Wednesday, March 31, 2010

Curang Punca Krisis Rumahtangga

Curang, berlaku dimana-mana dalam masyarakat manusia. Ia satu tabiat semula jadi. Curang ada kaitan dengan “hawa nafsu”. Curang dalam rumahtangga, curang dalam pekerjaan, curang dalam amanah, curang dalam mengendalikan sesuatu itu merupakan satu perangai yang ada pada manusia, dan kepada semua bangsa dan fahaman agama. Curang yang mahu diceritakan disini ialah curang dalam rumahtangga. Perbuatan curang inilah yang banyak terjadi yang kesannya membawa kepada perceraian. Kadang-kadang ada pasangan yang berkahwin terlalu awal iaitu masih berusia dalam lingkungan 20an berlaku kejadian ini. Baru saja usia perkahwinan itu dalam tempoh 5 atau 6 tahun, mulalah berlaku krisis rumahtangga. Curang ini biasanya berlaku kepada lelaki atau perempuan. Dalam masyarakat Islam ada kejadian serupa ini. kalau kita mendengar ceramah-ceramah dari kadi, atau pun pegawai-pegawai syariah dari pejabat nikah cerai, kita akan dengar cerita mengenai hal curang ini. Di negara kita ada kejadian-kejadian “curang dalam rumahtangga”. Dalam akhbar-akhbar tempatan ada didedahkan bagaimana pasangan suami isteri bercerai semata-mata kerana “isteri” atau pun “suami” curang antara satu dengan yang lain. Satu lapuran akhbar yang diterbitkan di Singapura ada menyebut tentang banyaknya berlaku perceraian semata-mata kejadian “curang” dalam rumahtangga. Jumlah perceraian tahun demi tahun meningkat dan bertambah. Kebanyakan aduan yang diterima oleh pihak pejabat kadi ialah dari para isteri. Para suamilah yang banyak sekali melakukan perbuatan “curang” dalam rumahtangga. Yang menjadi punca dan sebabnya kerana kecewa, hampa dan sengsara yang dirasakan oleh seseorang bila suami atau pun isteri yang disayangi berlaku curang, sehingga menggoncang kebahagiaan rumahtangga yang pada mulanya dibina atas dasar cinta mencintai. Sebagai contohnya dimana berlaku kejadian “tikam menikam” antara suami dan isteri semata-mata kerana isteri menanggung beban yang amat sangat. Kadang-kadang ada suami yang kaki “judi” dimana tanggungjawab dalam rumahtangga tidak diambil tahu. Yang ini namanya curang juga kerana “curang dalam soal cinta menyintai”. Kedua-keduanya tentulah sudah membuat perjanjian yang masing-masing akan bertanggungjawab antara satu dengan yang lain. Tetapi apabila berlaku kejadian serupa ini, maka salah satu darinya telah melakukan “curang” dalam saling cintai mencintai itu. Begitu juga dengan sikap suami yang kaki “botol”. Kalau setiap malam “mabuk”, isteri mana yang boleh “tahan”? Apabila ditanya kenapa mabuk, kenapa pulang lambat, maka timbullah hal-hal yang tidak diingini. Sepak terajang akan berlaku ketika itu.

Seterusnya dapatkan Hidayah April 2010 di pasaran...

No comments: