Sunday, November 13, 2011

Variasari Keluaran November 2011


Sudahkah anda memiliki Variasari edisi November 2011? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan...

Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai.

Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.

Dapatkan segera majalah Variasari keluaran November 2011 sebelum terlambat.

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.

Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin


Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Dalam Variasari November 2011











Hidayah November 2011





Hidayah keluaran November 201
1 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja Dalam Hidayah...

Langganlah Segera Melalui Pos





















Kepada pembaca yang melanggan secara online e-mailkan kepada kami salinan resit bayaran bersama maklumat peribadi serta tarikh mula majalah yang anda ingin kami hantarkan...ke alamat: majalahhidayah@yahoo.com

Salam Kami November 2011

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur kita ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Diam tak diam, masa terus merangkak pantas. Ketika ini sudah jutaan umat Islam seluruh dunia yang berkumpul di tanah suci Makkah dan Madinah bagi menyahut panggilan haji. Alhamdulilah, ribuan rakyat Malaysia turut bersama-sama dalam lautan manusia yang menjadi ‘tetamu Allah’ pada tahun ini. Walaupun dikatakan kouta jemaah haji dari Malaysia telah bertambah, namun difahamkan ratusan ribu bakal-bakal haji yang berdaftar dengan Tabung Haji masih menunggu-nunggu giliran mereka untuk ke tanah suci. Bagaimanapun kita mengalu-alukan keutamaan yang diberikan kepada mereka yang berusia lebih 70 tahun untuk menunaikan fardu haji buat pertamakali. Ini adalah wajar kerana mereka yang berusia lanjut begini harus diutamakan. Ini bukan bermakna bakal haji di bawah usia berkenaan boleh diketepikan, tapi peluang mereka akan tiba juga apabila sampai ke usia 70 jika dipanjangkan umur. Andai sementara menunggu ‘giliran’ tiba-tiba dipanggil kembali ke rahmatullah, niat mereka menunaikan haji itu rasanya sudah memadai. Allah saja Yang Maha Tahu... Hidayah seperti biasa keluaran ini menyajikan kisah-kisah iktibar yang menarik untuk direnungi. Salah satu kisahnya ialah mengenai seorang penjual petrol bermotosikal yang begitu gigih menabung wangnya sedikit demi sedikit akhirnya mampu menunaikan haji hasil ketekunannya itu. Disiplinnya wajar dicontohi. Kisah iktibar utama pula memaparkan kematian seorang lelaki yang meninggal dunia selepas memimpin majlis bacaan yasin di rumahnya. Dia hanya seorang rakyat biasa dengan segala kesederhanaannya dimuliakan dengan kematian ‘husnul khatimah’. Sementara iktibar lainnya pula mengisahkan bagaimana seorang ‘tokoh ulama’ tempatan yang dipanggil ‘kiai’ yang dihormati mengalami permasalah ketika upacara pengkebumiannya. Ianya boleh dijadikan renungan bersama. Itulah sebabnya kita digalakkan membaca doa berikut ini sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Wahai Tuhan kami, berikanlah kebaikan bagi kami di dunia dan di akhirat, serta hindarkanlah kami dari seksa neraka.”(Al-Baqarah: 201) Kami alu-alukan anda terus menghayati majalah ini. Jadikan ianya sebagai kunci untuk anda berjinak-jinak dengan kitab-kitab agama yang akan memberi anda ilmu dan pengisian fikrah sementara menunggu waktu ‘tutup usia’. Terima kasih kerana terus menyokong Hidayah dan menjadi pembaca setia majalah ini.
Wassalam!

Pengarang

Shahimisaifulislam@Yahoo.com.my.

Perbuatan Sihir Syirik

SEKARANG ramai yang terkena “sihir”. Ada orang apa yang disebutkan orang sebagai “bomoh” melakukan kerja-kerja haram ini. Mereka yang melakukan kerja-kerja ini pada hakikatnya tidak mengerti tentang “ilmu agama”. Mereka “buta kayu”. Asalkan mereka dapat duit, apa kerja pun akan mereka buat. Mereka (bomoh) yang melakukan perbuatan sihir ini sebenarnya meminta pertolongan dari makhluk lain. Mereka bukan meminta pertolongan kepada Allah s.w.t. Mereka meminta pertolongan dari makhluk “jin” dan syaitan. Sebenarnya, perbuatan ini merupakan satu dosa besar. Dan perbuatan ini juga termasuk dalam kategori dosa-dosa yang disenaraikan oleh para ulama. Dalam drama-drama, cerita-cerita orang kena sihir dijadikan drama, kita lihat mereka “terpekik, terlolong” bila ada golongan “agamawan” mengubati orang yang terkena sihir itu. Konon yang “terjerit dan terlolong”, bukanlah orang yang “sakit” itu, tetapi makhluk halus yang meresap dalam diri orang tersebut. Apa yang disebut orang itu terkena “sihir”. Ia dilakukan oleh mereka yang ada menyimpan atau konon “memelihara” makhluk halus seperti jin dan lain-lainnya dalam usaha untuk meminta pertolongan jenis-jenis ini melakukannya. “Hukumnya adalah salah” sama sekali. Agama tidak membenarkan kita berbuat demikian. Kita menganiaya orang lain untuk kepentingan kita. Bomoh yang melakukan kerja-kerja mungkar ini dikira “subahat” akan menerima dosa sama yang diterima oleh pelakunya itu. Sebenarnya, syaitan dan jin tidak akan melayan tukang-tukang sihir ini sehingga tukang-tukang sihir ini jadi “kafir” sama ada dari segi ucapannya atau pun perbuatannya. Semakin kerap tukang sihir membuat maksiat terhadap Allah s.w.t., maka syaitan dan jin semakin dekat dan taat kepadanya. Pernah dilaporkan mengenai satu kisah dimana seorang tukang sihir yang terkenal dimana tidak boleh mensihir dan syaitan tidak mahu datang kepadanya, sehingga tukang sihir itu menjadi Al-Quran sebagai ‘alas kaki’. Ini adalah merupakan satu kekafiran yang nyata malah disedari oleh tukang sihir itu sendiri, tetapi yang paling menyedihkan ada tukang sihir yang kafir kepada Allah dimana dia sendiri tidak menyedarinya. ‘Jampi mentera’ yang mereka baca dan ‘azimat’ yang mereka tulis sebahagian besarnya adalah kerja-kerja syirik dan kekafiran secara nyata, malah ditulis dengan huruf yang tidak difahami. Kadang-kadang mereka memasukan ayat-ayat Quran supaya orang-orang bodoh mengira bahawa mereka tidak memakai azimat (tangkal) dan mentera selain Quran. Ada diantara tukang-tukang sihir ini tidak menyedari tentang dirinya sendiri. Mereka juga bersembahyang, berpuasa, tetapi perbuatan-perbuatan syirik masih dilakukan. Orang-orang seperti inilah orang yang rugi dunia dan akhirat. Kerugian ini merupakan kerugian yang amat jelas dan nyata sekali. Kadang-kadang timbul juga dalam masyarakat kita orang bercakap apakah jin juga ada tinggal di rumah-rumah manusia? Soal itu boleh jadi benar dan boleh jadi tidak, tetapi, kisah-kisah dizaman Rasulullah s.a.w. mengenai jin ini ada diceritakan. Kisah-kisah serupa ini banyak terjadi, dan sebahagiannya ada diceritakan dalam buku-buku agama yang memperkatakan tentang makhluk jin ini. Bagaimana pun, setengah darinya ada yang tidak benar, kerana kadang-kadang ada sebahagian orang membuat cerita-cerita dusta untuk tujuan peribadi dan kepentingan duniawi. Sebenarnya, dalam masyarakat sekarang memang kita tidak dapat mengelakkan diri daripada perbuatan-perbuatan yang melibatkan syaitan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

Hilangnya Akhlaqul Karimah

Allah s.w.t. berfirman: “DAN kalau kami kehendaki, sesungguhnya kami tinggikan darjatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaukannya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkanya dia akan menjulurkan lidahnya juga. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kepada mereka kisah-kisah ini agar mereka berfikir.” (Al-A’raf: 176). Fahamilah firman Allah Taala berikut ini pula: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja dengan mengharap keredaanNya dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan dunia ini, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menurut hawa nafsunya dan adalah keadaanya itu melewati batas”. (Al-Kahfi: 28) Dewasa ini kita sebenarnya berada dijurang keparahan akhlak, dimana ianya amat sulit untuk kita menemukan akhlak mulia di sekitar kita, keramahtamahan menjadi curiga diantara kita, amanah kekuasaan berubah menjadi perlumbaan memupuk kekayaan, kekuasaan menjadi alat menjual beli. Kesucian diri dinodai dengan hancurnya sikap ramah tamah dalam pergaulan dan berkasih sayang diantara kita. Masjid dan surau menjadi sepi sedangkan pusat-pusat hiburan dipenuhi manusia-manusia yang tidak pernah puas menemui keperluan duniawi. Alangkah betulnya perkataan seorang pujangga, “Bahawa perut manusia tidak akan pernah kenyang, kecuali dengan segumpal tanah dari dalam kuburnya.” Akhlakul karimah adalah ciri-ciri orang beriman, para nabi dan pengikutnya adalah sekelompok manusia yang selalu mengajak manusia untuk kembali kepada jati diri agar menjadi hamba Allah yang sejati. Dalam mereka membentuk peribadi manusia yang cinta damai dan menyebarkan kesejahteraan bagi umat sejagat, mereka selalu berzikir kepada Allah siang dan malam, jiwa mereka tunduk kepada kebesaran ilahi dan dunia ini ditempatkan dibawah telapak kaki mereka. Setelah itu generasi mereka diganti dengan orang-orang yang memperuntukkan hawa nafsu. “Maka datanglah sesudah mereka sebagai penganti yang jelek yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.” (Maryam: 59).
Dewasa ini banyak kita lihat kaum muslimin yang meninggalkan solat, ingatlah bahawa meninggalkan solat itu adalah seburuk-buruk keadaan, kerana solat itu adalah tiang agama dan benteng diri dari godaan hawa nafsu. Inilah yang menyebabkan kegagalan manusia menuju puncak jaya. Ulama diperlekehkan sedangkan dukun dan bomoh dipuja, tokoh-tokoh agama dikecam hebat kerana menjalankan syariat Allah, sedangkan seorang penzina dipuja-puji. Ingatlah bahawa Allah Maha Pengatur dan Dia maha Tahu akan keperluan hamba-hambanya.
Firman Tuhan yang bermaksud: “Dan tidak satu pun makhluk yang bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat menyimpannya, semuanya tertulis dalam kitab yang nyata(Loh Mahfuz).” (Hud: 6).

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

Ajal Setelah Membaca Yasin

CERITA yang terjadi di sebuah kampung di tepi jalan raya pantura, Jawa Tengah ini, tentu boleh menjadi nasihat bagi kita semua bahawa kematian bukan hanya datang secara tiba-tiba, tapi juga ehwal bagaimana husnul khatimah kematian yang menjemputnya. Tiga tahun lalu, bertepatan pada malam Jumaat, bulan kelihatan terang purnama. Langit penuh bintang gemintang bertaburan. Cahaya lembut bulan dan bintang yang mempesona di malam Jumaat itu memancarkan cahayanya di sebuah rumah sederhana bercat putih milik Awang, 50. Di ruang tengah rumah itu, dua lampu neon dipasang hingga tampak terang dibandingkan dengan rumah yang lainnya.
Malam itu, suasana rumah Awang memang berbeda dari hari biasanya. Maklum, pada malam itu dia mendapat giliran menjadi tuan rumah untuk menganjurkan acara membaca ‘Yasin’. Memang menjadi tradisi pengajian berkumpulan membaca yasin itu sudah lama berlangsung, bahkan hingga kini masih dipelihara terus. Acaranya dilangsungkan setiap malam Jumaat, dan diadakan secara bergiliran dari satu rumah ke rumah lainnya. Kerana sudah menjadi acara rutin, dan anggotanya adalah orang-orang kampung dalam kawasan Rukun Tetangga (RT), maka Awang tak perlu mengundang orang-orang itu untuk datang. Setiap warga akan berusaha datang sendiri, kecuali jika sedang berhalangan. Dalam acara itu, tidak jarang, dijadikan pula sebagai majlis silaturahmi dan pertemuan peringkat RT secara tak rasminya. Bahkan dalam acara Yasin itu, kerap dijadikan tempat pengumpulan dana atau yuran bulanan jika ada salah satu anggota yang sedang dalam kesusahan, seperti sakit atau ditimpa musibah lain. Malam merangkak perlahan. Azan waktu isyak sudah lama berlalu, bahkan solat isyak berjemaah di surau pun sudah usai 20 minit yang lalu, tapi warga tak langsung datang ke rumah Awang. Memang, ada sebahagian yang langsung datang setelah selesai dari surau, tetapi sebahagian ada yang singgah ke rumah mereka terlebih dulu. Di depan rumahnya, Awang berdiri menunggu para tetamunya dan menyambut dengan ramah. Satu per satu orang-orang berdatangan. Tak lama kemudian, hampir sebahagian warga sudah berkumpul dan duduk bersila di dalam rumah Awang. Tapi Awang, orang yang dituakan dan menjadi pemimpin dalam setiap acara pengajian Yasin, belum ada dalam majlis. Warga yang sudah datang, berbual antara satu sama lainnya. Selang sepuluh minit kemudian, Awang yang ditunggu-tunggu akhirnya datang. Tak perlu berbasa basi, Awang sebagai tuan rumah lalu membuka acara. Pengajian Yasin itu pun dimulai. Alunan zikir dialunkan dan pembacaan surat Yasin pun dimulai dengan tertibnya. Hingga tidak terasa, waktu sudah berlalu dan acara tinggal ditutup dengan membaca doa. Dengan suaranya yang serak, Awang membacakan doa. Warga yang berkumpul di rumah Awang pun mengaminkannya. Entah apa yang ada di hati Awang. Ia terlihat khusyuk memimpin doa, dengan tangan menengadah ke atas. Tapi, kepalanya terlihat tampak terantuk-antuk. Namun demikian, dia masih mampu menegakkan kepalanya, tetap terlihat khusyuk. Hingga akhirnya doa pun selesai. Orang-orang menangkupkan kedua tangan dan berharap doa yang baru dipanjatkan oleh Awang itu terkabulkan. Tetapi, beberapa saat kemudian, seusai memimpin doa itu, Awang yang kebetulan menjadi tuan rumah hendak mengungkapkan rasa terima kasih dan bercakap sepatah dua kata, tiba-tiba, ia terkulai lemah dan rebah ke lantai. Warga yang ikut pengajian Yasin itu masing-masing terperanjat. Seketika, orang-orang panik, tak tahu apa terjadi dengan Awang. Sukri, yang kebetulan tepat berada di sebelah Awang terkulai itu, segera bertindak cekap. Dia berusaha memeriksa keadaan Awang. Sementara itu, orang-orang merebahkan lelaki itu yang baru habis memimpin doa tersebut. Beberapa saat kemudian, orang-orang tahu bahawa Awang ternyata telah tutup usianya. Setelah diperiksa, tak ada denyut nadi lagi di tangan Awang, tak ada tanda-tanda kehidupan. Jantung Awang pun berhenti berdegup. Para hadirin terkejut menghadapi peristiwa itu. Mereka digelayuti perasaan sedih. Baru sekitar sepuluh minit yang lalu, mereka berdoa bersama-sama Awang. Kini lelaki yang belum lagi memasuki usia emas itu sudah pulang kembali ke rahmatullah. Akhirnya, tubuh lelaki itu diusung ke ruang tengah rumahnya. Berita duka pun segera diumumkan melalui pembesar suara surau. Maimunah, 50, isteri Awang yang waktu itu sedang dalam keadaan uzur, tak dapat berbuat apa-apa, kecuali bersimpuh dan sesekali menatap jenazah si suami yang sudah tak bernyawa lagi. Ia ditikam rasa sedih dan terkejut. Kini, dia harus sendiri, kerana selama berpuluh tahun berkahwin dengan Awang, Allah belum memberi kurnia cahaya mata mereka. Itulah yang membuat dia kian dilanda sedih. Si suami yang selama keuzurannya selama ini merawat dan mengambil berat terhadap dirinya, kini ternyata meninggalkannya lebih dulu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

Liang Lahad Jenazah Kiai Menyempit

KETIKA menyebut nama KH. Dahlan (nama samaran), semua orang di Kampung Jeruk di daerah S, mengenalinya sebagai sosok ulama yang cukup disegani. Tidak saja kerana dia ‘orang tua’, tetapi juga kerana kepintarannya dalam bidang ilmu agama. Kerana itu, banyak orang yang bertanya soal agama kepadanya.
Hanya saja, sayangnya, dia memiliki perangai yang kurang baik, terutama kepada tetangganya. Bukan kerana dia melakukan kejahatan jenayah atau seksual, tetapi kerana dia telah menipu tetangganya sendiri soal ukuran tanah. Hal ini diketahui setelah si tetangga itu mengukur balik tanah miliknya. Setelah diukur, ternyata dia kehilangan 30 meter. Si tetangga merasa tanahnya telah dicuri oleh Kiai. Kerana itu, dia pun melakukan protes. Berbagai bukti diajukannya, baik secara lisan mahupun tertulis, yang menunjukkan bahawa ukuran tanahnya telah dikurangi oleh Kiai. Namun, kiai tetap mengelak. Dia merasa telah melakukan suatu tindakan yang benar. Bukti tertulis yang diajukan oleh tetangganya itu hanyalah sebuah bukti bohong. Bukti yang benar adalah apa yang terjadi saat itu. Intinya, kiai tidak mahu dirinya dituduh telah menambahkan jumlah ukuran tanahnya dengan mengurangi sempadan tanah milik tetangganya. Si tetangga pun tidak ikhlas atas apa yang dilakukan Kiai. Sebab, baginya, 30 meter bukanlah jumlah yang sedikit. Jika harga per meter tanah saja sebesar Rp500 ribu (RM10), maka boleh dikirakan berapakah jumlah kerugiannya, sekitar Rp15 juta (RM5,400). Ini adalah jumlah yang tidak sedikit bagi orang kampung seperti dirinya. Apalagi jika harganya Rp.1juta (RM20)/meter. Maka, dia pun kehilangan Rp.30 juta (10,950). Jika hilang kerana disumbangkan ke taman bimbingan asuhan fakir miskin dan anak yatim, mungkin tidak akan menjadi masalah. Tapi, ini hilangnya kerana dicuri orang. Malangnya, yang mencuri itu adalah seorang yang disegani di kampungnya! Namun, si tetangga yang kemudian diketahui bernama Amri itu tidak berani menuntut lebih jauh kerana yang dihadapinya adalah seorang kiai yang disegani. Kerana itu, yang boleh dia lakukan hanyalah memendam rasa kesal dalam hati dan mendoakan semoga kiai mahu bertaubat dan kemudian mengembalikan haknya.

Sebut Tanah Saat Sakit
Entahlah, kenapa kiai berani mengambil tanah tetangganya. Padahal, disedarinya, dia adalah seorang kiai yang disegani. Dia tidak sedar bahawa perbuatannya itu akan merugikan umat. Sebab, orang yang diteladani saja berbuat curang pada orang, apalagi umatnya. Namun, hal itu rupanya tidak pernah disedarinya. Gelapnya mata pada dunia, rupanya membuat hatinya ikut redup. Nyala batinnya sudah tidak benderang kerana gilanya pada harta dunia, yang sebenarnya tidak layak dilakukan seorang kiai yang sangat mengerti tentang agama. Tapi, itulah yang terjadi pada KH. Dahlan. Hingga sakit keras merenggutnya, persoalan tanah yang dirampasnya itu belum selesai juga. Parahnya, di tengah sakitnya yang tenat, dia justeru masih menyebut: “Tanah...tanah..!” Rupanya, dalam otaknya masih mempunyai rasa takut jika sewaktu-waktu tanahnya itu akan diambil kembali oleh tetangganya. Kerana itu, spontan saja yang keluar dari mulutnya saat sakaratul maut adalah tanah dan tanah.
Pemandangan ini tentu saja menjadi perhatian khusus para tetangganya, tak terkecuali keluarganya sendiri. Sebab, sekelas kiai di saat ajal hendak menjemputnya pun justeru dia menyebut hal-hal yang sifatnya duniawi, bukan zikir seperti yang sering dia ajarkan kepada umat. Inilah yang disebut dengan “logik amal”. Tubuh kita pada akhirnya dikendalikan oleh amal dan Allah kadang-kadang menampakkannya saat sakaratul maut. Ertinya, meski otak kita sebenarnya waras, tapi amal buruk akan menuntun seseorang untuk melakukan sesuatu yang sesuai dengan perbuatannya tersebut. Dalam kes KH. Dahlan seperti itu adanya. Meski otaknya masih dalam keadaan sedar, tapi amal buruk telah menuntunnya untuk mengatakan sesuatu yang tidak patut diucapkan oleh seorang kiai di akhir hayatnya. Inilah yang disebut dengan “logik amal”. Maka, setelah berjuang keras untuk lepas dari rasa sakitnya, akhirnya, kiai meregang nyawa dalam keadaan yang kurang baik, sebab dia menyisakan “perasaan sakit” tetangganya. Hingga kematiannya, kiai belum meminta maaf kepada Amri dan sebaliknya, Amri pun belum dapat memaafkan kiai yang tidak lain adalah tetangganya itu. Kematian kiai membuat tanda tanya banyak orang, terutama para tetangganya. Apalagi, setelah itu, warga dikejutkan dengan sebuah khabar tentang anehnya proses penguburan jenazah kiai.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

Alam Kubur Yang Paling Mendebarkan

KITA sekarang berada di “tahap kedua” dalam kehidupan. Sebelum itu kita berada di alam “rahim” ibu kita. Dan manusia semuanya akan masuk alam “tahap kedua” ini tempat kita tinggal sekarang. Kecualilah sudah ditakdirkan kadang-kadang meninggal bersama ibunya di dalam rahimnya, tidak sempat melihat alam “tahap kedua” ini. Dalam Quran dalam surah An-Nahl ayat 78 Allah s.w.t. berfirman yang mafhumnya: “Demi Allah keluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, Dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur.” Semuanya ini mempunyai hikmah yang paling tinggi nilainya bagi manusia. Dan ini juga memperlihatkan betapa “Adilnya” Allah s.w.t. apabila dijadikan manusia disediakan atau pun dijadikan sekali dengan pendengaran, penglihatan dan hati nurani. Apabila semuanya ini berjalan mengikut proses yang sudah ditentukan oleh Allah, maka manusia itu akan tiba saatnya untuk meninggalkan dunia yang fana ini. Dalam kesempatan menempuh kehidupan pada tahap kedua ini, kita jangan terpedaya dengan kemewahan, kemegahan dan kesenangan dan kenikmatan dunia saja, sehingga kita melupakan Allah, dan tertipu rayuan dan pujukan syaitan. Gunakanlah tahap ini sebagai kesempatan untuk mengejar dan bersegera dalam memperbanyak amal salih sebagai bakal menghadap Allah. Dalam firman Allah dalam surah Luqman ayat 33 yang mafhumnya: “Sesungguhnya janji Allah itu benar, dan janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah.” Dalam surah an-Naazi’aat ayat 37-41 berfirman yang mafhumnya: “Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya). Dan, adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya).” Setelah manusia mati, lalu dikuburkan, maka saat itu ia mengalami perpindahan alam, iaitu menempuh kehidupan di alam kubur (barzakh). Adapun sifat dan keadaan alam yang ketiga ini lebih luas lagi dari keadaan alam dunia sekarang. Sebagai perumpamaan, dapatlah dikatakan bahawa perbandingan antara alam barzakh dengan alam dunia adalah sebagaimana perbandingan antara alam dunia dengan awal sewaktu masih dalam kandungan ibu. Kehidupan di alam barzakh ini sifatnya juga sementara, sampai datangnya hari kiamat. Sebab, setelah datangnya hari kiamat nanti, tidak ada kehidupan lagi, kecuali kehidupan tahap terakhir, yakni kehidupan di alam akhirat. Alam akhirat ini adalah perjalanan terakhir yang ditempuh manusia. Alam akhirat adalah kehidupan kekal abadi untuk selama-lamanya. Manusia dibalas sesuai dengan amal perbuatannya, mendapat syurga atau neraka. Allah s.w.t. berfirman mafhumnya: “...Dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.” (QS. al-Mu’min (40):39 Firman-firman Allah seterusnya: “Sedangkan kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.” (QS. al-A’laa (87): 17). “Negeri akhirat itu kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. al-Qashash (28): 83). “Apabila terjadi hari kiamat, tidak seorang pun dapat berdusta tentang kejadiannya. (kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggalkan (golongan yang lain). Apabila bumi diguncang sedahsyat-dahsyatnya dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya, maka jadilah ia debu yang berterbangan.” (QS. al-Waaqi’ah (56): 1-6). “Maka pada hari itu seseorang tidak akan dirugikan sedikit pun dan kamu tidak dibalas kecuali dengan apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. Yasin (36):54). Dari empat tahapan kehidupan manusia, alam kubur adalah tahapan yang paling mendebarkan. Kerana, alam kubur adalah alam pertama manusia mempertanggungjawabkan amal perbuatannya, sendirian dalam ruangan gelap tak berteman. Seksa dan nikmat adalah dua hal yang mengiringi manusia di alam kubur. Manusia tidak lepas dari salah satu dari dua hal tersebut. Oleh sebab itu, manusia harus selalu mengingat kematiannya yang tidak boleh diteka bila datangnya. Mengingat kematian dalam erti mempersiapkan diri secara maksima dengan memperbanyak amal salih. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang ertinya: “Perbanyaklah mengingat sesuatu yang menghancurkan kenikmatan, iaitu kematian.” (HR. Termizi dan Nasa’i, yang dikatakan salih oleh Ibnu Hibban).

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

Haji Ada Tiga Macam

SEBENARNYA “Haji” ini ada macam-macam. Para ulama Mazhab sepakat menyatakan bahawa haji ada “tiga macam”, iaitu “haji Tamathu’”, “haji Qiran” dan “haji Ifrad.” Mereka juga sepakat berpendapat bahawa Erti tamathu’ adalah melakukan amalan-amalan umrah terlebih dahulu pada bulan-bulan haji, dan setelah selesai baru melaksanakan amalan-amalan haji. Ulama-ulama Mazhab juga sepakat bahawa erti ifrad adalah melaksanakan haji terlebih dahulu, dan setelah dari amalan-amalan haji ia melakukan ihram untuk umrah, dan (kemudian) melakukan amalan-amalan umrah. Mereka juga sepakat bahawa erti qiran adalah berihram untuk haji dan Umrah secara bersamaan dengan mengatakan: “Labbaika Allahumma bihajjin wa umratin”. Ertinya: “Ya Allah aku bertalbiyah (memenuhi panggilanmu) dengan melakukan haji dan umrah.” Bagi Imamiyah pula, qiran dan ifrad adalah satu, tidak ada bezanya kecuali satu, iaitu orang-orang yang melakukan qiran memberikan korban atau hadyun ketika berihram. Dia harus memberikan hadyun atas apa yang dilakukannya. Sedangkan orang-orang yang haji ifrad tidak perlu bayar korban atau hadyun pada dasarnya. Dengan ungkapan ini bahawa Imamiyah tidak membolehkan campur aduk antara dua ihram, dan juga tidak dibolehkan melaksanakan haji dan umrah dengan satu niat pada satu waktu. Tetapi yang lain membolehkan bercampuk-aduk antara ihram dengan haji qiran. Yang lain berpendapat: Di namakan haji qiran kerana mengumpulkan (mengabungkan) antara haji dan umrah. Imamiyah: Bahkan dinamakan haji qiran kerana berdasarkan pemberian hadyan untuk ihram.* Empat mazhab: Boleh bagi siapa saja, baik orang Makkah mahupun bukan Makkah, untuk memilih salah satu dari ketiga bentuk haji, iaitu tamattu’, qiran dan ifrad, tidak ada yang dimakruhkan. Hanya Abu Hanifah yang berpendapat: Bagi orang Makkah dimakruhkan melakukan haji tamattu’ dan qiran secara bersamaan. Tetapi empat mazhab berbeza pendapat tentang mana yang paling utama dari ketiga bentuk haji tersebut.
• Syafi’i: ifrad’ dan tamattu’ lebih utama dari qiran.
• Hanafi: Qiran lebih utama dari keduanya.
• Maliki: ifrad lebih utama.
• Hambali dan Imamiyah: tamattu’ lebih utama.
(Al-Fiqhu ‘ala Al-Madzahib Al-Arba’ah, Al-Mughni, Mizan Al-Sya’rani, dan Fiqhus Sunnah, jild 5) Imamiyah: Haji tamattu’ difardukan bagi orang yang jaraknya dari Makkah sebanyak 48 batu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

Ada Orang Islam Makan Nasi Kedai Hindu

ERA tahun 60an masih lagi belum mantap iman orang-orang Islam. Dalam era ini orang-orang Melayu/Islam masih lagi makan di kedai-kedai yang diusahakan orang-orang bukan Islam. Di daerah Pudu, kawasan Sungai Besi dan kawasan-kawasan di sekitarnya memang banyak anak-anak Melayu bekerja di kilang-kilang, pejabat-pejabat dan jabatan-jabatan kerajaan tertentu. Di kawasan tersebut tidak ada orang-orang Melayu/Islam berniaga makan. Sama ada nasi lemak, roti canai, kedai kopi atau apa saja jenis makanan yang patut dimakan oleh orang Melayu/Islam tidak ada dijual dikawasan tersebut dan kawasan sekitarnya. Di Jalan Chan Sow Lin misalnya, sama lorong yang ada di kawasan tersebut ada kedai, ada warong menjual berjenis-jenis makanan yang diusahakan oleh orang-orang bukan Islam. Seorang dua saja mamak Islam yang membuka kedai nasi. Tetapi apa yang berlaku, semua kakitangan Melayu yang beragama Islam yang bekerja di kawasan itu dan kawasan sekitarnya akan menjamu selera sama ada waktu pagi, tengah hari dan petang di kedai-kedai bukan Islam.
Ada seorang bukan Islam yang mengusahakan “nasi daun pisang” di kawasan tersebut. Kita tak tahu apakah ayam yang dimasak itu disembelih cara Islam atau pun tidak. Daging yang dimasak kurma yang dijual itu sama ada daging tersebut “halal” atau pun “haram”? Tetapi yang berlaku saban hari, kedainya penuh dengan orang-orang Melayu/Islam makan tengah hari dan “sarapan roti canai” di kedai yang diusahakan oleh seorang bukan Islam yang beragama “Hindu”. Oleh kerana era zaman itu, masalah makanan yang dimakan sama ada disembelih cara Islam tidak dipersoalkan sangat, janji, masakannya sedap dan sesuai dengan selera mereka.
Begitu juga dengan masakan “nasi ayam”. Era zaman itu nasi ayam dimasak oleh orang-orang bukan Islam. Ayam tentulah tidak disembelih. Tetapi orang-orang Melayulah yang paling ramai memenuhi kedai yang menyediakan nasi ayam. Ada sebuah kedai yang menyediakan nasi ayam di Brickfield paling ramai dikunjungi oleh orang-orang Melayu/Islam. Boleh dikatakan setiap malam kedai itu penuh dengan pengunjung orang-orang Islam. Ketika itu tidak ada pusat Islam, tidak ada majlis agama itu dan majlis agama ini. Tidak ada Jakim, tidak ada persatuan pengguna Islam dan lain-lain lagi. Jadi, apa yang ada di kedai makan itu dikira “halal” dan orang-orang Melayu “sebat” sama. Seorang sahabat saya yang bekerja satu pejabat di Jalan Sungai Besi belanja saya makan tengah hari. Pada suatu hari dalam tahun 60an, sahabat ini seorang bukan Islam dan nak belanja saya makan tengah hari. Ketika itu siapa pun ajak makan, lebih-lebih lagi “makan free” atau pun kata orang pulau pinang “patuk buta”, tidak pernah ditolak. Kami keluar dari pejabat jam 12.30 tengah hari dan kami singgah di sebuah warong yang menjual “capati”. Pengusaha warong itu ialah seorang “Punjabi” yang pakai serban. Sahabat saya ini juga seorang bangsa “Punjabi”, tetapi dia tidak pakai serban. Mukanya macam orang Melayu juga tak pakai apa-apa pun.
Dia tanya saya you nak makan apa? “Apa-apa saja,” jawab saya ringkas. Dia order capati dan kari kurma bersama dengan ayam kari. Apabila capati ada di depan saya, saya tak toleh kiri dan kanan lagi, terus “tekan” dengan berselera sekali. Ketika itu dalam fikiran saya tidak pernah terlintas apakah ayam yang dihidangkan itu disembelih? Halal ke? Saya main ‘balon’ saja. Entah macamana Allah berikan ilham, terfikir semula saya apakah daging yang “aku tekan tadi daging halal ke atau pun haram? Ayam itu sembelih ke? Untuk memastikannya, saya berjumpa semula dengan sahabat bangsa Punjabi itu yang belanja saya makan. Saya tanya dia: “Ayam di warong itu sembelih ke?

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

Unta Yang Menangis Dan Kesaksian Kambing Panggang

Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang Nabi yang paling sempurna dalam hal ilmu dibandingkan ilmu-ilmu Nabi lainnya. Kadangkala, keahlian yang dimiliki oleh Nabi yang lain, Nabi s.a.w. sendiri boleh melakukannya atas izin Allah. Salah satunya adalah kemampuan Nabi Muhammad s.a.w. yang boleh menangkap isyarat binatang saat berkata-kata. Satu kelebihan yang pernah dimiliki oleh pendahulunya, Nabi Sulaiman a.s. Suatu hari, Rasulullah keluar rumah dengan menunggangi untanya. Abdullah bin Ja’far ikut membonceng di belakang baginda. Ketika mereka sampai di pagar salah seorang kalangan Anshar, tiba-tiba, terdengar lenguhan seekor unta. Unta itu menjulurkan lehernya ke arah Rasulullah s.a.w. Ia merintih. Air matanya jatuh berderai. Rasulullah s.a.w. mendatanginya. Baginda mengusap perutnya sampai ke punuknya dan belakang telinga unta itu. Unta itu pun tenang. Diam. Kemudian dengan wajah penuh kemarahan, Rasulullah s.a.w. bertanya, “Siapakah pemilik unta ini, siapakah pemilik unta ini?” Pemiliknya pun bergegas datang. Ternyata, ia seorang pemuda Anshar. “Itu adalah milikku, ya Rasulullah,” katanya. “Tidakkah engkau takut kepada Allah kerana unta yang Allah peruntukkan kepadamu ini? Ketahuilah, ia telah mengadukan nasibnya kepadaku bahawa kau membuatnya kelaparan dan kelelahan.” Demikian sebuah kisah yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud tentang bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. boleh memahami bahasa binatang dan apa yang sedang terjadi padanya. Dari kisah di atas pula nampak bagi kita bahawa sebenarnya kita juga harus menjaga dan memperhatikan binatang yang kita miliki; kita berikan makanan dan minuman untuknya, kita mandikan dia, dan tidak membuatnya terlalu letih untuk urusan pekerjaan kita, sehingga dia sakit. Seorang sahabat Nabi, Abu Hurairah, yang dalam bahasa Arab bererti bapanya kucing, memiliki kisah menarik soal binatang. Julukan yang dialamatkan kepadanya itu sebenarnya kerana ia adalah penyayang binatang. Ia sangat menyayangi kucingnya. Lalu, ada kisah tentang seorang perempuan baik-baik yang masuk neraka gara-gara mengurung kucing dalam kandangnya sampai mati tanpa diberi makan dan minum.
Abdullah bin Umar r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Seorang wanita diseksa kerana menahan seekor kucing sehingga membuatnya mati kelaparan, wanita itu pun masuk neraka.” Kemudian Allah berfirman kepadanya, “Kamu tidak memberinya makan, tidak juga memberinya minum saat ia kamu pelihara; juga engkau tidak membiarkannya pergi agar ia dapat mencari makanan sendiri dari bumi ini.” (HR. Bukhari). Sebaliknya, ada seorang wanita pelacur yang masuk syurga kerana memberikan minum seekor anjing. Suatu ketika, sepulang dari melacur, perempuan itu melihat anjing sedang kehausan di tepi sebuah telaga, mahu minum tetapi anjing itu tidak dapat menjangkau air dalam telaga. Tiba-tiba perempuan pelacur itu menghampiri dan menimba air untuk minum anjing tersebut. Dipendekkan cerita, perempuan pelacur itu meninggal dunia.
Sahabat yang mengetahui hal itu datang kepada Nabi Muhammad, menyampaikan perihal kejadian itu. Setelah mendengar kisahnya, Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya perempuan itu penghuni syurga. Sahabatnya hairan dan bertanya: Ya Rasulullah, kenapa perempuan yang hidupnya berbuat maksiat itu boleh masuk syurga? Kerana dia mengakhiri hayatnya dengan kebaikan (khusnul Khatimah),” jawab Rasulullah. Jadi, sebenarnya kita harus punya rasa belas kasihan terhadap binatang. Ada kisah lain datang dari Amir Ar-Raam. Ia dan beberapa sahabat sedang bersama Rasulullah s.a.w. “Tiba-tiba seorang lelaki mendatangi kami,” kata Amir Ar-Raam. Lelaki itu dengan kain di atas kepalanya dan di tangannya terdapat sesuatu yang ia genggam. Lelaki itu berkata, “Ya Rasulullah, saya segera mendatangimu saat melihatmu. Ketika berjalan di bawah pepohonan yang rimbun, saya mendengar kicauan anak burung, saya segera mengambilnya dan meletakkannya di dalam pakaianku. Tiba-tiba, induknya datang dan segera terbang berputar di atas kepalaku. Aku lalu menyingkap kain yang menutupi anak-anak burung itu, induknya segera mendatangi anak-anaknya di dalam pakaianku, sehingga mereka sekarang ada bersamaku.” “Letakkan mereka,” kata Rasulullah. Kemudian anak-anak burung itu diletakkan. Namun, induknya enggan meninggalkan anak-anaknya dan tetap menemani mereka. “Apa kalian hairan menyaksikan kasih sayang induk burung itu terhadap anak-anaknya?” “Benar, ya Rasulullah.” “Ketahuilah. Demi Zat yang mengutusku dengan kebenaran, sesungguhnya Allah lebih penyayang terhadap hamba-hambaNya melebihi induk burung itu kepada anak-anaknya.” “Kembalikanlah burung-burung itu ke tempat dimana engkau menemukannya, bersama dengan induknya,” perintah Rasulullah. Lelaki yang menemukan burung itu pun segera mengembalikan burung-burung itu ke tempatnya semula.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

Ketika Kebenaran Diputarbalikkan

DI ZAMAN persaingan yang serba ketat ini, kita acapkali menyaksikan banyak ‘keganjilan’ di sekitar kita. Sesuatu yang sulit diterima oleh akal sihat, apalagi dengan hati nurani. Berita tentang kebenaran selalu diputarbalikan sesuai dengan kehendak hati. Khabar ‘A’ boleh berubah menjadi khabar ‘B’. Khabar yang berisi ‘B’ akan diganti menjadi khabar ‘C’, dan seterusnya. Tapi, tahukan anda, bahawa perilaku semacam ini sudah lama dilakukan oleh makhluk Allah bernama manusia di muka bumi ini. Ratusan abad silam, umat Nabi Musa a.s., yang kini lokasinya ialah negara Mesir dan sekitarnya itu, telah terjadi budaya memutarbalikkan sebuah kebenaran. Ketika Nabi Musa mengatakan ‘A’, maka umatnya yang senang membangkang itu mengubahnya menjadi ‘B’. Ya, mereka adalah Bani Israil: sebuah komuniti manusia yang, hakikinya, mereka adalah keturunan para nabi terdahulu. Sebenarnya, mereka memiliki perilaku dan sifat mulia seperti nenek moyang mereka. Hal ini terakam dan tercatat dalam al-Quran. Allah berfirman: “Lalu orang-orang yang zalim mengganti perintah dengan (mengerjakan) yang tidak diperintahkan kepada mereka. Sebab itu Kami timpakan atas orang-orang yang zalim itu azab dari langit, kerana mereka berbuat fasik.” (QS. Al-Baqarah: 59) Ayat ini terkait erat dengan ayat sebelumnya. Huruf fa, yang diterjemahkan dengan kata ‘lalu’, merupakan huruf ‘athaf atau huruf penyambung dalam bahasa Arab. Dalam konteks ini, huruf ‘athaf pada ayat ini merupakan bentuk kata sambung yang menghubungkan keterkaitan ayat ini dengan ayat sebelumnya. Dalam ayat sebelumnya, yakni QS. Al-Baqarah: 58, Allah menyuruh Bani Israil agar memasuki Baitul Maqdis dengan tidak sombong, penuh rendah hati, seraya sambil memohon ampun kepada Allah (hithhah). Dalam ayat sebelumnya, Allah menyebut kata hitthah, yang berarti ‘memohon ampun kepada Allah’. Hithhah, menurut Quraish Shihab dan sejumlah ulama tafsir lainnya, adalah upaya memohon ampun dan diampuni sambil disertai dengan beramal baik. Sayangnya, sekelompok Bani Israel mengejek dan menghina dengan mengganti kata-kata hitthah, yang artinya “Ya Allah, ampunilah kami”, dengan kata-kata yang mirip dengannya, iaitu hintah yang ertinya ‘gandum’. Antara kata hithhah dengan hintah tentu berbeda jauh maknanya, meskipun secara bunyi hampir mirip. Hithhah adalah bentuk doa seorang hamba yang terimplikasikan dengan perbuatan merasa berdosa, sedangkan hintah adalah jenis makanan. Hithhah adalah keperluan spiritual dari setiap relung hamba-hamba yang mengharapkan kebaikan di hadapan Allah, sedangkan hintah adalah benda yang merupakan keperluan jasmani manusia. Pertanyaannya adalah, kenapa Bani Israil mengubah kata hithhah menjadi hintah. Ibnu Katsir menyebut kerana mereka merupakan umat pembangkang, dan senang mengolok-olok apa yang disampaikan para nabi mereka. Tujuannya satu, yakni tidak mahu mempercayai dan meyakini setiap kebenaran yang dibawa oleh para nabi mereka, termasuk apa yang diajarkan Nabi Musa kepada mereka. Maksud ayat ini sudah tegas, iaitu ada dalam kalangan mereka yang tidak setia menjalankan apa yang diperintahkan. Tidak patuh sebagaimana yang diarahkan oleh Nabi Musa. Disuruh tunduk, mereka menyombong. Disuruh memakai kata-kata yang berisi mohon ampun (hithhah), mereka malah minta gandum (hintah). Disuruh makan baik-baik, mereka justeru makan dengan rakus. Akibatnya apa? Allah menurunkan balasan berupa azab kepada mereka berupa penyakit berjangkit yang menyebar dan menular secara cepat. Dalam ayat lain disebutkan bahawa azab yang diberikan kepada kaum Bani Israil ini berupa seksaan yang sangat pedih dalam bentuk aneh seperti ribut taufan, belalang, kutu, katak, dan darah. Pada ayat di atas Allah menyebut kata ‘azab’ yang diberikan kepada Bani Israil dengan istilah kata rijzun (azab). Dalam al-Quran, untuk menyebut azab, Allah adakalanya menggunakan dengan beberapa istilah, diantaranya azab mahupun rijzun. Secara jelas, rijzun lebih menjurus pada makna ‘kutukan’, yakni azab yang sangat keras yang disebabkan oleh sesuatu perbuatan menentang petunjuk atau ayat-ayat Allah. Hal ini juga ditegaskan Allah dalam QS. Al-A’raf: 162. Sesungguhnya sebagaimana yang dikatakan pada ayat di atas, balasan ini hanya menimpa orang-orang zalim dan tidak semua kaum tertimpa wabak ini. Ayat ini menunjukkan bahawa bila-bila saja, sikap suka menyimpang, mempermainkan kebenaran, keras kepala dan khianat sudah menguasai suatu masyarakat, maka pintu untuk turunnya azab Allah ke bumi akan terbuka.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

Menggapai Ar-Rauf, Menggapai Puncak Kasih Allah

SEMAKIN dalam menyelami asma-asma Allah, kita akan sedar bahawa kita berada dalam samudera kecintaan. Tengoklah, sekian asmanya menunjukkan hal itu. Dia mencurahkan kasih sayang kepada siapa pun (Rahman-Rahim) dan juga berbelas kasih dalam kelembutan, keramahan dan kesejukan lewat asmaNya, Ar-Rauf. Kita boleh memahami kedahsyatan asma ini dari makna kata-katanya. Kata Ar-Rauf, menurut Quraish Shibab, terambil dari akar kata yang terdiri dari huruf-huruf ra, hamzah dan fa’. Maknanya berkisar pada kelemahlembutan dan kasih sayang. Kata ini juga dipakai untuk menunjukkan rasa kasihan atau berbelas kasihan dan keramahan. Menurut pakar bahasa Az-Zajjaj, dalam buku Tafsir Asma ul Husna, kata ini sama dengan rahmat. Hanya saja, menurutnya, apabila rahmat sedemikian besar, maka ia dinamai ra’fat dan pelakunya ra’uf. Inilah yang menyebabkan ada yang memaknai ar-Rauf sebagai titik puncak dari rahmat Allah. Khatabi berkata bahawa ar-Rauf adalah perasaan kasih yang paling dalam dan menurut Ibnu Atsir adalah satu perasaan kasih yang khusus. Mufassir al-Biqaiy, menurut Quraish lagi, ketika menafsirkan ayat 143 surat al-Baqarah, yang menerangkan bahawa umat Islam adalah umat pilihan dan menyebut ar-Rauf bersanding dengan ar-Rahim di akhir ayat, menjelaskan bahawa ra’fat adalah rahmat yang dianugerahkan kepada yang menghubungkan diri dengan Allah melalui amal salih. Jadi, hubungan kehambaan kita dengan Allah-lah yang boleh membuat kita menemukan dan merasakan makna dari asma ini. Kesan dari memahami ra’fat (kasih Allah) dalam pengertian di atas adalah kita akan sentiasa menjaga diri dari melakukan apa yang dilarang Allah. Juga agar kita adil dalam memberi hukuman berdasarkan aturan-aturan Allah. Dalam konteks ini, jika seorang pezina telah terbukti dan dijatuhi dengan hukuman, janganlah kita mengurangi hukuman itu. Atau janganlah kita berbelas kasihan melihat orang terus-menerus lalai dalam menjalankan agama Allah. Kita berbelas kasih dengan memperingatinya, menunjukkan hal yang benar dan bukannya membiarkan orang tersebut dalam kelalaian semisal malas solat, malas berpuasa atau enggan menjalankan ibadah haji sekalipun ia mampu. Hubungan hamba-Tuhan, mukmin-Allah s.w.t. ini yang menjadikan asma ar-Rauf berbeda dengan ar-Rahman atau ar-Rahim. Jika rahmat Allah melimpah ruah dan mengalir ke setiap sudut kehidupan di jagad ini tanpa terkecuali, maka ar-Rauf adalah belas kasih dalam hubungan kehambaan. Semua makhluk memang terkait dengan Allah s.w.t. tapi seorang mukmin sungguh begitu istimewa kerana setiap mukmin terkait dengan Allah dalam lingkup ibadah, amal salih dan ketundukan. Maka asma ini tampak istimewa bagi orang-orang yang beriman kepadaNya.

Ar-Rauf untuk Al-‘Ibad
Di sisi lain, ra’fat menggambarkan sekaligus menekankan melimpah ruahnya anugerah Allah. Asma ar-Rauf lebih menekankan kepada Allah s.w.t. sebagai pelaku yang amat kasih, sehingga melimpah ruah kasihnya. Sedangkan yang ditekankan pada ar-Rahim adalah penerima dari rahmat itu, yakni semua makhluk di segala tempat dan zaman. Jadi, ar-Rauf memenuhi keperluan melebihi apa yang diperlukan, sedang ar-Rahim memenuhi keperluan sesuai keperluan manusia yang jumlahnya sangat melimpah pula. Ulama lain menambahkan bahawa ra’fat hampir tidak dicurahkan kepada objek yang tidak disenangi. Berbeda dengan rahmat yang dicurahkan kepada yang disenangi dan boleh juga kepada yang tidak disenangi kerana adanya hikmah dan kemaslahatan, yang tertuju kepada yang kafir dan yang mukmin, yang derhaka dan tidak derhaka, maka ra’fatnya tidak demikian. Al-Qurthubi mengemukakan bahawa “ra’fat” digunakan untuk menggambarkan anugerah yang sepenuhnya menyenangkan, sedang rahmat, boleh jadi pada awalnya menyakitkan, tetapi beberapa waktu kemudian akan menyenangkan. Dari sini dapat dimengerti penggabungan sifat ar-Rauf dan ar-Rahim pada ayat-ayat tertentu. Jika ar-Rahim boleh tertuju pada siapa saja termasuk yang derhaka, maka ar-Rauf tertuju pada mereka yang taat.
“Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia.” (QS. Al-Baqarah: 143).
Ayat ke-143, surat al-Baqarah ini merupakan jawapan Allah atas pertanyaan para sahabat yang menanyakan: apakah kawan-kawan mereka yang semasa hidup solat menghadap Baitul Maqdis dan kemudian meninggal dunia tetap mendapat pahala di sisi Allah? Dan Allah menjawab bahawa mereka tetap mendapat pahala kerana Dia adalah ar-Rauf. Inilah bukti ra’fat Allah kepada hambaNya yang telah sungguh-sungguh menyembahNya.
Poin penting mengenai kehambaan ini dapat kita lihat buktinya pada beberapa ayat al-Quran. Kata ar-Rauf tersanding dengan al-‘Ibad yakni hamba-hamba yang taat. Sedangkan asma ar-Rahim tidak digandingkan dengan al-‘lbad.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

Wahsyi Bin Harb: Si Pembunuh Yang Mendapat Ampunan

Wahsyi bin Harb merasakan dadanya berdebar kencang. Dia cemas dan sesak nafas. Bahkan tanah yang dia pijak umpama selembar tikar, terasa tak lagi mampu membuat langkah kakinya boleh melangkah jauh. Apalagi sejak Makkah sudah ditaklukkan dan pengikut muslim kian bertambah. Wahsyi yang melarikan diri ke Thaif, untuk mencari perlindungan, tak mampu menepis rasa cemasnya. Setiap detik berlalu, jantungnya berdebar bagai jarum jam. Tapi, detik itu mencemaskan kerana nyawanya seperti di hujung tanduk. Dia merasa maut tidak lama lagi akan menjemputnya, kerana namanya telah disebut-sebut dalam daftar orang yang harus dibunuh, lantaran dia telah membunuh Hamzah, bapa saudara Nabi s.a.w., dalam perang Uhud. Meskipun dia sudah bersembunyi di Thaif, gelisah di hati membuatnya tak tenang. Bayangan kematian itu terasa mengikuti terus ke mana pun dia mencari tempat berlindung. Dia benar-benar tak dapat menepis ancaman kematian. Apalagi lambat laun, penduduk Thaif mulai sedar, tersentuh sinar Islam dan mengirim utusan menemui Rasulullah untuk berikrar masuk Islam. Wahsyi mulai diliputi rasa sesal. Hal itu kian membuat dia dicekam kebingungan. Wahsyi berfikir untuk menyusun pelarian ke tempat lain. Dia lantas terfikir untuk meninggalkan Thaif, melarikan diri ke Syam, Yaman atau wilayah lain yang jauh lagi agar dia dapat selamat meski tetap memanggul rasa resah yang mengoyak jiwanya. Tetapi, sebelum ia benar-benar berangkat, seseorang menasihatinya, “Celakalah kamu, Wahsyi! Sampai bila kamu akan membangkang dan melawan? Pergi dan temuilah Muhammad s.a.w. kerana sesungguhnya dia tidak akan menyakiti orang yang mahu datang menemuinya.” Nasihat orang itu, ternyata, mampu menyedarkan Wahsyi. Si pembunuh Hamzah itu kemudian berfikir, ke mana lagi dia akan melarikan diri, pastilah rasa sesal dan gelisah tak akan dapat dia tepis. Kerana itu, di tengah rasa putus asa itu, Wahsyi menangguh hasrat melarikan diri.
Setelah mempertimbangkan nasihat itu, dia kemudian memutuskan pergi ke Madinah, menemui Rasulullah. Apalagi, ia telah mendengar keagungan Muhammad. Utusan Allah yang dikenal pemaaf, bahkan kepada orang-orang Quraisy yang dulu memusuhi Nabi dengan penuh kekerasan. Wahsyi mendengar banyak khabar, bahawa Nabi s.a.w. tak menghunuskan pedang kepada mereka yang memang meminta ampunan. Nabi s.a.w. selalu menerima setiap orang yang datang untuk berbai’at dan masuk Islam. Itulah yang membulatkan tekad Wahsyi berangkat ke Madinah: menemui Nabi s.a.w. Tetapi, sesampai di Madinah, rasa takut di dada Wahsyi kembali melonjak, membuat kerisauannya menguasai diri. Dia sedar, dia telah berlumuran dengan dosa. Kerana itu, dia merasa wajar jika dia mendapat hukuman setimpal berupa kematian lantaran telah membunuh manusia yang sangat dicintai Rasulullah. Itu sangat mudah dilakukan oleh Nabi s.a.w. Hanya tinggal memberikan isyarat kepada sahabat yang ada di dekatnya, nyawa Wahsyi pun boleh segera melayang. Bayangan jasad Hamzah yang dia bunuh dan terbujur kaku kena tikaman tombaknya seperti tak dapat pergi dari ingatannya. Bahkan waktu itu, tanah Uhud memerah kerana darah Hamzah. Lebih menyedihkan lagi, perut Hamzah terburai. Ususnya keluar. Dia sempat menginjak-injak jasad itu hanya demi mendapat janji kebebasan dirinya. Ingatan itu menyusutkan keberaniannya. Dia pun berfikir, apakah Nabi s.a.w. akan memaafkan dirinya yang telah bergelimang dosa itu?
Tapi, dia tahu, dia tak lagi boleh melarikan diri lagi. Seandainya tidak menemui Nabi s.a.w., dia pun akan dikejar-kejar orang-orang muslim. Dia boleh saja mati saat terlena, tertidur atau saat sedang melakukan apa pun. Sampai hari itu, dia memang masih selamat, tetapi siapa yang mampu menjamin dia selamat di lain waktu. Sampai bila pun, hatinya pasti akan selalu diselubungi gelisah. Kerana itu, dia merasa lebih baik menyerahkan diri. Atas perkiraan itu dia tetap bertekad menemui Nabi s.a.w. Kematian Hamzah memang telah membuat Nabi s.a.w. terluka. Kerana itu, Rasulullah tak mungkin lupa orang yang membunuh Hamzah, bapa saudaranya itu. Luka itu menganga cukup dalam, bahkan saat melihat jasad Hamzah rosak dikoyak dendam kaum musyrik, Nabi s.a.w. sempat bersumpah akan memperlakukan orang yang membunuh Hamzah dengan perlakuan yang lebih buruk. Bahkan akan membunuh tujuh puluh orang Quraisy, lantas memperlakukan seperti mereka berbuat keji terhadap Hamzah. Tapi Allah menurunkan firmanNya, “Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi, jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.” (QS. Al-Nahl [16]: 126-128) Kerana firman Allah itulah, Nabi s.a.w. mencabut sumpahnya. Tetapi kini, Wahsyi pembunuh Hamzah itu justeru datang menemuinya. Rasulullah bahkan menyapa lebih dulu dan bertanya, “Engkau Wahsyi?” Dada Wahsyi bergemuruh, rasa takut pun melanda dan dia menjawab, “Ya.” Dengan sedih, Nabi s.a.w. kemudian bertanya, “Kau membunuh Hamzah?” Wahsyi tahu, dia tak akan mampu berbohong. Rasulullah tahu sepenuhnya. Kerana itu, dia hanya mampu menundukkan kepala. Dia tak dapat berkata apa-apa kecuali menjawab dengan suara perlahan, “Memang benar, seperti yang telah engkau ketahui.” Tapi, Rasulullah sememangnya manusia agung. Maka, tak tampak rasa kebencian sedikit pun. “Duduklah dan ceritakan bagaimana engkau membunuh Hamzah.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

Friday, November 11, 2011

Mimpi Hari Pembalasan, Menyedarkan Malik Bin Dinar

MIMPI seram yang baru dilalui Malik, malam itu benar-benar menjadi titik balik baginya. Dia musnahkan botol-botol minuman keras kesukaannya yang selama ini tak pernah lepas dari hidupnya, lalu bertekad menjadikan hidupnya jauh lebih baik. Suatu hari, Malik membeli seorang budak (hamba) wanita yang cantik wajahnya. Hamba itu begitu menarik hati hingga dia pun jatuh cinta kepadanya. Dipendekkan cerita, lahirlah seorang anak perempuan dari hubungan mereka berdua. Betapa senangnya hati Malik. Sebab kini, di rumahnya telah hadir seorang bayi comel yang menambah ceria suasana di dalamnya. Dari hari ke hari, hidup Malik semakin berghairah. Tiap saat Malik boleh bermain-main dengannya sekaligus boleh memantau perkembangannya. Tatkala anak itu mulai dapat merangkak di tanah, rasa sayang Malik kepadanya semakin bertambah. Malik kian memberi perhatian, begitu pun sebaliknya. Sayangnya, meskipun di sampingnya telah hadir seorang anak yang menyenangkan, Malik tetap meneruskankan kebiasaan lamanya: minum-minuman keras. Sedikit pun dia tak boleh berpisah dengannya. Hebatnya, anak gadis Malik yang masih kecil itu “mampu” memprotes kebiasaan buruk ayahnya dengan caranya. Sebab, setiap kali Malik meletakkan minuman yang memabukkan di hadapannya, tiba-tiba, anak perempuannya mendekat dan merampas minuman itu darinya kemudian menumpahkan semua isinya ke bajunya. Tentu saja Malik bingung, pasalnya ini terjadi bukan sekali dua kali, tetapi berulang kali. Malik berfikir, kenapa anak sekecil ini terus-terusan menumpahkan minuman kesukaannya? Malik tidak mengerti. Di tengah kebahagiaan bersama anaknya itu, Allah s.w.t. rupanya berkehendak lain. Kerana baru saja anaknya genap berusia dua tahun, Allah s.w.t. memanggilnya. Peristiwa ini membuat Malik merasa sangat kehilangan dan terpukul.

Mimpi Mengerikan
Suatu malam bertepatan dengan malam Jumaat, Malik tertidur dalam keadaan tak sedarkan diri kerana mabuk, padahal ia belum menunaikan solat isyak. Dalam tidurnya, Malik bermimpi seakan-akan hari kiamat telah tiba. Sangkakala pun telah ditiup. Orang-orang yang ada di dalam kubur telah dibangkitkan. Semua makhluk telah dikumpulkan dan Malik termasuk salah seorang di antara mereka. Tiba-tiba, Malik mendengar suara mendesis dari arah belakangnya, dengan segera dia menolehnya. Ternyata desisan itu adalah suara seekor ular naga yang sangat besar, berwarna hitam kebiru-biruan seraya membuka mulutnya lebar-lebar, sedang menuju ke arahnya. Malik terkejut bukan kepalang. Secepat kilat, dia mengambil langkah seribu kerana ketakutan yang luar biasa.
Di tengah pelariannya, Malik berselisih dengan satu orang tua dengan pakaian yang bersih dan bau yang sangat harum. “Wahai Syeikh, tolong selamatkan aku dari kejaran ular naga di belakangku. Semoga Allah melindungi, tuan,” pinta Malik merayu selepas ucapkan salam lebih dulu. Orang tua itu malah menangis seraya berkata kepada Malik, “Aku ini orang yang lemah, sementara ular naga itu jauh lebih kuat daripada diriku. Aku tidak sanggup mengalahkannya. Lebih baik sekarang cepat pergi dari tempat ini, semoga Allah segera menyelamatkanmu.” Tanpa menunggu lama, Malik berlari meninggalkan orang tua itu hingga sampailah ia di tempat yang tinggi. Dari sanalah, Malik dapat menyaksikan berbagai pemandangan yang sangat mengerikan. Tempat yang penuh dengan berbagai seksaan, yakni neraka. Hampir saja Malik tergelincir dari tempat yang tinggi itu ke dalam neraka kerana rasa takutnya pada ular naga itu. Namun, mendadak Malik mendengar suara yang berseru, “Kembalilah kamu kerana kamu bukan termasuk penghuninya!” Mendengar seruan itu, hati Malik pun merasa lebih tenang dan dia segera kembali. Namun rupanya ular naga itu masih mengikutinya hingga dia bertemu kembali dengan orang tua tadi. “Wahai tuan, aku telah memohon pertolonganmu, tetapi kenapa tuan tidak memberikan pertolongan,” katanya kepada orang tua tersebut. Orang tua itu sebaliknya menangis dan berujar, “Aku ini orang lemah, tetapi cubalah pergi ke gunung itu kerana di sana ada beberapa titipan bagi orang-orang muslim. Jika di sana kamu mempunyai sebuah titipan, nescaya dia akan dapat menolongmu.”
“Titipan? Titipan apa itu?” hati Malik bertanya-tanya.

Berbuahnya Pertaubatan
Dalam ketakutannya, lelaki itu melihat ke arah gunung berbentuk bulat yang terbuat dari perak sebagaimana ditunjukkan orang tua tadi. Di gunung tersebut terdapat beberapa celah berlubang dan beberapa buah tabir bergantungan. Di setiap celah terdapat dua buah daun pintu yang terbuat dari emas merah dihiasi beberapa buah batu yaqut yang dikelilingi untaian mutiara. Di setiap daun pintunya terdapat sebuah tirai berbahan sutera.
Malik bin Dinar segera berlari ke sana, sementara ular naga masih mengikutinya dari belakang. Ketika hampir mendekati gunung tersebut, beberapa malaikat berseru, “Angkatlah tirai itu dan bukalah pintunya serta perhatikanlah! Mungkin saja orang yang celaka ini mempunyai titipan yang dapat menyelamatkannya dari musuhnya itu!” Setelah itu, semua tirai terangkat dan pintu-pintu terbuka. Melalui celah-celah lubang pintu, terlihat beberapa anak kecil sedang menatap ke arah Malik. Wajah mereka bagaikan rembulan. Sementara itu, ular naga besar itu semakin mendekatinya. Ini membuat Malik semakin kebingungan. Sebahagian anak-anak itu berteriak, “Celaka, lihatlah orang itu, musuh telah sangat dekat kepadanya!” Akhirnya semua anak kecil itu, kelompok demi kelompok, datang mendekat dan menatap ke arah Malik. Dari sekian banyaknya anak tersebut, terdapat seorang budak kecil yang ternyata adalah anak perempuan Malik. Segera saja anak perempuan Malik itu menangis seraya berkata, “Itu adalah ayahku, demi Allah.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

Siratal-Mustaqim Wujud Di Akhirat - Dr. Haron Din

TIDAK lama dulu, seorang tokoh agama yang tersohor, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz telah bercakap mengenai “Sirat” iaitu jembatan atau titian yang akan dilalui oleh manusia di akhirat kelak sebelum mereka masuk ke dalam syurga. Beliau telah menimbulkan isu tersebut dalam rancangan TV yang berjudul: “Tanyalah Ustaz”. Kemudian beliau telah memberikan ceramahnya dalam beberapa kuliah agama termasuk di masjid dan di surau di sekitar ibu kota, Kuala Lumpur. Abangnya, Profesor Dr. Haron Din dalam satu ulasan yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan menyanggah pendapat adiknya itu. Katanya: “Sebenarnya “Sirat” (jambatan) itu ada atau pun wujud di akhirat nanti..” Ada beberapa orang ustaz di sekitar ibu kota ketika memberikan kuliah agamanya telah ditanya oleh beberapa orang jemaah berhubung dengan isu tersebut. Ustaz-ustaz tersebut ada berani bercakap terus terang. Ustaz itu menjelaskan wujudnya Sirat itu di akhirat nanti. Orang-orang mukmin akan melintasai sirat tersebut dengan perbagai cara dan keadaan. “Kerana isu tersebut hanya sebagai perbezaan pendapat dalam mentakrifkan ayat Quran dan hadis Nabi, saya tidak perlu mahu ulas panjang,” kata salah seorang ustaz yang lain. Dalam sebuah kitab agama yang menerangkan berhubung dengan perkara-perkara yang berlaku di akhirat dimana mereka yang bersalah akan masuk neraka telah menghuraikan tentang “sirat” ini.
Sebuah hadis Nabi s.a.w. telah disiarkan berikutan dengan satu pertanyaan dari sahabat Nabi s.a.w. bernama Abu Said Al-Khudri r.a. mengenai dengan melihat Allah di akhirat nanti. Para sahabat juga ingin mahu tahu apakah kita orang-orang Mukmin ini akan dapat melihat “Rabb” kami pada hari Kiamat. Dalam masa Nabi s.a.w. mennjelaskan kedudukan pertanyaan tersebut, Rasulullah telah menghuraikan juga mengenai “Sirat” yang akan dilalui oleh mereka. Cuba ikuti sebuah hadis yang panjang dari Rasulullah berhubung dengan bab ini: Dari Abu Said Al-Khudri, dia berkata: Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah kami akan melihat Rabb kami pada Hari Kiamat?’ Baginda menjawab: ‘Apakah kalian terhalangi untuk melihat matahari dan bulan pada hari yang sangat cerah?’ Kami menjawab: ‘Tidak!’ Baginda bersabda: ‘Sesungguhnya kalian tidak terhalangi untuk memandang Rabb kalian pada hari itu kecuali seperti kalian terhalangi untuk melihat matahari dan bulan.”
Kemudian baginda melanjutkan: ‘Seorang penyeru akan memanggil: ‘Hendaknya setiap kaum pergi bersama apa yang dulu dia sembah. ‘ Maka penyembah salib pergi bersama salibnya. Penyembah berhala pergi bersama berhalanya. Dan penyembah setiap Tuhan pergi bersama tuhan-tuhannya. Hingga tertinggal orang-orang yang dahulu beribadah kepada Allah dari golongan baik dan buruk, serta sisa orang-orang Ahlul Kitab.’ Kemudian didatangkan Neraka Jahanam, ia dibentangkan kepada mereka seperti fatamorgana. Maka dikatakan kepada orang-orang Yahudi: ‘Apa yang dahulu kalian sembah?’ Mereka menjawab: ‘Kami dahulu menyembah Uzair putera Allah.’ Allah berfirman: ‘Kalian berdusta Allah tidak mempunyai isteri dan anak. Apa yang kalian inginkan?’ Mereka menjawab: ‘Kami ingin engkau memberi minum kami.’ Maka dikatakan: ‘Minumlah!’. Dan mereka pun berjatuhan ke dalam Jahanam. Kemudian dikatakan kepada orang-orang Nasrani: ‘Apa yang dahulu kalian sembah?’ Mereka menjawab: ‘ Kami dahulu menyembah Al-Masih putera Allah.’ Maka dikatakan: ‘Kalian telah berdusta. Allah tidak pernah memiliki isteri dan anak. Apa yang kalian inginkan?’ Mereka menjawab: ‘Kami ingin Engkau memberi kami minum.’ Dikatakan: ‘Minumlah!’. Maka mereka pun berjatuhan (ke dalam Jahanam). Hingga tertinggal orang-orang yang dahulu menyembah Allah dari golongan baik dan buruk. Dikatakan kepada mereka: ‘Apa yang menahan kalian di sini saat para manusia sudah pergi?’ Mereka menjawab: ‘Kami telah menghindari mereka (kerana Allah) dan kami lebih perlu kepadaNya hari ini daripada mereka. Kami telah mendengar penyeru yang menyerukan: ‘Hendaknya masing-masing kaum mengikuti apa yang dahulu mereka sembah’. Sekarang kami di sini sedang menunggu Rabb kami.” Rasulullah melanjutkan: “Kemudian Al-Jabbar (Yang Maha Perkasa) datang kepada mereka dalam rupa lain, bukan rupa yang sudah pernah mereka lihat pada pertama kalinya.’ Allah berfirman: ‘Aku adalah Rabb kalian.’ Maka mereka berkata: ‘ Engkau adalah Rabb kami.’ Dalam sebuah riwayat Al-Bukhari mereka berkata: “Di sinilah tempat kami, hingga Rabb kami datang kepada kami. Jika Dia datang, kami pasti mengenalNya.” Kemudian Allah datang dalam rupa yang sudah mereka kenal. Maka tidak berbicara dengan Allah kecuali para Nabi. Allah bertanya: ‘Apakah antara kalian denganNya ada tanda yang boleh kalian kenali?’ Mereka menjawab: ‘Betis.’ Maka Allah menyingkap betisNya dan bersujud kepadaNya setiap orang mukmin. Tinggal tersisa siapa saja yang bersujud kepada Allah kerana riyak dan sumaah. Setiap kali mereka berusaha sujud, belakangnya langsung mengencang (tidak mahu membongkok). Kemudian didatangkan jambatan (Siratal-Mustakim). Ia dibentangkan di antara dua belakang Jahanam. Dalam salah satu riwayat Imam Muslim: Allah s.w.t. bertanya: “Apa yang kalian tunggu? Setiap umat telah mengikut apa yang dulu mereka sembah.” Mereka menjawab: “Wahai Rabb kami! Kami telah menghindari manusia di dunia saat kami sangat memerlukan mereka. Meski demikian kami tidak mendekati mereka.” Maka Allah berkata: “Saya adalah Rabb kalian.” Mereka berkata: “Kami berlindung kepada Allah dari keburukanmu. Kami tidak akan berbuat syirik kepada Allah sedikit pun.” Mereka mengucapkan itu dua atau tiga kali. Hingga sebahagian mereka hampir-hampir berbalik. Maka Allah bertanya: “Apakah antara kalian dengan Rabb kalian ada suatu tanda yang boleh kalian kenali?” Mereka menjawab: “Ada” Kemudian dibukakalah betis itu. Sehingga tidak tersisa orang yang bersujud kepada Allah dengan ikhlas kecuali Allah mengizinkannya untuk bersujud. Dan tidak tersisa orang yang bersujud kepada Allah kerana takut atau riyak, kecuali Allah menjadikan belakangnya mengeras. Setiap hendak bersujud ia langsung terjatuh di atas tengkuknya pada pertama kalinya. Kemudian mereka mengangkat kepalanya dan Allah telah mengubah rupaNya menjadi rupa yang sudah pernah mereka lihat sebelumnya. Allah berkata: “Saya adalah Rabb kalian.” Mereka pun berkata: “Engkau adalah Rabb kami.” (HR. Muslim, no. 183)

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

Roh Saling Bertemu Di Alam Barzakh

AL-HAFIZ IBNU QAYYIM mengatakan bahawa Ibnu Abdil Bar meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang mengatakan: Terjemahan: Tidaklah seorang Muslim yang berziarah ke kuburan saudaranya yang dia kenal ketika masih hidup di dunia, kemudian dia memberi salam kepadanya, melainkan Allah mengembalikan roh si mayat itu sehingga dia membalas salam tersebut. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari-Muslim melalui pelbagai sumber disebutkan bahawa Rasulullah memerintahkan untuk menguburkan para korban perang Badar di sebuah kuburan umum, kemudian baginda datang dan berdiri di perkuburan itu, serta memanggil nama mereka satu persatu seraya bersabda, mafhumnya: “Apakah kalian telah mendapatkan apa yang yang telah dijanjikan Tuhan kamu kepada kamu? Sungguh aku telah mengetahui bahawa janji Tuhanku benar adanya.” Kemudian Umar r.a. bertanya: “Ya Rasulullah, mengapa engkau bercakap dengan orang-orang yang telah menjadi bangkai itu?” Rasulullah menjawab: “Demi zat yang telah mengutus aku dengan benar, tidaklah kamu lebih mendengar daripada mereka terhadap apa yang telah aku katakana ini, cuma mereka tidak dapat menjawab.” Hal ini juga telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa mayat itu mendengar gesekan kasut saudaranya yang ikut menghantarnya, ketika mereka pulang meninggalkan kuburan. Di samping itu Rasulullah telah memerintahkan kepada umatnya agar memberi salam kepada ahli kubur sebagaimana mereka memberi salam kepada orang yang mereka ajak bercakap. Kemudian Rasulullah bersabda: “Semoga keselamatan tetap terlimpah atas kalian, wahai kaum Muslimin.” Cara memberi salam seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah ini tentu saja ditujukan kepada orang yang mendengar dan berfikir. Sebab kalau tidak begitu, bererti mereka diperintahkan untuk bercakap dengan orang yang tidak ada atau dengan benda-benda yang tidak bernyawa. Dan jika orang-orang yang sudah mati itu tidak merasakan adanya salam dari orang yang menziarahinya, maka jelas orang tersebut tidak berhak menamakan dirinya sebagai penziarah. Demikian juga halnya dengan seseorang yang tidak merasa bahawa dirinya diziarahi oleh orang lain, maka apa pun alasannya tidaklah dapat orang lain itu mengatakan bahawa ia telah menziarahi orang tersebut. Demikianlah yang biasa berlaku dalam kehidupan masyarakat sepanjang zaman. Maka adalah suatu hal yang mustahil apabila ada salam yang diperintahkan oleh Rasulullah untuk diucapkan kepada seseorang yang tidak merasa bahawa dirinya adalah seorang Muslim. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan umatnya yang hendak menziarahi kuburan orang-orang Mukmin supaya mengucapkan salam sebagai berikut: Terjemahan: Semoga keselamatan tetap terlimpah atas kalian, wahai ahli kubur dari kaum Muslimin dan Mukminin. InsyaAllah kami semua akan menyusul kamu. Semoga Allah merahmati orang-orang yang terdahulu dan yang datang belakangan dari kami dan kamu semua. Kami mohon afiat kepada Allah, bagi kami dan kamu semua. Tentu salam dan ucapan seperti ini ditujukan kepada orang yang mendengar, berfikir, berbicara dan dapat membalas sekalipun Muslim yang masih hidup tidak dapat mendengarnya. Hal ini telah disepakati ulama salaf secara bulat. Di samping itu athar-athar (hadis) mutawatir banyak pula yang menerangkan bahawa mayat mengetahui siapa saja di antara kerabatnya yang masih hidup, yang telah datang menziarahinya, dan mayat itu pun merasa gembira dengan kedatangan mereka. Abu Bakar Abdullah bin Muhammad bin Ubaid bin Abuddunya dalam kitabnya perihal mayat yang mengetahui kedatangan mereka yang masih hidup mengatakan bahawa Muhammad bin ‘Aun telah bercerita kepadanya, yang didengarnya dari Yahya bin Yaman, didengarnya dari Abdullah bin Sam’an, dari Said bin Aslam, dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya: “Tidaklah seorang lelaki yang datang berziarah ke kuburan saudaranya kemudian duduk di atasnya, kecuali ia mendengar dan melihat kepadanya, sehingga ia bangun kembali.” Dalam hadis sahih juga telah diterangkan bahawa mayat itu mendengar dan melihat para pengantarnya sesudah ia dikuburkan. Dari Abdul Rahman bin Syamamah al-Mahriy berkata ia: Satu ketika kami datang kepada Amru bin Ash yang sedang sakaratulmaut. Kemudian dia menangis begitu lama sambil memalingkan wajahnya, hingga anaknya berkata: “Wahai ayahku, mengapa engkau menangis seperti ini? Bukankah Rasulullah s.a.w. telah menjamin engkau dengan jaminan yang baik.” Maka Amru terus menghadapkan wajahnya sambil berkata: Sesungguhnya yang paling utamanya sesuatu itu ialah bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusanNya...dan seterusnya...hingga akhirnya ia berkata: Jika aku mati janganlah aku diiringi dengan tangisan dan api, dan jika engkau hendak menguburku, maka tuangkanlah tanah ke atas jasadku dengan lemah-lembut, kemudian dirikanlah di sekitar kuburanku suatu tanda, dan sembelihlah sekadar satu sembelihan kambing, kemudian bahagikanlah dagingnya. Aku akan mendengar dan melihat apa yang kamu lakukan, sehingga aku mengetahui apa yang kelak hendak aku kembalikan kepada rasul-rasul Allah sebagai balas jasa. Demikianlah dan banyak lagi yang menunjukkan bahawa mayat dapat mendengar dan melihat setiap orang yang datang berziarah kepadanya, bahkan merasa gembira dengan kedatangan mereka itu. Hal ini banyak juga nampak tercermin dalam peristiwa yang terjadi pada para sahabat, para tabiin dan tabiit, seperti yang terjadi dalam kisah Su’ab bin Jusamah yang sudah mati, ketika ia dilihat di dalam mimpi oleh Auf bin Malik. Auf bin Malik bertanya: Bagaimana keadaan kamu sekarang ini? Syu’ab menjawab: Kami telah diampuni kerana kami berlaku sabar dalam menghadapi musibah. Auf berkata: Tetapi mengapa aku melihat tanda hitam di lehermu? Syu’ab menjawab: Ini adalah tanda dari wang sepuluh dinar yang aku pinjam dari seorang Yahudi, dan belum sempat aku kembalikan. Padahal wang itu ada di satu tempat di tengah-tengah keluargaku, maka tolonglah aku...mintalah wang itu dan kembalikan kepada pemiliknya. Kemudian ia melanjutkan: Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa sekalipun aku telah mati, tetapi semua peristiwa yang terjadi di tengah-tengah keluargaku, aku mengetahuinya dengan pasti. Sampai peristiwa kematian kucingku beberapa waktu yang lalu, semuanya itu aku ketahui. Keesokan harinya Auf datang keluarga Syu’ab dan menceritakan apa yang telah dilihatnya. Kemudian mereka pergi bersama-sama mencari wang itu, dan diketemukan di tempat yang telah ditunjukkan oleh Syu’ab, sehingga wang tersebut segera dikembalikan kepada Yahudi, pemiliknya. Kisah ini telah diterangkan oleh Ibnu Qayyim dalam bukunya al-Ruh, di samping kisah-kisah lain yang serupa itu, seperti kisah tentag Sabit bin Qais bin Syams, yang terbunuh di jalan Allah. Kemudian datang seorang lelaki Muslim dan melihat baju perang milik Sabit tercampak di sampingnya. Maka diambillah baju perang itu, kemudian disembunyikannya tanpa diketahui oleh seorang pun. Pada malam berikutnya ada seorang lelaki Muslim lain yang bermimpi didatangi oleh Sabit sambil berkata: Wahai sahabatku, dengarkanlah aku hendak memberikan satu wasiat kepadamu, yang hendaknya segera engkau laksanakan. Beberapa hari yang lalu ketika aku terbunuh di jalan dekatku, kemudian orang itu mengambil baju perangku yang bagiku sangat berharga. Rumah orang itu agak terpencil dari keramaian dan di depannya ada seekor kuda yang sudah agak tua. Baju perangku itu disembunyikan di dalam sebuah lesung batu, dan di atas lesung itulah lelaki tadi bertempat tinggal. Maka datanglah kau kepada Khalid bin Walid dan katakanlah hal ini kepadanya, kemudian suruhlah ia mengambil baju perangku itu. Dan jika engkau telah sampai ke Madinah, maka sampaikanlah kepada Khalifah Abu Bakar bahawa aku mempunyai hutang kepada seseorang. Juallah baju itu dan bayarlah hutang itu, kemudian bebaskanlah salah seorang hamba sahayaku yang bernama si anu...

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

Mulianya Keutamaan Berselawat

MEMANG suatu yang ganjil dan memprihatinkan bila seorang muslim yang mengaku lazim berselawat, baik ketika beribadah mahupun semasa berdoa [berzikir], tidak mengetahui makna ‘selawat’ itu sendiri. Kerana itulah, sebelum tulisan ini jauh mengupas ragam macam selawat dan sejumlah fadilatnya, ada baiknya, kita menyentuh pengertian selawat. Mengacu definisi bahasa [Arab], sebagaimana termaktub dalam Ensiklopedia Hukum Islam dan ditulis KH. Syarief Muhammad Al-Aydarus, selawat adalah doa, rahmat Allah, berkah dan ibadah. Sedangkan seorang pakar tafsir Indonesia yang namanya tak asing lagi di telinga kita, M. Quraish Shihab dalam Wawasan Al-Quran tentang Zikir dan Doa, menyebutkan begini: ‘Selawat’ adalah bentuk jamak [plural] dari kata ‘solat’ yang dari segi bahasa memiliki pelbagai makna. Jika ‘solat’ dilakukan oleh seseorang yang lebih rendah darjatnya kepada yang lebih tinggi atau dari manusia kepada Tuhan, maka ia bererti permohonan; jika dilakukan oleh malaikat maka maknanya adalah permohonan maghfirah [ampunan]; sedang bila dilakukan oleh Allah s.w.t., maka maknanya adalah curahan rahmat. Sementara secara istilah, selawat adalah menyampaikan permohonan doa keselamatan dan keberkatan kepada Allah untuk Nabi Muhammad s.a.w. dan yang membacanya akan mendapatkan pahala. [lihat KH. Syarief Muhammad Al-Aydarus dalam 135 Selawat Nabi: Pustaka Hidayah, 2010]. Selain itu, dapat disimpulkan pula bahawa selawat Allah kepada hambaNya dibagi kepada dua macam: selawat khusus dan selawat umum. Menurut sebahagian ulama, sebagaimana disebutkan Quraish Shihab, selawat Allah yang bersifat umum itu yang dicurahkanNya kepada hamba-hambaNya yang beriman, termasuk juga di sini selawat yang dipanjatkan Nabi Muhammad kepada sebahagian sahabat baginda. Sedangkan selawat yang bersifat khusus adalah yang ditujukan kepada para nabi dan rasul, utamanya kepada Nabi dan Rasul terakhir, Muhammad s.a.w. KH. Syarief menambahkan, selawat Allah kepada Nabi Muhammad ertinya memuji Nabi Muhammad, menampakkan keutamaan, dan kemuliaanNya serta memuliakan dan mendekatkan Muhammad kepada diriNya. Sedang pengertian kita sebagai hambaNya berselawat kepada Nabi Muhammad adalah mengakui kerasulannya, memohon kepada Allah agar menganugerahkan keutamaan dan kemuliannyaNya demi kebaikan kita juga sebagai umat Muhammad s.a.w. Berdasarkan huraian definisi di atas, nampak jelas, saat seorang muslim berselawat bererti ia bukan sekadar tengah menyenandungkan madah kepada junjungan Nabi akhir zaman, tapi juga sedang bermunajat kepada Allah s.w.t., Penguasa Alam ini. Ertinya, ada segenap harapan yang dimaksudkan, dan itu perlu perantara sosok kekasihNya, Rasulullah s.a.w., untuk diperkenankan.

A. Alasan Berselawat
Anjuran berselawat tentu saja bukan datang begitu saja. Bukan sesuatu yang dibidaah-bidaahkan [dibaru-barukan] tanpa alasan syari’e. Mari kita perhatikan firman Allah berikut ini: “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kalian untuk Nabi dan sampaikanlah salam penghormatan kepadanya. “ [QS. Al-Ahzab: 56] Bayangkan, penegasan selawat dalam ayat tersebut: Allah sendiri yang menciptakan Nabi Muhammad s.a.w. ikut mencurahkan selawat untuk NabiNya; para malaikat yang masyhur selalu taat beribadah tak luput melantunkan selawat kepada Rasulullah s.a.w. Tidakkah itu suatu hal yang sungguh sangat istimewa? Pertanyaannya: apakah ada alasan untuk seorang muslim tidak berselawat kepada Nabinya bila Sang Khalik sendiri mengirimkan selawat untuk NabiNya? Terkait tafsir ayat tersebut, M. Quraish Shihab menyatakan bahawa ayat itu seolah ingin menegaskan: “Sesungguhnya Allah [Yang Maha Agung lagi Maha Kuasa, bahkan Yang Menghimpun segala sifat terpuji], dan [demikian juga] para malaikat yang sangat hormat dan kagum kepada Nabi Muhammad s.a.w.; kerana itu mereka, yakni Allah dan para malaikat terus menerus berselawat untuk Nabi [yakni Allah melimpahkan rahmat dan aneka anugerah, sedang malaikat memohon kiranya dipertinggi lagi darjat dan dicurahkan ampunan atas Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan makhluk Allah yang termulia dan paling banyak jasanya kepada umat manusia dalam memperkenalkan Allah dan jalan lurus menuju kebahagiaan. Kerana itu, hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu [semua] untuknya, yakni mohonlah kepada Allah kiranya rahmatNya pun lebih dicurahkan lagi kepada baginda; dan di samping itu, hai orang-orang beriman, hindarkanlah dari baginda segala aib dan kekurangan serta sebut-sebut dan ingat-ingatlah keistimewaan dan jasa baginda dan bersalamlah, yakni ucapkanlah salam penghormatan kepada baginda salam yang sempurna lagi penuh tuntunan baginda.”
Keistimewaan perintah selawat dalam ayat tersebut kian jelas mengemuka manakala didapati bahawa itulah satu-satunya perintah dimana Allah sendiri terlibat di dalamnya. Pasalnya, dalam beberapa ayat lainnya, sebagaimana dikatakan KH. Habib Syarief Muhammad Alaydarus, Allah memerintahkan solat, tetapi Dia sendiri tidak solat, Allah memerintahkan zakat, tetapi Dia sendiri tidak berzakat, Allah memerintahkan haji, tetapi Dia sendiri tidak berhaji. Namun, untuk perintah membaca selawat, Allah sendiri bersama para malaikatNya membacakan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Bukankah, yang demikian, betapa mulia pengagungan ‘Rabb’ kita kepada Rasulullah s.a.w.? Kerana itulah, sudah semestinya, kita yang mengaku atau menyandang agama yang mulia ini sentiasa berselawat kepada baginda. Dari al-Quran sudah jelas alasan perintah berselawat, lalu bagaimana dengan rujukan hadis-hadis? Tentu saja banyak sekali. Begitu beragam riwayat sahabat yang pernah menyinggungnya. Antara lain sebagaimana disinggung Imam Nawawi dalam kitab Al-Adzkar. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. dan dia berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Akan tersungkur hidung seseorang yang tidak membaca selawat kepadaku ketika disebutkan namaku di hadapannya.’” [HR. Termizi. Imam Termizi menerangkan bahawa hadis ini adalah hadis [kategori] hasan] Diriwayatkan dari Anas r.a., dia berkata, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda, ‘Barang siapa yang mendengar namaku disebutkan, hendaklah dia membaca selawat kepadaku, apabila dia membaca selawat satu kali maka Allah Azza wa Jalla akan memberikannya sepuluh kali ganda.” [HR. Ibnu Sinni] Sementara hadis lain disebutkan, diriwayatkan dari Ali r.a. dan dia berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Orang yang bakhil adalah orang yang tidak mahu membaca selawat kepadaku ketika namaku disebutkan..’” [HR. Termizi). Menurut Imam Termizi hadis ini adalah hadis yang darjatnya shahih. Dan Imam Nasa’i pun meriwayatkan hadis ini.] Imam Muslim sendiri, sebagai salah satu perawi yang namanya erat dengan hadis shahih, meriwayatkan hadis soal selawat. Ia berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Barang siapa membaca selawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan sepuluh rahmat kepadanya.” [HR. Muslim dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash r.a.) Lalu Imam Abu Hurairah menuturkan bahawa ia pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabda, “Janganlah kalian menjadikan kuburku sebagai persidangan Hari Raya. Berselawatlah kepadaku, kerana selawat kalian sampai kepadaku dimana saja kalian berada.” [HR. Nasa’i]
Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda, “Setiap kali seseorang mengucapkan salam kepadaku, maka Allah mengembalikan rohku sehingga aku dapat menjawab salamnya.” [HR. Abu Daud] Dalam hadis lain juga disebutkan, “Setiap mukmin yang berselawat satu kali kepada Nabi, nescaya malaikat Jibril memohonkan rahmat untuknya sepuluh kali.” [HR. Ibnu Majah] Bila sejumlah hadis di atas tidak memuaskan anda, perhatikan juga hadis berikut, sebagaimana ditulis Abdullah Hajjaj dalam buku “Agar Doa Terkabul”. Dari Abdullah r.a., ia berkata bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang ditugasi khusus di muka bumi untuk menyampaikan salam yang diucapkan umatku kepadaku.” [HR. Nasa’i] Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda dalam hadis lain yang tidak kalah pentingnya untuk kita amati. Baginda bersabda, “Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisiku kelak di Hari Kiamat adalah mereka yang paling banyak membaca selawat kepadaku.” [HR. Termizi]

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

Doa Dan Zikir: Mengetahui Ruqyah Secara Benar

Ruqyah adalah salah satu kaedah penyembuhan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., para sahabat dan salafush-shalih, baik untuk menjaga kesihatan fizik mahupun jiwa. Banyak hadis yang meriwayatkan tentang pemakaian ruqyah dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Rasulullah sendiri pernah meruqyah dan sahabat-sahabatnya yang lain, seperti: Abu Said al-Khudri, Sa’ad bin Abi Waqqash, Hafsah binti Umar, tabi’in seperti Malik bin Dinar juga melakukannya. Tradisi ini berlanjutan dari generasi ke generasi. Imam Ahmad bin Hanbal, selain terkenal sebagai salah satu imam mazhab (Mazhab Hambali) juga terkenal kemampuannya meruqyah. Muridnya Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim al-Jauziyah juga sering mengamalkan pengubatan ala ruqyah. Inilah sejumlah fakta tokoh-tokoh terdahulu yang menggunakan ruqyah sebagai pengubatan secara Islami. Kerana itu, setiap kaum Muslimin harus mengetahui secara benar, agar tidak menyimpang dari kaedah syar’i. Pasalnya banyak juga di masyarakat beredar pengamal pengubatan yang mengenalkan dirinya sebagai pengubatan Islami namun kenyataannya seringkali melencong dari ajaran Nabi s.a.w. Kerana itu kurang tepat kiranya jika ada anggapan bahawa ruqyah hanyalah satu kaedah penyembuhan untuk mengusir gangguan jin belaka seperti yang diketahui kebanyakan oleh orang awam. Justeru ruqyah itu jauh lebih luas jangkauannya, bukan saja terapi untuk pencegahan gangguan jin, sihir dan sejenisnya melainkan juga terapi untuk penyembuhan penyakit-penyakit fizik. Berikut ialah perihal ruqyah untuk penyakit fizik berdasarkan riwayat-riwayat hadis.

A. Ada Sebelum Islam
Bila dikaji, amalan ruqyah telah ada sebelum masa Rasulullah s.a.w. Hanya saja sebelum Islam datang, belum ada batasan-batasan yang menjelaskan ruqyah yang boleh dan yang tidak. Justeru dalam amalannya, ruqyah yang dilakukan pada masa itu (Jahiliyah) banyak yang menyimpang dari ajaran agama. Fenomena memprihatinkan inilah yang menyebabkan Nabi s.a.w. pernah melarang mengamalkan ruqyah. Setelah pelarangan tersebut, para sahabat meminta panduan kepada Nabi s.a.w., apakah semua amalan ruqyah dilarang ataukah sebenarnya ada ruqyah yang diperbolehkan. Lantas Nabi s.a.w. meminta para sahabat untuk menunjukkan ruqyah-ruqyah yang selama ini telah mereka lakukan. Setelah baginda tahu, akhirnya baginda menetapkan bahawa tidak semua ruqyah dilarang, tetapi ada ruqyah yang diperbolehkan asalkan tidak ada unsur syirik di dalamnya. Batasan yang telah ditetapkan Rasulullah s.a.w. memberikan sebuah penegasan bahawa meskipun istilah yang dipakai tetap sama (iaitu; ruqyah) akan tetapi makna dan hakikat yang terkandung di dalamnya sangat berlainan. Batasan yang sudah diberikan Rasulullah s.a.w. berlaku untuk setiap muslim bila-bila pun dan dimana pun. Ini merupakan garis panduan dalam ruqyah. Berdasarkan hal ini, akhirnya boleh dibedakan mana ruqyah yang sesuai dangan syariat Islam dan mana yang tidak. Yang tidak sesuai syariat dan pernah dilarang oleh Nabi s.a.w., tentu ruqyah yang amalannya meniru kebiasaan Jahiliah. Sedang yang sesuai syariat tentulah mencontoh cara Nabi s.a.w., para sahabat dan seterusnya.

B. Pengertian Ruqyah
Pada dasarnya ruqyah sama seperti doa yang dipanjatkan kepada Allah s.w.t. agar Allah berkenan memberikan kesembuhan penyakit, baik fizik mahupun batin. Kerana erti ruqyah sendiri secara bahasa adalah bacaan atau doa-doa. Akan tetapi doa-doa untuk penyembuhan tersebut tidak boleh sembarangan melainkan yang sesuai dengan syariat Islam, yakni bacaan yang terdiri dari ayat al-Quran, asma’ul husna (nama-nama Allah s.w.t.) serta doa-doa yang dicontohkan Nabi s.a.w. berdasarkan hadis yang shahih. Sehingga jika ada orang menyebut ruqyah namun amalannya menyimpang, tentu bertentangan dengan ruqyah yang diperbolehkan oleh Nabi s.a.w. Sebab di zaman sekarang ini begitu marak amalan yang mengaku-ngaku pengubatan ala Islam padahal kenyataannya bertentangan dengan apa yang pernah diajarkan oleh Nabi s.a.w. Tujuannya hanyalah untuk meraup keuntungan semata. Menakutkannya lagi, bila ruqyah yang dilakukan itu mengandung kesyirikan. Seperti menyandarkan diri kepada sesuatu selain Allah s.w.t., pemujaan kepada jin atau syaitan, meyakini kesembuhan dari benda-benda tertentu, dan lainnya. Alasan inilah yang membuat Rasulullah s.a.w. pernah melarang para sahabat untuk melakukan ruqyah — kerana ruqyah kala itu lebih kental dengan perbuatan syiriknya — padahal Islam datang untuk mengenyahkan segala bentuk kesyirikan. Dalam Islam, tauhid adalah harga mati, tidak boleh ditawar-tawar. Ertinya bila seseorang telah meyakini bahawa Allah sebagai Tuhan dan Dialah pada hakikatnya yang menyembuhkan segala penyakit, maka jangan sampai terbawa kepercayaan untuk menyandingkan atau mengagung-agungkan sesuatu dengan Allah s.w.t. Kerana itu perlu kehati-hatian dalam menggunakan ruqyah agar tidak terjatuh ke dalam amalan ruqyah yang mengandungi syirik. Agar kita punya gambaran yang jelas tentang boleh tidaknya ruqyah, berikut ini beberapa hadis soal ruqyah:
1. Dari Abdullah bin Mas’ud r.a. bahawa beliau berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya segala ruqyah, tamimah, dan tiwalah adalah syirik.” Tamimah di sini adalah menggantungkan sesuatu (azimat atau tangkal) dan tergantung padanya. Sementara tiwalah adalah guna-guna yang dipakai seseorang untuk menjadikan orang lain menjadi tertarik kepadanya. Sebahagian ulama membolehkan penggunaan azimat bila berasal dari ayat al-Quran mahupun hadis Nabi s.a.w. tetapi sebahagian besar ulama berpendapat tidak memperbolehkan sama sekali dan memandangnya termasuk hal yang dilarang. Menurut pendapat kedua ini, azimat dari ayat al-Quran atau hadis Nabi s.a.w. lebih baik ditinggalkan, kerana tidak ada dasarnya bahkan hadis yang melarangnya bersifat umum, lain dengan ruqyah dimana banyak hadis lain yang membolehkan ruqyah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran..