Thursday, February 6, 2014

'Berkah" Menghampiri Mexico

KENAPA Islam dicap sebagai agama teroris? Benarkah Islam memang mengajarkan kekerasan dan menafikan umat lain ataukah jangan-jangan ini  bahagian dari propaganda dan stigma songsang yang dilekatkan oleh orang-orang yang kurang suka terhadap Islam? Pertanyaan inilah yang mengetuk kesedaran ramai orang di Mexico pasca serangan menara kembar WTC di Amerika Syarikat untuk mencari tahu kebenaran ajaran Islam. Memang, peristiwa 9/11/2001 di menara kembar WTC yang kononnya dilakukan oleh kelompok al-Qaeda begitu memojokkan umat Islam. Tanggapan buruk atas Islam sebagai agama yang mengajarkan kekerasan pun kian menguat. Namun, siapa sangka, kerana penilaian yang buruk inilah justeru membuat Islam di beberapa negara mengalami perkembangan menggembirakan, salah satunya terjadi di Mexico, negara Amerika Latin yang terkenal dengan siri drama televisyennya itu. Banyak warga Mexico yang musykil dan mencari tahu tentang Islam. Kenyataannya, Islam bukanlah pembiak terorisme, namun sebaliknya Islam menentang aksi tersebut. Mereka menemukan bahawa Islam mengajarkan kasih sayang, toleransi dan perdamaian. Dari pemahaman inilah, satu demi satu warga Mexico mulai mengikrarkan diri menjadi muslim. Di negeri tersebut, bukan saja populasi muslim makin bertambah. Pun beribadah di masjid tak sesulit masa sebelumnya. Padahal dua dekad sebelumya, warga muslim di Mexico begitu sulit menemukan tempat ibadah di Mexico City. Namun berkah tampaknya berpihak pada warga Mexico pasca tragedi tersebut. “Ini tumbuh cepat, sangat cepat,” ujar Louahabi, seorang warga negara Morocco yang sudah ada di Mexico City sejak 1994. Louhabi yang kerjayanya sebagai guru bahasa Inggeris di sana mengatakan bahawa jumlah warga Mexico yang menjadi mualaf (saudara baru) memang meningkat. Banyak orang Mexico yang menjadi mualaf kerana tertarik dengan agama yang sangat anti kekerasan itu.
Padahal di tahun yang sama, ketika itu belum ditemukan masjid atau pusat Islam satu pun di Mexico City. Orang-orang seperti Louhabi pun harus solat di Kedutaan Besar Pakistan di Mexico. Saat itu, populasi muslim di negeri itu sangat sedikit sekali. Namun, lihat sekarang ini, kaum muslim di Mexico boleh melaksanakan aktiviti solat berjemaah dan mengadakan kegiatan keagamaan di Pusat Pendidikan Islam wilayah Anzures, Mexico City. Jumlah kaum muslim yang berasal dari kaum pendatang mahupun warga asal Mexico makin bertambah. Bangunan tiga tingkat yang berada di kawasan pemukiman itu juga sudah menjelma menjadi pusat kajian Islam bagi komuniti Islam di ibu kota Mexico tersebut. Mereka juga menyelenggarakan solat Jumaat di tempat tersebut dan khutbah dibacakan dengan tiga bahasa: Inggeris, Arab dan Sepanyol. Bukan itu saja, di tempat ini pula dijadikan markas untuk melayani mualaf, golongan pendatang, dan kakitangan kedutaan. Lebih meriah lagi, pada bulan Ramadan, di masjid komuniti muslim itu pun makin semarak dengan berbagai rangkaian kegiatan keagamaan. Di samping rutin solat berjemaah, juga ada majlis berbuka puasa bersama dan solat Tarawih. Momen inilah yang kerap dijadikan para mualaf di Mexico untuk semakin mengenal Islam. Menurut muslim keturunan Morocco tersebut, seperti dipetik metrotvnews.com, 31/07/2013, peningkatan jumlah pemeluk Islam di negara itu terasa usai penyerangan 9/11 dan ramainya pemberitaan di internet. “Saya kira Islam berkembang kerana internet dan apa yang terjadi pada 11 September. Orang-orang mulai sedar, menggali dan mencari apakah benar kami ini teroris,” katanya, “Kami bertolak belakang dengan apa yang dikatakan media. Islam menentang terorisme,” tambahnya. Pernyataan Louhabi juga dibenarkan oleh Alexander Huttanos yang mengenal Islam dari dunia maya. Juru terbang yang mengubah namanya jadi Ahmed Abbad setelah masuk Islam ini menyebut,  “Saya menggunakan internet dan buku untuk belajar Islam. Islam telah datang dari jauh ke Mexico,” ujarnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2014 di pasaran...

No comments: