Satu perubahan drastik akan berlaku dimasa depan di Tanah Suci Makkah Al-Mukkaramah. Pemerintahan Arab Saudi akan membelanja berbilion-bilion Riyal untuk pembesaran kawasan Makkahtul Mukkaramah, Tanah Suci umat Islam. Sejak dua tiga tahun lalu, semua bangunan lama yang berada disekitar kawasan Masjidil Haram itu telah pun dirobohkan. Kerja-kerja meratakan kawasan itu sedang berjalan dengan pesat. Para jemaah Haji saban tahun bertambah. Kawasan dataran Masjidil Haram semakin diperluaskan lagi. Hotel-hotel lama, bangunan-bangunan lama, gerai-gerai lama yang berusia puluhan tahun dan hampir mencecah ratusan tahun itu sudah lenyap sama sekali. Pemerintahan Arab Saudi sering memikirkan mengenai masalah jamaah haji yang saban tahun semakin bertambah. Kawasan yang boleh menampung seramai mana sekali pun, kalau semakin hari dan saban tahun musim haji umat Islam semakin bertambah, maka kawasan akan menjadi kecil dan sempit, walau pun dulunya ia luas seluas-luasnya. Itulah sebabnya pemerintah Arab Saudi sentiasa prihatin terhadap Makkatul Mukkaramah, dan Masjidil Haram itu sendiri supaya umat Islam yang berkunjung di Tanah Suci Makkah itu sentiasa dalam keadaan selesa. Baru-baru ini, seorang sahabat telah membawa pulang senaskah Akhbar dari Negara Arab itu. Dalam akhbar tersebut ada menyiarkan tentang rancangan besar Pemerintah Arab Saudi untuk membangunkan Bandar Suci Makkah itu. Melihat kepada “lakaran gambar” itu menunjukkan memang masa depan, entah bila adakah dalam masa 10 tahun atau pun lebih, Bandar Suci Makkah itu memang hebat sekali.
Disekeliling Masjidil Haram, iaitu sebuah Masjid yang paling Agung di muka bumi ini akan dikelilingi dengan bangunan-bangunan pencakar langit. Tentulah barang kali bangunan-bangunan hotel akan dibina atau dibangunkan dikawasan tersebut dengan kemudahan–kemudahan yang paling canggih agaknya. Menurut apa yang dirancangkan oleh Pentadbir Makkah Al-Mukkaramah, keadaan kawasan Makkah iaitu disekelilingnya akan berubah wajah dengan kawasan yang luas. Bangunan-bangunan pencakar langit yang kebanyakannya hotel-hotel dan bangunan-bangunan atau pun tempat-tempat orang ramai melihat-lihat keadaan sekeliling akan dihiasi dengan indah dan menarik. Masjidil Haram itu sendiri akan diperluas dan dibesarkan lagi. Ini sesuai dengan dasar asas utama Islam untuk memberi keselesaan kepada umatnya melakukan ibadah dengan mudah.
Tentulah pada suatu ketika nanti, apabila para jamaah yang berada didalam masjid yang teragung di muka bumi itu akan merasa nyaman beribadat didalamnya. Pemerintah Arab Saudi mempunyai sumber rezeki hasil dari minyak kurniaan Allah s.w.t. tentulah akan menggunakan sumber rezeki itu untuk umat Islam juga. Bajet bagi pembinaan atau pun pembangunan semula bandar suci Makkatul Mukarramah itu bukanlah satu kerja yang mudah, dan ini akan mengambil masa yang agak lama juga. Bagaimana pun dengan wang “minyak” yang sudah ada itu akan membolehkan apa juga “mega projek” yang dijalankan akan segera terlaksana dan terhasil segera.
Sebagaimana disebutkan bahawa semuanya ini akan memberikan keselesaan kepada mereka yang menziarahi bandar suci Makkah dimasa depan. Para jamaah Haji dan umrah, hanya dua perkara yang menjadi soal pokok. Apabila mereka tiba di Makkah, mereka akan mendapat tempat tinggal yang selesa, dan kedua: Mereka mendapat makanan yang sesuai dengan selera mereka. Bajet hotel yang disediakan oleh saudagar-saudagar Arab dimasa lalu “kurang memberi selesa” kepada sebahagian dari jamaah haji dan Umrah. Oleh kerana tidak ada pilihan, mereka tinggal juga. Ada hotel-hotel mewah di Bandar Suci itu, tetapi biasanya hotel-hotel jenis ini awal-awal lagi sudah habis “di booking” oleh saudagar-saudagar minyak Arab, dan saudagar-saudagar negara-negara Islam lainnya yang berniaga minyak. Hotel-hotel mewah jenis ini mempunyai kemudahan-kemudahan yang selesa. Bagi mereka yang banyak duit, apa mahu kira pasal “mahal”, janji katil baik, tilam empuk, ada permaidani, bilik air canggih, makan sesuai dengan selera, jadi berapa mahal pun mereka bayar, dan saudagar-saudagar arab tidak kisah sangat semuanya ini. Bukan saudagar Arab saja yang mampu bayar sewa hotel yang mahal-mahal ini, malah orang-orang Malaysia juga mampu membayarnya. Pada musim-musim Haji yang lalu, ada beberapa orang rakyat Malaysia dan golongan “selebriti”, dan tokoh-tokoh korporat orang-orang politik tinggal di hotel jenis ini dengan bayaran lebih dari SERATUS RIBU RINGGIT untuk satu musim haji. Sedangkan pergi dengan tabung Haji atau pun dengan pakej syarikat lain, tak sampai RM 20,000 pun satu musim haji. Tetapi mahukan tempat selesa, ratusan ribu ringgit pun sanggup bayar. Begitulah mansuia dizaman mutakhir ini … Kembali kepada cerita masa depan Bandar Makkah, dengan pembinaan hotel-hotel “lima Bintang”, “enam dan tujuh bintang”, sudah tentulah akan memberi keselesaan kepada jemaah yang mempunyai wang banyak.
Zaman mutakhir ini umat Islam mengerjakan Haji tidak seperti dulu-dulu. Zaman ini semuanya mahukan kemudahan. Semuanya mahukan serba serbi cantik, baik, mereka tidak mahu susah-susah. Dulu-dulu orang pergi haji naik unta dari Makkah ke Madinah, dari Jeddah ke Makkah, dan Jeddah ke Madinah pakai unta tetapi mereka mahu sampai lebih cepat. Naik pesawat mahu sampai ke Makkah dalam masa setengah jam dan 45 minit sahaja. Itu pun mereka merasakan terlalu lambat.
Seterusnya dapatkan Hidayah April 2010 di pasaran...
Wednesday, March 31, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment