Tuesday, December 11, 2012

8 Hal Yang Disukai Isteri Dari Suami

TERKADANG kita ingin tahu, apa yang membuat isteri kita senang dalam kehidupan berumahtangga. Berikut ini adalah rangkaian sikap dan sifat yang disukai seorang isteri dari suaminya.

• Penuh Pengertian
Seorang isteri suka diperhatikan dan didengarkan. Dia suka suaminya memahami dan mengerti akan dirinya. Dalam suka dan dukanya. Dalam ceria dan sedihnya. Dia suka suami mengetahui perasaannya. Dia misalnya, suka diberitahu pakaiannya yang mana yang paling disukai suaminya. Atau masakannya yang mana yang paling lazat bagi suaminya. Kerana kata-kata ringan dan lembut amat dinanti-nanti seorang isteri. Setiap kata yang keluar dari lidah dan bibirnya adalah pesan cinta yang ingin dia sampaikan. Dan dia ingin tahu bagaimana suaminya menanggapi pesan cintanya itu. Tangisan seorang isteri itu memiliki sekian banyak makna, boleh jadi kerana sedih, kerana marah, kerana terharu dan bahagia. Dia suka jika suaminya bersabar untuk mengenal setiap jenis air mata yang menitis dari matanya. Pengertian ini menjadi inti dan landasan segala sikap menyenangkan yang mungkin dilakukan seorang suami terhadap isterinya.

• Setia
Kesetiaan adalah syarat utama cinta sejati. Seorang isteri ingin cinta suami itu hanya untuknya. Kerana kecemburuan adalah sebahagian dari cinta. Sapaan sayang di tengah kesibukan, walaupun hanya satu dua minit kata-kata yang disampaikan menerusi telefon, walaupun hanya satu dua kalimat SMS, akan menjadi pengukuh kepercayaannya. Hadiah yang diberikan: murtabak kesukaannya, seikat bunga, atau sebuah jam tangan yang ringkas akan menguatkan cinta. dan mengingati hari ulang tahun serta hari pernikahan akan menjadi bukti kesetiaan suami yang disukai seorang isteri. Tapi seorang isteri yang baik akan mengatakan, “Jangan kerana takut kepada saya, abang bersikap setia. Kerana Allah maha melihat. Itu yang mesti menjadi landasan kesetiaan.”

• Sabar dan Pemaaf
Seorang isteri akan amat bersyukur jika suaminya mahu menerima dirinya apa adanya. Suaminya mampu memaafkan dan bersabar atas kekurangan yang ada pada dirinya. Dia memerlukan waktu untuk membina dirinya. Dia bahkan perlu waktu untuk memahami dirinya sendiri, ketika satu saat dia tidak menjadi dirinya sendiri. Seorang isteri perlu mendapatkan nasihat, akan tetapi itu dilakukan dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. “Kemudian keadaan orang beriman itu adalah saling menasihati dalam kesabaran dan dalam kasih sayang.” (QS Al-Balad) “...dan jika kalian memaafkan, tidak memarahi, dan mengampuni mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” (QS At-Taghabun).

• Teguh Hati dan Bersemangat
Seorang isteri suka melihat suaminya sentiasa berteguh hati dan bersemangat dalam menyelesaikan berbagai tugas dan amanah. Dia suka jika suaminya sentiasa bertanggungjawab menunaikan tugas-tugas di luar rumah dan sekaligus membantu menyelesaikan permasalahan di rumah. Seorang isteri suka melihat suaminya akrab bercengkerama, bermain dengan anak-anak. Dan saat suami sesekali memasak untuk keluarga, ada sentuhan hangat menyentuh relung jiwa seorang isteri. Bagaimana jika suaminya berada  dalam putus harapan atau kehilangan semangat? Seorang isteri akan menerima suaminya berusaha keras untuk melepaskan diri dari keadaan lemah ini. Dia bahkan akan memberikan bantuan dan doa terbaik bagi suaminya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2012 di pasaran...

No comments: