Tuesday, December 13, 2011

Variasari Keluaran Disember 2011


Sudahkah anda memiliki Variasari edisi Disember 2011? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan...

Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai.

Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.

Dapatkan segera majalah Variasari keluaran Disember 2011 sebelum terlambat.

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.

Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin


Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Dalam Variasari Disember 2011















Hidayah Disember 2011


Hidayah keluaran Disember 2011 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja Dalam Hidayah...

Langganlah Segera Melalui Pos


Kepada pembaca yang melanggan secara online e-maikan kepada kami salinan resit bayaran bersama maklumat peribadi serta tarikh mula majalah yang anda ingin kami hantarkan...ke alamat: majalahhidayah@yahoo.com

Salam Kami Disember 2011

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur kita ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Bersyukurlah kita kerana diberi kesempatan oleh Allah s.w.t. dipanjangkan usia untuk terus menghirup udara di muka bumi Allah ini dan sempat menyambut kedatangan awal Muharram 1433. Namun dalam kita meraikan kedatangan tahun baru hijrah ini, hendaknya kita insafi bersama bahawa usia kita sebenarnya semakin pendek dan semakin mendekati ‘lubang kubur’. Memanglah kita tidak tahu bila datangnya kematian itu menjemput kita. Esok, lusa atau entah-entah sejam lagi (hanya Allah s.w.t. yang tahu). Mahunya kita ialah sentiasa berdoa agar kematian yang kita hadapi nanti dalam keadaan husnul Khatimah dan dijauhkan dari kematian su’ul khatimah. Mulai sekarang lazimkanlah kita beristiqamah dalam melakukan amal ibadat dan bukan sekadar bermusim-musim. Semoga apabila ditarik roh dari tubuh badan ini matinya ketika itu kita sedang beribadat, amin! Sesuailah dengan misi Hidayah untuk berdakwah dan saling ingat mengingati maka dalam keluaran ini juga dipaparkan kisah-kisah iktibar yang berkaitan dengan kematian. Alangkah bertuahnya bagaimana seorang wanita biasa didapati jenazahnya masih utuh walaupun telah dikebumikan lapan tahun. Allah memberi petanda kemuliaan kepadanya sebagai balasan atas sikapnya sebagai isteri salihah dan sabar. Sementara dalam iktibar 2 jelas membezakan suasana waktu pengkebumian antara dua insan yang berlainan kerjaya semasa di dunia. Mahunya kami, anda tidak akan bosan-bosan menatap Hidayah setiap keluaran. Beritahulah keluarga, jiran-jiran dan teman-teman anda mengenai majalah ini agar mereka tidak ketinggalan mendapat manfaatnya bersama. Sebenarnya anda adalah sebahagian dari Hidayah ini. Tanpa anda, apalah ertinya kami di sini.
“Selamat Menyambut Awal Muharram 1433”
Wassalam!

Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Muzik 'Panting': Alat Berzikir Pendakwah Banjar

MUZIK “Panting” adalah muzik tradisional dari suku Banjar, Kalimantan Selatan. Disebut muzik Panting kerana ianya didominasi oleh alat muzik yang dinamakan Panting, sejenis gambus yang memakai ‘senar’ (panting) sehingga disebut muzik Panting. Pada mulanya muzik Panting berasal dari daerah Tapin, Kalimantan Selatan. Menurut sejarah lisan yang berkembang di Kalimantan Selatan, muzik Panting sudah ada sebelum zaman penjajahan atau lebih kurang pada abad ke-18. Ketika itu, Panting merupakan alat muzik yang dipetik yang berbentuk seperti gambus Arab, tetapi ukurannya lebih kecil. Adapun alunan syair ala panting disenandungkan pertama kali oleh Ustaz Haji Matsyukur pada saat berzikir. Dia adalah salah seorang penyebar agama Islam di Kalimantan Selatan pada tahun 1850. Ulama kenamaan tersebut kemudian mendirikan Masjid Miftahur Rahmah di Desa Barikin, Kecamatan Haruyan, Hulu Sungai Tengah. Masjid tersebut kini tercatat sebagai masjid tertua di sana. Pada masa Matsyukur, di belakang masjid, setiap Khamis malam dilangsungkan majlis zikir bersama sambil melantunkan syair dan irama Panting. Seni muzik ini kemudian meredup sebentar pada masa penjajahan Belanda. Dan, mulai bangkit lagi pada era 1970-an dengan terbentuknya kesenian tradisional “bazapin”. Pada waktu dulu, muzik Panting hanya dimainkan secara perseorangan atau secara solo. Kerana semakin majunya perkembangan zaman dan muzik Panting lebih menarik jika dimainkan dengan beberapa alat muzik lainnya, maka muzik Panting sekarang ini dimainkan dengan alat-alat muzik seperti babun, gong dan biola dimana pemainnya terdiri dari beberapa orang.

Alat Ukhuwah
Pada umumnya orang yang memainkan muzik Panting adalah masyarakat Banjar. Tokoh yang paling terkenal sebagai pemain Panting adalah A. Sarbaini, yang tak lain adalah cicit dari Ustaz Haji Matsyukur. Dan ada juga kumpulan-kumpulan muzik Panting lainnya. Tetapi sekarang ini seiring perkembangan zaman, kumpulan muzik Panting menjadi semakin sedikit bahkan jarang ditemui. Muzik Panting menggunakan beberapa jenis muzik. Alat muzik yang digunakan antara lain adalah Panting itu sendiri. Panting adalah alat muzik yang berbentuk seperti gambus Arab tetapi lebih kecil dan memiliki ‘senar’. Panting dimainkan dengan cara dipetik. Kemudian ada banbun, iaitu alat muzik yang terbuat dari kayu berbentuk bulat, di tengahnya terdapat lubang, dan di sisi kanan dan kirinya dilapisi dengan kulit yang berasal dari kulit kambing. Banbun dimainkan dengan cara dipukul.
Dalam tradisi muzik ini ada juga alat pukul gong. Biasanya terbuat dari alumunium berbentuk bulat dan di tengahnya terdapat benjolan berbentuk bulat. Gong dimainkan dengan cara dipukul. Ada pula biola, seruling bambu, lalu ketipak, iaitu alat muzik yang bentuknya mirip tarbang tetapi ukurannya lebih kecil, dan kedua sisinya dilapisi dengan kulit. Yang terakhir nama alat muziknya adalah tamburin, iaitu alat muzik pukul yang terbuat dari logam tipis dan biasanya masyarakat Banjar menyebutnya dengan nama ‘guguncai’.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2011 di pasaran...

Jenazah Utuh Setelah 8 Tahun Di Kubur

SEKALI lagi, kita diberi tahu tentang keterbatasan kemanusiaan kita. Allah s.w.t., Pemilik yang ghaib dan Dia yang paling mengetahui hal yang ghaib. Seorang suri rumah tangga biasa mengalami kejadian yang luar biasa. Setelah 8 tahun dikebumikan, jenazahnya ternyata tetap utuh. Kejadian ini terjadi tahun 2008 lalu di kota Palembang, Sumatera Selatan. Kejadian ini berlaku bertempat di sebuah kawasan tanah perkuburan awam, di Kertapati. Kawasan ini tak jauh dari stesyen Kertapati Palembang. Salah sebuah tanah kubur di perkuburan awam itu dibongkar. Kubur itu adalah kubur Seger, atau dikenali juga dengan sebutan Nenek Seger. Wanita warga Kertapati, Palembang, itu dikebumikan pada tahun 2000. Ehwal dikorek semula kubur Seger kerana suaminya, Sajad, berpesan sebelum dia mati agar dia dikebumikan satu liang lahad dengan isterinya Seger.
Kubur itu digali semula tepat selepas solat zuhur pada tarikh 26 Mei 2008. Sajad sendiri yang memang sudah berusia lanjut, 68 tahun, meninggal pada pagi hari. Lelaki bapa kepada tujuh orang anak ini meminta dikuburkan berdampingan dalam satu liang lahad dengan isteri tercintanya di tanah perkuburan Kertapati itu. Surasmi, salah satu anak Allahyarham, mengatakan bahawa ayahnya sudah lama menginginkan agar dikuburkan bersama-sama isterinya. “Dulu, saat kubur ibu masih berupa tanah, saya usul kepada ayah agar diberi batu nisan. Tapi ayah berkata nanti saja, kerana dia ingin dikuburkan bersama dalam liang itu bersama ibu,” ujar Surasmi yang ditemui Hidayah di rumahnya. Kerana permintaan ini nyata didengar dan secara sedar diucapkan oleh Sajad semasa hidupnya, maka keluarga berniat melaksanakannya. Maka, setelah matinya dan dirundingkan dengan keluarga dan beberapa pimpinan masyarakat, kubur Seger pun digali. Menurut keterangan, ada 5 orang yang menggali kubur Seger. Di sinilah kemudian ditemui kejadian yang menakjubkan itu. Sekalipun sudah 8 tahun dikuburkan, ternyata jenazah Seger tetap utuh bahkan kain kafannya pun tak terjejas, hanya warnanya saja yang memudar. Tentu saja hal ini membuat masyarakat sekitar heboh. Tanah perkuburan itu menjadi ramai dalam waktu sekejap saja, penuh sesak dengan orang yang ingin menyaksikan dengan mata sendiri. Beberapa karyawan media tempatan Palembang juga turut memberitakan hal ini hingga pihak polis juga turut mengawal keselamatan sekitar kerana ramainya orang mengerubungi kawasan tanah perkuburan. Menurut beberapa sumber, tidak hanya masih utuh dan bagus, sempat juga tercium bau cendana di kawasan sekitar perkuburan. Bahkan seorang saksi memberi pengakuan bahawa keadaan jenazah malah tampak lebih segar. Mereka yang mengenal sosok Allahyarham Seger saat dimintai keterangan mengaku tak melihat hal yang aneh atau luar biasa semasa hidup Seger. Dia adalah hanya seorang suri rumah tangga biasa saja. Dan sebagaimana ibu yang memegang tradisi dan ajaran agama, Seger juga menjalankan ibadah sebagaimana lazimnya. Tak tampak hal berlebih-lebihan dan khusus, biasa-biasa saja. Orang yang mengenal Allahyarham semasa hidup juga mengaku sangat terkejut. Mereka merasa ini adalah kekuasaan Tuhan dan menjadi semacam pesan untuk direnungi bersama. Tentu tak ada yang dapat melakukan hal itu selain Allah s.w.t. Biasanya, jenazah yang sudah dikuburkan bertahun-tahun pastilah sudah hancur dimakan tanah. Tapi ini ternyata masih utuh. Tak hanya para warga sekitar, beberapa pegawai kerajaan daerah juga hadir menyaksikan ‘keanehan’ ini termasuk pegawai daerah Palembang yang waktu itu Zainul Arifin. Banyak orang yang menyaksikan, termasuk juga yang melihat sendiri wajah Seger kerana khuatir jika itu adalah orang lain. Setelah menyaksikan, mereka mengesahkan bahawa jenazah itu tak salah lagi adalah jenazah Seger yang mereka kenal. Tak mahu berlama-lama dalam gelombang kehairanan dan rasa kagum itu, para ustaz yang mengurus jenazah Sajad langsung berusaha menyegerakan upacara pengkebumian. Siang itu, mereka seperti menguburkan sepasang suami isteri yang baru meninggal dunia. Padahal kenyataannya jarak kematian dua orang itu adalah 8 tahun. Terbukti jelas jenazah Seger yang masih utuh dan jenazah Sajad yang sudah dibungkus kain kafan dimasukkan ke lubang kubur itu, disaksikan pihak keluarga, anak-cucu dan ahli keluarga terdekat.

Isteri yang penyabar
Kejadian ini tentu saja menjadi bahan perbualan para warga masyarakat di Kertapati. Sebahagian merasa aneh kerana kejadian demikian biasanya hanya dialami orang-orang alim atau pemimpin agama. Kini, kejadian itu menimpa Seger yang hanya merupakan suri rumah biasa saja. Beberapa diantaranya berseloroh bahawa mungkin itu terjadi kerana nama Allahyarham adalah ‘Seger’, jadi sekalipun sudah dikubur 8 tahun, dia tetap ‘segar’. Surasmi sendiri mengatakan nama ibunya itu adalah nama panggilan mesra saja kerana sebelumnya ibunya itu sakit-sakitan saat kecil. Dinamai ‘Seger’ agar tak lagi sakit-sakitan dan menjadi segar atau seger, sihat walafiat.
Kepada Hidayah, Surasmi yang merupakan anak ke-3 pasangan Sajad dan Seger, mengakui bahawa kedua ibu bapanya itu adalah orang yang biasa-biasa saja. Tapi Surasmi menilai, ibunya memiliki kelebihan dalam kesabaran, terutama sekali dalam menghadapi tingkah laku ayahnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2011 di pasaran...

Menikah Pada Usia Muda Membuat Syaitan Menangis

Jabir bin Abdillah r.a. menyatakan Rasulullah bersabda: “Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan. Dan ia(syaitan) mengeluh: aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku’.” (HR. Ibnu ‘Addi) Sebagaimana telah kita ketahui bersama, bahawa syaitan adalah musuh nyata manusia. Para syaitan selalu berusaha menjerumuskan manusia ke lembah dosa. Dan salah satu perangkap syaitan paling ampuh adalah menggiring manusia untuk mendekati perbuatan zina. Itulah sebabnya jika ada manusia yang berkahwin pada usia muda, syaitan menangis, kerana pernikahan merupakan pelindungan paling kuat bagi manusia dari melakukan dosa besar, yakni zina. Sementara itu Buraidah r.a. berkata, Abu Bakar r.a. dan ‘Umar r.a. datang melamar Fatimah r.a. maka Rasulullah s.a.w. menjawab, “Sesungguhnya ia masih terlalu kecil.” Kemudian datanglah Ali r.a. melamarnya, maka Rasulullah s.a.w. mengahwinkan Fatimah dengannya. (HR. Nasa’i) Rasulullah s.a.w. mengahwinkan puterinya, Fatimah r.a. dengan Ali r.a. kerana usia keduanya hampir sepadan dan sebaya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2011 di pasaran...

Bagaimana Bersuci Selepas Haid?

SAAT darah yang menandakan seorang perempuan haid tidak ada lagi, wajib baginya untuk segera bersuci. Ini dilakukan agar dia boleh kembali seperti semula mengerjakan amalan ibadahnya. Jika hal tersebut tidak cepat dilakukan, dia bukan saja berdosa lantaran sengaja menunda-menunda kewajiban beribadah. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w., “Apabila kamu sedang mengalami haid, maka tinggalkanlah solat dan apabila telah berhenti, maka mandi dan solatlah. “ (HR. Bukhari) Sebagaimana diketahui bahawa haid adalah salah satu najis yang menghalangi wanita untuk melaksanakan ibadah solat dan puasa. Maka bila dia telah selesai dari haid, dia pun diperintahkan untuk segera bersuci, atau lazimnya disebut mandi haid. Mandi yang bukan sekadar mandi biasa, melainkan mandi dengan serangkaian tata cara khusus yang menandakan bahawa seorang wanita haid telah suci dari haidnya. Dengan begitu, dia boleh kembali menjalankan ibadahnya, baik wajib mahupun yang sunnah.
Beberapa ketentuan yang dinyatakan berikut adalah cara-cara yang dianggap baik menurut para ulama yang juga disandarkan pada sejumlah hadis-hadis Nabi. Dengan melaksanakannya, kaum perempuan yang bersuci dari haidnya diharapkan lebih terjamin dalam menjalankan ibadahnya. Berada dalam keadaan yang suci, siap secara lahir mahupun batin kembali beribadah.

Mandi Haid
Dalam Fiqih Lima Mazhab karya Muhammad Jawad Mughniyah, tata cara mandi haid adalah sama dengan mandi junub, baik dari segi airnya, wajib dengan menggunakan air muthlak (suci dan mensucikan), wajib suci badannya, dan tidak ada sesuatu yang mencegah sampainya air ke badan, niat, memulai dari kepala, kemudian dari bagian tubuh yang kanan, lalu bagian tubuh yang kiri. Hal ini disepakati oleh imam mazhab yang empat (mazbah Syafi’i, Maliki, Hanbali dan Hanafi). Adapun mazhab Imamiyah menyatakan, dengan menceburkan semua badan sekaligus ke dalam air pun sebenarnya sudah mencukupi (dianggap telah bersuci). Selain pendapat imam mazhab di atas, kesimpulan dari beberapa hadis pun menekankan hal-hal sebagai berikut:
1. Membaca bismilah, dengan niat menghilangkan hadas besar melalui mandi. Selanjutnya membasuh kedua telapak tangan tiga kali.
2. Lalu beristinja’ dan membersihkan segala kotoran yang terdapat pada kemaluan.
3. Disunnahkan untuk berwuduk dan menyempurnakan wuduknya (dimulai dengan bahagian yang kanan), seperti hendak melaksanakan solat. Akan tetapi, bila tidak memungkinkan, berkumur dan ber-istinsyaq di sela-sela kegiatan sebelum mandi pun dianggap telah mencukupi.
4. Menyiramkan air ke atas kepala tiga kali, menggosok-gosokkannya sampai air mengenai pangkal rambut. Lalu mengguyurkan air ke badan, dimulai dengan bahagian yang kanan, lalu dilanjutkan dengan bahagian yang kiri. Alangkah baiknya ketika menyela-nyela rambut tersebut dicampur dengan sabun, shampoo atau alat pembersih lainnya. Dari ‘Aisyah r.a. beliau berkata: “Kami (isteri-isteri Nabi) apabila salah seorang diantara kami junub, maka dia mengambil (air) dengan kedua telapak tangannya tiga kali lalu menyiramkannya di atas kepalanya, kemudian dia mengambil air dengan satu tangannya lalu menyiramkannya ke bahagian tubuh kanan dan dengan tangannya yang lain ke bahagian tubuh yang kiri.” (HR. Bukhari dan Abu Daud) Saat mandi, penting juga diperhatikan bahagian ketiak, lutut dan pusat, sehingga bahagian-bahagian tersebut benar-benar terkena air. Demikian juga dengan kulit kepala.
5. Tidak wajib membuka jalinan rambut ketika mandi (terutama jika jalinan rambut sulit untuk diuraikan). Seorang wanita tidak wajib menguraikan (melepaskan) jalinan rambutnya ketika mandi kerana junub, berdasarkan hadis berikut: Aku (Ummu Salamah) berkata: “Wahai Rasulullah, aku adalah seorang wanita, aku menguatkan jalinan rambutku, maka apakah aku harus menguraikannya untuk mandi kerana junub?” Baginda bersabda: “Tidak, cukup bagimu menuangkan air ke atas kepalamu tiga kali kemudian engkau mengguyurkan air ke badanmu, kemudian engkau bersuci.” (HR. Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, Tirmidzi)
Bersamaan dengan hal di atas, Syeikh Mushthafa Al-’Adawy pun menyatakan bahawa, “Wajib bagi wanita untuk memastikan sampainya air ke pangkal rambutnya pada waktu mandinya dari haid baik dengan menguraikan jalinan rambut atau tidak. Apabila air tidak dapat sampai pada pangkal rambut kecuali dengan menguraikan jalinan rambut, maka dia (wanita tersebut) menguraikannya - bukan kerana menguraikan jalinan rambut adalah wajib - tetapi agar air dapat sampai ke pangkal rambutnya, Wallahualam.” (Dinukil dari Jaami’ Ahkaam An-Nisaa’).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2011 di pasaran...

Pezikir 'Palsu' Dan Pezikir 'Sejati'

PERNAHKAH anda melihat orang yang rajin beribadah, tapi kelakuannya jauh dari kesan ibadahnya? Anda melihat si ahli ibadah itu justeru jauh dari laku ibadah sehari-harinya yang lurus dan baik. Apakah anda pernah memperhatikan si A yang zikirnya kuat begitu rupa selepas solat ternyata hanyalah manusia yang suka bergosip alias membuka aib (mengumpat) orang lain? Ia, si pezikir, tak ubahnya manusia berwajah dua dengan sejumlah topeng yang dimilikinya. Pernahkah anda menyaksikan betapa orang yang anda bangga-banggakan orang yang wiridnya luar biasa berghairah, ternyata hanyalah seorang penipu nomor satu yang bersembunyi di dalam ‘topeng’ agama? Dia, si tukang wirid, itu cuma peribadi yang mencari untung-rugi atas nama agamanya. Atau jangan-jangan, na’udzubillah, hal tersebut justeru kita lakukan sendiri. Demikianlah. Betapa banyak kita jumpai “pezikir palsu” di sekeliling kehidupan kita. Terlebih di negeri yang populasi penduduknya ini terus bertambah dengan peratusan penganut Islam terbesar berbanding penganut agama lainnya, entah itu menjadi muslim sejak lahir, mahupun kerana hijrah [pencarian iman] dari agama lainnya. Islam dalam catatan angka [kuantiti] memang mengharukan, namun Islam dalam kualiti nescaya jauh lebih membanggakan. Lantaran kuantiti yang menjadi pertimbangan kejayaan beribadah, tak aneh bila muslim tanah air lebih banyak memproduksi para pezikir palsu. Ciri-cirinya, antara lain: perbuatan dan perkataannya acapkali tidak seiring seirama, baik disedari mahupun tidak; berzikir kerana pertimbangan-pertimbangan duniawi; mendadak merasa paling benar dan Islami; menyukai hal-hal lahiriah dalam beragama dan lain-lainnya. Bila hal tersebut begitu abstrak, tengok saja sosok pezikir palsu itu saat anda melihat seseorang bergelar haji, tapi tak malu melakukan rasuah; saat anda menyaksikan lelaki berjanggut dan berserban dengan pakaian serba putih tapi tak segan-segan menganjurkan kekerasan atas nama agama; saat anda mengamati seorang da’i atau ustaz atau mubaligh, namun tak segan silu dan bangga melengkapi perhiasan duniawi; saat anda melihat pengemis-pengemis muda berkopiah yang segar-bugar menadahkan tangan dari rumah ke rumah; saat anda mendapati seorang suami yang rajin solat berjemaah dan beribadah sering kali menyakiti isteri dan keluarganya; dan, tentunya, saat anda melihat ke dalam diri sendiri dan berfikir: “sudahkah zikir yang saya lakukan selalu tercermin dalam perbuatan saya?”

Pezikir Sejati
Bila ada pezikir palsu, tentu saja ada “pezikir sejati”. Mari kita tengok istilah ini dengan memetik petua si guru sufisme, gurunya para guru dunia tarekat, Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, yang mengatakan bahawa: “Pezikir sejati adalah orang yang berzikir kepada Allah dengan hatinya. Orang yang berzikir hanya dengan lisan sebenarnya tidaklah berzikir, kerana lisan hanyalah pembantu dan pengikat hati.” Berzikir dengan hati. Ya, itulah pezikir sejati. Jika mencermati arahan Syeikh Abdul Qadir tampak sekali betapa kebanyakan kita adalah para pezikir palsu. Kita begitu fasih dan lancar sekali membaca wirid-wirid atau hafalan zikir, namun kita tidak meresapinya di dalam hati. Tak aneh, bila selepas berzikir, tidak ada kesan yang nampak dari tingkah laku seorang pezikir palsu. Tidak ada perubahan selepas menyebut-nyebut asma Allah di dalam zikirnya. Bukankah, pezikir sejati itu adalah mereka yang menunjukkan istiqamah zikir setelah solat, mahupun di luar solat. Kerananya, tak aneh, bila Allah menegaskan dalam firmanNya: “Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, maka berzikirlah di waktu berdiri, di waktu duduk, dan di waktu berbaring.” [QS. An-Nisa’: 103].

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2011 di pasaran...

12 Mata Air Untuk 12 Suku

SETELAH menghuraikan nikmat Bani Israil dengan aneka hasil bumi yang berlimpah, seperti yang dipaparkan dalam QS. Al-Baqarah: 58, Allah s.w.t. kemudian mengingatkan lagi tentang nikmat air kepada mereka. Nikmat kali ini berbeda dengan nikmat aneka makanan, yang sifatnya umum, dan dapat terjadi di mana dan bila-bila saja di belahan bumi ini. Pemerolehan air kali ini adalah hasil dari suatu mukjizat melalui tongkat Nabi Musa a.s. Ya, Nabi Musa dikurniai Allah mukjizat berupa tongkat yang dapat memperlihatkan kehebatan Allah. Dengan tongkat itu, Nabi Musa sebelumnya pernah melawan raja Fir’aun ketika dihadapkan dengan ratusan ular yang siap memangsanya. Tongkat Nabi Musa lalu berubah menjadi ular besar dan memakan ratusan ular milik raja Firaun. Dengan tongkat itu pula, Nabi Musa membelah laut Merah menjadi lintasan penyeberangan, yang dapat dilalui kaumnya saat dikejar pasukan tentera raja Firaun. Dan, seperti yang dilukiskan dalam QS. Al-Baqarah: 59 ini, tongkatnya pun dapat menjadi washilah (pelantara) untuk memancarkan mata air ketika dipukulkan ke sebuah batu. Munculnya mata air menjadi rahmat bagi kaum Bani Israil kala itu, kerana mereka sedang berada dalam keadaan kehausan yang luar biasa. Perintah Allah kepada Nabi Musa: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu.”
Seketika itu, air memancar dari celah-celah batu. Menurut Quraish Shihab, Nabi Musa memukul batu apa saja kala itu. Tidak ada penjelasan yang menyebutkan jenis batu apa yang dipukul oleh Nabi Musa dengan tongkatnya itu. Meskipun, ada pula yang berpendapat bahawa batu yang dipukul Nabi Musa adalah batu yang selalu dibawa olehnya. Tapi, tegas Quraish Shihab, pandangan ini sulit diterima. Sementara itu ada pula ulama tafsir yang berpandangan bahawa munculnya mata air yang dihentakkan dengan tongkat Nabi Musa bukanlah mukjizat. Itu merupakan peristiwa biasa. Mata air bila-bila saja dan di mana saja boleh ditemukan. Menurut pendapat ini, bukankah kita biasa melihat air memancar melalui batu. Air itu bukan berasal dari batu, tetapi dari mata air yang tadinya tertutup oleh batu, maka ketika tanah digali dan batu dipecahkan dengan tongkat, maka air pun memancar. Terlepas dari persoalan perbedaan ini, yang jelas, keluarnya air tersebut merupakan sesuatu yang luar biasa, manakala ratusan orang tengah terjebak dalam keadaan kehausan yang luar biasa. Bagi orang yang berlebihan air akan berpandangan bahawa adanya mata air merupakan fenomena biasa. Betapapun, yang perlu dijelaskan di sini adalah bahawa doa Nabi Musa itu diperkenankan Allah. Doa yang dipanjatkan Nabi Musa tidak serta merta tanpa usaha (ikhtiar). Air memang menancar, tetapi setelah usaha, iaitu dengan memukulkan tongkat pada batu. Dengan demikian, jika kita berdoa, jangan berpangku tangan menunggu terkabulnya doa itu, tetapi lakukan sesuatu yang berada dalam kemampuan anda.

12 Suku
Kejadian yang menimpa Bani Israil ini mirip dengan yang terjadi pada Siti Hajar, iaitu isteri Nabi Ibrahim a.s., dan bayinya, Ismail a.s., di sekitar Kaabah beberapa ratus tahun sebelumnya, dimana sebuah mata air juga memancar akibat hentakan kaki Ismail. Kala itu pun, Siti Hajar melakukan usaha yang begitu besar. Ia rela berlari ke sana-kemari untuk mencari air. Ini pun mengisyaratkan pentingnya fungsi usaha manusia di samping ia berdoa.
Bedanya dengan kisah Nabi Musa, mata air Zamzam ‘buatan’ Ismail masih ada dan masih dapat dinikmati jutaan manusia hingga kini, seakan Allah hendak mengikat seluruh manusia sejak kejadian itu hingga manusia akhir zaman. Sementara itu, mata air ‘buatan’ Musa sudah tidak ada lagi, kerana memang Allah berikan hanya untuk memenuhi keperluan seketika Bani Israil waktu itu. Melalui kejadian yang luar biasa seperti ini, Allah hendak menunjukkan kekuasaanNya. Terutama Allah hendak membuka mata hati manusia bahawa Dia sentiasa menyertai manusia dalam melakoni hidup dan kehidupannya. Allah s.w.t. berfirman, “(Ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: ‘Pukullah dengan tongkatmu batu’. Maka memancarlah darinya 12 mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing). Makan dan minumlah dari rezeki Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi ini dengan berbuat kerosakan.” (QS. Al-Baqarah: 60) Dalam ayat ini, Allah menyebut dengan kata fanfajarat (memancarkan). Tapi, di ayat lain al-Quran menggunakan kata fanbajasat seperti dalam QS. Al-A’raf: 160, yakni keluar sedikit atau tidak deras. “Mereka Kami bagi menjadi 12 suku bangsa. Kami wahyukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air minum kepadanya: ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu!’ lalu memancarlah 12 mata air. Setiap suku sudah tahu tempat mengambil air minumnya masing-masing.” Menurut Ibnu Katsir, dua ayat tersebut tidaklah bertentangan sama sekali. Sebab, pada QS. Al-A’raf: 160 berbicara tentang awal memancarnya mata air, sementara pada QS. Al-Baqarah: 60 berbicara setelah mata air itu keluar beberapa lama. Batu yang hentakkan dengan tongkat Nabi Musa itu memancarkan 12 mata air. Menurut para ulama tafsir, 12 mata air itulah yang kemudian menandakan terbentuknya 12 suku keturunan Nabi Ya’kub a.s. Pada masa itu sudah terbentuk 12 suku (unaas) di kalangan Bani Israil, yang menyaksikan 12 nama-nama putera Nabi Ya’kub. Nabi Ya’kub adalah putera dari Nabi Ishak, dan Nabi Ishak sendiri adalah putera dari Ibrahim. Nabi Ya’kub mempunyai 12 anak lelaki, di antaranya Nabi Yusuf a.s. Maka berkembang-biaklah anak keturunan Nabi Ya’kub yang 12 orang ini. Gelar kehormatan yang diberikan Tuhan kepada Nabi Ya’kub ialah “Israil”. Itulah sebabnya mereka menyebut kebangsaan mereka dengan sebutan Israil. Di antara 12 suku Bani Israil itu, yang terbesar adalah keturunan suku anak yang kedua, iaitu Yehuda. Lama kelamaan menjadi kebiasaan menyebut diri mereka Yehudi dan agama mereka agama ‘Yahudi’, yang dibangsakan kepada Yehuda itu. Padahal yang lebih tepat, sebenarnya, supaya semuanya tercakup ialah kalau disebutkan Bani Israil. Nabi Musa mengangkat para ketua untuk tiap suku Bani Israil. Yashur bin Shudai’ur untuk suku Rubail. Syalumai’il bin Huraisyada untuk suku Syam’un. Nahsyun bin Aminadzab untuk suku Yehuda. Nasya’il bin Shau’ir untuk suku Yasakhir. Yusya’ bin Nun untuk suku Yusuf. Jamliyail bin Fadahshur untuk suku Misya (suku Zabilun). Abidan bin Jad’un untuk suku Bunyamin. Ilyasaf bin Ra’wayl untuk suku Jaad. Faj’ai’il bin Akran untuk suku Asyir. Akhya’zar bin Amsyada untuk suku Dan dan Al Bab bin Hailun untuk suku Naftali. Suku Lawi (suku Nabi Musa dan Nabi Harun) tidak tersebut di atas kerana mereka bertugas menjaga kubah Bani Israil yang di dalamnya ada “tabut” Bani Israil. Kubah ini sudah ada sejak sebelum penyembahan mereka pada anak sapi. Kelak, setelah mereka menguasai Baitul Maqdis, kubah ini diletakkan di tempat Baitul Maqdis yang dibangun oleh Nabi Ya’kub. Dan inilah kiblat para Nabi hingga datangnya perintah pada Rasulullah untuk memindahkan kiblat ke Baitullah di Makkah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2011 di pasaran...

Lebah Madu Dan Sejumlah Penemuan Ilmiah

Dalam Surat an-Nahl ayat 68-68 Allah berfirman, “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina manusia,” kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” Dari ayat di atas tampak kata-kata “buatlah sarang-sarang di tempat-tempat yang dibuat manusia”, yang menunjukkan sebuah fakta kenapa madu begitu mudah kita temukan, kerana Allah telah menggerakkan lebah untuk membuat sarang-sarangnya di tempat-tempat yang mudah dijangkau manusia (rumah, pohon, dan sebagainya). Jadi, sejak dahulu al-Quran telah membicarakan masalah ini. Kerana itu, sebagai manusia, janganlah kita memprotes keberadaan lebah di tengah-tengah kita. Kita ambil segi positifnya, iaitu keberadaan madu yang dapat kita manfaatkan. Sebagaimana kita ketahui, sumber makanan lebah adalah nektar, yang tidak dijumpai pada musim dingin. Oleh kerana itu, lebah mencampur nektar yang mereka kumpulkan pada musim panas dengan cairan khusus yang dikeluarkan tubuh mereka. Campuran ini menghasilkan zat bergizi yang baru, iaitu yang kita kenal dengan madu. Hebatnya lagi lebah menyimpan madunya untuk musim dingin yang akan datang. Selain itu, hal menarik lainnya, lebah menyimpan madu jauh lebih banyak dari yang sebenarnya. Mengapa lebah tidak menghentikan pengeluaran berlebih ini, yang tampaknya hanya membuang-buang waktu dan energi? Jawapannya adalah kerana lebah mengeluarkan madu bukan untuk diri mereka sendiri, melainkan juga untuk manusia. Sebagaimana makhluk lain di alam, lebah juga mengabdikan diri untuk melayani manusia; sama seperti ayam yang bertelur setidaknya sebutir setiap hari walaupun tidak memerlukannya dan sapi yang mengeluarkan susu jauh melebihi keperluan anak-anaknya. Kerana itu, kita wajib berterima kasih kepada Allah s.w.t. Melalui wasilah/perantaraan lebah, kita dapat menikmati madu yang rasanya manis dan lazat tersebut. Bahkan, ketika banyak orang Amerika, Eropah, Mesir, dan China memanfaatkan madu untuk menyembuhkan luka dan beragam penyakit, Islam melalui al-Quran justeru telah menggariskannya sejak 15 abad yang lalu. “Di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia,” tulis al-Quran. Sekali lagi, inilah bukti kehebatan Islam dan juga al-Quran. Nabi s.a.w. bersabda, “Dari Aisyah r.a., Nabi s.a.w. amat gemar pada makanan yang manis-manis dan madu.” (HR. Bukhari) Dikisahkan dari Abu Said r.a. bahawa ada seorang lelaki datang kepada Rasullulah s.a.w. dan berkata: “Saudara saya sakit perut.” Rasulullah menjawab: “Beri ia madu!” Hal ini dilakukan orang itu sampai tiga kali bolak-balik menanyakan kepada Rasulullah s.a.w., jawapannya pun tetap madu dan madu. Kemukjizatan madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah terbukti secara ilmiah. Dalam tafsir al-Quran, Sayyid Quthub mengungkapkan bahawa madu sebagai ubat penyembuh penyakit sudah dibuktikan secara ilmiah oleh para pakar kedoktoran. Inilah salah satu bukti kebenaran ayat al-Quran yang harus diyakini umat manusia. Dalam Tafsir Ibnu Katsir diterangkan bahawa madu itu warnanya bermacam-macam sesuai dengan makanannya. Ada yang berwarna putih, kuning, mahupun merah. Selain itu, menurut Ibnu Katsir, madu sesuai bagi setiap orang, misalnya untuk mengubati rasa dingin, kerana madu itu panas. Kajian khasiat madu secara ilmiah juga telah diteliti oleh ilmuwan muslim terkemuka di era keemasan Islam, yakni Ibnu Sina (890-1037). Bapa kedoktoran dunia dan ilmuwan muslim di abad ke-10 M itu tercatat sebagai doktor yang mengulas mengenai khasiat madu dari segi kesihatan dalam dunia kedoktoran. Selama hidupnya, Ibnu Sina banyak mengamalkan pemakanan madu sehingga awet muda dan berumur panjang. Madu, menurut Ibnu Sina, dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari yang ringan sampai yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga dapat menurunkan suhu badan, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam. Ibnu Sina juga telah meneliti khasiat madu untuk perawatan kecantikan tubuh. Menurut Ibnu Sina, madu dan minyak zaitun mampu menjadi ubat mujarab yang digunakan sebagai kosmetik yang memiliki beragam khasiat. Hasil penelitian terakhir yang dikeluarkan dari Universiti Moscow menyatakan, madu ternyata juga mengandungi logam alumunium, boron (sejenis zat yang sekaligus meredam dan menetralkan neutron), krom (kromium), tembaga, titanium, asam organik, hormon, antibiotik, zat anti racun, serta zat anti kanser. Selain berterima kasih kepada lebah kerana madunya, kita juga layak belajar pada binatang ini tentang sistem organisasi sosialnya yang sungguh luar biasa. Ilmuwan telah melakukan penelitian, ternyata sarang lebah itu memiliki kelembapan yang penuh lengkap, sehingga membuat madu memiliki kualiti perlindungan yang tinggi. Pada kelembapan di atas atau di bawah batas ini, madu akan rosak serta kehilangan kualiti perlindungan dan gizinya. Begitu juga, suhu sarang harus 35 C selama sepuluh bulan pada tahun tersebut. Untuk menjaga suhu dan kelembapan sarang ini pada batas tertentu, ada kelompok khusus yang bertugas menjaga putaran udara.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2011 di pasaran...

Seksa Kubur: Allah Rahsiakan Pendengaran Kepada Dua Makhluk

DALAM kitab-kitab agama yang dihasilkan oleh para ulama salaf dan juga para Iman Mazhab yang terkenal banyak mengupas mengenai masalah “azab kubur”. Banyak sebab kenapa berlaku azab dalam kubur itu yang dilakukan oleh manusia semasa hidup di dunia. Perbuatan-perbuatan seperti memfitnah, berdusta, mencaci, mengumpat, iri hati, zalim, dengki, makan harta anak-anak yatim, rasuah adalah diantara sebab manusia menerima “azab kubur”. Hakikatnya, kalau kita menziarahi tanah perkuburan, kita akan dapati keadaannya tenang dan aman. Tetapi apa yang terjadi di dalam kubur itu sendiri (alam barzakh), kita tidak boleh mendengar dan kita tidak dapat melihatnya. Allah s.w.t. merahsiakannya, dan menabiri kita dari mendengar dan melihatnya. Hanya dia makhluk tidak boleh mendengar iaitu Jin dan manusia, dan makhluk-makhluk lain boleh mendengarnya seksa kubur itu. Sebenarnya, maksiat yang tidak disangka yang dilakukan oleh kita sebagai manusia ialah maksiat seperti mata, telinga, hidung, mulut, lidah, kemaluan dan lain-lain lagi. Anggota-anggota ini diluar dugaan kita melakukan maksiat di luar batasan, dia diazab apabila seseorang itu meninggal dunia dan dikebumikan kemudian menerima azab kubur. Tetapi, ada perbuatan-perbuatan manusia semasa di dunia apabila dia mati boleh dapat dilihat semasa ia dikuburkan. Dalam drama-drama yang disiarkan oleh tv ada disiarkan “siri” cerita yang serupa ini. Peristiwa-peristiwa yang diperlihatkan itu semata-mata untuk menjadi iktibar kepada orang-orang hidup ketika menghantar jenazah itu dikebumikan. Tetapi semuanya orang melakukan maksiat yang besar diperlihatkan seperti itu. Allah s.w.t. itu mengasihani, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun, hanya dengan izinnya saja diperlihatkan di dunia lagi. Maksiat mata merupakan maksiat yang paling banyak kita buat. Berbagai perkara yang diharamkan kita melihatnya. Kadang-kadang pagi-pagi lagi kita nak pergi kerja, ketika kita memandu kereta kita sudah melihat hal-hal yang diharamkan. Kaum wanita yang nak pergi kerja menanti bas di stesyen bas dengan memakai baju fesyen “terdedah sana, terdedah sini”, dengan memperlihatkan rambut, dan memperlihatkan pelbagai yang lain yang diharam kita melihatnya. Tetapi ia terdedah di depan mata. Mata tidak mahu melihatnya, tetapi lalu di depannya. Kadang-kadang kita melihat wanita-wanita yang memakai “mini skirt”, memperlihatkan betis sebahgiannya, dan kita melihatnya juga. Inilah bahayanya orang-orang bekerja di bandar-bandar besar. Itu, kita berkereta, bagaimana pula kalau kita berjalan kaki? Kita berjalan bersama dengan orang ramai, bercampur baur dengan wanita? Semuanya ini mengundang dosa, walaupun ia merupakan dosa kecil saja.
Tetapi untungnya, mereka yang bekerja di kampung-kampung atau pun tinggal di kampung-kampung. Mereka ini, kalau mahu pergi kerja berkereta, tetapi apa yang mereka lihat ialah “peha-peha lembu”, “peha-peha kerbau” saja. Mereka ini tidak melihat benda-benda yang haram, seperti wanita yang memakai ‘mini skirt’, yang memakai fesyen low cut dan sebagainya di kampung. Kalau pun ada wanita-wanita yang bekerja mereka bertudung, tutup semua aurat menurut apa yang diperintahkan oleh Islam. Kemudian maksiat telinga, dan maksiat mulut. Ketika nak pergi kerja kita singgah dimana-mana warung untuk minum teh tarik dan roti canai. Di sana kita bertemu dengan kawan-kawan. Mereka bercerita pelbagai perkara.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2011 di pasaran...

Istilah Zina Kenapa Ditukar Sumbang Mahram?

KITA, sebagai orang-orang Islam terutama kepada tokoh-tokoh agama “gemar” benar menukar nama-nama yang sudah ditentukan oleh Allah mengenai sesuatu perbuatan itu. Misalnya, istilah “Zina”, kita tukar kepada nama “Sumbang mahram”. Sedangkan istilah “Zina” tersebut lebih tepat dari istilah-istilah lain. Zina itu memanglah satu nama yang sudah ditentukan oleh “agama”, yang dirakamkan dalam kitab suci al-Quran, yang Allah s.w.t. sendiri yang memberikan nama itu dalam wahyuNYA. Kenapa kita suka “memandai-mandai” untuk menukar kepada nama lain? Istilah “sumbang maharam” itu seolah-olah semacam satu perbuatan baru yang memang “haram” hukumnya itu. Sedangkan perbuatan yang dilakukan oleh mereka adalah “zina”. Walau apa pun istilah yang digunakan, namun perbuatan itu adalah “Zina”. Persetubuhan “halal” adalah antara kita dengan isteri kita saja, kerana ia sah dari sisi hukum agama, kerana melalui “Ijab dan Kabul” apa yang disebut dalam agama.
Apakah nama yang sudah diberikan oleh Allah itu hendak ditukar kepada nama lain? Apakah Allah beri nama sesuatu itu tidak sesuai? Dalam kitab suci al-Quran kita temui ayat yang menyebut “Zina”. Ada satu ayat dalam kitab suci: yang maksudnya “jangan kamu hampiri zina”. Terjemahannya tidak pula menyebut jangan kamu hampiri kepada “sumbang mahram”. Kalau seorang datuk merogol cucunya, maka perbuatan itu adalah “zina” dan hukumnya adalah “haram” dan “berdosa besar”. Nama yang begitu baik dan cantik, indah yang diberikan oleh Allah sendiri dan sudah disebut dalam kitab suci al-Quran, tidak perlu rasanya ditukar lagi kepada nama lain.
Apa nama pun dan istilah yang digunakan untuk elak dari pebuatan “keji” itu, ia tetap dinamakan “Zina”. Hukumnya adalah sebat bagi yang belum berkahwin, dan direjam dengan batu hingga mati kepada yang sudah berkahwin. Undang-undang al-Quran adalah undang-undang Allah s.w.t., dan berkuasa sehinggalah sampai hari kiamat. Tidak ada tolak ansur dan berunding hukum yang sudah termaktub. Tidak ada kecuali-kecualinya lagi.
Kita sebagai hamba Allah tidak diberi “hak” oleh Allah kepada kita untuk merubah-rubah hukum yang telah ditetapkan itu, dan hendaklah dilaksanakan hukuman itu sekiranya ‘sabit’ kesalahan bagi mereka yang melakukan perbuatan itu.Sabit kesalahan yang dimaksudkan di sini, ialah: “ada saksi, mengesahkan atas perbuatannya itu, dan saksi itu mestilah orang beriman dan dipecayai tidak ada rasuah dan sebagainya, serta syarat-syarat lain yang sudah ditentukan oleh Islam itu sendiri. Para ulama Mufassirrin mentafsirkan bahawa “zina” ialah satu perbuatan yang “keji” dan bahayanya amatlah “besar” kepada diri orang yang melakukannya, rumah tangganya, masyarakat dan keturunannya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2011 di pasaran...

Di Balik Penyembelihan Lembu Betina

DULU, pada zaman Nabi Musa a.s., hidup seorang yang kaya dan dikenal baik. Tetapi, kekayaan yang dimiliki itu, rupanya, mengundang petaka. Sebab, seorang pemuda diam-diam mahu merampas harta kekayaannya. Maka, pada suatu malam yang lengang, orang itu pun dibunuhnya. Sementara itu, untuk menghilangkan jejak pembunuhan, jenazah orang itu akhirnya dibawa pergi dari rumah, kemudian diletakkan di hadapan pintu rumah salah seorang dari kaum Bani Israil. Esok paginya, ketika orang-orang keluar dari rumah, mereka pun terkejut kerana menemukan mayat yang tergeletak di depan pintu rumah tersebut. Tubuh yang sudah tidak bernyawa itu, bahkan masih meninggalkan darah segar. Seketika itu, orang-orang pun gempar. Perkampungan di mana mayat itu ditemukan jadi kecoh. Apalagi, setelah tersiar sebuah khabar bahawa pemilik rumah dan orang-orang di sekitarnya itu tak lain adalah pembunuhnya. Tak perlu basa-basi lagi, penduduk kampung itu pun mengangkat senjata tidak saja untuk menepis tudingan itu, tetapi melawan untuk mempertahankan harga diri mereka. Tak hairan, jika kemudian terjadi saling serang menyerang dan bahkan perkelahian. Hingga akhirnya, keadaan dapat diredakan setelah muncul salah seorang yang bijak yang berkata dengan penuh kearifan, “Mengapa kalian saling membunuh? Padahal, ada Rasul Allah di tengah-tengah kalian.”

Perintah Menyembelih Sapi
Akhirnya, mereka menemui Nabi Musa dan menceritakan kejadian itu dengan maksud ingin mengetahui siapa pembunuhnya. Nabi Musa, sebagaimana diperintahkan Allah, kemudian meminta mereka untuk menyembelih seekor lembu betina. Tetapi, jawapan mereka sungguh keras kepala. “Apakah kamu hendak menjadikan kami buah ejekan?” Padahal, permintaan Nabi Musa itu tidak main-main dan tidak maksud bergurau. Tetapi, kaum Bani Israil benar-benar menganggap Nabi Musa bergurau dengan perintah tersebut. Akhirnya, Nabi Musa pun menjawab, “Aku berlindung kepada Allah agar tidak menjadi salah seorang dari orang-orang yang jahil”. (QS. Al-Baqarah [2]: 67) Peliknya, mereka tidak langsung mencari lembu betina yang diminta itu, melainkan lebih memilih mempersulit diri sendiri. Dengan keras kepala, mereka kembali bertanya, “Lembu betina apakah itu?”
“Lembu betina yang tidak tua dan tidak muda; pertengahan antara itu.” Lagi-lagi, mereka bertanya, “Apa warnanya?” “Lembu betina yang kuning, yang kuning tua warnanya, lagi menyenangkan orang-orang yang memandangnya.” Penjelasan Nabi Musa itu, ternyata masih dirasa belum memadai hingga mereka bertanya lagi, “Bagaimana hakikat lembu betina itu, kerana sesungguhnya lembu itu (masih) samar bagi kami dan sesungguhnya kami, insyaAllah, akan mendapat petunjuk (untuk memperoleh lembu itu).” “Lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak bercacat, tidak ada belangnya.”
Setelah itu, mereka baru tak bertanya lagi dan berkata, “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat lembu betina yang sebenarnya”. (lihat QS. Al-Baqarah [2]: 68-71) Dalam fikiran mereka, kini penjelasan tentang ciri-ciri lembu betina yang diminta oleh Nabi Musa itu dianggap jelas. Padahal, kalau dari awal mereka itu tak keras kepala, tidak banyak tanya dan langsung mencari lembu yang diminta oleh Nabi Musa, mereka sebenarnya tidak menemui kesulitan. Tetapi, kerana mereka itu memang keras kepala bahkan banyak tanya, akhirnya justeru menyulitkan diri mereka sendiri. Kini, mereka harus mencari lembu betina dengan ciri-ciri bahawa lembu itu tidak tua dan tidak muda, pertengahan antara itu, berwarna kuning tua lagi menyenangkan orang-orang yang memandangnya, belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak bercacat, dan tidak ada belangnya. Tentu, lembu betina dengan ciri-ciri seperti itu merupakan lembu yang tak mudah untuk dicari atau bahkan tak mudah untuk ditemukan. Selama berhari-hari, mereka pun mencari sapi dengan tanda-tanda yang diminta oleh Nabi Musa itu. Ketika suatu hari mereka menemukan “lembu betina yang berkilau-kilau” warnanya dan menyenangkan orang yang memandangnya, tetapi sayangnya lembu betina itu tidak berwarna kuning. Lain hari, mereka menemukan lembu kuning tua yang berkilau, tapi lagi-lagi mereka harus menelan kekecewaan sebab lembu betina itu ada cacatnya. Pada kesempatan lain, mereka kembali menemukan lembu betina yang bagus dan mendekati apa yang dimaksudkan, tetapi sayang seribu sayang, lembu itu terlalu muda. Selalu ada ciri-ciri yang tak boleh terpenuhi. Ironisnya, kesulitan itu menghadang mereka akibat ulah mereka sendiri yang menyulitkan mereka menemukan lembu betina yang tidak biasa itu. Kerana mereka kesulitan mencari lembu betina dengan ciri-ciri itu, mereka pun hampir tidak melaksanakan perintah Nabi Musa itu. Hingga akhirnya, lembu betina yang diminta Nabi Musa itu pun dapat ditemukan, tetapi ternyata tidak mudah untuk mendapatkannya. Sebab, pemilik lembu betina yang memiliki ciri-ciri itu berniat tidak menjual lembu tersebut.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2011 di pasaran...

Imam Ghazali Berguru Kepada Tukang Kasut

SIAPA yang tidak mengenali nama Imam Ghazali? Dialah ulama yang namanya begitu masyhur di dunia Islam yang bergelar hujjatul Islam. Dalam khazanah Islam, dia mencatatkan namanya sebagai salah satu tokoh yang banyak berjasa bagi kejayaan Islam. Banyak karyanya yang menjadi rujukan umat Islam dunia. Karyanya itu meliputi berbagai bidang ilmu, seperti: fiqih, filsafat mahupun tasawuf. Beberapa bukunya yang paling terkenal adalah Tahafutul al-Falasifah dan Ihya’ Ulumuddin. Padahal, mulanya, Imam Ghazali hanyalah ulama biasa, iaitu imam masjid di kampungnya. Beliau sangat rajin menjadi imam solat berjemaah lima waktu bersama dengan masyarakat di sekitarnya. Tapi, anehnya, abangnya sendiri yang bernama Ahmad, tidak pernah mahu ikut berjemaah dengannya. Bahkan si abang bersikap acuh tak acuh kepadanya. Inilah yang membuat hati Imam Ghazali merasa jengkel kepada abangnya itu. Sebab jemaah lain sepertinya tidak ada masalah dengan dirinya, tetapi justeru abangnya sendiri tidak mahu berjemaah dengannya. Ghazali tak puas hati. Ada apa sebenarnya dengan abangnya atau ada sesuatu dalam diri Ghazali yang tidak berkenan padanya. Kerana sikap si abang tetap acuh tak acuh, akhirnya Ghazali memberanikan diri mengadukan kepada ibunya agar si ibu mahu menasihati abangnya. Lantas si ibu pun menasihati Ahmad, agar dia mahu berjemaah di masjid bersama jemaah lainnya. Tidak enak jika menolak permintaan si ibu, akhirnya dengan keadaan terpaksa, si abang mahu berjemaah di masjid.

Berlumur Darah
Ghazali merasa bahagia. Dia tersenyum saat melihat abangnya hendak turut solat berjemaah. “Rupanya, nasihat ibu cukup mujarab,” fikirnya. Solat jemaah dimulai, dan seperti biasa Ghazali menjadi imamnya. Namun di tengah solat, tiba-tiba, abangnya melihat ada sesuatu yang aneh. Dilihatnya baju yang dikenakan Ghazali penuh dengan lumuran darah. Kerana itulah ia segera memisahkan diri (mufaraqah). Dia tidak mahu solat berjemaah bersama yang lain. Mengetahui sikap abangnya yang mufaraqah ini, hati Ghazali bingung bercampur jengkel. Dia tidak mengerti mengapa abangnya betul-betul tidak mahu solat berjamaah dengannya. Dengan hati yang masih panas, Ghazali, akhirnya, memberanikan diri untuk menegurnya. “Mengapa abang begitu acuh terhadap kepemimpinanku menjadi imam solat berjemaah?” Tanpa diduga-duga, abangnya malah melontarkan jawapan yang membuat Ghazali berfikir, “Bagaimana aku harus berjemaah dengan seorang imam yang berlumuran darah?”
Ghazali terdiam sejenak. Dia seolah-olah terpukul oleh jawapan abangnya. Bagaimana abangnya boleh mengatakan seperti itu? Bagaimana ia boleh mengetahui masalah yang kini memang masih bergelora di dalam hati Ghazali? Ghazali terkejut bukan main. Ia menyedari bahawa dirinya memang kurang khusyuk dalam solatnya kerana memikirkan masalah yang ditanyakan seseorang kepadanya, yakni masalah darah wanita (haidh). Kerana masalah tersebut belum ditemukan jawapannya, maka fikiran Ghazali menjadi kalut hingga mengakibatkan solatnya tidak khusyuk. Kini, disedari oleh Ghazali, ternyata abangnya bukan orang sembarangan. Abangnya itu seperti boleh membaca apa yang ada dalam fikirannya. Maka dengan rasa hormat, dia pun bertanya, “Wahai abang, darimana abang memperoleh ilmu yang tinggi seperti ini?” “Ketahuilah, wahai adikku, aku belajar dari seorang guru yang pekerjaannya sehari-hari menjadi tukang membaiki kasut,” jawab si abang. Ghazali teruja dengan jawapan si abang. Tak ingin membuang waktu lagi, dia ingin segera berguru kepada orang yang diceritakan oleh abangnya itu. “Kalau begitu, tolonglah kiranya abang sudi menunjukkan aku kepada guru tersebut,” pinta Imam Ghazali. Si abang pun akhirnya berkenan mengenalkan Ghazali menemui orang yang dimaksudkan itu. Setelah dipertemukan, Imam Ghazali pun menyatakan keinginannya untuk menimba ilmu dari orang tersebut. Tapi waktu itu, si guru yang bekerja sebagai tukang kasut itu malah balik berkata kepada Imam Ghazali, “Fikirkanlah terlebih dulu. Jangan-jangan engkau nanti tidak akan mampu melaksanakan perintahku!”
“InsyaAllah, saya akan berusaha sekuat tenaga untuk selalu mengikuti apa pun yang guru kehendaki,” jawab Imam Ghazali serius. “Sebelumnya maaf, hari ini kebetulan isteri dan anak-anakku sedang tidak ikut di tempat kerjaku ini, sehingga halaman ini sangat kotor sekali. Kerana itu, sebelum aku mengajarkan ilmu kepadamu, kalau engkau tidak keberatan, tolonglah kau bersihkan lebih dulu halaman tempat kerjaku ini agar bersih dipandang mata,” demikian kata sang guru. Segera Imam Ghazali pun mencari penyapu untuk melaksanakan perintah tuan guru. Tapi setelah sekian lama mencari, dia tidak menemukan sesuatu alat yang boleh digunakan untuk membersihkan sampah-sampah yang berserakan di halaman tersebut. Dia mencari-cari cangkul juga tidak ada. Padahal sampah yang ada di halaman itu, bukan hanya dedaunan saja, tapi ada pula longgokan kotoran binatang.
Dengan sopan, Imam Ghazali lalu bertanya, “Apakah kiranya di sini ada sapu atau cangkul, wahai guru?”
“Maaf,” jawab guru itu, “kerana tempat kerjaku ini sangat sempit, aku tidak pernah membawa alat-alat lain selain peralatan untuk memperbaiki sepatu.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2011 di pasaran...

Gene Netto: Pencarian Islam Dari New Zealand, Australia Hingga Indonesia

NAMAKU Gene Netto. Lengkapnya: Eugene Francis Netto. Aku lahir 41 tahun silam di sebuah kota kecil bernama Kota Nelson di Pulau Selatan di New Zealand. Aku anak kedua dari pasangan Carl asal Myanmar dan Bev asal New Zealand. Aku anak kedua dari tiga bersaudara, dan hidup dalam lingkungan agama Katolik.
Sejak kecil aku sudah merasa kurang selesa tinggal di New Zealand. Aku merasa ‘berbeda’ dengan anak-anak seusiaku. Kakak dan adikku saja bermata biru dan berambut coklat seperti orang berkulit putih pada umumnya. Sementara mataku justeru berwarna coklat-hijau dan berambut hitam. Ini membuatku menyendiri dan merasa seperti bukan orang berkulit putih. Ini merasuki fikiranku hingga aku menginjak usia remaja. Di samping soal fizik, saat remaja aku mulai berfikir banyak hal mengenai hidup ini. Bahkan aku mulai berfikir tentang agama, dunia dan alam semesta. Seringkali aku berfikir tentang bintang dan benda-benda langit di kesunyian malam. Bagaimana benda-benda itu diciptakan? Seperti anak remaja pada umumnya, aku juga diajarkan agama oleh ibu bapaku. Sejak kecil sudah ditanamkan nilai-nilai agama. Kerana ibu bapaku Katolik, maka aku ditanamkan ajaran Katolik. Namun, di usia remaja, aku sudah mulai kebingungan. Banyak hal yang membingungkan. Setiap aku bertanya tentang Tuhan dan agama Kristian, aku sering mendapat penjelasan yang tak memuaskan. Aku bingung dengan konsep satu dalam tiga, di mana ada Tuhan, Jesus, dan Roh Kudus, dan semuanya Tuhan tetapi Tuhan hanya satu. Tuhan menjadi manusia, dan manusia itu mati, tetapi Tuhan tidak boleh mati, tetapi manusia itu adalah Tuhan. Aku juga bingung dengan ‘paderi’ yang boleh mengampuni dosa orang dengan mudah sekali tanpa bicara kepada Tuhan terlebih dahulu. Pertanyaanku kala itu: bagaimana kalau paderi salah dan punya dosa tapi aku belum diampuni? Apakah aku boleh mendapatkan bukti tertulis dari Tuhan yang menyatakan bahawa aku sudah bebas dari dosa? Bagaimana kalau aku bertemu dengan Tuhan di hari akhirat dan Dia menyatakan bahawa dosaku belum diampuni? Kalau aku protes dan menunjuk paderi yang meyakinkanku bahawa tidak ada dosa lagi, Tuhan cukup bertanya “Siapa menyuruh kamu percaya pada percakapan dia?” Siapa yang boleh menyelamatkanku kalau paderi keliru dan dosaku tetap ada dan dihisab Tuhan? Aku lalu mulai berfikir tentang bagaimana aku boleh mendapatkan penjelasan tentang semua yang membingungkan itu. Aku lalu berkata: “Aku harus berbicara empat mata dengan Tuhan! Hanya Tuhan yang dapat menjawab semua pertanyaanku itu.”
Satu malam aku duduk sendirian hingga larut. Aku duduk di tempat tidur dan berdoa kepada Tuhan. Aku menyuruh Tuhan datang dan menampakkan diriNya kepadaku supaya aku boleh melihatNya. Aku menyatakan bahawa aku siap percaya dan beriman kepada Tuhan kalau aku dapat melihatnya sekali saja. Kata orang, Tuhan boleh melakukan apa saja! Kalau itu benar, bererti Tuhan juga boleh muncul di bilik saat aku suruh. Aku berdoa dengan sungguh-sungguh dan menatap tingkap di bilik, menunggu cahaya Tuhan masuk dari luar. Aku menunggu lama sekali. Sepuluh minit. Lima belas minit. Mana Tuhan? Kata orang, Tuhan Maha Mendengar, bererti sudah pasti mendengarkanku. Aku menunggu lagi. Melihat terus ke tingkap. Menunggu lagi. Kenapa Tuhan belum datang? Barangkali Dia sibuk? Aku melihat tingkap lagi. Setelah menunggu sekian lama dan benar-benar memberi kesempatan kepada Tuhan untuk muncul. Tetapi Tuhan ternyata sibuk pada malam itu dan Dia tidak hadir. Hal itu membuatku bingung. Bukankah aku sudah berjanji bahawa aku akan percaya kepadaNya kalau Dia membuktikan bahawa DiriNya benar-benar ada? Kenapa Dia tidak mahu menampakkan Diri kepadaku? Bagaimana aku boleh percaya kalau aku tidak dapat melihatNya? Aku menangis dan tidur. Keesokan harinya aku berdoa lagi dengan doa yang sama. Hasilnya pun sama: Tuhan tidak datang dan aku pun menangis lagi.

Islam dan Indonesia
Kerana Tuhan tak mahu menampakkan diriNya, aku mulai bosan dan tak mahu percaya lagi pada Tuhan. Boleh dibilang, aku mulai menjadi ‘atheis’: iaitu manusia tanpa mengakui adanya Tuhan. Hal ini aku lalui hingga menyelesaikan sekolah tingkat sekolah menengah. Secara perlahan, aku sudah mulai bosan mempelajari agama dengan serius. Setelah lulus sekolah menengah, ibu bapaku berpindah ke Australia. Aku pun ikut mereka. Di Australia, aku mengikuti kuliah di Universiti Griffith pada Fakulti Pelajaran Asia. Pada tahun pertama semua mahasiswa wajib mengambil mata kuliah Bahasa Asia. Aku memilih Bahasa Indonesia kerana paling mudah dari bahasa Asia yang lain. Aku lalu mendapatkan biasiswa untuk kuliah di Indonesia selama enam bulan. Sebelum berangkat, semua peserta biasiswa dikumpulkan pada acara barbeque. Di tengah majlkis berlangsung ada warga Indonesia menghampiriku. Dia bertanya “Kamu Gene, ya? Apakah kamu (sedang) pelajari agama Islam, Gene?”
Aku jawab, “Ya,” kerana memang ada mata kuliah tentang semua agama di Asia termasuk agama Islam.
“Apakah kamu juga tahu bahawa dalam Islam hanya Tuhan yang boleh mengampuni dosa? Tidak ada paderi yang boleh mengampuni dosa orang!” terang dia. Aku terkejut mendengar ucapannya itu. Aku ajak saja dia berbincang mengenai agama Islam. Dalam Islam, jelasnya, hanya Tuhan yang berhak mengampuni dosa. Saat itu, aku mulai tertarik lagi mempelajari agama Islam secara mendalam. Tahun 1991 aku berangkat kuliah ke Indonesia, tepatnya di Universiti Atma Jaya Jakarta. Di kampus tersebut sebahagian besar temanku adalah orang Islam, padahal kampus tersebut adalah kampus Katolik. Kenapa jadi begitu? Aku memang tidak tertarik untuk bergaul dengan orang beragama Kristian. Aku lebih tertarik untuk menyaksikan agama Islam dan pengikutnya. Kalau ada teman yang melakukan solat, aku duduk dan memperhatikannya. Pada saat kembali ke kampus di Australia, aku menjadi salah seorang mahasiswa yang fasih berbahasa Indonesia. Maka tak hairan, bila aku sering bergaul dengan orang Indonesia. Setelah selesai kuliah Bachelor of Arts, aku mengambil kuliah tambahan selama satu tahun di fakulti pendidikan untuk menjadi guru bahasa

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2011 di pasaran...

Lapan Billion Peluaskan Masjidil Haram

Untuk beberapa tahun ke depan, mungkin barang kali kalau kita ke tanah suci Makkah, kita akan melihat satu perubahan yang agak besar akan berlaku. Mungkin barang kali Masjidil Haram yang ada sekarang kita akan dapati akan lebih luas di dalamnya. Keadaan kelilingnya, mungkin barangkali berubah menjadi lebih luas dan besar lagi. Keadaan dataran Masjidil Haram juga mungkin akan lebih besar dan memudahkan umat Islam melakukan kerja-kerja ibadah yang lebih selesa lagi. Ini berikutan dengan satu rancangan raksasa kerajaan Arab Saudi untuk memperbesarkan masjid tersebut. Kerajaan Saudi sudah meluluskan peruntukan sebanyak lebih dari 8 bilion Riyal untuk pembesaran lagi Masjidil haram dan kawasan sekitarnya. Bangunan-bangunan lama, hotel-hotel lama, kedai-kedai lama yang terdapat di sekeliling kawasan masjid sudah bersih dirobohkan. Keadaannya begitu menarik sekarang ini. Semua kawasan itu sudah jadi tanah lapang. Bukit-bukit besar dan kecil yang ada di sekelilingnya hampir sudah diratakan sedikit demi sedikit. Kawasan ini sudah jadi satu kawasan “lapang”. Jalan-jalan raya baru, terowong baru di mana bukit-bukit batu yang ada di sekeliling sudah ditebuk dijadikan jalan. Dulu kita tidak dapat melihat bukit-bukit yang berada di sekeliling Masjidil Haram. Ini kerana kawasan bukit dilindungi dengan bangunan-bangunan, hotel-hotel lama dan kedai lama. Tetapi ia dirobohkan oleh pihak yang berkuasa bandar Makkah, maka barulah kita nampak dengan jelas bukit-bukit tersebut. Jumlah wang lapan bilion merupakan satu peruntukan paling besar disediakan oleh Kerajaan Saudi. Ini semata-mata untuk menampung umat Islam semakin ramai datang ke Makkah bagi melakukan ibadah. Sepanjang tahun, Makkah menjadi tumpuan umat Islam. Dalam musim haji umat Islam bertambah ramai datang dari tahun ke tahun. Kadang-kadang keadaannya tidak dapat menampung kebanjiran umat Islam. Selain dari musim haji yang bertambah ramai dari tahun ke tahun, bukan musim haji orang berkunjung ke Makkah kerana melakukan ibadah Umrah. Selepas selesai umat Islam menunaikan ibadah haji dan mereka semua pulang ke tanah air masing-masing, sebulan kemudian selepas bulan Zulhijjah, kerajaan Saudi membuka pintu negaranya, dan pintu Makkah untuk umat Islam melakukan umrah. Dari penghujung bulan Zulhijjah sehinggalah bulan Ramadan, umat Islam tidak putus-putus menziarah Makkah dan Madinah sepanjang bulan-bulan tersebut. Terutama dalam bulan Ramadan jumlah umat Islam ke Makkah semakin ramai. Kata para jemaah yang pernah melakukan Haji, jumlahnya sama banyak dalam masa orang buat Haji. Jadi, oleh kerana semakin ramai umat Islam mengunjungi Makkah, sebab itu kerajaan Arab Saudi menambah peruntukkan bagi membesarkan Masjidil Haram itu.
Kita bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana negara Arab Saudi dikurniakan Allah dengan hasil minyak yang banyak, maka dapatlah negara itu menjalankan projek meganya, termasuk membesar, memperluaskan Masjidil Haram yang ada itu. Sebenarnya, Masjidil Haram itu sudah banyak kali dibuat ubahsuai sejak beberapa tahun dulu. Saya masih ingat lagi dalam tahun 1970 pertama kali saya ke Makkah melakukan ibadah Haji, Masjidil Haram hanya mahu diperluaskan di dataran Kaabahnya saja. Menara-menaranya juga sedang dalam pembinaan ketika itu. Keadaannya tidaklah begitu luas. Di sekeliling kawasan Masjidil Haram masih lagi ada batu mar-mar, dan juga “tar”. Kita berjalan di kawasan itu, seolah-olah kita berjalan di padang pasir, dengan habuk dan tanah yang berdebu-berdebu. Kawasan Makkah pun ketika itu belum membangun. Jalan-jalan raya belum teratur, dan belum sempurna. Trafik yang menjaga lalu lintas pada musim haji hanya menggunakan rotan. Ada pemandu kereta yang degil dirotan polis trafik ketika itu. Apabila Allah s.w.t. kurniakan negara Arab Saudi dengan limpahan minyak, maka mulai saat itu Kerajaan telah berusaha untuk membaiki kawasan Makkah dan membaiki Masjidil Haram yang menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2011 di pasaran...

Jadilah Kamu Orang Asing Di Dunia Ini

Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. memegang bahuku sambil bersabda: “Jadilah kau di dunia ini bagaikan orang asing atau orang musafir.” Ibnu Umar sendiri berkata: “Jika kau berada di waktu petang, maka jangan mengharapkan akan hidup sampai pagi, dan jika kamu pada waktu pagi jangan menantikan petang. Pergunakanlah masa kesihatan itu untuk berbekal buat masa sakit, dan masih hidup untuk berbekal buat mati.” (HR. Bukhari). Pengertian hadis ini: Janganlah menganggap dunia ini sebagai tempatmu yang kekal abadi, tetapi anda hendaklah mengerti bahawa dunia ini sebagai jembatan untuk menyeberang ke akhirat yang bakal hidup kekal selamanya. Dan untuk itu harus bersedia bekal yang cukup untuk hidup abadi itu. Dan semua pekerjaan di waktu pagi jangan ditunda sampai petang, atau pekerjaan petang jangan ditunda sampai pagi. Dan kesempatan masa sihat, masa hidup jangan diabaikan sebab akibatnya hanya akan menjadi penyesalan belaka. Abdul-Abbas (Sahl) bin Sa’ad Assaidy r.a. berkata: Seorang datang kepada Nabi s.a.w. dan berkata: “Ya Rasulullah tunjukilah saya amal perbuatan yang apabila saya kerja disukai Allah dan disukai orang-orang. Jawab Nabi s.a.w.: “Jangan rakus kepada dunia, nescaya dikasihi Allah. Dan jangan tamak pada hak orang nescaya dikasihi manusia.” (HR. Ibnu Majah).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2011 di pasaran...

Tiada Syariat Setelah Wafat Rasulullah s.a.w.

ALLAH s.w.t. telah mengutus seramai 124,000 para nabi dan rasul setelah menjadikan alam ini termasuk manusia. Kepada para Nabi dan Rasul ini Allah turunkan pula kitab-kitab suci untuk panduan bagi manusia seluruhnya. Bagi kita umat Islam, Allah telah mengutus Muhammad s.a.w. sebagai utusan terakhir kepada manusia. Sesudah Muhammad tidak ada lagi Nabi atau pun Rasul diutus. Muhammad s.a.w. merupakan Rasul dan Nabi terakhir. Khataman Nabi... Kemudian Allah wafatkan para Nabi dan Rasul, termasuk sekali Nabi Muhammad s.a.w. Ini bererti Allah s.w.t. sudah pun sempurnakan agama Islam ini untuk kita semua. Tidak ada lagi cacat celanya. Tidak ada lagi penambahan atau pun pengurangan. Semuanya sudah lengkap, sudah sempurna untuk keperluan manusia seluruhnya. Sesudah sempurna dan lengkap, barulah Allah s.w.t. mewafatkan Nabi dan RasulNYa. Ikut sahajalah apa yang sudah termaktub dalam kitab suci Al-Quran dan Sunnah Rasul. Kitab yang didasarkan kepada “Kitabullah dan Sunnah RasulNYA” adalah sesuai dengan semua zaman dan tempat meliputi segala yang diperlukan oleh seluruh manusia. Maka Allah perintahkan kepada kita untuk mengikutinya dengan firman yang mafhumnya: “Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalanKU yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu ikuti jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari JalanNYA.
“Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah kepada kamu agar kamu bertakwa.” (Al-An’am ayat 153). Kemudian Allah perintahkan kepada kita supaya menolak segala sesuatu yang berlawanan dengan perintahNYA, menyuruh kita mengembalikan segala urusannya hanya kepadaNya dan kepada RasulNYA seperti firman Allah surah an-Nisa’ ayat 59 yang mafhumnya: “Hai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah RasulNYa dan ulil amri diantara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikan ia kepada Allah (Al-Quran) dan RasulNYA (Sunnahnya) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” Selama agama ini sempurna dan tidak memerlukan tambahan, maka tidak diperlukan lagi bidaah (sesuatu yang baru) di dalam agama dan dalam mendekatkan diri kepada Allah. Barang siapa yang membuat bidaah dan menganggapnya baik, bererti dia telah membuat syariat tambahan, menganggap syariat Islam tidak lengkap, seakan-akan dia lebih tahu dari Allah dan Rasulnya sehingga cukuplah menjadi buruk baginya. Tetapi musuh-musuh Islam dan orang-orang yang tidak senang dengan Islam bila Islam tersebar luas, menjadikan bidaah sebagai sesuatu yang indah dimata manusia, menampaknya dalam bentuk ibadah penuh dengan tipuan, menyelimutinya dengan bentuk zuhud, mendekatkan diri kepada Allah dan cinta kepada Nabi s.a.w. Sedangkan tujuan utamanya itu ialah untuk merosakan Islam atau pun merosakan agama mereka dan mencampur adukan syariat dengan bidaah, sehingga sunnah itu sendiri menjadi aneh dan digantikan kedudukannya dengan bidaah. Bidaah ini telah disebar luaskan oleh setengah-setengah dari golongan orang yang kurang berpengetahuan agama dan pemimpin kaum Sufi yang menjadikan tasawuf sebagai jalan untuk memimpin manusia, sehingga bidaah itu tersebar diseluruh pelosok dunia, seperti merebaknya api ketika disiram dengan minyak api, dan menjadikan seluruh manusia menganggapnya sebagai masalah yang disyariatkan dan harus dijaga, sementara sunnah-sunnah yang disyariatkan dibuang jauh. Sedangkan melaksanakan sunnah dan membenteras atau pun memerangi bidaah perkara yang harus dilaksanakan oleh seluruh kaum muslimin dan ulama seluruhnya. Ulama-ulama Salaf menyifatkan bidaah adalah perbuatan mungkar yang harus di ketepikan sesuai dengan kemampuan kita, baik dengan tangan, lisan atau pun hati.
Sebenarnya, masalah bidaah ini akan mengambil masa yang lama untuk di benteras dalam masyarakat kita sekarang. Selagi penegak-penegak bidaah ini memegang atau menerajui pusat-pusat penting terutama dalam soal keagamaan, maka selagi itulah masalah ini terus menerus berlaku.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2011 di pasaran...

Kenalilah Para Malaikat Dan Tugas-Tugas Mereka

NAMA dan tugas para Malaikat di antara para malaikat yang wajib setiap orang Islam ketahui sebagai salah satu Rukun Iman, berdasarkan Al-Quran dan hadis. Nama (panggilan) berserta tugas-tugas mereka adalah sebagai berikut:
Jibril - Pemimpin para malaikat, bertugas menyampaikan wahyu dan mengajarkannya kepada para nabi dan rasul.
Mikail - Membahagi rezeki kepada seluruh makhluk.
Israfil - Meniup sangkakala (terompet) pada hari kiamat. Munkar dan Nakir – Memeriksa amal manusia di alam barzakh. Raqib dan ‘Atid - Mencatat amal manusia di dunia.
Izrail - Mencabut nyawa seluruh makhluk. Ridwan - Menjaga pintu syurga. Malik - Pemimpin Malaikat Zabaniah dan penjaga neraka. Zabaniah - 19 malaikat penyiksa dalam neraka yang bengis dan kasar. Hamalat al ‘Arsy - Empat malaikat pembawa ‘Arsy Allah, pada hari kiamat jumlahnya akan ditambah empat menjadi lapan.
Harut dan Marut - Dua Malaikat yang turun di negeri Babil .
Darda’il - Malaikat yang mencari orang yang berdoa, bertaubat, minta ampun dan lainnya pada bulan Ramadan. Hafazhah (Para Penjaga): Kiraman Katibin - Para malaikat pencatat yang mulia, ditugaskan mencatat amal manusia. Mu’aqqibat - Para malaikat yang selalu memelihara/menjaga manusia dari kematian sampai waktu yang telah ditetapkan yang datang silih berganti. Arham - Malaikat yang diperintahkan untuk menetapkan rezeki, keberuntungan, ajal dan lainnya pada 4 bulan kehamilan.
Jundallah - Para malaikat perang yang bertugas membantu nabi dalam peperangan. Ad-Dam’u - Malaikat yang selalu menangis jika melihat kesalahan manusia. An-Nuqmah - Malaikat yang selalu berurusan dengan unsur api dan duduk disinggahsana berupa nyala api, ia memiliki wajah kuning tembaga. Ahlul Adli - Malaikat besar yang melebihi besarnya bumi beserta isinya dikatakan ia memiliki 70 ribu kepala.
Ar-Ra’d - Malaikat pengatur awan dan hujan. Malaikat Berbadan Api dan Salji - Malaikat yang setengah badannya berupa api dan salji berukuran besar serta dikelilingi oleh sepasukan malaikat yang tidak pernah berhenti berzikir.
Penjaga Matahari – Sembilan Malaikat yang menghujani matahari dengan salji. Malaikat Rahmat – Penyebar keberkatan, rahmat, permohonan ampun dan pembawa roh orang-orang salih, ia datang bersama dengan Malaikat Maut dan Malaikat Azab.
Malaikat Adzab - Pembawa roh orang-orang kafir, zalim, munafik, dia datang bersama dengan Malaikat Maut dan Malaikat Rahmat. Pembeda Hak dan Bathil - Para malaikat yang ditugaskan untuk membedakan antara yang benar dan salah kepada manusia dan jin.
Penenteram Hati - Para malaikat yang mendoakan seorang mukmin untuk meneguhkan pendirian si mukmin tersebut.
Penjaga 7 Pintu Langit - 7 malaikat yang menjaga 7 pintu langit. Mereka diciptakan oleh Allah sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Pemberi Salam Ahli Surga - Para malaikat yang memberikan salam kepada para penghuni syurga. Pemohon Ampunan Orang Beriman - Para malaikat yang terdapat di sekeliling ‘Arsy yang memohonkan ampunan bagi kaum yang beriman. Pemohon Ampunan Manusia di Bumi - Para malaikat yang bertasbih memuji Allah dan memohonkan ampun bagi orang-orang yang ada di bumi.
Nama Malaikat Maut dikatakan Izrail, tidak ditemukan sumbernya baik dalam Al-Quran mahupun hadis. Kemungkinan nama malaikat Izrail didapat dari sumber Israiliyat.
Dalam Al-Quran dia hanya disebut Malak al-Maut atau Malaikat Maut .
Malaikat Jibril, walau namanya hanya disebut dua kali dalam Al-Quran, ia juga disebut di banyak tempat dalam Al Quran dengan sebutan lain seperti Ruh al-Qudus, Ruh al-Amin/ Ar-Ruh Al-Amin dan lainnya. Dari nama-nama malaikat di atas ada beberapa yang disebut namanya secara spesifik didalam Al Quran, iaitu Jibril (QS 2 Al-Baqarah: 97,98 dan QS 66 At Tahrim: 4), Mikail (QS 2 Al-Baqarah: 98) dan Malik (QS Al-Hujurat) dan lain-lain. Sedangkan Israfil, Munkar dan Nakir disebut dalam Hadis.
Wujud para malaikat telah digambarkan didalam Al-Quran ada yang memiliki sayap sebanyak 2, 3 dan 4.
Surah Faathir 35:1 yang berbunyi: “Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, Yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan (untuk mengurus berbagai macam urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang)dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaanNya apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Faathir 35: 1)
Kemudian dalam beberapa hadis dikatakan bahawa Jibril memiliki 600 sayap, Israfil memiliki 1200 sayap, dimana satu sayapnya menyamai 600 sayap Jibril dan yang terakhir dikatakan bahawa Hamalat al-’Arsy memiliki 2400 sayap dimana satu sayapnya menyamai 1200 sayap Israfil. Wujud malaikat mustahil dapat dilihat dengan mata manusia, kerana mata manusia tercipta dari unsur dasar tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk, tidak akan mampu melihat wujud dari malaikat yang asalnya terdiri dari cahaya, hanya Nabi Muhammad s.a.w. yang mampu melihat wujud asli malaikat bahkan sampai dua kali. Yaitu wujud asli malaikat Jibril.
Para malaikat tidak bertambah tua ataupun bertambah muda, keadaan mereka sekarang sama seperti ketika mereka diciptakan. Dalam ajaran Islam, ibadah manusia dan jin lebih disukai oleh Allah dibandingkan ibadah para malaikat, kerana manusia dan jin boleh menentukan pilihannya sendiri berbanding dengan malaikat yang tidak memiliki pilihan lain. Malaikat memikul tugas-tugas tertentu dalam mengelola alam semesta ini. Mereka dapat melintasi alam semesta secepat kilat atau bahkan lebih cepat lagi. Mereka tidak berjenis lelaki atau perempuan dan tidak berkeluarga.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2011 di pasaran...

Monday, December 12, 2011

Bidaah Dibuat Pada Hari Jumaat

MEMBACA khutbah pada sembahyang Jumaat termasuk satu dari rukun sah sembahyang Jumaat. Orang yang tidak mendengar atau sengaja tidak mahu mendengar khutbah, sembahyang Jumaatnya kurang satu rukun. Sebahagian ulama berkata: Khutbah yang paling baik adalah khutbah yang sesuai dengan isu semasa. Misalnya, pada bulan Ramadan hendaklah khatib membahas masalah hukum dan segala sesuatu yang berkaitan dengan puasa. “Dan pada hari raya aidilfitri pula khatib hendaklah membicarakan masalah zakat fitrah, pada hari raya korban khatib hendaklah bercakap masalah hukum penyembelihan. “Semua itu berhubung dengan konteks masa dan waktu atau pendengar. Masalah pendengar ini ialah khatib hendaklah mengetahui bahawa setengah dari masalah penduduk malas untuk mendengar majlis ilmu. “Dalam masalah ini khatib hendaklah menganjurkan jemaah supaya rajin untuk menuntut ilmu, atau pun kalau setengah penduduk setempat mengabaikan pendidikan anak-anak, maka khatib hendaklah menyentuh atau membicara isu tersebut,” kata para ulama. Kadang-kadang apa yang kita dapati sekarang ini khutbah Jumaat tidak mengkikut isu semasa, atau pun membicara hal-hal setempat. Ada setengah khutbah bercakap tentang masalah politik semasa. Dalam negara kita, khutbah Jumaat (teks khutbah) disediakan oleh Jabatan Agama Islam setiap negeri. Khatib hanya naik di atas mimbar untuk membacakan saja teks khutbah yang sudah disiapkan itu. Itulah sebabnya, ada sebahagian dari teks khutbah Jumaat tidak ikut perkembangan semasa. Pernah suatu waktu dulu dimana khatib membaca khutbah dengan mengingatkan jemaah supaya “berjimat air”. Kerana ketika itu musim panas, dan hujan tidak turun untuk beberapa hari. Ketika khatib membaca khutbah itu dengan menyeru orang ramai berjimat air kerana musim panas, di luar pada masa itu hujan sedang turun dengan lebatnya disamping kilat dan petir sabung menyabung.
Jadi khatib cuma membaca saja, sedangkan khatib tidak fikirkan pada masa dan ketika hujan sedang turun. Sepatutnya bahagian itu tidak perlulah dibaca. Ada sebuah kitab berjudul “Ishlaahulmasaajid Minalbida’ Wal’awasa’id” yang membahaskan masalah “perbuatan-perbuatan” yang tidak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. di dalam masjid dibahaskan setiap perkara itu dengan jelas dan terang. Mengenai sembahyang Jumaat dan khutbah ini kitab tersebut telah membuat penghuraian yang penjang lebar dari soal membaca khutbah, imam naik mimbar, muazin berselawat dan hal-hal yang berkait dengannya. Soal muazin membaca doa diantara dua khutbah sebagaimana yang berlaku sekarang, kitab tersebut menjelaskan bahawa ini termasuk yang sudah ditetapkan dalam kajian fiqih jika khatib telah naik ke atas pentas (mimbar) maka tidak di awali (dimula) terlebih dahulu dengan bacaan selawat dan juga dengan menguatkan suara membaca doa. Tujuannya adalah untuk bersedia untuk mendengar khutbah yang akan disampaikan oleh khatib, atau pun sekurang-kurangnya menghormati majlis tersebut untuk bersikap khusyuk dalam ibadah yang bersifat mingguan ini. Kitab tersebut menyebutkan juga bahawa ahli fiqih telah sepakat tentang larangan menguatkan suara bacaan zikir atau pun doa pada waktu itu.
Para ahli fiqih sama sekali tidak berselisih pendapat dalam masalah ini kerana semua dalil yang dijadikan sandaran hukumnya bersumberkan dari Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Jika kamu berkata kepada sahabatmu pada waktu Jumaat (Maksudnya pada waktu melaksanakan solat Jumaat) “Diamlah! Padahal pada waktu itu imam sedang berkhutbah, maka dia telah kehilangan pahala solat Jumaat.” (Hadis sahih yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim serta para perawi lainnya dari hadis Abu Hurairah. Dalam kitab tersebut Rasulullah s.a.w. telah menyebutkan hilangnya pahala orang-orang yang menyuruh rakannya “Diam!” iaitu bercakap ketika khatib sedang membaca khutbah. Ini menunjukan betapa pentingnya mendengar khutbah, sehingga mengatakan rakan sebelah supaya “diam” pun dianggap mungkar yang boleh menghilangkan pahala Jumaat tersebut. Sekarang ini perbuatan tersebut ada juga berlaku dan terjadi dikalangan jemaah kita semasa Khatib sedang berkhutbah. Malah diantaranya “bercakap-cakap atau pun berbual-bual.” Ini menunjukan setengah dari kita yang menghadiri sembahyang Jumaat itu tidak punya ilmu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2011 di pasaran...

Selamatkan Diri Dari Seksa Kubur

DALAM hadis ada disebutkan bahawa Nabi s.a.w. pernah melihat dua orang sedang diseksa di dalam kubur. Mereka diseksa bukan kerana kesalahan berat; yang seorang gara-gara tidak mahu ‘istinjak’ setelah kecing, sedangkan yang satu lagi gara-gara suka menyebarkan ‘fitnah’. Penyebab pertama kerana meninggalkan taharah yang diwajibkan. Perkara ini nampak mudah tetapi hukumnya wajib. Apabila seseorang itu tidak membersihkan kemaluannya setelah kencing, bererti badannya dalam keadaan bernajis, begitu juga pakaian atau seluar dalamnya. Perkara ini nampak kecil tetapi pengaruhnya cukup besar. Ramai orang, khususnya kaum lelaki, terpaksa meninggalkan sembahyang gara-gara seluar dalamnya tidak bersih. Pada zaman moden sekarang ini banyak aktiviti yang dilakukan. Terkadang kita ikut mesyuarat di satu bangunan, misalnya. Apabila sudah masuk waktu solat, para anggota mesyuarat berebut menggunakan bilik air dan surau yang ada di dalam bangunan tersebut. Orang yang seluar dalamnya tidak bersih tidak mungkin dapat mengerjakan solat kerana tempat membuka seluar dalam, apalagi menyimpannya tidak mengizinkan. Jadi, gara-gara seluar dalam tidak bersih tingallah sembahyang. Begitu juga kalau kita pergi ke pejabat-pejabat atau ke pasar. Begitu juga yang menyebabkan seseorang diseksa di dalam kubur kerana menyebarkan fitnah. Memang gara-gara fitnah dapat membuat masyarakat menjadi kacau-bilau, bahkan terkadang membuat orang sampai berbunuh-bunuhan.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang menyebabkan si mayat diazab di dalam kubur. Untuk lebih lengkapnya di bawah ini saya kutip sebahagian isi kitab al-Ruh, karangan Ibnu Qayyim: “Azab kubur berlaku kerana maksiatnya hati, mata, telinga, lisan, perut, kemaluan, tangan, kaki, badan semuanya. Maka dusta, fitnah mencaci, mengumpat, iri hati, dengki, zalim, saksi palsu, menuduh orang, buruk sangka, mengajak kepada bidaah, mengatakan sesuatu tentang Allah dan RasulNya tanpa dasar ilmu dan wahyu, makan riba, makan harta anak yatim, makan hasil suap (rasuah), makan harta dengan jalan tidak halal, minum minuman memabukkan, zina, mencuri, korupsi atau khianat, membuat makar, menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal, berhukum dengan selain kitab Allah, berfatwa bukan dari nas kitab dan sunah, membantu dalam kejahatan dan permusuhan, membunuh jiwa yang diharamkan Allah, ingkar kepada zat, sifat dan af’al tuhan kerana mendahulukan akal atau rasionya, mempolitikkan sunah dan agama Allah kerana kepentingan dirinya, membangun masjid di kuburan, mendengarkan lagu-lagu yang membawa kepada kekafiran, curang dalam timbangan, sombong, riyak, merendahkan kedudukan sahabat nabi, menghina kaum salafus salih dan imam mujtahid, mendatangi ahli nujum atau dukun bertanya dan membenarkannya, menjual ayat-ayat Allah dengan dunia, lebih mementingkan dunia daripada akhiratnya, memandang lebih benar pendapat akal dan iman daripada kitab dan sunah, tidak merasa bertanggungjawab atas keutuhan umat Islam, mematikan syiar agama, munafik, musyrik, meremehkan kewajipan agama, bersumpah palsu, dan yang paling berat adalah kekafiran. Semuanya termasuk melanggar perintah Allah dan melakukan laranganNya. Semua ini menyebabkan berlakunya azab kubur, terhitung sebagai dosa kecil dan besar, berat dan ringan. Jika kebanyakan manusia berbuat seperti itu, maka kebanyakan ahli kubur mendapatkan azab dan kebanyakan manusia menjadi ahli neraka. Jika kebanyakan ahli kubur mendapat azab, maka nampak di luar seperti tenang-tenang saja, (tanah, batu pasir yang tidak bergerak), padahal di dalam terjadi kegaduhan dan peristiwa yang cukup dahsyat. Bukankah hal itu yang menjadikan kuburan sebagai “lubang api neraka?” Ada juga yang diseksa di dalam kubur gara-gara tidak pernah mandi junub. Aban bin Abdullah al-Bajali berkata: “Ketika tetangga kami mati, maka kami hadiri jenazahnya hingga dimandikan, bahkan kami ikut menghantarnya ke kubur. Ketika akan dimasukkan ke liang lahad, tiba-tiba ada binatang semacam kucing. Penggali kubur cuba menghalau kucing tersebut tetapi tidak mahu pergi. Setelah berkali-kali dihalau namun tidak mahu juga pergi, penggali kubur itu mencangkulnya dengan cangkul, tetapi sang kucing tidak mahu berganjak. Akhirnya terpaksa dipindahkan ke kubur lain. “Setelah digali di tempat lain jumpa lagi binatang seperti kucing tadi. Orang-orang yang menggali pun sudah keletihan, dan kami terus saja memasukkan mayat ke dalamnya dan menimbusnya dengan tanah. Setelah ditimbuni tanah, kami mendengar suara tulang yang direnyuk oleh binatang itu. Setelah selesai ditanam mereka pergi menceritakan kepada isterinya, sekaligus menanyakan apa yang telah dilakukan oleh suaminya. Lalu isterinya berkata: “Dia biasa tidak mandi janabah.” Dan ada juga yang diganggu serigala di dalam kuburnya gara-gara tidak mandi janabat. Imam al-Ghazali berkata: “Ada seorang yang bermimpi bertemu dengan orang yang sudah mati. Dia bertanya kepada orang yang sudah mati itu: “Bagaimana keadaanmu?” Orang itu menjawab: “Tinggalkan aku! Sebab pernah tidak mandi janabat, maka Allah memakaikan api neraka kepadaku.” Cerita dari al-Ghazali juga, katanya ada seorang yang bermimpi bertemu dengan orang yang sudah meninggal. Orang yang bermimpi itu bertanya: “Bagaimana keadaanmu?” Orang itu menjawab: “Pada suatu hari saya telah sembahyang tanpa wuduk. Akibatnya, sekarang ini ada serigala yang selalu menganggu aku di dalam kubur, sehinga aku tidak pernah merasa tenang dibuatnya.”
Dan ada juga yang diseksa gara-gara meninggalkan ataupun meringan-ringankan solat. Ada seorang salih menguburkan mayat saudaranya perempuan. Ketika menguburkan mayat mayat saudaranya, rupanya dompetnya terjatuh dan ikut tertimbus. Setelah pulang ke rumah ia pun menyedari dompetnya hilang, dan besar kemungkinan ikut tertanam. Kemudian dia kembali ke kubur dan menggalinya semula. Setelah digalinya, rupanya ada api menyala di dalam kubur itu. Lantas dia timbus semula dan dia pun segera berlari menuju rumahnya dan menceritakan hal itu kepada ibunya. Dia bertanya: “Wahai ibuku, ceritakan kepadaku apa yang telah diperbuat oleh saudaraku itu!” Si ibu bertanya kembali: “Mengapa kamu menanyakan hal itu?” Jawabnya: “Wahai ibuku, ketika menguburkannya tadi dompetku turut tertimbus, jadi saya gali semula. Baru sedikit saya korek, tiba-tiba saya lihat api menyala di dalam kuburnya, akhirnya saya timbus semula.” Lantas ibunya menangis seraya berkata: “Saudaramu itu selalu meringan-ringankan sembahyang dan melambatkan waktunya.” Apabila orang yang melambatkan solat daripada waktunya mengalami hal seperti itu, bagaimana pula halnya orang yang tidak solat sama sekali? Semoga Allah memberi taufik supaya kita dapat memelihara solat dan mengerjakannya pada waktunya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2011 di pasaran...

Uthman Bin Affan: Pemilik Dua Cahaya

UTHMAN BIN AFFAN adalah salah seorang dari empat sahabat Nabi Muhammad s.a.w. (Khulafaur Rasyidin) yang dipercayai meneruskan kepemimpinan pasca diri Rasulullah wafat. Uthman terlahir dari keluarga kaya dan berpengaruh dari suku Quraisy. Usianya lebih muda lima tahun dari Rasulullah. Dia mendapat pendidikan yang baik mengingatkan sejak usia masih kecil dia telah belajar membaca dan menulis. Di masa mudanya, dia pun telah dikenali sebagai ahli perniagaan yang kaya. Dari sisi keperibadiannya, Uthman dikenal jujur dan memiliki wibawa, jauh sebelum dirinya masuk Islam. Sosoknya dermawan, tak peduli kepada kawan mahupun lawan. Dalam sebuah riwayat disebutkan, tatkala bencana kemarau melanda kota Madinah, kaum muslimin terpaksa menggunakan telaga Rum, sebuah telaga yang dijadikan warga sebagai sumber mata air satu-satunya. Sayangnya telaga tersebut adalah milik Yusuf, seorang Yahudi tua yang bernafsu besar. Untuk mengambil air telaga itu, kaum muslimin harus membayar mahal dengan harga yang ditetapkan si Yahudi tersebut. Namun Uthman berani membayar mahal, sekalipun si Yahudi hanya mengizinkan setengah saja dari telaganya untuk dibeli. Bahkan sejak itu tak seorang penduduk pun membeli airnya. Kerana itu, akhirnya Yusuf pun merelakan kembali setengah telaganya untuk dibeli Uthman. Cerita tak hanya itu. Saat perang Tabuk meletus, Uthman dengan ikhlas menanggung 1/3 biayanya. Seluruh hartanya dia sumbang mencapai 900 ekor unta dan 100 ekor kuda. Semua itu, belum termasuk wang yang jumlahnya ribuan dinar yang dia sumbangkan untuk kepentingan jihad. Selain dermawan, Uthman juga dikenal sebagai sosok pemalu. Sifat yang dimilikinya ini membuat Rasulullah pun pernah merasa begitu malu kepadanya dibandingkan kepada sahabatnya yang lain. Diceritakan dalam sebuah riwayat Muslim, bahawa suatu ketika Abu Bakar mendatangi Rasulullah sementara kala itu ia sedang bersama Aisyah. Sikap Rasulullah tidak canggung dengan kedatangan Abu Bakar hingga Abu Bakar menyelesaikan keperluannya. Mungkin saja, kerana Abu Bakar adalah ayah mertuanya. Tapi tak lama, Umar pun datang untuk suatu keperluan sementara keadaan Rasulullah masih seperti sebelumnya. Tak lama berselang, Uthman datang lantaran ada keperluan juga. Namun begitu mengetahui yang datang Uthman, Rasulullah pun segera membetulkan keadaannya.
Hal ini tentu saja mengundang tanya Aisyah, “Abu Bakar masuk tapi engkau biasa saja, wahai Rasulullah, dan tidak memberi perhatian khusus, lalu Umar masuk dan engkau pun biasa saja, tidak memberi perhatian khusus. Akan tetapi, saat Uthman datang, engkau terus duduk dan membetulkan pakaianmu, ada apa sebenarnya?” Rasullullah menjawab, “Apakah aku tidak malu terhadap orang yang malaikat saja malu kepadanya?”
Untuk keperibadian yang berwibawa itulah Rasulullah ikhlas merelakan kedua puterinya untuk dinikahi oleh Uthman. Pertama kali, Uthman menikahi Ruqayyah. Namun tak lama si isteri meninggal dunia. Uthman terpukul dan sedih luar biasa. Prihatin akan keadaan sahabatnya itu Rasulullah tersentuh dan menasihati agar Uthman menikahi seorang lagi anak perempuannya, yakni Ummu Kultsum. Kerana kehormatan yang besar dapat menikahi dua anak perempuan Rasulullah inilah akhirnya Utsman terkenal dengan sebutan “Dzun Nurain”; si pemilik dua cahaya. Walau ia dikenal sebagai sosok yang lembut, namun Uthman pun tak pernah ragu jika panggilan tugas dari Rasulullah datang kepadanya. Pada peristiwa Hudaibiyah, dia dikirim oleh Rasulullah untuk menemui Abu Sufyan di Makkah. Uthman diperintah Nabi s.a.w. untuk menegaskan bahawa rombongan dari Madinah hanya akan beribadah di Kaabah dan akan segera kembali ke Madinah, bukan untuk memerangi penduduk Makkah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2011 di pasaran...