Wednesday, December 12, 2012

Variasari Keluaran Disember 2012

Sudahkah anda memiliki Variasari edisi Disember 2012? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan... Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai. Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan. Dapatkan segera majalah Variasari keluaran Disember 2012 sebelum terlambat. 

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin

Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Dalam Variasari Disember 2012













Tuesday, December 11, 2012

Hidayah Disember 2012

Hidayah keluaran Disember 2012 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja Dalam Hidayah


Langganlah Segera Melaui Pos


Salam Kami

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kita kini berada di penghujung tahun 2012. Dalam waktu yang sama kita juga turut menyambut kehadiran awal Muharram 1434. Bertambah lagilah usia kita dan bertambah dekatlah kita menuju ‘lubang kubur’. Tak kiralah usia kita berapa, 20an atau 60an apatah lagi yang lebih dari itu, setiap hari liang-liang lahad yang akan kita tempati kelak akan memangil-manggil nama kita. Mungkin ada antara kita yang kurang selesa membicarakan soal-soal kematian. Namun baik selesa atau rasa tidak selesa kematian tetap akan menjemput kita. Dalam keluaran ini juga kita paparkan rencana khas mengenai kematian bertajuk ‘Mengenal Allah melalui hidup dan mati’ di muka 134. Disamping itu Hidayah turut memaparkan fadilat-fadilat berselawat sebagai satu motivasi buat kita tekun mengamalkan bacaan selawat kepada Nabi s.a.w. Sementara rencana yang harus anda baca ialah mengenai seorang pembaca majalah Hidayah yang diberi oleh Allah kesedaran dan hidayah memeluk Islam setelah beliau membaca majalah ini. Alangkah mahal ‘hidayah’ yang diterimanya secara susah payah untuk mendapat restu dari bonda tercinta. Sedangkan kita yang sudah sedia Islam dari sejak lahir ini melupakan anugerah termahal Allah s.w.t. yang ‘mengislam’ kita dari azali lagi mengabaikan pula ‘nikmat terbesar’ itu. Disamping itu melalui ruangan ‘Jendela Islam’ , kita dapat mengikuti bagaimana sebuah negara bernama Latvia yang terletak di Eropah itu dikurniakan seorang muslim yang telah menterjemahkan Al-Quran dalam bahasa Latvia dan ianya menjadi syiar dan petunjuk bagi golongan Islam yang minoriti di sana untuk mendapat hidayah Allah s.w.t. Bersama-samalah kita bersyukur hidup di bumi Malaysia yang aman makmur ini dan stabil politiknya. Jangan lupa kita juga bakal bertanggungjawab menentukan pemerintahan negara dalam pilihan raya umum ke-13 kelak yang semakin dekat. Tunaikan amanah anda sebagai pengundi sebaik mungkin dan pilihlah pemimpin yang dapat menegakkan syiar agama di bumi bertuah ini. Ingatlah, siapa yang anda pilih akan dipersoalkan di akhirat kelak. Terima kasih atas sokongan berterusan anda terhadap Hidayah. Semoga tahun baru hijrah ini akan membawa makna yang lebih bererti dalam hidup kita.
Wassalam. 

Pengarang.
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Marah Ibarat 'Harimau' Yang Bersembunyi

MARAH, diertikan sebagai sangat tidak senang (kerana dihina, diperlakukan tidak selayaknya, dan lain-lain lagi), berang, gusar. Marah yang sering kita temukan adalah marah sebagai tindak balas atau sesuatu yang mengecewakan yang bersangkutan. Merasa diperlakukan tidak adil, diremehkan, diherdik secara tidak wajar, adalah sebahagian dari munculnya rasa marah itu. Namun marah tanpa alasan rasional dan logik pun tidak jarang terjadi. Biasanya, rasa iri menjadi penyumbang faktor marah tersebut. Misalnya, seorang ibu di sebuah taman perumahan, ibu tersebut sedang dalam keterbatasan rezeki. Alih-alih berbesar hati atas keadaan, diri yang sedang menerpanya, dia meluapkan rasa marah atas ketidakberdayaan ini pada anak, suami, atau tetangganya. Dengan alasan yang pasti akan mudah dicari. Sebagai salah satu sifat yang diberi kepada manusia, rasa marah adalah semulajadi. Kehadirannya semacam pusingan, yang ketika datang, ia bagaikan pelepasan ketegangan jiwa. Pelepasan atas sifat ini merupakan pelepasan ketegangan emosional. Memang, tanpa rasa marah, hidup manusia ibarat kehilangan egonya. Padahal, ego (kesedaran tentang diri) itu diperlukan guna menopang hidupnya. Kerana egolah, ia membentuk dan memaknai kehidupan dirinya. Kerana egolah, suatu ketika ia pantas gembira kerana ada rangsangan gembira, dia boleh sedih, kerana ada rangsangan sedih dalam egonya. Pun, ia akan melempiaskan rasa marah kerana memang pusingan yang diberikan pada egonya adalah “kewajaran” marah kerana diperlakukan tidak patut. Pendeknya, gembira, sedih, kecewa, juga marah, merupakan pusingan yang selalu berulang. Memelihara marah ibarat menjaga kegarangan harimau di dalam dirinya. Harimau di dalam kandang akan selalu hilir-mudik dalam keadaan jaga sepenuhnya dan siap menerkam, merobek atas objek-objek yang tertangkap dalam inderanya. Rasa marah pun boleh disamakan dengan api yang siap berkobar besar bila ada sarana yang memperbesar diri sang api.
Sebuah titik api kecil pada mulanya, akan mampu membakar ribuan hektar hutan kerana adanya angin dan sifat kering pada kawasan tersebut. Bahkan dalam kisah alam ghaib, iblis yang disamakan dengan api adalah lambang kemurkaan dan keangkuhan kerana ketidaksudiannya ditempatkan di bawah pengaruh manusia, pun ketika Allah azza wa jalla yang memerintahkannya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...

Tanda-Tanda Kebesaran Allah s.w.t.

Assalamualaikum wr wbt, Alhamdulillah puji syukur terhadap Allah di atas kenikmatan dan rahmatnya yang tercurah pada sekian hambanya dan masih lagi diberikan kesihatan sehingga kita dapat menyambut Awal Muharram 1434 dalam keadaan aman sejahtera. Selawat dan salam tercurah kepada nabi yang paling afdal iaitu Nabi Muhammad s.a.w., keluarganya, para sahabatnya serta para pengikutnya dari dahulu sampai sekarang. Harus kita sedari bahawa segala yang wujud di alam dunia yang fana ini adalah ciptaan Allah yang diperlukan oleh manusia, cuma tinggal manusia itu sendiri yang mengatur serta mengurus segala keperluan itu mengikut syariat yang ditentukan oleh Allah. Kita harus ingat bahawa segala yang wujud itu tidaklah sama dengan yang mewujudkannya. Firman Tuhan dalam surah Asy-Syura ayat 7, yang bermaksud: “Tidaklah ada sesuatu apa pun yang serupa dengan Dia (Allah) dan Dialah Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.”
Dalam hal ini Ibnu Ataillah dalam kitab Tanwir dan menurut ahli makrifat bahawa sesuatu selain Allah itu tidaklah dikatakan ada, kerana adanya Allah itu sejak azali, tidak terawal dan tidak juga berakhir, lagi pula Dia tidak beranak dan juga tidak diperanakkan, wujud Allah itu selamanya. Oleh sebab itu barang siapa yang melihat sesuatu yang ada tapi tidak melihat kepada yang mengadakan, maka di sini, bererti ada penghalang yang menyebabkan manusia tidak dapat melihat wujudnya Allah. justeru itu manusia harus berusaha serta mencari bagaimana caranya untuk kita mengenalkan Allah dan kita harus ingat bahawa manusia dapat mengenal Allah bukan dengan usaha semata, akan tetapi manusia dapat mengenal Allah adalah berkat kurnia dan kekuasaan Allah jua. Kerana Allah Maha Kuasa di atas segala sesuatu. Dia berkuasa untuk menghalangi manusia melihat kepadaNya. Melihat Allah di sini bukannya melihat dengan mata kepala yang ada ini, melihat Allah itu dengan mata hati, firman Tuhan dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan Dia tidak dapat dicapai dengan penglihatan mata, sedangkan Dia dapat melihat segala yang kelihatan dan Dialah yang Maha Halus lagi Maha mengetahui.” (Al-An’am: 103)

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran,,,

Jenazah Bangun Setelah Dibalut Kain Kafan?

KEJADIAN ini terjadi di Tanjung Karang, Lampung. Di kota tersebut, tinggallah sepasang suami isteri di sebuah rumah yang sederhana. Kita sebut saja keluarga ini keluarga Marhali, yang dikurniai empat orang anak: tiga lelaki dan seorang perempuan. Tetapi, anak lelaki sulung mereka sejak umur 8 tahun tinggal di Jawa dengan adik ibunya (ibu saudaranya). Di sana si Sulung bersekolah sambil bekerja. Tiga anaknya yang lain masih duduk di bangku sekolah rendah dengan jarak umur yang tidak jauh berbeda, dan tinggal bersama kedua ibu bapanya. Selama 18 tahun kehidupan, keluarga ini selalu cukup makan saja dan tidak pernah lebih. Marhali dan isterinya berkahwin kerana dijodohkan oleh ibu bapanya, hingga mereka tidak dapat mengenal terlebih dahulu watak dan sifat masing-masing. Setelah bahtera perkahwinan mereka berjalan selama lapan tahun, mereka selalu bertengkar. Biasanya, pertengkarannya berpunca oleh masalah ekonomi.
Pertengkaran mereka selalu didengar saudara-saudaranya yang berada di luar kota. Biasanya, kalau keluarga saudara-saudara mereka mendengar pertengkaran itu, mereka dengan cepat ikut mengatasinya, baik dengan mendamaikan langsung, atau menasihatinya melelui telefon. Pada suatu hari, suami isteri ini kembali berbalah lagi. Ternyata, pertengkaran kali ini meninggalkan kesan besar. Keesokan paginya, Marhali pergi meninggalkan rumah. Tidak ada seorang pun anggota keluarganya yang tahu, kemana lelaki itu pergi selama seharian itu. Marhali baru pulang ke rumah pada waktu tengah malam dengan keadaan berserabut.
Setibanya di rumah, isterinya tercium bau arak dan menanyakan kemana saja suaminya itu selama seharian itu. Lelaki yang sudah mabuk itu tidak mempedulikan pertanyaan isterinya. Ia malah menolak isterinya hingga terjatuh mengenai tempat tidur. Isterinya tidak mampu melawan lagi. Ia hanya mampu menangis saja.
Selama beberapa hari, Marhali tidak lagi bekerja untuk mencari nafkah, melainkan kerjanya hanya berjudi dan mabuk-mabuk dan tidak pernah melaksanakan solat lima waktu sekali pun. Isterinya kebingungan untuk mendapatkan wang perbelanjaan untuk makan dan biaya sekolah anaknya, lalu dia berusaha menjalani usaha menjahit untuk menutupi hutangnya dan memenuhi keperluan keluarganya. Tapi itu semua tidak cukup untuk mengatasi beban hidup mereka yang semakin besar. Maka, isteri Marhali mengirim surat kepada anaknya yang berada di Jawa untuk mengirimkan sedikit wang belanja harian. Wanita itu tidak mahu menceritakan bagaimana sesungguhnya keadaan keluarganya kepada anaknya. Dia khuatir, kalau anaknya tahu tentang kelakuan ayahnya, anaknya boleh terganggu fikiran. Ia juga khuatir kalau anaknya menceritakannya kepada mak ciknya. Keadaan itu terus berlangsung selama tiga tahun. Hal ini mengakibatkan tiga orang anaknya yang tinggal dengannya terpaksa berhenti sekolah. Isteri Marhali sudah tidak peduli lagi dengan suaminya yang tiap hari hanya berjudi dan mabuk-mabuk saja itu. Bukannya wanita itu tidak mahu menyedarkan suaminya supaya insaf diri, tetapi ia sudah patah arang, kerana setiap kali dinasihati suaminya malah melenting marah. Bahkan tidak jarang dia dipukul dengan kasar oleh suaminya. Dua tahun kemudian, tepatnya tahun 1997 suaminya mengalami sakit parah, badannya panas dengan suhu yang agak membimbangkan. Anehnya, demam panas tersebut berlangsung selama sebulan, dan hanya panas tinggi saja, tetapi tidak dapat diubati. Yang memilukan isterinya, meskipun badannya dalam keadaan panas tinggi itu, lelaki itu tak tinggal perbuatan kotornya: berjudi dan mabuk-mabuk.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...

Naik Ke Jabal Qubis Gunakan Tangga Batu

Wan Osman (Allahyarham) mempunyai abang yang menetap di Makkah. Abangnya ialah seorang “Sheikh Haji”. Semua jemaah haji dari Kelantan atas kelolaan abangnya. Oleh kerana Wan Osman seorang pegawai kedutaan, dan abangnya pula seorang “Syeikh Haji” memudahkan saya untuk berurusan membuat ibadah haji, walau pun ketika itu saya belum dipastikan lagi menjadi “Tetamu Kementerian Penerangan Arab Saudi”
Apabila urusan paspot saya sudah beres di airport, dan Wan Osman memberitahu saya: “Anta jangan susah hati, anta akan dapat buat haji, walaupun anta tidak jadi tetamu kementerian...” Semasa di Jeddah, Wan Osman telah menguruskan mengenai “pass” untuk saya semasa berada di Makkah juga di Madinah. Saya telah dibawa ke Kementerian Haji bagi menguruskan “pass istimewa” itu. Akhirnya, saya diberi satu pass. Dengan pass itu, saya boleh pergi ke mana saja dengan menunjukkan pass itu, yang di dalamnya ada tertera nama dan gambar saya serta pekerjaan saya. Nama “journalist” merupakan satu “lesen besar” bagi saya untuk ke mana saja. Sebenarnya, saya ada seorang “sepupu” yang tinggal di Makkah. Namanya Haji Abdullah bin Haji Mohd Yatim. Beliau adalah abang kepada bekas Mufti Melaka, Dato’ Haji Mohd Yunus Haji Mohd Yatim. Haji Abdullah ialah seorang guru yang mengajar di sebuah Madrasah bernama “Madrasah Al-Falah” di Bandar suci Makkah. Wan Osman sudah pun memaklumkan kepada sepupu saya tentang kedatangan saya ke Makkah nak buat haji. Dua hari lagi nak wukuf, Haji Abdullah datang ke Jeddah menjemput saya untuk tinggal bersamanya di “Jabbal Qubbis”. Petang itu saya berangkat ke Makkah.
Pada jam kira-kira 2 pagi saya bersama dengan “Abang Dolah” buat Umrah haji tamato’. Mula-mula saya tawaf dulu, yang ketika itu saya bertemu dengan Pak Kiyai Fathullah Haron yang sedang tawaf. Selepas tawaf saya sa’i dan terus bercukur. Selesailah saya buat umrah haji Tamato’. Oleh kerana buat pertama kali saya menjejakkan kaki ke tanah suci, dan usia pun masih 28 tahun, saya tidak banyak dapat menggunakan peluang, beribadat di Masjidil Haram ketika itu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...

8 Hal Yang Disukai Isteri Dari Suami

TERKADANG kita ingin tahu, apa yang membuat isteri kita senang dalam kehidupan berumahtangga. Berikut ini adalah rangkaian sikap dan sifat yang disukai seorang isteri dari suaminya.

• Penuh Pengertian
Seorang isteri suka diperhatikan dan didengarkan. Dia suka suaminya memahami dan mengerti akan dirinya. Dalam suka dan dukanya. Dalam ceria dan sedihnya. Dia suka suami mengetahui perasaannya. Dia misalnya, suka diberitahu pakaiannya yang mana yang paling disukai suaminya. Atau masakannya yang mana yang paling lazat bagi suaminya. Kerana kata-kata ringan dan lembut amat dinanti-nanti seorang isteri. Setiap kata yang keluar dari lidah dan bibirnya adalah pesan cinta yang ingin dia sampaikan. Dan dia ingin tahu bagaimana suaminya menanggapi pesan cintanya itu. Tangisan seorang isteri itu memiliki sekian banyak makna, boleh jadi kerana sedih, kerana marah, kerana terharu dan bahagia. Dia suka jika suaminya bersabar untuk mengenal setiap jenis air mata yang menitis dari matanya. Pengertian ini menjadi inti dan landasan segala sikap menyenangkan yang mungkin dilakukan seorang suami terhadap isterinya.

• Setia
Kesetiaan adalah syarat utama cinta sejati. Seorang isteri ingin cinta suami itu hanya untuknya. Kerana kecemburuan adalah sebahagian dari cinta. Sapaan sayang di tengah kesibukan, walaupun hanya satu dua minit kata-kata yang disampaikan menerusi telefon, walaupun hanya satu dua kalimat SMS, akan menjadi pengukuh kepercayaannya. Hadiah yang diberikan: murtabak kesukaannya, seikat bunga, atau sebuah jam tangan yang ringkas akan menguatkan cinta. dan mengingati hari ulang tahun serta hari pernikahan akan menjadi bukti kesetiaan suami yang disukai seorang isteri. Tapi seorang isteri yang baik akan mengatakan, “Jangan kerana takut kepada saya, abang bersikap setia. Kerana Allah maha melihat. Itu yang mesti menjadi landasan kesetiaan.”

• Sabar dan Pemaaf
Seorang isteri akan amat bersyukur jika suaminya mahu menerima dirinya apa adanya. Suaminya mampu memaafkan dan bersabar atas kekurangan yang ada pada dirinya. Dia memerlukan waktu untuk membina dirinya. Dia bahkan perlu waktu untuk memahami dirinya sendiri, ketika satu saat dia tidak menjadi dirinya sendiri. Seorang isteri perlu mendapatkan nasihat, akan tetapi itu dilakukan dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. “Kemudian keadaan orang beriman itu adalah saling menasihati dalam kesabaran dan dalam kasih sayang.” (QS Al-Balad) “...dan jika kalian memaafkan, tidak memarahi, dan mengampuni mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” (QS At-Taghabun).

• Teguh Hati dan Bersemangat
Seorang isteri suka melihat suaminya sentiasa berteguh hati dan bersemangat dalam menyelesaikan berbagai tugas dan amanah. Dia suka jika suaminya sentiasa bertanggungjawab menunaikan tugas-tugas di luar rumah dan sekaligus membantu menyelesaikan permasalahan di rumah. Seorang isteri suka melihat suaminya akrab bercengkerama, bermain dengan anak-anak. Dan saat suami sesekali memasak untuk keluarga, ada sentuhan hangat menyentuh relung jiwa seorang isteri. Bagaimana jika suaminya berada  dalam putus harapan atau kehilangan semangat? Seorang isteri akan menerima suaminya berusaha keras untuk melepaskan diri dari keadaan lemah ini. Dia bahkan akan memberikan bantuan dan doa terbaik bagi suaminya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...

Ajaibnya Haiwan Unta

MENGAPA unta boleh bertahan hidup lama di gurun yang sangat panas dan tandus? Ada unsur apa di balik tubuh binatang ini hingga ia mampu berjalan ratusan kilometer tanpa makan dan minum?  Kalau kita berbicara mengenai padang pasir, Timur Tengah, atau negara-negara Arab, pandangan kita pun tidak akan pernah lepas dari haiwan satu ini: unta. Sebabnya, ialah satu-satunya binatang yang boleh bertahan hidup di tengah teriknya matahari hingga 55 darjah celcius. Praktisnya, binatang ini menjadi “kendaraan terbaik” bagi orang yang ingin melewati Padang Pasir. Soal kehebatan unta ini, Islam ternyata jauh-jauh hari telah menggambarkannya dengan sangat baik. Melalui ayat suci al-Quran, kita pun diminta berfikir tentang binatang ini, “Maka apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana unta diciptakan?” (QS. Al-Ghaasyiyyah [88]: 17) Menurut Profesor Dr. Harun Yahya,  kendaraan apa pun yang berjalan dalam cuaca yang panas menyengat seperti di gurun pasir, harus dicipta mampu menahan panas dan terpaan badai (ribut) pasir. Selain itu, dia harus mampu berjalan jauh, dengan sedikit bahan bakar dan sedikit air. Mesin yang paling mampu menahan keadaan sulit ini bukanlah kenderaan bermotor, melainkan seekor binatang, yakni unta. Dengan kata lain, mesin saja boleh mogok bila berhari-hari tidak diisi bahan bakar, tetapi unta boleh melakukannya. Ini luar biasa. Bererti, untuk kes padang pasir, unta hampir boleh mengalahkan semua jenis kenderaan bermesin. “Unta telah membantu manusia yang hidup di gurun pasir sepanjang sejarah, dan telah menjadi simbol bagi kehidupan di gurun pasir. Panas gurun pasir sungguh mematikan bagi makhluk lain. Selain sejumlah kecil serangga, reptilia dan beberapa binatang kecil lainnya, tak ada binatang yang mampu hidup di sana. Unta adalah satu-satunya binatang besar yang dapat hidup di sana. Allah telah menciptakannya secara khusus untuk hidup di padang pasir, dan untuk melayani kehidupan manusia,” tulis Harun Yahya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...

Tiga Hari Bersama Penghuni Syurga

PARA sahabat Nabi s.a.w. terkenal dengan kesalihannya. Mereka pun, sebahagian besar, dijamin masuk syurga oleh Rasulullah s.a.w. Meski begitu, ada saja di antara sahabat yang iri dan teruja ketika Rasulullah menyebut orang lain akan dijanjikan masuk syurga. Salah satunya adalah Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a.
Dalam sebuah hadis diriwayatkan Ahmad dan An-Nasa’i, Anas bin Malik bercerita tentang kejadian bersama Rasulullah s.a.w. “Pada suatu hari kami duduk bersama Rasulullah s.a.w., kemudian baginda bersabda, ‘Sebentar lagi akan muncul di hadapan kalian seorang lelaki penghuni syurga.’ Tiba-tiba muncullah lelaki Ansar yang janggutnya basah dengan air wuduknya. Dia memegang kasutnya pada tangan sebelah kiri.” Esok harinya, Rasulullah s.a.w. berkata begitu juga, “Akan datang seorang lelaki penghuni syurga.” Dan muncullah lelaki Ansar yang sama. Begitulah, Nabi s.a.w. mengulang sampai tiga kali. Ketika majlis Rasulullah selesai, Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a. mencuba mengikuti lelaki yang disebut Nabi sebagai penghuni syurga ini. Kemudian dia berkata kepadanya, “Saya ini bertengkar dengan ayah saya, dan saya berjanji kepada ayah bahawa selama tiga hari saya tidak akan pulang ke rumah menemuinya. Mauhkah kamu memberi tempat tinggalan buat saya selama hari-hari itu?” Abdullah mengikuti orang itu ke rumahnya, dan tidurlah ia di rumah orang itu selama tiga malam. Selama itu, Abdullah ingin menyaksikan ibadah apa gerangan yang dilakukan orang yang disebut Rasulullah sebagai penghuni syurga. Tetapi selama tiga hari itu dia tidak menyaksikan sesuatu yang istimewa di dalam ibadahnya. Kata Abdullah, “Setelah tiga hari aku tidak melihat amalannya sampai-sampai aku meremehkan amalannya, lalu aku berkata, “Hai Hamba Allah, sebenarnya aku tidak sedang bertengkar dengan ayahku, dan tidak juga aku menjauhinya. Tetapi aku mendengar Rasulullah berkata tentang dirimu sampai tiga kali. “Akan datang seorang darimu sebagai penghuni syurga.” Aku ingin memperhatikan amalanmu supaya aku dapat menirunya. Mudah-mudahan dengan amal yang sama aku mencapai kedudukanmu.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...

Nabi s.a.w. Memilih Yang Mudah

ISLAM itu, sebenarnya memudahkan umatnya, bukan menyulitkannya. Jadi, kalau ada yang berpendapat bahawa Islam terlalu “membebani” pemeluknya, hal itu tidaklah benar. Sebab dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. memberi nasihat untuk memilih yang mudah, “Mudahkanlah dan jangan kalian mempersulit. Sampaikan khabar gembira dan jangan membuat mereka lari.” (Muttafaq ‘Alaih) Dari hadis di atas disimpulkan bawah Nabi tidak menghendaki umat Islam ditimpa kesulitan. Makanya, kalau umat Islam dihadapkan pada dua pilihan antara yang sulit dan yang mudah, Nabi menganjurkan memilih yang mudah. Dengan catatan, selama yang mudah itu tidak melanggar aturan Islam [syar’i]. Hal ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a., “Apabila Rasulullah s.a.w. disuruh memilih di antara dua perkara, nescaya baginda memilih yang lebih mudah di antara keduanya, selama itu tidak dosa. Adapun jika itu adalah dosa, maka baginda adalah orang yang paling jauh dari dosa.” (HR. Bukhari dan Muslim) Dalam hadis tersebut begitu jelas bahawa Nabi s.a.w. tidak menghendaki yang serba sulit dalam menjalankan ajaran agama Islam. Merupakan kebiasaan Rasulullah ketika dihadapkan pada dua pilihan; Rasulullah tidak memilih sesuatu yang sulit, melainkan memilih yang mudah. Hal itu tak lain pengajaran Nabi s.a.w. kepada umatnya agar tidak merasa berat dalam menjalani segala ajaran Islam, termasuk dalam melaksanakan ibadah atau ritual Islam.
Dengan cara seperti itu, selain umat Islam menerima ajaran Islam dengan gembira, Nabi s.a.w. juga berharap umat Islam tidak lari. Sebab ajaran Islam itu bukan ajaran yang menakutkan, apalagi membuat meremang bulu tengkuk.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...

Nabi Shaleh Dan Unta Yang Ajaib

DULU di sebelah utara semenanjung Arab, di antara Hijaz dan Tabuk, terbentang sebuah lembah yang luas. Wadi al Qura, namanya. Daerah itu tergolong daerah berbatuan atau pergunungan. Tetapi, tanah di lembah itu tidak kering kerontang dan tandus. Ada galian-galian telaga yang boleh dialirkan ke ladang dan kebun hingga tanah-tanah pertanian di daerah itu mampu menghasilkan buah-buahan sebagai sumber kehidupan. Di daerah itulah, kaum Tsamud – suatu kaum yang muncul setelah kaum ‘Ad musnah di lembah Al Ahqaf - pernah tinggal. Kaum Tsamud bermukim di rumah-rumah yang dibangun di sekitar gunung dan mereka hidup sebagai petani dan penternak. Dengan sumber air dari telaga-telaga yang ada di lembah-lembah itulah, mereka hidup makmur dengan aneka hasil pertanian dan penternakan. Tapi, limpahan anugerah kemakmuran itu tidak membuat kaum Tsamud bersyukur dan ingat Allah yang telah menganugerahi kehidupan mereka. Kaum Tsamud tak menyembah Allah, melainkan menyembah berhala. Ajaran “tauhid dan kebajikan” yang dibawa para nabi-nabi terdahulu, tidak lagi memberikan pelajaran berharga bagi mereka dalam menjalani hidup sehari-hari. Karena itulah, Allah mengutus Nabi Shaleh untuk menunjukkan jalan terang bagi mereka.
Tugas menyebar risalah tauhid itu, memang, tidak ringan bagi Nabi Shaleh. Apalagi, pertama-tama yang harus dilakukan adalah mengajak kaumnya tidak lagi menyembah berhala. Maka, dalam hati, Nabi Shaleh sedih tatkala melihat apa yang dilakukan oleh kaum Tsamud. Pada satu hari, Nabi Shaleh melihat mereka pergi berbondong-bondong ke suatu tempat dan kemudian di tempat itu mereka menyembah berhala. Padahal, berhala itu tidak memberikan manfaat apa pun. Maka, dengan santun Nabi Shaleh pun mengajak mereka sedar, “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selainNya.” (QS. Al-A`raaf [7]: 73). Ajakan itu adalah kata-kata yang sama sebagaimana ditegaskan Nabi sebelumnya, Hud, Nuh dan seluruh nabi dan rasul-rasul Allah. Tetapi, ajaran tauhid itu membuat kaum Tsamud seperti diguncang badai. Apalagi mereka sudah lama menyembah berhala. Meski mereka tidak meragukan kebaikan dan juga kebijaksanaan yang dimiliki Nabi Shaleh, bahkan sebahagian dari mereka menganggap Nabi Shaleh kelak akan menjadi orang yang memiliki kedudukan penting di tengah-tengah mereka  dan akan jadi pemimpin yang kuat bagi kaum Tsamud, tetapi mereka merasa ajakan Nabi Shaleh itu telah menampar muka mereka, terlebih di wajah para pemuka kaum Tsamud. Setelah Nabi Shaleh diangkat jadi nabi, dan mengajak kaum Tsamud ke jalan keimanan, simpati mereka yang dulu sempat disandarkan kepada Nabi Shaleh langsung pupus. Kaum Tsamud seperti malu jika harus meninggalkan ajaran nenek moyang yang diwarisi secara turun temurun. “Sesungguhnya kamu sebelum ini adalah seorang di antara kami yang kami harapkan, apakah kamu melarang kami untuk menyembah apa yang disembah oleh bapak-bapak kami? dan sesungguhnya kami betul-betul dalam keraguan yang menggelisahkan terhadap agama yang kamu serukan kepada kami.”  (QS. Huud [11]: 62)

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...

Kiai Hamid, Ulama Sufi Dari Pasuruan

BAGI masyarakat Jawa Timur, nama Kiai Hamid, dari Pasuruan, barangkali sudah tidak asing lagi. Namanya sangat popular, baik bagi kalangan para pelajar pondok pesantren mahupun masyarakat umum.
Dia dikenali sebagai tokoh ulama pesantren yang sangat disegani dan dikagumi. Sejumlah kalangan juga menilai bahawa ia adalah salah seorang ulama sufi yang sangat santun, tawadhu dan mumpuni dalam bidang ilmu agama. Makamnya sendiri tak pernah sepi dari pengunjung. Hal ini dibuktikan oleh wartawan Hidayah ketika beberapa kali mengunjungi makamnya yang terletak di belakang Masjid Agung Al-Anwar, Pasuruan. Tidak hanya para santri (para pelajar pondok), tapi juga masyarakat umum dari berbagai daerah berdatangan, meski sekadar berziarah ke makamnya. Pondok Pesantren Salafiyah, yang merupakan peninggalannya, hingga kini tetap aktif dan disegani oleh banyak kalangan. Setiap perayaan agama, sejumlah ulama, habib, para pegawai pemerintah, hadir sebagai bukti bahawa Kiai Hamid masih memiliki ‘daya tarikan’ tersendiri, meski beliau sudah meningal dunia 30 tahun silam. Ada banyak kisah yang membuktikan bahawa Kiai Hamid adalah ulama Sufi. Said Amdad, dari Pasuruan, misalnya, pernah membuktikan hal ini. Dia tidak percaya pada keistimewaan seorang ulama sufi. Dia tidak percaya pada apa yang namanya ‘wali’. Dia adalah seorang rasionalis, yang tidak percaya pada hal-hal yang di luar kebenaran akal. Satu ketika, Said Amdad mendengar bahawa Kiai Hamid diakui sebagai seorang sufi oleh beberapa ulama. Dia kemudian ingin sekali membuktikannya. Dia ingin menguji kebenaran tersebut. “Saya ingin diberi makan Kiai Hamid. Cuba dia tahu apa tidak,” katanya dalam hati ketika pulang dari Surabaya. Setiba di Pasuruan dia langsung ke Pondok Pesantren Salafiyah, pimpinan Kiai Hamid. Dia lalu solat isyak di pesantren tersebut dengan tujuan bertemu dengan Kiai Hamid. Selesai bersolat dia tidak langsung keluar, dia membaca wirid dulu. Sekitar pukul 10.30, jemaah sudah pulang semua. Lampu rumah Kiai Hamid pun sudah dipadamkan.
Dia melangkah keluar masjid. Dia melihat orang melambaikan tangan dari arah rumah Kiai Hamid. Dia pun menghampiri. Ternyata yang melambaikan tangan adalah kiai Hamid. “Makan di sini ya,” kata Kiai Hamid.
Mendengar tawaran ini Said Amdad merasa terkejut. Dia lalu menuju ruang makan rumah Kiai Hamid. Di ruang tengah hidangan ternyata sudah tersedia. “Maaf ya, lauknya seadanya saja. Sampainya tidak diberitahu dulu,” kata Kiai Hamid dengan ramahnya. Said Amdad merasa disindir, sebab, sebelum datang ke pondok pesantren tersebut dia memang ingin diberi makan oleh Kiai Hamid sebagai bukti bahawa dia adalah seorang wali. Sejak itu dia percaya Kiai Hamid adalah seorang wali.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...

Memeluk Islam Setelah Baca Majalah Hidayah

PERTAMA kali aku mengenali Majalah Hidayah dari seorang teman. Waktu itu, aku hendak pergi ke gereja untuk belajar Injil, seorang teman menghubungiku melalui telefon dan mengajak bertemu. Kami berdua memang sudah cukup lama tak bersua. Kerana itulah, aku kemudian membatalkan diri pergi ke gereja. Padahal, pergi ke gereja merupakan ‘kewajipan’ yang selalu kulakukan pada setiap hari Ahad. Ibuku bakal melenting marah bila ketahuan aku tidak pergi ke gereja. Nah, temanku itu ternyata suka membaca Majalah Hidayah. Aku perhatikan bacaan majalahnya tampak aneh. Sekilas aku perhatikan majalah berukuran kecil itu. Dari covernya aku mulai terasa ingin tahu apakah isinya. Seingatku, kala itu judul di cover majalah Hidayah itu memuat kisah orang melewati masa-masa sakaratul maut dengan cara mengerikan. Dia mengalami rasa sakit dan terseksa sekali. Aku baru faham bahawa dalam Islam sakaratul maut yang dilewati seseorang sebelum tiba ajalnya terkait erat dengan amal perbuatan dalam hidupnya. Jika ia orang baik, pasti dimudahkan sakaratul mautnya. Tapi, bila ia buruk amal perbuatannya, ia akan merasakan sakitnya sakaratul maut itu. Dalam Islam, perbuatan seseorang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Kerana rasa ingin tahu itulah aku ingin sekali membaca isi majalah itu. Aku lalu beritahunya, “Aku pinjam dulu, ya, majalahnya.”
“Ambil saja,” jawabnya kala itu. Aku lalu membaca majalah itu di rumah. Aku cuba baca berkali-kali. Ada perasaan menyeruak dalam fikiranku. Hingga kemudian aku mulai mengerti dengan apa yang ditulis di majalah ini. Salah satu kolom yang aku sukai di majalah ini adalah Setitis Hidayah, yang memuat kisah-kisah individu bukan Islam yang akhirnya mendapatkan hidayah dan menjadi saudara baru (mualaf). Kisah-kisahnya sangat menarik dan menyentuh hatiku. Bagiku, Hidayah adalah majalah yang berwibawa dan sangat bermanfaat. Aku sangat menyukainya, bahkan aku kini sangat mencintainya. Kisah-kisahnya sangat menyentuh hati. Majalah Hidayah tampil dengan dakwah yang sangat mengena di hati pembacanya. Tidak ketara seperti mahu mengajar, tapi sangat menyentuh hati.  “Sepanjang hidupku baru kali ini aku menemukan majalah yang membuat aku berubah pantas. Maha Suci Tuhan, dari Majalah Hidayah itulah aku mendapatkan hidayah dari Allah, dan akhirnya aku memeluk Islam.” Melalui Majalah Hidayah inilah, aku pertama kali mengenal ajaran agama Islam. Boleh dikatakan bahawa Majalah Hidayah adalah perantara aku mengenal dan memahami apa itu Islam.

Didikan Keras
Aku dilahirkan di Pati, Tayu, Jawa Tengah, dan hari lahirku setiap tarikh 27 Jun. Nama kecilku Widi Setio Rini. Aku anak bongsu dari tiga bersaudara. Kesemuanya wanita. Aku terlahir dari keluarga yang sangat sederhana sekali. Apa adanya. Ibuku beragama Kristian sementara ayahku pula beragama Islam. Kedua kakakku juga beragama Islam. Sejak kecil aku dididik keras oleh ibuku tentang ajaran Kristian. Setiap hari Ahad aku diharuskan ibuku pergi ke gereja. Sebagai anak, aku selalu mematuhi apa kata ibu. Sebenarnya sejak umur antara 8 atau 9 tahun aku mulai tertarik dengan Islam. Tapi, kerana pengawasan ibu begitu ketat dan keras, aku selalu dimarahi bila berhubungan dengan sesuatu yang berbau Islam. Pernah satu ketika aku dimarahi ibu lantaran mengintip anak-anak seusiaku mengaji di surau. Kalau ibu sudah marah, marahnya tidak terbatas. Aku pernah dipukul, dilempar dan bahkan dipaksa tidur di lantai. Kerana aku masih kecil, aku hanya mampu menangis dan merintih. Aku bahkan menangis meronta-ronta, kedua tanganku diikat di kayu, lalu diberi semut merah, sambil disebat dengan kayu. Pendek kata, ibuku memang sangat ‘kejam’ kepadaku mengenai agama. Dia menginginkan aku menjadi penganut Kristian yang taat. Tapi, sejak kecil aku sudah tidak suka. Masa-masa itu adalah masa-masa keras yang aku terima dari ibuku. Masa itu adalah masa perjuanganku menghadapi seksaan keras ibuku. Dari kecil, aku juga sudah terbiasa kerja keras. Setelah lulus Sekolah Dasar (SD) aku tidak melanjutkan sekolah lagi. Padahal, dari pihak gereja telah menawarku masuk sekolah SMP secara percuma. Aku tolak dan tidak mahu bersekolah.

Selanjutnya dapat Hidayah Disember 2012 di pasaran...

Saat Al-Quran Hadir Di Latvia

Latvia hanyalah sebuah negara kecil di Eropah. Tapi, siapa sangka negeri yang kecil ini memiliki seorang muslim berpengaruh. Ya, negara ini tercatat dalam buku “500 Most Influential Muslims” (500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia) yang diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre, lembaga kajian bebas mengenai Islam yang berkedudukan di Amman, Jordan. Buku itu sendiri dikarang oleh ahli Islam terkemuka, John L. Esposito. Nama Uldis Berzins dan Latvia disebut disela-sela nama besar tokoh muslim dunia seperti Recep Tayyib Erdogan (Turki), Yusuf Al-Qaradhawi, Sayyed Husein Nasr (Pemikir Islam) dan sebilangan yang lain lagi. Siapakah Uldis Berzins? Dia seorang penyair, pensyarah dan penterjemah. Sejak tahun 2002 Uldis mengajar bahasa Turki di Fakulti Bahasa, Universiti Latvia. Namanya menjadi terkenal setelah ia berhasil menterjemah al-Quran ke dalam bahasa Latvia. Uldis adalah orang pertama yang melakukan itu dan ia menghabiskan 15 tahun untuk menyelesaikan projek perdana tersebut. Al-Quran terjemahan bahasa Latvia sudah diterbitkan tahun 2009 dan menjadi satu tonggak penting perkembangan Islam di Latvia. Uldis lahir di Riga, ibukota Latvia. Kesusasteraan dan bahasa adalah minatnya sejak muda. Ia sempat belajar di beberapa universiti berkaitan bidang itu antaranya adalah Univerisiti Negeri Moscow (Rusia), Universiti Negeri Tashkent (Uzbekistan), dan Universiti Reykjavik (Island). Uldis cukup terkenal sebagai penyair. Puisi-puisinya diterjemahkan dalam beberapa bahasa seperti Jerman, Sweden, Estonia dan lainnya. Tapi karya terjemahan al-Qurannya boleh dianggap karya terbesar dalam kerjayanya. Waktu 15 tahun yang ia habiskan untuk menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Latvia membuktikan ia sangat serius pada projek itu. Karyanya itu kini menyebar ke seluruh pelosok negeri dan menjadi rujukan bagi masyarakat dan individu muslim Latvia atau bukan muslim Latvia yang ingin tahu dasar-dasar ajaran Islam.
“Saat menterjemahkannya kadang-kadang saya tak dapat pergi kemana-mana, bahkan saya terkadang melewatkan waktu makan. Saya bekerja bersama beberapa orang ahli Islam yang saya ajak diskusi mengenai bagaimana baiknya tata-bahasa dan penafsiran atas al-Quran ke bahasa Latvia,” ujar Uldis. sebagaimana dipetik dari voa-islam.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...

Islam Angkat Darjat Wanita Hingga Ke Syurga

I. Wanita Sebelum Islam Dalam Pandangan Masyarakat Arab Jahiliyyah
Keadaan wanita dalam pandangan bangsa Arab sebelum Islam sangatlah hina dan rendah. Bahkan terlalu rendah dan hinanya, wanita pada masa itu diletakkan pada darjat yang tidak selayaknya bagi manusia. Semua hak mereka dihapus, termasuk hak mengemukakan pendapat yang berhubungan dengan kepentingan hidup mereka sekalipun. Mereka tidak boleh menerima harta warisan, kerana dalam tradisi mereka, orang yang berhak mendapatkan harta warisan hanyalah mereka yang sanggup berperang dan mampu melindungi anak-anaknya. Wanita tidak mempunyai hak untuk menolak atau sekadar memberi saran dalam urusan pernikahannya. Segala urusannya diserahkan kepada walinya, bahkan seorang anak laki-laki berhak melarang bekas isteri ayahnya untuk menikah lagi, kecuali jika sang janda memberikan semua harta yang diterima dari suaminya kepada anak laki-lakinya itu. Seorang anak laki-laki juga berhak berkata: “Akulah yang mewarisi bekas isteri ayahku sebagaimana aku mewarisi harta warisan lainnya dari ayahku.” Ertinya, anak laki-laki tersebut berhak menikahi bekas isteri ayahnya tanpa mahar atau menikahkannya dengan laki-laki lain dengan syarat maharnya diserahkan kepada anak laki-laki tersebut. Dalam sebuah riwayat dari Ibnu Abbas disebutkan: “Jika seorang laki-laki ditinggal mati ayah kandung atau ayah mertuanya, dialah yang lebih berhak atas isteri mereka. Dia berhak menjadikannya sebagai isteri (tanpa mahar) atau menahannya (melarang nikah dengan laki-laki lain), kecuali setelah menebus dirinya dengan mahar (yang didapat dari suaminya) atau menahannya sampai wanita itu mati, lalu anak laki-laki itulah yang berhak atas semua harta bendanya. Di samping itu, seorang laki-laki Arab pada masa jahiliyyah bila diberitahu isterinya telah melahirkan anak perempuan, seketika itu merah padamlah wajahnya kerana menahan marah, sedih dan malu seakan sebuah malapetaka besar telah menimpanya. Allah s.w.t. berfirman yang ertinya: “Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, menjadi merah padamlah mukanya dan dia sangat menahan (marah, sedih dan malu). Ia lalu menyembunyikan diri dari orang banyak lantaran buruknya berita yang disampaikan kepadanya. (Tiada pilihan lain baginya selain) tetap memeliharanya dengan menanggung kehinaan atau menguburkannya hidup-hidup. Ketahuilah, betapa buruknya keputusan yang mereka ambil itu.” (QS. An-Nahl: 58-59) Itulah tradisi masyarakat Arab jahiliyyah yang sangat sadis iaitu mengubur anak perempuan hidup-hidup. Perilaku ini pantas disebut sebagai puncak kekerasan hati, kasarnya perangai dan puncak kekejaman. Mereka mempunyai alasan dan motivasi yang berbeda-beda dalam soal penguburan anak perempuan hidup-hidup. Ada yang melakukannya lantaran ingin menjaga kehormatan dan khuatir bila sampai tertimpa aib, kerana mereka adalah kaum yang gemar berperang dan melakukan penyerangan. Jika mereka tetap memelihara anak perempuan, hal itu sangat memungkinkan nantinya anak perempuan mereka akan menjadi tawanan musuh. Jika hal itu sampai terjadi, bererti ayahnya telah tertimpa aib yang sangat memalukan. Ada juga yang melakukan penguburan anak perempuan hidup-hidup kerana kesulitan mencari rezeki atau kerana miskin. Kabilah lain ada juga yang melakukannya bukan kerana alasan cemburu atau takut tertimpa aib, melainkan hanya kerana anaknya cacat, seperti warna kulitnya hitam, pincang, lumpuh atau sebab yang lain. Adat tersebut baru hilang setelah Islam datang, kerana Islam memang mengharamkan dan mengecam perbuatan tersebut.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...

Monday, December 10, 2012

Temui Rasulullah s.a.w. Dalam Mimpi

SALAH satu pecinta selawat Nabi s.a.w. adalah Sayyid Ahmad bin Tsabit al-Maghriby. Beliau adalah salah seorang ahli tarekat yang gemar melakukan suluk. Beliau memutuskan sebagai pengamal selawat Nabi setelah merasakan kegembiraan luar biasa dan cahaya Rasul yang dilimpahkan Allah ke dalam relung hatinya disebabkan cintanya kepada Rasulullah s.a.w. Karya gemilangnya dalam bidang selawat adalah ‘al-Tafakkur wa al-I’tibar fi fadhli al-Shalat ala an-Nabiyy al-Mukhtar’. Buku ini berisi hasil perbandingannya terhadap unsur-unsur alam ini yang kemudian ia tuangkan dalam selawat Nabi dengan harapan seperti dalam hadis Rasulullah s.a.w.: “Berfikir sesaat lebih baik daripada ibadah satu tahun”. Kemudian Sayyid Ahmad bin Tsabit bercerita dalam buku tersebut: Pada satu malam aku bermimpi menyaksikan dua orang lelaki bertengkar hingga saling berbantah-bantahan. Kemudian salah satunya berkata: “Marilah kita menghadap Rasulullah untuk mencari keputusan”. Mereka pun berjalan dan aku mengikutinya dari belakang. Sampailah kami di sebuah tempat yang agak tinggi, lalu salah satunya berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang ini menuduhku membakar rumahnya”. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apakah kamu ingin melihat dirimu dibakar api neraka?” Lalu aku terbangun tanpa sempat berkata sepatah pun dalam mimpiku itu. Aku kemudian berdoa kepada Allah agar Ia memperlihatkan kepadaku kelanjutannya. Maka aku tertidur, tiba-tiba, aku sudah berada di sebuah tanah lapang. Sayup-sayup terdengar suara: “Wahai orang-orang yang ingin melihat Rasulullah, marilah ikut kami”. Tiba-tiba ada rombongan orang yang mengikuti kami, mereka berpakaian serba putih, maka aku berkata kepada salah satu dari mereka: “Hai kamu, aku minta padamu dengan nama Allah Yang Maha Agung dan dengan kemuliaan NabiNya yang mulia, agar kamu beritahukan kepadaku dimanakah Rasulullah s.a.w.?” Ia menjawab bahwa Rasulullah berada di tempat seseorang.
Maka aku berdoa kepada Allah dengan kemuliaan selawat kepada NabiNya agar Allah menyampaikan diriku di hadapan Rasulullah sebelum sampainya rombongan itu, agar aku dapat berduaan dengan baginda dan mengutarakan keperluanku. Tiba-tiba aku terangkat oleh sesuatu bagaikan kilat yang membawaku ke hadapan Nabi s.a.w. Kudapati Nabi s.a.w. sedang menghadap kiblat sementara cahayanya memancar dari wajahnya. Aku pun mengucapkan salam.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...

Tidak Setuju, Tapi 'Sapu' Juga

Nampaknya ada yang tidak setuju kasi hadiah wang tunai kepada orang ramai. Kata depa, membazirkan wang rakyat...Hai! Kerajaan beri wang percuma pun dianggap membazir? Orang-orang miskin macam Pak Syeikh dapat RM500, sikit punya belanja ke? Kemudian kerajaan nak beri lagi sebanyak itu juga sebelum pilihanraya. Pak Syeikh fikir wang sebanyak itu bukanlah satu pemberian yang kecil. Orang-orang miskin dapat wang sebanyak itu, tentu mereka beli daging ayam, ikan besar untuk makan anak beranak. Pak Syeikh tak fikir mereka yang tak setuju dan bantuan pemberian BR1M itu tak sapu juga? Pak Syeikh fikir depa pun sapu sama... Dulu-dulu sebelum Najib jadi PM, pemberian macam ini dalam bentuk cash tak pernah dibuat. Sebenarnya, ada dibuat tetapi dalam bentuk lain. Tidak seperti sekarang diberi dengan “cash”? PM-PM dulu pun ada beri, tetapi melalui satu saluran lain. Benda tu tak sampai kepada merata orang. Hanya orang-orang tertentu saja yang terima. Tentulah ada kroni-kroni depa saja yang terima habuan yang bukan dalam bentuk “cash”. Barang kali Najib nampak semua ini, dan beliau tidak mahu hal macam tu lagi, kerana bantuan itu tidak sampai ke akar umbi. Sikap sapu, zaman sapu sejak dulu-dulu lagi dah ada. Jadi, kalau zaman ini ada yang beri percuma macam Najib beri ni, hanya mereka yang tertentu yang dapat. La ni, sistem yang dibuat oleh Najib cukup cantik. Mereka yang gaji RM3,000 ke bawah saja yang boleh terima. Mereka yang terima ini mesti isi borang, kemudian dihantar kepada Jabatan Cukai Pendapatan macam mana dengan kedudukan orang yang minta dalam borang ini. Kalau orang ini masih bayar cukai, bererti orang ini ada “incomenya” setiap bulan. Jadi, kaki-kaki “sapu” tak ada peluanglah nak “sapu” lagi kali ini, kerana borang yang dimuatkan itu lengkap dengan butir-butir peribadi. Dalam pada itu pun, ada juga yang buat “kong kali kong”. Pendeknya, pasal duit, apa pun depa boleh lakukan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...

Mengenal Allah Melalui Hidup Dan Mati

KESAN terbaik dari memahami kematian adalah memahami si pencipta kematian itu sendiri, Allah s.w.t. Mematikan makhluk adalah bukti kekuasaanNya. Bumi yang kering, yang mati, tidak boleh ditanami, boleh ia hidupkan hingga tumbuhan yang bermanfaat kemudian tumbuh di atasnya. Allah menghidupkan (al-Muhyi) dan ia juga yang mematikan sesuatu (al-Mumit) Allah s.w.t. berfirman: “Perhatikan bekas-bekas rahmat Allah. Bagaimana Allah menghidupkan bumi yang sudah mati. Sesungguhnya (Tuhan yang berkuasa seperti) demikian benar-benar (berkuasa) menghidupkan orang-orang yang telah mati. Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.” (QS. Ar-Rum: 50) Kerananya, memahami kematian adalah pintu makrifatullah pula. Lewat kematianlah kita mengenal dua asmaNya yang telah disebut tadi Al-Muhyi dan Al-Mumit. Tak hairan kemudian para sufi segala zaman memiliki pandangan dan membahas dua asma ini dalam karya-karya mereka. Al-Muhyi sendiri menurut Khatabi adalah Zat yang menghidupkan sperma yang mati, kemudian dikeluarkan darinya jiwa yang hidup dan menghidupkan raga-raga yang sudah membusuk dengan mengembalikan jiwa ke dalamnya pada hari Kebangkitan kelak. Al-Muhyi juga yang menghidupkan hati dengan cahaya pengetahuanNya dan menghidupkan hati dengan cahaya pengetahuanNya dan menghidupkan bumi yang mati dengan menurunkan hujan dan menumbuhkan tanaman. Sedangkan al-Mumit adalah zat yang mematikan orang-orang yang hidup dan melumpuhkan kekuatan-kekuatan orang-orang yang sihat lagi kuat dengan kematian. Allah s.w.t. berfirman: “KepunyaanNya-lah kerajaan langit dan bumi. Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (QS. Al-Hadid: 2) Sekali lagi, lewat kematian kita memahami hidup, lewat hidup kita memahami kematian, dan yang paling tinggi lewat kematian ini kita memahami Allah s.w.t. sendiri. Hidup dan mati merupakan dua buah misteri menarik yang harus dijalani oleh makhluk hidup baik itu manusia, jin, burung-burung, ikan-ikan dan cacing.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...

Kisah Abu Jahal Rampas Harta Orang Nasrani

DALAM masa Rasulullah s.a.w. masih lagi berada di Makkah, berbagai peristiwa berlaku. Kepada Bagindalah semua orang mencurahkan isi hati mengadu berbagai perkara. Ada yang bertemu dengan Nabi s.a.w. untuk mendapatkan nasihat. Ada pula yang datang mengadukan pelbagai perkara. Kadang-kdang hal yang kecil pun, Baginda sendiri yang menguruskannya sehingga perkara itu selesai. Ada satu riwayat diceritakan bahawa pada satu ketika Rasulullah s.a.w. bersama sahabat sedang duduk-duduk membincangkan pelbagai perkara mengenai agama. Dalam perbincangan tersebut termasuk juga seorang sahabat Nabi s.a.w. yang paling setia Abu Bakar As-Siddiq r.a. ketika itu kebetulan Rasulullah berada di rumah ayah mertuanya, Abu Bakar Siddiq. Ketika sedang berbual-bual, tiba-tiba terdengar pintu rumah, di ketuk orang. Bilal bangun dari duduknya dan pergi ke muka pintu. Dilihatnya ada seorang lelaki berbangsa Nasrani berdiri di depan muka pintu. Lelaki Nasrani itu bertanya: “Adakah Muhammad bin Abdullah ada di sini?” Bilal menjawab: “Ada,” dan lalu mempersilakan lelaki berbangsa Nasrani itu masuk. Kemudian lelaki itu berkata kepada Rasulullah s.a.w. “Wahai Muhammad, engkau mendakwa diri kamu Rasulullah, kalau benar demikian, maka hendaklah engkau menolongku terhadap orang yang telah menganiaya saya.”
Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya: “Apakah masalahnya. Katakanlah kepadaku siapakah orang yang menganiaya kamu?” Orang Nasrani itu berkata: “Abu Jahal bin Hisyam telah merampas harta saya.”
Sebaik sahaja Rasulullah mendengar aduan orang Nasrani itu baginda pun bangun, ketika itu adalah waktu tengah hari. Apabila Rasulullah mahu pergi ke rumah Abu Jahal, Bilal dengan segera memberitahu Rasulullah bahawa waktu ini Abu Jahal sedang tidur. “Sekarang dia sedang tidur tengah hari, kalau Rasulullah pergi waktu dia sedang tidur, kami khuatir dia akan marah dan mungkin akan menyakiti engkau,” ujar Bilal kepada Rasulullah dengan nada bimbang. Walaupun telah mendengar kata-kata Bilal itu, Rasulullah tetap ingin meneruskan niatnya untuk pergi ke rumah Abu Jahal. Sesampai saja Rasulullah di rumah Abu Jahal Baginda mengetuk pintu rumah Abu Jahal dengan keadaan marah. Apabila Abu Jahal mendengar suara mengetuk pintu rumahnya, dia pun membuka pintu rumahnya. Sebaik sahaja pintu rumah terbuka maka Abu Jahal terpandang Rasulullah lalu berkata: “Masuklah ya Rasulullah, mengapa kamu tidak menghantar wakil kamu  sahaja, sudah tentu aku akan datang sekiranya kamu memanggil aku.” Rasulullah pun berkata: “Wahai Abu Jahal, kamu telah merampas harta orang Nasrani ini, oleh itu hendaklah kamu kembalikan hartanya.”
Apabila Abu Jahal mendengar kata-kata Rasulullah itu dia pun berkata: “Apakah hanya disebabkan ini engkau datang ya Rasulullah. Kalaulah engkau hantarkan wakilmu sahaja, sudah tentu aku kembalikan harta orang ini kepadanya.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...

Saat Kewajipan Solat Gugur

PADA dasarnya seorang muslim memang harus menjalankan kewajipan solat tepat pada waktunya. Masing-masing waktu solat itu sudah ada ketentuannya yang jelas. Ini dipertegas Allah s.w.t. dalam firmanNya, “Sesungguhnya solat itu adalah fardu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”  (QS. An-Nisa’: 103). Dari sini dapat difahami, seorang muslim dituntut mengerjakan solat wajib di dalam waktunya. Sebab solat adalah ibadat utama dalam Islam. Di samping solat merupakan bukti pengabdian kepada Tuhannya, solat juga sarana hubungan yang rapat antara seorang hamba kepada Tuhannya.
Oleh kerana itu, agama menuntun umatnya untuk segera melaksanakan solat jika waktunya telah tiba dan tidak perlu menunda-nundanya. Keutamaan solat tepat waktu ini disebutkan dalam sebuah dialog antara Abdullah bin Mas’ud dengan Rasulullah s.a.w., “Amal apa yang paling dicintai oleh Allah s.w.t.?” Rasulullah menjawab, “Solat pada waktunya.” Ia bertanya lagi, “Kemudian apa?” Rasulullah bersabda, “Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” Kemudian apalagi ya Rasulullah?” Rasulullah bersabda kembali, “Berjihad di jalan Allah.” (HR. Bukhari dan Muslim). Dialog tersebut jelas sekali menyatakan bahawa solat tepat waktu sungguh sebuah keutamaan. Ini bererti barang siapa yang mengamalkan sabda Nabi tersebut telah membuktikan kecintaannya kepada Nabi dan Tuhannya. Kerana aturan main soal waktu solat wajib sudah jelas, maka akibatnya siapa saja yang mengakhirkannya dari waktu yang telah ditentukan tanpa ada halangan, ia berdosa. Namun seseorang boleh saja melakukannya tidak berada dalam waktunya apabila ada suatu uzur (halangan) dan ini tidaklah berdosa. Di dalam kajian fiqih, sejumlah uzur ini ada yang sifatnya menggugurkan kewajipan solat sama sekali (ertinya tidak ada kewajipan menggantinya) dan ada uzur yang harus diganti dengan cara mengqadha’. Berikut ini, adalah panduannya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...

Masuklah Islam Keseluruhannya

Indonesia sebagai negara dengan penduduk muslim terbesar di dunia, kerapkali membuat umat Islam yang lahir di Indonesia berbesar hati. Tapi, ironisnya, jika melihat sikap keberagamaan umat Islam Indonesia, rasanya, tidak sedikit perilaku penduduk muslim Indonesia yang justeru menyentuh atau melukakan hati.
Peratus jumlah penduduk muslim terbesar itu tidak sepenuhnya menunjukkan wajah Islam yang sebenarnya; Islam yang kaffah. Keadaan itu seakan menegaskan bahawa kuantiti umat Islam di negeri ini tidak berbanding lurus dengan kualiti mengamalkan ajaran Islam. Indonesia memang negeri yang penuh ironi. Negeri yang memiliki warga muslim terbesar dunia ini justeru, dalam perilaku keseharian, tak menunjukkan fenomena yang melegakan. Islam yang seharusnya jadi obor menentang amalan “rasuah”, malah kerap diabaikan sebahagian pemeluknya. Bahkan, perilaku tidak bermoral itu dilakukan berjemaah. Dalam hubungan lain, pelaksanaan ibadah haji, zakat, puasa dan solat pun masih menunjukkan gambaran yang tempang. Ketika musim haji tiba, muslim Indonesia seakan saling berlumba-lumba untuk pergi haji bahkan jauh melebihi kuota – hingga jemaah haji Indonesia lainnya “harus rela” menanti daftar tunggu. Tapi, giliran ibadah yang menuntut kesalihan sosial, seperti zakat –sedekah dan infaq - nyaris bertolak belakang. Wajar, kalau kemudian muncul kelakarnya jika ibadah haji orang rela menunggu, tapi nyaris tak dijumpai gelombang ‘menunggu’ yang panjang untuk orang-orang berzakat (sedekah dan infak). Padahal, kalau dana zakat dimanfaatkan untuk kemaslahatan umat Islam Indonesia, tidak dapat disangsikan, boleh menjadi “solusi” kemiskinan. Tetapi, harapan itu sampai detik ini masih menjadi sebuah mimpi. Lalu, apa yang salah dalam amalan keberagamaan umat Islam Indonesia? Mudah saja, amalan keberagamaan tidak selaras dengan kehidupan sehari-hari. Tidak sedikit umat Islam (Indonesia) yang mendirikan solat dan menunaikan puasa, tetapi ibadah itu tak dapat menjadikan kehidupan yang dijalani menjadi lebih baik. Alhasil, rasuah (korupsi) terus berleluasa, kesedaran zakat terbilang rendah dan bahkan orang-orang berlumba-lumba pergi haji tapi lupa dengan kesusahan yang dialami tetangga di sekitarnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...

Mengikat Jalinan Menantu Dan Mertua

Dia anak, menantu perempuan, dan dia ibu, mertua perempuan.  Keduanya resmi menjadi anak dan ibu kerana simpulan pernikahan yang mengikat antara sang menantu dan anak sang mertua. Sebutlah si dia menjadi Siti, dengan usia yang masih belia: 20  tahun. Sementara si dia - mari kita panggil Mamah - berusia kepala 5. Dikatakan, perkahwinan Siti dan anak si Mamah belum genap setahun. Belum ada apa-apanya untuk hubungan suami isteri. Masih sangat hijau. Masih perlu tempoh waktu untuk menguji ketahanan mahligai perkahwinan. Tapi, siapa sangka, usia yang seharusnya masih asyik-masyuk pasangan suami isteri ini justeru hampir terkandas. Ada soal sederhana, tapi juga tidak sederhana; konflik menantu dan mertua, dan si suami dalam dilema. Kebetulan, mereka tinggal serumah. Siti merasa Mamah begitu membebaninya dengan tugas-tugas dalam rumah, sedang Mamah merasa Siti tidak begitu cekatan dan lembam dan juga tidak perhatian kepadanya. Mereka tidak mesra. Selalu ada selisih faham. Selalu ada ruang yang kian menjauhkan mereka. Hujung-hujungnya, kerana sang Mamah, Siti dan suaminya kerap ribut; perang mulut dan uraf syaraf. Hal ini memicu ketidakyakinan suami dan Siti untuk mempertahankan biduk rumah tangganya lebih lama. Mereka sedang dalam keadaan serba salah: bercerai atau tidak?

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...

Monday, November 12, 2012

Variasari Keluaran November 2012

Sudahkah anda memiliki Variasari edisi November 2012? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan... Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai. Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan. Dapatkan segera majalah Variasari keluaran November 2012 sebelum terlambat. 

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin

Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Dalam Variasari November 2012















Hidayah November 2012

Hidayah keluaran November 2012 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja Dalam Hidayah


Langganlah Segera Melalui Pos


Salam Kami

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Masa yang terus merangkak dan berlalu meninggalkan kita. Sedar tak sedar kita sudah berada hampir penghujung tahun 2012. Kehadiran penghujung tahun ini mengejutkan kita yang sentiasa dibelit dengan kesibukan hidup sehari-hari. Begitu sibuk dengan hal dunia, kita kadang-kadang terlalai dengan kewajipan sebagai seorang muslim. Contohnya dalam kewajipan bersolat lima waktu, ada yang mengabaikan, melupakan dan menganggapnya sebagai persoalan yang remeh. Pembaca budiman, apalah ertinya kehebatan kita dengan pelbagai kejayaan dan kedudukan yang diraih. Ianya tidak bererti sama sekali seandainya kita mengabaikan kewajipan bersolat lima waktu atau meringan-ringankan ibadat solat. Apabila bersolat ditunaikan di hujung-hujung waktu, atau diqadha apabila masa lapang atau ditinggalkan terus apabila dijamah kesibukan. Alangkah malangnya jika berada dalam kelompok manusia seperti itu. Memanglah Allah tidak menghukum serta merta setiap hambaNya yang ingkar dengan perintahNya, tapi amat malang apabila hidup tidak ada keberkatan walaupun hidupnya gemilang dijulang pelbagai kejayaan. Hidayah dalam keluaran kali ini mengemukakan kisah ‘iktibar 1’ yang sungguh menyentuh kalbu. Bagaimana seorang pemuda salih mengalami keajaiban dalam keadaan ‘koma’ dikebumikan dan mengalami peristiwa aneh yang perlu dijadikan renungan kita bersama. Pembaca juga dialu-alukan menghayati ‘Kisah iktibar 2’ yang memaparkan pula mengenai seorang wanita yang istiqamah dalam menjaga wuduknya saban waktu. Hidayah akan terus dengan tradisi ‘berdakwah melalui pembacaan’. Kami bersyukur dengan kerjasama dan sokongan para pembaca yang membolehkan Hidayah tetap unggul dihati peminatnya dari dulu, kini dan seterusnya. Alhamdulilllah. Kita berjumpa lagi dalam keluaran akan datang.
Wassalam!

Pengarang.
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Air Zam-Zam Kisah Agung Dalam Sejarah Islam

KELUARAN kali ini kita paparkan mengenai “Air Zam-Zam”. Kisah atau pun cerita “air zam-zam” ini memang sangat popular. Ia merupakan satu kisah yang amat besar dan agung dalam sejarah Islam itu sendiri. Air itu datangnya dari syurga. Ia menjadi minuman Nabi Ismail a.s. dan ibunya Siti Hajar. Para ahli sejarah dan para ulama itu sendiri berselisih pandangan dan pendapat mengenai air zam-zam itu sendiri, dan kemunculannya. Memang sudah menjadi Sunatullah, Nabi Ibrahim mendapat arahan Allah supaya membawa anaknya Ismail dan isterinya Hajar di kawasan itu. Sedangkan Ismail ketika itu masih menyusu lagi.
Nabi Ibrahim meninggalkan sedikit air untuk isteri dan anaknya. Kemudian air itu habis. Menurut cerita, Ibrahim meninggalkan isteri dan anaknya di situ. Ketika telah kehabisan air, Siti Hajar mencari air dan berlari-lari anak dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Larian anak itu sebanyak tujuh kali. Dari perbuatan Siti Hajar itulah dijadikan atau pun disunnahkan Sa’i (berlari kecil) antara Safa dan Marwah. Kemudian Ismail menghentak-hentak kaki dan menjerit-jerit (sebagaimana jeritan bayi yang lapar untuk menyusu atau mahu minum air), di mana kakinya dihentakkannya ke tanah. Lalu Allah s.w.t. mengalirkan air dibawah kakinya. Siti Hajar melihat peristiwa itu setelah dia mencari air tidak berjumpa, lalu datang semula ke tempat anaknya Ismail yang ditinggalkan itu. Itu kisah yang dinukilkan dalam kitab-kitab agama dan yang diberitahu oleh ustaz-ustaz kita dalam kuliah-kuliah agama apabila bercakap tentang kisah air zam-zam, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Siti Hajar dan Siti Sarah. Apa kira pun, apa cerita pun yang kita tahu yang diceritakan dan yang dikisahkan bahawa air zam-zam sudah wujud sejak dulu-dulu lagi, entah berapa ribu tahun dulu.
Sekarang ini kalau kita pergi ke Makkah dan dimana saja di seluruh Arab Saudi, kita akan dapat merasa minum air zam-zam. Sehingga di dalam Masjidil Haram, dan masjid Nabawi di Madinah, pihak berkuasa Kerajaan menyediakan kemudahan untuk kita minum air zam-zam. Pada hakikatnya, air zam-zam anugerah Allah s.w.t. Mengenai perkara ini, Wahab bin Munabih pernah menyatakan: “Demi Allah yang jiwaku dalam genggamannya! Sesungguhnya ia dijamin dalam kitab Allah s.w.t. sebagai satu anugerah (pemberian), sesungguhnya ia di dalam kitab Allah s.w.t. adalah minuman orang-orang baik, dan sesungguhnya ia di dalam kitab Allah s.w.t. adalah makanan ubat bagi penyakit.” Ibnu Khutsaim mengatakan bahawa Wahab bin Munabbih datang kepadanya dengan mengeluh sakit. Ia pun datang untuk menziarahinya dan mendapati air zam-zam yang ada disisinya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...

Selepas 'Koma' Dan Dikuburkan

SIAPA pun akan mencintai pemuda ini. Ya, Salman (bukan nama sebenarnya) adalah seorang pemuda yang salih. Dia fasih mengaji Quran, rajin berselawat dan aktif ke masjid. Tutur katanya pun begitu santun, sangat terjaga. Usianya baru sekitar awal 20-an. Tak aneh, banyak orang yang diam-diam mengidamkannya menjadi menantu. Setiap kali ada kegiatan di masjid, Salman selalu hadir. Ia ringan membantu segala hal di masjid; menggulung permaidani, membersihkan lantai dan lain sebagainya. Terkadang ia jugalah yang melaungkan azan. Tapi tak ada yang pernah tahu tempoh usia seseorang itu. Satu ketika, Salman diberitakan meninggal dunia. Dia sebenarnya tak terdengar sebelum ini mengalami sebarang penyakit kronik apa-apa atau sakit jantung. Khabar kematian Salman tentu saja membuat orang yang mengenalinya terkejut. Usia semuda itu, pemuda sesalih itu, ternyata berumur pendek. Hal ini mendatangkan perasaan hiba bagi siapa saja yang dekat dengannya. Salman dikatakan tidur di biliknya di siang hari itu. Saat azan asar berkumandang dia tak keluar dari bilik seperti biasanya. Bagitu pun pada waktu maghrib. Barulah ketika itu ibunya curiga dan memeriksa bilik Salman. Betapa terkejutnya ibu Salman mendapati anaknya sudah tak bernyawa lagi. Dengan perasaan sedih, tersebarlah berita kematian Salman kepada para tetangga. Demi melihat kebaikan pemuda itu, ramailah orang-orang yang datang menziarahi ‘jenazah’. Rata-rata mereka merasa prihatin, sebab Salman sangat mereka harapkan dapat berbuat banyak di dunia dakwah di kampung mereka. Pembawaannya yang tenang, sifat sopan santunnya, serta potensinya yang besar dalam ilmu agama, sungguh, akan dapat berguna bagi masyarakat kelak di kemudian hari. “Pemuda itu sangat baik, kelihatan salih orangnya. Sayang sekali usianya pendek,” ujar Kinah yang menjadi sumber kisah ini kepada Hidayah, yang tak mahu nama sebenarnya dipaparkan. Maka demikianlah, kampung kecil di sebuah daerah, Jawa Barat itu, mendadak ramai orang yang berkumpul di rumah keluarga si mati. Rumah sederhana milik keluarga Salman seperti tak henti-henti menerima tetamu yang menyatakan takziah. Beberapa diantaranya membawa beras dan menghulurkan sumbangan wang untuk meringankan beban keluarga itu. Dalam waktu yang sama majlis pembacaan ayat suci al-Quran dan bacaan surah Yassin dilangsungkan. Suasana sekitar kelihatan syahdu dan khusyuk sekali. Sebagaimana lazimnya keluarga muslim yang taat, keluarga Salman tidak ingin menunda-nunda urusan menguburkan jenazah. Rencananya, malam itu juga jenazah Salman segera dikuburkan. Kebetulan kawasan tanah perkuburan pun tak terlalu jauh. Orang-orang juga setuju kerana tenaga cukup banyak dan persiapan tak akan memakan waktu lama sebab peralatan mudah didapatkan.
Maka, setelah persiapan siap dilakukan, segeralah ‘jasad Salman’ disolatkan di masjid. Selanjutnya, keranda jenazah diusung ke tanah perkuburan. Di sana, lubang liang lahadnya sudah siap. Tak aneh, bila proses penguburan pun segera dilaksanakan tanpa sebarang halangan. Jasad Salman diletakkan pelan-pelan ke dalam liang lahad. Setelah dimiringkan dan disendal dengan kepalan tanah tanah, papan-papan pelindung yang ditaruh dalam posisi miring pun disusun.

Ternyata pemuda itu belum mati
Tanah kuburan pun segera ditimbus. Hingga terciptalah gundukan tanah di perkuburan Salman. Selesai pembacaan doa talkin, mereka yang mengiringi jenazah pun segera pulang. Hari memang sudah beranjak malam dan udara sudah mulai dingin. Perkuburan itupun kemudian menjadi sepi. Tapi tak ada yang mengetahui bahawa ada perasaan syak yang besar di dada ibunya Salman. Dia merasa mendapat firasat anaknya belum mati atau hanya mengalami pengsan atau ‘koma’. Perasaan itu sangat besar menyentak dadanya. Dia menyatakan hal itu kepada suaminya. Si suami yang awalnya mengira itu hanya kesan perasaan rasa sedih isterinya semata, kemudian mulai memikirkan firasat isterinya. Jangan-jangan firasat itu benar.
Maka, si suami pun membincangkan lagi dengan orang-orang tertentu untuk menggali kubur Salman yang masih basah itu. Beberapa orang ada yang kurang setuju dan merasa itu hanyalah perasaan seorang ibu yang ditinggal anaknya saja. Tapi akhirnya penggalian itu dilakukan juga. Tidaklah sukar sangat menggali semula kuburan Salman yang masih basah itu. Ada perasaan aneh dan ganjil saat papan pelindung jenazah Salman dibuka satu-persatu. Kain kafan pun kemudian dibuka. Diperiksa leher Salman dan benar saja ada denyut di leher itu. Semua terkejut. Firasat si ibu ternyata benar. Salman masih hidup atau tepatnya ia hidup lagi, sebab sebelumnya mereka semua sudah yakin Salman benar-benar mati di waktu maghrib dengan cara memeriksa hidungnya yang tak mengeluarkan nafas lagi, nadinya tak berdenyut, dan tubuhnya sudah dingin. Pelan-pelan jasad Salman diangkat. Pipi Salman ditepuk-tepuk. Salman memberi tindakan balas. Matanya terbuka tapi ia tampak sangat ketakutan. Dia sedikit meronta tapi kemudian orang-orang di sekelilingnya menenangkannya. Salman akhirnya dapat sedar sepenuhnya dan mengenali beberapa ahli keluarganya dan orang-orang di sekelilingnya. Tapi wajahnya masih pucat dan menyiratkan ketakutan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...

Jenazah Bergerak Ketika Di Mandikan

PARA sahabat Nabi s.a.w. memang banyak menyimpan kisah dan cerita mengenai manusia. Para sahabat ini memang rapat dengan Baginda dan sering berdampingan. Mereka selalu mendengar cerita-cerita dari Nabi s.a.w. sendiri mengenai kisah-kisah dalam kitab yang diturunkan kepada Nabi-nabi yang dahulu. Diantara para sahabat yang paling rapat dengan Nabi s.a.w. ialah Abu Hurairah r.a. Beliau merupakan seorang yang paling intim sekali. Beliau banyak menghafal hadis-hadis Nabi s.a.w., dan banyak meriwayatkan hadis-hadis tersebut. Ada sebuah kisah yang diceritakan oleh Abu Hurairah. Kisah ini menarik dan perlu kita ketahui. Umat Islam khususnya perlu mengetahui kisah yang diceritakan oleh Abu Hurairah ini. Abu Hurairah bercerita: “Ada seorang jatuh sakit yang amat parah. Teman-temannya duduk berkelilinginya. Tiba-tiba orang itu pengsan (koma). “Oleh kerana teman-temannya menganggap dia telah meninggal dunia, lalu orang-orang disekelilingnya menutupi mukanya dengan kain dan menutup matanya.” Kemudian orang pun memandikannya kerana mahu dikebumikan segera. Ketika dimandikan, tiba-tiba tubuhnya bergerak.
Orang ramai pun hairan kenapa jadi macam itu. Tentulah dia sudah mati, kenapa pula tiba-tiba saja tubuhnya bergerak-gerak macam orang belum mati? Sebenarnya memang dia belum matipun lagi. Dia cuma pengsan (koma) sahaja. Mereka mendatanginya dengan rasa hairan dan memberitahukan bahawa mereka telah menganggapnya meninggal dunia. Mendengar hal itu, dia mengaku bahawa adalah benar dia telah meninggal dunia. Setelah mati (koma), dia dibawa ke kubur. Seorang pemuda tampan dengan bau wewangian meletakkannya di dalam kubur. Tapi tiba-tiba, seorang perempuan hitam dan kotor muncul. Perempuan itu mulai menunjukkan kesalahan-kesalahannya satu demi satu, sehingga dia menundukkan kepalanya, kerana  malu. Dia bertengkar dengan perempuan itu tentang kesalahan-kesalahannya. Akhirnya, perempuan itu berkata bahawa perselisihan mereka akan diselesaikan di tempat lain nanti. Dia mengikuti perempuan itu dan memasuki sebuah rumah yang luas yang memiliki lantai tinggi yang berkilauan. Sebuah masjid berdiri di salah satu sudutnya dan ada orang sedang bersolat, dia membaca surah an-Naml, tetapi berhenti di tengah-tengah surah, kerana terlupa. Dia membantu lelaki itu meluruskan ayat tersebut. Setelah menyaksikan solatnya, lelaki itu bertanya kepadanya apakah dia hafal surah itu. dia membenarkan. Mendengar hal itu, lelaki tersebut mengeluarkan sebuah buku dari bantalnya dan mulai membacakannya. Ketika itu perempuan hitam juga ada di sana dan mulai menunjukkan perbuatan buruknya satu demi satu. Lelaki yang tampan dan berbau wangi juga datang dan menyangkal perempuan itu, dengan menyebutkan segala perbuatan-perbuatan baiknya.
Mendengar hal itu, salah seorang yang ada di masjid mengumumkan bahawa meskipun dia membuka darinya terhadap segala risiko, tetapi Allah telah mengampuni kelalaian-kelalaiannya dan menambahkan bahawa kematiannya belum juga datang dan bahawa dia meninggal pada hari Isnin.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...

Kisah Tunai Haji Dalam Tahun 1971

DALAM bulan Disember 1970 saya tunaikan haji bersama satu rombongan dari Malaysia menggunakan pesawat MAS. Itulah penerbangan sulung MAS memulakan perkhidmatannya membawa jemaah haji.
Sebelum itu jemaah haji pergi ke Makkah menaiki kapal laut. Nama kapal itu ialah “Ansun”, dan “Kuala Lumpur”. Akhirnya kedua-duanya tenggelam dalam laut. Itulah sebabnya Malaysia menggunakan pesawat MAS untuk bawa jemaah haji selepas itu, yang bermula dalam bulan Disember 1970 hinggalah hari ini.
Kisah orang naik kapal laut pergi Makkah sudah tidak wujud lagi selepas tarikh tersebut. Ke Makkah tunaikan haji dalam tahun tersebut agak lain jika dibandingkan sekarang. Zaman itu keadaan di Makkah belum membangun lagi. Masjidnya pun belum diperbesarkan. Masjidil Haram masih lagi belum hebat sebagaimana sekarang. Di kawasan keliling Masjidil Haram masih banyak lagi rumah-rumah kayu.
Sebahagiannya adalah hotel yang diperbuat dari kayu dan batu. Jalan raya yang ada disekeliling Masjidil Haram masih lagi belum bertar dengan sepenuhnya. Saya tunaikan haji dalam tahun itu atas undangan Kerajaan Arab Saudi, iaitu atas nama Kementerian Penerangan Arab Saudi. Pegawai dari Kedutaan Saudi di Kuala Lumpur menghantar surat kepada Utusan menjemput salah seorang wakilnya untuk mengikuti perkembangan orang buat haji dalam tahun itu. Masa itu Pak Melan Abdullah sebagai Ketua Pengarang. Beliau telah memilih saya wakil utusan. Kebetulan dalam pemergian buat haji dalam tahun itu termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail. Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, Tengku Ahmad Rithauddin selaku Menteri Luar, Menteri Besar Kelantan, Mohamad Yakub, Abdullah Ahmad yang ketika itu menjadi Setiausaha akhbar kepada Tun Razak turut sama tunai haji, dan satu penerbangan dengan kami dan jemaah haji lainnya. Saya dibekalkan dengan satu surat dari kedutaan dalam bahasa Arab. Surat itu saya diberitahu sebagai tanda: “Inilah orang yang menjadi tetamu Arab Saudi dalam Musim Haji ini.” Pak Melan telah memberitahu saya bahawa apabila tiba di Airport ada pegawai sambut dan ambil terus bawa ke hostel, dan pegawai ini akan uruskan segala-galanya. Tiba di Airport Jeddah, tak ada seorang pun yang sambut. Saya berjalan kaki dari pesawat menuju ke terminal bersama dengan jemaah lain.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...

Kisah Di Mahsyar Orang Punyai 99 Kejahatan

BANYAK cerita yang sudah kita baca mengenai kisah di padang mashyar. Kita juga telah banyak membaca tentang “perhisaban” (timbangan amal) yang akan berlaku di padang yang luas tidak bertepi itu. Semuanya itu memperlihatkan tentang keadilan Allah s.w.t. dalam membuat pertimbangan. Dalam Quran dalam surah At-Tin Allah s.w.t. telah menjelaskan dalam ayat lapan yang maksudnya:  “Bukankah Allah (yang demikian kekuasaannya) seadil-adil Hakim?’ Allah s.w.t. “Maha adil, paling adil dalam menghakimi makhluknya dihari pembalasan kelak. Pelbagai soal dan perkara dalam kehidupan manusia akan diadili oleh Allah. Amalan yang utama sekali dan paling penting yang akan dihisab ialah “Solat”. Setengah-setengah para ulama menjelaskan kalau masalah sembahyang beres dihisab, maka amalan-amalan lainnya mudah sahaja. Diakhirat nanti, semua amalan kita akan diwujudkan dalam bentuk manusia, atau pun dalam bentuk benda yang boleh dilihat oleh kita sendiri. Sekarang ini, semua amalan tidak dapat dilihat, tetapi Allah Maha Berkuasa boleh menjadikan apa saja amalan-amalan kita dalam bentuk apa saja yang Allah jadikan. Tidak ada orang yang dirugikan oleh Allah dalam penghakiman di padang mashyar kelak. Sebesar biji sawi sekali pun, perbuatan baik dan jahat akan di hitung dan akan dipertimbangkan. Dalam kitab-kitab agama yang menceritakan mengenai bab perhisaban dan bab padang mahsyar diceritakan secara lengkap terperinci mengenai perkara ini. Para ulama telah menghuraikan hadis-hadis Nabi s.a.w. berhubung masalah ini. Ahli-ahli Muffassirin pula telah menghuraikan ayat-ayat Quran dan menyimpulkan tentang hukum-hukum yang terkandung di dalamnya.
Para ulama berkata pertama-tama, catatan solat akan dihisab iaitu seperti: Berapa banyak solat yang dikerjakan seseorang pada masa hidupnya, dan berapa banyak yang dia tinggalkan? Berapa banyak hambatan fizik dan sebaliknya yang dia atasi? Berapa banyak solat sunah (solat-solat sunat) yang telah dia kerjakan? Jika dia tidak melakukan solat wajib, maka tujuh puluh solat sunat dapat mengganti satu kewajiban yang terabai. Solat akan muncul dalam bentuk manusia. Solat yang ditunaikan tanpa keikhlasan, akan muncul tanpa tangan dan kaki. Solat wajib yang ditunaikan dengan sempurna, akan muncul dalam bentuk penuh hiasan. Catatan ibadah fizik, seperti puasa, haji, zakat dan berperang di jalan Allah (jihad), dihisab secara sama. Juga, catatan tentang kesalahan, haus akan ilmu agama, pembunuhan, luka-luka, makan dan minum, jual beli barang yang tidak sah, dan memenuhi hak orang lain, akan diperiksa secara teliti.
Orang yang teraniaya akan menerima ganti rugi (balasan) dari orang yang zalim (penganiaya) menurut aturan iaitu: Jika ada kebaikan yang tersimpan dalam diri penganiaya, kebajikan itu akan dimasukkan ke dalam catatan korban- korban kezalimannya. Dan jika tidak, maka dosa-dosa orang yang menganiayanya. Para dermawan yang yakin akan rahmat Allah, akan memberikan kebajikan mereka kepada orang lain tanpa pertimbangan. Diberitakan dalam sebuah hadis bahawa dua orang akan berada di neraca keadilan. Salah satunya memiliki kebaikan sama dengan dosanya, sedang yang lainnya hanya memiliki satu kebajikan. Orang yang pertama berkata kepada orang yang kedua:  “Jika kamu meminta satu kebajikan dari orang lain, maka timbangan kebaikanmu menjadi berat dan kamu akan diperkenankan masuk syurga.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...

Kisah Dua Syeikh Yang Di Pujuk Syaitan

APAKAH orang salih dijamin selamat dari godaan syaitan? Jawapannya tentu tidak. Jangankan orang salih, ulama atau kiai, Nabi Adam a.s. saja sempat tergelincir dari syurga dan diturunkan ke bumi kerana godaan syaitan. Begitu juga Nabi Daud a.s. yang pernah tergelincir kerana dikatakan merebut dan mengahwini isteri panglimanya sendiri. Berikut ini, saya paparkan tentang seorang salih bernama Syeikh Saffan yang tergelincir ke dalam perbuatan dosa kerana berhasil digoda oleh syaitan. Juga kisah seorang salih lainnya, Syeikh Anshari dan muridnya, yang berhasil lulus dari perangkap syaitan kerana keimanannya yang benar-benar teguh. Tujuan tulisan ini semata-mata agar kita selalu berwaspada terhadap godaan syaitan. Ertinya, orang yang sudah tampak salih, misalnya rajin berpuasa dan solat, tidak dijamin boleh selamat dari godaan syaitan. Prinsipnya sederhana: pertama, kerana syaitan sentiasa menggoda manusia sampai bila-bilapun.
Kedua, semakin orang itu salih, godaan syaitan terhadapnya pun semakin kuat. Jadi, intinya, harus tetap berwaspada. Syeikh Shaffan adalah salah seorang ulama yang selama 50 tahun bekerja untuk agama. Akibat satu pandangan yang haram, dia jatuh ke perangkap syaitan dan kehilangan akal dan jatuh cinta pada gadis berbeda keyakinan. Dia pergi meminang dan ayah si gadis mengatakan, “Pergilah kamu! Kami tidak akan memberikan gadis kepada muslim, kerana agama kami tidak mengizinkan untuk itu.” Syeikh yang sudah dimabuk cinta, bertanya: “Apa yang harus aku lakukan sehingga perkahwinan ini boleh berlangsung?”
Ayah gadis itu berkata, “Hanya ada satu cara: engkau masuk agama kami.” Syeikh Shaffan yang berjanggut putih itu melempar serbannya dan selanjutnya masuk agama yang dianuti si gadis. Ayah gadis itu kemudian berkata, “Tidak semudah yang engkau bayangkan, masih ada persyaratan lain, yakni emas kahwin.”
“Berapa emas kahwinnya?” tanya Syeikh. Gadis itu berkata, “Emas kahwinku sama dengan emas kahwin Shafura, anak perempuan Nabi Syu’aib yang juga isteri Nabi Musa a.s., namun dengan satu perbedaan, iaitu engkau harus menggembala babi selama 8 tahun.” Syeikh Shaffan yang tidak melihat jalan lain kecuali itu, terpaksa menerimanya. Gadis itu mengatakan, bahawa babi itu najis. Syeikh berkata, “Hal itu sudah tidak menjadi masalah, kerana aku telah masuk agama kamu.” Setelah upacara perkahwinan, gadis itu berkata, “Aku ragu padamu apakah kamu benar-benar masuk agamaku atau tidak?”

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...

Kisah Nabi Hud Dan Umatnya Yang Menentang

DI SEMENANJUNG Arab, terhampar gurun-gurun pasir yang luas di bahagian timur. Tetapi, daerah itu kosong. Tak ada tanda kehidupan. Tak ada tanaman dan air. Padahal, dulu, daerah yang dikenal bernama Al Ahqaaf ini subur dan hijau. Daerah tempat kaum Ad pertama - yang nasab mereka sampai kepada Nabi Nuh a.s. - pernah mengukir setitik kehidupan. Tatkala musim hujan tiba, hujan turun dengan pusingan yang rutin. Tanah pun jadi subur. Hijau dan makmur. Liuk-liuk sungai dipenuhi air yang mengalir dengan jernih. Bentangan kebun-kebun dan ladang-ladang terlihat indah, menyegarkan bahkan menyenangkan dipandang. Di kebun-kebun itulah, tumbuh pohon-pohon kurma, anggur dan berbagai tanaman yang lain. Ternak pun berkembang biak dengan baik. Di permukiman penduduk kaum Ad itu, rumah-rumah dibangun dengan megah. Istana, mahligai dan benteng berdiri dengan menawan dan anggun. Maklum, pada waktu itu, mereka sudah dikenal memiliki peradaban yang tinggi. Bahkan, Allah memberi anugerah kepada mereka dengan bentuk fizik yang berbeda dengan yang lain, lantaran mereka tinggi dan kuat. Tapi, setumpuk anugerah itu tidak membuat kaum Ad bersyukur. Mereka justeru menjalani kehidupan dengan dipenuhi kemewahan dan kesombongan. Hati mereka pun tertutup. Mereka tidak menyembah kepada Allah s.w.t., melainkan menyembah patung-patung berhala. Dan mereka itu disebut-sebut sebagai kaum pertama yang menyembah patung - setelah banjir besar pada zaman Nabi Nuh. Di kuil-kuil yang ada atas di bukit, mereka beribadah dan menganggap berhala-berhala itulah yang telah menjadikan tanah mereka subur. Di tengah-tengah kesombongan kaum Ad itulah, Allah mengutus Nabi Hud untuk berdakwah. Dengan risalah yang dibawa itu, Nabi Hud mengajak kaumnya menyembah Allah, dan meninggalkan berhala-berhala itu. “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Kamu hanyalah mengada-adakan saja.” (QS. Hud [11]: 50) Tapi, hati kaum Ad benar-benar telah tertutup. Seruan Nabi Hud tidak didengar dan dianggap hembusan angin yang keluar dari telinga kanan dan keluar telinga kiri. Mereka tidak mau membuka mata hati untuk menerima kebenaran yang dibawa Nabi Hud. Bahkan, dengan sombong, mereka mencemuh dan mengejek Nabi Hud. Hati mereka telah keras seperti batu, sehingga menuduh Nabi Hud itu sudah tolol dan gila. Bahkan, ejekan dan cemuhan yang diumbar oleh kaum Ad itu pun disertai dengan ancaman. 
Tapi Nabi Hud tidak takut, dan tetap mengajak kaumnya berpikir dengan jeli dan rasional. Apalagi, dakwah Nabi Hud itu tidak meminta upah atau balas budi. “Hai kaumku, aku tidak meminta upah kepadamu bagi seruanku ini. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah yang telah menciptakanku. Maka tidakkah kamu memikirkan(nya)?” (QS. Hud [11]: 51)

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...