Monday, January 9, 2012

Variasari Keluaran Januari 2011


Sudahkah anda memiliki Variasari edisi Januari 2012? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan...

Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai.

Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.

Dapatkan segera majalah Variasari keluaran Januari 2012 sebelum terlambat.

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.

Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin


Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Dalam Variasari Januari 2012











Hidayah Januari 2012


Hidayah keluaran Januari 2012 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja Dalam Hidayah...

Langganlah Segera Melalui Pos


Kepada pembaca yang melanggan secara online e-maikan kepada kami salinan resit bayaran bersama maklumat peribadi serta tarikh mula majalah yang anda ingin kami hantarkan...ke alamat: majalahhidayah@yahoo.com

Salam Kami Januari 2012

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur kita ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya kedatangan Januari 2012 membawa makna yang besar dalam kita meneruskan kehidupan di dunia ini. Tahun baru ini membuat kita kembali sibuk menguruskan anak-anak ke sekolah. Dan bagi mereka yang baru melalui peperiksaan SPM dan STPM dan lain-lainnya didoakan agar mendapat keputusan yang cemerlang kelak. Namun kejayaan dalam peperiksaan bukanlah segala-galanya. Setiap waktu kita akan diuji baik dalam usia kanak-kanak, melangkah ke dunia remaja dan seterusnya ke alam dewasa. Hanya manusia yang beramal salih akan berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Bukan mereka yang kaya dengan harta benda dan wang ringgit, tapi lemah imannya. Alhamdulillah, diambang tahun baru ini Hidayah melangkah terus menemui pembacanya. Kita mengajak pembaca merenungi kisah-kisah iktibarnya untuk renungan bersama dan menghayati pelbagai rencana lainnya sebagai panduan hidup kita. Cubalah anda hayati rencana ‘Cara mengubat Penyakit dukacita’, ‘Semoga Anda Menjadi Isteri Salihah’ dan ‘Jangan Remehkan Senjata Doamu’. Bersama-samalah kita menjaga hati masing-masing. Imam Ghazali berpesan, cukuplah kepada anda mengingati bahawa perkisaran urusan agama dan dunia adalah beredar di sekitar hati. Kesibukan dan kerosakkannya pada kebanyakannya ialah datang dari pandangan mata (nafsu). Berkata Ali r.a. bermaksud: “Sesiapa yang tidak dapat mengawal matanya, maka hati yang ada disisinya tidak mempunyai nilai harga.” Kami mengucapkan terima kasih dengan sokongan berterusan dari anda. Tanpa anda apalah ertinya kami di sini.
Wassalam!

Pengarang,
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Menjadi Gila Selama Di Makkah

BERBAGAI kejadian aneh kerapkali terjadi menimpa para jemaah haji. Semuanya itu ada akitannya dengan amal perbuatan dia sebelumnya. Ada yang baik dan ada pula yang buruk. Yang jelas, semuanya itu jadi pelajaran atau pengajaran berharga bagi calon jemaah haji lainnya. Sebut saja nama jemaah haji ini yang dipanggil Wanto, 45. Sebagai lelaki, wajahnya agak kacak tampan. Kerana itu, dia boleh menikah muda dalam usia 21 tahun. Padahal, dia tak memiliki pekerjaan tetap atau sara hidup yang mencukupi. Pada akhirnya, semuanya bergantung kepada kedua ibu bapa, yang termasuk kaya buat ukuran orang kampung. Kebetulan, ibu bapa Wanto memiliki beberapa hektar tanah kosong, kebun dan sawah. Dari hasil kebun dan sawah inilah mereka dapat hidup.
Wanto memiliki dua orang anak. Keduanya lelaki dan anehnya tidak suka makan nasi. Kedua anaknya itu melihat nasi seperti melihat ulat yang menjijikkan. Kerana itu, sejak kecil hingga kedua anaknya bertambah besar mereka selalu makan mi rebus atau mi goreng. Kalaupun harus makan nasi, maka dalam bentuk nasi goreng, bukan nasi putih. Di tengah “serba biasa” kehidupan Wanto, tiba-tiba dia nekad memutuskan untuk berkahwin lagi. Meski keputusan ini ditentang, tapi akhirnya dia berkahwin juga dengan gadis dari kampung sebelah. Dalam perkembangannya, Wanto pun memiliki dua anak lagi dari isteri keduanya ini. Inilah awal petaka kehidupan Wanto. Menyara dua orang isteri dengan empat orang anak yang menginjak membesar membuat pendapatannya “kelam kabut”. Berbagai cara dilakukan Wanto agar keluarganya boleh makan. Di satu sisi prinsipnya bagus: bertanggungjawab terhadap keluarga, tapi di sisi lain, dia melakukan kesalahan besar. Sebab, dia harus mengorbankan kedua ibu bapanya sendiri. Untuk membuat rumah isteri keduanya saja, Wanto terpaksa menjual tanah milik ibu bapanya. Meski ditentang, tapi ibu bapa Wanto tidak dapat berbuat apa-apa atas tindakan anaknya itu. Bahkan, semua surat-surat tanah milik kedua ibu bapanya dipegang oleh Wanto, sehingga lelaki itu boleh menjualnya bila-bila saja. Demikianlah perangai Wanto, dia ambil jalan mudah menjual tanah ibu bapanya untuk kepentingannya sendiri. Anehnya, semua adik-adiknya tidak ada yang berani menasihatinya.

Anak Derhaka
Ibu Wanto yang bernama Warsih tidak henti-hentinya bersedih melihat tingkah laku anak sulungnya itu. Sepatutnya, dialah yang berkewajipan melindungi adik-adiknya dan menyayangi kedua ibu bapanya. Tapi, kenyataannya tidaklah demikian. Wanto selalu saja membuat resah kepada ibu bapanya, terutama bagi si ibu. Bapanya yang sudah tua dan uzur pula tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya boleh mendengar dan mengeluhkan ulah anaknya, tapi tak pernah boleh menegur, apalagi menasihatinya. Dikatakan Wanto memiliki ilmu guna-guna yang didapatkannya dari dukun untuk menaklukkan hati kedua ibu bapa dan saudara-saudaranya. Dengan ilmu ini, mereka seolah takluk berada dibawah perintah Wanto. Apa yang dilakukan Wanto selalu saja tidak dapat dicegah oleh mereka. Tidak ada yang berani melawannya. Yang ada hanya rasa kesal dan kesal. Kerana keterlaluan Wanto itu, Warsih kadang-kadang menyebut anaknya telah berbuat derhaka kepada dirinya. Bahkan, Warsih tak segan-segan kadang mendoakan hal yang tidak baik tentang anaknya itu. “Kalau dia begitu terus menerus, apa pun yang dilakukannya tidak akan lancar,” ujarnya suatu kali pada salah seorang anaknya.
Dan itu terbukti. Berkali-kali Wanto berusaha dan selalu gagal. Misalnya saja, saat dia dan isteri pertamanya mahu membuat rumah. Wang pembayaran pertama itu didapatkan berasal dari tanah isterinya yang dijual dan sebahagian lagi dari tanah kedua ibu bapa Wanto yang dijualnya pula. Wangnya sudah habis, tetapi rumahnya tidak juga siap. Wanto ditinggal lari oleh kontraktor bangunan sehingga dia mengalami kerugian besar.
Meski begitu, berbagai peristiwa nahas yang terjadi pada dirinya tak pernah membuat Wanto sedar diri. Dia selalu saja menyalahkan orang lain. Dia tak pernah menyedari bahawa semua itu mungkin kerana ulah yang diperbuatnya selama ini. Mungkin kerana doa ibunya yang terlanjur marah kepada dirinya. Kemuncaknya adalah saat Wanto ingin tunai haji kerana iri hati pada temannya. Kisahnya, si teman barunya itu baru saja menunai haji yang dibiayai ibu bapanya yang kaya. Wanto yang selalu merasa “tak mahu kalah” itu tidak dapat menerima kenyataan ini. Kalau temannya boleh naik haji, maka dia pun “mahu naik haji” sama. Kalau temannya naik haji kerana ibu bapanya, maka dia pun boleh melakukannya. Maka, tanpa sepengetahuan ibu bapanya, Wanto pun menjual sebahagian tanah milik mereka. Dengan wang itu, Wanto pun boleh berangkat tunai haji dua tahun berikutnya kerana daftar bakal jemaah haji yang cukup banyak. Warsih sempat mempertanyakan kepada Wanto, kenapa tanah yang berada di sebelah rumahnya (sekitar 50 meter) itu dibangunkan rumah dan diduduki pula oleh orang lain. Padahal, tanah itu jelas-jelas miliknya. Wanto pun berterus terang yang dia telah menjualnya dan si ibu tidak boleh memprotesnya kerana “nasi telah menjadi bubur”.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2012 di pasaran...

Kisah Geylang Serai Karam

BEBERAPA keluaran Hidayah yang lalu, saya ada menulis tentang Geylang Serai di Singapura. Oleh kerana sebahagian dari hidup saya dimasa remaja tinggal di Geylang Serai, maka ada banyak cerita yang boleh kita kongsikan bersama. Geylang Serai kawasan orang-orang Melayu. Orang bukan Melayu tidak ramai tinggal di kawasan ini. Geylang Serai di miliki oleh saudagar Arab, dari keluarga Al-Saggof. Orang-orang Semenanjung kalau ke Singapura, Geylang Serai adalah diantara kawasan yang mesti dilawati. Tidak singgah ke Geylang Serai, seolah-olah seseorang itu ke Singapura tidak lengkap. Pelbagai peristiwa berlaku di kawasan ini. Apa yang mahu ceritakan ialah tentang Geylang Serai Karam. Maksud karam di sini ialah Geylang Serai dilanda banjir.
Tetapi orang-orang Singapura ketika itu menyebutnya “Karam”, bukannya “Banjir”. Pada suatu ketika hujan telah turun dengan lebat di Singapura. Banyak kawasan rendah ketika itu di tenggelami air. Kawasan Bukit Timah diantara kawasan dilanda banjir ketika itu. Peristiwa “Karam” ini terjadi kira-kira awal tahun 50an dulu. Singapura ketika itu belum merdeka. Ia dijajah oleh British, dan masih di sebut “Clony of Singapura.” Keadaan banyak kawasan terutama apa disebut sebagai kampung-kampung, memang tidak membangun. Tidak ada sebarang kemudahan asas disediakan oleh British ketika itu. Dibiarkannya saja keadaan itu, walau pun ada kejadian-kejadian dan peristiwa-peristiwa yang tidak di ingini wujud ketika itu Di antara kawasan yang terbiar ialah Geylang Serai dalam era itu. Saliran air tidak ada. Kalau pun ada, ia hanya terjadi dengan laluan air yang mengalir. Kawasan Geylang Serai ini meliputi Lorong Enku Aman, Kebun Ubi dan kawasan-kawasan yang berdekatan dengannya. Hujan yang turun tidak berhenti untuk beberapa hari, ditambah pula dengan air laut turut “pasang”, dengan lain-lain kata “pasang laut”, maka air hujan yang tidak dapat mengalir dengan cepat menerusi Sungai Kallang untuk masuk ke laut. Inilah puncanya maka “Geylang Serai Karam” dimana air naik sedalam mencecah ke paras pinggang. Geylang Serai, termasuk Jalan Alsagoff, Kebun Ubi, Lorong Engku Aman, Paya Lebar, Kampung Wak Tanjung adalah dianggap sebagai “Kawasan rendah.” Kalau hujan turun dengan lebat, maka akan berlaku banjir kilat di kawasan-kawasan yang disebutkan itu. Tetapi kawasan Geylang Serai merupakan kawasan yang paling teruk sekali di timpa banjir. Saya dan keluarga dianggap bernasib baik, kerana kami tinggal di “Barrack Hitam” dikawsan geylang Serai. Barrack Hitam adalah rumah (kuaters) untuk mereka yang bekerja sebagai “kakitangan kerajaan”, iaitu kakitangan kerajaan British. Biliknya hanya satu saja. Di situ tempat makan, tempat ruang tamu dan juga bilik tidur. Kalau mahu memasak turun ke bawah gunakan tangga.
British tidaklah begitu perihatin terhadap kakitangannya yang bergaji rendah, dan pegawai-pegawai rendah. Jadi, kami tidak kena banjir ketika itu, kerana kami tinggal di tingkat dua, tetapi tingkat bawah, terlibat dengan karam itu. Banyak peristiwa yang menyedihkan terjadi dalam peristiwa karam Geylang Serai. Banyak harta benda musnah. Orang-orang Melayu terutama mereka yang dari Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang tinggal menyewa di kawasan ini menanggung penderitaan yang amat sangat. Alat-alat perabot mereka dalam rumah semuanya musnah. Katil, tilam, dapur memasak, almari kain baju semuanya terapung. Ada sebahagiannya memang tidak dapat diselamatkan. Di kawasan ini tidak ada rumah atau pun tempat lain untuk menampung atau pun menampung barang-barang kita yang musnah atau pun terapung itu. Masing-masing rumah hanya sewa bilik saja. Tidak ada rumah banglo sebagaimana di Malaya. Masing-masing bekerja. Malam baru pulang ke rumah untuk tidur saja. Pada suatu ketika ada orang yang dua tiga hari tidak pulang ke rumah kerana bekerja, dan sebahagian ada yang bekerja kapal satu minggu baru pulang, didapati bilik sewanya habis hancur lebur.
Semua barang dalam rumahnya dihanyutkan air. Tidak ada sesiapa yang nak menolong atau pun membantu. Biasanya bilik sewa macam itu akan dikunci, apabila kita pergi kerja. Bila berlaku “karam” macam itu, siapa berani mahu pecahkan pintu rumah orang lain? Jadi, terpaksa didiamkan begitu saja.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2012 di pasaran...

Saat Jin Belajar Ilmu Hikmah

ILMU hikmah adalah ilmu tentang bagaimana menyikapi hidup dan kehidupan di dunia ini dengan menggunakan pendekatan teropong hakikat. Ilmu ini merupakan campuran dari pengetahuan, kebijaksanaan dan hakikat.
Semakin tinggi ilmu hikmah yang dimiliki oleh seseorang, semakin cerdas dan bijaklah orang itu dalam melihat hakikat hidup dan kehidupan di dunia ini. Terutama tentang masalah akhirat nanti. Ilmu ini hanya dimiliki oleh orang yang benar-benar telah dikehendaki Allah. Allah sendiri mengatakan, barang siapa yang diberi ilmu ini, maka itu bererti ia telah dikurniai kebaikan yang sangat banyak. Orang yang dikehendaki Allah tersebut boleh jadi berasal dari kalangan manusia dan juga dari bangsa jin. Sebab, di kalangan bangsa jin, juga ada yang belajar dan mencari ilmu dari manusia. Kisah berikut ini memberikan contoh kepada kita bagaimana bangsa jin pun tertarik untuk belajar ilmu hikmah kepada manusia. Kisah ini diriwayatkan oleh Ibnu Dunya, dengan sumber pertama dari Ishak bin Ubaidillah. Diriwayatkan, ada sekelompok bangsa jin yang menyamar jadi manusia. Mereka menjejak beberapa tempat untuk menimba ilmu hikmah dari manusia. Orang-orang yang mereka temui kebanyakan adalah lelaki. Keseluruhannya berjumlah enam orang. Mereka ditemui secara terpisah di tempat yang berbeda-beda. Sekelompok jin tersebut tampaknya sudah memiliki dasar-dasar ilmu hikmah. Hal itu terlihat dari kemampuan mereka dalam mengetahui siapakah dari enam orang yang ditemuinya itu yang dapat memberikan ilmu hikmah pada mereka. Pada perhentian pertama para jin itu adalah ketika mereka bertamu ke rumah seorang lelaki yang mereka kira memiliki ilmu hikmah. Kepadanya mereka bertanya, “Apakah yang paling engkau senangi, sekiranya engkau memiliki sesuatu?” Lelaki itu menjawab, “Unta!” Jawapan lelaki itu membuat kelompok jin tersebut mengetahui kalau lelaki itu tak dapat memberikan ilmu hikmah yang mereka cari. “Kalau demikian, bererti engkau senang mendapatkan celaka dan ditimpa malapetaka sepanjang masa. Sungguh, engkau kelak akan terpencil dan terjauhkan dari orang-orang yang engkau kasihi,” ujar kelompok jin itu seraya berlalu dari hadapannya. Para jin tersebut kemudian melanjutkan perjalanan dan bertemu dengan lelaki kedua. Pada lelaki kedua itu, mereka mengajukan pertanyaan yang sama. “Harta apa yang paling anda sukai?” Lelaki itu langsung menjawab, “Budak (hamba) belian.” Jawapan itu membuat kelompok jin tersebut memutuskan untuk pergi. Mereka berkata pada lelaki tersebut, “Itu bererti anda menginginkan kemuliaan dengan menggunakan wang. Anda cenderung menyukai kemarahan yang meluap tanpa kompromi, meskipun budak atau hamba anda itu berada di pihak yang benar.” Kelompok jin itu kemudian melanjutkan perjalanannya kembali. Mereka bertemu dengan lelaki yang ketiga. Kepada lelaki ketiga ini, kelompok ini menanyakan hal yang sama, “Harta apa yang paling engkau inginkan?” Lelaki itu menjawab singkat, “Biri-biri.” Jawapan ini pun tidak memuaskan kelompok jin itu. Mereka berkata kepadanya, “Biri-biri itu hanyalah jamuan pengemis. Ia tidak kuat jika engkau tunggangi untuk berperang, tidak dapat kembali kepadamu jika sudah dirompak orang, dan tak pula dapat menyelamatkanmu dari kesusahan.” Kelompok jin tersebut kemudian pergi meninggalkan lelaki si pecinta biri-biri itu. Mereka lalu bertemu dengan lelaki yang keempat. Kepadanya, mereka mengajukan pertanyaan yang tak jauh berbeda, “Apakah yang paling engkau senang miliki?” tanya kelompok jin yang menyamar dalam rupa manusia tersebut. Lelaki itu menjawab singkat, “Pohon kurma.” Jawapan ini pun tidak membuat kelompok jin itu bertahan lama di tempat tersebut. “Ketahuilah, tiga ratus enam puluh pohon kurma akan membuatmu keletihan dalam sepanjang tahun. Bayangkan saja, setiap hari engkau akan disibukkan dengan mengurus satu batang pohon kurma. Maka, dalam jangka waktu satu tahun, iaitu 360 hari, kamu akan menghabiskan waktumu untuk mengurus pohon kurma terus-menerus. Itu bererti, sepanjang tahunnya, engkau nanti akan berada di bawah panas terik matahari.” Demikian ujar kelompok jin. Kelompok jin tersebut kembali melanjutkan perjalanan untuk memperoleh ilmu hikmah yang tertinggi. Kemudian mereka bertemu dengan seorang lelaki yang mereka kira memiliki ilmu hikmah. Untuk yang kelima kalinya, mereka gagal memperoleh ilmu hikmah dari manusia. Sebab, ketika lelaki itu ditanya tentang apa yang paling disukai, lelaki itu memberi jawapan yang tidak jauh berbeda dari jawapan-jawapan sebelumnya. Ia memilih untuk menyukai tanaman padi daripada hal yang lainnya. Mendengar jawapan lelaki kelima itu, sekelompok jin tersebut yakin kalau lelaki yang ada di hadapan mereka itu, bukanlah orang yang mereka cari. Sebelum meminta diri untuk melanjutkan perjalanan, mereka berkata kepada lelaki itu, “Kecintaanmu terhadap tanaman padi itu menunjukkan bahawa engkau hidup setengah-setengah. Ertinya, jika engkau bekerja, engkau akan memperoleh hasilnya. Namun, jika tidak bekerja atau sedang beristirahat, engkau pun tak akan memperoleh hasil apa-apa.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2012 di pasaran...

Raya Korban Lebih Meriah Di China

TIAP negara tentu memiliki tradisi yang berbeda dalam menyambut dan merayakan hari raya aidiladha. Termasuk bagi umat Islam di China. Meski muslim merupakan kelompok minoriti, tapi umat Islam di sana tak mahu ketinggalan dalam merayakan hari besar Islam itu. Bahkan, di China terdapat tradisi unik dalam merayakan aidiladha, dan berbeda dengan negara majoriti muslim. Negeri tersebut memiliki perpaduan unik pada perayaan hari besar Islam. Keunikan tersebut disebabkan kerana tradisi umat muslim di China tidak lantas terlepas dari akar budaya nenek moyang mereka. Memiliki akar budaya yang kuat membuat terjadinya percampuran antara budaya China dan Islam, sehingga muncul warna tersendiri pada tradisi Islam di negeri Tirai Buluh tersebut.
Jika di negara-negara majoriti muslim umumnya perayaan hari raya aidiladha berakhir seiring dengan selesainya proses solat raya dan penyembelihan haiwan korban, di China justeru berbeda. Di sana, umat Islam merayakan aidiladha selama empat hari penuh. Perayaan diisi dengan berbagai macam tradisi dan syiar Islam.

Menari di Jalan
Di wilayah Xinjiang, misalnya, yang penduduknya majoriti berasal dari etnik Uighur atau Turkistan Timur dan memeluk agama Islam, umat muslim sudah tampak memeriahkan hari raya aidiladha sebelum jatuhnya hari tersebut. Saat hari raya tiba, mereka pun melaksanakan solat raya secara besar-besaran. Masjid-masjid tampak penuh, dan bahkan ada sebahagian mereka yang tidak mendapatkan tempat harus solat di jalan-jalan. Selesai melaksanakan solat aidiladha, kaum lelaki mengenakan pakaian khas dan kopiah putih, yang wanita memakai baju hangat dengan tudung setengah tertutup. Mereka akan berkumpul di suatu lapangan besar untuk mengikuti bazar, lalu bernyanyi dan menari. Inilah uniknya umat Islam di sana. Rasa kebersamaan seakan terasa.
Keadaan serupa juga didapati di daerah Ninjisha yang terletak di Barat Laut China yang majaoriti penduduknya berasal dari etnik Hui yang memeluk agama Islam. Selepas solat raya, mereka mengadakan beberapa perayaan, seperti membaca ayat-ayat al-Quran, menyanyikan kasidah-kasidah dan nasyid keagamaan, di samping saling bertukar makanan, bingkisan, dan hadiah. Selain itu, beberapa pasar juga turut memeriahkan perayaan tersebut, yang dilangsungkan selama empat hari berturut-turut. Pada hari raya aidiladha, umat Islam di China juga tak luput saling berziarah dan berkunjung antara satu sama lain. Harian China Daily China melaporkan, beberapa umat muslim China bahkan banyak yang rela untuk menempuh jarak yang jauh untuk dapat berziarah ke kaum keluarga mereka, dan untuk merayakan hari raya aidiladha bersama-sama. Di Malaysia tradisi itu lebih terkenal dengan istilah ‘balik kampung’ pada hari raya puasa. Namun, bedanya bilangan mereka tidaklah ramai. Di wilayah Guang Zho, umat Islam di sana juga tak mahu kalah dalam memeriahkan hari raya haji itu. Mereka biasanya terlebih dulu berpuasa pada hari Arafah, iaitu sehari sebelum jatuhnya hari raya aidiladha. Perayaan puasa di hari Arafah rupanya telah menjadi tradisi yang mengakar kuat bagi muslim Guang Zho. Setelah berbuka puasa, umat muslim Guang Zho lantas menyiapkan berbagai macam makanan untuk perayaan raya esok harinya.
Sayangnya, penyembelihan haiwan korban di China tidak boleh dilakukan di sembarang tempat di seluruh wilayah China. Maka, di Masjid Huaisheng, tidak terlihat ada lembu atau kambing yang disembelih, dikuliti, untuk kemudian dibagikan kepada mereka yang berhak. Untuk menghindari terjadinya penularan penyakit, China memang secara tegas melarang peyembelihan haiwan di sembarang tepat. Hanya di tempat penyembelihan resmi, penyembelihan korban dapat dilakukan. Memang, di China, harus diakui bahawa perayaan aidiladha justeru lebih semarak daripada perayaan aidilfitri. Fenomena semacam ini juga terjadi di beberapa negara Timur Tengah. Di China, dianggarkan terdapat sekitar 20 juta umat muslim. Kebanyakan mereka hidup di wilayah Xingjiang, Ninjisha, Kanshu, Shanghai, Yunan, Shanshi, juga di Mongolia Dalam.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2012 di pasaran...

Belajar Dari Kecerdikan Burung Gagak

TIDAK sedikit ayat (dalam kitab suci al-Quran) yang memaparkan tentang kejadian atau peristiwa di masa lalu. Uniknya, semua kisah itu tak semata-mata sekumpulan kisah yang tanpa makna, melainkan kisah-kisah yang bertabur hikmah. Tak hairan, jika di balik itu terselit setumpuk pelajaran yang cukup berharga, kerana memang layak untuk direnungkan. Di antara kisah yang termaktub dalam al-Quran itu, bahkan Allah mengajari dengan cara yang unik dan mengagumkan, bagaimana manusia harus belajar dari burung gagak untuk menguburkan jenazah. Sebabnya, saat itu, Qabil membunuh Habil, saudara kandungnya sendiri, tapi dia tak tahu harus diapakan jenazah itu. Akhirnya, Allah mengutus burung gagak untuk memberikan contoh bagaimana menguburkan jenazah yang selayaknya. Sungguh sebuah kisah yang menggugah, bahawa manusia itu tidak selamanya tahu akan apa yang harus diperbuat. Meskipun manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. sebagai makhluk yang unggul, mulia dan berakal, tetapi dalam beberapa hal, kadang-kadang manusia harus belajar dari makhluk lain dan alam semesta.

Keputusan Langit
Habil dan Qabil, dua saudara, berjalan tergopoh-gopoh ke atas bukit. Habil menuntun kambingnya yang gemuk. Sementara itu, Qabil berjalan dengan memikul gandum yang berwarna hijau. Gandum yang masih muda dan bahkan tangkainya masih berpucuk hijau. Keduanya ke atas bukit untuk memenuhi persyaratan penyerahan korban. Setelah sampai di atas bukit, dua saudara itu pun meletakkan penyerahan korban-korban tersebut.
Keduanya kemudian menjauhi tempat itu. Dalam hati, Habil berdoa agar Allah menerima korban yang dia persembahkan. Tak lama kemudian, dari langit, turun kobaran api yang menyala-nyala. Kobaran itu menelan korban Habil, yang bererti Allah s.w.t. menerima kambing persembahannya. Tapi, gandum hijau yang dibawa Qabil masih teronggok kaku, bahkan seekor burung pun seakan enggan memakan gandum tersebut kerana memang masih hijau dan sukar dikecap. Tentunya dengan petanda itu, Habil bersorak gembira. Dia senang kerana korban persembahan yang dia bawa telah diterima oleh Allah. Sementara itu, Qabil merengus. Dia mengumpat. Dia pun berdiri tegak, dan sambil membentangkan kedua tangannya seraya memandang satu titik di angkasa. Dia memendam duka dan dari dalam hatinya terpancar permusuhan. Dia dendam terhadap Habil. Apalagi, peristiwa itu menjadi bukti nyata bahawa dia tak dapat membantah lagi perintah Nabi Adam a.s. untuk berkahwin dengan Layutsa. Padahal, dia menginginkan berkahwin dengan Iklima yang lahir bersama dengan Qabil. Dan persembahan itulah bukti keputusan dari Allah, bahawa Qabil harus berkahwin dengan Layutsa dan Habil menikah dengan Iklima. Tapi keputusan langit itu seperti berat diterima Qabil. Maka, dendam di hati Qabil kian berkecamuk. Serupa api yang membakar jerami, dendam itu kemudian bergulung-gulung mengobarkan suhu panas di lubuk hatinya. Dia seperti tidak dapat menerima kenyataan dengan apa yang terjadi. Dia seperti tak terima saat gandum dari hasil pertanian yang dia persembahkan itu, ternyata tidak diterima oleh Allah. Seketika itu, dendam Qabil terhadap Habil memuncak. Dia direnggut duka; merasa kalah. Dia merasa tersingkir dan terabaikan. Setumpuk rasa kesal seperti berkelebat di ubun-ubunnya. Fikiran Qabil semakin kalut. Hatinya ditikam benci dan amarah. Dan dia pun hendak membuat perhitungan dengan Habil.

Selanjutnya dapatkan Hidayah januari 2012 di pasaran...

Penyembah Berhala Yang Menemukan Kebenaran

SALAH satu keistimewaan al-Quran tatkala dibaca adalah mampu menggetarkan hati orang yang mendengarnya. Tidak saja boleh membuat orang tersentuh mendengarnya melainkan juga mampu meluluhkan jiwa seseorang hingga berserah diri kepadaNya. Orang yang tadinya angkuh dan congkak, dalam sekejap boleh saja bersimpuh atas kehendak Allah s.w.t. Kisah di bawah ini pernah dialami Abdul Wahid bin Zaid beserta teman-temannya ketika mereka terdampar di sebuah pulau. Mereka berkenalan dengan seorang penyembah berhala. Berikut kisah lengkapnya.

Luluh Hatinya Setelah Mendengar Lantunan Ayat Al-Quran
Suatu hari, Abdul Wahid menaiki sebuah perahu bersama rombongan. Tapi di tengah laut, tiba-tiba berhembuslah angin puting beliung. Langit yang semulanya cerah, berubah hitam. Suasana menjadi tidak terkendali. Keadaan ini menyebabkan mereka sulit mengendalikan arah perahu kemana akan diarahkan. Tanpa mereka sedari, perahu yang mereka tumpangi terus terbawa arus, membawa mereka ke sebuah pulau yang sangat asing. Ya, mereka terdampar di pulau tersebut. Baru kali ini mereka menjejak daratan pulau itu. Di tempat yang baru dikenali ini, mereka menelusuri inci demi inci wilayahnya, barangkali ada orang yang boleh dijumpai. Setelah beberapa saat, langkah kaki Abdul Wahid terhenti. Di depannya, ada seorang pemuda yang tampaknya sedang melakukan sebuah istiadat penyembahan. Kerana hairan dengan apa yang disaksikan, Abdul Wahid pun memberanikan diri bertanya, “Wahai Fulan! Siapakah yang sedang kamu sembah-sembah itu?” Pemuda itu menoleh sejenak lantas menunjuk pada sebuah berhala. “Teman kami, ada juga yang biasa membuat benda seperti ini (berhala). Akan tetapi, benda ini bukanlah Tuhan yang layak disembah,” tegas Abdul Wahid. “Lalu, siapa yang kalian sembah?” tanya lelaki penyembah berhala itu. “Allah s.w.t.” Lalu ia kembali bertanya, “Siapakah Allah itu?” “Zat dimana ‘ArasyNya ada di langit, kekuasaanNya ada di bumi dan keputusanNya berlaku bagi yang masih hidup serta yang telah mati.” “Bagaimana kalian dapat mengenalNya?” tanyanya lagi. “Tuhan kami telah mengutus seorang utusan yang mulia dan beliaulah yang menjelaskan semua itu.” “Lalu apa yang dilakukan oleh utusan itu?” “Beliau telah menyampaikan risalahNya dan kemudian beliau pun wafat.” “Apakah beliau tidak meninggalkan sebuah bukti kepada kalian?” tanya lelaki itu, semakin ingin tahu. “Ya, beliau meninggalkan kitab Allah.” Lalu dia berkata, “Bolehkah kalian perlihatkan kepadaku kitab Allah itu! Aku yakin, kitab Allah itu indah sekali.” Salah seorang kemudian mengambil sebuah mushaf. Dan mushaf itu diperlihatkan kepada lelaki penyembah berhala tersebut. Sesaat lelaki itu terdiam, dia tampak kagum melihat mushaf yang ditunjukkan kepadanya. “Aku tidak pernah mengetahui kitab ini sebelumnya,” kata lelaki tersebut setelah melihat-lihat beberapa lama. Saat dia masih mengagumi mushaf tersebut, mereka membacakan sebuah surat al-Quran. Ketika surat itu mulai dibacakan, lelaki itu tak kuasa menahan air matanya. Kalbunya bergetar. Terharu bercampur rasa kagum yang luar biasa. Bahkan hingga ayat terahir dari surat yang dibacakan, isak tangisnya belum juga mereda. “Sudah selayaknya si Pemilik Kalam ini tidak diderhakai,” komentar si penyembah berhala tersebut. Kerana kekuatan kandungan kalam Ilahi yang dibacanya dan dibacakan oleh rombongan tersebut, ada desakan sangat dahsyat dalam kalbunya. Kepercayaan dirinya yang telah lama dipegangnya mulai goyah. Setelah mendapatkan pencerahan melalui dialog kecil diiringi dengan bukti kitab Allah yang diperlihatkan oleh para tetamunya, berhala tempat dia menggantungkan tujuan menjadi tak bermakna lagi. Setelah direnungi secara mendalam, benda tersebut memang tak boleh berbuat apa-apa. Hanya sekadar hasil pahatan manusia yang diagung-agungkan. Dan kepercayaan yang selama ini diikutinya juga hanya berdasarkan dari kepercayaan warisan nenek moyang. Akhirnya, setelah berhasil menguasai pergolakan dalam dirinya, lelaki penyembah berhala itu mantap memutuskan untuk masuk Islam. Kepercayaan lamanya pun ditanggalkan sepenuhnya. Sambil dituntun, kalimat syahadat pun diucapkan.
Betapa bahagianya Abdul Wahid dan teman-temannya. Di kala sedang gelisah kerana terdampar di sebuah pulau asing, mereka justeru berhasil mengajak seseorang yang tadinya menyembah berhala ke jalan yang benar.
Tidak cukup di situ, Abdul Wahid juga mengajarkan hukum-hukum Islam serta sebabagian surat-surat al-Quran. Ini dilakukan untuk semakin memperteguh keimanan lelaki bekas penyembah berhala tersebut.

Selanjutnya dapatkan hidayah Januari 2012 di pasaran...

Abah Anom: Perginya Ulama Yang Zuhud

NAMA lengkapnya Ahmad Shohibulwafa Tajul Arifin, sering dipanggil Abah Anom. Lahir pada 1 Januari 1915 di Suryalaya, Tasikmalaya. Dia anak kelima dari Syeikh Abdullah Mubarok bin Nur Muhammad, atau Abah Sepuh, pendiri pondok Pesantren Suryalaya. Sebuah pesantren tasawuf yang khusus mengajarkan Thariqat Qadiriyyah Naqsabandiyah (TQN). Ibunya bernama Hajah Juhriyah. Sekolah Dasar (Vervooleg School)-nya dihabiskan di Ciamis pada usia 8 tahun hingga usia 13 tahun. Lima tahun kemudian, dia melanjutkan ke Madrasah Tsanawiyah di kota yang sama. Selesai Tsanawiyah, barulah dia belajar ilmu agama Islam, secara lebih khusus di berbagai pondok pesantren di Jawa Barat, seperti Pesantren Cicariang dan Pesantren Jambudwipa di Cianjur untuk ilmu-ilmu alat dan Ushuluddin. Sedangkan di Pesantren Cireungas, dia sempat belajar ilmu silat. Minatnya untuk belajar silat diperdalami di Pesantren Citengah yang dipimpin oleh Haji Djunaedi yang terkenal ahli “alat”, jaguh silat dan ahli hikmat. Kegemarannya menuntut ilmu menyebabkan Abah Anom menguasai berbagai macam ilmu keislaman pada usia masih remaja (18 tahun). Didukung dengan ketertarikannya pada dunia pesantren, telah mendorong ayahnya yang pengamal Thariqat Qadiriyah Naqsabandiyah (TQN) untuk mengajarinya zikir TQN. Sehingga dia menjadi wakil talqin ayahnya pada usia muda itu. Mungkin sejak itulah, dia lebih di kenal dengan sebutan Abah Anom. Dia rasmi menjadi mursyid (pembimbing) TQN di Pesantren tasawuf itu sejak tahun 1950. Sebuah masa yang rawan dengan berbagai kekerasan bersenjata antara berbagai kelompok yang ada di masyarakat, terutama antara DI/TII melawan Tentera Nasional Indonesia(TNI). Menurut Abah Anom, tasawuf itu tidak harus mengabaikan syariah kerana mengutamakan zhauq (rasa). Sufi dan pengamal tarekat tidak boleh meninggalkan ilmu syariah atau ilmu fiqih. Bahkan, menurutnya, ilmu syariah adalah jalan menuju makrifat. Lelaki bersahaja yang tak ingin terkenal ini amat sulit ditemubual oleh wartawan. Walaupun demikian, dia bukanlah sosok sufi yang lari ke hutan-hutan dan gunung-gunung, seperti legenda sufi yang sering kita dengar. Yang hidup untuk dirinya sendiri, dan menuding masyarakat sebagai musuh yang menghalangi dirinya dari Allah s.w.t. Dia akrab dengan berbagai medan kehidupan, mulai dari pertanian sampai perjuangan bersenjata. Misalnya pada tahun 1950-1960an dimana keadaan perekonomian rakyat amat mengkhuatirkan, Abah Anom turun sebagai pelopor pemberdayaan ekonomi umat. Dia aktif membangun projek untuk mengatur pertanian, juga pembangunan ‘kincir angin’ untuk pembangkit tenaga elektrik. Sedang di medan perjuangan bersenjata, bagi Abah Anom bukanlah hal asing. Pada masa-masa perang kemerdekaan, bersama Brig. Jenderal Akil, dia bekerjasama memulihkan keamanan dan ketertiban di wilayahnya. Ketika pemberontakan Parti Komunis Indonesia (PKI) meletus (1965), dia bersama para pelajar pondoknya melakukan perlawanan bersenjata.
Bahkan tidak hanya sampai di situ, Abah Anom membuat program “pemulihan rohani” bagi para mantan PKI. Tak hairan, jika Abah Anom mendapat berbagai penghargaan dari Jawatan Rohani Islam Kodam VI Siliwangi, Gabenor Jawa Barat dan pihak berkuasa lainnya. Jasanya yang utuh di berbagai bidang kehidupan manusia, ternyata berawal dari pemahamannya tentang makna zuhud. Jika kebanyakan kaum sufi berpendapat zuhud adalah meninggalkan dunia, yang kemudiannya memberi kesan pada kemunduran umat Islam. Maka menurut pendapat Abah Anom, “Zuhud adalah qasr al-’amal, ertinya pendekkan angan-angan, tidak banyak mengkhayal dan bersikap realistik. Jadi zuhud bukan bererti makan ala kadarnya dan berpakaian compang camping. Zuhud adalah orang yang mampu mengendalikan harta kekayaannya untuk menjadi pelayannya, sedangkan dia sendiri dapat berkhidmat kepada Allah s.w.t. semata-mata.” Abah Anom tidak saja dikenali sebagai pakar tasawuf dan tarekat. Tapi juga ahli pengubatan rohani atau gangguan kejiwaan kerana ketergantungan terhadap ubat-ubat terlarang. Orang-orang yang dirawat di pondok Pesantren Inabah, miliknya, diperlakukan seperti orang yang terkena penyakit hati, yang terjebak dalam kesulitan, kebingungan dan kesedihan. Mereka telah dilalaikan dan disesatkan syaitan sehingga tak mampu lagi berzikir kepadaNya. Ibarat orang yang tak memiliki senjata lagi menghadapi musuh-musuhnya. Walhasil, ubat untuk mereka adalah zikir. Solat adalah salah satu bentuk zikir. Menurut pandangan Abah Anom, para pesakit itu belum dapat solat kerana masih dalam keadaan mabuk, kerana itu langkah awalnya adalah menyedarkan mereka dari keadaan mabuk dengan mandi junub. Apalagi sifat pemabuk adalah ‘pemarah’, yang merupakan perbuatan syaitan yang terbuat dari api. Ubatnya tiada lain kecuali air. Jadi, selain zikir dan solat, untuk menyembuhkan para pesakit itu digunakan kaedah wuduk dan mandi junub. Perpaduan kedua kaedah itu sampai kini tetap digunakan Abah Anom untuk mengubati para pesakitnya dari yang paling ringan sampai yang paling berat, dan cukup berhasil. Buktinya, cawangan pondok Pesantren Inabah tak hanya di Indonesia, tapi juga di Singapura yang berdiri sebuah cawangan, dan Malaysia dua buah cawangan. Belum lagi tamu-tamu yang mengalir dari berbagai benua seperti Afrika, Eropah dan Amerika Syarikat. Atas jasanya itu, dia sempat mendapatkan bintang jasa dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Abah Anom mengahwini Euis Siti Ru’yanah pada usia 23 tahun. Setelah berkahwin, dia berziarah ke Tanah Suci. Tujuh bulan dia ada di sana, lalu pulang dengan membawa segenap ilmu pengetahuan: tafsir, hadis, fiqih, kalam, tasawuf dan kemampuan berbahasa Arab.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2012 di pasaran...

Gigih Tingkatkan Syiar Islam Di Chicago

ADA yang menarik di jalan-jalan raya Chicago beberapa ketika lalu. Kelihatan beberapa buah bas besar yang melintas bertuliskan “Islam The Way of Life of Noah, Abraham, Moses, Jesus and Muhammad” – (Islam adalah agama Nuh, Ibrahim, Musa, Jesus dan Muhammad). Ini masih diikuti dengan kata-kata lainnya, “Got Questions? Get Answers” Ada pertanyaan? Dapatkan jawapan - dan diikuti dengan keterangan nombor telefon yang boleh dihubungi. Media rasmi GainPeace yang melancarkan kempen ini menyebut ada 105 bas dan 350 kereta api memasang iklan ini. Cukup banyak dan menarik perhatian. GainPeace sendiri adalah sebuah organisasi yang memperkenalkan dan memberi pendidikan benar mengenai Islam. Prasangka buruk tentang Islam masih jadi penghalang di kalangan masyarakat Amerika Syarikat, juga masyarakat kota Chicago. Kempen ini memberi ruang bagi siapa pun yang memiliki pertanyaan mengenai Islam atau tertarik mengenal Islam lebih jauh untuk bertanya. Bila-bila pun, petugas GainPeace akan senang hati menjawab. GainPeace juga memberikan layanan mengenal terjemahan al-Quran dalam bahasa Inggeris. Kempen-kempen ini terang saja menarik perhatian. Bas-bas besar yang menyusur jalanan kemana-mana dan bertuliskan kata “Islam” menonjol itu seperti menjadi “mubaligh” diam yang mendakwahkan agama tauhid ini. Hasilnya cukup positif. Dikhabarkan ada 17 orang yang memeluk Islam kerana melihat iklan itu. Leslie C. Toole, seorang guru di Chicago, adalah salah seorang yang mengikrarkan diri masuk Islam. Dia mengaku sudah sepuluh tahun berkeinginan memeluk Islam. Tekadnya menjadi seorang muslim akhirnya terlaksana setelah dia melihat iklan GainPeace di dinding bas. “Saya tidak pernah sungguh-sungguh. Tapi ketika saya melihat iklan itu, saya sedar bahawa itulah pertanda dimana saya harus melengkapi niat saya,” kata Toole. Toole mengaku pertama kali mengenal Islam secara tak sengaja. Sepuluh tahun lalu, seorang lelaki memberinya sekeping risalah dan mengatakan dia akan mendapatkan keterangan dari risalah itu. “Saya pun membacanya, berulang kali dan memastikan saya memahami apa yang sedang saya baca. Bagaimana menjadi seorang muslim, itulah yang menjadi pertanyaan utama saya,” sambung Toole. Dia membaca kata-kata itu “Got Questions? Get Answers” di Chicago Transit Authority (CTA) dan langsung menghubungi nombor telefon yang ada di bas tersebut. Setelah mendapatkan penjelasan dan berbincang dengan pihak GainPeace, Toole mengucap kalimah syahadat. Toole menjadi satu dari 16 warga Chicago lainnya yang memilih masuk Islam setelah melihat iklan GainPeace tersebut. “Agama ini betul-betul sempurna bagi saya. Sulit untuk menjelaskannya ketika anda mengetahui sebuah kebenaran. Anda akan merasakan perasaan yang begitu mendalam di hati sanubari anda bahawa anda telah menemukan rumah yang benar,” tegas Toole. Menurut Toole, iklan layanan masyarakat GainPeace yang dipasang di bas-bas merupakan idea hebat untuk menarik perhatian masyarakat. Setelah masuk Islam, Toole yang memilih nama Ilyas sebagai nama Islamnya juga mendapatkan bimbingan seorang mentor dari GainPeace. GainPeace sendiri dalam siaran akhbarnya menyebut tindak balas masyarakat sangat luar biasa terhadap iklan ini. Ribuan panggilan telefon masuk dan ada ratusan ribu lainnya yang mengunjungi website GainPeace. “Kami berharap ini dapat menghilangkan beberapa kesalahfahaman yang ada di luar sana tentang Islam,” kata Dr Sabeel Ahmed, Pengarah GainPeace. Irfan Syeikh, dari jabatan pentadbiran GainPeace juga mengatakan, “Kami mendorong dan meminta saudara-saudari kami untuk mencari tahu semua hal mengenai Islam. Amerika Syarikat tidak lagi hanya masyarakat Yahudi-Kristian saja, tapi juga Islam. Kita perlu mengetahui keyakinan masing-masing dari sumber yang sebenar bukan dari desas-desus demi terciptanya toleransi, saling hormat dan mencintai,” ujar Irfan. Iklan itu sendiri terpasang sejak 19 September 2010 sampai 20 Oktober 2010 dan kemudian diperpanjang sampai 23 November 2010. GainPeace mengeluarkan dana lebih dari 30,000 dollar.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2012 di pasaran...

Melihat Wajah-Wajah Binatang Di Jabal Rahmah

PADA sembilan Zulhijjah di separuh kedua abad pertama Hijrah, ratusan ribu kaum muslimin berkumpul di kawasan Jabal Rahmah. Gemuruh zikir dan doa terdengar dimana-mana. Ali bin Husain bertanya kepada Zuhri: “Berapa kira-kira orang-orang yang wukuf di sini.” Zuhri lalu menjawab: “Saya perkirakan ada empat atau lima ratus ribu orang. Semuanya berhaji, menuju Allah dengan harta mereka dan memanggil namaNya dengan teriakan mereka.” Ali bin Husain lalu memberi reaksi: “Hai Zuhri, sedikit sekali yang haji dan banyak sekali teriakan.”
Tentu saja, Zuhri terhairan-hairan atas pernyataan Ali tersebut. “Mereka itu semuanya berhaji, apakah itu sedikit?” tanyanya kemudian kepada Ali agak gusar. Lalu, Ali meminta Zuhri mendekatkan wajahnya kepadanya. Ia mengusap wajah Zuhri dan menyuruhnya melihat ke sekelilingnya. Ia terkejut. Kini, ia melihat monyet-monyet tengah berkeliaran seraya menjerit-jerit. Dan ternyata, memang, hanya sedikit manusia di antara kerumunan monyet tersebut. Lalu, Ali mengusap lagi wajah Zuhri untuk kedua kalinya. Ia menyaksikan babi-babi dan sedikit sekali manusia. Pada kali yang ketiga, ia mengamati banyaknya serigala dan sedikitnya manusia. Zuhri lalu berkata kepada Ali: “Bukti-buktimu membuatku takut. Keajaibanmu membuatku ngeri.” [Lihat Memaknai Haji, KH. Jalaluddin Rakhmat. Sumber: www.spirithaji.com] Kisah yang dinukil KH. Jalaluddin Rakhmat dari kitab Al-Hajj fi Al-Kitab wa Al-Sunnah memang bukan kali pertama saya baca. Dalam buku lainnya yang berjudul Haji, karya cendekiawan muslim Ali Syari’ati, saya juga pernah membaca ehwal serupa. Sementara itu, di luar buku, saya pun kerapkali mendapatkan maklumat dari beberapa kiai sekitar penampakan jemaah haji dalam rupa yang bukan manusia: wajah-wajah binatang. Barangkali, di antara pembaca juga pernah mendapatkan maklumat yang hamper sama. Sebetulnya, tidak sulit membuktikannya. Secara lahiriah, tengok saja orang-orang yang anda kenal atau pun anda tidak kenal yang biasa pergi haji; banyak di antara mereka yang kelakuannya tidak pernah berubah. Ada yang masih melakukan rasuah meski telah menunaikan haji berkali-kali. Ada yang masih suka berkhianat meski serban haji melekat di kepalanya. Ada banyak ketidaksesuaian antara gelar hajinya dengan laku kesehariannya. Menurut pendapat penulis, orang-orang seperti itulah yang barangkali dilihat Zuhri saat berhaji.
Sebagai muslim, saya memang belum menunaikan rukun Islam kelima itu, tapi alhamdulillah saya pernah menjejakkan kaki di Tanah Suci untuk berumrah setahun lalu. Dari pengalaman selama berumrah itu meyakinkan saya bahawa, agaknya, huraian Kiai Jalaluddin atau Ali Syari’ati ada benarnya. Bukan, bukan kerana saya melihat penampakan manusia yang berwajah haiwan saat di depan Kaabah. Tapi, saya melihat sendiri betapa banyak jemaah umrah yang menjadikan Tanah Suci sebagai ladang perniagaan. Misalnya, banyak jemaah yang meminta bayaran saat menolong jemaah lainnya yang ingin mencium Hajar Aswad. Ada juga peristiwa menjijikkan seperti pelecehan seksual yang menimpa jemaah muslimah saat tawaf di depan Kaabah! Ditambah lagi, maklumat dikuatkan oleh para pembimbing haji dan umrah yang saya kenal selama di Tanah Suci bahawa kejadian tersebut sudah tidak aneh. Sungguh ironis memang. Tapi, begitulah faktanya. Belum lagi hal-hal tersembunyi di balik “keruhnya” niat setiap jemaah yang menunaikan haji atau umrah. Kerana, wajar bila gelar haji mabrur itu sebenarnya hanya sedikit disandang hujjaj [jemaah haji]. Sebab kemabruran haji seseorang itu kelak ganjarannya adalah syurga Allah. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w.: “Dan tidaklah balasan haji mabrur itu kecuali syurga.” Dalam sebuah tulisan yang bersumber di laman www.gusmus.net, KH A. Mustofa Bisri pernah menyinggung tentang kemabruran haji. Ia menuliskan bahawa ada riwayat yang menyebutkan pertanyaan para sahabat kala Nabi Muhammad s.a.w. menyebut-nyebut seputar haji mabrur itu: “Apakah kemabruran haji itu, ya Rasulallah?”. Ternyata, jawapan Rasulullah s.a.w. itu tidak berhubungan dengan tawaf, sa’i, dan sebagainya. Tapi, justeru yang ada hubungannya dengan pergaulan dengan sesama jemaah yang sama-sama beribadah, seperti menebarkan salam dan memberikan pertolongan. Menurut kiai yang sehari-hari dipanggil Gus Mus tersebut, “Bila riwayat ini dianggap dhaif, kita masih boleh melihat sunnah Rasul saat melakukan ibadah haji. Bagaimana sikap tawaduk, kemurahan, kelembutan, dan hal-hal lain yang menunjukkan penyerahan diri baginda sebagai hamba kepada Tuhan dan pergaulan baginda kepada sesama hambaNya.”
Boleh jadi, semangat yang menggebu-gebu untuk mendapatkan kemabruran tanpa memahami makna kemabruran itu sendiri dapat menyeret jemaah haji kepada sikap egois dan mahu ‘menang sendiri’. Lihatlah mereka yang berusaha mencium Hajar Aswad itu, misalnya. Alangkah ironis. Mencium Hajar Aswad paling tinggi hukumnya adalah sunnah, tapi mereka sampai tergamak menyiku saudara-saudara mereka sendiri yang berada di kanan-kirinya. Bagaimana berusaha melakukan sunnah dengan berbuat yang haram? Jangan-jangan, dalam banyak hal lain, kita juga hanya bergantung pada semangat yang menggebu dan mengabaikan pemahaman.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2012 di pasaran...

Allah Makbulkan Doa Nabi Ibrahim a.s.

Dunia Islam telah memuji kerajaan Arab Saudi dalam mengendalikan “Musim Haji” Tahun 1432 H sebagai “Sangat Cemerlang”. Segala kemudahan yang disediakan menyebabkan perjalanan “ibadah Haji” kali ini berjalan dengan lancar dan teratur. Pemimpin-pemimpin Islam dunia yang turut sama menunaikan ibadah haji kali ini telah melihat dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana “segala kemudahan” yang disediakan begitu canggih sekali. Hampir “tiga juta” jemaah telah menunaikan rukun Islam yang kelima kali ini. Bandar suci Makkah penuh sesak dengan umat Islam, namun tidak ada kejadian yang tidak dingini terjadi. Keadaan Bandar Suci Makkah, walau pun dikunjungi berjuta-juta umat Islam, namun bandarnya tetap terkawal. Para petugas seperti pasukan keselamatan polis dan tentera sentiasa mengawal, namun para jemaah haji tetap dapat menikmati “kebebasannya”. Beribu-ribu petugas “pembersihan” kawasan bandar suci Makkah bekerja siang dan malam bagi membersihkan segala apa yang ada di jalan-jalan, dan tepi-tepi bangunan dan juga sekitar Masjidil Haram.
Sebahagian besar dari petugas yang membersihkan bandar ini adalah kebanyakan dari warga negara Bangladesh yang memang bekerja begitu rajin. Mereka bukan saja bertugas di luar masjid, tetapi juga di dalam masjid.
Sebahagian dari laporan-laporan menyebutkan bahawa oleh kerana adanya kemudahan-kemudahan yang disediakan itu, menyebabkan para jemaah haji tidak menghadapi sebarang kepayahan. Para jemaah haji juga, laporan itu menyebut, tinggi disiplinnya. Mereka juga tidak membuang sampah sarap di merata empat, tetapi memasukannya ke dalam tempat-tempat sampah yang disediakan oleh pihak pentadbir Bandar Makkah.
Sebenarnya, Kerajaan Arab Saudi dari masa ke semasa sentiasa mengawasi keadaan di bandar suci Makkah. Lebih-lebih lagi Masjidil Haram, yang merupakan sebuah masjid yang paling agung di atas muka bumi ini.
Kerajaan Arab Saudi tahu bahawa tahun demi tahun umat Islam akan bertambah-tambah ramai untuk menunaikan “haji”. Masjid dan kawasan di sekeliling masjid itu tidaklah dibiarkan dengan cara lama. Pihak pentadbir Bandar suci Makkah terpaksa membuat rombakan besar. Mereka terpaksa bertindak dengan merobohkan bangunan-bangunan dan hotel-hotel lama yang terdapat di sekeliling masjid tersebut. Beberapa tahun yang lalu, satu pembersihan yang dilancarkan dimana sekeliling Masjidil Haram telah dibangunkan dengan bangunan-bangunan pencakar langit. Kerajaan Arab Saudi telah menggunakan tenaga-tenaga mahir seperti arkitek dari Malaysia dan beberapa buah negara Islam lainnya untuk “merekabentuk” bagi membangunkan kawasan bandar suci Makkah itu. Kerajaan Saudi telah memperuntukan “berbilion riyal” bagi membangun semula bandar paling suci di muka bumi ini. Para jemaah haji yang pernah pada suatu ketika dulu ke Makkah kerana haji atau pun umrah, dan apabila datang sekali lagi tahun ini merasa terpegun melihat keadaan bandar suci Makkah yang sudah jauh berubah. Bangunan-bangunan hotel baru dibina di sana sini. Kedai-kedai makan dan kedai-kedai menjual pakaian pula sudah diletakan di dalam bangunan-bangunan pencakar langit itu. Kita tidak dapat melihat lagi bazar-bazar seperti “pasar malam” atau pun macam pasar-pasar di Jalan Masjid India Kuala Lumpur yang menjual kain bergantungan di sana sini. Semua pandangan-pandangan seperti itu sudah lenyap. Kalau pun ada, jauh dari kawasan Masjidil Haram. Peniaga-peniaga lama masih lagi berniaga kerana kedai-kedai atau pun bangunan-bangunan tempat mereka berniaga belum dirobohkan lagi. Allah s.w.t. telah melimpahkan rezeki dari hasil minyak yang keluar dari dasar bumi menjadikan negara Arab itu yang didalamnya ada Masjidil Haram, dan Kaabah sangat mudah menjalankan rancangan pembangunannya yang paling canggih. Fasiliti yang paling canggih dan menarik bukan sahaja terdapat di kawasan sekitar bandar suci Makkah, tetapi tempat-tempat yang berkait dengan ibadat haji juga dibangunkan. Misalnya, dulu-dulu keadaannya amatlah menyedihkan dan barang kali orang Islam masa itu tidak ramai menjalankan ibadah haji, tetapi sekarang keadaannya sudah jauh lebih cantik dan lebih canggih lagi. Tempat-tempat melontar seperti di Jamrah iaitu “Jamrah Ula”, “Jamrah utha”, dan “Jamrah ‘aqabah” dari masa ke semasa diperbaiki. Dari satu lorong diubah menjadi dua lorong, kemudian diubah lagi menjadi tiga lorong dan diubah menjadi empat, lima dan enam lorong, tetapi sekarang sudah menjadi banyak lorong bagi memudahkan jemaah haji menjalankan kerja-kerja haji itu (Wajib Haji).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2012 di pasaran...

Tokoh Teladan Menantu Pilihan

ALI R.A. adalah tokoh muda yang berdedikasi tinggi terhadap Islam. Dia pun bukanlah sosok asing bagi Rasulullah s.a.w. Sebab ayahnya adalah bapa saudara Rasulullah, yakni Abu Thalib bin Abdul Munthallib bin Abdul Manaf, dan ibunya bernama Fathimah binti Asad bin Hasyim bin Abdul Manaf. Untuk meringankan beban Abu Thalib yang mempunyai anak yang ramai, Rasulullah memelihara Ali. Layak benarlah jika keperibadiannya menjadi santunan, sebab Rasulullah mempunyai peranan penting dalam hal mendidik Ali. Dia dilahirkan di dalam Kaabah dan mempunyai nama kecil sebagai Haidarah. Ketika menginjak usia 10 tahun, Rasulullah baru saja menerima wahyunya yang pertama. Sejak kecil, Ali telah menunjukkan pemikirannya yang kritis. Kesederhanaannya, kerendah-hatiannya (juga merendahkan dirinya), ketenangan, dan kecerdasan berkumpul dalam dirinya. Sepertinya seluruh arus pusaran kehidupan Ali bersumber dari al-Quran. Sejumlah keistimewaan itulah yang tak hairan membuatnya makin istimewa di mata Rasulullah di banding para sahabat lainnya. Apalagi setelah pemuda istimewa ini mengahwini puteri bungsu Rasulullah, Fatimah r.a. Ali memiliki peribadi cemerlang dalam segala hal. Sumbangannya dalam syiar Islam dibuktikannya sejak zaman belianya. Saat itu, Ali berani mempertaruhkan dirinya menjadi ‘perisai’ Rasulullah s.a.w. ketika baginda hijrah, dengan menempati tempat tidurnya agar para musuh terkeliru. Ali juga terlibat dalam sejumlah peperangan hebat, seperti perang Ahzab. Dia yang menembus benteng Khaibar hingga mendapat gelaran sebagai pahlawan Islam pertama. Di medan perang, dia sosok yang ditakuti lawan manapun. Keberaniannya menjadi lambang pahlawan pada masanya. Setiap kali menghadapi musuh di medan perang, maka dapat dipastikan dia akan mengalahkan musuh Islam itu. Seiringan dengan itu, Ali adalah peribadi yang takwa. Dia tidak mahu masuk dalam perkara syubhat dan tidak pernah melalaikan syariat. Dia seorang yang zuhud dan memilih hidup dalam kesederhanaan. Merasa cukup dengan makan berlaukkan cuka, minyak dan roti kering yang dia patahkan dengan lututnya, dan memakai pakaian yang kasar, sekadar untuk menutupi tubuh di saat panas dan menahan kedinginan di kala hawanya sampai menembusi tulang.

Pedang Zulfikar
Tidak ada pedang setajam pedang Zulfikar dan tidak ada pemuda yang sehebat Ali bin Abu Thalib. Slogan ini menjadi kaliamt popular yang diingat kaum muslimin ketika perang Uhud yang amat dahsyat sedang berlangsung. Dalam perang tersebut, Ali bin Abu Thalib memperlihatkan ketangkasannya sebagai seorang pahlawan Islam yang gagah perkasa. Dia dikenali sebagai jaguh bangsa Arab yang mempunyai kemahiran memainkan pedang dengan cekalnya. Dalam perang Badar pun, Ali memberi sumbangan besar dalam memenangkan peperangan. Ketika itu, kaum muslimin memperoleh kemenangan sementara pasukan Quraisy banyak yang tewas terbunuh. Disebutkan bahawa sepertiga korban yang tewas dari pihak musuh itu tak lain adalah berperanan dari Ali dan Hamzah bin Abdul Muthalib. Sementara pada perang Khandaq, Ali yang setinggi awan dan pedangnya yang mampu menghunus lawan tanpa sekat itu, terbukti lagi. Kala itu, Amru bin Wud Al ‘Amiri, pencabar yang garang dari pihak kafir Quraisy dengan angkuh menari-nari di atas kudanya sambil memainkan pedangnya dan mengejek kaum muslimin seraya berkata, “Hai kaum muslimin, mana syurga yang telah dijanjikan bahawa orang yang gugur diantara kalian akan masuk ke dalamnya? Mana? Ini dia syurga yang berada di hadapanmu, sambutlah!”
Sayangnya tak seorangpun dari kaum muslimin yang berani maju menyahut cabaran Amru bin Wud yang terkenal bengis dan kejam itu. Tapi, itu tidak dengan Ali. Ejekan itu tak mahu dibiarkan begitu saja. Ali berdiri seraya berkata kepada Rasulullah. “Wahai Rasulullah, jika tuan izinkan, aku akan maju bertarung melawan dia (Amru bin Wud)!” “Bukankah dia itu Amru bin Wud, jaguh kaum Quraisy yang ganas itu?” Rasulullah setengah menyangsikan keinginan Ali itu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2012 di pasaran...

Menunggu Waktu Untuk Bertudung?

SELALU saja ada warna yang berbeda dari pengalaman para muslimah yang hendak memutuskan untuk bertudung. Ada yang secara tak sengaja tapi lambat laun merasa nyaman, selesa, tulus timbul dari kesedaran yang sudah datang, atau kerana terbawa kebiasaan sejak dari sekolah yang kebetulan sekolahnya sekolah Islam, ingin dipuji agar terlihat anggun, atau merasa aman kerana kurang dari godaan mata kaum lelaki yang mata keranjang.
Namun berbagai ragam alasan tersebut, meski begitu, menjadi pijakan awal yang baik untuk memutuskan berjilbab. Apa sebabnya? Muslimah manapun sesungguhnya menyedari bahawa bertudung merupakan perintah agama yang harus dilaksanakan tak peduli dia mahu atau tidak, sudah siap ataukah belum. Perintah bertudung dalam al-Quran tidaklah dikatakan seorang muslimah solatnya sudah harus sempurna dulu atau tidak tertinggal, harus rajin puasa, berperilaku santun, tidak berbohong dan lain sebagainya. Sebab itulah jika timbul adanya konon kefahaman yang kuat bahawa memantapkan niat dulu baru kemudian bertudung sangat tidak relevan. Bertudung tidak menunggu apakah sikap dia harus baik dulu atau belum, atau solat sudah lengkap dulu atau belum, atau sudah naik haji dulu atau belum. Bertudung adalah identity setiap wanita muslimah. Sebab itu, secara otomatik saat seorang muslimah memasuki usia baligh, maka tudung harus dikenakannya. Walau perilakunya masih belum tulus sekalipun. Perintah bertudung disebutkan dalam al-Quran murni diperuntukkan kepada setiap perempuan muslimah untuk menjulurkan hujung tudungnya sampai ke dada. Kewajipan yang datang bertalian erat dengan wajibnya kaum muslimah menutup auratnya kecuali yang biasa nampak, yang dalam hal ini adalah telapak tangan dan wajah. Menilik dari perintah tersebut, maka berjilbab tidak mesti menunggu kesiapan hati secara sempurna, mantapnya iman di dada, merasa akhlak dan perilakunya sudah lebih islamik dari waktu ke waktu. Sama sekali tidak! Namun memang, untuk melaksanakan niat yang lurus, perlu asas yang kuat. Segala tindakan yang keluar kerana keterpaksaan seringkali melahirkan tidak serius dan sia-sia. Orang yang bertudung kerana terpaksa, dikhuatirkan akan bertindak tidak sesuai dengan tudung yang berada di kepalanya. Perilakunya masih jauh dari identitinya sebagai muslimah yang semestinya. Alih-alih inilah yang memunculkan kesan tidak baik akibat salah faham mengenai pemakaian tudung. Bertudung tapi masih suka hidup bebas, masih suka bertmaksiat, mengekal dosa-dosa kecil, lebih baik tidak bertudung dulu. Untuk memulai sesuatu yang baik, memang bukan pekerjaan mudah. Apalagi bila hal itu akan memberi kesan pada cara kehidupan seseorang. Misalnya, jika semulanya seorang remaja perempuan bergelendangan dengan bebas di kompleks beli belah, berteman dengan lawan jenis tanpa merasa segan silu, maka dengan bertudung mereka khuatir ruang geraknya akan terbatas. Belum lagi adanya “stereotypes” tentang tudung yang kolot, kuno, tidak bergaul, terbelakang dan terbatas ruang geraknya. Untuk itu, tak salah bila memutuskan untuk bertudung memang perlu perenungan yang cukup matang. Bertudung benar-benar memerlukan tekad yang kuat sehingga berani menerima kesan akibat yang akan timbul. Tetapi untuk menjentik kesedaran dan keberanian bertudung janganlah sampai berlarut-larut apalagi sampai menunggu waktu yang lama. Seseorang yang ingin mencapai sesuatu biasanya menyiapkan strategi dan target tertentu. Maka kesiapan bertudung pun sesungguhnya boleh diaturkan. Ianya harus memiliki target dan strategi khusus agar niat bertudung tidak hanya menggantung di hatinya saja. Caranya? Buka terus wawasan tentang pentingnya seorang muslimah bertudung (menutup aurat), manfaat bertudung, dan fahaman keislaman yang baik, baik melalui buku, majalah, media keislaman di dunia maya. Atau bertukar fikiran dengan teman-teman yang pengalaman senada, mendatangi diskusi dan kajian mengenai keislaman yang baik, atau meminta arahan para ustaz/ustazah yang memahami betul bagaimana cara memulai memakai tudung. Namun yang paling penting adalah meminta sokongan keluarga dan teman. Sebab mereka boleh dikatakan adalah unsur terdekat yang mengerti kemahuan dan keperluan kita. Tapi bila ternyata dari mereka akan tergendala memakai tudung, juga tidak perlu berkecil hati. Sebaliknya, semangat untuk bertudung harus semakin mengental. Boleh jadi, kefahaman dan kekhuatiran mereka tentang tudung masih sangat dangkal dan cetek. Adalah kewajipan kita untuk meluruskannya semaksima mungkin. Budaya bertudung kian berkembang. Saat ini fesyen bertudung semakin berkembang pesat bahkan menemukan titik puncaknya. Bertudung tidak seperti awal kemunculannya yang hanya satu warna dan dipakai dengan gaya tertentu saja. Bertudung boleh tampil dengan ragam rupa yang dapat mengikuti keinginan pemakainya. Pendeknya, bertudung tak kalah gayanya dengan orang-orang yang tidak bertudung sekalipun. Dalam berbagai kesempatan, bertudung boleh dipelbagaikan sedemikian rupa.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2012 di pasaran...

Dua Benda Diharamkan Lelaki Memakainya

APAPUN pun yang kita buat dan lakukan dalam dunia ini, Allah s.w.t. sendiri tentukan. Kita sebagai insan tidak boleh nak pandai-pandai sendiri. Kita tak nak makan pun, Allah akan tentukan, apa yang kita boleh makan dan apa yang kita tidak boleh. Ada benda yang Allah benarkan kita makan, dan ada yang tidak dibenarkan. Bukan semua benda kita “boleh telan” begitu saja. Ada makanan yang diharamkan, dan ada makanan yang dihalalkan oleh Allah. Begitu juga dengan minuman. Bukan semuanya kita boleh minum. Ada air yang tidak boleh, ada yang boleh. Allah sebagai “Pencipta” yang akan menentukan semuanya itu. Allah s.w.t. utus seorang Rasul mewakiliNYA untuk memberitahu dan mengajar insan perkara-perkara tersebut. Bagi kita umat Islam, Allah berikan panduan itu semua sebagai hukum hakam itu dalam kitab suci Al-Quran. Semua ayat-ayat Quran itu diwahyukan kepada Nabi s.a.w. yang diutus itu iaitu Muhammad s.a.w. Untuk berkahwin pun Allah tentukan. Siapakah yang boleh kita kahwini, siapa yang tidak boleh. Jenis apakah yang digalakkan oleh kita berkahwin.
Begitu juga untuk masuk ke bilik. Allah tentukan bahawa anak-anak kita tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik tidur ibu bapa pada waktu-waktu tertentu, iaitu waktu asar, waktu isyak dan waktu subuh. Kenapa Allah beritahu anak-anak tidak boleh masuk ke bilik tidur ibu bapanya? Kerana waktu-waktu itulah ibu bapa menyalin pakaian dan menampakan auratnya. Semuanya Allah rakamkan dalam al-Quran dalam surah An-Nur. Pendeknya, apa juga gerak geri kita Allah akan tentukan segala-galanya. Sehingga soal pakaian juga Allah tentukan yang mana satu kaum lelaki boleh menggunakannya. Seperti sutera tulen (murni) dimana kaum lelaki tidak boleh memakainya. Begitulah juga dengan perhiasan Emas. Bagi kaum lelaki tidak boleh memakainya, hukumnya “haram”. Pendeknya dalam Quran semua ada diterangkan dijelaskan dengan terang. Perhiasan emas seperti cincin, rantai leher sering kita lihat dipakai oleh setengah kaum lelaki. Ada diantaranya “berjurai tabai” dileher mereka rantai leher emas. Dan setengahnya pula memakai cincin emas yang besar. Ini menceritakan mereka ini tidak tahu dan tidak faham tentang hukum agama yang melarang kaum lelaki memakainya.
Hal ini biasanya terjadi kepada anak-anak muda yang terdiri dari golongan orang berada. Ibu bapa mereka membiarkan saja anak-anak (lelaki) mereka memakainya. Kerana mereka juga tidak tahu hukum agama yang melarang semuanya itu. Kalaulah ibu bapa tadi membaca dan belajar tentang hukum hakam agama, tentulah dia sendiri dan anak-anak lelaki mereka tidak memakai emas. Kadang-kadang kita lihat ada kaum lelaki dewasa yang suka menunjuk-nunjuk tentang kemewahan hidupnya dengan memakai rantai leher emas dan cincin emas.
Bahkan apa yang dipakainya itu melebihi dari kaum wanita sendiri. Kita melihat kaum wanita pun tidak memakai seperti itu dengan tiga empat utas rantai emas dililitnya di leher.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2012 di pasaran...

Perempuan Dan Korban Madunya

PEREMPUAN adalah sumber pelbagai kisah. Dan kepiluan agaknya babak yang kerapkali menyelimutinya. Tapi, ia, perempuan muda dari kota J itu, berusaha menghadapinya dengan ketegaran dan kecekalan. Ia mengais rezeki dengan tenaganya yang cekatan; mencuci dan pelbagai tugas-tugas rumahtangga di sebuah rumah majikannya. Mari kita panggil saja dia Maryam; seorang perempuan berperawakan tinggi, wajahnya memang manis, berkulit hitam-legam dan sangat rajin. Anaknya dua orang: lelaki dan masih kecil [6 tahun dan 3 tahun].
Sejak suaminya “lari meninggalkannya”, ia memelihara dua orang anaknya itu seorang diri. “Lari”, barangkali, bukan kata yang tepat untuk menjuluki kepergian suaminya itu. Sebenarya, suaminya hanya seorang “pengecut”: lelaki yang berani memilih poligami, tapi tak berani bertanggungjawab. Ia tidak mampu menafkahi Maryam secara lahiriah, ia hanya mahu menafkahi secara batin saja. Tentu saja Maryam kesal dan ingin sekali berpisah dengannya. Tapi, Maryam teringat anak, terbayang kedudukan buah hatinya tanpa sosok ayah mereka. Ia pun merelakan begitu saja dirinya digantung tidak dicerai, tidak juga dinafkahi. Ia tak perduli suaminya hanya memilih tinggal dengan isteri pertamanya dan tidak bakal kembali ke pangkuan dirinya sebagai isteri nombor dua. Ia sudah tidak mempersoalkan itu. Jadi, selama suami “pengecut”-nya itu ada di sampingnya, bahagian nafkah lahirnya jarang sampai ke tangannya. Semua dikirim ke kota C, tempat isteri pertama dan ketiga anaknya hidup.
Waktu terus berlalu. Begitu juga alur kehidupan. Ia meyakini bahawa ‘Khalik’ tidak tidur. Dia Maha Segala yang tidak akan menelantarkan dirinya dalam penerusan nestapa. Roda boleh di bawah, boleh juga di atas. Begitu pula hidup, ada pasang surutnya. Yang terpenting, ia tidak melupakan Dia yang Maha Kaya dan Pengampun dalam setiap desah nafasnya. Maryam, “perempuan madu” itu kini mafhum bahawa poligami yang memang ada dalam Islam sesuatu yang susah dijalani. Ia memang bukan orang terdidik yang wawasan keagamaannya seperti para kiai atau ustaz yang suka menghambur nasihat di layar kaca, namun ia dapat merinci rasa saat terlibat dalam dunia poligami; konflik jiwa yang dahsyat, emosi yang bergolak di dada serupa “roller-coaster”. Bergemuruh. Naik turunnya begitu cepat. Dan tangisan biasanya penamat ceritanya. Dari palung kalbunya yang dalam, ia sangat menyesal kenapa boleh terperdaya dalam pujuk rayu suami “pengecut’-nya itu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah 2012 di pasaran...

Derhaka Pada Ibu Bapa, Dosa Besar

ALANGKAH malangnya seseorang itu walaupun mempunyai amalan kebajikan yang banyak, namun segalanya itu tidak memberi apa-apa ganjaran kepadanya apabila dia melakukan kederhakaan kepada kedua ibu bapa.
Hendaklah difahami, seandainya ibu bapa seseorang itu bukan Islam (belum Islam) sekalipun tidak menggugurkan tanggungjawab seseorang terhadap ibu bapanya atau berlaku sewenang-wenangnya menderhakai mereka.
Ibnu Umar r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Dosa-dosa besar itu adalah:
• Menyekutukan Allah;
• Menyakiti kedua ibu bapa;
• Membunuh (tanpa alasan yang dibenarkan); dan
• Sumpah palsu.” (HR. Ahmad dan Bukhari)
Sementara itu, segala amalan kebajikan seseorang itu akan gugur apabila dia menderhakai ibu bapanya.
Tsuban menyatakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Amal kebaikan yang disertai tiga perkara ini tidaklah bermanfaat; yakni
• Menyekutukan Allah;
• Menyakiti ibu bapa
• Dan melarikan diri dari barisan perang.” (HR. Thabrani)
Ketahuilah betapapun banyak amal kebaikan seseorang itu, namun apabila ia melakukan salah satu dari ketiga perkara dalam hadis tersebut, maka amal kebaikannya akan sia-sia. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Semua dosa itu dibalas oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat, kecuali dosa menderhakai ibu bapanya kerana sesungguhnya Allah akan membalasnya ketika ia masih hidup.” (HR. Al-Hakim & Al-Ashbahani)

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2012 di pasaran...