Wednesday, March 31, 2010

Variasari Keluaran April 2010


















Macam goreng pisang panas di pasaran...
Dapatkan segera majalah Variasari keluaran April 2010 sebelum terlambat. Kami sajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.

Dapatkan segera...harga murah cuma RM3.00

Siri Bercakap Dengan Jin




Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini di dalam majalah Variasari...makin panas... makin gawat...makin ngeri...makin merengek...makin mengilai!

Antara Yang Menarik Dalam Variasari April 2010








Hidayah April 2010













Hidayah keluaran April 2010 sudah berada di pasaran...


Kami himpunkan pelbagai artikel menarik buat santapan minda pembaca. Isi kandungannya tetap menawan, lebih padat sesuai dibaca semua golongan...Dapatkan segera di kedai-kedai buku
berhampiran!
Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Langganlah Segera Melalui Pos

Surat Pembaca

ADAKAN RUANGAN KHUTBAH JUMAAT
Saudara Pengarang,
Sebagai sebuah majalah bercorak agama, saya mengesyorkan agar diadakan ruangan yang menyiarkan petikan-petikan khutbah Jumaat dari beberapa masjid. Khtubah merupakan salah satu sumber ilmu kepada masyarakat Islam. Selain mengajak umat bertakwa kepada Allah s.w.t. melalui khutbah, khatib dapat menyebarkan ilmu pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada pendengar. Mungkin kalau pihak Hidayah dapat menerima syor ini, isi khutbah berkenaan boleh disunting dan disesuaikan untuk pembaca. Khutbah yang baik isinya, sesuai untuk sepanjang masa dan untuk semua umat Islam. Jadi apabila ianya disiarkan dalam mass-media seperti majalah Hidayah, maka khutbah berkenaan dapat diambil manfaatnya secara meluas.
Semoga syor saya ini dapat diterima.

Haji Norwan Juraimi
Kampung Bukit Treh,
Muar, Johor.

• Syor dari anda itu memang menarik. Hidayah akan mempertimbangkan sebaik mungkin, Insya Allah. – Pengarang.

MENGENAL PARA ULAMA SILAM
Saudara Pengarang,
Sejak saya mengikuti majalah Hidayah, saya dapati ia semakin bernas dan baik dalam usaha menyampaikan dakwah. Sesuai benar Hidayah berselogankan ‘Sebuah Daiges Islam’. Tidak keterlaluan saya menganggap inilah daiges terunggul setakat ini. Memang benarlah, apa pun halnya yang baik, ia tetap baik. Saya bersyukur kerana Hidayah juga merakamkan biodata para ulama tempatan dan nusantara. Tidak kiralah mereka itu dikenali atau tokoh yang popular. Alangkah baiknya para pembaca Hidayah dapat mengikuti riwayat hidup para ulama terdahulu seperti Syeikh Abdus Shamad Palambani, Syeikh Daud bin Abdullah Fathani, Tok Kenali dan ramai lagi. Mereka adalah tokoh-tokoh hebat pada zamannya. Kemungkinan ramai generasi sekarang kurang mengenali kehebatannya. Majalah Hidayah boleh memanfaatkan ruangannya agar tokoh-tokoh ulama ini akan terus dikenang di mana setengah-setengah karya mereka masih boleh didapati hingga sekarang. Wassalam.

Mohd. Shafie Abdul Jalal
Taman Melawati,
Kuala Lumpur.

• Alhamdulillah kerana anda merupakan seorang pembaca setia Hidayah. Saranan anda itu memang dihargai dan sebahagiannya sudah pun kami tunaikan. InsyaAllah akan kami tambah lagi tokoh-tokoh yang banyak berjasa disetiap keluaran Hidyah. - Pengarang.

DOA DAN HARAPAN
Saudara Pengarang,
Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana turut menggerakkan hati ini kerana menjadi pembaca majalah Hidayah. Sebagai pembaca setia, saya berbangga dan tidak malu untuk membaca majalah ini di khalayak ramai.
Dalam kesederhanaannya, Hidayah mendorong pembacanya seperti saya untuk menambah ilmu pengetahuan agama. Melalui Hidayah juga saya dapat bermuhasabah, memeriksa diri dan merenungi segala kesilapan dan kelemahan diri sendiri. Saya berharap dan berdoa agar Hidayah akan terus menjadi media bacaan yang dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan. Semoga Hidayah terus maju di masa akan datang dan dapat mengembangkan syiar agama, Insya Allah.

Marza Nur Didik Irwan,
Paya Munis Selatan,
Mersing, Johor.

• Doa dan harapan anda itu turut menjadi doa dan harapan karyawan Hidayah selama ini. – Pengarang.

Mata Dan Hidung Berdarah Saat Sakaratul Maut

Mata Maryam berkaca-kaca saat melihat anak lelakinya, Akhyar, 23, tahun, yang terus tergolek di pembaringan. Sudah beberapa hari, suhu badan Akhyar makin tinggi. Agar demamnya mereda, ubat penurun panas pun sudah diberikan. Namun malangnya, belum juga menunjukkan perubahan, tubuhnya terus melemah. Betapa pun anaknya ditangkap dalam keadaan mabuk-mabuk dan bergelumang maksiat, si ibu itu tak sampai hati melihat penderitaan anaknya. Dielus-elusnya wajah anak itu, ditatapnya dalam-dalam, seolah-olah tidak mahu berpisah dengannya. Seraya menangis tersedu-sedu, si ibu mencelupkan kain tuala kecil ke dalam air sejuk. Tuala itu kemudian ditekapkan ke atas dahi anaknya. Dia berharap dengan berbuat demikian panas tubuh anaknya itu dapat berkurangan. Di dalam ruang bilik berukuran 4 x 3 m, dengan mukanya yang sembab, si ibu itu menegadahkan kedua tangannya. Dia berdoa kepada Allah Yang Khalik agar demam yang dideritai anaknya beransur kurang. Akan tetapi, yang terjadi sebaliknya. Keadaan Akhyar bertambah parah. Jangankan turun panasnya, malahan di sela-sela kedua matanya menitiskan pula darah. Begitu pun dari lubang hidungnya.
Si ibu terperanjat saat melihat pemandangan ini. Dia bingung tak tahu apa yang hendak dilakukan ketika melihat titisan darah memenuhi wajah anak kesayangannya. “Abang...abang!” jeritnya memanggil suaminya. “Abang..!” dia sekali lagi memanggil suaminya dengan suara cemas. Sejurus kemudian, suami yang dipanggilnya sudah berada di tempat itu. “Ada apa hal ni?” “Anak kita...!” “Ha...lekas kita bawa ke hospital.” Begitu paniknya mereka ketika melihat darah keluar dari lubang hidung dan kedua mata anak mereka. Sambil menunggu datangnya ambulan, Maryam terus mengelap anaknya dengan tuala yang dibasahkan dengan air sejuk dan membersihkan darah yang terus mengalir itu dengan kapas. Ambulan datang. Tubuh Akhyar yang panas dan menggigil digotong ke dalam ambulan. Sementara beberapa orang kampung mulai berkumpul di tempat itu dan menyaksikan pemandangan yang mengharukan itu. Ambulan segera menyibak jalanan. Riak cemas terlihat di muka kedua ibu bapa itu. Si ibu tak henti-hentinya mengusap air matanya. “Lebih baik kita berdoa. Kita pasrahkan semuanya pada Allah s.w.t. Mudah-mudahan Allah memberikan pertolongan untuk anak kita,” nasihat suaminya. “Anak kita... Anak kita...” kata isteri itu sambil menangis. Tangis perempuan itu mulai mereda, namun sedu-sedannya masih terdengar. Suasana hening sejenak sebelum akhirnya ambulan tadi datang kembali, meraung-raung sepanjang jalan hingga berhenti tepat di depan rumah mereka. Maryam bertanya-tanya dalam hati: ada apakah gerangan? Bukankah baru satu jam tadi ambulan itu pergi dan kini telah kembali ke rumahnya? Tak sempat berkata-kata, tubuh Akhyar yang berbalut kain putih itu dikeluarkan dari dalam Ambulan. Terlihat bercak-bercak darah merembes di kain putih itu. Setelah dibuka kain penutupnya, jasad Akhyar itu ternyata sudah tak bernyawa lagi. Mereka diberitahu Akhyar telah meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Kesedihan menyelubung suasana. Warga yang hadir pun tumpang berduka, sementara Maryam berusaha untuk menguasai dirinya meski perasaannya begitu pedih setelah kehilangan anak tercintanya.

Salah Pergaulan
Akhyar berasal dari keluarga yang berkecukupan di kampungnya. Oleh kerana itu, dia mampu melanjutkan pengajian hingga ke perguruan tinggi. Kebetulan sekali, rumah tinggalnya juga tak jauh dari kampus. Kedua ibu bapanya memiliki dua buah rumah. Yang pertama ditinggali bersama keluarga, termasuk Akhyar; sedang rumah kedua yang letaknya dekat dengan kampus masih kosong, belum ada yang menempati. Hanya kadang-kadang saja rumah kosong itu dipergunakan untuk menyimpan barang-barang jualan kain baju. Kerana hanya berfungsi sebagai gudang, ibu bapa Akhyar bermaksud menyewakan rumah tersebut guna mendapatkan penghasilan tambahan selain hasil berjualan kain baju di pasar. Tidak perlu waktu lama, rumah kosong itu pun sudah ada yang menyewa. Beberapa mahasiswa, teman-teman Akhyar di kampus, tertarik dengan rumah itu. Alasan utamanya, pemilik rumah tidak tinggal bersama sepanjang mereka menyewa hingga mereka berfikir lebih bebas berbanding jika terpaksa tinggal bersama-sama tuan rumah. Si pemilik rumah tak pernah menduga bahawa rumah yang disewakan itu akan disalah gunakan. Soalnya, setelah perjanjian sewa terjadi, dia mempercayai sepenuhnya kepada mereka, tambahan Akhyar juga sering menginap di rumah tersebut. Demikian pula saat Akhyar meminta orang tuanya untuk membelikan TV dan VCD sebagai hiburan di rumah yang mereka sewakan, tak ada kecurigaan sedikit pun. Ibu bapanya selalu berfikir positif tentang keinginan anak lelakinya terlebih berada dalam kelompok para pelajar itu. Namun siapa sangka, lingkungan yang dianggap selamat buat anak remaja mereka justeru membuat perilaku si anak menjurus ke akhlak yang tidak baik. Tanpa pantauan ibu bapa masing-masing, Akhyar dan teman-temannya bebas berbuat apa saja di rumah sewa itu. Kepercayaan ibu bapanya untuk menjaga etika bermasyarakat tak diindahkan, malah disalahgunakan oleh para mahasiswa tersebut. Akhyar yang sebelumnya telah lama terbiasa dengan minuman keras tanpa sepengetahuan ayah dan ibunya turut menebarkan kebiasaan buruk di tempat itu. Apabila malam tiba, dia menghabiskan waktunya bersama teman-temannya dengan meneguk minuman keras sambil menyaksikan VCD porno yang didapatkan dari teman-teman mereka.

Seterusnya dapatkan Hidayah April 2010 di pasaran...

Curang Punca Krisis Rumahtangga

Curang, berlaku dimana-mana dalam masyarakat manusia. Ia satu tabiat semula jadi. Curang ada kaitan dengan “hawa nafsu”. Curang dalam rumahtangga, curang dalam pekerjaan, curang dalam amanah, curang dalam mengendalikan sesuatu itu merupakan satu perangai yang ada pada manusia, dan kepada semua bangsa dan fahaman agama. Curang yang mahu diceritakan disini ialah curang dalam rumahtangga. Perbuatan curang inilah yang banyak terjadi yang kesannya membawa kepada perceraian. Kadang-kadang ada pasangan yang berkahwin terlalu awal iaitu masih berusia dalam lingkungan 20an berlaku kejadian ini. Baru saja usia perkahwinan itu dalam tempoh 5 atau 6 tahun, mulalah berlaku krisis rumahtangga. Curang ini biasanya berlaku kepada lelaki atau perempuan. Dalam masyarakat Islam ada kejadian serupa ini. kalau kita mendengar ceramah-ceramah dari kadi, atau pun pegawai-pegawai syariah dari pejabat nikah cerai, kita akan dengar cerita mengenai hal curang ini. Di negara kita ada kejadian-kejadian “curang dalam rumahtangga”. Dalam akhbar-akhbar tempatan ada didedahkan bagaimana pasangan suami isteri bercerai semata-mata kerana “isteri” atau pun “suami” curang antara satu dengan yang lain. Satu lapuran akhbar yang diterbitkan di Singapura ada menyebut tentang banyaknya berlaku perceraian semata-mata kejadian “curang” dalam rumahtangga. Jumlah perceraian tahun demi tahun meningkat dan bertambah. Kebanyakan aduan yang diterima oleh pihak pejabat kadi ialah dari para isteri. Para suamilah yang banyak sekali melakukan perbuatan “curang” dalam rumahtangga. Yang menjadi punca dan sebabnya kerana kecewa, hampa dan sengsara yang dirasakan oleh seseorang bila suami atau pun isteri yang disayangi berlaku curang, sehingga menggoncang kebahagiaan rumahtangga yang pada mulanya dibina atas dasar cinta mencintai. Sebagai contohnya dimana berlaku kejadian “tikam menikam” antara suami dan isteri semata-mata kerana isteri menanggung beban yang amat sangat. Kadang-kadang ada suami yang kaki “judi” dimana tanggungjawab dalam rumahtangga tidak diambil tahu. Yang ini namanya curang juga kerana “curang dalam soal cinta menyintai”. Kedua-keduanya tentulah sudah membuat perjanjian yang masing-masing akan bertanggungjawab antara satu dengan yang lain. Tetapi apabila berlaku kejadian serupa ini, maka salah satu darinya telah melakukan “curang” dalam saling cintai mencintai itu. Begitu juga dengan sikap suami yang kaki “botol”. Kalau setiap malam “mabuk”, isteri mana yang boleh “tahan”? Apabila ditanya kenapa mabuk, kenapa pulang lambat, maka timbullah hal-hal yang tidak diingini. Sepak terajang akan berlaku ketika itu.

Seterusnya dapatkan Hidayah April 2010 di pasaran...

Agama Tak Suruh Bernikah Cara Rahsia

Berkahwin iaitu bernikah secara “diam-diam” memang banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Terutama dikalangan artis, ada diantaranya merahsiakan pernikahannya dengan orang-orang tertentu. Kalangan bukan artis atau pun bukan golongan glamour pun ada juga yang bernikah secara sembunyi-sembunyi. Ada beberapa faktor mengapa mereka merahsiakan pernikahan ini. Dikalangan artis pula, kerana bimbang akan kehilangan peminat apabila diistiharkan berkahwin. Biasanya, apabila seseorang artis samada lelaki atau pun perempuan bila sudah berkahwin, popularitinya akan menurun. Peminat-peminatnya akan semakin kurang. Ini banyak terjadi dalam dunia artis. Kalau sebelum kahwin, namanya meletup-letup. Pantang keluar dari belakang pentas, akan diserbu oleh peminat. Apabila sudah bernikah, lalu didepan ramai pun tak siapa pun nak peduli dan mahu ambil tahu. “Pergi mampus la awak …”, begitu sikap setengah dari peminat. Sementara orang bukan golongan glamour merasikan pernikahan mereka, kalau sudah yang sudah “ada bini”, bimbang bini nombor satu akan “mengamuk”. Kalau kalangan orang-orang politik dibimbangi karier politiknya akan terjejas, atau pun kena pecat dari parti.
Pendekanya ada pelbagai alasan, kenapa ada setengah orang bernikah secara sembunyi-sembunyi atau pun merahsiakannya. Sekarang, mari kita tinjau dari segi Islam bernikah atau pun berkahwin secara sembunyi-sembunyi atau pun merahsiakan pernikahan. Dari segi-segi Islam ada beberapa syarat yang harus dipenuhi agar pernikahan dapat dianggap sah. Syarat-syarat itu ialah: “Ijab-Kabul”, “ada dua orang saksi”, “ada wali”, “Dan pernikahan itu tidak dibatasi oleh jangka waktu tertentu”, dan yang terakhir “tidak dijalankan secara sembunyi-sembunyi”. Menurut agama, pernikahan yang tidak mengikut syarat-syarat tersebut, haram hukumnya, demikian hukum agama Islam. Pernikahan itu tidak boleh dilangsungkan dalam keadaan sembunyi-sembunyi agar manusia terhindar dari perbuatan merosak kehormatan orang lain dengan cara yang batil. Sedangkan pengesahan pernikahan hendaklah didepan “outoritas” syariat diperlukan untuk menjaga hak-hak isteri. Pernikahan itu harus dilakukan atau pun dijalankan didepan dua orang saksi untuk mempersaksikan bahawa sepasang mempelai memang benar-benar menikah dan berlangsung dengan seizin wali.

Seterusnya dapatkan Hidayah April 2010 di pasaran...

Sekelumit Kehidupan Rasulullah s.a.w.

Bulan lalu, iaitu bulan “Rabiul Awwal”, umat Islam sibuk mengadakan perayaan menyambut Maulid. Ada yang berarak, dan ada pula yang mengadakan berbagai acara untuk sambutan itu. Kebanyakan upacara itu di adakan di masjid-masjid dan disau-surau. Ada juga berarak membawa sepanduk dipadang-padang sambil membaca “Syalawat keatas Junjungan Agung kita yang mulia itu”. Sempena dengan itu, kita siarkan “sekelumit” kisah kehidupan dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. bersama para sahabatnya. Marilah kita sama-sama menghayati kisah Rasulullah s.a.w. itu. Beliau adalah Muhammad ibn Abdullah ibn Abdul Muthalib. Dan ayahnya merupakan anak bungsu dari Abdul Muthalib. Adapun nama pakcik-pakciknya adalah; al-Harits, az-Zubair, Hamzah, Dhirar, Abu Thalib (Abdu Manaf), abu Lahab (Abdul Uzza), al-Muqawam (Abdul Ka’bah, ada yang mengatakan, al-Mughirah), al-Ghidaq (Naufal). [al-Bidayah wa an-Nihayah] Adapun bibi-bibinya berjumlah enam orang. Mereka itu adalah; Arwa, Barrah, Umaimah, Shafiyah, Atikah, dan Ummu Hakim (al-Baidha).
Itulah Rasulullah Muhammad s.a.w.: seorang keturunan Bani Quraisy, sebuah kabilah Arab yang cukup terhormat dan dihormati. Watsilah ibn al-Aqsa menuturkan: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah memilih Kinanah dari anak-anak cucu Ismail, memilih Quraisy dari anak-cucu Kinanah, memilih Hasyim dari keturunan Quraisy, dan memilih Bani Hasyim dari suku Quraisy.” (HR. Muslim). Ertinya, Rasulullah s.a.w. adalah keturunan Nabi Ismail a.s. Suatu hari Rasulullah s.a.w. menyampaikan khutbah dan di dalamnya beliau menyebutkan nasabnya seperti ini: “Aku adalah Muhammad ibn Abdullah ibn Abdul Muththalib ibn Hasyim ibn Abdu Manaf ibn Qusay ibn Kilab ibn Murrah ibn Ka’ab ibn Luaiy ibn Ghalib ibn Fahar ibn Malik ibn an-Nadhar ibn Kinanah ibn Huzaimah ibn Mudrikah ibn Ilyas ibn Madhar ibn Nidzar. Dan seandainya manusia terpecah menjadi dua kelompok, nescaya Allah akan menjadikanku dari yang terbaik di antara keduanya.” [al-Bidayah wa an-Nihayah]

NAMA-NAMA RASULULLAH S.A.W.
Bukhari dalam shahih-nya, Muslim dalam shahih-nya dan Imam Malik dalam al-Muaththa. Bab: Nama-nama Nabi s.a.w., menyebutkan bahwa Nabi s.a.w. pernah bersabda: “Aku memiliki lima nama; aku adalah Muhammad, aku adalah Ahmad, aku adalah al-Mahiy (si penghapus) yang nama Allah menghapus kekafiran dengan mengutus diriku, aku adalah al-Hasuir (yang bererti) bahwa manusia akan dikumpulkan sepeninggalku, dan aku adalah al-Aqib.”

PERNIKAHAN ABDLLAH DENGAN AMNAH BINTI WAHAB
Abdul Muthalib, Datuk Rasulullah s.a.w. menikahkan putranya Abdullah dengan Aminah binti Wahab. Aminah merupakan wanita yang di hormati dan terhormat di tengah-tengah kaumnya di Mekah. Setelah Abdullah menikahinya, Aminah pun mengandung bayi seorang makhluk yang paling mulai di dunia. Saat kandungannya berusia enam bulan, Abdullah pergi mengunjungi ayah saudaranya dari bani an-Najjar di Yatsrib (Madinah al-Munawarah). Dalam perjalanan itu, Abdullah ditimpa sakit dan kemudian meninggal dunia. Waktu pun berlalu dan Muhammad s.a.w. pun lahir dari rahimnya dalam keadaan yatim. Aminah tidak menemukan seorang pun yang dapat mengasuh Muhammad dengan baik selain datuknya, Abdul Muthalib. Disebutkan, sebagaimana kebiasaan orang-orang Arab saat itu, Muhammad kecil juga dikirim ke sebuah desa yang masih sejuk udaranya untuk disusui oleh seorang ibu susuan bernama Halimah as-Sa’diyah. Dan setelah selesai masa penyusuan itu, beliau s.a.w. kembali kepada ibu dan datuknya. Saat beliau berumur enam atau tujuh tahun, Aminah pergi mengajak Rasulullah s.a.w. dari Mekah menuju Yatsrib – yang juga disertai oleh budak perempuannya yang bernama Ummu aiman al-Habasyiah – untuk menziarahi makam suaminya, Abdullah. Di tengah perjalanan, Aminah jatuh sakit dan akhirnya meninggal di kampung Abwa, sebuah perkampungan di dekat Madinah al-Munawarah. Maka, Ummu Aiman pun membawa Muhammad s.a.w. kembali ke datuknya di Mekah dan setelah itu beliau diasuh olehnya. Adapun kelahiran beliau sendiri adalah pada tahun yang sangat terkenal, iaitu amu al-fil (tahun gajah), tepatnya pada saat Rajab Abrahah al-Asyram menyerbu Mekah bersama pasukan bergajah untuk menghancurkan Kaabah. Akan tetapi, Allah s.w.t. mengutus burung-burung Ababil untuk menggagalkan rencana mereka dan juga untuk menghancurkan mereka semua. Setelah ayah dan ibunya meninggal, beliau s.a.w. pun, hidup yatim-piatu di rumah datuknya, Abdul Muthalib. Namun, beberapa tahun kemudian, datuknya juga meninggal. Beliau kemudian diasuh oleh pakciknya, Abu Thalib. Ada yang mengatakan datuknya meninggal saat beliau berusia lapan tahun. Dikisahkan, ketika beliau meningkat remaja, pamannya membawanya pergi untuk berdagang. Dalam perjalanan, para rahib menyampaikan berita gembira kepada pamannya bahawa anak yang dibawanya itu (Muhammad), suatu hari nanti akan memiliki kedudukan yang mulia di muka bumi. Disebutkan juga, bahwa Rasulullah pernah mengikuti Perang al-Fujjar saat berusia dua puluh tahun. Saat berusia dua puluh lima tahun, beliau menikah dengan wanita termulia di Mekah, iaitu Khadijah binti Khuwailid r.a. Khadijah merupakan seorang wanita dari kalangan bangsawan dan cukup dihormati di antara para penduduk Mekah. Khadijah telah mengenal Rasulullah s.a.w. berserta kejujuran dan amanahnya ketika pembantunya, Maisarah, pergi bersama beliau membawa barang dagangan Khadijah. Sebelum menikah dengan Rasulullah, Khadijah telah menikah sebelumnya. Umur Khadijah saat menikah dengan beliau s.a.w. adalah empat puluh tahun. Dan beliau s.a.w., tidak menikah lagi sebelum Khadijah wafat. [al-Bidayah wa an-Nihayah]
Dari pernikahannya dengan Khadijah, Rasulullah s.a.w. di kurniai beberapa orang anak, yaitu: al-Qasim, Ruqayyah, Ummu Kaltsum, Zaenab, Fatimah dan Abdullah. Kahdijah binti Khuwailid turut menyaksikan langsung perjuangan Rasulullah s.a.w. di awal dakwahnya, khususnya pada tahun-tahun berlangsungnya dakwah sirriyyah (dakwah secara sembunyi-sembunyi).Dia hidup bersama beliau dengan penuh suka cita dan sentiasa setia menopangnya dengan harta, cinta kasih, dan pengorbanan, hingga ia wafat pada tahun terjadinya Isra Mi’raj.

Seterusnya dapatkan Hidayah April 2010 di pasaran...

Sunan Kudus, Wali Ilmu, Wali Toleransi

Berbeza dengan beberapa Wali lainnya, tak banyak kontroversi mengenai garis keturunan Sunan Kudus. Beliau diyakini, Putera Raden Usman Haji alias Sunan Ngudung dari Jipang Panolan (sekarang Blora). Sunan Kudus yang memiliki nama asal Ja’far Shadiq adalah hasil perkahwinan Sunan Ngudung dengan adik Sunan Bonang dari Tuban, Syarifah. Namun ada juga yang menyebut Sunan Ngudung kahwin dengan Dewi Rukil Puteri Sunan Bonang. Ayah beliau dikatakan, salah seorang Putera Sultan dari Mesir yang berkelana hingga ke Jawa. Sunan Ngudung dalam riwayat pernah menjadi senopati Demak. Satu hal yang paling menonjol dalam diri Sunan Kudus adalah gelar waliyul ilmi yang disematkan padanya. Sunan Kudus terkenal ahli dalam ilmu filsafat, tatanegara, keperwiraan bahkan puisi. Itu masih ditambah dengan kecendikiaannya dalam Tauhid, Ushuluddin, Mantiq dan fiqh. Gelar itu juga merujuk pada kecerdikannya dalam berdakwah, ia berhasil menarik umat Hindu dan Budha ke dalam Islam tanpa paksaan. Inilah yang disebut para ahli sebagai jejak penting warisan Sunan Kudus dalam bidang toleransi sosial. Suatu waktu Sunan Kudus membeli lembu dari seorang pedagang India. Lembu itu kemudian dinamai Kebo Gumarang – ditambatnya di halaman rumah. Tentu saja lembu yang terlihat gemuk itu menarik perhatian masyarakat. Lembu haiwan yang disucikan dalam agama Hindu, - agama majoriti masyarakat saat itu. Perhatian masyarakat itu juga menimbulkan kecemasan. Apakah yang akan dilakukan Sunan Kudus dengan lembu itu? Akan disembelihkah? Muncul berbagai fitnah dalam masyarakat. Ternyata kejadian berikutnya sangat mengejutkan. Dugaan yang Sunan Kudus akan menyembelih lembu tertnyata tak terbukti. Masyarakat yang merasa cemas akan berlaku penghinaan terang-terangan atas keyakinan mereka jadi terkejut. Sunan Kudus memberitahu dia melarang siapa saja menyembelih lembu. “Dulu saya pernah terselamat dari kehausan kerana minum air susu lembu yang tiba-tiba datang menghampiri saya,” ujar Sunan Kudus.

Halus dan Cerdas
Masyarakat kemudian bertambah terpesona bila Sunan Kudus mengisahkan nama salah satu Surah Al-Qur’an, Al-Baqarah, yang bererti lembu. Timbul rasa ingin tahu masyarakat tentang surah itu. Inilah peluang terbaik bagi Sunan Kudus. Melalui simbol lembu yang lekat dalam kehidupan rakyat, dia masukkan ajaran tauhid sedikit demi sedikit. Simpati masyarakat pun timbul. Di Kudus, di beberapa bahagian masyarakat, larangan menyembelih lembu masih dianut. Selain Hindu, Sunan Kudus juga berdakwah ke umat Buddha melalui ajaran Buddha sendiri. Di masjidnya, Sunan Kudus membuat padasan (tempat wudhu) berjumlah lapan. Angka ini cukup keramat bagi umat Buddha. Delapan melambangkan “Asta Sanghika Marga” – jalan berlipat lapan. Lapan jalan itu di antaranya hidup, bekerja, berkata dan beribadah dengan benar. Ajaran itu sendiri secara sebenarnya tak bertentangan dengan Islam. Hingga menjadikan sejajar bukanlah hal berat. Simpati rakyat kembali mengalir kepadanya. Ramai umat Buddha banyak menemui Sunan Kudus dan meminta penjelasannya. Cara dia mengingatkan kita pada sistem Sunan Kalijaga. Tak hairan, selain belajar pada ayahnya, Sunan Kudus memang berguru pada wali keramat itu. Namun ada yang menilai sistem Sunan Kudus lebih halus. Dia pun terkenal toleran pada budaya masyarakat. Tradisi silam misalnya. Tradisi meminta doa bagi bayi 3 bulan di kandungan, dengan halus diubah menjadi baca doa selamat. Selain itu, permintaan agar anak tampan seperti Arjuna atau cantik seperti Dewi Ratih, diganti supaya seperti Nabi Yusuf dan Siti Maryam. Sang ibu pun diperintahkan sering-sering membaca surah Yusuf dan surah Maryam. Ada pula kisah menarik di kalangan masyarakat Jawa mengenai Sunan Kudus saat di Makkah. Alkisah, ketika Sunan Kudus menuntut ilmu di Mekkah terjadi peristiwa yang menguncangkan negara suci itu. Wabak penyakit ganas menyerang penduduk. Saat itu boleh dikatakan keadaan negeri Makkah darurat. Banyak penduduk yang meninggal. Sedemikian gentingnya hingga pemerintah yang menangani wabah penyakit itu berpendapat wabah itu hampir mustahil diatasi. Akhirnya, Raja Arab mengadakan sayembara. Diumumkan bagi siapa saja, yang dapat mengatasi wabah tersebut akan diberi harta melimpah, walhasil, mendengar hadiah yang memikat, berdatanganlah para pakar ubat, tabib dan cerdik pandai mencuba memusnahkan wabah tersebut. Namun hasilnya ternyata mengecewakan. Tak satupun berhasil. Raden Ja’far Shadiq kemudian beritikad membantu. Dengan izin Allah s.w.t, wabah yang mengusik kententeraman itu berhasil dimusnahkan. Beberapa orang yang menderita penyakit kronik berhasil ia sembuhkan. Raja yang mendengar berita gembira itu segera memanggil Sunan Kudus menghadap. Sesuai dengan janji, raja segera memberikan hadiah. Tapi, momen ini tergambar justeru bukan sebagai sebentuk kepahlwanan. Di luar dugaan, Sunan Kudus menolak menerima hadiah raja. Dengan tulus dia berkata bahwa apa yang dilakukannya semata kerana Allah s.w.t.

Seterusnya dapatkan Hidayah April 2010 di pasaran...

Proses Sakaratul Maut

Penderitaan menjelang mati memang boleh dibayangkan kalau kita boleh mengambil iktibar dari kematian orang-orang terdekat yang lebih dahulu ‘pergi’. Namun tentu saja bayangan kita hanya setitik air dari samudera penderitaan yang dialami mereka. Terlepas dari berita-berita yang ‘menyeramkan’ dari kematian seseorang, ada pula segolongan manusia yang mendapat keringanan dari Allah dengan dibebaskan dari penderitaan sakaratul maut. Mereka adalah orang-orang yang syahid di medan juang sebagaimana ditulis pengarang Tanbihul Ghofilin: “Tidak seorang pun mukmin yang mati kecuali ditawarkan kepadanya kehidupan dan kepulangan kembali ke dunia fana. Namun ia tidak mahu menerima tawaran itu kerana takutnya merasakan sakaratul maut kecuali para syuhada. Hal itu kerana mereka mati tanpa mengalami penderitaan sakaratul maut. Mereka sangat ingin kembali ke dunia untuk berperang lagi dan kembali terbunuh sebagai syuhada.”

Pembuka Tirai Keghaiban
Proses sakaratul maut memang terjadi sebelum roh benar-benar memasuki alam barzakh (alam pasca kehidupan di dunia). Dengan kata lain, sakaratul maut masih sebahagian kehidupannya di dunia fana ini. sekalipun begitu, pintu-pintu keghaiban sudah mulai terbuka padanya dan tidak boleh dirasakan orang lain sekalipun berada dekatnya. Allah menegaskan hal tersebut dalam firman Nya, “Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkong. Padahal kamu ketika itu melihat. Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu. Tetapi kamu tidak melihat.” (QS. Al-Waqi’ah: 83 – 85). Menurut Ibnu Katsir, kata Kami (Nahnu) di sana bermakna malaikat. Itulah kali pertama manusia bersentuhan dengan alam ghaib iaitu dengan malaikat Allah yang bertugas mencabut nyawa. Istilah sakaratul maut digunakan berkenaan dengan situasi yang dialami si mati secara psikologi. Kata ‘sakara’ dalam bahasa Arab bererti mabuk. Sedangkan mabuk mengandung makna hilangnya kesedaran seseorang. Demikian proses lepasnya roh dari tubuh disebut dengan hilang sekarat kerana seolah-olah si penderita hilang kesedaran kerana beratnya beban yang dirasakan. Abu Zur’ah mengertikan sakaratul maut dengan ‘ikhtulaful aqli’ (kacau atau terbaliknya akal). Istilah lain yang sering digunakan adalah ‘ghamaratul maut’ dan ‘mararatul maut’.

Malaikat Pencabut Nyawa
Menurut al-Qur’an, malaikat yang bertugas mencabut nyawa dikenal dengan ‘malakul maut’. Hal ini ditegaskan dalam firman Nya, “Katakanlah: ‘Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmu-lah kamu dikembalikan.” (QS. As Sajdah: 11). Selanjutnya, malaikat yang dimaksud di atas mashyur dikenal dengan nama Izra’il. Ia termasuk salah satu dari sepuluh malaikat yang wajib diimani kaum muslimin. Dalam menjalankan tugasnya, Izra’il memiliki banyak ‘anak buah’. Dari hadis Rasul s.a.w. didapatkan keterangan, bila seorang manusia telah datang ajalnya, sekelompok malaikat menarik rohnya dari telapak kaki hingga dua lututnya. Setelah itu datang kelompok kedua menarik rohnya dari dua lutut hingga pusatnya. Selanjutnya kelompok ketiga menarik roh tersebut dari pusat hingga dadanya dan kelompok keempat menarik dari dada hingga kerongkongannya. Saat roh tiba di kerongkong barulah Izra’il yang menariknya hingga benar-benar berpisah dari jasad kasarnya. Demikian sebagaimana dinukil al-Khubawy dalam Durratun Nashihin.
Dalam kitab Mathali al-Anwar disebutkan bahawa dalam tugasnya, malaikat maut selalu didampingi tujuh puluh malaikat rahmat dan tujuh puluh malaikat azab. Sedangkan mengenai maut itu sendiri sebahagian ulama menyakini bahawa maut merupakan makhluk Allah tersendiri. Dengan demikian, bila kata ‘amut’ diidhafatkan [disandarkan] dengan kata ‘malak’ akan bererti malaikat yang bertugas ‘mengendalikan’ maut. Bila demikian, menurut pendapat ini, maut itulah yang paling berperan dalam proses keluarnya ruh dari tubuh. Pendapat tersebut diperkuat hadis sebagaimana dinukil Katsir ketika menjelaskan ‘yaumul hasrah’ dalam QS Maryam ayat 39. Dari Abu Sa’id al Khudry r.a, “Apabila ahli syurga telah masuk ke syurga dan hali neraka ke neraka maut didatangkan dalam rupa seekor kibas yang elok. Sampai di tempat antara syurga dan neraka diserukan:’ Tahukah kamu ahlis yurga, makhluk apa ini?’ Mereka memandanginya lalu menjawab, ‘Ya, itu maut”. Hal yang sama dilakukan pada ahli neraka. Lalu maut disembelih di hadapan mereka dan diserukan, “Hai ahli syurga, kalian kekal dan tidak ada lagi kematian, Hai ahli neraka, kalian pun kekal di neraka dan tidak ada lagi kematian!” Selanjutnya, banyak keterangan, baik al-Qur’an ataupun hadis, yang menerangkan perbezaan perlakuan malaikat dalam mencabut nyawa seseorang. Perbezaan itu didasarkan kepada keimanan atau kekafiran seseorang.

Seterusnya dapatkan Hidayah April 2010 di pasaran...

Ibnu Abbas Jelaskan Takrif Orang Meninggalkan Sembahyang

Solat, satu ibadat yang paling utama dan penting bagi orang yang mengaku sebagai umat Islam. Orang yang tidak solat, sama ertinya orang itu meruntuhkan agamanya. Banyak ayat al-Qur’an dan hadis Nabi s.a.w. menerangkan tentang penting solat itu. Namun, ada orang yang tidak solat. Ada pula yang melalaikannya. Dalam al-Qur’an dan hadis sudah diberitahu, diakhirat nanti, ibadat yang pertama sekali diperiksa ialah “solat”. Kalau solat beres, yang lain diperiksa dalam keadaan mudah dan ringan sahaja. Meninggalkan sembahyang adalah satu dosa besar. Di akhirat nanti Allah akan menyeksa mereka yang tidak sembahyang. Pelbagai seksaan disediakan bagi mereka yang meninggalkan sembahyang ini. Ibnu Abas r.a. berkata: “pengeritan meninggalkan sembahyang disini tidak bererti meninggalkan sembahyang itu sama sekali, tetapi yang dimaksudkan ialah mengakhirkannya dari waktunya. Ertinya, kalau dan masuk waktu zohor, orang itu masih bersembang-sembang, dan membuat kerja-kerja lain sehingga waktu zohor itu habis atau dia solat sudah hampir waktu asar. Tetapi pendapat Said bin Al-Musaiyib, iaitu seorang tabi’in yang terkemuka yang banyak meriwayatkan hadis dan namanya banyak tercatat dalam kitab-kitab hadis pula berpendapat maksudnya ialah: “Orang tidak solat zohor, hingga masuk waktu asar. Dia tidak solat asar hingga masuk waktu maghrib, dan dia tidak bersembahyang maghrib hingga masuk waktu isyak, dan dia terus tidak sembahyang isyak hingga masuk waktu subuh dan tak sembahyang juga.
“Orang itu tidak juga sembahyang subuh sehingga matahari terbit dan matahari pun meninggi. Maka barang siapa yang mati dalam keadaannya macam itu dan tidak bertaubat (sebelum mati), maka Allah menjanjikan kepadanya sebagai orang yang berdosa. “Oleh itu orang tersebut akan dimasukkan ke dalam neraka Jahanam pada bahagian yang amat dalam sekali, dan makanannya amat buruk sekali.” Lalu Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Ma’un ayat 4 – 5 yang maksudnya: “Maka celakalah bagi orang-orang yang solat, iaitu yang lalai dari solatnya.”
Sa’ad bin Abu Waqqas, seorang dari antara 10 sahabat yang dijamin Nabi s.a.w. memasuki syurga berkata:
“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang orang yang melalaikan sembahyangnya, maka jawab Baginda Rasulullah s.a.w: “Iaitu mengakhiri waktu solat (daripada waktunya yang asal hingga sampai kepada waktu solat lain). Mereka itu tetap dinamakan orang-orang yang bersolat, iaitu “musallin”. “Oleh kerana mereka telah menyia-nyiakan dan mengakhirkan waktu solat tersebut, maka mereka diancam dengan neraka “Wail”, iaitu seksaan yang amat pedih didalamnya. “Ada yang mengatakan “Wail” itu adalah sebuah lembah didalam neraka Jahannam, yang seandainya gunung-gunung itu akan menjadi cair akibat panasnya. “Itulah tempat orang-orang yang menyia-nyiakan sembahyang, dan mengakhirkannya sehingga keluar dari waktunya. Kecuali dia telah bertaubat kepada Allah s.w.t dan merasa menyesal terhadap kesalahan itu”. Sebuah lagi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Hibban dan tahbrani yang ertinya: “Barang siapa yang menjaga solatnya, maka solatnya akan menjadi cahaya baginya, dan petunjuk dan penyelamat pada hari kiamat. “Dan barang siapa yang tidak menjaga solatnya maka tiadalah baginya mendapat cahaya, petunjuk dan keselamatan pada hari kiamat, malah pada hari itu dia akan (dibangkitkan) bersama Fir’aun, Qarun, Haman dan Ubai bin Kalaf (iaitu mereka dari kaum yang kafir)”. Berkata Umar Ibnu Khattab r.a.: “Seseorang itu tidak akan bernasib baik didalam Islam, jika dia meninggalkan sembahyang”. Menurut sebahagian ulama (sehubung dengan hadis Nabi ini), orang yang meninggalkan solat, pada hari kiamat nanti akan dibangkitkan bersama-sama dengan empat orang di atas tadi.
Empat kategori yang disebutkan itu ialah orang yang meninggalkan solatnya kerana disebutkan dengan hartanya, pegawai yang sibuk dengan tugas hariannya dan mengurus perniagaannya, lalu dia meninggalkan solatnya. Mereka ini dibangkitkan kelak bersama dengan qrun iaitu orang kafir yang kaya.

Seterusnya dapatkan Hidayah April 2010 di pasaran...

Penghidupan Di Akhirat Hanya Di Rakam Dalam Quran

Bagaimana caranya hidup di akhirat, tidak sesiapa pun yang mengetahuinya. Ia merupakan perkara “Ghaib” yang wajib kita sebagai umat Islam mempercayainya. Kerana berita adanya penghidupan di akhirat ada dirakamkan dalam al Quran dan juga hadis-hadis Nabi secara gambaran sahaja, dan secara tepat sebagaimana penghidupan didunia ini tidak ada yang tahu. Rasulullah s.a.w. juga dalam hadis-hadis Baginda hanya memberikan gambaran mengenai penghidupan diakhirat. Hakikatnya, proses ke akhirat itu terlalu banyak jalan dan cabangnya. Bermula didunia dimana kita dilahirkan. Dalam proses itu, kita kemudian dimatikan, dan selepas itu kita dikembumikan. Mati bukan bererti cerita penghidupan manusia sudah tamat, sebab Allah menciptakan manusia bukan untuk “kemusnahan”. Mati bererti kita berpindah dari dunia ke satu alam lain iaitu alam barzakh. Selepas itu, dunia akan dikiamatkan. Maksudnya alam semesta yang kita tinggal sekarang semuanya musnah termasuk langit dan bumi.
Kemudian ditiupkan sangkala, dan manusia akan dibangkitkan semula dari kubur masing-masing. Dengan ini bermulalah penghidupan baru iaitu penghidupan dialam akhirat. Proses pertama ialah dengan kebangkitan dari kubur itu, semua manusia akan dikumpulkan dan akan menghadap terhadap Allah s.w.t. Macamana rupa dan keadaan mahsyar itu, tidak ada yang tahu kerana gambaran sahaja. Diriwayatkan dari Mu’adz bin Jabal r.a. bahawa baginda berkata: “Seorang hamba itu akan tetap berdiri pada Hari Kiamat sehingga ia ditanya mengenai empat perkara: tentang umurnya, untuk apa dihabiskan; tentang masa mudanya, untuk apa digunakan; tentang hartanya, dari mana diperoleh dan ke mana dinafkahkan; dan tentang ilmunya, apa saja yang telah diamalkan.” (52) Dari Aisyah disebutkan bahawa dia berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Barangsiapa dihisab pada Hari Kiamat bererti ia telah diseksa’.” Lalu saya bertanya: ‘Bukankah Allah s.w.t. telah berfirman: ‘Maka dia akan diperhitungkan amalnya dengan perhitungan yang mudah’.” (al-Insyiqaq: 8) Rasulullah men jawab: “Itu bukan hisab tapi itu hanya pemaparan. Barangsiapa yang hisabnya diproses bererti ia telah diseksa di Hari Kiamat.” (53) Diriwayatkan dari Anas r.a. bahawa baginda berkata: “Kami sedang berada di sisi Rasulullah. Tiba-tiba baginda tertawa dan kemudian bertanya: ‘Adakah kalian tahu apa yang aku tertawakan?’ Kami menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui?” Baginda bersabda: “Di antara komunikasi seorang hamba dengan Tuhannya, hamba itu berkata: ‘Wahai Tuhanku, bukankah Engkau telah menyelamatkan aku dari kezaliman.’
Tuhan menjawab: “Betul.” Lalu mengatakan: “Sesungguhnya pada hari ini aku tidak akan memberikan kesaksian kepada diriku melainkan kesaksianku sendiri.” Kemudian dia berkata: “Cukuplah dirimu sendiri sebagai Zat Yang Maha Memperhitungkan pada hari ini, sedangkan para malaikat pencatat amal perbuatan bertindak sebagai saksi. Maka Rasulullah bersabda: “Kemudian mulut hamba tersebut terkatup. Lalu Allah berfirman kepada anggota tubuh hamba tersebut: “Bicaralah. Kemudian anggota tubuh hamba itu melapurkan mengenai perbuatannya. Kemudian dia diberi tempoh antara dia dan pembicaraan anggota tersebut. Maka hamba mengatakan kepada anggota tubuhnya: “Menjauhlah engkau, dan kamu telah berbuat sesuatu yang dapat menjauhkan dirimu dari redha Tuhan), padahal aku mempertahankan perbuatan kamu.” (54) Contoh lain ialah hadis tentang telaga Rasulullah, timbangan, dan titian. Misalnya adalah hadis Abdullah bin Amr bin Ash r.a.: baginda berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang ertinya: “Telagaku itu seluas perjalanan satu bulan. Airnya lebih putih daripada susu. Baunya lebih harum daripada kasturi. Kilauannya bagaikan bintang-bintang di langit. Barang siapa yang meminum air telagaku, dia tidak akan haus selamanya’.” (55) Dalam sebuah riwayat disebutkan: “Telagaku itu seluas perjalanan sebulan dan demikian juga batas-batasnya. Airnya lebih putih daripada perak.” Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. (201) Diriwayatkan dari Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah telah berjanji kepadaku untuk memasukkan tujuh puluh ribu umatku ke syurga tanpa hitungan.” Lalu Yazin bin al-Akhnas berkata: “Demi Allah mereka dibandingkan umat tuan hanyalah seperti lalat coklat di antara lalat-lalat yang lain.” Kemudian Rasulullah bersabda: “Allah menjanjikan kepadaku tujuh puluh ribu, setiap seribunya, ada tujuh puluh ribu; dan Allah menambahkan lagi kepadaku tiga rombongan besar.”
Yazid bin al-Akhnas bertanya: “Berapa luas telaga tuan wahai Nabi Allah?” Rasulullah menjawab: “Seluas jarak antara kota Aden dan Amman, lebih luas dan lebih luas lagi.” Baginda memberi isyarat dengan tangannya. Rasulullah bersabda: “Di dalam telaga tersebut terdapat dua tempat aliran air yang terbuat dari emas dan perak.”
“Yazid bin al-Akhnas bertanya: “Bagaimana air telaga tuan wahai Nabi Allah?” Rasulullah menjawab: “Lebih putih dari susu. Lebih manis daripada madu. Lebih harum daripada minyak kasturi. Barang siapa meminum air telaga tersebut, sekali minum saja dia tidak akan haus lagi selamanya dan mukanya tidak akan hitam selamanya.”
Diriwayatkan Imam Ahmad. Para perawi hadis tersebut dapat diterima riwayatnya dalam meriwayatkan hadis sahih Ibn Hibban juga meriwayatkan dalam kitabnya. Ungkapan yang digunakan Ibn Hibban ialah: Diriwayatkan dari abu Umamah bahawa Yazid bin al-Akhnas r.a. bertanya: ‘Wahai Rasulullah s.a.w., berapakah luas telaga tuan?’ Rasulullah menjawab: ‘Antara Aden dan Amman. Sesungguhnya di dalamnya terdapat dua aliran air yang diperbuat daripada emas dan perak.’ Yazid bin al-Akhnas bertanya: ‘Kemudian bagaimana air telaga tuan wahai Nabi Allah?’

Seterusnya dapatkan Hidayah April 2010 di pasaran...

Dialog Nabi Adam a.s. Dengan Allah s.w.t.

Dalam sebuah ktab agama yang menjelaskan mengenai “Silsilah para nabi” telah menukilkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. dialog antara Nabi Adam as dengan Allah s.w.t. sebaik-baik sahaja Adam diciptakan oleh Allah s.w.t. Kitab tersebut yang berjudul “A’maru wa ansabu al-anbiya” dikarang oleh seorang ulama dan penulis bernama Jihad Muhammad Hajjaj sudah pun diterjemahkan. Pada penghujung Sirah nabi Allah Adam ini dijelaskan tentang umur Adam. Dan dalam dialog itu Adam bertanya kepada Allah mengenai cahaya yang diperlihatkan Allah kepada Adam as. Adam lalu bertanya cahaya apakah itu. Cubalah kita ikuti dialog seperti tercatat dalam kitab tersebut. Abu Hurairah r.a. menurutkan: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Ketika Allah menciptakan Adam, Dia mengusap punggungnya, lalu jatuhlah dari punggungnya itu semua jiwa yang Dia ciptakan untuk menjadi keturunannya hingga Hari Kiamat. Lalu Allah menampakkan sebuah sinar cahaya dari sela-sela kedua mata setiap manusia dan kemudian memperlihatkan mereka semua kepada Adam. Lantas Adam pun bertanya: “Siapakah mereka itu?” Allah menjawab: “Mereka itu adalah anak keturunanmu kelak.” Kemudian, Adam melihat seseorang dari mereka yang sinar matanya membuatnya takjub. Maka ia pun bertanya: “Siapakah orang itu?” Allah menjawab: “Dia adalah salah seorang keturunanmu yang akan lahir di tengah-tengah umat-umat manusia akhir zaman; ia bernama Daud.” Adam bertanya lagi: “Wahai Tuhanku, berapakah umur yang Engkau berikan kepadanya?” Allah menjawab: “Enam puluh tahun.” Adam pun berkata: “Sudilah kiranya Engkau mengurangi empat puluh tahun umurku untuk menambah umurnya.” Allah pun berfirman: “Jika demikian, akan ditulis lalu ditutup, dan tidak boleh diubah lagi.” Kemudian, tatkala umur Adam telah habis, datanglah Malaikat maut kepadanya untuk mencabut nyawanya. Namun Adam berkata: “Bukankah umurku masih tersisa empat puluh tahun?” Malaikat maut balik bertanya: “Bukankah engkau telah memberikan sisa umurmu itu kepada cucumu, Daud?’ Demikianlah, kerana ia (mempunyai tabiat) mengelak maka keturunannya pun (mempunyai tabiat) mengelak. Dan ia (mempunyai tabiat) lupa maka keturunannya pun (mempunyai tabiat) lupa.” (Hadis ini salih dan disebutakan oleh Tirmidzi dalam kitab Shahihnya) Pada riwayat lain, Abu hurairah r.a. meriwayatkan: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang ertinya: “Ketika Allah menciptakan Adam dan meniup roh ke dalamnya, ia bersin kemudian berkata: “Segala puji bagi Allah.” Ia memuji Allah dengan izin-Nya. Kemudian Tuhannya berkata kepadanya: “Semoga Allah merahmatimu wahai Adam. Pergilah ke malaikat itu yang sekelompok mereka sedang duduk-duduk, katakanlah, “Semoga keselamatan bagi kalian.” Mereka berkata: “Dan semoga bagimu keselamatan dan rahmat Allah.” Kemudian ia kembali kepada tuhannya. Dia berkata: “Sesungguhnya ini adalah penghormatanmu dan penghormatan keturunanmu.” Lalu Allah berkata kepadanya dengan kedua tangan-Nya yang terbuka: “Pilihlah yang engkau kehendaki!” Ia berkata: “Aku memilih sebelah kanan Tuhanku. Dan kedua tangan Tuhanku adalah kanan yang berkah.” Kemudian Dia membukanya maka di dalamnya adalah adam dan keturunannya. Lantas ia berkata: “Wahai Tuhan, apakah mereka itu?” Dia menjawab: “Mereka adalah keturunanmu.’

Seterusnya dapatkan Hidayah April 2010 di pasaran...

Bandar Makkah Berubah Wajah

Satu perubahan drastik akan berlaku dimasa depan di Tanah Suci Makkah Al-Mukkaramah. Pemerintahan Arab Saudi akan membelanja berbilion-bilion Riyal untuk pembesaran kawasan Makkahtul Mukkaramah, Tanah Suci umat Islam. Sejak dua tiga tahun lalu, semua bangunan lama yang berada disekitar kawasan Masjidil Haram itu telah pun dirobohkan. Kerja-kerja meratakan kawasan itu sedang berjalan dengan pesat. Para jemaah Haji saban tahun bertambah. Kawasan dataran Masjidil Haram semakin diperluaskan lagi. Hotel-hotel lama, bangunan-bangunan lama, gerai-gerai lama yang berusia puluhan tahun dan hampir mencecah ratusan tahun itu sudah lenyap sama sekali. Pemerintahan Arab Saudi sering memikirkan mengenai masalah jamaah haji yang saban tahun semakin bertambah. Kawasan yang boleh menampung seramai mana sekali pun, kalau semakin hari dan saban tahun musim haji umat Islam semakin bertambah, maka kawasan akan menjadi kecil dan sempit, walau pun dulunya ia luas seluas-luasnya. Itulah sebabnya pemerintah Arab Saudi sentiasa prihatin terhadap Makkatul Mukkaramah, dan Masjidil Haram itu sendiri supaya umat Islam yang berkunjung di Tanah Suci Makkah itu sentiasa dalam keadaan selesa. Baru-baru ini, seorang sahabat telah membawa pulang senaskah Akhbar dari Negara Arab itu. Dalam akhbar tersebut ada menyiarkan tentang rancangan besar Pemerintah Arab Saudi untuk membangunkan Bandar Suci Makkah itu. Melihat kepada “lakaran gambar” itu menunjukkan memang masa depan, entah bila adakah dalam masa 10 tahun atau pun lebih, Bandar Suci Makkah itu memang hebat sekali.
Disekeliling Masjidil Haram, iaitu sebuah Masjid yang paling Agung di muka bumi ini akan dikelilingi dengan bangunan-bangunan pencakar langit. Tentulah barang kali bangunan-bangunan hotel akan dibina atau dibangunkan dikawasan tersebut dengan kemudahan–kemudahan yang paling canggih agaknya. Menurut apa yang dirancangkan oleh Pentadbir Makkah Al-Mukkaramah, keadaan kawasan Makkah iaitu disekelilingnya akan berubah wajah dengan kawasan yang luas. Bangunan-bangunan pencakar langit yang kebanyakannya hotel-hotel dan bangunan-bangunan atau pun tempat-tempat orang ramai melihat-lihat keadaan sekeliling akan dihiasi dengan indah dan menarik. Masjidil Haram itu sendiri akan diperluas dan dibesarkan lagi. Ini sesuai dengan dasar asas utama Islam untuk memberi keselesaan kepada umatnya melakukan ibadah dengan mudah.
Tentulah pada suatu ketika nanti, apabila para jamaah yang berada didalam masjid yang teragung di muka bumi itu akan merasa nyaman beribadat didalamnya. Pemerintah Arab Saudi mempunyai sumber rezeki hasil dari minyak kurniaan Allah s.w.t. tentulah akan menggunakan sumber rezeki itu untuk umat Islam juga. Bajet bagi pembinaan atau pun pembangunan semula bandar suci Makkatul Mukarramah itu bukanlah satu kerja yang mudah, dan ini akan mengambil masa yang agak lama juga. Bagaimana pun dengan wang “minyak” yang sudah ada itu akan membolehkan apa juga “mega projek” yang dijalankan akan segera terlaksana dan terhasil segera.
Sebagaimana disebutkan bahawa semuanya ini akan memberikan keselesaan kepada mereka yang menziarahi bandar suci Makkah dimasa depan. Para jamaah Haji dan umrah, hanya dua perkara yang menjadi soal pokok. Apabila mereka tiba di Makkah, mereka akan mendapat tempat tinggal yang selesa, dan kedua: Mereka mendapat makanan yang sesuai dengan selera mereka. Bajet hotel yang disediakan oleh saudagar-saudagar Arab dimasa lalu “kurang memberi selesa” kepada sebahagian dari jamaah haji dan Umrah. Oleh kerana tidak ada pilihan, mereka tinggal juga. Ada hotel-hotel mewah di Bandar Suci itu, tetapi biasanya hotel-hotel jenis ini awal-awal lagi sudah habis “di booking” oleh saudagar-saudagar minyak Arab, dan saudagar-saudagar negara-negara Islam lainnya yang berniaga minyak. Hotel-hotel mewah jenis ini mempunyai kemudahan-kemudahan yang selesa. Bagi mereka yang banyak duit, apa mahu kira pasal “mahal”, janji katil baik, tilam empuk, ada permaidani, bilik air canggih, makan sesuai dengan selera, jadi berapa mahal pun mereka bayar, dan saudagar-saudagar arab tidak kisah sangat semuanya ini. Bukan saudagar Arab saja yang mampu bayar sewa hotel yang mahal-mahal ini, malah orang-orang Malaysia juga mampu membayarnya. Pada musim-musim Haji yang lalu, ada beberapa orang rakyat Malaysia dan golongan “selebriti”, dan tokoh-tokoh korporat orang-orang politik tinggal di hotel jenis ini dengan bayaran lebih dari SERATUS RIBU RINGGIT untuk satu musim haji. Sedangkan pergi dengan tabung Haji atau pun dengan pakej syarikat lain, tak sampai RM 20,000 pun satu musim haji. Tetapi mahukan tempat selesa, ratusan ribu ringgit pun sanggup bayar. Begitulah mansuia dizaman mutakhir ini … Kembali kepada cerita masa depan Bandar Makkah, dengan pembinaan hotel-hotel “lima Bintang”, “enam dan tujuh bintang”, sudah tentulah akan memberi keselesaan kepada jemaah yang mempunyai wang banyak.
Zaman mutakhir ini umat Islam mengerjakan Haji tidak seperti dulu-dulu. Zaman ini semuanya mahukan kemudahan. Semuanya mahukan serba serbi cantik, baik, mereka tidak mahu susah-susah. Dulu-dulu orang pergi haji naik unta dari Makkah ke Madinah, dari Jeddah ke Makkah, dan Jeddah ke Madinah pakai unta tetapi mereka mahu sampai lebih cepat. Naik pesawat mahu sampai ke Makkah dalam masa setengah jam dan 45 minit sahaja. Itu pun mereka merasakan terlalu lambat.

Seterusnya dapatkan Hidayah April 2010 di pasaran...

