Sunday, November 13, 2011

Liang Lahad Jenazah Kiai Menyempit

KETIKA menyebut nama KH. Dahlan (nama samaran), semua orang di Kampung Jeruk di daerah S, mengenalinya sebagai sosok ulama yang cukup disegani. Tidak saja kerana dia ‘orang tua’, tetapi juga kerana kepintarannya dalam bidang ilmu agama. Kerana itu, banyak orang yang bertanya soal agama kepadanya.
Hanya saja, sayangnya, dia memiliki perangai yang kurang baik, terutama kepada tetangganya. Bukan kerana dia melakukan kejahatan jenayah atau seksual, tetapi kerana dia telah menipu tetangganya sendiri soal ukuran tanah. Hal ini diketahui setelah si tetangga itu mengukur balik tanah miliknya. Setelah diukur, ternyata dia kehilangan 30 meter. Si tetangga merasa tanahnya telah dicuri oleh Kiai. Kerana itu, dia pun melakukan protes. Berbagai bukti diajukannya, baik secara lisan mahupun tertulis, yang menunjukkan bahawa ukuran tanahnya telah dikurangi oleh Kiai. Namun, kiai tetap mengelak. Dia merasa telah melakukan suatu tindakan yang benar. Bukti tertulis yang diajukan oleh tetangganya itu hanyalah sebuah bukti bohong. Bukti yang benar adalah apa yang terjadi saat itu. Intinya, kiai tidak mahu dirinya dituduh telah menambahkan jumlah ukuran tanahnya dengan mengurangi sempadan tanah milik tetangganya. Si tetangga pun tidak ikhlas atas apa yang dilakukan Kiai. Sebab, baginya, 30 meter bukanlah jumlah yang sedikit. Jika harga per meter tanah saja sebesar Rp500 ribu (RM10), maka boleh dikirakan berapakah jumlah kerugiannya, sekitar Rp15 juta (RM5,400). Ini adalah jumlah yang tidak sedikit bagi orang kampung seperti dirinya. Apalagi jika harganya Rp.1juta (RM20)/meter. Maka, dia pun kehilangan Rp.30 juta (10,950). Jika hilang kerana disumbangkan ke taman bimbingan asuhan fakir miskin dan anak yatim, mungkin tidak akan menjadi masalah. Tapi, ini hilangnya kerana dicuri orang. Malangnya, yang mencuri itu adalah seorang yang disegani di kampungnya! Namun, si tetangga yang kemudian diketahui bernama Amri itu tidak berani menuntut lebih jauh kerana yang dihadapinya adalah seorang kiai yang disegani. Kerana itu, yang boleh dia lakukan hanyalah memendam rasa kesal dalam hati dan mendoakan semoga kiai mahu bertaubat dan kemudian mengembalikan haknya.

Sebut Tanah Saat Sakit
Entahlah, kenapa kiai berani mengambil tanah tetangganya. Padahal, disedarinya, dia adalah seorang kiai yang disegani. Dia tidak sedar bahawa perbuatannya itu akan merugikan umat. Sebab, orang yang diteladani saja berbuat curang pada orang, apalagi umatnya. Namun, hal itu rupanya tidak pernah disedarinya. Gelapnya mata pada dunia, rupanya membuat hatinya ikut redup. Nyala batinnya sudah tidak benderang kerana gilanya pada harta dunia, yang sebenarnya tidak layak dilakukan seorang kiai yang sangat mengerti tentang agama. Tapi, itulah yang terjadi pada KH. Dahlan. Hingga sakit keras merenggutnya, persoalan tanah yang dirampasnya itu belum selesai juga. Parahnya, di tengah sakitnya yang tenat, dia justeru masih menyebut: “Tanah...tanah..!” Rupanya, dalam otaknya masih mempunyai rasa takut jika sewaktu-waktu tanahnya itu akan diambil kembali oleh tetangganya. Kerana itu, spontan saja yang keluar dari mulutnya saat sakaratul maut adalah tanah dan tanah.
Pemandangan ini tentu saja menjadi perhatian khusus para tetangganya, tak terkecuali keluarganya sendiri. Sebab, sekelas kiai di saat ajal hendak menjemputnya pun justeru dia menyebut hal-hal yang sifatnya duniawi, bukan zikir seperti yang sering dia ajarkan kepada umat. Inilah yang disebut dengan “logik amal”. Tubuh kita pada akhirnya dikendalikan oleh amal dan Allah kadang-kadang menampakkannya saat sakaratul maut. Ertinya, meski otak kita sebenarnya waras, tapi amal buruk akan menuntun seseorang untuk melakukan sesuatu yang sesuai dengan perbuatannya tersebut. Dalam kes KH. Dahlan seperti itu adanya. Meski otaknya masih dalam keadaan sedar, tapi amal buruk telah menuntunnya untuk mengatakan sesuatu yang tidak patut diucapkan oleh seorang kiai di akhir hayatnya. Inilah yang disebut dengan “logik amal”. Maka, setelah berjuang keras untuk lepas dari rasa sakitnya, akhirnya, kiai meregang nyawa dalam keadaan yang kurang baik, sebab dia menyisakan “perasaan sakit” tetangganya. Hingga kematiannya, kiai belum meminta maaf kepada Amri dan sebaliknya, Amri pun belum dapat memaafkan kiai yang tidak lain adalah tetangganya itu. Kematian kiai membuat tanda tanya banyak orang, terutama para tetangganya. Apalagi, setelah itu, warga dikejutkan dengan sebuah khabar tentang anehnya proses penguburan jenazah kiai.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...

No comments: