Thursday, February 6, 2014

Hidayah Februari 2014

Hidayah keluaran Februari 2014 sudah beredar di pasaran.  Pastikan anda  tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera  sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk  anda satu lagi berikan pada jiran...!

Kami himpunkan berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja...


Salam Kami

ASSALAMALAIKUM WR. WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sejauh manakah cinta anda kepada dunia ini? Tidak syak lagi, ramai kita-kita ini begitu terpikat dengan keindahan dunia, dengan kegemerlapannya yang penuh warna warni. Bangun saja dari tidur, yang kita kejar ialah dunia. Kita tergesa-gesa ke tempat kerja. Tidak ramai yang terkejar-kejar ke masjid-masjid atau ke surau-surau waktu subuh begitu. Ada, tapi tidaklah ramai. Yang ramai ialah bergelut mengejar dunianya. Petang bergelut pulang ke rumah. Waktu itu tidak ada juga yang terkejar-kejar pula untuk ke masjid dan surau. Ada, tapi jarang-jarang. Begitulah pusingan hidup ini dimana-mana. Rezeki yang dicari tidak pernah habis-habis. Tidak pernah cukup-cukup. Memang ada yang mengeluh dengan dunia ini. Barang itu naik barang ini naik. Belanja sara hidup kian meningkat. Pendek kata semuanya naik. Anak-anak perlu belanja ke sekolah. Tambang Bas sekolahpun naik. Aduh...! Tapi itu hanya keluhan saja. Empat lima bulan lupalah semua itu. Hadapi masalah lain pula. Dunia tetap di kejar. Dan dalam mengejar dunia itu, kiamat pun terlupa. Akhirat pun tak ingat. Apakah dunia yang kita kejar-kejar itu? Menurut Ibnu Abbas r.a.: “Pada hari kiamat kelak akan dihadapkan dunia ini berupa wanita tua yang tua keriput (tak bergigi) yang nampak hanya gigi siungnya, jelek rupanya, tidak seorangpun melihatnya melainkan membencinya, maka itu melihat orang-orang lalu itu ditanya: Apakah kamu kenal pada ini? Jawab mereka: “Naudzu bilah, jangan sampai kenal padanya.” Lalu diberitahu bahawa itulah dunia yang kamu dahulu rebut-merebut, kejar mengejarnya, berbangga dan berperang kerananya. Pembaca budiman, kerana itu sebelum kita meghembuskan nafas terakhir ini, dalam kesempatan anda berpeluang menatap majalah Hidayah ini, renung-renungkanlah pula pesanan Abullaits Assamarqandi yang berkata: “Sebenarnya dunia ini tidak berdosa dan tidak ada seksa baginya, tetapi sengaja dilempar ke dalam neraka untuk menunjukkan kehinaannya di sisi Allah sebagaimana berhala-berhala yang dimasukkan ke dalam neraka.” (rujuk Al-Anbiya’: 98) Jadi kami persembahkan Hidayah ini untuk sama-sama mengamalkan sifat Qanaah. Apa yang ada ditangan kita itu, itulah rezeki kita. Setiap hamba Allah dan makhluk Allah itu ada habuan rezeki masing-masing sehingga kita masuk ke lubang kubur. Terima kasih kerana anda terus menjadi pembaca Hidayah. Semoga hidup kita terus diberkati Allah s.w.t. jua. Wasalam!

Pengarang
Suhaimi Hamid

Sakaratul Maut Menerobos Dinding

PAGI yang indah itu tiba-tiba heboh seketika apabila seseorang menemukan sesosok tubuh dalam keadaan kaku tak bernyawa. Tetangga yang melihat jenazah itu hampir tak percaya saat menyaksikan keadaan perempuan berusia emas yang mesra dipanggil nenek Parenik (bukan nama sebenarnya). Sepasang kaki Nenek Parenik menerobos dinding bilik yang terbuat dari buluh-buluh, hingga kakinya keluar sampai melewati betisnya. Sesiapa yang pertama kali melihat jasad nenek Parenik dalam keadaan seperti itu sempat bertanya-tanya dalam hati. “Bagaimana boleh jadi macam tu...Begitu kuatkah tendangan nenek di saat-saat akhir hayatnya? Apakah seluruh tenaganya dikeluarkan saat dijemput maut, atau kerana takut atau kerana sakit yang amat sangat?” Pertanyaan yang bercampur aduk di dalam hati orang yang menyaksikan jasad Parenik itu disimpan, meski ia mengundang persoalan. Ada hal yang lebih penting yang harus dilakukannya, iaitu melaporkan kepada ketua Rukun Tetangga [RT] atas apa yang telah ditemukannya. “Benar! Saya melihat jasad Parenik kaku dengan sepasang kakinya tembus ke balik dinding. Saya tidak melebih-lebihkan laporan saya,” jelas warga tempatan itu yang menjadi jiran terdekat Parenik. Ketua RT hampir tak percaya dengan laporan yang diterimanya. Dinding selapuk apapun tak mungkin mampu diterobos oleh nenek dalam usia Parenik itu. Lebih lagi bilik itu terbuat dari anyaman buluh yang cukup kemas. Apa mungkin tenaga Parenik mampu menembusnya? Sedangkan untuk jalan ke luar rumah pun Parenik harus bersusah payah.
Seorang lelaki yang berdiri di samping ketua RT sempat menceber si pembawa berita itu dan menyangsikan kebenaran cerita. “Apa benar?” ucapnya. “Jangan-jangan kamu sengaja melebih-lebihkan. Kamu suka ya kalau kampung ini gempar?” tanyanya dengan sinis. Si pembawa berita itu tak terima kalau dirinya disebut sebagai “melebih-lebihkan” cerita. Dengan serius, ia menarik lengan ketua RT. “Kalau Tok Ketua tidak percaya, mari ikut saya  untuk saksikan,” tegasnya. Tentu saja ketua RT menyambut ajakan itu. Ia merasa kehairanan dengan berita anehnya kematian Parenik itu. Langkah kaki ketua RT yang cepat dan panjang itu membuatnya cepat sampai ke tempat yang tidak begitu jauh. “Kamu benar. Mengapa sampai begitu ya!?” ucap ketua RT saat menyaksikan tubuh kaku Parenik dengan sepasang kaki menerobos bilik berdinding anyaman buluh itu. “Apa yang harus kita lakukan Tok Ketua?” tanya warga itu. “Kita harus segera mengurus jasad Parenik,” ucap ketua RT itu. “Apalagi sama-sama kita ketahui Parenik ini sebatang kara saja di sini. Sanak saudaranya entah di mana, kalau pun ada, mereka di seberang lautan sana,” lanjut beliau.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2014 di pasaran...

Mati Mengangkang Dan Mata Membelalak

Burhan, 35, sudah lama memendam perasaan gelisah dan resah melihat kehidupan sebilangan remaja dan pemuda di kampung Mahoni; kampung di mana dia dilahirkan dan hingga kini menjadi tempat tinggalnya itu. Sebab, hampir setiap malam, para remaja dan pemuda kampungnya yang berkumpul dan melepak di pinggir jalan, di bawah keremangan malam, sambil bermain gitar dan menyanyi tanpa mempedulikan kententeraman orang lain. Jika hanya duduk-duduk di pinggir jalan bermain gitar seraya menyanyikan lagu dengan suara keras dan lantang, sebenarnya masih boleh diterima. Tetapi, ulah para pemuda yang lepak di jalan tersebut ternyata tidak sesederhana itu. Kebiasaan kurang baik itu sebenarnya sudah menggelisahkan hati Burhan. Tetapi, hati Burhan jauh lebih gelisah setelah dia menjumpai kenyataan pahit bahawa para remaja yang biasa duduk-duduk melepak di jalan itu ternyata menagih minuman keras. Jika sudah meneguk minuman keras, tidak jarang mereka akhirnya lupa daratan kerana mabuk. Keributan pun kerap terjadi. Apalagi, jika mereka merasa minuman yang ada kurang. Tak jarang, mereka kemudian tanpa segan silu memeras orang-orang yang melintas di jalan untuk dimintai wang guna membeli minuman. Jadi, mereka kerap mengganggu pengguna jalan yang lalu lalang di situ. Kampung Mahoni pun seperti kampung yang menakutkan. Bahkan, bagi penduduk kampung Mahoni yang tidak merasa tenteram lagi dengan karenah sebilangan remaja anak kampung itu sendiri.

Melapor kepada Parman
Burhan sedar. Dia bukan siapa-siapa di kampung Mahoni. Dia hanya orang biasa yang tidak memiliki kedudukan istimewa apa-apa, apalagi di tingkat yang lebih tinggi. Kerana itu, dia pun melihat keadaan dan berusaha mencari jalan keluar. Dan... kebetulan, di kampung Mahoni itu ada salah satu orang yang menjadi petugas keamanan dan penegak hukum. Orang itu bernama Parman, yang bertugas di sebuah institusi yang diberi tanggungjawab untuk bertindak, melayani dan memberikan rasa aman di tengah masyarakat. Hal itu sebagaimana semboyan yang didengungkan institusi tersebut: “Melindungi, Mensejahterakan dan Melayani Masyarakat” Tak salah jika Burhan berniat mengadukan hal itu kepada Parman, itulah salah satu jalan terbaik untuk dipilih dalam menyelesaikan masalah tersebut. Maka, suatu malam, Burhan pun memberanikan diri mendatangi rumah Parman. Burhan  beruntung kerana malam itu dia boleh bertemu langsung dengan Parman dan dapat mengutarakan permasalahan kegelisahannya. “Jadi, masalah itu yang membawa Burhan datang ke sini? Tidak usah khuatir. Itu sudah menjadi tugas dan tanggungjawab saya,” jawab Parman dengan santun, juga penuh tanggungjawab setelah Burhan meminta bantuan kepadanya untuk membereskan ulah pemuda kampung yang suka mabuk dan meresahkan masyarakat. Parman bahkan berjanji akan segera bertindak dalam waktu satu atau dua hari demi menjaga keamanan masyarakat di tempat dia tinggal itu.
Burhan lega. Kedatangannya tidak sia-sia. Dengan meminta “bantuan” kepada Parman, dia pun dapat bernafas lega kerana dia sendiri tidak mampu untuk menyelesaikan perkara tersebut. Malam itu, Burhan pun pulang dengan perasaan lega. Dia berharap tidak lebih dari satu minggu, kaum remaja dan pemuda kampung tak lagi mabuk-mabuk dan mengganggu kententeraman awam di pinggir jalan. Dia berharap, satu minggu ke depan, kampung halamannya tenteram dan tidak ada lagi kegaduhan. Tapi harapan Burhan ternyata tak seperti yang dibayangkan. Seiring perjalanan waktu, kebiasaan buruk pemuda kampung di pinggir jalan yang suka mabuk-mabuk dan meminta wang kepada pengguna jalan itu tidak terselesaikan. Tidak ada apa-apa tindakan diambil pun. Hampir tiap malam, pemuda kampung masih duduk-duduk di pinggir jalan, di bawah keremangan malam, seraya menyanyi terlolong dan mabuk. Bahkan, jumlah mereka itu bukannya berkurang, melainkan justeru bertambah. Burhan hairan. Tetapi, ada yang menggumpal dan membuat dia kebingungan; kenapa janji Parman untuk bertindak tegas terhadap pemuda yang mabuk-mabuk dan membuat keributan itu tidak kunjung menjadi kenyataan? Mereka masih berkumpul di pinggir jalan, mabuk dan membuat resah dan suka meminta wang orang yang lalu lalang. Burhan pun ingin menelusuri dan mengusut permasalahan sebenar: apakah Parman belum bertindak ataukah tindakan Parman tidak dipedulikan oleh gerombolan pemuda-pemuda nakal itu?

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2014 di pasaran...

Keluar Lintah Waktu Meninggal

SEBAGAI seorang anak, sepatutnya berbakti kepada kedua ibu bapanya, apalagi kepada ibu – apapun keadaannya: tua, miskin, dan sebagainya. Sebab, ibulah yang melahirkan dan mendidik kita sejak kecil. Doanya dikabulkan Allah. Kerana itu, berlemah lembutlah pada ibu. Jangan sampai membuatnya marah, apalagi dalam perkara yang sangat remeh temeh. Jangan sampai seperti kisah berikut ini. Sebut saja namanya Melati (atas permintaan pihak yang menceritakan kisah ini, namanya kami samarkan). Sebagai seorang perempuan, awalnya ia adalah anak yang cukup berbakti kepada ibu bapanya. Buktinya, dia mahu mengambil tanggung jawab sebagai seorang kakak atas nasib adiknya dan ibunya sendiri. Dia rela mengorbankan sekolahnya (keluar) untuk bekerja. Ya, sejak ayahnya melakukan kecurangan dengan wanita lain, sekaligus Melati mengambil tanggung jawab mengganti tempat ‘ayah’, iaitu bekerja. Bagi Melati, kerja sampingan ibu yang membuka warung menjual sayuran di depan rumahnya tak cukup untuk menyarai keperluan hidup sehari-hari. Kerana itu, ia pun bekerja di sebuah kedai di daerahnya. Bertahun-tahun ia jalani, hingga kemudian si pemilik kedai memberhentikannya kerana alasan yang kurang jelas. Melati mengalami kejutan dan ‘stres’. Tetapi, dia tak mahu patah arang dan segera bangkit. Dia pun ingin merantau untuk mengubah nasib. Niat ini mulanya ditolak si ibu. “Melati, emak mengerti perasaanmu yang ingin bekerja di kota untuk dapat menyekolahkan adikmu. Tapi Nak, kehidupan di kota itu begitu keras, salah sedikit kita boleh tergelincir. Sebaiknya kamu bekerja saja di sini,” ujar si ibu keberatan. Melati membujuk, “Tapi emak, sampai saat ini Melati belum mendapat pekerjaan di sini, sedangkan ada peluang di kota untuk Melati bekerja. Kehidupan akan terus berlanjut, sedangkan kita tak punya wang sama sekali. Kita masih memerlukan banyak belanja.” Akhirnya dengan keadaan terpaksa siibu mengizinkan Melati merantau ke kota. Ibunya hanya berpesan, “Nak, jangan pernah kau lupakan keluarga dan agamamu!” Singkat kata, Melati pun merantau ke Jakarta. Tujuannya realistis: agar dapur si ibu di rumah tetap berasap dan adik tunggalnya dapat meneruskan pengajian. Sebuah tujuan yang mulia tentunya. Kerana itu, kepergian Melati ke kota diiringi keikhlasan doa dari si ibu. Memang benar Melati akhirnya mendapatkan pekerjaan yang agak lumayan. Dia pun dapat mengirim wang setiap bulannya ke kampung halaman, ke rumah ibu dalam jumlah yang tidak sedikit. Sebabnya, wang-wang itu dipergunakan untuk keperluan dapur si ibu dan juga keperluan pengajian adiknya. Si ibu sangat senang melihat keberhasilan anak sulungnya, tanpa harus bertanya lagi soal pekerjaan yang dilakukannya: baik atau salah. Bagi si ibu, dirinya mendengar Melati baik-baik saja dan ‘sukses’ di kota juga sudah merupakan kebahagiaan tak terhingga, apalagi setiap bulan ia pun mendapatkan kiriman wang dari anak sulungnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2014 di pasaran...

Kubur Orang Berdosa Jadi Lubang 'Neraka'

SETELAH seseorang itu mati, maka dia dikebumikan dalam tanah apa yang disebut kubur. Didalamnya, ada pelbagai peristiwa yanag menggerunkan dan menyeronokkan. Bagi orang-orang yang beriman dan beramal salih akan mendapati lahadnya penuh dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepadanya.
Bagi orang-orang yang jahat, dan orang-orang kafir, lahadnya akan merupakan satu dari lubang-lubang yang mengerikan dan menakutkan sekali. Setelah dikebumikan, orang mukmin didatangi oleh dua malaikat, bernama “Mungkar dan Nakir”. Kedua dua malaikat ini akan bertanya tentang Allah, tentang agamanya tentang nabinya. Bagi orang mukmin akan menjawabnya dengan jelas. Kemudian diperlihatkan tempat yang pada mula-mulanya mungkin ditempatkan di neraka, tetapi  Allah alihkan pandangan kepada syurga.
Maka orang mukmin itu diberitahu “itulah tempat kamu”. Tidurlah. Tetapi bagi orang jahat dan orang kafir akan terus ditunjukkan neraka. Memanglah, kubur mempunyai pelbagai cerita dan pelbagai seksaan dan kenikmatan. Itulah sebabnya apabila Allah menjadikan Adam a.s. dan diturunkan ke bumi untuk membangunkan bumi sebagai khalifah. Kemudian akan ada kematian kepada manusia itu, setelah adanya kelahiran.

Asal Mula Kematian
Hasan mengatakan bahawa ketika Tuhan menciptakan Adam dan keturunannya, dengan rendah hati para malaikat menunjukkan kepada Tuhan bahawa anak cucu Adam tidak akan tertampung di bumi. Tuhan mengatakan bahawa dia akan menurunkan kematian kepada semua makhluk. Para malaikat berkata bahawa jika Dia menciptakan kematian, manusia tidak dapat hidup dengan senang. Tuhan mengatakan bahawa Dia memberi inspirasi kepada mereka dengan harapan. (Ibn Abi Shaiba) Mujahid mengatakan bahawa ketika Adam diturunkan ke bumi, Tuhan memerintahkannya membangun kerana ada kehancuran, dan memberikan keturunan kerana ada kematian. (Abu Naeem). Wahai yang akan tinggal di istana tertinggi, segera engkau akan dikubur dalam debu. Seorang malaikat setiap hari mengumumkan: “lahirkanlah seorang anak untuk kematian dan hiasilah dia untuk kehancuran.”

Di Dalam Kubur
Ketika seorang salih meninggal dunia, dia akan didudukkan malaikat dan tak akan merasa cemas. Pertanyaan yang berkaitan dengan Islam lalu diajukan kepadanya. Setelah itu, dia ditanya tentang nabinya. Dia menjawab bahawa nabi adalah seorang yang membawa tanda-tanda yang jelas dari Tuhan, dan dia percaya tanda-tanda itu semuanya benar. Setelah itu, dia diperlihatkan sebuah tempat di neraka yang menggambarkan suasana amat kacau. Lalu, ketika dia mengalihkan perhatiannya dari pandangan itu, dia diberitahu bahawa Tuhan telah menyelamatkannya dari hukuman itu. Kemudian, ditunjukkan kepadanya sebuah tempat di syurga, tempat yang dihias mewah dan bagus sekali, di mana dia mendapatkan pemandangan yang menyenangkan. Dan diberitahu bahawa dia akan diberi tempat disitu, jika dibangkitkan di hari kiamat kelak, kerana selama hidupnya di dunia, dia percaya kepada hari akhir (akhirat). Ketika seorang yang jahat mati, dia didudukkan di kubur, tetapi diliputi rasa cemas dan takut. Pertanyaan yang sama juga diajukan kepadanya. Dia berkata bahawa dia tidak tahu apa-apa. Dia dulu hanya terbiasa mengulang apa yang didengari dari orang-orang. Berikutnya, gerbang syurga dibuka, setelah memperlihatkan hiasan dan keindahannya dan semua kekayaan yang terkandung di dalamnya, dia diberi tahu bahawa itulah bakal tempat tinggalnya. Tetapi untuk sementara, dia tidak diizinkan masuk. Kemudian pemandangan neraka diperlihatkan kepadanya. Dia melihat suasana yang sangat kacau. Lalu diberitahukan kepadanya bahawa tempat itu akan diberikan kepadanya kerana sepanjang hidupnya di dunia, dia mempunyai keraguan dan mati dalam keadaan ragu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2014 di pasaran...

'Jihad' Melahirkan Bayi Bagi Setiap Wanita

LEMAH, tak berdaya. Ia malah nyaris berada di antara hidup dan mati. Inilah keadaan yang dialami wanita menjelang saat melahirkan bayi. Situasi yang membuat semua perempuan hamil merasa dikondisikan pada titik kematiannya. Tetapi, seiring itu pula gambaran kebahagiaan akan hadirnya si buah hati menjelma. Sehingga deraan rasa sakit dan peluh yang tiada henti mengucur kerapkali bersalin rupa menjadi hal lumrah. 
Rasa sakit memang boleh jadi urusan personal perempuan hamil. Tetapi, apa yang tengah diupayakannya adalah juga menjadi tanggungjawab seluruh pihak keluarga, entah itu suami, datuk, nenek, pakcik, makcik, kakak, abang, adik, serta semua orang yang benar-benar mengharapkan kehadiran si bayi keluar dari rahim ibunya dengan selamat. Sehingga tak pelak, kepedulian pada ibu si bayi pun menjadi ‘urusan bersama’.
Perhatian keluarga sangatlah penting demi memacu adrenalin dan kekuatan bagi ibu yang akan melahirkan. Kepedulian yang tinggi, nescaya menjadi penyokong penting dalam proses persalinan yang diharapkan. Betapa tidak? Perkembangan fizik ibu hamil dari waktu ke waktu semakin berat. Seperti yang disebutkan Allah s.w.t. dalam surat Luqman ayat 14, “...ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah...” Sehingga perjalanan ibu dari hari ke hari pun terasa begitu panjang dan lama. Belum lagi kepayahan yang dialami akibat seringnya ia mual, muntah, pening dan hal-hal lain yang sangat melelahkannya. Perhatian besar dari keluarga, terutama suami, nescaya memunculkan rasa tenang dalam menghadapi proses persalinan. Dan dengan itu, kadar ketakutan serta rasa sakit yang sering terekspresikan dengan berteriak, menjerit, atau bahkan mengamuk saat mengejan (meneran) di kala persalinan berlangsung dapat menurun, atau bahkan hilang sama sekali. Sikap positif seperti inilah yang diyakini mampu mempersingkat proses persalinan dan mengurangi komplikasi medis dalam melahirkan.
Ketenangan dan kebahagiaan seorang ibu yang mengandung ini juga sangat berpengaruh bagi kebaikan janin yang dikandungnya. Janin tumbuh lebih sihat dan pengeluaran air susu ibu pun akan meningkat dan lancar.

Memotivasi Diri
Betapapun sulit keadaan yang dihadapi ibu hamil hendaklah diyakini bahawa semua itu merupakan nikmat yang harus disyukuri. Allah s.w.t. tidak menjadikan kehamilan seorang ibu sebagai hukuman, melainkan kurnia dan rahmat. Janin yang diamanahkan dalam perutnya merupakan rezeki tiada banding. Kerana pada gilirannya nanti janin yang terlahir akan tumbuh menjadi generasi penerus yang mengangkat harkat dan mertabat si ibu. Oleh kerana itu, seyugianya ibu dituntut mengosongkan hati dari prasangka dan fikiran yang mengeruhkan niat suci melahirkan. Ia harus berupaya ikhlas, sabar dan tawakal atas semua ‘penderitaan’ yang tengah dihadapi. Tak sepatutnya ia mengkal dan menyesali takdirnya. Sebaliknya, rangkaian peristiwa sulit tersebut justeru menjadi bukti baktinya sebagai manusia pilihan yang disayang Tuhan. Ibu dipilih Allah menjadi khalifah atas anak-anaknya.

Tilawah al-Quran
Di samping usaha-usaha lahiriah, Islam menganjurkan ibu hamil berupaya meningkatkan kualiti batiniah. Keadaan batin yang baik nantinya akan menciptakan psikologi kejiwaan ibu menjadi lebih tenang, tidak stres dan cepat panik. Oleh kerana itu, ibu hamil dianjurkan untuk memperbanyak membaca (tilawah) al-Quran dan memahami kandungannya. Banyak para ulama menyarankan agar di waktu hamil para ibu sesering mungkin membaca surat seperti al-Fatihah, Yaasiin, At-Taubah, Yusuf, Maryam, Luqman, an-Nahl, al-A’raf dan beberapa lagi lainnya. Meskipun anjuran tersebut tidaklah bersifat baku. Sebab tujuan utamanya adalah membaca al-Quran.

Rileksasi Zikir
Ketenangan dan kenyamanan juga bisa diperolehi melalui amalan zikir. Allah s.w.t. menegaskan hal tersebut dalam surat Ar-Ra’d ayat 28, “(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” Hal tersebut telah dibuktikan oleh Yuni Indah Lestari, perempuan yang melewati persalinannya tanpa rasa sakit sedikitpun. Kesaksian tersebut dituturkan oleh suaminya, Chuzil Hikmat dalam tulisan bertajuk Melahirkan Tanpa Rasa Sakit dengan Rileksasi zikir.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2014 di pasaran...

Masuk Syurga Sebelum Meninggal Dunia

SYURGA adalah tempat yang tidak boleh diraba dan difikirkan. Sebab, ia begitu agung dan dahsyat untuk ukuran akal kita. Luasnya langit dan bumi beserta isinya saja sulit bagi akal kita untuk mengukurnya. Apalagi, luasnya syurga dan keindahannya yang jauh berlipat ganda dibandingkan dengan apa yang terlihat oleh mata sekarang. Kerana itu, kita hanya boleh mengkagumi keindahannya saja, yang maklumatnya dapat kita ketahui dari al-Quran dan Hadis. Semua orang pasti ingin masuk syurga. Bahkan, seorang ‘kaki samseng’ pun kalau ditanya, “Apakah anda ingin masuk syurga?” Jawapannya pasti “ya”. Tetapi, kebanyakan di antara kita, tidak pernah mahu serius untuk meraihnya. Jangankan mahu melakukan hal-hal yang sunnah, yang wajib pun kadang masih kita tinggalkan. Persis sebuah nyanyian kasidah, “Subuh kesiangan, zuhur kesibukan, asar di perjalanan, maghrib keletihan dan isyak ketiduran.” Dengan kata lain, “Kita mahu syurga, tapi tak mahu berusaha meraihnya.” Maka, berbahagialah orang yang boleh masuk syurga. Sebab, ia telah mendapatkan “tujuan utama” hidup ini, iaitu redho Allah. Dan redho Allah, salah satunya, dalam bentuk syurga. Dalam hal ini, ada beberapa orang yang telah dimaklumkan oleh Allah bahawa ia telah masuk syurga dan beberapa orang lainnya belum. Bolehkah begitu? Benar, kerana kesalihan dan ketakwaannya, orang-orang ini telah dijanjikan Allah akan masuk syurga, padahal kematian belum merenggutnya. Suatu ketika Nabi Musa a.s. berdoa kepada Allah s.w.t., “Ya Allah, tunjukkanlah aku siapa temanku di syurga nanti!” Keinginan baginda untuk mengetahui siapa jadi temannya di syurga begitu kuat. Tidak lama kemudian Nabi Musa a.s. diberi wahyu sebagai jawapan doanya. Ia disuruh mencari sendiri ke sebuah pasar tempat penjualan daging. Kriteria orang tersebut dijelaskan pula dalam wahyu tersebut. Ia pun segera pergi menuju sebuah pasar yang dimaksudkan. Di sana Nabi Musa bertemu dengan seorang penjual daging yang kriterianya persis seperti yang disebutkan dalam wahyu. Ia menunggu berjualan sampai selesai. Ketika hari hampir petang, orang itu mengambil sekerat daging dan dimasukkan ke dalam keranjang, lalu dipikulnya dengan sebatang kayu.
Sewaktu akan pulang, Nabi Musa a.s. mendekatinya dan bertanya, ”Apakah engkau punya tamu?”
“Benar, aku punya tamu,” jawabnya. Nabi Musa a.s. diajak datang ke rumahnya. Singgahlah ia ke rumah penjual daging itu. Ia dipersilakan duduk di ruang depan dan dibiarkan sendirian. Sementara pedagang itu sibuk memasak, sebagaimana layaknya orang memasak untuk tamu yang paling dihormatinya. Selesai memasak, dia menyiapkan air dan pakaian untuk tamunya itu. Nabi Musa a.s. tetap dibiarkan sendirian, menyaksikan kesibukan. Ternyata semua itu bukan untuk Nabi Musa a.s. Orang itu masuk ke dalam bilik dan keluar menggendong seorang nenek tua yang lemah. Disuapinya, diseka dan diganti pakaiannya seperti merawat seorang bayi. Lalu nenek tua itu ditempatkan kembali ke tempat tidur seperti semula. Ketika Nabi Musa a.s. menanyakan siapa sebenarnya nenek itu, yang diperlakukan sedemikian mulia, orang itu menjawab, ”Nenek ini adalah ibu kandungku sendiri, ia telah lemah dan tak berdaya merawat diri sendiri.” Nabi Musa a.s. mengarahkan pandangannya kepada seorang nenek tua yang berbaring itu, terlihat bibir nenek itu kumat-kamit.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2014 di pasaran...

Apakah Nabi Isa Sudah Mati Atau Belum?

NABI ISA A.S., yang dalam fahaman Kristian dianggap sebagai ‘tuhan’, meninggalkan tanda tanya besar usai pengangkatannya ke langit. Ketika Nabi Isa a.s. disalib, tidak sedikit yang berpendapat bahawa sesungguhnya yang disalib bukanlah sosok Nabi Isa a.s., melainkan orang lain yang wajahnya diserupakan dengan baginda. Lantas, manakah yang benar? Para ulama mempunyai pendapat yang berbeda-beda tentang pengangkatan atau kematian Nabi Isa a.s. Perbedaan itu berpunca pada pemahaman mereka tentang kata mutawaffiika (mengangkat kamu) yang ada dalam teks surat Imran ayat 55, “(Ingatlah), ketika Allah s.w.t. berfirman: “Hai Isa, sesungguhnya Aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat kamu kepadaKu serta membersihkan kamu dari orang-orang yang kafir,  dan menjadikan orang-orang yang mengikuti kamu di atas orang-orang yang kafir hingga hari Kiamat. Kemudian hanya kepada Akulah kembalimu, lalu Aku memutuskan di antaramu tentang hal-hal yang selalu kamu berselisih padanya.”
Juga berbeda pendapat dalam memahami kata tawaffaitani (Engkau wafatkan aku) dalam QS. Al-Maidah (5) ayat 117, “Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakan)nya iaitu:” Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu “, dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkaulah yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu.” Ada sekitar empat pendapat dalam memahami dua ayat di atas sebagai berikut: Pendapat pertama mengatakan bahawa yang dimaksud ‘wafat’ di sini adalah kematian dalam tidur. Jadi, Allah mengangkat Nabi Isa dalam keadaan tidur. Diriwayatkan dari Rabi’ bahawa “Sesungguhnya Allah Taala mengangkat Isa a.s. ke langit dalam keadaan tidur kerana Dia merahmatinya.” (QS. Tafsir Al-Alusi, jilid 3. hlm 179). Ibnu Yasir mendukung pendapat ini. Dia mengatakan, “Majoriti ulama mengatakan bahawa yang dimaksud kata wafat di sini adalah tidur,” seperti pada firman Allah di surat Al-An’aam: 60 dan Az-Zumar: 42. Pendapat kedua mengatakan bahawa wafat di sini bererti mengambil, seperti pada kata wafaytu malii ala fulaan, yang bererti “Saya mengambil hakku yang menjadi tanggungan fulan”. Jadi, erti surat al-Maidah ayat 117 adalah “… Maka setelah Engkau wafatkan (angkat) aku, Engkaulah yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu.” Ulama yang berpegang pada pendapat kedua adalah ulama yang berpegang pada dalil-dalil al-Quran, hadis Mutawattir, Ijma’ Islam, dan indikasi bahasa. Pendapat ini didukung oleh Syeikh Ibnu Jarir ath-Thabari. Ia berpendapat begitu kerana sesuai dengan sabda Rasul, “Isa bin Maryam akan turun, lalu ia membunuh Dajjal. Lalu ia tinggal di bumi selama waktu tertentu, kemudian ia meninggal dan umat Islam mensolati jenazahnya dan memakamkannya”. Atas dasar itu, banyak ulama yang setuju dengan pendapat kedua ini. Hasan dan Ibnu Zaid, keduanya berpendapat bahawa pendapat yang benar adalah Allah mengangkat Isa a.s. ke langit tanpa kematian dan tidak dalam keadaan tidur. “Pendapat ini didukung oleh Ath-Thabari, dan juga merupakan pendapat Ibnu Abbas dan Adh-Dhahhak,” kata Imam al-Qurthubi. Al-Alusi membenarkan pendapat Imam al-Qurthubi.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2014 di pasaran...

Jadikan Hidupmu Indah!

SUATU hari, guru saya bercerita tentang dongeng anak-anak, judulnya “The Milkmaid and Her Chickens.” Alkisah, ada seorang gadis yang bekerja di ladang menternak lembu. Setiap hari ia bekerja keras agar lembu-lembu milik majikannya menjadi gemuk dan sihat hingga ia boleh memerah susu lembu yang banyak. Suatu hari ia berhasil memerah susu lembu, dimasukkannya ke dalam timba. Dibawanya timba itu di atas kepalanya, kemudian ia pun berjalan menuju pasar. Di perjalanan, gadis pemerah susu itu asyik melamun (beranan-angan). Ia akan menjual susu lembunya dan dibelikan beberapa ekor anak ayam. Kemudian anak-anak ayam itu akan tumbuh besar dan menghasilkan telur. Telur-telur itu akan menetas lagi menjadi anak-anak ayam, sehingga ia pun punya ladang peliharaan ayam yang besar. Ia akan punya banyak wang dari hasil peternakannya. Dan wang itu akan ia gunakan untuk membeli gaun-gaun yang indah. Dengan memakai gaun indah, maka banyak pemuda mengelilinginya, berebut untuk meminangnya. Hmm..., tunggu dulu, pemuda mana yang akan ia pilih?  “Huh, tak ada yang sebanding denganku,” katanya dengan bangga.
Gadis itu membayangkan dirinya sedang mengibaskan tangan kepada para pemuda yang meminangnya. Begitu larutnya ia akan lamunan angan-angan itu sehingga tanpa disedari ia sedang mengibaskan tangan yang memegang bekas susu. Dan apa yang terjadi? Ya. Bekas susu yang dijunjungnya di atas kepala pun jatuh ke tanah. Semua susu lembunya tumpah. Kini ia hanya mampu menggigit jari kerana impiannya sirna sudah... Tak akan boleh menjual susu untuk dibelikan anak ayam, tak akan ada ladang ayam, tak akan ada wang untuk dibelikan gaun indah, dan tak akan ada pemuda-pemuda tampan mengelilinginya untuk melamarnya.
Sahabat, ada banyak iktibar dari cerita ini. Tentu anda punya versi sendiri. Kisah Mat Jenin memanjat pokok kelapa pun menarik juga. Baiklah, “Tak guna menangisi susu lembu yang telah tumpah.” Atau, “Jangan mengira ayam sebelum menetas telurnya.” Saya pun punya versi sendiri: “Jangan melamunkan hal yang belum tentu terjadi, nikmati saja keindahan yang ada di sekitarmu.” Sudah dua bulan ini saya menetap di negeri orang, jauh dari keluarga dan orang-orang tercinta. Demi menjalankan kewajipan menuntut ilmu sampai akhir hayat. Tentu banyak cabarannya. Di antaranya, cuaca menjelang musim dingin yang sering tak bersahabat. Hujan angin disertai taufan boleh datang bila-bila masa saja, siap mematahkan payung saya, bahkan melemparkan tubuh saya. Di sini juga sangat jauh dari masjid, tidak pernah terdengar lantunan suara azan yang menyejukkan. Tak ada yang mengingatkan waktunya solat, bahkan arah kiblat pun dikira-kira saja berdasarkan arah matahari terbit dan terbenam. Dari sekian ribu penghuni kampus tempat saya belajar, saya satu-satunya dari Indonesia, dan mungkin satu-satunya yang memakai jilbab. Banyak alasan untuk mengeluh, tapi tidak saya lakukan kerana saya sangat bahagia. Saya boleh melihat keindahan seribu kali lebih banyak daripada kesulitan yang saya hadapi. Boleh belajar di negeri orang saja sudah merupakan satu ‘berkah’ tersendiri.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2014 di pasaran...

Nabi Musa Dan Kekejaman Firaun

KOBARAN api itu datang tiba-tiba. Pada awalnya, berupa titik merah yang terang dan menyilaukan mata. Percikan api itu datang dari arah Baitul Maqdis, kemudian dari percikan api itu membentuk gugusan merah yang membara dan menyala-nyala bahkan semakin membesar dan bergulung-gulung serupa gelombang.
Dalam sedikit waktu, kobaran api itu tiba-tiba membakar rumah orang-orang Mesir seluruh isinya. Anehnya, kobaran api itu seperti memilih korbannya. Api hanya membakar rumah orang-orang Mesir. Dan tidak ada satu pun rumah dari penduduk Bani Israil yang terbakar dan hangus. Semua itu terjadi dalam waktu yang singkat. Tidak ada yang boleh dia perbuat apa-apa. Semua rumah orang  Mesir terbakar, dan hanya tinggal sisa-sisa kebakaran. Lelaki yang dikenal sebagai penguasa itu pun terperanjat. Dia pun membuka mata, dan mendapati kejadian itu hanya sekadar mimpi. Tetapi, mimpi buruk itu membuat lelaki itu gelisah dan panik. Dia merasa mimpi itu bukan sekadar  “mimpi”. Sebab, dia merasa mimpi itu seperti menyentak fikiran. Dia pun tak dapat tidur lagi, kerana diselubungi fikiran buruk. Seketika itu, lelaki yang dikenal dengan sebutan Firaun itu mengumpulkan pengawal dan memanggil para dukun, tukang ramal dan para penyihir kerajaan Mesir. Dengan fikiran kalut, dia kemudian menceritakan mimpi buruk yang dialami, dan lalu bertanya kepada mereka tentang apa erti di sebalik mimpi tersebut. Tapi, jawapan mereka itu membuat Firaun terpegun. Sebab, mereka meramalkan kelak akan ada anak lelaki yang lahir dari keluarga Bani Israil, dan anak itu akan menjadi penyebab dari kehancuran negeri Mesir, dan dari tangannya pula kelak kerajaan Mesir runtuh.
Firaun langsung gelap mata. Dia jelas tidak ingin kehilangan kekuasaannya. Ramalan itu pun seperti menamparnya. Maka, ia memerintahkan pasukannya untuk membunuh setiap anak laki-laki Bani Israil yang lahir dan membiarkan anak perempuan mereka terus hidup. Sejak titah  perintah itu dimaklumkan, Mesir seperti dilanda suasana mencekam, terutama bagi orang-orang Bani Israil. Setiap hari, pasukan kerajaan berkeliling kampung dan bidan-bidan dituntut untuk memeriksa setiap kandungan para wanita Bani Israil yang hamil. Sebab Firaun tidak ingin membiarkan anak laki-laki yang lahir dari keluarga Bani Israil hidup. Maka, jika pengawal kerajaan menjumpai anak laki-laki keluarga Bani Israil lahir, seketika itu terus dibunuh.
Seiring perjalanan waktu, maklumat pembunuhan bayi laki-laki itu justeru membuat Firaun dihadapkan pada dilema. Tidak akan ada lagi anak laki-laki dari Bani Israil yang hidup, atau tumbuh dewasa. Padahal, orang-orang tua Bani Israil sedikit demi sedikit mulai menua dan dan tak lagi dapat dijadikan hamba dan dipekerjakan. Jadi, semakin sedikit orang-orang Bani Israil yang boleh dipekerjakan. Keadaan itu membuat orang-orang Mesir dilanda ketakutan – kerana mereka tidak ingin kelak mengerjakan apa yang selama itu dikerjakan oleh orang-orang Bani Israil. Ketakutan itulah yang membuat orang Mesir kemudian meminta Firaun membiarkan sebahagian anak lelaki Bani Israil hidup. Akhirnya, Firaun memutuskan untuk memberi selang satu tahun; anak laki-laki yang lahir pada tahun itu dibunuh semua, dan anak yang terlahir pada tahun berikutnya dibiarkan hidup. Nabi Harun – saudara Musa — lahir pada tahun ketika Firaun memaklumkan kelonggaran. Jadi, Harun terselamat, dan tumbuh dewasa tanpa dicekam ketakutan. Tapi, hal itu, berbeda dengan Nabi Musa. Saat ibu Musa mengandung, dia pun dicekam takut kerana ia tahu Musa kelak akan lahir pada tahun pembunuhan anak-anak laki-laki. Ia pun berpikir keras, bagaimana caranya agar Musa boleh selamat dan tetap hidup. Ia pun berusaha menyembunyikan kehamilannya dan Allah memberi keajaiban. Semakin tua usia kandungan Musa, ternyata perut ibu Musa tidak kelihatan membesar dan tak menunjukkan tanda-tanda hamil. Maka, tatkala Musa lahir, pasukan pengawal atau tentera Firaun tak ada yang tahu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2014 di pasaran...

Pemuda Yang Selalu Menolak Kemahuan Raja

ADA seorang raja yang memiliki tukang sihir. Kerana tukang sihir telah tua sudah melangkaui waktu bersara, ia mengemukakan usul, “Tuanku, sekarang usiaku telah tua dan ajalku telah dekat. Datangkan seorang pemuda agar dapat kuajari pemuda itu ilmu sihir.” Maka didatangkanlah seorang pemuda yang kemudian diajari ilmu sihir. Namun pemuda itu juga kerap singgah melawat seorang rahib sebelum sampai di tempat tukang sihir. Si pemuda itu kagum pada rahib. Akibat berbincang dulu dengan rahib, pemuda itu terlambat datang ke tempat tukang sihir. Serta merta ia dipukulnya seraya ditanya, “Apa yang menyebabkanmu selalu datang lambat?” Demikian halnya ketika sampai di rumah, keluarganya juga memukulnya sambil bertanya, “Ada apa di jalan sehingga engkau terlambat pulang?” Kerana perlakuan tukang sihir dan keluarganya yang asyik memukulnya, pemuda itu mengadukan masalahnya pada si rahib. “Jika tukang sihir ingin memukulmu, katakanlah kau terlambat kerana keluargaku. Dan jika keluargamu hendak memukulmu, maka katakanlah, ‘aku terlambat kerana belajar pada tukang sihir’,” saran si rahib. Hingga suatu hari, si pemuda menyaksikan binatang besar menakutkan di jalanan. Mereka yang hendak melintas tidak berani. Si pemuda pun membisik dalam hatinya, “Saat ini aku akan mengetahui apakah perintah ahli sihir lebih dicintai Allah ataukah perintah rahib.” “Ya Allah, jika perintah rahib lebih engkau cintai dan redhoi daripada perintah tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini, sehingga orang-orang boleh menyeberang melalui jalan ini,” pintanya sambil mengambil batu. Batu dilemparkan tepat mengenai binatang itu sampai tak bergerak. Akhirnya, orang-orang kembali boleh melintasi jalan itu. Pengalaman tadi segera ia kisahkan pada si rahib. Seiring berjalannya waktu, si pemuda boleh menyembuhkan orang buta, dan berbagai penyakit lainnya. Allah menyembuhkan mereka melalui kedua tangannya.

Ujian Keimanan
Berita tentang pemuda yang dapat menyembuhkan orang yang sakit - atas izin Allah tentunya, - terdengar oleh salah seorang pegawai raja yang kebetulan belakangan menghidap kebutaan. Kerana ingin sembuh, pegawai itu bergegas menuju tempat si pemuda dengan membawa hadiah yang banyak. “Sembuhkanlah aku dan engkau boleh memiliki semua ini!” kata si pegawai raja itu sambil menyodorkan hadiah yang dibawanya.
“Aku tidak boleh menyembuhkan. Yang dapat menyembuhkan adalah Allah s.w.t. Jika engkau beriman kepada Allah dan berdoa kepadaNya, insyaAllah Ia akan menyembuhkanmu,” jawab pemuda itu.  Tamu itu menuruti apa yang dikatakan oleh si pemuda. Sungguh tak menyangka ternyata doanya benar-benar dikabulkan oleh Allah s.w.t. Ia bersyukur kerana penyakitnya telah sembuh. 

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2014 di pasaran...

'Berkah" Menghampiri Mexico

KENAPA Islam dicap sebagai agama teroris? Benarkah Islam memang mengajarkan kekerasan dan menafikan umat lain ataukah jangan-jangan ini  bahagian dari propaganda dan stigma songsang yang dilekatkan oleh orang-orang yang kurang suka terhadap Islam? Pertanyaan inilah yang mengetuk kesedaran ramai orang di Mexico pasca serangan menara kembar WTC di Amerika Syarikat untuk mencari tahu kebenaran ajaran Islam. Memang, peristiwa 9/11/2001 di menara kembar WTC yang kononnya dilakukan oleh kelompok al-Qaeda begitu memojokkan umat Islam. Tanggapan buruk atas Islam sebagai agama yang mengajarkan kekerasan pun kian menguat. Namun, siapa sangka, kerana penilaian yang buruk inilah justeru membuat Islam di beberapa negara mengalami perkembangan menggembirakan, salah satunya terjadi di Mexico, negara Amerika Latin yang terkenal dengan siri drama televisyennya itu. Banyak warga Mexico yang musykil dan mencari tahu tentang Islam. Kenyataannya, Islam bukanlah pembiak terorisme, namun sebaliknya Islam menentang aksi tersebut. Mereka menemukan bahawa Islam mengajarkan kasih sayang, toleransi dan perdamaian. Dari pemahaman inilah, satu demi satu warga Mexico mulai mengikrarkan diri menjadi muslim. Di negeri tersebut, bukan saja populasi muslim makin bertambah. Pun beribadah di masjid tak sesulit masa sebelumnya. Padahal dua dekad sebelumya, warga muslim di Mexico begitu sulit menemukan tempat ibadah di Mexico City. Namun berkah tampaknya berpihak pada warga Mexico pasca tragedi tersebut. “Ini tumbuh cepat, sangat cepat,” ujar Louahabi, seorang warga negara Morocco yang sudah ada di Mexico City sejak 1994. Louhabi yang kerjayanya sebagai guru bahasa Inggeris di sana mengatakan bahawa jumlah warga Mexico yang menjadi mualaf (saudara baru) memang meningkat. Banyak orang Mexico yang menjadi mualaf kerana tertarik dengan agama yang sangat anti kekerasan itu.
Padahal di tahun yang sama, ketika itu belum ditemukan masjid atau pusat Islam satu pun di Mexico City. Orang-orang seperti Louhabi pun harus solat di Kedutaan Besar Pakistan di Mexico. Saat itu, populasi muslim di negeri itu sangat sedikit sekali. Namun, lihat sekarang ini, kaum muslim di Mexico boleh melaksanakan aktiviti solat berjemaah dan mengadakan kegiatan keagamaan di Pusat Pendidikan Islam wilayah Anzures, Mexico City. Jumlah kaum muslim yang berasal dari kaum pendatang mahupun warga asal Mexico makin bertambah. Bangunan tiga tingkat yang berada di kawasan pemukiman itu juga sudah menjelma menjadi pusat kajian Islam bagi komuniti Islam di ibu kota Mexico tersebut. Mereka juga menyelenggarakan solat Jumaat di tempat tersebut dan khutbah dibacakan dengan tiga bahasa: Inggeris, Arab dan Sepanyol. Bukan itu saja, di tempat ini pula dijadikan markas untuk melayani mualaf, golongan pendatang, dan kakitangan kedutaan. Lebih meriah lagi, pada bulan Ramadan, di masjid komuniti muslim itu pun makin semarak dengan berbagai rangkaian kegiatan keagamaan. Di samping rutin solat berjemaah, juga ada majlis berbuka puasa bersama dan solat Tarawih. Momen inilah yang kerap dijadikan para mualaf di Mexico untuk semakin mengenal Islam. Menurut muslim keturunan Morocco tersebut, seperti dipetik metrotvnews.com, 31/07/2013, peningkatan jumlah pemeluk Islam di negara itu terasa usai penyerangan 9/11 dan ramainya pemberitaan di internet. “Saya kira Islam berkembang kerana internet dan apa yang terjadi pada 11 September. Orang-orang mulai sedar, menggali dan mencari apakah benar kami ini teroris,” katanya, “Kami bertolak belakang dengan apa yang dikatakan media. Islam menentang terorisme,” tambahnya. Pernyataan Louhabi juga dibenarkan oleh Alexander Huttanos yang mengenal Islam dari dunia maya. Juru terbang yang mengubah namanya jadi Ahmed Abbad setelah masuk Islam ini menyebut,  “Saya menggunakan internet dan buku untuk belajar Islam. Islam telah datang dari jauh ke Mexico,” ujarnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2014 di pasaran...

Apakah 'Basmalah' Bahagian Dari Al-Fatihah?

Khilafiyah [perbedaan pendapat] memang selalu muncul dalam beragama. Sebab para ulama punya pandangan yang berbeda-beda dan dasar masing-masing yang diyakini kebenarannya. Termasuk bacaan basmalah [bismillahir rahmanir rahim’], apakah termasuk salah satu ayat al-Fatihah atau tidak? 
Mungkin di suatu tempat, kita temukan seseorang membaca langsung kalimat ‘Alhamdulillahi rabbil alamin’ dan seterusnya saat sedang menjalankan solat jahriyah [mengeraskan suara], sedang kalimat ‘Bismillahir rahmanir rahim’ tak terucapkan atau mungkin sengaja diperlahankan. Namun di banyak tempat, kalimat ‘Bismillahir rahmanir rahim’ tetap disertakan pengucapannya sama kerasnya dengan bacaan ‘Alhamdulillahi rabbil ‘alamin’ dan seterusnya. Kita tidak perlu hairan adanya perbedaan tersebut. Kita anggap saja sebagai sebuah kewajaran kerana bahasan soal itu masuk wilayah khilafiyah. Yang penting, perbedaan itu tidak menimbulkan kekecohan yang menjurus pada sikap paling benar, tapi justeru membuat wawasan keagamaan kita bertambah, makin mengerti bagaimana menghargai pendapat yang tidak seragam sekaligus boleh tahu bagaimana menentukan sikap agar kita tidak taklid [ikutan-ikutan] buta.

TERMASUK BAHAGIAN AL-FATIHAH, BOLEH JUGA TIDAK
Al-Fatihah termasuk salah satu surat yang memiliki keutamaan di antara surat yang lain. Bagaimana tidak, satu-satunya surat yang termasuk rukun dalam solat adalah al-Fatihah. Ulama sepakat tentang jumlah ayatnya (tujuh ayat). Hanya masalah yang muncul adalah tentang bacaan basmalah, termasuk bahagian dari surat al-Fatihah atau bukan. Soal ini, para ulama berbeda pendapat. Setidaknya, ada dua pendapat yang begitu tajam. Pertama, basmalah termasuk surat al-Fatihah, dan harus dibaca jahr (keras) dalam solat jahriyah. Kerana itu, tidak sah solatnya seseorang yang tidak menyertakan bacaan basmalah saat membaca surat al-Fatihah. Pendapat kedua, basmalah bukan bahagian dari al-Fatihah, tapi ia bahagian dari al-Quran (iaitu surat an-Naml ayat 30). Pendapat ini disokong oleh ulama Maliki, dengan sandaran riwayat Anas, “Saya solat di belakang Nabi s.a.w., Abu Bakar, Umar, Uthman dan mereka semuanya memulai bacaannya dengan alhamdulillahi rabbil ’alamin.” Mari kita petakan satu per satu. Pertama, basmalah termasuk ayat dari surat al-Fatihah. Ini pendapat Imam asy-Syafi’i, Ishaq, Abu ‘Ubaid dan Imam Ahmad. Dalilnya, hadis Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Imam ad-Daruquthniy dalam Sunan-nya, bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda,  “Jika kalian membaca ‘Alhamdulillah’, maka bacalah ‘Bismillahir rahmanir rahim’. Dia adalah ummul Quran, ummul kitab dan sab’ul matsaniy. Dan ‘Bismillahir rahmanirrahim’ adalah salah satu ayatnya.”
Di samping itu, ada juga hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w. membaca keras-keras ‘Bismillahir rahmanir rahim’ ketika memberi contoh solat. Sahabat Nabi juga selalu memulai bacaan kitab Allah dengan ‘Bismillahirrahmanirrahim’. Oleh sebab itu, kelompok ini menyimpulkan bahawa basmalah termasuk bahagian dari al-Fatihah, kerana al-Fatihah terdiri dari tujuh ayat, dimana basmalah termasuk hitungan di dalamnya. Bila tidak, bererti surat al-Fatihah hanya terdiri dari enam ayat. Maka, tidaklah sah bila seseorang solat kemudian membaca surat al-Fatihah tanpa basmalah. Sekarang kita masuk pendapat kedua yang menyatakan bahawa basmalah bukanlah bahagian dari al-Fatihah. Basmalah bukan termasuk ayat dalam surat al-Fatihah dan selainnya, kecuali dalam surat an-Naml ayat 30, dimana ayat tersebut mengisahkan tentang surat Nabi Sulaiman a.s. kepada Ratu Saba’ yang diawali dengan basmalah. Ini adalah salah satu riwayat dari Imam Ahmad, pendapat Abu Hanifah, Imam Malik, al-Auza’iy dan Ibnu Jarir ath-Thabari.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2014 di pasaran...

Ada Artis Sempat Umrah, Tak Sempat Tunai Haji

AHMAD DAUD, adalah antara nama-nama besar dalam dunia lagu. Lagu-lagu rakamannya sentiasa mendapat sambutan. Hingga sekarang pun, lagu-lagunya masih lagi diputarkan oleh Radio Klasik.
Marilah kita sama-sama mendoakannya semoga rohnya bersama dengan orang-orang salih, dan dikumpulkan kelak bersama dengan ahli jannah, InsyaAllah. Abi ingin menghimbau sekilas tentang peristiwa-peristiwa dalam hidupnya. Abi memang rapat dengan Ahmad Daud sejak di Singapura dulu. Semasa di Studio Jalan Ampas mengakhiri riwayatnya, Ahmad Daud bersama Sa’adiah isterinya masih lagi tinggal di kuaters bintang filem di Boon Teck Road. Sebagai wartawan ketika itu bertugas di pejabat di Singapura, Abi selalu juga berkunjung ke rumahnya. Biasanya Abi datang pada hari Ahad. Abi bersama seorang kawan lagi akan dijamu dengan “mi rebus” Pulau Pinang. Sa’adiah bertindak memasak sendiri mi rebus itu. Selain dari mi rebus itu, ada satu lagi jenis mi yang dimasak oleh seniwati Sa’adiah. Abi namakannya sebagai ‘mi tersedak’. Sebab, apabila kita makan mi itu, kita pasti akan tersedak, kerana “kuahnya” agak istimewa. Mi tersebut, resipinya dari Ahmad Daud sendiri yang diajarkan kepada isterinya Sa’adiah. Apabila Ahmad Daud berhijrah ke Kuala Lumpur kira-kira awal tahun 70an, hubungan kami berdua semakin rapat lagi. Masa berjalan dengan begitu cepat sekali. Disamping menyanyi sebagai sumber rezekinya, Ahmad daud seorang ahli perniagaan. Beliau pernah menjadi rakan kongsi niaga dengan seorang ahli bisnes Jepun.
Beliau menjadi salah seorang pengarah dalam syarikat tersebut. Abi sendiri ada sebuah kedai menjual buku-buku agama yang terletak di pusat bandar Taman Keramat ketika itu. Ahmad Daud bekerja hanya separuh hari saja. Dari jam 2 petang hinggalah ke malam, Ahmad Daud akan berada di kedai buku Abi. Kedai buku ini sentiasa dikunjungi ramai peminatnya. Ahmad Daud akan bersimbang dengan pelbagai topik. Orang yang mendengarnya tak kering gusi. Pada suatu petang, Ahmad Daud telah menyatakan hasratnya ingin ke Makkah. “Baguslah tu, kalau you mahu buat haji atau umrah,” balas Abi ketika dia mengemukakan hasratnya itu. “Tetapi you mesti ada sama,” kata Ahmad Daud. “InsyaAllah,” jawab Abi ringkas. Setelah pendaftaran dibuat dengan sebuah syarikat yang mengelolakan pakej Umrah, kami pun berangkat ke Makkah. Rombongan kami lebih kurang ada 20 orang. Macam-macam hal berlaku pada diri Ahmad Daud itu sendiri. Sebelum naik pesawat, jaketnya hilang. Tiba Di Jeddah, turun pesawat songkoknya pula tak ada.
Semasa di Madinah, seluar dalamnya ghaib, tali pinggangnya hilang. Entah dimana diletakkannya, tak siapa pun yang tahu. Apabila Abi tanya mana hilangnya? Kemana you letak barang-barang itu? Jawapannya hanya dengan “geleng-geleng kepala”. Dia memang pelupa.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2014 di pasaran...

Menyingkap Jejak Islam Di Bangka

Kelurahan Bangka di Kecamatan Mampang Prapatan mungkin tak ramai dikenali orang jika dikaitkan dengan peta sejarah penyebaran dan perkembangan Islam di kota Jakarta. Hal itu berbeda dengan kampung atau kelurahan lain di penjuru kota Jakarta, seperti Kampung Melayu (Kecamatan Jatinegara), Condet (Kecamatan Kramat Jati), Pekojan (Kecamatan Tambora), Kwitang (Kecamatan Senen) dan Kampung Luar Batang (kecamatan Penjaringan) yang cukup dikenal luas dan memiliki gaung. Tetapi, bukan bererti di Kelurahan Bangka itu tak ada jejak Islam masa lalu yang boleh dikesani. Salah satu jejak itu boleh ditelusuri dari sebuah masjid tua yang dibangun pada abad ke 19. Sebab di Bangka, tepatnya, di pertengahan Jalan Kemang Utara pertigaan Jalan Kemang Timur, berdiri bangunan masjid berumur tua – yang sekarang ini masih dalam proses baik pulih. Bangunan masjid tersebut dalam catatan sejarah menjadi saksi akan perkembangan Islam di Kelurahan Bangka dan juga kampung-kampung sekitarnya. Masjid tua itu adalah Masjid Al Barkah. Sekilas, tidak ada yang istimewa dari bangunan masjid tersebut. Bangunannya hampir mirip dengan Masjid Demak dan masjid-masjid lain di daerah Jawa - tetapi kini dibaik pulih. Di balik bangunan tua itu, tersimpan jejak Islam yang dapat digali. Apalagi masjid tua itu dikatakan didirikan (pada tahun 1818) oleh Guru Sinin asal Banten yang dikenal sebagai seorang alim bahkan dikhabarkan diyakini sebagai wali.

Berkunjung ke Masjid Al-Barkah
Siang itu, langit Jakarta mendung. Dalam suasana yang syahdu itu, Hidayah berkunjung ke Masjid Al-Barkah di Jalan Kemang Utara, setelah belok dari Warung Buncit Raya memasuki jalan kecil Kemang Utara IX. Sebenarnya, tak mudah menemukan Masjid Al-Barkah. Sebab, jalan Kemang Utara  tak termasuk jalan besar, sehingga menjadikan keberadaan masjid ini agak susah ditemukan. Kebetulan, Hidayah sudah sering melintasi jalan Kemang Utara, dan kerap terjebak arus sesak jalan raya di pertigaan, tepat di depan Masjid Al-Barkah itu. Jadi, Hidayah sudah begitu maklum. Hanya saja belum sempat singgah. Siang itu, Hidayah singgah. Namun, saat menginjakkan kaki di halaman masjid, Hidayah sempat terpegun. Gaung Masjid Al-Barkah yang dikenal sebagai salah satu masjid tua di Jakarta ternyata tak seperti yang Hidayah bayangkan. Siang itu, masjid dalam keadaan sepi. Pintu utama masjid dikunci. Azan asar belum berkumandang. Hidayah melongok jam di dinding masjid melalui cermin jendela. Pukul 2.50 WIB. Cermin jendela penuh debu. Pintu masjid sebahagian sudah agak rapuh dan tidak mendapat perhatian. Sekilas, Hidayah  melihat sekeliling. Ada kesan yang tak boleh dimungkiri: Masjid Al Barkah terkesan tak terurus.
Tetapi keadaan itu dapat dimaklumi. Sebab, Masjid Al-Barkah masih dalam tahap pembaikan. Bangunan tingkat 2 masih belum sempurna. Bata merah yang menjadi bahan tembok tingkat 2 masih terlihat dengan jelas dan belum dilapisi. Lima minit berlalu, masjid masih terlihat sepi. Padahal, waktu asar sudah tiba. Satu dua orang datang menunaikan solat asar di teras masjid. Hidayah pun ikut solat asar di teras masjid - berjemaah dengan salah satu pengunjung yang singgah. Langit masih mendung, ketika Hidayah meninggalkan Masjid Al-Barkah. Saat pulang itu, dalam hati, Hidayah berikrar semoga suatu hari nanti berkesempatan mengunjungi Masjid Al Barkah kembali dalam suasana yang lain dan lebih mengesankan. 

Sejarah di Balik Masjid Al Barkah
Dulu, Bangka termasuk daerah pendalaman dan dikenal daerah rawa-rawa. Tapi, kerana letaknya berdekatan dengan Blok M – wilayah elit yang dirancang oleh Belanda untuk tempat kediaman ketika itu - menjadikan Bangka termasuk dalam projek pembukaan daerah-daerah baru, bahkan kemudian diperluas hingga ke Selatan Batavia (yang meliputi antara lain Kebayoran Lama, Condet, Cilandak bahkan hingga ke Depok sekarang). Keadaan saat Masjid Al-Barkah dibangun pertama kali dikatakan masih merupakan daerah pendalaman. Bahkan Masjid Al-Barkah dibangun di atas rawa-rawa yang mempunyai kedalaman satu meter. Dapat dibayangkan, bagaimana dulu masjid itu dibangun di atas daerah seperti itu. Bahkan, proses pendirian masjid ini pun tidak mudah. Saat pendirian dulu harus meminta izin dan mendapatkan persetujuan lebih dahulu dari pemerintah kolonial Belanda. Dengan keadaan tanah berawa itu, pembinaan masjid ini pun awalnya cukup memprihatinkan. Waktu itu, masjid  dibangun dengan bahan seadanya dengan menggunakan daun rumbia dan batang pohon kelapa. Seiring perjalanan waktu, Masjid Al-Barkah mengalami perombakan kurang lebih 6 kali. Pada 1932, mulai digunakan papan. Kemudian mengalami perombakan lagi 1935, 1950, 1960, dan 1970.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2014 di pasaran...

Solat Meningkatkan Sistem Kelenjar Tubuh

DALAM tubuh manusia, ada banyak kelenjar yang sangat diperlukan bagi kelangsungan hidup. Ada kelenjar yang berfungsi untuk menghasilkan enzim, hormon, hingga kelenjar yang memproduksi zat-zat lainnya.
Dari setiap kelenjar itu - tidak disangkal lagi - tubuh manusia perlukan kadar tertentu dari asupan enzim, hormon dan zat-zat lain sebagaimana yang diperlukan oleh tubuh. Jika kelenjar itu tidak mampu menghasilkan kadar enzim, hormon atau zat-zat lain yang sesuai dengan keperluan tubuh, boleh dipastikan tubuh akan mengalami ketidakseimbangan. Di sinilah, solat memiliki peranan penting dalam meningkatkan sistem kerja setiap kelenjar tersebut. Sebab, rukuk dan sujud - yang merupakan dua aktiviti penting dalam solat - menurut kajian medis, ternyata dapat menjaga dan meningkatkan fungsi kelenjar-kelenjar dalam tubuh tersebut. Kelenjar-kelenjar dalam tubuh manusia itu, antara lain adalah kelenjar yang terletak pada tulang belakang. Kelenjar ini berfungsi atau berperanan penting bagi pengendalian tubuh dari sisi fizik. Tulang inilah yang disebutkan mengandung rahsia kebangkitan manusia di Hari Kiamat nanti. Kelenjar kedua adalah kelenjar yang terdapat pada limpa – dan kelenjar ini menentukan kecenderungan seksual manusia. Kelenjar ketiga, kelenjar pada pusat (memiliki fungsi pada sistem pencernaan). Kelenjar keempat, kelenjar yang terdapat pada jantung (berperanan pada fungsi pernafasan). Kelenjar kelima, terdapat di leher (berkaitan fungsi wicara). Kelenjar keenam, kelenjar yang terdapat di dahi (mengendalikan sistem saraf parasimpatetik). Kelenjar ketujuh, kelenjar yang terdapat di tengah-tengah di dalam otak (memiliki peranan mengatur seluruh kelenjar dalam tubuh). Solat yang dilakukan minima lima kali dalam sehari itu rupanya memiliki faedah besar untuk menjaga dan meningkatkan fungsi kelenjar-kelenjar itu bekerja. Sebab solat, terutama lewat gerakan rukuk, menurut Dr Jamal El-Zaky, penulis buku Induk Mukjizat Kesihatan Ibadah boleh meningkatkan fungsi tiga kelenjar yang berdekatan, kelenjar tulang belakang, kelenjar seksual dan kelenjar pencernaan. Ketiga kelenjar itulah yang bertanggung jawab atas fungsi tubuh dari bahagian atas ke bahagian bawah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2014 di pasaran...

Kegersangan Sosial: Sampaikan Ilmu Dengan Lemah Lembut

SAAT ini, ada gejala kegersangan sosial, seperti berkurangnya kesantunan, kehangatan interaksi sosial, sensitiviti sosial, dan berkembangnya aksi kekerasan, termasuk kekerasan dalam berungkap/berbicara.
Kalau kita amati, betapa banyak ungkapan-ungkapan yang kasar di tengah masyarakat yang tidak jarang disampaikan oleh orang yang terhormat dalam status sosialnya. Kini, kita kadang sulit membedakan ungkapan kritik dari kalangan terpelajar atau dari kalangan yang tidak terdidik. Interaksi dan komunikasi sosial terasa sangat kering. Ini salah satu tanda terjadinya kegersangan sosial. Dikisahkan, ada seorang kiai penceramah hebat. Suaranya lantang. Auranya memukau jemaah. Cirinya, kalau ada pegawai kerajaan yang hadir, telinganya memerah. Itu akibat tajamnya kritik yang dilontarkan dengan kata-kata pedas di setiap ceramahnya. Suatu ketika, setelah kiai itu selesai berceramah, seorang pegawai mendekati sang kiai. Terjadilah dialog di antara mereka. “Pak Kiai, tuan mengenali Nabi Musa?” “Ya tentu saja, masa Kiai tidak tahu Nabi Musa. Beliau salah satu rasul yang dijuluki Kalimullah.” “Lebih mulia mana antara Nabi Musa dengan tuan?” “Jelas lebih mulia Nabi Musa. Bukan hanya nabi, tapi beliau juga rasul. Bukan hanya rasul, tapi termasuk rasul ulul azmi.” “Tuan tahu musuh Nabi Musa, Pak Kiai?” “Ya, tahu. Firaun.” “Jelek mana saya dan Firaun, Pak Kiai? “Tuan memang pegawai kerajaan sangat jahat, tapi Firaun pasti lebih jahat lagi. Dia kejam dan angkuh, bahkan mengaku sebagai Tuhan.” “Jika begitu Pak Kiai, kalau Nabi Musa lebih mulia daripada tuan dan Firaun musuhnya lebih jelek daripada saya, kenapa kalau Nabi Musa menyampaikan kritik dengan pendekatan mesra - perkataan yang lembut? Sedangkan, Pak Kiai tidak lebih mulia dibanding Nabi Musa dan saya tidak lebih jelek dibanding Firaun, tapi Pak Kiai ungkapannya sangat kasar sekali!” Kini giliran sang kiai yang memerah mukanya. Ia ingat betul pesan Tuhan kepada Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. dalam al-Quran: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sebab dia memerintah dengan sewenang-wenang. Kemudian berkatalah kamu berdua kepadanya dengan perkataan yang lemah lembut semoga dia akan menjadi ingat atau menjadi takut [kepada Tuhan].” (QS. Thaha [20]: 43–44).
Allah berpesan agar Musa dan Harun menggunakan tutur kata yang lembut kepada Firaun yang bengis itu. Diperlukan usaha persuasif agar inti komunikasi tercapai: supaya dia menerima seruan keduanya. Meski Firaun tidak berganjak dengan pendiriannya hingga tenggelam bersama pengikutnya di Laut Merah, tapi ajaran etika di balik peristiwa itu berlaku abadi: sampaikan kebenaran dengan ‘lemah lembut’. Mari kita semak makna ‘qaulan layyinan’ dalam kitab-kitab tafsir klasik dan moden. Qaulan layyinan adalah ungkapan yang menghindari kata-kata yang bernada kasar (lihat kitab tafsir Isamail Haqqi dan Al-Maraghi); perkataan yang lembut, halus, mudah, dan penuh keakraban (lihat Ibnu Katsir), dan mendatangkan ketenangan bagi jiwa pendengarnya (lihat kitab Alusi).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2014 di pasaran...

"Apakah Malaikat Masih Menaungi Syria?"

Kemuliaan. Kebaikan. Peradaban. Semua itu barangkali akan hangus di Syria. Tidak ada yang tersisa. Tinggal nama. Cuma ada dalam sejarah. Dan kita semua akan menguburnya bersama hanyir darah dan asap bom serta desingan peluru. Kita akan mengenangnya dalam lanskap kotanya yang kelabu dan suram. Kita tidak akan menemukan jejak sejarah Islam yang berwarna emas. Semua berjelaga. Kita tidak akan mendapati negeri yang dipanggil Nabi dengan Syam itu sebagai bumi pilihan Allah lagi.  Bukankah baginda Rasulullah s.a.w. jauh-jauh hari berpesan untuk menjaga negeri itu? Mari kita tengok sebuah hadis yang termaktub dalam Kitab Sunan Abi Daud. “Jagalah Syam! Sesungguhnya ia salah satu negeri pilihan Allah. Dia memilih Syam kerana banyak [di negeri tersebut] hamba-hamba pilihanNya.” [HR. Abu Daud]
Betul, Syam masa lalu bukan seperti sekarang ini. Secara geografinya, dulu, ia adalah sekali dengan Palestin, Lebanon, Syria, dan Jordan, dimana Damascus sebagai ibukotanya. Negerinya makmur. Tanahnya subur. Pemeluk tiga agama samawi [Yahudi, Nasrani dan Islam] pun pernah hidup dan menjalin persaudaraan dengan indah di sana.  Namun, keserakahan dan kekuasaan memecahnya serupa selendang sutera yang koyak. Tercerai berai, baik kerana buah imperialisme Barat, mahupun kerana friksi internal di dalamnya. 
Palestin, anda tentunya mafhum, terus bergejolak bergelora dengan Israel hingga kini. Pun dengan Lebanon. Dan tiga tahun belakangan ini [sejak 2011], Syria menyusul. Khabar tentangnya begitu riuh dan memilukan di pelbagai media, baik nasional mahupun internasional. Semua kerana faktor nafsu dan kekuasaan; unsur-unsur yang membutakan manusia untuk hidup beradab dan berperadaban. Tentu saja, yang bersorak sorai kegirangan adalah mereka yang senang bila umat Islam di Syria pecah belah, warga muslim yang barangkali juga masygul serba salah mahu membela siapa dan harus berada di sayap mana. Hakikatnya: korban yang meninggal dan menderita terbanyak adalah kaum hawa dan anak-anak tidak berdosa. Darah. Luka. Lapar. Air mata. Semua sudah begitu akrab di Syria.  Tak aneh, bila ratusan ribu warga Syria melarikan diri ke negeri-negeri lain mencari perlindungan. Syam...Syria, negeri para Nabi, negeri para ulama, negeri orang-orang salih yang dimuliakan Allah dan dipuja-puji Nabi itu kini menuju titik jurang kehancuran. Saya khuatir negeri itu akan berdampak seperti Iraq yang jejak-jejak peradabannya porak-poranda dan kita tidak sempat menziarahinya dan mentadaburrinya. Saya khuatir kita semua hanya kelak menemukan Syria yang aduhai indah dan berperadaban itu melalui kisah semata. Kita tidak sempat menyaksikannya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2014 di pasaran...