Tuesday, September 6, 2011

Variasari Keluaran September 2011


Sudahkah anda memiliki Variasari edisi September 2011? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan...

Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai.

Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.

Dapatkan segera majalah Variasari keluaran September 2011 sebelum terlambat.

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.

Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin


Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Dalam Variasari September 2011









Hidayah September 2011

Hidayah keluaran September 2011 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja Dalam Hidayah...

Langganlah Segera Melalui Pos

Salam Kami September 2011

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur kita ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kita bertemu lagi dalam suasana bersemarak menyambut kedatangan Syawal 1432. Antara kita saling kunjung mengunjung, ziarah dan menziarahi. Di sana sini akan ada yang menganjurkan ‘rumah terbuka’, kenduri kendara dan sebagainya. Namun dalam suasana yang begini, Hidayah tetap menemui anda dan menemani anda dimana saja anda berada. Sambil-sambil menjamah kuih muih, merasa enaknya lemang dan ketupat dengan perencah daging rendangnya dan hidangan serba aneka, selak-selaklah setiap halaman majalah kami ini. Tatapi dan hayatilah apa yang kami hidangkan buat pembaca. Apa yang dipaparkan adalah untuk iktibar bersama. Tidak terusikkah hati apabila anda membaca bagaimana mayat seorang lelaki tersambar petir sewaktu pengkebumiannya. Mengapa jadi begitu? Mahukah anda berkongsi pengalaman bagaimana pula seorang lelaki menemui ajalnya selepas bersolat Isyak. Mahunya anda atau kita-kita ini juga meninggalkan dunia yang fana ini dalam keadaan seperti itu. Minta dijauhkan pula untuk mati dalam keadaan ‘tidak baik’ terbunuh selepas melakukan maksiat sebagaimana yang berlaku kepada seorang pemuda dalam kisah iktibar 4. Hidayah juga turut memaparkan pelbagai rencana lain yang mudah-mudahan ada manfaatnya buat pembaca. Ikutilah catatan bekas wartawan veteran Bahyah Mahmood mengenai pengalaman dua gadis bersama ibu bapanya menunaikan umrah baru-baru ini. Disamping mengiringi bapanya yang separuh badan tidak berdaya dengan berkerusi roda, peristiwa dapat mengucup Hajarul-Aswad juga satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Anda tinjaukanlah juga halaman ke majlis ihtifal Ma’ahad Tahfiz Darul Fikri. Mungkin entah esok, entah lusa mungkin anda tergerak untuk menghantar ‘putera’ atau ‘puteri’ kesayangan anda menjadi al-hafiz atau al-hafizah mungkin ‘Darul Fikri’ boleh jadi pilihan. Penerbit dan para karyawan Hidayah mengucapkan “Selamat Menyambut Aidilfitri” buat semua pembaca setia majalah ini. Dan dalam sibuk kita-kita ini jangan lupa menunaikan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Hayatilah hadis Nabi s.a.w. yang bersabda: “Barang siapa yang berpuasa bulan Ramadan lalu dilanjutkan dengan enam hari puasa dalam bulan Syawal, maka samalah dengan berpuasa sepanjang masa.” Kita berjumpa lagi dalam keluaran akan datang, InsyaAllah. Wassalam.

Pengarang.
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Monday, September 5, 2011

Mencapai Mahabbah Kepada Allah

RAHSIA utama dalam ibadat puasa ialah proses pendidikan jiwa yang membawa perubahan terhadap tiga aspek ketakwaan peribadi muslim, pertama tenang hati sanubari, perkataanya mulia, dan sentiasa membawa kebahagian. Hasil sama ada dalam tempoh jangka pendek atau jangka panjang ianya membawa kejayaan dunia dari apa jua bidang kehidupan dan mendekatkan seseorang itu serapat-rapatnya kepada Allah. Sekiranya ini berlaku sudah pasti kejayaan di akhirat akan diraih dengan dianugerahi Lailatul Qadar setiap sempurna ibadah Ramadannya. Berkata Imam Al-Ghazali, bahawa puasa itu mempunyai tiga martabat. Pertama: Puasa Umum - iaitu sekadar mencegah perut dan kemaluan daripada memenuhi kemahuan yang lazimnya, menahan diri daripada makan dan minum, bersetubuh di siang hari juga menahan diri dari apa saja yang membatalkan puasa secara perbuatan zahir. Golongan yang berada pada martabat ini adalah terdiri daripada mereka yang masih bergelumang dengan akidah yang longgar dan sekadar atau hanya rasa malu pada makhluk. “Sesungguhnya syaitan bergerak dalam tubuh anak Adam pada tempat perjalanan darah, maka sempitkanlah jalan pergerakanya dengan berlapar.” Maka lahirlah daripada martabat ini sifat-sifat manusia yang melupai Tuhan antaranya masih berperangai seperti diluar Ramadan, dengan sifat tamak haloba, dengki, membazir, rakus pada hak orang lain, menipu zalim, menindas dan berbagai lagi sifat mazmumah yang ada pada dirinya. Tidak prihatin nasib orang miskin dan selesa dengan maksiat dan merasa cukup bahawa puasanya itu diterima Allah.
1. Hatinya tidak dan benci akan kehadiran Ramadan, malas berlumba-lumba berbuat baik, berpura-pura dalam beramal untuk makhluk dan amat lalai mengingati Allah, hatinya sakit melihat orang lain banyak beribadat.
2. Perkataannya tidak selaras dengan hati dan anggota tubuhnya merasa terpaksa ketika melakukan ibadah, manakala perasaan takbur, angkuh dan sombong masih lagi bersarang dijiwanya dalam perkara dunia dan ibadah. Kedua: Puasa Khusus - iaitu menegah diri dari melakukan dosa dan kesalahan yang berpunca dari pendengaran. Mendengar perkataan yang bukan kebenaran, penglihatan, memandang perkara yang tidak halal, dan menghindarkan anggota badan daripada berbuat perkara-perkara yang dilarang Allah dan menjaga lidahnya daripada mengadu domba, memfitnah dan membisikan kata-kata yang boleh mendatangkan musibah. Martabat ini tak ramai yang mampu mencapainya melainkan mereka yang diberi latihan (riadah) dengan ada ilmu oleh pembimbing yang memahaminya. Mereka golongan ini masih lagi rasa malu kepada makhluk namun ianya berunsur-unsur takut kepada Allah dan merasa akan ada yang memerhatikannya. Sabda Nabi s.a.w., riwayat dari Jabir dan Anas bin Malik r.a. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Lima perkara yang membuka puasa dari orang yang berpuasa - berdusta, mengumpat, mengadu domba, bersumpah palsu dan memandang dengan nafsu.”
Ketiga: Puasa Khusus bil Khusus - iaitu puasa pada tiga fungsi yang hidup bersama tubuh setiap Insan, akal, fikiran dan hati. Akal dididik supaya tidak memikirkan perkara yang haram dan syubahat, sebaliknya dilatih untuk mempertimbangkan fikiran dengan kebaikan serta digabungkan dengan hati untuk terus mengingati Allah dalam bentuk taubat nasuha, taat beribadat, ikhlas dalam setiap gerak geri. Manakala hati pula dididik supaya terus mengingati Allah dalam keadaan apa jua sekali pun dan fikirannya sentiasa memikirkan perkara yang positif demi mencapai kasih sayang terhadap Allah s.w.t. Mereka diperingkat yang ketiga ini, adalah peribadinya menjadi ikutan setiap muslim dan sentiasa dibayangi keikhlasan di raut wajahnya, lantaran ibadat puasa yang mereka lakukan menjadi ikatan kukuh dengan ‘mahabbah’ kepada Allah. Amalan sunat mereka dijadikan wajib kepada dirinya dan merasa bersalah sekiranya perkara sunat mereka tinggalkan. Hatinya tidak putus mengingati Allah hingga terbit rasa rindu dan kasih yang mendalam terhadap Allah, malah mereka merasa seronok apabila melakukan ibadah puasa sepanjang Ramadan. Manakala perkataan mereka diperingkat ini mendatangkan ketenangan kepada sesiapa yang mendengar dan mereka amat menjaga lidahnya dari berkata perkara-perkara yang melalaikan. Rahsia untuk mencapai kejujuran dalam ibadat puasa yang kita laksanakan adalah:
a) Membaca Al-Quran dengan tadabur serta menghayati maknanya.
b) Banyak berzikir serta bersujud kepada Allah.
c) Bertafakur dan bermuhasabah diri.
d) Munajat dan berdoa disepertiga malam.
e) Menangisi dosa-dosa yang lalu.
Abu Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Salman Al-Farisi r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda menerusi khutbahnya disaat tiba Bulan Ramadan: “Wahai manusia sesungguhnya kamu akan didatangi satu bulan yang besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang Allah jadikan berpuasa satu kefarduan dan qiyam pada malamnya satu tambahan. Setiap yang mendekatkan diri kepada Allah dan beramal salih pada bulan itu, maka samalah dia dengan orang yang menunaikan 70 amalan fardu dibulan yang lain.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2011 di pasaran...

Jenazah Murtad Disambar Petir

PERISTIWA kisah benar ini terjadi ketika Gerakan 30 SEPTEMBER/Parti Komunis Indonesia sedang berkecamuk di Indonesia. Dan cerita ini dikisahkan oleh seseorang yang menyaksikan langsung kejadian tersebut, kerana saat itu dia masih berusia remaja, tepatnya saat dia masih berada dalam tingkatan tiga. Sebut saja namanya Norman. Dia adalah seorang pemuda muslim yang cukup taat. Dia adalah anak keluarga miskin, yang sehari-hari cukup sukar dan susahnya untuk mencari sesuap nasi. Jangankan terfikir bagaimana dapat membeli basikal yang boleh digunakan untuk pergi ke sana kemari, untuk dapat makan hari itu saja sudah cukup sulit baginya. Begitulah kehidupan Norman sehari-hari. Suatu waktu, kampungnya (Jabar) didatangi seorang tamu yang mengaku sedang mencari sebidang tanah kosong. Entahlah, untuk apa lelaki itu mencari tanah kosong di kampung Norman. Namun, yang jelas, alasan itulah yang melekat dalam fikiran banyak orang saat itu. Nah, selama mencari tanah kosong itulah, dia tinggal di rumah seorang lelaki tua bernama “Mbah Yada”. Datuk ini seorang Islam juga. Namun, pada perkembangannya, ternyata rumah “Mbah Yada” ini dijadikan sebagai tempat peribadatan lelaki itu, yang di kemudian hari diketahui rupanya seorang paderi Kristian. Setiap hari Minggu, rumah “Mbah Yada” dijadikan sebagai rumah ibadah. Entahlah, hal apa yang membuat “Mbah Yada” mahu melakukan itu? Mungkin kerana dia telah termakan budi dengan pemberian paderi itu. Maklum, “Mbah Yada” seorang yang hidupnya agak daif juga. Suatu ketika, paderi itu berhasil mengajak lima orang untuk masuk agamanya, tentunya dengan janji-janji untuk mendapatkan pemberian sara hidup. Salah seorang di antaranya adalah lelaki yang bernama Norman itu. Sejak menjadi pengikut agama si paderi itu, Norman rajin pergi ke rumah “Mbah Yada” setiap Minggu untuk beribadah cara Kristian. Perubahan identiti agama yang terjadi pada Norman ini tidak diketahui keluarganya. Hanya beberapa tetangga “Mbah Yada” sendiri yang mengetahui siapa saja yang telah menjadi murtad. Namun, tetangga-tetangga itu belum berani melaporkan kepada keluarganya. Di samping kerana tidak tergamak, juga kerana antara rumah “Mbah Yada” dengan rumah Norman cukup jauh, meski masih satu kampung. Nahasnya, sebelum keluarganya mengetahui ehwal kemurtadannya hingga masih ada kesempatan untuk menasihatinya, Norman ditakdirkan meninggal dunia kerana suatu penyakit keras yang dialaminya sejak beberapa tahun. Di sinilah ‘belang’ Norman akhirnya terbongkar. Kerana para tetangga ternyata tidak mahu membantu proses penguburannya. Keluarganya pun dibuat terhairan-hairan. Ada apa sebenarnya? Akhirnya, keluarganya mengetahuinya kalau Norman telah menjadi murtad.

Disambar Petir
Mendengar pengakuan warga yang Norman telah murtad sungguh di luar dugaan keluarganya. Bagaimana mungkin orang seperti Norman boleh menjadi murtad? Apalagi, selama ini Norman tidak pernah berkisah kepada keluarga kalau dirinya telah keluar dari Islam. Mungkin kerana takut atau ada hal yang lain. Yang jelas, di dalam keluarganya telah ditanamkan sebuah ajaran agar tidak menggadai keyakinannya dalam keadaan apa pun. Kerana itu, ketika hal itu terjadi terhadap Norman, maka pihak keluarga pun dibuat hampir tidak percaya.
Nasi telah menjadi bubur dan Norman telah meninggal dunia. Jenazahnya harus segera diurus. Meski telah berpindah agama, keluarganya masih berniat ingin menguburkan Norman. Namun, tetap saja tidak ada tetangga yang mahu membantunya. Hingga keluarga Norman minta bantuan kepada Ustaz Husein untuk mengislamkan kembali jenazah Norman. Kedengarannya memang aneh, jenazah yang sudah murtad kemudian ingin diislamkan kembali demi suatu proses penguburan yang lancar. Keadaan saat itu sebenarnya sedang sangat cerah. Awan di atas langit sedang menampakkan wajah terangnya. Angin juga berhembus sejuk menerpa setiap pepohonan di sekitar rumah Norman. Namun, anehnya, tak satu pun warga yang mahu datang dan membantu proses penguburannya. Jenazah Norman pun terlantar selama dua hari, hingga keluarga memutuskan untuk mendatangi Ustaz Husein tersebut dan minta bantuan kepadanya agar berkenan mengislamkan Norman kembali. Ketika Ustaz Husein berkenan datang, maka beberapa warga kampung pun mulai berdatangan ke rumah Norman.
Maka Ustaz Husein segera mengislamkan jenazah Norman. Namun, belum saja hal itu dilakukan, keadaan yang sedari tadi terang-benderang tiba-tiba berubah menjadi gelap gelita. Petir menyambar ke sana kemari di langit, hingga membuat orang-orang yang hadir dibuat terhairan-hairan. Kenapa sedemikian cepatnya perubahan alam itu terjadi. Begitu juga dengan Ustaz Husein. Ia menghentikan proses pengislaman Norman, yang sebenarnya baru saja akan dimulai. Keterkejutan Ustaz Husein dan warga itu semakin menjadi-jadi ketika tiba-tiba mendengar suara sambaran petir yang sangat dahsyat, menghentam jasad jenazah Norman yang ada di dekat mereka. Pemandangan menakutkan terjadi. Tubuh Norman tiba-tiba menjadi hangus kerana sambaran petir tersebut. Kain kafannya terkoyak habis seperti hangus habis dibakar oleh bara api yang sangat panas. Mengerikan dan menakutkan sekali untuk dilihat. Mereka yang menyaksikan meremang bulu roma menyaksikan kejadian itu. Ini benar-benar kejadian nyata yang mungkin baru saja mereka lihat sekali seumur hidup mereka.
Setelah kejadian yang menggemparkan itu, Ustaz Husein akhirnya melanjutkan proses pengislaman jenazah Norman. Setelah itu, barulah jenazahnya diurus: dimandikan, dikafani dan dikuburkan. Dan kejadian yang mengerikan itu, akhirnya, membuat keempat pemuda lainnya yang tadinya murtad bersama Norman kembali bertaubat memeluk Islam semula.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2011 di pasaran...

Bertuahnya Melihat Bakal Ahli Syurga

SEMUA orang mahu menjadi ahli syurga. Begitu juga para sahabat r.a. baik yang rapat dengan Nabi s.a.w. ataupun yang jauh mempunyai keinginan yang sama. Dengarlah hadis berikut ini. Abu Ajjuub r.a. berkata: Seorang berkata kepada Nabi s.a.w: “Beritahukan kepada saya amal perbuatan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga?” Jawab Nabi s.a.w.: “Hendaklah engkau menyembah kepada Allah dan jangan menyekutukanNya dengan sesuatu apapun, dan mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat dan menghubungi famili kerabat.” (HR. Bukhari, Muslim) Ingatan Rasulullah itu tentunya meliputi ingatan kepada semua umatnya termasuklah kita-kita ini. Dan alangkah bertuahnya para sahabat di zaman Nabi s.a.w. berpeluang secara tidak langsung melihat seorang lelaki yang dijamin oleh baginda s.a.w. bakal menjadi ahli syurga. Sebabnya lelaki tersebut berani bertanyakan sesuatu kepada Nabi s.a.w. yang tentunya kita juga jika berpeluang ketika itu akan bertanya soalan yang sama. Dengarlah hadis berikut ini pula. Abu Hurairah r.a. berkata: “Seorang Badwi datang kepada Nabi s.a.w. bertanya: ‘Ya Rasulullah, tunjukkan kepada saya amal perbuatan, apabila saya kerjakan dapat saya masuk ke syurga.’ Jawab Nabi s.a.w.: ‘Engkau menyembah kepada Allah s.w.t. dan tidak menyekutukan dengan Dia sesuatu apapun, dan mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat yang wajib dan puasa bulan Ramadan.’

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2011 di pasaran...

Dua Kunci Memasuki 'Kota Ilahi'

ISLAM adalah agama yang mengajarkan etika yang begitu tinggi. Bahkan, kerana besarnya asas ajaran etika, Nabi s.a.w. pernah menegaskan, “Tidaklah aku diutus (menjadi Rasul di muka bumi ini) kecuali untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.” (HR. Ahmad) Pun demikian dengan apa yang diajarkan para nabi dan rasul terdahulu. Allah memerintahkan melalui nabi dan rasulNya agar sentiasa menjunjung tinggi nilai-nilai moral. Nabi Musa a.s. juga memerintahkan kepada umatnya untuk sentiasa menjaga moraliti dan penghambaan kepada Allah s.w.t., serta tetap mensyukuri atas apa yang diberikan Allah kepada mereka. Hal ini telah terakam dalam salah satu firmanNya yang berbunyi: “Dan (ingatlah), ketika Kami berfirman: “Masuklah kamu ke negeri ini (Baitul Maqdis), dan makanlah dari hasil buminya, yang banyak lagi enak di mana yang kamu sukai, dan masukilah pintu gerbangnya dengan rendah hati, dan katakanlah: ‘Bebaskanlah kami dari dosa’, nescaya Kami ampuni kesalahan-kesalahanmu. Dan kelak Kami akan menambah (pemberian Kami) kepada orang-orang yang berbuat baik.” (QS. Al-Baqarah: 58) Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa ketika kaum Nabi Musa memasuki sebuah negeri bernama Baitul Maqdis, Allah memperkenankan kepada mereka untuk memasuki kota tersebut, dan menikmati hasil bumi yang terdapat di dalamnya. Namun, ingat, masukilah pintu gerbangnya dengan rendah hati dan ucapkanlah rasa syukur dan mintalah ampun kepada Allah. Ayat ini diawali dengan kata ‘idz’ (bahasa Arab), yang bererti ‘ketika’. Kata ‘idz’ ini merupakan yang ketujuh, yang Allah sebutkan dalam beberapa ayat sebelumnya yang menjelaskan tentang Bani Israel. Dalam bahasa Arab, kalimat yang didahului dengan kata idz biasanya berisi tentang sesuatu yang luar biasa. Biasanya pula, dalam hubungan ini, seorang pendengar harus memperhatikan dengan baik dan teliti. Begitu pun dengan ayat yang disebutkan tersebut. Hendaknya ayat ini kita perhatikan dengan baik, tidak hanya bagi bangsa Israel, tapi juga bagi kita selaku umat Islam.

Bani Israel dan Adam
Sebelum membahas kandungan ayat ini, mari kita bandingkan dulu dengan ayat yang benar-benar mirip yang telah kita bahas sebelumnya, iaitu ayat yang menjelaskan tentang penciptaan Nabi Adam sebagai khalifah pertama di muka bumi pada ayat ke-35 QS. Al-Baqarah: “Dan Kami berfirman: “Hai Adam berdiamlah kamu dan isterimu di taman (ini), dan makanlah daripadanya (makanan-makanan) sebanyak-banyaknya di mana saja yang kamu (berdua) sukai, dan janganlah kamu (berdua) dekati pohon ini, (kerana akan) menyebabkan kamu (berdua) termasuk orang-orang yang zalim.” Ada beberapa persamaan antara ayat ini dengan QS. al-Baqarah: 58. Persamaannya, pertama, sama-sama diawali dengan kata ‘qulnaa’, yang bererti ‘Kami berfirman’. Ada penegasan dari Allah, yang harus diperhatikan oleh segenap umatnya. Allah sendiri yang langsung menegaskannya. Kedua, permulaan isi firman Allah ini sama-sama bermakna perintah untuk menempati. Dalam ayat ke-58, Allah menyebutnya dengan kata ‘diamilah’. Sementara dalam ayat ke-35 Allah menyebutnya dengan kata ‘masukilah’. Ketiga, dua ayat tersebut sama-sama mengandung kebolehan memakan sepuasnya dan di mana saja. Bani Israel diperkenankan oleh Allah untuk memakan apa saja di Baitul Maqdis, sementara Adam dan Hawa diperkenankan oleh Allah untuk makan apa saja di syurga. Namun demikian, pada dua ayat tersebut ada pula perbedaannya. Pertama, di ayat ke-35 yang diseru adalah Adam dan isterinya, sedangkan di ayat ke-58 yang diseru adalah Bani Israel. Keduanya merupakan orang yang istimewa. Nabi Adam adalah makhluk pertama yang diciptakan Allah, dan Bani Israel adalah keturunan para nabi dan rasul yang mulia. Kedua, ayat 35 ditutup dengan ‘larangan’ (mendekati pohon) kerana akan berakibat pada ‘kezaliman’, sementara di ayat 58 ini ditutup dengan ‘perintah’ (memasuki pintu kota dengan rendah hati) kerana berakibat pada ‘pengampunan’. Secara umum, kedua ayat ini boleh kita anggap sama. Yakni sama-sama mengandung gagasan Tuhan tentang kehidupan ilahiah di dunia agar para pelakunya tetap melaksanakan tugas-tugas Ilahinya, kerana itulah tujuan penciptaannya dan hanya dengan begitulah mereka akan beroleh selamat dunia dan akhirat. Hanya dengan begitulah mereka dapat merasakan kebahagiaan sebenar, boleh menikmati kehidupan ini sepuasnya dan dengan cara apa pun yang mereka kehendaki. Hanya saja, di ayat ke-35 gagasan itu sifatnya mengingat Adam sebagai wakil manusia secara keseluruhan; sementara di ayat 58 ini sifatnya mengingat Bani Israel sebagai sebuah kelompok masyarakat.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2011 di pasaran...

Ketika Batu Berkata-Kata Dan Pohon Kurma Menangis

BATU boleh berbicara, kedengarannya agak aneh. Adakah benda mati boleh berkata-kata? Apakah benda-benda itu juga punya mulut sehingga mereka boleh berbicara? Berbagai pertanyaan aneh mungkin terlintas ke benak kita jika dihadapkan pada kenyataan seperti ini. Namun, ini adalah fakta yang pernah terjadi pada zaman Nabi s.a.w. dan akan terjadi pada hari Kiamat nanti. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Kalian akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang di antara mereka bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, “Wahai hamba Allah, inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia”. [HR. Bukhari dan Muslim]
Hadis di atas menunjukkan kepada kita bahawa kelak akan terjadi suatu masa di mana batu boleh berbicara. Kata-kata “akan” dalam hadis di atas menunjukkan bahawa peristiwa tersebut belum terjadi. Meski begitu, peristiwa batu berbicara pernah terjadi pada masa Nabi s.a.w. Kelak, hal itu akan terjadi lagi. Iaitu, ketika umat Islam sedang berperang dengan orang Yahudi. Salah seorang di antara pengikut Yahudi lari dan bersembunyi di balik batu kerana ketakutan. Tapi, dia tidak sedar bahawa batu sebagai tempat ia sembunyi sebenarnya sangat jengkel atas sikap buruknya, sehingga berniat untuk memberitahukan kepada kaum muslim tentang keberadaannya itu. Menurut pakar Islam, fenomena demikian akan terjadi menjelang hari Kiamat. Ketika batu boleh berbicara merupakan tanda-tanda dari datangnya hari Kiamat. Salah seorang yang berpendapat demikian adalah Al-Hafiz Ibnu Hajar. Ia pernah berkata, “Dalam hadis ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari Kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon, dan batu. Lahiriahnya hadis ini (menunjukkan) bahawa benda-benda itu berbicara secara hakikat”. [Lihat Fathul Bari (6/610)] Bahkan, Ibnu Hajar menjelaskan lebih jauh bahawa yang boleh berbicara sebenarnya tidak saja batu, tapi juga benda-benda mati lainnya seperti pohon. Menurutnya, hadis ini juga sebenarnya sekaligus menunjukkan kepada kita bahawa secara inderawi, benda-benda mati itu tidak boleh berbicara. Tapi, hakikatnya mereka boleh berbicara. Kerana mereka boleh berbicara, tentu mereka pun punya mulut. Inilah yang tidak kita ketahui, kecuali kita kembalikan kepada Allah s.w.t. Kisah serupa juga pernah terjadi pada masa Nabi Muhammad s.a.w. Namun, saat itu batu tersebut tidak saja boleh berbicara, tapi juga menyampaikan salam hangat kepada Nabi s.a.w. Peristiwa ini terjadi di Makkah. Kisah ini digambarkan oleh Jabir bin Samurah bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Makkah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang.” [HR. Muslim]. Jika berita tersebut disampaikan oleh seorang manusia, mungkin kedengarannya agak janggal. Tapi, yang menyampaikan berita ini adalah Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Nabi Muhammad mustahil berdusta. Apa yang diucapkannya merupakan wahyu dari Allah s.w.t. Kalau ada kesalahan, Allah pasti langsung menegurnya. Tapi, hal ini tidak terjadi. Bererti, kisah tersebut adalah fakta yang pernah terjadi dan dialami langsung oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan ini merupakan salah satu keajaiban yang terjadi dalam dunia Islam.

Pohon Kurma Menangis
Bagaimana kalau ada pohon kurma boleh menangis? Merujuk pada perkataan Ibnu Hajar di atas bahawa kelak benda-benda mati akan boleh berbicara, seperti pohon dan batu, ternyata pada zaman Nabi s.a.w. juga ada sebatang pohon kurma yang boleh menangis. Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah bahawa pada masa itu masjid Rasulullah s.a.w. beratap batang pohon kurma. Jika Rasulullah s.a.w. berkhutbah, baginda berdiri di atas salah satu batang pohon kurma. Kerana jumlah umat Islam bertambah, maka dibuatlah mimbar agar jemaah majlis yang berada di belakang dapat melihat Rasulullah s.a.w. ketika berkhutbah. Para sahabat pun membuat mimbar dari kayu. Setelah siap, Rasulullah s.a.w. datang menuju mimbar baru itu untuk berkhutbah. Namun, ketika naik mimbar, terdengarlah rintihan seperti rintihan unta dan goncangan tanah yang terus bergetar sehingga para sahabat pun bertanya-tanya. Rasulullah s.a.w. tersenyum. Baginda turun dari mimbar dan mendatangi pohon kurma yang tak jauh dari mimbar tersebut. Rasulullah s.a.w. meletakkan tangan pada batang pohon kurma dan mengusap-usap dengan perlahan-lahan. Rasulullah s.a.w. berkata pada pohon kurma itu: “Jika engkau mahu, aku akan jadikan engkau dinding masjid ini, akarmu tumbuh lagi, tubuhmu hidup lagi dan engkau berbuah lagi. Atau jika engkau mahu, engkau aku tanam di syurga, supaya para wali Allah dapat memakan buah-buahmu.”
Batang kurma itu menjawab: “Saya memilih untuk ditanam di syurga sehingga wali-wali Allah dapat memakan buahku dan saya berada di tempat dimana di dalamnya saya kekal.” Goncangan tanah dan suara rintihan pun berhenti. Rasulullah s.a.w. kemudian kembali pada mimbar dan menyampaikan kejadian tersebut kepada para sahabatnya. Rasulullah s.a.w. berkata: “Ia (pohon kurma) memilih negeri yang kekal dibandingkan negeri yang fana!” Inilah kisah batang kering dari pohon kurma yang menangis kerana rindu kepada Rasulullah s.a.w. Bayangkan! Sebatang pohon kurma tidak mahu jauh dari Rasulullah s.a.w., padahal cuma berjarak beberapa meter. Apalagi, kita yang jaraknya jauh dan telah terpisahkan dengan Rasulullah. Apakah tidak ada kerinduan sama sekali dari kita untuk dekat-dekat dengan Rasulullah? Padahal, untuk dekat dengan Rasulullah banyak caranya, misalnya dengan membaca selawat, zikir, mendatangi majlis-majlis mulia, berkawan dengan orang salih dan sebagainya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2011 di pasaran...

Al Barr: Saat Allah Melimpahkan KebaikanNya Dengan Indah

APAKAH kenikmatan tertinggi? Itulah saat kita bertuhan kepada Allah s.w.t., Tuhan Yang Rahman, Rahim, Maha Lembut dan Raab yang demikian Pemaaf. Dia juga adalah Al-Barr, yakni Zat yang sentiasa memberikan kebaikan-kebaikan kepada hambaNya. Kata “Al-Barr” terambil dari akar kata yang terdiri dari huruf Ba’ dan Ra’ . Quraish Shihab dalam tafsir Al-Misbah menyebut kata ini memiliki beberapa makna. Antara lain: kebenaran dan daratan; -bariyat bererti padang pasir. Dalam kaitan ini, Al-Barr adalah asma Allah yang bermakna Zat yang Maha Luas kebajikannya. Ibnu Manzhur menyebut Al-Barr bererti yang baik hati, lembut, yang menyayangi dan mulia. Sementara Ibnu Atsir menyebut “al-Barr” yang menjadi asma Allah adalah yang sebutannya pendek. Bukan Al-Barr yang sebutannya panjang. Maknanya tak jauh berbeda dengan Ibnu Manzhur, yakni yang baik hati kepada hambaNya. Abu Sulaiman al-Khatabi menegaskan makna asma ini bahawa Allah sentiasa baik hati kepada makhlukNya, apa pun jenis, bentuk dan warna makhluk-makhluk itu. Semuanya Dia istimewakan. Makhluk yang baik Dia beri pahala, sementara makhluk yang buruk Dia ampuni. Dalam al-Quran, kata Al-Barr hanya ditemukan sekali, iaitu pada ayat yang telah dikutip di atas. Sifat ini diiringi dengan kata “Ar-Rahim” dan merupakan ucapan para penghuni syurga. Mereka berkata, “Sesungguhnya kami dahulu sewaktu berada di tengah-tengah keluarga kami, kami bersikap lemah lembut dan takut seksa neraka, maka Allah memberikan kurnia kepada kami dan memelihara kami dari seksa neraka. Sesungguhnya kami dahulu menyembahNya. Sesungguhnya Dialah Al-Barr, Ar-Rahim, yang melimpahkan kebaikan lagi Maha Penyayang.” (QS. At-Thur (52): 27-28) Namun, kata “Barr” juga ditemui dalam ayat yang merujuk kepada manusia, tanpa huruf Alif dan Lam. Pertama adalah firmanNya yang menguraikan anugerah-Nya kepada Nabi Yahya a.s. berupa sifat yang baik. “Dia adalah seorang yang bertakwa, berbakti pada orang tuanya (barr) dan bukanlah ia orang yang sombong lagi derhaka” (QS. Maryam: (19): 13-14). Sedang firman kedua merujuk pada Nabi Isa a.s. saat baginda berkata, “Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia (juga) menjadikan aku seorang yang diberkati dimana saja aku berada dan Dia memerintahkan kepadaku mendirikan solat menunaikan zakat selama aku hidup dan berbakti (barr) kepada ibuku dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong dan celaka.” (QS. Maryam: 30-32) Menurut Quraish, asma “Al-Barr” difahami oleh banyak ulama sebagai Dia yang memberikan aneka anugerah untuk kemaslahatan makhlukNya, anugerah yang sangat luas dan tidak terbilang, yang tidak jarang ditentangi oleh makhlukya dengan kederhakaan. “Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah.” (QS. Ibrahim (14) : 34) Ada juga ulama yang memahami sifat Allah ini dalam erti Dia yang menepati janjiNya dan Dia yang selalu menghendaki kebaikan untuk hamba-hambaNya serta kemudahan buat mereka, “Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” (QS. Al-Baqarah: 185) Menurut Quraish lagi, penggandingan sifat ‘Al-Barr’ dengan ‘Ar-Rahim’ dalam surat At-Thur bertujuan untuk mengisyaratkan bahawa aneka anugerah itu diberikan Allah kerana kasih sayangNya dan bukan kerana dorongan lain. Ini berbeda dengan manusia yang kadang memberi kebaikan namun mengharapkan manfaat, kebaikan lain dari yang diberi, atau sebab ingin dipuji dan mendapat nama baik. Allah tak begitu. Dia memberi kebaikan kerana Dia mengasihi dan menyayangi makhlukNya.

Renungan Indah
Profesor Umar Sulaiman al-Asyqar dalam Al-Asma Al-Husna menyebut siapa pun yang merenungi asma ini, merenungi betapa baiknya perlakuan Allah terhadap makhlukNya, nescaya akan menyedari kenyataan bahawa Allah sangat luhur. KeluhuranNya tak terbatas. Dia demikian tetap memberi perhatian kerana kebaikanNya terus mengalir, sekalipun hamba sering tenggelam dalam keburukan. Nikmat tetap melimpah walau hamba kadang mempersembahkan angkara murka di dunia. Hujan terus turun secara berterusan. Bayi-bayi terus lahir dan manusia terus menikmati kekayaan. Sementara itu, air tetap memancar dan sungai melingkari daratan dimana manusia tinggal. Buah-buahan matang, sayur-sayuran menghijau, dan ternak terus memancarkan susu. Di luar itu, perut bumi terus mengeluarkan kekayaannya, dari minyak bumi sampai logam mulia (batu permata, emas, intan berlian dan sebagainya). Sungguh, semua kebaikan itu tak seimbang dengan amal manusia. Dan sungguh kebaikan di dunia ini hanya setitis dari kebaikanNya di syurga kelak. Segala yang diinginkan tersedia di syurga, segala yang ingin dinikmati, sedang penghuninya tak sakit, tak lelah, tak jemu atau sengsara. Seorang hamba yang ingin meneladani sifat ini, menurut Quraish lagi, seyogianya sentiasa memelihara maksud baik dan selalu memberikan yang terbaik kepada makhluk-makhluk Allah. Hamba itu haruslah menghendaki kemudahan bagi manusia dan tak pernah bermaksud menyulitkan. Bahkan kemudahan dan kebaikan ini mesti diberikan kepada orang yang sedang atau pernah menyakiti hati kita. Allah s.w.t. berfirman, “Janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabatnya, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, kerana hati mereka pernah dilukai. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An-Nur (24): 22)

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2011 di pasaran...

Asal Mulanya Kejadian Alam

SELAMA ini, kita tidak tahu asal mulanya kejadian alam semesta ini. Kalau kita menghadiri majlis-majlis kuliah agama, para ustaz pun jarang menceritakan tentang asal mula kejadian alam. Dalam syarahan-syarahan, dalam ceramah-ceramah agama dimana pun kita tidak pernah mendengar adanya para tokoh agama kita menceritakan mengenai kisah ini. Saya telah menemui sebuah kitab di sebuah kedai buku di Indonesia. Kedai buku tersebut memang terkenal di tengah-tengah Kota Jakarta. Pada suatu hari, saya masuk ke Toko buku itu dan turun naik dari satu tingkat ke satu tingkat yang lain. Kemudian saya ke satu sudut dimana di sudut ini kebanyakan buku-bukunya adalah buku-buku lama, dan kertasnya pun agak sudah lusuh. Saya temui sebuah kitab yang berjudul “Cerita ‘Alam Ghaib’”. Pada mulanya saya tidak begitu minat, kerana judul seperti itu banyak terdapat di kedai-kedai buku sama ada di Malaysia, lebih-lebih lagi di Indonesia. Berbagai nama ulama yang menulis buku-buku yang mengisahkan “bab alam ghaib” ini terjual, tetapi kitab ini setelah saya membukanya muka surat ke muka surat saya dapati ada “kelainan” dari buku-buku yang pernah saya baca. Bab pertamanya penulis itu telah mengupas dan menukil dari pelbagai kitab agama mengenai masalah ini. Mula-mula sekali penulis itu menceritakan mengenai “asal mulanya kejadian alam”. Dia memulakan ceritanya. Kata, dulu-dulunya alam semesta ini belum ada. Waktu itu belum ada perhitungan tahun, bulan, minggu dan hari. Kerana waktu itu belum ada Matahari dan bulan. “Ketika itu cuma yang ada “ZAT yang WAJIB- WUJUD” IA ZAT ALLAH, Tuhan Yang Maha Pencipta. Yang demikian “DIA” dinamakan “KHOLID”, ertinya “Pencipta”, dan alam semesta ini termasuk semua isinya dinamakan “Makhluk”, erti yang diciptakan. Yang demikian, jelas kepada kita sekarang bahawa adanya perkiraan atau pun perhitungan tahu seperti sekarang ini, kerana adanya peredaran matahari dan bulan. Katanya lagi, entah sudah berapa juta tahun bumi ini hanya Allah saja Yang Maha MengetahuiNYa, kita sebagai manusia hanya dapat mengira-ngira saja. Kemudian penulis itu memetik sebuah Firman Allah dalam kitab suci al-Quran dalam surah “Ad-Dahr ayat 1” yang mafhumnya: “Apakah tidak datang (khabar berita) kepada manusia suatu zaman yang tidak dapat disebut (menurut perhitungan manusia”). Dengan keterangan ayat diatas, katanya, hanya ALLAH yang tahu bila, berapa lamanya Allah jadikan dunia ini dan isinya sekali. Allah s.w.t. Maha Kuasa menciptakan alam ini. Dia menjadikan semuanya itu tidak menggunakan alat atau pun perkakas. Bila dia akan menjadikan sesuatu, maka cukuplah dengan kalimat “KUN”, jadilah...seperti firman Allah dalam Surah Yassin ayat 82 yang mafhumnya: “Sesungguhnya perintahnya, apabila ia mengkehendaki sesuatu cuma IA berkata: Jadilah! Lalu terjadi.” Dalam sebuah hadis Qudsi pula yang ertinya: “Aku adalah gudang yang tersembunyi. Maka aku suka agar dikenal lalu aku ciptakan makhluk supaya ia mengenal “AKU”. Dalam surah Yunus ayat 3 Allah berfirman yang mafhumnya: “Sesungguhnya Tuhan itu ialah yang menciptakan beberapa langit dan bumi didalam enam masa. Kemudian dia menciptakan serta dialah yang mengatur dan dialah yang mengusai seluruh apapun yang berada di Arasy dan alam lainnya.” Jelas sekarang bahawa yang mengatur semua kejadian alam, adalah Allah s.w.t. Untuk lebih lanjut cuba kita baca ayatul Kursi yang disebut dalam Kitab Suci Al-Quran yang mafhumnya: “Allah, tidak ada Tuhan kecuali Dia yang hidup, Yang Maha Hidup tanpa memerlukan sesuatu dengan kehidupan yang Zaty serta Qodim. Tidak Dia tidak pernah lupa, tidur, seluruh apapun yang berada di dalam langit dan bumi adalah hak milikNya kecuali dengan izinNya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2011 di pasaran...

Haram Meratapi Mayat

SEBILANGAN kita mungkin pernah menonton filem-filem atau drama dari Mesir dimana ada terdapat babak-babak kematian, kaum wanitanya melahirkan kesedihan mereka dengan meraung, membuat siulan, menampar dan mencakar muka mereka dan sebagainya atas kehilangan orang yang disayangi. Dikalangan kita juga ada terdapat kaum wanita yang tidak dapat mengawal perasaan apabila berhadapan dengan situasi orang yang mereka sayangi meninggal dunia. Sebenarnya menangis itu tidak mengapa. Yang tidak dibolehkan ialah meratap atau meraung. Mengapa begitu? Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Umar bin Al-Khatthab r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w: “Seorang mati diseksa dalam kubur menurut apa yang dijeritkan dalam tangisan keluarganya.” (HR. Bukhari, Muslim) Ibnu Mas’ud r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: Bukan dari golonganku orang yang memukul-mukul pipi dan merobek saku dan menjerit dengan suara kaum jahiliah.” (HR. Bukhari, Muslim) Betapa sikap jahiliah itu dibenci tergambar melalui hadis berikut ini. Abu Burdah r.a. berkata: “Ketika Abu Musa sedang sakit, tiba-tiba pengsan, sedang kepalanya di pangkuan isterinya, maka menangislah isterinya dengan merintih. Dan ketika Abu Musa sedar kembali ia berkata: Saya bebas (lepas tangan) dari kelakuan orang yang Rasulullah s.a.w. lepas tanggungjawab terhadap kelakuan mereka. Rasulullah s.a.w. telah lepas tanggungan dari orang yang menjerit dengan rintihan, dan yang mencukur rambut ketika kematian, dan yang merobek-robek kain bajunya.” (HR. Bukhari, Muslim) Sementara itu Almughirah bin Sju’bah r.a. berkata: saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Siapa yang ditangisi dengan suara dan rintihan, maka akan terseksa sebagaimana rintihan itu pada hari kiamat.” (HR. Bukhari, Muslim) Ummi Athijah (Nasibah) r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. dalam mengambil bai’at dari kami para wanita: tidak boleh menangis merintih. (HR. Bukhari, Muslim) Maksudnya bai’at itu wanita tidak boleh menangis dan merintih waktu kematian. Tapi persoalannya siapakah dikalangan kita termampu untuk menghalangi dan menasihati wanita-wanita berkenaan ketika mereka sedang meratap dan menangis dihadapan jenazah itu. Hanya mereka yang celik dan berakal dikalangan kaum wanita kita yang tidak bersikap sebagai golongan jahiliah. Mereka itu tentunya mengetahui dan mempelajari hadis-hadis berkenaan perkara yang dibincangkan ini.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2011 di pasaran...

40 Hari Sakit Ketika Tunai Haji

SEBUT saja namanya Sukma. Lelaki 70 tahun ini memiliki kisah aneh yang menimpa dirinya. Suatu ketika, sebagai seorang pemilik dusun durian, dia hendak pergi ke pasar untuk menjual hasil duriannya. Tetapi, di tengah perjalanan dia berniat kembali ke rumahnya kerana ada yang tertinggal. Namun, betapa terkejutnya, saat sampai di rumah dia melihat dengan mata kepalanya sendiri yang isterinya sedang melakukan kecurangan dengan seorang lelaki. Kenyataan pahit ini membuat Sukma naik pitam. Dia segera menceraikan isterinya dan lelaki yang telah melakukan kecurangan dengan isteri orang itu juga kemudian bercerai pula dengan isterinya. Namun, persoalan tidak berhenti sampai di situ. Ternyata, Sukma rupanya ingin “balas dendam”. Namun, kali ini, bukan ingin melakukan kecurangan dengan isteri orang lain. Tapi, isteri bekas lelaki yang mencoteng arang dimukanya itu dipaksa berkahwin dengan dirinya, yang saat itu sebenarnya masih dalam masa iddah. Tentu saja, penghulu mahupun para saksi menolak untuk menikahkan Sukma dengan perempuan yang masih dalam iddah. Tetapi, entahlah, atas alasan apa akhirnya Sukma menikahi juga dengan perempuan tersebut. Jelas, ini dilarang dalam agama. Tapi, pernikahan itu akhirnya terjadi juga meski perkahwinan itu tidak diraikan. Sebagai seorang pekebun durian, Sukma terbilang berjaya dalam hidupnya hingga dia boleh mengumpulkan wang dan berniat menunaikan ibadah haji. Maka dia pun mendaftarkan dirinya ke suatu Biro Haji. Namun, berdasarkan pemeriksaan kesihatan, Sukma dilarang menunaikan haji kerana dia terkena penyakit paru-paru (TBC). Jika ia tetap memaksakan diri, masih ada waktu 6 bulan baginya untuk segera pulih dan memperbaiki keadaan kesihatannya. Oleh doktor, selama 6 bulan itu dia diharuskan untuk berulang alik ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan. Namun, Sukma hanya sekali saja datang ke hospital. Katanya, malas kalau harus ulang alik ke hospital. Jadinya, keadaan kesihatannya pun tetap tidak membaik. Meski begitu, Sukma tetap memaksakan diri agar dapat menunaikan haji. Akhirnya, melalui berbagai pertimbangan, doktor pun memberikan kebenaran agar dia boleh berangkat ke Tanah Suci. Maka, berangkatlah Sukma ke Tanah Suci di bawah bimbingan Ustaz Haji Dimyati. Menurut cerita ustaz muda tersebut, selama 40 hari di Tanah Suci, Engkong (panggilannya kepada Sukma) sakit terus. Dia kadang dilanda demam yang sangat tinggi. Sehingga banyak kewajipan dan rukun haji tidak dapat dilakukannya, kecuali atas bantuan orang lain. Dan makannya pun tidak enak. Suatu ketika, dalam satu jamuan, Sukma ditawari makan. Tetapi, dia tidak mahu. Hingga ustaz pun mengambilkan makanan untuknya dan dia tetap menolaknya. “Ah, saya tak mahulah!” elaknya saat itu. Sejak itu, Sukma pun jadi malas makan dan hal itu membuat kesihatannya terjejas tidak pernah membaik selama ibadah haji. Dari sinilah, ustaz menyarankan bahawa hendaknya kita berusaha untuk selalu punya selera atas makanan yang tersedia selama ibadah haji. Sebab, jika hati kita menolak saja dan tidak mahu memakannya, maka selanjutnya akan seperti itu. Hal itulah yang terjadi terhadap Sukma selama berada di tanah suci. Sakit yang dideritai oleh Sukma membuatnya hampir tidak dapat menjalankan kewajipan dan rukun ibadah haji dengan sempurna. Puncaknya adalah saat berada di Arafah. Di sini Sukma merasa sudah tidak kuat lagi sehingga harus memberitahu kepada Ustaz Dimyati, “Ustaz, tolong laksanakan segala kewajipan haji saya. Saya sudah tidak kuat lagi.” Sebagai pembimbing ibadah haji, Ustaz Dimyati terkejut dengan keluhan Sukma. Bahkan, sempat terlintas dalam fikiran ustaz bahawa jangan-jangan usia Sukma tidak akan lama lagi. “Kerana biasanya, pengalaman saya, kalau jemaah yang beritahu seperti itu, maka tak lama lagi akan meninggal dunia,” ujar Ustaz Dimyati. Tetapi, hal itu langsung ditepis oleh Ustaz Dimyati dan segera dia menguatkan hati Sukma. “Mahu tak pulang ke Indonesia?” tanya Ustaz Dimyati kepada Sukma. “Ya, mahu!” jawab Sukma. “Kalau gitu, semangat dan yakinkan dalam hati agar boleh melaksanakan ibadah wukuf di Arafah ini,” kata ustaz memberi semangat. Sebab, wukuf di Arafah adalah puncak dari keutamaan segala ibadah haji. Tidak mahu ibadah haji jemaahnya tidak sempurna, Ustaz Dimyati pun berusaha membantu Sukma untuk melakukan wukuf Arafah dengan mendorong kerusi rodanya. Demikian, akhirnya rukun haji itu pun dapat dilaksanakan.
Usai melakukan itu, saat tahallul, Sukma pun berujar, “Ternyata enak juga ibadah haji kalau kita berniat mahu melakukannya.” Sambil bergurau, Ustaz Dimyati pun berkata secara sinis, “Ya soalnya pakai kerusi roda, bagaimana tidak enak?” Setelah semua rukun dan kewajipan ibadah haji selesai ditunaikan, Ustaz Dimyati bertanya kepada Sukma perihal keadaannya yang mengalami berbagai kesulitan selama ibadah haji itu.
Dari sinilah, akhirnya, terbuka bahawa sebelum berangkat ibadah haji dia pernah menikahi wanita yang masih dalam keadaan “iddah”. Lalu pernah pula menikahi perempuan itu dan hanya dalam sehari diceraikannya tanpa disetubuhi dan diberikan nafkah. Ternyata, pernikahan itu hanya sebagai “nazar” atas kemenangan calon “ketua kampung” pilihannya saja.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2011 di pasaran...

Dua Bersaudara Yang Syahid Bersama

SEBELUM Islam datang, kehidupan Jahiliah memang begitu nyata. Orang yang mempunyai kekayaan, berkuasa atas segalanya. Istilah majikan dan ‘hamba’ begitu lebar menganga perbedaannya. Orang yang menjadi hamba, seperti ‘robot’ hidup yang bebas diperintah betapa pun perintah itu keliru. Islam datang membawa perubahan yang menyeluruh. Segala bentuk ‘perhambaan’ dihapus dari muka bumi, semua orang dipandang sama, ras, suku, kedudukan sosial, yang membedakan hanyalah tingkat kedekatan seseorang dengan Allah s.w.t. Gambaran perubahan dari orang yang benar-benar berupaya mendekatkan diri kepada Allah adalah selalu berusaha mengamalkan nilai-nilai agama. Salah satu caranya adalah ‘jihad’ untuk mencapai kesyahidan. Jihad di sini perlu difahami boleh beraneka cara, bukan diertikan peperangan melawan musuh belaka apalagi berbunuhan terhadap sesama muslim yang tidak sefaham dengan kelompoknya, namun dalam erti lebih luas; boleh dengan berdakwah, membantu orang-orang yang memerlukan, mengamalkan ilmunya, mensejahterakan masyarakat sekitar dan sebagainya. Pada zaman Nabi s.a.w. seringkali memang terjadi peperangan, kerana umat Islam ditekan dan dipinggirkan. Dalam konteks ini, jihad dalam erti ‘peperangan’ menjadi sebuah kenescayaan untuk membela agama. Peperangan perlu apabila harga diri dan kehormatan Islam diinjak-injak. Perang sebagai pertahanan diri [pembelaan diri] bukan untuk menindas atau untuk membantai orang yang tak sefaham dengan kelompoknya.
Jika alasannya untuk menunjukkan ‘kejaguhan’ kelompoknya sekali pun tetapi menyakiti sesamanya, bukan jihad namanya, melainkan sebaliknya; jahat (tindakan yang melanggar ketentuan agama mahupun negara) kerana kesalahan menterjemahkan maksud ‘jihad’ sebagai jalan untuk menggapai kesyahidan.

Berjuang Bersama
Salim adalah salah seorang sahabat Nabi s.a.w. Nama lengkapnya adalah Salim Maula Abu Hudzaifah. Mulanya lelaki ini adalah ‘seorang hamba’ namun kemudian dimerdekakan oleh tuannya. Tuan yang memerdekakannya adalah Abu Huzaifah bin Utbah. Salim sendiri tidak jelas asal-usulnya, maka namanya diikatkan dengan nama tuannya sehingga lengkapnya bernama Salim bin Abu Huzaifah. Ketika kedua-duanya memeluk Islam dan menjadi pengikut Nabi s.a.w., maka hilanglah keterikatan antara kedudukan sebagai hamba dan tuan. Salim tidak menjadi hambanya pada Huzaifah dan kedudukan Huzaifah bukan lagi majikan atau ‘tuan’, melainkan keduanya adalah bersaudara sesama muslim. Islam telah menghapus semua bentuk perhambaan. Tidak ada perbedaan antara satu dengan yang lainnya. Yang membedakan hanyalah tingkat ketakwaan seorang hamba kepada Khaliknya. Jika Allah saja mengatakan bahawa semuanya sama di sisiNya, maka alangkah kelirunya seseorang yang memperagakan kesombongannya lantaran memiliki kekayaan yang berlebih atau kekuasaan tinggi.
Sejak Salim dan Huzaifah mengikuti ajaran Nabi s.a.w., keduanya secara langsung memasuki “babak baru”. Mereka sangat bersemangat sekali belajar, mengamalkan pelajaran-pelajaran yang dicontohkan langsung oleh Nabi s.a.w. Dalam perkembangan selanjutnya, keduanya termasuk barisan sahabat yang sungguh luar biasa dalam upayanya berjuang untuk Islam. Kerana itu, tak aneh, keduanya termasuk sahabat yang amat dikasihi Nabi s.a.w. Setelah keduanya menjadi muslim, mereka belajar bersama semua hal yang berkaitan dengan akidah dan keimanan. Suka duka dialami keduanya. Ancaman dan aniaya yang datang dari kaum Quraisy harus mereka terima sebagai cubaan dan ujian setelah menjadi muslim. Akan tetapi, iman sudah terpatri kuat-kuat di dalam hati mereka sehingga ikhlas menerima apa pun risikonya. Perjuangan memang berat, tetapi kebenaran haruslah tetap didahulukan. Salim termasuk yang terkemuka dalam pengetahun al-Quran. Salim beriman dengan kehendaknya sendiri. Tidak kerana pengaruh apa pun. Bukan kerana ia orang hina dan ‘hamba’ lalu masuk Islam agar memperoleh tempat berlindung; sama sekali tidak. Bahkan keterikatannya dengan Huzaifah bukan penyebab ia masuk Islam. Hidayah Allah jualah yang menghantar dia menjadi muslim, dan termasuk sahabat utama serta ahli al-Quran. Kelebihan Salim adalah sifatnya yang terbuka. Secara berterus terang dia mengemukakan yang benar sebagai kebenaran, tanpa takut dan sembunyi-sembunyi. Salim hidup mendampingi Rasulullah s.a.w. bersama sahabat lainnya. Dia juga selalu bersama saudaranya, Huzaifah. Mereka berdua tidak pernah tidak menyertai dalam setiap pertempuran dan jihad fi sabilillah semasa hayat Nbai s.a.w.

Syahid di Medan Perang
Dalam pertempuran Yamamah, keduanya maju berdampingan berhadapan musuh. Dalam pertempuran itu, Huzaifah bagaikan angin puyuh menerkam lawan. Pedangnya berkelebatan ke sana kemari. Sedangkan Salim yang membawa bendera kaum Muhajirin berada di samping Hudzaifah. Pedangnya menari-nari mencari lawan memukul mundur mereka. Walaupun dari segi jumlah, pasukan lawan jauh lebih besar, namun pasukan tentera Islam tak gentar menghadapi. Malah dengan semangat yang berkobar-kobar demi menjaga kehormatan Islam, kekuatan mereka seolah berlipat ganda. Tak ada kata takut apalagi menyerah kalah. Pertempuran makin memanas. Musuh mulai menunjukkan tajinya. Akhirnya, sekelompok orang-orang murtad mampu mengepung Salim dari semua penjuru. Semampunya, dia menangkis tiap serangan lawan yang menuju ke arahnya. Salim harus tangkas dan tak mahu menyerah. Berkali-kali badannya berkelebat membentur bumi, namun pedang masih tergenggam kuat-kuat di tangannya. Beberapa bahagian anggota tubuhnya tercedera oleh senjata musuh, namun Salim tetap berusaha menghadapi lawannya. Dengan sisa kekuatannya yang masih ada, dia memburu pimpinan pasukan lawan. Sampai dia menjumpai Musailamah al-Kadzab (Nabi Palsu). Lelaki yang gagah berani itu langsung menebaskan pedangnya dengan dahsyat. Musailamah, si Nabi Palsu itu tewas. Setelah itu, Salim jatuh tersungkur, kerana hampir seluruh badannya telah penuh dengan tusukan pedang. Selepas pertempuran selesai, ketika pimpinan pasukan Islam dan sahabat lainnya mencari korban yang syahid, mereka mendapati Salim sedang sakaratul maut. Bibirnya bergetar hebat. Dengan susah payah, dia masih sempat menanyakan saudaranya, Huzaifah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2011 di pasaran...

Peristiwa Kucup Hajarul-Aswad

KETIKA mengerjakan umrah menerusi pakej Tabung Haji Travel and Services Mei lalu, turut serta beberapa orang remaja bersama keluarga mereka. Selain tujuan utamanya mengerjakan ibadah Umrah, mereka mempunyai hajat besar terhadap ayah dan ibu mereka (Haji Ramli dan Hajah Salbiah) yang ikut sama menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah dan Madinah. Terdapat dua gadis remaja yang bermunajat kepada Allah s.w.t. di depan Kaabah memohon Allah dapat menyembuhkan penyakit ayahnya yang diserang “angin ahmar” sejak beberapa waktu lalu. Mereka bermunajat agar mereka sekeluarga dikurniakan Allah kesihatan. Memohon semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka sekeluarga. Sepanjang mengerjakan Umrah, itulah kesempatan yang amat berharga untuk bermunajat kepada Allah agar doa dan hajat mereka di makbulkan Allah s.w.t. Salah seorang gadis NURUL HIDAYAH, 26, berkata, inilah kesempatan yang menjadi impiannya untuk menjejakkan kaki di tanah suci Makkah dan Madinah, dan ini banyak menguji kesabaran dan pelbagai pengalaman pahit dan manis.
Ayahnya, (Haji Ramli, 56) yang menghidap “angin ahmar” terpaksa menggunakan kerusi roda dan kedua-dua anaknya ini yang menolaknya berganti-ganti sama ada keluar dari hotel untuk ke Masjidil Haram atau pun ke Masjid Nabawi di Madinah. Begitu juga ketika melakukan tawaf dan Sa’i, Nurul Hidayah dan kakaknya Nurul Akmar bergilir-gilir menolak kerusi roda yang diduduki ayah kesayangan mereka. Semasa di depan Kaabah selepas melakukan tawaf, ayahnya telah berdoa mohon kepada Allah agar penyakitnya disembuhkan dan diampunkan segala dosa yang ada. Nurul memberitahu lagi, bahawa pada suatu malam selepas sembahyang Isyak, dia bersama ibu dan kakaknya terus membuat tawaf sunat. Memang, hasratnya untuk dapat mencium Hajarul Aswad sudah lama terpendam dalam hatinya. “Saya beritahu kepada Mama dan kakak tentang hasrat itu. Maklumlah, kalau nak datang lagi ke Makkah dan Madinah bukanlah mudah,” kata Nurul lagi. Sebelum itu, kata Nurul, “Kami bersembahyang taubat di satu sudut di tepi Kaabah. Dan kemudian kami masuk ke kawasan Hijir Ismail sembahyang sunat lagi. “Kami memohon ampun kepada Allah s.w.t., dan memohon agar Allah sembuhkan penyakit ayah. Kami juga memohon ampun agar Allah s.w.t. mengampunkan dosa-dosa kami dimasa lalu. “Kami juga memohon agar Allah memudahkan apa juga perkerjaan ibadah semasa berada di Makkah apa lagi semasa berada di dataran Kaabah itu. Kemudian kami pergi ke kawasan “Rukun Yamani” di sana kami berdoa lagi. “Dan di penjurunya terletak “Hajarul Aswad”, dan kami berusaha untuk menyelit masuk ke penjuru tersebut ditengah-tengah lautan jemaah yang berasak-asak. “Sedang kami mencari-cari jalan untuk kepenjuru tersebut, tiba-tiba muncul seorang hamba Allah yang menawarkan diri untuk membantu kami. Pada mulanya kami ragu-ragu untuk menerima tawaran itu, tetapi oleh kerana hamba Allah itu beria-ria sangat untuk membantu, akhirnya kami bersetuju. “Sebelum Nurul dan emak masuk ke kawasan Kaabah, orang ramai sudah bersesak-sesak dan berhimpit-himpit untuk mencium Hajarul Aswad. “Hamba Allah ini mengingatkan kami sambil berpesan supaya menyilangkan kedua-dua belah tangan kami ke dada. Segala-galanya berlaku begitu cepat dan pantas. “Hamba Allah itu menolak Nurul dan Mama ke dinding dan terus menuju ke Hajarul Aswad. Dada Nurul terasa begitu sesak. Seluruh badan Nurul rasa nak remuk akibat ditolak oleh Hamba Allah itu.
“Kedengaran orang ramai disekeliling memarahi antara satu sama lain supaya tidak bertolak-tolak dalam bahasa masing-masing. Nurul berdoa dan terus berdoa agar Mama dan Nurul selamat dari rempuhan manusia tersangat ramai itu. “Nurul kuatkan tenaga mengepung Mama jangan sampai terjatuh ditolak orang. Entah beberapa minit, Nurul dan Mama berada di hadapan Hajarul Aswad dan Nurul melihat Mama sudah dapat mengucup Hajarul Aswad. “Sekarang tibalah giliran Nurul, tiba-tiba jemaah semakin menjadi agresif. Hamba Allah itu segera memegang kepala Nurul dan terus membenamkan muka Nurul ke dalam Hajarul Aswad. “Pada ketika itu tidak dapat digambarkan perasaan Nurul terasa amat bersyukur kerana tetap diberi peluang oleh Allah untuk mencium Hajarul Aswad walau pun dengan cara begini.” Begitulah cerita Nurul Hidayah dengan penuh emosi, sambil menyambung ceritanya lagi. “Untuk seketika Nurul sempat berdoa agar kami sekeluarga diberikan kesihatan yang baik terutama ayah dan ibu dan diampunkan dosa-dosa kami. “Beberapa saat kemudian terasa badan Nurul ditarik kuat oleh orang ramai. Hati Nurul kembali gusar dan Nurul cepat-cepat berdoa agar Mama dan Nurul di permudahkan dan selamat keluar dari rempuhan jemaah yang ramai itu. “Semasa Nurul dan Mama berhimpit-himpit untuk keluar, tiba-tiba Mama terjatuh. Pada ketika itu Allah saja yang tahu perasaan Nurul dan tanpa berfikir panjang Nurul menjerit sekuat hati sambil menarik Mama bangun semula. “Mungkin kerana Nurul menjerit terlalu kuat, jemaah sekeliling menjadi terkejut dan sepantas kilat Hamba Allah yang membantu kami itu menarik kami keluar dari rempuhan manusia yang ramai itu. “Kami terus dibawa ke tong air Zam-zam diberi minum untuk menenangkan kami. Sedang Nurul meneguk air Zam-zam itu terasa seluruh badan Nurul menggigil dan Nurul terus berdoa agar diri ini lebih tenang lagi. “Kemudian hamba Allah ini mengajak kami duduk disatu tempat. Pada anggapan Nurul tentulah dia mahu bertanyakan pengalaman kami sebentar tadi tetapi ternyata, ia sangat mengecewakan dan memeranjatkan Nurul dan Mama.
“Rupa-rupanya hamba Allah itu ...

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2011 di pasaran...

Staaban, Ramadan Datang Dan Pergi...

ANTARA bulan-bulan dalam kalendar Islam yang dikenali ialah bulan Syaaban, Ramadan dan Syawal. Ianya ada hubung kait dalam mengatur aktiviti ibadat umat Islam. Kedatangan Syaaban seolah memberi peringatan kepada umat Islam bahawa selepasnya akan datang pula Ramadan yang dinanti-nantikan setiap tahun. Bulan-bulan ini akan datang dan pergi dalam hidup kita. Kalau diberi umur panjang, kita berjumpa lagi pada tahun hadapan.
Sebagai umat Islam, amat wajar kita mengenali apakah dikatakan bulan Syaaban itu? Syaaban adalah istilah bahasa Arab yang berasal dari kata syi’ab yang ertinya jalan di atas gunung. Islam kemudian memanfaatkan bulan Syaaban sebagai waktu untuk menemukan banyak jalan, demi mencapai kebaikan. Ada pula yang menamakan Syaaban kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut bertebaran untuk mencari sumber air. Dikatakan demikian juga kerana mereka berpisah-pisah atau terpencar di gua-gua. Dan dikatakan sebagai bulan Syaaban juga kerana bulan tersebut sya’aba (muncul) di antara dua bulan, Rejab dan Ramadan. Jamaknya adalah Sya’abanaat dan Sya’aabiin. Kerana bulan Syaaban terletak di antara bulan Rejab dan Ramadan, maka Syaaban seringkali dilupakan. Padahal, semestinya tidaklah demikian. Dalam bulan Syaaban terdapat berbagai keutamaan yang menyangkut peningkatan kualiti kehidupan umat Islam, baik sebagai individu mahupun dalam lingkungan kemasyarakatan, salah satunya adalah dengan berpuasa. Sahabat Usamah bin Zaid r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., “Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihatmu memperbanyak berpuasa (selain Ramadan) kecuali pada bulan Syaaban?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Itu bulan di mana manusia banyak melupakannya antara Rejab dan Ramadan, di bulan itu perbuatan dan amal baik diangkat ke Tuhan semesta alam, maka aku ingin ketika amalku diangkat, aku dalam keadaan puasa.” (HR. Abu Daud dan Nasa’i). Selain disunatkan puasa Syaaban, umat Islam juga dianjurkan untuk solat sunat pada malam harinya atau yang disebut dengan Shalat Nisfu Syaaban. Nisfu ertinya setengah atau seperdua, dan Syaaban adalah bulan kelapan dari tahun Hijrah. Nisfu Syaaban secara harfiyah bererti hari atau malam pertengahan bulan Syaaban atau tarikh 15 Syaaban. Imam al-Gazali mengistilahkan malam Nisfu Syaaban sebagai malam Syafaaat, kerana menurutnya, pada malam ke-13 dari bulan Syaaban Allah s.w.t. memberikan seperti tiga syafaat kepada hambaNya. Lalu pada malam ke-14, seluruh syafaat itu diberikan secara penuh.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2011 di pasaran...

Menyoal Hukum Pewarna Kuku

BERHIAS untuk kelihatan cantik dan menarik bagi perempuan, seperti sebuah keperluan. Tak hairanlah bila banyak yang menganggap bahawa melakukan hal tersebut adalah sebahagian dari cara mereka menonjolkan fitrah dirinya. Mulai dari rambut, wajah, tangan, tubuh, sampai hujung kaki sekalipun. Bahkan hal kecil dari bahagian tubuh seperti kuku, tak terhindar dari bahagian yang tak terlepas disolekkan. Agar terlihat bersih dan menarik, kuku bukan hanya harus dibersihkan dan digunting/dipotong sebagaimana lazimnya. Lebih dari itu, kebanyakan dari mereka memberi pewarna kuku atau cat kuku. Warna-warni yang menarik itulah yang akhirnya membuat penampilan kuku semakin anggun dan mempesonakan.

Dalam Teropong ‘Fikih Islam’
Akan tetapi, bagi kaum muslimah, pewarna kuku ini boleh menjadi masalah, yakni ketika mereka melaksanakan ibadah solat. Apa sebabnya? Dalam Islam, kuku termasuk anggota tubuh yang wajib disucikan bila kita berwuduk atau mandi untuk menghilangkan hadas besar. Dan, cat kuku boleh menghalangi jalannya air yang akan mensucikan badan kita. Patut diketahui pula bahawa secara umum pewarna kuku merupakan zat pewarna yang membentuk lapisan kedap/kalis air. Sehingga air tidak boleh membasahi setiap kuku orang yang diwarnai oleh cat kuku ketika ia berwuduk. Sehingga bila dia berwuduk dalam keadaan memakai cat kuku, jelaslah bahawa wuduknya itu tidak sah, kerana di antara anggota tubuh yang harus dibasuh adalah kedua tangan hingga siku. Juga anggota kaki (jika sipemakainya turut mewarnakan kuku di kakinya). Padahal, syarat sah solat itu adalah berwuduk atau suci dari hadas. Dalam ilmu fikih dikatakan bahawa segala sesuatu yang menghambat sampainya air, tidak boleh digunakan oleh orang yang berwuduk atau mandi wajib. Allah s.w.t. berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan kakimu sampai dengan kedua mata kaki...” (QS. Al-Maidah: 6) Kerana itu dapat disimpulkan bahawa perempuan yang menggunakan pewarna kuku akan menghalangi sampainya air ke kuku dan ia tidak dapat dikatakan telah membasuh tangannya. Ini bererti pula bahawa ia telah meninggalkan suatu kewajipan dalam berwuduk atau mandi wajib. Dengan demikian dapat dikatakan pula bahawa tanpa wuduk yang sah, solatnya pun tidak sah. Senada dengan hal tersebut, Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin dalam Fatawa wa Rasa’il Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin, 4/148 yang disusun Fahd As-Sulaiman, menyatakan bahawa cat kuku tidak boleh digunakan perempuan jika ia hendak solat, kerana cat kuku tersebut akan menghalangi mengalirnya air dalam bersuci (pada bahagian kuku yang tertutup oleh cat kuku tersebut), dan segala sesuatu yang menghalangi mengalirnya air (pada bahagian tubuh yang harus disucikan dalam berwuduk mahupun mandi untuk menghilangkan hadas besar), tidak boleh tertutup apapun, termasuk cat kuku. Untuk itu, bila ingin memakainya, pastikan bahawa seorang wanita muslimah itu sudah berwuduk sebelumnya. Pastikan pula bahawa dia pun boleh menahan segala hal yang membatalkan wuduknya. Dalam keadaan itulah, dia boleh melakukan solat dan solatnya sah. Namun bila batal wuduknya, tentu saja dia harus berwuduk lagi, dan untuk itu, dia harus menghapus dulu cat kuku agar wuduknya sah. Atau, jika memang tetap ingin memakainya namun tidak mahu diganggu oleh aturan bersuci, maka ketika haid merupakan masa yang paling aman atau sesuai dimana wanita boleh mewarnai kukunya.

Meniatkan Hal Baik
Kendati pewarna kuku dibolehkan dipakai, tetapi banyak kalangan ulama yang menasihat dan mengingatkan agar wanita muslimah berhati-hati menggunakannya. Mengingat adat kebiasaan menggunakan pewarna kuku merupakan sebagai kebiasaan khusus wanita kafir. Sedang dalam agama disebutkan bahawa siapa saja yang menyerupai kebiasaan suatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan kaum tersebut. Akan tetapi bila menyelidik dari semangat awal mewarnai kuku adalah demi menjaga kebersihan dan penampilan kuku, maka tentunya tidak menjadi soal. Islam tidak pernah melarang perempuan muslimah menonjolkan kecantikannya dalam bentuk apapun sepanjang hal yang dilakukan tidak bertentangan syariat agama. Justeru bila penampilan yang bersih dan cantik itu disalurkan sesuai dengan apa yang dihalalkan oleh Allah, maka akan menjadi ibadah. Misalnya bila seorang wanita berusaha tampil cantik dan menarik di depan suaminya dengan aneka ‘make-up’, termasuk salah satunya memakai pewarna kuku, tentu saja dibolehkan. Apalagi jika dengannya keharmonian hubungan suami isteri akan bertambah hangat kerana mempunyai si isteri yang tampil menarik. Tapi berapa kerat sangatkah golongan isteri yang menghias diri (termasuk mengecat kuku) semata-mata untuk dipandang cantik oleh suaminya? Wallahualam...

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2011 di pasaran...

Kitab-Kitab Hadis Masa Awal Islam

APABILA umat Islam pada masa awal telah memiliki kemampuan untuk menulis dan membaca, dan apabila Nabi Muhammad s.a.w. telah menganjurkan para sahabat untuk menulis hadis, maka pertanyaan yang mucul sekarang adalah apakah ada suatu dokumen yang membuktikan bahawa para sahabat telah menulis hadis pada masa itu, atau dengan kata lain apakah ada kitab-kitab hadis yang ditulis pada masa awal Islam? Pertanyaan semacam ini selalu muncul ke permukaan kerana masih ada sementara orang yang beranggapan bahawa orang yang pertama kali menulis hadis adalah Ibnu Syihab al-Zuhri pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Kerana al-Zuhri meninggal dunia pada tahun 123 H, maka ada orang yang berkesimpulan bahawa penulisan hadis yang pertama kali itu dilakukan jauh sesuydah Nabi s.a.w. wafat. Kerana jauhnya jarak antara masa hidup Nabi s.a.w. dengan penulisan hadis beliau, maka mungkin sekali terjadi pemalsuan-pemalsuan terhadap hadis sehingga kebenarannya tidak dapat dipertanggungjawabkan, dan kerananya hadis tidak dapat dijadikan sumber syariat Islam. Meskipun anggapan di atas telah dijawab bahawa apa yang dilakukan al-Zuhri itu adalah mengumpulkan tulisan-tulisan hadis, bukan menulis hadis untuk pertama kalinya, namun pertanyaan di atas tetap menggoda sementara orang mengingat Al-Quran merupakan kitab tertulis yang ditinggalkan Nabi s.a.w. sehingga layak menjadi sumber syariat Islam, berbeza hanya dengan apa yang disebut hadis. Sebenarnya pengertian Al-Quran sebagai kitab tertulis sejak masa Nabi s.a.w. perlu dijelaskan kembali. Masalahnya, Al-Quran dalam bentuk kitab atau buku seperti yang dikenal sekarang ini belum pernah ada pada masa Nabi s.a.w. Al-Quran dalam bentuk kitab (mushaf) baru ada pada masa Khalifah Abu Bakar al-Shiddiq. Tepatnya, setelah terjadinya Perang Yamamah tahun 2 H, di mana gugur tujuh puluh orang yang hafal Al-Quran sebagai syuhada. Kemudian atas anjuran Umar bin al-Khattab dibentuklah panitia penulisan kembali catatan-catatan Al-Quran sehingga Al-Quran termaktub dalam bentuk kitab (mushaf). Kerananya, tidaklah tepat menganggap hadis tidak memiliki ‘kekuatan hukum’ sebagai sumber syariat Islam, kerana ia tidak pernah dibukukan pada masa Nabi s.a.w.
Seandainya pendapat ini dibenarkan, maka kita juga harus menolak Al-Quran sebagai sumber syariat Islam kerana Al-Quran juga tidak pernah dibukukan pada masa Nabi s.a.w.

Alat-alat Tulis Klasik
Ketika ayat-ayat Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., ia langsung ditulis di atas pelepah-pelepah kurma, potongan-potongan kulit binatang, tulang-tulang dan benda-benda lain yang ada pada waktu itu.
Sementara kertas, meskipun sudah dikenal oleh bangsa Arab sebelum Islam datang, namun tidak ada kejelasan apakah kertas sudah dipakai untuk menulis Al-Quran dan Hadis Nabawi pada masa itu. Yang jelas, penggunaan kertas sebagai alat tulis baru berkembang di dunia Islam sesudah dibebaskannya Mesir oleh ‘Amr bin al’-Ash (pada masa Khalifah Umar bin al-Khattab). Ada sebuah sumber yang menuturkan bahawa kertas disebut-sebut dalam peristiwa terbunuhnya Khalifah Uthman bin Affan, di mana Fatimah binti Syuraik memasukkan Marwan bin al-Hakam ke dalam sebuah rumah yang berisi kertas. Bila demikian, maka kertas telah digunakan sebagai alat tulis sejak masa Khalifah Uthman. Namun sekali lagi tidak ada kejelasan apakah kertas telah dipakai sebagai alat tulis pada masa Nabi s.a.w.

Kitab dan Shahifah
Ada beberapa istilah yang dipakai oleh ahli-ahli hadis klasik untuk menunjuk kepada catatan-catatan atau tulisan-tulisan hadis. Istilah-istilah itu ialah daftar, kurrasah, diwan, kitab, shahifah, tumar, darj dan lain-lain. Daftar, kurrasah, diwan, kitab, dan shahifah adalah alat tulis yang daftar di mana bentuk luarnya mirip buku yang dikenal sekarang ini. Sementara tumar dan darj biasanya merupakan alat tulis yang panjang dan digulung. Berbeza halnya dengan buku-buku yang dikenal sekarang ini, di mana pengarang atau penulisnya memberikan nama tertentu untuk karya tulisnya itu, kitab-kitab pada masa awal Islam tidak selamanya demikian. Tidak kurang dari lima puluh dua orang sahabat Nabi s.a.w. telah menulis kitab (shahifah) yang berisi hadis-hadis yang mereka terima dari Nabi s.a.w., atau mereka menurunkan hadis-hadisnya kepada para muridnya. Namun mereka tidak memberikan nama tertentu kepada kitab-kitab yang mereka tulis, kecuali beberapa orang saja yang akan diperkatakan nanti. Misalnya sahabat Ali bin Abu Talib, beliau memiliki shahifah (buku) yang selalu diikatkan di pedangnya. Shahifah ini berisi hadis-hadis Nabawi tentang hukum pidana, zakat dan sebagainya. Kerana shahifah itu tidak memiliki nama tertentu akhirnya ia hanya dikenal sebagai “Shahifah Amir al Mu’minin Ali bin Abu Talib”. Terkadang shahifah beliu itu juga disebut dengan kitab saja. Seperti dituturkan oleh anak beliau sendiri Muhammad bin Ali bin Abu Talib (meninggal dunia 81 H) yang popular dengan panggilan Ibn al-Hanafiyah. Katanya, “Ayahku berkata, Ambillah kitab ini dan bawalah kepada Uthman.” Sahabat Abdullah bin Mas’ud r.a. juga mempunyai kitab Hadis yang ditulis dengan tangan beliau sendiri. Begitu pula para Sahabat yang lain, seperti Sa’ad bin Ubadah al-Anshari (meninggal 15 H), Abu Rafi’ mantan hamba Nabi s.a.w.(meningggal 35 h), Asma binti Umais (meninggal 38 H), Samurah bin Jundub (meninggal 60H), Abdullah bin Umar (meninggal 73), Jarir bin Abdullah (meningal 78H) dan lain-lain, mereka memiliki, kitab-kitab Hadis.

Shahifah al-Shadiqah
Di samping istilah Shahifah, ada juga istilah nuskhah, seperti Nuskhah Samurah bin Jundub yang disebut di atas tadi. Pengertian nuskhah di sini sama dengan shahifah, iaitu catatan-catatan atau tulisan-tulisan Hadis. Baik nuskhah mahupun shahifah umumnya dinisbahkan (dikaitkan) dengan nama penulisnya, kerana - seperti dikatakan di depan - para penulisnya tidak memberikan nama tertentu bagi tulisannya itu. Namun demikian, ada sementara Sahabat Nabi s.a.w. yang sudah memberikan nama tertentu bagi karya tulisannya, seperti halnya orang sekarang. Misalnya, Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash (7 SH-65 H). Beliau memberikan nama bagi shahifahnya dengan nama al-Shadiqah. Sebagai seorang penulis ulung di kalangan para Sahabat, beliau memperoleh izin dari Nabi s.a.w. untuk menulis hadis-hadisnya. Kerananya, beliau banyak menulis hadis. Adalah Mujahid bin Jabr (21-104 H) yang pernah melihat Shahifah al-Shadiqah tadi di kediaman Abdullah bin ‘Amr. Ia bermaksud mengambil shahifah itu, namun segera dicegah oleh pemiliknya, Abdullah bin ‘Amr. “Jangan diambil,” kata Abdullah, “kerana ini adalah Shahifah al-Shadiqah yang berisi hadis-hadis yang aku terima langsung dari Rasulullah s.a.w.,” tambahnya.
Kemungkinannya, Abdullah bin ‘Amr adalah orang yang pertama kali menulis hadis di hadapan Nabi s.a.w. Kerananya, beliau merasa bangga sekali dengan kitabnya itu. Sampai beliau pernah mengatakan, “Tidak ada yang saya senangi di dunia ini kecuali al-Shadiqah dan al-Wahdh. Al-Shadiqah adalah shahifah (buku) yang berisi hadis-hadis yang saya tulis dari Nabi s.a.w., sedangkan al-Wahdh adalah tanah yang diwakafkan oleh ayahku Amr bin al-Ash”. Kitab al-Shadiqah ini disimpan oleh Abdullah di dalam sebuah peti kayu agar tidak rosak atau hilang. Dan menurut Ibn al-Atsir, kitab tersebut memuat seribu buah hadis, namun menurut sumber lain jumlah hadisnya hanya lima ratus buah saja. Sementara pada saat ini kita tidak dapat menemukan naskah asli kitab tersebut, yang ada hanyalah salinannya saja yang selengkapnya termuat dalam kitab al-Musnad karya Imam Ahmad bin Hanbal dan kitab-kitab yang lain. Walau bagaimanapun, kitab al-Shadiqah itu merupakan dokumen ilmiah yang sangat penting, kerana ia membuktikan adanya penulisan hadis di hadapan Nabi s.a.w. sendiri dan atas izin dari beliau.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2011 di pasaran...

Islam Bersemarak Semula Di Tajikistan

Shohrukh, seorang mahasiswa berusia 20 tahun, tiba-tiba menjadi sosok yang tak dikenal. Sebabnya, si pemilik nama berkenaan mengganti namanya menjadi “Muhammad” sebagai nama awalnya mengambil sempena nama Nabi Muhammad s.a.w. Shohrukh adalah nama yang terdengar murni bagi orang-orang Tajik kerana demikianlah umumnya orang-orang Tajik memberi nama anak-anak mereka. Sementara nama ‘Muhammad’ terdengar agak asing. “Keputusan ini tak datang tiba-tiba. Namun, setelah belajar mengenai Islam, saya ingin mempunyai nama Islam yang sesuai buat diri saya. Saya diberitahu, di akhirat nanti, orang dipanggil dengan nama awalnya dan saya ingin nama depan saya adalah nama yang disenangi Tuhan,” ujar Shohrukh atau Muhammad ini. Nama Islam memang telah menjadi popular sekarang di Tajikistan. Anak-anak usia belasan hingga dua puluh tahun banyak memakai nama Islam. Ini, tak lain, terjadi sejak Tajikistan kembali menemukan identiti keislamanannya selepas Kesatuan Soviet jatuh tahun 1991. Dan semakin banyak ibu bapa memilih nama Islam untuk bayi mereka yang baru lahir. Antara nama popular bagi bayi perempuan adalah Sumayah dan Aisha yang dalam versi Tajik menjadi Asiya dan Oisha. Zebo Bobojonova, Pengarah Pejabat Kelahiran Rakyat di Dushanbe menyebut ia tak mendengar nama-nama berbau Islam itu sebelumnya. Nama-nama berbau Iran dan India lebih banyak mendominasi seperti Googoosh, Anohito, dan Indira. Nama-nama ini adalah yang diinginkan para ibu bapa bagi anak-anak mereka yang kemudian dituliskan di sijil kelahiran mereka. Nama-nama seperti Sumayah atau Asiya hampir tidak pernah terdengar di Tajikistan. Pada 1980-an dan 1990-an, nama-nama karakter dari tokoh-tokoh pahlawan Parsi abad ke-10 seperti “Shahnameh” adalah yang paling popular, baik untuk anak perempuan bayi dan anak lelaki. Ratusan ribu gadis Tajik diberi nama puteri dan ratu Parsi yang terkenal, seperti Tahmeena, Gurdofarid, dan Sudoba, sementara nama raja Parsi pra-Islam seperti Siyovush, Faridun, Jamshed, dan Bezhan adalah nama-nama yang lazim untuk anak lelaki. Aisha sendiri adalah nama salah seorang isteri Nabi Muhammad s.a.w., sedangkan Asiya adalah nama seorang tokoh yang disebutkan dalam al-Quran. Menurut ajaran Islam, Sumayah adalah wanita pertama yang mati syahid. Nama tokoh Islam terkemuka seperti Muhammad, Yusuf, Abdullah, dan Abu Bakar telah menjadi pilihan ramai untuk bayi lelaki Tajik. Beberapa ‘mullah’ tempatan dan imam mendorong orang untuk memilih nama Islam untuk anak-anak mereka. Hoji Mirzo Ibronov, seorang mullah terkemuka dan imam sebuah masjid di kota selatan Kulob, mengatakan bahawa sebagai seorang pemimpin agama ia bertugas menyampaikan ayat dan hadis. Dan mengenai nama ini juga ternyata ada hadis yang membicarakannya. “Saya memberitahu orang-orang bahawa Allah lebih suka nama-nama seperti Abdullah dan Abdurrahman, dan umumnya nama dengan kombinasi “Abdun “ yang bererti hamba dengan asma Allah, seumpama Abdul Qahhar dan Abdurrahim, sangat dianjurkan sebab Allah menyukai nama-nama itu,” kata Ibronov . Namun fenomena ini bukan tanpa masalah sebab ternyata proses hukum mengganti nama merupakan proses yang panjang, rumit, dan mahal di Tajikistan, sebab terkait dengan berbagai undang-undang. Pelamar harus menyertakan surat dari polis, sekolah asal, tempat kerja, dan permasalahan lainnya. Ini masih ditambah dengan amalan ‘rasuah’ yang membuat proses terkadang menjadi lebih mahal. Orang Tajik mesti membayar petugas jika ingin dokumennya hadir tepat pada waktu. Tapi, bagi Muhammad, itu tidak terlalu penting. “Ketika ini jika teman-teman dan keluarga saya memanggil saya dengan nama baru saya, itu sudah cukup bagi saya,” katanya dengan nada kesyukuran.

Tumbuh Kembali
Ghairah Islam memang sudah meningkat dalam kehidupan orang-orang Tajik. Pengajaran agama menerusi CD begitu menggalakkan. Penyebaran ilmu agama juga melimpah. Setelah selama beberapa dekad dalam tekanan pemerintahan Soviet, saat ini masyarakat Islam Tajikistan sudah berani menunjukkan identiti keislaman mereka. Pemeluk agama Islam di Tajikistan merupakan golongan majoriti di negaranya, sekitar 90 peratus dari 7.2 juta orang populasi Tajikistan. Tajikistan adalah salah satu negara Asia Tengah yang merdeka dari Soviet pada tahun 1991. Bermakna sudah masuk 20 tahun lebih mereka bebas dari tembok besi Russia. Selama dalam cengkaman kekuasaan Soviet, semua kegiatan keagamaan seperti berhaji atau melakukan ibadah solat merupakan kegiatan yang terlarang. “Kami adalah muslim, dan saya bebas kerana tak ada lagi pembatasan. Sekarang sudah banyak masjid dibina, dimana sebelumnya itu tak ada”, ujar Marhabo, seorang ibu tiga anak saat menyatakan keislamannya dengan bangga kepada New York Times. Kebangkitan Islam yang bersemarak di Tajikistan berkembang dengan pesat semenjak negeri ini meraih kemerdekaannya. Jumlah jemaah haji meningkat. Masjid serta sekolah-sekolah agama kini sudah menjadi sebahagian dari kehidupan sehari-hari masyarakat muslim Tajikistan. Orang lelaki bebas menyimpan janggut sebagai salah satu sunnah Nabi s.a.w. sementara wanita yang menggunakan tudung sudah menjadi pemandangan umum di negera ini. Tajikistan bahkan berencana menjadi pusat budaya dan sejarah Islam terbesar di Asia Tengah dan di dunia. Ini mereka wujudkan dengan membangun masjid besar yang mampu menampung jemaah 150 ribu orang. Projek ini dibiayai oleh Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan dijadualkan siap pada tahun 2014. Masjid tersebut akan dibangunkan di atas kawasan seluas 7.5 hektar di tengah ibukota Dushanbe dan akan memiliki menara yang besar dan bergaya rekabentuk tradisional Tajik. Masjid ini juga akan dilengkapi dengan ruang-ruang persidangan untuk pertemuan tingkat tinggi. Tak ketinggalan pula sebuah perpustakaan dan muzium. Pula akan dibangun sebuah universiti Islam di samping masjid.
Hal-hal ini tentulah perkembangan positif, sebab pemerintah sekarang menerap cara sekular di Tajikistan. Kadang-kadang berlaku ‘paranoid’ mengenai Islam. Mereka melarang pemakaian jilbab di sekolah tinggi.
Pihak berkuasa bahkan melarang remaja yang usianya di bawah 16 tahun untuk bersolat di masjid. Menurut mereka, saat di masjid anak-anak lupa belajar dan tak melanjutkan sekolah selepas solat Jumaat di bulan Ramadan kerana menghabiskan masa tidur di masjid. Dalam sejarahnya, komuniti muslim Tajik memang saentiasa berhadapan dengan tekanan. Zaman Soviet tentu merupakan tekanan terbesar. Namun, mereka dapat bertahan. Selama tujuh dekad, Soviet berusaha membasmi Islam melalui kempen anti Islam. Soviet ingin satu agama dan itu adalah “komunisme”. Dalam tekanan ini Islam tetap bertahan walau banyak pegawai-pegawai muslim tewas dan pelajaran agama dan ibadah masyarakat disekat dengan tajam.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2011 di pasaran...

Kisah Taubat Sahabat Berhati Lembut

NAMANYA Abu Lubabah. Seorang muslim pilihan yang telah mempersembahkan diri dan nyawanya di jalan Allah untuk menegakkan kebenaran. Dia dilahirkan di Yatsrib, sebuah kota yang penduduknya secara umum dikenal luhur, pemaaf, berperasaan halus dan suka berbuat baik kepada sesama insan. Ia memperisteri Khansa‘ binti Khandam al Anshariyah dari golongan Aus. Mulanya, ayah Khansa’ tidak setuju. Namun, melalui Rasulullah s.a.w. akhirnya pernikahan antara keduanya terjadi. Sebab Rasulullah langsung memerintahkan si ayah supaya memberi kebebasan pada Khansa’ dalam memilih calon suaminya sendiri. Perkahwinan tersebut membuahkan seorang anak perempuan bernama Lubabah (itulah sebab mengapa akhirnya ia dikenal dengan nama Abu Lubabah,) yang kemudian diperisteri Zaid bin Khathab. Abu Lubabah termasuk orang pertama yang masuk Islam. Ia juga salah seorang Anshar yang menghadiri Bai’at Aqabah II. Sejak pertemuannya dengan Rasulullah, ia merasa kagum sekali atas keperibadian dan keluhuran budi pekerti Rasulullah. Maka, sejak itulah, ia bagai orang baru yang menjelma dari masa lalunya. Segenap jiwa raga ia persembahkan untuk kepentingan Islam. Selang beberapa waktu, perang Badar pun pecah. Sebuah peristiwa perang yang bersejarah antara kaum musyrikin dan kaum muslimin. Abu Lubabah tahu bahawa Rasulullah telah bersiap untuk itu, maka ia pun turut menyiapkan diri dan pergi memanggul senjatanya melawan kaum kafir Quraisy. Namun, saat itu, Rasulullah tidak memberi izin. Rasulullah ingin Abu Lubabah fokus saja menjaga Madinah. Sebab penjagaan keamanan dan ketertiban kota tersebut pun tidak kurang pentingnya dari peperangan. Abu Lubabah diberi tanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan penduduk kota Madinah, anak-anak, kaum wanita, dan semua orang yang ada di dalamnya. Tanggungjawab agar mereka tidak kelaparan dipenuhi semua keperluannya sampai pasukan kaum muslimin kembali. Ia juga diberi amanat dalam menjaga keamanan baik mencakup makanan, buah-buahan, perkebunan dan persempadanan. Dengan penuh tanggungjawab, ia patuhi semua perintah Rasulullah sebaik mungkin. Ia pimpin kota Madinah dan juga mempersiapkan bekal yang mungkin diperlukan pasukan yang sedang berperang, serta menggalakkan pembuatan senjata perang siang dan malam, sehingga pasukan kaum muslimin memiliki persenjataan dan perbekalan yang lengkap. Tiap hari, ia pergi keluar kota Madinah untuk mengetahui keadaan kaum muslimin. Sampai akhirnya berita kemenangan kaum muslimin pun diterimanya. Bersukacita ia pergi bergegas memasuki kota untuk menyampaikan berita kemenangan tersebut. Dan penduduk kota Madinah pun menyambutnya dengan rasa syukur tak terperi. Akan tetapi, rupanya ada sekelompok penduduk yang tidak senang atas kemenangan yang diraih kaum muslimin itu. Mereka adalah segolongan kaum Yahudi yang terang–terangan selama ini mendengki kepada Rasulullah.

Perjanjian Yang Dilanggar
Baru saja usai menaklukan perang, Rasulullah dihadapkan kepada persoalan baru, yakni kaum Yahudi di Madinah yang bertindak diluar batas. Rasulullah pun lalu memerintahkan wakil-wakilnya untuk mengadakan pertemuan di sebuah pasar di perkampungan Bani Qainuqa’. “Apa yang menimpa kaum Quraisy hendaknya dijadikan sebagai pelajaran. Kalian sudah mengetahui bahawa aku adalah seorang Nabi yang diutus oleh Allah.”
“Hai Muhammad, jangan takabbur atas kemenangan yang kau peroleh melawan orang-orang yang tidak memiliki keahlian dalam peperangan,” sela kaum Yahudi saat itu. Ketegangan, setelah itu, tak dapat dihindari. Bahkan sesudah itu, terjadi juga peristiwa yang menyulut terkoyaknya perjanjian damai antara kaum Yahudi dan kaum muslim. Yakni saat seorang wanita muslimah yang sedang duduk di depan sebuah kedai perhiasan seorang Yahudi di pasar Bani Qainuqa’ sambil menunggu perhiasannya diselesaikan, tiba-tiba seorang Yahudi menindihkan baju besinya di bahagian belakang jubah wanita itu sementara si wanita tidak menyedarinya. Ketika ia bangun, jubahnya tertarik ke belakang dan auratnya pun terlihat. Peristiwa tersebut menjadi bahan sendaan dan tertawaan sekelompok kaum Yahudi. Namun seorang muslim yang kebetulan ada di tempat itu bertindak melompat dan membunuh salah seorang dari mereka. Sejak kejadian itu, kaum Yahudi mengurung diri dalam kubunya. Sementara Rasulullah dan para sahabat datang mengepung selama lima belas hari. Akan tetapi mereka akhirnya keluar dan menyatakan siap menerima hukuman. Dan mereka pun diusir keluar dari kota Madinah oleh Ubadah bin ash-Shamit, pergi menuju Adzri’at di negeri Syam. Tidak lama setelah itu, mereka tewas di sana.

Hanya Kerana Hiba
Pada misi penyerbuan Rasulullah ke benteng Yahudi Bani Quraizhah, Abu Lubabah turut serta, sedang pimpinan pemerintahan di Madinah diserahkan kepada Abdullah ibnu Ummi Maktum. Rasulullah bersama para sahabatnya mengepung benteng Bani Quraizhah selama 25 malam, hingga mereka hidup dalam kekurangan dan ketakutan.
Setelah mereka meyakini bahwa Rasulullah tidak akan membiarkan mereka tanpa hukuman, akhirnya, Ka’ab bin Asad bertindak sebagai penengah. “Wahai orang-orang Yahudi! Kalian sudah mengetahui petaka apa yang telah menimpa kalian dan saya cuba menawarkan tiga hal, terserah kalian untuk memilih diantaranya yang kalian senangi.” “Apa itu?’ “Kita mengikuti Muhammad dan mempercayainya. Demi Allah, sebenarnya kalian sudah mengetahui bahawa dia adalah seorang Nabi dan Rasul Allah, dan bahawa ciri–cirinya sudah dinyatakan dalam kitab kalian. Dengan demikian, kalian telah mengamankan darah, harta, anak-anak, dan isteri- isteri kalian semuanya.” “Tapi kami tidak akan meninggalkan hukum Taurat dan tidak akan menggantikannya dengan hukum lainnya hingga bilapun,” mereka bertegas. “Kalau kalian menolak usulku itu, baiklah, kita bunuh anak–anak dan isteri–isteri kita, lalu kita keluar dengan pedang terhunus melawan Muhammad dan para sahabatnya tanpa meninggalkan rasa berat sedikitpun, hingga Allah menentukan siapa diantara kita yang menjadi pemenangnya. Kalau kita tewas, kita tewas tanpa meninggalkan keturunan yang kita khuatirkan di belakang hari dan kalau kita menang, kita yakin masih boleh mendapatkan perempuan dan masih boleh mendapatkan anak–anak lagi.”
“Apakah kita akan membunuh anak–anak dan isteri–isteri kita? Apalah ertinya hidup tanpa mereka?” tanya mereka. “Kalau kalian menolak juga usulku itu, ketahuilah bahawa malam ini adalah malam Sabtu. Mungkin saat ini saat yang tepat kalian keluar menemui Muhammad dan para sahabatnya, mereka akan mahu mengampuni kalian.” Mereka lalu mengirim seorang utusan kepada Rasulullah untuk meminta Abu Lubabah bin Abdul Mundzir dikirimkan kepada mereka untuk dimintakan pendapatnya. Rasulullah pun memerintahkan Abu Lubabah pergi menemui mereka. Meski begitu Rasulullah telah berpesan bahawa yang memberi keputusan adalah Sa’ad bin Mu’az. Begitu anak–anak dan isteri- isteri mereka melihat Abu Lubabah datang, mereka menangis meraung-raung memohon belas kasihannya. Sudah tentu, Abu Lubabah sebagai manusia tidak mampu menyembunyikan rasa hiba dan harunya. Apalagi, selama ini, ia dikenal sebagai orang yang berhati lembut dan berjiwa pemaaf, kasih sayangnya kepada sesama insan sangat besar. Abu Lubabah sebagai manusia pasti terpengaruh oleh peristiwa itu. “Wahai Abu Lubabah, bagaimana pendapatmu, apakah kami akan tunduk kepada keputusan Sa’ad bin Mu’az?’

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2011 di pasaran...

Terus Gemilang Lahirkan Al-Hafiz Dan Bakal Al-Hafizah

MA’AHAD Tahfiz Darul Fikri, Kampung Sri Damai, Batu 7, Jalan Gambang, Kuantan kini semakin terserlah menjadi simbol syiar di sebuah perkampungan yang tidak jauh dari Bandar Kuantan, Ibu Negeri Pahang Darul Makmur. Terletak di lokasi yang strategik, tenang dan damai, Tahfiz Darul Fikri telah berhasil melahirkan sebilangan pelajar-pelajar agama dan para Al-Hafiz dikalangan remaja. Dalam usia lebih dari sedekad, Tahfiz Darul Fikri yang dipimpin oleh pendakwah terkenal Ustaz Rosli Abdul Jabar ini berjaya mengharumkan nama tahfiz berkenaan bukan sahaja di Pahang malahan di luar Pahang. Dalam kesibukannnya mengendalikan tahfiz ini, beliau tetap berkesempatan meluangkan masanya menyampaikan dakwah ke beberapa tempat di seluruh Malaysia termasuk ke luar negeri seperti Kemboja dan Thailand khususnya. Ustaz Rosli merupakan antara tenaga pengajar tetap sekali dalam sebulan mengajar tafsir Al-Quran sejak beberapa tahun di Surau Hidayatul Mustaqim, Jalan 11, Selayang Baru, Baru Caves, Selangor yang merupakan salah sebuah surau paling aktif di kawasan Selayang. Baru-baru ini persekitaran Ma’ahad Tahfiz Darul Fikri di Kampung Sri Damai itu berseri dengan berlangsungnya majlis ihtifal yang turut dihadiri oleh orang ramai termasuk serombongan wakil dari Surau Hidayatul Mustaqim Selayang Baru yang diketuai oleh Pengerusinya Haji Azizan Md.Ali dan beberapa Jawatan kuasa surau. “Pihak Tahfiz Darul Fikri menyembelih dua ekor lembu khusus mengadakan jamuan bagi orang ramai yang dihadiri termasuk ibu bapa pelajar serta mereka yang datang dari dalam dan luar Pahang,” beritahu Ustaz Khairul Azmi Al-Hafiz, Mudir Ma’ahad Tahfiz Darul Fikri ini. Antara ‘menu’ istimewa yang disediakan untuk menjamu selera ialah “masakan gulai kawah”. Sempena majlis ihtifal kali ini seramai enam pelajar telah menerima syahadah ‘Al-Hafiz’ atas kejayaan menghafal 30 juzuk Al-Quran. Sementara tujuh pelajar lagi menerima sanad dalam bidang ilmu hadis dan lapan pelajar lain pula berjaya menerima “Qiraat 10”. Ahli rombongan dari Surau Hidayatul Mustaqim telah dibawa meninjau dan diberi taklimat ringkas mengenai pembinaan bangunan untuk asrama bagi pondok warga emas dan para pelajar hafizah dan juga kelas pelajar tahfiz yang dijangka siap pada tahun 2012. Bangunan berkenaan yang dibina berdekatan dengan masjid baru yang telah siap dan telah mula digunakan oleh pelajar-pelajar di situ akan menambah seri kawasan Ma’ahad tahfiz berkenaan yang terletak di kawasan seluas dua ekar tersebut. “Pihak Ma’ahad terus mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk menjayakan projek pembangunan ini dan merealisasikan cita-cita melahirkan para hafiz dan hafizah dimasa akan datang,” ujar Ustaz Khairul yang berkelulusan dari Universiti Al-Azhar Zaqaziq Mesir ini. Menurutnya buat masa ini, Ma’ahad tahfiz ini hanya mampu menempatkan 70 pelajar sahaja dalam satu-satu masa. Namun dalam tempoh itu sebilangan pelajar-pelajarnya ada yang berjaya melanjutkan pengajian ke luar negeri. Salah seorang bekas pelajarnya, Ustaz Ahmad Nafis bin Azani, 22, pemegang diploma dari sebuah pusat pengajian tinggi di Syria kini menjadi tenaga pengajar di sini sementara menunggu waktu sesuai bagi melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah. Menariknya Ahmad Nafis merupakan salah seorang ‘imam solat Tarawih’ jemputan bagi Surau Hidayatul Mustaqim beberapa tahun lalu. “Saya bersyukur kerana dapat menimba ilmu di sini dan kemudiannya diizinkan Allah pula untuk menjadi tenaga pengajar di Ma’ahad ini bagi membimbing pelajar-pelajar baru untuk membentuk mereka menjadi seorang da’i di masa akan datang,” kata Ahmad Nafis yang bercita-cita mengikut jejak Ustaz Rosli Jabbar dibidang dakwah. Sementara itu turut ditemui di majlis ihtifal itu, Abdul Rahman Rosli, 17, anak sulung Ustaz Rosli Jabbar yang kini masih menuntut di Syria. Anak muda ini masuk tahun dua diploma pengajian Al-Quran di sana dan pulang sementara ‘bercuti’ ke tanahair berikut pergolakkan politik di sana. Abdul Rahman waktu berusia 12 tahun pernah menetap hampir sebulan sepanjang Ramadan pada tahun 2006 di Surau Hidayatul Mustaqim Selayang Baru bagi menimba pengalaman. Kini remaja yang sudah mula menyimpan ‘kumis’ itu turut bakal mengikut jejak ayahnya di bidang dakwah dan siasah apabila sampai masanya kelak.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2011 di pasaran...