Monday, July 8, 2013

Mendatangi Dukun Dan Krisis Keimanan

JIKA orang percaya terhadap dukun/bomoh-bomoh yang mendakwa tahu apa yang terjadi besok, maka sebenarnya ia sedang mengalami krisis keimanan. Kerana nyata-nyata hanya Allah-lah yang mengetahui yang ghaib, selainNya adalah tidak. Cuba lihat iklan-iklan perubatan tradisional dan dukun di berbagai media. Begitu banyak. Berbagai bantuan pemecahan masalah, mulai dari ramalan nasib, kesulitan hidup, masa depan, keadaan ekonomi, mencari jodoh, hingga perubatan alternatif ditawarkan. Cara yang ditawarkannya pun berbagai-bagai, mulai hanya dengan mengirim SMS  dengan kode sekian-sekian serta nombor tertentu, hubungan telefon, pengubatan serta mengatasi masalah secara langsung, hingga datang ke tempat praktik.
Anehnya tidak boleh dimungkiri, di era yang sudah moden, amalan semacam ini masih jadi tujuan banyak orang, terutama mereka yang didera masalah, entah masalah nasib, perniagaan, keluarga, mahupun kesihatan. Mereka lebih percaya kepada orang yang dianggap ‘pintar’, berbanding menemui pihak pakar masalahnya kepada orang yang mahir dengan bidangnya.  Umpamanya, orang yang lagi sedang menderita penyakit, semestinya datang ke doktor, atau orang yang mengalami masalah kejiwaan, semestinya berurusan dengan ahli psikologi. Tapi entah mengapa, bagi sebahagian orang justeru merasa nyaman dan tanpa malu-malu meminta bantuan pada perubatan tradisional atau bomoh. Apalagi jika penampilan pengamal perubatan ini dibungkus dengan pakaian ustaz. Orang-orang tentu mengira bahawa orang ini faham agama dan benar-benar menggunakan cara Islam kerana penampilannya terlihat tidak meragukan. 
Fenomena ini makin menarik dengan berita yang menghiasi lembaran media akhir-akhir ini meskipun ada percanggahan di dalamnya. Ada pegawai-pegawai tinggi, selebriti dan lain-lainnya yang menggunakan jasa bomoh/dukun demi mencapai tujuan yang diinginkan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2013 di pasaran...

No comments: