ERA tahun 60an masih lagi belum mantap iman orang-orang Islam. Dalam era ini orang-orang Melayu/Islam masih lagi makan di kedai-kedai yang diusahakan orang-orang bukan Islam. Di daerah Pudu, kawasan Sungai Besi dan kawasan-kawasan di sekitarnya memang banyak anak-anak Melayu bekerja di kilang-kilang, pejabat-pejabat dan jabatan-jabatan kerajaan tertentu. Di kawasan tersebut tidak ada orang-orang Melayu/Islam berniaga makan. Sama ada nasi lemak, roti canai, kedai kopi atau apa saja jenis makanan yang patut dimakan oleh orang Melayu/Islam tidak ada dijual dikawasan tersebut dan kawasan sekitarnya. Di Jalan Chan Sow Lin misalnya, sama lorong yang ada di kawasan tersebut ada kedai, ada warong menjual berjenis-jenis makanan yang diusahakan oleh orang-orang bukan Islam. Seorang dua saja mamak Islam yang membuka kedai nasi. Tetapi apa yang berlaku, semua kakitangan Melayu yang beragama Islam yang bekerja di kawasan itu dan kawasan sekitarnya akan menjamu selera sama ada waktu pagi, tengah hari dan petang di kedai-kedai bukan Islam.
Ada seorang bukan Islam yang mengusahakan “nasi daun pisang” di kawasan tersebut. Kita tak tahu apakah ayam yang dimasak itu disembelih cara Islam atau pun tidak. Daging yang dimasak kurma yang dijual itu sama ada daging tersebut “halal” atau pun “haram”? Tetapi yang berlaku saban hari, kedainya penuh dengan orang-orang Melayu/Islam makan tengah hari dan “sarapan roti canai” di kedai yang diusahakan oleh seorang bukan Islam yang beragama “Hindu”. Oleh kerana era zaman itu, masalah makanan yang dimakan sama ada disembelih cara Islam tidak dipersoalkan sangat, janji, masakannya sedap dan sesuai dengan selera mereka.
Begitu juga dengan masakan “nasi ayam”. Era zaman itu nasi ayam dimasak oleh orang-orang bukan Islam. Ayam tentulah tidak disembelih. Tetapi orang-orang Melayulah yang paling ramai memenuhi kedai yang menyediakan nasi ayam. Ada sebuah kedai yang menyediakan nasi ayam di Brickfield paling ramai dikunjungi oleh orang-orang Melayu/Islam. Boleh dikatakan setiap malam kedai itu penuh dengan pengunjung orang-orang Islam. Ketika itu tidak ada pusat Islam, tidak ada majlis agama itu dan majlis agama ini. Tidak ada Jakim, tidak ada persatuan pengguna Islam dan lain-lain lagi. Jadi, apa yang ada di kedai makan itu dikira “halal” dan orang-orang Melayu “sebat” sama. Seorang sahabat saya yang bekerja satu pejabat di Jalan Sungai Besi belanja saya makan tengah hari. Pada suatu hari dalam tahun 60an, sahabat ini seorang bukan Islam dan nak belanja saya makan tengah hari. Ketika itu siapa pun ajak makan, lebih-lebih lagi “makan free” atau pun kata orang pulau pinang “patuk buta”, tidak pernah ditolak. Kami keluar dari pejabat jam 12.30 tengah hari dan kami singgah di sebuah warong yang menjual “capati”. Pengusaha warong itu ialah seorang “Punjabi” yang pakai serban. Sahabat saya ini juga seorang bangsa “Punjabi”, tetapi dia tidak pakai serban. Mukanya macam orang Melayu juga tak pakai apa-apa pun.
Dia tanya saya you nak makan apa? “Apa-apa saja,” jawab saya ringkas. Dia order capati dan kari kurma bersama dengan ayam kari. Apabila capati ada di depan saya, saya tak toleh kiri dan kanan lagi, terus “tekan” dengan berselera sekali. Ketika itu dalam fikiran saya tidak pernah terlintas apakah ayam yang dihidangkan itu disembelih? Halal ke? Saya main ‘balon’ saja. Entah macamana Allah berikan ilham, terfikir semula saya apakah daging yang “aku tekan tadi daging halal ke atau pun haram? Ayam itu sembelih ke? Untuk memastikannya, saya berjumpa semula dengan sahabat bangsa Punjabi itu yang belanja saya makan. Saya tanya dia: “Ayam di warong itu sembelih ke?
Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...
Sunday, November 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment