SEKARANG ramai yang terkena “sihir”. Ada orang apa yang disebutkan orang sebagai “bomoh” melakukan kerja-kerja haram ini. Mereka yang melakukan kerja-kerja ini pada hakikatnya tidak mengerti tentang “ilmu agama”. Mereka “buta kayu”. Asalkan mereka dapat duit, apa kerja pun akan mereka buat. Mereka (bomoh) yang melakukan perbuatan sihir ini sebenarnya meminta pertolongan dari makhluk lain. Mereka bukan meminta pertolongan kepada Allah s.w.t. Mereka meminta pertolongan dari makhluk “jin” dan syaitan. Sebenarnya, perbuatan ini merupakan satu dosa besar. Dan perbuatan ini juga termasuk dalam kategori dosa-dosa yang disenaraikan oleh para ulama. Dalam drama-drama, cerita-cerita orang kena sihir dijadikan drama, kita lihat mereka “terpekik, terlolong” bila ada golongan “agamawan” mengubati orang yang terkena sihir itu. Konon yang “terjerit dan terlolong”, bukanlah orang yang “sakit” itu, tetapi makhluk halus yang meresap dalam diri orang tersebut. Apa yang disebut orang itu terkena “sihir”. Ia dilakukan oleh mereka yang ada menyimpan atau konon “memelihara” makhluk halus seperti jin dan lain-lainnya dalam usaha untuk meminta pertolongan jenis-jenis ini melakukannya. “Hukumnya adalah salah” sama sekali. Agama tidak membenarkan kita berbuat demikian. Kita menganiaya orang lain untuk kepentingan kita. Bomoh yang melakukan kerja-kerja mungkar ini dikira “subahat” akan menerima dosa sama yang diterima oleh pelakunya itu. Sebenarnya, syaitan dan jin tidak akan melayan tukang-tukang sihir ini sehingga tukang-tukang sihir ini jadi “kafir” sama ada dari segi ucapannya atau pun perbuatannya. Semakin kerap tukang sihir membuat maksiat terhadap Allah s.w.t., maka syaitan dan jin semakin dekat dan taat kepadanya. Pernah dilaporkan mengenai satu kisah dimana seorang tukang sihir yang terkenal dimana tidak boleh mensihir dan syaitan tidak mahu datang kepadanya, sehingga tukang sihir itu menjadi Al-Quran sebagai ‘alas kaki’. Ini adalah merupakan satu kekafiran yang nyata malah disedari oleh tukang sihir itu sendiri, tetapi yang paling menyedihkan ada tukang sihir yang kafir kepada Allah dimana dia sendiri tidak menyedarinya. ‘Jampi mentera’ yang mereka baca dan ‘azimat’ yang mereka tulis sebahagian besarnya adalah kerja-kerja syirik dan kekafiran secara nyata, malah ditulis dengan huruf yang tidak difahami. Kadang-kadang mereka memasukan ayat-ayat Quran supaya orang-orang bodoh mengira bahawa mereka tidak memakai azimat (tangkal) dan mentera selain Quran. Ada diantara tukang-tukang sihir ini tidak menyedari tentang dirinya sendiri. Mereka juga bersembahyang, berpuasa, tetapi perbuatan-perbuatan syirik masih dilakukan. Orang-orang seperti inilah orang yang rugi dunia dan akhirat. Kerugian ini merupakan kerugian yang amat jelas dan nyata sekali. Kadang-kadang timbul juga dalam masyarakat kita orang bercakap apakah jin juga ada tinggal di rumah-rumah manusia? Soal itu boleh jadi benar dan boleh jadi tidak, tetapi, kisah-kisah dizaman Rasulullah s.a.w. mengenai jin ini ada diceritakan. Kisah-kisah serupa ini banyak terjadi, dan sebahagiannya ada diceritakan dalam buku-buku agama yang memperkatakan tentang makhluk jin ini. Bagaimana pun, setengah darinya ada yang tidak benar, kerana kadang-kadang ada sebahagian orang membuat cerita-cerita dusta untuk tujuan peribadi dan kepentingan duniawi. Sebenarnya, dalam masyarakat sekarang memang kita tidak dapat mengelakkan diri daripada perbuatan-perbuatan yang melibatkan syaitan.
Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...
Sunday, November 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment