Thursday, July 11, 2013

Salam Kami



ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.Segala puji dan syukur ke hadrat  Allah s.w.t. serta salam dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kita kini menyambut bulan Syaaban 1434. Ini bererti hanya sebulan lebih saja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan, bulan yang sangat mulia dalam kalendar Islam. Menjelang tempoh itu seperti yang kita maklumi, ramai umat Islam dari Malaysia khususnya yang mengambil peluang menunaikan Umrah termasuk pada awal minggu dan pertengahan Ramadan. Hidayah keluaran ini merasa bertuah dapat membuat liputan khas mengenai perjalanan umrah. Lebih bermakna dengan penampilan khas Ustaz Don pendakwah muda yang kian popular di kalangan umat Islam di Malaysia khususn.  Kita memuatkan beberapa halaman khusus mengenai umrah dan perkembangan terbaru di Tanah Suci Makkah dan Madinah yang dilakukan oleh wakil Hidayah sendiri yang berkesempatan mengikuti pakej umrah baru-baru ini.
Liputan berkenaan dirasakan boleh memberi manfaat kepada para pembaca yang bercadang untuk ke tanah suci sebelum atau selepas Hari Raya Aidlfitri akan datang. Alhamdulilah, kita juga memaparkan beberapa kisah iktibar yang boleh dijadikan pengajaran bersama. Menariknya ialah kisah-kisah mengenai menunaikan haji dan karenahnya berdasarkan kisah yang benar-benar terjadi.
Anda juga sewajarnya mengikuti rencana “Sedikit Pedoman dalam Mengerjakan “Haji” dan Umrah” sebagai bekalan pengetahuan sebelum melangkah ke tanah suci Makkah dan Madinah.
Disamping itu pembaca juga harus membaca mengenai Tokoh KH. Zaenal Mustofa yang mati syahid kerana menentang tentera Jepun di Indonesia. Semangat dan inspirasinya dalam menentang kezaliman Jepun itu dapat kita kongsi bersama terutama bagi generasi yang dilahirkan selepas Perang Dunia ke-2 itu. Juga jangan lupa membaca rencana “Menimba Rezeki Tuhan” dan lain-lainnya.
Terima kasih kerana terus memberi sokongan kepada Hidayah yang telah berbelas tahun berada dalam tatapan pembacanya di nusantara ini.
Kita berjumpa lagi dalam keluaran akan datang, InsyaAllah.
Wassalam!

Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my


No comments: