Apabila cerita mengenai cara orang dulu-dulu tunaikan Haji naik kapal laut, ada yang menghubungi Hidayah menceritakan pengalaman yang dilalui oleh orang-orang sebelum tahun 20an lebih dahsyat lagi. Pengalaman menunaikan Haji sebelum itu lebih mencabar lagi, kerana keadaan ketika itu serba serbinya dalam kekurangan. Bagaimana pun Hidayah akan menyiarkan pada waktu-waktu yang lain nanti. Sebagai menyambung kisah pelayaran ke Makkah dengan kapal kargo dalam tahun 20an dulu dimana kapal berlabuh disatu kawasan laut yang jauh dari pelabuhan Jeddah, kerana pantai di laut Jeddah tidak membolehkan kapal-kapal dagang berlabuh.
Oleh kerana para jemaah haji yang menumpang kapal membawa barang ini berlabuh di tengah-tengah laut yang jauh dari pantai, para jemaah juga terpaksa berlabuh sama. Ada sebuah kapal kecil atau pun bot yang membawa jemaah ini dari kapal tersebut ke pantai Pelabuhan di Jeddah. Para jemaah ini akan naik bot kecil ini bersama dengan barang-barang yang dibawa itu. Kelambu, tikar, bantal, bahan-bahan makanan lain iaitu makanan dalam botol dan bahan mentah dibawa sama dalam bot kecil itu naik ke darat. Keadaan di Jeddah tidaklah seperti sekarang dimana kini penuh dengan bangunan-bangunan pencakar langit. Dulu-dulu, kata pencerita ini lagi, bandar Jeddah hanya terdapat sebagai pondok tempat orang berteduh saja. Tidak ada kenderaan seperti bas, teksi dan kenderaan-kenderaan lain untuk kita naik dan membawa barang-barang yang kita bawa dari tanah air itu. Semua jemaah akan ditempatkan disatu kawasan lain, manakala barang-barang itu pula diletakkan disatu kawasan lain. Semuanya itu akan diuruskan sendiri oleh Syeikh-Syeikh yang mengendalikan jemaah Haji.
Orang lain tidak boleh masuk campur dalam urusan ini, kerana syeikh-syeikh haji itu sudah ada orang-orang atau pun pekerja-pekerjanya sendiri bagi menggendali jemaah mereka. Menurut ceritanya lagi, sebelum para jemaah Haji naik ke darat, mereka ini akan “dikurung” untuk beberapa waktu. Semua pakaian yang mereka pakai hendaklah dicuci lebih dulu dengan air panas sebelum mereka naik. Mereka juga kena mandi dengan “Air laut”, kerana air ini “masin”. Ini, barang kali untuk mengelakkan dari penyakit berjangkit atau pun wabak-wabak lain yang mungkin dibawa oleh para jemaah itu. Jadi, dengan mandi “air masin”, semuanya akan hilang, dan tidak boleh berjangkit lagi. Dulu-dulu, kata mereka, tidak ada kereta, tidak ada bas. Yang ada ialah unta sebagai kenderaan atau pun pengangkutan barang-barang jemaah haji dan juga barang-barang dagang. Jadi, semua para jemaah apabila tiba di pelabuhan Jeddah iaitu naik ke darat akan pergi ke Makkah. Dari Jeddah ke Makkah akan mengambil masa tiga empat hari perjalanan dengan berjalan kaki. Tetapi, syeikh-syeikh telah menyediakan unta-unta sebagai kenderaan untuk pergi ke Makkah. Semuanya naik unta. Bayangkanlah apabila unta berjalan meredah padang pasir. Menurut ceritanya lagi, semua jemaah haji itu akan menaiki unta dimana seekor unta dinaiki dua orang. Perjalanan itu akan memakan masa dua malam. Perjalanan itu hanya waktu malam saja. Waktu siang mereka tidak berjalan kerana terlalu panas untuk meredah padang pasir yang luas itu. Begitulah sukarnya, jemaah-jemaah haji zaman dulu untuk menunaikan fardu Haji. Tidak seperti sekarang, perjalanan dari Malaysia ke Arab Saudi dengan menaiki pesawat mengambil masa lapan jam sahaja. Dari Jeddah untuk ke Mekkah pula hanya memakan masa sejam lebih dengan menaiki bas dan kenderaan lain yang lebih cepat dan laju. Itu pun, kadang-kadang ada para jemaah yang “merungut” lambatlah...itulah...Inilah... dan macam-macam lagi.
Selanjutnya dapatkan Hidayah keluaran Mac 2010 di pasaran...
Wednesday, March 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment