Sunday, April 15, 2012

Variasari Keluaran April 2012

Sudahkah anda memiliki Variasari edisi April 2012? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan...

Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai.

Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.
Dapatkan segera majalah Variasari keluaran April 2012 sebelum terlambat.
Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.
Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin

 



Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Dalam Variasari April 2012












Tuesday, April 10, 2012

Hidayah April 2012

Hidayah keluaran April 2012 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja Dalam Hidayah


Langganlah Segera Melalui Pos

Kepada pembaca yang melanggan secara online e-maikan kepada kami salinan resit bayaran bersama maklumat peribadi serta tarikh mula majalah yang anda ingin kami hantarkan...ke alamat: majalahhidayah@yahoo.com


Salam Kami April 2012

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Bersyukurlah kita dapat bertemu lagi dalam suasana yang harmoni dan damai ini. Walaupun kita sibuk mengejar kehidupan atau kehidupan itu sendiri mengejar kita, namun kita masih dapat meneruskan kehidupan aman tenteram dalam negara Malaysia yang tercinta ini. Sebagaimana biasa Hidayah menemui anda dengan pelbagai kisah menarik untuk dipaparkan dan dijadikan teladan. Bagi keluaran ini, kita lebih fokuskan mengenai ‘mimpi’. Mimpi bagi kita merupakan perkara biasa dan sebilangannya mengatakan ianya hanya menjadi mainan tidur. Namun perlu disedari bahawa mimpi tidak sama seperti ‘mengigau’ atau ‘merepek’ yang bukan-bukan. Mimpi merupakan suatu perkara yang luar biasa. Ingatlah dengan kisah mimpi Nabi Yusuf a.s. dengan takbir mimpi yang akhirnya meletakkan dirinya digerbang kejayaan.
Begitu jua dengan manusia-manusia pilihan Tuhan yang mendapat petunjuk dan perubahan diri melalui petunjuk mimpi. Itulah mesej yang hendak disampaikan dalam kisah Iktibar 1 bertajuk ‘Isteri derhaka bertaubat’ yang bertitik tolak dari tragedi mimpinya. Dia adalah insan yang bertuah menjadi manusia pilihan untuk mendapat ‘hidayah’. Anda juga perlu mengikuti rencana bertajuk ‘Mimpi suatu yang paling menakjubkan’. Ada manfaatnya anda mengikuti perjalanan mimpi yang dialami oleh Rasulullah s.a.w.
Hidayah juga memaparkan rencana yang khusus mengenai pelbagai doa antaranya bertajuk ‘Mayat perlukan doa dari orang luar’ dan ‘Mencontohi Nabi s.a.w. dan menteladani para pendoa’. Sementara itu anda jangan lupa mengikuti rencana-rencana lain yang tidak kurang hebatnya seperti rencana berkaitan tarekat Sufiah dan Tarbiyah Islamiyah menurut Hassan Al-Banna. Juga ikutilah ruangan ‘nostalgia’ yang kali ini penulisnya memaparkan kisah benar yang dialami oleh penduduk sebuah kampung di Melaka yang diganggu oleh lembaga ganjil kesan dari penggalian kubur selepas perang dunia kedua dulu. Untuk sekian kalinya kami berterima kasih kepada pembaca yang tidak jemu-jemu menghubungi dan menegur salah silap kami selama ini dan memberi idea-idea bernas untuk menjadikan Hidayah sebuah majalah yang terbaik dalam bidang dakwah ini. Teruskanlah memberi sokongan kepada Hidayah yang telah berbelas tahun tampil ke tatapan pembacanya dengan slogan ‘Berdakwah melalui pembacaan’.
Semoga hubungan kita berterusan sampai bila-bila. Allah hu Akbar!
Wassalam!

Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Semua Malaikat Ke Padang Mahsyar

KISAH alam akhirat memang sudah banyak kita dengar dan kita baca dari kitab-kitab agama. Para ustaz juga ada menceritakan dalam kuliah-kuliah mereka mengenai perkara ini. Kadang-kadang ada cerita yang berbeza tentang perkara ketika manusia berada di alam akhirat. Sebenarnya, kisah atau pun ceritanya adalah sama. Cuma kadang-kadang ada ulama mentafsirkan ayat-ayat Quran menurut ilmu masing-masing. Ada yang mentafsirkan begini, dan ada yang begitu. Tetapi keadaan sebenarnya adalah sama. Misalnya keadaan orang-orang yang beriman yang tidak beriman ketika menyeberangi “Shirat” di akhirat kelak. Ada ulama mengatakan tidak ada shirat. Ada ulama mengatakan ada. Ini bergantung kepada menafsirkan ayat Quran dan hadis Nabi s.a.w. itu sendiri. Dalam kitab-kitab agama ada menyebutkan bahawa kadaan orang-orang beriman ketika melalui jambatan berbeza-beza sesuai dengan tingkatan iman, amal salih dan maksiat dan dosa-dosa yang mereka lakukan. Orang-orang banyak dosa yang disebutkan dalam kitab yang disambar oleh besi-besi berduri. Ada juga orang-orang yang diselamatkan. Ini kerana amal yang banyak dilakukan. Orang-orang beriman akan selamat menyeberangi jambatan itu, kata ulama-ulama dalam kitab-kitab agama.
Orang-orang disambar oleh besi-besi berduri kemudiannya akan dilemparkan dalam neraka jahanam. Dari Abu Hurairah r.a. dalam hadis yang panjang, di dalamnya Rasullullah s.a.w. menyebutkan dibentangkan atau pun dihamparkan, dan Nabi s.a.w. menceritakan. Baginda orang pertama melaluinya diantara para rasul bersama-sama dengan umat masing-masing. Tidak ada sesiapa pun yang bercakap, semuanya diam, kerana takut akan jatuh ke dalam lubang neraka jahanam yang ada di bawahnya. Banyak lagi kisah dan peristiwa yang menggerunkan yang diceritakan oleh baginda ketika melintasi jambatan yang diletakkannya di padang mahsyar. Keadaan manusia di padang mahsyar memang tidak boleh lagi difikirkan bagaimana hebat dan pedihnya penderitaan yang dihadapi. Dalam keadaan kebingungan, tiba-tiba turun malaikat-malaikat dari segenap penjuru langit ke padang mahsyar, dan datang menghampiri Tuhan yang Maha Perkasa dan Maha Luhur. Ketika itu seluruh isi perut terasa hendak terburai dan semua anggota bergoncang dan menggeletar dengan fikiran menjadi bingung dan tidak tentu arah, sehingga ada setengah-setengahnya sanggup dilontarkan sahaja ke dalam neraka. Mereka takut dibicarakan di depan Allah yang Maha Perkasa kerana amalan-amalan buruk mereka yang akan di dedahkan di depan Allah s.w.t. Mereka mahu kalau boleh segala amalan buruk itu tidak akan di lihat oleh orang ramai yang menunggu bergilir-gilir, kerana ketika itu para Malaikat yang turun dari langit akan memanggil manusia seorang demi seorang untuk dibicarakan. Sebelum pertanyaan dimulakan, terlebih dahulu akan kelihatan satu cahaya yang gilang gemilang terpancar dari ‘Arasy Allah Subahanahu Wataala sesuai dengan firman Allah yang ertinya: “Dan bumi itu pun terang benderang dengan cahaya pemiliknya.” (Az-Zumar: 69). Ketika itu sekalian manusia pun merasa yakin bahawa mereka pasti di hadapkan ke hadirat Allah dan sudah tiba masanya bahawa mereka semua akan ditanya tentang segala amalan yang dibuat ketika di dunia dahulu. Setiap orang mengira seolah-olah dialah seorang yang sedang di perhatikan oleh Allah, dia sahajalah yang dimaksudkan untuk disoal dan di minta pertanggungjawabnya, bukan orang lain, kerana terlalu banyak kesalahan-kesalahan yang telah di buatnya dulu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2012 di pasaran...

Isteri Derhaka Bertaubat

“TOLONG! Tolong! Ya Allah, jangan Engkau masukkan aku ke dalam api. Aku mohon ampun, ya Allah!” teriak Marini (bukan nama sebenarnya, 33 tahun) saat berada di tengah kobaran api yang menggila menjilat bangunan itu. Marini terjebak. Pasrah. Hari itu seakan menjadi hari penghakiman dirinya. Tak ada tempat untuk lari menyelamatkan dirinya. Semua tempat sudah terkepung oleh kobaran api yang mengganas.
Sementara tak jauh dari tempat itu, banyak wanita yang mengenakan tudung justeru membiarkan Marini terjerembab ke dalam kobaran api. Mereka tidak berusaha menolongnya. Tatapan mata mereka malah begitu membenci melihat Marini. Marini terus meronta-ronta, ketakutan. Dia memohon penuh kepada Allah, supaya tidak terpanggang oleh api yang sebentar lagi akan menghanguskan tubuhnya. Kedua kakinya menendang apa saja sambil menjerit-jerit minta tolong tiada henti. Beruntunglah di saat tinggal beberapa sentimeter lidah api menyulut tubuhnya, Marini tersedar. Oh, ternyata bukan terjadi di alam nyata. Di sepertiga malam itu, nafas Marini termengah-mengah seolah mahu putus tangkai jantungnya. Peluh dingin mengucur, membasahi sekujur tubuhnya. Sejenak  dia edarkan pandangan ke sekeliling ruangan itu. Tiada yang terbakar sedikit pun. Kulitnya tak ada yang melepuh secuil pun. Marini tersedar, peristiwa itu hanyalah mimpi belaka. Meskipun demikian, rona ketakutan begitu ketara di wajahnya. Dia tak dapat menyembunyikan kepanikannya. Keadaan mimpinya itu seolah-olah bagaikan satu reality baginya.
Udara di bilik itu sebenarnya cukup dingin. Memang dingin pun. Ditambah dengan sistem alat penghawa dinginnya. Tapi dia terasa sangat menyesakkan dadanya. Wanita muda ini merasa terseksa sekali dengan mimpi tadi. Mimpi yang sangat buruk. Mencekam dan akan mencelakakan dirinya. Semua seolah kejadian nyata padanya. Segera selimut yang membungkus tubuhnya disibakkan. Dengan cara itu, panas yang dirasakannya lekas menghilang. Dia pandangi tubuhnya masih bermandikan renik-renik peluh. Baju tidur yang dikenakannya terasa bagai berlumur pasir panas dari gurun sahara. Dia pun buru-buru menyeka tubuhnya yang masih basah dengan peluh itu. Semestinya, setelah kejadian itu, Marini tidak dapat lagi melelapkan matanya lagi. Si suami yang ada di sampingnya masih terlelap dalam tidurnya. Lelaki itu sama sekali tak terusik oleh ketakutan yang dirasakan oleh isterinya. Saat itu, jam dinding menunjukkan angka 3.10 pagi. Mimpi yang menakutkan tadi sangat membekas di benaknya. Dalam hati, ia berkata, “Mungkinkah ini teguran dari Allah s.w.t.?” Banyak pertanyaan berkecamuk di dalam otaknya. Marini berjuang menangkap pesan-pesan mimpi itu. Cukup lama Marini berusaha menenangkan diri. Sejurus kemudian, dia bangkit dan langsung menuju bilik mandi. Setelah mengambil air wuduk, dia mengerjakan beberapa rakaat solat Tahajud di sisa waktu akhir malam itu. Usai bertahajud, tanpa dipaksa-paksa, dia terisak-isak. Marini tak mampu membendungnya.  Air matanya terus-menerus membasahi pipinya.
“Astaghfirullah al-adzim... astaghfirullah al-adzim... astaghfirullah al-adzim...” Berulang kali, kalimat istighfar itu terucap perlahan dari bibir Marini. “Maafkan hambaMu ini, ya Allah. Hamba telah jauh dariMu. Hamba telah salah langkah.” Sesekali tangannya menengadah, sesekali kepalanya menunduk pasrah. Bersimpuh memohon pengampunan kepada Ilahi Rabbi. Tubuhnya berguncang, menyesali semua perbuatan buruknya di masa lalu. 

Menyeleweng
Dengan air mata berlinang, Marini masih mengingat semua lembaran hitamnya. Semua terbayang di sepanjang perjalanan hidupnya. Lembaran-lembaran itu masih terakam di ingatannya. Dilihatnya si suami masih lelap di pembaringannya. Ada rasa bersalah demikian besar terhadap suaminya itu. Dia merasa mengkhianati suaminya padahal suaminya begitu baik, berpengertian dan bertanggungjawab. “Rasanya air mata yang tumpah ini tak bakal dapat menghapus tumpukan dosa-dosa yang pernah kulakukan. Maafkan aku, wahai suamiku,” batin Marini berbisik. Matanya terus berkaca-kaca mengingat petualangannya. Dari satu lelaki ke lelaki lain dia pernah hinggap. Entahlah berapa banyak dia menjalin hubungan dengan lelaki. Mulai yang masih bujang hingga yang sudah berkeluarga. Memang tak dinafikan, wajah Marini cantik apalagi tingkahnya agak genit sehingga banyak lelaki tergoda dan terperangkap untuk mendekatinya. Selama berhubungan dengan beberapa lelaki, Marini memang masih sanggup menjaga kesuciannya. Tetapi, dia tak sanggup mengelak pandangan sinis para tetangganya. Mereka memandangnya sebagai perempuan penggoda kerana seringnya berganti pasangan lelaki. Bahkan ada sebahagian yang memfitnahnya sudah mempunyai anak di luar nikah. Tentu saja ibunda tercintanya resah mendengarnya. Kerana itu, sebagai orangtua, dia meminta Marini segera berkahwin saja. Marini yang memang kala itu menjalin hubungan serius bersama Agung (buka nama sebenar), akhirnya berkahwin di awal tahun 2001. Sayang, hidayah belum juga membukakan hatinya. Tabiatnya ternyata belum berubah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2012 di pasaran...

Kesan Dari Kubur Digali: Penduduk Kampung Diganggu Lembaga Ganjil

ZAMAN Jepun memerintah Malaya, bermacam-macam hal terjadi kepada rakyat negara ini. Sebahagian besar rakyat menghadapi kepayahan dalam semua segi. Jepun terutama askar-askarnya tidak berhati perut. Apa juga kepunyaan rakyat, terutama orang-orang kampung “main rampas” saja. Kalau mereka lalu dalam kampung-kampung berbasikal, semua tanaman yang boleh makan, mereka ambil saja. Mereka tak payah nak minta-minta lagi. Misalnya, kalau dia (askar) lalu disebuah kampung di mana di halaman rumah itu ada tebu, mereka singgah dan mengambil tebu itu. Kalau mereka ingin nak makan kelapa muda, dan mahu minum airnya, mereka jumpa kebun kelapa dalam kampung, mereka main panjat saja. Itulah sikap askar-askar Jepun semasa orang-orang Jepun berperang dengan British pada zaman era tahun 40an, demikian menurut cerita dari mulut orang tua-tua yang masih hidup lagi hingga sekarang. Dalam keluaran yang lalu diceritakan ada sebuah kampung di negeri Melaka, bernama Bukit Lintang. Jepun menggali batu-batu dari lereng-lereng bukit dibawa ke negeri Jepun. Diceritakan dulu, ada tanah perkuburan orang Islam di lereng-lereng bukit itu digali sama, dan tulang-tulangnya dimasukkan ke dalam guni dan di sandarkan di pangkal-pangkal pokok-pokok yang ada dalam kampung tersebut. Kesan dari penggalian kubur-kubur itu, penduduk-penduduk kampung berkenaan, dan kampung-kampung sekitar diserang dengan sejenis wabak semacam penyakit. Gangguan-gangguan dari makhluk halus dan makhluk semacam syaitan berlaku di sekitar kampung-kampung berkenaan. Penduduk duduk dalam keadaan ketakutan dengan adanya gangguan-gangguan itu. Penduduk kampung yang terlibat dengan kejadian tersebut mengadakan perjumpaan. Hasil dari perjumpaan itu mereka berpakat untuk mengadakan upacara “menghalau makhluk halus” itu. Imam, bilal dan tokoh-tokoh agama dalam kampung-kampung berkenaan menyediakan bacaan-bacaan yang diambil dari ayat-ayat suci Al-Quran. Semua penduduk kampung yang terkena dengan “wabak” tersebut mengadakan upacara menghalau itu bermula selepas waktu isyak sehingga ke tengah malam. Mereka berjalan dengan membawa “colok” (obor) melalui sawah-sawah, kebun-kebun kelapa, dan tanah lapang dengan membaca ayat-ayat suci yang diketuai oleh ketua kampung masing-masing. Anak-anak muda turut sama dalam upacara itu sehinggalah waktu tengah malam. Anggota rombongan yang menyertai upacara menghalau itu ada yang bercerita melihat benda-benda yang pelik dan menakutkan. Dalam upacara tersebut, seorang dari anggota rombongan itu akan diminta “Azan”. Kadang-kadang azan itu dilakukan di tengah-tengah sawah, dan kadang-kadang di kawasan tanah lapang. Seorang dari anggota yang pernah azan itu bercerita, semasa dia azan, dia melihat di depan matanya lembaga yang menakutkan. “Lembaga” itu menyeringaikan giginya yang panjang. Rambutnya terhurai panjang. Tetapi oleh kerana semangatnya kuat, kental dan mempunyai sifat berani, dia hanya “pejamkan mata” saja apabila lembaga itu muncul didepannya semasa dia azan. Dia sendiri pun tidak tahu apakah lembaga itu dari “syaitan” atau “jin” yang sengaja mengganggu kerja-kerja menghalau itu. Menurutnya, dia tidak menceritakan kepada orang lain tentang apa yang dilihatnya. “Biarlah saya sendiri mengalaminya,” katanya. Sebab-sebab utama dia tidak memberitahu orang lain, kerana kesannya amat besar sekali. Kalaulah dia membocorkan rahsia apa yang dilihatnya semasa dia azan itu, sudah tentulah tidak ada seorang pun akan menyertai misi ‘menghalau’ itu. Orang ramai terutama penduduk-penduduk kampung tentulah “takut” nak ikut serta, kerana ada “lembaga” yang menakutkan ikut sama dalam upacara “menghalau” itu. Jadi, dia terpaksa mendiamkan diri saja. Biarlah dia seorang saja yang tahu atas pengalaman itu. Kalau saya beritahu dan bercerita kepada orang lain, pada malam-malam berikut tidak ada seorang pun yang ikut sama,” katanya. Upacara “menghalau” itu mengambil masa yang lama juga sehingga gangguan-gangguan itu tidak berlaku lagi dalam kampung-kampung yang terlibat. Apabila keadaan kampung kembali tenang, barulah penduduk-penduduk kampung “berani” keluar malam. Sebelum itu, keadaan kampung “sunyi” bila matahari mula masuk beradu. Penduduk takut nak keluar malam, kerana terlihat bayang-bayangan lembaga-lembaga hitam dan putih kadang-kadang berkeliaran dalam kebun, dan sebab itulah mereka tidak berani keluar malam.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2012 di pasaran...

Bila Manusia Menjadi Kera

MANUSIA dan kera, sebagai makhluk hidup, kerap kali dihubung-hubungkan secara sejarah. Dua makhluk Allah ini dikaitkan memiliki keterkaitan sejarah. Kita tentu tahu bagaimana teori evolusi yang dilahirkan Charles Darwin tahun 1858. Dia menyebutkan bahawa manusia adalah makhluk yang berevolusi (atau berubah secara genetik) dari kera. Dengan kata lain, nenek moyang manusia bukanlah manusia, melainkan kera. Struktur tubuh manusia adalah perubahan secara bertahap dari kera. Darwin mengajukan 2 teori pokok, iaitu teori spesies yang hidup sekarang berasal dari spesies yang hidup sebelumnya, dan teori tentang evolusi makhluk hidup terjadi melalui seleksi alam. Perkembangan tentang teori evolusi ini tentu bertentangan dengan ajaran Islam. Dalam perkembangannya pun, teori evolusi Darwin mendapat tentangan, terutama dari golongan agama, dan yang menganut faham teori penciptaan: universal creation. Semua agama tidak menyetujuai teori ini, termasuk agama Islam. Pasalnya, dalam beberapa kitab suci agama Sawami dijelaskan dengan nyata bahawa manusia pertama adalah Adam a.s. dan Hawa a.s. Mereka berdua memiliki struktur tubuh seperti manusia saat ini. Di Indonesia, ada satu legenda masyarakat Sunda yang menceritakan tentang manusia kera atau monyet, iaitu ‘Lutung Kasarung’. Dongeng rakyat ini menceritakan perjalanan seorang manusia kera yang berubah wujud menjadi manusia normal dan akhirnya berkahwin dengan seorang puteri. Nah, kalau kita membayangkan bahawa kita sekarang menjadi kera, apakah kita mahu? Jawapannya tentu tidak. Kerana, hidup sebagai manusia lebih baik daripada hidup sebagai kera. Dalam al-Quran, ada satu kisah yang menyebutkan tentang manusia yang diubah bentuknya menjadi kera atau monyet. Dalam QS. Al-Baqarah: 65-66, Allah berfirman, “Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antaramu pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka, ‘Jadilah kamu kera-kera yang hina. Maka Kami jadikan yang demikian itu peringatan bagi orang-orang pada masa itu dan bagi mereka yang datang kemudian, serta menjadi pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.” Ayat ini menjelaskan satu lagi peristiwa yang dialami oleh Bani Israil, dimana Allah mengharamkan kerja pada hari Sabtu untuk mereka. Hari Sabtu dilarang Allah untuk mencari nafkah. Hari itu hanya dikhususkan untuk beribadah. Demikian mitsaqul kitab (Perjanjian dalam Kitab Suci) mereka, yakni Taurat. Namun, sekelompok Bani Israil yang hidup di tepi pantai tetap menjala ikan pada hari Sabtu. Mereka membuat kolam-kolam kecil di tepi laut dan sewaktu ikan-ikan masuk ke kolam tersebut, mereka menutup jalan supaya ikan-ikan tersebut tidak dapat keluar.
Keesokannya, pada hari Minggu, mereka menjala atau memancing ikan-ikan yang ada di kolam tersebut. Mereka beranggapan bahawa larangan bekerja hanya pada hari Sabtu, sementara mereka mendapatkan ikan itu di hari Minggu(Ahad). Mereka berupaya mengelabui Allah, seakan-akan Allah dapat dikelabui. Padahal, Allah sama sekali tidak dapat ditipu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2012 di pasaran...

Menjadi Sufi Dengan Berdagang

SIAPA saja yang meyakini Nabi s.a.w. adalah Waliyullah (Wali Allah) tertinggi pasti tak dapat menafikan kenyataan Nabi s.a.w. yang seorang pedagang. Nabi s.a.w. sudah berdagang sejak usia 12 tahun di pasar ‘Ukaz, Makkah. Sudah banyak bumi yang baginda pijak kerana aktiviti berdagang ini: Yaman, Bahrain, dan Syria. Nabi tumbuh menjadi Nabi mulia dan Wali tertinggi dalam aktiviti berdagang, bukan yang lain.
Kita tahu baginda bergelar al-Amin dan gelar ini baginda raih dalam aktiviti berdagang. Kejujuran baginda yang masyhur itu punya makna mendalam. Itulah ikrar tauhid yang menggetarkan sekaligus menjadi asas akhlak Islam yang utama. Baginda mengikrarkan, Allah adalah Maha segalanya yang meliputi hidup. Nabi tak pernah berbohong dalam urusan jual beli sebab hati suami Khadijah itu mengakui Allah sentiasa hadir, melihat (Bashir) dan mendengar (Sami’). Tauhid yang terpancang dalam jiwa seorang salik memang akan membuatnya sedar bahawa ia ditatap terus-menerus secara langsung oleh Allah s.w.t. Keadaan ini adalah keadaan Ihsan yang berkesan juga pada kesungguhan baginda dalam bekerja. Ingat, sejarah mencatat, Nabi berjaya memimpin perniagaan milik Khadijah a.s. dan menghasilkan keuntungan yang besar. Semua gerak Nabi adalah ibadah. Jangan berfikir ibadah hanya solat dan puasa saja. Aktiviti yang berhubungan dengan manusia (muamalah) juga adalah ibadah. Peribadi mukmin sejati tampak tak hanya saat dia solat dan berada di masjid, tapi juga saat dia bekerja, berbisnes dan mencari rezeki. Allah berfirman, “Katakanlah: “Hai kaumku, bekerjalah sesuai dengan keadaanmu, sesungguhnya Aku akan bekerja (pula), maka kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan mendapat seksa yang menghinakannya dan lagi ditimpa oleh azab yang kekal.” (QS. Az-Zumar [39]: 39-40) Menurut Quraish Shihab, dalam ayat ini Allah memerintahkan Nabi Muhammad menyeru kepada kita agar bekerja secara terus-menerus sesuai keadaan, kemampuan dan melakukan aneka kegiatan positif guna terus meningkatkan diri. Kita tak boleh statis dan harus terus-menerus mengembangkan diri sebab masalah hidup juga berkembang. Nabi s.a.w. bersabda, “Mencari rezeki halal merupakan kewajipan sesudah kewajipan beribadah.” (HR. Thabrani dalam Al-Jami’ as-Shagir).

Berbisnes Tanpa Batas, Beribadah Tanpa Jemu
Agama Islam menganggap suci dan mulia amal duniawi termasuk mencari rezeki. Ia juga dipandang sebagai jihad di jalan Allah. Selain itu, ia akan mendatangkan ampunan dari Allah s.w.t. bila diikuti dengan niat yang benar dan disertai hati yang ikhlas. Sekalipun mencari rezeki dapat menyebabkan seseorang letih dan merasakan kepenatan, tapi ada keberkatan yang akan diraih. Nabi s.a.w. bersabda, “Barang siapa merasa letih kerana mencari rezeki halal, maka ia akan diampuni”. (HR. Ibnu ‘Asâkir). Dengan berdagang, kita dapat memiliki harta dan dengannya kita boleh bersedekah, membuka lapangan pekerjaan dan menjadi mata air bagi orang sekelilingnya. Ada jalan yang mudah bagi orang-orang seperti ini di dunia dan akhirat. Sebaliknya, pada mereka yang malas dan bakhil, mereka akan mendapat kesukaran di dunia dan akhirat pula. Islam sendiri tak pernah memandang kekayaan sebagai penghalang dalam ber-taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Bahkan sebaliknya, Islam meletakkan harta sebagai sarana ibadah. Hadis riwayat Ahmad dari Amr bin ‘Ash bahkan menyebut sebaik-baik harta adalah yang berada di tangan orang salih, sebab akan sangat bermanfaat sekali harta di tangan orang yang tepat. Nabi juga menyebut orang-orang kaya sebagai pihak yang mendapat pahala yang banyak, bahkan disebutkan mendapat nikmat yang abadi (HR. Bukhari-Muslim). Orang kaya yang bersyukur memiliki keutamaan yang seimbang dengan orang fakir yang bersabar. Kekayaan, kesejahteraan kehidupan, dan kecukupan harta, adalah juga pahala, balasan terhadap amal salih dan jihad. Kefakiran, kelaparan, kesempitan rezeki dan kesempitan hidup bukan hanya bermakna ujian, tapi juga seksaan yang disegerakan Allah di dunia bagi orang-orang yang menyimpang dari jalan lurus.
Di surat Hud ayat 52, dikisahkan Nabi Hud menyeru kaumnya untuk bertaubat agar hujan yang merupakan rahmat dan sumber rezeki, turun dengan lebat. Hal sama juga diserukan kepada Ahlul Kitab dalam surat al-Maidah ayat 66, dimana jikalau mereka sungguh-sungguh menjalankan ajaran Nabi mereka, maka Allah akan membuat mereka mendapatkan makanan dari bawah kaki mereka. Jadi ada muatan pahala dan ampunan dosa dari setiap harta yang diraih seseorang sebagai bukti kurnia Allah s.w.t. Aspek kebajikan yang terkait dengan datangnya harta juga kita ketahui bersama terdapat dalam pembahasan mengenai takwa. Siapa saja yang bertakwa, akan mendapatkan rezeki lewat jalan yang tak terduga-duga. (QS. Ath-Thalaaq: 2-3). Dikisahkan dalam hadis riwayat Imam Bukhari, ketika Nabi Ayub a.s. sembuh dari sakit, ditaburkan kepadanya potongan emas sebesar tulang belalang. Lalu ia memasukan ke dalam kantongnya dan meminta tambahannya. Dikatakan kepadanya, “Apakah engkau tidak merasa kenyang?” Lalu ia berkata.”Wahai Tuhanku, hanya orang fakir yang kenyang dengan anugerahMu”. Dalam satu riwayat, “tidak ada rasa cukup bagiku dari keberkahanMu”. Sa’id bin Musayyib berkata, tidak ada kebaikan bagi orang yang tidak mencari harta. Dengan harta, ia boleh membayar hutangnya dan menjaga kehormatannya. Jika meninggal dunia, maka ia boleh meninggalkan warisan sebesar empat ratus dinar.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2012 di pasaran...

10 Yang Dijamin Syurga

SUATU hari, Rasulullah s.a.w. bercerita kepada isterinya, Aisyah r.a., bahawa ada 10 orang yang dijanjikan (dijamin) masuk syurga. Mereka ini dijanjikan masuk syurga tanpa hisab oleh kerana memiliki perwatakan peribadi kuat, berdidikasi tinggi terhadap Islam, serta ahli ibadah yang tak perlu disangsikan. Jaminan masuk syurga ini tentu saja menjadi unik sebab orang-orang seperti Aisyah dan isteri-isterinya yang lain, termasuk puteri-puteri Rasulullah, serta para sahabat baginda selain yang sepuluh itu, tidak ‘diberikan’ jaminan. Hal ini juga tentu menunjukkan bahawa Islam, risalah yang dibawa Rasulullah, tidak mengenal pilih kasih dan membeda-bedakan manusia, apalagi sampai mempraktekkan rasuah dan nepotisme. Ketakwaan seseorang benar-benar menjadi kayu ukur utama untuk boleh masuk ke dalam tempat terdamai yang didamba semua orang; syurga. Kesepuluh orang tersebut akan memasuki syurga tanpa hisab dan kekal berada di dalamnya. “Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redho kepada mereka dan mereka redho kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.” (Qs At-Taubah: 100).

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2012 di pasaran...

Paus Dalam Kisah Nabi Yunus a.s.

AL-QURAN memang tidak diturunkan Allah kepada binatang. Tapi, sejumlah kisah binatang yang ada di sekitar kehidupan para Nabi terdahulu, nyatanya, mendapatkan tempat yang istimewa kerana peranan yang “dikaitkan” beberapa binatang yang hidup di sekitar para Nabi. Tidak berlebihan, kalau sejumlah binatang itu kemudian (ikut) dikisahkan dalam al-Quran berkaitan sumbangan yang diberikan dalam dakwah para Nabi atau sekadar pernah hidup pada masa nabi-nabi terdahulu. Tak terkecuali ikan paus yang menjadi penolong Nabi Yunus a.s. 

Dilanda Marah
Nabi Yunus diutus Allah s.w.t. untuk berdakwah kepada kaumnya di Nainawiy (Ninive). Ninive adalah satu daerah di antara daerah-daerah yang menghubungkan ibu negeri Asyur. Dalam tafsir Al-Azhar, Hamka menyebut bangsa Nanive adalah bangsa purba yang hidup di sekitar Mausil, di pinggir laut. Tapi, setelah bertahun-tahun berdakwah, ia tidak menuai hasil. Tak seorang pun dari kaumnya yang mahu mengikuti ajakan Nabi Yunus. Keadaan itu membuatnya gundah. Sementara itu, ia merasa apa yang diperintahkan Allah kepadanya sudah mencapai batas waktu. Akhirnya, ia pun memilih pergi. Allah melukiskan hal itu di dalam al-Quran, “Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempit (menyulitkannnya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap; ‘Bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.” (QS. Al-Anbiya`: 87). Dalam keadaan marah itu, Yunus berjalan ke tepi laut. Di sana, ia melihat kapal hendak berlayar. Ia pun ikut berlayar. Allah berfirman dalam al-Quran, “Seketika ia lari kepada kapal yang penuh muatan” (QS. Ash-Shaffaat: 140). Sama sekali ia tidak berfikir jika kapal dalam keadaan sarat. Bahkan, kapal itu tak terlalu besar dan boleh terbalik jika ada ombak besar. Tak lama kemudian, kapal berlayar. Tapi di tengah laut, angin kencang menerpa kapal dan ombak menampar-nampar kapal. Ombak itu bergulung-gulung, mengamuk dan hampir menenggelamkan kapal. Para penumpang cemas, “Sesungguhnya di antara kita ada orang yang mempunyai dosa.”  Kegentingan itu membuat nakhoda bertindak. Sebab, kapal harus selamat sampai tujuan, dan tidak ada pilihan lain kecuali isi kapal harus dikurangi. Tetapi, dia bingung; siapa yang akan dikeluarkan dari kapal?

Kalah dalam Undian
Dalam kebimbangan itu diputuskan untuk dilakukan undian; “Barang siapa kalah dalam undian, ia akan dilempar”. Al-Quran menerangkan keadaan itu sebagai berikut, “Maka dia pun berundi, lalu dia terhitung orang yang kalah.” (QS. Ash-Shaffaat: 141)  Nabi Yunus ternyata tidak beruntung. Ia kalah dalam undian. Tapi, semua orang tahu, ia dikenal sebagai orang salih. Maka, penumpang pun tak percaya. Boleh jadi, undi yang diterima Yunus hanya kebetulan. Maka, dilakukan undian lagi. Anehnya, ia kembali kalah. Orang masih tak percaya; diadakan undian lagi ketiga kalinya. Anehnya, lagi-lagi, Yunus kalah. Tak ada pilihan lagi, ia pun menceburkan diri ke laut. Tak jauh dari kapal yang terumbang-ambing itu, ikan paus besar berkeliaran di atas permukaan laut. Tubuhnya besar dan menggelepar di samudera luas. Ekornya berkecipak bahkan menimbulkan suara bagai petir. Suaranya keras hingga terdengar sampai jauh. Sesekali, paus itu mengeluarkan semburan air ke udara, serupa air terjun akibat kepak ekornya yang membelah lautan. Lalu semburan yang diembuskan ikan itu turun ke bawah. Ombak besar seperti tak mampu menggoyahkan tubuhnya. Ia menggelegar di tengah laut, bagai penguasa lautan. Tapi, Allah berkehendak lain. Saat Yunus menceburkan diri ke laut itulah Allah mengutus paus itu menyambut Yunus dengan mengangakan mulut. Yunus tak ditelan, melainkan langsung dimasukkan ke perutnya, seluruh badannya utuh jatuh ke perut ikan. Al-Quran mengisahkan perihal itu sebagai berikut, “Maka ia ditelan ikan, sedang dia adalah orang yang disesali.” (QS. Ash-Shaffaat: 142).

Mengingat Allah
Setelah ikan itu menelan Yunus, Allah memberi ilham supaya tidak menyakiti Yunus. Sebaliknya, Yunus hanya diam dalam perut ikan. Semula, ia mengira sudah mati. Tetapi, ketika ia menggerakkan tubuhnya dan ternyata boleh bergerak, ia tahu jika dirinya masih hidup. Ia tahu, ia diselamatkan Allah. Sebab ia termasuk orang yang selalu bertasbih. Yunus menyungkur, bersujud kepada Allah, “Ya Tuhanku, aku telah mendirikan masjid untukMu yang belum pernah ada seorang pun menyembahMu di dalamnya.” Beberapa hari ia beriman dalam perut ikan dan tak lupa beriktikaf menyucikan Allah serta beribadah kepadaNya. Juga, dia berdoa kepada Allah sambil mengakui ketuhananNya, lantaran berbuat zalim. Doa Yunus didengar Allah. Juga, Allah menerima taubat Yunus, bahkan mengilhamkan ikan itu agar melemparkan Yunus ke daratan. Seandainya  tidak, Yunus boleh bernasib tragis “Maka kalau bukanlah dia sesungguhnya seorang di antara orang yang bertasbih. Nescaya akan berlarut-larut dia dalam perut ikan itu sampai hari manusia akan dibangkitkan (QS. Ash-Shaffaat: 143-144). Berapa lama sebenarnya Nabi Yunus dalam perut ikan? Al-Quran tak menjelaskan detailnya, sama seperti berapa tahun lamanya Yunus berdakwah sampai harus kecewa setelah tak seorangpun kaumnya ada yang menjadi pengikut. Juga, tidak ada pula sebuah hadis yang menjelaskan akan hal itu. Yunus akhirnya keluar dari perut ikan setelah dilemparkan ke daerah tandus. Al-Quran menjelaskan, “Maka Kami lemparkan ia ke daerah yang tandus sedang dia dalam keadaan sakit-sakit. (QS. Ash-Shaffaat: 145). Semua itu, tentunya, setelah Allah memberi satu pertolongan. Allah menumbuhkan di atasnya pohon yang rindang dari jenis pohon labu yang menaunginya dari panas atau terik matahari. “Dan Kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih.”  (QS Ash-Shaffaat: 146-147). Demikianlah keadaan Yunus beberapa ketika lamanya, hingga dia pulih kembali, dan tenang jiwanya. Setelah itu, Allah memerintahkan Yunus kembali kepada kaumnya yang ditinggalkannya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2012 di pasaran...

Macedonia Dan Etnik Muslim Eropah

AGAMA Islam menjadi agama kedua teramai yang dianuti rakyat Macedonia. Kajian terakhir menyebutkan jumlah pertumbuhan warga Macedonia adalah 2.1 juta dan 30 peratusnya adalah muslim (630 ribu orang). 
Peratus Islam di Macedonia ini termasuk yang terbesar di Eropah, selepas Turki, Albania, dan Bosnia-Herzegovina. Risalah Islam mulai meluas ke wilayah Macedonia bersamaan dengan penaklukan yang dilakukan Kerajaan Turki Usmani (Ottoman) pada akhir abad ke-14 M. Macedonia, yang saat itu menjadi sebahagian dari pemerintahan Serbia, berhasil ditaklukkan oleh Kesultanan Ottoman tanpa adanya perlawanan. Dan, sejak saat itu Islam tumbuh dan berkembang di wilayah Macedonia. Saat ini masih banyak warisan Turki Utsmani di Macedonia. Salah satunya adalah reruntuhan Masjid Burmali yang dihancurkan Serbia tahun 1920-an. Masjid ini sempat menjadi isu hangat, sebab pihak gereja ortodoks ingin membangun gereja di bekas reruntuhan itu. Hal ini tentu saja diprotes sebab sebuah masjid lebih layak dibangun kembali di sana. Masjid Burmali berusia sangat tua sebab dibangun pada 1495. Tentunya demontrasi damai dilakukan agar bekas reruntuhan masjid itu kembali dibangun masjid. Muslim Macedonia banyak yang hadir dan melantunkan doa dalam tunjuk perasaan tanpa kekerasan itu. Pada saat waktu solat tiba, juga dikumandangkan azan di sana. Warga muslim Macedonia sebahagian besar tertumpu di wilayah Barat dan Timur yang bersempadan dengan Albania. Komuniti muslim juga boleh ditemukan di kawasan Cehtar Zupa. Namun, orang-orang muslim yang menetap di kawasan ini lebih bangga menyebut diri mereka sebagai muslim Turki dibandingkan muslim Macedonia. Tempat lainnya yang juga banyak dihuni oleh komuniti muslim adalah Labunista yang terletak di wilayah Struga. Di bahagian utara Macedonia, tepatnya di Debar, juga banyak terdapat perkampungan muslim. Daerah-daerah muslim lainnya adalah kawasan Dolna Reka, Rostusa, Tetovo, Torbesija, Plasnica, dan Dolneni. Wilayah-wilayah tersebut umumnya didiami oleh warga muslim dari etnik Turki. Sedangkan penduduk muslim Macedonia yang berasal dari etnik Albania dan Kosovo dapat ditemukan di sepanjang persempadanan Macedonia dengan kedua negara tersebut. Mereka menjalani Islam sebagaimana umat muslim lainnya. Masjid mengadakan solat berjemaah setiap waktu dan ada acara perayaan hari-hari besar Islam. Lagu-lagu pujian kepada Allah dan selawat Rasul-Nya juga banyak beredar dan mengalun dengan bahasa Macedonia, sebagai ekspresi asli keislaman mereka. Pun begitu, sumber utama Islam, al-Quran dan hadis, juga tersedia dalam bahasa Macedonia dan dapat dibaca siapa pun muslim di sana. Saat kedatangan Ramadan, muslim Macedonia juga menikmati suasana keagamaan yang lebih kental. Ada acara tv dan program radio khusus yang ditayang setiap hari, membahas semua selok-belok Islam. Banyak elemen masyarakat yang terlibat, seperti Islamic Youth Forum yang menganjurkan perbahasan Islam untuk menjawab persoalan sehari-hari. Antara kalangan yang hadir tidak hanya dari Macedonia tapi juga dari Kosovo dan Albania yang rata-rata pendakwah pilihan. Program ini diadakan secara percuma hingga boleh ditonton siapa saja. Tak hanya radio dan program tv, pendapat pembaca dan rencana mengenai Islam yang dimuat akhbar harian nasional juga turut menyemarakkan. Pembahasan yang lebih difokuskan adalah mengenai isu-isu keluarga semisal mendidik anak, keharmonian rumahtangga, hukum keluarga dan juga bagaimana menanamkan akidah dan akhlak yang benar di rumah.
Ini dianggap sangat penting, sebab seperti negara bekas Yugoslavia lainnya, muslim Macedonia menghadapi serangan faham ateisme (tidak mengakui adanya Tuhan) yang menyusup ke dalam keluarga muslim. Dengan program-program itu diharapkan akidah Islam dapat tertanam dan difahami dengan baik. Sebahagian besar muslim di Macedonia bekerja dalam bidang pertanian. Namun, banyak juga di antara mereka yang bekerja di luar negeri. Dalam beberapa dekad terakhir, banyak dari warga muslim Macedonia yang berhijrah ke negara-negara di kawasan Eropah Barat dan Amerika Utara. Selain dikenali kerana keahliannya dalam bidang pertanian, muslim Macedonia juga dikenali ahli dalam seni melukis, memahat kayu, dan membuat mozaik.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2012 di pasaran...

Islam Larang Kita Bertakliq

SAYA tertarik dengan “satu bab” dalam sebuah buku yang diterbitkan oleh Jakim. Buku tersebut berjudul “Istilah-istilah fiqah dan usul, “empat mazhab”. Dalam bab yang saya rasa terpanggil untuk memaparkannya untuk renungan kita bersama ialah mengenai “Hukum Bertaqlid kepada Imam Mazhab”. Buku ini yang dihasilkan oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memulakan tulisannya dengan riwayat hidup Imam-Imam Mazhab yang empat iaitu Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad Ibnu Hanbal. Dalam buku tersebut dalam “bab ketiga belas” ada membahaskan tentang “hukum bertaqlid kepada imam mazhab”. Oleh kerana sekarang ini, dimana pun kita ke majlis kuliah agama, sebahagian besar para ustaz akan bercakap mengenai masalah mazhab. Ada diantara ustaz-ustaz itu semacam “tidak suka” dan kalau ditanya terlalu banyak hal-hal “mazhab”, seolah-olah ustaz itu macam marah-marah. “Kita ikut saja Mazhab yang kita anuti. Kita di Malaysia bermazhab Syafi’i, maka kita ikut sajalah apa yang di suruh oleh Mazhab kita itu. Apa nak pening-pening kepala?” ada diantara ustaz-ustaz memberitahu para jemaahnya. Tetapi apabila dibaca dalam buku tersebut, maka didapati “lain pula ceritanya.” Ada baiknya barang kali para ustaz-ustaz kita membeli buku tersebut, dan mentela’ah secara mendalam tentang “bab tiga belas” ini. Setelah membacanya didapati ada menyebutkan bahawa punca utama wujudnya “perselisihan” pendapat semata-mata kerana “Syariat” Allah s.w.t. diturunkan dalam bentuk nas-nas. Oleh kerana manusia mempunyai akal fikiran yang tidak sama, maka dalam memahami nas-nas itu mereka berbeza. Pengarangnya telah mengambil contoh ayat Quran dalam surah al-Baqarah ayat 288. Para sahabat berselisih pandangan dan pendapat mengenai sembahyang hampir maghrib. Dan banyak lagi ayat-ayat lain sebagai contoh dimana pentafsirannya dilakukan tentang “zahir lafaz” dan yang lain pula berpendapat dengan “maksud lafaz”. Dalam kitab tersebut disebutkan juga tentang bagaimana Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur Amirul Mukmin zaman itu memerintahkan Imam Malik mengarang kitab “Al-Muwatta”.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2012 di pasaran...

Mimpi Suatu Yang Paling Menakjubkan

RASULULLAH S.A.W. biasanya kalau bertemu dengan para sahabatnya, banyaklah hal yang baginda bertanya. Juga, banyak perkara mengenai agama yang diberitahu oleh Nabi s.a.w. kepada mereka. Malaikat Jibril a.s., sering bertemu dengan Nabi s.a.w. untuk menyampaikan sesuatu dari Allah s.w.t. Tujuannya perkara itu supaya diberitahu kepada umatnya, iaitu kita-kita semuanya ini. Kadang-kadang baginda s.a.w. bermimpi, dan mimpi ini pun diberitahu kepada para sahabatnya, dan bererti untuk kita semua. Kerana mimpi Nabi s.a.w. adalah mimpi yang benar datang dari Allah. Ada satu mimpi yang pernah diceritakan oleh Nabi s.a.w. kepada sahabatnya. Mimpi ini sangat penting untuk kita mengetahuinya. Mimpi Nabi s.a.w. ini ialah berhubung dengan jenis-jenis “Seksa Kubur” yang akan kita dirasakan apabila kita meninggalkan dunia yang fana’ ini kelak. Mimpi yang diceritakan Rasulullah adalah seperti berikut: Saurah ibnu Jundub mengatakan bahawa Nabi s.a.w. sering bertanya kepada para sahabatnya apakah mereka telah bermimpi atau tidak. Suatu hari, di awal pagi, beliau dengan sukarela menceritakan (mimpinya). Pada suatu malam, dua orang lelaki datang ke arahnya, kemudian membawanya ke Jerusalem. Dalam perjalanan yang mereka lalui, ada seorang lelaki yang sedang terbaring dan seorang lelaki yang lain memukuli kepalanya dengan sebuah batu. Ketika dia memukul kepala orang yang kedua, batu pemukul itu melambung dan jatuh menjauh. Begitu dia pergi mengambil batu itu, kepala yang hancur itu kembali kekeadaan semulanya. Begitu kembali pulih, dia menyerang lagi korbannya. Dengan memuji Allah, Nabi s.a.w. menanyakan tentang mereka. Sahabatnya memberitahukan bahawa ada lagi sesuatu yang harus dilihat. Mereka meneruskan perjalanan. Belum begitu jauh mereka pergi, beliau melihat seorang lelaki menyobek mulut orang lain dengan batang besi pengait. Pertama kali merobek sisi kanan mulut ke arah tengkuk. Lalu ketika mulai merobek sisi yang lain, sisi yang dirobek sebelumnya sudah pulih. Dia terus saja melakukan pekerjaan itu. Dengan memuji Allah, Nabi s.a.w. bertanya siapa mereka itu. Sahabatnya memberi tahu bahawa ada lagi yang mesti dilihatnya. Lalu mereka berjalan lagi hingga sampai di suatu tempat di mana terdapat sebuah tungku. Beliau mendengar jeritan-jeritan dari arah tungku itu. Beliau berhenti dan melongok ke dalam tungku dan melihat sekelompok lelaki dan perempuan telanjang yang di bawahnya meluap-luap api yang membara. Api itu mengelupaskan kulit mereka dan penderitaan yang amat sangat itu menyebabkan mereka menjerit-jerit. Bau busuk yang keluar dari tungku itu sangat tidak tertahankan. Beliau bertanya siapakah mereka itu. Sahabatnya mengatakan bahawa ada lagi sesuatu yang harus dilihatnya. Mereka meneruskan lagi perjalanan. Lalu sampailah di sebuah sungai yang berwarna merah darah. Seorang lelaki sedang berenang di sungai itu, sedang yang satu lagi membawa banyak batu, berdiri ditepi sungai itu. Begitu perenang itu berenang ke ketepian, orang yang satunya memasukkan batu ke mulutnya sebagai potongan makanannya. Mereka terus saja berbuat seperti itu. Beliau bertanya siapakah orang-orang itu. Sahabatnya mengatakan ada lagi yang mesti dilihat. Mereka berangkat lagi. Dalam perjalanan, beliau melihat seorang lelaki buruk rupa yang menyalakan api dan berjalan mengelilinginya. Beliau bertanya siapakah lelaki itu. Sahabatnya mengatakan masih ada lagi yang harus dilihatnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2012 di pasaran...

Bidaah: Rejab, Syaaban Bulan Kenduri Arwah?

SOAL menokok tambah dalam agama terutama dalam perkara ibadah yang sudah Allah syariatkan sering dipertikaikan orang kerana ia dianggap sebagai bidaah. Hakikatnya, tidak semua yang baru itu bidaah. Ia hanya dianggap bidaah apabila dikaitkan dengan ibadah sahaja, dan memang tidak didapati nas atasnya dari Al-Quran mahu pun hadis Nabi s.a.w. Oleh kerana banyak kesilapan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu terutama dari mereka yang tugasnya menyampaikan ilmu agama telah mengambil hadis-hadis dari sebarang kitab. Pengkaji-pengkaji hadis berpendapat bahawa kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh para da’i tentang hadis-hadis yang dibacanya tidak dikaji atau diteliti lebih dahulu. Mereka yang melakukan kesilapan-kesilapan ini boleh diibaratkan sebagai seorang pencari kayu api diwaktu malam. Mereka yang mengambil hadis-hadis Nabi s.a.w dari sebarang kitab yang mereka temui, dari sebarang tulisan yang mereka baca, atau dari sebarang orang yang mereka dengari, tanpa berusaha mengetahui sumber hadis itu.
Mereka tidak perihatin siapakah dari kalangan penulis-penulis kitab yang dipercayai yang memindahkannya ke dalam kitab mereka dan sahabat manakah yang meriwayatkannya? Kemudian, apakah hadis itu sahih, daif, diterima atau ditolak? Adakah ia sesuai untuk dijadikan hujah di dalam sesuatu masalah atau tidak?
Adakah ia sesuai untuk disebut dihadapan semua orang yang mempunyai keupayaan memahami yang berbeza atau ia tidak sesuai disebut melainkan kepada orang yang mempunyai tahap pemahaman yang tertentu? Pengkaji-pengkaji hadis ini berpendapat bahawa mereka pernah mendengar ada khatib membaca khutbah Jumaat di beberapa masjid dalam beberapa buah negeri, dimana mereka telah dikejutkan dengan hadis-hadis yang dinasabkan kepada Nabi S.a.w. sedangkan sanad, matan (isi hadis) dan maknanya adalah ditolak. Maka di sinilah punca bermulanya masalah bidaah yang ditokok tambah dalam soal ibadah, kerana setengah-setengah dari imam-imam dan para da’i membacakan hadis-hadis yang tidak sahih. Sedangkan kalau dikaji lebih dahulu hadis sebelum dibaca, hadis tadi tentulah tidak jadi demikian. Maka dengan itu wujudlah ibadah-ibadah khas dalam menyambut Nisfu Syaaban, dimana orang ramai disuruh membaca Yasin tiga kali. Maka diberitahu bahawa pembacaan tiga kali itu akan menghapuskan dosa-dosa kita yang telah lalu, dan yang akan datang.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2012 di pasaran...

Monday, April 9, 2012

Mayat Perlukan Doa Dari Orang Luar

KITA biasa ke tanah perkuburan untuk menguburkan jenazah. Kebanyakkan dari kita-kita ini apabila tiba di kuburan, kita akan mencari tempat duduk. Setelah mayat itu dikuburkan, kita terus pulang. Dalam agama, kita diajar supaya mendoakan kepada si mayat itu. Kita telah menyerahkan kepada Allah seorang mayat.
Mayat itu, menurut keterangan agama, mayat memerlukan doa dari kita semua. Nabi s.a.w. sendiri mendoakan kepada mayat kalau Rasulullah bersama dalam upacara pengkebumian. Kita boleh berdoa kepada Allah apa saja yang baik-baik kepada si mayat itu. Kita mohon supaya Allah ampunkan dosanya. Kita mohon agar Allah lapangkan kuburnya dan lain-lain lagi. Rasulullah sendiri pun mendoakan sahabatnya yang meninggal dunia dengan doa ketika dikebumikan dengan menyebut agar Allah menerangi kuburnya.
Dalam kitab-kitab agama ada menyebutkan tentang mayat tersebut memerlukan doa dari kita yang hidup.
Para ulama telah menukilkan dalam kitab-kitab mereka berhubung dengan masalah ini dengan jelas dan terang. Menurut Imam Al-Ajiri rahimahullah, setelah menguburkan mayat, maka orang-orang yang menguburkannya disunnahkan untuk berdiri sebentar menghadap kiblat, seraya mendoakan mayat agar diberikan keteguhan, dengan berkata:“Ya Allah, inilah hambaMu, Engkau lebih tahu daripada kami, dan kami tidak mengetahui padanya kecuali kebaikan. Kini Engkau telah mendudukkannya untuk Engkau tanyai. Ya Allah, teguhkanlah dia dengan jawapan yang tepat di akhirat, sebagaimana Engkau telah meneguhkannya ketika di dunia. Ya Allah, sayangilah dia dan petemukanlah dia dengan NabiMu. Janganlah Engkau menyesatkan kami setelahnya, dan jangan Engkau haramkan pahalanya untuk kami.” Berdiri di kubur dan memohon keteguhan pada saat pengkebumian merupakan pertolongan bagi seorang mayat selain solatnya. Sebab, solat bagi sekelompok orang yang beriman, laksana bala tentera bagi yang sudah berkumpul di depan pintu raja; mereka semua memberikan syafa’at kepadanya. Sementara berdiri di depan kuburan dan memohon keteguhan merupakan pertolongan bagi bala tenteranya. Pada saat itu adalah saat yang paling menyibukkan, kerana dia sedang menghadapi suatu yang menakutkan dan pertanyaan yang mendebarkan. (HR. Termizi, Al-Hakim). Rasulullah s.a.w. pun pernah mencontohkan beberapa doa pada saat berdiri di kuburan seorang mayat, setelah baginda selesai menguburkannya. Baginda s.a.w. pernah berucap. “Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un. Ya Allah, dia telah datang kepadamu, sementara Engkau adalah sebaik-baik penerimanya. Jauhkanlah tanah dari kedua sisinya, bukakanlah pintu-pintu langit untuk rohnya, sambutlah dia dengan sambutan yang baik, serta teguhkanlah ucapan pada saat diajukan pertanyaan kepadanya.”


Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2012 di pasaran...

Cara Berniaga Rasulullah s.a.w.

SEBELUM diangkat jadi Rasul, Nabi Muhammad s.a.w. dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang handal. Pada mulanya, baginda ikut berdagang bersama Abu Thalib, setelah itu diamanahkan oleh Siti Khadijah r.a. untuk berbisnes ke Syria, Jerussalem, Yaman dan beberapa negeri lain. Dalam menjalankan perniagaan yang dimiliki Siti Khadijah itu, Rasulullah menunjukkan dedikasi dan reputasi luar biasa. Sebab, Nabi s.a.w. boleh meraih keuntungan di luar dugaan dan mengkagumkan. Tapi, dalam memperoleh keuntungan itu, Nabi s.a.w. tidak berlaku cara helah dan menghalalkan segala cara. Justeru, sebaliknya, Rasulullah “menjunjung tinggi” kejujuran dan bersikap ramah terhadap pembeli. Itulah prinsip dan cara berbisnes yang dijalankan Nabi. Prinsip dan cara itulah, kiranya,  yang selalu diajarkan Rasulullah s.a.w. kepada para sahabatnya. Dengan tegas, Nabi s.a.w. mengecam amalan perdagangan yang dipenuhi tipu daya. Apalagi sampai bersumpah palsu, mengandungi unsur riba atau berbisnes di pasar gelap. Sebab, model menjalankan bisnes seperti itu tak saja merugikan orang lain, tapi juga membuat perniagaan yang dijalankan tidak lancar. Sebab, dalam bisnes itu dituntut kejujuran. Hal itu sebagaimana ditegaskan Nabi s.a.w. dalam sebuah hadis, “Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah. Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkah dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkahan jual-beli mereka.” (HR. Muslim) Rasulullah mengajarkan kepada para sahabat untuk tidak melakukan sumpah, selain mengakibatkan kehilangan berkatnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2012

Juwairiyah Binti Al-Harits: Pembawa Berkat Dari Perang Murais

Ummul mukminin, para isteri Rasulullah, adalah para sosok teladan yang menyimpan segudang kisah menarik untuk diketahui. Mulai dari sikap peribadi, alasan mereka dinikahi Rasulullah sampai sisi terdalam kehidupan rumahtangganya bersama Rasulullah. Seperti para isteri-isteri Rasulullah yang lain, Juwairiyah binti Al-Harits r.a., merupakan satu diantara Ummul Mukminin yang cukup menyita perhatian sejarah. Dia adalah tawanan perang yang kemudian dipersunting Rasulullah untuk menjadi isterinya. Juwairiyah adalah seorang puteri pemimpin Bani Musthaliq bernama Al-Harits bin Abi Dhiraar yang selama ini dikenal sangat memusuhi Islam dan menyembah berhala. Juwairiyah dilahirkan empat belas tahun sebelum Nabi s.a.w. hijrah ke Madinah.
Sebagai anak seorang pemimpin, Juwairiyah pandai betul menempatkan diri. Dia perempuan berwibawa yang terpandang, luas ilmunya, santun budi pekertinya di antara gadis-gadis dari kelompoknya. Tetapi sebelum diperisteri Rasulullah, dia bernama Burrah. Burrah sempat berkahwin dengan seorang pemuda yang bernama Musafi’ bin Shafwan. Suatu ketika, ayah Burrah, Al-Harits, berencana menyerang kaum muslimin di Madinah. Selama ini sudah maklum bila Bani Musthaliq sangat bernafsu mengalahkan pasukan muslim dan mengambil-alih kekuasaan suku-suku Arab. Tetapi sebelum rencana tersebut kesampaian, Rasulullah sudah mendapat khabar terlebih dulu. Dan demi memastikan khabar tersebut, Rasulullah lalu menugaskan Buraidah bin Al-Hushaid untuk memastikan kebenaran maklumat yang diterima. Ternyata, rencana penyerangan yang akan dilakukan Bani Musthaliq itu tak sekadar isu, melainkan kenyataan. Maka Rasulullah pun segera menyusun kekuatan dan berinisiatif menyerang terlebih dulu. Pertempuran antara tentera Islam melawan kaum kafir dari Bani Musthaliq ini dikenal dengan nama Perang Muraisi’ yang terjadi pada bulan Syaaban tahun kelima Hijriyah. Pertempuran itu cukup sengit. Tetapi pasukan musuh kalah tangguh dibanding pasukan muslim. Sebab itu tanpa menunggu waktu lama peperangan diraih kemenangan bagi umat Islam. Bani Musthaliq lari tunggang-langgang. Termasuk pimpinannya, Al-Harits, melarikan diri dari medan perang, sementara menantunya, suami Burrah, tewas terbunuh. Dan akhirnya tak dapat dihindari lagi jika seluruh penduduk (musuh) yang selamat termasuk Burrah, menjadi tawanan perang kaum muslim. Keadaan tersebut tentu saja membuat Burrah mengalami kejutan. Dia yang semulanya merupakan puteri seorang pemimpin harus menerima kenyataan pahit menjadi tawanan perang. Namun Burrah tidak begitu saja pasrah. Ia cuba berusaha agar terbebas dari status tawanan. Maka Burrah pun mencuba berunding dan meminta bertemu dengan Rasulullah. Gayung bersambut. Upayanya membuahkan hasil. “Rasulullah, aku Burrah, puteri dari Al Harits. Ayahku adalah pemimpin kaumku. Sekarang aku ditimpa kemalangan kerana menjadi tawanan perang dimana aku jatuh di tangan Tsabit bin Qais. Ia memang lelaki baik, tidak pernah berlaku buruk padaku. Namun ketika kukatakan aku ingin menebus diri, ia membebaniku dengan sembilan keping emas. Maka kufikir, lebih baik meminta perlindungan padamu. Tolong, bebaskanlah aku!” ujarnya memohon ketika dia telah menghadap Rasulullah. Rasulullah berfikir sejenak, menimbang keadaan Burrah yang saat itu sudah menjanda lantaran suaminya mati terbunuh dalam perang, begitu juga dengan saudara-saudaranya, sedang ayahnya sendiri melarikan diri meninggalkannya anaknya. Rasulullah lantas balik bertanya, “Mahukah engkau yang lebih baik dari itu?” Burrah tertegun, tak mengerti dengan pertanyaan Rasul, kerananya ia pun balik menanyakan lagi, “Gerangan apa itu, wahai Rasulullah?” “Aku tebus dirimu, lalu kunikahi engkau.” Mendengar jawapan tersebut, wajah Burrah berubah berseri-seri. “Baiklah, wahai Rasulullah,” sambut Burrah merasa lega. Rasulullah pun lantas menikahinya dengan mas kawin 400 dirham, dimana nama Burrah kemudian segera diganti menjadi Juwairiyah. Sayangnya, keputusan Rasulullah menikahi Burrah ini seringkali disalahfahami terutama oleh sekelompok orientalis dan para pembenci Islam. Dianggapnya keputusan Rasul menikahi Burrah semata-mata kerana nafsu. Padahal jika dikaji lebih jauh, keadaan Burrah yang hanya seorang diri dan menjadi tawanan perang lalu ditinggal mati suaminya, serta ditinggal ayahnya yang lari tak bertanggungjawab, pastilah akan menerima perlakuan kasar, fitnah dan hal-hal buruk dari lingkungan sekitar. Justru, dengan adanya orang yang melindunginya, yang dalam hal ini adalah Rasulullah sebagai suaminya sekaligus pemimpin umat kala itu, menjadi jalan terbaik bagi diri Burrah. Sementara dalam sebuah riwayat yang datang dari Ibnu Sa’ad, dari Abu Qilabah, dikatakan bahawa sebelum perkahwinan Rasulullah dengan Juwairiyah berlangsung, Al-Harits sempat datang kepada Rasulullah demi memastikan keputusan anaknya yang mahu menerima pinangan Rasulullah. Selain itu, ia juga datang untuk menebus Juwairiyah, dengan membawa puluhan unta sebagai tebusannya, tetapi sebelum diserahkan, ia sembunyikan dulu dua unta terbaiknya. “Sesungguhnya puteri seperti puteriku ini tidak boleh ditawan, kerana itu, bebaskanlah dia,” pinta Al-Harits saat ia sudah menghadap Rasulullah. Tetapi Rasul menerangkan bahawa sama sekali ia tidak memaksa Juwairiyah menerima pinangannya. Justeru, Rasulullah memberi pilihan kepada Juwairiyah agar memutuskan sendiri nasibnya. Dengan sikap terbuka yang ditunjukan Rasulullah, lunaklah hati Al-Harits. “Kalau begitu engkau telah berbuat baik,” ujarnya. Lalu Al-Harits pun menemui puterinya dan berkata, “Orang ini (Rasulullah) telah memberi pilihan kepadamu, oleh kerana itu, engkau jangan kecewakan kami.”
Juwairiyah sangat faham maksud ayahandanya. Kerananya dengan mantap ia berkata, “Sungguh, aku memilih Allah dan RasulNya.” Keputusannya tersebut, sebagaimana diriwayatkan Al-Baihaqi, bukan didasari kerana ia ingin terbebas dari belenggu tawanan dan menikah dengan pemimpin umat Islam. Tetapi, jauh sebelum Rasul melamarnya, ia pernah mendapatkan ‘tanda’ pinangan itu dari dalam mimpinya. “Tiga malam sebelum kedatangan Rasulullah, aku bermimpi melihat seperti bulan berjalan dari Yatsrib (Madinah) hingga jatuh di pangkuanku. Aku tidak suka menceritakan mimpiku tersebut kepada siapapun di antara manusia, hingga Rasulullah sendiri yang tiba. Ketika kami tertawan, aku mengharapkan kebenaran mimpiku tersebut, ternyata, kemudian Rasulullah memerdekakan dan menikahiku.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2012 di pasaran...

Mencontohi Nabi s.a.w., Menteladani Para Pendoa

INGATLAH, Rasulullah s.a.w. pernah berdoa dengan doa yang terkenal ini bermaksud: “Ya Allah, Quraisy telah datang dengan segala kesombongannya. Mereka berupaya mendustakan rasulMu. Ya Allah, datangkanlah pertolonganMu sebagaimana telah Kau janjikan. Ya Allah, andai kata pasukanku ini binasa, tak ada lagi ibadah kepadaMu.” Itulah salah satu doa Nabi Muhammad s.a.w. yang terakam dalam peristiwa perang Badar yang bersejarah itu. Tentu ini hanyalah satu dari ribuan teladan baginda mengenai doa. Nabi Muhammad, panutan kita itu, adalah pendoa yang sangat baik, ikhlas dan demikian kukuh dan berkomitmen.
Saat Badar Nabi s.a.w. begitu khusyuk berdoa hingga baginda hanyut dalam penyerahan diri pada Allah. Doalah yang menguatkan baginda sekalipun pasukan musuh demikian besar dan doa juga yang membarakan semangat baginda untuk tak gentar. Semangat yang bersumber dari doa itulah yang juga diterapkan kepada pasukan muslim hingga kemenangan dapat diraih. Kata-kata Nabi s.a.w. menyalakan iman pasukan muslim. Tak ada lagi ragu-ragu yang menghalangi mereka bertempur dalam Perang Badar itu. Inilah jalan yang telah dimaktubkan. Jalan iman dalam jihad berperang. Bukan kerana kuasa dan harta mereka harus menghunus pedang. Kalimah Allah yang mesti tegak itulah yang menjadi alasan. Ayat Allah pun tak lama turun menguatkan tugas suci tersebut. “Wahai Nabi! Bangkitkanlah semangat orang-orang beriman itu dalam menghadapi perang ini. Bila kamu berjumlah dua puluh orang yang sabar, nescaya mereka itu dapat  mengalahkan dua ratus orang. Bila kamu berjumlah seratus orang, nescaya kamu dapat mengalahkan seribu orang kafir, sebab mereka adalah orang-orang yang tak mengerti. Sekarang Tuhan meringankan kamu kerana Dia mengetahui bahawa pada kamu masih ada kelemahan. Maka, jika kamu berjumlah seratus orang yang sabar, akan dapat mengalahkan dua ratus orang, dan jika kamu seribu orang akan dapat mengalahkan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan Allah bersama orang-orang yang sabar.” (QS AL-Anfal: 65-66).
Dan sebagaimana kita tahu Badar adalah tonggak yang menguatkan Islam sampai sekarang. Perang hebat itu adalah bukti doa merupakan sumber kemenangan Nabi s.a.w. yang terus berlanjutan ke medan-medan tempur lainnya, seperti Khandaq, Tabuk hingga Fathul Makkah.

DOA ADALAH CINTA
Mughirah bin Syu’bah, seorang sahabat Nabi, pernah menceritakan bagaimana Nabi s.a.w. menunaikan solat sampai tumitnya bengkak-bengkak kerana begitu seringnya baginda rukuk dan sujud. Nabi s.a.w. pernah ditanya mengenai  hal itu. “Mengapa engkau memberatkan dirimu dengan banyak beribadah, sedang Allah telah mengampunimu atas segala kesalahanmu di masa lalu dan di masa yang akan datang?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bukankah aku harus menjadi hamba yang bersyukur?” Riwayat dalam kitab sahih Bukhari itu juga dikisahkan Abu Hurairah dan Abu Salamah. Abdullah bin Syankhir suatu hari pernah bertamu ke rumah Nabi. Ketika itu Nabi sedang solat. Terdengar kemudian oleh Abdullah isakan tangis Nabi yang tengah berdoa. “Isakan itu keluar dari dadanya menyerupai gemuruh air mendidih di dalam cerek,” tutur Abdullah. Apa ertinya itu semua? Itulah cinta. Nabi s.a.w. berdoa setiap malam, setiap saat, bermunajat kepada Rabb, Rahman, tak hanya sebagai jalan agar ia berdekat-dekatan tapi juga sebagai perwujudan cinta suci baginda kepada Tuhan. Itulah mengapa baginda tetap berdoa meminta ampun sebanyak 70 dan 100 kali sehari padahal baginda sudah dijamin diampuni dan maksum (orang yang terjaga (terpelihara) dari dosa) Itulah percikan-percikan cinta yang menjadi api dalam jiwa mulianya. Nabi s.a.w. pernah berkata, “Buah hatiku adalah bersandar dan berzikir kepadaNya. Kesedihanku adalah bagi kebaikan umatku, sementara kerinduanku hanyalah untuk Allah, Tuhan Yang Mahatinggi.”

DOA SUMBER BAHAGIA DAN PENGHILANG KECEMASAN
Masih ingat peristiwa hijrah? Peristiwa ini boleh kita petik pula sebagai teladan doa dari Nabi s.a.w. Saat baginda sudah siap untuk berangkat dan pembaringannya (katilnya) diisi Ali bin Abi Thalib, baginda mendapatkan ancaman bahaya sebab pasukan Quraisy mengejar. Nabi yang saat itu hijrah bersama Abu Bakar kemudian bersembunyi di Gua Tsur. Di dalam gua, kumandang doa dari mulut suci Nabi tak henti terdengar. Abu Bakar merapatkan dirinya. Ia amat takut dan sedih orang-orang Quraisy yang zalim itu akan menemukan persembunyian dirinya dan Nabi. Tak terbayang, bagaimana perasaannya jika Nabi s.a.w. sampai tertangkap dan dibunuh? Di luar, terdengar suara seorang pasukan Quraisy bertanya pada seorang pengembala. “Apakah kamu melihat ada beberapa orang naik unta melintas kemari,” ujarnya. Si gembala seperti berfikir-fikir. “Di atas sana ada gua. Mungkin mereka ada di sana. Tapi selama di sini saya tidak melihat ada orang menuju kesana,” jawab pengembala. Suara itu ditangkap telinga Abu Bakar. Tubuhnya segera berpeluh. Dia makin merapatkan tubuhnya. Menggigil takut. Ditatapnya Nabi s.a.w. yang berada di sampingnya. Hatinya semakin sedih. “Jangan kau bersedih Abu Bakar. Allah bersama kita. Jika kau mengira hanya kita berdua di dalam goa ini, kau salah. Allah yang Maha Agung adalah yang ketiga,” ujar Nabi s.a.w. menenangkan. Demikian ketenangan hadir di dada Nabi s.a.w. sebab doa telah ia panjatkan. Kesedarannya penuh bahawa Allah bersama diri dan sahabat terkasihnya itu. Abu Bakar yang sudah gementar dan demikian takut juga akhirnya menjadi tenang. Tak ada memang satu hal pun di dunia yang boleh membuat cemas seorang pendoa sejati sebab apapun boleh diadukan kepada Rabb. Dia pemilik segala hal, penguasa langit dan bumi, serta zat yang sangat penyantun.

REFLEKSI DOA NABI UNTUK KITA
Tentu penjelasan di atas hanya singkat adanya. Makna doa sejatinya luas dalam kehidupan Nabi s.a.w. Selain sumber kemenangan, wujud cinta dan sumber bahagia dan ketenangan, doa juga adalah jalan keselamatan, tangga pengantar menuju ketinggian, sesuatu yang dituntut oleh orang-orang yang berpengetahuan, kenderaan orang-orang salih, dan tempat berlindung bagi kaum yang terzalimi. Melalui doa nikmat diturunkan dan melaluinya pula murka dihindarkan. Alangkah besar keperluan para hamba Allah akan doa, seorang muslim tidak akan pernah dapat lepas dari keperluan akan doa dalam setiap situasi dan kondisinya. Doa adalah ubat yang paling mujarab, ia ibarat musuh bagi penyakit, ia sentiasa melawan, menghilangkan atau meringankan. Begitulah kedudukan doa yang mesti disedari setiap muslim. Jika Nabi s.a.w. saja berdoa, kenapa kita tidak? Kita dalam kefanaan dan kelalaian yang entah apa ini selalu perlu berdoa guna memohon rahmat dan meminta ampunanNya.

Keutamaan-Keutamaan Doa
Doa memiliki keutamaan dan faedah yang tak terhitung, kedudukannya sebagai satu bentuk ibadah cukup menjadi bukti keutamaanya, bahkan ia adalah ibadah itu sendiri, sebagaimana yang sabdakan Rasulullah s.a.w., “Doa adalah ibadah.” (HR: Termizi, disahihkan Al-Albani). Meninggalkan doa adalah bentuk menyombongkan diri dari menyembah Allah s.w.t., sebagaimana Allah s.w.t. berfirman: “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan kuperkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu(berdoa kepadaKu) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.” (QS: Al-Mukmin: 60). Doa menunjukan rasa tawakal kepada Allah s.w.t., kerana pendoa adalah orang yang perlu pertolongan Allah. Dengan berdoa dia menyerahkan urusan hanya kepadanya bukan kepada yang lainNya. Kita mewakilkan urusan kita kepada al-Wakil, Allah s.w.t. Dalam doa dan tawakal kita menggantungkan diri kepadaNya. Inilah prinsip sejati seorang mukmin yang memulangkan semua urusan kepada Allah s.w.t. “Kepada Allah-lah kami bertawakal! Wahai Tuhan kami janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim.” (QS. Yunus: 85) “Mengapa kami tidak akan bertawakkal kepada Allah padahal Dia telah menunjukkan jalan kepada kami, dan kami sungguh-sungguh akan bersabar terhadap gangguan-gangguan yang kamu lakukan kepada kami. dan Hanya kepada Allah saja orang-orang yang bertawakkal itu, berserah diri”. (QS. Ibrahim: 12). Doa juga merupakan senjata yang kuat yang digunakan seorang muslim dalam mencari kebaikan dan menolak kemudharatan, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barang siapa diantara kalian telah dibukakan baginya pintu doa, pasti dibukakan pula baginya pintu rahmat, dan tidaklah Allah s.w.t. diminta sesuatu yang Dia berikan lebih Dia senangi dari pada diminta kekuatan, sesungguhnya doa itu bermanfaat baik terhadap apa yang terjadi mahupun belum terjadi, maka hendaklah kalian berdoa.” (HR: Termizi, dihasankan oleh Al-Albani). Doa adalah senjata yang digunakan para nabi dalam menghadapi situasi-situasi sulit.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2012 di pasaran...

Tarbiyah Islamiyah Menurut Hassan Al-Banna

Manhaj perubahan sebenarnya bermula dengan pembentukan jiwa yang:
1. Tunduk.
2. Takut.
3. Khusyu’ - kepada Allah s.w.t.
Manhaj (bermakna jalan yang terang) ini ialah suatu unsur yang tidak akan berubah di dalam sesebuah organisasi yang mantap dan ianya bukanlah suatu taktik seperti yang disangka oleh sebahagian manusia. Bahkan manhaj ini merupakan prinsip akhlak dan agama yang tetap selama-lamanya. Sesungguhnya Allah s.w.t. mewariskan bumi ini kepada mereka yang ia kehendaki. Maka prinsip ini akan menolak segala bentuk pendekatan yang bersifat keganasan. Kita berpegang teguh bahawa tarbiyah sebagai jalan yang tiada pilihan lain selain darinya. Ianya merupakan manhaj yang :
1. Bijaksana.
2. Disiplin.
3. Teguh.
Dakwah yang kita bawa pula dikawal dengan hikmah dan nasihat yang baik serta tidak ada unsur-unsur paksaan, kekerasan dan desakan yang melampau. Dakwah ini berdiri di atas kekuatan hujah dan syiarnya berdasarkan firman Allah s.w.t.: “Dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik.” (Al-Baqarah: 83) Penegaknya pula adalah sebagaimana kata-kata Saidina Ali r.a.: “Sesiapa yang lembut kata-katanya, wajiblah mahabbahNya.” Tarbiyah Islamiyah yang kita jalani adalah berasaskan Al-Quran dan As Sunnah melalui pelbagai wasilah sehingga mampu merubah individu yang sekadar bercakap menjadi individu yang beramal. Syiarnya ialah: “Kenalilah Tuhanmu, perbaikilah dirimu dan serulah orang lain. Tegakkan daulah Islam dalam hatimu, nescaya ia akan tertegak di atas muka bumi.”
Tarbiyah ini mempunyai beberapa ciri:
a. Bersifat rabbani.
b. Mempunyai asas yang tetap.
c. Bertepatan dengan fitrah.
d. Merangkumi seluruh aspek kehidupan secara seimbang.
e. Menyatupadukan tenaga-tenaga manusia.
f. Optimis, positif dan praktikal yang dibangunkan di atas asas akidah, ibadat dan syariah.
Semua ciri-ciri di atas diperlukan dalam rangka untuk mencapai kemuliaan insan bagi menegakkan semula tamadun Islam. Daripada asas di atas, maka dibentuk pula keluarga Islam, kemudian masyarakat Islam dan seterusnya kerajaan Islam. Oleh sebab itu, tarbiyah secara perlahan-lahan menjadi antara unsur yang tetap agar kita akan memperolehi individu muslim sebagai titik tolak perubahan sebagaimana yang ditunjukkan oleh manhaj Rasulullah s.a.w. Maka, mengikut Imam Hasan Al-Banna, wasilah untuk melaksanakan tarbiyah sebegitu rupa ialah usrah. Jadi usrah merupakan suatu unsur yang tetap di mana di dalam usrah berlakunya :
1. Ta’aruf.
2. Tafaahum.
3. Takaaful.
Pembetulan mana-mana kesilapan daripada sudut kefahaman atau amal akan dilakukan di dalam usrah. Oleh yang demikian, di dalam usrah, kefahaman akan diperdalamkan lagi. Usrah juga menjadi sebagai wasilah bagi melaksanakan tuntutan ukhuwah. Melaluinya akan kelihatan:
1. Potensi.
2. Kepimpinan.
Di dalamnya, setiap peserta akan dilatih untuk mengenali unsur yang tetap dan unsur yang berubah.
Seterusnya, usrah akan mampu memperkasakan intima’ (penggabungan dengan Islam dan organisasi).
Institusi ini dinamakan usrah kerana mengandungi pengertian:
1. Ketenangan.
2. Kasih sayang.
3. Rahmat.
Ketuanya dinamakan ‘naqib’ sebagai mengikuti tindakan Rasulullah s.a.w. dalam Bai’ah Aqabah yang kedua selepas kepulangan Mus’ab bin Umair dari Madinah bersama tujuh puluh tiga (73) orang lelaki dan dua (2) orang perempuan. Apabila selesai berbai’ah, Rasulullah s.a.w. meminta mereka memilih dua belas orang di kalangan mereka sebagai ‘naqib’. Alangkah bijaknya tindakan Rasulullah s.a.w. itu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2012 di pasaran...

Mengail Hikmah Dengan "Guru Misteri"

LELAKI itu sudah tua: 70 tahun sudah usianya. Rambutnya abu-abu. Keperak-perakan. Tapi, fiziknya masih berurat dan berotot seperti anak muda. Saya memanggilnya Aki. Dia orangtua, guru, dan sahabat yang hingga saat ini masih memenuhi memori saya. Ingatan tentangnya adalah ingatan bijak bestari; ilmu kehidupan yang sangat jarang saya dapatkan. Dia bukan ustaz, bukan kiai, bukan manusia yang suka disematkan gelaran-gelaran. Tapi, dia cerdas, salih, dan bersahaja. Pakaiannya pun ala kadarnya. Tidak berbaju bergaya, berkopiah (bersongkok) dan segenap hiasan-hiasan luaran yang menunjukkan gaya pendakwah. Saya malah kerapkali menjumpainya dalam balutan T-shirt lusuh dan seluar panjang. Sudah. Itu saja. Tidak lebih. Rumahnya pun sangat sederhana; rumah bertaraf ‘RSS’ [Rumah Sangat Sederhana]. Seorang sahabat karib saya yang mengenalkan dirinya kepada saya sekitar 11  tahun lalu.  Saat itu, saya masih duduk di bangku kuliah. Agaknya ia memang “dikirim” Tuhan untuk saya. Pasalnya, dia hadir dalam kehidupan saya di saat saya ghairah menjalani kehidupan mahasiswa, di saat saya merasa buku dan pensyarah dan pembicara-pembicara seminar tak kunjung meredakan gejolak batin saya. Dia muncul begitu saja tanpa saya duga-duga. Dia seolah mengerti citarasa saya tentang pelbagai hal  tanpa saya harus suarakan. Kata orang Jawa, itu kemampuan ‘linuwih’. Wallahualam. Paling tidak, menurut hemat saya, kerana dia kaya pengalaman, kaya kehidupan, hingga mampu membaca psikologi lawan bicara. Tentunya, sesuatu yang mahal mengenal guru sepertinya di zaman ini, di negeri ini. Dia membaca saya serupa buku yang mudah sekali dicerna. Kegelisahan saya. Ketakutan saya. Semua tersingkap begitu saja. Saya tidak meminta nasihatnya, dan dia pun tidak berusaha mengarahkan. Dia hanya berkisah ehwal pengalamanya dan saya menyerap saripati kisahnya. Dari sanalah, saya menemukan jawapan atas senarai pertanyaan dan pergulatan saya. Rupanya, dia tahu saya bukan watak manusia yang suka diceramahi. Meski tidak setiap saat menjumpainya, dia selalu membawa kesegaran di benak saya. Ia membuat saya menemukan kembali puzzles, potongan-potongan enigmatik, yang meliputi nalar dan kalbu saya, hidup saya. Meski tidak bergelar sarjana, ijazah atau pun doktor, dia  mampu mengimbangi diskusi ilmiah yang penuh istilah-istilah teknik yang memusingkan. Dia malah terkadang menyederhanakannya dengan tamsil yang lebih berpatutan untuk dihayati.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2012 di pasaran...