SUNGGUH, demikian dalam hikmahnya yang terkandung dalam solat, terlepas apakah itu solat wajib mahupun solat sunnah (solat sunat). Beratus kitab, beragam penjelasan telah memaparkan mengenai hal ini. Jutaan pengalaman solat sejak zaman Nabi Adam a.s. hingga umat akhir zaman ini telah terjadi dan dialami. Sebahagian tertuliskan namun sebahagian lagi tak terkatakan kerana demikian luar biasa pengalaman ‘batin’ solat. Inilah ibadah yang membuat hamba dan Khalik berdialog, berhubungan dalam azalinya yakni Allah sebagai tujuan ketundukan dan manusia sebagai subjek ketundukan itu. Maka saat seorang hamba sujud ia berada dalam keadaan murni dan suci kerana demikianlah adanya kenyataan hakiki hidup kita yakni harus tunduk kepadaNya.
Setidaknya ada dua perkara besar terkait hikmah solat ini. Dua perkara ini demikian agung dan tinggi sebagai bukti kalau ibadah ini juga bernilai besar. Dua perkara itu sentiasa dikejar oleh kaum sufi kerana mencakup darjat tinggi dan ilmu yang jarang dikuasai orang. Namun tak jarang, siapapun yang ikhlas dan istiqomah dapat mengalaminya sendiri. Dua perkara itu adalah Mikraj dan Khusyuk.
MIKRAJ
Jika Rasulullah s.a.w. diangkat ke langit dalam peristiwa Israk Mikraj, yang mengantarkan Baginda menyaksikan rahsia-rahsia suci, serta bertemu langsung dengan Allah s.w.t., maka mukmin sejati juga boleh merasakan mikraj itu. Medianya tak lain adalah solat. Ya solat adalah mikraj rohani mukmin, sarana dia untuk sampai dan menggapai keluhuran dan ketinggian. Solat dan ketinggian barangkali sudah bersanding secara azali. Solat diperintahkan langsung oleh Allah Tuhan yang Maha Tinggi dan tempat penyampaian perintah itu adalah Sidratul Muntaha, tempat tertinggi yang penghabisan. Kalimat azan yang menyeru, “Marilah kita solat, marilah menuju kemenangan...” adalah pernyataan bahawa mereka yang solat adalah mereka yang ditinggikan. Bukankan ‘si juara’ akan berdiri paling atas dan paling terlihat diantara yang bukan pemenang? Demikianlah, ketinggian rohani terpampang jelas dalam amal ini bagi siapa saja yang konsentrasi memperhatikannya. Rasulullah s.a.w. telah menyebut bahawa “solat itu mi’rajnya orang-orang Mukmin.” Inilah tamsil yang indah serta luar biasa. Jelas ada sesuatu yang dahsyat hingga Nabi s.a.w. menyebutkan kenyataan batin ini dengan kalimat demikian. Kedahsyatan itu hanya boleh didapat jika kita larut dan khusyuk dalam solat. Ertinya sebuah pengalaman yang dialami langsung, disentuh indera dan teraba oleh hati. Sayang kita sering menyia-nyiakan tamsil indah ini dengan tidak mengindahkan solat. Semoga Allah mengampuni kita dan merubah perangai buruk kita...Bahkan hal-hal yang menyertai solat juga sangat luar biasa. Wuduk misalnya. Amal ini membersihkan jasmani dan rohani kita sekaligus. Kiblat kita adalah Kaabah, satu bangunan yang sudah disucikan Allah sejak dahulu kala. Tak ada bahagian-bahagian solat yang sembarangan. Setiap gerakannya bermakna dan setiap bacaannya mengandung makna yang indah. Fungsinya dalam agama adalah tiang, sesuatu yang tegak berdiri dan juga tinggi. Menjadi tempat bersandar dan tempat bergantungnya amal kita yang lain. Bukankan bendera tak akan berkibar tanpa tiang? Demikianlah amal-amalan lain terkait dengan solat. Dan solat sebagai mikraj kaum mukmin sebenarnya maujud dalam ketinggian perilaku. Amal kita kepada yang lain. Kepada keluarga, kerabat, tetangga, kaum muslim dan umat manusia sekalian. Kerana itu kita tak akan tidak bersimpati dengan penderitaan orang lain kerana sikap demikian adalah perbuatan yang rendah. Kita juga tak akan menzalimi orang lain dengan mengambil haknya kerana sungguh perbuatan itu tak hanya rendah tapi juga sangat keji dan hina. Kita akan tersenyum dengan ikhlas kepada siapa saja. Ucapan kita baik, santun juga benar kerana lidah yang berdusta sungguh adalah lidah yang celaka. Kita juga akan mendahulukan cinta-kasih daripada marah, diskriminasi, dan dengki khianat. Kerana sungguh cinta-kasih kepada sesama insan adalah perbuatan yang tinggi. Bahkan seorang wanita yang rendah moralnya yang memberi minum kepada anjing saja boleh meraih syurga. Bagaimana jika air itu kita berikan kepada mereka yang haus? Mereka yang bukan anjing tapi manusia, makhluk yang lebih mulia? maka jangan hinakan solat kita dengan perbuatan rendah dan nista. Wujudkanlah solat kita itu dengan perbuatan yang tinggi pula di setiap detik hidup kita.
Khusyuk
Hikmah besar kedua yang ada dalam solat adalah Khusyuk. Kekhusyukan inilah, menurut Said Hawwa, kunci yang membawa kita pada makna solat yang agung yakni peresapan makna-makna ketauhidan, kehambaan dan kesyukuran. Solat yang khusyuk adalah solat yang menyapu keangkuhan dan pembangkangan kepada Allah Yang Rahman. Penunaian solat secara khusyuk akan memusnahkan sifat ujub dan sombong diri bahkan dapat memusnahkan kemungkaran dan kekejian. Kekhusyukan juga bererti mengerjakan solat dalam rukun dan sunnahnya secara sempurna. Dalam khusyuk merealisasikan adab lahir dan batin dalam solat. Khusyuk adalah hikmah solat namun dia juga adalah sebuah ilmu, ilmu yang khusus. Nabi s.a.w. mengisyaratkan ini dalam sebuah hadisnya, “Ilmu yang pertama kali diangkat dari muka bumi adalah kekhusyukan.” (HR. Thabari dengan sanad hasan). Jika umat akhir zaman disebut sebagai umat yang buruk maka kiranya itu terjadi kerana tak ada ilmu khusyuk dalam kehidupan umat itu. Said Hawwa menambahkan khusyuk adalah manifestasi tertinggi hati yang sihat. Jika ilmu itu diangkat itu hanya bererti bahawa hati-hati akan sakit dan rosak. Jika khusyuk hilang maka manusia akan mencintai dunia dengan cinta yang besar hingga mereka bersaing menunaikan cinta itu dengan nafsu besar bagaikan binatang. Kecenderungan kepada akhirat berkurang bahkan hilang dan manusia hanya sibuk mengerjakan hal-hal yang tak bermakna. Hati dan kehidupan tanpa khusyuk adalah hati dan kehidupan yang tanpa tenaga. Hati dan kehidupan seperti ini akan menutup pintu bagi nasihat dan peringatan. Syahwat mendominasi dan kehidupan di dunia akan dipenuhi kehancuran. Khusyuk sangat sedikit dikuasai. Kerananya jika kita kesulitan meraihnya maka edarkanlah pandangan kita. Carilah orang yang khusyuk itu di sekitar kita dan bersandarlah padanya. Jika anda melihat orang yang khusyuk dalam solatnya dan dia adalah seorang ulama maka yakinlah bahawa anda telah melihat seorang ulama akhirat. “Dirikanlah solat untuk mengingat aku,” demikian firman Allah dalam surat Thaha ayat 14. Kerananya khusyuk adalah menghadirkan hati, hati yang mengingatNya. Jika ini tidak dilakukan maka solat adalah amal yang hanya berbuah letih saja. Siapa yang tidak khusyuk maka rosaklah solat kita. Said Hawwa, mengutip Imam Ghazali menyebut ada enam makna batin yang dapat menyempurnakan makna solat, iaitu ;1) kehadiran hati; 2) kefahaman; 3) takzim atau pengagungkan kepada Allah; 4) segan atau haibah; 5) berharap atau raja’ dan terakhir; 6) malu. Menghadirkan hati adalah membersihkan solat kita dari hal-hal yang tak perlu. Makna ini lahir dari keinginan hati yang kuat. Jika kita menginginkan suatu perkara dengan hati yang kuat maka dengan sendirinya hal itu akan hadir dalam hati kita. Demikian jugalah solat kita. Jika keinginan kita kuat untuk solat maka hati kita akan hadir dalam setiap gerakan dan bacaan solat kita. Fahamilah bahawa tak ada hal lain di alam raya ini yang lebih mulia dan lebih penting daripada Dia. Jika Allah tak ada maka tak ada pulalah hidup ini. Dialah yang menghembuskan angin yang kita hirup, memberi kita makan dan mengalirkan darah kita. Maka hadirkanlah hati kita kepadaNya dalam berdiri, rukuk dan sujud kita.
Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2011 di pasaran...
Thursday, November 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment