam Singapura mendengarnya kerana tidak ada ulama yang boleh diketengahkan untuk memberi ceramah ataupun syarahan agama di khalayak. Satu perkara agak menarik yang saya nak tulis. Saya tinggal di kawasan Geylang Serai. Sebahagian besar penduduk-pendudukan adalah orang Melayu. Bangsa-bangsa lain boleh dibilang dengan jari. Walau pun begitu, kedai jahit, kedai jual pisang dan buahan yang ada disekililing kawasan itu dikuasai oleh orang-orang Cina. Orang-orang Melayu (Jawa) cuma jual makanan saja. Dikawasan Geylang Serai, ada satu jalan namanya Joo Chiat Road. Di kawasan ini banyak kedai dan kedai kopi dan restoran Cina. Di samping itu ada lorong kecil untuk orang Melayu berjualan makanan ringan seperti mi rebus, soto, tauhu, sate dan lain-lain makanan. Zaman itu orang Melayu/Islam, Cina, India/Hindu boleh makan semeja. Siapa masak mi hailam, mi Hongkong orang Melayu boleh makan, orang India muslim juga boleh makan. Tidak ada perasaan bimbang ataupun ragu-ragu apakah makanan ini halal atau tidak. Semuanya makan sama. Ada satu hal yang saya nak ceritakan. Ada satu lorong kecil di Joo Chiat Road di sini ada seorang Jawa menjual sate. Orang jual sate zaman itu tidak sama dengan zaman ini. Penjual sate menyediakan kuah satenya dalam sebuah periuk. Penjualnya tidak menyediakan mangkuk untuk isi kuah, timun, bawang dan lain-lain bahan. Mereka yang nak makan sate akan berkeliling ditempat wak membakar sate. Apabila sate sudah dibakar, wak sate akan letakkan dalam pinggan. Kita yang nak makan, duduk saja di atas sebuah bangku kecil rendah. Semua orang yang makan sate di situ akan mengelilingi periuk yang berisi kuah dan mencicah sate itu dalam periuk tersebut. Semua bangsa yang makan mengelilingi periuk itu akan berbuat demikian. Kalau seorang Cina mencelup satenya, kemudian tidak habis dimakan, maka bakinya dicelupkan semula dalam periuk itu. Dan semua orang buat macam tu. Kuah sate tu sentiasa berada didalam periuk itu, dan kalau kurang penjualnya akan tambah. Habis makan, mereka pergi. Kemudian orang lain pula datang makan, dan menggunakan kuah sate yang sama dalam periuk itu. Cubalah kita bayangkan, semua bangsa, Melayu/Islam, Cina, India/Hindu, Indian muslim sama-sama mencelup sate dalam satu periuk.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2010 di pasaran...

Zainab: Ujian Keimanan Puteri Rasulullah s.a.w.

SELAIN Fatimah yang begitu popular dalam sejarah, terdapat Zainab, puteri sulung Rasulullah s.a.w. dari perkahwinannya dengan Khadijah binti Khuwailid yang memiliki jejak perjuangan hidup yang pelik namun sarat makna. Sebelum Rasulullah diangkat menjadi Nabi, baginda menikahkan puterinya itu dengan sepupunya, Abul Ash bin Rabi’. Ibu Abul ‘Ash adalah Halah binti Khuwailid, ibu saudara Zainab dari pihak bondanya.
Dari hasil pernikahan tersebut, Zainab dan Abul ‘Ash dikaruniai dua orang anak, yakni Ali dan Umamah. Namun Ali meninggal dunia ketika masih kanak-kanak, sedang Umamah tumbuh dewasa dan kemudian berkahwin dengan Ali bin Abi Thalib setelah Fatimah Az-Zahra wafat. Suatu ketika, Zainab mengunjungi keluarganya. Ketika itu ia baru saja mendapat khabar tentang sebuah peristiwa besar lantaran ayahnya, Muhammad s.a.w., baru saja diangkat menjadi Nabi akhir zaman. Zainab mendengarkan keterangan hal tersebut dari ibunya, Khadijah. Berita ini tentulah membahagiakannya seraya berdegup kencang disusupi hidayah Islam setelah peristiwa tersebut. Sejak itu pula ia menyatakan keislamannya. Hanya saja, keislaman itu masih dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Ia belum menerangkannya kepada Abul ‘Ash suaminya. Padahal Abul ‘Ash bin Rabi’ adalah termasuk orang-orang musyrik yang menyembah berhala. Pekerjaan sehari-harinya adalah sebagai pedagang. Ia sering meninggalkan Zainab untuk keperluan perniagaannya. Ia sendiri termasuk orang yang mengingkari kerasulan Muhammad s.a.w. meskipun dia adalah menantunya. Namun, ia tidak mengetahui bahawa isterinya, Zainab, sudah memeluk Islam mengikuti kepercayaan bapa mentuanya. Sampai suatu ketika, tersingkaplah tabir keislaman Zainab. Kejadian tersebut tak disia-siakan Zainab untuk mengajak suaminya agar memeluk Islam. Tapi Abul ‘Ash tetap membangkang. Ia mengabaikan ajakan tersebut. “Duhai Zainab isteriku, tidak akan tercapai tujuan di antara kita kecuali engkau tetap dalam agamamu dan aku tetap dalam agamaku.” Demikianlah. Menantu sulung Nabi s.a.w. itu masih setia dalam agama lamanya. Kepiluan tentulah merayap dalam diri seorang isteri yang berpisah dari suami. Namun perpisahan itu harus dilakukan. Ia tak memiliki pilihan lain sebab akidah telah membatasi mereka untuk merajut hari-hari bersama. Meski demikian Zainab tetap tegas dengan pilihannya. “Sabarlah, wahai suamiku. Kini engkau tidak halal lagi bagiku selama engkau tetap memeluk agamamu itu. Serahkanlah aku kepada ayahku, atau kau masuklah Islam bersamaku. Sebab jika tidak, Zainab isterimu ini, tidak akan menjadi milikmu sejak hari ini, kecuali bila kau beriman pada agama yang aku imani.”
Pasangan suami isteri itu pun akhirnya terdiam sebentar sambil merenung. Sampai tiba-tiba terdengar suara membisikkan kepada keduanya bahawa mereka tak mungkin lagi bersama kecuali suatu ketika agama mempersatukannya. “Jika agama memisahkan antara kedua jasad mereka, maka cinta mereka akan tetap ada hingga keduanya dipersatukan oleh sebuah agama.”

Menebus Diri
Kalau bukan kerana perbedaan akidah, sebetulnya sangat disayangkan perpisahan terjadi antara keduanya. Sebab sebagai seorang isteri, bagaimana pun juga Zainab telah menunjukan bakti kesetiaannya, yakni ketika suaminya ditawan oleh pasukan muslim. Saat itu ia berani menjaminkan dirinya demi untuk suami. Kisah itu bermula tatkala Abul ‘Ash bin Rabi’ pergi dalam lawatan dagangnya menuju Syria beserta kafilah-kafilah Quraisy. Khabar tersebut rupanya didengar oleh Rasulullah s.a.w. Sebagai panglima perang, baginda tahu kalau rombongan dagang itu tak semata-mata berniaga namun juga memiliki rencana licik untuk menumpas kaum muslimin. Kerana itulah Rasulullah memutuskan untuk mencegatnya. Maka sekembalinya rombongan tersebut dari sana, mereka langsung dihadang. Bertindak sebagai ketua rombongan tersebut Zaid bin Haritsah, ditemani 313 pasukan muslimin. Mereka menghadang kafilah dagang tersebut di Badar pada bulan Jamadil Awal. Mereka menangkap para kafilah itu dan barang-barang yang dibawanya serta menahan beberapa orang dari kafilah tersebut, termasuk Abul ‘Ash bin Rabi’. Ketika penduduk Makkah datang untuk menebus para tawanan, saudara lelaki Abul ‘Ash, Amr bin Rabi’, datang juga untuk menebus dirinya. Khabar ini pun rupanya sampai ke telinga Zainab yang saat itu masih tinggal di Makkah. Ia pun telah mendengar berita serangan kaum muslimin atas kafilah-kafilah Quraisy, termasuk berita tertawannya Abul ‘Ash. Sebagai ikhtiarnya, Zainab pun memutuskan untuk mengirimkan kalungnya, hadiah dari ibunya, ketika ia akan berkahwin dengan Abul ‘Ash bin Rabi’. Dengan kalung itu, Zainab berharap Rasulullah dan pasukan muslimin dapat mengampuni dan melindungi suaminya.
Tak berapa lama kalung itu pun sampai ke tangan Rasulullah. Baginda segera mengenali kalung tersebut sebab kalung itu telah mengingatkan dia kepada isterinya yang sangat ia sayangi. “Wahai kaum mukminin, seorang mukmin adalah penolong bagi orang mukmin lainnya. Setidaknya mereka memberikan perlindungan. Kita lindungi orang yang dilindungi Zainab. Jika kalian dapat mencari jalan untuk membebaskan Abul ‘Ash kepada Zainab dan mengembalikan kalungnya itu kepadanya, maka lakukanlah,” seru Nabi s.a.w. kepada pasukan muslimin di tempat penyerbuan. Mendengar seruan tersebut, pasukan muslim pun mematuhinya. “Baik, Rasulullah.” Mereka pun segera membebaskan Abul ‘Ash dan mengembalikan kalung itu kepada Zainab. Namun Rasulullah s.a.w. pun meminta Abul ‘Ash agar berjanji membiarkan Zainab bergabung bersama Rasulullah. Dan Abul ‘Ash pun memenuhi janjinya. Begitu Rasulullah kembali pulang, Zainab datang menemui dan memintanya untuk mengembalikan segala sesuatu yang telah diberikan kepadanya kepada Abul ‘Ash. Ini bererti, Zainab secara tegas hendak memisahkan diri dari ikatan perkahwinan dengan Abul ‘Ash. Dan Rasulullah pun mengabulkannya. Maka sejak itulah Zainab tidak halal lagi bagi Abul ‘Ash selama dia masih kafir dan terlarang mendatangi Abul ‘Ash.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2010 di pasaran...

Ilmuan Islam Kita Takut!

PARA ilmuan Islam dan para ulama kita sekarang tidak boleh salah cakap pasal agama, lebih-lebih lagi kalau perkara yang dicakapkan itu semacam “menongkah arus”. Apabila ada orang-orang yang bercakap semacam tak selari dengan aliran dan minda tokoh-tokoh agama kita sekarang, maka ilmuan itu dianggap sebagai berfahaman “Wahabi”. Ada seorang ulama tersohor dalam negara. Lama ini bercakap menerusi satu rancangan di TV dalam bab soal jawab dan kemusykilan agama. Ada orang bertanya tentang “Sirath” di akhirat nanti. Maksud sirath ialah “Jambatan” sebagaimana yang kita dengar dalam ceramah agama berhubung dengan hari akhirat. Ulama itu menyebut bahawa “jambatan” yang akan dilalui diakhirat nanti sebenarnya tidak ada. Itu hanya sebagai simbolik sahaja. Ini merupakan satu pendapat yang seolah-olah menongkah arus. Sehingga ini tidak ada seorang pun dari pejabat agama dari Jakim dari mana-mana pihak pun yang menyifatkan ulama itu sebagai seorang yang berfahaman “Wahabi”. Senyap sunyi tidak ada seorang pun tokoh agama, pentadbir-pentadbir institut keagamaan negara kita yang bersuara menegur pandangan ulama itu. Takut ke? Itulah sebabnya, para pelajar kita yang pulang dari luar negara pun, masih takut-takut nak bercakap tentang masalah agama kerana dikhuatirkan akan dilogokan sebagai fahaman Wahabi. Kalau mereka kaji sejarah dan banyak membaca kitab-kitab sejarah Islam, terutama kemasukan Islam ke Nusantara, tentulah mereka menemui sebahagian besar para ulamanya adalah dari golongan fahaman Wahabi. Mereka yang berfahaman wahabi bukan dari golongan ahlu Sunnah Wal Jamaah. Jadi, siapakah yang sebenarnya golongan ahlus Sunah Wal-Jamaah itu? Ikuran dari masalah ini timbul isu, Wahabi, timbul soal “Ahli Sunnah Waljamaah”. Sehingga ada pihak-pihak yang menggesa supaya mereka yang berfahaman “Wahabi” ini segera bertaubat, kerana ia sesat. Ada pula berpendapat bahawa fahaman Wahabi itu tidak termasuk dalam golongan ahli sunnah. Mereka yang mengeluarkan pendapat ini sebahagian darinya “ilmuan Islam” dan sebahagiannya “main ikut-ikut aje”. Orang kata Wahabi, dia pun kata Wahabi. Orang kata sesat dia pun kata sesat. Orang cakap golongan ini bukan dari ahli sunnah wal jamaah, dia pun ikut kata macam itu. Isu ini, kita diseret sama dalam masalah Wahabi dan isu “Ahli Sunnah Waljamaah”. Mengenai isu atau pun masalah ini, saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan apa itu sebenarnya yang dimaksudkan dengan “Ahli Sunnah Waljamaah”. Macam mana ia boleh wujud, bagaimana sejarahnya maka soal ahli sunnah ini muncul. Dalam sejarah Islam, zaman nabi, zaman Khulafah, zaman sahabat soal ahli sunnah tidak timbul, demikian apa yang telah disebut dalam kitab-kitab agama yang ditulis oleh para ulama tersohor. Hasil dari pembacaan dan penelitian itu, didapati bahawa menurut sejarah penggunaan kalimah “ahli sunnah Wal Jamaah” mempunyai berbagai makna dan bidang. Para ulama menafsirkan bahawa “Ahl al Sunnah” itu bererti “Ahl-al-Hadis” dan ada yang bererti “al-Haq” yang mengikuti “al-Salaf al-Salihin” iaitu dalam bidang usuluddin akidah. Dalam sejarah Islam sumber hukum dalam Islam (setelah Rasulllah s.a.w. wafat) pada masa sahabat adalah Quran, Al-Sunnah, dan Ijmak sahabat. Para sahabat memilih mana yang lebih “maslahat”. Pendapat para sahabat itu boleh dikatakan ijtihad mereka, demikian menurut pandangan ulama-ulama klasik dalam kitab-kitab mereka. Kemudian timbul pula sebab-sebab mengapa para sahabat berbeza pendapat mengenai dalil yang sama. Ini kerana lafaz-lafaz dalam Quran dan al-Sunnah ada berbagai maksudnya. Para sahabat berpendapat bahawa lafaz itu maksudnya “begini”, dan sahabat yang lain pula mengatakan bahawa “lafaz itu maksudnya begitu”. Hakikatnya, sejak zaman sahabat lagi sudah ada perbezaan pendapat, semata-mata kerana lafaz-lafaz al-Quran dan al-Hadis. Sebab-sebab lain kerana hadis-hadis yang berlainan dan berbeza riwayatnya. Yang seorang menggunakan riwayat yang ini, dan yang lainnya pula tidak menggunakannya, kerana memilih riwayat yang lain. Ada pula sahabat yang lebih suka memilih ini, dan kurang percaya dengan perawi yang lain. Perbezaan hasil “ijtihad” daripada para sahabat satu dari sebab berlakunya berbeza pendapat ini. Menurut catatan para ulama, terjadi perbezaan pendapat ini juga kerana hadis yang dimiliki oleh masing-masing pihak tidak sama jumlahnya.
Ada diantara hadis memiliki atau pun sampai kepada seorang sahabat, tabi’in, mujtahid tetapi tidak sampai kepada pihak yang lain. Perbezaan ini juga disebabkan ialah kerana nas yang tidak terang tujuannya, maka timbullah berlainan faham. Bila nas-nas yang tidak jelas tujuannya maka ada orang yang menggunakan akal fikiran pada masalah-masalah yang kurang jelas tadi. Apabila masalah yang kurang jelas hukumnya didalam al-Quran, maka tentu hasil buah fikiran itu tidak sama. Apabila berdepan dengan soal ini, ada sebahagian yang lain “berdiam diri” dan tidak mahu memberikan hukum yang berdasarkan kepada “qiyas” itu, maka semakin banyaklah perbezaan pendapat itu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2010 di pasaran...

Anugerah Al-Quran Tinggi Nilainya Bagi Manusia

KITA semua sangat-sangat beruntung kerana Allah s.w.t. telah menganugerahkan kita Al-Quran. Dalam kitab suci yang turun dari langit ini, ada mengandungi peraturan hidup bagi manusia terutama umat Islam. Cubalah kita bayangkan betapa sulit dan susahnya, kalau kita tidak ada Quran, tentulah kita tidak ada undang-undang bagaimana mahu menjalani penghidupan kita seharian. Kalaulah tidak ada al-Quran, tentulah kita semua akan berkahwin dengan emak sendiri. Tetapi Allah s.w.t. telah menganugerahkan al-Quran kepada kita, maka semuanya itu tidak berlaku. Kerana semua undang-undang dan peraturan hidup manusia sudah di beritahu dalam Quran yang disampaikan wahyu itu menerusi UtusanNYA, Nabi Muhammad s.a.w. Itulah sebabnya sekarang, banyak kejadian yang luar biasa yang seolah-olah macam “binatang di hutan belantara” terjadi dalam masyarakat kita. Ini semata-mata mereka ini tidak ikut undang-undang dan peraturan yang sudah digariskan oleh Allah s.w.t. dalam Quran, dan petunjuk dari Nabi kita Muhammad s.a.w. Oleh kerana tidak ikut petunjuk al-Quran, maka terjadilah perbuatan dimana anak “balon emak”. Bapa balon anak dan cucu sendiri. Perbuatan-perbuatan jijik dimana abang ratah adik dan kakak kandung sendiri. Sebahagiannya di dalam rumah dimana ibu bapa tahu perbuatan anak-anak itu. Kemudian berlaku perbuatan-perbuatan “Zina” di sana sini. Seolah-olah zina itu dibenarkan oleh agama. Apabila lahir anak hasil dari perbuatan zina antara keluarga sesama keluarga, maka anak yang baru dilahirkan itu dibuang dalam tong sampah kerana dikhuatiri malu. Ini, adalah diantara gejala-gejala dari orang-orang yang tidak membaca al-Quran, tidak mendengar ceramah-ceramah berhubung dengan al-Quran dimana didalamnya ada undang-undang dan peraturan hidup manusia. Kalau emak bapak sendiri tidak pernah baca Quran, macam mana anak-anak tahu baca? Itulah sebab terjadinya, bapak heret anak-anak masuk kelambu, kemudian “balon” anak sendiri. Emak yang tak tahu apa-apa mengenai hukum hakam agama, diam aje, tidak boleh nak buat apa-apa. Kalau bapa “buta kayu”, tetapi isteri celek ilmu tahu dalam hukum hakam agama, dan membaca al-Quran, mendengar syarahan agama, dengar kuliah di TV dan sebagainya bila melihat anak kena “balon” oleh suami sendiri, si isteri boleh buat aduan kepada polis. Atau pun membuat aduan kepada pejabat agama, atau pun kepada imam atau pun kepada pegawai agama masjid dan surau mengenai suaminya “membalon” anak sendiri dalam kelambu. Tetapi oleh kerana emak dan keluarga lain sama “dua kali lima”, perbuatan mungkar yang berlaku dalam rumah sendiri didiamkan begitu saja. Bahawa sekiranya dalam sesebuah rumah dan dalam sesebuah keluarga itu tidak ada orang yang tahu membaca al-Quran, jauh sekali menyimpan senaskah al-Quran, maka jauh dari Rahmat Allah. Kalau dalam keluarga itu tak tahu selok belok agama, apa lagi membaca al-Quran, tentu mereka tidak tahu macam mana nak solat, nak puasa, dan zakat dan nak naik haji. Katakanlah nak keluar zakat dan haji, kerana tak mampu, tetapi sembahyang? Puasa? Tak kan tak mampu? Kerana kedua-dua ibadat ini tidak memerlukan wang? Orang yang tidak sembahyang dalam hidupnya akan hilang segala-galanya di dunia ini. Hilang maruah, hilang ‘barakah’ dalam hidupnya dan dia sebenarnya menanggung dosa paling besar kerana tidak sembahyang. Ada satu cerita tetang masalah ini. Pada zaman Kaum Bani Israil, ada seorang wanita datang bertemu dengan Nabi Musa a.s. Dia mengaku kepada Nabi Musa meminta Nabi Musa mendoakannya, agar Allah mengampunkan dosanya, kerana dia telah melakukan dosa yang paling besar sekali. Nabi Musa lalu bertanya kepada wanita itu: “Apakah dosa yang telah engkau lakukan?”
Wanita itu menjawab: “Aku telah melakukan zina sehingga melahirkan anak, kemudian anak itu aku bunuh.”
Apabila Nabi Musa mendengar pengaduan wanita itu, Nabi Musa cukup marah, lalu menghalau wanita itu dari tempat itu. Maka dia pun pergi dari situ dengan perasaan sedih dan hampa, sedangkan dia sudah pun bertaubat atas kesalahan yang dilakukannya itu. Tidak lama kemudian turun Malaikat Jibril a.s. dari langit dengan perintah Allah s.w.t. menemui Nabi Musa a.s. Malaikat Jibril berkata kepada Nabi Musa a.s.: “Allah s.w.t. menyampaikan salam kepada engkau dan bertanya kenapa engkau menghalau wanita itu. Tidakkah engkau tahu bahawa ada dosa yang lebih besar lagi dari apa yang dilakukan oleh wanita itu,” Allah sampai kepada Nabi Musa menerusi Malaikat Jibril pertanyaan ini. Nabi Musa a.s. lalu bertanya kepada Malaikat Jibril: “Apakah dosa yang paling besar lagi selain dari dosa yang dilakukan oleh wanita itu?”

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2010 di pasaran...