Solat, satu ibadat yang paling utama dan penting bagi orang yang mengaku sebagai umat Islam. Orang yang tidak solat, sama ertinya orang itu meruntuhkan agamanya. Banyak ayat al-Qur’an dan hadis Nabi s.a.w. menerangkan tentang penting solat itu. Namun, ada orang yang tidak solat. Ada pula yang melalaikannya. Dalam al-Qur’an dan hadis sudah diberitahu, diakhirat nanti, ibadat yang pertama sekali diperiksa ialah “solat”. Kalau solat beres, yang lain diperiksa dalam keadaan mudah dan ringan sahaja. Meninggalkan sembahyang adalah satu dosa besar. Di akhirat nanti Allah akan menyeksa mereka yang tidak sembahyang. Pelbagai seksaan disediakan bagi mereka yang meninggalkan sembahyang ini. Ibnu Abas r.a. berkata: “pengeritan meninggalkan sembahyang disini tidak bererti meninggalkan sembahyang itu sama sekali, tetapi yang dimaksudkan ialah mengakhirkannya dari waktunya. Ertinya, kalau dan masuk waktu zohor, orang itu masih bersembang-sembang, dan membuat kerja-kerja lain sehingga waktu zohor itu habis atau dia solat sudah hampir waktu asar. Tetapi pendapat Said bin Al-Musaiyib, iaitu seorang tabi’in yang terkemuka yang banyak meriwayatkan hadis dan namanya banyak tercatat dalam kitab-kitab hadis pula berpendapat maksudnya ialah: “Orang tidak solat zohor, hingga masuk waktu asar. Dia tidak solat asar hingga masuk waktu maghrib, dan dia tidak bersembahyang maghrib hingga masuk waktu isyak, dan dia terus tidak sembahyang isyak hingga masuk waktu subuh dan tak sembahyang juga.
“Orang itu tidak juga sembahyang subuh sehingga matahari terbit dan matahari pun meninggi. Maka barang siapa yang mati dalam keadaannya macam itu dan tidak bertaubat (sebelum mati), maka Allah menjanjikan kepadanya sebagai orang yang berdosa. “Oleh itu orang tersebut akan dimasukkan ke dalam neraka Jahanam pada bahagian yang amat dalam sekali, dan makanannya amat buruk sekali.” Lalu Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Ma’un ayat 4 – 5 yang maksudnya: “Maka celakalah bagi orang-orang yang solat, iaitu yang lalai dari solatnya.”
Sa’ad bin Abu Waqqas, seorang dari antara 10 sahabat yang dijamin Nabi s.a.w. memasuki syurga berkata:
“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang orang yang melalaikan sembahyangnya, maka jawab Baginda Rasulullah s.a.w: “Iaitu mengakhiri waktu solat (daripada waktunya yang asal hingga sampai kepada waktu solat lain). Mereka itu tetap dinamakan orang-orang yang bersolat, iaitu “musallin”. “Oleh kerana mereka telah menyia-nyiakan dan mengakhirkan waktu solat tersebut, maka mereka diancam dengan neraka “Wail”, iaitu seksaan yang amat pedih didalamnya. “Ada yang mengatakan “Wail” itu adalah sebuah lembah didalam neraka Jahannam, yang seandainya gunung-gunung itu akan menjadi cair akibat panasnya. “Itulah tempat orang-orang yang menyia-nyiakan sembahyang, dan mengakhirkannya sehingga keluar dari waktunya. Kecuali dia telah bertaubat kepada Allah s.w.t dan merasa menyesal terhadap kesalahan itu”. Sebuah lagi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Hibban dan tahbrani yang ertinya: “Barang siapa yang menjaga solatnya, maka solatnya akan menjadi cahaya baginya, dan petunjuk dan penyelamat pada hari kiamat. “Dan barang siapa yang tidak menjaga solatnya maka tiadalah baginya mendapat cahaya, petunjuk dan keselamatan pada hari kiamat, malah pada hari itu dia akan (dibangkitkan) bersama Fir’aun, Qarun, Haman dan Ubai bin Kalaf (iaitu mereka dari kaum yang kafir)”. Berkata Umar Ibnu Khattab r.a.: “Seseorang itu tidak akan bernasib baik didalam Islam, jika dia meninggalkan sembahyang”. Menurut sebahagian ulama (sehubung dengan hadis Nabi ini), orang yang meninggalkan solat, pada hari kiamat nanti akan dibangkitkan bersama-sama dengan empat orang di atas tadi.
Empat kategori yang disebutkan itu ialah orang yang meninggalkan solatnya kerana disebutkan dengan hartanya, pegawai yang sibuk dengan tugas hariannya dan mengurus perniagaannya, lalu dia meninggalkan solatnya. Mereka ini dibangkitkan kelak bersama dengan qrun iaitu orang kafir yang kaya.
Seterusnya dapatkan Hidayah April 2010 di pasaran...
Wednesday, March 31, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment