Thursday, July 11, 2013

Variasari Keluaran Julai 2013

Sudahkah anda memiliki Variasari edisi Julai 2013? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan... Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai. Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan. Dapatkan segera majalah Variasari keluaran Julai 2013 sebelum terlambat. 

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin

Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Di Dalam Variasari Julai 2013










Hidayah Julai 2013

Hidayah keluaran Julai 2013 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda  tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja


Langganlah Segera Melaui Pos


Salam Kami



ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.Segala puji dan syukur ke hadrat  Allah s.w.t. serta salam dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kita kini menyambut bulan Syaaban 1434. Ini bererti hanya sebulan lebih saja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan, bulan yang sangat mulia dalam kalendar Islam. Menjelang tempoh itu seperti yang kita maklumi, ramai umat Islam dari Malaysia khususnya yang mengambil peluang menunaikan Umrah termasuk pada awal minggu dan pertengahan Ramadan. Hidayah keluaran ini merasa bertuah dapat membuat liputan khas mengenai perjalanan umrah. Lebih bermakna dengan penampilan khas Ustaz Don pendakwah muda yang kian popular di kalangan umat Islam di Malaysia khususn.  Kita memuatkan beberapa halaman khusus mengenai umrah dan perkembangan terbaru di Tanah Suci Makkah dan Madinah yang dilakukan oleh wakil Hidayah sendiri yang berkesempatan mengikuti pakej umrah baru-baru ini.
Liputan berkenaan dirasakan boleh memberi manfaat kepada para pembaca yang bercadang untuk ke tanah suci sebelum atau selepas Hari Raya Aidlfitri akan datang. Alhamdulilah, kita juga memaparkan beberapa kisah iktibar yang boleh dijadikan pengajaran bersama. Menariknya ialah kisah-kisah mengenai menunaikan haji dan karenahnya berdasarkan kisah yang benar-benar terjadi.
Anda juga sewajarnya mengikuti rencana “Sedikit Pedoman dalam Mengerjakan “Haji” dan Umrah” sebagai bekalan pengetahuan sebelum melangkah ke tanah suci Makkah dan Madinah.
Disamping itu pembaca juga harus membaca mengenai Tokoh KH. Zaenal Mustofa yang mati syahid kerana menentang tentera Jepun di Indonesia. Semangat dan inspirasinya dalam menentang kezaliman Jepun itu dapat kita kongsi bersama terutama bagi generasi yang dilahirkan selepas Perang Dunia ke-2 itu. Juga jangan lupa membaca rencana “Menimba Rezeki Tuhan” dan lain-lainnya.
Terima kasih kerana terus memberi sokongan kepada Hidayah yang telah berbelas tahun berada dalam tatapan pembacanya di nusantara ini.
Kita berjumpa lagi dalam keluaran akan datang, InsyaAllah.
Wassalam!

Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my


Monday, July 8, 2013

Kesan Kesihatan Apabila Berjaga Malam

Tuntutan pekerjaan tidak jarang membuat orang lupa pada waktu; lupa kesihatan fiziknya. Malam yang seharusnya menjadi waktu istirahat, justeru masih digunakan untuk berjaga malam. Tubuh yang seharusnya rileks dan terlepas dari aktiviti, ternyata masih “dipaksa” untuk bekerja. Tak salah, jika waktu tidur pun menjadi berkurangan. Hujung-hujungnya, kesihatan pun menjadi pertaruhan kerana tubuh lemah terserang penyakit. Tidur malam hari sebenarnya hal yang alamiah dan merupakan tuntutan tubuh. Sebab, malam hari itu, ketika tidur itu orang melewati proses perbaikan. Pada saat orang tidur, seluruh bahagian tubuhnya – secara tak langsung — melakukan perbaikan atau regenerasi sel dalam tubuh. Saat tidur itu, tubuh aktif memproduksi hormon kortisol, dan hormon itulah yang membuat tubuh akan segar dan terlepas dari kepenatan pada saat bangun dari tidur. Wajarlah, ketika orang kurang tidur lantaran berjaga pada malam hari, tubuh akan menjadi lemah dan layu. Bahkan, jika sering berjaga malam, hal itu akan memberi kesan bagi kesihatan tubuh; tubuh menjadi gemuk, daya tahan tubuh menurun, mudah emosi bahkan dapat menjadi punca stroke. Akibat buruk dari berjaga malam itulah, yang membuat Rasulullah “melarang” umat Islam berbuat demikian. Hal itu ditegaskan Nabi s.a.w. dalam sebuah hadis bermaksud: “Janganlah berjaga malam setelah isyak. Kalian tidak  mengetahui apa yang telah ditetapkan oleh Allah pada makhlukNya.” (HR. Al-Hakim). Rasulullah melarang umat Islam berjaga malam, bukan hanya boleh memberi kesan buruk bagi kesihatan, tapi juga kerana berjaga malam boleh membuat orang melewatkan solat subuh dan solat Tahajud.
Tapi, dalam beberapa hal, berjaga malam itu boleh dibenarkan, dimaklumi, atau diperbolehkan. Sebahagian besar ulama membolehkan berjaga malam untuk urusan darurat atau urusan yang benar-benar penting. Adapun urusan yang penting itu, di antaranya adalah menemani orang yang sakit, atau lanjut usia. Selain itu, berjaga malam juga diperbolehkan ketika seseorang menuntut ilmu, bermusyawarah untuk urusan umat.  Sebab, ada sebuah hadis yang diriwayatkan dari Umar bin Khattab r.a. bahawa Nabi s.a.w. pernah berjaga malam bersama Abu Bakar membicarakan suatu urusan kaum muslim. “Dan aku menemani mereka.” (HR. Termizi).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2013 di pasaran...

Heret Jenazah Isteri Ke Kubur

KEMISKINAN boleh mendekatkan seseorang insan itu kepada Allah Taala, namun boleh juga jadi penyebab menjauhkannya atau menyesali diri kerana terlahir sebagai orang miskin. Yang lebih ekstrim lagi, seorang hamba menghukum Yang Maha Adil yang telah menggariskan takdir tidak menyenangkan dalam segala segi kehidupannya. Naudzubilah min dzalik! Ikuti kisah berikut ini... Syahdan, ada seorang perempuan yang selalu merasa tidak puas dengan keadaan rumah tangganya. Sebutlah namanya Ratmi. Di perjalanan rumah tangganya yang menjejak angka lima belas tahun, ia selalu menghiasi hari-harinya dengan penyesalan; menyesali dirinya yang hanya bersuamikan lelaki seorang pekerja kerajaan golongan rendah yang gajinya tidak cukup memenuhi keperluan keluarga, menyesali segala kekurangan di sana-sini, dan menyesali dirinya ‘mengapa dia tak menjadi seperti Silvana yang bersuamikan seorang pengusaha yang berjaya, tak seperti Murniwati yang suaminya seorang ahli perniagaan terkenal, atau seperti Tika yang suaminya seorang pengerusi sebuah syarikat besar.’ Di mata Ratmi, Silvana, Murniwati dan Tika adalah perempuan-perempuan beruntung. Mereka memiliki suami-suami hebat yang mampu memberikan segala kemewahan yang mereka mahu. Sementara dirinya? Jangankan rumah mewah ataupun barang-barangan ternama, makan dengan ayam goreng saja tidak mampu setiap hari. Lainlah dengan Silvana dan yang lain-lainnya. Apa yang mereka mahu, dengan sangat mudah terwujud; bercuti, melancong dan berbelanja ke luar negeri, dan segalanya yang berbau luar negeri. Tapi Ratmi, apa yang dia dapat? “Sungguh, saya menyesal bersuamikan seperti kamu, Gun,” ujar Ratmi suatu ketika. Si suami tertegun memandang isterinya. Terasa ‘dayus’ dirinya diperhinakan oleh isteri sendiri. “Namamu saja yang megah, Gunawan Wijaya! Tapi rezekimu hampas!” tambah Ratmi menggerutu. “Bila kamu boleh senang seperti namamu itu? Dari tahun ke tahun kamu membawa isteri dan anak dalam kesederhanaan yang membosankan. Rumah masih rumah sewa, makan apa adanya dan tak ada barang berharga yang melingakari leher aku ini, tangan ini dan jari ini. Saya bosan dengan semua ini!” Gunawan Wijaya hanya tertegun mendengar celoteh menyakitkan telinga dari isterinya, dan hal itu menjadi sarapan paginya setiap hari. Tak ada segelas kopi, apalagi sepotong kuih donat yang menemani pagi saat dia mahu pergi kerja. Tak ada senyum yang mengiringinya meninggalkan rumah menuju tempat kerja. Yang ada hanyalah penyesalan dan omelan isteri, bahkan ancaman bahawa akan ada lelaki lain yang akan memberi segala apa yang tidak dia dapatkan dari suami.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2013 di pasaran...

Dataran Masjid Nabi Tempat Jemaah Melepak

BAGI umat Islam yang mengerjakan ibadah haji dan umrah ke Makkah mestilah menziarahi Bandar Suci Madinah. Kerana di Madinah ada “Makam Rasulullah s.a.w.” yang disemadikan di Masjid Nabawi, Madinah. Bagi umat Islam yang ke Makkah dan kalau tidak ke Madinah dan tidak menziarahi makam Rasulullah, dianggap sebagai meninggalkan satu kewajipan yang dianjurkan oleh agama. Dalam pakej Tabung Haji Travel dengan tema “Cinta Rasul” dalam bulan April lalu, satu rombongan 250 orang jemaah dari Malaysia telah mengikuti pakej TH Travel ini. Setelah berada di Kota Suci Makkah untuk beberapa hari, kami dibawa ke Madinah dengan menaiki bas. Ada tujuh buah bas. Setiap bas ada petugasnya yang membimbing dan memberikan penerangan kepada para jemaah. Kami tiba di Madinah kira-kira jam 11 malam waktu tempatan. Sebagaimana biasa kami ditempatkan di hotel yang selesa yang tidak jauh dari masjid Nabawi. Kawasan Madinah tahun demi tahun semakin cantik dan menarik. Datarannya yang dilengkapkan dengan payung pelindung panas dan hujan, cukup selesa bagi jemaah yang suka melepak di dataran ataupun diluar masjid. Walau apa waktu pun, para jemaah tetap melepak. Ada yang membaca Quran, ada yang solat, ada yang berzikir, dan ada yang berbual-bual, bila bertemu dengan rakan senegara.
Disinilah tempat mereka bertemu dan bersembang panjang. Yang memiliki telefon, mereka akan bercakap dengan keluarga mereka ditempat masing-masing. Pada ketika yang lain, kadang kala kita melihat keadaannya agak “bingit” kerana mendengar orang sana bercakap orang sini ketawa dan ada yang menjerit-jerit memanggil kawan, dan macam-macam kerenah manusia di dataran sekeliling masjid. Keadaan di dalam Masjid Nabawi itu sendiri memanglah luas. Ia boleh menampung lebih dari sejuta jemaah. Tidak ada masalah. Cuma dikawasan “Raudhah” agak payah sikit kita nak masuk, kerana daerah ini para jemaah terlalu ramai untuk bersembahyang. Sesudah sembahyang ada yang membaca Quran dan berzikir dan berdoa, dan ada yang tidak mahu bangun-bangun lagi. Keadaan sesak ini berlaku biasanya selesai sembahyang subuh. Para jemaah akan terus ke Raudhah, kemudian terus menziarahi makam Rasulullah s.a.w. Sebenarnya, agama yang menyuruh kita menziarahi makam Rasulullah s.a.w., tetapi sebaik-baik kita sampai di kawasan tersebut kadang-kadang belum sempat untuk berdoa, pengawal-pengawalnya sudah menyuruh kita segera beredar. Kita diarahkan segera meninggalkan tempat itu. Kita sempat lalu saja. Kita pun tak faham sikap pengawal-pengawal di situ. Seharusnya berilah para jemaah untuk berdoa, dengan mengucapkan salam kepada Rasulullah dan para sahabat. Barang kali kalau dibiarkan lama-lama tentulah keadaannya akan menjadi lebih sesak lagi, dan para jemaah berpusu-pusu di kawasan yang agak sempit itu.
Bagaimana pun terpulanglah kepada kita sendiri dalam menggunakan kesempatan dan peluang yang singkat itu apabila kita tiba ataupun berada di makam Rasulullah s.a.w. itu. Saya mendapati waktu yang sebaik-baiknya untuk ke Raudhah dan berziarah ialah pada waktu malam sekitar  jam 7 ataupun 8 pagi. Waktu ini sebahagian besar jemaah sudah pulang ke hotel masing-masing. Waktu-waktu ini, sebahagian ada sedang bersarapan, dan sebahagiannya berehat atau pun tidur. Jadi, keadaan di kawasan Raudhah dan kawasan menziarahi makam agak lengang sikit. Di Madinah, tidak banyak tempat untuk dilawati. Selain kita akan singgah di Masjid Quba, kita juga akan dibawa ke kebun kurma.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2013 di pasaran...

Pembantu Nabi s.a.w. Di Langit Jibril Dan Mikail

SELAMA ini kita hanya tahu tentang nama Malaikat Jibril ialah “Jibril”. Kita tidak tahu nama lain iaitu nama sebenarnya malaikat itu. Begitu juga dengan nama malaikat lainnya seperti Mikail, Israfil, Izrail. Mereka ini mempunyai nama-nama tersendiri. Nama Jibril adalah “Abdullah”, dan nama lainnya ialah “Ubaidullah”. hal ini diriwayatkan oleh Ibnu Mundzir dari Ikrimah. Dalam satu peristiwa lain Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepada Malaikat Jibril. Pertanyaan itu ialah tentang diri Malaikat itu. Rasulullah bertanya: “Hai Jibril, kenapa aku tidak pernah melihat “Mikail” tertawa sama sekali?” Malaikat Jibril menjawab: “Mikail tidak pernah tertawa sejak neraka diciptakan”, hadis riwayat oleh Ahmad dan Abu asy-Syeikh dari Anas. Pada satu ketika Jibril dan Mikail mendatangi Rasulullah s.a.w. yang sedang bersiwak, lalu Rasulullah s.a.w. memberikan siwak kepada Jibril, maka Jibril berkata: “Yang Besar!”. Al-Hakim berkata: “Yakni berikanlah siwak tersebut kepada Mikail kerana dia lebih besar!”, riwayat oleh Al-Hakim, at-Termizi. Rasulullah bersabda yang ertinya: “Para pembantuku dari penduduk langit adalah Jibril dan Mikail, sedangkan dari penduduk bumi Abu Bakar dan Umar.” Riwayat oleh Al-Hakim dari Abu Daud. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah menguatkanku dengan empat pembantu: dua dari penduduk langit, iaitu Jibril dan Mikail dan dua dari penduduk bumi iaitu Abu Bakar dan Umar.” (diriwayatkan oleh al-Bazzar, ath-Thabrani dan Abu Na’im dalam al-Hilyah dari Ibnu Abbas) “Muazin (bilal) penduduk langit adalah Jibril, sedangkan imam mereka adalah Mikail yang mengimami di Baitul Ma’mur. Maka para malaikat langit berkumpul, mengelilingi Baitul Ma’mur, solat dan beristighfar, lalu Allah menjadikan pahala istighfar dan tasbih mereka untuk umat Muhammad s.a.w.” (Diriwayatkan oleh ad-Dailami dari jalur as-Sirri bin Abdullah as-Sulami dari Abdul Hamid bin Kinanah, dari Abu Umamah, dari Ali bin Abi Thalib secara marfu’) “Aku bersaksi kepada Allah, sesungguhnya aku benar-benar telah diberi tahu oleh Mikail yang berkata: “Aku bersaksi kepada Allah, sesungguhnya aku benar-benar telah diberitahu oleh Israfil dari lauhul mahfuzh bahawa Allah s.w.t. berfirman, “Peminum khamar (arak) seperti penyembah berhala.” Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata dalam Lis-anul Mizan, “Matan ini dengan sanad yang disandarkan kepada Ali bin Musa diriwayatkan oleh Abu Naim dalam al-Hilyah dengan sanadnya sendiri di dalamnya ada orang yang tidak diketahui keadaannya-kepada al-Hassan al-Askari juga.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2013 di pasaran...

Berguru Kepada Orang Yang Sudah Meninggal

Kontroversi tentang seseorang boleh berkomunikasi atau berguru dengan orang yang telah meninggal dunia telah terjadi sejak lama. Menurut ulama hadis, orang yang sudah meninggal dunia tidak boleh kita ajak berkomunikasi, apalagi kita ambil ilmunya. Sedangkan ulama sufi berpendapat sebaliknya. Sebab, mereka banyak yang merasakannya. Dalil al-Quran yang dipakai oleh para sufi adalah Surat Ali-Imran: 169, yang ertinya, “ ...dan janganlah kamu mengira orang yang meninggal di jalan Allah (fisabillilah syuhada) itu mati. Mereka adalah hidup dan mendapatkan rezeki (kenikmatan di alam lain) di sisi Allah dan hanya Allah yang mengetahui alam lain itu.” Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Sesiapa yang melihatku di waktu tidur, maka sungguh melihatku;  sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupaiku.”
Untuk bertemu dengan roh orang yang meninggal dunia, petunjuk dan izin dari Allah adalah hal yang utama, kerana roh adalah milik Allah dan akan kembali kepada Allah. Oleh kerana itulah salah satu cara agar dapat mengetahui dan berdialog dengan roh adalah dengan jalan “tarekat”. Kerana setiap tarekat itu mengajarkan makrifatullah. Setiap makrifatullah yang sudah matang, akan mengetahui hakikat Allah dan itu menjadi rahsia Allah. Banyak bukti yang menjadi landasan ulama sufi untuk menjelaskan bahawa dialog dengan roh dapat dilakukan oleh manusia. Kisah perjalanan israk dan mikrajnya Nabi Muhammad s.a.w., yang bertemu para Nabi di langit adalah sebagai bukti kebenaran itu. Bahkan orang dengan darjat yang jauh di bawah Nabi juga banyak mengisahkan cerita tentang adanya dialog dengan orang yang telah meninggal dunia. Salah satunya adalah kisah yang dialami Imam al-Ghazali. Suatu ketika, al-Ghazali ditanya oleh muridnya perihal banyaknya hadis ahad atau hadis tidak popular yang dipetik dalam kitabnya, Ihya ‘Ulum al-Din. Sebuah kitab empat jilid yang ditulis di menara Masjid Damaskus, Syria. Lalu, al-Ghazali menjawab bahawa semuanya itu sudah mendapatkan pertimbangan atau ‘pengesahan’ dari Rasulullah s.a.w. Jadi, jika ada lebih dari 200 hadis di dalam kitab tersebut, bererti lebih dari 200 kali al-Ghazali bertemu dengan Rasulullah. Padahal, al-Ghazali hidup pada masa 450 H/1058 M hingga 505 H/1111 M, sedangkan Rasulullah wafat tahun 632 M. Bererti, masa hidup antara keduanya terpaut lima abad. Pengalaman lain dialami oleh sufi Ibnu ‘Arabi. Ia pernah ditanya oleh muridnya perihal kitabnya, Fushush al-Hikam. Setiap kali si murid membaca pasal yang sama dalam kitab itu selalu saja ada inspirasi baru. Menurut si murid, kitab Fushush bagaikan mata air yang tidak pernah kering. Ibnu ‘Arabi menjawab, kitab itu termasuk judulnya dari Rasulullah yang diberikan melalui mimpi. Dalam mimpi itu, Rasulullah mengatakan, “Khudz hadzal kitab, Fushush al-Hikam (ambil kitab ini, judulnya Fushush al-Hikam).”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2013 di pasaran...

'Perjalanan' Nabi Yang Penuh Polemik

DI ANTARA perjalanan Nabi s.a.w., tidak diragukan lagi, peristiwa Israk Mikraj merupakan yang paling kontroversial. Dalam erti, banyak orang yang tidak percaya dengan peristiwa itu, terutama bagi kalangan bukan Islam. Lalu, bagaimana kita memahami peristiwa yang hingga kini masih menjadi polemik itu?
Kalau kita mahu memahami QS Al-Isra’ ayat 1 secara lebih teliti, sesungguhnya, polemik itu tidak akan perlu ada. Sebab, ada “Campur tangan (intervensi) Tuhan” dalam peristiwa itu. Dengan kata lain, Muhammad tidak melakukan perjalanan itu seorang diri, tetapi dijalankan oleh Allah. Makanya, kata yang dipakai dalam ayat tersebut adalah asra (memperjalankan). Profesor. Dr. Quraish Shihab dalam Tafsir al-Mishbah menulis bahawa penggunaan huruf ba dalam kata bi’abdihi mengisyaratkan bahawa perjalanan Isra’ tersebut terjadi di bawah bimbingan Allah s.w.t. dan taufikNya. Penggunaan kata ini menjadikan Nabi s.a.w. bukan saja diisra’kan lalu dilepas begitu saja, tetapi Isra’ dilakukan Allah di bawah bimbinganNya secara terus-menerus bahkan “disertai” olehNya. “Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. itu bukanlah atas kehendak beliau dan tidak juga terjadi atas dasar kemampuan peribadi beliau, tetapi itu atas kehendak Allah s.w.t. Bahkan Dia yang mengisrakan, yakni yang melakukan perjalanan itu untuk beliau. Atas dasar itu, dari awal ayat ini mengingatkan semua manusia bahawa peristiwa tersebut harus dikaitkan dengan kehendak dan kekuasaan Allah s.w.t. Sungguh keliru jika anda mengukur peristiwa itu dengan ukuran kemampuan makhluk,” tulis Quraish Shihab. Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi ditemani Jibril a.s. Mengapa Jibril? Sebab Jibril merupakan makhluk dari langit ke tujuh yang berbadan cahaya. Dengan badan cahayanya itu, Jibril boleh membawa Rasulullah melintasi dimensi-dimensi yang tak kasat mata. Menurut Ilmu Metafisika, Rasul naik ke ruang angkasa melakukan perjalanan Mikrajnya tentu memerlukan zat pembawa yang lebih halus dari jiwa atau rohaninya. Oleh kerana itu, makhluk hidup yang memiliki dua jasad: jasmani dan rohani, maka diperlukan zat pembawa yang lebih halus dari rohani itu sendiri dan mampu mengangkat jasmani Rasul sekaligus. Dan ternyata makhluk yang sangat halus itu bernama Jibril. Selain Jibril, Nabi juga disertai oleh kenderaan istimewa (khas) berbadan cahaya bernama Buraq. Ia memiliki kecepatan yang super dahsyat, melebihi kecepatan cahaya sekitar 300,000 kilometer per detik. Jadi, perjalanan Nabi dari  Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsha di Palestin yang berjarak 1,500 kilometer, hanya ditempuh dengan waktu maksimal 1/200 detik. Bahkan, perjalanan Nabi s.a.w. dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah dan menerima perintah solat lima waktu itu tidak melebihi waktu semalaman. Dikisahkan, saat Nabi kembali lagi ke rumahnya, terlihat tempat tidurnya masih terasa hangat. Pertanyaannya kemudian, bukankah kecepatan cahaya adalah kecepatan paling tinggi yang telah dihasilkan fisika moden? Bukankah kecepatan cahaya telah mendapat pengesahan berdasarkan keputusan kongres antara bangsa tentang Standar Ukuran yang diadakan di Paris tahun 1983: bahawa kecepatan cahaya berada dalam vakum sebesar 299,792,458 meter per detik dibulatkan sekira 300,000 kilometer per detik. Jadi, bagaimana ada benda lain yang boleh melebihi kecepatan cahaya? Kalaupun ada, kriterianya harus jauh lebih ringan dibandingkan cahaya. Benda itu harus tidak memiliki massa sama sekali. Yang paling mampu melakukannya adalah proton, iaitu kuantum-kuantum penyusun cahaya. Bahkan, elektron sekali pun yang beratnya hampir kosong sekalipun tidak boleh memiliki kecepatan setinggi itu. Sedangkan manusia sendiri komponen dari satuan-satuan utama yang sangat kecil dinamakan sel. Jumlahnya sekitar 390 milyar. Sel tubuh ini tidak sama, baik bentuk, besar, mahupun fungsinya. Sel-sel ini tidak terpisah satu sama lain, tetapi hidup dalam organisasi yang harmoni.  Jika dilihat dari penyusunnya, maka berbagai macam sel itu tersusun dari molekul-molekul. Baik yang sederhana maupun molekul yang kompleks. Mulai dari H2O, sampai pada molekul asam amino atau proteir kompleks lainnya. Dan jika dicermati, maka molekul itu juga tersusun dari bahagian-bahagian yang lebih kecil disebut atom. Dan atom ini pun tersusun dari partikel-partikel sub atomik seperti: proton, neutron, elektron, dan sebagainya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2013 di pasaran...

Wasiat Terakhir Nabi Ya'qub

WAKTU itu, Nabi Ishaq a.s. sudah lanjut usianya. Ada segumpal keinginan kuat di dalam hatinya untuk merasakan makanan istimewa. Isterinya yang tahu keinginan itu segera meminta Nabi Ya‘qub menyembelih kambing, memasak bahkan kemudian menyuguhkan hidangan istimewa itu di hadapan ayahnya. Setelah menikmati daging itu, Nabi Ishaq merasa senang. Apa yang diinginkan terwujud. Nabi Ishaq pun mendoakan Ya‘qub agar kelak menjadi anak yang terhormat dan terpandang. Saudara Ya‘qub, al-Ish, yang tahu kejadian itu ditikam rasa sakit hati dan benci terhadap Ya‘qub. Apalagi, sebelumnya ia melihat Ya‘qub lebih dicintai ibunya daripada dirinya. Peristiwa itu pun membuat ia tambah dengki terhadap Ya‘qub.
Kedengkian al-Ish itu membuat Ya‘qub merasa tidak enak. Maka, suatu hari, ia menemui ayahnya untuk  meminta pendapat. “Wahai ayahku! Tolonglah beri jalan keluar untuk masalahku ini. Bagaimana aku menghadapi saudaraku, Ish, yang membenciku, iri hati dan selalu menyindirku dengan kata-kata yang menyakitkan hati sehingga menjadikan hubungan persaudaraan kami berdua renggang dan tegang? Tidak ada saling cinta mencintai dan saling saying menyayangi. Dia marah kerana ayah memberkahi dan mendoakan aku agar aku memperoleh keturunan yang salih, rezeki yang mudah dan kehidupan yang makmur serta kemewahan. Dia menyombongkan diri dan bahkan mengancam anak-anaknya kelak akan jadi saingan berat bagi anak-anakku. Juga  ancaman lain yang mencemaskan dan menyesakkan hatiku. Tolonglah ayah, beri aku panduan; bagaimana aku harus mengatasi masalah ini; mengatasi dengan cara kekeluargaan?”
Sesaat Nabi Ishaq diam. Ia yang sudah tahu keretakan hubungan dua anak itu berusaha berfikir dengan jernih untuk mencari jalan tengah yang arif. Akhirnya, Nabi Ishaq menemukan jalan tengah.  “Wahai anakku! Kerana usiaku yang sudah lanjut, aku tidak dapat menengahi kalian berdua. Uban sudah menutupi seluruh kepalaku, badanku sudah membongkok, raut mukaku sudah kisut berkerut. Aku sudah berada di ambang pintu perpisahan dari kalian, meninggalkan dunia yang fana ini. Aku khuatir bila aku sudah meninggal, gangguan saudaramu Ish kepadamu akan kian meningkat. Ia secara terbuka akan memusuhimu, berusaha mencari kebinasaanmu,” ucap Nabi Ishaq. Sementara itu, Ya‘qub diam, mendengarkan apa yang diucapkan ayahnya. “Rasanya, jalan terbaik bagimu, menurutku, kau harus pergi meninggalkan negeri ini. Berhijrahlah ke Fadan A’raam, di daerah Iraq. Di sana itu, bermukim bapa saudaramu, saudara ibumu Laban bin Batu’il. Engkau juga boleh mengharapkan dapat dinikahkan dengan puterinya. Dengan demikian, akan jadi kuat kedudukan sosialmu, disegani dan dihormati orang kerana kedudukan mertuamu itu. Untuk itu, jangan tunggu waktu lagi! Cepatlah pergi ke sana! Dengan iringan doa, aku berharap semoga Allah memberkahi perjalananmu dan memberi rezeki yang murah dan mudah, kehidupan yang tenang dan tenteram,” lanjut Nabi Ishaq. Saranan Nabi Ishaq itu pun dipandang Ya‘qub sebagai jalan terbaik. Tak salah, jika nasihat itu merasuk dalam sanubari Ya‘qub, lantaran ia melihat anjuran itu merupakan jalan keluar dari krisis hubungan antara dia dan Ish. Apalagi, di balik saran itu, dia nantinya dapat bertemu dengan bapa saudaranya dan anggota-anggota keluarganya dari pihak ibunya. Juga, harapan boleh mendapat jodoh.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2013 di pasaran...

Mati Syahid Menentang Tentera Jepun

Bagi masyarakat Tasikmalaya, nama Kiai Haji Zaenal Mustofa begitu akrab di lubuk sanubari. Meski nama itu jasadnya telah tiada, tapi sosoknya sentiasa menginspirasi sepanjang zaman. Tidak hanya di masa lalu, tapi juga kini, bahkan hingga akan datang. Semangat juang dan pengorbanannya dalam melawan kezaliman dan ketidakadilan ia kobarkan hingga hayat menutup gerak langkahnya. Kiai Zaenal Mustopa, yang lahir di Singaparna tahun 1899 dan meninggal dunia usai dieksekusi Jepun pada 28 Mac 1944 di Jakarta, adalah sosok pahlawan nasional. Dalam buku-buku sejarah di Indonesia, kita mungkin mengenalnya sebagai sosok pahlawan nasional, kerana sejak 6 November 1972 ia dikukuhkan oleh pemerintah Indonesia sebagai pahlawan nasional. Namun, di atas pengukuhan formal itu, sosoknya ternyata melebihi itu. Ia tidak hanya berjuang untuk negaranya, tapi juga untuk umat Islam. Kiai Zaenal bukan saja pejuang kemerdekaan, tapi juga pejuang bagi kaum santri/para pelajar pondok. Maka tak hairanlah, penentangan yang ia kobarkan bermarkas di dalam pondok-pondok pesantren. Ia membangun dan memimpin pondok pesantren di Tasikmalaya. Ia mendidik para pelajar pondok tidak hanya ilmu agama, tapi juga memupuk semangat patriotik kepada para pelajarnya. Kerana, seyugianya, para pelajar pondok tidak boleh diam ketika kezaliman dan kemunkaran terjadi di sekitarnya. Para pelajar harus menterjemahkan semangat jihad dalam melawan kezaliman bangsa Belanda dan Jepun. Seperti Rasulullah s.a.w. yang siap melawan kezaliman yang dilakukan Bangsa Quraisy atas diri umat Islam. Kiai Zaenal, yang nama kecilnya adalah Hudaeni, adalah sosok ulama yang gigih. Ia memperdalami ilmu agama sejak kecil. Ia memperoleh pendidikan formal di Sekolah Rakyat. Pertama kali ia melanjutkan pendidikannya ke pondok pesantren di Gunung Pari di bawah bimbingan Dimyati, abang sepupunya, yang dikenal dengan nama Kiai Haji Zainal Muhsin. Dari Gunung Pari, ia kemudian memondok di pondok Pesantren Cilenga, Leuwisari, dan di pondok Pesantren Sukamiskin, Bandung. Selama lebih lebih 17 tahun ia terus menggeluti ilmu agama dari satu pondok pesantren ke pondok pesantren lainnya. Kerana itulah ia mahir berbahasa Arab dan memiliki pengetahuan keagamaan yang luas. Pada saat ia berkesempatan untuk menunaikan ibadah haji, ia dapat berkenalan dengan ulama-ulama terkemuka. Ia pun mengadakan muzakarah soal keagamaan dan berkesempatan melihat pusat pendidikan keagamaan di Tanah Suci. Hubungan dengan dunia luar itu mendorongnya untuk mendirikan sebuah pondok pesantren. Maka, sekembalinya dari ibadah haji, tahun 1927, ia mendirikan pondok pesantren di Kampung Cikembang dengan nama Sukamanah. Sebelumnya, di Kampung Bageur tahun 1922 ia juga mendirikan pondok pesantren di Sukahideung. Di samping itu, ia juga mengadakan beberapa kegiatan keagamaan ke pelosok-pelosok desa di Tasikmalaya dengan cara mengadakan ceramah-ceramah agama. Maka, sebutan kiai pun menjadi melekat dengan namanya. Tahun 1933, ia menganggotai Jam’iyyah Nahdhatul Ulama (NU) dan dilantik sebagai Wakil Rais Syuriah NU Cabang Tasikmalaya. Kiai Zaenal tidak hanya dikenali sebagai seorang pejuang yang pantang mundur dalam melakukan penentangan pada Belanda secara terbuka, ia juga seorang ulama tulen yang karismatik. Ceramah-ceramahnya mengobarkan semangat para pelajar pondok untuk melakukan penentangan, baik secara tertutup mahupun terbuka.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2013 di pasaran...

Aleppo: Kota Peradaban Islam Yang Tercabik-Cabik

ALEPPO dulunya pernah menjadi kota dengan warisan budaya yang tinggi. Kota yang cantik dengan peninggalan budaya luar biasa ini, sekarang keadaannya menyedihkan. Reruntuhan puing-puing bertebaran dimana-mana. Bangunan hancur dan terbakar menjadi pemandangan biasa. Kios-kios pasar terbakar dan desing-desingan peluru menyasar di kota ini. Kota yang indah itu kini menjadi zon perang antara rejim pemerintah, Bashar al-Assad, dan kelompok penentang Syria. Akibatnya, kota budaya ini hancur berantakan. Kota yang dijadikan kubu kelompok penentang ini telah menjadi kota mati pasca insiden saling serang antara keduanya. Kini, saat berjalan di kota itu, hanya akan ditemui kerosakan dan gambaran suram kota yang seperti kota hantu. Di Masjid al-Uthmaniya, ada lubang menganga di atas kubah yang dibangun pada tahun 1728. Lantai beton hancur terkena hentaman rudal, dan kaca dengan lengkungan tinggi di pintu masuk ke ruang solat juga hancur berserakan. Menurut pengakuan penduduk setempat yang sering solat di masjid itu, tidak ada lelaki bersenjata di masjid ini. Akan tetapi, para jemaah terpaksa tidak menjalankan jemaah setelah rudal menyasar ke halaman masjid. Konflik yang telah berlangsung berbulan-bulan ini belum ada tanda-tanda berakhir. Syria masih membara. Aleppo masih terancam hancur dan reruntuhan bangunan masih akan menjadi hiasan kota. Kelompok penentang mendakwa, selama konflik berlangsung, merekalah (pasukan tentera rejim pemerintah) yang terus menyerang dan menghancurkan masjid-masjid dan bangunan awam lainnya di Aleppo untuk mengalahkan penentang. Tentu saja, pertembungan konflik yang makin memuncak membuat reaksi sejumlah negara di dunia. Kementerian Luar Negeri Perancis mengatakan bahawa dengan adanya penumpukan senjata berat di sekitar Aleppo, Presiden Syria, Bashar al-Assad sedang bersiap untuk melakukan pembantaian pada rakyatnya sendiri. Begitu pun Itali, menuduh pemerintah Syria bersiap untuk menyerang orang awam. Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, mendesak tindakan antarabangsa, dengan mengatakan, “Kita tidak mungkin untuk tetap menjadi penonton atas pertempuran di Aleppo”. Sama seperti sikap Turki, sikap British melalui Menteri Luar Negerinya, William Hague, juga menyatakan bahawa dunia harus bertindak untuk mencegah kemusnahan di Aleppo.

SIMBOL PERADABAN ISLAM
Aleppo merupakan kota terbesar kedua Syria setelah Damsyik, ibukota Syria. Penduduknya berjumlah 2,130,000 jiwa (2005). Kota Aleppo termasuk kota tertua di dunia. Kota ini dulu bernama halb yang bererti besi atau tembaga. Halb mengacu pada bahasa Amori, kerana tembaga merupakan sumber utama logam kawasan ini pada zaman kuno. Halaba dalam bahasa Aram bererti putih, mengacu pada warna tanah dan marmar yang melimpah di daerah tersebut. Letak Aleppo memang sangat strategi sebagai pusat perdagangan. Oleh kerana itu sudah sejak lama, banyak bangsa saling bersaing ingin menguasai daerah ini. Mulai bangsa Mesir dan Asiria, Parsi, Macedonia, Romawi, Arab, Mongol, kesultanan Uthmaniyah, hingga Perancis. Menurut Dr. Syauqi Abu Khalil, penulis buku Athlas Al-Hadits An-Nabawi (Atlas Hadits), kota itu pernah menjadi salah satu kota paling penting dalam sejarah Islam. Aleppo pun pernah menjadi ibu kota pemerintahan Islam di wilayah Syria setelah Kota Qinnasrin mulai kehilangan pengaruhnya. Saat itu, Aleppo merupakan kota terkemuka dalam bidang ekonomi, sejarah, artistik, dan kebudayaan Islam. Dari sisi seni binaannya, Aleppo juga mampu mewujudkan sebuah kota Islam. Bagaimana tidak, bangunan seni bina Islam sejak abad ke-7 M itu kukuh berdiri. Tak cuma itu, warisan senibina dari beragam dinasti seperti Umayyah, Abbasiyah, Hamdaniyah, Seljuk, Zankiyah, Ayubiyah, Mamluk, hingga Uthmani masih menghiasi Kota Aleppo. Sejarah mencatatkan, di akhir masa kekuasaan Abbasiyah, Kota Aleppo mengalami masa kemakmuran. Ketika itu, kebudayaan, intelektual, dan peradaban berkembang begitu pesat di semua bidang.
Bukti pesatnya peradaban di bumi Aleppo ditandai dengan kemampuan orang-orang Aleppo untuk membuat pakaian yang bagus serta berdirinya istana dan sejumlah masjid terkemuka di kota itu. Aleppo pun menjadi semacam muzium hidup bagi beragam peradaban. Sebab sejumlah tokoh penting dalam khazanah keilmuan dan peradaban Islam lahir dari tempat ini, seperti: Abu Firas al-Hamadani dan Abu Tayyib al-Mutanabbi.
Salah satu peradaban Islam yang masyhur di Aleppo adalah benteng/kubu Aleppo, sebuah bangunan yang mengelilingi istana di Kota Tua Aleppo di bahagian utara Syria. Benteng ini merupakan istana tertua dan terluas di dunia. Kompleks megah itu berdiri di sebuah bukit tepat di pusat kota Aleppo, dimana sebelumnya pernah diduduki oleh beberapa pemerintah, seperti: dari Yunani, Bizantium, Ayyubiyah, dan Mamluk.
Dalam laman Republikca.co.id (2/8/12) disebutkan bahawa majoriti bangunan yang bertahan hingga hari ini diperkirakan berasal dari zaman Ayyubiyah. Benteng Aleppo atau ‘Citadel Aleppo’ itu berbentuk elips dengan panjangnya sekitar 450 meter dan lebar 325 meter dengan ketinggian 50 meter dari kaki bukit. Benteng tersebut juga dikelilingi oleh parit yang dialiri air, kedalaman parit itu 22 meter dan lebarnya 30 meter.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2013 di pasaran...

Apabila Perempuan Memandu Kenderaan

Perempuan memandu kereta kini menjadi pemandangan yang sangat lumrah. Di balik fizik perempuan yang umumnya lebih lemah dari laki-laki, bukan alasan untuk tidak menghendaki melajukan kendaraannya di jalan, kendati kadang mereka sering mengalami perubahan hormon. Di setiap sudut jalananan, cukup mudah menjumpai perempuan mengemudikan roda dua mahupun beroda empat ini. Pemandangan yang tentu saja sangat berbeda di tahun-tahun yang lampau. Seiring dengan itu, bahkan laju pertumbuhan otomotif kini sudah banyak dikemas lebih stylish, termasuk sejumlah perlengkapan kereta yang memang dikhususkan bagi mereka. Fenomena ini, di banyak segi, sangat menguntungkan perempuan sendiri. Betapa tidak? Aktiviti sehari-hari yang cukup padat tentulah memerlukan gerak yang lebih cepat. Seperti perempuan yang berkerjaya di luar rumah, para mahasiswi, bahkan ibu rumah tangga sekalipun. Kendati para ibu lebih banyak menghabiskan waktu di dalam rumah, namun untuk kegiatan menghantar dan mengambil anak ke sekolah, ke pasar, mengaji, serta kegiatan-kegiatan lain di luar rumah tentu akan sangat terbantu bila mereka mampu memandu sendiri. ‘Beban’ suami atau saudara yang biasa dimintai tolong untuk menemani mereka, alhasil jadi berkurang. Bahkan, dari sisi ekonominya pun lebih hemat. Anggaran menghantar dan menjemput anak-anak ke sekolah dapat diselamatkan untuk kos rumah tangga yang lainnya. Dan mereka pun semakin berdikari dalam banyak hal. Fenomena perempuan berkereta ini sebenarnya bukanlah hal baru, utamanya dalam sejarah Islam. Sejak zaman Rasulullah s.a.w. sudah banyak para sahabat perempuan yang mahir menunggang kuda, sebagai satu-satunya kendaraan yang paling hebat di zamannya. Rasulullah bahkan telah memberi pesanan pada ibu bapa agar anak-anaknya sedari kecil, tanpa membedakan jenis kelamin, untuk diajarkan berkuda, memanah dan renang. Tiga aktiviti fizik ini diyakini kaya manfaat dalam membentuk keperibadian seorang anak.

Kisah Khaulah binti Azur
Dikisahkan bahawa ada salah satu sahabat perempuan yang paling dikenal mahir menunggang kuda saat itu, diantaranya adalah Khaulah binti Azur. Seorang muslimah yang kuat jiwa dan raga. Sosok tubuhnya tinggi langsing dan tegap. Sejak kecil, Khaulah suka dan pandai bermain pedang dan tombak, dan terus berlatih sampai tiba waktunya menggunakan keterampilannya itu untuk membela Islam bersama para mujahidah lainnya. Diriwayatkan betapa dalam salah satu peperangan melawan pasukan Rom di bawah kepemimpinan Khalid bin Walid, tiba-tiba saja muncul seorang penunggang kuda berbalut pakaian serba hitam yang dengan tangkas memacu kudanya ke tengah-tengah medan pertempuran. Seperti singa lapar yang siap menerkam, sosok berkuda itu mengibas-ngibaskan pedangnya dan dalam waktu singkat menumbangkan tiga orang musuh. Di saat yang sama, pasukan muslim penasaran, siapakah sosok di balik cadar tersebut? Khalid bin Walid yang memimpin tentara Islam pun tidak mengenalinya. Untuk menjawab rasa penasarannya, di tengah medan perang, kuda Khalid diikuti pejuang yang lain diarahkan mendekati posisi Khaulah. “Demi Allah yang telah melindungi seorang pejuang yang berani membela agamaNya dan menentang kaum musyrik. Tolong buka wajahmu!” teriak Khalid. Khaulah belum mahu menjawab pertanyaan pimpinan perang kerana masih banyak musuh yang harus dihadapinya. Khalid mengejar, lalu mengulangi pertanyaannya. Dan akhirnya Khaulah pun menjawab, “Aku Khaulah binti Azur. Aku melihat abangku, Dhirara, tertangkap. Aku datang untuk menolongnya, membebaskan abangku yang berperang di jalan Allah.”  Para pejuang Islam terkejut mengetahui pejuang misteri berkuda itu ternyata seorang perempuan. Keberanian Khaulah teruji ketika dia dan beberapa mujahidah tertawan musuh dalam peperangan Sahura. Mereka dikurung dan dikawal ketat selama beberapa hari. Walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri, namun Khaulah tidak mahu menyerah dan terus menyemangati sahabat-sahabatnya. “Kalian yang berjuang di jalan Allah, apakah kalian mahu menjadi tukang urut orang-orang Rom? Mahukah menjadi hamba-hamba orang-orang kafir? Dimana harga diri kalian sebagai pejuang yang ingin mendapatkan syurga Allah? Dimana kehormatan kalian sebagai muslimah? Lebih baik kita mati daripada menjadi “hamba” orang-orang Romawi!” serunya menyemangati.
Demikianlah Khaulah terus membakar semangat para muslimah sampai mereka pun bulat tekad melawan tentera musuh yang mengawal mereka. Rela mereka mati syahid jika gagal melarikan diri. “Janganlah saudari sekali-kali gentar dan takut. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyak takbir serta kuatkan hati. InsyaAllah pertolongan Allah sudah dekat.” Dan akhirnya, kerana keyakinan mereka, Khaulah dan kawan-kawannya berhasil melarikan diri dari kurungan musuh!

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2013 di pasaran...

Mendatangi Dukun Dan Krisis Keimanan

JIKA orang percaya terhadap dukun/bomoh-bomoh yang mendakwa tahu apa yang terjadi besok, maka sebenarnya ia sedang mengalami krisis keimanan. Kerana nyata-nyata hanya Allah-lah yang mengetahui yang ghaib, selainNya adalah tidak. Cuba lihat iklan-iklan perubatan tradisional dan dukun di berbagai media. Begitu banyak. Berbagai bantuan pemecahan masalah, mulai dari ramalan nasib, kesulitan hidup, masa depan, keadaan ekonomi, mencari jodoh, hingga perubatan alternatif ditawarkan. Cara yang ditawarkannya pun berbagai-bagai, mulai hanya dengan mengirim SMS  dengan kode sekian-sekian serta nombor tertentu, hubungan telefon, pengubatan serta mengatasi masalah secara langsung, hingga datang ke tempat praktik.
Anehnya tidak boleh dimungkiri, di era yang sudah moden, amalan semacam ini masih jadi tujuan banyak orang, terutama mereka yang didera masalah, entah masalah nasib, perniagaan, keluarga, mahupun kesihatan. Mereka lebih percaya kepada orang yang dianggap ‘pintar’, berbanding menemui pihak pakar masalahnya kepada orang yang mahir dengan bidangnya.  Umpamanya, orang yang lagi sedang menderita penyakit, semestinya datang ke doktor, atau orang yang mengalami masalah kejiwaan, semestinya berurusan dengan ahli psikologi. Tapi entah mengapa, bagi sebahagian orang justeru merasa nyaman dan tanpa malu-malu meminta bantuan pada perubatan tradisional atau bomoh. Apalagi jika penampilan pengamal perubatan ini dibungkus dengan pakaian ustaz. Orang-orang tentu mengira bahawa orang ini faham agama dan benar-benar menggunakan cara Islam kerana penampilannya terlihat tidak meragukan. 
Fenomena ini makin menarik dengan berita yang menghiasi lembaran media akhir-akhir ini meskipun ada percanggahan di dalamnya. Ada pegawai-pegawai tinggi, selebriti dan lain-lainnya yang menggunakan jasa bomoh/dukun demi mencapai tujuan yang diinginkan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2013 di pasaran...

Pengertian Puasa Dan Sejarah Diwajibkannya

APA juga ibadat yang mahu kita kerjakan mestilah “Kerana Allah”. Selain dari itu kita mestilah juga tahu hukum hakam tentang ibadah yang mahu kita kerjakan itu. Dalam beribadah kepada Allah, kita tidak boleh main-main ikut-ikut. Ertinya apa yang orang lain buat, kita ikut buat. Tetapi yang boleh kita ikut itu seorang yang ada ilmu dan berpengetahuan agama, maka kita boleh ikut kerana orang itu ada ilmu. Dalam hal ini sebaik-baiknya kita mestilah mempunyai ilmu, sekurangnya kita tahu apa yang kita buat itu betul. Dalam ibadah PUASA juga kita mesti ada ilmu. Kita mesti tahu apa itu puasa, kenapa kita diwajibkan berpuasa. Kita mesti tahu pengertian puasa itu sendiri. Keutamaan dan manfaat puasa. Kita juga mesti tahu puasa sunah, makruh dan haram, manfaat puasa, dan berbagai lagi yang berkait dengan ibadat puasa ini. Sebagai menyambut bulan Ramadan al-mubarak ini, kita siarkan sedikit “pedoman” atau pun panduan untuk kita semua dalam menghadapi puasa ini, iaitu satu ibadah yang penuh dengan cabaran. Puasa menurut bahasa adalah menahan diri (imsyak). Menurut syariat adalah menahan diri dari makan, minum dan bersetubuh serta segala yang membatalkan puasa dengan niat ibadah dari terbit fajar sampai terbenam matahari.
Allah telah mewajibkan puasa terhadap umat Muhammad, sebagaimana telah diwajibkan kepada umat-umat terdahulu. Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa..” (al-Baqarah 2: 183). Puasa diwajibkan berdasarkan ayat tersebut pada hari Isnin bulan Syaaban tahun ke dua Hijrah.
Keutamaan puasa disaksikan dan ditetapkan hadis-hadis berikut. Sabda Nabi s.a.w.: “Puasa adalah perisai dari neraka, seperti perisai salah seorang kamu dalam perang dari serangan musuh.” (Ahmad dan lain-lain, As-Suyuti tidak memberi komentar apa-apa). Dan sabda Nabi s.a.w.: “Siapa puasa sehari di jalan Allah, maka Allah akan menjauhkan mukanya dari neraka dengan puasa hari itu dalam jarak tujuh puluh musim.” (Muttafaq ‘alaih). Juga sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang disebut Rayyan, akan masuk dari pintu tersebut orang yang berpuasa, pada hari kiamat, dan tidak akan masuk melalui pintu itu seorang pun selain mereka. Pintu itu berkata: di mana orang-orang yang berpuasa? Maka berdirilah mereka, di mana tidak akan masuk dari pintu itu seorang pun selain mereka. Apabila mereka telah masuk, maka pintu itu pun ditutup, dan tak akan masuk lagi dari pintu itu seorang pun.” (Ibnu Sini dan Abu Na’im. Dianggap hasan oleh Suyuti). Puasa punya manfaat, baik kejiwaan, sosial, mahupun kesihatan. Di antara manfaat kejiwaan ialah, puasa itu membiasakan orang sabar dan memperkuat kesabaran, mengajarkan pengendalian nafsu dan membantu mengendalikan  diri, melahirkan takwa dalam jiwa dan mendidiknya. Khususnya takwa, merupakan akibat yang ditimbulkan oleh puasa, sebagaimana disebutkan dalam firman Allah: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah 2: 183). Diantara manfaat sosial kemasyarakatan ialah puasa menjadikan umat disiplin dan bersatu. Cinta keadilan dan persamaan serta membentuk ras kasih sayang dan berbuat kebajikan di kalangan orang-orang beriman, serta menjaga masyarakat dari kejahatan dan merosakkan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2013 di pasaran...

Ustaz Don Beri Kuliah Atas Langit

PADA bulan April yang lalu iaitu dari 18 hingga 30 April saya mengikuti rombongan “Pakej” Umrah oleh Tabung Haji Travel. Dalam pakej ini, Tabung Haji namakan pakej tersebut sebagai “UMRAH CINTA RASUL”. Seorang ustaz yang terkenal di kebelakangan ini iaitu “Ustaz Don Daniyal Don Biyajid” ikut sama.
Beliau yang lebih disenangi dengan panggilan “Ustaz Don” saja ikut sama sebagai “Penguat Hati” para jemaah dalam Pakej ini. Tugasnya menyampaikan “agama” kepada mereka yang sudah beragama, dan menyampaikan “ISLAM” kepada orang Islam. Sangat baik dan mulia nuraninya dalam menyampaikan ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah sepanjang berada di Tanah Suci itu. Tabung Haji Travel kali ini, pakejnya tetap seperti biasa. Kami diuruskan dari lapangan terbang KLIA sehingga ke terminal Haji lapangan terbang di Jeddah dengan baik dan cemerlang. Di KLIA, ia sudah menyediakan petugas-petugasnya yang akan mengelolakan bagasi, dan apa juga hal yang berkaitan dengan pemergian kami. Kami dibekalkan dengan ‘name tag’, dengan beberapa surat yang berbentuk maklumat-maklumat yang memudahkan kami berkomunikasi dengan pegawai-pegawainya dalam pesawat mahupun ketika sampai di Jeddah. Sebelum berangkat, kami diberi taklimat dari pelbagai maklumat hinggalah kepada masalah-masalah lain. Sebagaimana biasa, taklimat itu disampaikan oleh pegawai-pegawai Tabung Haji dari ibu pejabat TH Travel Kuala Lumpur. Selain dari beberapa orang pegawai dan pembimbing-pembimbing ibadah yang ikut sama dalam rombongan ini, pegawai dan kakitangan TH Travel juga berada di Jeddah untuk menyambut rombongan kami. Pendek kata sebagaimana biasa, kami tidaklah bersusah payah untuk mengelolakan bagasi kami dari bas, diangkut diheret untuk di bawa ke hotel. Kita cuma mempastikan saja bahawa bagasi kita itu ada. Dengan tanda-tanda yang disediakan oleh kita sendiri, semua itu diuruskan oleh kakitangan Tabung Haji yang ikut sama, dan yang sedang menanti di Jeddah. Itulah satu keistimewaan apabila ikut dengan pakej TH Travel. Pegawai-pegawai dan ustaz-ustaz yang ikut sama dalam rombongan kami ini ialah Ustaz Mohd Fikri Muhamed Khusainy, Ustaz M. Izzat Zulhasni, Ustaz Mohd Fakhrunizam, Ustaz M. Fakhrulhadi, Ustaz Ahmad Sobi. Saya diberitahu bahawa Tabung Haji Travel menggunakan tenaga kerja mereka bagi membantu para jemaah Umrah sepanjang berada di Makkah dan juga di Madinah. Mereka bertugas sebagai pembantu, memberi penerangan-penerangan berhubung dengan masalah umrah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ustaz Fakhrulnizam misalnya bertugas “Bas nombor 2”. Dia yang disenangi dengan panggilan Ustaz Nizam aje, bukan saja membantu sebagai penasihat, tetapi juga turut bekerja kuat menolong mengangkat bagasi, dan keperluan yang diperlukan oleh jemaah yang agak uzur dan kurang tenaga untuk angkat itu dan ini. Ustaz Nizam dan Ustaz-Ustaz muda yang lain kelihatan banyak membantu para jemaah terutama mereka yang agak uzur. Pakej TH Travel ini menyediakan pelbagai program sepanjang berada di Makkah di Madinah. Ustaz Don yang kelihatan bukan saja “popular” dikalangan jemaah kita, tetapi juga popular dikalangan jemaah yang bukan Pakej Tabung Haji yang bertemu dengannya. Sehingga beliau kelihatan penat bergambar dengan orang itu dan orang ini. Meminta menandatangani itu dan ini sebagai tanda kenangan bertemu dengan Ustaz Don di tanah suci Makkah dan Madinah. Sepanjang berada di Makkah, Ustaz Don bersama dengan Ustazah Hajjah Yusnah binti Yusuf telah memberikan ceramah sebagai “penyubur iman”, dengan beberapa penjelasan berhubung dengan Umrah, mengenai Tawaf Wada’. Tawaf Umrah, Sa’i dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Ibadah Umrah. Ustaz Don pula bertindak sebagai “penceramah motivasi”. Beliau mempunyai gaya tersendiri, dan menyebabkan kita tidak merasa jemu untuk mengikuti ceramahnya dari awal hingga akhir. Sehingga dalam pesawat beliau telah diberi peluang oleh Kapten pesawat MAS untuk menyampaikan “tazkirahnya”. Memang tazkirahnya menarik bercerita kisah Israk dan Mikraj. Seorang sahabat yang ada disebelah saya berbisik: “Ustaz Don beri kuliah atas langit...”
Dalam tulisan ini saya menyentuh sedikit tentang makanan yang disediakan di Hotel di Makkah. Nampaknya kali ini TH Travel meletakkan para jemaah di Hotel Royal Orchid, di Safwah Tower, di hotel Royal Dar Eiman.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2013 di pasaran...

Ustaz Don Daniyal: 'Sempoi' Istimewa Orangnya

Tabung Haji Travel (TH Travel) nampaknya telah menggunakan tenaga “Ustaz Don” dalam pakej mengerjakan Umrah untuk beberapa waktu yang lalu. Dengan penyertaan sama Ustaz Don, jemaah ramai yang ikut sama dalam pakej tersebut. Pada 18 hingga 30 April yang lalu, TH Travel telah mengundang Ustaz Don ikut sama dalam pakej ini. Saya diantara hampir 250 jemaah Umrah yang ikut serta. Selama ini saya mengenali Ustaz Don hanya menerusi rancangan agama ‘30 minit Ustaz Don’ di TV Hijrah. Memang menarik cara dan gaya Ustaz Don menyampaikan kuliahnya. Memang pun saya bercadang untuk bertemu dengannya, berkenalan dan berdepan dengannya untuk berbual-bual dan bersembang-sembang, kerana kelihatan “pendekatannya” sesuai dengan para remaja. Kebetulan ketika berada di Makkah, Ustaz Don pula ditugaskan untuk membimbing para jemaah dengan memberi ceramah dan kuliah, maka saya ambil peluang untuk bersembang-sembang dengannya. Dalam sembang-sembang secara tidak rasmi itu, Ustaz Don memang sentiasa bercakap “loghat” Penang. Istilah-istilah yang digunakannya kebanyakan istilah “orang-orang utara”. Pernah satu ketika Ustaz Don telah menyebut demikian: “Kita sebagai umat Islam jangan sekali-kali membuat “Tahana” terhadap orang lain, kerana perbuatan itu melanggar disiplin agama.”
Seorang jemaah yang ada disebelah saya bertanya saya: “Apa maksud Tahana itu?” Saya memberitahu sahabat itu bahawa “Tahana” maksudnya jangan buat anianya kepada orang lain.” “Apa pula disebut tahana? Tak adakah istilah lain?” Saya tidak jawab sungutan itu, tetapi tersenyum saja. Memang Ustaz Don seorang yang “kelakar”. Setiap apa yang disebutnya membuat kita tersenyum, dan kadang-kadang juga boleh ketawa besar. Nama penuhnya ialah Haji Don Daniyal Don Biyajid lahir bulan November 1984. Usianya baru mencecah 28 tahun. Saya anggap seorang pemuda yang sangat bernasib baik, kerana dalam usia yang muda begini mempunyai pendidikan dan berpengetahuan agama yang agak mendalam. Beliau yang berasal dari Pulau Pinang, dan sekarang menetap di Bangi Selangor. Ustaz Don meneruskan pengajiannya di Mesir, dan memiliki ijazah “Sarjana Muda Takhassus Qiraat, dan sekarang ini bertugas sebagai pensyarah tetap di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Beliau sebagai pendakwah bebas yang bertauliah dari Pulau Pinang dan Selangor. Pendekatannya kepada para remaja. Dalam berdakwah, Ustaz Don dalam penyampaiannya bersahaja, dan memiliki unsur-unsur yang orang tertarik cara pendekatannya itu. Dia banyak menyimpan cerita-cerita agama yang menarik. Dalam kuliah-kuliahnya, Ustaz Don kadang kala melontarkan juga kisah-kisah agama yang belum pernah didengar oleh sebahagian orang. Beliau mula mencipta nama menerusi slot tazkirah “ihya Ramadan” di TV Al-Hijrah dalan tahun 2011. Dia semakin dikenali orang terutama umat Islam dengan penampilan rancangan “sempoi” dan dengan program “30 minit Ustaz Don”, yang menjurus kepada dua subjek iaitu “Bicara fardu ain dan Al-Quran”.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2013 di pasaran...

Nilai Perempuan Berhijab

Perempuan berjilbab dan namun ‘payu daranya’ terlihat menyeruak. Perempuan berhijab dan pusatnya yang tersingkap. Perempuan berkerudung dan mulut yang tak pernah kering bergossip/mengumpat. Berkali-kali, dalam momen yang tidak seragam, saya menemukan saudari-saudari semuslim yang modelnya demikian. Entah kenal secara langsung atau tidak, baik berjumpa kerana urusan pekerjaan, mahupun kerana urusan lain-lainnya. Saya kira, saya tidak sendirian. Barangkali, anda pernah melihat atau bahkan berkawan dengan wanita yang memiliki ciri-ciri seperti itu. Lalu, adakah yang salah? Adakah yang mesti diluruskan? Adakah yang mengganjal benak kita? Sungguh, saya bukan ‘polis’ atau pengawal moral. Saya juga bukan ustaz, apalagi ulama dan kiai yang pandai berbicara soal agama; bukan  seseorang yang fasih kutap-kutip ayat-ayat Tuhan dan sejumlah hadis Rasulullah s.a.w. Kerananya, saya tidak ingin menghakimi yang demikian, tidak ingin memasuki apakah sang pemakai (yang berhijab) berdosa atau tidak. Tapi, hati nurani saya acapkali tergelitik dengan tanda tanya ini: Bagaimanakah menemukan sesuatu yang indah dan mengagumkan pada sosok muslimah dengan karakter demikian? Hati kecil saya mencari-cari jawapan ini dan munculah pertanyaan berikut ini: Apakah sebenarnya makna jilbab, hijab, dan kerudung (tudung) bagi para perempuan yang – katanya sudah menutup aurat itu? Ya, saya takjub untuk mereka yang memilih berjilbab dan berhijab itu. Saya kagum atas kesediaan mereka menutup aurat atas dasar perintah agama – meski ada juga sebahagian ulama yang menafsirkan firman Allah [QS. 33 (Al-Ahzab): 59] sekitar jilbab bukan sebuah keharusan - di tengah deraan budaya yang serba konsumtif dan hedonis ini. Namun, sekadar “menutup aurat” saja tidak cukup. Diperlukan kemahuan “belajar Islam” kembali untuk memaknai batasan aurat, misalnya, untuk kes perempuan yang berjilbab tapi seringkali pusat dan dedahan bahagian dadanya tersingkap di ‘nikmati’ oleh orang awam. Diperlukan kerendahhatian seorang muslimah untuk “memaknai menutup aurat” dari aspek batiniah, misalnya, untuk kes perempuan berhijab tapi masih suka menggosip [mengumpat/memfitnah/bermulut cabul] itu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2013 di pasaran...

Pakaian Muslimah: Bermewah Atau Menunjuk-Nunjuk

“Kamu tahu tak berapa harga pakaian muslimah yang dipakai model ini?” Tanya sahabat saya seraya menunjuk sebuah majalah wanita muslim edisi terbaru. “Tak...” jawab saya sambil geleng-geleng kepala.
“Cuba kamu teka-teka aje...” Pintanya lagi. “Hmm. Paling-paling RM500...” Jawab saya agak-agak saja.
“Hahaha. Salah besar tu...”  balasnya penuh kemenangan, mentertawakan “kebodohan” saya soal trend busana muslimah saat ini.  “Cuba teka lagi...” kerana penasaran, saya meminta sahabat saya itu untuk segera menghentikan kuiz teka-tekaan ini.  “Cukup! Berapa memangnya?” “RM5,000 la saudara...” Hah! 5 ribu ringgit. Patut-patutkah. Benar-benar tidak masuk dalam akal saya. Kala itu, jujur, saya sempat istighfar berkali-kali ketika sahabat saya itu menjelaskan maklumat lainnya. Bahawa butik-butik busana atau pakaian muslimah sekarang memang mempunyai pelanggan wanita-wanita muslim, kaya raya, dan ingin bergaya dan menunjukan kedudukan sosialnya. Bahawa “label” busana muslim itu seperti tak ubahnya pakaian bukan Islam.  “Anda adalah apa yang anda pakai,” kian menegaskan bahawa pakaian (dalam dunia Islam) sudah terlajak pemaknaannya; menjadi berlebihan dan menjerumuskan budaya kemewahan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2013 di pasaran...