Anak Bermimpi Ibunya Berada Dalam Neraka

Seorang gadis yang wajahnya sangat sedih telah menemui Rasulullah s.a.w. ketika baginda sedang bersama isterinya di rumah. Gadis tersebut datang menemui baginda Rasulullah dengan tangannya dipegang, kerana terlalu sakit. Jelas sekali tangannya itu bertanda kehitam-hitaman. Ketika sampai di hadapan baginda Rasulullah s.a.w., gadis tersebut telah mengadu. Katanya: “Rasulullah! Tolonglah saya. Tangan saya ni sakit tidak tertahan rasanya.
“Sudi apalah kiranya Tuan mendoakan semoga tangan saya ini kembali sembuh seperti sediakala.” Gadis tersebut yang datang secara mendadak itu terus diam setelah membuat aduan kepada baginda Rasulullah. Baginda Rasulullah ketika menerima aduan dari gadis tersebut, baginda pun diam sebentar. Kemudian baginda memandang kepadanya lalu bertanya: “Hai Jariah! Apa sebabnya tanganmu ini terbakar sehingga jadi demikian?”
Gadis itu tidak berlengah-lengah lagi menjawab: “Ya Rasulullah! Sesungguhnya malam tadi saya bermimpi, tetapi ketika saya sedar dan terbangun dari mimpi itu, saya dapati tangan saya ini sudah jadi begini.” Baginda Rasulullah s.a.w. lalu meminta kepada gadis tersebut menceritakan apakah mimpi yang sebenarnya yang dimimpikannya.”Malam tadi saya bermimpi seakan-akan hari kiamat sudah tiba. Dunia menjadi goncang, gunung-ganang berterbangan sangat mengerikan. “Terlihat oleh hamba neraka Jahim yang meluap-luap apinya. “Sedang di tempat lain saya lihat syurga terbuka lebar. Ketika saya menyaksikan kobaran api neraka itu saya seakan-akan pengsan kerana ngeri sekali. “Setelah saya sedar, saya lihat lagi adanya jurang-jurang neraka yang sangat menakutkan. “Alangkah terkejutnya saya menyaksikan ibu ada di dalam jurang neraka. Keadaannya sangat menyedihkan. “Tentu saya hairan sekali, kerana tempat itu tidak sesuai dengan amalnya di dunia,” demikian gadis itu mengisahkan mimpinya yang menakutkan itu kepada Rasulullah s.a.w. “Bagaimana keadaan ibumu ketika di dunia?” Tanya Rasulullah. “Ibu saya, ya Rasulullah, adalah orang yang taat beribadah, berbakti kepada suaminya, selalu sabar. Tidak pernah ayah marah-marah kerana perbuatan ibu,” sambung gadis itu. “Tetapi apa sebabnya ibumu sampai berada di dalam neraka?” Tanya baginda Rasul lagi. “Kemudian ya Rasulullah, saya pun menanyakan ibu sebab-sebabnya sampai bertempat di situ. Maka kata ibu dalam mimpi saya itu: “Anakku, inilah tempatku, tempat orang bakhil, sedang secarik kain dan sepotong lemak yang aku bawa ini adalah dulu yang pernah aku sedekahkan ketika di dunia. Sekarang hanya dengan inilah aku dapat berlindung dari panasnya api neraka.” Lalu saya pun bertanya kepadanya: “Ibu di manakah ayah?” Jawabnya: “Ayahmu ada di sana, tinggal di syurga.” “Saya lalu pergi ke syurga ke tempat ayah tinggal. Di sana saya dapati ayah sedang memberi minum kepada teman-temannya dengan gelas.

Seterusnya dapatkan Hidayah April 2010 di pasaran...

Wednesday, March 3, 2010

Variasari Keluaran Mac 2010



Makin panas di pasaran...Dapatkan majalah Variasari keluaran Mac 2010 sebelum terlambat. Kami sajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.

Dapatkan segera...harga murah cuma RM3.00

Siri Bercakap Dengan Jin

















Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini di dalam majalah Variasari...makin panas... makin gawat...makin ngeri...makin menggelegak!

Antara Yang Menarik Dalam Variasari Mac 2010








Hidayah Mac 2010












Segeralah anda miliki Hidayah keluaran Mac 2010.


Kami hidangkan banyak bahan-bahan menarik buat tatapan para pembaca. Isi kandungannya tetap menawan, lebih padat sesuai dibaca semua golongan...Dapatkan segera di kedai-kedai buku
berhampiran!
Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Langganlah Segera Melalui Pos

Surat Pembaca

PAPARKAN KEJAYAAN ANAK-ANAK YATIM
Saudara Pengarang,
Saya mencadangkan agar Hidayah boleh mengadakan ruangan untuk anak-anak yatim yang berjaya membina hidup mereka setelah masuk usia remaja atau alam dewasa. Anak-anak yatim baik lelaki mahupun perempuan adalah merupakan insan istimewa kerana mereka membesar dalam keadaan tidak mendapat kasih sayang seorang bapa. Malah insan itu akan menjadi lebih istimewa apabila dibesarkan sebagai ‘yatim piatu’.
Ramai anak-anak yatim yang bejaya dalam kehidupan mereka. Baik mereka yanag mendapat pendidikan sekular apatah lagi yang mendapat didikan agama. Mahunya ruangan tersebut ditulis sendiri oleh insan yang berjaya itu ataupun ditemubual oleh Hidayah. Rasanya tidak perlu detail. Dan bukan pula merupakan biografi. Memadai menyentuh pengalaman pahit maung kehilangan kasih sayang ibu bapa, kegigihan dalam menimba pelajaran dan sebagainya. Maklumat boleh didapati dari beberapa pertubuhan atau Rumah Anak-Anak Yatim. Saya berharap cadangan ini dapat direalisasikan, InsyaAllah.

Badron Abdullah,
Kampar, Perak.

• Satu cadangan baik yang akan kami bincangkan dalam mesyuarat editorial akan datang. – Pengarang.

TELADAN KISAH IKTIBAR
Saudara Pengarang,
Saya merasa prihatin dengan Kisah iktibar 1 keluaran Februari 2010. Memang mengharukan apabila jenazah yang diurut perutnya untuk mengeluarkan najis, tetapi najis dan ulat-ulat keluar melalui mukutnya merupakan sesuatu yang agak aneh. Kita tidak tahulah sejauh mana ‘keburukan’ seseorang itu diperlihatkan oleh Allah di akhir hayatnya di dunia ini dapat membersihkan dosa arwah. Dalam kes ini, apa yang mengharukan saya ialah tidak ada kenderaan jenazah yang dapat digunakan untuk membawanya ke tanah perkuburan. Sementara apabila ada seseorang menawarkan lori pick-upnya untuk membawa jenazah, si isteri pemilik lori berkenaan pula membantah dihadapan orang ramai kerana semasa hayatnya si mati dikatakan tidak mengizinkan keluarganya menumpang kereta milik si mati. Bagi saya pengajaran yang saya dapat, ialah walaupun kes menumpangkan kereta ini kes kecil saja, tapi ianya mencerminkan budi pekerti kita yang merasa sombong kerana memiliki kenderaan dan orang lain tidak berhak untuk menumpang. Saya menganggap nasihat yang diberikan oleh Ahmad terhadap keluarga si mati wajar kita ambil perhatian agar ianya tidak terjadi kepada keluar kita sendiri.

Siti Hawa Mahmud,
Kuala Lipis, Pahang.

• Benarlah apa yang anda katakan itu. Dan kami berharap apa saja kisah iktibar yang dipaparkan dalam Hidayah akan terus menjadi renungan pembaca; Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. – Pengarang.

MAKLUMAT MENGENAI USAHA DAKWAH DI SABAH DAN SARAWAK
Saudara Pengarang,
Kisah-kisah mengenai masyarakat Islam di luar negara atau mengenai sejarah negara-negara Islam adalah ruangan yang bermanfaat. Ruangan yang dipaparkan oleh Hidayah memang menarik. Bagaimanapun jangan lupa, bahawa masyarakat Islam di negara kita jangan dilupakan. Saya sendiri sebagai pembaca Hidayah ingin mengetahui mengenai perkembangan Islam atau usaha dakwah yang dilakukan di Sabah dan Sarawak terutama kawasan-kawasan pendalamannya. Setahu saya memang ada usaha-usaha dakwah dilakukan di sana. Tapi maklumat mengenainya agak terbatas. Saya kira, Hidayah mungkin boleh mendapat kerjasama dengan PERKIM bagi mendapatkan kisah-kisah aktiviti dakwah di kalangan rakyat Sabah dan Sarawak. Saya harap usaha perlu dilakukan bagi memantau perkembangan dakwah di sana disamping meningkatkan syiar Islam dikalangan bumiputera dan rakyat Sabah dan Sarawak. Hidayah wajar turut berperanan dalam usaha murni ini.

Awang Ludin Mokhtar,
Kota Kinabalu, Sabah.

• Harapan dan impian anda memang tinggi. Tak termampu Hidayah diberi pengharapan sebesar itu. Namun niat murni itu saja sudah membolehkan kita mendapatkan pahala, apatah lagi bila dilaksanakan. Cadangan anda itu akan kami bincangkan. – Pengarang.

MUSLIMAT TAK PERLU BERGINCU...
Saudara Pengarang,
Saya tertarik dengan rencana bertajuk ‘Bibir merah paling digemari oleh Iblis’ tulisan Ibnu Abid tersiar di halaman 42 dan 43 Hidayah keluaran Februari lalu. Memang betul kata penulis, ramai yang tidak mengetahui termasuk para wanita itu sendiri bahawa bergincu itu paling digemari oleh Iblis. Pada saya bergincu itu tidak kiralah warna merah ke, biru ke, hitam ke atau sebagainya. Namun wanita yang bergincu memang menarik perhatian lelaki berbanding dengan wanita yang tidak ber ‘make-up’. Dan lebih malangnya golongan wanita penghibur (golongan artis) adalah paling terdedah dengan pelbagai make-up termasuklah yang bertudung dan berskaf. Jadi adalah lebih baik setiap para wanita dapat membaca rencana ini untuk kebaikan diri masing-masing yang akan dipertimbangkan nanti amal perbuatan di akhirat kelak. Terima kasih Hidayah yang berterus terang dalam rencana ini walaupun mungkin tidak digemari segolongan yang lain yang mungkin terkena ‘batang hidung’ masing-masing.

Othman Yahya,
Kulai, Johor.

• Peranan Hidayah ialah berdakwah melalui tulisan. Andai ianya dapat memberi kesedaran kepada mana-mana pihak, ianya merupaan satu ‘amal jariah’ para karyawannya yang akan ditagihkan di akhirat kelak. – Pengarang.

Tragedi Jenazah Seorang Pondan

HARI masih pagi ketika seorang lelaki keluar dari sebuah rumah kecil di pinggiran kota. Dengan membawa seutas beg yang terisi dokumen peribadinya, dia berjalan perlahan-lahan. Ada banyak yang terfikir di benaknya.
Pagi itu, harapannya, dia bakal diterima bekerja di sebuah syarikat swasta. Sebab, sudah beberapa bulan ini dia merayap ke hulu ke hilir mencari pekerjaan. Tapi, peluang pekerjaan belum membukakan jalan keluar. Jarak dari rumah menuju pejabat yang di tujunya agak jauh. Namun, semua itu tidak dihiraukannya. Bagi dia, memperoleh pekerjaan sebagai seorang pekerja atau pegawai sebuah syarikat korporat adalah cita-citanya. Kerana itu, dia pun bersemangat menuju pejabat yang berprestij di pusat kota. Hari itu saatnya dia menjalani temuduga kerja. Namun, entah kenapa, setelah keluar dari pejabat berkenaan, raut wajahnya lesu. Ternyata, temuduga yang dia jalani tidak berjaya. Dia gagal untuk diterima di syarikat itu. Sebab, ujian lisan tidak dapat dijawabnya dengan baik. Namun begitu, dia masih meniti harapan, semoga dia dipanggil lagi untuk menjalani ujian berikutnya.
Sebulan sudah peristiwa itu berlalu. Namun, hingga saat ini, panggilan kerja belum dia terima. Maka, fikirnya, besar kemungkinan dia ditolak. Tatapan matanya pun tertuju pada tumpukan kertas lamaran kerja di meja. Banyak sekali. Ya, sudah hampir enam bulan ia mengirim surat lamaran ke berbagai tempat tertentu. Semuanya tak dapat jawapan apa-apa pun. Lelaki itu, Ahmad Yani, 25, sudah cukup kecewa. Ijazah BA yang dia perolehi tak boleh membantu dirinya agar dapat pekerjaan berprestij. Rasa-rasanya, kali ini, dia hampir berputus asa.
Dia tinggal dengan ibunya. Sementara ayahnya sudah tidak serumah lagi. Si ayah tinggal dengan isteri kedua. Ibu bapanya bercerai cukup lama, 10 tahun lalu. Dia anak yang kedua. Abangnya sudah berkeluarga dan kini tinggal dengan isterinya di kota. Jadi, di rumah itu, dia hanya tinggal dengan ibunya saja. Untuk memenuhi keperluan sehari-hari, ibunya membuka gerai kecil-kecilan menjual barangan runcit di rumah. Dari usaha ini, ibunya mampu menyekolahkan Ahmad Yani hingga meraih sarjana muda. Ibunya berharap, Ahmad Yani dapat menjadi anak yang dibanggakan. Namun, hingga kini, anaknya masih mengganggur. Ahmad Yani sebenarnya lelaki mudah bergaul. Dia boleh dikatakan agak dikenali di kampungnya. Dia juga mempunyai ramai teman. Salah satu tempat ‘melepaknya’ adalah di persimpangan jalan dekat kampungnya. Di sana, dia menghabiskan waktu-waktu lapangnya. Namun di situlah bermula puncanya. Di persimpangan itulah, dia mula berkenalan dengan beberapa kenalan pondannya. Kebetulan, di persimpangan itu ada salon yang beberapa pekerjanya pondan. Hingga satu hari, dia diajak untuk bekerja di salon itu. Walaupun tak ada pengalaman langsung sebagai juru hias atau pendandan rambut, dia tetap diterima bekerja di sana. Dan dari sinilah, dia mengawali pergaulannya dengan kalangan pondan. Namanya juga telah ditukar. Dia dipanggil dengan nama ‘Susy’.

Salun Kecantikan
Dua tahun kemudian Ahmad Yani merantau ke kota. Ia menetap dan tinggal di sebuah rumah pangsa. Di kota, dia bekerja di salon ternama. Namun, tanpa di sedari, pergaulannya dengan para pondan telah menyeretnya masuk dalam kelompok itu. Dia pun berubah menjadi pondan. Dia mengubah penampilan dan gayanya. Sekali pandang laksana wanita. Lengkap dengan payu daranya. Ahmad Yani menyuntik beberapa bahagian tubuhnya untuk mempercantik tubuh. Sejak itulah, ibunya tak mahu menerima Ahmad Yani sebagai anaknya. Ibunya tidak merestui anaknya menjadi seorang pondan. Ketika dia melahirkan Ahmad Yani, anaknya itu cukup sifat sebagai seorang lelaki. Kini Ahmad Yani tidak diterima pulang ke rumah ibunya di kampung. Waktu-waktu berjalan terus. Hari berganti hari. Ahmad Yani kian menebarkan sayapnya. Dia tidak hanya bekerja di salun. Kala malam menjelang, dia bekerja di sebuah disko ternama di kota itu. Hingga lambat laun, Ahmad Yani jatuh dalam kehidupan malam. Dia terjerumus bergelumang dalam kancah maksiat.

Aktivis Pembela Pondan
Dalam kelompok pondan itu, Ahmad Yani mendapat ramai kenalan. Dia memiliki kedudukan dan kepimpinan dalam sebuah pertubuhan kalangan pondan. Dia sering menyuarakan kepentingan kaum pondan bila ada sikap diskriminasi yang dilakukan penguasa setempat mahupun masyarakat. Dengan kata lain, dia menjadi aktivis dan pembela bagi komuniti ini. Bagi dia, kalangan pondan bukanlah sampah, melainkan sebuah aset bangsa. Begitu idealisnya dia dengan pemikirannya itu. Ahmad Yani, ataupun Susy ini, hidup serumah dengan seorang lelaki. Tinggal sebumbung, macam ‘suami isteri’. Ahmad Yani sebagai ‘isteri’, dan lelaki itu sebagai ‘suami’nya. Namun, hubungan mereka tidak dirasmikan, baik secara agama mahupun negara. Sebab, pasangan ini menyalahi aturan norma yang berlaku. Walaupun telah mempuyai pasangan, aktiviti Ahmad Yani dalam kehidupan malam terus dijalani. Dia tetap melayani panggilan mana-mana lelaki dengan bayaran tertentu. Dengan kegiatan inilah dia memperolehi kehidupan yang layak. Dan itulah yang dimahunya. Dia kini sudah mampu memiliki rumah dan kenderaan mewah.

Masalah Pondan
Hingga satu hari, di saat umurnya menginjak 40 tahun, dia terkena penyakit berat. Dia sakit-sakitan. Badannya kurus sekali. Pasangan hidupnya pun meninggalkannya. Hanya teman-teman kalangan pondannya yang mahu menemani dia ketika sakit itu. Si ibu hanya beberapa kali menjenguknya. Ibunya meminta Ahmad Yani pulang ke kampung. Tapi, dia menolak. Penyakit yang dia deritai cukup lama dan parah. Hingga suatu hari, dipendekkan cerita, dia menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang dirawat di sebuah hospital. Kawan-kawan pondannya menjenguk dan menangisi kematian Ahmad Yani. Pada hemat mereka, Ahmad Yani adalah pembela golongan pondan. Maka, puluhan pondan mengiringi perjalanan jasadnya yang dihantar pulang ke kampung halamannya. Jasad yang sudah kaku itu akhirnya sampai di rumah yang sudah ditinggalkan sejak 13 tahun silam itu. Dia kembali dengan keadaan yang berbeza. Dia sudah tidak bernyawa lagi. Dia sudah tidak boleh mengenali orang-orang di sekitarnya. Sebab, alam dia dan mereka sudah terpisah. Ahmad Yani kini hanyalah sebuah jasad kaku.

Selanjutnya dapatkan Hidayah keluaran Mac 2010 di pasaran...

Mukjizat Segelas Air Susu Dari Rasulullah

Abu Hurairah r.a. berkata: Demi Allah yang tiada Tuhan kecuali Dia, ada ketikanya aku terpaksa menekan perutku di tanah kerana lapar, dan ada ketikanya saya terpaksa mengikat batu di perutku kerana lapar. Dan pernah pada suatu malam saya terpaksa duduk di jalanan umum, maka berjalan Abu Bakar, lalu saya tanya tentang ayat dari Al-Quran, tidak ada maksud untuk bertanya, tetapi supaya dia mengajak aku pergi ke rumahnya, tetapi dia berjalan dan tidak berbuat apa-apa. Kemudian berjalan Umar juga saya tanya suatu ayat, bukan tujuan bertanya, tetapi semata-mata supaya mengajak saya ke rumahnya, tetapi dia berjalan terus dan tidak mengajak aku. Kemudian Nabi s.a.w. berjalan maka tersenyum ketika melihat aku dan mengerti isi hatiku, kemudian baginda berkata: Ya Abu Hurairah. Jawabku: Labbaika ya Rasulullah. Sabdanya: Ikutlah aku, dan terus berjalan dan aku mengikutnya sehingga masuk ke rumahnya dan aku minta izin, maka diizinkan dan ketika saya masuk kelihatan segelas susu. Nabi s.a.w. bertanya: Dari mana ini? Jawab isterinya: Fulan atau fulanah mengirim hadiah untukmu. Nabi s.a.w. berkata: Ya Abu Hurairah. Jawabku: Labbaika. Pergilah engkau kepada ahli shuffah, panggillah mereka kemari. Sungguh berat bagiku perintah ini, apakah ertinya susu itu jika kedatangan ahli shuffah, saya merasa lebih berhak untuk minum seteguk untuk mengembalikan kekuatanku, tetapi tidak boleh tidak harus taat kepada Allah dan Rasulullah. Maka saya pergi memanggil ahli shuffah, maka datanglah semuanya dan minta izin, dan sesudah mereka sama-sama duduk, Nabi s.a.w. memanggil saya: Ya Abu Hurairah terimalah gelas ini dan berikan kepada mereka satu persatu, maka saya terima gelas itu dan saya edarkan kepada mereka satu persatu meminum sehingga puas, sehingga selesai dan kembali kepada Rasulullah s.a.w.

Selanjutnya dapatkan Hidayah keluaran Mac 2010 di pasaran...

Dakwah Rasulullah Kepada Bangsa Jin

SUATU ketika, Al-Qamah bertanya kepada Ibnu Mas’ud perihal siapa saja yang telah menemani Rasulullah untuk menemui dan mendakwah bangsa jin. Saat itu, Ibnu Mas’ud menjelaskan bahawa suatu malam, para sahabat pernah tidak melihat Rasulullah s.a.w. Setelah dicari, Rasulullah tetap tidak kelihatan. Para sahabat pun sangat khuatir. Apalagi, saat itu kaum kafir Quraisy sedang melancarkan tipu muslihat untuk mencelakakan Nabi s.a.w. Mereka menyangka baginda telah diculik kaum kafir Quraisy. Sepanjang malam, para sahabat dilanda kegelisahan dan perasaan yang tidak menentu. Mereka tidak boleh tidur kerana menunggu khabar tentang keberadaan Rasulullah. Menjelang pagi hari, mereka melihat Rasulullah muncul dari arah gua Hira. Melihat kedatangan Rasulullah tersebut, serentak para sahabat sangat lega dan gembira. Mereka kemudian mengkhabarkan kepada Rasulullah ehwal kegelisahan mereka selama semalam suntuk kerana tak melihat baginda. Mereka pun menyuarakan kekhuatiran mereka perihal keselamatan Nabi s.a.w. dan kemungkinan-kemungkinan buruk yang mereka bimbangkan bakal menimpa Rasulullah. Mereka merasa bersyukur, kerana Nabi s.a.w. yang mereka cintai ternyata tidak mengalami peristiwa seperti yang mereka khuatirkan itu.
Rasulullah dapat memahami kekhuatiran para sahabatnya itu. Baginda pun kemudian menjelaskan tentang apa sebenarnya yang telah terjadi kepada dirinya, “Sesungguhnya para mubaligh dari bangsa jin telah datang menemuiku. Maka, mereka kudatangi dan kemudian aku membacakan ayat-ayat al-Qur’an untuk mereka.”
Untuk menyakinkan para sahabat tentang apa yang baginda katakan, Rasulullah mengajak para sahabat mengikut jejak baginda. Pada jejak-jejak itu juga terdapat para jin yang berkumpul dan bekas api yang mereka bawa sebagai alat penerangan. Menurut penafsiran Al-Suhaili sebagaimana dilansir Abu Azka Fathin Mazayasyah dan Ummi Alhan Ramadhan M dalam buku Bercinta Dengan Jin, jin yang masuk Islam lewat bacaan ayat-ayat al-Quran yang diperdengarkan oleh Rasulullah semula berasal dari agama Yahudi, iaitu pengikut Nabi Musa a.s.
Sementara Ibnu Salam memiliki pandangan yang sama tentang hal itu. Ia menambahkan, peristiwa tersebut berlangsung dalam masa tiga tahun sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah. Juga sebelum terjadinya peristiwa Israk Mikraj. Adapun mengenai jumlah jin yang hadir saat itu, menurut Ibnu ishak, ada tujuh jin saja. Ibnu Hatim menjelaskan secara lebih lengkap lagi. Menurutnya, dari tujuh jin itu, tiga jin berasal dari Haran dan empat jin dari Nashibin. Menurut Al-Tsauri, yang diberitakan oleh Ashim dan bersumber dari Zurr bahawa jin yang hadir itu berjumlah sembilan jin. Sedangkan pendapat Al-Tsauri yang diriwayatkan Ikrimah, jumlahnya melonjak secara fantastik, iaitu dua belas ribu jin. Terlepas mana yang benar dari jumlah-jumlah tersebut: yang jelas, pertemuan Rasulullah s.a.w dengan bangsa jin tiada lain adalah untuk mendakwahkan agama tauhid kepada mereka. Di antara para jin yang pernah ikut mendengarkan dakwah Rasulullah s.a.w. tersebut, menurut Ibnu Durair, adalah Syashir, Mashir, Munsyini, Masyie dan Al-Ahqag. Dalam buku Laskar Api: Buku Paling Pintar tentang Jin karya Ruqayyah Yaqubi disebutkan bahawa ada suatu malam yang disebut dengan istilah lailatul jin (malam jin). Ertinya, suatu malam di mana Rasulullah mendatangi para jin untuk berdakwah: mengajarkan agama dan memperdengarkan ayat-ayat al-Quran. Istilah ini semakin menegaskan bahawa ada hari-hari tertentu di mana Nabi s.a.w. akan mendatangi bangsa jin untuk berdakwah. Tempat jin yang didatangi Rasulullah untuk berdakwah berbeza-beza: kadang-kadang gua, kadang-kadang pula pohon besar dan sebagainya. Misalnya, seperti disebutkan Mazayasyah dan Ummi Alhan Ramadhan M, bahawa suatu ketika Allah pernah mendatangkan kepada Nabi s.a.w. sekelompok jin untuk belajar agama kepadanya. Dikatakan, sebatang pohon besar kemudian menawarkan dirinya kepada Nabi s.a.w. sebagai tempat berkumpulnya para jin yang hadir tersebut. Para jin itu pun datang dan lalu belajar agama kepada Nabi s.a.w. Setelah itu, mereka segera kembali kepada kaumnya untuk menyampaikan apa yang telah dipelajarinya dari Rasulullah s.a.w.

Selanjutnya dapatkan Hidayah keluaran Mac 2010 di pasaran...

Ustaz Menjual Nama Anak-Anak Yatim

MALAM belum merangkak tua ketika kisah kecil ini saya dapatkan. Kebetulan, selepas makan malam di gerai langganan saya, saya seringkali menyempatkan diri berbincang-bincang dengan beberapa orang kampung yang memang dikenali; dari situlah saya dapat memancing pahit getir pengalaman hidup mereka, untuk mengambil ilmu kehidupan yang saya tidak pernah dapatkan di bangku sekolah. Kala itu, Iwan, seorang lelaki muda bertubuh tegap dan gempal, membuka percakapan: “Abang, pernah dengar ustaz berjualan anak yatim?” “Berjualan? Apa maksud kamu?” tanya saya ingin tahu. “Menurut abang, bagaimana bila ada seorang ustaz yang sangat tahu agama, tapi mencari nafkah dengan menjual nama anak-anak yatim?” “Jangan berburuk sangka. Darimana Iwan tahu?” tanya saya. Maka berceritalah Iwan. Tersebutlah nama Ustaz Zain [nama samaran], ustaz yang menurutnya “menjual” nama anak-anak yatim itu. Usianya belum begitu tua, masih 50-an. Di kampung, Ustaz Zain kerap memberikan kuliah dan mengisi sejumlah pengajian. Dia memiliki yayasan yang terdiri dari majlis taklim, pondok pesantren, tahfiz Al-Quran dan madrasah; mulai dari tingkat Ibtidaiyah hingga Aliyah.
ara pelajarnya? Tentu saja anak-anak yatim dan kaum dhuafa’. Untuk itulah, dia membiayai secara percuma pendidikan bagi anak-anak yatim dan dhuafa yang menetap dan bersekolah di yayasannya. Bagi saya, apa yang dikerjakan Ustaz Zain itu sebenarnya sungguh mulia, dan saya cemburu kerananya. Ya, sebuah contoh yang layak ditiru kerana sikap peduli dengan nasib anak-anak yatim. Bukankah Nabi s.a.w. pernah mentamsilkan bahawa baginda dan anak yatim itu laksana telunjuk dan jari tengah; begitu dekat, begitu menyayangi anak-anak yatim? Sebagai muslim, tentu saja, kita seyugianya mengikuti jejak dan peri laku mulianya. Namun, kemuliaan itu tiba-tiba hambar saat Iwan menceritakan aksi si ustaz demi kepentingan diri sendiri; hasil minta sumbangan sana sini dari orang-orang kaya dermawan yang membantu yayasannya kerana tergugah dengan nasib anak-anak yatim yang diasuhnya. Pasalnya, dia membeli kereta baru, sementara ada anak yatim yang diasuhnya mengeluhkan tidak memakai kasut dan buku-buku untuk sekolah. Dari mana Iwan tahu? Selidik punya selidik, Iwan yang rumahnya berdekatan dengan yayasan Ustaz Zain itu menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri keluh kesah beberapa anak-anak berumur 7-12 tahun saat mereka main bersama anaknya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah keluaran Mac 2010 di pasaran...

Menjejaki Tempat Berlabuhnya Bahtera Nabi Nuh a.s.

DALAM catatan sejarah 25 Nabi dan Rasul, Nabi Nuh a.s. diceritakan telah diutus Allah untuk berdakwah kepada umatnya yang telah terjerumus dalam kesesatan dan kekufuran – kerana kaum Nabi Nuh a.s. menyembah patung dan berhala. Tapi dakwah Nabi Nuh tersebut tidak didengar bahkan Nuh ditentang dan dianggap berdusta. Hal ini sebagaimana ditegaskan Allah dalam al-Quran, “Kaum Nabi Nuh telah mendustakan para rasul.” (QS. Asy-Syu’ara [26]: 105) Tahun berlalu, dan generasi pun berganti. Nabi Nuh a.s. tetap bersabar dan tidak mengenal kata menyerah untuk melaksana sebagai utusan Allah dalam berdakwah – mengajak kaumnya menyembah Allah. Hingga tidak terasa, Nabi Nuh sudah berdakwah selama lebih kurang 950 tahun.
Hal ini sebagaimana ditegaskan di dalam al-Quran, “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun...” (QS al-Ankabut [29]: 14)
Nabi Nuh berdakwah siang dan malam, tapi mereka nyaris tidak mempedulikan seruan Nabi Nuh. Hal ini sebagaimana ditegaskan di dalam al-Quran, “Nuh berkata, “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang. Maka, seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran).” (QS. Nuh [71]: 5 – 6). Selama tempoh waktu 950 tahun, tidak banyak kaum Nabi Nuh mahu mendengar seruan. Bahkan jumlah mereka yang beriman dan mengikuti ajakannya, dikatakan tak lebih dari 10 orang – tapi ada pendapat lain yang mengatakan 3 orang dan kesemuanya itu anak-anak Nabi Nuh sendiri. Kaum Nabi Nuh seperti tak mahu menerima kehadiran Nuh sebagai utusan Allah. Bahkan kaum Nuh menutup telinga, dan menyombongkan diri di depan Nuh. Mereka menganggap Nuh tidak berbeza seperti mereka – hanya manusia biasa. “Kami tak melihat kamu, melainkan (sebagai) seorang manusia (biasa) seperti kami dan kami tak melihat orang-orang yang mengikuti kamu, melainkan orang-orang yang hina dina di antara kami yang lekas percaya saja, dan kami tidak melihat kamu memiliki sesuatu kelebihan apa pun atas kami, bahkan kami yakin bahawa kamu adalah orang-orang yang dusta.” (QS. Huud [11]: 27). Bertahun-tahun Nabi Nuh berdakwah tak mendapatkan simpati, sebaliknya ia justeru dicemuh dan dihina. Hingga akhirnya, ia memohon kepada Allah agar menurunkan bencana kepada kaumnya sebagai sebuah pengajaran. Allah mengkabulkan doa Nabi Nuh. Allah s.w.t. memerintahkan Nabi Nuh membuat kapal (bahtera). Saat Nabi Nuh membuat kapal, lagi-lagi kaumnya mencela dan mencemoh.
Bulan berlalu. Tahun pun berganti. Waktu yang dijanjikan itu pun datang. Nabi Nuh a.s. mengajak pengikutnya – Ibnu Ka’ab menyebutkan jumlah mereka 72 orang, dan pendapat lain mengatakan 10 orang dan bahkan ada yang berpendapat 80 orang – untuk naik ke atas kapal. Bahkan, pengikut Nabi Nuh membawa serta haiwan-haiwan secara berpasangan. Tak lama kemudian, turunlah hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir besar.
“Bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung.” (QS. Huud [11]: 42) Kapal Nabi Nuh a.s. itu diriwayatkan berlayar selama kurang lebih 150 hari. Selain orang-orang yang berada di atas kapal, disebutkan tidak ada yang selamat dari banjir besar tersebut. Ketika air telah menutupi seluruh bumi, gunung dan lembah serta seluruh orang yang kafir, Allah memerintahkan kepada langit agar berhenti menurunkan air hujan dan bumi berhenti memancarkan air. Hal itu diterangkan oleh Allah dalam al-Quran yang berbunyi: ‘Dan difirmankan: “Hai bumi, telanlah airmu, dan hai langit (hujan) berhentilah,” dan air pun disurutkan, perintah pun diselesaikan dan bahteraitu pun berlabuh di atas bukit Judi, dan dikatakan: “Binasalah orang-orang yang zalim.” (QS. Huud [11]: 44)

Jejak Berlabuhnya Kapal Nabi Nuh A.S.
Setelah banjir besar itu surut, kapal Nabi Nuh kemudian terdampar (berlabuh) di sebuah bukit yang tinggi (al-Judy). Lalu, di mana sebenarnya bukit Judi yang menjadi tempat berlabuhnya kapal (bahtera) Nabi Nuh itu?
Pertanyaan inilah yang sampai sekarang masih menjadi perdebatan bahkan diperselisihkan orang. Kerana ada sebahagian yang berpendapat bahawa bukit Judi ada di Amenia. Ada yang mengatakan di Iraq. Ada yang mengatakan di Turki atau juga di daerah Yaman. Al-Quran dan Terjemahannya yang diterbitkan di Indonesia menerangkan bahawa Bukit Judi itu terletak di Armenia sebelah selatan, bersempadan dengan Mesopotamia. Agus S Djamil menulis dalam buku Al-Quran dan Lautan, bahawa menurut QS Huud: 44, terdamparnya bahtera Nabi Nuh itu ada di Bukit Jabal Judi (atau Gudi, atau Kudi atau Kurd) yang terletak di Armenia sebelah selatan bersempadan dengan Mesopotomia atau di kawasan Kurdistan, Iraq sekarang ini, iaitu pada kawasan daratan tinggi Ararat. Tapi, ada juga yang mengatakan Ararat itu bukanlah sebuah bukit, melainkan sebuah perbukitan yang memanjang antara Armenia, Turki dan Iraq bahagian utara, sementara Bukit Judi adalah salah satu bukit dari perbukitan Ararat itu. Adapun mereka yang berpendapat kapal Nabi Nuh itu berada di Armenia berdasarkan pada apa yang diberitakan di dalam Injil bahawa bahtera itu terdampar di Bukit Ararat.
Penelitian yang telah dilakukan sejumlah ahli selama ratusan tahun dengan menggunakan bantuan foto satelit mengemukakan bahawa salah satu kesan yang dipercaya sebagai jejak peninggalan bahtera Nabi Nuh itu terletak di pergunungan Ararat, Turki – yang berdekatan dengan Iran. Pemerintah Turki mendakwa kesan yang ditemukan pada 11 Ogos 1979 itu berada di wilayahnya. Penemuan tentang tempat berlabuhnya kapal Nabi Nuh di pegunungan Ararat itu diperkuat dengan “bukti-bukti lain”; di lokasi itu ditemukan sebuah bentuk kesan seperti bekas perahu. Juga jangkar batu, reruntuhan bekas permukiman dan ukiran dari batu. Dari beberapa foto yang dihasilkan dalam penelitian itu, di lokasi pergunungan Ararat itu memang menunjukkan adanya sebuah perahu yang diperkirakan memiliki luas 7.546 kaki dengan panjang sekitar 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki. Dari penemuan-penemuan itulah, mereka yakin bahawa pergunungan Ararat itu adalah tempat berlabuhnya kapal Nabi Nuh a.s. Tetapi, kebenaran temuan itu masih dipersoalkan banyak pihak dan menyisakan kontroversi. Apalagi ada yang mengatakan bahawa kapal Nabi Nuh berada di Yaman dengan beberapa alasan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah keluaran Mac 2010 di pasaran...