Wednesday, September 12, 2012

Variasari Keluaran September 2012

Sudahkah anda memiliki Variasari edisi September 2012? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan...

Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai.

Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.Dapatkan segera majalah Variasari keluaran September 2012 sebelum terlambat. 

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin

Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Dalam Variasari September 2012










Hidayah September 2012

Hidayah keluaran September 2012 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaj

Iklankan Apa Saja Dalam Hidayah


Langganlah Segera Melalui Pos

Kepada pembaca yang melanggan secara online e-maikan kepada kami salinan resit bayaran bersama maklumat peribadi serta tarikh mula majalah yang anda ingin kami hantarkan...ke alamat: majalahhidayah@yahoo.com

Salam Kami

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Syawal 1433 datang lagi (dan akan pergi jua). Sudah tradisi kita merayakan kedatangannya. Saat inilah kita sibuk mengunjungi saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan. Tradisi balik kampung kita teruskan. Seolah-olah kalau tanpa datang raya, kita lupa balik temui keluarga di desa. Rasanya budaya ini ada positif dan ada negatifnya. Baiknya semangat kekeluargaan dapat dipereratkan dan kemesraan yang longgar dirapatkan. Antara yang negatifnya, waktu inilah para pengguna jalan raya bertarung nasib menggadai keselamatan nyawa ahli keluarga apabila jumlah kenderaan bersesak di atas jalan raya seluruh negara. Kemalangan masa inilah mudah berlaku dan jumlah nyawa yang melayang kian meningkat di musim-musim perayaan. Terasa murah sangat nyawa pengguna-pengguna jalan raya kita. Bagaimanapun qada’ dan qadar Allah telah tentukan. Kita hanya berusaha dan berikhtiar. Selebihnya serah kepada Allah Yang Maha Berkuasa menentukannya. Syawal yang meriah ini pun akan berlalu jua. Serinya akan disambung pula dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pula. Cuma yang kita musykilkan apakah kesan sambutan hari kemerdekaan ini kepada generasi muda. Dapatkah mereka rasai denyut nadi para bekas pejuang kemerdekaan. Berapa kerat sangatkah yang mengenali nama-nama besar seperti Dr.Burhanuddin Al-Helmi, Ishak Muhammad (Pak Sako), Ahmad Boestamam, Ustaz Abu Bakar Baqir dan lain-lain lagi.
Nama-nama ini akan terus tengelam dalam pelbagai tema merdeka dan sorak sorai gemerlapnya bunga api hari merdeka. Pembaca budiman, dalam meriahnya sambutan raya tahun ini dan sambut merdeka, janganlah dilupakan mengenai isu pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya yang beragama Islam di Myanmar. Ribuan jumlahnya yang terbunuh dan dianiaya. Mereka adalah saudara-saudara seagama kita. Hulurkanlah bantuan seberapa terdaya kepada mereka melalui NGO-NGO tertentu bagi meringankan beban yang mereka tanggungi. Paling tidak, berdoalah agar isu ini dapat diselesaikan segera agar keselamatan mereka mendapat pembelaan dan dilindungi. Selamat menyambut Syawal 1433 dan Hari Kemerdekaan kepada para pembaca. Sokongan anda tidak kami lupakan. Kita akan terus berjumpa lagi dalam keluaran akan datang, InsyaAllah.
Wassalam!

Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Apa Di Maksudkan Dengan Wuduk Batin?

HPERISTIWA di masa lalu merupakan satu kenangan yang diukir oleh manusia mulia dengan tinta sejarah untuk mengisi dan dikenang oleh insan dikebelakangan. Dalam dunia Islam, ada pelbagai cerita yang menakjubkan dan ada juga yang menyedihkan. Ada juga kisah-kisah yang boleh dijadikan iktibar bagi kita semua. Pengajaran-pengajaran dalam cerita-cerita tersebut sungguh memberi kesan yang mendalam dalam hati kita. Satu kisah yang perlu diketahui dibaca oleh semua orang tentang ‘solat’. Sebenarnya dalam solat ada rahsianya, terutama mengenai khusus solat itu sendiri. Pada zaman permulaan atau pun pertengahan Islam mula berkembang, di mana perintah solat sudah disyariatkan, solat merupakan satu perintah penting dalam hidup umat Islam. Dalam satu cerita bagaimana ada seorang ahli ibadah bernama ISLAM BIN YUSUF. Di antara ramai-ramai ahli ibadah yang ada, beliaulah orang yang paling warak dan khusyuk dalam solatnya. Tetapi ada satu sifat “ragu-ragu”. Sifat ini biasanya dibelit oleh syaitan yang sentiasa merasakan ahli-ahli ibadah mesti diganggu dalam mereka mengerjakan solat. Oleh kerana timbul perasaan khuatir, ahli ibadah ini selalu bertanyakan kepada orang lain, iaitu ahli ibadah juga apakah ibadahnya benar-benar betul dan khusyuk? Oleh kerana keraguan dan kekhuatirannya terlalu mendalamnya, akhirnya beliau bertemu dengan seorang “Abid”, iaitu seorang ahli ibadah yang kuat beribadat. Orang itu bernama Hatim Al-Islam.
Islam bertanyakan Hatim: “Bagaimanakah caranya tuan solat? Jawabnya: “Aku akan bersolat apabila masuk waktu, dan aku berwuduk zahir dan batin.” Islam terkejut dengan jawapan itu, kerana selama ini dia hanya tahu berwuduk sahaja, dan tidak pernah pula mendengar adanya wuduk batin? Tanya Islam lagi: “Bagaimana pula dengan wuduk zahir dan wuduk batin itu? Boleh tuan terangkan dan ajarkan kepada aku? “Begini,” kata Hatim, sambil menunjukan cara-cara berwuduk sebagaimana yang dilakukan. “Wuduk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Wuduk batin pula ialah: Bertaubat, menyesal dengan dosa-dosa yang dibuat, tidak cinta kepada dunia, jangan riyak minta dipuji-puji orang, jangan berbangga diri, tinggalkan perbuatan dan sifat khianat dan menipu, dan meninggalkan sifat dengki. “Itulah tujuh perkara yang disebutkan sebagai wuduk batin. Ini cuma satu pendapat yang harus ada pada diri setiap insan muslim sebelum mendirikan solat,” kata Hatim dengan sungguh-sungguh. Ahli ibadah Islam yang mendengar jawapan pertama dari Hatim itu termenung sejenak, kerana baru hari ini dia mendengar adanya “wuduk batin” itu. Melihat Islam yang seolah-olah merasa hairan dengan jawapannya itu, Hatim diam sebentar, kerana penerangannya itu ada sambungannya lagi. Hatim kemudian menyambung lagi penjelasan atau pun jawapannya itu  dengan...

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran...

Jasad Dihurung Labah-Labah

TERSIAR sebuah khabar yang mengejutkan di sebuah perkampungan kecil Pulau Sulawesi. Jasad Ahya, ketika hendak dikebumikan dihurung oleh sebilangan  labah-labah. Jumlahnya tidak sedikit. Bergerombolan. Labah-labah kecil yang biasa kita jumpai di atas penjuru rumah itu menghurungi dan mengitari  jasadnya.
Aneh, sukar  diterima oleh akal, jasad yang sudah mati, yang sudah dimandikan dengan bersih, diberikan wangi-wangian dan telah dikafani, kemudian berteman dengan labah-labah saat hendak dikebumikan. Ahya, warga emas berumur 68 tahun itu, meninggal dunia setelah mengalami komplikasi penyakit. Beberapa tetangganya menyebutkan bahawa dia mengidap penyakit jantung dan paru-paru yang agak parah. Dia meninggal setelah dirawat cukup lama di hospital. Ada juga isu misteri  penyakit yang dideritanya. Ada yang mengatakan dia terkena sihir. Tapi, ini hanya sekadar khabar-khabar angin saaja. Tidak dapat dipastikan kebenarannya. Kembali ke soal peristiwa pengkebumian Ahya. Setelah jasadnya dimandikan dan dikafani, layaknya proses pengurusan jenazah pada umumnya,  tidak ada hal aneh mengenai jasadnya itu. Tahap demi tahap proses pengurusan jenazah dilalui dengan baik. Namun, ada sedikit salah faham setelah jasadnya dikafani. Beberapa orang datang ke ke rumahnya, dan merasa keberatan dengan proses dikebumikan jenazahnya secara Islam. “Kami datang kemari ingin menjelaskan dan memastikan bahawa, Ahya adalah seorang bukan Islam, dia pengikut agama kami. Jadi, apa tidak sebaiknya, dia dikuburkan ikut tradisi agama kami,” dakwa dan saranan salah seorang dari mereka, setelah panjang lebar menjelaskan mengenai hubungan mereka dengan Ahya. “Tidak. Mohon maaf. Ahya, sebelum meninggal dunia sudah masuk Islam semula. Jadi, dia adalah seorang muslim,” jelas isteri Ahya menjelaskan. Kedatangan beberapa orang itu bertujuan meminta pihak keluarga agar berkenan menguburkan Ahya dengan tradisi agama mereka. Sebabnya, Ahya sebelum meninggal dunia pernah memeluk agama yang mereka anuti. Maka, adalah wajar, bila kedatangan mereka untuk menjelaskan perihal tersebut. Namun, salah faham ini kemudian dapat dipecahkan setelah mendapat bukti bahawa tujuh tahun terakhir masa hidup Ahya adalah sebagai seorang Islam. Ini dibuktikan dengan sijil mualaf yang diperolehinya dari sebuah yayasan masjid sebelum dia berkahwin dengan isterinya yang sekarang. Ertinya, dapat disimpulkan bahawa Ahya adalah seorang muslim sebelum meninggal dunia. Setelah menjelaskan hal tersebut, beberapa orang yang datang itu akhirnya memahami dan dapat menerimanya. Mereka pun akhirnya meminta maaf dan pulang.

Isteri Pengsan
Hari masih siang, kumandang azan waktu zuhur pun sudah terdengar. Proses berikutnya adalah solat jenazah. Pihak keluarga sudah menyediakan peti jenazah untuk si mati. Beberapa keluarga dari si mati yang masih menganut agama bukan Islam dan hadir di rumah Ahya mengharapkan agar si mati dikebumikan selain dengan kain kafan, juga mengenakan peti mati. Ini sudah merupakan tradisi keluarga, yang umumnya beragama bukan Islam.

Selanjutnys dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran... 

Detik-Detik Terakhir Seorang Pemabuk

MENJELANG petang, Heru, 25, beranjak dari tempat kerjanya, di sebuah kilang membuat perabot yang tidak jauh dari tempat tinggalnya. Tubuhnya letih, peluhnya membasahi pakaiannya. Namun, senyumnya tetap mengembang manakala berpapasan dengan orang-orang di jalan. Pemuda berbadan sasa itu sudah cukup umur ini sehari-harinya memang tekun bekerja. Kecuali hari cuti. Penghasilannya bolehlah dikira lumayan. Separuhnya dipergunakan untuk keperluan dirinya, separuhnya lagi diberikan kepada ibu bapanya.  Heru memang anak yang berbakti dan mengenang jasa. Apabila ibu bapanya meminta pertolongannya, Heru tak sekalipun menolaknya. Dengan senang hati, dia memenuhi apa yang diinginkan mereka. Sebab dia sedar, merekalah yang memenuhi semua keperluannya sejak kecil. Baik yang bersifat material mahupun kasih sayang. Pun di kaca mata tetangganya dan mereka yang mengenalinya, pemuda seorang ini dikenal sangat ringan tangan. Siapa saja yang memerlukan huluran tangannya, dia akan membantu semampunya secara sukarela. Tak menghairankan bila ramai orang senang dengannya meskipun sebenarnya dia punya perlakuan negatif. Ada satu kejadian yang pernah dilakukan Heru. Walaupun Heru melakukan atas dorongan kemanusiaannya, tanpa mengharapkan balasan apa-apa, tapi yang satu ini dipandang oleh ramai orang sebagai sebuah tindakan yang luar biasa. Ketika itu, berlaku tragedi kereta api bermuatan bahan bakar tergelincir dari landasannya. Entah apa penyebabnya, yang jelas kereta besi itu menyeruduk beberapa rumah penduduk. Dalam sekejap waktu, terjadi kebakaran hebat yang melibatkan lima buah rumah yang berhampiran landasan keretapi. Api menjilat-jilat. Panas. Di tengah berkobarnya api itu, terdengar teriakan suara seorang ibu minta tolong, “Tolong..! Tolong..! Anakku ada di dalam.” Dengan muka panik luar biasa, ibu itu terus menjerit-jerit, berharap ada orang yang dapat menyelamatkan anaknya yang sedang terperangkap di dalam rumah. Orang-orang kebengongan. Tak ada seorang pun di antara mereka yang berani kerana api makin membesar. Namun tanpa disangka-sangka, Heru yang kebetulan berada di sekitar tempat itu langsung meluru menuju rumah yang ditunjuk si ibu. Dia nekad menerobos rumah yang sebahagian besar telah terbakar. Niatnya hanya membawa keluar seorang kanak-kanak yang diduga masih terjebak di dalam rumah. Heru berhasil menyelamatkan kanak-kanak berusia tiga tahun itu. Dan si ibu gembira sekali. Sambil mendakap anaknya erat-erat, si ibu itu mendoakan Heru, “Terima kasih, dik. Mudah-mudahan Allah membalas kebaikanmu.”

Pemabuk dan penzina
Sayangnya, Heru yang suka menolong macam ‘superman’ itu punya perangai yang buruk. Dalam kesehariannya, dia jauh dari agama. Dia tak pernah solat apalagi mengaji, padahal di kampungnya tergolong lingkungan orang-orang beragama. Setiap kali teman-temannya mengajak bersolat, dia selalu menolak dengan halus. Saat ditanya kenapa tidak mahu solat, alasannya dia belum mendapatkan hidayah. Bukan hanya itu, sejak usia 17 tahun, Heru sudah mengenal minuman keras. Dari mulai minum sembunyi-sembunyi hingga berani terang-terangan. Apa yang dilakukan Heru ini bertolak belakang dengan teman-temannya, mereka tidak ada yang mahu cuba-cuba mendekati minuman haram terlarang itu. Makin lama, Heru makin sulit lepas dari kebiasaan ini. Sampai barang sehari saja, dia tak dapat meninggalkannya. Seperti hari itu, selepas kerja, dia  sudah lepak-lepak di sebuah kedai yang berjarak hanya sekitar 200m dari rumahnya. Penampilannya biasa-biasa saja, berpakaian t-shirt dan berseluar jeans. Tanpa malu-malu, dia menogok minuman yang dibawanya. Dia menikmatinya sendiri, tak mengajak orang lain. Masalahnya, persepsi orang berbeda dengan dirinya. Kebanyakan orang menganggap minuman keras sebagai minuman terlarang, minuman haram, membahayakan, serta merosak, tetapi Heru melihatnya sebagai sebuah kenikmatan meskipun memang diakui boleh memberi kesan buruk bagi kesihatan seseorang.

Selanjutmya dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran...

Pusat Dakwah Masyarakat Bugis

KUMANDANG azan solat Jumaat mengiringi Hidayah, sesaat ketika memasuki gerbang masjid ini. Kesan ‘mencabar’, megah dan sejuk menghampiri fikiran. ‘Mencabar’ kerana masjid ini dihiasi menara sebagai tiang pancang yang gagah, laksana tombak seorang perajurit di medan perang. Masjid Al-Markaz Al-Islami memiliki 5 menara yang salah satu di antaranya menjulang hingga ketinggian 84 meter. Kesan megah hadir kerana masjid ini berdiri di atas kawasan yang cukup luas dan memiliki bangunan dengan simbol dan seni reka bentuk yang khas. Pada sekitar dinding-dinding masjid, luar dan dalam dipasangi batu granit berukuran 60x60 cm, berwarna putih dengan noktah coklat, diselingi granit bakar berbentuk pita horizontal selebar 10 cm. Dinding itu dilengkapi ornamentasi dan kaligrafi yang memenuhi estetika Islami. Tubuh masjid yang berwarna putih kecoklatan dengan mahkota atap hijau ‘turkois’ memberi aura bersih semulajadi. Kesan sejuk hadir kerana masjid ini didominasi oleh warna hijau, yang sangat menyejukkan mata. Ketakjuban Hidayah kian sempurna manakala kaki melangkah masuk ke dalam ruang utama masjid. Ruang utama masjid digunakan untuk solat berada di tingkat dua tidak memiliki tiang penyanggah sehingga berada di dalamnya ruangan terasa sangat lapang. Penerangan ruang utama masjid ini dari lampu kristal yang direkacipta dengan perpaduan artistik seni Islam dan ornamen tradisional Sulawesi Selatan. Sistem ventilasi udaranya menggunakan dinding kerawang berpola Islam, motif Arab (Islamic Art) dalam rekabentuk khusus.
Dinding kerawang ini dibuat berkembar, bahagian luarnya dibuat dari beton agar tempias hujan tidak merembes ke dalam masjid. Sedang bahagian dalam terbuat dari besi sehingga putaran udara yang tercipta begitu baik dan membuat hawa di dalam masjid terasa sejuk.

Arsitektur Masjid
Masjid Al-Markaz Al-Islami terletak di Jalan Masjid Raya, Kecamatan Bontala, Kota Makassar, Provinsi Sulawesi Selatan. Arsitektur Al-Markaz Al-Islami dipengaruhi oleh Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah dengan menambahkan unsur arsitektur Masjid Katangka Gowa dan rumah adat Bugis-Makassar pada umumnya. Kerananya, masjid ini tidak memiliki kubah atau atap bundar, tetapi kuncup segi empat meniru kuncup Masjid Katangka dan rumah Bugis-Makassar. Arsitek masjid ini adalah Ir. Achmad Numan. Masjid Katangka adalah masjid tertua di Sulawesi Selatan. Nama lainnya adalah Masjid Al-Hilal. Masjid Katangka atau Masjid Al-Hilal adalah tempat agama Islam pertama kali menyebar di Gowa Sulawesi Selatan. Berawal dari masuknya 41 alim ulama dari Timur Tengah ke Gowa, perlahan Islam mulai menyebar sampai ke seluruh bahagian Sulawesi Selatan. Mubaligh dari Timur Tengah itulah yang membangun Masjid Katangka sebagai menyebarnya agama Islam di sana. Salah satunya adalah Syeikh Yusuf Al-Makassari. Kembali ke soal Masjid Al-Markaz Al-Islami. Sejak dibangunkan, Masjid Al-Markaz Al-Islami diharapkan menjadi salah satu pusat peradaban dan pengkajian Islam di Kawasan Indonesia Timur. Sekaligus juga menjadi kebanggaan masyarakat Sulawesi Selatan. Masjid ini mulai dibina 8 Mei 1994 dan dinyatakan selesai pada tarikh 12 Januari 1996. Bangunan utama terdiri dari tiga tingkat, diperuntukkan ruang pejabat setiausaha, ruang utama, perpustakaan, pendidikan, koperasi, dan pejabat Majlis Ugama Islam Selawesi Selatan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran...

Penjelasan Nabi s.a.w. Mengenai Seksaan Dalam Kubur

DIDALAM sahih Ibnu Hibban, daripada Ummi Mubasysyir, katanya: “Sekali peristiwa Rasulullah mendatangiku seraya berkata: “Berlindung dirilah kamu kepada Allah dari seksa kubur! maka kataku: “Wahai Rasulullah! Apakah di dalam kubur itu ada seksa? Jawab Rasulullah: “Sesungguhnya mereka itu akan di seksa di dalam kubur mereka suatu seksaan yang hanya semua binatang sahaja yang dapat mendengarnya.” Setengah ahli ilmu pengetahuan berkata: “Lantaran adanya seksa kubur itu, maka setengah-setengah orang telah membawa binatang-binatang mereka yang telah sakit perut ke kubur kaum Yahudi dan kaum Nasrani, juga ke kubur-kubur kaum Munafikin dari suku kaum Ismaaliah, Nusairiyah dan Kamaratih dari suku Bani Ubaid dan lain-lain lagi yang menduduki bumi Mesir dan Syam. Kebanyakan tuan punya kuda juga membawa binatang-binatang mereka ke sana kerana tujuan ini, seperti mereka membawanya juga ke kubur-kubur kaum Yahudi dan Nasrani. Kata si pencerita ini: “Apabila kuda-kuda atau binatang-binatang itu mendengar seksa kubur dari kubur-kubur itu, semuanya tidak tentu arah kerana takut, dan tahap kepanasan badannya naik cepat sehingga sakit perut binatang-binatang itu terus hilang. Berkata Abdul haq Al-Asybili, telah berbicarakan seorang ahli ilmu fiqh bernama Abdul Hakam bin Barkhan, dan dia memang terkenal luas pengetahuannya dan banyak amalannya, katanya: “Sekali peristiwa ada sekumpulan manusia telah menguburkan mayat di timur Asybiliyah, dan setelah selesai dari menguburkannya, mereka pun duduk disatu penjuru berbual-bual, dan berdekatan dengan mereka ada seekor binatang. “Tiba-tiba binatang itu terus mendatangi kubur itu dengan cepat sekali, lalu meletakkan telinganya di atas kubur yang ditanam mayat tadi, seolah-olah ia ingin mendengar sesuatu. “Sebentar sahaja binatang itu disitu, maka dengan tidak semena-mena ia telah berlari jauh meninggalkan kubur itu. “Kemudian dia datang sekali lagi meletakkan telinganya semula di atas kubur itu, dan sekejap ia lari sekali lagi meninggalkan kubur itu. binatang itu melakukannya berkali-kali sehingga ia bertenang semula.” Maka berkata Abdul Hakam: “Melihat kejadian itu dari binatang tadi, aku teringat tentang seksa kubur dan apa yang telah dikatakan oleh Nabi s.a.w. yang ahli kubur itu di seksa dengan seksaan yang hanya binatang sahaja yang dapat mendengarnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran...

Orang Tak Solat Lebih Besar Dosa Dari Berzina

DALAM kitab-kitab agama banyak kisah diceritakan tentang umat zaman sebelum umat Nabi Muhammad s.a.w. Kisah yang paling banyak di kisahkan dalam kitab-kitab tersebut ialah mengenai kisah yang berlaku terhadap umat Nabi Musa a.s. Umat Nabi Musa di sebut sebagai kaum “Bani Israil”. Pada zaman inilah banyak kisah menarik mengenai manusianya. Kisah Qarun yang tidak mahu keluarkan zakat setelah menjadi kaya-raya, yang kemudian ditelan bumi segala hartanya itu berlaku di zaman bani Israil. Kisah Firaun juga berlaku pada zaman tersebut. Ini semuanya sebagai cerita-cerita besar dan ada diabdikan dalam kitab suci Al-Quran. Allah s.w.t. mengabadikan kisah mereka semata-mata untuk memberitahu umat Nabi Muhammad s.a.w. bahawa apa yang dilakukan oleh mereka adalah tidak betul sama sekali. Kisah Firaun adalah manusia yang mengaku dirinya Tuhan, dan akhirnya tenggelam ditelan oleh laut. Begitu juga dengan Qarun, kerana sombongnya banyak hartanya yang melimpah ruah, akhirnya ditelan bumi bersama harta-hartanya sekali.
Sekarang ini orang sibuk mencari hartanya di merata tempat. Hingga bila-bila pun harta Qarun itu tidak akan ditemui. Kisah yang mahu diceritakan kali ini ialah satu kisah yang menarik juga. Ia ada kaitan dengan apa yang kita lakukan sekarang ini. Sebenarnya, ia mempunyai maksud atau iktibar untuk umat Nabi Muhammad s.a.w. betapa pentingnya sesuatu ibadah itu kalau dikerjakan. Tetapi kalau ditinggalkan akibatnya akan menerima azab atau pun padahnya. Menurut cerita dalam kitab tersebut, ada diriwayatkan ada seorang wanita dari kalangan kaum Bani Israil datang menemui Nabi Musa a.s. Wanita tersebut merasakan dirinya banyak melakukan dosa-dosa besar. Setelah memikirkan hal ini, wanita ini lalu melaporkan perbuatannya itu kepada Nabi Musa. Ketika melaporkan kisah sedihnya itu kepada Nabi Musa, wanita itu berkata:
“Wahai Nabi Allah, saya datang mahu mengadukan satu hal.” Belum pun selesai pengaduannya itu Nabi Musa terus bertanya: “Apakah dosa dan kerja mungkar yang telah engkau lakukan selama ini?”

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran...

Dunia Kosong 40 Tahun Sebelum Kiamat

DALAM sebuah kitab agama yang menerangkan “bab kiamat” ada menerangkan mengenai negeri manakah musnah lebih awal sebelum dunia ini kiamat? Rupa-rupanya dunia ini ada negeri-negeri yang dianggap sebagai negeri hujung-hujung dunia. Negeri-negeri yang hujung-hujung inilah yang akan mengalami kehancuran lebih awal. Pengarang kitab-kitab yang menerangkan bab ini telah memetik riwayat dari perawi-perawi hadis dari para sahabat yang mendengar Nabi s.a.w. bersabda mengenai perkara ini. Dalam zaman Nabi s.a.w., ada para sahabat bertanya kepada Rasulullah berhubung dengan hal-hal kiamat. Walaupun, Rasulullah s.a.w. sendiri tidak tahu bilakah kejadian kiamat itu akan terjadi, tetapi baginda menerangkan tentang peristiwa-peristiwa yang terjadi sebelum berlakunya kiamat itu. Ada pelbagai pertanyaan yang dilontarkan kepada Nabi s.a.w. berhubung dengan perkara ini. Rasulullah s.a.w. menerangkan ada negeri-negeri di hujung dunia ini  yang akan mengalami kehancuran, sebelum berlakunya kehancuran negeri Syam.
Nabi s.a.w. juga menerangkan tentang berapa lamakah bandar Madinah itu kosong sebelum berlakunya kiamat. Diterangkan tentang kehancuran dunia, yang dimulai dengan hancurnya berbagai kota sebelum Syam. Berapa lamakah kota Madinah kosong dari penduduknya sebelum kiamat. Petanda-petanda apakah yang mengawali hancurnya dunia, dan  benda-benda apa yang pertama-tama mengalami kehancuran. Ada sebuah hadis diriwayatkan  dari Hudzaifah bin Al-Yaman, dari Nabi s.a.w., bahawa beliau bersabda: “Kehancuran di mulai dari hujung-hujung bumi sebelum hancurnya Mesir. Sebelumnya Mesir masih aman dari kehancuran, sebelum hancurnya Basrah. Kehancuran Basrah bermula dari Iraq. “Adapun hancurnya Mesir adalah dikeranakan keringnya sungai Nil. Kehancuran Makkah dikeranakan bala tentera Habasyah. Kehancuran Madinah dikeranakan terjadinya kelaparan. Kehancuran Yaman dikeranakan hama belalang. Kehancuran Ailah dikeranakan pengepungan. Kehancuran Parsi dikeranakan merajalelanya kemiskinan. Kehancuran Turki dimulai dari Dailam, sebuah gunung dalam gagasan pegunungan Armenia.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran...

Tuesday, September 11, 2012

6 Hal Yang Ditakuti Syaitan

SYAITAN adalah mahluk durjana di muka bumi. Ianya ditakdirkan Allah s.w.t. untuk menggoda manusia sejak Nabi Adam a.s. hingga hari Kiamat. Berbagai upaya mereka lakukan agar manusia terjebak dan terjerembab ke dalam kesesatan. Meski begitu, manusia juga diberikan bekal atau perisai yang membuat pekerjaan syaitan itu sia-sia. Jika kita mahu mengamalkannya, maka akan dapat meleburkan dosa yang pernah kita lakukan; dan bagi syaitan, hal itu sangat menyakitkannya. Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa syaitan pun boleh menjadi stres hingga badannya kurus kering kerana usaha yang dilakukannya untuk menggoda manusia menjadi sia-sia. Suatu hari, Rasulullah s.a.w. melewati sebuah jalan. Baginda melihat syaitan yang begitu kurus dan lemah, Rasulullah bertanya, “Mengapa engkau begitu kurus?”
Syaitan menjawab, “Duhai Rasul Allah, aku kurus ini lantaran umatmu dan aku sangat menderita.”
Rasulullah bersabda, “Apa yang dilakukan umatku terhadapmu hingga engkau menderita.” Syaitan berkata, “Kerana mereka memiliki enam sifat, dimana aku tidak tahan menyaksikan enam sifat itu ada pada diri mereka.” Pertama, mereka saling mengucap salam manakala bertemu di mana pun saja. Kedua, mereka bersalaman dan berjabat tangan dengan erat. Ketiga, untuk setiap pekerjaan yang akan dilakukan, mereka mengatakan insyaAllah. Keempat, mereka minta ampun dengan mengucapkan istighfar, maka upayaku menjadi sia-sia. Kelima, setiap kali mendengar namamu disebut, mereka berselawat kepadamu. Keenam, sebelum memulai perbuatan, mereka selalu mengucapkan Bismillahirrahmanirrahim. Demikian enam hal yang ditakuti oleh syaitan. Untuk lebih jelasnya, akan saya jelaskan satu persatu mengenai kelebihan enam hal tersebut, yaitu: Pertama, mengucap salam. Mengucap assalamu‘alaikum setiap kali bertemu dengan sesama saudara muslim adalah pekerjaan baik dan menjadi salah satu hal yang ditakuti oleh syaitan. Sebab, ucapan salam ini sangat dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Nabi bersabda, “Sesungguhnya seorang muslim itu apabila bertemu saudaranya lalu bersalaman oleh kedua-duanya, maka gugurlah dosa mereka seperti halnya daun yang berguguran dari pohon yang kering ditiup angin kencang, melainkan mereka berdua akan diampuni segala dosa mereka walaupun banyak seperti buih di lautan.” (HR. Thabrani) Hadis di atas menjelaskan bahawa ucapan salam yang kita sampaikan kepada sesama saudara muslim akan dapat menjadi pelebur dosa yang pernah kita lakukan. Dalam hadis lain Nabi s.a.w. bersabda, “Setiap ucapan salam dari seseorang ke atasnya adalah sedekah...” (HR. Bukhari, Muslim). Bayangkan, ucapan salam saja boleh menjadi sedekah; dan sedekah itu berpahala. Kerana itu, bagi umat Islam yang tidak memiliki harta cukuplah dengan memberikan salam setiap kali berjumpa umat Islam kerana hal itu sudah cukup baginya mendapatkan pahala.
Kedua, bersalaman dan berjabat tangan dengan erat. Nabi s.a.w. bersabda, “Apabila bertemu antara dua orang muslim lalu mereka berdua bersalaman dan memuji Allah lalu mereka berdua meminta ampun kepada Allah, Allah akan mengampuni dosa mereka berdua.” (HR. Abu Daud)

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran...

Munafik Dan Murtad Dalam Neraka Paling Bawah

DALAM kitab suci Al-Quran Allah s.w.t. ada menyebutkan dalam banyak ayat mengenai orang-orang munafik. Golongan munafik ini di dalam neraka kelak, mereka ditempatkan di neraka yang paling bawah sekali. Azab yang mereka terima amat pedih, amat berat dan keras sekali. Pada zaman Rasulullah s.a.w. memang ramai orang-orang munafik ini. Mereka berpura-pura di depan Rasul, konon mereka beriman, tetapi sebenarnya mereka tidak beriman. Diantara ayat disebutkan Allah dalam kitab suci Al-Quran mengenai orang-orang munafiq ini ialah dalam surah An-Nisa’ ayat 145, Allah berfirman yang maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang munafik ini (ditempatkan) pada darjat yang paling bawah di dalam neraka, maka tidak akan dapat engkau carikan mereka penolong.” Walaupun orang kafir dan munafik sama-sama masuk neraka, namun tempat yang munafik adalah yang paling bawah sekali, kerana dipandang lebih hina.
Orang-orang munafik ini disifatkan sebagai musuh dalam selimut bagi orang-orang yang beriman. Dia bersama orang muslim, tetapi hatinya bersama orang lain. Sementara itu, orang yang murtad lain pula caranya. Orang-orang yang murtad ini ada dua peringkat. Pertama: Mereka yang memang Islam, tetapi kemudian meninggalkan agama asal iaitu Islam menganut agama lain. Kedua: Mereka yang pada mulanya bukan beragama Islam, kemudian memeluk Islam, kemudian kembali ke agama asalnya. Apa kirapun, kedua-dua peringkat atau golongan ini tetap berdosa besar. Tahapnya lebih kurang dengan golongan munafik ini. Dalam kisah dari kitab kali ini apa yang mahu diceritkan ialah mengenai seorang yang murtad.
Dulunya beragama Kristian, kemudian memeluk agama Islam, tetapi tidak lama kemudian kembali semula ke agama asalnya, jadilah ia murtad. Kisahnya, apabila ia meninggal dunia, dan kemudian dikebumikan, tetapi pada keesokkan hari mayatnya dilihat berada di atas kubur. Hal ini berlaku sehingga beberapa kali, sehingga dibiarkan begitu sahaja, yang seolah-olah bumi tidak mahu menerima orang murtad.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran...

Anugerah Allah Orang Yang Mati Hari Jumaat

BOLEH dikatakan saban malam, di masjid-masjid atau pun di surau-surau di merata tempat dalam negara kita ini ada kuliah agama. Tujuan mengadakan kuliah–kuliah itu semata-mata untuk mengajar kita tentang agama dan Islam itu sendiri. Bagi orang-orang yang belum tahu tentang selok belok sembahyang, maka menerusi kelas kuliah agama itu kita dapat maklumat dan ilmu cara-cara sembahyang. Para guru agama juga akan menerangkan hal-hal yang berkait dengannya. Tujuan lain kelas agama ini untuk kita ikuti ilmu-ilmu agama lainnya dan mesti kita pelajari dan mesti kita mengetahuinya, walaupun tidak banyak. Hukum hakam tentang yang boleh dan yang tidak boleh, tentang yang haram dan tentang yang haram di makan mesti juga kita tahu. Dalam kuliah-kuliah agama ini para guru agama akan menjelaskan dan akan mengajar kita perkara-perkara tersebut. Menuntut ilmu adalah wajib. Dalam hidup ini, kita mesti ada ilmu. Mahu beribadat kepada Allah pun mesti ada ilmu. Kalau kita nak makan pun mesti ada ilmu. Apa jenis makanan yang boleh kita makan, pun mesti ada ilmu. Belajar ini merupakan amalan-amalan baik yang akan menghapuskan seseorang itu dari seksa, terutama seksa kubur. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barang siapa mengerjakan solat dua rakaat setelah solat Maghrib pada malam Jumaat, lalu pada setiap rakaatnya membaca al-Fatihah sekali dan Idza Zulzilat (al-Zalzalah) lima belas belas kali, nescaya Allah akan memudahkan sakaratul maut baginya, melindunginya dari azab kubur, dan memudahkan penyeberangan shirath pada hari Kiamat kelak.” (Al-Ashbahani - At-Targhib). Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barang siapa meninggal dunia pada hari Jumaat, dia akan dilindungi dari Azab kubur.” (Abu Ya’la) Dari Ikrimah bin Khalid Al-Makhzumi r.a. disebutkan bahawa, “Barang siapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat, dia akan ditandai dengan tanda iman dan dipelihara dari adzab kubur.” (Baihaqi). Al-Hakim r.a. berkata: “Barang siapa meninggal dunia pada hari Jumaat, akan tersingkap tabir yang menutupi apa yang menjadi miliknya di sisi Allah. Sebab, pada hari Jumaat ini neraka Jahannam tidak dinyalakan, semua pintu ditutup dan para penguasa di neraka tidak bekerja sebagaimana pada hari-hari lainnya. Jika Allah nyawa seorang hamba yang taat mengabdi kepadaNya pada hari Jumaat, yang demikian itu merupakan tanda kebahagian dan kebaikan tempat kembalinya.” “Dia tidak mencabut nyawa pada Hari Jumaat melainkan telah ditetapkan bagi mereka yang dicabut nyawanya itu kebahagian di sisiNya. Oleh kerana itu, dia akan selalu melindunginya dari fitnah kubur.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barang siapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat, dia akan diselamatkan dari azab kubur, dan akan datang pada hari Kiamat kelak dengan cap syahid menempel pada dirinya.” (Abu Nu’aim: Al-Hilyah). Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barang siapa meninggal dunia pada hari Jumaat, akan ditetapkan baginya pahala orang yang mati syahid dan akan dilindungi dirinya dari fitnah kubur.” (At-Targhib). Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidaklah seorang muslim, laki-laki mahu pun perempuan, meninggal dunia pada malam Jumaat atau hari Jumaat, melainkan akan dilindungi dari adzab dan fitnah kubur, akan bertemu dengan Allah; tidak menjalani hisab; dan pada hari kiamat kelak dia akan datang bersama orang-orang yang memberikan kesaksian bahawa syurga telah dipersiapkan untuknya.” Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa ada seorang yang meninggal di Madinah. Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat untuknya, kemudian bersabda: “Seandainya saja dia meninggal bukan di tempat kelahirannya.” Ada seseorang yang bertanya: “Bagi orang asing (yang meninggal tidak di tempat kelahirannya) akan diluaskan kuburnya sejauh keberadaannya dari keluarganya.” (Abu Al-Qasim bin Mundah). Juga sabda Rasulullah s.a.w.: “Jihad satu hari satu malam itu lebih baik daripada puasa dan bangun malam satu bulan penuh. Jika orang yang melakukannya meninggal dunia, amal yang dikerjakan akan terus berkembang, rezekinya akan terus mengalir, dan dia akan dihindarkan dari dua malaikat, yakni Munkar dan Nakir.” (Muslim).

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran...

Malaikat Maut Dan Nabi Idris a.s.

DALAM al-Quran, Allah s.w.t. telah memuji dan menyebut Nabi Idris a.s. sebagai seorang nabi, orang yang jujur (yang sangat membenarkan), sabar dan salih. Tidak berlebihan, kalau hal itu membuat Nabi Idris kemudian diangkat oleh Allah ke martabat yang tinggi. Bahkan, dalam sebuah riwayat, Nabi Idris disebut-sebut sebagai keturunan Nabi Adam a.s. pertama yang mendapatkan wahyu kenabian setelah Nabi Adam dan Nabi Syith (tetapi Jihad Muhammad Hajjaj di dalam buku Umur & Silsilah Para Nabi menilai riwayat itu palsu dan lemah). Kisah Nabi Idris sebenarnya tidak banyak disinggung dalam al-Quran. Hanya ada empat ayat yang berhubungan dengan Nabi Idris –antara ayat-ayat tersebut saling terhubung yakni di dalam QS. Maryam [19]: 56-57 serta QS. Al-Anbiya’ [21]: 85-86. Walaupun begitu, kisah Nabi Idris memiliki keistimewaan. Sebab, dia diangkat Allah ke martabat yang tinggi, ke langit (sebagaimana yang terjadi pada Nabi Isa a.s.) atau diangkat ke syurga.

Mendapat Kunjungan Malaikat Maut
Suatu malam, Malaikat Maut yang menyerupai manusia turun ke bumi untuk menemui Nabi Idris seraya membawa makanan. Makanan itu sebagai hadiah dari langit lantaran Nabi Idris memang tergolong seseorang yang rajin berpuasa. Saat waktu makan tiba, Nabi Idris pun makan dengan nikmat. Seraya menikmati makanan, Nabi Idris pun menawari, “Marilah kita menikmati makanan ini bersama-sama.” Tetapi, Malaikat Maut menolak. Nabi Idris pun melanjutkan makan. Selesai makan, Nabi Idris menjalankan ibadah dan bertasbih kepada Allah. Di luar, Malaikat menunggu dengan sabar. Waktu berlalu hingga pagi pun akhirnya tiba. Tapi, sepanjang waktu itu, Malaikat Maut ternyata masih menunggu di luar. Tak salah, jika Nabi Idris merasa hairan dan takjub. Akhirnya, Nabi Idris menawari Malaikat Maut berjalan-jalan dan Malaikat Maut tak menolak. Maka, keduanya berjalan-jalan seraya melihat-lihat pemandangan alam sekitar lingkungan tempat tinggal Nabi Idris. Hingga akhirnya keduanya sampai di suatu kebun. Malaikat Maut kemudian berkata, “Wahai Idris, mahukah anda mengizinkan saya untuk mengambil sesuatu dari kebun ini untuk saya makan?” Nabi Idris pun menjawab, “Subhanallah, mengapa tadi malam tidak mahu makan makanan yang halal, justeru sekarang mahu memakan makanan yang haram?”

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran...

Putera Mahkota Yang Memilih Menjadi 'Tukang Batu'

KHALIFAH Harun ar-Rasyid memiliki seorang putera berusia 18 tahun. Pemuda itu sering bersama orang-orang salih. Kebiasaannya berziarah di kuburan dan berucap, “Engkau telah menjalani kehidupan yang fana. Engkau telah meninggalkan dunia yang tidak memberikan kedamaian. Kerana engkau sekarang sudah mencapai kubur, aku hanya ingin mengetahui apa yang terjadi padamu dan pertanyaan-pertanyaan apa yang harus kalian jawab.” Suatu hari, dia mendatangi ayahandanya yang sedang duduk bersama para menteri dan pembantunya. Penampilan pemuda itu biasa-biasa saja, sama sekali tak mengesankan sebagai putera kepada khalifah. Pakaian yang dikenakan hanyalah kain kasar dengan serban di kepala. Sampai-sampai para pembantu berbisik-bisik bahawa pemuda itu sudah gila dan telah merendahkan khalifah. Mereka lalu meminta khalifah untuk menegur agar mengubah penampilannya. “Engkau benar-benar telah merendahkanku, anakku,” kata khalifah. Lelaki itu tak menjawab melainkan hanya menunjuk kepada seekor burung liar yang hinggap di dekat situ dan berkata, “Demi Allah, aku minta kamu datang dan hinggap di atas lenganku.”
Tanpa disangka, burung itu terbang dan hinggap di atas lengan pemuda itu. Lalu putera khalifah meminta burung itu pergi dan burung itu pun terbang kembali ke tempatnya. “Cara ayahanda mencintai dunia sungguh membuat aku malu. Kerana itu, mulai saat ini aku memutuskan untuk meninggalkan tempat ini,” kata pemuda itu kepada ayahnya. Pemuda itu pun mengembara. Dia membawa sebuah al-Quran dan sebuah cincin sangat berharga pemberian ibunya. Ia menuju Basrah dan mulai bekerja sebagai buruh. Namun ia hanya bekerja seminggu sekali dan harus menyukupkan diri dengan pendapatan satu hari selama satu minggu. Ia hanya meminta upah sewajarnya dan tidak meminta lebih dari itu. Meskipun sedikit, yang penting boleh mempertahankan hidup.

Menjadi Tukang Batu
Kebetulan salah satu dinding rumah Abu Amir Basri telah runtuh dan dia sedang mencari seorang tukang batu untuk membangunnya lagi. Saat itu Abu Amir melihat seorang pemuda tampan sedang duduk dan membaca al-Quran. “Mahukah kau bekerja untukku?” tanyanya kepada pemuda itu. “Ya, aku mahu. Apa yang dapat aku kerjakan untukmu?” “Aku ingin kau perbaiki dinding rumahku yang telah runtuh.” “Baiklah, aku hanya minta upah seperluku saja, dan aku tidak bekerja selama waktu solat.” Abu Amir menerima kedua syarat ini. Tetapi begitu melihat pekerjaan pemuda itu yang berat dan bahkan tidak mungkin dikerjakan oleh sepuluh orang, Abu Amir memberikan dua kali lebih banyak dari upah yang ditetapkan. Tapi pemuda itu malah menolak dan pergi sesudah mengambil jumlah yang telah disepakati saja. Pada hari berikutnya, Abu Amir mencari anak itu, tetapi tidak menemukannya. Dia bertanya kepada setiap orang yang dijumpainya.  “Pemuda itu hanya bekerja pada hari Sabtu, tuan,” seseorang memberitahunya. Hari Sabtu pun tiba, Abu Amir mencari pemuda itu lagi. Dilihatnya si pemuda sedang membaca al-Quran sama seperti sebelumnya ia bertemu. Abu Amir menyalami dan menawarkan pekerjaan kepadanya sesuai persyaratan yang disepakati. Kembali pemuda itu menyetujui. Tetapi kerana hairan dengan banyaknya pekerjaan yang diselesaikan pemuda itu, Abu Amir merasa teruja dengan cara kerjanya. Secara sembunyi, ia mengintip pemuda itu saat sedang bekerja. Abu Amir betul-betul tidak percaya dibuatnya, bagaimana saat pemuda itu merekatkan adukan di dinding, batu-batu yang ada di tanah menyusun begitu cepat. Dari situ, Abu Amir meyakini bahawa anak muda itu pastilah orang salih. Setelah anak muda itu menyelesaikan pekerjaannya, Abu Amir memberikan tiga kali ganda dari kesepakatan, tapi sekali lagi anak muda itu menolak sambil menegaskan kalau dia tidak memerlukan wang tambahan. Dia hanya mengambil wang sesuai kesepakatan. Setelah itu pergi. Minggu berikutnya, Abu Amir kembali mencari pemuda itu. Tetapi kali ini, jejak anak itu tidak ada. Beberapa orang yang ditanya tak tahu dimana dia berada, namun setelah bersusah payah mencari, ada seorang lelaki memberitahunya bahawa pemuda itu sedang terbaring sakit di dalam hutan. Abu Amir mengajak lelaki itu mencari si pemuda itu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran...

Memeluk Islam Setelah Membandingkan Al-Quran

TUNTUTAN membandingkan (isi) Injil dengan al-Quran ternyata mengubah jalan hidup Jeanne. Dia malah mendapat hidayah Allah. Dia menemukan bahawa al-Quran itu tidak dapat dibandingkan dengan Injil. Dia sedar dan bahkan yakin bahawa al-Quran itu Kitab Suci yang luar biasa. “Al-Quran itu tidak dapat dibandingkan dengan apa pun,” tegas wanita yang lahir di Jakarta pada 4 Ogos 1972 ini kepada Hidayah.

Membandingkan al-Quran
Sebelum memeluk Islam, Jeanne adalah penganut Kristian yang taat. Dia lahir di tengah-tengah keluarga Kristian ortodok. Bahkan, di dalam keluarga Jeanne, hampir sebahagian besar jadi paderi. “Keluarga saya itu hampir semuanya paderi Evangelis – keluarga Kristian ortodok,” jelas Jeanne. Selepas melanjutkan pengajian Jurusan Ekonomi di Unsrat (Universitas Sam Ratulangi), Manado, Sulawesi Utara, tepatnya pada tahun 2004, Jeanne seterusnya ke Jakarta untuk belajar Injil di Sekolah Tinggi Ilmu Injil. Di sekolah itu, dia belajar Injil dan ilmu perbandingan agama dengan mempelajari kitab-kitab suci dari agama-agama lain, termasuk kitab suci al-Quran yang tak lain adalah kitab suci umat Islam. Tetapi, setelah mempelajari agama-agama lain, ada satu hal yang mengganjal di hati Jeanne. Sebab, dia melihat antara Islam dan Kristian kerap kali terjadi pertentangan. Padahal dia tahu antara Kristian dan agama-agama yang lain (selain Islam) tak banyak ada pertentangan. Dari situlah, Jeanne kemudian ingin mencari tahu lebih jauh dengan cara membandingkan Injil dan al-Quran. Dalam hati, Jeanne memendam satu pertanyaan: apa perbedaan antara Kristian dan Islam?  Diam-diam, Jeanne pun membeli kitab suci al-Quran. Setelah itu, perlahan-lahan dia mulai mempelajari (isi) al-Quran dan membandingkan dengan Injil. Tetapi, seiring perjalanan waktu, Jeanne mengaku tidak dapat membandingkan Injil dengan al-Quran. Padahal, sebelumnya dia memahami bahawa Injil dan al-Quran itu sama. Sebab al-Quran itu diyakini menciplak Injil. “Kisah Maryam itu baik dalam Injil mahupun di dalam al-Quran sama. Sebab dalam dunia Kristian diyakini bahawa al-Quran itu menciplak Injil. Tapi, setelah saya bandingkan, ternyata tidak seperti itu; sungguh berbeda. Al-Quran itu sungguh luar biasa. Saya ternyata tidak dapat membandingkan, dan bahkan sampai sekarang pun saya tidak dapat membandingkan al-Quran dengan apa pun,” ujar Jeanne. Selama membandingkan al-Quran dengan Injil itu, Jeanne mengaku sering merasa getaran perasaan. Ada perasaan lain tatkala dia mengangkat, lantas memegang, dan membaca kitab suci al-Quran. Apalagi, setelah dia kemudian menemukan bukti bahawa al-Quran itu memang Kitab Suci luar biasa dan tidak dapat dibandingkan dengan Injil. Sebab, menurut Jeanne, yang tertulis dalam al-Quran itu adalah nyata. “Dan saya bandingkan setiap kata dan kalimat. Dari awal hingga akhir, ternyata tidak ada yang berubah. Tetapi, cetakan Injil hari ini dengan cetakan dua tahun dulu pasti berbeda isinya. Itu yang tidak boleh saya bandingkan. Setelah saya belajar membandingkan al-Quran dan Injil, ternyata saya justeru malah tertarik pada Islam. Ada magnet kuat yang menarik saya untuk lebih mengenal Islam,” kenang Jeanne.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran...

Umat Islam Moscow Bersolat Di Jalanan Bersalji

HARI JUMAAT itu jalan Bolshaya Tatarskaya yang berada di pusat kota Moscow penuh sesak dan jem. Ini dikeranakan solat Jumaat yang dilangsungkan jemaah melempah sampai ke jalan raya. Di kawasan itu memang ada sebuah masjid, tapi rupanya tak mampu menampung jemaah. Bahkan sekalipun turun salji, masyarakat Islam Moscow tetap membentang sejadah di jalan dan menunaikan solat dalam cuaca sejuk.
Lebih dari dua juta orang Islam sekarang tinggal dan bekerja di Moscow. Hal ini telah menjadikan Moscow kota penting bagi muslim Eropah, selain Paris. Banyaknya muslim tak tertampung oleh 4 masjid yang ada di Moscow. “Kami memang memiliki masalah dalam hal ini. Masjid tak MAMPU menampung jemaah hingga terpaksa kami bersembahyang di jalan raya,” kata Yusup Sadjanovich, salah seorang muslim Moscow sebagaimana dilapur laman CBN News. Yusuf mengaku tak pernah mendapatkan tempat di dalam masjid, sekalipun dia datang solat Jumaat lebih awal. Setiap Jumaat ada ribuan jemaah yang berbondong-bondong datang ke masjid sementara masjid hanya mampu menampung sekitar 800 jemaah saja. Jemaah lalu memakai kawasan pejabat di sekitar masjid, lalu halamannya, lalu kawasan pejalan kaki dan kemudian akhirnya melimpah ke jalan raya. Ibrahim, seorang penduduk tempatan, mengaku sekalipun mesti berebut tempat dia tak pernah ingin melepaskan solat Jumaat. Baginya itu hari penting untuk berdoa dan bermunajat.
Keadaan ini menjadi isu hangat di Moscow. Pro dan kontra pun lahir.  “Kebanyakan orang beranggapan tempat-tempat ibadah dengan teroris dan radikal hingga orang terpengaruh tak suka ketika kita berbicara tentang membangun masjid baru,” katanya. Pernah suatu ketika ada projek pembangunan masjid yang kawasannya merupakan sebuah taman tapi kemudian warga berdatangan dan memprotesnya. Bahkan warga tak segan-segan melontarkan kata-kata tidak enak yang tak sepatutnya kepada imam yang merancang pembangunan masjid itu.

Bergerak dari Tengah
Moscow memiliki banyak kelompok muslim yang berasal dari beberapa daerah di Russia. Yang paling terkenal adalah Tatar, Kazan dan Dagestan. Sejak Soviet berpecah di tahun 1991 banyak warga muslim yang bergerak ke Moscow mencari penghidupan lebih baik. Tak semua warga Moscow menyukai para pendatang yang beragama Islam ini. Ada pula rasa takut bahawa muslim akan mengambil alih Moscow apalagi melihat begitu berghairahnya warga muslim menjalankan ibadah. Setiap Ramadan, solat Tarawih diadakan dimana-mana. Begitupun kegiatan Ramadan lainnya, seperti bersahur dan berbuka puasa juga sangat marak. Keadaan ini mahu tidak mahu menjadi cabaran sendiri bagi muslim Moscow. Mereka mesti meyakinkan warga Moscow bahawa mereka juga adalah sebahagian Moscow, bahagian Russia dan juga mencintai negeri itu. Stigma radikal sungguh tak layak disematkan kepada mereka hanya kerana mereka rajin beribadah. Imam Alyautdinov menyebut ini adalah tugas bersama muslim Moscow guna meyakinkan warga tentang Islam yang baik. Ia juga mengusulkan kepada pemerintah agar masjid bagaimanapun juga harus dibangun guna menghindari gejolak sosial yang merugikan. Dengan pemerintah menyediakan masjid, muslim dapat beribadah dengan tenang dan warga lain juga tidak merasa terganggu. Ini bukan lagi merupakan permintaan tapi tuntutan agar kehidupan sosial yang ideal boleh tercipta. Moscow kian hari kian meningkat syiarnya Islamnya. Jika dahulu kedai-kdai dan kafe halal sangat jarang, sekarang jumlahnya tumbuh pesat. Samsa atau Samosa, sejenis roti yang merupakan makanan khas warga Asia Tengah, sekarang jadi jualan popular yang banyak dijumpai dimana-mana. Kedai-kedai buku yang menjual buku-buku majalah dan maklumat lain mengenai Islam juga banyak bermunculan. Ini cukup berpengaruh sebab jika ada warga Moscow yang ingin tahu tentang Islam mereka boleh langsung mendapatkan maklumatnya. Zarif, seorang muslim yang berkahwin penganut Kristian Ortodoks, boleh berkomunikasi dengan baik dengan mertuanya setelah keluarga mertua mengetahui maklumat Islam melalui buku-buku. Ini juga membuat makin banyak warga Moskow yang masuk Islam.  Ali Vyacheslav Polosin, contohnya. Bekas ahli politik yang merupakan aktivis Kristian Ortodoks ini kini menjadi pengajar Islam bagi para saudara baru dan mendirikan sebuah lembaga mualaf di Moscow. Jumlah mereka yang mendaftar dan ingin memeluk Islam semakin hari semakin banyak yang boleh mencapai ribuan orang.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran...

Menghayati Makna "Alhamdulillah"

SETELAH sekian waktu berjanji, sahabatku yang bernama Shudur, akhirnya, datang di kediamanku. Dia datang bersama isteri dan anaknya yang masih berumur empat tahun. Semua tak berubah. Ia tetap hangat dan akrab. Sejenak kami melepas rindu dengan membeberkan kisah dan peristiwa masa lalu. Shudur adalah seorang pemandu bas. Kerjayanya ia mula dari bas kota di Jakarta. Hal itu ia tempuh sejak ia meninggalkan kampung halamannya, ketika semangat sebagai anak muda masih menyala-nyala untuk menaklukkan Jakarta. Dalam rangkaian perjalanan hidupnya, saya melihat dirinya sebagai sosok tabah, meskipun sesekali ia mengeluh, tapi bukan bererti menyerah. Saat itu, ia pernah mengeluh bahawa menjadi pemandu di bas kota membuat ia susah menunaikan solatnya. Selama mengendarai bas yang sudah hampir tua itu, ia merasa semakin jauh dari Allah kerana tidak pernah lagi menunaikan kebaktian kepadaNya. Selama itu pula ia merasa menderita. Maka, betapa bahagia ketika dirinya menemukan pekerjaan baru. Meski masih menjadi pemandu, tapi kali ini menjadi pemandu peribadi seorang tokoh. Sejak itu, harapan menunaikan solat dengan tertib dapat tercapai. Tapi apakah ia tidak lagi menderita? Menurut pengakuannya, sejak menjadi pemandu peribadi ia bukan hanya dapat menunaikan shalat dengan tertib, tapi ia bahkan mendapat penghasilan lumayan. Sebagai suami yang saat itu baru mendapat tuah rezeki baru, penghasilan yang lumayan itu tentu saja cukup membahagiakan dirinya. Tapi, bukan hidup jika tak ada ujian dan cubaan. Entah dari mana asal-usulnya, sejak itu pula si isteri lebih sering marah-marah berbanding dulu ketika penghasilan masih sekadar cukup makan. Alasan-alasan sederhana, persoalan remeh-temeh seringkali menjadi pemicu pertengkaran dan perselisihan. Bahkan dalam ukuran tertentu penghasilan mereka yang sebenarnya lumayan, entah kenapa masih dianggap kurang dan kurang. Selang beberapa waktu, ia pindah lagi dari satu majikan ke majikan lain. Tetap dengan kerjaya yang sama: pemandu. Selama itu pula penderitaan demi penderitaan, setidaknya penderitaan menurut dirinya sendiri, selalu datang silih berganti. Ternyata, kegelisahan dirinya belum juga selesai.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran...

Bagaimana Bersolat Di Dalam Kenderaan?

BILA anda naik keretapi pada sebelah malam dalam perjalanan biasa akan sampai tujuan masih mendapatkan waktu untuk menunaikan solat subuh. Tetapi kerana suatu sebab, keretapi mengalami kelewatan hingga sampai di tempat tujuan waktu subuh telah habis. Menghadapi masalah ini, apa yang akan anda lakukan? Anda tetap mengerjakan solat wajib pada waktunya di kenderaan dengan keadaan apa adanya atau memilih mengqadha solat di tempat tujuan saja kerana beralasan bahawa solat di kenderaan tidak sempurna dilakukan sebagaimana mestinya.

Tepat Waktu
Solat di dalam kenderaan ini terkait juga dengan perjalanan jauh. Dalam masalah ini ada rukhshah (keringanan) yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada kita semua. Bentuk keringanan tersebut adalah boleh melakukan solat dengan jama’ dan qashar. Maksudnya zuhur dan asar dapat digabung pada satu waktu, baik di waktu zuhur atau asar dengan masing-masing dua rakaat. Demikian pula solat maghrib dan isyak, boleh digabung pada waktu maghrib atau waktu isyak, dan solat isyak boleh diqashar menjadi dua rakaat. Sementara subuh tetap harus dikerjakan seperti biasa (tidak ada jama’ dan tidak ada qashar). Itulah yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. Hanya saja, kenderaan pada masa Nabi s.a.w. saat bepergian tentunya berbeda dengan zaman sekarang. Kenderaan di masa Nabi s.a.w. berupa haiwan tunggangan (unta, kuda dan lain-lain) hingga sewaktu-waktu dengan mudah boleh turun untuk melakukan solat pada waktunya.
Sementara kenderaan zaman sekarang sudah jelas berbeda. Barangkali kalau kita saat bepergian jauh menggunakan naik kereta sendiri atau motosikal, kita masih boleh berhenti dan melaksanakan solat wajib di surau atau masjid sesuai dengan waktunya. Tapi di dalam kenderaan umum, seperti kapal laut, pesawat terbang, bas ekpres atau keretapi, boleh saja tergendala dengan ruang yang terbatas dan tidak dapat sesuka hati sendiri turun dari bas. Kita belum tentu mendapatkan ruang memadai yang boleh kita gunakan untuk melaksanakan solat secara sempurna, selain itu ada faktor lain; seperti goncangan kerana pergerakan kenderaan dan belum tentu dapat menghadap kiblat saat kita menjalankan solat. Apabila kesnya seperti dicontohkan di atas, maka kita dihadapkan dilema. Pertama, kita harus menjalankan solat tepat pada waktu. Kedua, harus menjalankan solat secara sempurna sesuai dengan tuntunan Nabi s.a.w. dimana kita belum tentu dapat memenuhi syarat ini saat berada di dalam kenderaan. Mari kita lihat satu per satu. Dalil bahawa solat fardu harus tepat waktu jelas dinyatakan dalam firman Allah s.w.t., “Sesungguhnya solat itu adalah fardu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman” (QS. An-Nisa’: 103). Ini bererti siapa saja yang sengaja mengakhirkannya dari waktu yang telah ditentukan tanpa ada halangan, maka akan berdosa. Yang boleh dikategorikan halangan di antaranya adalah haid dan nifas bagi wanita, pengsan, tertidur atau lupa.
Begitu pun dengan solat secara sempurna merupakan keharusan bagi orang yang sihat. Selagi fizik seseorang mampu semestinya melakukan solat dengan menghadap kiblat, berdiri, rukuk, sujud secara normal.  Sedangkan duduk dan isyarat diperbolehkan bagi orang yang sakit. Jadi, antara solat tepat waktu dan solat secara sempurna tatkala berada di atas kenderaan ini boleh dipertemukan. Solat wajib tetap harus tepat waktu, sedangkan keadaan yang tidak memungkinkan (kerana ruang terbatas, tidak boleh terus-menerus menghadap kiblat dan sebagainya) boleh dianalogikan dengan solatnya orang yang sakit. Wajib bagi seorang muslim saat berada di kenderaan, apabila tiba waktu solat, melaksanakan solat sesuai kemampuannya. Apabila mampu melaksanakannya dengan berdiri, rukuk dan sujud, memang seharusnya melakukan demikian. Sebaliknya bila tidak mampu melakukan seperti itu, maka hendaknya ia melakukan sambil duduk, mengisyaratkan rukuk dan sujud (dengan membungkukkan badan). Firman Allah swt., “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu.” (QS. At-Taghabun: 16).

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran...

Sekilas Kenangan Di Pondok Tanjung

KAMPUNG kami Pondok Tanjung tahun-tahun 60-an itu memang indah, memang meriah dengan ragam hidup sebilangan penghuninya. Walaupun tak berapa membangun, tapi jumlah penduduknya yang lelaki cukup-cukuplah untuk mendirikan fardu Jumaat. Letaknya kira-kira 12 batu dari Bandar Taiping menuju ke Selama. Kalau cuaca baik tak berkabus, kami boleh nampak lampu-lampu yang dipasang di Bukit Sri Larut (Bukit Maxwell), di Taiping itu. Kampung kami ada jalan keretapi dan ada jalan raya yang membelahnya. Itulah yang menjadi penyerinya...  Jadi pada masa-masa tertentu, tak sunyilah apabila menderu keratapi mel dan keretapi barang melintasi kampung comel kami ini. Kerana dah terbiasa, kami dah tahu jam berapa keretapi itu lalu. Tak payah tengok jam dah tahu pukul berapa untuk memulakan aktiviti harian. Seperti kampung-kampung lain, kedatangan Ramadan memang dinanti-nantikan. Ramadan seolah-olah menjadi semacam kemuncak pesta. Kampung kami ada sebuah masjid di kampung Tengah. Ada sebuah surau di kampung Jalan Keretapi. Kami boleh berbangga juga kerana ada seorang dua orang-orang tua kami ada yang bertaraf ulama, lebai, ustaz, beberapa ‘tokoh’ politik dan sebagainya. Jadi mereka inilah yang mengidupkan suasana keagamaan apatahlagi dalam memakmurkan masjid dan surau kami itu. Kami ada Imam Bakar, ada Lebai Omar, ada Bilal Tokki Latif, ada Cikgu Harith dan lain-lain. Kalau cerita bulan Ramadan yang seronok dan meriahnya ialah moreinyalah...menu biasa ialah bubur. Ada bubur kacang, bubur gandum, bubur pulut hitam dan sebagainya bersilih ganti setiap malam. Dah dekat-dekat hari raya, moreinya lebih menarik apabila ianya ditaja oleh Balai Polis dan kakitangan kerajaan yang menetap di kampung kami. Menunya nasi minyak lauk ayam. Malam itu berminyaklah muncung kami menikmatinya.  Masa itu terasa mewah sangatlah hidangan nasi minyak itu berlauk ayam kari itu. Era 60-an itu era yang mencabar dalam kehidupan orang-orang kampung macam kami ini. Nak makan lauk ayam kena tunggu orang buat kenduri kahwin barulah merasa. Taklah macam budak-budak sekarang yang hari-hari bersedawakan KFC...

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran...

Waktu-Waktu Terlarang Untuk Bersolat

MEMANG, solat itu ibadah yang telah ditentukan kaifiyahnya; syarat serta rukunnya. Tetapi ada satu hal lagi yang perlu diperhatikan iaitu sesuai pada waktunya. Jangan lupa, waktu pelaksanaan solat mesti sesuai dengan ketentuannya. Tidak boleh sembarangan. Sebab ada beberapa waktu tertentu yang harus diwaspadai agar solat yang dilakukan tidak menjadi terlarang. Sebahagian ulama menyebut waktu-waktu yang dilarang untuk melakukan solat itu dengan hukum makruh (sangat dibenci bila orang tetap melangsungkan solatnya), sebahagian besar ulama lain menganggap waktu-waktu yang terlarang itu dengan hukum haram untuk melaksanakan solat. Dengan adanya rambu-rambu tersebut, maka agama mengharuskan  seorang muslim menjalankan solat di waktu-waktu yang sudah disediakan. Ini sekaligus agama mengajarkan bagi umatnya untuk berlaku disiplin. Jangan cuba-cuba menerjang peraturan yang sudah diatur. Kerana itu, setiap muslim harus mengetahui waktu-waktu tersebut sehingga tidak solat pada waktu-waktu yang dilarang. Ada beberapa hadis yang dijadikan rujukan berkaitan dengan waktu-waktu yang terlarang untuk melakukan solat. Pertama, hadis dari ‘Uqbah bin Amir r.a. yang berkata, “Ada tiga waktu di mana Nabi s.a.w. melarang kami untuk melaksanakan solat di tiga waktu tersebut atau menguburkan jenazah kami: iaitu ketika matahari terbit sampai tinggi, ketika seseorang berdiri di tengah hari saat matahari berada tinggi di tengah langit (tidak ada bayangan di timur dan di barat) sampai matahari tergelincir dan ketika matahari miring hendak tenggelam sampai benar-benar tenggelam” (HR. Muslim). Hadis kedua, dari Abu Said al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah bersabda, “Tidak ada solat setelah subuh sampai matahari tinggi dan tidak ada solat setelah asar sampai matahari tenggelam” (HR. Bukhari dan Muslim).

Prinsip Islam Terhadap Harta Kekayaan

HARTA kekayaan adalah satu hal yang diperlukan oleh manusia, dengan harta manusia dapat hidup bahagia, kerana harta manusia jadi lupa daratan, dan demi harta manusia bersedia menjadi hamba orang lain.
Di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasul secara umum mengungkapkan bahawa agama Islam adalah agama untuk hidup. Tidak menghairankan apabila harta itu di dalam sistem Islam mempunyai nilai yang tinggi dan kedudukan yang terhormat. Memang tidak diragukan lagi bahawa dalam hidup ini tidak dapat dicapai kesempurnaan, kebahagiaan kehormatan, ilmu pengetahuan, kemakmuran dan kesejahteraan kecuali dengan harta, maka dengan demikian Islam memberikan dorongan kepada semua pemeluknya supaya bersemangat mencari harta. Al-Quran memandang kepada harta dengan pandangan yang realistis, dinyatakan harta itu sebagai perhiasan hidup, di mana disamakan antara harta itu dengan anak; anak merupakan keutamaan bagi manusia, keperluan hidup baik bagi perseorangan ataupun bagi golongan masyarakat. Untuk memenuhi keperluan hidup ini, Tuhan sudah menyediakan baik yang ada di langit, yang ada di darat atau pun yang ada di laut. Sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Luqman ayat 20: Ertinya: “Tidaklah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan bagi (kepentingan)mu apa yang ada di langit dan apa yang di bumi, dan menyempurnakan untukmu nikmatNya lahir dan batin. Dan di antara mereka ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan ataupun petunjuk dan tanpa kitab yang memberi penerangan.” Dan disebutkan lagi dalam surah Al-Jasiyah ayat 13: Ertinya: “Dan dia menundukkan untukmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya, (sebagai suatu rahmat daripadaNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kekuasaan bagi kaum yang berfikir.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran...

Saat Marah Dan Cara Meredakannya

DALAM beberapa kesempatan, penulis seringkali ditanya ehwal sifat marah: Mengapa seseorang mudah marah? Mengapa ada orang yang suka selalu marah-marah? Menurut penulis, marah ini boleh disebabkan kerana beberapa hal. Antara lain: Pertama, sombong; kedua, selalu merasa benar; ketiga, gabungan dari kelemahan diri, kekecewaan, gagalnya sebuah harapan yang hampir diraih, serta masa lalu yang kelabu; keempat, nafsu yang terpuaskan hanya dengan marah; kelima, pencinta berat hal-hal dunia; keenam, dendam; ketujuh; dengki; kelapan, bersemainya syaitan pada aliran darahnya, seperti api yang mudah menyambar; dan kesembilan, fikiran pendek. Agar terhindar dari sebab-musabab marah tersebut, ada beberapa akedah atau cara menahan amarah yang ingin penulis kongsikan. Di antaranya adalah: pertama, sentiasa mengingat bahawa semuanya pasti dibalas di akhirat; kedua, lihatlah akibat dari marah, pasti akhirnya penyesalan; ketiga, menjauhlah dari orang yang membuat marah atau suasana yang membuat marah; keempat, segera berwuduk; kelima, sering-seringlah  membaca ayat bermaksud: “Aku berlindung dari syaitan yang direjam” (bacalah dalam lafaz Arab) kalau ingin marah atau melihat orang marah; keenam, adukan masalah kepada orang salih; ketujuh, ingatlah bahawa tidak ada masalah yang boleh diselesaikan dengan emosional; kelapan, ingat keluarga, terutama anak-anak; kesembilan, ingat hadiah sabar adalah syurga Allah s.w.t. FirmanNya: “kedamaian dan kesejahteraan selalu bersama kalian disebabkan kerana dahulu, ketika hidup di dunia kalian telah bersabar.” (QS. Ar-Ra’d: 24). Rasulullah pun pernah bersabda, “Jangan mudah marah, untukmu syurga”;  sepuluh, kalau sudah puncaknya menahan marah, hampir tidak kuat, maka bertakbirlah kuat-kuat seraya memindahkan posisi diri. Kalau duduk, berdirilah. Kalau berdiri, berjalanlah; kesebelas, bersahabat dengan sahabat yang teladan dalam kesabaran; keduabelas, selalu berdoa agar menjadi hamba Allah yang sabar dan rendah hati di setiap selesai solat fardu dengan doa ini: “Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yang sabar atas semua ujianMu.” Amin.

Selanjutmya dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran...

Langit, Laut Dan Doa

SETIAP memandang langit, hati saya selalu berharap: ‘Tuhan, luaskanlah kalbu hamba seperti ciptaanMu itu.’  Jika lanskapnya disepuh warna biru, selalu ada gumam lirih yang dengan perasaan malu ingin saya katakan: ‘Ilahi, cerahkan rumah jiwa hamba  serupa langitMu itu. Selalu. Pinjami hamba secuil cintaMu untuk sentiasa damai dan terbuka menerima kehidupan ini; memeluk orang-orang terdekat, menjadi sahabat manusia, menjadi sahabat segenap mahklukMu.” Dan saya mafhum, lazuardiNya tidak selamanya cerah. Ada masa ia kelabu, ada masa ia dirundung gulita. Tanda-tanda alam yang tak bersahabat. Itulah kuasaNya. Dan saya bukan sesiapa dalam semesta Sang Khalik. Hanya noktah kecil yang acapkali timbul-tenggelam dalam mengingatNya; manusia alpa, manusia yang lisan dan sanubarinya kadang selaras, kadang tidak.  “Kerana, Ilahi, selimuti hamba dengan setitik kasih dari sekian kasihMu yang tidak terpermenai itu, kasih yang tidak pernah jera menyelimuti bumi ini.” Setiap memandang laut, hati saya selalu berdenyar-denyar: “Tuhan, lapangkanlah dada hamba seperti samuderaMu itu.” Andai cuaca cerah dan ia terlihat tenang, selalu gumam itu yang muncul: “Rabb, limpahkan segenap batin hamba serupa lautMu itu. Kedamaian. Ketenangan. Ketidakpuasan dalam jagat pengetahuan, tak pernah lelah memahami kode-kode kehidupanMu yang misteri. Tak pernah entah.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2012 di pasaran...